penggunaan kemahiran kaunseling dalam p&p

Upload: gobi-krrish

Post on 14-Jan-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ESEI ASSIGNMENT EDU 3073BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

TRANSCRIPT

PENGGUNAAN KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANKemahiran asas haruslah dikuasai oleh setiap guru untuk menangani permasalahan yang dihadapi oleh murid. Hal ini juga dapat membantu para guru mengaplikasikan setiap kemahiran yang difahami di dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada semester ini saya dapat menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Chuping, Mata Ayer, Perlis. Sekolah ini mempunyai bilangan murid yang rendah, iaitu seramai 270 orang murid. Sebilangan besar ibu-bapa murid di sekolah ini terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah yang terdiri daripada pemandu lori, petani, pesawah dan lain-lain kakitangan kerajaan. Setelah berkenalan dengan murid-murid di beberapa buah kelas yang saya mengajar, mereka sememangnya lahir daripada keluarga yang agak selesa. Namun terdapat juga sebilangan murid yang lahir daripada keluarga yang sederhana dan kurang berkemampuan. Setiap kali pertama saya masuk ke setiap kelas, saya lebih selesa untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan murid-murid di sekolah ini. Saya lebih selesa memanggil mereka dengan nama timangan mereka supaya keadaan boleh menjadi lebih santai. Perhubungan saya dengan murid juga tidak terlalu terikat kepada guru dan murid semata-mata malah boleh menjadi seperti rakan-rakan pada sesuatu masa. Pada awal perkenalan, saya akan meminta setiap murid memperkenalkan diri dengan memberitahu nama, nama ibu bapa, pekerjaan ibu bapa, bilangan adik beradik dan tempat tinggal mereka. Perkara ini penting untuk guru ketahui supaya guru dapat mengetahui latar belakang murid dengan lebih mendalam.Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang telah dilaksanakan semasa praktikum, terdapat beberapa kemahiran kaunseling yang boleh guru praktikkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya mengambil contoh rancangan pengajaran Bahasa Malaysia Tahun 3 yang bertemakan buah-buahan. Pemilihan tajuk ini bertepatan dengan pengetahuan murid dimana semua murid mengetahui tentang buah-buahan. Hal ini memudahkan guru untuk menyusun aktiviti agar ia menjadi menarik dan tercapai objektifnya.Semasa melaksanakan aktiviti set induksi, saya memulakan proses pengajaran dengan memberikan salam kepada murid-murid dan bertanyakan khabar serta persediaan murid-murid. Kemudian saya telah menayangkan satu klip video lagu buah-buahan di hadapan kelas. Saya meminta semua murid menumpukan perhatian pada klip video tersebut. Ketika aktiviti saya berpeluang untuk menggunakan kemahiran kesenyapan. Hal ini kerana saya ingin memberi peluang kepada murid untuk meneliti dan mendapatkan idea berdasarkan apa yang dilihat dalam klip video lagu tersebut. Pembelajaran seperti ini dikategorikan sebagai pembelajaran kontekstual. Tempoh 3 minit pertama saya membiarkan murid menjana idea dan mencipta pendapat sendiri berkaitan dengan gambar. Setelah itu saya meneruskan pengajaran dengan bertanyakan pendapat murid mengenai klip video lagu yang dilihat. Idea yang diberikan merupakan hasil pemikiran kritis murid berdasarkan klip video lagu tersebut. Murid-murid diberi penghargaan atas jawapan dan kerjasama dan jawapan yag diberikan. Berdasarkan jawapan-jawapan murid itu tadi, guru akan mengaitkannya dengan tajuk pelajaran. Permulaan proses pengajaran sebegini boleh menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih kualiti dan menarik minat murid. Murid juga akan lebih bersedia untuk ke peringkat pengajaran seterusnya kerana telah memahami topik pelajaran dengan baik untuk hari itu.Semasa melaksanakan aktiviti Langkah 1, saya memulakan pengajaran dengan mengedarkan kad gambar buah-buahan. Saya menggunakan Kemahiran Memberi Perhatian bagi aktiviti ini. Hal ini kerana saya ingin memberi peluang kepada murid untuk meneliti dan mendapatkan idea berdasarkan apa yang dilihat dalam kad gambar tersebut. Saya telah memilih beberapa orang murid secara rawak untuk menamakan dan menjeniskan buah-buahan yang terdapat Justeru itu, kemungkinan boleh berlaku sama ada murid memahami atau tidak akan gambar yang diberikan. saya membiarkan murid menjana idea dan mencipta pendapat sendiri berkaitan dengan gambar. Setelah itu saya meneruskan pengajaran dengan bertanyakan pendapat murid mengenai gambar yang dilihat. Idea yang diberikan merupakan hasil pemikiran kritis murid mengenai gambar. Saya membantu dan membimbing murid-murid untuk menyampaikan cerita mereka berkaitan gambar buah-buahan tersebut. Sebagai peneguhan positif, saya memberikan penghargaan kepada murid-murid dengan memberi pujian dan meminta murid-murid memberikan tepukan kepada rakan mereka. Melalui kemahiran sebegini, murid akan lebih cenderung untuk bertanya dan meluahkan isi hatinya berdasarkan tajuk yang dibincangkan bersama guru. Murid berasa bebas dan tidak terikat dalam menyampaikan hujah kerana guru berfikiran terbuka dan menerima segala hujah yang disampaikan oleh murid.Bagi Langkah 2 pula, saya mengedarkan petikan teks bertajuk buah-buahan kegemaranku kepada murid. Murid-murid diminta untuk membaca teks petikan secara senyap terlebih dahulu. Saya telah meminta murid-murid membaca petikan beramai-ramai dengan intonasi yang betul. Saya mengaplikasikan Kemahiran Mendengar dalam langkah ini medengar masalah murid dihadapi semasa membaca petikan yang diberikan. Menurut Rogers (1951) merumuskan: Tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kefahaman, maka komunikasi tidak akan wujud. Melalui ini, saya dapat mengetahui tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca. Sebagai guru, saya harus mendengar kesemua perkataan, kejelasan, nada, suara, gerak isyarat dan kontak mata. Kesemua perhatian ini akan memberi maklumat yang penting dan berguna tentang pandangan atau pemikiran seseorang yang sedang menghadapi masalah. Oleh itu, kita sebagai guru hendak menguasai kemahiran memberi perhatian dan mendengar secara free floating daripada memikir apa tindak balas dan respons yang harus diberikan.Sebelum menutup sesi pengajaran dan pembelajaran pada waktu tersebut, saya meminta semua murid berdiri untuk menjawab soalan, murid yang dapat menjawab soalan dengan tepat dibenarkan duduk dan murid yang tidak dapat menjawab dengan tepat perlu berdiri dan terus berusaha untuk mendapatkan jawapan dengan tepat. Saya dapati kemahiran menyoal ini sangat berkesan kerana soalan yang dikemukakan bertujuan untuk melihat sejauh mana kefahaman murid. Murid akan berbincang dan mendapatkan satu jawapan yang tepat untuk dikongsikan kepada murid-murid yang lain. Kesimpulannya, saya dapati kemahiran menyoal saya harus bersesuaian dengan keadaan dan masa. Sewaktu di dalam kelas, saya sememangnya akan menerapkan unsur-unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah untuk memastikan suasana kelas lebih kondusif dan ceria. Dengan keberkesanan kemahiran-kemahiran tersebut diterapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, maka kemahiran membina hubungan dapat terjaling dengan sendirinya. Murid-murid berasa selasa dengan guru untuk berbincang atau bercakap tentang perkara berkaitan dengan pelajaran mahupun di luar bidang pelajaran. Secara kesimpulannya, kemahiran-kemahiran asas kaunseling dapat berlaku atau digunakan secara langsung dan tidak langsung. Jika seseorang guru memahami dengan teliti akan kemahiran-kemahiran dalam kaunseling, sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan kondusif dan sebaik mungkin.

13