penghuraian kerja perkhidmatan pegawai penyediaan makanan ... · pdf file1 penghuraian kerja...

Download PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEGAWAI PENYEDIAAN MAKANAN ... · PDF file1 penghuraian kerja perkhidmatan pegawai penyediaan makanan 1. skim perkhidmatan pegawai penyediaan makanan

If you can't read please download the document

Upload: doanduong

Post on 22-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 1

    PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATANPEGAWAI PENYEDIAAN MAKANAN

    1. SKIM PERKHIDMATAN

    Pegawai Penyediaan Makanan Gred C41, C44, C48, C52, C54.

    2. PERINGKAT ORGANISASI

    Kementerian Kesihatan Malaysia/ pelbagai jabatan/ agensi kerajaan.

    3. RINGKASAN TUGAS

    Bertanggungjawab dalam pengurusan merancang menu dan perolehanbahan makanan yang diperlukan dalam resipi piawai dan memastikanmakanan disediakan selamat, bersih dan berkualiti dengan mematuhigaris panduan yang ditetapkan. Bertanggungjawab dalam pengurusanperolehan bahan makanan basah/ mentah dan kering, pengurusanpenyimpanan makanan, pra-penyediaan memasak dan penghidanganmakanan untuk memastikan dilaksanakan mengikut tatacara yangditetapkan. Menyelia anggota di bawah jagaan untuk memastikanmematuhi disiplin, tatacara pelaksanaan tugas dan peraturankeselamatan pekerjaan.

    4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

    4.1 Pegawai Penyediaan Makanan Gred C41

    4.1.1 Aspek Pengurusan Perolehan Bahan Basah, Mentah danKering

    a. Membuat pesanan atau pembelian untuk makananbasah/ mentah dan kering, formula enteral, formulasusu bayi serta produk khas.

    b. Menerima dan memastikan kuantiti bekalanmakanan basah/ mentah dan kering yang diterimadari pembekal mematuhi pesanan dan spesifikasikontrak.

    c. Memastikan penyimpanan makanan dalam chillerdan freezer adalah mematuhi tatacarapenyimpanan.

    d. Menjaga stor-stor dengan memastikan stokdisimpan mengikut tatacara penyimpanan, sistem

  • 2

    rekod stok yang betul, memantau masuk/ keluar stokserta kebersihan dan keselamatan.

    e. Menjaga urusan dalam stor makanan seperti storpukal, sub-stor dan stor harian.

    f. Membuat pengiraan denda kepada pembekal bagihantaran bekalan makanan yang tidak mematuhisyarat kontrak.

    g. Membuat pesanan untuk gas memasak danmemantau penggunaannya serta memprosesbayaran kepada pembekal-pembekal.

    4.1.2 Aspek Pengurusan Perolehan dan PenyelenggaraanPeralatan

    a. Menyelia tugas pembersihan dan susun aturperalatan oleh anggota yang menjalankan tugasurusan stor.

    b. Membuat pesanan atau pembelian inventori danharta modal untuk perkhidmatan penyediaanmakanan.

    c. Menerima dan memastikan peralatan yang diterimadari pembekal adalah mematuhi pesanan danspesifikasinya.

    d. Merekodkan daftar inventori dan harta modal sertamemeriksa dan mengemaskinikan stok peralatanuntuk memastikan rekod peralatan adalah betul.

    4.1.3 Aspek Pengurusan Perkhidmatan Penyediaan Makanan

    a. Menyelia dan memastikan makanan disediakandengan mematuhi menu dan resipi piawai bagi dietnormal, diet terapeutik, diet kanak-kanak dan doktoron call serta menghasilkan mutu masakan yangberkualiti.

    b. Menyelia dan memastikan penghidangan diet di wadadalah betul mengikut pesanan, dilabelkan dandihidangkan dengan betul dan menarik.

    c. Terlibat dalam perancangan menu bagi diet normal,diet yang mempunyai modifikasi konsisten dannutrien seperti ditentukan oleh pegawai dietetik.

    d. Terlibat dalam perancangan menu dan resipi piawai.

  • 3

    e. Memastikan pengeluaran dan pengagihan formulaenteral, formula susu bayi, produk khas dan catuanmakan malam dilaksanakan dengan betul.

    4.1.4 Aspek Pentadbiran Anggota

    a. Melaksanakan tugas pentadbiran berkaitanperkhidmatan makanan.

    b. Mendokumentasi dan menyimpan rekod-rekod danmaklumat berkaitan.

    c. Memastikan semua keperluan sedia ada untukanggota melaksanakan tugas harian serta membuatlaporan kad perakam waktu dan merekodkan cutianggota.

    d. Memantau kehadiran, disiplin dan prestasi kerjaanggota di bawah jagaan serta memberi nasihat/amaran terhadap tata kelakuan bagi yangberkenaan.

    e. Memastikan anggota mematuhi prosedurkeselamatan dan polisi jabatan.

    f. Memastikan anggota di bawah jagaan menjalanipemeriksaan kesihatan dan mendapat suntikanthypoid.

    g. Memberi ceramah, latihan dan pendidikanberterusan kepada anggota.

    h. Memberi latihan praktikal katering untuk pelatih-pelatih dari Institusi Pengajian Tinggi.

    4.1.5 Aspek Penjagaan Peralatan, Kemudahan, Kebersihan danKeselamatan

    a. Memastikan anggota di bawah jagaan mengamalkankebersihan diri dalam setiap proses kerja yangdikendalikan.

    b. Memantau tugas mencuci, penyelenggaraan fasilitidan pembaikan peralatan yang dikendalikan olehvendor adalah mengikut jadual yang ditetapkan.

  • 4

    c. Memastikan semua peralatan dan kemudahan sediaada adalah berfungsi dengan baik dan selamatuntuk digunakan.

    d. Memastikan semua stor, bilik, kawasan dalam sertaluar bangunan adalah bersih dan pest-controldilaksanakan mengikut jadual.

    e. Memastikan anggota mematuhi prosedurkeselamatan dan polisi jabatan.

    4.1.6 Aspek Pengurusan Kawalan Kualiti

    a. Menentukan pematuhan indikator-indikator kualitiyang ditetapkan daripada peringkat penerimaanmakanan basah/ mentah dan kering daripadapembekal hingga makanan dihidangkan kepadapesakit.

    b. Menjalankan uji rasa makanan, merekodkankeputusannya, mengambil tindakan sebelumdihidangkan serta membuat ringkasan untuktindakan penambahbaikan.

    c. Menjalankan pemeriksaan penghidangan diet di wadserta mengambil tindakan jika terdapat aduanmakanan.

    d. Menjalankan kajian kepuasan pelanggan dan kajiankualiti berkaitan.

    4.2 Pegawai Penyediaan Makanan Gred C44

    4.2.1 Aspek Pengurusan Perkhidmatan Makanan Di PeringkatHospital

    a. Melibatkan diri dan memberi input dalampenstrukturan perancangan menu untuk diet normaldan diet terapeutik.

    b. Melibatkan diri dan memberikan input dalammenyediakan resepi-resepi piawai bagi setiap menuyang dirancang bagi memastikan masakan adalahberkualiti.

    4.2.2 Aspek Pengurusan Sumber Manusia

    a. Menyelia anggota di bawah jagaan untukmemastikan tugas dilaksanakan dengan mengikutperaturan.

  • 5

    b. Memberikan bimbingan dan tunjuk ajar mengenaiproses kerja.

    4.2.3 Aspek Pengurusan Operasi Penyediaan Makanan

    a. Menguruskan penyimpanan makanan bagimemastikan semua makanan disimpan denganselamat dan bersih.

    b. Menguruskan kerja-kerja pra-penyediaan, memasakdan penghidangan makanan adalah mematuhi garispanduan dan peraturan yang telah ditetapkan.

    c. Melaksanakan urusan perolehan bekalan makanandan memastikan urusan dijalankan adalah mematuhitatacara pengurusan perolehan.

    d. Mengesahkan penerimaan makanan basah/ mentahdan kering daripada pembekal dengan memastikanbekalan diterima adalah mematuhi spesifikasikontrak.

    4.2.4 Aspek Keselamatan Makanan (HACCP) Di Hospital

    a. Bertanggungjawab terhadap perlaksanaan sistemHACCP di Unit Sajian selaras dengan matlamatkementerian untuk memastikan makanan adalahselamat dan berkualiti.

    b. Terlibat dalam Jawatankuasa Makanan/ PemilihanPengusaha Kafeteria dan bertanggungjawab untukmenguruskan urusan pemeriksaan dan auditkeselamatan dan kebersihan makanan.

    4.2.5 Aspek Pengurusan Pelan Penyenggaraan Fizikal Premis

    a. Terlibat dalam Jawatankuasa Penentuan SpesifikasiPelan Lantai Untuk Dapur Baru termasuk pemilihanbahan-bahan, peralatan dan perkakasan bagimemastikan ianya memenuhi keperluan sesebuahdapur dan mematuhi spesifikasi GPM dan HACCP.

    b. Melibatkan diri dalam penyediaan dokumen TRPI,Health Services Improvement Project (HSIP)Syarikat Konsesi bertanggungjawab dalampenyelenggaraan premis Unit Sajian.

    4.2.6 Aspek Pengurusan Peningkatan Kualiti

    a. Melaksanakan kajian kepuasan pelanggan.

  • 6

    b. Melaksanakan penambahbaikan hasil makanan danperkhidmatan penyediaan makanan.

    c. Melibatkan diri dalam menetapkan tahap indikator-indikator kualiti.

    4.2.7 Aspek Pengurusan Latihan

    a. Memberi latihan kepada semua anggota di bawahjagaan.

    b. Memberi ceramah berkaitan perkhidmatan makanankepada jabatan, agensi atau organisasi lain.

    c. Memberi latihan dalam pengurusan perkhidmatanmakanan kepada pelatih dari Institusi PengajianTinggi.

    4.2.8 Aspek Pengurusan Keselamatan Pekerja

    a. Menyelia anggota di bawah jagaan mematuhi polisikeselamatan.

    b. Melibatkan diri dalam perancangan polisi-polisikeselamatan termasuk langkah-langkahpenggunaan peralatan yang selamat dan selarasdengan OSHA.

    c. Memberi latihan anggota untuk memastikanpenggunaan peralatan adalah mematuhi aspekkeselamatan.

    d. Terlibat secara langsung di dalam JawatankuasaKeselamatan dan memastikan anggota mematuhiperaturan keselamatan.

    4.3 Pegawai Penyediaan Makanan Gred C48

    4.3.1 Aspek Penstrukturan Perancangan Menu Di PeringkatHospital Daerah dan Hospital Negeri.

    a. Merancang menu untuk diet normal dan dietteraputik seperti ditentukan oleh Pegawai Dietetik.

    b. Membuat kajian terperinci tentang kesesuaianmenu.

  • 7

    c. Merancang anggaran keperluan bekalan makananbasah/ mentah dan kering dan memastikan kawalanstok adalah betul.

    d. Merancang menu dan resipi untuk memastikanmasakan adalah selamat dan berkualiti sertamematuhi piawaian yang ditetapkan.

    4.3.2 Aspek Pengurusan Perkhidmatan Makanan

    a. Memantau semua urusan perolehan bekalanmakanan dijalankan bagi mematuhi tatacarapengurusan perolehan.

    b. Memantau penggunaan peralatan sedia ada bagimemastikan ianya selamat digunakan.

    c. Memantau urusan penyelenggaraan peralatan dankemudahan yang dijalankan oleh pihak konsesi danmenyediakan laporan.

    d. Memantau penggunaan peralatan bagi memastikantiada penyalahgunaan dilakukan.

    4.3.3 Aspek Pengurusan Operasi Penyediaan Makanan

    a. Mengurus dan memantau urusan penyimpananmakanan bagi memastikan semua makanandisimpan dengan selamat dan mematuhi tatacarapengurusan stor.

    b. Menguruskan kerja-kerja pra-penyediaan, memasakdan penghidangan makanan adalah mematuhi garispanduan dan peraturan yang telah ditetapkan.

    c. Bertanggungjawab untuk memastikan prinsip-prinsipkebersihan dan keselamatan m