penghuraian 2 kalimah syahadah

26
ASAS ISLAM Agama Islam ialah satu-satunya agama khusus daripada Allah S.w.t yang diturunkan kepada seluruh manusia dari Nabi Adam Alaihi Salam hingga Qiamat. Melalui Nabi-nabi dan Rasul-rasul dengan disertakan Kitab Panduan. Ianya bukanlah agama ciptaan kebijaksanaan pemikiran manusia. Apabila sampai kepada Nabi yang akhir Nabi Muhammad S.a.w, Agama Islam itu dikembangkan melalui pengakuan Kalimah Tauhid Ucapan Dua Kalimah Syahadah. Kalimah ini menjadi batas perbezaan diantara orang yang sudah menerima dan beramal dengan agama islam atau orang yang tidak menerima dan beramal dengan agama islam. Dan apabila seseorang itu hendak membicarakan Kalimah Syahadah maka akal seseorang itu hendaklah menumpukan sepenuh kepada Hukum Akal, seumpama ia melihat dirinya tempat yang nyata bagi wujud Haq Tuhannya, sepertimana sabda Nabi S.a.w Mafhumnya: Barangsiapa mengenal dirinya masa sesungguhnya telah mengenal akan tuhannya. Sebab itulah menjadi Khilaf Ulama dalam menentukan Hukum ke atas manusia Lelaki dan Perempuan didalam Islam apabila sampai Had Taklif Syarak (Baligh) sempurna Akalnya, Sihat Ceria dan Sampai Seruan Nabi Muhammad S.A.W., maka wajiblah mengucap dua kalimah syahadah dengan menyempurnakan rukunnya, syarat sahnya serta mengetahui ia akan perkara-perkara yang menyebabkan kepada membatalkannya bagi memfardhukan Islam atas dirinya untuk menjaga, mengawal, menyelia kemuliaan (maruah) Agama Islam, Diri, Keturunan, Harta Benda dan Tanah Air dalam masa yang sama hendaklah meletakkan dirinya menjadi Hamba bagi menunaikan Hak- hak kehambaan kepada Allah S.W.T. dan menjadikan Allah S.W.T. tempat minta tolong dan berlindung dalam semua hal berkaitan pembahagian hidupnya (manahijul Hayyah). Lantaran itu maka seseorang Mukallaf lagi muslim itu mahulah memberi tumpuan berusaha sepenuhnya membina kekuatan, Aqidah, 1

Upload: 9w2dsl

Post on 09-Jun-2015

4.209 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penghuraian 2 Kalimah Syahadah

ASAS ISLAMAgama Islam ialah satu-satunya agama khusus daripada Allah S.w.t yang diturunkan kepada seluruh manusia dari Nabi Adam Alaihi Salam hingga Qiamat. Melalui Nabi-nabi dan Rasul-rasul dengan disertakan Kitab Panduan. Ianya bukanlah agama ciptaan kebijaksanaan pemikiran manusia.

Apabila sampai kepada Nabi yang akhir Nabi Muhammad S.a.w, Agama Islam itu dikembangkan melalui pengakuan Kalimah Tauhid Ucapan Dua Kalimah Syahadah. Kalimah ini menjadi batas perbezaan diantara orang yang sudah menerima dan beramal dengan agama islam atau orang yang tidak menerima dan beramal dengan agama islam.

Dan apabila seseorang itu hendak membicarakan Kalimah Syahadah maka akal seseorang itu hendaklah menumpukan sepenuh kepada Hukum Akal, seumpama ia melihat dirinya tempat yang nyata bagi wujud Haq Tuhannya, sepertimana

sabda Nabi S.a.w

Mafhumnya:Barangsiapa mengenal dirinya masa sesungguhnya telah mengenal akan tuhannya.

Sebab itulah menjadi Khilaf Ulama dalam menentukan Hukum ke atas manusia Lelaki dan Perempuan didalam Islam apabila sampai Had Taklif Syarak (Baligh) sempurna Akalnya, Sihat Ceria dan Sampai Seruan Nabi Muhammad S.A.W., maka wajiblah mengucap dua kalimah syahadah dengan menyempurnakan rukunnya, syarat sahnya serta mengetahui ia akan perkara-perkara yang menyebabkan kepada membatalkannya bagi memfardhukan Islam atas dirinya untuk menjaga, mengawal, menyelia kemuliaan (maruah) Agama Islam, Diri, Keturunan, Harta Benda dan Tanah Air dalam masa yang sama hendaklah meletakkan dirinya menjadi Hamba bagi menunaikan Hak-hak kehambaan kepada Allah S.W.T. dan menjadikan Allah S.W.T. tempat minta tolong dan berlindung dalam semua hal berkaitan pembahagian hidupnya (manahijul Hayyah).

Lantaran itu maka seseorang Mukallaf lagi muslim itu mahulah memberi tumpuan berusaha sepenuhnya membina kekuatan, Aqidah, Syariat, Akhlak, Pengorbanan Diri dan Harta dengan mempelajari serta memahaminya mengikut kaedah-kaedah yang ulama-ulama muktabar, bermula dari menggunakan kaedah akalnya bagi memahami Ilmu Tauhid bagi menyempurnakan Akidahnya dan Ilmu Syarak serta Qawaidnya bagi menyempurnakan perjalanannya.

1

Page 2: Penghuraian 2 Kalimah Syahadah

Bermula Tumpuan Hukum bagi Akal itu terbahagi kepada tiga:

Pertama : Wujub = mesti sungguh =Kedua : Istihalah = mesti tak sungguh =Ketiga : Jawaz = patut dan padan =

Misyalnya:Pertama : Mesti Sungguh Qudrah Allah ta’ala itulah dinamakan WujubKedua : Mesti Sungguh Allah ta’ala tak lemah itulah dinamakan IstihalahKetiga : Patut dan Padan Allah ta’ala membuat mungkin itulah dinamakan Jawaz.

Barang yang menghukum atasnya oleh akal itu ada tiga perkara:

Pertama : Wajib = Barang yang mesti sungguhKedua : mustahil = Barang yang mesti tak sungguhKetiga : Jaiz = Harus barang yang boleh sungguh atau boleh tak sungguh

Misyalnya:Pertama : Diri Qudrah Allah ta’ala itulah di namakan barang yang wajib.Kedua : Lemah Allah ta’ala itulah di namakan barang yang tak di

terima oleh akal adanya, itulah dinamakan mustahil.

Ketiga : Membuat mungkin atau tidak itulah dinamakan Jaiz, yakni diri

membuat itu di namakan Jaiz.

KESIMPULAN

Pertama :Mesti Sungguh Qudrah Allah ta’ala itulah dinamakan Wujub, maka Akal menghukum Allah ta’ala Wajib bersifat dengan Qudrah akan tetapi kalau Akal tak menghukum pun, Allah ta’ala tetap Mesti Sungguh Qudrahnya.

Kedua :Mesti Tak Sungguh Allah ta’ala itu bersifat Lemah ‘kekurangan ada pada Zat Allah ta’ala’ seperti tak lemah, tak tuli itulah dinamakan Istihalah, maka Akal menghukum Lemah, Buta atau Tuli itulah dinamakan Mustahil.

Ketiga :Allah ta’ala membuat mungkin Patut dan Padan baginya itulah dinamakan Jawaz, maka Akal menghukum Allah ta’ala Harus membuat mungkin atau tidak, tetapi berkehendak Allah ta’ala membuatnya makamembuat ia Allah ta’ala, maka membuat itulah dinamakan Jaiz.ASAS ILMU TAUHID

2

Page 3: Penghuraian 2 Kalimah Syahadah

(BAB PERTAMA)

MENGENALI SIFAT-SIFAT ALLAH TA’ALA

Adapun yang Wajib bagi setiap Mukallaf itu beriktiqad bahawa Sifat Kamalat bagi Allah ta’ala itu tiada terhingga banyaknya, hanya yang wajib di ketahui dengan Jalan Tafsil berserta dengan dalil-dalilnya hanya 20 sifat sahaja.

1. WujudErtinya: Allah ta’ala itu Ada. Lawannya tiada.Mustahil Allah ta’ala itu tiada.Istihalah Tak Tiada Wajib Allah ta’ala itu ada.Tanda Allah ta’ala itu Ada, Baharu sekalian Alam ini.

Firman Allah ta’ala:

2. QidamErtinya: Allah ta’ala itu Sedia.Lawannya baharu.Mustahil Allah ta’ala itu baharu.Istihalah Tak Baharu Wajib Allah ta’ala itu Sedia.Tanda Allah ta’ala itu Sedia, Baharu alam ini.

Firman Allah ta’ala:

3. BaqaErtinya: Allah ta’ala itu Kekal.Lawannya Binasa (Fana).Mustahil Allah itu binasa.Istihalah Tak Binasa Wajib Allah ta’ala itu Kekal,Tanda Allah ta’ala itu Kekal, Baharu alam ini.

Firman Allah ta’ala:

3

Page 4: Penghuraian 2 Kalimah Syahadah

4. Mukahalafatul Ta’ala Lil HawadishErtinya: Allah ta’ala itu bersalahan bagi segala yang baharuLawannya bersamaan Mustahil Allah ta’ala bersamaan.Istihalah tak bersamaan Allah ta’ala bagi segala yang baharu.Tanda Bersalahan Allah ta’ala itu, Baharu alam ini.

Firman Allah ta’ala:

5. Qiamuhu Ta’ala BinafsishErtinya: Allah ta’ala itu Berdiri dengan sendirinya.Lawan berdiri dengan yang lain.Mustahil Allah ta’ala berdiri dengan yang lain.Istihalah tak berdiri dengan yang lain.Wajib berdiri Allah ta’ala itu dengan sendirinya,

ada dua makna:

1. Allah ta’ala tiada berpekehendak kepada Zat kerana ianya Zat2. Allah ta’ala tiada berpekehendak kepada yang menjadikannya

kerana ia Qadim.

Tanda Allah ta’ala Berdiri dengan sendirinya, Baharu alam ini.

Firman Allah ta’ala:

6. WahdaniahErtinya: Allah ta’ala itu asa (Tunggal)Lawannya berbilang-bilang.Mustahil Allah ta’ala berbilang-bilang.Istihalah tak berbilang-bilang.Wajib Asa Allah ta’ala itu.Tanda Allah ta’ala itu Asa, Baharu alam ini.

Firman Allah ta’ala:

7. QudrahErtinya: Allah ta’ala itu PekuasaLawannya lemah. Mustahil Allah ta’ala itu lemah.

4

Page 5: Penghuraian 2 Kalimah Syahadah

Istihalah Allah ta’ala tak lemah.Wajib Allah ta’ala itu Pekuasa.Tanda Allah ta’ala itu Pekuasa, Baharu alam ini.

Firman Allah ta’ala:

8. IradahErtinya: Allah ta’ala itu Pekehendak Lawannya benci.Mustahil Allah ta’ala itu benci.Istihalah tak benci.Wajib Allah ta’ala itu PekehendakTanda Allah ta’ala itu Pekehendak, Baharu alam ini.

Firman Allah ta’ala:

9. IlmuErtinya: Allah ta’ala itu Pengetahuan Lawannya bodoh.Mustahil Allah ta’ala itu bodoh.Istihalah tak bodoh.Wajib Allah ta’ala itu Pengetahuan.Tanda Allah ta’ala itu Pengetahuan, Baharu alam ini.

Firman Allah ta’ala:

10. HayyahErtinya: Allah ta’ala itu PenghidupLawannya matiMustahil Allah ta’ala itu mati.Istihalah Allah ta’ala itu tak mati.Wajib Allah ta’ala itu PenghidupTanda Allah ta’ala itu Penghidup, Baharu Alam ini.

Firman Allah ta’ala:

11. SamakErtinya: Allah ta’ala itu Pendengar Lawannya tuli.Mustahil Allah ta’ala itu tuli.Istihalah Allah ta’ala itu tak tuli.Wajib Allah ta’ala itu Pendengar Tanda Allah ta’ala itu Pendengar, Baharu Alam ini.

5

Page 6: Penghuraian 2 Kalimah Syahadah

Firman Allah ta’ala:

12. BashorErtinya: Allah ta’ala itu Pelihat.Lawannya buta.Mustahil Allah ta’ala itu buta.Istihalah Allah ta’ala itu tak butaWajib Allah ta’ala itu Pelihat.Tanda Allah ta’ala itu Pelihat, Baharu Alam ini.

Firman Allah ta’ala:

13. KalamErtinya: Allah ta’ala itu Pekata.Lawannya kelu.Mustahil Allah ta’ala itu kelu.Istihalah Allah ta’ala itu tak kelu.Wajib Allah ta’ala itu Pekata.Tanda Allah ta’ala itu Pekata, Baharu Alam ini.

Firman Allah ta’ala:

14. Qaunuhu Ta’ala QadiranErtinya: Allah ta’ala itu keadaan Pekuasa.Lawannya lemah.Mustahil Allah ta’ala itu keadaan lemah.Istihalah Allah ta’ala itu tak lemah.Wajib Allah ta’ala itu keadaan Pekuasa.Tanda Allah ta’ala itu keadaan Pekuasa, Baharu sekalian Alam ini.

Firman Allah ta’ala:

15. Qaunuhu Ta’ala MuridanErtinya: Allah ta’ala itu keadaan Pekehendak.Lawannya keadaan benci.Mustahil Allah ta’ala itu keadaan benci.Istihalah Allah ta’ala itu tak keadaan benci.Wajib Allah ta’ala itu keadaan Pekehendak.Tanda Allah ta’ala itu keadaan Pekehendak, Baharu sekalian Alam ini.

Firman Allah ta’ala:

6

Page 7: Penghuraian 2 Kalimah Syahadah

16. Qaunuhu Ta’ala A’limanErtinya: Keadaan Allah ta’ala itu Berpengetahuan.Lawannya keadaan bodoh.Mustahil keadaan bodoh. Istihalah keadaan Allah ta’ala itu tak bodoh.Wajib keadaan Allah ta’ala itu berpengetahuan.Tanda keadaan Allah ta’ala itu berpengetahuan, Baharu Alam ini.

Firman Allah ta’ala:

17. Qaunuhu Ta’ala HayanErtinya: Keadaan Allah ta’ala itu Penghidup.Lawannya keadaan Allah ta’ala itu mati.Mustahil keadaan Allah ta’ala itu mati.Istihalah keadaan Allah ta’ala itu tak mati.Wajib keadaan Allah ta’ala itu Penghidup.Tanda keadaan Allah ta’ala itu Penghidup, Baharu Alam ini.

Firman Allah ta’ala:

18. Qaunuhu Ta’ala SamionErtinya: Allah ta’ala itu Keadaan Pendengar.Lawannya Allah ta’ala itu keadaan tuli.Mustahil keadaan Allah ta’ala itu tuli.Wajib keadaan Allah ta’ala itu Pendengar.Tanda keadaan Allah ta’ala itu Pendengar, Baharu sekalian Alam ini.

Firman Allah ta’ala:

19. Qaunuhu Ta’ala BasyironErtinya: Keadaan Allah ta’ala itu Pelihat. Lawannya keadaan Allah ta’ala itu buta.Mustahil keadaan Allah ta’ala itu buta.Istihalah keadaan Allah ta’ala itu tak buta.Wajib keadaan Allah ta’ala itu Pelihat.Tanda keadaan Allah ta’ala itu Pelihat, Baharu sekalian Alam ini.

Firman Allah ta’ala:

7

Page 8: Penghuraian 2 Kalimah Syahadah

20. Qaunuhu Ta’alaErtinya: Keadaan Allah ta’ala itu Pekata.Lawannya keadaan Allah ta’ala itu kelu.Mustahil keadaan Allah ta’ala itu kelu. Istihalah keadaan Allah ta’ala itu tak kelu.Tanda keadaan Allah ta’ala itu Pekata, Baharu sekalian Alam ini.

Firman Allah ta’ala:

21. JaizErtinya: Harus iaitu satu sifat Allah ta’ala

Ertinya membuat mungkin atau meninggalkannya.

Pembahagiannya:

Wajib 20 SifatIstihalah 20 SifatJaiz 1 Sifat

Inilah 41 sifat yang terkandung di dalam kalimah lailahhaillallah. Ia dinamakan kalimah Tauhid yang mesti kita Jazam yang putus Iktiqad tidak berubah dengan yakinnya kepada Allah ta’ala.

WAJIB KITA BERIKTIQAD SIFAT YANG WAJIB BAGI NABI DAN RASUL.

Wajib Iktiqad sifat kesempurnaan.Ada pada tiap-tiap Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul Alaihimussalatuwasalam.Iaitu banyak, hanya yang wajib kita ketahui dengan Jalan Tafsil 4 Sifat sahaja.

1. Syideq:Ertinya: Benar lawannya Dusta.

Mustahil Dusta (Bohong).Wajib benar, bermula tanda benar Rasul.

8

Page 9: Penghuraian 2 Kalimah Syahadah

Rasul itu, ialah setiap Pengkhabaran daripada mereka semuanya membawa rahmat seluruh alam, samada Perkataan-perkataan dan Niat mereka menepati Firman Allah S.W.T. yang bermaksud “telah benar hambaku itu pada tiap-tiap perkara yang ia mengkhabarkan daripadaku”.

2. Amanah:Ertinya: Kepercayaan lawannya Kianat.

Mustahil Kianat.Istihalah tak kianat.Wajib Kepercayaan, bermula tanda kepercayaan itu segala perkara dilaksanakan dengan mudah dan redha tanpa takut dan gentar, walaupun mereka terpaksa menerima cacian dan seksaan. Sebahagian daripada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul terbunuh (‘Syahid’).

3. Tabligh:Ertinya: Penyampai lawannya Sembunyi.

Mustahil Sembunyi.Istihalah tak sembunyi.Wajib Penyampai, bermula tanda Penyampai.Rasul-rasul itu keseluruhannya dari kalangan makhluk, samada daripada Jin dan Manusia menerima dakwahnya ‘Islam’.

4. Fhatanah:Ertinya: Bijaksana lawannya Bodoh.

Mustahil Bodoh.Istihalah tak Bodoh.Wajib bijaksana, bermula tanda bijaksana Rasul-Rasul itu, Dapat mematahkan hujah-hujah musuh dengan mudah, disamping mukjizat yang mulia Allah S.W.T berikan kepadanya, dan sebahagian besar manusia dan benarlah Rasul-Rasul Alaihimussalatuwasalam itu membawa rahmat sekalian alam.

5. Jaiz:

Ertinya: Harus iaitu satu sifat yang ada pada Rasul-Rasul.Ertinya: Berperangai Rasul-Rasul itu seperti perangai manusia yang tiada mencederakan dan menjejaskan martabat mereka yang tinggi.

Pembahagiannya:

9

Page 10: Penghuraian 2 Kalimah Syahadah

01.Sifat Wajib bagi Rasul ada 4.02.Sifat Istihalah atas Rasul ada 4.03.Sifat Harus pada hak Rasul ada 1.

Inilah 9 sifat Rasul yang terkandung didalam kalimah Muhammadun Rasullullah. Ia dinamakan Kalimah Rasul yang wajib kita Jazam yang putus Iktiqad tak berubah dengan bersungguh kepada Allah ta’ala.

Kemudian kita himpunkan yang 41 didalam Kalimah Tauhid yang dahulu 9 didalam Kalimah Rasul, maka jadilah 50 Aqaiduliman yang terkandung didalam kata,

Dengan demikina itu, maka sahlah kita Beramal Ibadah kepada Allah ta’ala, samada Wajib, Sunat dan Harus. Himpunan Ringkas sekadar lulus Fardu-Ain.

01.Kalimah Tauhid: 4102.Kalimah Rasul: 9 Semuanya 50 Aqaiduliman

RUKUN ISLAM LIMA PERKARA

01.Mengucap dua Kalimah Syahadah02.Mengerjakan Sembahyang Sehari Semalam Lima Waktu.03.Mengeluarkan Zakat bagi yang berharta apabila sampai nisabnya.04.Berpusa pada Bulan Ramadhan.05.mengerjakan Haji bagi mereka yang cukup syaratnya.

RUKUN IMAN ENAM PERKARA

01.Percaya dengan Allah.02.Percaya dengan segala Rasul.03.Percaya dengan segala Kitab.04.Percaya dengan Malaikat.05.Percaya dengan Hari Kiamat.06.Percaya Qadha dan Qadar Allah dengan Muafakat Iradahnya pada

sedia kala.

ERTI IMAN

01.Percaya segala perkara yang disampaikan oleh Rasul-Rasul dengan yakin.

02.Mengikut dan Menerima dengan hati akan sekalian perkara yang di bawa oleh Rasulallah s.a.w kepada seluruh umatnya.

AGAMA

Ialah Perhimpunan Hukum Allah yang diturunkan keatas Lidah Rasul bagi hambanya yang Mukallaf untuk kebaikan dan kebajikan supaya selamat di negeri akhirat dari azab api neraka.

10

Page 11: Penghuraian 2 Kalimah Syahadah

TANDA ORANG YANG BERAGAMA.

Iktiqad yang betul yakni yakin di hati dengan sifat ketuhanan dan mengikut yang di iktikad oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah serta menunaikan amal ibadah kerana Allah semata-mata. Buat apa yang disuruh, tinggal dan benci segala yang dilarang.

KESEMPURNAAN AGAMA TIGA PERKARA

01.ISLAMIalah satu agama yang sejahtera yang dihadiahkan Allah kepada hambanya yang mukmin dengan tak payah berfikir dan berbicara oleh seseorang kerana Islam adalah agama dari Allah ta’ala diwajibkan menjunjung perintahnya dan membenci larangannya.

02.IMANPercaya segala perkara yang disampaikan oleh rasul-rasul dengan yakin, mengikut dan menerima dengan hati akan sekalian perkara yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. kepada seluruh umatnya.

03.IHSANIalah beramal ibadah dengan tulus ikhlas yang terbit dari hati yang yakin kerana Allah semata-mata, kerana segala Gerak Perbuatan, Perkataan dan Qhasad dihati (Kerja Hati), semuanya itu didalam Ilmu Allah kerana Allah melihat kita. Tidak sempurna iman seseorang melainkan dengan adanya ihsan.

04. BERIMAN DENGAN RASULULLAH S.A.WWajib kita Iktikad bagi Allah beberapa banyak Rasul dan Ambiya Alaihisolatuwasalam. Dan hanya yang wajib kita ketahui dengan jalan tafsil ialah 25 orang sahaja iaitu:

11

Page 12: Penghuraian 2 Kalimah Syahadah

1. Nabi Allah Adam alahisalam 2. Nabi Allah Idris alaihisalam 3. Nabi Allah Nuh alaihisalam 4. Nabi Allah Hud alaihisalam 5. Nabi Allah Soleh alaihisalam 6. Nabi Allah Ibrahim alaihisalam 7. Nabi Allah Luth alaihisalam 8. Nabi Allah Ishak alaihisalam 9. Nabi Allah Ismail alaihisala 10. Nabi Allah Yaakob

alaihisalam 11. Nabi Allah Yusuf alaihisalam 12. Nabi Allah Ayob alaihisalam 13. Nabi Allah Syuib alaihisalam 14. Nabi Allah Harun alaihisalam 15. Nabi Allah Musa alaihisalam 16. Nabi Allah Iliasy alaihisalam 17. Nabi Allah Iliasyaq alaihisalam 18. Nabi Allah Zulkifli alaihisalam 19. Nabi Allah Daud alahisalam 20. Nabi Allah Sulaiman

alahisalam 21. Nabi Allah Yunus alaihisalam 22. Nabi Allah Zakaria alahisalam 23. Nabi Allah Yahya alaihisalam 24. Nabi Allah Isa alaihisalam 25. Nabi Allah Muhammad Sallallahualaihiwasalam

12

Page 13: Penghuraian 2 Kalimah Syahadah

05.RASULLULAH S.A.W YANG MENDAPAT GELARAN ULUL AZMI

1. Nabi Ibrahim alaihisalam (Kahlilullah)2. Nabi Noh alahisalam (Najiyullah)3. Nabi Musa alaihisalam (Kalimullah)4. Nabi Isa alaihisalam (Rukullah)5. Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasalam

06.SAHABAT YANG MENJADI KHALIFAH ARRASYIDIN1. Syaidina Abu Bakar As-Syidiq2. Syaidina Omar Al-Khatab3. Syaidina Othman bin Affan

07.ISTERI-ISTERI NABI SOLALLAHU ALAHISSALAM ADA SEBELAS ORANG.

1. Syaidatina Siti Khadijah binti Khuwailiq2. Syaidatina Aishah binti Abu Bakar3. Syaidatina Imu Habibah (Siti Ramlah binti Abu Sopian)4. Syaidatina Hapsah binti Omar5. Syaidatina Hindon binti Umaiyah6. Syaidatina Saudah binti Zam’ah7. Syaidatina Zainab binti Jissy8. Syaidatina Maimunah binti Harisa9. Syaidatina Zainab binti Khuzaimah10.Syaidatina Jauziyah binti Hariss11.Syadatina Sofiah binti Haiyee keturunan Nabi HarunSyaidina Ali

Karamallahu Wajhah

13

Page 14: Penghuraian 2 Kalimah Syahadah

08.ANAK-ANAK NABI ADA TUJUH ORANG 3 LELAKI 4 PEREMPUAN1. Quasim 2. Abdullah 3. Zainab 4. Rukiah5. Umi Kalsum 6. Fatimah(Kesemua ini Bonda mereka Siti Khadijah)7. Ibrahim mati kecil (Bondanya Jauziyah)

09.KETURUNAN NABI DISEBELAH BAPANYAMuhammad S.W.T bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manan bin Qasar bin Qilab.

10.KETURUNAN NABI S.W.T. DISEBELAH IBUNYAMuhammad S.W.T bin Aminah binti Wahab bin Abdul Mutalib bin Abdul Manan bin Qusai bin Kilab

11.WAJIB DIKETAHUI DAN IKTIKAD YANG JAZAM MALAIKAT ALLAH ITU TIDAK TERHINGGA BANYAKNYA.

Nama Malaikat Tugas-tugasnyaJibril alaihisalam = Menurun WahyuAzrail alaihisalam = Mengambil NyawaMikail alaihisalam = Membawa RezekiIsrafil alaihisalam = Meniup SangkakalaMungkar alaihisalam = Mengawal Dalam KuburNangkir alaihisalam = Mengawal Dalam KuburRokib alaihisalam = Menulis di kiri / kanan manusiaAtib alaihisalam = Menulis di kiri / kanan manusiaRidzuan alaihisalam = Menjaga SyurgaMalik alaihisalam = Menjaga Neraka

12. WAJIB IKTIKAD BAHARU TIDAK FASAD 10 PERKARA

SYURGA Tempat Kesenangan yang tidak berkesudahan

NERAKA

Tempat Azab yang tidak berkesudahan bagi yang menyengutukan Allah @ Yang tidak menyengutukan mengikut Kadar Dosa masing-masing

LUUHUL MAHFOZPapan tulis yang terpelihara iaitu apa-apa yang berlaku sesudah tertulis di Luuhul Mahfoz

QALAM Alat TulisARAS Tempat yang Mulia

KURSITempat yang Tinggi (Hanya Allah yang mengetahui)

ANAK BIDADARI Anak BidadariROH Nyawa Manusia dan JinJASAD Ambiya dan Jasad SyuhadakTULANG PUNGGONG MANUSIA Tulang Punggong Manusia

14

Page 15: Penghuraian 2 Kalimah Syahadah

13. WAJIB IKTIQAD BEBERAPA BANYAK KITAB-KITAB ALLAH TA’ALA YANG DITURUN KEATAS RASUL-RASUL YANG WAJIB DIKETAHUI

1. Kitab Taurat - Bagi Nabi Musa Alaihisalam2. Kitab Injil - Bagi Nabi Isa Alaihisalam3. Katab Zabur - Bagi Nabi Daud Alaihisalam4. Kitab Al-Quran - Bagi Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasalam.

14. HUKUM SYARAK TERBAHAGI KEPADA DUA BAHAGIAN:A. HUKUM TAKLIFIIB. HUKUM WAD’EE

A. Hukum Taklifi ada 5 Perkaraa. Wajib b. Sunatc. Haram d. Makrohe. Harus

1. Kaedah Wajib - Buat dapat Pahala manakala ditinggalkan berdosa.

2. Kaedah Sunat - Buat dapat Pahala, manakala ditinggalkan tiada berdosa.

3. Kaedah Haram- Buat berdosa, manakala ditinggalkan dapat Pahala.

4. Kaedah Makroh- Buat tidak berdosa, manakala ditinggalkan dapat Pahala.

5. Kaedah Harus- Buat tidak berdosa, manakala ditinggalkan tak dapat

Pahala

B. Hukum Wad’I ada 5 Perkaraa. Sebab b. Syaratc. Manik d. Sahe. Batal

1. Kaedah Sebab - Gelincir Matahari menyebabkan Wajib Solat Fardu Zuhur

2. Kaedah Syarat - Mengambil Wudhu’ mensyaratkan sah Solat.

3. Kaedah Manik- Kedatangan Haid mencegah bagi Perempuan Solat.

4. Kaedah Sah- Sempurna Rukun dan Syarat sahlah Solat.

5. Kaedah Batal- Bergerak 3 kali berturut di dalam Solat Batallah Solat.

C. HUKUM TAKLIFI DAN WAD’I DIHIMPUNKAN JADI 25 PERKARA CONTOH:

15

Page 16: Penghuraian 2 Kalimah Syahadah

1. Sebab WajibMisalnya Gelincir Matahari menyebabkan wajib menunaikan Solat Fardhu Zohor

2. Syarat WajibMisalnya Islam yang mukallaf Akil Baligh mensyaratkan seseorang itu melaksanakan Hukum Allah

3. Manik WajibMisalnya seseorang sedang Solat didatangi Haid, tertegahlah padanya menyempurnakan Solat.

4. Sah WajibMisalnya Islam yang mukallaf Akil baligh suci daripada hadas kecil dan besar mengesahkan seseorang itu berpuasa.

5. Batal Wajib Misalnya seseorang yang didatangi Haid sedangkan ia sedang berpuasa maka batallah puasanya.

6. Sebab SunatMisalnya seseorang yang masuk ia kedalam Masjid, maka Disunatkan ia Solat 2 rakaat.

7. Syarat Sunat Misalnya Islam yang mukallaf, Akil Baligh.

8. Manik SunatMisalnya ketika Solat Sunat atau Puasa Sunat ia di datangi Haid maka tertegahlah ia dari menyempurnakan solat @ puasa itu.

9. Sah Sunat Misalnya Islam mukallaf Akil Baligh suci daripada dua hadas, sahlah Puasa Sunatnya.

10. Batal Sunat Misalnya seseorang yang hilang akal atau datang Haid maka batallah Puasa Sunatnya.

11. Sebab Haram Misalnya seseorang Islam yang minum arak @ berzina dan sebagainya.

12. Syarat Haram Misalnya kerana ia sesorang Islam yang mukallaf

13. Manik Haram Misalnya kerana Nira itu belum berubah menjadi Arak

14. Sah Haram Misalnya setelah Nira itu berubah menjadi Arak.

15. Batal Haram Misalnya kemudian Nira itu berubah menjadi Cuka

16. Sebab Makroh Misalnya kerana memakan benda yang membusukkan mulut

17. Syarat Makroh Misalnya kerana seseorang itu Islam yang mukallaf

18. Manik Makroh Misalnya memasukkan makanan yang dimakrohkan seperti bawang

19. Sah Makroh Misalnya memakan bawang mentah

20. Batal Makroh Misalnya seseorang yang pitam atau gila

21. Sebab Harus Misalnya seperti makan dan minum seseorang

22. Syarat Harus Misalnya orang perempuan Harus ia memakai Emas

23. Manik Harus Misalnya berjual beli pada hari Jumaat lebih-lebih lagi ketika Azan

24. Sah Harus Misalnya seseorang itu berkahwin dengan sepupunya

25. Batal HarusMisalnya mertua berkahwin dengan menantunya atau berjual beli yang ada riba

16

Page 17: Penghuraian 2 Kalimah Syahadah

MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH

1. RUKUN SYAHADAH01. Meisbatkan Zat Allah02. Meisbatkan Sifat Allah03. Meisbatkan af’al Allah04. Meisbatkan kebenaran Nabi Muhammad Rasullullah S.A.W iaitu kebenaran Nabi

Muhammad S.A.W dan apa jua yang di bawa dan disampaikan kepada manusia melalui perkataan dan perbuatannya itu adalah Wahyu dari Allah S.W.T semata-mata.

2. SYARAT SAH SYAHADAH01. Diketahui dan di kenal dengan sebenar-benarnya Kalimah

17

Page 18: Penghuraian 2 Kalimah Syahadah

itu Kalimah Syahadah yang memberi pengertian makna dan maksud mentauhidkan Zat Allah, Sifat Allah, Perbuatan Allah yang hakiki yang wajib diabdikan seluruh diri dengan menunaikan Hak-hak dKehambaan untuk Allah S.W.T semata-mata dan Nabi Muhammad S.A.W itu pesuruh Allah S.W.T kepada seluruh manusia dan Jin.02. Menzahirkan Kalimah Iqrar itu dengan lidah bagi mereka yang berkuasa.03. Mentasdidkan dengan hati.04. Segera menzahirkan perlaksanaan segala perintahnya melalui anggota Jawareh.

3. PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH01. Menduakan allah atau menyama akan dia dengan sesuatu .02. Menolak atau menyangkal diri dan Alam ini dijadikan Allah.03. Tiada menisbatkan diri dan Alam ini Hamba Allah.04. Syak dihati akan kefahaman yang lain daripada Allah

4. PERBICARAAN KALIMAH Apabila kita membicara Kalimah Syahadah secara ringkasnya hendak lah kita pelajari serta fahami Rukun Syahadah, Syariat Sah Syahadah serta perkara yang membatalkan syahadah. Makna Kalimah yang dinafikan dengan kata dan dengan makna kalimah yang diisbatkan sungguh-sungguh dengan kata pada kalimah perlulah kita bicarakan paling kurang secara ringkas akan kefahaman mengikut kaedah bahasa arab, walaupun kita orang yang bukan ahli, supaya kita dapat akan kefahaman yang jelas dan nyata malena, maani tersirat daripada kalimah syahadah itu dan mengikut kaedah bahasa arab paling kurang adalah berikut:

01. Kalimah mengikut kaedah bahasa arab ialah huruf yang menunjukkan makna atau pengertian menafikan satu-satu jenis. Ertinya menolak secara bersungguh-sungguh akan sesuatu dengan sebenar-benarnya iaitu sesuatu perkara yang tak mahu atau tak suka, yang mana satu-satu yang tak mahu tak suka itu, disangkakan betul-betul adanya melalui Syak, Zan, Waham sehingga Rasa Yakin dan Rasa Betul sungguh-sungguh akan adanya. Kalimah yang dimaksudkan sungguh-sungguh dan sebenar-benarnya disini ialah menafikan dengan sebenar-benarnya melalui Lidah, Anggota dan Hati. Sesuatu yang terbit pada pemikiran akan jenis ketuhanan yang lain yang Fardhu takdi disangka ada melalui Syak, Zhon, Waham serupa atau menyamai dengan sebenar-benarnya pada Zatnya, Sifatnya atau Hakikat namanya berbetulan adanay Zat Tuhan, Sifat tuhan, Perbuatan Tuhan, Nama Tuhan yang hakiki dan serentaksengan itu diisbatkan dengan sebenar-benarnya dan sesunguh-sungguhnya pada lidah, anggota dan hatinya akan diri Tuhan yang sebenar itu yang nama khusus bagi Zatnya itu Allah, itulah yang ada mutlak tidak lain daripada itu.

02. mengikut kaedah bahasa arab nama am atau nama umum yang memberi gambaran makna ada banyak tuhan yang sebenar-benarnya, sekira-kiranya dari segi bahasa iaitu yang tidak ketentuan bagi dirinya yang belum di kenal pasti sesungguh-sungguh akan status dirinya termasuk juga status yang sebenar-sebenar yang hendak diisbatkan sesungguh-sungguh itu. Perkara sebegini berlaku kepada kebanyakkan orang awam oleh sebab Jahil. Mengikut kaedah bahasa arab kalimah itu ditegakkan diatas baris Pathah (Diatas) kerana mengandungi huruf ( ) yang tersembunyi yang asal perkataannya

18

Page 19: Penghuraian 2 Kalimah Syahadah

Maka dibuangkan huru ( ) Jadilah kalimah itu mengikut kaedah bahasa arab, cerita yang hendak disampaikan melalui kalimah yakni tidak nyata atau tidak sebut terang-terang akan statusnya bagaimana, macammana dan lain-lain lagi. Maka dari sinilah terbitnya perkataan takdir yang ujud dalam pemikiran melalui sangkaan, syak, zhon, waham, takdir yang macam itu, takdir yang macam ini meraba-raba dikatalah dan lain-lain, kerana makna itu di tujukan kepada tiap-tiap yang disembah dan sebenar-benarnya termasuklah diri Tuhan yang wajib diisbat sungguh-sungguh akan wujudnya. Dan lain-lain yang nama yang diistilahkan oleh orang Jahil umpama Bulan, Bintang, Matahari, Tokong tidak termasuk didalam makna yang dibicarakan ini. Mengikut kaedah bahasa arab kesemua tiu di panggil atau (Berhala) atau (Thayol) tidak perlu dinafikan kerana memang tidak betul, memang tidak sah penafian itu kalau perlu di nafikan juga atau dimasukkan dalam makna Nafi melalui kalimah pada kata maka di panggil orang itu Pendusta, Jahil murakab dan lain-lain. Makna perkataan yang sebenar-benarnya mengikut kaedah bahasa arab pada perkataan dalam kalimah itu ditujukan khususnya kepada yang disembah dengan sebenar-benarnya, dimana diri Tuhan yang sebenar-benarnya itu atau status Tuhan yang sebenar-benarnya itu ialah Terkaya ia daripada tiap-tiap barang yang lain daripadanya dan berkehendak tiap-tiap barang yang lain daripadanya kepadanya, itulah makna yang dibicarakan disini, apabila dinafikan semua sekali samada Tuhan yang Fardhu Takdir dan Tuhan yang sebenarnya pada kalimah melalui kalimah dikala itu jadilah orang itu murtad, ia jadi Islam kembali, tatkala sampai ia pada kalimah Isbat.

03. Perkataan mengikut kaedah bahasa arab dipanggil kalimah mengeluarkan sesuatu yang ditetapkan bersungguh dengan yakin sehingga menjadi Jazam yang sungguh-sungguh akan adanya itu daripada samar-samar pemikiran yang terbit melalui sangkaan, khayalan, syak, zhon, waham ertinya membenamkan sungguh-sungguh atau memperhilangkan sungguh-sungguh akan syak, zhon, waham sehigga tidak wujud lagi Fardhu Takdir dan disahkan bersungguh-sungguh hukum mustahil akan wujud Zat yang lain, Sifat yang lain, Perbuatan yang lain dan menetap bersungguh-sungguh yang sudah dihukum dengan wajib ada Zat, Sifat, Perbuatan yang sebenar-benarnya yang diiktiqad serta wajib di perhambakan diri seluruhnya ialah kepada Allah ta’ala seamta-mata.

04. Perkataan Allah ialah Nama Khas yang hanya ditentukan kepada diri Tuhan yang sebenar-benarnya yang disembah iaitu diri atau Zat yang terkaya ia daripada tiap-tiap sesuatu barang yang lain daripadanya kepadanya dan berkehendak tiap-tiap sesuatu barang yang lain daripadanya kepadanya tidak lain dari itu. Mengikut kaedah bahasa arab dikatakan Kalimah Allah itu Badal yakni Ganti Nama daripada tempat Dhamir yang tersembunyi daripada nyata ada dan baris dihadapan dengan Dhomah bermaksud ilaha itulah Tuhan yang sebenarnya dan Zatnya ialah Allah .

5. KALIMAH SYAHADAH Apabila Islam ialah suatu agama khusus daripada Allah ta’ala yang diturunkan kepada seluruh manusia daripada Adam sampai kiamat melalui Nabi-nabi

19

Page 20: Penghuraian 2 Kalimah Syahadah

dan Rasul-rasul.dengan disertakan Kitab panduan ianya bukan Agama Ciptaan Kebijaksanaan Fikiran Manusia. Apabila sampai kepada Nabi yang akhir Nabi Muhammad Salallahu Alaihiwasalam, agama islam dikembangkan melalui ucapan Dua Kalimah Syahadah sebagai batas Perbezaan antara orang yang sudah menerima dan beramal cara hidup Islam dengan orang yang tidak menerima dan beramal dengan cara hidup Islam (Bukan Islam). Sebab itu sesetengah Ulama Islam menghukum Wajib fardhu Ain mengucap Dua Kalimah Syahadah sekali seumur hidup apabila sampai had Taklif Syarak dengan memfardhukan Islam keatas dirinya dan sanad mu’akad pada mana-mana waktu kecuali pada solat dan masa seseorang itu jatuh murtad. Kalimah ini apabila diucap akan dia yang disertakan kefahaman nyata bersungguh-sungguh, makna-makni yang tersurat dan tersirat daripadanya , maka ianya Jelas mengeluar akan seseorang itu daripada Syirik Uluhiyah dan Syirik Khafi (iaitu yang membawa kepada kufur dan maksiat) kepada iman dan taat yang terang benderang. Hanya Patuh dan Tunduk kepada hukum Allah Yang Maha Agong dalam semua hal kehidupannya Zahir dan Batin. Dan kalimah ini akan lari daripada tempat duduknya didiri setiap manusia yang meneriam akan dia melalui lidah, Anggota dan Hati atas nama Murtad, Munafik, Zalim dan Fasiq. Mana-mana manusia yang terjebak atas nama Murtad, Munafik, Zalim dan Fasiq inilah Penegak Ajaran Sesat dan Pengamal Ajaran Sesat. Sebab makna sesat mengikut Agama Islam itu, Batal Pengakuan Syahadahnya melalui salah satu daripada tiga perkara iaitu Perkataan, Perbuatan, Hati.

01. Sesat Melalui Perkataaniaitu segala ucapan kata dengan kalimah-kalimah atau ayat yang memberi faham dimana kalimah-kalimah atau ayat yang diucapkan itu tersasar daripada Qawaid Syariah. Perkara sebegini berlaku ketika bercakap biasa, ketika marah, ketika bergurau senda dan lain-lain.

02. Sesat Melalui Perbuatan Perlakuan atau Perbuatan seseorang muslim itu menyerupai sama seperti orang-orang kafir dalam ubudiah dan dalam hidup hariannya melanggar segala hukum syarak samada wajib atau haram dengan sengaja.

03. Sesat Melalui HatiQosot dan Iradat Jahat yang timbul didalam hati yang tersasar daripada Qawaid Syariah yang hanya pelaku itu sahaja yang tahu.

6. Punca-Punca Seseorang Itu Menjadi Sesat Aqidah, Syariat dan Akhlak ialah: 01. Sesat Akidah ialah seseorang Mukallaf yang mengucap ia Dua Kalimah Syahadah dengan tidak memahami Rukun, Syarat Sah dan Perkara yang membatalkan Syahadah ikut aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah, Imam Abu Hassan Ass’ari dan Abu Mansur Maturidhi (dalam masa yang sama tidak berusaha secara bersungguh-sungguh mempelajari akan dia yang ahli pada babnya) maka ketika itu terjebak ia jadi sesat atas nama Murtad atau berpecah ia berada dalam sesat Aqidah, Syariat dan Akhlak jadi Murtad atau Munafik. Puak-puak ini dikenali dengan 12 Puak Namanya Rafidhiyah, 12 Puak Nama Jabariah, 12 Puak Namanya Kharijiah, 12 Puak Namanya Qadariah, 12 Puak Namanya Jahariah, 12 Puak Namanya Murjiah. Kesemuanya 72 Puak.

02. Dua Puak Yang Sesat Syariat dalam Mazhab Fiqh yang Empat. i. Bida’ah Dhalalah Karohah yang Jadi Fasik

20

Page 21: Penghuraian 2 Kalimah Syahadah

ii. Bida’ah Dholalah Haram yang Jadi Murtad MaksudBida’ah Dholalah iaitu suatu penambahan atau pengurangan kepada Asal Hukum Syarak, Wajib, Haram, Sunat, Makruh, Harus tidak mengikut Qawaid Syariah, Syarat, Sebab, Manik, Sah dan Batal dan tidak ada hubungkait dengan makna dan makni Al-Quran, Hadis, Jimak Ulama dan Qias.

03. Tiga Belas Puak Tasauf (Sufi) yang sesat itu ialah Kaum Marjiah, Kaum Auliya’iyah, Kaum Syamrakhiyah, Kaum Ibahiyah, Kaum Haliyah, Kaum Hariyah, Kaum Waqi’yah, Kaum Mutajahiliyah, Kaum Mutakasiliyah, kaum Ilhamiyah, Kaum Hululiyah, Kaum Wujudiyah, Kaum Mujasimah. (Puak-puak ini ialah mreka-mereka yang sesat dalam Aqidah, Syariat dan Akhlak Islam dari kacamata Ahlus Sunnah Wal Jamaah tetapi diri mereka itu, tetap mereka mengaku betul dan benar mengikut agama islam dalam semua kerja buat mereka).

7. Asas bagi seseorang itu menjadi kufur atau murtad dan bida’ah Dholalah kerana ianya berada pada disisi berikut :-

1. Jahil Murakab 2. Jahil Basit 3. Rabtul A’di 4. Taqlidur Rad’di 5. Tahsinul Aqli 6. Hululliah 7. Tanasikhul Arwah 8. Iktiqad Wahdatul Wujud 9. Menghuraikan Al-Quran, Hadis dan Kitab-Kitab Ulama dangan Jahil Kaedah bahasa Arab atau tidak mengambil daripada mereka yang mahir bahasa arab lagi alim pada babnya serta beramal dengan ilmunya atau Syarak.

21