panduan faedah pekerja -...
TRANSCRIPT
PANDUAN FAEDAH PEKERJA
CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN
KASTAM DIRAJA MALAYSIA
PANDUAN FAEDAH PEKERJA Sehingga 21 JULAI 2014
i Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
KANDUNGAN
PENGENALAN .......................................................................................................... 1
Gambaran Keseluruhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) .......................... 1
PERKARA AM BERHUBUNG FAEDAH PEKERJA ................................................. 1
Faedah Pekerja ...................................................................................................... 1
Peraturan hadiah .................................................................................................... 2
PEMEROLEHAN SEMULA CUKAI INPUT BAGI FAEDAH PEKERJA .................... 3
Cukai input yang tidak dibenarkan .......................................................................... 3
PERAKAUNAN CUKAI OUTPUT BAGI FAEDAH PEKERJA .................................. 4
Barang yang diberi percuma kepada pekerja sebagaimana dinyatakan dalam
kontrak pekerjaan ................................................................................................... 5
Pembekalan dikecualikan ....................................................................................... 6
Pembekalan berkadar sifar ..................................................................................... 6
Pembekalan barang di bawah peraturan hadiah .................................................... 6
Pembekalan di mana pemerolehan semula cukai input tidak dibenarkan di bawah
Peraturan-Peraturan CBP 2014 .............................................................................. 7
BARANG DAN PERKHIDMATAN YANG DIPEROLEH DARI ORANG TIDAK
KENA CUKAI ............................................................................................................. 8
FAEDAH PEKERJA YANG DIBERI UNTUK FAEDAH PEMILIK TUNGGAL,
RAKAN KONGSI, PENGARAH ATAU ORANG YANG ADA HUBUNGAN DENGAN
ORANG KENA CUKAI .............................................................................................. 8
ASET PERNIAGAAN YANG DIGUNAKAN BUKAN UNTUK TUJUAN
PERNIAGAAN ........................................................................................................... 9
NILAI FAEDAH PEKERJA ...................................................................................... 10
Penentuan Nilai Faedah Pekerja .......................................................................... 10
REKOD .................................................................................................................... 10
SOALAN-SOALAN LAZIM ...................................................................................... 11
MAKLUMBALAS DAN KOMEN .............................................................................. 16
PANDUAN FAEDAH PEKERJA Sehingga 21 JULAI 2014
ii Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
LAMPIRAN 1 .............................................................................................................. i
LAMPIRAN 2 .............................................................................................................. i
PANDUAN FAEDAH PEKERJA Sehingga 21 JULAI 2014
1 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
PENGENALAN
1. Panduan industri ini disediakan untuk membantu perniagaan dalam
memahami perkara yang berkaitan dengan Layanan CBP bagi Faedah Pekerja.
Gambaran Keseluruhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP)
2. Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) adalah cukai berperingkat bagi
penggunaan tempatan. CBP dikenakan ke atas semua pembekalan bercukai barang
dan perkhidmatan di Malaysia kecuali bagi pembekalan yang dikecualikan secara
khusus. CBP juga dikenakan ke atas pengimportan barang dan perkhidmatan ke
dalam Malaysia.
3. Pembayaran cukai dibuat secara berperingkat oleh perantara dalam proses
pengeluaran dan pengedaran. Walaupun cukai dibayar di sepanjang rantaian
pengeluaran dan pengedaran, hanya nilai ditambah di setiap peringkat dikenakan
cukai dan dengan itu mengelakkan cukai berganda.
4. Di Malaysia, seseorang yang didaftarkan di bawah Akta Cukai Barang dan
Perkhidmatan 2014 dikenali sebagai “orang berdaftar”. Seorang orang berdaftar
dikehendaki mengenakan CBP (cukai output) ke atas pembekalan bercukai barang
dan perkhidmatan yang dibuat kepada pelanggannya. Dia dibenarkan untuk
menuntut apa-apa CBP yang ditanggung dalam pembeliannya (cukai input) yang
merupakan input bagi perniagaannya. Oleh itu, cukai itu sendiri bukanlah kos
kepada perantara dan tidak wujud sebagai perbelanjaan dalam penyata kewangan
mereka.
PERKARA AM BERHUBUNG FAEDAH PEKERJA
Faedah Pekerja
5. Faedah pekerja adalah merujuk kepada apa-apa barang atau perkhidmatan
yang diberi secara percuma kepada pekerja. Faedah pekerja (FP) termasuklah apa-
apa hak, hak istimewa, perkhidmatan atau kemudahan yang disediakan secara
percuma kepada pekerja. Barang dan perkhidmatan yang diperoleh dan diberi
sebagai faedah pekerja adalah dikira sebagai diguna “bagi tujuan perniagaan”.
PANDUAN FAEDAH PEKERJA Sehingga 21 JULAI 2014
2 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
6. Terdapat dua keadaan yang boleh diklasifikasikan sebagai faedah pekerja:
(a) barang atau perkhidmatan yang diberi atau disediakan oleh majikan
kepada pekerja; atau
(b) barang atau perkhidmatan yang diberi atau disediakan oleh orang lain
bagi pihak majikan kepada pekerja.
7. Pada amnya, seseorang orang kena cukai adalah layak untuk menuntut CBP
yang ditanggung ke atas barang dan perkhidmatan yang diperolehnya yang
digunakan bagi tujuan perniagaannya dalam membuat pembekalan bercukai dan
orang kena cukai itu dikehendaki untuk mengakaun cukai output bagi pembekalan
itu. Layanan yang sama terpakai bagi faedah pekerja. Walau bagaimanapun, bagi
faedah pekerja, apa-apa yang dinyatakan dalam kontrak perkhidmatan pekerja,
kontrak pekerjaan atau polisi syarikat seperti dalam buku panduan syarikat untuk
diberi secara percuma kepada pekerjanya, cukai output tidak perlu diakaunkan
walau apa pun nilai barang itu. Cukai input yang ditanggung bagi perolehan barang
atau perkhidmatan itu boleh dituntut.
8. Sebagai tambahan, jika ia tidak dinyatakan dalam kontrak pekerjaan, barang
bercukai yang diberi kepada pekerja adalah tertakluk kepada CBP (tertakluk kepada
peraturan hadiah RM500). Cukai input yang ditanggung dalam membuat
pembekalan bercukai itu boleh dituntut. Walau bagaimanapun, bagi pembekalan
berkadar sifar, dikecualikan atau barang yang mana cukai inputnya disekat, cukai
output tidak perlu diakaunkan bagi pemberian barang itu. Cukai input yang
ditanggung bagi barang berkadar sifar yang diberi secara percuma boleh dituntut
tetapi TIDAK untuk barang dikecualikan dan barang yang cukai inputnya disekat.
Peraturan hadiah
9. Apa-apa barang yang bernilai RM500.00 atau kurang yang diberi kepada
orang yang sama dalam tahun yang sama adalah bukan pembekalan dan dengan itu
tidak tertakluk kepada CBP. Tiada had bagi siri hadiah yang diberi selagi jumlah nilai
bagi siri hadiah yang diberi kepada orang yang sama dalam tahun yang sama tidak
melebihi RM500.00.
PANDUAN FAEDAH PEKERJA Sehingga 21 JULAI 2014
3 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
PEMEROLEHAN SEMULA CUKAI INPUT BAGI FAEDAH PEKERJA
10. Barang dan perkhidmatan yang disediakan kepada pekerja sebagai faedah
pekerja adalah dikira sebagai diguna bagi tujuan perniagaan. Oleh itu, apa-apa cukai
input yang ditanggung bagi perolehan barang dan perkhidmatan itu boleh dituntut
kecuali bagi yang berikut:
(a) pembekalan barang atau perkhidmatan itu adalah pembekalan
dikecualikan di bawah Akta CBP 2014. Orang kena cukai tidak layak
untuk menuntut cukai input yang ditanggung dalam membuat
pembekalan sedemikian.
(b) barang atau perkhidmatan yang diperoleh telah dikenakan CBP tetapi
cukai yang ditanggung tidak dibenarkan sebagai kredit di bawah
Peraturan-Peraturan CBP 2014.
Cukai input yang tidak dibenarkan
11. CBP yang ditanggung bagi perolehan tertentu tidak boleh dituntut jika ia
diklasifikasikan sebagai cukai input yang disekat di bawah Peraturan-Peraturan CBP
2014. Dalam kes sebegini, apa-apa cukai input yang ditanggung oleh mana-mana
orang kena cukai tidak boleh dituntut walaupun barang dan perkhidmatan bercukai
diperoleh bagi tujuan perniagaan. Seorang orang kena cukai tidak dibenarkan untuk
menuntut cukai input yang ditanggung bagi mana-mana yang berikut:
(a) pembekalan atau pengimportan kereta penumpang;
(b) pembekalan barang atau perkhidmatan yang berkaitan dengan
pembaikan, penyelenggaraan dan baikpulih kereta penumpang;
(c) sewaan kereta penumpang;
(d) yuran kelab;
(e) premium insuran kemalangan dan perubatan;
(f) perbelanjaan perubatan;
(g) faedah keluarga; atau
PANDUAN FAEDAH PEKERJA Sehingga 21 JULAI 2014
4 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
(h) perbelanjaan hiburan kepada seseorang selain daripada pekerja atau
pelanggan sedia ada kecuali perbelanjaan hiburan yang ditanggung
oleh seseorang yang dalam perniagaan penyediaan hiburan.
Carta aliran bagi kredit cukai input adalah diilustrasikan dalam Lampiran 1.
PERAKAUNAN CUKAI OUTPUT BAGI FAEDAH PEKERJA
12. Pada amnya, seseorang orang kena cukai adalah dikehendaki untuk
mengakaun cukai output bagi barang atau perkhidmatan yang diberi sebagai faedah
pekerja kerana ia dikira sebagai untuk tujuan perniagaan. Bagi perkhidmatan, tiada
tanggungan untuk mengakaun cukai output ke atas apa-apa perkhidmatan yang
disediakan secara percuma kepada pekerja, kerana ia tidak dikira sebagai
pembekalan. Walau bagaimanapun, perkhidmatan yang disediakan secara percuma
kepada orang yang ada hubungan dengan orang kena cukai itu dan orang itu tidak
layak untuk suatu kredit adalah suatu pembekalan perkhidmatan. Sila rujuk
perenggan 6 kepada Jadual Pertama Akta.
Contoh 1
Syarikat AB Cleaning Services menyediakan perkhidmatan pembersihan
secara percuma ke rumah pekerja-pekerjanya. Perkhidmatan yang
disediakan secara percuma adalah bukan pembekalan dan dengan itu cukai
output tidak perlu diakaunkan.
Contoh 2
Sebuah syarikat pengilangan menyediakan pengangkutan kepada pekerjanya
secara percuma. Syarikat itu menyewa beberapa buah bas dari sebuah
syarikat pengangkutan. Penyediaan pengangkutan percuma adalah bukan
suatu pembekalan dan dengan itu tidak tertakluk kepada CBP. Walau
bagaimanapun, penyewaan bas adalah berkadar standard dan cukai input
yang ditanggung boleh dituntut kerana ia adalah perbelanjaan perniagaan.
Tetapi, jika syarikat itu menyediakan pengangkutan berbayar, ia adalah
pembekalan dikecualikan dan dengan itu cukai input yang ditanggung bagi
penyewaan bas tersebut tidak boleh dituntut.
PANDUAN FAEDAH PEKERJA Sehingga 21 JULAI 2014
5 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Contoh 3
Syarikat AB Cleaning Services menyediakan perkhidmatan pembersihan
percuma ke rumah rakan kongsi perniagaannya. Dalam kes ini, perkhidmatan
yang disediakan secara percuma itu disifatkan sebagai suatu pembekalan
kerana ia disediakan kepada orang yang ada hubungan dan dengan demikian
adalah tertakluk kepada CBP.
13. Bagi barang, cukai output perlu diakaunkan bagi barang yang diberi secara
percuma kecuali di bawah:
(a) Barang yang diberi kepada pekerja seperti yang dinyatakan dalam
kontrak pekerjaan.
(b) Pembekalan dikecualikan (rujuk kepada Perintah CBP (Pembekalan
Dikecualikan) 20XX)
(c) Pembekalan berkadar sifar (rujuk kepada Perintah CBP (Pembekalan
Berkadar Sifar) 20XX)
(d) Pembekalan barang di bawah peraturan hadiah
(e) Pembekalan di mana pemerolehan semula cukai input tidak
dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan CBP 2014.
Barang yang diberi percuma kepada pekerja sebagaimana dinyatakan dalam
kontrak pekerjaan
14. Apa-apa barang yang diberi secara percuma kepada pekerja sebagaimana
yang dinyatakan dalam kontrak pekerjaan adalah bukan pembekalan dan dengan itu
tidak tertakluk kepada CBP. Orang kena cukai tidak perlu mengakaun cukai output
bagi hadiah tersebut. Cukai input yang ditanggung boleh dituntut.
Contoh 4
Sebuah firma menyediakan uniform kepada pekerjanya. CBP yang dikenakan
oleh tukang jahit berdaftar boleh dituntut. Cukai output tidak perlu diakaunkan
oleh firma itu bagi penyediaan unifom secara percuma kepada pekerjanya.
Contoh 5
PANDUAN FAEDAH PEKERJA Sehingga 21 JULAI 2014
6 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Sebuah syarikat pengilangan mempunyai polisi sebagaimana yang
dinyatakan dalam buku panduan syarikat bahawa mana-mana pekerjanya
yang telah berkhidmat kepada syarikat bagi tempoh selama sepuluh tahun
adalah layak untuk mendapat 10gm loket emas. Syarikat itu tidak perlu
mengakaun cukai output atas pemberian tersebut. CBP yang ditanggung bagi
pembelian 10gm loket emas itu boleh dituntut.
Pembekalan dikecualikan
15. Apa-apa barang yang diberi sebagai faedah pekerja yang tersenarai di bawah
Perintah CBP (Pembekalan Dikecualikan) 20XX adalah tidak tertakluk kepada CBP.
Walau bagaimanapun, apa-apa cukai input yang ditanggung tidak boleh dituntut
kerana ia adalah pembekalan dikecualikan.
Contoh 6
Sebuah syarikat pemaju perumahan telah memberi sebuah rumah bernilai
RM100,000.00 kepada pekerjanya kerana perkhidmatan yang cemerlang.
Pemaju perumahan itu tidak perlu mengakaun CBP bagi pemberian itu
kerana ia adalah pembekalan dikecualikan. Apa-apa cukai input yang
ditanggung tidak boleh dituntut
Pembekalan berkadar sifar
16. Seorang orang kena cukai yang memberi barang yang tersenarai di bawah
Perintah CBP (Pembekalan Berkadar Sifar) 20XX kepada pekerjanya tidak
dikehendaki untuk mengakaun CBP. Walaupun begitu, apa-apa cukai input yang
ditanggung boleh dituntut.
Contoh 7
Kilang penapis gula memberi 10kg kepada semua pekerjanya untuk
sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas setiap tahun.
Pemberian itu tidak tertakluk kepada CBP tetapi cukai input yang ditanggung
boleh dituntut.
Pembekalan barang di bawah peraturan hadiah
PANDUAN FAEDAH PEKERJA Sehingga 21 JULAI 2014
7 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
17. Pembekalan barang secara percuma di mana kos barang adalah tidak
melebihi RM500.00 diberi kepada orang yang sama dalam tahun yang sama adalah
tidak tertakluk kepada CBP. Peraturan ini terpakai kepada semua termasuk daripada
majikan kepada pekerja dan juga daripada seorang orang kena cukai kepada
seseorang yang ada hubungan dengannya. Walaupun demikian, cukai input yang
ditanggung boleh dituntut.
Contoh 8
Syarikat XY Sdn Bhd telah membeli 15 hamper bernilai RM200/hamper untuk
diberi kepada setiap pekerjanya. Syarikat itu tidak perlu mengakaun cukai
output. Walau bagaimanapun, cukai input yang ditanggung bagi pembelian
bernilai RM3,000.00 boleh dituntut.
Contoh 9
Syarikat CX Sdn Bhd telah membeli sebuah jam tangan bernilai RM400.00
dan telah memberi jam itu kepada anak seorang daripada pengarah syarikat.
Pemberian itu tidak tertakluk kepada CBP kerana nilainya kurang daripada
RM500.00 (peraturan hadiah) tetapi cukai input yang ditanggung bagi
pembelian itu boleh dituntut.
Pembekalan di mana pemerolehan semula cukai input tidak dibenarkan di
bawah Peraturan-Peraturan CBP 2014
18. Seorang orang kena cukai adalah tidak dibenarkan menuntut cukai input yang
ditanggung bagi barang yang dibelinya jika cukai input tidak dibenarkan sebagai
kredit di bawah Peraturan-Peraturan CBP 2014. Walau bagaimanapun, pembekalan
bagi barang itu oleh orang kena cukai tersebut adalah dikira sebagai bukan
pembekalan dan dengan itu tidak tertakluk kepada CBP. Dalam kes faedah pekerja,
majikan yang merupakan orang kena cukai tidak perlu mengakaun CBP bagi barang
yang diberi percuma kepada pekerjanya.
Contoh 10
Sebuah syarikat memberi sebuah kereta syarikat kepada seorang pekerjanya
selepas menggunakan kereta itu selama lima tahun di mana cukai input yang
ditanggung ke atas kereta itu tidak dibenarkan sebagai kredit. Syarikat itu
PANDUAN FAEDAH PEKERJA Sehingga 21 JULAI 2014
8 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
tidak perlu mengakaun cukai output bagi pemberian tersebut kerana ia
bukanlah suatu pembekalan.
Carta aliran bagi Cukai Output adalah diilustrasikan dalam Lampiran 2.
BARANG DAN PERKHIDMATAN YANG DIPEROLEH DARI ORANG TIDAK
KENA CUKAI
19. Barang atau perkhidmatan jika dibeli dari peniaga yang merupakan orang
tidak berdaftar di bawah CBP adalah tidak tertakluk kepada CBP. Dengan itu, tiada
cukai input dituntut bagi perolehan tersebut. Walau bagaimanapun, jika barang itu
diberi percuma kepada pekerja, ia adalah tertakluk kepada CBP jika kos bagi setiap
pemberian barang itu adalah melebihi RM500.00.
Contoh 11
CC Sdn Bhd telah membeli sebuah 32” LED television berharga RM1,000.00
dari AA Enterprise yang tidak berdaftar di bawah CBP. CC Sdn Bhd perlu
mengakaunkan cukai output bagi pemberian itu kepada pekerjanya.
FAEDAH PEKERJA YANG DIBERI UNTUK FAEDAH PEMILIK TUNGGAL,
RAKAN KONGSI, PENGARAH ATAU ORANG YANG ADA HUBUNGAN DENGAN
ORANG KENA CUKAI
20. Apa-apa barang atau perkhidmatan yang diberi atau disediakan secara
percuma oleh orang kena cukai kepada seseorang yang ada hubungan dengan
orang kena cukai itu atau untuk faedah pemilik tunggal atau pengarah syarikat
adalah disifatkan sebagai suatu pembekalan dan dengan itu orang kena cukai
tersebut dikehendaki mengakaun cukai output ke atas pembekalan itu berdasarkan
kepada nilai pasaran terbuka. Bagi perkhidmatan, sila rujuk perenggan 6 Jadual
Pertama Akta CBP manakala bagi barang, perenggan 5(1) Jadual Pertama Akta
CBP adalah terpakai. Walau bagaimanapun, peraturan hadiah masih terpakai bagi
barang yang bernilai tidak melebihi RM500.00. Ini bermakna bagi barang yang
nilainya tidak melebihi RM500.00 yang diberi kepada orang yang ada hubungan,
pemilik tunggal atau pengarah syarikat itu sendiri, cukai output tidak perlu
diakaunkan.
PANDUAN FAEDAH PEKERJA Sehingga 21 JULAI 2014
9 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Contoh 12
Sebuah syarikat telah membeli komputer riba bernilai RM1,500.00 dan
memberikan komputer riba itu kepada anak pengarah syarikat sebagai
hadiah. CBP ke atas komputer riba itu hendaklah diakaunkan oleh syarikat
kerana nilainya melebihi RM500.00.
Contoh 13
Sebuah syarikat telah membeli sebuah komputer riba bernilai RM1,500.00
tiga tahun yang lalu. Baru-baru ini syarikat itu telah memberi komputer riba
tersebut kepada seorang daripada rakan kongsinya. Bagi tujuan mengakaun
CBP, syarikat itu mestilah menggunakan nilai pasaran terbuka barang itu
sekarang di mana nilainya adalah RM450.00, iaitu nilai barang itu telah
susutnilai. Dalam contoh ini, syarikat berkenaan tidak perlu mengakaun cukai
output bagi pemberian itu kerana nilai barang itu adalah kurang daripada
RM500.00. (Peraturan hadiah terpakai).
Contoh 14
Syarikat ABC Cleaning Services telah menyediakan perkhidmatan
pembersihan secara percuma ke rumah pengarah syarikatnya. Penyediaan
perkhidmatan secara percuma itu adalah disifatkan sebagai suatu
pembekalan dan dengan itu cukai output hendaklah diakaunkan oleh syarikat
itu berdasarkan kepada nilai pasaran terbuka pembekalan itu.
ASET PERNIAGAAN YANG DIGUNAKAN BUKAN UNTUK TUJUAN
PERNIAGAAN
21. Seorang orang kena cukai adalah dikehendaki untuk mengakaun cukai output
bagi apa-apa kegunaan aset perniagaan untuk kegunaan peribadi atau digunakan
bagi tujuan bukan perniagaan seperti penggunaan barang secara percuma oleh
pekerja kerana ia adalah disifatkan sebagai suatu pembekalan perkhidmatan
walaupun penggunaan itu adalah bukan untuk suatu balasan dengan syarat orang
kena cukai itu layak untuk kredit cukai input bagi barang tersebut. Sila rujuk
perenggan 5(3) dan 5(4) Jadual Pertama Akta CBP.
Contoh 15
PANDUAN FAEDAH PEKERJA Sehingga 21 JULAI 2014
10 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Sebuah syarikat pengilangan telah membenarkan seorang dari pekerjanya
menggunakan lori syarikat tanpa apa-apa bayaran apabila pekerja itu hendak
mengangkut barang rumah ke rumah barunya. Penggunaan lori oleh pekerja
itu adalah suatu pembekalan perkhidmatan dan dengan itu syarikat tersebut
mestilah mengakaun cukai output bagi pembekalan tersebut berdasarkan nilai
pasaran terbuka pembekalan tersebut.
NILAI FAEDAH PEKERJA
Penentuan Nilai Faedah Pekerja
22. Jika barang diberi secara percuma oleh seorang orang kena cukai yang mana
tidak tertakluk kepada peraturan hadiah atau diberi kepada seseorang yang ada
hubungan dengan orang kena cukai itu, nilai pemberian barang itu adalah
berdasarkan kepada nilai pasaran terbuka termasuk CBP. Bagi definisi ‘nilai
pasaran terbuka’ sila rujuk kepada Jadual Ketiga Akta CBP 2014 dan untuk
maklumat lanjut sila rujuk kepada Panduan Penilaian.
23. Nilai pembekalan adalah berdasarkan kepada turutan hierarki seperti berikut:
(a) Nilai barang yang sama;
(b) Nilai barang yang serupa;
(c) kos pengeluaran; atau
(d) kos perolehan.
dengan mengambil kira usia dan keadaan barang yang diberi percuma.
REKOD
24. Seorang orang kena cukai dikehendaki menyelenggara dokumen dengan
kemas kini dan lengkap seperti invois, rekod pekerjaan dan apa-apa dokumen yang
berkaitan dengan faedah pekerja yang diberi kepada pekerja. Rekod itu mestilah
dikemukakan kepada Ketua Pengarah bila dikehendaki. Rekod-rekod mestilah
disimpan selama tujuh tahun.
PANDUAN FAEDAH PEKERJA Sehingga 21 JULAI 2014
11 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
SOALAN-SOALAN LAZIM
Pemerolehan Semula Cukai Input
S1. Syarikat AB Cleaning Services telah menyediakan perkhidmatan
pembersihan ke rumah pekerjanya. Bolehkah syarikat itu menuntut
cukai input bagi pembelian peralatan yang digunakan untuk
menyediakan perkhidmatan pembersihan itu?
J1. Ya, syarikat perkhidmatan pembersihan itu boleh menuntut cukai input yang
ditanggungnya bagi perolehan peralatan yang digunakan untuk menyediakan
perkhidmatan percuma tersebut.
S2. Sebuah syarikat pengilangan telah menyediakan pengangkutan (bas
pekerja) secara percuma kepada pekerjanya. Jika syarikat itu menyewa
beberapa buah bas untuk pengangkutan tersebut, bolehkah syarikat
menuntut cukai input yang ditanggung bagi sewaan itu?
J2. Ya, syarikat pengilangan itu boleh menuntut cukai input yang ditanggungnya
bagi sewaan bas kerana ia adalah perbelanjaan perniagaannya.
S3. Sebuah firma memberi lawatan ke Pulau Redang secara percuma
kepada seorang pekerjanya kerana perkhidmatannya cemerlang.
Bolehkah firma itu menuntut cukai input yang ditanggung bagi
pembelian pakej tersebut?
J3. Ya, syarikat itu boleh menuntut cukai input yang ditanggung bagi pembelian
pakej berkenaan.
S4. Syarikat A telah membeli 10 hamper bernilai RM2,000 untuk diberikan
kepada pekerja-pekerjanya. Bolehkah syarikat menuntut cukai input
yang ditanggungnya bagi perolehan itu?
J4. Ya, syarikat itu boleh menuntut cukai input yang ditanggung bagi pembelian
barang tersebut.
S5. Apakah dokumen yang mesti saya gunakan untuk menuntut cukai input
bagi barang dan perkhidmatan yang diberi sebagai faedah pekerja?
PANDUAN FAEDAH PEKERJA Sehingga 21 JULAI 2014
12 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
J5. Anda boleh menuntut cukai input yang ditanggung bagi barang dan
perkhidmatan yang anda peroleh dan beri secara percuma kepada pekerja
anda selagi anda mempunyai dokumen yang berkaitan seperti invois cukai
bagi perolehan anda.
S6. Jika invois cukai adalah atas nama pekerja, bolehkah cukai input
dituntut?
J6. Tidak, kecuali pembekalan barang atau perkhidmatan itu diperoleh bagi
tujuan tugas rasminya atau dia bertindak bagi pihak orang kena cukai itu.
S7. Bolehkah syarikat menuntut CBP yang ditanggung bagi latihan untuk
pekerjanya?
J7. Ya, CBP yang ditanggung boleh dituntut kerana latihan untuk pekerja boleh
dikaitkan terus dengan perniagaan.
S8. Bolehkah syarikat menuntut cukai input bagi penggunaan telefon bimbit
atas nama pekerja?
J8. Ya, cukai input yang ditanggung boleh dituntut dengan syarat syarikat boleh
buktikan bahawa perbelanjaan itu bagi tujuan perniagaan yang ditanggung
oleh syarikat, iaitu ia wujud dalam akaun syarikat dan/atau dinyatakan dalam
polisi syarikat.
Cukai input yang tidak dibenarkan
S9. Adakah CBP yang ditanggung bagi pembelian keahlian korporat dalam
kelab rekreasi boleh dituntut?
J9. Tidak, kerana CBP yang ditanggung bagi yuran keahlian kelab adalah disekat
di bawah Peraturan-Peraturan CBP 2014.
S10. Bolehkah syarikat menuntut CBP yang ditanggung bagi makanan dan
minuman untuk makan malam tahunan?
J10. Ya, dengan syarat majlis itu dihadiri oleh pekerja syarikat sahaja. Walau
bagaimanapun, jika majlis itu dihadiri juga oleh ahli keluarga pekerja,
pengagihan mestilah dibuat sewajarnya. CBP yang ditanggung hanya boleh
dituntut bagi apa yang boleh dikaitkan dengan pekerja sahaja.
PANDUAN FAEDAH PEKERJA Sehingga 21 JULAI 2014
13 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
S11. Saya telah membeli kereta dan telah mendaftarkannya atas nama
syarikat bagi kegunaan perniagaan termasuk penggunaan rasmi oleh
pekerja. Bolehkah saya menuntut cukai input yang ditanggung bagi
kereta yang diperoleh itu?
J11. Pada amnya cukai input yang ditanggung bagi apa-apa perolehan kereta
penumpang untuk kegunaan syarikat tidak dibenarkan dituntut. Walau
bagaimanapun, jika kereta itu digunakan khusus untuk tujuan perniagaan,
anda dibenarkan menuntut cukai input tertakluk kepada kelulusan dan syarat
yang dikenakan oleh Ketua Pengarah. Dalam kes sebegini, kereta itu mestilah
boleh dikenal pasti, contohnya, terdapat logo dan/atau nama syarikat pada
kereta itu. Walaupun begitu, jika kereta berkenaan digunakan bagi tujuan
bukan perniagaan, cukai output perlu diakaunkan bagi penggunaan itu kerana
ia disifatkan sebagai suatu pembekalan perkhidmatan.
S12. Bolehkah cukai input dituntut apabila sebuah syarikat membayar
perbelanjaan perubatan bagi pekerjanya?
J12. Biasanya sebuah syarikat mempunyai klinik swasta sebagai panel.
Perbelanjaan perubatan yang dibayar oleh syarikat kepada klinik swasta bagi
pekerjanya tidak tertakluk kepada CBP kerana ia adalah dikecualikan.
Walaupun begitu, jika pekerja itu mendapatkan rawatan perubatan alternatif
seperti homeopati, Ayurveda, akupunkur atau refleksologi, perbelanjaan
sebegini adalah berkadar standard. Jika syarikat itu membayar perbelanjaan
sebegini untuk pekerjanya, cukai input yang ditanggung TIDAK boleh dituntut
kerana ia disekat di bawah Perautan-Peraturan CBP 2014. Sama juga
keadaannya bagi perbelanjaan yang ditanggung syarikat untuk pembelian
secara one off bagi peralatan perubatan seperti kerusi roda untuk pekerja
tertentu. Cukai input yang ditanggung juga tidak boleh dituntut.
Cukai output
S13. Dalam keadaan apakah saya mesti mengakaun cukai output bagi faedah
pekerja?
J13. Pada dasarnya untuk barang, apa-apa barang yang diberi secara percuma
kepada pekerja adalah tertakluk kepada CBP. Walaupun demikian, di bawah
PANDUAN FAEDAH PEKERJA Sehingga 21 JULAI 2014
14 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
peraturan hadiah, jika kos barang kepada pemberi tidak melebihi RM500.00
dan diberi secara percuma kepada pekerja yang sama dalam tahun yang
sama, anda (selaku pemberi) tidak perlu mengakaun cukai output. Jika kos itu
melebihi RM500.00, anda perlu mengakaun cukai output melainkan barang itu
adalah di bawah Pemerolehan Semula Cukai Input Disekat atau apa-apa
yang diberi secara percuma kepada pekerja sebagaimana dinyatakan dalam
kontrak atau polisi syarikat anda. Sebaliknya, bagi perkhidmatan, anda tidak
perlu mengakaun CBP selagi perkhidmatan itu diberi secara percuma kepada
pekerja anda kecuali bagi perkhidmatan bagi penggunaan aset perniagaan
sama ada dengan balasan atau tidak.
S14. Sebagai orang kena cukai, perlukah saya mengakaun cukai output jika
saya menyediakan penginapan percuma kepada pekerja saya?
J14. Tidak, anda tidak perlu mengakaun cukai output kerana penginapan percuma
bukan suatu pembekalan.
S15. Sebagai orang kena cukai, perlukah saya mengakaun cukai output jika
saya memberi barang percuma seperti sistem teater kepada pekerja
saya?
J15. Ya, sebagai orang kena cukai anda mestilah mengakaun cukai output bagi
barang yang diberi percuma kepada pekerja anda. Walau bagaimanapun,
anda tidak perlu mengakaun cukai itu jika nilai barang tersebut tidak melebihi
RM500.00 (peraturan hadiah).
S16. Perlukah cukai output diakaunkan jika pekerja menggunakan aset
perniagaan secara sementara dan percuma bagi kegunaan peribadi?
J16. Ya, orang kena cukai dikehendaki untuk mengakaun cukai output bagi apa-
apa penggunaan aset perniagaan untuk kegunaan peribadi kerana ia
disifatkan sebagai suatu pembekalan perkhidmatan walaupun penggunaan itu
tanpa apa-apa balasan.
S17. Bolehkah orang kena cukai tidak mengakaunkan cukai output apabila
dia memberi barang secara percuma kepada pekerjanya jika dia telah
tidak menuntut cukai input sedangkan dia sebenarnya layak untuk
berbuat demikian?
PANDUAN FAEDAH PEKERJA Sehingga 21 JULAI 2014
15 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
J17. Seorang orang kena cukai masih dikehendaki mengakaun cukai output
apabila barang diberi percuma kepada pekerja sebagai faedah pekerja walau
pun dia telah tidak menuntut cukai input yang ditanggung bagi barang itu.
S18. Adakah pemberian dalam bentuk wang yang diberi sebagai faedah
pekerja kepada pekerja tertakluk kepada CBP?
J18. Apa-apa faedah pekerja yang diberi dalam bentuk wang tidak tertakluk
kepada cukai output kerana wang adalah bukan barang mahupun
perkhidmatan.
S19. Jika saya membekalkan hidangan percuma kepada pekerja saya di
kantin syarikat, adakah saya perlu mengakaun cukai output?
J19. Tidak, hidangan percuma kepada pekerja adalah tidak tertakluk kepada CBP
kerana ia bukan suatu pembekalan.
S20. Saya menyediakan pinjaman perumahan dan kereta kepada pekerja saya
sebagai faedah pekerja, adakah saya perlu mengakaun cukai output?
J20. Anda tidak perlu mengakaun cukai output bagi pinjaman tersebut kerana ia
adalah pembekalan dikecualikan.
S21. Adakah syer yang diberi percuma kepada pekerja tertakluk kepada
CBP?
J21. Syer yang diberi kepada pekerja adalah pembekalan dikecualikan. Oleh itu,
anda tidak perlu mengakaun cukai output.
S22. Adakah saya perlu menggunakan peraturan hadiah apabila saya
membekalkan air dan elektrik secara percuma kepada pekerja saya?
J22. Tidak, anda tidak perlu menggunakan peraturan hadiah apabila anda
membekalkan air dan elektrik secara percuma kepada pekerja anda. Anda
juga tidak perlu mengakaun cukai output bagi pemberian itu.
S23. Adakah syarikat perlu mengeluarkan invois cukai bagi barang yang
diberi secara percuma di mana cukai output perlu diakaunkan bagi
pemberian itu?
J23. Syakiat tidak perlu mengeluarkan invois cukai bagi pemberian barang untuk
tujuan mengakaun cukai output. Adalah memadai untuk mengakaun cukai
PANDUAN FAEDAH PEKERJA Sehingga 21 JULAI 2014
16 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
output dalam rekod perakaunan syarikat dan juga penyata CBP yang
berkaitan.
Nilai pembekalan bagi faedah pekerja
S24. Apakah nilai pembekalan yang patut diambil untuk menentukan CBP jika
sebuah syarikat menyediakan faedah pekerja kepada pekerjanya pada
harga subsidi atau diskaun?
J24. Jika faedah pekerja disediakan kepada pekerja pada harga subsidi atau
diskaun, nilai pembekalan bagi pengiraan CBP adalah berdasarkan kepada
harga subsidi atau diskaun.
S25. Apabila aset perniagaan digunakan sementara secara percuma oleh
pekerja untuk kegunaan peribadi, bagaimanakah saya menentukan nilai
pembekalan itu?
J25. Dalam menentukan cukai output bagi pembekalan perkhidmatan bagi aset
perniagaan yang digunakan untuk tujuan peribadi, ia hendaklah berdasarkan
kepada nilai pasaran terbuka bagi perkhidmatan yang disediakan itu.
MAKLUMBALAS DAN KOMEN
25. Apa-apa maklumbalas dan komen amatlah dihargai. Sila emel maklumbalas
atau komen anda kepada Puan Rokiah binti Embong
MAKLUMAT LANJUT
26. Maklumat lanjut boleh didapatkan dari:
(a) Laman web GST: www.gst.customs.gov.my
(b) Hotline GST: 03-88822111
(c) Pusat Panggilan Kastam:
Tel : 03-78067200/ 1-300-888-500
Fax : 03-78067599
PANDUAN FAEDAH PEKERJA Sehingga 21 JULAI 2014
17 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Emel : [email protected]
PANDUAN FAEDAH PEKERJA Sehingga 21 JULAI 2014
i Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
LAMPIRAN 1
Kredit Cukai Input
Perolehan barang dan perkhidmatan bagi faedah
pekerja
Tiada cukai input untuk
dituntut
Cukai input tidak boleh
dituntut
Cukai input boleh dituntut
Ya
Ya
Ya
Tidak Ya
Tidak No
Ya No
Tidak No
Tidak No
Tidak No
Ya
Tidak No
Cukai input
ditanggung?
Diperoleh untuk tujuan perniagaan?
Cukai input disekat?
Pembekalan
dikecualikan?
Pembekalan dikecualikan
sampingan?
Pembekalan
dikecualikan > Deminimis
limit?
PANDUAN FAEDAH PEKERJA Sehingga 21 JULAI 2014
ii Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
LAMPIRAN 2
Perlu mengakaun
cukai output
Tidak perlu mengakaun
cukai output
TANGGUNGAN CUKAI OUTPUT
FP dinyatakan dalam kontrak?
FP adalah barang?
Nilai barang RM500 atau
kurang?
Cukai input
disekat?
Ya
Tidak
Tidak
Tidak
Tidak
Ya
Ya
Ya