penggunaan kaedah latih tubi dapat meningkatkan kemahiran penulisan perenggan karangan bahasa melayu...

14
PENGGUNAAN KAEDAH LATIH TUBI DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENULISAN PERENGGAN KARANGAN BAHASA MELAYU BAGI PELAJAR- PELAJAR TINGKATAN 1, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEPAGAYA, LAHAD DATU, SABAH. 1.0 PENGENALAN Bahasa Melayu merupakan satu mata pelajaran yang sangat penting dan wajib diajar oleh para guru dan dipelajari oleh semua murid di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan seluruh Malaysia. Bahasa Melayu selain daripada bahasa rasmi negara adalah juga merupakan mata pelajaran yang diwajibkan lulus bagi syarat utama untuk seseorang pelajar itu mendapatkan sijil atau pengiktirafan. Menurut Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003), pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bertujuan untuk menyediakan minda murid supaya dapat menguasai kecekapan bertatabahasa dengan menggunakan tatabahasa yang betul sebagai alat komunikasi seharian. Kemahiran yang ditekankan di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialah kemahiran menulis. Menurut S. Nathesan (2010), kemahiran menulis merupakan kemahiran yang agak kompleks dan mencabar. Kemahiran ini juga digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran lain. Oleh itu, pelajar perlulah menguasai kemahiran menulis. Menurut Dr. Ali Mahmood (2007), kemahiran menulis adalah merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan

Upload: shearer-alans

Post on 19-Jan-2016

163 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

XZxzx

TRANSCRIPT

Page 1: Penggunaan Kaedah Latih Tubi Dapat Meningkatkan Kemahiran Penulisan Perenggan Karangan Bahasa Melayu Bagi Pelajar-pelajar Tingkatan 1,

PENGGUNAAN KAEDAH LATIH TUBI DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN

PENULISAN PERENGGAN KARANGAN BAHASA MELAYU BAGI PELAJAR-

PELAJAR TINGKATAN 1,

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEPAGAYA,

LAHAD DATU, SABAH.

1.0       PENGENALAN

Bahasa Melayu merupakan satu mata pelajaran yang sangat penting dan wajib diajar oleh

para guru dan dipelajari oleh semua murid di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah

Menengah Jenis Kebangsaan seluruh Malaysia. Bahasa Melayu selain daripada bahasa rasmi

negara adalah juga merupakan mata pelajaran yang diwajibkan lulus bagi syarat utama untuk

seseorang pelajar itu mendapatkan sijil atau pengiktirafan. Menurut Sukatan Pelajaran Bahasa

Melayu KBSM (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003), pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu bertujuan untuk menyediakan minda murid supaya dapat menguasai

kecekapan bertatabahasa dengan menggunakan tatabahasa yang betul sebagai alat

komunikasi seharian.

Kemahiran yang ditekankan di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

ialah kemahiran menulis. Menurut S. Nathesan (2010), kemahiran menulis merupakan

kemahiran yang agak kompleks dan mencabar. Kemahiran ini juga digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran lain. Oleh itu, pelajar perlulah menguasai

kemahiran menulis. Menurut Dr. Ali Mahmood (2007), kemahiran menulis adalah merujuk

kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui

pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi

yang dialami. Senario daripada ini menyebabkan para guru perlu berusaha bagi menyediakan

strategi-strategi yang berkesan bagi menangani masalah ini demi meningkatkan pencapaian

pelajar dalam peperiksaan penulisan karangan khususnya dan memartabatkan Bahasa Melayu

umumnya.

Kemahiran menulis karangan adalah merupakan kemahiran paling tinggi dalam

kemahiran bahasa dan paling sinonim dengan mata pelajaran Bahasa Melayu. Proses

menghasilkan sesebuah karangan adalah memerlukan kemahiran yang kompleks dan

mencabar kebolehan murid-murid berbanding kemahiran-kemahiran bahasa yang lain.

Kepentingan penulisan karangan telah tergambar dalam kurikulum Bahasa Melayu sebagai

mata pelajaran tersendiri (Roslan Baki, 2003). Kebanyakan individu adalah kurang untuk

menguasai kemahiran ini. Proses penulisan karangan memerlukan seseorang murid itu

Page 2: Penggunaan Kaedah Latih Tubi Dapat Meningkatkan Kemahiran Penulisan Perenggan Karangan Bahasa Melayu Bagi Pelajar-pelajar Tingkatan 1,

berfikir semasa merancang penulisan, semasa menulis dan seterusnya selepas penulisan itu

dihasilkan (Rothstein & Lauber, 2007). Oleh sebab itu, penulisan karangan perlulah

dilaksanakan mengikut tahap-tahapnya secara bersistematik. Seandainya seseorang individu

atau murid tidak dapat menguasai kemahiran menulis karangan tersebut sejak dari awal lagi,

besar kemungkinan adalah sukar baginya untuk memperolehi pencapaian cemerlang dalam

peperiksaan Bahasa Melayu.

Oleh yang demikian proses pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu itu

hendaklah mengutamakan tiga aspek penting yang perlu diberikan penekanan iaitu membaca,

menulis dan bertutur. Bagi penulisan karangan, guru perlulah membuat perancangan yang

teliti dan berkesan bagi merealisasikan impiannya menjadikan murid menguasai kemahiran

yang telah diajarnya. Seseorang guru haruslah berusaha merancang, membimbing, mengasah

dan mengukuhkan keupayaan murid supaya dapat menghasilkan satu penulisan karangan

yang benar-benar berkualiti dan bersemangat.

2.0       REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Secara keseluruhannya, para pelajar bagi kelas tingkatan satu ini agak lemah dalam

menguasai isi pelajaran yang berkaitan dengan kemahiran membaca dan menulis semasa

pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam kelas. Salah satu puncanya ialah mereka

kekurangan motivasi untuk belajar dan juga sokongan daripada guru. Hanya sebahagian kecil

pelajar sahaja yang mempunyai minat dan berpotensi untuk maju dalam mata pelajaran yang

diajarkan.

            Sepanjang guru mengajar topik yang melibatkan penulisan karangan, murid-murid

tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya. Tambahan pula, mereka kurang mengetahui

makna sesuatu perkataan dan memerlukan penjelasan daripada guru. Selain itu, keputusan

pelajar dalam ujian juga agak tidak memuaskan guru.

            Para pelajar gagal untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis yang diajar.

Hanya 28% pelajar sahaja yang mendapat markah yang agak tinggi iaitu sebanyak 15%.

Kaedah hafal dan tulis yang dipraktikkan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran

adalah gagal untuk menarik perhatian pelajar dalam penulisan karangan.

Sekiranya perkara ini tidak dibendung dari awal sudah semestinya akan

mendatangkan masalah kepada para pelajar untuk meneruskan pembelajaran kepada topik-

Page 3: Penggunaan Kaedah Latih Tubi Dapat Meningkatkan Kemahiran Penulisan Perenggan Karangan Bahasa Melayu Bagi Pelajar-pelajar Tingkatan 1,

topik lain yang melibatkan penulisan karangan. Sehubungan dengan itu, satu tindakan

sistematik dan terancang melalui kajian tindakan telah diambil bagi mengatasi masalah ini.

3.0       OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian yang dijalankan ini, objektif umum adalah untuk mengenal pasti masalah dalam

kemahiran membaca dan menulis murid-murid tingkatan empat yang mempunyai masalah

pendengaran. Manakala objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:

            3.1       Objektif Am

a)      Meningkatkan peratusan kelulusan dalam penulisan karangan.

b)      Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran topik-topik lain yang

berkaitan dengan penulisan karangan.

c)      Membentuk kaedah yang sesuai dengan keupayaan murid-murid.

3.2       Objektif Khusus

a)      Murid-murid dapat meningkatkan penguasaan membaca dan menulis

karangan berdasarkan teknik latih tubi.

b)      Pelajar dapat menyelesaikan semua soalan lembaran kerja yang

diberikan mengikut masa yang ditetapkan oleh guru

c)      Pelajar dapat lulus ujian pos yang melibatkan penulisan karangan.

4.0       KUMPULAN SASARAN

Pelaksanaan kajian tindakan ini melibatkan 20 orang murid tingkatan satu di Sekolah

Menengah Kebangsaan Sepagaya Lahad Datu

5.0       PELAKSANAAN KAJIAN

            5.1       Tinjauan Masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah telah dibuat berdasarkan

kepada pemerhatian, ujian pra, dan ujian pos.

5.1.1    Pemerhatian

Pengkaji telah menjalankan pemerhatian ke atas tingkah laku kumpulan

sasaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, iaitu

sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan, para pelajar

kurang memberi perhatian kepada proses pengajaran dan pembelajaran

Page 4: Penggunaan Kaedah Latih Tubi Dapat Meningkatkan Kemahiran Penulisan Perenggan Karangan Bahasa Melayu Bagi Pelajar-pelajar Tingkatan 1,

yang sedang berlangsung. Keadaan berubah setelah kajian

dilaksanakan dalam kalangan pelajar, iaitu pelajar lebih berminat, lebih

yakin dan berusaha menjawab soalan latihan yang diberikan oleh guru.

5.1.2    Ujian Pra dan Ujian Pos

Pengkaji juga menyediakan set Ujian Pra dan diberikan kepada

kumpulan sasaran pada awal kajian untuk mengesan sejauh mana

penguasaan dan kefahaman mereka terhadap kemahiran membaca dan

menulis. Secara tidak langsung, pengkaji dapat mengesan kelemahan

kedua-dua kemahiran tersebut dalam kalangan murid. Item dalam ujian

pra terdiri daripada lima soalan yang berkaitan dengan proses

pembinaan ayat dan pemahaman teks bacaan. Selepas itu, pelajar diuji

lagi dengan ujian pos dengan format soalan yang sama.

         

5.2       Analisis Tinjauan Masalah

5.2.1    Analisis pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan didapati:

a)      Pelajar lebih memahami petikan dan dapat menulis dengan baik.

b)      Suasana pembelajaran dalam kelas lebih bermakna.

 5.2.2   Analisis Ujian Pra

Setelah dianalisis keputusannya, hampir kesemua pelajar gagal

menguasai kemahiran memahami petikan dan menulis karangan.

Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra

MARKAH (%) JUMLAH PELAJAR

5 10

10 5

15 4

20 1

25 0

30 0

Page 5: Penggunaan Kaedah Latih Tubi Dapat Meningkatkan Kemahiran Penulisan Perenggan Karangan Bahasa Melayu Bagi Pelajar-pelajar Tingkatan 1,

JUMLAH 20

            

Dapatan daripada Ujian Pra di atas menunjukkan bahawa seramai 10 orang murid mendapat

markah sebanyak 5%, 5 orang murid mendapat markah sebanyak 10%, 4 orang murid

mendapat markah sebanyak 15% dan seorang sahaja yang mendapat 20% markah.

            Hasil ujian ini menunjukkan bahawa tindakan segera perlu diambil bagi membantu

murid-murid meningkatkan penguasaan membaca dan menulis terhadap penulisan karangan.

Oleh itu, teknik bercerita digunakan untuk mengatasi masalah ini.

5.3       Tindakan Yang Dijalankan

Pengkaji melakukan tindakan berikut dalam mendapatkan hasil kajian:

a)       Pengkaji menjalankan Ujian Pra kepada para pelajar setelah selesai mengajar topik

yang berkaitan dengan karangan. 

b)      Pelajar-pelajar juga diberi latih tubi dalam membaca dan menulis karangan dengan

menggunakan teknik latih tubi.

c)       Selepas itu, pengkaji menjalankan Ujian Pos apabila semua pelajar telah   menguasai

penggunaan teknik tubi.

d)      Kemudian, pengkaji membuat perbandingan antara hasil dapatan Ujian Pra dan Ujian

Pos.

5.4       Pelaksanaan Tindakan, Pemerhatian dan Penilaian

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh tiga minggu. Setiap kali memasuki

waktu mata pelajaran Bahasa Melayu, pengkaji akan membimbing para pelajar untuk

meningkatkan penguasaan bacaan dan menulis karangan dengan menggunakan teknik latih

tubi. Pelajar-pelajar telah menjalani Ujian Pra seminggu sebelum diperkenalkan dengan

teknik bercerita. Manakala Ujian Pos pula dijalankan sebulan selepas itu. Berdasarkan kepada

pemerhatian yang telah dijalankan, didapati pelajar lebih mudah untuk membaca dan menulis

karangan dengan menggunakan teknik latih tubi.

                                                  

   Jadual 2 : Keputusan Ujian Pos

MARKAH (%) JUMLAH PELAJAR

5 0

10 0

Page 6: Penggunaan Kaedah Latih Tubi Dapat Meningkatkan Kemahiran Penulisan Perenggan Karangan Bahasa Melayu Bagi Pelajar-pelajar Tingkatan 1,

15 4

20 8

25 4

30 4

JUMLAH 20

           

Dapatan daripada Ujian Pos menunjukkan bahawa terdapat 4 orang pelajar yang mendapat

markah sebanyak 15%, 8 orang murid mendapat markah 20% dan 4 orang murid mendapat

markah sebanyak 25% dan 30%.

            Dapatan ini juga menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam pemahaman

bacaan teks dan penulisan karangan berdasarkan teknik sumbangsaran. Berikut merupakan

perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos.

Jadual 3 : Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos

MARKAH

(%)

 Bil Pelajar

(Ujian Pra)

Bil Pelajar

(Ujian Pra)

5 10 0

10 5 0

15 4 4

20 1 8

25 0 4

30 0 4

JUMLAH 20 20

5.5       Refleksi Kajian

Dapatan dari kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa penggunaan teknik latih tubi

dapat meningkatkan penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran bahasa terutamanya

pemahaman bacaan dan penulisan karangan. Hal ini dapat dikukuhkan dan dibuktikan lagi

dengan perbandingan keputusan yang telah dijalankan iaitu melalui Ujian Pra dan Ujian Pos

yang telah dijalankan dalam kalangan pelajar tingkatan satu

Page 7: Penggunaan Kaedah Latih Tubi Dapat Meningkatkan Kemahiran Penulisan Perenggan Karangan Bahasa Melayu Bagi Pelajar-pelajar Tingkatan 1,

Pencapaian pelajar dalam kedua-dua ujian telah dilaksanakan ini menunjukkan

peningkatan yang baik dan memuaskan. Di samping itu, hasil dapatan kajian bukan sahaja

menunjukkan bahawa kaedah atau cara ini telah membantu para pelajar meningkatkan

kefahaman, tetapi juga membina keyakinan diri terhadap sesuatu yang telah dipelajari oleh

pelajar serta menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih ceria dan bersemangat.

Tambahan pula, para pelajar juga memberi respons yang memuaskan kepada guru dan secara

tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan guru.

Hasil kajian juga mendapati bahawa teknik latih tubi ini dapat membantu murid-

murid memahami apa yang dibaca oleh mereka dan sekali gus dapat menambah

perbendaharaan kata mereka. Penambahan perbendaharaan kata amat penting terutama ketika

melibatkan aktiviti penulisan terutamanya melibatkan penulisan karangan. Kaedah latih tubi

yang melibatkan bacaan juga dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca

dan ini sekali gus dapat membantu murid-murid dalam kelancaran ketika membaca. Murid-

murid ini juga percaya bahawa penguasaan kemahiran membaca yang baik dapat menjadikan

aktiviti membaca di dalam kelas sebagai suatu aktiviti yang amat menarik jika dikendalikan

dengan betul.

6.0       CADANGAN

Beberapa cadangan yang difikirkan perlu bagi meningkatkan prestasi pengajaran dan potensi

pembelajaran murid untuk meningkatkan pemahaman bacaan dan menulis murid-murid

tingkatan empat yang mempunyai masalah pendengaran. Hal ini supaya kemahiran menulis

dan membaca mereka selari dengan murid-murid normal sebaya dengan mereka.

            Cadangan yang boleh dilakukan adalah antaranya iaitu pengajaran asas kemahiran

membaca dan menulis seharusnya diberikan penekanan yang serius agar murid-murid dapat

menguasai kedua-dua kemahiran tersebut. Pengajaran Bahasa Melayu seharusnya

disampaikan dalam pendekatan yang lebih menarik dengan kepelbagaian bahan bantu

mengajar serta kaedah pengajaran yang menarik dan mampu memperkembang lagi

keupayaan kemahiran membaca dan menulis murid. Kepelbagai kaedah yang digunakan oleh

guru bahasa dapat membentuk murid supaya tidak cepat bosan dan penat semasa proses

pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah terutama untuk aktiviti membaca.

            Selain itu, teknik ini juga boleh digunakan oleh kelas-kelas yang lain untuk

meningkatkan pemahaman bacaan dan sekali gus dapat membantu murid-murid untuk

menulis karangan dengan baik. Bagi menangani masalah menulis pula dalam kalangan

murid-murid ini, satu kelas tambahan dilakukan untuk membantu murid-murid ini dalam

Page 8: Penggunaan Kaedah Latih Tubi Dapat Meningkatkan Kemahiran Penulisan Perenggan Karangan Bahasa Melayu Bagi Pelajar-pelajar Tingkatan 1,

kemahiran menulis. Semasa melaksanakan kelas ini, lembaran-lembaran kerja disediakan

sebagai pengukuhan kepada murid-murid dalam aktiviti menulis. Selain itu, guru juga boleh

menggunakan bahan seperti buku-buku untuk memberi pendedahan kepada murid-murid

tentang penulisan terutamanya dalam penulisan karangan dan rumusan.

           

7.0       KESIMPULAN

Kelemahan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis menjejaskan potensi serta

motivasi dalam menguasai pelbagai kemahiran lain dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Dalam usaha memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dewasa ini

memang perlu diberi perhatian yang lebih serius. Seluruh warga pendidik Bahasa Melayu

mesti mempunyai komitmen serta kekuatan untuk menghadapi cabaran dan seterusnya

memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran pengajaran Bahasa Melayu sebaik mungkin.

Peningkatan profesionalisme guru Bahasa Melayu merupakan pemangkin akauntabiliti

bahasa dan bangsa Melayu. Ini amat bertepatan dengan saranan Menteri Pelajaran yang mahu

sistem pendidikan negara kita terus maju seiring dengan kemajuan negara berimpak tinggi.

Persepsi guru tentang imej murid bermasalah pendengaran yang memerlukan bantuan

seharusnya positif dan mempunyai kesedaran bahawa mereka seharusnya dilayan secara

saksama dan berpotensi untuk berjaya sama seperti rakan mereka yang beruntung. Tambahan

lagi, kesabaran serta ketekunan guru amatlah penting bagi membentuk amalan membantu

murid yang mengalami masalah ini untuk berjaya. Pihak berkaitan juga perlu mengadakan

lebih banyak kursus khas kepada guru-guru yang terlibat dalam permasalahan kemahiran

membaca dan menulis terutama untuk mengajar murid-murid yang mengalami masalah

pendengaran.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua responden bersetuju bahawa

faktor kebolehan dan kreativiti guru dapat mengubah persepsi serta kesedaran bahawa

mereka juga mempunyai potensi untuk berjaya dalam pembelajaran. Dalam kerjasama yang

melibatkan pihak pengurusan sekolah diharapkan dapat membina iklim persekolahan yang

kondusif, dan persekitaran sekolah yang selamat dapat merangsang murid bermotivasi untuk

terus belajar. Selain itu, faktor guru yang berketerampilan serta berkeupayaan menyerap

kaedah, teknik dan aktiviti serta menstrukturkan tahap pembelajaran supaya menjadi satu set

binaan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif dapat memberikan kesan

positif dan bermakna. Faktor ini sememangnya dapat membina pembelajaran yang

menggalakkan hala tuju pengajaran yang hendak dicapai oleh guru.

Page 9: Penggunaan Kaedah Latih Tubi Dapat Meningkatkan Kemahiran Penulisan Perenggan Karangan Bahasa Melayu Bagi Pelajar-pelajar Tingkatan 1,

BIBLIOGRAFI

Amir Hasan Dawi (2006). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjong Malim:   Quantum

Books.

Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. Bentong: PTS Publications

&     Distributors Sdn. Bhd.

Teknik pengajaran dan pembelajaran diperolehi pada April 20 2014

melalui http://bobezani.tripod.com/teknik.htm

Kaedah dan teknik mengajar diperoleh pada April 10 2014 melalui

http://www.scribd.com/doc/13259494/Kaedah-Dan-Teknik-Mengajar