kesatuan pekerja pekerja bank swasta

24
KESATUAN PEKERJA PEKERJA BANK SWASTA (KPPBSB) PERATURAN DAN PERLEMBAGAAN PERATURAN 1: NAMA DAN PEJABAT YANG BERDAFTAR (1) Nama Kesatuan yang telah di tubuhkan menurut Peraturan- Peraturan ini ialah KESATUAN PEKERJA-PEKERJA BANK SWASTA BERHAD (yang disebut 'Kesatuan' di dalam ini). (2) Pejabat Kesatuan ini yang didaftarkan dan tempat mesyuaratnya ialah di 30, Jalan Liku, Off Jalan Bangsar, 59100 Kuala Lumpur atau di mana-mana tempat yang ditetapkan oleh Majlis Jawatankuasa Agung. PERATURAN 2 TUJUAN DAN RASIONAL PENUBUHAN (1) Tujuan Kesatuan ini ialah untuk: (a) Menjadikan sebagai ahli Kesatuan semua pekerja yang disebut di bawah Peraturan 3 (1) dan memajukan kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan.

Upload: jass-lloyd-azliezan

Post on 05-Sep-2015

62 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

assignment

TRANSCRIPT

KESATUAN PEKERJA PEKERJA BANK SWASTA (KPPBSB)PERATURAN DAN PERLEMBAGAANPERATURAN 1: NAMA DAN PEJABAT YANG BERDAFTAR(1) Nama Kesatuan yang telah di tubuhkan menurut Peraturan-Peraturan ini ialah KESATUAN PEKERJA-PEKERJA BANK SWASTA BERHAD (yang disebut 'Kesatuan' di dalam ini).(2) Pejabat Kesatuan ini yang didaftarkan dan tempat mesyuaratnya ialah di 30, Jalan Liku, Off Jalan Bangsar, 59100 Kuala Lumpur atau di mana-mana tempat yang ditetapkan oleh Majlis Jawatankuasa Agung.PERATURAN 2 TUJUAN DAN RASIONAL PENUBUHAN(1) Tujuan Kesatuan ini ialah untuk:(a) Menjadikan sebagai ahli Kesatuan semua pekerja yang disebut di bawah Peraturan 3 (1) dan memajukan kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan.(b) Mengatur perhubungan di antara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan perusahaan yang baik, meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan bagi ahli-ahlinya sukatan gaji yang adil dan sesuai, syarat-syarat pekerjaan yang berpatutan dan keselamatan pekerjaan.(c) Mengatur perhubungan di antara ahli dengan ahli atau di antara ahli dengan lain-lain pekerja atau di antara ahli dengan Kesatuan atau pegawai Kesatuan atau di antara pegawai Kesatuan dengan Kesatuan dan menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian di antara mereka itu dengan cara aman dan bermuafakat atau melalui jentera penimbangtara menurut kehendak Peraturan 27 dan 28.(d) Menolong menjayakan, dengan wang atau lain-lainnya kerja atau hasrat sesuatu pertubuhan atau badan yang sah yang mempunyai tujuan hendak memajukan kepentingan-kepentingan pekerja, Kesatuan sekerja dan ahli-ahli Kesatuan sekerja, menurut peruntukan- peruntukan Seksyen 50 dari Akta Kesatuan Sekerja 1959.(e) Memajukan kebajikan ahli-ahli Kesatuan dari segi sosial, kebendaan dan pendidikan menurut undang-undang yang difikirkan munasabah oleh Persidangan Perwakilan atau Majlis Jawatankuasa Agung.(f) Memberi bantuan guaman kepada ahli-ahli berhubung dengan pekerjaan mereka jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Agung.(g) Memberi bantuan kepada ahli-ahli jika di persetujui oleh Majlis Jawatankuasa Agung seperti pembiayaan di masa teraniaya atau di masa pertikaian kerja.(h) Menganjurkan dan mengendalikan kursus, dailog, seminar dan sebagainya untuk kebajikan ahli-ahli Kesatuan khasnya dan para pekerja amnya.(i) Mengendalikan, jika dipersetujui oleh Persidangan Perwakilan, urusan mengarang, mencetak, menerbit dan mengedarkan sebarang suratkhabar, majalah, surat berita atau lain-lain penerbitan untuk menjayakan tujuan-tujuan Kesatuan ini atau untuk memajukan kepentingan-kepentingan ahli-ahli Kesatuan.(j) Menubuhkan kumpulan wang kebajikan jika di persetujui oleh Persidangan Perwakilan dan menggubalkan peraturan-peraturan tambahan untuk mentadbir dan mengawal kumpulan wang itu.(k) Secara amnya melaksanakan sebarang tujuan Kesatuan sekerja yang sah di sisi undang-undang.(2) Tujuan-tujuan ini hendaklah di laksanakan menurut Peraturan -peraturan ini, Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan undang-undang bertulis yang lain yang ada berkaitan.PERATURAN 3: PROSES PERUNDINGAN BERSAMA MAJIKAN2. Objektif Pengiktirafan Sesebuah Kesatuan Sekerja2.1 Pengiktirafan oleh majikan terhadap sesebuah kesatuan sekerja merupakan pra-syarat sebelum kesatuan berkenaan boleh menjemput majikan untuk mengadakan perundingan kolektif.2.2 Pengiktirafan ke atas kesatuan sekerja membolehkan sesebuah kesatuan itu berfungsi sebagai badan atau ejen yang mewakili para pekerja dalam meningkatkan hubungan kerjasama serta perhubungan perusahaan yang harmoni dan kondusif di tempat pekerjaan.3. Perundangan Mengenai Skop Perwakilan Kesatuan Sekerja 3.1 Sesebuah kesatuan sekerja tidak boleh menuntut pengiktirafan berkaitan pekerja-pekerja yang digajikan dalam kapasiti pengurusan, eksekutif, kerahsiaan atau keselamatan sekiranya majoriti daripada keahliannya terdiri daripada pekerja-pekerja yang bukan digajikan dalam mana-mana kapasiti tersebut.4. Kriteria Untuk Memberi Pengiktirafan 4.1 Pengiktirafan kesatuan sekerja melibatkan kriteria- kriteria berikut:- 4.1.1 Kelayakan (competency) kesatuan sekerja iaitu sama ada kesatuan berkenaan layak untuk mewakili pekerja-pekerja di sesebuah tempat pekerjaan (establishment) atau di dalam tred atau jawatan (occupation) atau industri. 4.1.2 Keahlian kesatuan tersebut diliputi oleh skop yang ditetapkan di bawah perlembagaan kesatuan. 4.1.3 Kekuatan keahlian iaitu sama ada kesatuan tersebut mempunyai majoriti (50% + 1 orang pekerja) di kalangan pekerja-pekerja yang hendak diwakilinya.5. Langkah-langkah Mengemukakan Tuntutan Pengiktirafan 5.1 Sesebuah kesatuan sekerja berdaftar boleh menuntut pengiktirafan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 9(2), APP 1967. Tuntutan hendaklah dikemukakan dalam Borang A. 5.2 Satu salinan asal Borang A berserta satu salinan Perlembagaan Kesatuan hendaklah dihantar secara pos berdaftar kepada majikan dan satu salinan kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia (KPPPM). 6. Tanggungjawab Majikan Terhadap Notis Tuntutan (Borang A)6.1 Majikan hendaklah mengambil satu daripada langkah- langkah berikut dalam tempoh 21 hari dari tarikh notis tuntutan pengiktirafan :- (i) Mengiktiraf kesatuan sekerja secara sukarela (voluntarily); atau (ii) Jika pengiktirafan tidak diberi, memaklumkan pihak kesatuan secara bertulis sebab-sebab mengapa pengiktirafan tidak diberi; atau 6.2 Apabila sesebuah kesatuan sekerja menerima makluman di bawah perenggan 6.1 (ii) atau majikan gagal memberikan sebarang jawapan, kesatuan hendaklah dalam tempoh 14 hari dari:-(i) Tarikh penerimaan maklumbalas majikan di bawah perenggan 6.1 (ii); atau ) Berakhirnya tempoh 21 hari di bawah perenggan 6.1 mengemukakan aduan secara bertulis kepada KPPPM, kegagalan kesatuan berbuat demikian akan menyebabkan tuntutan pengiktirafan ini dianggaptelah ditarik balik. 6.3 Setelah menerima aduan di bawah perenggan 6.2 KPPPM boleh mengambil langkah-langkah yang dianggap perlu atau wajar bagi menyelesaikan tuntutan pengiktirafan tersebut sejajar dengan peruntukan Seksyen 9 (4A), APP 1967 seperti berikut:-(i) Kelayakan kesatuan sekerja untuk mewakili semua pekerja atau golongan pekerja tertentu yang menuntut pengiktirafan; dan (ii) Menentukan peratusan ahli melalui undi sulit (secret ballot).6.4 Untuk tujuan menyelesaikan kemusykilan di perenggan 6.3 di atas, KPPPM boleh mengambil langkah-langkah berikut:-(i) Meminta pihak majikan supaya mengemukakan senarai nama pekerja pada tarikh tuntutanpengiktirafan dibuat (Borang B) serta apa-apa maklumat yang dianggap perlu dan relevan. (ii) Merujuk kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja (KPKS) bagi menentukan kelayakan kesatuan untuk mewakili pekerja-pekerja syarikat; (iii)Memasuki premis majikan bagi tujuan memeriksa rekod atau dokumen atau mengendalikan undi sulit.PERATURAN 4 PERLEMBAGAAN DAN PENTADBlRAN(1) Kuasa yang tertinggi sekali dalam Kesatuan terletak kepada Persidangan Perwakilan melainkan kuasa mengenai perkara-perkara yang keputusannya wajib diambil melalui undi sulit menurut Peraturan 26.(2) Tertakluk kepada syarat tersebut di atas Kesatuan hendaklah ditadbirkan oleh Majils Jawatankuasa Agung dan Cawangan-Cawangan oleh Jawatankuasa Cawangan.Persidangan Perwakilan TlGA-TAHUNAN(1) Persidangan Perwakilan Tiga-Tahunan Kesatuan ini hendaklah di adakan seberapa segera selepas 30 Jun dan tidak lewat dari 31 Oktober pada tiap-tiap tiga tahun. Tarikh, masa dan tempat persidangan hendaklah ditetapkan oleh Majlis Jawatankuasa Agung.(2) Persidangan Perwakilan Tiga-Tahunan itu hendaklah dihadiri oleh wakil-wakil cawangan dan ahli-ahli Majlis Jawatankuasa Agung.(3) Wakil-wakil cawangan hendaklah dipilih oleh semua ahli yang berhak di cawangan masing-masing pada tiap-tiap tiga tahun dengan undi sulit pada Mesyuarat Agung Tiga-Tahunan cawangan masing-masing. Tiap-tiap cawangan berhak memilih Wakil mengikut jumlah keahlian cawangan-cawangan seperti berikut :050 hingga 100 ahli = 2 orang wakil101 hingga 200 ahli = tambah 1 orang wakil201 hingga 300 ahli = tambah 1 orang wakil301 dan keatas = tambah 1 orang wakilJumlah Wakil bagi setiap cawangan mestilah tidak melebihi 5 orang. Ahli di sini bermakna ahli yang berhak mengundi pada masa pengundian wakil-wakil itu dijalankan.(4) Ahli-ahli Majlis Jawatankuasa Agung tidak boleh dipilih menjadi wakil.(5) Hanya wakil-wakil sahaja yang boleh mengundi di dalam Persidangan Perwakilan. Pengerusi Persidangan Perwakilan boleh memberi undi pemutus kecuali perkara-perkara dibawah Peraturan 26. Persidangan itu boleh mengadakan Aturan Tetap untuk mengawal perjalanan mesyuarat bagi semua Persidangan Perwakilan dan cara-cara mengundi dalam persidangan-persidangan itu.(6) Setiausaha Agung hendaklah mempelawa pencalunan pegawai-pegawai tiga tahun sekali dengan secepat mungkin selepas 31hb Mac bagi Ahli-Ahli Majlis Jawatankuasa Agung, Wakil-Wakil dan AhIi-ahli Jawatankuasa Cawangan.(7) (a) Apabila menerima pelawaan yang dinyatakan di ceraian (6) di atas, semua Setiausaha Cawangan hendaklah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan masing-masing untuk menetapkan tarikh pencalunan supaya membolehkan mereka menghantarkan kepada Setiausaha Agung pencalunan-pencalunan tersebut tidak lewat dari duapuluh satu (21) hari selepas menerima pelawaan tersebut.(b) Semua pencalonan hendaklah di buat di atas borang yang di sediakan oleh Kesatuan dan mengandungi butir-butir yang berikut : Nama jawatan yang ditandingi, Nama calon, Nombor Ahli, Nombor Kad Pengenalan, Umur, Alamat, Pekerjaan dan Nombor Sijil Kerakyatannya / Taraf Kerakyatan dan tempoh pekerjaan dalam sesuatu syarikat seperti yang di tentukan di bawah Peraturan 3(1). Sesuatu pencalonan itu tidak sah kecuali (a) ia ditandatangani oleh seorang pencadang dan seorang penyokong yang merupakan ahli-ahli berhak dan (b) ia mengandungi persetujuan calon yang hendak bertanding itu secara bertulis.(c) Apabila menerima borang-borang pencalunan daripada Setiausaha-Setiausaha Cawangan, Setiausaha Agung hendaklah menyusun nama-nama calun mengikut nama jawatan yang ditandingi dan menyediakan kertas-kertas undi dan sampulnya yang secukupnya seperti yang diperlukan dibawah Peraturan 26 dan mengirimkannya kesetiap cawangan sekurang-kurangnya 60 hari sebelum Persidangan Perwakilan Tiga-Tahunan beserta dengan notis permulaan dengan menyatakan tarikh, masa dan tempat Persidangan Perwakilan dan mempelawa usul-usul untuk dibincangkan.(d) Apabila menerima kertas undi dan notis permulaan bagi Persidangan Perwakilan Tiga-Tahunan, Setiausaha-Setiausaha Cawangan hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Tiga-Tahunan dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan kertas undi mengikut Peraturan 33.(8) Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada semua Setiausaha Cawangan dan Wakil-Wakil Persidangan sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh persidangan suatu agenda yang mengandungi usul-usul untuk perbincangan, penyata Tiga (3) tahunan dan penyata kewangan (jika ada).(9) Cukup kuorum jika wakil-wakil yang hadir, dengan tidak kira bilangan orangnya, mewakili lebih daripada setengah dari jumlah bilangan cawangan-cawangan Kesatuan.(10) Jika satu jam kemudian dari masa yang di tentukan itu bilangan wakil yang hadir (atau kuorum) tidak mencukupi maka persidangan itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lewat dari 60 hari kemudian) yang akan di tetapkan oleh Majlis Jawatankuasa Agung.(11) Dalam persidangan yang ditangguhkan itu, jika tidak juga didapati kuorumnya pada masa yang ditentukan maka wakil-wakil yang hadir berkuasa menjalankan persidangan itu akan tetapi tidak berkuasa meminda Peraturan-Peraturan Kesatuan.(12) Urusan Persidangan Perwakilan Tiga-Tahunan antara lain-lain ialah :(a) menerima dan meluluskan penyata-penyata daripada Setiausaha Agung, Setiausaha Kewangan dan Majlis Jawatankuasa Agung ;(b) membincang dan memutuskan sebarang perkara atau usul mengenai kebajikan ahli-ahli dan kemajuan Kesatuan ;(c) melantik :(i) Pemegang Amanah, jika perlu ;(ii) Ahli Jemaah Penimbangtara, jika perlu ;(iii) Juruaudit Dalam ; dan(iv) Pemeriksa Undi.(d) meluluskan perlantikan pegawai atau pekerja sepenuh masa Kesatuan sekiranya perlu dan menetapkan skel gaji mereka serta syarat-syarat pekerjaannya ;(e) membincang dan memutuskan perkara-perkara lain yang terkandung di dalam agenda ; dan(f) menerima penyata Pemeriksa Undi berkenaan dengan pemilihan Ahli-Ahli Majlis Jawatankuasa Agung.(13) Setiausaha Agung hendaklah menyampaikan kepada semua Setiausaha Cawangan dan Wakil-Wakil Persidangan satu salinan deraf minit Persidangan Perwakilan Tiga-Tahunan dalam tempoh tidak melebihi 60 hari selepas persidangan itu.(14) Tertakluk kepada Peraturan 26, keputusan-keputusan yang diambil didalam Persidangan Perwakilan Tiga-Tahunan bolehlah dibuat dengan tunjuk tangan atau undi tertutup (Closed Voting).PERATURAN 5 PENDAFTARAN AHLI KESATUAN(1) Keanggotaan Kesatuan ini terbuka kepada semua pekerja yang di gaji oleh :-i) Bank- Bank Swasta ; atauii) sebarang anak syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan berkaitan dengan penjanaan, penghantaran atau pembahagian elektrik atau sebarang aktiviti-aktiviti yang ada hubungkait dengan operasi Bank- Bank Swasta, kecuali mereka yang digaji dalam jawatan pengurusan, eksekutif, sulit atau keselamatan. Mereka itu hendaklah berumur lebih dari 16 tahun dan mempunyai tempat kerjanya di Semenanjung Malaysia : dengan syarat seseorang yang masih di beri pelajaran menurut Akta Pelajaran 1961, tidak boleh menjadi ahli kecuali jika sekiranya ia :(a) sebenarnya seseorang pekerja menurut takrif Akta Kesatuan Sekerja 1959 ;dan(b) berumur lebih dari 18 tahun.(2) Seseorang ahli Kesatuan yang belum berumur 18 tahun tidak berhak mengundi atas perkara-perkara tersebut di bawah ini :(a) pemogokan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya ;(b) mengenakan kutipan khas ;(c) pembubaran Kesatuan atau sebarang Persekutuan Kesatuan Sekerja yang Kesatuan ini menjadi anggotanya; dan(d) pindaan Peraturan-peraturan Kesatuan jika pindaan itu akan menambah beban tanggungan ahli-ahli untuk mencarum atau mengurangkan faedah-faedah yang dinikmatinya.(3) Seseorang ahli Kesatuan yang belum mencapai umur 21 tahun tidak boleh menjadi Pegawai atau Pemegang Amanah Kesatuan.(4) Permohonan untuk menjadi ahli hendaklah di lakukan dengan mengisi borang yang di tentukan oleh Kesatuan dan menyampaikannya kepada Setiausaha Cawangan.Setiausaha Cawangan hendaklah menyampaikan permohonan itu kepada Majlis Jawatankuasa Agung untuk kelulusan. Majlis Jawatankuasa Agung boleh menolak sebarang permohonan untuk menjadi ahli mengikut budibicaranya tanpa memberi sebarang alasan.(5) Apabila permohonan seseorang itu di luluskan oleh Majlis Jawatankuasa Agung dan yuran masuk serta yuran bulanan yang pertama telah di jelaskan maka namanya hendaklah didaftarkan dalam Daftar Ahli/Yuran sebagai ahli.(6) Seseorang yang di terima masuk menjadi ahli dan kemudian berhenti dari pekerjaannya seperti di tentukan dalam peruntukan Peraturan 3(1) akan dengan sendirinya terhenti dari menjadi ahli Kesatuan. Namanya hendaklah di keluarkan dari Daftar AhIi/Yuran, tertakluk pada peruntukan di bawah Peraturan Tambahan Tabung Kebajikan (jika ada).(7) Setiap ahli hendaklah diberikan senaskah buku Peraturan-peraturan Kesatuan dengan percuma apabila di terima sebagai ahli.(1) Yuran Kesatuan adalah seperti berikut :Yuran masuk - RM 5.00Yuran bulanan - RM 5.00Sebarang kenaikan yuran hendaklah di putuskan dengan undi sulit menurut Peraturan 26.(2) Yuran bulanan hendaklah di jelaskan sebelum 7 haribulan pada tiap-tiap bulan.(3) Seseorang ahli yang terhutang yurannya selama tiga bulan akan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Kesatuan. Haknya dalam Kesatuan akan hilang dan namanya hendaklah dipotong dari Daftar Ahli/Yuran.(4) Seseorang yang terhenti dari menjadi ahli kerana tunggakan yuran boleh memohon menjadi ahli semula menurut Peraturan 3.(5) Majlis Jawatankuasa Agung berkuasa menetapkan kadar bayaran yuran bulanan yang kurang atau mengecualikan buat sementara waktu ahli-ahli daripada membayar yuran bulanan atau sebarang kutipan atau yuran khas (jika ada) :(a) jika mereka jatuh sakit teruk atau ditimpa kesusahan yang berat ;(b) jika mereka dibuang kerja, diberhentikan atau diketepikan dan masih menunggu keputusan sesuatu perundingan atau perbicaraan mengenai pembuangan kerja, pemberhentian atau pengenepian itu ; atau(c) kerana sebarang sebab lain yang difikirkan mustahak dan wajar oleh Majlis Jawatankuasa Agung.PERATURAN 6 PERMOHONAN UNTUK BERHENTI MENJADI AHLl(1) Ahli yang ingin berhenti dari menjadi ahli Kesatuan hendaklah memberi notis sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dengan bersurat kepada Setiausaha Cawangan dan hendaklah menjelaskan terlebih dahulu semua tunggakan yuran dan hutang.(2) Sebarang notis yang memenuhi kehendak tersebut hendaklah di luluskan oleh Majlis Jawatankuasa Agung dan nama orang yang berkenaan hendaklah dipotong dari Daftar Ahli/Yuran.PERATURAN 7 HAK AHLlSemua ahli Kesatuan mempunyai hak yang sama dalam Kesatuan kecuali dalam perkara-perkara tertentu yang di nyatakan di dalam Peraturan-Peraturan ini.

PERATURAN 8 KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLl-AHLl(1) Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap ahli menjelaskan yurannya dengan tepat pada masa dan mendapatkan resit rasmi bagi pembayaran itu. Pembayaran yuran bulanan dalam tempoh masa yang di tetapkan menjadi tanggungjawab ahli-ahli dan bukanlah tanggungjawab pegawai-pegawai Kesatuan.(2) Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap ahli untuk memberitahu Setiausaha Cawangan dengan segera apabila berpindah tempat tinggal atau bertukar tempat kerja.(3) Seseorang ahli yang menghadiri mesyuarat Kesatuan atau menggunakan pejabat/rumah Kesatuan hendaklah ber kelakuan baik, jika tidak ia akan diarah keluar oleh seorang pegawai Kesatuan yang bertanggungjawab.(4) Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sebarang dokumen atau surat pekeliling mengenai Kesatuan melainkan dokumen atau surat pekeliling itu telah diluluskan oleh Majlis Jawatankuasa Agung. Seseorang ahli juga tidak boleh mendedahkan kegiatan-kegiatan atau hal ehwal Kesatuan kepada orang yang bukan ahli atau kepada lain-lain pertubuhan atau pihak akhbar tanpa mendapat izin Majlis Jawatankuasa Kerja.(5) Seseorang ahli tidak di benarkan menjadi ahli sebarang Kesatuan sekerja yang lain kecuali dengan izin Majlis Jawatan kuasa Agung.

PERATURAN 9 TANGGUNG JAWAB YANG PERLU DIPIKUL OLEH KESATUAN SEKERJA BAGI MENYELESAIKAN SESUATU ISU YANG TIMBUL DI ANTARA AHLI-AHLI KESATUAN DENGAN MAJIKAN . Tanggungjawab Kesatuan Sekerjaa. Untuk mematuhi semua undang-undang, khususnya peruntukan Akta Kesatuan Sekerja.b. Untuk menghalang mana-mana ahlinya daripada melaksanakan apa-apa tindakan yang salah di sisi undang-undang, sebagai contoh, mogok, kerja perlahan (go-slow), memboikot kerja lebih masa, dll.c. Untuk mentadbir dana Kesatuan dalam cara yang betul dan mengikut peraturan Kesatuan.d. Untuk tidak memulakan, menggalakkan atau menganjurkan apa-apa mogok atau tindakan perusahaan dalam bentuk yang lain tanpa mendapat persetujuan terdahulu, melalui undian rahsia, sekurang-kurangnya dua pertiga daripada ahlinya yang berhak mengundi.Di negara ini, kesatuan sekerja telah memainkan peranannya dengan agak berkesan dalam membela nasib pekerja-pekerja. Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam dan Jabatan Kerajaan (CUEPACS), misalnya, buat pertama kali dalam sejarahnya telah berjaya dalam usaha memperolehi penyelarasan gaji dalam tempoh tiga tahun berbanding sebelum ini yang mengambil masa hampir lima tahun. CUEPACS juga telah mengesyorkan supaya mulai 1996, kerajaan mengenakan tindakan terhadap ketua-ketua jabatan yang membenarkan terlalu banyak kakitangan bercuti panjang semasa musim perayaan hingga menjejaskan urusan pejabat. Turut menjadi harapan CUEPACS ialah tuntutan supaya jadual gaji matriks yang dilaksanakan di bawah skim Sistem Saraan Baru (SSB) dimansuhkan. Namun, di sebalik kejayaan yang sedikit ini, masih banyak lagi ruang di mana kesatuan sekerja boleh berperanan dengan lebih aktif. Isu mengenai hak-hak sama rata pekerja wanita, misalnya masih belum dapat ditangani dengan sewajarnya.

KESIMPULANKesatuan sekerja ini akan sentiasa membela hak pekerja-pekerja Bank swasta agar mereka mendapat hak yang setimpal dan tidak ditindas oleh majikan mereka berlandaskan perlembagaan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

RujukanDokumen Kerajaan Labour Ordinance (Sabah Cap 67.) Jabatan Tenaga Kerja Sabah. Kelab Kebajikan dan Sosial.

BukuA. I. Marsh & E.O. Evans. 1973. The Dictionary of Industrial Relations. London. Hutchinson Education Ltd

Abdul Razak Omar & Zainal Ariffin Ahmad. 1999. Perhubungan Industri di Malaysia. Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah.

Ahmad Mahdzan Ayob. 2002. Kaedah Penyelidikan Sosisoekonomi (Edisi Kedua). Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anantaraman , V. 1997. Malaysian Industrial Relations, Law and Practice. Serdang Univesiti Putra Malaysia

Balakrishnan Parasuraman . 2006. Hubungan Industri di Malaysia : Pendekatan dan Amalan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Balakrishnan Parasuraman, Dzurizah Ibrahim & Rosazman Hussin. 2000. Hubungan Industri dan Sumber Manusia: Isu dan Perspektif. Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah.