kata-kata aluan pengerusi

12
Kata-kata Aluan Pengerusi Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera S yukur alhamdulillah kerana buat julung kalinya saya berkesempatan untuk mengabadikan kata alu-aluan dalam buletin khas Majlis Ketua-ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) ini. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan terima kasih kepada ahli-ahli MEIPTA yang telah memberi peluang kepada saya untuk menerajui kepimpinan MEIPTA untuk tempoh 2010 hingga 2011. Mengimbas kembali sejarah penubuhan MEIPTA pada 12 November 2007, persidangan kali pertama berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dihadiri oleh 15 IPTA. Melalui persidangan pertama ini, satu resolusi untuk menubuhkan MEIPTA dipersetujui dengan pelantikan Prof. Madya Dr. Ahmad Jelani (UUM) sebagai Pengerusi, manakala Prof. Madya Dr. Posiah Mohd Isa (UiTM) dilantik sebagai Timbalan Pengerusi. Persidangan MEIPTA terus berlangsung setiap tahun dengan membincangkan pelbagai isu dan tema tentang e-Pembelajaran sehingga terhasilnya Polisi e-Pembelajaran IPTA pada Persidangan MEIPTA ke-6 di Universiti Putra Malaysia (UPM). Ibarat kepesatan pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang tiada batasan, MEIPTA terus memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat tentang e-Pembelajaran kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Penglibatan yang aktif dan kerjasama yang baik semua ahli MEIPTA dari setiap IPTA membolehkan sebuah buku e-Pembelajaran di IPTA Malaysia berjaya diterbitkan pada tahun 2010 dan ini merupakan kejayaan yang amat membanggakan. MEIPTA juga telah diberi kepercayaan oleh KPT untuk menerajui penyelidikan bertajuk ‘Amalan, Keberkesanan dan Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia’ mulai Mei 2010 hingga Januari 2011. Projek ini yang diketuai oleh UKM dan dibantu oleh UM, USM dan UPM telah mendapat peruntukan dana sebanyak RM 100 ribu daripada KPT. Insya’Allah hasil kajian ini dan Buku e-Pembelajaran di IPTA Malaysia akan dilancarkan oleh Y.B Menteri tahun pada 2011. Saya amat yakin MEIPTA akan terus bergerak ke hadapan dalam memacu visi dan misi KPT untuk memastikan IPT Malaysia terus cemerlang dan dapat bersaing di persada antarabangsa. Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan mengucapkan sekalung penghargaan terima kasih kepada pihak KPT dan ahli MEIPTA yang terus memberi sokongan padu dalam meneruskan agenda e-Pembelajaran di Malaysia. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada barisan sekretariat dari UKM yang diketuai oleh En. Mohd Najib Adun serta urus setia IPTA yang pernah menjadi tuan rumah iaitu UUM, UiTM, UMS, UIAM, UTM, UPM, UPSI, USM dan UMT. PROF. DR. MOHAMED AMIN EMBI Pengerusi MEIPTA 2010-2011 KANDUNGAN Objektif 2 Falsafah & Peranan 2 Keanggotaan 2 Persidangan MEIPTA 4 Pembangunan Polisi 9 Seminar & Persidangan 10 Forum Maya MEIPTA 11 Penyelidikan 11 Penerbitan 12 Penghargaan 12 Buletin Khas MEIPTA (2007-2011) Bil 1/2011

Upload: trinhdan

Post on 30-Jan-2017

390 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kata-kata Aluan Pengerusi

Kata-kata Aluan PengerusiAssalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Syukur alhamdulillah kerana buat julung kalinya saya berkesempatan untuk mengabadikan kata alu-aluan dalam buletin khas Majlis Ketua-ketua Penyelaras e-Pembelajaran

IPTA Malaysia (MEIPTA) ini. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan terima kasih kepada ahli-ahli MEIPTA yang telah memberi peluang kepada saya untuk menerajui kepimpinan MEIPTA untuk tempoh 2010 hingga 2011.

Mengimbas kembali sejarah penubuhan MEIPTA pada 12 November 2007, persidangan kali pertama berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dihadiri oleh 15 IPTA. Melalui persidangan pertama ini, satu resolusi untuk menubuhkan MEIPTA dipersetujui dengan pelantikan Prof. Madya Dr. Ahmad Jelani (UUM) sebagai Pengerusi, manakala Prof. Madya Dr. Posiah Mohd Isa (UiTM) dilantik sebagai Timbalan Pengerusi. Persidangan MEIPTA terus berlangsung setiap tahun dengan membincangkan pelbagai isu dan tema tentang e-Pembelajaran sehingga terhasilnya Polisi e-Pembelajaran IPTA pada Persidangan MEIPTA ke-6 di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Ibarat kepesatan pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang tiada batasan, MEIPTA terus memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat tentang e-Pembelajaran kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Penglibatan yang aktif dan kerjasama yang baik semua ahli MEIPTA dari setiap IPTA membolehkan sebuah buku e-Pembelajaran di IPTA Malaysia berjaya diterbitkan pada tahun 2010 dan ini merupakan kejayaan yang amat membanggakan. MEIPTA juga telah diberi kepercayaan oleh KPT untuk menerajui penyelidikan bertajuk ‘Amalan, Keberkesanan dan Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia’ mulai Mei 2010 hingga Januari 2011. Projek ini yang diketuai oleh UKM dan dibantu oleh UM, USM dan UPM telah mendapat peruntukan dana sebanyak RM 100 ribu daripada KPT.

Insya’Allah hasil kajian ini dan Buku e-Pembelajaran di IPTA Malaysia akan dilancarkan oleh Y.B Menteri tahun pada 2011. Saya amat yakin MEIPTA akan terus bergerak ke hadapan dalam memacu visi dan misi KPT untuk memastikan IPT Malaysia terus cemerlang dan dapat bersaing di persada antarabangsa.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan mengucapkan sekalung penghargaan terima kasih kepada pihak KPT dan ahli MEIPTA yang terus memberi sokongan padu dalam meneruskan agenda e-Pembelajaran di Malaysia. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada barisan sekretariat dari UKM yang diketuai oleh En. Mohd Najib Adun serta urus setia IPTA yang pernah menjadi tuan rumah iaitu UUM, UiTM, UMS, UIAM, UTM, UPM, UPSI, USM dan UMT.

PROF. DR. MOHAMED AMIN EMBIPengerusi MEIPTA 2010-2011

KANDUNGAN

Objektif 2

Falsafah & Peranan 2

Keanggotaan 2

Persidangan MEIPTA 4

Pembangunan Polisi 9

Seminar & Persidangan 10

Forum Maya MEIPTA 11

Penyelidikan 11

Penerbitan 12

Penghargaan 12

Buletin Khas MEIPTA (2007-2011) Bil 1/2011

Page 2: Kata-kata Aluan Pengerusi

2

FALSAFAH & PERANAN

• Berdasarkan kepada premis bahawa IPTA dibiayai oleh dana awam, maka Majlis akan berfungsi berlandaskan kepada falsafah perkongsian kepakaran dan sumber untuk memajukan serta memantapkan pembangunan sistem pengurusan pembelajaran, bahan pembelajaran dan amalan penggunaan e-Pembelajaran dalam kalangan IPTA.

• Berperanan sebagai penghubung antara IPTA dengan KPT dalam hal berkaitan e- Pembelajaran.

• Membincangkan isu-isu bersama tentang e- Pembelajaran di IPTA.

• Meninjau peluang-peluang perkongsian dan kerjasama antara IPTA dalam hal-hal berkaitan e- Pembelajaran.

• Menjalankan aktiviti penyelidikan dan penerbitan bersama mengenai e-Pembelajaran.

OBJEKTIF

• Menjadi platform untuk usaha perkongsian dan kerjasama antara IPTA berkaitan e-Pembelajaran.

• M e n g g e m b l e n g kepakaran dan sumber untuk memajukan e- Pembelajaran di IPTA.

“Transformasi sistem pendidikan tinggi awam seharusnya selari dengan dasar Malaysia yang ingin menjadi negara maju dan melahirkan generasi yang kreatif, inovatif dan kompeten.”

Sidang PengarangPenasihat• Prof. Dr. Mohamed Amin Embi

Editor Kehormat• Prof. Madya Dr. Zaidan Abdul

Wahab• Prof. Dr. Abdul Halim Sulaiman• Prof. Dr. Hanafi Atan

Ketua Editor• Encik Mohd Najib Adun

Grafik & Aturletak• Encik Hashim Muda• Cik Duratul Ain Yahya

Jurufoto• Encik Mohd Iqbal Ishak

BIL. NAMA IPTA

1Prof. Dr. Mohamed Amin Embi (Pengerusi)

UKMProf. Dr. Mahamod IsmailProf. Madya Dr. Norazah Mohd Nordin

2Prof. Dr. Abdul Halim Sulaiman

UMDr. David Asiruatham

3Prof. Dr. Hanafi Atan (sehingga Jun 2010)

USMProf. Dr. Abd. Karim Alias (mulai Julai 2010)En. Zulham Hamdan

4Prof. Madya Dr. Zaidan Abdul Wahab (Timb. Pengerusi)

UPMProf. Dr. Sidek Ab AzizPn. Hamidah Meseran

5Prof. Dr. Mohamed Noor Hasan

UTMProf. Madya Hanizam Sulaiman

6Tn. Hj. Mohd Nazri Md. Saad

UPSIDr. Sadiah Baharom

7Dr. Azam Othman (Sehingga Jun 2010)

UIAMProf. Madya Dr. Noor Lide Abu Kassim (Mulai Jun 2010)Dr. Lihanna Borhan

KEANGGOTAAN MEIPTA JAN.2010 - DIS.2011

Page 3: Kata-kata Aluan Pengerusi

3

8Prof. Madya Dr. Syed Jamal Abdul Nasir b. Syed Mohamed

UiTMProf. Madya Hjh. Haziah Jamaluddin

9Prof. Madya Dr. Nurahimah Mohd Yusoff

UUMDr. Osman Ghazali

10Dr. Tan Choon Keong

UMSPn. Salfarah Abdullah

11Prof. Madya Dr. Chen Chwen Jen

UNIMASPn. Sharifah Norizan Wan Zain

12En. Zainal Abidin Sayadi

UTHMEn. Hemmy Abd. Jalal

13Prof. Madya Dr. Abdullah Ibrahim

UMPEn. Aziman Abdullah

14Prof. Madya Dr. Mohd Lazim Abdullah

UMTPn. Rosnaidi Jusoh

15Dr. Ku Mohd Nabil Ku Ismail

UniMAPEn. Nasyrudin Abd. Syukor

16Prof. Madya Dr. Norita Md. Norwawi

USIMEn. Mohd Ilias Shuhud (sehingga Februari 2011)Dr. Ernie Suzana Ali (mulai Mac 2011)

17Prof. Madya Dr. Sazilah Salam

UTeMDr. Hjh. Norasiken Bakar

18Dr. Jowati Juhary

UPNMEn. Akram Abd Azid

19Prof. Madya Dr. Mohd Nordin Abdul Rahman

UniSZATn. Hj. Abd. Rahim Ramli

20Prof. Rosdi Abd Rahman

UMKEn. Mansor bin Che Din @ Noordin

URUSETIA

Urus setia MEIPTA dilantik untuk tempoh dua tahun dan secara bergilir antara IPTA. Universiti yang diwakili oleh pengerusi MEIPTA yang dilantik secara automatik akan menjadi urus setia. Antara bidang tugas urus setia MEIPTA adalah seperti berikut:1. Mengeluarkan surat

jemputan kepada semua ahli MEIPTA yang dilantik setiap kali sebelum mesyuarat berlangsung.

2. Menyediakan minit mesyuarat, laporan, kertas kerja dan sebagainya pada setiap kali mesyuarat dijalankan. Minit mesyuarat lepas hendaklah diedarkan sebelum mesyuarat berlangsung untuk makluman dan tindakan oleh ahli.

3. Sentiasa berhubung dengan IPTA yang menjadi tuan rumah sebelum mesyuarat berlangsung untuk memastikan mesyuarat dapat berjalan dengan berkesan.

4. Sentiasa berhubung dengan setiap ahli dari semasa ke semasa untuk memaklumkan perkembangan terkini sama ada melalui emel, telefon dan surat.

5. Memaklumkan kepada KPT untuk pelantikan ahli MEIPTA

Selain daripada wakil IPTA, keanggotaan MEIPTA turut diwakili oleh Kementerian Pengajian Tinggi, iaitu Prof. Madya Dr. Mohd. Majid Konting (Timbalan Pengarah Pengajaran dan Pembelajaran) dari Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi.

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi MEIPTA dipilih secara undian oleh ahli MEIPTA untuk tempoh dua tahun. Prof. Madya Dr. Ahmad Jelani Shaari (UUM) telah dipilih sebagai Pengerusi pertama MEIPTA (November 2007 – Disember 2009), manakala Prof. Madya Dr. Posiah Mohd Isa (UiTM) dipilih sebagai Timbalan Pengerusi yang pertama. Dr. Osman Ghazali (UUM) telah memangku jawatan pengerusi selama enam bulan. Kini, jawatan Pengerusi MEIPTA disandang oleh Prof. Dr. Mohamed Amin Embi (UKM), manakala Timbalan Pengerusi adalah Prof. Madya Dr. Zaidan Abdul Wahab (UPM) untuk tempoh Januari 2010 – Disember 2012. Mesyuarat MEIPTA bertarikh 3 Disember 2009 bersetuju seketariat tetap dipilih untuk tempoh dua tahun.

Page 4: Kata-kata Aluan Pengerusi

4

PERSIDANGAN MEIPTA

Persidangan Kali Pertama (Universiti Utara Malaysia)

Persidangan Meja Bulat MEIPTA yang pertama telah berlangsung pada 12 November 2007 di UUM yang telah dihadiri oleh 19 wakil daripada 15 IPTA. Pada persidangan tersebut, satu resolusi untuk menubuhkan majlis telah dipersetujui bersama dan UUM dilantik sebagai Pengerusi untuk menyediakan kertas kerja penubuhan tersebut. Prof. Madya Dr. Ahmad Jelani Shaari (UUM) telah dilantik sebagai Pengerusi, manakala jawatan Timbalan Pengerusi disandang oleh Prof. Madya Dr. Posiah Mohd. Isa (UiTM). Persidangan tersebut juga bersetuju pelantikan jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi secara pusingan untuk tempoh dua tahun. Sesi pembentangan oleh setiap wakil IPTA yang hadir mengenai perkembangan pelaksanaan e-Pembelajaran telah berjaya diadakan pada persidangan pertama ini.

Persidangan Kali ke-2 (Universiti Teknologi MARA)

Dalam Persidangan kali ke-2 yang diadakan di UiTM pada 30 dan 31 Januari 2008, tiga keputusan utama telah dipersetujui, iaitu Pembangunan Sistem, Formulasi Polisi, Penyelidikan dan Kolaborasi. Selain itu, perkara yang turut dibincangkan seperti Kursus Moodle dan Persidangan e-Pembelajaran.

Persidangan Kali ke-3 (Universiti Malaysia Sabah)

UMS telah dipilih sebagai tuan rumah persidangan kali ke-3 yang berlangsung pada 31 Mac hingga 2 April 2008 dan pembangunan Polisi e-Pembelajaran IPTA menjadi agenda utama. Ahli MEIPTA dibahagikan mengikut lima kumpulan perbincangan, iaitu Peranan Pensyarah, Peranan Pelajar, Peranan Pengurusan Universiti, Peranan Fakulti/ Sekolah, Peranan Jabatan (Pengurusan e-Pembelajaran) dan Reka Cipta. Selain itu, persidangan juga berkongsi pengalaman tentang penggunaan ‘Moodle’ oleh IPTA melalui sesi pembentangan.

Persidangan Kali ke-4 (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)

Persidangan MEIPTA kali ke-4 telah berlangsung pada 24 dan 25 Julai 2008 di UIA. Pembangunan Polisi e-Pembelajaran IPTA diteruskan sebagai agenda utama untuk memurnikan polisi tersebut. Pembentangan setiap kumpulan polisi tersebut diadakan bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas untuk kesesuaian digunakan oleh semua IPTA.

Persidangan Kali ke-5 (Universiti Teknologi Malaysia)

UTM telah dipilih sebagai lokasi Persidangan MEIPTA ke-5 yang berlangsung pada 4 dan 5 November 2008. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTM. Usaha menghasilkan Polisi e-Pembelajaran yang komprehensif diteruskan dalam persidangan ini dan sesi pembentangan turut diadakan. Selain itu, program lawatan ke Makmal Pembangunan Multimedia dan studio rakaman di Pusat Pengajaran dan Pembelajaran dan Pusat Teknologi Maklumat telah diaturkan oleh pihak UTM.

Persidangan Kali ke-6 (Universiti Putra Malaysia)

UPM menjadi tuan rumah Persidangan MEIPTA ke-6 pada 27 April 2009 yang berlangsung di Palm Garden IOI Resort, Putrajaya. Persidangan telah membincangkan pembangunan Polisi e-Pembelajaran untuk diserahkan kepada KPT. Sempena persidangan ini, UPM dengan kerjasama KPT dan MEIPTA turut menganjurkan Seminar Kebangsaan Teknologi dan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (SKTIP’09) pada 28 dan 29 April 2009.

PERSIDANGAN

Persidangan MEIPTA diadakan tiga atau empat kali setahun secara berkala dan tuan rumah dipilih secara bergilir antara IPTA. Sejak November 2007, persidangan telah berjaya diadakan sebanyak 11 kali.

AKTIVITI SEMASA PERSIDANGAN

Pelbagai aktiviti dan program seperti seminar, bengkel dan demonstrasi berkaitan e-Pembelajaran biasanya diaturkan sempena Persidangan MEIPTA berlangsung. Aktiviti yang dilaksanakan ini amat bermanfaat kepada semua ahli MEIPTA bagi memantapkan pelaksanaan e-Pembelajaran di IPTA masing-masing.

NATIONAL WORKSHOP ON DEVELOPMENT OF E-CONTENT

UKM selaku tuan rumah Persidangan MEIPTA ke-7 telah menganjurkan National Workshop on Development of e-Content pada 5 Disember 2009 dengan kerjasama Persatuan M-Pembelajaran Malaysia (Malaysian M-Learn Association) dan In-Learn Station Sdn. Bhd. Peserta yang hadir seramai 30 orang terdiri daripada wakil semua IPTA dan telah dilatih membangunkan bahan kuliah interaktif. Peserta didedahkan dengan penggunaan perisian Camtasia Studio, Raptivity dan Code Charge. Selain daripada Prof. Dr. Mohamed Amin Embi sebagai penceramah, bengkel ini dibantu oleh En. Mustafa dan En. Azali dari In-Learn Station Sdn. Bhd. sebagai fasilitator.

Page 5: Kata-kata Aluan Pengerusi

5

DEMONSTRATION

ON E-LEARNING

& CLOUD

COMPUTING

Demonstrasi produk

e-Learning & Cloud

Computing anjuran UPSI

diadakan pada 1 Mac

2010 bersempena dengan

Persidangan MEIPTA ke-

8. Seramai 80 peserta telah

hadir yang terdiri daripada

ahli MEIPTA dan MAPITA

daripada semua IPTA.

Persidangan Kali ke-7 (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Persidangan MEIPTA anjuran UKM telah berlangsung pada 3 Disember 2009 di Cyberview Lodge Resort, Cyberjaya yang dirasmikan oleh Prof. Dato’ Ir. Dr. Hassan Basri, Timbalan Naib Canselor, Hal-ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM. Sempena dengan persidangan ke-7 ini yang bertemakan “Pembangunan e-Kandungan”, UKM turut melancarkan Portal SPIN (Sistem Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Interaktif ) dan e-LOK (e-Learning Online Kiosk). Setiap wakil IPTA membuat pembentangan berdasarkan tema persidangan tersebut. Selain itu, UKM dengan kerjasama Persatuan Mobile Learning Malaysia (Malaysian M-Learning Association) dan In-Learn Station Sdn. Bhd. telah menganjurkan National Workshop on Development of e-Content pada 4 dan 5 Disember 2009 serta semua wakil IPTA hadir dalam bengkel tersebut.

Persidangan Kali ke-8 (Universiti Pendidikan Sultan Idris)

Persidangan MEIPTA kali ke-8 yang bertemakan “Latihan e-Pembelajaran” anjuran UPSI telah berlangsung pada 2 Mac 2010. Persidangan ini dijalankan secara serentak dengan Mesyuarat Pengarah-Pengarah ICT IPTA (MAPITA) yang telah dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob, Naib Canselor UPSI. Kertas kerja penyelidikan e-Pembelajaran bertajuk “Amalan, Keberkesanan dan Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPTA Malaysia” telah dibentangkan dan dipersetujui semua ahli. Kertas tersebut telah mendapat kelulusan KPT dan dana permulaan sebanyak RM 100 ribu telah diluluskan. Sempena dengan persidangan ini, UPSI selaku tuan rumah telah menjemput pihak Oracle Corporation Malaysia Sdn. Bhd. untuk membuat demonstrasi “E-Learning & Cloud Computing” pada 1 Mac 2010.

Persidangan Kali ke- 9 (Universiti Sains Malaysia)

Persidangan MEIPTA ke-9 yang bertemakan “Governancece and Management of e-Learning” telah berlangsung di USM pada 11 Mei 2010. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Prof. Ahmad Shukri Mustafa Kamal, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USM. Cadangan penerbitan buku bertajuk e-Pembelajaran di IPTA telah dipersetujui untuk ditulis oleh semua IPTA. Sempena persidangan ini, USM telah menganjurkan Seminar “Transforming Nurturing and Learning” dan Bengkel “Learning Activtity Management System” serta Bengkel “e-Learning Policy Formulation” pada 12 hingga 14 Mei 2010 yang telah dihadir oleh semua wakil IPTA.

Persidangan Kali ke-10 (Universiti Malaysia Terengganu)

UMT bersetuju menjadi tuan rumah Persidangan MEIPTA ke-10 yang telah berlangsung 28 dan 29 Julai 2010. Persidangan yang bertemakan “Isu, Cabaran dan Perancangan Masa Depan e-Pembelajaran” sangat bertepatan dengan hasrat KPT untuk terus memperkukuhkan pelaksanaan e-Pembelajaran di IPTA Malaysia. Bersempena dengan persidangan ini, Bengkel Pemurnian buku e-Pembelajaran di IPTA telah diadakan beserta sesi pembentangan draf bab buku oleh setiap wakil IPTA.

Persidangan Kali ke 11(Kementerian Pengajian Tinggi & UKM)

Persidangan MEIPTA kali ke 11 telah diadakan pada 3 Mac 2011 di KPT yang bertemakan “Insentif dan Pengiktirafan e-Pembelajaran”. Penerbitan buku bertajuk Application of Web 2.0 Tools in Teaching and Learning telah dirancang untuk diterbitkan. Buku e-Pembelajaran di IPTA Malaysia telah diedarkan kepada penulis daripada semua IPTA yang terlibat. Selain itu, jaringan kerjasama dalam bidang e-Pembelajaran dengan universiti luar negara telah dirancang untuk tahun 2011.

Page 6: Kata-kata Aluan Pengerusi

6

Gal

eri M

EIPT

A 2

007-

2010

Page 7: Kata-kata Aluan Pengerusi

7G

aler

i MEI

PTA

200

7-20

10

Page 8: Kata-kata Aluan Pengerusi

8

PANDANGAN PELAJAR IPT MENGENAI E-PEMBELAJARAN

“Berkesan dan memudahkan pelajar mendapatkan maklumat, dan menghantar tugasan. Kemudahan yang dapat diperolehi daripada e-Pembelajaran di universiti ini ialah dapat memuat turun latihan, jadual pengajaran, nota-nota, dan juga boleh menghantar tugasan dengan cepat dan menepati masa.”

Noor Anis Asmira Bt ShukriFPTT, UTeM

“For me, the system is good and reliable enough to cater students learning needs in the university. Moreover, as a FTMK student, I already understand the features that such system provides; that really help me. The benefits that I got from the e-Learning are submitting assignment, online exam, download lecture resources, chatting, and real time announcements can be spread easily and faster.”

Sanni Manta (International Student) FTMK, UTeM

“Sebagai pengguna sistem e-Pembelajaran, saya berpuas hati dengan kaedah pembelajaran maya yang telah berjaya dibangunkan secara sistematik, mudah dan fleksibel untuk semua pelajar. Penggunaan kuiz dan penghantaran tugasan atas talian memberikan kemudahan kepada saya untuk mendapat maklumbalas segera kepada jawapan dan penyelesaian serta tahap penguasaan saya di dalam kursus yang diikuti. Kaedah pembelajaran secara kolaborasi melalui forum perbincangan atas talian juga dapat meningkatkan pengetahuan saya, kemampuan berfikir dan penyelesaian masalah terhadap persoalan yang dibincangkan.”

Najihah binti YaakobUniversiti Malaysia Pahang

“Sepanjang tiga tahun berada di UKM, SPIN merupakan LMS yang banyak membantu dalam pembelajaran. SPIN digunakan untuk mendapatkan tutorial, nota-nota kuliah, dan untuk mendapatkan maklumat pengumuman peperiksaan daripada pensyarah.”

Nor Aisyah ZainalProgram Sains Kimia Fakulti Sains Teknologi, UKM

“e-Pembelajaran merupakan satu alternatif untuk saya memperoleh ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih mudah dan menyeluruh. Melalui e-Pembelajaran, saya dapat berinteraksi dengan pensyarah-pensyarah saya tanpa perlu untuk membuat temu janji terlebih dahulu. Perkongsian maklumat menjadi lebih menarik kerana rakan-rakan lain juga boleh turut serta dalam perbincangan secara kritis dan kreatif tentang sesuatu topik.”

Cecelia anak Edmund JohnUNIMAS

Page 9: Kata-kata Aluan Pengerusi

9

Polisi berperanan sebagai panduan dan sangat penting bagi melaksanakan sesuatu perkara dengan lebih sistematik dan efisien untuk jangka masa yang panjang. Polisi yang komprehensif dapat membantu organisasi bergerak dengan menyokong visi dan misi bagi mencapai hala tuju yang ditetapkan. Begitu juga dengan perkembangan e-Pembelajaran IPTA Malaysia yang memerlukan polisi yang jelas untuk mendepani dunia yang semakin pantas berubah.

Idea pembentukan Polisi e-Pembelajaran IPTA terjelma sewaktu Persidangan MEIPTA ke-2 di UiTM pada 30 dan 31 Januari 2008. Pembentukan polisi ini menjadi agenda utama dan dapat dizahirkan dalam Persidangan MEIPTA di UMS pada 31 Mac hingga 2 April 2008.

Setiap tajuk tersebut dilantik seorang ketua dan dibantu oleh lima hingga enam orang ahli untuk membangunkan dan memperhalusi dengan lebih terperinci. Maklum balas daripada setiap kumpulan diperoleh ketika sesi pembentangan oleh setiap kumpulan tersebut. Dalam Persidangan MEIPTA ke-3 di UIA dan ke-4 di UTM, permurnian polisi diteruskan untuk menghasilkan Polisi e-Pembelajaran yang komprehensif.

Dalam Persidangan MEIPTA ke-6 di UPM, mesyuarat bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Polisi e-Pembelajaran IPTA di Universiti Malaya (UM) dengan menjemput pakar undang-undang dan pakar bahasa UM. Jawatankuasa ini turut dianggotai oleh UKM, UPM, UIA, UiTM dan UPSI untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Polisi e-Pembelajaran tersebut. Mesyuarat dan bengkel telah diadakan untuk memantapkan polisi tersebut dan telah diserahkan kepada KPT untuk pertimbangan dan kelulusan.

“Dalam Persidangan MEIPTA ke-3 di UIA dan ke-4 di UTM, permurnian polisi diteruskan untuk menghasilkan Polisi e-Pembelajaran yang komprehensif.”

PEMBANGUNAN POLISI E-PEMBELAJARAN IPTA

Ahli MEIPTA bersetuju polisi tersebut dibahagikan kepada enam perkara utama seperti berikut:

• Peranan Pensyarah.• Peranan Pelajar.• Peranan Pengurusan Universiti • Peranan Fakulti/ Sekolah.• Peranan Jabatan (Pengurusan e-Pembelajaran).• Reka Cipta.

Page 10: Kata-kata Aluan Pengerusi

10

SEMINAR DAN PERSIDANGAN ANJURAN BERSAMA MEIPTA

International Conference of e-Learning 2009

2nd International Conference of e-Learning 2009 anjuran UiTM dengan kerjasama MEIPTA dan AKEPT telah berlangsung pada 1 dan 2 Disember 2009 yang bertemakan Online Learning and Mobile Learning. Seminar yang dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM telah dihadiri seramai 190 orang peserta dan sebanyak 65 kertas kerja berjaya dibentangkan. Sesi selari dibahagikan kepada lima sub tema, iaitu (i)Design and Development (ii)Teaching and Learning (iii)Learners and Users (iv)Management of e-Learning and M-Learning dan (v)Adoption and Implementation.Tiga ucaptama telah dibentangkan dalam seminar ini, iaitu Challenges in Online and M-Learning Practise in Malaysia oleh Prof. Tan Sri Datuk Dr. Anwar Ali (President of Open University Malaysia), Beyond e-Learning disampaikan oleh Dr. Marc J Rosenberg (USA) dan Creative dan Effective Content for Online and M-Learning oleh Mr. Lucifer Chu (Taiwan).

Seminar Kebangsaan Teknologi dan Inovasi Pengajaran-Pembelajaran 2009

UPM dengan kerjasama KPT dan MEIPTA telah menganjurkan Seminar Kebangsaan Teknologi dan Inovasi Pengajaran-Pembelajaran 2009 (SKTIP’09) pada 28 dan 29 April 2009 di Palm Garden Hotel IOI Resort Putrajaya. Seminar yang bertemakan Teknologi dan Inovasi Berkualiti Asas Kecemerlangan Pengajaran-Pembelajaran telah dihadiri seramai 200 orang peserta. Sebanyak 55 kertas kerja telah dibentangkan berdasarkan empat sub tema, iaitu: (i) Perancangan dan strategi penggunaan teknologi dalam pengajaran-pembelajaran, (ii) Analisis, pembangunan dan pelaksanaan teknologi dalam pengajaran-pembelajaran, (iii) Pengalaman dan penilaian dalam penggunaan ICT dalam pengajaran-pembelajaran dan (iv) Isu semasa teknologi pengajaran-pembelajaran.

Tiga ucaptama telah disampaikan dalam seminar ini, iaitu Penggunaan Teknologi dalam Perancangan, Penyampaian dan Pentaksiran Program Akademik di IPT (Prof. Dr. Rujhan Mustafa, Jabatan Pengajian Tinggi, KPT); Memperkasa Pengajaran dan Pembelajaran Universiti Melalui Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) (Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia); dan Pembangunan dan Pelaksanaan Teknologi dan Inovasi ICT bagi memperkasakan pengajaran-pembelajaran: Pengalaman Universiti APEX (Prof. Dr. Rosni Abdullah, Universiti Sains Malaysia)

Seminar “Transforming Nurturing and Learning” 2011

Sempena dengan Persidangan MEIPTA ke-9, USM selaku tuan rumah telah menganjurkan Seminar “Transforming Nurturing and Learning” pada 12 Mei 2010. Seminar ini telah mengundang Prof. John Hedberg (Millennium Professor of ICT and Education, Australia) untuk menyampaikan ceramah bertajuk Learning in Digital Age: Rethinking our Pedagogies. Manakala Miss Leanne Cameron (Macquarie e-Learning Centre of Excellence, Macquarie University, Sydney, Australia) yang berkongsi pengalaman mengenai LAMS: Designing, Managing and Delivering online Collaborative Learning Acitivities.

Di samping itu, seminar ini turut menjemput dua pemenang Anugerah Akademik Negara (Kategori Pengajaran), iaitu Prof. Dr. Mohamaed Amin Embi (UKM) dan Prof. Dr. Abd. Karim Alias (USM) untuk berkongsi pengalaman pengaplikasian e-Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang diiktiraf di peringkat kebangsaan. Dalam seminar ini, USM turut berkongsi pengalaman dalam membangun dan melaksana e-Learn@USM di Kampus Induk dan Kampus

Kesihatan.

Page 11: Kata-kata Aluan Pengerusi

11

PENYELIDIKAN

MEIPTA dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah menjalankan penyelidikan bertajuk “Amalan, Keberkesanan dan Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia” bagi tempoh 9 bulan yang bermula dari Mei 2010 sehingga Januari 2011. Peruntukan sebanyak RM 100 ribu telah diluluskan oleh KPT untuk menjayakan projek penyelidikan ini yang meliputi 20 IPTA, tujuh IPTS dan dua Politeknik. Soal-selidik tersebut dibangunkan secara atas talian dan dibahagikan kepada tiga set iaitu, Pentadbir, Kakitangan Akademik dan Pelajar. IPTS yang terpilih adalah Asia e-University, Open University Malaysia, Multimedia University, Wawasan Open University, Sunway University College, Nilai University College, dan HELP University College. Manakala Politeknik Shah Alam, Politeknik Johor Bharu dan Politeknik Ipoh telah terpilih menjayakan projek penyelidikan ini.

Projek penyelidikan ini diketuai oleh Prof. Dr. Mohamed Amin Embi (UKM) dan dianggotai oleh Prof. Dr. Abdul Halim Sulaiman (UM), Prof. Dr. Hanafi Atan (USM), Prof. Madya Dr. Zaidan Abdul Wahab (UPM) dan Prof. Dr. Mahamod Ismail (UKM). Seramai tiga ahli penyelidik bersama telah dilantik untuk menjayakan projek ini yang terdiri daripada Prof. Madya Dr. Norazah Mohd Nordin (UKM), Prof. Madya Dr. Supyan Hussin (UKM) dan Dr. Afendi Hamat (UKM).

Tiga siri bengkel telah diadakan bagi pembangunan instrumen soal selidik penyelidikan tersebut dengan menggunakan perisian Survey Monkey dan telah mendapat maklum balas daripada beberapa wakil IPTA, IPTS dan Politeknik sebagai pilot projek. Melalui persidangan MEIPTA ke-10 di UMT pada 28 dan 29 Julai 2010, set soal selidik kategori Pentadbir IPTA telah dijawab oleh wakil IPTA yang hadir, manakala soal selidik untuk kategori Kakitangan Akademik dan Pelajar telah diisi secara atas talian sehingga 30 Ogos 2010. Bagi menggalakkan lebih ramai kakitangan akademik dan pelajar mengisi soal selidik tersebut, hadiah cabutan bertuah (Pentadbir: satu External Hard Disk, Kakitangan Akademik: 20 External Hardisk, Pelajar: 20 MP4) telah disediakan.

Hasil penyelidikan ini amat bermanfaat dan akan digunakan oleh KPT dalam merangka strategi jangka masa panjang bagi pelaksanaan dan pengukuhan e-Pembelajaran IPT di Malaysia yang seterusnya dapat bersaing dalam kalangan semua IPT di seluruh dunia.

Forum Maya MEIPTA

Selain bermesyuarat, ahli MEIPTA juga berpeluang menyatakan idea dan pandangan berkaitan e-Pembelajaran melalui forum yang yang dibangunkan oleh UM melalui portal Academic Development Centre (http://adec.um.edu.my). Berdasarkan pendekatan ini, perkongsian kepakaran dan amalan terbaik antara semua IPTA dapat dimantapkan.

Page 12: Kata-kata Aluan Pengerusi

12

MANTAN KEPIMPINAN MEIPTA 2007-2009

Buku ini dihasilkan dengan kerjasama ahli Majlis Ketua-Ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) yang bertujuan untuk perkongsian amalan terbaik dari semua IPTA. Sebanyak 25 bab telah dihuraikan dalam buku ini. Sejarah penubuhan MEIPTA dan hasil perbincangan dalam setiap persidangan dihuraikan dalam buku ini. Selain itu, kekuatan dan strategi pembangunan e-Pembelajaran turut diterjemahkan oleh setiap IPTA bagi tujuan perkongsian amalan terbaik. Buku ini turut memperihalkan hasil kajian e-Pembelajaran untuk semua IPTA serta cadangan penambahbaikan bagi pelaksanaan yang lebih efektif.

This report comprises of 10 chapters. Chapter 1 provides an introduction to the study reported in this book. Chapter 2 describes the findings related to e-Learning policies, while Chapter 3 presents the findings related to e-Learning governance. Chapter 4 is devoted to the discussion of the findings related to Learning Management System (LMS), while Chapter 5 describes findings related to e-Learning training. Aspects related to e-Content development are presented in Chapter 6, while findings related to the integration of e-Learning in teaching and learning are described in Chapter 7. Finally, Chapter 8 is devoted to describing the findings related to quality assurance and future plans for e-Learning in the respective HEIs. The summary and conclusions are presented in Chapter 9, while the proposed improvements and policy implications are discussed in Chapter 10.

Laporan kajian ini disediakan dalam 10 bab. Bab 1 bertujuan memberi pengenalan kepada kajian yang dilaporkan dalam buku ini. Bab 2 memperihalkan dapatan kajian berkaitan polisi e-Pembelajaran, manakala Bab 3 mempersembahkan dapatan kajian berkaitan tadbir urus e-Pembelajaran. Bab 4 pula dikhususkan bagi membincangkan dapatan kajian berkaitan sistem pengurusan pembelajaran (LMS), sementara Bab 5 pula menerangkan dapatan berkaitan latihan e-Pembelajaran. Aspek berkaitan pembangunan e-Kandungan dibentangkan dalam Bab 6, manakala perkara berkaitan integrasi e-Pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran dipamerkan dalam Bab 7. Akhir sekali, Bab 8 dikhususkan untuk memperihalkan dapatan berkaitan jaminan kualiti dan perancangan masa depan e-Pembelajaran. Rumusan dapatan setiap bab dipersembahkan dalam Bab 9, manakala Bab 10 menyenaraikan cadangan penambahbaikan serta implikasi dasar.

PENERBITAN BUKU

Prof. Madya Dr. Ahmad Jelani (UUMPengerusi

Dr. Osman Ghazali (UUM)Pemangku Pengerusi (6 Bulan)

Prof. Madya Dr. Posiah Mohd Isa (UiTM)Timbalan Pengerusi

Prof. Dr. Mohamed Amin Embi (UKM)Pengerusi

Prof. Madya Dr. Zaidan Abdul Wahab (UPM)Timbalan Pengerusi

Encik Mohd Najib Adun (UKM)Setiausaha

KEPIMPINAN MEIPTA 2010-2011