pengetahuan dan kemahiran yang baik dalam ict dapat meningkatkan keyakinan guru semasa mengajar

Upload: lei-tao-yu

Post on 06-Jan-2016

45 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pengetahuan Dan Kemahiran Yang Baik Dalam ICT Dapat Meningkatkan Keyakinan Guru Semasa Mengajar

TRANSCRIPT

pengetahuan dan kemahiran yang baik dalam ICT dapat meningkatkan keyakinan guru semasa mengajar (Balakrishnan, 2002).Oleh itu sebagai guru mereka perlu mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat asas dalam ICT untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Dasar pendidikan sentiasa berubah-ubah sejajar dengan tuntutan perubahan yang berlaku dalam ekonomi dan pemodenan kehidupan. Terkini, pembelajaran sepanjang hayat telah menjelma sebagai suatu dasar yang mula diambil berat oleh negara maju dan negara membangun di dalam konteks globalisasi dan pemodenan.

Pembelajaran sepanjang hayat yang disarankan oleh kerajaan sebenarnya merupakan inti kepada pembangunan diri setiap guru di Malaysia terutamanya dalam mencapai wawasan 2020Pengajaran yang berkualiti adalah hasil daripada guru yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan pada suatu disiplin ilmu tersebut.