pendedahan afiliate...pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat...

37

Upload: others

Post on 23-Jun-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami
Page 2: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

2

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

Tiada mana-mana bahagian buku ini boleh diterbitkan semula dalam apa jua bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada penulis atau penerbit, kecuali untuk dimasukkan petikan ringkas dalam kajian. Hakcipta Terpelihara.

AMARAN: e-book ini dilindungi oleh undang-undang hak cipta Persekutuan. Ia adalah menyalahi undang-undang untuk menjual semula, atau lelongan e-buku ini. Pesalah akan didakwa sepenuhnya di bawah akta undang-undang. Diterbitkan oleh kursuspengendalianmakanan.com

Hakcipta Terpelihara. Tiada bahagian di dalam buku ini boleh di hasil semula, di simpan di dalam simpanan awam, atau di sebarkan melalui apa-apa cara sekalipun sama ada elektronik, mekanikal atau sebaliknya tanpa kebenaran penulis. Segala maklumat yang terkandung di dalam ebook ini adalah tepat pada masa ia dihasilkan. Kami tidak dapat mengambil sebarang tanggung jawab atau risiko jika berlaku sebarang kesan negatif akibat dari penggunaan buku panduan ini.

ANDA ADALAH DILARANG UNTUK MENGUBAH SUAI, SALIN, mengeluarkan semula, menerbitkan, MUAT NAIK, POST, menghantar, atau mengedarkan, DALAM APA-APA CARA, BAHAN DALAM PEMBENTANGAN INI, TERMASUK TEKS, GRAFIK, ATAU FOTO. Anda boleh mencetak dan memuat turun bahagian bahan dari Pembentangan ini semata-mata untuk kegunaan anda bukan komersial dengan syarat bahawa anda bersetuju untuk tidak mengubah atau memadam mana-mana hak cipta atau notis proprietari daripada bahan-bahan.

PENAFIAN

Buku ini adalah untuk rujukan dan tujuan maklumat sahaja. Maklumat yang terkandung di sini adalah berdasarkan daripada audit kesihatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Oleh kerana cara audit bagi setiap Pihak Berkuasa Tempatan adalah berlainan, maka tidak bererti keterangan ini boleh dipakai di seluruh Malaysia, namu secara amnya, 80% daripadanya adalah sama bagi semua PBT.

Kursuspengendalianmakanan.com tidak membuat sebarang jenis representasi atau waranti tentang ebook ini ataupun kandungannya, dan menolak tuntut sebarang jenis representasi atau waranti tersebut. Sementara usaha telah diambil untuk memastikan ketepatan maklumat, Kursuspengendalianmakanan.com tidak membuat sebarang jenis representasi atau waranti tentang ketepatan, kelengkapan atau kesesuaian maklumat dan grafik yang berkenaan yang diterbitkan di ebook ini untuk sebarang tujuan.

Maklumat yang terkandung dalam ebook ini juga mungkin mengandungi data yang lama ataupun kesilapan typografi. Segala liabiliti yang mungkin ditanggung oleh Kursuspengendalianmakanan.com (samada yang terbit dari undang-undang kontrak, tort ataupun kecuaian negligence) untuk sebarang kesilapan atau kesalahan adalah dengan jelasnya ditolak tuntut dengan sepenuhnya seperti yang dibenarkan oleh undang-undang. Contoh yang digunakan di dalam material-material di dalam panduan ini tidak boleh di andaikan sebagai bukti atau perjanjian atau jaminan hasil kepada anda.

PAUTAN LAMAN WEB

Sesetengah sambungan link di dalam ebook ini akan membawa anda kepada laman-laman yang bukan di bawah kawalan Kursuspengendalianmakanan.com. Penggunaan sambungan link kepada laman-laman web Internet yang lain atau sumber-sumber yang lain adalah di atas risiko pengguna-pengguna sendiri. Kandungan, ketepatan, pendapat dan sambungan link di laman-laman web yang lain ini telah disiasat, ditentusahkan, diawasi atau disokong oleh Kursuspengendalianmakanan.com pada masa ebook ini dibuat. Anda haruslah menyedari bahawa laman-laman web ini dijaga dan beroperasi di dalam negara. Walaubagaimanapun, kandungan dan penggunaan laman-laman web ini mungkin adalah tertakluk kepada undangundang dan peraturan-peraturan negara-negara lain Selain dari Malaysia dan tertakluk kepada syarat-syarat penggunaan ataupun polisi privasi lamanlaman ini. Sila hubungi pihak-pihak yang berkenaan seperti yang disebutkan di laman-laman tersebut. Hakcipta, Tanda Niaga Semua kandungan dalam ebook ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, reka bentuk dan grafik adalah hakcipta terpelihara. Kebenaran adalah diberi untuk membuat salinan cetak jika untuk tujuan

Page 3: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

3

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

penggunaan peribadi. Penggunaan bahan material dalam ebook ini untuk sebarang tujuan lain (termasuk reproduksi untuk pihak yang selain daripada yang tersebut di atas dan sebarang pindaan, pengubahsuaian, pengedaran atau penerbitan semula) tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak Kursuspengendalianmakanan.com adalah sangat-sangat dilarang.

PENDEDAHAN AFILIATE

Kursuspengendalianmakanan.com mungkin mendapat komisyen daripada pautan-pautan yang terdapat dalam panduan ini sekiranya ada. Ini tidak bererti panduan ini adalah bertujuan untuk mencari keuntungan semata. Produk, Perkhidmatan atau apa jua link affiliate yang disarankan oleh Kursuspengendalianmakanan.com adalah digunakan sendiri oleh Kursuspengendalianmakanan.com yang merasakan ia berhak dikongsi informasinya.

Page 4: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

4

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

Pendahuluan

Dalam mengaut keuntungan menjalankan perniagaan makanan, kebanyakan daripada pengusaha cuai dalam penjagaan kebersihan dan sanitasi semasa mengendalikan premis makanan menyebabkan kejadian keracunan makanan.

Ini boleh menyebabkan pengguna memakan makanan yang mengandungi bakteria yang menghasilkan toksin yang akan bertindakbalas atau mengganggu sistem penghadaman. Di samping itu keracunan makanan juga boleh berpunca daripada penggunaan bahan pengawet yang tidak dibenarkan atau penggunaannya yang melebihi had yang dibenarkan.

Bahan pengawet yang tidak dapat pengesahan penggunaannya boleh membahayakan kesihatan pengguna dalam jangkamasa pendek seperti menunjukkan simptom cirit-birit dan muntah. Manakala kesan jangkamasa panjang pula boleh menjadi faktor penyumbang kepada kejadian kecacatan atau barah. Sebagai contoh, kes keracunan disebabkan oleh Loh Si Fan atau Mee Tikus telah mengorbankan seramai 13 orang yang berlaku pada 15 Oktober 1989 di Kampar, Teluk Intan, Tanjung Tualang dan Batu Gajah Perak. Kejadian ini berpunca akibat kecuaian oleh pengeluar makanan tersebut.

Hati-Hati Nasi Lemak Kantin - Kredit - Kosmo!

Page 5: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

5

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

Pemeriksaan premis makanan oleh pihak berwajib menunjukkan bahawa ramai pengendali makanan tidak mematuhi peraturan kebersihan makanan. Menurut Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Ming, daripada dua juta pengusaha makanan, hanya seramai 108,400 (5.4%) telah menjalani latihan dalam program keselamatan makanan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 1996 (New Straits Times, 2002). Unit Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan telah menutup premis makanan sebanyak 2,630 pada tahun 2000 dan anggaran 2,000 pada tahun 2001 atas pelbagai kesalahan (New Straits Times, 2002).

Pengendali-pengendali makanan merupakan satu sumber utama yang menyebabkan kejadian keracunan makanan. Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami demam, mengidap cirit-birit, batuk dan kudis boleh memindahkan penyakit secara langsung atau tidak langsung sama ada melalui udara dan sentuhan.

Masalah keracunan makanan dan penyakit bawaan makanan boleh diatasi dengan mewujudkan kerjasama di antara agensi-agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memantau kebersihan makanan dan sanitasi, pengusaha-pengusaha makanan dan pengguna.

Keracunan Makanan Boleh Mengakibatkan Kematian - Kredit - Bernama

Page 6: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

6

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

Garis Panduan Tahap Kebersihan dan Sanitasi di Premis Menjual Makanan.

Premis menjual makanan yang kotor, dipenuhi dengan sampah sarap dan menggunakan perkakas yang tidak bersih merupakan punca pembiakan kuman di samping menggalakkan pembiakan lipas, lalat dan tikus. Makanan yang disediakan dalam keadaan yang kotor merupakan punca kepada berlakunya kejadian keracunan makanan dan penyakit bawaan makanan seperti penyakit taun dan kepialu. Garis panduan kebersihan dan sanitasi ini dapat melindungi pengguna daripada risiko keracunan makanan serta menyampaikan maklumat kepada pengendali makanan supaya dapat meningkatkan mutu kebersihan premis makanan.

Keracunan makanan ditakrifkan sebagai penyakit yang berlaku selepas makan makanan yang tercemar akibat jumlah bakteria atau jumlah toksin yang dikeluarkan oleh bakteria dan bahan kimia yang terkandung di dalam makanan yang boleh menyebabkan kes kematian. Antara simptom-simptom keracunan makanan memulas perut, sakit perut, cirit-birit, loya dan muntah, demam dan kesejukan dan maut.

Page 7: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

7

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

Tutup 14 Hari

Arahan Penutupan Premis Selama 14 hari Oleh MBPJ Baru-baru ini

Page 8: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

8

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

Senarai Kesalah Premis Restoran

Panduan yang dihasikan di dalam ebook ini adalah bagi memberi informasi dan

maklumat kepada semua pengendali makanan bagi mengelakkan restoran atau premis

perniagaan anda disita.

Sekiranya premis anda disita 14 hari, ia akan mendatangkan nama yang buruk kepada

perniagaan anda tambahan lagi kerugian penjualan selama setengah bulan. Ini

merupakan mimpi ngeri bagi tokey restoran.

Oleh yang demikian, jadikanlah panduan ebook ini sebagai panduan dan sekiranya

boleh, cetak ebook panduan ini dan jadikan panduan kepada semua staf pekerja

sebelum mula bekerja dengan anda supaya mereka tahu cara etika kerja sebagai

pengendali makanan.

Page 9: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

9

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

1. Lesen Perniagaan Yang Sah Dari Pihak Berkuasa Tempatan

Perniagaan yang didapati beroperasi tanpa mendapat lesen yang sah dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), tindakan kompaun akan dikenakan bergantung kepada nilai yang ditetapkan oleh PBT daerah operasi premis anda tanpa sebarang notis.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khas di Malaysia ialah satu badan khas yang diberi peranan mentadbir satu kawasan khas sebagai kerajaan tempatan.

Sekiranya anda berada di Ipoh, Perak maka anda perlu berurusan dengan MAJLIS BANDARAYA IPOH (MBI).

Lesen Perniagaan Dari PBT Yang belum tamat tempoh

Page 10: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

10

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

2. Pamerkan Lesen Perniagaan

Lesen yang telah diperolehi hendaklah dipamerkan di ruangan yang senang di lihat.

Walaupun ia nampak seperti remeh, namun ia merupakan kesalahan dan boleh dikenakan denda.

Memaparkan Lesen Perniagaan - Kredit - zaiddong.blogspot.com

3. Penyimpanan Makanan Sudah Dimasak Dengan Bahan Mentah

Hendaklah Di Asingkan

Makanan Yang telah dimasak dengan bahan mentah hendaklah diasingkan bagi mengelakkan berlakunya pencemaran silang atau ‘Cross Contamination’

Sekiranya pencemara silang terjadi, adalah kemungkinan besar makanan yang dimasak akan dicemari bacteria dan mengakibatkan keracunan makanan kepada pelanggan restoran.

Page 11: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

11

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

Asingkan Bahan Mentah dengan Makanan yang Telah Di Masak

4. Ramuan Dan Makanan Mentah Hendaklah Di Labelkan

Semua produk makanan hendaklah disertakan dengan/atau maklumat yang mencukupi, untuk membolehkan pengedali seterusnya dalam rantaian makanan tersebut, dapat mengendalikan, mempamerkan, menyimpan dan menyediakan serta menggunakan produk tersebut dengan selamat dan betul.

Pelabelan produk dan bekas (holding container) mestilah hendaklah mematuhi keperluan perundangan yang berkaitan.

Setiap bungkusan produk perlu dilabel secara kekal, mudah dibaca, dan tahan lama, serta mengandungi maklumat jenama, jenis produk (kod produk), syarikat yang bertanggungjawab, tarikh luput dan cadangan suhu penyimpanan.

Prosedur perlu disediakan untuk mengelakkan kesalahan pelabelan.

Page 12: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

12

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

Pelabelan Mesti Di Lakukann Dengan Sistematik

5. Gunakan Bekas Yang Tidak Kemek/Berkarat/Kalis Air

Simpan makanan berkaleng yang belum dibuka di tempat yang sejuk dan kering.

Makanan berkaleng yang telah dibuka mesti disimpan di dalam peti sejuk. Pindahkan

makanan berkaleng selepas dibuka ke dalam bekas lain sebelum disimpan dalam peti

sejuk. Jika dibiarkan di dalam kaleng, isi kandungan akan bertindakbalas dengan

lapisan tin apabila ia terdedah kepada udara.

Makanan berkaleng tidak sepatutnya disejukbekukan. Sekiranya kaleng dibekukan

secara tidak sengaja dan kemudian dinyahbekukan, periksa bagi tanda-tanda yang

dicurigai terutama kebocoran. Proses pembekuan akan mengakibatkan perubahan di

dalam suhu dan pengembangan pada isi kandungan.

Page 13: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

13

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

Penyimpanan Makanan DI Dalam Bekas Yang Bersih - Kredit - Moneysavingmom.com

Bekas Yang Berkarat Tidak Boleh Digunakan kredit -www.shescraftycrafty.com

Page 14: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

14

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

6. Proses Penyediaan Bahan Mentah Mestilah Di Tempat Tinggi Melebihi

0.5meter, Kalis Air Dan Bersih

Proses menyediakan bahan mentah untuk dimasak hendaklah dilakukan di tempat yang bersih, tinggi & kalis air sekurang-kurangnya 3 kaki dari paras lantai.

Penyediaan Makanan Di Tempat Yang Tinggi - Kredit - professional.electrolux.com

7. Makanan Hendaklah Di Simpan Di Tempat Yang Tertutup Pada Suhu

Yang Bersesuaian

Makanan dimasak yang perlu disimpan lebih daripada 4 jam, pastikan ia disimpan pada suhu dingin (kurang 4 °C) atau pada suhu melebihi 60 °C. Bakteria dapat membiak cepat pada suhu zon bahaya. Jika makanan dibiarkan pada suhu ini selama 4 jam atau lebih, bakteria boleh membiak ke paras yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Walau bagaimanapun elakkan menyimpan makanan yang masih panas di dalam peti sejuk. Haba daripada makanan panas ini akan meningkatkan suhu di dalam peti sejukdan membolehkan bakteria membiak.

Makanan mentah biasanya mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan kerosakan dan keracunan makanan. Makanan masak mudah tercemar jika bersentuhan dengan makanan mentah dan ini mengakibatkan pencemaran silang. Langkah-langkah berikut perlu diikuti untuk mengelakkan pencemaran silang

Makanan berisiko/telah dimasak diletak pada suhu sesuai semasa penyimpanan, penyediaan, pengangkutan, penghidangan

Page 15: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

15

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

Penyimpanan peti sejuk : cukup sesuai, susunan makanan , berkeadaan bersih , teratur dan difros

MAKANAN SUHU MENYIMPAN TEMPOH PENGGUNAAN

Ikan 0 °C – 2 °C 2 – 3 hari

Makanan laut 0 °C – 2 °C 2 hari

Daging 0 °C – 2 °C 2 – 3 hari

Daging cincang 0 °C – 2 °C 2 – 3 hari

Ayam 0 °C – 2 °C 2 hari

Sayur berdaun 1°C – 9°C 3 – 5 hari

Susu 0 °C – 2 °C 5 – 7 hari

Krim 0 °C – 2 °C 5 hari

Makanan yang telah dimasak 0 °C – 3 °C 3 – 4 hari

Buah 1 °C – 9 °C 2 – 7 hari

Daging awet 0 °C – 2 °C 2 – 3 minggu

Jus buah 0 °C – 2 °C 1 – 2 minggu

Mentega 0 °C – 4 °C 8 minggu

Margerin 0 °C – 4 °C 8 minggu

Keju 0 °C – 2 °C 1 – 3 bulan

Marjerin dan mentega 2 °C – 7 °C 6 bulan

Buah kering 0 °C > 2 tahun

Daging & ikan kering 0 °C > 2 tahun

Panduan Suhu Dan Penyimpanan Makanan

Page 16: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

16

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

8. Semua Pengendali Makanan Hendaklah Mendapatkan Suntikan TY2 /

Suntikan Typhoid

Suntikan typhoid mestilah diambil bagi semua pengendali makanan setiap 3 tahun dan wajib menyimpan bukti seperti kad suntikan atau surat pengensahan doktor. Suntikan Typhoid boleh didapati di klinik yang menawarkan perkhidmatan tersebut dan boleh disemak di www.kursuspengendalianmakanan.com.

Suntikan Typhoid - Kredit - Kursuspengendalianmakanan.com

9. Semua Pengendali Makanan Hendaklah Menghadiri Kursus

Pengendalian Makanan.

Kursus Pengendalian Makanan wajib dihadiri oleh semua pengendali makanan sekali seumur hidup dan perlu mengulang semula sekiranya didapati tidak mengamalkan amalan yang diajarkan didalam kursus.

Page 17: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

17

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

Kursus Pengendalian Makanan

Anda boleh membuat carian Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang berhampiran anda di SINI .

10. Semua Pengendali Makanan Hendaklah Memakai Apron, Menutup

Kepala Dan Memakai Kasut

Selipar adalah dilarang sama sekali bagi pengendali makanan. Ini juga termasuk segala eksesori seperti gelang, anting-anting dan juga jam tangan.

Semua pengendali makanan menjaga kebersihan diri, kuku yang pendek, tiada luka, tidak merokok, menghembus hidung, batuk dan bersin kearah makanan semasa menyedia makanan, mencuci tangan selepas ke tandas dan sebelum memegang makanan.

Penggunaan penyepit, sudu, sarung tangan adalah wajib mengikut keadaan.

Page 18: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

18

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

Contoh Pemakaian Pengendali Makanan - Kredit - balannambiar.wordpress.com

11. Tidak Di Benarkan Memasak Di Belakang Lorong Premis

Anda adalah dilarang sama sekali untuk menggunakan ruang belakang premis bagi tujuan memasak.

Memasak di Bahagian Belakang Premis

Page 19: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

19

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

12. Semua Peralatan Atau Perkakas Yang Digunakan Untuk Memasak

Hendaklah Dalam Keadaan Bersih, Mudah Di Cuci, Kalis Air dan

Tidak Pecah, Retak Atau Rosak

Pastikan peralatan memasak yang digunakan didalam dapur dalam keadaan baik. Pastikan peralatan yang sudah rosak dan tidak boleh digunakan tidak berada di kawasan dapur.

Peralatan dan perkakasan hendaklah disimpan dengan bersih teratur, kemas dan tidak sesak.

Kain lap (tuala) bersih dan penggunaan khusus.

Permukaan premis TIDAK bersentuhan makanan : sesuai binaan dan rekabentuk,permukaan mudah dicuci dan bersih (Kabinet, meja, dapur, pintu, tingkap etc)

Perhatikan gambar dibawah ini. Pada pendapat anda, adakah papan pemotong seperti ini yang berada berdekatan sinki boleh digunakan lagi?

Apa Pandangan anda Mengenai perkakasan yang digunakan di restoran ini?

Page 20: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

20

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

13. Semua Peralatan Yang Tidak Digunakan Hendaklah Dikeluarkan

Daripada Premis

Pastikan alatan makanan yang sudah tidak boleh digunakan dibuang segera dan tidak terdapat di dalam premis.

14. Pinggan Mangkuk Dan Lain-lain Perkakas Hendaklah Dicuci Di Dalam

Sinki . Tidak Di Atas Lantai

Kemudahan pencucian peralatan: sesuai binaan & rekabentuk dijaga bersih mencukupi(pencucian dilakukan ditempat tinggi dan bukan di atas lantai)

Peralatan dan perkakasan hendaklah disimpan dengan bersih teratur, kemas dan tidak sesak.

Permukaan premis TIDAK bersentuhan makanan : sesuai binaan dan rekabentuk,permukaan mudah dicuci dan bersih (Kabinet, meja, dapur, pintu, tingkap etc)

Page 21: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

21

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

Perkakas di basuh di lantai - kredit - whiteraven68.blogspot.com

15. Pinggan Mangkuk Dan Perkakasan Lain Tidak Dibenarkan Dicuci Di

Lorong Belakang Premis

Perkakasan memasak hanya boleh di cuci di sinki dan bukan di lorong belakang premis.

Page 22: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

22

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

Page 23: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

23

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

16. Tidak Dibenarkan Menggunakan Paip Getah

Air yang digunakan bagi penyediaan makanan dan juga untuk kegunaan mencuci peralatan hendaklah diambil terus dari paip. Penggunaan paip getah adalah dilarang.

Padah restoran kotor- kredit - sinarharian.com

Page 24: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

24

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

17. Longkang hendaklah Dibaiki Kerosakan Dan Dibersihkan

Longkang hendaklah bersih dan diperbaiki kerosakakn yang ada supaya aliran air limbah tidak tersekat @ bertakung.

18. Sisa Makanan Tidak Boleh Dibuang Ke Dalam Longkang

Semua sisa makanan hendaklah dikumpulkan dan tidak dibuang di dalam longkang

Page 25: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

25

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

19. Semua Air Cucian Dari Premis Hendaklah Dialirkan Melalui

Perangkap Minyak (grease Trap) Sebelum Di Salurkan Ke Sistem

Pembentungan atau Parit.

Pembuangan & pengaliran air limbah dialirkan dengan sempurna dan lancar serta dilupuskan dengan sebaiknya serta penggunaan “Grease trap”

20. Tandas Hendaklah Sentiasa Dalam Keadaan Bersih.

Sabun disediakan secukupnya.

Pastikan jamban tidak tersumbat. Sekiranya terdapat kerosakan, pastikan di letakkan papan tanda sementara agar pengunjung sedia maklum dan ambil tindakan segera untuk menyelesaikan kerosakan tersebut.

Pastikan dilekatkan poster atau perekat 7 Langkah Basuh Tangan yang boleh diperolehi di PBT daerah dengan percuma.

Page 26: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

26

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

Page 27: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

27

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

21. Semua Pemasangan Di Dalam Tandas Hendaklah DI Baiki Sekiranya

Rosak

Kebersihan tandas mencermihkan personality penghuninya!

Apabila penguatkuasaan kesihatan datang ke restoran atau kilang untuk melakukan pemantauan, ruangan pertama sekali yang akan dikunjungi ialah tandas. Anda tidak akan tahu bila penguatkuasa akan datang, jadi lebih baik kekalkan kebersihan sahaja.

22. Jubin Lantai Atau DInding Yang Rosak Hendaklah DI Baiki

Jubin yang rosak atau pecah hendaklah diganti bukan hanya ditampal simen seperti dalam gambar dibawah ini.

Ini adalah bagi mengelakkan air bertakung dan menjadi tempat penyerapan bacteria.

Page 28: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

28

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

23. Lantai Premis Hedaklah Di Pasang Dengan Jubin

Page 29: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

29

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

24. Lantai Premis Hendaklah Sentiasa Bersih, TIdak Licin Dan Dibaiki

Kerosakan Sekiranya ada

Permukaan lantai hendaklah diperbuat daripada permukaan yang senang dicuci dan kalis air di seluruh ruang premis

Restoran Yang Bersih - Kredit - Anjungseri.com

25. Dinding Premis Hendaklah Dipasang Dengan Jubin Setinggi 1.5Meter

Dari Paras Lantai

Permukaan dinding hendaklah dengan pemasangan jubin atau bahan yang mudah dicuci sekurang-kurangnya 5 kaki tinggi dan kalis air diseluruh ruang premis.

Perhatikan Jubin yang setinggi 1.5 Meter yang di tunjukkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak.

Page 30: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

30

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

26. Dinding Serta Siling dan Kipas Hendaklah Dalam Keadaan Bersih Dan

segala Kerosakan Hendaklah Di Baiki Sekiranya Ada.

Siling perlu dipastikan bersih dari habuk dan sawang.

Page 31: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

31

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

27. Corong Asap Hendaklah Di Pasang. Serombong Asap Hendaklah Di

Pasang Ke Paras Bumbung. Corong Asap Hendaklah DI Pasang

Dengan Perangkap Minyak, Di Bersihkan Dan Diselenggara Dalam

Keadaan baik.

Peredaran udara dan pencahayaan yang mencukupi. Bahagian dapur perlu dibekalkan dengan cerobong asap bagi mengeluarkan asap dari dalam premis/exhaust fan.

Page 32: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

32

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

28. Hendaklah Mengambil Langkah-Langkah Pencegahan daripada

Makhluk Perosak Seperti Lipas, Lalat, tikus dengan Menggunakan

Perkhidmatan Syarikat Kawalan Serangga Yang Berdaftar.

Langkah-Langkah penghapusan LILATI hendaklah dijalankan terutama ditempat penyimpanan makanan dan bahan mentah serat di dalam premis.

Premis sentiasa berada dalam keadaan baik, bersih, teratur, (pembersihan berjadual & mencukupi)

Page 33: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

33

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

29. Tong sampah Hendaklah Disediakan Dengan Bilangan Yang

Mencukupi Dan Sentiasa Dalam Keadaan Bertutup

Tong sampah mecukupi, sesuai , mempunyai beg karung dan penutup yang sempurna.

Tong sampah berkeadaan bersih. Semua sisa makanan dimasukkan ke dalam karung (pelupusan di luar premis) Langkah-langkah kawalan terhadap Lilati (Lipas/Lalat/Tikus) diambil mencegah kehadirannya akibat dari pelupusan sampah/sisa makanan yang tidak sempurna

Tong Sampah Tidak Bertutup - Kredit - Utusan Online

30. Tidak Di Benarkan Meletakkan Apa-apa Barang/Peralatan Yang

Berkaitan Dengan Perniagaan Di siarkaki/ Tepi/ Belakang Premis.

Semua Halangan Di Siarkaki Seperti Gerai Makanan Hendaklah Di Masukkan Ke Dalam Premis.

Page 34: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

34

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

Tiada terdapat barangan jualan atau benda-benda lain yang boleh memberi gangguan, halangan dijalan susur, lorong belakang, kaki lima dan tepi jalan

Page 35: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

35

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

31. Semua Binaan Haram / Tanpa Kebenaran Hendaklah Dirobohkan

MBPJ Ambil Tindakan Terhadap Restoran Gagal Patuhi Peraturan - Kredit - Selangorku.com

Penguatkuasa meruntuhkan pengubahsuaian haram oleh pemilik kedai - Kredit - Selangorku.com

Page 36: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

36

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

32. Hendaklah Memohon Permit Kerusi Meja Sekiranya Ingin Meletakkan

Di Luar Premis.

33. Premis Hendaklah Di Pastikan Dalam Keadaan Baik

Premis restoran adalah tempat orang menjamu selera. Adalah satu amalan yang baik sekiranya suasana dan persekitaran yang bersih dapat dikekalkan demi keselesaan dan menjamin kesihatan pengunjung yang datang menikmati makanan di restoran.

Ini secara tidak langsung akan menarik lebih banyak pelanggan dan seterusnya menaikkan penjualan syarikat.

Page 37: PENDEDAHAN AFILIATE...Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan. Pengendali makanan yang mengalami

37

TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com

Kesimpulan

Makanan adalah keperluan asas kepada kehidupan manusia. Seringkali kita didedahkan oleh media masa yang memaparkan kejadian kes-kes keracunan makanan yang berlaku di sekolah, restoran dan kenduri. Oleh itu, diharapkan agar maklumat mengenai garis panduan kebersihan premis makanan dan restoran ini dapat membantu pelbagai pihak terutama pengendali makanan dan pengguna semasa mereka mengendalikan makanan atau membeli makanan di luar.

Adalah diharapkan agar pengusaha dan pengendali makanan mempunyai rasa tanggungjawap sosial kepada pengguna semasa menyediakan makanan bagi megelakkan daripada kejadian keracunan makanan.

Agensi yang bertanggungjawap seperti Bahagian Kawalan Mutu Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis-Majlis Perbandaran mempunyai pelbagai kaedah tersendiri untuk memantau tahap kebersihan makanan dan sanitasi di premis menjual makanan dan restoran. Namun begitu, adalah mustahil bagi mereka untuk memantau keseluruhan rasetoran yang beribu jumlahnya di Malaysia ini. Oleh itu, kesedaran pengusaha restoran adalah amat penting bagi meningkatkan mutu kebersihan makanan di Malaysia.

Akhirnya, dengan kerjasama yang baik diantara agensi yang bertanggungjawab, pengusaha dan pengendali makanan dan pengguna diharapkan dapat mengatasi masalah keracunan makanan atau penyakit bawaan makanan demi kesejahteraan negara dan menyahut misi negara iaitu menuju kepada status Negara Maju dan Wawasan 2020.

Lawati KURSUSPENGENDALIANMAKANAN.COM - Laman Web Khusus Pengendali Makanan