karangan 03 penulisan perenggan

26
PENULISAN PERENGGAN KARANGAN

Upload: abdul-manaf-bin-mohd-yasir

Post on 29-Jun-2015

15.667 views

Category:

Technology


13 download

DESCRIPTION

Karangan Perbicangan 03

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan 03   Penulisan Perenggan

PENULISANPERENGGAN KARANGAN

Page 2: Karangan 03   Penulisan Perenggan

Jenis Karangan:

• pendapat• fakta• perbincangan• surat kiriman – rasmi & tidak rasmi• ceramah• perbahasan• keperihalan

Page 3: Karangan 03   Penulisan Perenggan

• Ayat Topik (T)• Huraian Frasa (F)• Huraian Frasa (F)• Pengusaan Rumusan

Perenggan (P)

TFFP

Page 4: Karangan 03   Penulisan Perenggan

1a. Satu langkah untuk mengatasi krisis air adalah dengan melaksanakan kempen.

1b. Satu langkah untuk mengatasi krisis air adalah dengan melaksanakan kempen yang lebih berkesan.

Bandingkan ayat-ayat berikut.

Ayat (1b) memberi ruang yang lebih bagi pelajar menunjukkan kematangan fikiran mereka. Idea mereka lebih dikembangkan dalam ayat tersebut.

Page 5: Karangan 03   Penulisan Perenggan

2a. Punca gejala cetak rompak terus berleluasa disebabkan tidak ada tindakan yang tegas dilaksanakan terhadap pembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat.

2b. Punca gejala cetak rompak terus berleluasa disebabkan tidak ada tindakan yang tegas dilaksanakan terhadap pembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat.

Bandingkan ayat-ayat berikut.

Ayat (2b) memberi ruang yang lebih bagi pelajar menunjukkan kematangan fikiran mereka. Idea mereka lebih dikembangkan dalam ayat tersebut.

Page 6: Karangan 03   Penulisan Perenggan

3a. Antara kesan pelaksanaan sekolah satu sesi termasuklah pelajar mempunyai masa yang lebih banyak masa untuk belajar.

3b. Antara kesan pelaksanaan sekolah satu sesi termasuklah pelajar mempunyai masa yang lebih banyak untuk belajar di bawah penyeliaan guru-guru.

Bandingkan ayat-ayat berikut.

Ayat (3b) memberi ruang yang lebih bagi pelajar menunjukkan kematangan fikiran mereka. Idea mereka lebih dikembangkan dalam ayat tersebut.

Page 7: Karangan 03   Penulisan Perenggan

Ayat Topik

Ayat Topik, ayat yang mengetengahkan isi bagi karangan.

Ayat Topik, terdapat dua unsur penting dalam dua frasa.

Frasa 1 – fokus isi.

Frasa 2 – pelengkap fokus berkenaan.

Page 8: Karangan 03   Penulisan Perenggan

Isi

Idea utama atau perkara penting yang merujuk pada soalan karangan yang ditulis.

Ayat isi – yang hanya menyertakan fokus sahaja – kurang baik; tidak lengkap, tidak menampakkan kematangan pemikiran penulisnya.

Page 9: Karangan 03   Penulisan Perenggan

• Gariskan kata kunci dalam soalan sebelum menyenaraikan isi karangan.

• Hal ini dapat mengelakkan karangan pelajar menyimpang daripada tajuk perbincangan.

Pelajar :

Page 10: Karangan 03   Penulisan Perenggan

Frasa 1 dan Frasa 2:

Ayat topik terdiri daripada dua frasa.

Satu langkah untuk mengatasi krisis air adalah dengan melaksanakan kempen yang lebih berkesan.

2 frasa utamanya:Frasa 1 (F1) adalah melaksanakan kempen.Frasa 2 (F2) adalah yang lebih berkesan.

Page 11: Karangan 03   Penulisan Perenggan

Frasa 1 dan Frasa 2:

Ayat topik terdiri daripada dua frasa.

2 frasa utamanya:Frasa 1 (F1) adalah mengambil tindakan tegas.Frasa 2 (F2) adalah orang yang mencuri air.

Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap orang yang mencuri air.

Page 12: Karangan 03   Penulisan Perenggan

Pelajar

• Semasa membuat huraian, pelajar boleh menghuraikan kedua-dua frasa tersebut secara berasingan sebelum merumuskan kedua-dua dalam satu ayat atau dua ayat yang lengkap.

• Contoh-contoh boleh disertakan semasa menghuraikan kedua-dua frasa tersebut.

• Hal yang serupa dilakukan dalam mengemukakan isi-isi yang lain.

• Membahagi-bahagikan ayat isi kepada frasa-frasa yang dapat dihuraikan dengan sistematis.

Page 13: Karangan 03   Penulisan Perenggan

Penegasan/Rumusan Perenggan (P)

Setiap perenggan wajar disimpulkan dengan rumusan bagi perenggan berkenaan.

Penanda wacana yang disesuaikan wajar digunakan bagi menunjukkan bahawa perenggan tersebut telah ditutup dengan baik.

Page 14: Karangan 03   Penulisan Perenggan

Penegasan/Rumusan Perenggan (P)

e. Jadi, dengan kempen yang lebih berkesan, krisis air yang diatasi dengan lebih cepat.

f. Oleh yang demikian, pihak berkuasa wajar bertindak tegas terhadap orang yang mencuri air untuk memastikan krisis air dapat ditangani secepat mungkin.

g. Justeru, penebangan hutan di kawasan tadahan perlu dikawal agar krisis air tidak terus mengancam kehidupan masyarakat.

h. Jadi, penggantian saluran paip yang lama perlu disegerakan agar krisis air yang berlaku sekarang tidak berkesan.

Page 15: Karangan 03   Penulisan Perenggan

Menulis Perenggan Isi

• Gunakan kaedah usulan – T, F1, F2 dan P.

• Perenggan ditulis akan lengkap dan menarik hati.

• Jumlah perkataan yang calon gunakan akan menjadi banyak.

Page 16: Karangan 03   Penulisan Perenggan

Huraian F1 (Melaksanakan Kempen)

Kempen merupakan cara yang paling mudah untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Pelbagai media boleh digunakan bagi menyalurkan maklumat tentang kepentingan amalan penjimatan air. Contohnya, surat khbara, radio dan televisyen ialah media yang sentiasa dekat dengan masyarakat. Selain itu, kempen secara langsung dari rumah-ke rumah juga wajar dilaksanakan.

Page 17: Karangan 03   Penulisan Perenggan

Huraian F2 (yang Lebih Berkesan)

Selama ini kempen yang dilaksanakan kurang berksan kerana tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Pihak yang berkenaan melaksanakannya tidak ubah seperti yang terbabit bertindak dengan lebih agresif agar kempen penjimatan air mencapai matlamat yang diharapkan.

Page 18: Karangan 03   Penulisan Perenggan

Gabungan Huraian, Ayat Isi dan Rumusan Perenggan

Kempen merupakan cara yang paling mudah untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Pelbagai media boleh digunakan bagi menyalurkan maklumat tentang kepentingan amalan penjimatan air. Contohnya, surat khabar, radio dan televisyen ialah media yang sentiasa dekat dengan masyarakat. Selain itu, kempen secara langsung dari rumah-ke rumah juga wajar dilaksanakan. Selama ini kempen yang dilaksanakan kurang berksan kerana tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Pihak yang berkenaan melaksanakannya tidak ubah seperti yang terbabit bertindak dengan lebih agresif agar kempen penjimatan air mencapai matlamat yang diharapkan.

(110 patah Perkataan)

Page 19: Karangan 03   Penulisan Perenggan

Kedua-dua huraian tersebut dicantumkan dalam satu perenggan bersama-sama ayat isi dan rumusan perenggan. Perenggan tersebut akan menjadi perenggan yang lengkap.

Page 20: Karangan 03   Penulisan Perenggan

Satu langkah untuk menjimatkan air adalah dengan melaksanakan kempen yang lebih berkesan. Kempen merupakan cara yang paling mudah untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Pelbagai media boleh digunakan untuk menyalurkan maklumat tentang kepentingan penjimatan air. Contohnya, surat khabar, radio, dan televisyen ialah media yang sentiasa dekat dengan masyarakat. Selain itu, kempen secara langsung dari rumah-ke rumah jga wajar dilakukan. Selaman ini, kempen yang dilaksanakan kurang berkesan kerana tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Pihak yang berkenaan melaksanakannya tidak ubah seperti melepaskan batuk di tangga. Kini, tibalah masanya pihak-pihak yang terbabit bertindak dengan lebih agresif agar kempen penjimatan air mencapai matlamat yang diharapkan. Jadi, dengan kempen yang lebih berkesan, krisis air yang berlaku sekarang dapat diatasi dengan lebih cepat.

(110 patah perkataan)

Page 21: Karangan 03   Penulisan Perenggan

Pelajar bahagi-bahagikan ayat-ayat topik yang berikut kepada F1 dan F2.

i. Antara punca pencemaran sungai termasuklah pembuangan sisa toksik oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

j. Aktiviti kokurikulum mendidik pelajar supaya menjadi lebih disiplin.

k. Satu daripada cara-cara untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya adalah dengan menguatkuasakan undang-undang dengan tegas terhadap pengguna jalan raya yang ingkar.

Page 22: Karangan 03   Penulisan Perenggan

Perenggan Contoh

Ayat topik:

Punca gejala cetak rompak terus berleluasa disebabkan tidak ada tindakan yang tegas dilaksanakan terhadap pembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat.

F1: tidak ada tindakan yang tegas.

F2: terhadap pembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat.

Page 23: Karangan 03   Penulisan Perenggan

Huraian Lengkap

Punca gejala cetak rompak terus berleluasa disebabkan tidak ada tindakan yang tegas dilaksanakan terhadap pembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat. Selama ini, tindakan yang dilaksanakan bersifat mengikut musim. Pegawai yang diamanahkan untuk bertindak memiliki sikap tidak ubah seperti pahat dengan penukul. Tindakan hanya dilakukan dalam tempoh yang terhad. Selain itu, tindakan yang dijalankan juga tidak begitu tegas dan hanya untuk memenuhi rutin kerja pegawai terbabit. Ada juga unsur penyelewengan yang berlaku sehingga menyebabkan gejala ini tidak dapat diatasi. Satu bentuk

tindakan yang menyeluruh patut dikuatkuasakan terhadap semua pihak yang menyebabkan gejala ini berlaku. Tindakan patut dikenakan terhadap pembeli, penjual, dan pengilang bahan cetak rompak.

Ketiga-tiga golongan ini merupakan penyebab utama berlaku gejala tersebut. Tindakan terhadap satu-satu pihak sahaja tidak akan meninggalkan kesan yang diharap-harapkan. Oleh hal yang demikian, satu bentuk tindakan yang lebih tegas patut dilaksanakan meliputi semua pihak yang terbabit dalam gejala ini.

(140 patah perkataan)

Page 24: Karangan 03   Penulisan Perenggan

Pelajar

• Satu perenggan mengandungi 100 patah perkataan, karangan anda sudah pasti dapat memenuhi kehendak jumlah perkataan seperti dalam soalan.

• Calon layak dapat markah tinggi dengan syarat isi-isi tersebut mantap, bahasanya baik dan bervariasi, menepati tajuk, serta dipersembahkan dengan baik.

• Selain itu, contoh dapat diberikan dengan lebih banyak, semasa menghuraikan kedua-dua frasa dalam ayat topik secara berasingan.

• Cara sedemikian, membantu calon mengatasi beberapa kelemahan dalam menulis, terutama daripada aspek jumlah perkataan.

Page 25: Karangan 03   Penulisan Perenggan

Kesimpulan

• TFFP dapat membantu pelajar menyusun perenggan jenis pendapat, perbincangan, atau fakta dengan lebih mantap.

• Kaedah ini dapat membantu calon menulis dengan baik dalam menyatakan buah fikiran dalam bentuk perenggan yang bermakna dan matang.

• Kaedah ini boleh pelajar gunakan sebagai usul.

• Karangan yang baik biasanya melebihi jumlah yang dihadkan, 350 patah perkataan.

Page 26: Karangan 03   Penulisan Perenggan

Jika rajin mengulang kaji,Mudah dijawap apa diuji.

Sudah tahu belajar lagi,Banyak untungnya tiada rugi.

Gurindam Untuk Anakku