penghormatan terhadap pekerja - · pdf filekerja (termasuk pekerja asing, subkontraktor dan...

13
Januari 2016 Penghormatan terhadap Pekerja - minyak kelapa sawit

Upload: doanliem

Post on 04-Feb-2018

262 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penghormatan terhadap Pekerja - · PDF filekerja (termasuk pekerja asing, subkontraktor dan pekerja sementara). Insurans ini meliputi rawatan perubatan untuk penyakit dan kecederaan

Januari 2016

Penghormatan terhadap Pekerja -

minyak kelapa

sawit Garis panduan

untuk tapak kerja

Page 2: Penghormatan terhadap Pekerja - · PDF filekerja (termasuk pekerja asing, subkontraktor dan pekerja sementara). Insurans ini meliputi rawatan perubatan untuk penyakit dan kecederaan

2

Garis panduan bekerja untuk ladang, kilang, estet dan kebun

Pengenalan

Garis panduan ini telah dikembangkan bedasarkan Prinsip Penghormatan TFT, yang

bertujuan untuk menghormati hak-hak masyarakat, penduduk asal dan pekerja yang

berada dalam segala rangkaian pembekalan.

Penghormatan terhadap Pekerja - Lapangan Kelapa Sawit - garis panduan bagi

tapak minyak kelapa sawit membincangkan secara khususnya hak-hak pekerja serta

pelindungan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja. Garis panduan ini menghuraikan

keadaan kerja yang digalakkan oleh TFT di ladang, estet, ladang dan kilang.

Garis panduan ini:

merangkumi syarikat, pembekal barangan serta subkontraktornya

merangkumi semua pekerja, termasuk pekerja kontrak, pekerja sementara,

pekerja subkontrak serta pekerja asing

merangkumi semua tapak kerja, akan tetapi penggunaan di ladang-ladang pekebun

kecil akan berbeza (set peralatan Penghormatan yang akan datang akan

memperincikan pelaksanaan yang disesuaikan kepada saiz tapak kerja)

adalah selaras dengan undang-undang tempatan di kebanyakan negara dan juga

dengan piawaian antarabangsa.

TFT komited untuk membantu semua tapak kerja dalam rangkaian pembekalan untuk

membentuk amalan operasi yang menyokong pelaksanaan garis panduan.

Setiap garis panduan telah dikategorikan ke dalam tiga tahap untuk membantu tapak

kerja mengutamakan program transformasi, dengan Tahap 1 sebagai tahap yang paling

kritikal untuk dicapai dahulu. Setiap tahap mengambil kira pertimbangan praktikal

seperti kesenangan pelaksanaan. Dalam beberapa kes, seperti gaji, garis panduan Tahap

1 membantu mewujudkan dasar yang diperlukan untuk melaksanakan Tahap 2 dan 3.

Garis panduan ini memperakui dan menghormati Perisytiharan Hak Asasi Manusia

Sejagat.

Kami akan mengkaji semula garis panduan secara berkala.

Di samping ini, kami bekerjasama dengan masyarakat dan pemduduk asal; butir-butiran

dan garis panduan yang berkaitan boleh didapati di ‘Realising the Rights of Indigenous

Peoples and Local Communities to Free, Prior and Informed Consent (FPIC) – A General

Guideline’

Page 3: Penghormatan terhadap Pekerja - · PDF filekerja (termasuk pekerja asing, subkontraktor dan pekerja sementara). Insurans ini meliputi rawatan perubatan untuk penyakit dan kecederaan

3

GARIS PANDUAN

1. Buruh kanak-kanak tidak digunakan - buruh kanak-kanak tidak digunakan

ataupun dipromosikan dan langkah-langkah yang sewajarnya akan diambil untuk

mencegah penggunaan buruh tersebut.

Tahap 1

a. Tiada kanak-kanak di bawah umur minima pekerja diambil bekerja di ladang

ataupun di kilang.1 Ini termasuk anak-anak pekerja, sama ada yang dibayar

pendapatan, dibayar mengikut kerja yang dilakukan atau dibayar gaji berupa

barangan. Anak keluarga petani boleh membantu di ladang milik keluarga dan

melakukan kerja ringan yang tidak berbahaya di luar waktu sekolah dan pada

cuti sekolah, asalkan kerja itu tidak menjejaskan kesihatan atau

perkembangan mereka.

b. Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tidak boleh diambil untuk bekerja dalam

aktiviti keadaan berbahaya.

c. Terdapat polisi jelas tentang pengambilan dan guna tenaga yang melarang

buruh kanak-kanak, termasuk oleh kontraktor buruh.

d. Syarikat memestikan calon untuk menyediakan salinan sijil kelahiran atau

borang pengenalan rasmi untuk mengesahkan umur mereka sebelum mereka

diambil bekerja.

e. Langkah yang sesuai diambil untuk memastikan tiada kanak-kanak terdedah

kepada persekitaran kerja yang berbahaya, walaupun kanak-kanak itu tidak

bekerja.

f. Jika pengambilan kanak-kanak sebagai pekerja didapati berlaku, syarikat

hendaklah melaksanakan tindakan pembetulan yang melindungi keperluan

kanak-kanak dan memastikan bahawa kanak-kanak itu tidak akan diambil

sebagai pekerja di mana-mana tempat.

g. Kerja tidak mengganggu sebarang aktiviti pendidikan pekerja muda.

h. Terdapat proses untuk memastikan bahawa pekerja muda hanya menjalankan

tugas yang sesuai dengan usia dan keupayaan fizikal mereka.

i. Terdapat proses yang memastikan bahawa tindakan pembetulan diambil jika

terdapat pekerja muda yang melakukan kerja-kerja yang tidak sesuai.

Langkah sesuai diambil supaya pekerja tersebut tidak akan mendapat

pekerjaan yang lebih teruk.

Tahap 2

1 Seperti yang termaktub dalam C138 - Minimum Age Convention, 1973 (No. 138)

Page 4: Penghormatan terhadap Pekerja - · PDF filekerja (termasuk pekerja asing, subkontraktor dan pekerja sementara). Insurans ini meliputi rawatan perubatan untuk penyakit dan kecederaan

4

j. Semua kanak-kanak di bawah 14 tahun di estet atau ladang mendapat

kemudahan kesihatan dan pendidikan formal sepenuh masa dan hadir ke

sekolah secara berkala.

2. Tiada buruh paksa atau terikat – buruh paksa, buruh terikat dan penyeludupan

manusia tidak digunakan ataupun dipromosikan, dan langkah-langkah yang

sewajarnya diambil untuk mencegah penggunaan buruh sebegitu. Terdapat tindakan

pemulihan sekiranya terdapat buruh atau aktiviti penyeludupan, untuk memastikan

mangsa dirujuk kepada perkhidmatan yang sedia ada untuk mendapatkan sokongan

dan bantuan.

Tahap 1

a. Terdapat polisi pengambilan pekerja yang jelas yang melarang sebarang

aktiviti yang berkaitan dengan buruh paksa dan terikat, termasuk aktiviti

penyeludupan manusia.

b. Pekerja sedia maklum dan memahami hak mereka untuk bergerak secara

bebas, dan pekerja bebas ke kawasan di luar pengurusan syarikat.

c. Pekerja sedia maklum dan memahami butiran pembayaran dan syarat-syarat

pekerjaan (contohnya waktu kerja, potongan, faedah, dan sebagainya).

d. Pekerja tidak dipaksa untuk bekerja lebih masa.

e. Pekerja memiliki akses percuma kepada kemudahan air dan rehat semasa syif

kerja.

f. Syarikat tidak memerlukan pekerja untuk memberi deposit wang kepada

syarikat.

g. Dokumen pengenalan hanya boleh diambil oleh majikan apabila ianya

mamatuhi undang-undang dan apabila persetujuan telah diperoleh daripada

pekerja. Apabila dokumen disimpan, suatu sistem perlu diwujudkan untuk

memastikan pekerja bebas mendapatkan dokumen mereka dalam tempoh 24

jam.

h. Sebarang wang pendahuluan dan pinjaman perlu didokumentasikan. Terma

dan syarat-syarat pembayaran perlu adil, telus dan dihadkan pada 30%

daripada gaji yang dibawa pulang.

i. Semua skim penjimatan dan penyimpanan gaji adalah secara sukarela dan

didokumentasikan sepenuhnya. Pekerja sedia maklum dan faham akan proses-

proses wang. Apabila gaji disimpan untuk tujuan penyimpanan selamat,

pekerja boleh mendapatkan dana tersebut pada bila-bila masa.

j. Pekerja mempunyai pilihan untuk menarik diri daripada skim penyimpanan

selamat atas permintaan.

k. Tempat kerja ini secara aktif mencari penyelesaian alternatif untuk

penyimpanan gaji yang 100% dikawal oleh pekerja.

Tahap 2

Page 5: Penghormatan terhadap Pekerja - · PDF filekerja (termasuk pekerja asing, subkontraktor dan pekerja sementara). Insurans ini meliputi rawatan perubatan untuk penyakit dan kecederaan

5

l. Kemudahan seperti peti kunci selamat disediakan kepada semua pekerja yang

ditempatkan di tapak kerja bagi tujuan penyimpanan dokumen dan barang-

barang peribadi.

m. Skim-skim simpanan dan penyimpanan selamat 100% dikawal oleh pekerja.

n. Pihak pengurusan ataupun pihak ketiga yang tidak dibenarkan tidak

mempunyai akses kepada akaun bank pekerja.

3. Amalan pengambilan pekerja beretika digunakan – Amalan pengambilan adalah

telus dan adil, dan pengambilan pekerja secara langsung adalah digalakkan.

Tahap 1

a. Proses pengambilan didokumentasikan dan telus. Semua pengantara dan ejen

dikenali.

b. Apabila pihak ketiga terlibat dalam proses pengambilan pekerja, yuran dan

insentif didokumentasikan dan disimpan rekod.

c. Sebarang kos yang dicajkan kepada pekerja adalah telus, adil dan mematuhi

undang-undang. Sebaiknya tapak kerja berusaha untuk memastikan tiada

yuran dikenakan.

d. Semua kakitangan pengambil pekerja dilatih untuk mengenali dan mencegah

penyeludupan manusia, buruh paksa dan buruh terikat.

e. Jika pekerja terikat melalui ejen, atau kontrak formal, syarikat dan/atau

pembekalnya perlu memastikan bahawa kontrak pekerja dipenuhi dan

dipatuhi. Kontrak mesti selaras dengan 'Garis Panduan Penghormatan'.

Tahap 2

f. Ejen-ejen pengambil pekerja memenuhi takrifan garis panduan pengambilan

pekerja yang sesuai bedasarkan negara operasi.

g. Tiada yuran pengambilan dikenakan kepada pekerja. Pekerja asing tidak

membayar kos perjalanan atau pemeriksaan perubatan.

Tahap 3

h. Tapak kerja memantau jumlah % daripada pekerja yang diupah secara

langsung (tanpa menggunakan agensi pekerjaan) dan berusaha meningkatkan

peratusan pekerja yang diambil secara langsung.

4. Kesihatan dan keselamatan pekerja dilindungi - Pekerja dilindungi daripada

pendedahan kepada keadaan kerja yang mungkin menimbulkan risiko kecederaan

kekal, penyakit atau kematian.

Tahap 1

Page 6: Penghormatan terhadap Pekerja - · PDF filekerja (termasuk pekerja asing, subkontraktor dan pekerja sementara). Insurans ini meliputi rawatan perubatan untuk penyakit dan kecederaan

6

a. Ladang dan kilang mempunyai polisi Occupational Health and Safety (OHS)

yang dilaksanakan.

b. Syarikat telah menjalankan Penilaian Risiko Kesihatan dan Keselamatan secara

sepenuhnya untuk setiap fungsi kerja, dan satu pelan tindakan telah tersedia

dan dilaksanakan.

c. Personal Protective Equipment (PPE) yang sesuai disediakan dan digantikan

apabila perlu bagi setiap fungsi kerja, percuma dan berdasarkan penilaian

risiko kesihatan dan keselamatan.

d. Semua pengurus dan pekerja menerima latihan kesihatan dan keselamatan

yang sesuai dengan skala operasi. Semua latihan didokumentasikan dan

disimpan rekod.

e. Pelan tindakan kecemasan disediakan dan kemudahan pelaksanaan turut

disediakan.

f. Pertolongan cemas yang sesuai bagi aktiviti yang dijalankan di tapak kerja

tersedia secara percuma dan kakitangan dilatih untuk menggunakannya secara

betul.

g. Papan tanda keselamatan diletakkan di lokasi yang strategik mengikut risiko

yang dikenal pasti (kawasan larangan, pagar elektrik dan lain-lain).

h. Peralatan memadam kebakaran yang sesuai disediakan.

i. Tatacara pemindahan kecemasan dimaklumkan dan diamalkan untuk semua

pekerja secara berkala.

j. Terdapat tatacara untuk ladang dan kilang untuk melaporkan prestasi OHS

secara berkala. Penilaian prestasi merangkumi kontraktor/ pembekal dan

digunakan untuk penambahbaikan yang berterusan.

k. Semua bahan kimia yang digunakan oleh syarikat diketahui dan lampiran

keselamatan disediakan untuk rujukan setiap pekerja yang menggunakan

bahan kimia tersebut.

l. Pekerja, masyarakat tempatan dan alam sekitar dilindungi daripada

pendedahan terhadap bahan kimia berbahaya. Racun perosak yang

dikategorikan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia Kelas 1A atau 1B tersenarai

dalam Konvensyen Stockholm atau Rotterdam, tidak digunakan, kecuali dalam

keadaan tertentu.2

m. Insurans kemalangan di tempat kerja disediakan untuk semua pekerja di tapak

kerja (termasuk pekerja asing, subkontraktor dan pekerja sementara).

Insurans ini meliputi rawatan perubatan untuk penyakit dan kecederaan yang

berkaitan kerja, dan pampasan bagi penyakit yang berkaitan dengan kerja dan

kecederaan yang menyebabkan kematian atau hilang upaya secara kekal.

Peruntukan ini dimaklumkan kepada pekerja.

n. Terdapat proses pembayaran tuntutan insurans kepada waris yang sah

sekiranya berlaku kematian atau sekiranya pekerja dihantar pulang. Semua

bayaran didokumentasikan dengan jelas.

2 Butiran akan disediakan dalam alat kelengkapan Penghormatan.

Page 7: Penghormatan terhadap Pekerja - · PDF filekerja (termasuk pekerja asing, subkontraktor dan pekerja sementara). Insurans ini meliputi rawatan perubatan untuk penyakit dan kecederaan

7

o. Kemudahan perubatan yang bersaiz dan beskala secara bepatutan dengan

tapak kerja tersedia di tapak kerja.

p. Air minuman yang selamat disediakan secara percuma kepada semua pekerja.

q. Kemudahan system sanitasi seperti tandas disediakan dan disenggara agar

dalam keadaan baik dengan pengudaraan yang mencukupi dan tahap

kebersihan yang munasabah. Kemudahan diasingkan mengikut jantina.

r. Mesin disenggara dengan baik, diperiksa secara berkala dan dilengkapi dengan

peranti perlindungan yang sesuai dan pelindung keselamatan.

5. Kontrak pekerjaan disediakan untuk semua pekerja – Semua pekerja diberi

secara bertulis, dalam bahasa yang difahami, butiran keadaan kerja, termasuk secara

minimum, sifat kerja yang akan dijalankan, kadar gaji dan cara pembayaran gaji,

waktu kerja, cuti rehat dan cuti lain, dan faedah lain pekerjaan.

Tahap 1

a. Kontrak individu atau surat pelantikan disediakan kepada SEMUA pekerja

langsung di tapak kerja dan meliputi gaji, waktu kerja, cuti serta faedah.

Dokumen tersebut ditandatangani oleh pekerja dan majikan.

b. Kontrak kerja mematuhi undang-undang tempatan berkaitan dengan insurans

kesihatan, waktu kerja, cuti, upah dan lain-lain.

c. Kontrak adalah dalam bahasa yang sesuai untuk pekerja. Bagi pekerja yang

buta huruf, kontrak dibaca kepada mereka dan langkah-langkah yang

sewajarnya diambil untuk merekodkan bahawa ini telah berlaku.

d. Pekerja memahami terma-terma dan syarat-syarat dalam kontrak mereka.

Tahap 2

e. Kontrak jangka pendek yang berlebihan dan berterusan tidak digunakan bagi

tujuan mengelak tanggungjawab sebagai pengambil pekerja.

f. Terdapat ketelusan sepenuhnya ke atas buruh berkumpulan dan juga

pemahaman atau kontrak yang meliputi hubungan kerja, di antara

keluarga/kumpulan.

6. Upah gaji memenuhi keperluan undang-undang atau kebiasaan negara

sebagai upah gaji minima – Semua pekerja dibayar upah gaji yang sama dengan

atau melebihi upah gaji minima menurut undang-undang.

Tahap 1

a. Prosedur untuk penentuan upah/gaji untuk semua pekerja, termasuk buruh

harian dan bermusim, memastikan bahawa setiap pekerja mendapat

sekurang-kurangnya gaji harian minima mengikut undang-undang

berdasarkan tempoh bekerja lapan jam sehari. Prosedur ini dilaksanakan

secara betul.

Page 8: Penghormatan terhadap Pekerja - · PDF filekerja (termasuk pekerja asing, subkontraktor dan pekerja sementara). Insurans ini meliputi rawatan perubatan untuk penyakit dan kecederaan

8

b. Pekerja diberi peluang untuk mencapai gaji minima bulanan menurut undang-

undang di dalam waktu bekerja piawai3.

c. SEMUA pekerja, termasuk subkontraktor dan pekerja kontrak menerima

sekurang-kurangnya gaji minima apabila bekerja lapan jam sehari (atau

sebahagian daripadanya).

d. Kerja lebih masa dibayar pada kadar premium dan sejajar dengan keperluan

undang-undang.

e. Rekod pembayaran seperti gaji dikekalkan dengan maklumat yang mencukupi.

f. Penyata gaji yang memperincikan pengiraan pembayaran disediakan untuk

semua pekerja dalam bahasa yang sesuai dengan setiap kitaran gaji.

g. Pembayaran dibuat secara langsung kepada pekerja. Di mana subkontraktor

digunakan, agensi perlu menyediakan bukti pembayaran kepada pekerja

secara langsung.

h. Sebarang potongan gaji, sebagai contoh, penginapan atau pendahuluan,

mematuhi undang-undang, telus dan dijelaskan sepenuhnya kepada pekerja.

Maklumat berkaitan potongan dan bayaran yang belum dijelaskan dimasukkan

dalam slip gaji.

i. Jika tiada gaji minima, gaji untuk semua pekerja adalah sama dengan atau

melebihi kebiasaan tempatan dan boleh menampung taraf kehidupan yang

munasabah dalam konteks tempatan.

Tahap 2

j. Cuti berbayar dan cuti tahunan adalah selaras dengan keperluan undang-

undang.

k. Faedah keselamatan sosial disediakan kepada semua pekerja.

Tahap 3

l. Tapak kerja sedia maklum dan sedang berusaha ke arah membayar gaji

hidup.4

7. Waktu kerja memenuhi keperluan undang-undang dan tidak berlebihan –

Semua pekerja (termasuk pekerja berkadar) tidak bekerja lebih dari tempoh

maksimum undang-undang negara; tempoh kerja lebih masa adalah secara sukarela

dan pekerja mempunyai sekurang-kurangnya satu hari cuti dalam tujuh hari.

Tahap 1

3 Gaji minima perlu dikira berdasarkan waktu bekerja piawai dan tidak boleh mengandungi apa-apa bayaran untuk kerja lebih masa. 4 Gaji hidup untuk mana-mana pekerja harus mencukupi bagi tujuan menampung keperluan asas dan keperluan keluarga mereka. Asia Floor Wage Alliance (AFWA) menyediakan kaedah praktikal untuk mengira kadar gaji hidup dalam rantau tempatan.

Page 9: Penghormatan terhadap Pekerja - · PDF filekerja (termasuk pekerja asing, subkontraktor dan pekerja sementara). Insurans ini meliputi rawatan perubatan untuk penyakit dan kecederaan

9

a. Terdapat sistem pemantauan tempoh bekerja dalam sehari dan dalam

seminggu, serta system untuk mengira dan membayar bayaran lebih masa.

b. Di mana subkontraktor digunakan, terdapat rekod untuk memastikan bahawa

waktu kerja dicatatkan.

c. Semua kerja lebih masa adalah secara sukarela; terdapat proses untuk

menyertai ataupun menarik diri dari kerja lebih masa.

Tahap 2

d. Waktu kerja ditentukan berdasarkan peraturan kerajaan. Pampasan untuk

kerja lebih masa adalah selaras dengan undang-undang atau dipersetujui oleh

pekerja/kesatuan/wakil pekerja. Pekerja sedia maklum dan memahami

peraturan.

e. Tempoh kerja lebih masa tidak boleh melebihi had yang dibenarkan oleh

undang-undang. Pekerja sedia maklum tentang waktu kerja maksimum

undang-undang.

f. Di mana undang-undang negara membenarkan, permit sementara yang akan

dikeluarkan untuk membatalkan had jam kerja, hal ini tidak digunakan secara

berturut-turut dan untuk tempoh yang lama.

g. Sekurang-kurangnya satu hari cuti dalam tujuh hari dperuntukkan untuk

semua pekerja.

Tahap 3

h. Waktu kerja piawai, tidak termasuk kerja lebih masa, tidak melebihi 48 jam

seminggu.

i. Jumlah waktu kerja, tidak termasuk kerja lebih masa, tidak melebihi 60 jam

seminggu.

8. Syarikat menghormati kepelbagaian dalam tenaga kerja - Pekerja dilindungi

dari sebarang diskriminasi yang melanggar hak asasi manusia; terdapat amalan kerja

yang ditubuhkan untuk mencegah sebarang diskriminasi yang menyalahi undang-

undang atau tidak beretika; dan pekerja asing dilayan tidak secara kurang baik

berbanding pekerja lain yang melaksanakan tugas-tugas yang sama.

Tahap 1

a. Syarikat mempunyai polisi untuk memastikan pengambilan, penyaraan,

kenaikan pangkat, latihan, persaraan dan pemberhentian kerja di dalam

syarikat hanya berdasarkan faktor-faktor objektif dan tidak berkaitan dengan

jantina, umur, kewarganegaraan, etnik, bangsa, warna kulit, fahaman,

keahlian organisasi, fahaman politik, status perkahwinan atau orientasi seksual

pekerja.

b. Semua pekerja dilatih untuk memahami polisi bukan diskriminasi syarikat.

Page 10: Penghormatan terhadap Pekerja - · PDF filekerja (termasuk pekerja asing, subkontraktor dan pekerja sementara). Insurans ini meliputi rawatan perubatan untuk penyakit dan kecederaan

10

Tahap 2

c. Polisi meliputi secara khusus kesetaraan gaji upah, tempoh jam bekerja,

peranan kerja dan cuti bersalin.

d. Polisi ini dilaksanakan sepenuhnya.

e. Tiada diskriminasi di tempat kerja dan garis panduan yang terdapat di dalam

dokumen ini adalah terpakai bagi semua pekerja.

Tahap 3

f. Syarikat ini mewujudkan program latihan, tanpa diskriminasi, untuk

membantu pekerja mencapai kelayakan yang diperlukan untuk memperoleh

jawatan di semua peringkat dalam syarikat.

g. Syarikat membuat peruntukan yang munasabah untuk menyediakan peluang

pekerjaan kepada pekerja-pekerja kurang upaya.

9. Gangguan dan penderaan tidak diterima – terdapat polisi yang dilaksanakan

untuk mencegah dan mengatasi gangguan dan penderaan, termasuk gangguan dan

penderaan seksual.

Tahap 1

a. Terdapat polisi yang meliputi gangguan dan penderaan, dan polisi tersebut

menghuraikan dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan gangguan dan

penderaan.

b. Polisi ini dilaksanakan dan semua kakitangan dan pekerja telah dilatih untuk

memahami konsep dan prosedur serta memakai garis panduan yang

berkaitan.

c. Apabila kebimbangan telah dibangkitkan, tapak kerja ini mempunyai proses

yang jelas untuk menyiasat, memastikan individu-individu yang terlibat tida

dinamakan.

d. Saluran yang sesuai untuk penyelesaian digunakan bagi tujuan menghormati

dan melindungi maruah pengadu.

Tahap 2

e. Syarikatnya menyimpan rekod mana-mana aduan yang meliputi gangguan dan

penderaan.

f. Syarikat menyemak semula dan mengemaskini polisi anti-gangguan secara

berkala untuk memastikan ia dilaksanakan secara berkesan.

Tahap 3

a. Syarikat menentukan satu mekanisme pemantauan yang berkesan untuk

mengelakkan berlakunya dan berulangnya gangguan atau penderaan dan

kerap memeriksa agar mekanisme itu befungsi dengan baik, dan mempunyai

penilaian oleh pihak berkepentingan.

Page 11: Penghormatan terhadap Pekerja - · PDF filekerja (termasuk pekerja asing, subkontraktor dan pekerja sementara). Insurans ini meliputi rawatan perubatan untuk penyakit dan kecederaan

11

10. Terdapat akses kepada penyelesaian yang jelas dan mudah diakses – pekerja

di semua peringkat mempunyai akses kepada penyelesaian berkehakiman dan

mekanisme rungutan yang boleh dipercayai tanpa membangkitkan rasa takut dituduh

atau dipecat.

Tahap 1

a. Satu mekanisme rungutan yang menghormati ketanpanamaan pengadu dan

pemberi maklumat diwujudkan, dilaksanakan dan dimaklumkan kepada semua

peringkat tenaga kerja.

b. Semua aduan yang dibuat dan tindak balas hendaklah diambil rekod.

Tahap 2

c. Terdapat polisi dan prosedur operasi piawai untuk memastikan bahawa pekerja

mempunyai akses kepada penyelesaian kehakiman dan mekanisme rungutan

yang boleh dipercayai, tanpa membangkitkan rasa takut dituduh, diusir atau

dipecat. Kontrak pekerjaan tidak mengehadkan akses pekerja kepada

penyelesaian.

d. Proses susulan mempunyai temuduga pengadu untuk memastikan setiap

aduan telah dikendalikan dengan betul.

Tahap 3

e. Sistem pemantauan analisa aduan diwujudkan untuk memastikan

penambahbaikan yang berterusan (kekerapan rasa tidak puas hati, topik dan

lain-lain).

11. Penginapan adalah selamat dan bersih – Apabila penginapan disediakan, ia

adalah selamat, bersih dan keadaan adalah boleh diterima.

Tahap 1

a. Penginapan adalah mencukupi dan selamat:

i. Tempat kediaman dibina dengan selamat dan keadaan keseluruhan

adalah boleh diterima.

ii. Kediaman adalah berasingan daripada tempat penyimpanan dan

kawasan pengilangan.

iii. Terdapat akses kepada perkhidmatan asas sesuai dengan keperluan

pekerja, termasuk tandas, tempat mandi dan kemudahan dobi, air,

elektrik dan kemudahan dapur.

iv. Pendawaian dan bekalan elektrik adalah selamat dan terjamin.

v. Kelengkapan pemadam api yang mencukupi disediakan dan boleh

diakses.

vi. Laluan keluar mencukupi bilangannya dan mudah untuk diakses.

Page 12: Penghormatan terhadap Pekerja - · PDF filekerja (termasuk pekerja asing, subkontraktor dan pekerja sementara). Insurans ini meliputi rawatan perubatan untuk penyakit dan kecederaan

12

vii. Pekerja tidak boleh dipengaruhi oleh pencemaran udara, air atau

tanah, air aliran di permukaan, air kumbahan atau bahan buangan lain.

b. Penginapan yang berasingan disediakan untuk lelaki dan wanita bujang.

c. Tiada sekatan yang dikenakan yang mengganggu hak-hak pekerja untuk

meninggalkan kemudahan perumahan ketika masa lapang.

d. Tempat penginapan boleh dikunci dari dalam.

e. Setiap pekerja mempunyai cara untuk mendapatkan barang-barang peribadi

mereka.

f. Air minuman yang selamat diminum perlu disediakan.

g. Apabila bayaran dikenakan untuk tempat penginapan, kos, termasuk untuk air

dan elektrik adalah berkadaran dan tidak berlebihan dalam konteks ekonomi

tempatan dan gaji pekerja.

Tahap 2

h. Produk yang dijual di kedai-kedai syarikat dan kafeteria hendaklah dijual

dengan harga yang adil dan munasabah dan tidak melebihi harga penanda

aras tempatan.

i. Di kawasan-kawasan terpencil, di mana bandar terdekat tidak boleh diakses

dengan berjalan kaki, terdapat usaha yang boleh dibuktikan untuk

menyediakan kemudahan.

j. Ruang hidup purata apabila tidak terdapatnya peraturan negara haruslah tidak

kurang daripada 3.6m² bagi setiap individu.

k. Penginapan keluarga, terdiri daripada tempat kediaman yang berasingan,

disediakan bila perlu.

l. Lokar disediakan di setiap kediaman.

Tahap 3

m. Kemudahan masa lapang disediakan untuk pekerja dan keluarga.

12. Kebebasan Berpersatuan dan hak untuk berunding secara kolektif dihormati -

Semua pekerja, tanpa mengira pangkat atau gred kerja, mempunyai hak untuk

menubuhkan dan menyertai kesatuan sekerja pilihan mereka, dan untuk berunding

secara kolektif. Apabila hak kebebasan berpersatuan dan berunding secara kolektif

dihadkan di bawah undang-undang, saluran yang seumpamanya untuk bebas

berpesatuan dan berunding disediakan kepada semua pekerja.

Tahap 1

a. Proses dan alat-alat disediakan untuk memastikan semua pekerja mempunyai

akses terhadap mekanisme untuk meluahkan pandangan mereka kepada pihak

pengurusan berkenaan keadaan kerja.

Page 13: Penghormatan terhadap Pekerja - · PDF filekerja (termasuk pekerja asing, subkontraktor dan pekerja sementara). Insurans ini meliputi rawatan perubatan untuk penyakit dan kecederaan

13

b. Syarikat memberikan hak kepada semua kakitangan (termasuk pekerja asing,

buruh harian dan buruh bermusim dan pekerja untuk semua subkontraktor)

untuk menubuhkan dan menyertai kesatuan sekerja pilihan mereka serta

berunding bersama, tertakluk kepada keperluan undang-undang dan sekatan

kerajaan.

c. Pekerja tidak dihukum dan/atau diganggu atau didiskriminasi apabila

menyertai atau menjadi ahli kesatuan sekerja.

d. Kesatuan pekerja mempunyai akses kepada tempat kerja dan boleh bercakap

kepada pekerja-pekerja dengan bebas.

e. Di mana kesatuan sekerja tidak beroperasi atau di mana ianya dihadkan oleh

undang-undang, bentuk komunikasi alternatif yang berkesan harus disediakan

kepada pekerja.

f. Pekerja sedia maklum dan boleh membuat tuntutan hak-hak ini secara bebas.

g. Syarikat telah mencatatkan hak-hak ini secara bertulis di tempat awam dan di

dalam bahasa yang difahami oleh pekerja.

Tahap 2

h. Para pekerja memilih wakil pekerja melalui proses yang telus, demokratik dan

melalui proses yang didokumenkan.