pengenalan pengurusan pendidikan jasmani dan sukan

21
1 OUM BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN HASIL PEMBELAJARAN: Setelah mengikuti bab ini, anda akan dapat: Menyatakan dan membezakan konsep pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani, sukan dan rekreasi Menyatakan falsafah pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani, sukan dan rekreasi Menyatakan kepentingan pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani, sukan dan rekreasi BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN RINGKASAN BAB 1.0 Pengenalan 1.1 Konsep dan Definisi Pengelolaan dan Pentadbiran 1.2 Pengelolaan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Sukan dan Rekreasi 1.0 PENGENALAN Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dengan sukan adalah bidang yang berlainan sama sekali. Pengelolaan pendidikan jasmani mengutamakan unsur pendidikan. Aktiviti pendidikan jasmani merupakan subjek akademik disekolah-sekolah dan mempunyai kurikulum yang terancang dan teratur. Aktiviti sukan pula tertumpu kepada segala aspek dari mengelola, menyertai pertandingan dan permainan serta mengelola dan melatih pasukan untuk pertandingan yang lebih formal. Bab 1 : Pengenalan kepada Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan Bab 2 : Rekreasi dan Kesenggangan Bab 3 : Perancangan Organisasi dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan Bab 4 : Agensi-agensi Sukan Nasional dan Antarabangsa Bab 5 : Proses Pengurusan dalam Pendidikan Jasmani Bab 6 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan Bab 7 : Undang-undang dan Peraturan Pertandingan Bab 8 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan Mini Bab 9 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Permainan Tradisional Bab 10 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan Ragam

Upload: adilah-rahman

Post on 19-Jan-2016

150 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

pengenalan pengurusan pendidikan jasmani dan sukan

TRANSCRIPT

Page 1: pengenalan pengurusan pendidikan jasmani dan sukan

1OUM

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

HASIL PEMBELAJARAN:

Setelah mengikuti bab ini, anda akan dapat:

Menyatakan dan membezakan konsep pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani, sukan dan rekreasi

Menyatakan falsafah pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani, sukan dan rekreasi

Menyatakan kepentingan pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani, sukan dan rekreasi

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

RINGKASAN BAB

1.0 Pengenalan

1.1 Konsep dan Definisi Pengelolaan dan Pentadbiran

1.2 Pengelolaan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Sukan dan Rekreasi

1.0 PENGENALAN

Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dengan sukan adalah bidang yang berlainan sama sekali. Pengelolaan pendidikan jasmani mengutamakan unsur pendidikan. Aktiviti pendidikan jasmani merupakan subjek akademik disekolah-sekolah dan mempunyai kurikulum yang terancang dan teratur.

Aktiviti sukan pula tertumpu kepada segala aspek dari mengelola, menyertai pertandingan dan permainan serta mengelola dan melatih pasukan untuk pertandingan yang lebih formal.

Bab 1 : Pengenalan kepada Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan

Bab 2 : Rekreasi dan Kesenggangan Bab 3 : Perancangan Organisasi dalam

Pendidikan Jasmani dan SukanBab 4 : Agensi-agensi Sukan Nasional

dan Antarabangsa Bab 5 : Proses Pengurusan dalam

Pendidikan Jasmani Bab 6 : Pengurusan dan Pengelolaan

Pertandingan SukanBab 7 : Undang-undang dan Peraturan

Pertandingan Bab 8 : Pengurusan dan Pengelolaan

Pertandingan Sukan Mini Bab 9 : Pengurusan dan Pengelolaan

Pertandingan Permainan Tradisional

Bab 10 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan Ragam

Page 2: pengenalan pengurusan pendidikan jasmani dan sukan

2OUM

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN

JASMANI DAN SUKAN

1.1 KONSEP DAN DEFINISI PENGURUSAN

Menurut kamus dewan pengurusan didefinisikan sebagai pengarahan dan pengawalan,

pengelolaan, penyelenggaraan. Dengan kata lain pengurusan sukan, pendidikan jasmani

boleh di definisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan

pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet,

kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan berkaitan dengan sukan dan

pendidikan jasmani.

Di antara fungsi pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan ialah

(a) Merancang

(b) Menyediakan bajet

(c) Mengawal

(d) Mengarah

(e) Mengelola

(f) Menyediakan jadual pertandingan

(g) Membuat keputusan

(h) Menilai

Untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah pentadbiran dan pengelolaan pendidikan

jasmani dan sukan. Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian iaitu:-

(a) Persediaan profesional

(b) Sikap profesional

(c) Perkembangan profesional

Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh individu, persatuan dan badan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan. Kemajuan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan akan Memperolehi kecemerlangan dan kegemilangan.

1.1.1 Pengurusan Pendidikan Jasmani

Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk mempertingkatkan

kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu melalui pendekatan aktiviti fizikal.

Pendidikan jasmani (PJ) juga merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh

yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial, dan

emosi. Melalui Pendidikan jasmani (PJ) pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan

mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. Secara ringkasnya

Pendidikan jasmani (PJ) adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik dan

berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan

kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986)

Oleh yang demikian pendidikan jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yang

menumpukan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran insani melalui

aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial,

pembentukan nilai dan emosi. Pendidikan jasmani juga bertujuan untuk menjadikan

Page 3: pengenalan pengurusan pendidikan jasmani dan sukan

3OUM

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan dan nilai, sikap, pengetahuan

dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

Pengelolaan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani adalah bagaimana kita mentadbir dan menguruskan mata pelajaran pendidikan jasmani supaya mata pelajaran ini dapat dilaksanakan atau di ajar dengan berkesan serta mencapai objektif yang di harapkan.

(a) Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia

Pendidikan jasmani merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia.

Mata pelajaran pendidikan jasmani diajar selama 11 tahun dalam sistem

persekolahan di Malaysia. Kurikulum pendidikan jasmani merangkumi aspek-aspek

kemahiran sukan, rekreasi, pendidikan sukan serta kesihatan.

Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.

Bagi membentuk penghayatan yang tinggi terhadap mata pelajaran pendidikan jasmani, pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pendidikan jasmani ke arah membentuk masyarakat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum.

(b) Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani Objektif utama kurikulum pendidikan jasmani ialah:

(i) Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan

perlakuan motor

(ii) Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan

diri

(iii) Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian

(iv) Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai

pelbagai kegiatan fizikal

(v) Membentuk sahsiah dan disiplin diri dan

(vi) Membuat keputusan bijak dalam kehidupan

(Sukatan Pelajaran, Pendidikan Jasmani, 1999)

Aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti

yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi

membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan.

Oleh yang demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama pendidikan

jasmani iaitu:

“Pendidikan jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui

pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan”

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999)

Page 4: pengenalan pengurusan pendidikan jasmani dan sukan

4OUM

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN

JASMANI DAN SUKAN

Berdasarkan objektif pendidikan jasmani yang bertujuan untuk mencapai tahap

kecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Objektif boleh tercapai dengan

memberi tumpuan khusus kepada hubungan antara amalan kesihatan dengan

kecergasan fizikal dan kemahiran motor. Kaedah ini dilihat mampu untuk mengawal

penyakit dalam kehidupan seharian.

Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat untuk

menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan

sosial maka melalui pendidikan jasmani kesemua aspek ini boleh dicapai. Ini adalah

berdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan di dalam Buku Panduan

Guru PJK (1988).

(c) Organisasi Pendidikan jasmani merupakan disiplin pendidikan oleh itu di sekolah pendidikan jasmani mempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru penolong kanan akademik (Rajah 1.1)

Rajah 1.1: Organisasi panitia pendidikan jasmani di sekolah

(d) Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani

(i) Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah

(ii) Mempengerusi mesyuarat panitia pendidikan jasmani

(iii) Memastikan rancangan tahunan pendidikan jasmani tersedia untuk

digunakan

(iv) Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan jasmani

(v) Menyediakan perancangan tahunan panitia

(vi) Memantau pengajaran pendidikan jasmani

(vii) Memeriksa buku latihan pelajar

(viii) Merancang pembelian alatan untuk panitia

Penolong Kanan (Akademik

Ketua Panitia

Setiausaha

Ahli-ahli(Guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani)

Pengetua/Guru Besar

Page 5: pengenalan pengurusan pendidikan jasmani dan sukan

5OUM

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

(ix) Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia

(x) Merancang latihan dalaman

(e) Perancangan Belanjawan

Perancangan belanjawan ialah pelan dan sistem perbelanjaan yang sistematik.

Ketua panitia pendidikan jasmani perlu menyediakan perancangan belanjawan

tahunan. Ketua panitia perlu menyenaraikan atau menyusun item mengikut

kepentingan. Perancangan belanjawan bergantung kepada peruntukan kewangan

pendidikan jasmani.

Peruntukan Kewangan pendidikan jasmani bergantung kepada jumlah pelajar seperti

berikut:

Jadual 1.1: Peruntukan Kewangan Pendidikan Jasmani

Bil Murid Peruntukan

Kurang daripada 100 Orang RM 300.00

101-250 Orang RM 300.00(minimum)Rm2.80/seorang (selepas 100 0rang)

251-500 Orang RM 720.00(minimum)Rm2.60/seorang (selepas 250 0rang)

501-750 Orang RM 1370.00(minimum)Rm2.40/seorang (selepas 500 0rang)

751-1000 Orang RM 1970.00(minimum)Rm1.80/seorang (selepas 100 0rang)

1001 Orang atau lebih RM 2420.00(minimum)Rm1.00/seorang (selepas 100 0rang)

(f) Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani

Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-

barang pendidikan jasmani. Stor yang di susun kemas dan teratur akan

menyenangkan guru pendidikan jasmani untuk menyimpan dan mengeluarkan

peralatan pendidikan jasmani. Barangan pendidikan jasmani kerap digunakan atau

dikeluarkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Oleh

itu Penyelenggaraan sebuah stor pendidikan jasmani memerlukan kerjasama dari

semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru dan murid-murid.

Ciri-ciri stor pengurusan stor pendidikan jasmani

(i) Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor pendidikan

jasmani.

(ii) Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi

alatan stor dengan kemas kini.

(iii) Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru

(iv) Buku catatan barang keluar masuk perlu di sediakan bagi merekodkan

pergerakan alatan.

Page 6: pengenalan pengurusan pendidikan jasmani dan sukan

6OUM

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN

JASMANI DAN SUKAN

(v) Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurang-

kurangnya sekali setahun.

(vi) Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan.

Keperluan Bilik Stor Pendidikan Jasmani

(i) Ruang

Ruang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh menampung

keperluan alatan di samping tidak merosakkan alatan. Saiz yang sesuai untuk

stor pendidikan jasmani ialah lebih kurang 300 kaki persegi. Saiz stor

pendidikan jasmani bergantung kepada tiga perkara jenis dan jumlah alatan

yang disimpan jenis sekolah dan saiz sekolah.

(ii) Rak

Bagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak perlulah dibina di stor

pendidikan jasmani. Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang

yang hendak di susun. Barang yang disusun hendaklah dalam kedudukan

teratur dan senang di capai. Ini bertujuan untuk menyenangkan proses

menyimpan dan mengambil barang.

(iii) Lokasi

Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan yang

berhampiran dengan padang. Ini bertujuan bagi mengelakkan masa terbuang

dalam proses menyimpan dan mengambi barang. Kita juga perlu memastikan

lokasi stor sukan tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri memecah

masuk stor pendidikan jasmani.

(iv) Tingkap

Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari

masuk. Keadaan yang panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain

yang di tenun, alat-alat kulit dan alat-alat yang tahan panas akan rosak.

(v) Siling

Siling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki, ketinggian siling

bergantung kepada alatan yang hendak kita simpan. Sekiranya kita hendak

menyimpan galah panjang, tinggi stor perlulah mempunyai ketinggian yang

sesuai.

(vi) Peredaran Udara

Peredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan lama dan

mengelak bau yang tidak menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani.

Tingkat kecil atau ruang udara perlu di sediakan di bilik stor pendidikan jasmani

bagi membenarkan pengaliran udara.

(vii) Keselamatan

Berbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi menjamin keselamatan

alatan dan pengguna. Antara yang harus kita fikir dan pastikan ialah:

Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak di cerobohi.

Page 7: pengenalan pengurusan pendidikan jasmani dan sukan

7OUM

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Susun alat berdasarkan keselamatan contohnya alat yang berat perlulah di susun di bahagian bawah rak simpanan.

Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian

yang tajam menghala ke bawah.

Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan lain-lain

dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak karat.

Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan kita

terpijak yang boleh menyebabkan kecederaan kepada kita.

Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil dan

memulangkan alatan. Gunakan sistem membenarkan pelajar tertentu

sahaja yang mengambil barang dan pelajar yang lain tunggu di luar.

Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu hoki dan lain-lain

dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak reput.

Peraturan mengambil barang dan memulangkan barang perlulah di

perkenalkan dan di kuat kuasa.

Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur

Menyediakan alatan seperti kereta sorong bagi memudahkan

pemindahan barang secara pukal.

(viii) Pintu

Saiz pintu stor sukan bergantung jenis barang yang hendak disimpan.

Contohnya jika kita ingin menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti tilam

lompat tinggi, pintu stor pendidikan jasmani perlulah lebar dan tinggi. Pintu

yang tidak sesuai mungkin menyebabkan kerosakan kepada alat-alat dan juga

boleh mencederakan murid. Pintu perlu di lengkapi dengan alatan keselamatan

dan dibina dengan kukuh supaya barang pendidikan jasmani boleh di kawal

dan mengelak stor dari di cerobohi dengan mudah.

(g) Penjagaan Peralatan Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan pendidikan jasmani mudah rosak. Memandang keadaan di sekolah sekarang kurang guru pendidikan jasmani, kebanyakan guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani bukan lulusan pendidikan jasmani.

Sebagai ketua panitia kita perlu memberi penerangan tentang penyalah gunaan alatan oleh pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani rosak. Antara penyalahgunaan tersebut ialah:

(i) Duduk di atas bola

(ii) Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola tampar, bola jaring dan lain-lain

(iii) Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan lain-lain

(iv) Mengheret barang-barang yang di buat dari kanvas atau kain atau material yang lembut contohnya tilam lompat tinggi dan lain-lain.

Page 8: pengenalan pengurusan pendidikan jasmani dan sukan

8OUM

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN

JASMANI DAN SUKAN

Semak Kendiri 1.1

1. Guru-guru seharusnya diberi penerangan tentang tingkah laku pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani rosak. Nyatakan tingkah laku tersebut

2. Nyatakan fungsi pengurusan sukan dan pendidikan jasmani?

3. Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian. Untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah pengurusan jasmani dan rekreasi. Nyatakan?

4. Senaraikan tugas Ketua Panitia Pendidikan jasmani

5. Nyatakan objektif utama kurikulum pendidikan jasmani mengikut Sukatan Pelajaran, Pendidikan Jasmani, 1999.

6. Huraikan Keperluan Bilik Stor Pendidikan Jasmani.

1.1.2 Pengurusan Sukan

Sukan juga bermaksud aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan undang-

undang yang telah ditetapkan oleh satu badan persekutuan sukan antarabangsa.

Ringkasnya sukan merupakan bentuk permainan yang di kelolakan dengan teratur dan

mempunyai unsur pertandingan. Sukan perlu mempunyai unsur pertandingan, tanpa

pertandingan aktiviti fizikal itu lebih dikenali sebagai permainan atau rekreasi. Sukan

melibatkan perancangan, kemahiran motor dan strategi.

Dari aspek psikologi sukan juga boleh disamakan dengan sesuatu aktiviti yang

menyeronokkan dan dewasa ini merupakan sebahagian kerjaya profesional yang

melibatkan keupayaan fizikal dan mental yang tinggi. Dengan kata lain sukan merupakan

suatu aktiviti yang boleh memberi keseronokan, kemewahan dan kebanggaan kepada

setiap individu yang menceburkan diri ke dalamnya. Selain daripada meraih keuntungan

dari aktiviti sukan.

Dari aspek afektif sukan yang beretika akan memberi ruang kepada masyarakat untuk

berinteraksi dan bergembira. Bersukan dapat mengerat perhubungan sosial,

membanteras kegiatan-kegiatan kurang sihat dan membina masyarakat yang cergas.

Memandangkan kepentingan sukan kepada masyarakat dan negara, di Malaysia sukan

sentiasa berkembang selaras dengan pembangunan negara dan sentiasa di pandang

serius oleh pemimpin masyarakat.

Di Malaysia sukan biasanya ditadbir oleh badan–badan amatur dan profesional.

Kementerian yang bertanggungjawab mengelola dan mentadbirkan persatuan sukan ialah

Kementerian Belia Dan Sukan. Sementara Majlis Sukan Negara adalah badan yang

bertanggungjawab menyelaras badan-badan sukan di bawah naungannya. Dasar Sukan

Negara yang di perkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 20 Januari

1988, membuktikan pengiktirafan kerajaan terhadap kemajuan sukan negara. Dasar

sukan digubal dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang sihat dan cergas.

Page 9: pengenalan pengurusan pendidikan jasmani dan sukan

9OUM

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

(a) Dasar Sukan Negara

Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang sentiasa menjadi rujukan ke arah

perkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara. Dasar sukan digubal

hasil kerjasama dan perbincangan yang melibatkan beberapa pihak seperti agensi-

agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan rekreasi dan

kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela

dan orang perseorangan yang mempunyai kepakaran dan kepentingan dalam

bidang sukan.

(b) Rasional Dasar Sukan Negara

Rasional Dasar Sukan Negara ialah ke arah menjadikan sukan sebagai alat untuk

menerapkan nilai moral dan membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani.

Manfaat Dasar Sukan Negara boleh dilihat dari aspek sumbangan sukan kepada

individu, masyarakat dan negara.

(c) Peringkat Individu

(i) Membentuk sahsiah, memberi kesedaran dalam diri individu dan membangkitkan semangat pertandingan yang sihat.

(ii) Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal diri.

(iii) Dapat menggunakan masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat

(iv) Dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan hidup.

(v) Interaksi sosial yang baik.

(vi) Mengasah kemahiran-kemahiran asas.

(d) Peringkat Masyarakat

(i) Merangsang pembinaan masyarakat yang mempunyai kualiti kesihatan fizikal dan moral yang baik bersesuaian dengan aspirasi nasional.

(ii) Mewujudkan suasana yang kondusif untuk memupuk perhubungan komuniti yang lebih baik dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara.

(iii) Meningkatkan tahap kesihatan masyarakat dan seterusnya merangsang peningkatan produktiviti negara.

(iv) Mengurangkan kadar jenayah dengan merangsang masyarakat memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti berguna.

(e) Peringkat Antarabangsa

(i) Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi.

(ii) Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan antarabangsa.

(iii) Memupuk persahabatan.

(iv) Menjadikan sukan sebagai satu industri yang mempunyai nilai-nilai komersial yang tinggi.

Page 10: pengenalan pengurusan pendidikan jasmani dan sukan

10OUM

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN

JASMANI DAN SUKAN

Objektif Dasar Sukan Negara

Antara objektif dasar sukan negara ialah:

(a) Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan

yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat

masyarakat.

(b) Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi

keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi individu melalui sukan.

(c) Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan

kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang di kalangan orang awam.

(d) Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan

peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negara

dapat dipertingkatkan.

Strategi dan Pelaksanaan Dasar

Objektif-objektif dasar ini dapat dicapai dengan memberi penekanan pada aspek-aspek

yang berikut :

(a) Perancangan

Pertubuhan-pertubuhan sukan perlulah merancang program-program jangka

panjang dan mempunyai struktur yang baik untuk pembangunan ahli sukan, jurulatih,

pentadbir dan pegawai sukan. Dalam merancang program-program jangka panjang

untuk sukan prestasi tinggi, perkara-perkara yang berikut perlu dipertimbangkan:

Jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan dan penyertaan sedia ada.

Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakat Malaysia.

(b) Organisasi

Hasil daripada kerjasama antara pelbagai badan sukan dengan kerajaan dilihat akan

membuahkan satu program yang bersepadu ke arah kemajuan sukan di negara ini.

Satu jawatankuasa ditubuhkan bertujuan mengarahkan hubungan yang lebih rapat di

kalangan organisasi-organisasi sukan, swasta dengan kerajaan. Majlis Sukan

Negara (MSN) bertugas menyediakan jentera ini bagi sukan berprestasi tinggi.

Kementerian Belia dan Sukan perlu mewujudkan mekanisme ini untuk

menyelaraskan program Sukan Untuk Semua (Sukan Massa). Mekanisme ini perlu

menggalakkan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang

berlandaskan konsep MALAYSIA CERGAS di kalangan rakyat Malaysia.

MALAYSIA CERGAS merupakan satu program yang berdasarkan kepada konsep

sukan untuk semua. Melalui program ini masyarakat mengamalkan gaya hidup yang

aktif melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi fizikal. Tema ini

menekankan kecergasan fizikal dan kesihatan mental ke arah peningkatan

produktiviti dan mengukuhkan perhubungan sosial dan perhubungan antara

kumpulan etnik.

Kementerian Pendidikan Malaysia pula memainkan peranan dengan

memperuntukkan masa yang cukup untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan

kokurikulum di sekolah. Selain itu, Bahagian Pendidikan Guru

dipertanggungjawabkan melatih guru-guru yang berkebolehan mengajar mata

pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah. Di institusi pengajian tinggi,

Page 11: pengenalan pengurusan pendidikan jasmani dan sukan

11OUM

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

aktiviti-aktiviti sukan juga digalakkan di kalangan siswa. Majlis Kebajikan dan Sukan

Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) berperanan menggalak dan menyelaraskan

semua aktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan awam. Majlis Olimpik Malaysia

(MOM) merupakan badan induk kepada semua persatuan sukan kebangsaan.

Tanggungjawab utama ialah menggalakkan sukan di kalangan rakyat untuk

pergerakan Olimpik. MOM bekerja rapat dengan MSN dalam hal pemilihan dan

latihan atlet untuk pertandingan peringkat antarabangsa.

(c) Personel

Badan-badan sukan di semua peringkat hendaklah melantik personel bertauliah dan

berpengalaman bagi merancang, melaksana dan menilai program sukan. Keperluan

mempunyai jurulatih telah merangsang Majlis Sukan Negara mewujudkan skim

persijilan kejurulatihan sukan kebangsaan.

(d) Kewangan

Yayasan sukan kebangsaan membiayai kegiatan-kegiatan sukan berprestasi tinggi

dan sukan massa. Sumber kewangan yayasan sukan diperolehi daripada kerajaan

persekutuan, kerajaan negeri, sektor korporat dan individu. Dalam usaha

menggalakkan sumbangan kewangan dan material dari sektor swasta dan individu,

kerajaan telah membuat keputusan segala sumbangan dikecualikan dari cukai.

Persatuan-persatuan juga perlu mempertingkatkan usaha dan strategi pemasaran

aktiviti mereka untuk mendapat sumbangan bagi membiayai kegiatan persatuan.

(e) Insentif

Pegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang mewakili negara dan

mengharumkan nama negara perlu diberi pengiktirafan dan insentif . Insentif boleh

diberi dalam berbagai berbentuk contohnya peluang memasuki IPTA, biasiswa,

penganugerahan, cuti, elaun sara hidup, perlindungan insurans, perbelanjaan untuk

latihan dan yuran pendidikan.

(f) Kemudahan

Kementerian Belia dan Sukan bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan

bagi sukan massa, sukan berprestasi tinggi dan sukan untuk golongan istimewa.

Persatuan sukan bertanggungjawab menyelaras perancangan dan agihan

kemudahan sukan. Di peringkat negeri, kerajaan negeri menyediakan kemudahan

sukan untuk negeri masing-masing. Sektor-sektor korporat dan badan sukarela juga

di galakan memainkan peranan dengan aktif bagi melengkapi usaha kerajaan dalam

pembinaan kemudahan-kemudahan sukan.

(g) Am

Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh ke arah membentuk

budaya sukan kepada rakyat Malaysia. Di antara usaha yang dirintis oleh kerajaan

ialah mengurangkan cukai-cukai dan eksais ke atas peralatan sukan supaya lebih

ramai orang mampu membeli alatan sukan pada harga yang murah. Galakkan ini

secara tidak langsung merangsang lebih ramai penduduk negara ini melibatkan diri

dalam sukan. Pengusaha-pengusaha tempatan juga perlu diberi galakan untuk

menghasilkan peralatan-peralatan sukan yang berkualiti dan diterima di peringkat

antarabangsa.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina beberapa buah sekolah khas

sebagai pusat kecemerlangan untuk menggalakkan pembangunan beberapa jenis

Page 12: pengenalan pengurusan pendidikan jasmani dan sukan

12OUM

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN

JASMANI DAN SUKAN

sukan tertentu seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar

Penawar serta pusat tunas cemerlang di setiap negeri. Institut Sukan Negara

memainkan peranan dalam penyelidikan dan pembangunan sukan di negara ini.

Kerjasama daripada media massa dan pelbagai organisasi diperlukan untuk

menyebarkan dapatan penyelidikan dan mempromosikan sukan.

7

Dasar Sukan Negara yang telah digubal dan di perkenalkan pada 20 Januari 1988

merupakan satu dasar sukan untuk semua bentuk rakyat Malaysia. Dasar ini

merangkumi dua komponen iaitu:

sukan untuk semua dan

sukan prestasi tinggi

kedua-dua bidang ini perlulah dibangunkan serentak.

(a) Sukan untuk Semua (Sukan Massa)

Sukan untuk semua bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap

kesihatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia. Sukan Massa adalah merujuk

kepada aktiviti-aktiviti sukan yang berlaku secara menyeluruh atau diuruskan dengan

tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas dan bukan semata-mata

untuk pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

Apakah itu Pergerakan Sukan untuk Semua?

Pergerakan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah satu kempen sosial secara

sistematik dan menyeluruh untuk memelihara, mengubah atau memperbaiki

kekurangan-kekurangan dalam sesuatu sistem sosial. Sukan Massa merupakan

usaha untuk melibatkan masyarakat dalam sukan secara sukarela dan

memanjangkan kepada semua lapisan dalam masyarakat. Sukan Massa juga

bertujuan menyedarkan masyarakat terhadap faedah-faedah sukan kepada

pembangunan kesihatan, sosial, psikologi, pendidikan dan kebudayaan.

Oleh itu Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah satu usaha menggalakkan

penglibatan sukan dan aktiviti fizikal kepada rakyat Malaysia. Sukan Untuk Semua

(Sukan Massa) bertujuan membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dengan

mengamalkan nilai-nilai sukan tradisional dan moden. Dengan kata lain Sukan Untuk

Semua (Sukan Massa) adalah untuk membentuk satu masyarakat Malaysia yang

sihat secara menyeluruh dan membina satu masyarakat bersatu-padu,

persahabatan, aman dan sejahtera untuk semua manusia di dunia.

Konsep

Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) merupakan satu idea untuk memasyarakatkan

sukan. Dengan kata lain Sukan Massa mengajak seluruh lapisan masyarakat

mengambil bahagian di dalam kegiatan sukan, rekreasi dan kecergasan. Penyertaan

ini juga perlu dilakukan secara berterusan sepanjang hayat hingga menjadikannya

suatu gaya hidup.

Aktiviti-aktiviti Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) terdiri daripada berbagai aktiviti

contohnya sukan, (bola sepak, badminton, sepak takraw dan lain-lain), kecergasan,

(jogging, berjalan kaki, taichi dan lain-lain), outdoor (mendaki, berkeno, berkhemah

dan mengembara).

Page 13: pengenalan pengurusan pendidikan jasmani dan sukan

13OUM

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Kegiatan sukan boleh merangsang pembinaan suatu masyarakat yang cergas dan

proaktif di samping merupakan suatu alat yang berkesan ke arah perpaduan dan

semangat cintakan negara. Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) menyokong kepada

prinsip-prinsip am pendidikan sepanjang hayat.

Matlamat

Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) melalui konsep Malaysia Cergas adalah

bermatlamat untuk menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia

tentang pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk melalui kegiatan fizikal dan

rekreasi. Kesedaran ini akan menimbulkan minat dan akan terus dipupuk melalui

pendidikan sukan. Langkah ini akan merangsang lagi penyertaan dalam kegiatan

sukan, rekreasi dan kecergasan. Pergerakan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa)

juga ingin membentuk satu imej Nasional yang akan menjadikan masyarakat

Malaysia sebagai suatu bangsa 'peserta' dan bukannya 'penonton'.

Malaysia Cergas

MALAYSIA CERGAS adalah satu idea dan konsep yang lahir untuk memberi

penekanan ke arah meluaskan kegiatan sukan dan rekreasi fizikal kepada

penglibatan seberapa ramai rakyat Malaysia. Ia merupakan satu usaha mewujudkan

kecergasan Nasional yang berteraskan kepada penyertaan aktif, kecergasan yang

berterusan dan sikap positif dalam hidup.

Dengan kata lain MALAYSIA CERGAS adalah:

(i) Satu seruan ke arah membentuk gaya hidup yang lebih aktif, lebih selesa dan

lebih tinggi mutunya.

(ii) Satu idea yang dilihat dapat mengurangkan masalah sosial.

(iii) Satu tema, satu slogan dan satu lambang kepada kehidupan yang sihat.

(iv) Satu dinamisme dalam kepimpinan.

(v) Satu proses pendidikan seumur hidup.

(vi) Satu keperluan yang disokong oleh kenyataan dan logik.

Matlamat

MALAYSIA CERGAS bermatlamat menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat

Malaysia - akan betapa pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk melalui kegiatan

fizikal dan rekreasi. Kesedaran akan menimbulkan minat untuk mengetahui tentang

jenis-jenis sukan dan kegiatan yang hendak disertai, supaya penyertaan menjadi

lebih teratur dan berkekalan.

MALAYSIA CERGAS juga bertujuan mendidik masyarakat mengenai sebab-sebab:

(i) Mustahaknya bersukan

(ii) Di mana dan bagaimana melakukan sesuatu kegiatan fizikal

(iii) Apa aktiviti yang perlu dilakukan

(iv) Batasan aktiviti bagi setengah golongan umur

(v) Kesesuaian aktiviti.

Page 14: pengenalan pengurusan pendidikan jasmani dan sukan

14OUM

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN

JASMANI DAN SUKAN

Lebih penting lagi, MALAYSIA CERGAS, menyeru mengajak setiap lapisan

masyarakat supaya memberi tindak balas positif dengan menyertai kegiatan fizikal

dan rekreasi. Penyertaan ini perlu dikekalkan dan dilakukan secara berterusan untuk

menikmati kebaikan dan kebahagiaan melibatkan diri dalam kegiatan fizikal.

MALAYSIA CERGAS berkonsep mengajak rakyat Malaysia keluar rumah – ke

padang, ke taman, ke gelanggang, ke pusat sukan – untuk mengambil bahagian.

MALAYSIA CERGAS menyeru setiap rakyat Malaysia – tua dan muda, lelaki dan

perempuan supaya merancang masa lapangnya untuk cergas menyertai sebarang

kegiatan fizikal. Ini perlu dilakukan secara sukarela supaya kepuasan yang diperolehi

akan lebih bermakna.

Antara Kegiatan yang Boleh Disertai oleh Rakyat Malaysia

Bidang SUKAN seperti Tenis, Bola jaring, Pingpong, Bola Tampar, Squash,

Badminton, Menembak, Bola sepak, Golf, Taekwando, Karate, Hoki, Boling, Ragbi,

Skating, Bola Tangan, Sofbol, Bola Keranjang, Judo, Sepak Takraw, Kriket, Tinju,

Gusti, Memanah

Membuat senaman dan latihan kecergasan seperti Joging berjalan, berbasikal,

membuat senamrobik, latihan ‘conditioning' melompat, angkat berat, bersilat, yoga

atau tai chi, bina badan, gimnastik, bersenam, menyedut udara.

Rekreasi fizikal luar seperti berkhemah, berkelah, mendaki bukit dan gunung,

mengembara, berenang, meluncur layar, ‘surfing', belayar, mendayung perahu,

selam skuba, berkeno'orienteering', bermain wau atau gasing.

Kecergasan, mengikut definisi bermaksud: ‘mempunyai tenaga untuk membuat

kerja-kerja harian tanpa merasa penat yang berlebihan; tenaga untuk mengambil

bahagian dalam aktiviti-aktiviti rekreasi dan seterusnya masih mempunyai tenaga

untuk menghadapi apa-apa kecemasan yang

(b) Sukan Prestasi Tinggi

Penubuhan Program Pembangunan Sukan Teras Prestasi Tinggi adalah

berdasarkan kepada mesyuarat jemaah menteri pada 15 September 2004 yang

menyatakan supaya tumpuan diberikan kepada acara-acara sukan yang tidak

memerlukan ‘Body Contact’ seperti sukan menembak, boling, gimnastik dan lain-lain

lagi.

Dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan pada 25

September 2004, satu persetujuan telah dibuat untuk menubuhkan satu

Jawatankuasa Pemandu bagi memantau pelaksanaan Pembangunan Sukan Teras

ini khususnya di peringkat akar umbi. Dalam mesyuarat ini Jawatankuasa telah

menamakan lapan (8) jenis sukan sebagai sukan teras yang perlu dibangunkan di

semua peringkat khususnya peringkat akar umbi.

Pada 14 Februari 2005, satu sesi pembentangan kertas kerja pertama telah dibuat

mengenai konsep dan hala tuju Program Pembangunan Sukan Teras ini. Seterusnya

pada 31 Mac 2005, satu ‘Blueprint’ telah disediakan oleh Jawatankuasa Pemandu

bagi mengemukakan Kertas Permohonan Peruntukan Program kepada

Jawatankuasa Kabinet.

Page 15: pengenalan pengurusan pendidikan jasmani dan sukan

15OUM

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Program ini mula dilaksanakan sepenuhnya di bawah Jawatankuasa Pemandu

Sukan Teras Prestasi Tinggi bermula pada 3 Jun 2005 melalui perjanjian

persefahaman (MOU) yang telah ditandatangani Persatuan Sukan Kebangsaan

bersama Majlis Sukan Negara.

Pada 16 November 2005, satu Majlis Pelancaran Logo Sukan Teras Prestasi Tinggi

telah diadakan di Menara KBS, Putrajaya bagi memperkenalkan Program

Pembangunan Sukan Teras Prestasi Tinggi ini kepada masyarakat umum.

Pelancaran ini bertujuan untuk mendapat sambutan dan menarik lebih ramai

penyertaan dalam kategori sukan ini dari seluruh masyarakat Malaysia

Sukan prestasi tinggi bertujuan meningkatkan prestasi atlet ke peringkat tertinggi.

Atlet akan di beri peluang untuk bertanding pada kejohanan peringkat kebangsaan

dan antarabangsa. Antara usaha untuk mencapai hasrat ini ialah:

(i) Menubuhkan sekolah-sekolah sukan

(ii) Meningkatkan infrastruktur sukan ke taraf antarabangsa

(iii) Memastikan jurulatih berpotensi dalam setiap sukan mempunyai sijil

kejurulatihan

(iv) Menghantar jurulatih berkursus keluar negeri untuk meningkatkan profesional

mereka

(v) Mendapat khidmat jurulatih luar negara

(vi) Menghantar atlet berlatih ke luar negara

Pertubuhan-pertubuhan sukan akan merancang dan membangunkan program-

program jangka panjang untuk kecemerlangan sukan. Dalam merancang program-

program jangka panjang untuk sukan prestasi tinggi, perkara-perkara yang berikut

perlu dipertimbangkan oleh majlis sukan negara:

(i) Jenis sukan yang mempunyai kemudahan dan di kenali oleh masyarakat

Malaysia.

(ii) Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakat Malaysia.

Objektif Sukan Berprestasi Tinggi

Membuka peluang kepada individu yang berminat untuk melibatkan diri dalam

aktiviti-aktiviti sukan-sukan di bawah Program Sukan Teras.

Memanifestasikan Dasar Sukan Negara ke arah mencapai matlamat perpaduan

nasional, serta pembinaan bangsa yang harmoni dengan penglibatan pelbagai

bangsa dan suku kaum.

Tujuan Program Sukan Berprestasi Tinggi

(i) Mengenal Pasti Bakat

Atlet-atlet yang dipilih untuk mengikuti program ini seharusnya melalui ujian-

ujian tertentu yang berteraskan sains sukan. Melalui cara ini, atlet-atlet

berbakat dapat dikenal pasti kemampuan dan kemahiran mereka dan

seterusnya dilatih secara sistematik dan berpanjangan.

Page 16: pengenalan pengurusan pendidikan jasmani dan sukan

16OUM

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN

JASMANI DAN SUKAN

(ii) Penambahan Bilangan Atlet Berbakat

Bagi memastikan negara tidak ketandusan atlet-atlet berbakat, maka usaha

perlu ditumpukan bagi mencari lebih ramai atlet berbakat dalam lapan jenis

sukan yang telah dinamakan di bawah program ini. Melalui program Mengenal

pasti Bakat (TID) yang berterusan, ‘Talent Scouting’ yang menyeluruh adalah

diharapkan lebih ramai atlet dikenal pasti dan diberi latihan yang sewajarnya di

semua peringkat.

(iii) Penambahan Pusat Latihan Negeri dan Daerah

Penambahan bilangan atlet mestilah seiring dengan penambahan pusat-pusat

latihan di peringkat negeri dan daerah. Melalui cara ini, pelbagai program

pembangunan yang lebih menyeluruh dapat dilaksanakan di semua peringkat.

Persatuan sukan kebangsaan digalakkan untuk membuka lebih banyak pusat-

pusat latihan di seluruh negara.

(iv) Penambahan Bilangan Pegawai Teknikal

Lebih ramai pegawai-pegawai teknikal diperlukan bagi mengendalikan

pertandingan-pertandingan yang akan diadakan di bawah program. Pihak

persatuan sukan kebangsaan akan diminta untuk menganjurkan lebih banyak

kursus-kursus bagi melatih lebih ramai pegawai-pegawai teknikal baru.

(v) Memperbanyakkan Peluang Pertandingan

Melalui program ini, tumpuan akan diberikan untuk memperbanyakkan peluang

bertanding kepada semua peringkat umur atlet yang terlibat dalam program ini.

Para atlet akan diberi peluang untuk mengukur prestasi mereka di samping

menilai keberkesanan program latihan yang diikuti.

(vi) Memperkukuhkan Pengurusan Persatuan

Dalam perkara ini, kemampuan persatuan-persatuan sukan kebangsaan dan

ahli-ahli gabungannya akan diberi perhatian sewajarnya. Tanpa persatuan

sukan yang kukuh di akar umbi, pemilihan sukan tersebut sebagai sukan teras

tidak akan bermakna.

(vii) Penambahan Bilangan Jurulatih

Program ini akan melahirkan lebih ramai jurulatih tempatan yang bertaraf

dunia. Melalui cara ini, kebergantungan kepada jurulatih luar negara akan

dapat dikurangkan. Kursus-kursus jurulatih akan diadakan bagi memberi

peluang kepada jurulatih-jurulatih baru yang berminat untuk turut bersama

dalam program.

Semak Kendiri 1.2

1. Huraikan strategi dan pelaksanaan Dasar Sukan Negara.

2. Sukan prestasi tinggi bertujuan meningkatkan prestasi atlet ke peringkat tertinggi. Atlet akan di beri peluang untuk bertanding pada kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Nyatakan usaha yang dilakukan untuk mencapai hasrat ini?

3. Nyatakan Rasional Dasar Sukan Negara?

4. Berikan matlamat Sukan Untuk Semua (Sukan Massa)

Page 17: pengenalan pengurusan pendidikan jasmani dan sukan

17OUM

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

1.2 PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Dalam subtajuk ini kita akan membincangkan falsafah serta kepentingan pengelolaan dan

pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan.

1.2.1 Falsafah dan Kepentingan Pengurusan Pendidikan Jasmani, dan Sukan

Bucher (1979) menyatakan bahawa falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari objektif

yang mampu memberikan kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran terhadap sesuatu

prinsip dan konsep. Contohnya falsafah yang menepati kehendak pembelajaran akan

berupaya membantu guru memahami semua tugasan secara menyeluruh bukannya

secara berasing-asing.

Ini bermakna melalui falsafah secara tidak langsung akan berupaya membantu guru

supaya memahami peranannya serta bertindak merancang pengajaran yang bertumpu

kepada objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Dengan kata lain juga falsafah juga

boleh diibaratkan sebagai petunjuk arah dan mampu membantu guru menghasilkan

rumusan serta mampu membentuk matlamat secara tersusun dan berterusan. Falsafah

dapat membantu guru memahami dan menghayati tanggungjawab pengajarannya dengan

lebih menyeluruh. Ini dapat membantu menimbulkan kesedaran kepada guru untuk

menumpukan peranannya melalui perancangan yang berlandaskan kepada objektif

pengajaran yang sepatutnya.

Falsafah pengurusan pendidikan jasmani ialah satu aktiviti mentadbir dan mengelola

dalam pendidikan jasmani bertujuan untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi

rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial. Aktiviti pendidikan jasmani adalah berdasarkan

aktiviti fizikal yang mempunyai 3 domain iaitu afektif, kognitif dan psikomotor. Pendidikan

jasmani merupakan aktiviti pendidikan yang dirancang dan terancang dengan kemas dan

sistematik.

Falsafah pengurusan sukan ialah mentadbir dan menguruskan sukan sebagai alat

membawa kebaikan kepada manusia sejagat, menjalinkan persahabatan serta memupuk

semangat toleransi kerjasama persefahaman dan perpaduan. Dalam menceburi diri atau

menjalankan aktiviti dalam sukan perlu berpegang kepada etika sukan.

Secara amnya falsafah pengurusan pendidikan jasmani dan sukan bertujuan

menguruskan aktiviti fizikal ke arah pembentukan masyarakat yang sihat, cergas dan

mengutamakan gaya hidup sihat. Falsafah pengelolaan dan pentadbiran sukan juga

mengutamakan individu yang cemerlang dalam bidang sukan di pentas antara bangsa

dengan program sukan berprestasi tinggi.

1.2.2 Prinsip Pengurusan Pendidikan Jasmani

Pengurusan pendidikan jasmani bertujuan membentuk masyarakat yang mengamalkan

cara hidup yang sihat berasaskan falsafah pendidikan negara. dengan menggunakan tiga

domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor dalam aktiviti pendidikan jasmani.

Berdasarkan kepada prinsip:

Page 18: pengenalan pengurusan pendidikan jasmani dan sukan

18OUM

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN

JASMANI DAN SUKAN

(a) Pendidikan jasmani akan dapat mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan

berasaskan kesihatan dan perlakuan motor berasaskan domain kognitif dan afektif.

(b) Pendidikan jasmani adalah melahirkan masyarakat yang akan menjadikan senaman

dan aktiviti fizikal sebagai budaya atau rutin harian serta dilaksanakan secara

berterusan

(c) Pendidikan jasmani membolehkan pelajar menguasai kemahiran asas pergerakan

dan permainan mengikut kemampuan diri berdasarkan ketiga-tiga tunjang

pembelajaran iaitu:

(i) Kecergasan

(ii) Kemahiran

(iii) Kesukanan

(d) Pendidikan jasmani adalah dapat melahirkan masyarakat yang dapat

mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai

pelbagai kegiatan fizikal

(e) Pendidikan jasmani dilihat akan dapat membentuk masyarakat yang mengamalkan

nilai murni, sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma-norma masyarakat

1.2.3 Prinsip Pengurusan Sukan

Pengurusan sukan ialah membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh

dari segi fizikal dan mental - bersemangat dan berpendirian positif dalam hidup, berdisiplin

dan berdikari melalui penyertaan semua lapisan masyarakat secara aktif dan sukarela

dalam semua aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan fizikal. Berdasarkan kepada prinsip:

(a) Sukan merupakan satu aktiviti yang paling berkesan membentuk kecergasan dan

kesihatan dari segi fizikal dan mental. Sukan dilihat membolehkan seseorang itu

memperoleh sebanyak-banyak keseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai

nilai terpuji hidup (quality of life) dan keperluan asas manusia.

(b) Sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan

beramai-ramai sama ada ahli keluarga, sahabat handai, masyarakat setempat dan

masyarakat asing - semuanya menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan

mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak

mengasingkan diri.

(c) Keperluan asas manusia merangkumi berbagai-bagai faktor daripada keperluan

fiziologi kepada kepuasan mutlak diri.

Semak Kendiri 1.3

1. Nyatakan secara ringkas Falsafah pengurusan pendidikan jasmani.

2. Nyatakan secara ringkas kepentingan pengelolaan dan pentadbiran sukan.

Page 19: pengenalan pengurusan pendidikan jasmani dan sukan

19OUM

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

RUMUSAN

Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk

mempertingkatkan kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu melalui

pendekatan aktiviti fizikal.

Melalui Pendidikan jasmani (PJ) pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan

mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya.

Pengurusan sukan, pendidikan jasmani boleh di definisikan sebagai sebarang

gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan,

pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan

penilaian dalam kontek perkhidmatan berkaitan dengan sukan dan pendidikan

jasmani.

Pendidikan jasmani merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia.

Mata pelajaran pendidikan jasmani diajar selama 11 tahun dalam sistem

persekolahan di Malaysia.

Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan,

Kemahiran dan Kesukanan.

Aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti

yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi

membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan.

Pendidikan jasmani merupakan disiplin pendidikan oleh itu di sekolah pendidikan

jasmani mempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru penolong kanan

akademik

Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-

barang pendidikan jasmani.

Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan

pendidikan jasmani mudah rosak .

Sukan juga bermaksud aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan

undang-undang yang telah ditetapkan oleh satu badan persekutuan sukan

antarabangsa.

Sukan perlu mempunyai unsur pertandingan, tanpa pertandingan aktiviti fizikal itu

lebih dikenali sebagai permainan atau rekreasi.

Dari aspek psikologi sukan juga boleh disamakan dengan sesuatu aktiviti yang

menyeronokkan dan dewasa ini merupakan sebahagian kerjaya profesional yang

melibatkan keupayaan fizikal dan mental yang tinggi

Bersukan dapat mengerat perhubungan sosial, membanteras kegiatan-kegiatan

kurang sihat dan membina masyarakat yang cergas.

Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang sentiasa menjadi rujukan ke arah

perkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara.

Rasional Dasar Sukan Negara ialah ke arah menjadikan sukan sebagai alat untuk

menerapkan nilai moral dan membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani.

MALAYSIA CERGAS merupakan satu program yang berdasarkan kepada konsep

sukan untuk semua.

Page 20: pengenalan pengurusan pendidikan jasmani dan sukan

20OUM

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN

JASMANI DAN SUKAN

Sukan prestasi tinggi bertujuan meningkatkan prestasi atlet ke peringkat tertinggi.

falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari objektif yang mampu memberikan

kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran terhadap sesuatu prinsip dan konsep.

Falsafah pengurusan sukan ialah mentadbir dan menguruskan sukan sebagai alat

membawa kebaikan kepada manusia sejagat, menjalinkan persahabatan serta

memupuk semangat toleransi kerjasama persefahaman dan perpaduan.

Falsafah pengurusan pendidikan jasmani ialah satu aktiviti mentadbir dan mengelola

dalam pendidikan jasmani bertujuan untuk menghasilkan insan yang seimbang dari

segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial.

PERKATAAN PENTING

RUJUKAN

Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia

Bucher, C.A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company

Colfer, G.R., Hamilton, K.E. & Magill, R.A. (1986). Contemporary physical education. Iowa:

Wm. C. Brown Publisher

Laman Web Kementerian Belia dan Sukan

Laman Web Majlis Sukan Negara

Psikomotor,

Kognitif,

Afektif,

Sosial

Emosi.

Kurikulum Pendidikan Jasmani

Organisasi

Mesyuarat kurikulum sekolah

Mesyuarat panitia pendidikan

jasmani

Rancangan tahunan pendidikan

jasmani

Perancangan belanjawan

Peruntukan Kewangan pendidikan

jasmani

Stor Pendidikan Jasmani

Kerjaya profesional

Badan-badan amatur

Profesional.

Dasar Sukan Negara

Kementerian Belia dan Sukan

Majlis Sukan Negara

MALAYSIA CERGAS

Sukan Untuk Semua (Sukan

Massa)

Majlis Olimpik Malaysia (MOM)

Sukan Prestasi Tinggi

Mengenal pasti Bakat

Pusat Latihan Negeri dan

Daerah

Falsafah pengurusan

Pendidikan Jasmani

Falsafah pengurusan sukan

Page 21: pengenalan pengurusan pendidikan jasmani dan sukan

21OUM

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Mohd Taib Harun dan Norlena Salamuddin. Modul Program Pendidikan Rekreasi UKM :

Satu kesinambungan.

Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1989). Rancangan

kurikulum baru sekolah menengah. Kuala Lumpur.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani

dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur.

Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur:

Longman Malaysia.

Teng Boon Tong. (2001). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Kursus Diploma

Penguruan Malaysia. Selangor: Pearson Education.

Wee Eng Hoe. (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma

Production Sdn. Bhd.