institut pengurusan kesihatan (ipk) ??3.1 bahan makanan yang akan dibekalkan kepada setiap peserta...

Download INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK) ??3.1 Bahan makanan yang akan dibekalkan kepada setiap peserta pada setiap ... 3.3 Penyediaan makanan kepada para peserta hendaklah dibuat secara

Post on 22-Feb-2018

252 views

Category:

Documents

4 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1

    INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IPK)

    KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

    DOKUMEN SEBUTHARGA

    NO. SEBUTHARGA

    IPK/SH/09/2015

    TAJUK

    SEBUTHARGA

    PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN

    BERMASAK SECARA OUTSOURCE SELAMA

    DUA (2) TAHUN UNTUK PESERTA KURSUS DI

    INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN, KKM

    KOD BIDANG 040101 - MAKANAN & BAHAN MENTAH

    KERING/BASAH

    040102 - MAKANAN DAN MINUMAN (TIN, BOTOL

    DAN BUNGKUS)

    040103 - MAKANAN BERMASAK (ISLAM)

    TARIKH

    TAKLIMAT/

    LAWATAN

    TAPAK

    22 OKTOBER 2015 (KHAMIS)

    JAM 10.00 PAGI

    BERTEMPAT DI INSTITUT PENGURUSAN

    KESIHATAN, JALAN OFF BANGSAR

    TARIKH TUTUP 30 OKTOBER 2015 (JUMAAT)

    JAM 12.00 TENGAHARI

  • 2

    BIL ISI KANDUNGAN M/S

    1. Bahagian A - Kenyataan Sebutharga 3 - 4

    2. Bahagian B - Arahan kepada Penyebutharga 5 - 9

    3. Bahagian C - Syarat-syarat kepada Penyebutharga 10 - 20

    4. Bahagian D - Spesifikasi Pekhidmatan/Kerja 21 -39

    5. - Senarai Semak Dokumen Kewangan 40

    6. Lampiran A - Surat Akuan Pembida 41

    7. Lampiran B - Keterangan Mengenai Penyebutharga 42 - 43

    8. Lampiran C - Surat Akuan Penyebutharga 44 - 45

    9. Lampiran D - Jadual Tawaran Harga (Peserta Kursus) 46

    10. Lampiran E - Jadual Tawaran Harga (Tempahan Khas) 51

    11. Lampiran Q - Sebutharga untuk Bekalan / Perkhidmatan 52 - 53

    12. - Senarai Semak Dokumen Teknikal 54

    13. Lampiran F - Senarai Pengalaman 55

    14. Lampiran G - Senarai Perkhidmatan/ Kerja dalam Tangan 56

    15. Lampiran H - Cadangan Menu untuk Tempahan Khas 57

    16. Lampiran I - Kualiti ke atas Bahan Makanan 66

    17. Lampiran J - Senarai Peralatan Penyebutharga 70 - 71

    18. Lampiran K - Senarai Peralatan di Dapur/ Kafetaria IPK 72

    19. Lampiran L - Senarai Pekerja Penyebutharga 73

    20. Lampiran M - Senarai Pengangkutan 74

  • 3

    KENYATAAN SEBUTHARGA

    (BAHAGIAN A)

  • 4

    INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

    KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA 1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan

    Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang seperti di bawah :

    No./ Tajuk Sebutharga Kod Bidang Pendaftaran

    Tarikh Tutup Sebutharga

    Sebutharga untuk Perkhidmatan

    Sajian Makanan Bermasak

    Secara Outsource Selama Dua

    (2) Tahun Untuk Peserta Kursus

    Di Institut Pengurusan Kesihatan,

    Kementerian Kesihatan Malaysia

    040101, 040102 DAN 040103

    12.00 Tengah Hari, 30 Oktober 2015

    (Jumaat)

    2. Dokumen sebutharga boleh diperolehi mulai 19 Oktober 2015 (Isnin) daripada

    Urus Setia Perolehan atau daripada laman web www.ihm.moh.gov.my. 3. Penyebutharga wajib menghadiri taklimat dan lawatan tapak pada 22

    Oktober 2015 (Khamis) bertempat seperti di alamat para 4.

    4. Tawaran Sebutharga yang lengkap boleh diserahkan terus kepada urus setia ke di alamat seperti butiran di bawah:

    Alamat: Institut Pengurusan Kesihatan Jalan Rumah Sakit Off Jalan Bangsar 59000 KUALA LUMPUR 5. Syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai sebutharga tersebut,

    hendaklah menghubungi pegawai seperti berikut:

    Mengenai Skop dan Spesisfikasi

    1. Matron Chandramathy A/P Kandasamy (03-2296 2826) 2. Pn. Norazimah binti Hashim (03-2296 2828)

    Mengenai Dokumen Sebutharga

    3. Pn. Faeza binti Idris (03-2296 2827) 4. Pn. Kalsum Bt Othman (03-2296 2867)

  • 5

    ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

    (BAHAGIAN B)

  • 6

    ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

    SEBUTHARGA UNTUK PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN

    BERMASAK SECARA OUTSOURCE SELAMA DUA (2) TAHUN

    UNTUK PESERTA KURSUS DI IPK

    1. PERIHAL SEBUT HARGA

    1.1 Sebut Harga ini adalah untuk perkhidmatan sajian makanan bermasak

    secara outsource selama dua (2) tahun untuk peserta kursus di IPK.

    1.2 Sebut Harga ini adalah tertakluk kepada Arahan-arahan, Syarat-Syarat Am dan Syarat-Syarat Khas yang ditetapkan.

    1.3 Penyebutharga diwajibkan menghadiri satu taklimat Sebut Harga pada ketetapan berikut:-

    Tarikh : 22 Oktober 2014 (Khamis) Masa : 10.00 pagi Tempat : Institut Pengurusan Kesihatan

    (Kontraktor yang gagal hadir taklimat Sebut Harga tidak layak dipertimbangkan untuk menyertai Sebut Harga Ini)

    2. CARA-CARA MENGISI BORANG SEBUT HARGA

    2.1 Penyebut Harga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat dalam dokumen Sebut Harga serta menyemak kandungan dokumen Sebut Harga dengan teliti sebelum mengisi borang-borang Sebut Harga.

    2.2 Borang Sebut Harga hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas

    mengikut ruangan-ruangan yang disediakan. Borang-borang tersebut hendaklah ditaip atau ditulis tangan dengan jelas dan terang.

    2.3 Setiap pembetulan atau pindaan yang dibuat hendaklah ditandatangan ringkas dan dicop dengan cop rasmi syarikat setentang dengan pembetulan atau pindaan tersebut.

    3. PEMBETULAN DAN PINDAAN KESILAPAN

    3.1 Semua pembetulan/pindaan ke atas kesilapan yang dibuat terutamanya dalam Jadual Harga dan Surat Akuan Penyebut Harga hendaklah ditandatangan ringkas oleh orang yang menandatangani dokumen Sebut Harga serta dicopkan dengan cop Penyebut Harga (syarikat). Pembetulan/pindaan hendaklah dibuat dengan jelas supaya mudah dibaca.

  • 7

    4. PENCEGAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN

    4.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau

    memberi, meminta atau menerima apaapa suapan secara rasuah kepada dan daripada manamana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 ( Akta 694 ).

    4.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Balai Polis berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 ( Akta 694 )

    5. DOKUMEN-DOKUMEN TAWARAN PENYEBUT HARGA

    5.1 DOKUMEN TAWARAN KEWANGAN & TEKNIKAL 5.1.1 Penyebut Harga hendaklah menyerahkan Dokumen yang

    seperti di Senarai Semak kepada Urus Setia Perolehan IPK di alamat yang ditetapkan dalam Kenyataan Tawaran.

    5.1.2 Harga yang ditawarkan hendaklah juga termasuk caj

    kenaan(charge) sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi yang disempurnakan dalam satu pesanan tempatan.

    5.1.3 IPK tidak akan bertanggungjawab di atas kegagalan

    penerimaan Cadangan Kewangan dan Cadangan Teknikal atau kehilangan borang-borang berkaitan Sebut Harga tersebut.

    6. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

    6.1 Dokumen sebutharga hendaklah dikemukakan ke dalam (2) dua

    sampul surat berasingan A dan B seperti berikut :- 6.1.1 Sampul Surat A adalah Dokumen Tawaran Kewangan

    1 LAMPIRAN A - Surat Akuan Pembida

    2 LAMPIRAN B - Keterangan Mengenai Penyebutharga

    3 LAMPIRAN C- Surat Akuan Penyebutharga

    4 LAMPIRAN D- Jadual Tawaran Harga (Peserta Kursus)

  • 8

    5 LAMPIRAN D- Jadual Tawaran Harga (Tempahan Khas)

    6 LAMPIRAN Q - Sebutharga untuk Bekalan/Perkhidmatan

    7 Salinan sijil pendaftaran kod bidang dengan Kementerian Kewangan

    8 Salinan sijil pendaftaran Bumiputera dengan Kementerian Kewangan

    9 Salinan Penyata Akaun Bank (3 bulan)

    10 Salinan Sijil Pendaftaran GST

    11 Salinan Sijil SSM

    12 Salinan Sijil Halal dari JAKIM

    13 Salinan Sijil Pendaftaran Premis PPKM dengan Kementerian Kesihatan Malaysia

    6.1.2 Sampul Surat B adalah Dokumen Tawaran Teknikal

    1 LAMPIRAN F : Senarai Pengalaman

    2 LAMPIRAN G : Senarai Perkhidmatan/ Kerja dalam Tangan

    3 LAMPIRAN H1 H9 : Cadangan Menu untuk Tempahan Khas

    4 LAMPIRAN I : Kualiti dan Penentuan ke atas Bahan Makanan yang Dihidangkan

    5 LAMPIRAN J : Senarai Peralatan yang akan Disediakan oleh Penyebutharga

    6 LAMPIRAN K : Senarai Peralatan di Dapur/ Kafetaria IPK yang akan Digunakan

    7 LAMPIRAN L : Senarai Pekerja yang Disediakan

    8 LAMPIRAN M : Senarai Pengangkutan yang akan Digunakan

    6.2 Penyebutharga hendaklah menyatukan kedua-dua sampul di atas ke

    dalam satu sampul surat yang lebih besar dan berlakri serta ditandakan sebelah kiri (atas) sampul surat hendaklah ditulis SEBUTHARGA PREKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN BERMASAK SECARA OUTSOURCE (IPK/SH/09/2015).

    6.3 Sebutharga hendaklah dialamatkan kepada : Pengarah Institut Pengurusan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia Jalan Rumah Sakit Off Jalan Bangsar 59000 KUALA LUMPUR

  • 9

    6.4 Penyebut Harga menanggung sendiri semua kos yang terlibat berhubung dengan Sebut Harga yang disertainya.

    6.5 Penyebut Harga juga diingatkan agar menghantar dokumen Sebut Harga yang sebelum atau pada jam 12.00 tengahari (tarikh sebut harga ditutup). Penghantaran yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.

    6.6 Semua maklumat hendaklah sebaik baiknya ditaip/ ditulis dengan baik dan jelas. SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA BORANG SEBUT HARGA YANG TIDAK LENGKAP DIISI, TIDAK DISERTAKAN SALINAN SALINAN SIJIL/DOKUMEN WAJIB ATAU TIDAK DITANDATANGANI AKAN DITOLAK.

  • 10

    SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUTHARGA

    (BAHAGIAN C)

  • 11

    SYARAT KEPADA PENYEBUTHARGA

    SYARAT-SYARAT AM

    Penyebut Harga dikehendaki mematuhi sepenuhnya Syarat-syarat Am Sebut Harga apabila menyertai Sebut Harga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat di ba

Recommended

View more >