panduan skim pengilangan tol...

20
PANDUAN SKIM PENGILANGAN TOL DILULUSKAN JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN

Upload: others

Post on 09-Sep-2019

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN SKIM PENGILANGAN TOL DILULUSKANgst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/industry_guides_pdf/PANDUAN SPT... · subkontrak tidak memindahkan pemilikan barang kepada subkontraktor

PANDUAN SKIM PENGILANGAN TOL

DILULUSKAN

JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN

Page 2: PANDUAN SKIM PENGILANGAN TOL DILULUSKANgst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/industry_guides_pdf/PANDUAN SPT... · subkontrak tidak memindahkan pemilikan barang kepada subkontraktor

PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015

____________________________________________________________________________

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia i

KANDUNGAN

PENGENALAN ......................................................................................................... 1

Ikhtisar Cukai Barang dan Perkhidmatan .............................................................. 1

OPERASI AM SKIM INI ............................................................................................ 1

Overview Skim Pengilang Tol Diluluskan .............................................................. 1

LAYANAN CBP BAGI SKIM INI ............................................................................... 2

Layanan CBP bagi barang diimport di bawah SPT ................................................ 2

Layanan CBP bagi aktiviti nilai tambah.................................................................. 2

Layanan CBP bagi penghantaran barang ditambah nilai kepada prinsipal luar

negara ................................................................................................................... 3

Layanan CBP bagi penghantaran barang ditambah nilai kepada pelanggan

tempatan bagi prinsipal luar negara ...................................................................... 3

Layanan CBP bagi kerja subkontrak kepada subkontraktor oleh pengilang tol

diluluskan ............................................................................................................... 5

Layanan CBP bagi barang yang diperoleh oleh pengilang tol untuk aktiviti nilai

tambah................................................................................................................... 5

ORANG YANG LAYAK BAGI SPT ........................................................................... 5

SYARAT BAGI PENGILANG TOL DILULUSKAN ................................................... 5

TANGGUNGJAWAB PENGILANG TOL DILULUSKAN .......................................... 8

Keperluan perakaunan dan penyimpanan rekod ................................................... 8

Kelulusan yang diberi di bawah skim ini ................................................................ 9

Tanggungjawab lain di bawah SPT ....................................................................... 9

SOALAN-SOALAN LAZIM ..................................................................................... 10

Layanan bagi barang dan perkhidmatan tempatan di bawah SPT ...................... 10

Layanan bagi barang diimport di bawah SPT ...................................................... 11

Penghantaran barang yang ditambah nilai kepada prinsipal luar negara ............ 12

Page 3: PANDUAN SKIM PENGILANGAN TOL DILULUSKANgst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/industry_guides_pdf/PANDUAN SPT... · subkontrak tidak memindahkan pemilikan barang kepada subkontraktor

PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015

____________________________________________________________________________

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia ii

Pembekalan barang ditambah nilai kepada pelanggan tempatan bagi prinsipal luar

negara di bawah SPT .......................................................................................... 12

MAKLUMBALAS DAN KOMEN ............................................................................. 14

MAKLUMAT LANJUT DAN BANTUAN ................................................................. 14

LAMPIRAN 1 .............................................................................................................. i

LAMPIRAN 2 ............................................................................................................. ii

PINDAAN ................................................................................................................. iii

Page 4: PANDUAN SKIM PENGILANGAN TOL DILULUSKANgst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/industry_guides_pdf/PANDUAN SPT... · subkontrak tidak memindahkan pemilikan barang kepada subkontraktor

PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 1

PENGENALAN

1. Panduan spesifik ini disediakan untuk membantu perniagaan dalam

memahami perkara berkaitan dengan layanan Cukai Barang dan Perkhidmatan ke

atas Skim Pengilang Tol Diluluskan (SPT).

Ikhtisar Cukai Barang dan Perkhidmatan

2. Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) adalah cukai berperingkat yang

dikenakan ke atas penggunaan tempatan. CBP dikenakan ke atas semua

pembekalan barang dan perkhidmatan bercukai di Malaysia selain yang dikecualikan

secara khusus. CBP juga dikenakan ke atas pengimportan barang dan

perkhidmatan di Malaysia.

3. Pembayaran cukai dibuat secara berperingkat oleh perantara dalam proses

pengeluaran dan pengedaran . Walaupun cukai akan dibayar sepanjang rantaian

pengeluaran dan pengedaran, hanya nilai tambah pada setiap peringkat akan

dikenakan cukai dan ini dapat mengelakkan cukai berganda.

4. Di Malaysia, seseorang yang didaftarkan di bawah Akta Cukai Barang dan

Perkhidmatan 2014 dikenali sebagai “orang berdaftar”. Orang berdaftar dikehendaki

untuk mengenakan CBP (cukai output) ke atas pembekalan bercukai yang dibuat

kepada pelanggan. Dia juga dibenarkan untuk menuntut kembali apa-apa CBP yang

dikenakan ke atas pembelian (cukai input) yang mana merupakan input kepada

perniagaannya. Oleh itu, cukai itu sendiri bukan merupakan satu kos kepada

perantara dan tidak wujud sebagai suatu item perbelanjaan dalam penyata

kewangan mereka

OPERASI AM SKIM INI

Overview Skim Pengilang Tol Diluluskan

5. Skim Pengilang Tol Diluluskan (SPT) adalah suatu skim yang membenarkan

mana-mana orang kena cukai yang diluluskan (pengilang tol) untuk tidak mengambil

Page 5: PANDUAN SKIM PENGILANGAN TOL DILULUSKANgst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/industry_guides_pdf/PANDUAN SPT... · subkontrak tidak memindahkan pemilikan barang kepada subkontraktor

PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 2

kira apa-apa aktiviti nilai tambah (perkhidmatan kontrak) ke atas barang kepunyaan

seseorang yang tidak berada di Malaysia (prinsipal luar negara).

6. Di bawah skim ini, pengilang tol akan menerima barang yang dihantar oleh

prinsipal luar negara untuk mana-mana perawatan atau pemprosesan. Selepas

pemprosesan, sebahagian barang yang telah diproses (sekurang-kurangnya 80%)

mestilah dihantar semula kepada prinsipal luar negara atau ke mana-mana negara

lain sebagaimana yang diarahkan oleh prinsipal luar negara. Baki ( maksimum 20%)

barang itu dibenarkan untuk dihantar kepada pelanggan tempatan bagi prinsipal luar

negara.

LAYANAN CBP BAGI SKIM INI

Layanan CBP bagi barang diimport di bawah SPT

7. Seorang pengilang tol, walau pun merupakan orang yang diluluskan di bawah

SPT masih perlu membayar duti import dan CBP bagi barang yang diimport pada

masa pengimportan. Ini termasuklah barang yang dihantar oleh prinsipal luar negara

untuk proses pengilangan yang akan dijalankan di Malaysia. Walau bagaimanapun,

pengilang tol adalah layak untuk memohon Skim Pedagang Diluluskan (SPL).

Apabila pengilang tol juga adalah seorang yang diluluskan di bawah SPL, CBP bagi

apa-apa barang yang diimport adalah digantung. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk

kepada panduan bagi SPL.

Layanan CBP bagi aktiviti nilai tambah

8. Pada dasarnya, semua aktiviti nilai tambah yang meliputi apa-apa rawatan,

pemprosesan, penyiapan, pemasangan dan kerja-kerja lain yang berkaitan dengan

pengilangan ke atas barang yang dihantar prinsipal luar negara adalah berkadar

standard kerana aktiviti nilai tambah adalah pembekalan perkhidmatan yang dibuat

di Malaysia. Walaupun demikian, di bawah skim ini pembekalan perkhidmatan itu

adalah tidak diambil kira bagi maksud CBP. Oleh itu, cukai output bagi aktiviti

berkenaan tidak perlu dikenakan.

Page 6: PANDUAN SKIM PENGILANGAN TOL DILULUSKANgst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/industry_guides_pdf/PANDUAN SPT... · subkontrak tidak memindahkan pemilikan barang kepada subkontraktor

PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 3

Layanan CBP bagi penghantaran barang ditambah nilai kepada prinsipal luar

negara

9. Pada amnya, semua atau sekurang-kurangnya 80% barang siap atau barang

ditambah nilai mestilah dieksport kepada prinsipal luar negara di negara asalnya

atau ke mana-mana negara lain sebagaimana yang diarahkan oleh prinsipal luar

negara itu. Dalam kes sebegini, tiada tanggungan CBP kerana barang tersebut

adalah kepunyaan prinsipal luar negara itu.

Layanan CBP bagi penghantaran barang ditambah nilai kepada pelanggan

tempatan bagi prinsipal luar negara

10. Sebahagian (tidak lebih daripada 20% dari segi nilai atau kuantiti) barang

ditambah nilai yang dihantar di bawah SPT mungkin dihantar ke Malaysia kepada

pelanggan tempatan bagi prinsipal luar negara. Apa-apa penghantaran barang

dirawat atau diproses oleh pengilang tol kepada pelanggan tempatan bagi prinsipal

luar negara sebenarnya adalah pembekalan yang dibuat oleh prinsipal luar negara.

Dalam situasi ini, prinsipal luar negara yang tidak berada di Malaysia adalah

bertanggungan untuk mengenakan CBP ke atas pembekalan yang dibuatnya jika dia

adalah orang berdaftar. Walaupun begitu, di bawah skim ini memandangkan

prinsipal luar negara adalah orang tidak berdaftar, ”perakaunan kediri penerima”

diperkenalkan di bawah SPT.

11. Di bawah konsep ”perakaunan kediri penerima” pelanggan tempatan tidak

kira sama ada dia berdaftar atau pun tidak, akan mengakaun cukai output bagi

pembekalan yang dibuat oleh prinsipal luar negara seolah-olah dia (pelanggan

tempatan) telah membekalkan barang itu kepada dirinya sendiri di Malaysia dalam

perlanjutan perniagaannya. Jika dia adalah orang berdaftar, maka dia

mengimbangkan cukai output yang kena dibayar dengan kredit cukai input yang

disifatkan. Dengan cara ini, pelanggan tempatan tidak perlu membayar CBP terlebih

dahulu bagi barang yang diterimanya dari pengilang tol.

12. Pelanggan tempatan mestilah membuat ”perakaunan kediri penerima” apabila

dia menerima invois dari prinsipal luar negara atau dia membuat bayaran kepada

prinsipal itu, yang mana terdahulu.

Page 7: PANDUAN SKIM PENGILANGAN TOL DILULUSKANgst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/industry_guides_pdf/PANDUAN SPT... · subkontrak tidak memindahkan pemilikan barang kepada subkontraktor

PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 4

Contoh-1

XYZ Sdn Bhd adalah pelanggan tempatan bagi prinsipal luar negara,

menerima barang dari ABC Sdn Bhd (pengilang tol). ABC Sdn Bhd

mengeluarkan nota penghantaran bagi setiap barang yang dihantar kepada

XYZ Sdn bhd. Prinsipal luar negara akan mengeluarkan invois kepada XYZ

Sdn Bhd bagi penghantaran itu.

Tarikh invois Nilai Transaksi

5.10.2016 RM10,000.00

10.10.2016 RM20,000.00

Jumlah RM30,000.00

(Jumlah cukai output adalah RM1,800.00 iaitu 6% dari RM30,000.00)

Perakaunan dalam penyata CBP secara ”perakaunan kediri penerima”

sepatutnya menggambarkan seperti berikut:

Jadual-1 Penyata CBP bagi tempoh 1.10.2016 hingga 31.10.2016

Data Cukai Output/Input Tax RM

*Cukai Output

- Barang siap dibekalkan RM1,800.00

Tolak:

*Kredit Cukai Input

- Barang siap diterima RM1,800.00

Cukai kena dibayar (0.00)

(* Andaikan tiada cukai output lain kena dibayar atau tuntutan cukai input yang dibuat dalam penyata cukai yang sama (GST-03)

13. Tetapi, jika pelanggan tempatan adalah orang tidak berdaftar, dia mestilah

membayar CBP bagi pembekalan yang disifatkan dibuat kepada dirinya sendiri

tetapi tidak boleh menuntut CBP yang sama sebagai kredit cukai input. Dalam

situasi ini, pelanggan tempatan itu mestilah mengikrar CBP dalam borang ditetapkan

(GST-04) dan mestilah membuat pembayaran tidak lewat daripada hari terakhir

bulan berikut dari bulan di mana pembekalan itu dibuat.

Page 8: PANDUAN SKIM PENGILANGAN TOL DILULUSKANgst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/industry_guides_pdf/PANDUAN SPT... · subkontrak tidak memindahkan pemilikan barang kepada subkontraktor

PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 5

Layanan CBP bagi kerja subkontrak kepada subkontraktor oleh pengilang tol

diluluskan

14. Dalam keadaan tertentu, pengilang tol mungkin perlu menyumberluarkan

aktiviti atau proses pengilangan atau nilai tambah tertentu kepada pihak lain. Kerja

subkontrak tidak memindahkan pemilikan barang kepada subkontraktor. Dengan itu,

ia adalah bukan pembekalan barang dan pengilang tol tidak perlu mengakaun cukai

output bagi bahan mentah itu. Sebaliknya, jika subkontraktor adalah orang berdaftar,

dia mestilah mengakaun cukai output bagi nilai perkhidmatan yang dibekalkan

kepada pengilang tol dan pengilang tol itu boleh menuntut CBP yang telah dibayar

sebagai kredit cukai input.

Layanan CBP bagi barang yang diperoleh oleh pengilang tol untuk aktiviti nilai

tambah

15. Pengilang tol boleh memperoleh barang di pasaran tempatan untuk aktiviti

nilai tambah. Jika barang diperoleh di bawah akaun pengilang tol, CBP yang

dikenakan bagi perolehan tersebut boleh dituntut. Walau bagaimanapun, di bawah

skim ini, jika barang yang diperoleh oleh pengilang tol adalah di bawah akaun

prinsipal luar negara, maka barang itu adalah berkadar sifar. Konsep SPT bolehlah

diillustrasikan seperti di Lampiran 1.

ORANG YANG LAYAK BAGI SPT

16. Mana-mana pengilang tol yang mempunyai kontrak dengan prinsipal luar

negara untuk menjalankan aktiviti nilai tambah bernilai RM2 juta atau lebih (tidak

termasuk kos bahan mentah yang dibekalkan atau kepunyaan prinsipal luar negara)

setahun adalah layak untuk memohon SPT tertakluk kepada kelulusan yang diberi

oleh Ketua Pengarah.

SYARAT BAGI PENGILANG TOL DILULUSKAN

17. Seperti skim-skim yang lain, terdapat syarat-syarat yang dikenakan yang

perlu pengilang tol diluluskan patuhi. Syarat-syarat yang dikenakan di bawah SPT

termasuk seperti berikut:

Page 9: PANDUAN SKIM PENGILANGAN TOL DILULUSKANgst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/industry_guides_pdf/PANDUAN SPT... · subkontrak tidak memindahkan pemilikan barang kepada subkontraktor

PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 6

(a) Menjalankan aktiviti nilai tambah bagi prinsipal luar negara;

Seorang orang kena cukai boleh memohon SPT jika dia adalah

pengilang tol yang menjalankan aktiviti nilai tambah bagi barang yang

dihantar oleh prinsipal luar negara. Dia juga boleh memohon SPT jika

dia telah mempunyai kontrak untuk membuat aktiviti tersebut tetapi

masih belum memulakannya. Walupun begitu, dia mestilah

mengemukakan bukti bagi aktiviti itu, sebagai contoh suatu kontrak

dengan prinsipal luar negara, semasa memohon SPT.

(b) Nilai perkhidmatan yang dikenakan bagi aktiviti nilai tambah;

Jumlah perkhidmatan yang boleh dikenakan bagi aktiviti nilai tambah

bagi prinsipal luar negara mestilah jumlah keseluruhannya sekurang-

kurangnya RM2 juta setahun, tidak termasuk kos apa-apa bahan

mentah yang dibekalkan oleh prinsipal luar negara itu bagi maksud

menjalankan aktiviti nilai tambah.

(c) Sekurang-kurangnya 80% barang siap mestilah dieksport;

Sekurang-kurangnya 80%(dari segi nilai atau kuantiti) barang siap

selepas menjalani aktiviti nilai tambah mestilah dieksport oleh

pengilang tol. [Eksport barang bererti menghantar barang keluar dari

persekutuan Malaysia dan perairannya, tetapi tidak termasuk barang

transit. Bagi maksud CBP, ”eksport” dan ”tansit” mempunyai maksud

yang sama yang didefinisikan di bawah seksyen 2 Akta Kastam 1967.

(Lihat contoh di bawah)

Contoh-2

(i) Jumlah nilai barang siap ( selepas aktiviti nilai tambah) ialah

RM30 juta setahun

(ii) Sekurang-kurangnya RM24 juta daripada RM30 juta jumlah

barang siap (iaitu 80% x RM30 juta = RM24 juta) mestilah

dieksport.

(iii) Baki barang siap berjumlah RM6 juta boleh dihantar kepada

pelanggan tempatan bagi prinsipal luar negara.

Page 10: PANDUAN SKIM PENGILANGAN TOL DILULUSKANgst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/industry_guides_pdf/PANDUAN SPT... · subkontrak tidak memindahkan pemilikan barang kepada subkontraktor

PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 7

(d) Pengilang tol mestilah orang berdaftar CBP;

Mana-mana orang yang memohon SPT mestilah orang berdaftar di

bawah CBP.

(e) Semua pihak dalam rantaian pembekalan mestilah memohon SPT;

Pengilang tol adalah orang yang mesti memohon SPT tetapi dia

mestilah mengemukakan maklumat prinsipal luar negara (termasuk

perjanjian bertulis) dan pelanggan tempatan bagi prinsipal luar negara

semasa memohon skim ini.

(f) Tempoh bercukai bulanan;

Pengilang tol diluluskan mestilah mengakaun CBP secara bulanan.

(g) Pengemukaan penyata CBP secara elektronik:

Pengilang tol diluluskan mestilah mengemukakan penyata bulanan

mereka secara elektronik (e-filing).

(h) Menyenggara perakaunan dan rekod inventori dengan baik;

Pengilang tol di bawah SPT mestilah pada setiap masa menyenggara

dan menyimpan perakaunan dan rekod inventori dengan baik yang

berkaitan dengan bahan mentah yang diterima, disimpan dan dikilang

dan juga barang siap yang dihantar dan dieksport. Pelanggan

tempatan di bawah SPT juga mestilah pada setiap masa menyenggara

dan menyimpan perakaunan dan rekod inventori yang baik yang

berkaitan dengan barang siap diterima dan dibekalkan, di pasaran

tempatan dan juga dieksport.

(i) Mengekalkan rekod pematuhan yang baik dengan JKDM;

Semua pengilang tol diluluskan mestilah sentiasa mengekalkan rekod

pematuhan yang baik bagi apa-apa perkara dengan JKDM.

(j) Mengemukakan jaminan kepada Ketua Pengarah (KP) Kastam;

dan

Dalam keadaan tertentu, pengilang tol diluluskan boleh dikehendaki

Ketua Pengarah untuk mengemukakan jaminan bagi perlindungan

Page 11: PANDUAN SKIM PENGILANGAN TOL DILULUSKANgst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/industry_guides_pdf/PANDUAN SPT... · subkontrak tidak memindahkan pemilikan barang kepada subkontraktor

PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 8

hasil. Jaminan boleh dalam bentuk jaminan bank atau bon atau kedua-

duanya sekali.

(k) Syarat-syarat lain;

Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat tambahan atau

menyemak semula apa-apa syarat dari semasa ke semasa

sebagaimana yang difikirkannya wajar. Syarat-syarat yang ditetapkan

ini tidak membatalkan mana-mana syarat yang telah ditetapkan

terhadap pemohon dan juga semua pihak dalam rantaian aktiviti nilai

tambah. Ketua Pengarah juga mempunyai hak untuk menolak mana-

mana permohonan, menyemak semula atau membatalkan mana-mana

kelulusan yang telah diberi pada bila-bila masa tanpa sebarang notis

bagi melindungi hasil.

TANGGUNGJAWAB PENGILANG TOL DILULUSKAN

Keperluan perakaunan dan penyimpanan rekod

18. Kedua-dua pengilang tol dan pelanggan tempatan bagi prinsipal luar negara

yang berdaftar di bawah SPT mestilah menyenggara akaun yang kemaskini, semua

dokumen dan rekod asal yang berkaitan dengan pembekalan, penerimaan dan

perolehan bahan mentah dan barangsiap yang dihantar di bawah skim ini pada

setiap masa. Rekod itu mestilah disimpan oleh pihak yang berkenaan di bawah skim

ini untuk tempoh sekurang-kurangnya 7 tahun.

19. Sistem perakaunan yang baik bererti penyenggaraan akaun dan rekod

inventori yang sempurna untuk mengesan dan mengakaun bahan mentah yang

diperoleh atau dihantar di bawah skim ini. Ia juga termasuk perakaunan yang betul

bagi work-in-progress, stok dalam tangan dan barangsiap yang dilupuskan ke

pasaran tempatan dan luar negara. Semua rekod perakaunan mestilah disokong

dengan dokumen asal yang berkenaan dan mestilah disimpan selaras dengan

Prinsip dan Standard Perakaunan Am yang digunapakai di Malaysia. Sistem

perakaunan yang baik yang dikehendaki bagi pihak yang terlibat di bawah SPT akan

dinyatakan dalam syarat-syarat semasa kelulusan diberi dan mesti dipatuhi

sepanjang masa.

Page 12: PANDUAN SKIM PENGILANGAN TOL DILULUSKANgst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/industry_guides_pdf/PANDUAN SPT... · subkontrak tidak memindahkan pemilikan barang kepada subkontraktor

PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 9

Kelulusan yang diberi di bawah skim ini

20. Mana-mana kelulusan di bawah skim ini tidak boleh dipindahmilik. Mana-

mana orang kena cukai (penerima pindahan) yang membeli perniagaan sebagai

suatu usaha berterusan dan layak bagi SPT dan berhasrat untuk menikmati

kemudahan SPT mestilah memohon SPT sebelum pemindahan dibuat. Sila rujuk

panduan bagi Pemindahan Usaha Berterusan.

21. Kelulusan SPT adalah untuk tempoh 2 tahun atau suatu tempoh yang lebih

pendek, mengikut kes yang mana berkenaan, dan apa-apa permohonan untuk

pembaharuan mestilah dibuat dalam tempoh enam bulan sebelum kelulusan sedia

ada tamat.

Tanggungjawab lain di bawah SPT

22. Sebagai orang diluluskan di bawah SPT , perkara di bawah ini mestilah

dipatuhi:

(a) Pematuhan yang baik bagi apa-apa urusan dengan JKDM mestilah

dikekalkan sepanjang masa. Jika mana-mana perundangan yang

ditadbir JKDM tidak dipatuhi, status SPT akan digantung atau

dibatalkan. Apa-apa pelanggaran syarat boleh menyebabkan

penggantungan atau pembatalan kelulusan di bawah peraturan 92

Peraturan-Peraturan CBP 2014 oleh Ketua Pengarah.

(b) Semua penghantaran dan pembekalan barang termasuk bahan

mentah yang dibuat di bawah skim ini mestilah disokong sepenuhnya

dengan dokumen dan rekod yang berkaitan. Semua rekod dan

dokumen itu mestilah disediakan apabila dikehendaki oleh pegawai

CBP untuk pemeriksaan;

(c) Mestilah memaklumkan kepada Ketua Pengarah dengan serta merta

jika terdapat apa-apa kekurangan bagi barang yang dihantar dan

mengakaun CBP bagi kekurangan itu. Apa-apa kekurangan adalah

disifatkan sebagai pembekalan tempatan dan CBP mestilah

diakaunkan oleh pengilang tol diluluskan yang bertanggungjawab ke

atas kekurangan itu. CBP yang kena dibayar adalah berdasarkan

Page 13: PANDUAN SKIM PENGILANGAN TOL DILULUSKANgst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/industry_guides_pdf/PANDUAN SPT... · subkontrak tidak memindahkan pemilikan barang kepada subkontraktor

PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 10

kepada nilai pasaran terbuka barang siap di bawah konsainan dan

mesti diakaunkan dalam tempoh bercukai di mana kekurangan itu

dikesan:

(d) Mestilah memaklumkan kepada JKDM bagi apa-apa perubahan dalam

butiran yang dihantar ke JKDM di bawah SPT.

SOALAN-SOALAN LAZIM

S1. Bolehkah apa-apa pengeksportan yang dibuat oleh pelanggan tempatan

diakaunkan bagi maksud pengiraan 80% peraturan eksport?

J1. Tidak, bagi maksud pengiraan 80% peraturan eksport, hanya barang yang

dieksport oleh pengilang tol yang perlu dimasukira.

Layanan bagi barang dan perkhidmatan tempatan di bawah SPT

S2. Saya adalah pengilang tol di bawah SPT dan jika saya terdesak dan

perlu membeli sebahagian bahan mentah dan komponen di pasaran

tempatan untuk aktiviti niali tambah, adakah saya masih perlu

membayar CBP bagi pembelian itu?

J2. Ya, anda mesti membayar CBP bagi bahan mentah dan komponen yang

diperoleh di pasaran tempatan tetapi anda boleh menuntut bayaran CBP itu

sebagi kredit cukai input anda.

S3. Jika prinsipal luar negara menanggung kos bahan mentah yang dibeli di

pasaran tempatan dan menghantar barang itu kepada pengilang tol

untuk aktiviti nilai tambah, adakah apa-apa elemen CBP bagi barang

yang diterima oleh pengilang tol itu?

J3. Perolehan tempatan bagi bahan mentah dan komponen oleh prinsipal luar

negara adalah dikenakan CBP pada kadar sifar di bawah Perintah CBP

(Pembekalan Berkadar Sifar) 2014 dengan syarat barang itu dihantar kepada

pengilang tol diluluskan. Di bawah SPT, pembekal tempatan akan

mengenakan CBP pada kadar sifar bagi perolehan yang dibuat oleh prinsipal

luar negara.

Page 14: PANDUAN SKIM PENGILANGAN TOL DILULUSKANgst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/industry_guides_pdf/PANDUAN SPT... · subkontrak tidak memindahkan pemilikan barang kepada subkontraktor

PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 11

S4. Adakah apa-apa implikasi CBP jika perkhidmatan yang diperoleh oleh

pengilang tol diluluskan dikontrak kepada dan dibayar oleh prinsipal

luar negara?

J4. Jika pengilang tol membayar perkhidmatan yang disediakan oleh pembekal

tempatan, maka dia boleh menuntut CBP yang ditanggung sebagai kredit

cukai inputnya. Jika prinsipal luar negara menanggung kos perkhidmatan itu,

pembekalan yang dibuat kepada prinsipal luar negara di bawah SPT

dikenakan CBP pada kadar standard. Pembekalan berkadar sifar yang

diberikan kepada prinsipal luar negara hanya meliputi bahan mentah dan

komponen sahaja.

Layanan bagi barang diimport di bawah SPT

S5. Adakah semua barang yang diimport di bawah SPT termasuk bahan

mentah dan komponen dibenarkan digantung pembayaran CBP bagi

pengimportannya?

J5. Ya, CBP bagi barang yang diimport di bawah SPT boleh digantung sekiranya

orang yang diluluskan ada kelulusan SPL.

S6. Saya adalah pengilang tol diluluskan di bawah SPT. Jika prinsipal luar

negara menghantar mesin kepada saya bagi penggunaan secara

sementara, adakah saya perlu membayar CBP bagi penghantaran itu?

J6. Ia bergantung sama ada mesin itu dibawa masuk sebagai import sementara

atau import biasa. Jika mesin itu dibawa masuk sebagai import sementara,

CBP diberi pelepasan di bawah Perintah CBP (Pelepasan) 2014, tertakluk

kepada syarat yang dikenakan. Sebaliknya, jika ia diikrar sebagai import

biasa, CBP kena dibayar bagi mesin itu pada masa pengimportan, melainkan

CBP digantung di bawah SPL.

S7. Prinsipal luar negara saya menghantar bahan mentah dan pemilikan

bahan mentah itu kekal dengannya. Sebagai pengilang tol,

bagaimanakah saya mengikrar nilai bahan mentah itu kepada JKDM?

J7. Anda atau ejen anda mestilah mengikrar barang yang diimport dalam borang

pengikraran yang ditetapkan (Kastam no.1). Anda mestilah mendapatkan

Page 15: PANDUAN SKIM PENGILANGAN TOL DILULUSKANgst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/industry_guides_pdf/PANDUAN SPT... · subkontrak tidak memindahkan pemilikan barang kepada subkontraktor

PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 12

maklumat (nilai) daripada prinsipal luar negara untuk membuat pengikraran

tersebut. Walau bagaimanapun, pegawai kastam taksiran mempunyai kuasa

untuk menaksir semula nilai barang bagi maksud kastam.

Penghantaran barang yang ditambah nilai kepada prinsipal luar negara

S8. Adakah barang yang telah diproses tertakluk kepada CBP bagi

pengeksportan?

J8. Disebabkan barang itu adalah kepunyaan prinsipal luar negara, tiada

pembekalan dibuat oleh pengilang tol.

S9. Bolehkah prinsipal luar negara saya mengarahkan penghantar

barangnya di Malaysia untuk mengeksport barang bagi pihaknya?

J9. Ya, prinsipal luar negara anda boleh melantik penghantar barangnya untuk

mengeksport barang bagi pihaknya tetapi borang ditetapkan (Kastam no.2)

mestilah menyatakan anda adalah pengeksport itu. Anda juga boleh melantik

seorang ejen penghantaran untuk mengikrar bagi pihak anda dalam borang

ditetapkan itu tetapi anda kekal bertanggungan dan bertanggungjawab

sebagai prinsipal.

S10. Sebagai pengilang tol di bawah SPT, apakah layanan CBP bagi barang

siap yang dihantar ke pulau bebas cukai seperti Labuan dan Langkawi?

J10. Di bawah Akta CBP, pulau bebas cukai adalah diklasifikasikan sebagai

Kawasan Ditetapkan (DA). Barang yang dibekalkan ke DA dari Malaysia akan

dikenakan CBP pada kadar sifar. Oleh itu, pengilang tol di bawah SPT boleh

mengenakan CBP pada kadar sifar bagi barang siap yang dibekalkan ke DA.

Pembekalan barang ditambah nilai kepada pelanggan tempatan bagi prinsipal

luar negara di bawah SPT

S11. Saya pengilang tol di bawah SPT. Adakah saya perlu mengakaun CBP

bagi barang siap yang dihantar kepada pelanggan tempatan bagi

pinsipal luar negara?

J11. Jika pelanggan tempatan berdaftar sekali dengan anda di bawah SPT, anda

tidak perlu mengenakan CBP bagi penghantaran itu. Pelanggan tempatan

Page 16: PANDUAN SKIM PENGILANGAN TOL DILULUSKANgst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/industry_guides_pdf/PANDUAN SPT... · subkontrak tidak memindahkan pemilikan barang kepada subkontraktor

PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 13

akan mengakaun CBP yang kena dibayar sebagai cukai outputnya dan pada

masa yang sama menuntut amaun cukai output itu sebagai kredit cukai input

jika dia adalah orang berdaftar. Walaupun begitu, jika dia adalah orang tidak

berdaftar, dia mestilah membayar CBP bagi pembekalan disifatkan yang

dibuatnya.

S12. Siapakah yang bertanggungan jika pelanggan tempatan bagi prinsipal

luar negara gagal untuk mengakaun cukai output bagi barang yang

dihantar kepadanya?

J12. Sebaik barang diterima oleh pelanggan tempatan, adalah menjadi

tanggungjawab pelanggan tempatan itu untuk mengakaun apa-apa cukai

output yang kena dibayar. Jika pelanggan tempatan itu gagal untuk

mengakaun apa-apa cukai output yang kena dibayar, pelanggan tempatan

tersebut adalah bertanggungan bagi apa-apa CBP yang telah terhutang.

S13. Saya adalah pelanggan tempatan kepada prinsipal luar negara di bawah

SPT dan saya berdaftar di bawah CBP. Apakah implikasi CBP bagi

barang siap yang saya terima dari pengilang tol dan seterusnya

dibekalkan ke pasaran tempatan dan juga eksport?

J13. Jika barang itu dibekalkan ke pasaran tempatan , anda mestilah mengakaun

cukai output dan mengeluarkan invois cukai kepada pembeli anda bagi

pembekalan bercukai tersebut. Sebaliknya, anda boleh mengenakan CBP

pada kadar sifar jika anda mengkesport barang itu.

S14. Apa akan berlaku kepada barang dalam pegangan jika saya berhenti

menjadi pengilang tol diluluskan di bawah SPT?

J14. Jika anda tidak lagi menjadi orang berdaftar di bawah CBP, anda mestilah

mengakaun cukai output bagi semua aset atau barang dalam pegangan.

S15. Sebagai orang diluluskan di bawah SPT, adakah saya perlu

mengemukakan apa-apa penyata kepada pejabat CBP?

J15. Ya, anda dikehendaki menyediakan penyata bulanan iaitu Lampiran B – 0

P.T. GST Bil 2C (rujuk Lampiran 2) dan mengemukakannya ke pejabat CBP

(stesen mengawal) dalam tempoh 15 hari selepas daripada tamatnya tempoh

Page 17: PANDUAN SKIM PENGILANGAN TOL DILULUSKANgst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/industry_guides_pdf/PANDUAN SPT... · subkontrak tidak memindahkan pemilikan barang kepada subkontraktor

PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 14

bercukai anda termasuklah tempoh bercukai diubah (varied taxable period)..

Contoh Lampiran B – 0 P.T. GST Bil 2C boleh dimuat turun daripada GST

portal.

MAKLUMBALAS DAN KOMEN

23. Sebarang maklumbalas atau komen amatlah dihargai. Sila email

maklumbalas atau komen anda ke [email protected]

MAKLUMAT LANJUT DAN BANTUAN

24. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada:

(a) Laman Web CBP : www.gst.customs.gov.my

(b) Hotline CBP : 03-88822111

(b) Pusat Panggilan Kastam :

Tel : 03- 7806 7200/ 1-300-888-500

Faks : 03- 7806 7599

E-mail : [email protected]

Page 18: PANDUAN SKIM PENGILANGAN TOL DILULUSKANgst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/industry_guides_pdf/PANDUAN SPT... · subkontrak tidak memindahkan pemilikan barang kepada subkontraktor

PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia i

LAMPIRAN 1

Page 19: PANDUAN SKIM PENGILANGAN TOL DILULUSKANgst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/industry_guides_pdf/PANDUAN SPT... · subkontrak tidak memindahkan pemilikan barang kepada subkontraktor

PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015

ii Copyright Reserved © 2015 Royal Malaysian Customs Department.

LAMPIRAN 2

PENYATA BULANAN BAGI PERGERAKAN BARANG DI BAWAH SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN (SPT)

Perolehan Pembekalan Prinsipal Di bawah SPT Pembekalan Prinsipal Selain Di bawah SPT

Pembekalan Pengilang Tol

Bil. (a)

Nama Prinsipal

(b)

Nilai barang

diimport (RM)

(c)

Nilai belian tempatan di bawah akaun prinsipal (RM)

(d)

Nilai Belian Di bawah akaun pengilang sendiri (RM)

(e)

Nama Pelanggan Tempatan/ No.GST (jika ada)

(f)

Nilai barang siap diproses (RM)

(g)

Nilai barang yang dihantar (RM) (h)

Nilai barang yang dieksport (RM) (i)

Peratus barang yang dieksport (j) = (i)/(g) X 100%

Nilai jualan tempatan (RM)

(k)

Nilai barang dieksport (RM)

(l)

Jumlah jualan (RM)

(m)

Nilai Pekhidmatan nilai tambah

(RM)

(n)

Nilai Pembekalan selain perkhidmatan nilai tambah

(RM)

(o)

Jumlah pembekalan

(RM)

(p) = (n) + (o)

JUMLAH

Nama Syarikat: Alamat Syarikat: No. GST: No.SPT:

Saya mengaku bahawa maklumat-maklumat yang diberi di atas adalah benar dan betul Tandatangan : Nama: No.Kad Pengenalan: Jawatan: Cop Syarikat:

ni/SPT-syarikat19.3.14

LAMPIRAN B LAMPIRAN B – 0

P.T. GST BIL. 2C

Page 20: PANDUAN SKIM PENGILANGAN TOL DILULUSKANgst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/industry_guides_pdf/PANDUAN SPT... · subkontrak tidak memindahkan pemilikan barang kepada subkontraktor

PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015

iii Copyright Reserved © 2015 Royal Malaysian Customs Department.

PINDAAN

No Tarikh Kepala/ Sub-Kepala/ Perenggan

Butiran

1 1/9/2015 Tanggungjawab lain di bawah

SPT

Para 22(a) – Maklumat tambahan

2 1/9/2015 Soalan-soalan Lazim J3 – Pembetulan

3 1/9/2015 Soalan-soalan Lazim J6 - Pembetulan

4 1/9/2015 Soalan-soalan Lazim S15 & J15 – Maklumat tambahan