amalan surirumah terhadap penyediaan makanan … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan...

29

Upload: haquynh

Post on 26-Jun-2019

260 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman
Page 2: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman
Page 3: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman

AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN UNTUK

KELUARGA DI FELDA NITAR 02, MERSING, JOHOR : SATU TINJAUAN

LIZAWATI BINTI AZEMAN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 4: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman
Page 5: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah S.W.T. yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T. tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Teristimewa Buat , Ayahanda dan Bonda yang amat disayangi :

Azeman Bin Hj. Mohamad Jim

Hasmah Binti Hj. Jamadi

Tiada apa yang dapat anakmu bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik

perjalanan hidup anakmu ini. Segala pengorbanan, sokongan, bantuan dan dorongan

yang diberikan sehingga anakmu ini berjaya mencapai cita-citanya.

Semoga ayahanda dan bonda dipanjangkan usia dan dirahmati Allah S.W.T. selalu

hendaknya.

Khas buat, Abang serta adik-adikku tersayang…..

Terima kasih di atas dorongan dan penghargaan yang diberikan selama ini….

Yang menjadikan ku terus mengapai cita-cita….

Buat semua saudara-maraku dan sahabat handai :

Terima kasih tidak terhingga di atas segala bantuan, dorongan dan tunjuk ajar yang

diberikan selama tempoh ku belajar di UTM ini. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang

dapat membalas dengan seadilnya segala baik budi kalian.

Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

Page 6: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman

iv

PENGHARGAAN

Segala pujian kepada Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam, selawat serta salam

ke atas Rasulullah S.A.W dan kesejahteraan ke atas seluruh kaum keluarga serta

sahabat Baginda. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat saya

menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) bagi memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) dengan

jayanya. Syukur alhamdulillah.

Persediaan dan perancangan yang rapi dan teratur diperlukan bagi

memperolehi kejayaan dalam menghasilkan projek ini kerana kejayaan tidak akan

datang secara kebetulan, sebaliknya ia perlu dicari dan dikejar. Walau bagaimanapun

kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa tunjuk ajar, bantuan, kerjasama,

sokongan, galakan dan pengorbanan beberapa orang tertentu di sekeliling saya.

Justeru itu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya

kepada pensyarah pembimbing saya iaitu En. Mohd Rizal Bin Mohd Said atas

usaha, bimbingan, nasihat, komen, tunjuk ajar serta panduan yang diberikan

sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Hanya Allah S.W.T. yang mengetahui dan

membalas jasa yang sangat besar ini.

Tidak ketinggalan juga, ribuan terima kasih buat teman seperjuangan dan

semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak dalam memberi

sokongan dan dorongan dalam merealisasikan projek ini dengan sempurna. Budi dan

jasa kalian amat saya hargai dan akan dikenang sepanjang hayat.. Akhir sekali,

dengan rasa rendah diri, jutaan ampun dan maaf dipinta atas segala kesilapan dan

kesalahan yang disengajakan atau tidak disedari yang mungkin terdapat sepanjang

menyiapkan penulisan projek ini. Yang baik datang daripada Allah s.w.t dan yang

kurang itu datang daripada kelemahan saya sendiri. Sekian. Terima Kasih.

Page 7: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman

v

ABSTRAK

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan surirumah terhadap

penyediaan makanan untuk keluarga bagi empat aspek iaitu kaedah memasak,

kebersihan makanan, pengetahuan asas dan penglibatan ahli keluarga. Kajian dijalankan

dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kepada 176 orang

surirumah di Felda Nitar 02, Mersing, Johor. Data dianalisis menggunakan perisian

Statistical Package for Sciences (SPSS) versi 14.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan,

peratusan dan min. Nilai Alpha Cronbach untuk kajian ini ialah 0.739. Dapatan kajian

menunjukkan responden mempunyai amalan yang sederhana daripada kaedah memasak

dan penglibatan ahli keluarga tetapi bagi kebersihan makanan dan pengetahuan asas,

dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai amalan yang tinggi. Beberapa

cadangan telah dikemukakan bagi menambah baik amalan surirumah terhadap

penyediaan makanan untuk keluarga. Beberapa cadangan kajian lanjutan bagi pengkaji

yang ingin meneruskan kajian ini di masa akan datang juga turut dicadangkan.

Page 8: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman

vi

ABSTRACT

The purpose of this survey research is to identify the practice among housewife

in food preparation to family on four aspects which are method of cooking, food

hygiene, basic knowledge and involvement of family members. The instrument used

was a set of questionnaire which was given to 176 house wives in Felda Nitar 02,

Mersing, Johor. The data gathered were analyzed using Statistical Package for Social

Science (SPSS) 14.0 for Windows to get the valve of frequency, percentage and mean.

The valve of Alpha Cronbach is 0.739. The finding of research survey showed that,

respondents have moderate practice on method of cooking and involvement of family

members’ aspects. But the practice of food hygiene and basic knowledge are high

among the respondents. Finally, the survey research suggests improving housewife

practice towards food preparation for family. Few future research suggestions were

suggested to continue this survey research in future.

Page 9: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

TAJUK KAJIAN

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

Page 10: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman

viii

1.8 Definisi Konsep / Istilah 8

1.9 Ringkasan 11

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Kaedah Memasak Dalam Penyediaan Makanan 14

2.3 Kebersihan Makanan Dalam Penyediaan Makanan 16

2.4 Pengetahuan asas Dalam Penyediaan Makanan 19

2.5 Pemakanan Seimbang 23

2.6 Penglibatan Ahli Keluarga Dalam Penyediaan

Makanan 29

2.7 Rumusan 31

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 33

3.2 Rekabentuk Kajian 33

3.3 Tempat Kajian 34

3.4 Populasi Kajian 35

3.5 Sampel Kajian 36

3.6 Instrumen Kajian 37

3.6.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden 37

3.6.2 Bahagian B : Persoalan Kajian 37

3.7 Keesahan Soal Selidik 39

3.8 Kajian Rintis 40

3.9 Kebolehpercayaan Soal Selidik 40

3.10 Analisis Data 41

3.11 Prosedur Kajian 44

Page 11: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman

ix

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 47

4.2 Analisis Data 47

4.2.1 Bahagian A 48

4.2.2 Bahagian B 49

4.3 Ringkasan Dapatan Kajian 63

4.3.1 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian A 64

4.3.2 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian B 64

4.4 Penutup 65

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN

DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 66

5.2 Rumusan 66

5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 67

5.2.2 Rumusan Berdasarkan Item yang Dikemukakan 67

5.3 Perbincangan 69

5.3.1 Apakah Amalan Kaedah Memasak yang

Digunkan oleh Surirumah dalam Penyediaan

Makanan 70

5.3.2 Apakah Amalan Kebersihan Makanan

Dalam Penyediaan Makanan Dalam Kalangan

Surirumah 71

5.3.3 Apakah Amalan Pengetahuan Asas Dalam

Penyediaan Makanan Seimbang Dalam

Kalangan Surirumah 72

5.3.4 Apakah Amalan Ahli Keluarga Dalam

Penglibatan Penyediaan Makanan di Rumah 74

5.4 Cadangan 75

5.4.1 Surirumah 76

5.4.2 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 77

5.4.3 Media Massa 77

Page 12: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman

x

5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 77

5.6 Kesimpulan 78

BIBLIOGRAFI 79

LAMPIRAN A - E 84-95

Page 13: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Bilangan enrolmen surirumah di felda

Nitar 02, mersing 32

3.2 Taburan sampel kajian 33

3.3 Pembahagian item mengikut persoalan

kajian 35

3.4 Skala likert (lima mata) 36

3.5 Klasifikasi kekuatan kolerasi 38

3.6 Perubahan skala likert lima mata kepada

tiga mata 39

3.7 Penentuan tahap peratusan 40

3.8 Skala min 40

4.1 Pekerjaan responden 43

4.2 Tahap pendidikan responden 43

4.3 Item-item mengikut persoalan kajian 44

4.4 Pengkelasan skala terhadap item 45

4.5 Taburan responden mengikut frekuensi,

peratusan dan min bagi amalan kaedah

memasak dalam penyediaan makanan yang

diamalkan oleh surirumah 45

Page 14: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman

xii

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

4.6 Taburan responden mengikut frekuensi,

peratusan dan min bagi amalan kebersihan

makanan dalam penyediaan makanan

di kalangan surirumah 49

4.7 Taburan responden mengikut frekuensi,

peratusan dan min bagi amalan pengetahuan

asas dalam penyediaan makanan seimbang

di kalangan surirumah 52

4.8 Taburan responden mengikut frekuensi,

peratusan dan min bagi amalan ahli keluarga

dalam penglibatan penyediaan makanan

di rumah 56

4.9 Nilai purata pembolehubah dikaji 59

5.1 Purata min keseluruhan bagi soalan kajian

terhadap amalan surirumah penyediaaan

makanan untuk keluarga 62

5.2 Amalan surirumah terhadap penyediaan makanan

untuk keluarga 63

Page 15: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Prinsip Memasak 14

2.2 Penyediaan Makanan 20

3.1 Prosedur kajian 46

Page 16: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman

xiv

SENARAI SINGKATAN

Bil - Bilangan

RDA - Peruntukan Diet Harian yang Disarankan

Makna - Majlis Kanser Nasional

SPSS - Statistical Package for the Social Science

Page 17: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 78

B Analisis Nilai Alpha Kajian Rintis 85

C Surat Akuan Menjalankan Kajian Di

Felda Nitar 02 86

D Kesahan Soal Selidik 87

E Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 89

Page 18: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

“Manusia perlu makan untuk hidup” adalah satu pepatah yang terkenal tetapi apa

yang kita makan dan mengapa kita makan adalah satu isu yang kompleks (Fieldhouse,

2000). Makanan merupakan satu keperluan asas manusia yang membekalkan segala

keperluan zat untuk pembentukan rohani dan jasmani. Ia melibatkan banyak pengaruh

daripada individu, organisasi dan kumpulan profesional serta saling mempengaruhi

sosiologi, pemakanan, biologi dan faktor psikologi (Fieldhouse, 2000). Keluarga sihat

adalah asas bagi pembentukan sebuah negara yang sihat. Sebuah keluarga yang sihat

dapat memenuhi fungsi-fungsi dari segi biologi, sosial dan psikologi secara optima di

samping mengutamakan kesihatan ahlinya dan masyarakat setempat (Panduan Kearah

Keluarga Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2004).

Menurut Dr. Norimah A. Karim, Pakar Pemakanan dan Nutrisi (UKM),

pemakanan seimbang penting untuk kanak-kanak dalam menentukan perkembangan

mental dan fizikal mereka, ketika kanak-kanak mula membesar mereka perlu pelbagai

jenis makanan untuk memastikan semua zat makanan dapat dibekalkan. Jadi, apabila di

kaitkan dengan pemakanan seisi keluarga ia merupakan bagaimana sesebuah keluarga

yang sihat mengamalkan cara pengambilan makanan yang sihat untuk mereka sekeluarga

(Panduan Kearah Keluarga Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2004). Di samping

Page 19: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman

2

melihat akan pergaulan mesra, kasih sayang, penghargaan dan perhubungan antara

mereka.

Menurut Suriah Abdul Rahman (2004), makanan selalunya akan dimakan

berdasarkan nilai psikologi, sosial dan kepuasan. Kemungkinan besar nilai ini yang akan

menentukan bila, berapa banyak dan jenis makanan yang akan diambil dan bukan

daripada aspek pemakanan. Makanan jika dipilih dengan bijak akan membekalkan

semua nutrien yang perlu untuk fungsi tubuh yang normal. Jika makanan tidak dipilih

dengan betul, kekurangan dalam satu atau lebih nutrien akan berlaku. Nutrien ini

termasuklah karbohidrat, lemak, protein, mineral, vitamin dan air. Justeru itu, setiap

manusia perlu mengamalkan pemakanan yang sihat bagi menjamin kehidupan yang sihat.

Ibubapa yang berpendapatan stabil mudah menerima cara pemakanan yang sihat

bagi mendapatkan pilihan pemakanan yang baik (Kortzinger et al, 1994). Namun begitu,

anak-anak tidak tertarik dengan produk-produk makanan sihat (Gelperowic dan

Beharrell, 1998; Seaman, 1997; Kortzinger et al., 1994). Semasa zaman kanak-kanak,

tabiat makan memainkan peranan yang penting sebagai permulaan dalam pemilihan

makanan dan seterusnya memberi kesan kesihatan pada dewasa kelak (Keane dan

Willetts, 1994). Ibubapa boleh bertindak sebagai ’penjaga pintu’ dalam mengawal anak

mereka daripada terpengaruh kepada iklan-iklan tersebut (Engel et al., 1995). Oleh itu,

pengambilan pemakanan yang seimbang merupakan satu aspek keperluan asas sepanjang

hidup seseorang. Makanan yang dimakan boleh memberi kesan fizikal, mental dan

kesihatan yang baik. Jadi adalah penting mengamalkan diet seimbang dalam sajian

harian.

Surirumah yang bijak menyediakan makanan, dapat memastikan makanan adalah

berkhasiat dan mereka prihatin terhadap kesihatan keluarga. Mereka dapat menunjukkan

kepada keluarga, setakat mana mereka mengambil berat tentang cara bagaimana

merancang dan menyediakan makanan. Kepentingan utama tugas penyediaan makanan

kepada surirumah menunjukkan bahawa ciri keibuan akan dikaitkan dengan corak

Page 20: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman

3

pengambilan makanan di kalangan kanak-kanak. Walaubagaimanapun, pengetahuan

mengenai penyediaan makanan adalah tinggi di kalangan surirumah yang muda, yang

mempunyai taraf pendidikan yang lebih baik dan berasal dari kelompok yang

berpendapatan tinggi (Melson, 1993).

Menurut Aida Othman (2000), sebagai ibu di dalam sesebuah keluarga, kita

seharusnya bijak mengatur pemakanan keluarga agar gaya hidup sihat dapat diturunkan

kepada generasi yang lain. Oleh itu, ibu-ibu perlulah mempunyai pengetahuan asas

dalam merancang sajian yang seimbang untuk keluarga selain daripada menyediakan

makanan yang digemari oleh ahli keluarga.

Dalam kajian Melson (1993), telah menyatakan kira-kira 200 orang surirumah

mengakui akan tugas mereka yang paling kompleks seperti menguruskan kerja-kerja

rumah tangga dan menyediakan makanan. Ini menunjukkan wanita yang menjadi

surirumah, biasanya terlibat dalam kerja penyediaan makanan. Maka, seorang surirumah

perlu mengambil berat tentang kualiti pemakanan dan perlu memahami keperluan sistem

tubuh manusia. Dengan ini, surirumah akan berupaya untuk menyediakan makanan

harian yang seimbang untuk seisi keluarga.

Menurut Che Wan Jasimah (2000), menyediakan makanan yang telah diproses

seperti makanan di dalam tin akan meletakkan bahaya yang tinggi kepada kesihatan seisi

keluarga. Menurut beliau lagi, tubuh yang sihat lazimnya mempunyai daya tahan yang

kuat akan dapat memulihkan individu itu daripada kesakitan. Seharusnya perlu

diingatkan bahawa penyakit yang datang adalah kesan daripada kurangnya nilai

pemakanan dalam jangka waktu yang lama. Oleh itu, sebagai surirumah harus bijak

mengatur pemakanan yang seimbang untuk ahli keluarganya.

Page 21: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Store dan Mc William (1990) ramai di antara surirumah sekarang yang

tidak lagi menghiraukan keperluan makanan yang sempurna. Kebanyakan mereka lebih

suka menyediakan masakan tanpa memenuhi konsep makanan seimbang yang sihat.

Mereka lebih suka memasak makan mengikut selera dan hanya sekadar memenuhi

tuntutan bagi mengenyangkan perut semata-mata. Makanan yang kita makan digunakan

oleh badan dalam beberapa cara yang menakjubkan untuk meningkatkan pertumbuhan

dan kesihatan yang optimum dan sebenarnya untuk mengekalkan kehidupan yang sihat.

Justeru itu, makanan yang di makan perlulah mengikut Peruntukan Diet Harian yang

Disarankan (RDA) bagi menggalakkan amalan pemakanan yang baik.

Bagi surirumah yang sentiasa sibuk dengan aktiviti tambahan, masa tidak pernah

mencukupi bagi mereka untuk menguruskan makanan yang menyebabkan mereka tidak

berpeluang menyediakan makanan yang memenuhi konsep makanan seimbang.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang mendapat kekangan yang mungkin

menghalang penyediaan makanan seimbang oleh segelintir surirumah seperti faktor

budaya, ekonomi bagi mereka yang mempunyai keluarga yang ramai, dari segi tahap

pendidikan dan juga berkemungkinan kesukaran bagi mendapatkan sumber bahan

makanan.

Keobesitian mempunyai kaitan dengan kawalan glukosa darah yang tidak baik di

kalangan pesakit diabetes. Prevalens keobesitian juga tinggi di kalangan wanita di

FELDA, iaitu 39.1% bagi lelaki dan 50.7% bagi perempuan (Osman & Zaleha 1995).

Prevalens diabetes juga didapati meningkat dengan nyata di kalangan perempuan yang

obesiti. Prevalens diabetes melitus didapati semakin meningkat akibat kehidupan yang

mewah dan cara hidup 'sedentari'. Ini juga berkait dengan masalah malpemakanan yang

dialami semasa kecil kalangan komuniti di luar bandar dan bandar yang mempunyai

risiko tinggi pada masa ini.

Page 22: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman

5

Menurut Suriah Abdul Rahman (2004), kesan yang lebih ketara ialah apabila

perkara seperti di atas berlaku kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak mendapat

makanan yang seimbang akan mendedahkan mereka kepada risiko mendapat pelbagai

jenis penyakit. Selain itu, pemakanan yang seimbang juga mempengaruhi perkembangan

pertumbuhan kanak-kanak. Pertumbuhan fizikal kanak-kanak berkembang selaras

dengan perkembangan emosi dan psikologinya. Jika kanak-kanak perlukan makanan

berzat untuk perkembangan jasmani, rohaninya juga memerlukan makanan yang

bersesuaian supaya dapat berkembang dengan subur, sihat dan baik.

Menurut Shanaz Mawji, Pengerusi Pertubuhan Pakar Pemakanan Malaysia

(2000), kajian membuktikan penyakit merbahaya banyak berpunca daripada faktor

pemakanan yang kurang sihat. Contohnya penyakit jantung koronori akibat dari

pengambilan makanan berlemak dengan tahap kolestrol yang tinggi akan memudaratkan

jantung. Begitu juga kandungan gula dan garam yang berlebihan. Kesedaran yang telah

timbul oleh pihak Kementerian Kesihatan, Persatuan Pemakanan dan juga ilmu yang

dikutip dari media massa seharusnya di pandang berat oleh setiap ibubapa terutamanya

surirumah yang perlu menyediakan makanan yang sihat dan seimbang untuk seisi

keluarga dapat di praktikkan.

1.3 Pernyataan Masalah

Tanggungjawab menyediakan makanan untuk keluarga adalah terletak di atas

bahu seorang wanita. Tidak terkecuali samada ibu-ibu yang bekerja ataupun tidak

bekerja. Ia juga boleh diketahui berdasarkan latar belakang yang telah dihuraikan di atas.

Justeru dalam kajian ini, penyelidik ingin mengenalpasti apakah amalan surirumah

terhadap penyediaan makanan untuk keluarga. Sasaran utama pengkaji untuk

menjalankan kajian ini adalah terhadap surirumah di Felda Nitar 02, Mersing, Johor.

Page 23: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman

6

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Mengenalpasti amalan kaedah memasak yang diamalkan oleh surirumah dalam

penyediaan makanan.

1.4.2 Mengenalpasti amalan kebersihan makanan dalam penyediaan makanan di

kalangan surirumah.

1.4.3 Mengenalpasti amalan pengetahuan asas dalam penyediaan makanan seimbang di

kalangan surirumah.

1.4.4 Mengenalpasti amalan ahli keluarga dalam penyediaan makanan di rumah.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah amalan kaedah memasak yang diamalkan oleh surirumah dalam

penyediaan makanan?

1.5.2 Apakah amalan kebersihan makanan dalam penyediaan makanan di kalangan

surirumah?

1.5.3 Apakah amalan pengetahuan asas dalam penyediaan makanan seimbang di

kalangan surirumah?

1.5.4 Apakah amalan ahli keluarga dalam penyediaan makanan di rumah?

Page 24: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman

7

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil daripada kajian dan penyelidikan ini maka diharap ianya dapat dijadikan

panduan oleh pihak-pihak tertentu. Antaranya ialah:-

1.6.1 Surirumah

Memberi panduan yang berguna dalam penyediaan makanan yang berkualiti

kepada setiap ahli keluarga.

1.6.2 Ibu Bapa

Dapat memberi panduan kepada ibubapa untuk mengawal cara pemakanan,

menunjukkan cara pemakanan yang betul dan memberi makanan yang berkhasiat serta

seimbang kepada anak-anak mereka bagi membentuk sebuah keluarga yang sihat. Ia juga

dapat memupuk semangat tolong-menolong di kalangan ahli keluarga.

1.6.3 Pelajar (anak-anak)

Memberikan panduan dan dorongan dalam memupuk corak pemakanan yang

sihat di dalam kehidupan harian pelajar. Selain itu, anak-anak dapat mengetahui betapa

pentingnya makan bersama keluarga.

Page 25: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman

8

1.6.4 Masyarakat

Memberi panduan kepada masyarakat tentang kepentingan penyediaan makanan

yang sihat dan dengan adanya kerjasama dan keprihatinan masyarakat maka dapatlah

mengurangkan masalah kesihatan di kalangan masyarakat di sesebuah negara terebut.

1.7 Batasan Kajian

Tumpuan kajian ini dibataskan kepada golongan surirumah yang terdapat di Felda

Nitar 02, Mersing, Johor. Surirumah-surirumah yang terlibat dalam kajian ini adalah

terdiri daripada surirumah peneroka.

Kajian ini dilaksanakan berdasarkan objektif kajian untuk mengenalpasti amalan

kaedah memasak, amalan kebersihan makanan, amalan pengetahuan asas dalam

penyediaan makanan, amalan ahli keluarga dalam penglibatan penyediaan makanan

untuk seisi keluarga.

1.8 Definisi Konsep / Istilah

Sebelum menjalankan kajian, kefahaman tentang istilah atau perkataan dalam

satu-satu tajuk kajian adalah mustahak supaya kajian yang dijalankan tidak terpesong dan

menyimpang dari matlamat asal. Berikut adalah istilah-istilah penting yang digunakan

dalam kajian ini.

Page 26: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman

9

1.8.1 Amalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), sesuatu yg dilakukan (dilaksanakan,

dikerjakan, dan sebagainya) sebagai suatu kebiasaan. Dalam konteks kajian ini amalan

adalah sesuatu perkara yang dilakukan yang menjadi kebiasaan pada surirumah dalam

penyediaan makanan untuk keluarga.

1.8.2 Surirumah

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), isteri. Dalam konteks kajian ini

surirumah adalah isteri kepada peneroka yang menyediakan makanan untuk keluarga

samada surirumah itu bekerja ataupun surirumah sepenuh masa.

1.8.3 Penyediaan

Satu proses menyediakan makanan sehingga makanan tersebut boleh di makan.

Menurut Kamus Dewan (2002), Penyediaan adalah persiapan. Dalam konteks kajian ini

penyediaan merupakan persiapan yang dilakukan untuk proses memasak makanan.

1.8.4 Makanan

Menurut Phuah Kooi Ean (2006), Makanan didefinisikan sebagai bahan yang

boleh dimakan dan digunakan oleh badan untuk melaksanakan fungsinya. Makanan

mengandungi zat makanan dan apabila dimakan ia digunakan oleh badan.

Page 27: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman

10

Menurut Aishah Hamzah (2003) pula, Makanan adalah sebarang benda pejal atau

cecair yang dioksidakan dan memberikan tenaga haba kepada tubuh untuk bergerak,

membuat kerja-kerja, juga untuk aktiviti-aktiviti yang lain seperti tumbesaran, membaiki

tisu-tisu badan dan mengatur proses-proses yang terlibat dalam tumbesaran dan

pembaikan. Makanan juga menolong membina ketahanan tubuh terhadap penyakit dan

jangkitan.

1.8.5 Makanan Seimbang

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), makanan yg khasiatnya sesuai bagi

keperluan tubuh. Dalam konteks kajian ini makanan seimbang adalah makanan yang

mengandungi semua nutrien iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral, air

dan pelawas.

1.8.6 Pemakanan

Kajian semua proses penyerapan dan penggunaan bahan makanan. Ini

termasuklah identifikasi setiap bahan makanan yang perlu untuk tumbesaran dan

pembinaan setiap organisma (Phuah Kooi Ean, 2006). Jenis-jenis makanan yang

lazimnya di makan atau ditentukan untuk dimakan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang

(Kamus Dewan, 2002).

Page 28: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman

11

1.8.7 Zat

Menurut Kamus Dewan (2002), Zat adalah sesuatu yang menyebabkan wujudnya

sesuatu benda, bahagian daripada sesuatu benda, pati atau inti daripada sesuatu seperti zat

makanan.

1.8.8 Zat Makanan

Sebatian kimia yang mempunyai tugas khas dalam menyubur badan (Phuah Kooi

Ean, 2006).

1.8.9 Keluarga

Menurut Kamus Dewan (2002), seisi rumah tangga (yang terdiri daripada suami

dan isteri atau berserta anak-anak). Dalam konteks kajian ini keluarga adalah terdiri

suami isteri dan anak-anak yang tinggal di dalam satu rumah.

1.9 Ringkasan

Dalam bab makan, kita kadang kala terlupa untuk mengamalkan konsep

bersederhana. Malah, Nabi Muhammad SAW juga berpesan supaya kita sentiasa

bersederhana dalam makan minum yang diriwayatkan dalam sebuah hadis yang

bermaksud, ‘Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala

penyakit.’ Dalam hadis lain, Rasullullah berpesan ‘Berpuasalah! Nescaya kamu akan

Page 29: AMALAN SURIRUMAH TERHADAP PENYEDIAAN MAKANAN … · amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di felda nitar 02, mersing, johor : satu tinjauan lizawati binti azeman

12

sihat.’ (Al-Ghazali, 1980). Justeru itu, kajian berkaitan dengan penyediaan makanan

amatlah penting bagi mengkaji apakah amalan penyediaan makanan dilakukan di rumah.

Bab yang seterusnya akan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang kaedah

memasak, kebersihan makanan, pengetahuan asas dalam penyediaan makanan seimbang

dan penglibatan ahli keluarga dalam penyediaan makanan untuk keluarga.