nurul huda binti abdul wahab - fp.utm.my · aplikasi ict dalam pengajaran pendidikan islam semasa...

24
APLIKASI ICT DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEMASA LATIHAN MENGAJAR NURUL HUDA BINTI ABDUL WAHAB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 17-Sep-2019

62 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

APLIKASI ICT DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEMASA LATIHAN MENGAJAR

NURUL HUDA BINTI ABDUL WAHAB

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA UTPSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : APLIKASI ICT DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEMASA LATIHAN MENGAJAR.

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya : NURUL HUDA BINTI ABDUL WAHAB (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh,

__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: DR. AZHAR BIN MUHAMMAD 47 PERUMAHAN AWAM 2, 09800 SERDANG, Nama Penyelia KEDAH. Tarikh: 28 APRIL 2009 Tarikh: 28 APRIL 2009

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pendidikan Islam)”

Tandatangan : ..................................................

Nama Penyelia : DR. AZHAR BIN MUHAMMAD

Tarikh : 28 APRIL 2009

APLIKASI ICT DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

SEMASA LATIHAN MENGAJAR

NURUL HUDA BINTI ABDUL WAHAB

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ..................................................

Nama Penulis : Nurul Huda binti Abdul Wahab

Tarikh : 28 APRIL 2009

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Segala puji atas limpah dan kurniaNya, Tuhan sekalian alam

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Teristimewa buat ayah dan ibu tersayang...

Abdul Wahab bin Abdul Latif

Kholijah binti Samsudin

Pengorbanan kalian amat bermakna buat anakanda

Kalian adalah insan yang tidak pernah jemu mendidik anakanda

Dari kecil hingga dewasa

Tidak mengenal penat, melayani karenah anakanda

Sehingga dapat menjejak kaki ke menara gading

Terima kasih ayah dan ibu...

Buat semua pensyarah

Terima kasih atas tunjuk ajar yang telah diberikan

Halalkanlah segala ilmu yang telah dicurahkan

Doakanlah kejayaan kami..anak didikmu..

Buat sahabat-sahabat tersayang

Jasa kalian akan ku kenang

Semoga Allah memberkati kalian..

Buat semua

Terima Kasih atas segala-galanya

Semoga kalian berbahagia dalam rahmatNya...

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan izin dan

limpah kurniaNya kajian ini dapat diselesaikan. Jutaan terima kasih ditujukan

kepada Dr. Azhar bin Muhammad, selaku penyelia Projek Sarjana Muda (PSM)

yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang kajian ini

dijalankan.

Ucapan terima kasih ini juga ditujukan khas buat kedua ibu bapa serta

seluruh ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan dorongan sepanjang

pengajian pengkaji di UTM. Jutaan terima kasih juga ditujukan buat pensyarah-

pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan

Sosial (PPIPS) yang turut memberi dorongan kepada pengkaji.

Buat rakan-rakan yang dihormati, terima kasih juga diucapkan di atas

curahan idea dan sokongan yang telah diberikan dalam menyempurnakan kajian

yang telah dijalankan. Semoga segala sumbangan dan bantuan yang diberikan akan

mendapat balasan yang baik daripada Allah S.W.T.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang telibat secara langsung atau

tidak langsung dalam usaha menyempurnakan tugasan Projek Sarjana Muda ini

sehingga terhasilnya sebuah kajian yang bertajuk “Aplikasi ICT Dalam Pengajaran

Pendidikan Islam Semasa Latihan Mengajar”

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pengaplikasian ICT dalam

kalangan guru pelatih SPI dari Fakulti Pendidikan, UTM. Satu set soal selidik yang

mengandungi 49 item telah diedarkan kepada responden. Seramai 82 orang

responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik ini yang terdiri daripada pelajar

tahun 3 dan 4 SPI. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian

komputer Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 12.0 untuk mengira

kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah α=

0.722. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih SPI mempunyai tahap

kemahiran ICT yang tinggi, di samping mempunyai sikap yang positif terhadap

penggunaan ICT dalam P&P. Namun, terdapat beberapa masalah yang timbul untuk

mengaplikasikan ICT dalam pengajaran. Oleh itu, beberapa cadangan telah dibuat

bagi pihak yang berkenaan supaya dapat mengambil tindakan untuk meningkatkan

keberkesanan pengajaran dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih

kreatif.

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the use of ICT among SPI trainee

teachers from the Faculty of Education, UTM. A set of questionnaire comprising 49

questions were distributed to the respondents. The respondents consist of 82, third

and forth year SPI students. The data was analyzed using the Statistical Packages

for Social Sciences (SPSS) Version 12.0 to measure frequency, percentage and

mean. The reliability value of this questionnaire was α = 0.722. Overall the analysis

showed that SPI trainee teachers have a high level of ICT skills and positive attitude

for using ICT in T&L. However, they also have some problems using ICT in their

teaching. There are several suggestions made to those concern to take appropriate

action to increase the effectiveness of teaching with creative learning environment.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

KELULUSAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 8

viii

1.8.1 ICT 8

1.8.2 Pengajaran 9

1.8.3 Pendidikan Islam 9

1.8.4 Latihan Mengajar 10

1.9 Kesimpulan

11

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Penggunaan ICT Dalam Pendidikan 14

2.3 Elemen ICT 15

2.4 Kemahiran Asas ICT 16

2.5 Kemudahan ICT 18

2.5.1 Pembelajaran Berbantukan Komputer 19

2.5.2 Internet 20

2.5.2.1 Ciri – Ciri Internet Dalam Membantu Proses P&P

21

2.5.2.2 Keberkesanan Internet Dalam Pengajaran

22

2.5.3 Mel Elektronik (E-mel) 22

2.5.4 Telesidang Video (Video Conferencing) 24

2.5.5 Sekolah Bestari 24

2.6 Kepentingan Penggunaan ICT Dalam Pendidikan 26

2.7 ICT dan Pedagogi 27

2.8 ICT dan Psikologi Pendidikan 29

2.8.1 Aplikasi Teori Pembelajaran Behaviorisme 29

2.8.2 Aplikasi Teori Pembelajaran Kognitivisme 30

2.8.3 Aplikasi Teori Pembelajaran Konstruktivisme 31

2.9 ICT dan Matapelajaran Pendidikan Islam 31

2.9.1 Konsep ICT Dalam Matapelajaran Pendidikan

Islam

31

ix

2.9.2 Kepentingan Pembaharuan Dalam P&P

Pendidikan Islam

33

2.9.3 Penggunaan ICT Dalam P&P Pendidikan Islam 35

2.10 Penggunaan ICT Dalam Kalangan Guru Pelatih 38

2.11 Kemahiran ICT Dalam P&P 39

2.12 Sikap Terhadap ICT 40

2.13 Kekangan Pengaplikasian ICT Dalam P&P 41

2.14 Kajian Lepas 43

2.15 Kesimpulan

46

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 47

3.2 Reka Bentuk Kajian 48

3.3 Populasi Kajian 49

3.4 Sampel Kajian 49

3.5 Instrumen Kajian 50

3.5.1 Bahagian A 50

3.5.2 Bahagian B 50

3.5.3 Bahagian C 51

3.5.4 Bahagian D 51

3.6 Kajian Rintis 51

3.7 Kajian Sebenar 52

3.8 Analisis Data 53

3.9 Jangka Masa Kajian 54

3.10 Kesimpulan

54

x

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 55

4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 57

4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut Jantina 57

4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut Tahun

Pengajian

57

4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut Umur 58

4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut Tempat

Menjalani Latihan Mengajar

58

4.3 Analisis Deskriptif 59

4.3.1 Analisis Peratusan, Kekerapan dan Min

Terhadap Tahap Kemahiran ICT Dalam

Kalangan Guru Pelatih SPI

59

4.3.2 Analisis Peratusan, Kekerapan dan Min

Terhadap Sikap Guru Pelatih SPI Terhadap

Penggunaan ICT Dalam P&P

65

4.3.3 Analisis Peratusan, Kekerapan dan Min

Terhadap Masalah Yang Dihadapi Oleh Guru

Pelatih SPI Untuk Mengaplikasikan ICT Dalam

P&P

74

4.4 Rumusan Dapatan Soal Selidik 82

4.5 Kesimpulan

85

xi

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 86

5.2 Ringkasan Kajian 87

5.3 Perbincangan 87

5.3.1 Perbincangan Bahagian A: Analisis Latar

Belakang Responden

88

5.3.2 Perbincangan Bahagian B: Analisis Deskriptif 89

5.4 Rumusan 95

5.5 Cadangan 96

5.5.1 Guru Pelatih 96

5.5.2 Pihak Fakulti Pendidikan 97

5.5.3 Kajian Lanjutan 98

5.6 Penutup 98

BIBLIOGRAFI

99

LAMPIRAN 106

xii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK HALAMANJadual 3.1 Nilai Skor Min 54

Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 57

Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian 57

Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 58

Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Tempat Menjalani

Latihan Mengajar

58

Jadual 4.5 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 1 59

Jadual 4.6 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 2 60

Jadual 4.7 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 3 60

Jadual 4.8 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 4 61

Jadual 4.9 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 5 61

Jadual 4.10 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 6 62

Jadual 4.11 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 7 62

Jadual 4.12 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 8 63

Jadual 4.13 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 9 63

Jadual 4.14 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 10 64

Jadual 4.15 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 11 64

Jadual 4.16 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 12 65

Jadual 4.17 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 13 65

Jadual 4.18 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 14 66

Jadual 4.19 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 15 66

Jadual 4.20 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 16 67

xiii

Jadual 4.21 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 17 67

Jadual 4.22 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 18 68

Jadual 4.23 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 19 68

Jadual 4.24 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 20 69

Jadual 4.25 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 21 69

Jadual 4.26 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 22 70

Jadual 4.27 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 23 70

Jadual 4.28 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 24 71

Jadual 4.29 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 25 71

Jadual 4.30 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 26 72

Jadual 4.31 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 27 72

Jadual 4.32 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 28 73

Jadual 4.33 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 29 73

Jadual 4.34 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 30 74

Jadual 4.35 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 31 74

Jadual 4.36 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 32 75

Jadual 4.37 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 33 75

Jadual 4.38 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 34 76

Jadual 4.39 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 35 76

Jadual 4.40 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 36 77

Jadual 4.41 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 37 77

Jadual 4.42 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 38 78

Jadual 4.43 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 39 78

Jadual 4.44 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 40 79

Jadual 4.45 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 41 79

Jadual 4.46 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 42 80

Jadual 4.47 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 43 80

Jadual 4.48 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 44 81

Jadual 4.49 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 45 81

Jadual 4.50 Min Keseluruhan Bagi Tahap Kemahiran

Penggunaan ICT Dalam Kalangan Guru Pelatih SPI

82

xiv

Jadual 4.51 Min Keseluruhan Bagi Sikap Guru Pelatih SPI

Terhadap Penggunaan ICT Dalam P&P

83

Jadual 4.52 Min Keseluruhan Bagi Masalah Yang Dihadapi Guru

Pelatih SPI Untuk Mengaplikasikan ICT Dalam P&P

84

xv

SENARAI SINGKATAN

ABM - Alat Bantu Mengajar

CD-ROM - Compact Disk-Read Only Memory

FPI - Falsafah Pendidikan Islam

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

GPI - Guru Pendidikan Islam

ICT - Information and Communication Technology

JERI - Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual

KBKK - Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

LCD - Liquid Crystal Display

LM - Latihan Mengajar

MSC - Multimedia Super Coridor

n - Jumlah Responden

OHP - Over Head Projector

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

PPSMI - Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam

Bahasa Inggeris

SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

TV Pendidikan - Televisyen Pendidikan

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

www - World Wide Web

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan teknologi maklumat di Malaysia bermula pada tahun 1960-

an dengan penggunaan komputer yang digunakan oleh Lembaga Peperiksaan,

Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun, ia hanya digunakan untuk memproses

data untuk kegunaan pentadbiran dan pengurusan pendidikan.

Kini, bidang teknologi maklumat ini terus berkembang dengan drastiknya di

Malaysia, dengan penubuhan MSC (Multimedia Super Coridor) yang bertujuan

menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada abad ke-21. Perubahan ini juga turut

akan memberi kesan terhadap corak pemikiran rakyat supaya memiliki pemikiran

yang lebih terbuka dan mampu membentuk pemikiran kelas pertama ke arah lebih

berdaya saing seiring dengan kemajuan teknologi kini.

2

Perkembangan teknologi maklumat ini juga telah membawa perubahan yang

positif dalam pelbagai bidang, terutamanya bidang pendidikan. Kesannya, sistem

pendidikan negara menerima tamparan yang cukup hebat dalam merealisasikan

hasrat murni kerajaan ini. Ini kerana, harapan telah disandarkan kepada bidang

pendidikan sebagai perintis dalam menonjolkan penggunaan teknologi maklumat

dan multimedia.

Dengan wujudnya usaha untuk meluaskan dan meningkatkan keberkesanan

penggunaan teknologi dalam pendidikan, kualiti pendidikan di negara ini secara

tidak langsung akan dipertingkatkan hingga mencapai pendidikan bertaraf dunia

(Abd. Rahim Abd. Rashid, 2000:125). Melalui penggunaan komputer juga,

pengajaran dan pembelajaran menjadi semakin mudah dan menarik minat pelajar

untuk belajar dan seterusnya meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Walau

bagaimanapun, kajian ini hanya akan memfokuskan kepada mata pelajaran

Pendidikan Islam sahaja, iaitu bagaimana penggunaan ICT (Information

Communication and Technology) dapat membantu guru pelatih Pendidikan Islam

UTM (Universiti Teknologi Malaysia) dalam menyampaikan pengajaran mereka.

Perlu diketahui juga bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam ini umumnya

melibatkan beberapa komponen yang dilihat bersesuaian dengan tema penggunaan

ICT dalam P&P (Pengajaran dan Pembelajaran). Oleh itu, guru dicadangkan supaya

menggunakan komputer untuk memastikan keberkesanan P&P Pendidikan Islam di

samping dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Sebagai langkah permulaan,

latihan mengajar (LM) disediakan oleh pihak Fakulti Pendidikan, UTM yang antara

lain tujuannya ialah penguasaan ilmu yang dimiliki oleh setiap guru pelatih dapat

dinilai, termasuk ilmu mengaplikasikan ICT. Peluang yang diberikan ini seharusnya

digunakan dengan sebaiknya oleh guru pelatih untuk mengharmonikan ilmu ICT

dalam pengajaran mereka.

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam ajaran dan sejarah Islam, teknologi bukanlah sesuatu yang asing.

Sebaliknya ia sentiasa berkembang selari dengan usaha manusia yang sentiasa

memerlukan kehidupan yang lebih baik. Oleh itu, teknologi sentiasa diperlukan dan

sentiasa muncul. Perkembangan dan kemajuan teknologi kini banyak memberi

kesan yang luas terutama kepada pembentukan sistem pendidikan negara. ICT

dapat membantu meningkatkan kecekapan dalam pengurusan organisasi

pendidikan. Usaha untuk mengembangkan penggunaan teknologi maklumat di

semua peringkat persekolahan dan institusi pengajian tinggi, akan menyebabkan

berlakunya perubahan dalam P&P.

Penggunaan bahan ICT dan multimedia dalam P&P dalam semua mata

pelajaran termasuklah Pendidikan Islam adalah sangat sesuai untuk meningkatkan

pemahaman dan minat para pelajar. Namun persoalannya, apakah bahan media

pengajaran tersebut telah dimanfaatkan secara optimum di dalam dunia pendidikan

negara? Berdasarkan agihan yang dikeluarkan, sejumlah RM12 juta telah

diperuntukkan untuk membina makmal komputer multimedia di 31 buah maktab

perguruan di seluruh negara. Ini merupakan satu langkah kerajaan untuk

memastikan guru pelatih diberi latihan dalam ICT agar konsep Sekolah Bestari

dapat dilaksanakan dengan berkesan (Mohd. Jasmy Abd. Rahman & Muhamad

Yusro Borhan Nordin, 2003:327).

4

Berdasarkan Laporan Penilaian Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM) yang dibuat oleh pensyarah Maktab-Maktab Perguruan Malaysia juga

mendapati sebilangan besar guru kekal mengamalkan gaya pengajaran secara ‘chalk

and talk’. Kenyataan ini disokong oleh Jemaah Nazir Sekolah yang menjelaskan

guru-guru masih kekal dengan peranan mereka sebagai pengajar.

Kajian yang dilakukan oleh Beatrice Andrew (2007:76) terhadap guru

pelatih dalam tesis sarjana mudanya pula mengatakan bahawa guru pelatih

mempunyai pengetahuan dalam mengendalikan ICT, tetapi kurang

mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Menurut beliau

lagi, mereka juga cenderung kepada penggunaan papan tulis dan kapur atau kaedah

chalk and talk.

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh Jamaluddin Ahmad,

Tajularipin Sulaiman & Sidek Mohd Noah dalam Zainuddin Abu Bakar et al.

(2008:54) menunjukkan tahap kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan guru

pelatih berada pada paras sederhana. Ini menyamai kajian Roslaili Awang Nik

(2007: 73) yang menunjukkan tahap kemahiran ICT dalam kalangan guru pelatih

Fakulti Pendidikan UTM juga berada pada tahap sederhana.

Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan melihat kembali kemampuan

guru pelatih dari kalangan pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian

Islam) (SPI) dalam memanfaatkan teknologi pendidikan dalam pengajaran mereka.

5

1.3 Pernyataan Masalah

Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran penting yang memberi

penekanan kepada pembentukan akhlak yang mulia. Namun, sehingga kini

kemampuan mata pelajaran ini dalam menjana akhlak mulia terus menjadi

persoalan. Justeru itu, corak P&P Pendidikan Islam yang sering dianggap mundur

dilihat sebagai punca yang menjadi penyumbang kepada masalah ini.

Justeru itu, pendekatan yang digunakan oleh guru Pendidikan Islam (GPI)

dalam menyampaikan pengajaran mereka seharusnya lebih mampu untuk

mendekatkan ilmu-ilmu agama ini dengan jiwa pelajar. Untuk mewujudkan

keadaan ini, pengkaji berpendapat bahawa penggunaan ICT sebagai cara terbaik

untuk menarik perhatian dan minat pelajar mempelajari ilmu.

Namun, permasalahan yang dapat dilihat pada hari ini ialah penggunaan ICT

dalam kalangan GPI tidak diaplikasikan. Kaedah chalk and talk menyebabkan

pengajaran Pendidikan Islam kelihatan lesu dan hambar. Berdasarkan kepada

keadaan ini, pengkaji berpendapat bahawa kajian ini perlu dilakukan ke atas guru

pelatih Pendidikan Islam, UTM. Ini memandangkan guru-guru pelatih daripada

program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) (SPI), UTM telah

dilatih dengan penggunaan kemudahan ICT di samping bahan-bahan multimedia

yang lain. Oleh itu, gabungan ilmu teknologi maklumat dan ilmu agama ini telah

melahirkan guru-guru pelatih yang mempunyai pakej yang lengkap sebagai seorang

tekno-da`i.

6

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dilaksanakan untuk memenuhi objektif yang berikut:

i. Mengenal pasti kemampuan guru pelatih Pendidikan Islam UTM

mengaplikasikan kemahiran ICT dalam P&P.

ii. Mengetahui sikap guru pelatih Pendidikan Islam UTM terhadap

pengaplikasian ICT dalam P&P.

iii. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru pelatih Pendidikan Islam

UTM untuk mengaplikasikan ICT dalam P&P.

1.5 Persoalan Kajian

i. Bagaimana kemampuan guru pelatih Pendidikan Islam UTM dalam

mengaplikasikan kemahiran ICT dalam P&P?

ii. Bagaimana sikap guru pelatih Pendidikan Islam UTM terhadap aplikasi ICT

dalam P&P?

iii. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru pelatih Pendidikan Islam UTM

untuk mengaplikasikan ICT dalam P&P?