2.0 analisis tekan tubi

10
2.0 ANALISIS PERGERAKAN TEKAN TUBI Seseorang individu perlu sentiasa menilai tahap kecergasan semasa untuk mengetahui perkembangan kesihatan masing-masing. Selepas menjalani beberapa ujian yang dicadangkan, kita akan dapat tahu pada tahap manakah kita perlu mula bersenam. Ini membolehkan tubuh kita menerima senaman beransur-ansur di samping mengelakkan kecederaan. Bukti-bukti kajian menegaskan bahawa kecergasan fizikal adalah berasaskan lima faktor seperti berikut : daya tahan kardiovaskular, kekuatan, kelembutan, berat badan yang sesuai dan bersantai(relaxation). Disini, saya ingin meneroka dengan lebih mendalam mengenai faktor kekuatan. Kekuatan ialah keupayaan otot mengekalkan pergerakan melawan rintangan. Kekuatan yang dimaksudkan di sini terbahagi kepada kekuatan atas badan, bahagian tengah badan dan bahagian bawah badan. Bagi menguji kekuatan atas badan, pergerakan yang sesuai dilakukan ialah pergerakan tekan tubi. Pergerakan tekan tubi sangat sinonim dan sangat dekat dengan kita semenjak kita kecil lagi. Pada zaman sekolah rendah dahulu, saya sering didenda melakukan tekan tubi oleh guru Matematik kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Berbalik kepada pergerakan tekan tubi, setelah melakukan pencerapan secara terperinci mengenai pergerakan ini, saya dapati terdapat tiga fasa yang terlibat dalam pergerakan tekan tubi iaitu fasa persediaan yang diikuti dengan fasa menurun dan seterusnya fasa pemulihan.

Upload: haryati-ismail

Post on 22-Nov-2014

1.210 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

2.0 ANALISIS PERGERAKAN TEKAN TUBI

Seseorang individu perlu sentiasa menilai tahap kecergasan semasa untuk mengetahui

perkembangan kesihatan masing-masing. Selepas menjalani beberapa ujian yang dicadangkan,

kita akan dapat tahu pada tahap manakah kita perlu mula bersenam. Ini membolehkan tubuh kita

menerima senaman beransur-ansur di samping mengelakkan kecederaan. Bukti-bukti kajian

menegaskan bahawa kecergasan fizikal adalah berasaskan lima faktor seperti berikut : daya tahan

kardiovaskular, kekuatan, kelembutan, berat badan yang sesuai dan bersantai(relaxation). Disini,

saya ingin meneroka dengan lebih mendalam mengenai faktor kekuatan. Kekuatan ialah

keupayaan otot mengekalkan pergerakan melawan rintangan. Kekuatan yang dimaksudkan di

sini terbahagi kepada kekuatan atas badan, bahagian tengah badan dan bahagian bawah badan.

Bagi menguji kekuatan atas badan, pergerakan yang sesuai dilakukan ialah pergerakan

tekan tubi. Pergerakan tekan tubi sangat sinonim dan sangat dekat dengan kita semenjak kita

kecil lagi. Pada zaman sekolah rendah dahulu, saya sering didenda melakukan tekan tubi oleh

guru Matematik kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Berbalik kepada pergerakan tekan tubi,

setelah melakukan pencerapan secara terperinci mengenai pergerakan ini, saya dapati terdapat

tiga fasa yang terlibat dalam pergerakan tekan tubi iaitu fasa persediaan yang diikuti dengan fasa

menurun dan seterusnya fasa pemulihan.

Senaman tekan tubi ini merupakan senaman yang berkesan ke atas bahagian atas tubuh.

Ianya boleh menampilkan susuk badan yang lebih menarik, membina otot bahagian atas torso

dan lengan. Tekan tubi ialah senaman yang paling berkesan untuk membina bahagian atas torso

kerana ia menggunakan berat badan itu sendiri sebagai rintangan. Suatu prinsip penting yang

harus diingati adalah apabila anda melakukan tekan tubi untuk mengekalkan torso pada satah

mendatar. Berdasarkan analisis pencerapan saya dan pembacaan yang saya lakukan, aktiviti

tekan tubi ini banyak melibatkan otot-otot utama di bahagian atas badan.

Setelah saja kaji secara mendalam, terdapat tiga fasa yang dilalui oleh seseorang individu

apabila melakukan senaman tekan tubi iaitu fasa persediaan, fasa menurun dan fasa permulaan.

Berikut saya terangkan secara terperinci cara untuk melakukan tekan tubi dengan betul.

2.1 FASA PERSEDIAAN

Suatu prinsip yang penting apabila seseorang individu melakukan tekan tubi adalah

untuk mengekalkan torso pada satah yang mendatar. Pada fasa persediaan, individu merapatkan

kaki serta selari, tangan diletakkan selari dengan dada. Pada posisi ini, otot fibularis (peroneus)

longus membantu sendi radiokarpus menyokong jisim badan. Pergerakan yang berlaku pada

sendi radiokarpus di sendi kondil ialah pergerakan fleksi plantar. Kemudian, individu perlu

menurunkan bahagian torso badan secara mendatar ke lantai dan .Bahagian siku berada tinggi

sedikit berbanding bahu.

Satah & Paksi

Rujukan

Sendi & Jenis

Sendi

Pergerakan

Yang

Dihasilkan Di

Sendi

Otot Agonis Jenis

Penguncupan

Otot Agonis

Satah transversal

di paksi

longitudinal

Radiokarpus/

Kondil

Fleksi Plantar Fibularis

(Peroneus)

Longus

Konsentrik

Bahu/Lesung Ekstensi Deltoid , Triseps

Brakil

Konsentrik

Siku/Engsel Ekstensi Latisimus Dorsi

Dan Pektoralis

Major

Konsentrik

2.2 FASA MENURUN

Pada fasa menurun pula, bahagian tulang-tulang di tangan digunakan untuk menahan

berat badan kita. Semasa pergerakan ke bawah, tangan dibengkokkan.Sendi siku mengalami

pergerakan ekstensi, aduksi dan rotasi medial lengan di sendi bahu. Pergerakan ini dibantu oleh

otot latisimus dorsi dengan menarik lengan ke bawah.

Satah & Paksi

Rujukan

Sendi & Jenis

Sendi

Pergerakan

Yang

Dihasilkan Di

Sendi

Otot Agonis Jenis

Penguncupan

Otot Agonis

Satah transversal

di paksi

longitudinal

Siku/Engsel Ekstensi, Aduksi

Dan Rotasi

Latisimus Dorsi Konsentrik

Radiokarpus

/Kondil

Fleksi Plantar

Dan Ereksi Kaki

Fibularis

(Peroneus)

Longus

Konsentrik

Bahu/Lesung Fleksi Biseps Brakil/

Deltoid

Konsentrik

2.3 FASA PEMULIHAN

Pada fasa ini pula, individu menggunakan otot-otot dan tulang-tulang pada bahagian

tangan untuk menolak badan kita ke atas. Kemudian, akan berlakulah pengembangan dan

pengecutan pada otot-otot agar tulang-tulang kita mengalami pergerakan. Tangan telah

dilunjurkan atau diluruskan ke permukaan lantai. Bahagian tangan telah sepenuhnya mengangkat

beban badan kita sendiri. Individu perlu pastikan bahagian pinggang dan kaki di kunci dan tidak

digerakkan. Semasa pergerakan ke atas, tangan diluruskan.

Satah & Paksi

Rujukan

Sendi & Jenis

Sendi

Pergerakan

Yang

Dihasilkan Di

Sendi

Otot Agonis Jenis

Penguncupan

Otot Agonis

Satah transversal

di paksi

longitudinal

Siku/Engsel Ekstensi Latisimus Dorsi Konsentrik

Bahu/Lesung Ekstensi Triseps Brakil,

Deltoid

Konsentrik

Radiokarpus/

Kondil

Fleksi Plantar

Dan Ereksi Kaki

Fibularis

(Peroneus)

Longus

Konsentrik

2.4 GAMBAR RAJAH SENDI YANG TERLIBAT

Sendi : Sendi lesung

Sendi : Sendi Kondil

Sendi : Sendi Engsel

2.5 GAMBAR RAJAH OTOT AGONIS YANG TERLIBAT

Otot : Biseps Brakil

Otot :Triseps Brakil

Otot :Latisimus Dorsi, Deltoid, Pictoralis Major

Otot :Latisimus Dorsi, Deltoid, Pictoralis Major