hbpe3403 pengurusan sukan dalam pend jasmani (v may10)

267
HBPE3403 PENGURUSAN SUKAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI Shaifol Bahary Sulaiman

Upload: mohamad-fauzi

Post on 03-Jan-2016

550 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

HBPE3403 PENGURUSAN SUKAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI Shaifol Bahary Sulaiman

Page 2: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

Cetakan Pertama, Mei 2007 Cetakan Kedua, Jun 2009 Cetakan Ketiga, Februari 2010 Cetakan Keempat, Mei 2010 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Mei 2010, HBPE3403 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM). Versi Februari 2010

Pengarah Projek: Prof Dr Mansor Fadzil Prof Madya Dr Widad Othman Open University Malaysia Penulis Modul: Shaifol Bahary Sulaiman Institut Perguruan Tun Hussein Onn Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia Dicetak oleh: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Lot 47-48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9, Jalan Serdang Raya, Taman Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Page 3: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

Isi Kandungan Panduan Kursus ix - xiv Topik 1 Pengenalan kepada Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan 1 1.1 Konsep dan Definisi Pengurusan 2

1.1.1 Pengurusan Pendidikan Jasmani 3 1.1.2 Pengurusan Sukan 10 1.2 Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan 21 1.2.1 Falsafah dan Kepentingan Pengurusan Pendidikan 22 Jasmani dan Sukan 1.2.2 Prinsip Pengurusan Pendidikan Jasmani 23 1.2.3 Prinsip Pengurusan Sukan 23 Rumusan 24 Kata Kunci 26 Rujukan 26

Topik 2 Rekreasi dan Kesenggangan 28 2.1 Konsep, Definisi dan Kepentingan Rekreasi dan

Kesenggangan 29 2.1.1 Rekreasi 29 2.1.2 Hasil yang Diharapkan dari Rekreasi 30 2.2 Kesenggangan 32 2.2.1 Konsep Kesenggangan 32 2.3 Aktiviti Rekreasi dan Kesenggangan 33 2.3.1 Aktiviti Rekreasi Luar 33 2.3.2 Aktiviti Rekreasi Dalaman 41 2.3.3 Aktiviti Kesenggangan 42 2.3.4 Pengurusan Aktiviti Rekreasi dan Kesenggangan 42 2.4 Pengurusan Aktiviti Rekreasi 43 2.4.1 Maklumat Aktiviti 43 2.4.2 Objektif Program 44 2.4.3 Organisasi 44 2.4.4 Persiapan 45 2.4.5 Logistik 46 2.4.6 Kewangan 47 2.4.7 Pelaksanaan 47 2.4.8 Keselamatan 47 2.5 Penilaian dan Maklum Balas Aktiviti 48

Page 4: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

ISI KANDUNGAN iv

Rumusan 49 Rujukan 49

Topik 3 Perancangan Organisasi dalam Pendidikan Jasmani 51 dan Sukan

3.1 Konsep Organisasi 52 3.2 Definisi Organisasi 53 3.3 Matlamat Organisasi 54 3.4 Ciri-ciri Sebuah Organisasi 55 3.5 Struktur Organisasi 58 3.6 Kepentingan Reka Bentuk Organisasi dan Struktur 64 3.7 Kesan Reka Bentuk dan Struktur Organisasi yang Lemah 66 3.8 Bagaimana untuk Memahami Sebuah Organisasi 67 Pendidikan Jasmani dan Sukan Rumusan 68 Rujukan 69

Topik 4 Agensi-Agensi Sukan Nasional dan Antarabangsa 70 4.1 Agensi Sukan Nasional 71

4.1.1 Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 71 4.1.2 Majlis Sukan Negara 73 4.1.3 Majlis Olimpik Malaysia 75 4.1.4 Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia 76

4.2 Persatuan-persatuan Sukan di Malaysia 78 4.3 Agensi Sukan Antarabangsa 82 Rumusan 90 Rujukan 91

Topik 5 Proses dan Asas Pengurusan dalam Pendidikan Jasmani 93 dan Sukan 5.1 Definisi Pengurusan 94 5.2 Keperluan Mengurus 94 5.3 Peranan Aktiviti Pengurusan 95 5.4 Aktiviti dalam Pengurusan 95 5.5 Proses-proses dalam Pengurusan 96 5.5.1 Proses dan Aktiviti Pengurusan Berkaitan 107 5.5.2 Pengurusan Sumber Manusia 107 5.5.3 Motivasi 108 5.5.4 Komunikasi 109 5.5.5 Proses Komunikasi 110 Rumusan 111 Rujukan 112

Page 5: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

ISI KANDUNGAN

v

Topik 6 Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan 114 (Sistem Pertandingan) 6.1 Pertandingan 115 6.2 Sistem Pertandingan 116 6.2.1 Pertandingan Berbentuk Kejohanan 116 6.2.2 Sistem Liga 118 6.2.3 Pertandingan Kalah Mati 128 6.2.4 Sistem Cabar Mencabar 134 Rumusan 141 Kata Kunci 142 Rujukan 143 Topik 7 Undang-undang dan Peraturan Pertandingan 145

7.1 Undang-undang dan Peraturan Pertandingan 146 7.1.1 Undang-undang Permainan 146 7.1.2 Peraturan Am 148 7.1.3 Contoh Undang-undang Permainan 151 7.1.4 Contoh Peraturan Am 161 7.2 Amali Pengelolaan 174

Rumusan 175 Kata Kunci 177 Rujukan 177

Topik 8: Pengurusan Dan Pengelolaan Pertandingan (Sukan Mini) 179

8.1 Konsep dan Definisi Sukan Mini 180 8.2 Pengurusan dan Pengelolaan Permainan Tradisional 188 Rumusan 204 Ujian 1 205 Ujian 2 205 Kata Kunci 205 Rujukan 206

Topik 9: Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Permainan 207 Tradisional

9.1 Pengurusan dan Pengelolaan Permainan Tradisional 208 9.2 Sistem Undian dalam Permainan Tradisional 212 9.3 Contoh-contoh Permainan Tradisional 218 Rumusan 229 Kata Kunci 230 Rujukan 230

Page 6: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

ISI KANDUNGAN

vi

Topik 10: Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan Ragam 232 10.1 Konsep dan Definisi Sukan Ragam 233 10.2 Pengurusan dan Pengelolaan Sukan Ragam 235 Rumusan 251 Kata Kunci 252 Rujukan 253

Page 7: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

vii

PANDUAN KURSUS

Page 8: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)
Page 9: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

PANDUAN KURSUS ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS

Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN

HBPE3403 Pengurusan Sukan dalam Pendidikan Jasmani adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

Kursus ini ditawarakn kepada pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengajaran dalam bidang Pendidikan Jasmani dengan Kepujian. Mata pelajaran ini membincangkan secara keseluruhan mengenai Pengelolaan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Page 10: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

PANDUAN KURSUS x

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

AKTIVITI PEMBELAJARAN JAM

PEMBELAJARAN

Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal 3

Membaca modul 60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10

Perbincangan atas talian 12

Ulang kaji 15

Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS

Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan konsep, matlamat, tujuan dan objektif Pendidikan Jasmani sukan dan rekreasi.

2. Mengaplikasikan prinsip dan strategi pengelolaan Pendidikan Jasmani, sukan dan rekreasi.

3. Membandingkan Pendidikan Jasmani, sukan dan rekreasi.

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti yang disenaraikan berikut: Topik 1 memperkenalkan peserta kursus kepada Konsep dan definisi pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan. Selain dari pada itu dalam bab ini juga diterangkan prinsip asas pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan. Topik 2 memperkenalkan konsep serta definisi rekreasi dan kesenggangan. Perbincangan dalam topik ini meliputi proses pengurusan aktiviti rekreasi dan jenis-jenis aktiviti rekreasi dan kesenggangan. Selain daripada itu topik ini juga membincangkan proses pengelolaan aktiviti rekreasi dengan secara terperinci.

Page 11: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

PANDUAN KURSUS xi

Topik 3 membincangkan tentang cara merancang dan mengurus pendidikan jasmani dan sukan. Dalam topik ini kita akan di pandu tentang matlamat organisasi, ciri-ciri organisasi membentuk struktur organisasi, kepentingan reka bentuk organisasi dan struktur. Dalam bab ini juga akan membincangkan kesan reka bentuk dan struktur organisasi yang lemah dan bagaimana untuk memahami sebuah organisasi pendidikan jasmani dan sukan. Topik 4 membolehkan pelajar mengenali Agensi-agensi Sukan Nasional seperti Kementerian Belia dan Sukan Majlis Sukan Negara Majlis Olimpik Malaysia Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia dan persatuan-persatuan sukan. Bab ini juga membincangkan tentang Agensi Sukan Antarabangsa iaitu FIFA, IAAF, IHF, IBF, ITF dan IRB. Topik 5 memperkenalkan peserta kursus kepada proses pengurusan dalam pendidikan jasmani antara perkara yang di bincangkan ialah definisi keperluan mengurus peranan aktiviti pengurusan dan aktiviti dalam pengurusan. Dalam topik ini kita akan di dedahkan dengan Proses-proses dalam pengurusan seperti Perancangan (Planning), Pengelolaan (Organizing) Memimpin (leading) dan Pengawalan (control) Topik 6 memperkenalkan pengelolaan pertandingan sukan dari aspek sistem pertandingan. Bab yang dibincangkan ialah definisi sistem pertandingan, kemudian pembaca akan di dedahkan dengan sistem pertandingan antara sistem pertandingan yang di bincangkan dalam topik ini ialah pertandingan berbentuk kejohanan, sistem liga, pertandingan kalah mati dan sistem cabar mencabar. Topik 7 membincangkan berkaitan dengan undang-undang dan peraturan pertandingan. Pembaca akan diberi undang-undang permainan dan peraturan am permainan bagi mendapat gambaran yang jelas tentang perkara tersebut. Selain daripada itu perbincangan tentang amali kejohanan juga di selitkan dalam bab ini. Topik 8 memperkenalkan pengurusan dan pengelolaan sukan mini dalam aktiviti fizikal. Dalam membincangkan sukan mini pembaca perlu mengetahui konsep dan definisi sukan mini. Selain daripada itu cara pengurusan dan pengelolaan sukan mini dan contoh-contoh sukan mini juga turut di bincangkan dalam topik ini bagi menambah kefahaman pembaca terhadap sukan mini. Topik 9 mendedahkan tentang pengurusan dan pengelolaan pertandingan permainan tradisional. Bab ini membincangkan konsep, definisi sukan tradisional. Selain daripada itu cara pengurusan dan pengelolaan sukan tradisional turut di bincangkan dalam topik ini. Contoh-contoh permainan tradisional yang di mainkan di Malaysia turut dibincangkan dalam topik ini.

Page 12: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

PANDUAN KURSUS xii

Topik 10 bertujuan membantu dan memandu kita cara pengurusan sukan ragam. Kita akan dedahkan tentang konsep, definisi sukan ragam bagi memudahkan kita memahami objektif dan kepentingan sukan ragam dalam pendidikan jasmani. Dalam bab ini juga kita akan di beri contoh-contoh sukan ragam dan cara menguruskan sukan ragam dalam aktiviti pendidikan jasmani.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS

Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri : Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Di akhir sesuatu topic, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Page 13: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

PANDUAN KURSUS xiii

Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS

Dalam silibus pengajian, pelajar dikehendaki mengikuti susunan tahap pengetahuan asas yang bermula daripada tahap 1 sehingga ke tahap berikutnya.

Contoh:

KAEDAH PENILAIAN

Sila rujuk myLMS.

RUJUKAN

Jasma, P. & French, R. (1994). Special Physical Education: Physical Activity, Sports and Recreation. N. Jersey : Prentice Hall.

Frost, R. B., & Marshal, S. J. (1987). Administration of Physical Education and

Athletics - Concepts and Practices. Dubuque, Iowa : W. C. Brown Co. Randall L.E. (1992). The Student Teacher's Handbook For Physical Education.

Champaign IE: Human Kinetics.

Page 14: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

PANDUAN KURSUS xiv

Daughtrey & Wood, J. B. (1979). Physical Education and Intramural Programs - Organisation and Administration. Philadelphia : W. B. Saunders Co.

Broyles, F. J. & Hay, R. D. (1979). Administration of Athletic Programs - A

Manageral Approach. Englewood Cliffs, New Jersy : Prentic Hall Inc. Pangrazi, R.P. & Dauer, V.P. (1992). Dynamic Physical Education For Elementary

School Children (10th ed.). N.Y. Macmillan. Tippett, S. R., (1990). Coaches Guide to Sport Rehabilitation. Champaign, IL:

Leisure Press.

Page 15: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

Pengenalan kepada Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan

PENGENALAN

Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dengan sukan adalah bidang yang berlainan sama sekali. Pengelolaan pendidikan jasmani mengutamakan unsur pendidikan. Aktiviti pendidikan jasmani merupakan subjek akademik disekolah-sekolah dan mempunyai kurikulum yang terancang dan teratur.

TTooppiikk

11

3. Menyatakan kepentingan pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani, sukan dan rekreasi.

1. Menyatakan dan membezakan konsep pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani, sukan dan rekreasi;

2. Menyatakan falsafah pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani, sukan dan rekreasi; dan

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

HASIL PEMBELAJARAN

Page 16: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

2 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Aktiviti sukan pula tertumpu kepada segala aspek dari mengelola, menyertai pertandingan dan permainan serta mengelola dan melatih pasukan untuk pertandingan yang lebih formal.

KONSEP DAN DEFINISI PENGURUSAN 1.1

Menurut kamus dewan pengurusan didefinisikan sebagai pengarahan dan pengawalan, pengelolaan, penyelenggaraan. Dengan kata lain pengurusan sukan, pendidikan jasmani boleh di definisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan berkaitan dengan sukan dan pendidikan jasmani. Di antara fungsi pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan ialah:

(a) Merancang

(b) Menyediakan bajet

(c) Mengawal

(d) Mengarah

(e) Mengelola

(f) Menyediakan jadual pertandingan

(g) Membuat keputusan

(h) Menilai

Untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan. Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian iaitu:

(a) Persediaan profesional

(b) Sikap profesional

(c) Perkembangan profesional

Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh individu, persatuan dan badan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan. Kemajuan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan akan Memperolehi kecemerlangan dan kegemilangan.

Page 17: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 1 PENGENALAN PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

3

1.1.1 Pengurusan Pendidikan Jasmani

Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk mempertingkatkan kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu melalui pendekatan aktiviti fizikal. Pendidikan jasmani (PJ) juga merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial, dan emosi. Melalui Pendidikan jasmani (PJ) pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. Secara ringkasnya Pendidikan jasmani (PJ) adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik dan berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986) Oleh yang demikian pendidikan jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yang menumpukan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran insani melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial, pembentukan nilai dan emosi. Pendidikan jasmani juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan dan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Pengelolaan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani adalah bagaimana kita mentadbir dan menguruskan mata pelajaran pendidikan jasmani supaya mata pelajaran ini dapat dilaksanakan atau di ajar dengan berkesan serta mencapai objektif yang di harapkan. (a) Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia Pendidikan jasmani merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di

Malaysia. Mata pelajaran pendidikan jasmani diajar selama 11 tahun dalam sistem persekolahan di Malaysia. Kurikulum pendidikan jasmani merangkumi aspek-aspek kemahiran sukan, rekreasi, pendidikan sukan serta kesihatan.

Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk memenuhi

keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.

Bagi membentuk penghayatan yang tinggi terhadap mata pelajaran

pendidikan jasmani, pelajar perlu memahami dan menghayati

Page 18: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

4 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pendidikan jasmani ke arah membentuk masyarakat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum.

(b) Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani

Objektif utama kurikulum pendidikan jasmani ialah:

(i) Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor

(ii) Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri

(iii) Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian

(iv) Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal

(v) Membentuk sahsiah dan disiplin diri dan

(vi) Membuat keputusan bijak dalam kehidupan

(Sukatan Pelajaran, Pendidikan Jasmani, 1999)

Aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama pendidikan jasmani iaitu: „Pendidikan jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan‰

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999) Berdasarkan objektif pendidikan jasmani yang bertujuan untuk mencapai tahap kecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Objektif boleh tercapai dengan memberi tumpuan khusus kepada hubungan antara amalan kesihatan dengan kecergasan fizikal dan kemahiran motor. Kaedah ini dilihat mampu untuk mengawal penyakit dalam kehidupan seharian. Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial maka melalui pendidikan jasmani kesemua aspek ini boleh

Page 19: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 1 PENGENALAN PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

5

dicapai. Ini adalah berdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan di dalam Buku Panduan Guru PJK (1988).

Penolong Kanan (Akademik

Ketua Panitia

Setiausaha

Ahli-ahli (Guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani)

Pengetua/Guru Besar

(c) Organisasi Pendidikan jasmani merupakan disiplin pendidikan oleh itu di sekolah pendidikan jasmani mempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru penolong kanan akademik (Rajah 1.1)

Rajah 1.1: Organisasi panitia pendidikan jasmani di sekolah

(d) Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani

(i) Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah

(ii) Mempengerusi mesyuarat panitia pendidikan jasmani

(iii) Memastikan rancangan tahunan pendidikan jasmani tersedia untuk digunakan

(iv) Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan jasmani

(v) Menyediakan perancangan tahunan panitia

(vi) Memantau pengajaran pendidikan jasmani

Page 20: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

6 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

(vii) Memeriksa buku latihan pelajar

(viii) Merancang pembelian alatan untuk panitia

(ix) Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia

(x) Merancang latihan dalaman

(e) Perancangan Belanjawan Perancangan belanjawan ialah pelan dan sistem perbelanjaan yang sistematik. Ketua panitia pendidikan jasmani perlu menyediakan perancangan belanjawan tahunan. Ketua panitia perlu menyenaraikan atau menyusun item mengikut kepentingan. Perancangan belanjawan bergantung kepada peruntukan kewangan pendidikan jasmani. Peruntukan Kewangan pendidikan jasmani bergantung kepada jumlah pelajar seperti berikut:

Jadual 1.1: Peruntukan Kewangan Pendidikan Jasmani

Bil Murid Peruntukan

Kurang daripada 100 Orang RM 300.00

101-250 Orang RM 300.00(minimum) Rm2.80/seorang (selepas 100 0rang)

251-500 Orang RM 720.00(minimum) Rm2.60/seorang (selepas 250 0rang)

501-750 Orang RM 1370.00(minimum) Rm2.40/seorang (selepas 500 0rang)

751-1000 Orang RM 1970.00(minimum) Rm1.80/seorang (selepas 100 0rang)

1001 Orang atau lebih RM 2420.00(minimum) Rm1.00/seorang (selepas 100 0rang)

(f) Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani

Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-barang pendidikan jasmani. Stor yang di susun kemas dan teratur akan menyenangkan guru pendidikan jasmani untuk menyimpan dan mengeluarkan peralatan pendidikan jasmani. Barangan pendidikan jasmani kerap digunakan atau dikeluarkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Oleh itu

Page 21: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 1 PENGENALAN PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

7

Penyelenggaraan sebuah stor pendidikan jasmani memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru dan murid-murid. Ciri-ciri stor pengurusan stor pendidikan jasmani:

(i) Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor pendidikan jasmani.

(ii) Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi alatan stor dengan kemas kini.

(iii) Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru

(iv) Buku catatan barang keluar masuk perlu di sediakan bagi merekodkan pergerakan alatan.

(v) Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurang-kurangnya sekali setahun.

(vi) Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan.

Keperluan Bilik Stor Pendidikan Jasmani

(i) Ruang Ruang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh menampung keperluan alatan di samping tidak merosakkan alatan. Saiz yang sesuai untuk stor pendidikan jasmani ialah lebih kurang 300 kaki persegi. Saiz stor pendidikan jasmani bergantung kepada tiga perkara jenis dan jumlah alatan yang disimpan jenis sekolah dan saiz sekolah.

(ii) Rak Bagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak perlulah dibina di stor pendidikan jasmani. Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang yang hendak di susun. Barang yang disusun hendaklah dalam kedudukan teratur dan senang di capai. Ini bertujuan untuk menyenangkan proses menyimpan dan mengambil barang.

(iii) Lokasi Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan yang berhampiran dengan padang. Ini bertujuan bagi mengelakkan masa terbuang dalam proses menyimpan dan mengambi barang. Kita juga perlu memastikan lokasi stor sukan tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri memecah masuk stor pendidikan jasmani.

Page 22: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

8 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

(iv) Tingkap Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari masuk. Keadaan yang panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain yang di tenun, alat-alat kulit dan alat-alat yang tahan panas akan rosak.

(v) Siling Siling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki, ketinggian siling bergantung kepada alatan yang hendak kita simpan. Sekiranya kita hendak menyimpan galah panjang, tinggi stor perlulah mempunyai ketinggian yang sesuai.

(vi) Peredaran Udara Peredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan lama dan mengelak bau yang tidak menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani. Tingkap kecil atau ruang udara perlu di sediakan di bilik stor pendidikan jasmani bagi membenarkan pengaliran udara.

(vii) Keselamatan Berbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi menjamin keselamatan alatan dan pengguna. Antara yang harus kita fikir dan pastikan ialah:

Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak di cerobohi.

Susun alat berdasarkan keselamatan contohnya alat yang berat perlulah di susun di bahagian bawah rak simpanan.

Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian yang tajam menghala ke bawah.

Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan lain-lain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak karat.

Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan kita terpijak yang boleh menyebabkan kecederaan kepada kita.

Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil dan memulangkan alatan. Gunakan sistem membenarkan pelajar tertentu sahaja yang mengambil barang dan pelajar yang lain tunggu di luar.

Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu hoki dan lain-lain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak reput.

Page 23: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 1 PENGENALAN PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

9

Peraturan mengambil barang dan memulangkan barang perlulah di perkenalkan dan di kuat kuasa.

Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur

Menyediakan alatan seperti kereta sorong bagi memudahkan pemindahan barang secara pukal.

(viii) Pintu Saiz pintu stor sukan bergantung jenis barang yang hendak disimpan. Contohnya jika kita ingin menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti tilam lompat tinggi, pintu stor pendidikan jasmani perlulah lebar dan tinggi. Pintu yang tidak sesuai mungkin menyebabkan kerosakan kepada alat-alat dan juga boleh mencederakan murid. Pintu perlu di lengkapi dengan alatan keselamatan dan dibina dengan kukuh supaya barang pendidikan jasmani boleh di kawal dan mengelak stor dari di cerobohi dengan mudah.

(g) Penjagaan Peralatan

Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan pendidikan jasmani mudah rosak. Memandang keadaan di sekolah sekarang kurang guru pendidikan jasmani, kebanyakan guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani bukan lulusan pendidikan jasmani. Sebagai ketua panitia kita perlu memberi penerangan tentang penyalah gunaan alatan oleh pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani rosak. Antara penyalahgunaan tersebut ialah:

(i) Duduk di atas bola

(ii) Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola tampar, bola jaring dan lain-lain

(iii) Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan lain-lain

(iv) Mengheret barang-barang yang di buat dari kanvas atau kain atau material yang lembut contohnya tilam lompat tinggi dan lain-lain.

Page 24: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

10 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

SEMAK KENDIRI 1.1

1. Guru-guru seharusnya diberi penerangan tentang tingkah laku pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani rosak. Nyatakan tingkah laku tersebut

2. Nyatakan fungsi pengurusan sukan dan pendidikan jasmani?

3. Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian. Untukmencapai kejayaan dalam sesebuah pengurusan jasmani danrekreasi. Nyatakan?

4. Senaraikan tugas Ketua Panitia Pendidikan jasmani

5. Nyatakan objektif utama kurikulum pendidikan jasmani mengikutSukatan Pelajaran, Pendidikan Jasmani, 1999.

6. Huraikan Keperluan Bilik Stor Pendidikan Jasmani.

1.1.2 Pengurusan Sukan

Sukan juga bermaksud aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh satu badan persekutuan sukan antarabangsa. Ringkasnya sukan merupakan bentuk permainan yang di kelolakan dengan teratur dan mempunyai unsur pertandingan. Sukan perlu mempunyai unsur pertandingan, tanpa pertandingan aktiviti fizikal itu lebih dikenali sebagai permainan atau rekreasi. Sukan melibatkan perancangan, kemahiran motor dan strategi. Dari aspek psikologi sukan juga boleh disamakan dengan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan dan dewasa ini merupakan sebahagian kerjaya profesional yang melibatkan keupayaan fizikal dan mental yang tinggi. Dengan kata lain sukan merupakan suatu aktiviti yang boleh memberi keseronokan, kemewahan dan kebanggaan kepada setiap individu yang menceburkan diri ke dalamnya. Selain daripada meraih keuntungan dari aktiviti sukan. Dari aspek afektif sukan yang beretika akan memberi ruang kepada masyarakat untuk berinteraksi dan bergembira. Bersukan dapat mengerat perhubungan sosial, membanteras kegiatan-kegiatan kurang sihat dan membina masyarakat yang cergas. Memandangkan kepentingan sukan kepada masyarakat dan negara, di Malaysia sukan sentiasa berkembang selaras dengan pembangunan negara dan sentiasa di pandang serius oleh pemimpin masyarakat.

Page 25: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 1 PENGENALAN PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

11

Di Malaysia sukan biasanya ditadbir oleh badan badan amatur dan profesional. Kementerian yang bertanggungjawab mengelola dan mentadbirkan persatuan sukan ialah Kementerian Belia Dan Sukan. Sementara Majlis Sukan Negara adalah badan yang bertanggungjawab menyelaras badan-badan sukan di bawah naungannya. Dasar Sukan Negara yang di perkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 20 Januari 1988, membuktikan pengiktirafan kerajaan terhadap kemajuan sukan negara. Dasar sukan digubal dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang sihat dan cergas. (a) Dasar Sukan Negara

Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang sentiasa menjadi rujukan ke arah perkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara. Dasar sukan digubal hasil kerjasama dan perbincangan yang melibatkan beberapa pihak seperti agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela dan orang perseorangan yang mempunyai kepakaran dan kepentingan dalam bidang sukan.

(b) Rasional Dasar Sukan Negara Rasional Dasar Sukan Negara ialah ke arah menjadikan sukan sebagai alat untuk menerapkan nilai moral dan membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani. Manfaat Dasar Sukan Negara boleh dilihat dari aspek sumbangan sukan kepada individu, masyarakat dan negara.

(c) Peringkat Individu

(i) Membentuk sahsiah, memberi kesedaran dalam diri individu dan membangkitkan semangat pertandingan yang sihat.

(ii) Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal diri.

(iii) Dapat menggunakan masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat

(iv) Dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan hidup.

(v) Interaksi sosial yang baik.

(vi) Mengasah kemahiran-kemahiran asas.

(d) Peringkat Masyarakat

(i) Merangsang pembinaan masyarakat yang mempunyai kualiti kesihatan fizikal dan moral yang baik bersesuaian dengan aspirasi nasional.

Page 26: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

12 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

(ii) Mewujudkan suasana yang kondusif untuk memupuk perhubungan komuniti yang lebih baik dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara.

(iii) Meningkatkan tahap kesihatan masyarakat dan seterusnya merangsang peningkatan produktiviti negara.

(iv) Mengurangkan kadar jenayah dengan merangsang masyarakat memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti berguna.

(e) Peringkat Antarabangsa

(i) Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi.

(ii) Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan antarabangsa.

(iii) Memupuk persahabatan.

(iv) Menjadikan sukan sebagai satu industri yang mempunyai nilai-nilai komersial yang tinggi.

Objektif Dasar Sukan Negara

Antara objektif dasar sukan negara ialah:

(a) Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat.

(b) Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi individu melalui sukan.

(c) Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang di kalangan orang awam.

(d) Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negara dapat dipertingkatkan.

Strategi dan Pelaksanaan Dasar

Objektif-objektif dasar ini dapat dicapai dengan memberi penekanan pada aspek-aspek yang berikut :

Page 27: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 1 PENGENALAN PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

13

(a) Perancangan Pertubuhan-pertubuhan sukan perlulah merancang program-program jangka panjang dan mempunyai struktur yang baik untuk pembangunan ahli sukan, jurulatih, pentadbir dan pegawai sukan. Dalam merancang program-program jangka panjang untuk sukan prestasi tinggi, perkara-perkara yang berikut perlu dipertimbangkan:

(i) Jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan dan penyertaan sedia ada.

(ii) Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakat Malaysia.

(b) Organisasi Hasil daripada kerjasama antara pelbagai badan sukan dengan kerajaan dilihat akan membuahkan satu program yang bersepadu ke arah kemajuan sukan di negara ini. Satu jawatankuasa ditubuhkan bertujuan mengarahkan hubungan yang lebih rapat di kalangan organisasi-organisasi sukan, swasta dengan kerajaan. Majlis Sukan Negara (MSN) bertugas menyediakan jentera ini bagi sukan berprestasi tinggi. Kementerian Belia dan Sukan perlu mewujudkan mekanisme ini untuk menyelaraskan program Sukan Untuk Semua (Sukan Massa). Mekanisme ini perlu menggalakkan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang berlandaskan konsep MALAYSIA CERGAS di kalangan rakyat Malaysia. MALAYSIA CERGAS merupakan satu program yang berdasarkan kepada konsep sukan untuk semua. Melalui program ini masyarakat mengamalkan gaya hidup yang aktif melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi fizikal. Tema ini menekankan kecergasan fizikal dan kesihatan mental ke arah peningkatan produktiviti dan mengukuhkan perhubungan sosial dan perhubungan antara kumpulan etnik. Kementerian Pendidikan Malaysia pula memainkan peranan dengan memperuntukkan masa yang cukup untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan kokurikulum di sekolah. Selain itu, Bahagian Pendidikan Guru dipertanggungjawabkan melatih guru-guru yang berkebolehan mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah. Di institusi pengajian tinggi, aktiviti-aktiviti sukan juga digalakkan di kalangan siswa. Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) berperanan menggalak dan menyelaraskan semua aktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan awam. Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merupakan badan induk kepada semua persatuan sukan kebangsaan. Tanggungjawab utama ialah menggalakkan sukan di kalangan rakyat

Page 28: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

14 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

untuk pergerakan Olimpik. MOM bekerja rapat dengan MSN dalam hal pemilihan dan latihan atlet untuk pertandingan peringkat antarabangsa.

(c) Personel Badan-badan sukan di semua peringkat hendaklah melantik personel bertauliah dan berpengalaman bagi merancang, melaksana dan menilai program sukan. Keperluan mempunyai jurulatih telah merangsang Majlis Sukan Negara mewujudkan skim persijilan kejurulatihan sukan kebangsaan.

(d) Kewangan Yayasan sukan kebangsaan membiayai kegiatan-kegiatan sukan berprestasi tinggi dan sukan massa. Sumber kewangan yayasan sukan diperolehi daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, sektor korporat dan individu. Dalam usaha menggalakkan sumbangan kewangan dan material dari sektor swasta dan individu, kerajaan telah membuat keputusan segala sumbangan dikecualikan dari cukai. Persatuan-persatuan juga perlu mempertingkatkan usaha dan strategi pemasaran aktiviti mereka untuk mendapat sumbangan bagi membiayai kegiatan persatuan.

(e) Insentif Pegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang mewakili negara dan mengharumkan nama negara perlu diberi pengiktirafan dan insentif . Insentif boleh diberi dalam berbagai berbentuk contohnya peluang memasuki IPTA, biasiswa, penganugerahan, cuti, elaun sara hidup, perlindungan insurans, perbelanjaan untuk latihan dan yuran pendidikan.

(f) Kemudahan Kementerian Belia dan Sukan bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan bagi sukan massa, sukan berprestasi tinggi dan sukan untuk golongan istimewa. Persatuan sukan bertanggungjawab menyelaras perancangan dan agihan kemudahan sukan. Di peringkat negeri, kerajaan negeri menyediakan kemudahan sukan untuk negeri masing-masing. Sektor-sektor korporat dan badan sukarela juga di galakan memainkan peranan dengan aktif bagi melengkapi usaha kerajaan dalam pembinaan kemudahan-kemudahan sukan.

(g) Am Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh ke arah membentuk budaya sukan kepada rakyat Malaysia. Di antara usaha yang dirintis oleh kerajaan ialah mengurangkan cukai-cukai dan eksais ke atas peralatan sukan supaya lebih ramai orang mampu membeli alatan sukan pada harga yang murah. Galakkan ini secara tidak langsung merangsang lebih ramai penduduk negara ini melibatkan diri dalam sukan. Pengusaha-

Page 29: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 1 PENGENALAN PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

15

pengusaha tempatan juga perlu diberi galakan untuk menghasilkan peralatan-peralatan sukan yang berkualiti dan diterima di peringkat antarabangsa. Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina beberapa buah sekolah khas sebagai pusat kecemerlangan untuk menggalakkan pembangunan beberapa jenis sukan tertentu seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar serta pusat tunas cemerlang di setiap negeri. Institut Sukan Negara memainkan peranan dalam penyelidikan dan pembangunan sukan di negara ini. Kerjasama daripada media massa dan pelbagai organisasi diperlukan untuk menyebarkan dapatan penyelidikan dan mempromosikan sukan. Dasar Sukan Negara yang telah digubal dan di perkenalkan pada 20 Januari 1988 merupakan satu dasar sukan untuk semua bentuk rakyat Malaysia. Dasar ini merangkumi dua komponen iaitu:

(a) sukan untuk semua dan

(b) sukan prestasi tinggi

Kedua-dua bidang ini perlulah dibangunkan serentak.

(a) Sukan untuk Semua (Sukan Massa) Sukan untuk semua bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia. Sukan Massa adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti sukan yang berlaku secara menyeluruh atau diuruskan dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas dan bukan semata-mata untuk pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Apakah itu Pergerakan Sukan untuk Semua? Pergerakan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah satu kempen sosial secara sistematik dan menyeluruh untuk memelihara, mengubah atau memperbaiki kekurangan-kekurangan dalam sesuatu sistem sosial. Sukan Massa merupakan usaha untuk melibatkan masyarakat dalam sukan secara sukarela dan memanjangkan kepada semua lapisan dalam masyarakat. Sukan Massa juga bertujuan menyedarkan masyarakat terhadap faedah-faedah sukan kepada pembangunan kesihatan, sosial, psikologi, pendidikan dan kebudayaan. Oleh itu Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah satu usaha menggalakkan penglibatan sukan dan aktiviti fizikal kepada rakyat

Page 30: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

16 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Malaysia. Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) bertujuan membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dengan mengamalkan nilai-nilai sukan tradisional dan moden. Dengan kata lain Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah untuk membentuk satu masyarakat Malaysia yang sihat secara menyeluruh dan membina satu masyarakat bersatu-padu, persahabatan, aman dan sejahtera untuk semua manusia di dunia. Konsep Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) merupakan satu idea untuk memasyarakatkan sukan. Dengan kata lain Sukan Massa mengajak seluruh lapisan masyarakat mengambil bahagian di dalam kegiatan sukan, rekreasi dan kecergasan. Penyertaan ini juga perlu dilakukan secara berterusan sepanjang hayat hingga menjadikannya suatu gaya hidup. Aktiviti-aktiviti Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) terdiri daripada berbagai aktiviti contohnya sukan, (bola sepak, badminton, sepak takraw dan lain-lain), kecergasan, (jogging, berjalan kaki, taichi dan lain-lain), outdoor (mendaki, berkeno, berkhemah dan mengembara). Kegiatan sukan boleh merangsang pembinaan suatu masyarakat yang cergas dan proaktif di samping merupakan suatu alat yang berkesan ke arah perpaduan dan semangat cintakan negara. Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) menyokong kepada prinsip-prinsip am pendidikan sepanjang hayat. Matlamat Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) melalui konsep Malaysia Cergas adalah bermatlamat untuk menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia tentang pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk melalui kegiatan fizikal dan rekreasi. Kesedaran ini akan menimbulkan minat dan akan terus dipupuk melalui pendidikan sukan. Langkah ini akan merangsang lagi penyertaan dalam kegiatan sukan, rekreasi dan kecergasan. Pergerakan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) juga ingin membentuk satu imej Nasional yang akan menjadikan masyarakat Malaysia sebagai suatu bangsa 'peserta' dan bukannya 'penonton'. Malaysia Cergas MALAYSIA CERGAS adalah satu idea dan konsep yang lahir untuk memberi penekanan ke arah meluaskan kegiatan sukan dan rekreasi fizikal kepada penglibatan seberapa ramai rakyat Malaysia. Ia

Page 31: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 1 PENGENALAN PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

17

merupakan satu usaha mewujudkan kecergasan Nasional yang berteraskan kepada penyertaan aktif, kecergasan yang berterusan dan sikap positif dalam hidup. Dengan kata lain MALAYSIA CERGAS adalah:

(i) Satu seruan ke arah membentuk gaya hidup yang lebih aktif, lebih selesa dan lebih tinggi mutunya.

(ii) Satu idea yang dilihat dapat mengurangkan masalah sosial.

(iii) Satu tema, satu slogan dan satu lambang kepada kehidupan yang sihat.

(iv) Satu dinamisme dalam kepimpinan.

(v) Satu proses pendidikan seumur hidup.

(vi) Satu keperluan yang disokong oleh kenyataan dan logik. Matlamat MALAYSIA CERGAS bermatlamat menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia - akan betapa pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk melalui kegiatan fizikal dan rekreasi. Kesedaran akan menimbulkan minat untuk mengetahui tentang jenis-jenis sukan dan kegiatan yang hendak disertai, supaya penyertaan menjadi lebih teratur dan berkekalan. MALAYSIA CERGAS juga bertujuan mendidik masyarakat mengenai sebab-sebab:

(i) Mustahaknya bersukan

(ii) Di mana dan bagaimana melakukan sesuatu kegiatan fizikal

(iii) Apa aktiviti yang perlu dilakukan

(iv) Batasan aktiviti bagi setengah golongan umur

(v) Kesesuaian aktiviti. Lebih penting lagi, MALAYSIA CERGAS, menyeru mengajak setiap lapisan masyarakat supaya memberi tindak balas positif dengan menyertai kegiatan fizikal dan rekreasi. Penyertaan ini perlu dikekalkan dan dilakukan secara berterusan untuk menikmati kebaikan dan kebahagiaan melibatkan diri dalam kegiatan fizikal. MALAYSIA CERGAS berkonsep mengajak rakyat Malaysia keluar

Page 32: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

18 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

rumah ke padang, ke taman, ke gelanggang, ke pusat sukan untuk mengambil bahagian. MALAYSIA CERGAS menyeru setiap rakyat Malaysia tua dan muda, lelaki dan perempuan supaya merancang masa lapangnya untuk cergas menyertai sebarang kegiatan fizikal. Ini perlu dilakukan secara sukarela supaya kepuasan yang diperolehi akan lebih bermakna. Antara Kegiatan yang Boleh Disertai oleh Rakyat Malaysia Bidang SUKAN seperti Tenis, Bola jaring, Pingpong, Bola Tampar, Squash, Badminton, Menembak, Bola sepak, Golf, Taekwando, Karate, Hoki, Boling, Ragbi, Skating, Bola Tangan, Sofbol, Bola Keranjang, Judo, Sepak Takraw, Kriket, Tinju, Gusti, Memanah Membuat senaman dan latihan kecergasan seperti Joging berjalan, berbasikal, membuat senamrobik, latihan Âconditioning' melompat, angkat berat, bersilat, yoga atau tai chi, bina badan, gimnastik, bersenam, menyedut udara. Rekreasi fizikal luar seperti berkhemah, berkelah, mendaki bukit dan gunung, mengembara, berenang, meluncur layar, Âsurfing', belayar, mendayung perahu, selam skuba, berkeno'orienteering', bermain wau atau gasing. Kecergasan, mengikut definisi bermaksud: Âmempunyai tenaga untuk membuat kerja-kerja harian tanpa merasa penat yang berlebihan; tenaga untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti rekreasi dan seterusnya masih mempunyai tenaga untuk menghadapi apa-apa kecemasan yang

(b) Sukan Prestasi Tinggi

Penubuhan Program Pembangunan Sukan Teras Prestasi Tinggi adalah berdasarkan kepada mesyuarat jemaah menteri pada 15 September 2004 yang menyatakan supaya tumpuan diberikan kepada acara-acara sukan yang tidak memerlukan ÂBody ContactÊ seperti sukan menembak, boling, gimnastik dan lain-lain lagi. Dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan pada 25 September 2004, satu persetujuan telah dibuat untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Pemandu bagi memantau pelaksanaan Pembangunan Sukan Teras ini khususnya di peringkat

Page 33: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 1 PENGENALAN PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

19

akar umbi. Dalam mesyuarat ini Jawatankuasa telah menamakan lapan (8) jenis sukan sebagai sukan teras yang perlu dibangunkan di semua peringkat khususnya peringkat akar umbi. Pada 14 Februari 2005, satu sesi pembentangan kertas kerja pertama telah dibuat mengenai konsep dan hala tuju Program Pembangunan Sukan Teras ini. Seterusnya pada 31 Mac 2005, satu ÂBlueprintÊ telah disediakan oleh Jawatankuasa Pemandu bagi mengemukakan Kertas Permohonan Peruntukan Program kepada Jawatankuasa Kabinet. Program ini mula dilaksanakan sepenuhnya di bawah Jawatankuasa Pemandu Sukan Teras Prestasi Tinggi bermula pada 3 Jun 2005 melalui perjanjian persefahaman (MOU) yang telah ditandatangani Persatuan Sukan Kebangsaan bersama Majlis Sukan Negara. Pada 16 November 2005, satu Majlis Pelancaran Logo Sukan Teras Prestasi Tinggi telah diadakan di Menara KBS, Putrajaya bagi memperkenalkan Program Pembangunan Sukan Teras Prestasi Tinggi ini kepada masyarakat umum. Pelancaran ini bertujuan untuk mendapat sambutan dan menarik lebih ramai penyertaan dalam kategori sukan ini dari seluruh masyarakat Malaysia Sukan prestasi tinggi bertujuan meningkatkan prestasi atlet ke peringkat tertinggi. Atlet akan di beri peluang untuk bertanding pada kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antara usaha untuk mencapai hasrat ini ialah:

(i) Menubuhkan sekolah-sekolah sukan

(ii) Meningkatkan infrastruktur sukan ke taraf antarabangsa

(iii) Memastikan jurulatih berpotensi dalam setiap sukan mempunyai sijil kejurulatihan

(iv) Menghantar jurulatih berkursus keluar negeri untuk meningkatkan profesional mereka

(v) Mendapat khidmat jurulatih luar negara

(vi) Menghantar atlet berlatih ke luar negara

Pertubuhan-pertubuhan sukan akan merancang dan membangunkan program-program jangka panjang untuk kecemerlangan sukan. Dalam merancang program-program jangka panjang untuk sukan prestasi tinggi, perkara-perkara yang berikut perlu dipertimbangkan oleh majlis sukan negara:

Page 34: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

20 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

(i) Jenis sukan yang mempunyai kemudahan dan di kenali oleh masyarakat Malaysia.

(ii) Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakat Malaysia.

Objektif Sukan Berprestasi Tinggi Membuka peluang kepada individu yang berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukan-sukan di bawah Program Sukan Teras. Memanifestasikan Dasar Sukan Negara ke arah mencapai matlamat perpaduan nasional, serta pembinaan bangsa yang harmoni dengan penglibatan pelbagai bangsa dan suku kaum. Tujuan Program Sukan Berprestasi Tinggi

(i) Mengenal Pasti Bakat Atlet-atlet yang dipilih untuk mengikuti program ini seharusnya melalui ujian-ujian tertentu yang berteraskan sains sukan. Melalui cara ini, atlet-atlet berbakat dapat dikenal pasti kemampuan dan kemahiran mereka dan seterusnya dilatih secara sistematik dan berpanjangan.

(ii) Penambahan Bilangan Atlet Berbakat Bagi memastikan negara tidak ketandusan atlet-atlet berbakat, maka usaha perlu ditumpukan bagi mencari lebih ramai atlet berbakat dalam lapan jenis sukan yang telah dinamakan di bawah program ini. Melalui program Mengenal pasti Bakat (TID) yang berterusan, ÂTalent ScoutingÊ yang menyeluruh adalah diharapkan lebih ramai atlet dikenal pasti dan diberi latihan yang sewajarnya di semua peringkat.

(iii) Penambahan Pusat Latihan Negeri dan Daerah Penambahan bilangan atlet mestilah seiring dengan penambahan pusat-pusat latihan di peringkat negeri dan daerah. Melalui cara ini, pelbagai program pembangunan yang lebih menyeluruh dapat dilaksanakan di semua peringkat. Persatuan sukan kebangsaan digalakkan untuk membuka lebih banyak pusat-pusat latihan di seluruh negara.

(iv) Penambahan Bilangan Pegawai Teknikal Lebih ramai pegawai-pegawai teknikal diperlukan bagi mengendalikan pertandingan-pertandingan yang akan diadakan di bawah program. Pihak persatuan sukan

Page 35: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 1 PENGENALAN PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

21

kebangsaan akan diminta untuk menganjurkan lebih banyak kursus-kursus bagi melatih lebih ramai pegawai-pegawai teknikal baru.

(v) Memperbanyakkan Peluang Pertandingan Melalui program ini, tumpuan akan diberikan untuk memperbanyakkan peluang bertanding kepada semua peringkat umur atlet yang terlibat dalam program ini. Para atlet akan diberi peluang untuk mengukur prestasi mereka di samping menilai keberkesanan program latihan yang diikuti.

(vi) Memperkukuhkan Pengurusan Persatuan Dalam perkara ini, kemampuan persatuan-persatuan sukan kebangsaan dan ahli-ahli gabungannya akan diberi perhatian sewajarnya. Tanpa persatuan sukan yang kukuh di akar umbi, pemilihan sukan tersebut sebagai sukan teras tidak akan bermakna.

(vii) Penambahan Bilangan Jurulatih Program ini akan melahirkan lebih ramai jurulatih tempatan yang bertaraf dunia. Melalui cara ini, kebergantungan kepada jurulatih luar negara akan dapat dikurangkan. Kursus-kursus jurulatih akan diadakan bagi memberi peluang kepada jurulatih-jurulatih baru yang berminat untuk turut bersama dalam program.

SEMAK KENDIRI 1.2

1. Huraikan strategi dan pelaksanaan Dasar Sukan Negara.

2. Sukan prestasi tinggi bertujuan meningkatkan prestasi atlet keperingkat tertinggi. Atlet akan di beri peluang untuk bertandingpada kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Nyatakan usaha yang dilakukan untuk mencapai hasrat ini?

3. Nyatakan Rasional Dasar Sukan Negara?

4. Berikan matlamat Sukan Untuk Semua (Sukan Massa)

PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

1.2

Dalam subtajuk ini kita akan membincangkan falsafah serta kepentingan pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan.

Page 36: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

22 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

1.2.1 Falsafah dan Kepentingan Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan

Bucher (1979) menyatakan bahawa falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari objektif yang mampu memberikan kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran terhadap sesuatu prinsip dan konsep. Contohnya falsafah yang menepati kehendak pembelajaran akan berupaya membantu guru memahami semua tugasan secara menyeluruh bukannya secara berasing-asing. Ini bermakna melalui falsafah secara tidak langsung akan berupaya membantu guru supaya memahami peranannya serta bertindak merancang pengajaran yang bertumpu kepada objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Dengan kata lain juga falsafah juga boleh diibaratkan sebagai petunjuk arah dan mampu membantu guru menghasilkan rumusan serta mampu membentuk matlamat secara tersusun dan berterusan. Falsafah dapat membantu guru memahami dan menghayati tanggungjawab pengajarannya dengan lebih menyeluruh. Ini dapat membantu menimbulkan kesedaran kepada guru untuk menumpukan peranannya melalui perancangan yang berlandaskan kepada objektif pengajaran yang sepatutnya. Falsafah pengurusan pendidikan jasmani ialah satu aktiviti mentadbir dan mengelola dalam pendidikan jasmani bertujuan untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial. Aktiviti pendidikan jasmani adalah berdasarkan aktiviti fizikal yang mempunyai 3 domain iaitu afektif, kognitif dan psikomotor. Pendidikan jasmani merupakan aktiviti pendidikan yang dirancang dan terancang dengan kemas dan sistematik. Falsafah pengurusan sukan ialah mentadbir dan menguruskan sukan sebagai alat membawa kebaikan kepada manusia sejagat, menjalinkan persahabatan serta memupuk semangat toleransi kerjasama persefahaman dan perpaduan. Dalam menceburi diri atau menjalankan aktiviti dalam sukan perlu berpegang kepada etika sukan. Secara amnya falsafah pengurusan pendidikan jasmani dan sukan bertujuan menguruskan aktiviti fizikal ke arah pembentukan masyarakat yang sihat, cergas dan mengutamakan gaya hidup sihat. Falsafah pengelolaan dan pentadbiran sukan juga mengutamakan individu yang cemerlang dalam bidang sukan di pentas antara bangsa dengan program sukan berprestasi tinggi.

Page 37: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 1 PENGENALAN PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

23

1.2.2 Prinsip Pengurusan Pendidikan Jasmani

Pengurusan pendidikan jasmani bertujuan membentuk masyarakat yang mengamalkan cara hidup yang sihat berasaskan falsafah pendidikan negara. dengan menggunakan tiga domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor dalam aktiviti pendidikan jasmani. Berdasarkan kepada prinsip:

(a) Pendidikan jasmani akan dapat mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor berasaskan domain kognitif dan afektif.

(b) Pendidikan jasmani adalah melahirkan masyarakat yang akan menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebagai budaya atau rutin harian serta dilaksanakan secara berterusan

(c) Pendidikan jasmani membolehkan pelajar menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri berdasarkan ketiga-tiga tunjang pembelajaran iaitu:

(i) Kecergasan

(ii) Kemahiran

(iii) Kesukanan

(d) Pendidikan jasmani adalah dapat melahirkan masyarakat yang dapat mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal

(e) Pendidikan jasmani dilihat akan dapat membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai murni, sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma-norma masyarakat

1.2.3 Prinsip Pengurusan Sukan

Pengurusan sukan ialah membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh dari segi fizikal dan mental - bersemangat dan berpendirian positif dalam hidup, berdisiplin dan berdikari melalui penyertaan semua lapisan masyarakat secara aktif dan sukarela dalam semua aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan fizikal. Berdasarkan kepada prinsip:

(a) Sukan merupakan satu aktiviti yang paling berkesan membentuk kecergasan dan kesihatan dari segi fizikal dan mental. Sukan dilihat membolehkan seseorang itu memperoleh sebanyak-banyak keseronokan

Page 38: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

24 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

dan kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup (quality of life) dan keperluan asas manusia.

(b) Sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan beramai-ramai sama ada ahli keluarga, sahabat handai, masyarakat setempat dan masyarakat asing - semuanya menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak mengasingkan diri.

(c) Keperluan asas manusia merangkumi berbagai-bagai faktor daripada keperluan fiziologi kepada kepuasan mutlak diri.

SEMAK KENDIRI 1.3

1. Nyatakan secara ringkas Falsafah pengurusan pendidikan jasmani.

2. Nyatakan secara ringkas kepentingan pengelolaan dan pentadbiran sukan.

Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk

mempertingkatkan kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu melalui pendekatan aktiviti fizikal.

Melalui pendidikan jasmani (PJ) pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya.

Pengurusan sukan, pendidikan jasmani boleh di definisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam kontek perkhidmatan berkaitan dengan sukan dan pendidikan jasmani.

Pendidikan jasmani merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia. Mata pelajaran pendidikan jasmani diajar selama 11 tahun dalam sistem persekolahan di Malaysia.

Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan.

Aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik

Page 39: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 1 PENGENALAN PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

25

bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan.

Pendidikan jasmani merupakan disiplin pendidikan oleh itu di sekolah pendidikan jasmani mempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru penolong kanan akademik

Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-barang pendidikan jasmani.

Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan pendidikan jasmani mudah rosak .

Sukan juga bermaksud aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh satu badan persekutuan sukan antarabangsa.

Sukan perlu mempunyai unsur pertandingan, tanpa pertandingan aktiviti fizikal itu lebih dikenali sebagai permainan atau rekreasi.

Dari aspek psikologi sukan juga boleh disamakan dengan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan dan dewasa ini merupakan sebahagian kerjaya profesional yang melibatkan keupayaan fizikal dan mental yang tinggi

Bersukan dapat mengerat perhubungan sosial, membanteras kegiatan-kegiatan kurang sihat dan membina masyarakat yang cergas.

Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang sentiasa menjadi rujukan ke arah perkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara.

Rasional Dasar Sukan Negara ialah ke arah menjadikan sukan sebagai alat untuk menerapkan nilai moral dan membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani.

MALAYSIA CERGAS merupakan satu program yang berdasarkan kepada konsep sukan untuk semua.

Sukan prestasi tinggi bertujuan meningkatkan prestasi atlet ke peringkat tertinggi.

falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari objektif yang mampu memberikan kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran terhadap sesuatu prinsip dan konsep.

Falsafah pengurusan sukan ialah mentadbir dan menguruskan sukan sebagai alat membawa kebaikan kepada manusia sejagat, menjalinkan persahabatan serta memupuk semangat toleransi kerjasama persefahaman dan perpaduan.

Page 40: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

26 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Falsafah pengurusan pendidikan jasmani ialah satu aktiviti mentadbir dan mengelola dalam pendidikan jasmani bertujuan untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial.

Afektif

Dasar Sukan Negara

Emosi.

Falsafah pengurusan Pendidikan Jasmani

Falsafah pengurusan sukan

Kementerian Belia dan Sukan

Kerjaya profesional Badan-badan amatur

Kognitif

Kurikulum Pendidikan Jasmani

Majlis Olimpik Malaysia (MOM)

Majlis Sukan Negara

MALAYSIA CERGAS

Mengenal pasti Bakat

Mesyuarat panitia pendidikan jasmani

Mesyuarat kurikulum sekolah

Organisasi

Perancangan belanjawan

Peruntukan Kewangan pendidikan jasmani

Profesional.

Psikomotor

Pusat Latihan Negeri dan Daerah

Rancangan tahunan pendidikan jasmani

Sosial

Stor Pendidikan Jasmani

Sukan Prestasi Tinggi

Sukan Untuk Semua (Sukan Massa)

Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia

Bucher, C.A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby

Company Colfer, G.R., Hamilton, K.E. & Magill, R.A. (1986). Contemporary physical

education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher

Page 41: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 1 PENGENALAN PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

27

Laman Web Kementerian Belia dan Sukan Laman Web Majlis Sukan Negara Mohd Taib Harun dan Norlena Salamuddin. Modul Program Pendidikan

Rekreasi UKM : Satu kesinambungan. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1989).

Rancangan kurikulum baru sekolah menengah. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur. Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala

Lumpur: Longman Malaysia. Teng Boon Tong. (2001). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Kursus

Diploma Penguruan Malaysia. Selangor: Pearson Education. Wee Eng Hoe. (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam:

Karisma Production Sdn. Bhd.

Page 42: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

Rekreasi dan Kesenggangan

PENGENALAN

Rekreasi dan kesenggangan bukanlah satu aktiviti baru dalam kehidupan manusia. Sejak zaman dahulu kala, manusia sentiasa akan merasa istirahat dan kegembiraan walaupun sejenak. Pengalaman beraktiviti ini akan berbeza dari seorang dengan yang lain. Setiap manusia mempunyai variasi dan kepelbagaian dalam memilih aktiviti rekreasi dan kesenggangan. Ianya mempunyai perkaitan dengan istirahat dan kegembiraan melalui pengaruh persekitaran yang ada. Kesemua peristiwa, pengalaman dan tempat di mana istirahat dan kegembiraan itu terjadi, dari segi sejarahnya adalah berbeza antara seseorang dan antara satu kelompok budaya dengan yang lain.

TTooppiikk

22

3. Menjelaskan perbezaan di antara aktiviti rekreasi dan kesenggangan;

4. Mengenal pasti jenis aktiviti yang dijalankan dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan; dan

5. Mencirikan konsep aktiviti rekreasi dan kesenggangan

2. Menghuraikan hasil yang boleh diperolehi aktiviti rekreasi dan kesenggangan;

1. Memahami makna rekreasi dan kesenggangan;

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

HASIL PEMBELAJARAN

Page 43: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

29

KONSEP, DEFINISI DAN KEPENTINGAN REKREASI DAN KESENGGANGAN

2.1

2.1.1 Rekreasi

Rekreasi banyak berkait dengan penggunaan masa. Masa digunakan manusia bagi memenuhi pelbagai kehendak dan keperluan asas manusia seperti untuk makan, minum dan tidur, keperluan hidup melakukan pelbagai jenis pekerjaan, dan keperluan untuk berehat. Masa yang dimaksudkan ini boleh didefinisikan sebagai waktu lapang, iaitu waktu yang wujud untuk manusia bebas melakukan apa sahaja dengan kemahuan mereka sendiri. Aktiviti yang dilakukan pula bebas dari sebarang unsur-unsur paksaan. Aktiviti rekreasi adalah merupakan komponen pelbagai bentuk aktiviti ruang dipilih manusia untuk mengisi masa lapang mereka. Berikut adalah antara beberapa teori yang anda boleh kaitkan mengenai rekreasi dan memudahkan anda memahaminya:

(a) Membantu mewujudkan kesejahteraan kesihatan melalui rekreasi

(b) Lebihan tenaga yang boleh disalurkan untuk berekreasi

(c) Wujud pendekatan penggunaan pergerakan fizikal

(d) Pelaksanaan aktiviti tanpa paksaan dan menurut naluri sendiri

(e) Membantu melepaskan tekanan dan pelepasan emosi terkurung

(f) Mampu mengembalikan kesegaran tenaga (energy restoration)

(g) Membantu dalam penglahiran rasa (self expression). Para penggiat rekreasi menggariskan bahawa rekreasi adalah aktiviti, terutamanya aktiviti fizikal, yang mempunyai ciri berikut:

(a) Coraknya beraneka

(b) Aktiviti ini boleh dilakukan secara berseorangan atau berkumpulan

(c) Penyegaran jasmani dan rohani

(d) Perlaksanaan atau penyertaan seseorang dalam aktiviti ini adalah secara sukarela

(e) Masa dilakukannya adalah di luar masa bertugas

(f) Tiada sebarang jadual waktu untuk melakukan aktiviti itu

(g) Aktiviti yang dilakukan oleh seseorang itu seharusnya berlainan corak daripada aktiviti tugasnya yang lazim

Page 44: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

30 TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

(h) Selain daripada untuk mengisi masa lapang luar tugas, aktiviti ini juga bertujuan menjadikan seseorang itu melupakan buat sementara waktu dan tekanan kerja sehariannya.

Rekreasi perlu dilihat sebagai satu aktiviti yang terancang dan mampu memenuhi masa lapang. Rekreasi merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela bertujuan untuk mendapat keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Dalam aktiviti rekreasi tiada peraturan tertentu yang piawai digunakan. Aktiviti rekreasi boleh dijalankan dan diberhentikan bila-bila masa dan dalam bentuk sejagat. Rekreasi adalah kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani emosi dan rohani dan intelektual. Rekreasi merupakan aktiviti fizikal dan bukan fizikal yang melibatkan darat, air dan udara sama ada menggunakan tenaga manusia, kuasa alam (air dan angin) atau menggunakan motor. Aktiviti rekreasi memberikan kesan positif terhadap psikologi dan fisiologi. Pembabitan diri dalam aktiviti rekreasi memberi ruang kepada kita membina jati diri dan ketahanan mental serta dapat memupuk semangat setia kawan antara rakan-rakan di samping dapat menyerapkan nilai murni. Secara amnya rekreasi boleh dibahagikan kepada dua tahap iaitu:

(a) Tahap aktif termasuklah aktiviti pendidikan luar, bersukan, berlakon, bermain alat muzik, berkebun dan berkhemah.

(b) Tahap pasif termasuklah aktiviti membaca, menonton televisyen, mendengar radio atau menjadi penonton aktiviti sukan dan lain-lain.

Dengan menyertai aktiviti rekreasi anda boleh merentasi samudera atau menyelami dasar lautan, menyaksikan keindahan karangan laut atau mempelajari permainan gasing tradisional, berkhemah, meredah hutan belantara. Di Malaysia Kementerian Belia dan Sukan melalui Bahagian Rekreasinya merupakan badan utama bertanggungjawab terhadap aktiviti rekreasi luar seperti kembara, mendaki tembok dan lain-lain. Sementara Kementerian Kebudayaan dan Warisan bertanggungjawab terhadap aktiviti sukan tradisional dan lain-lain.

2.1.2 Kesan daripada Abiliti Rekreasi

Antara hasil yang boleh dapat dinikmati oleh seseorang selepas melakukan aktiviti rekreasi adalah seperti berikut:

Page 45: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

31

(a) Kegembiraan dan Keseronokan

Melalui aktiviti rekreasi dan boleh merasai keseronokan dan mengalami pengalaman baru.

(b) Kepuasan Apabila anda telah berasa gembira dan seronok, anda boleh merasakan kepuasan atas penglibatan dan pengalaman yang dilalui.

(c) Keseimbangan

Melakukan aktiviti rekreasi ianya dapat mewujudkan keseimbangan di antara tekanan kerja dan beraktiviti melalui rekreasi.

(d) Pembinaan Sikap Melalui rekreasi juga seseorang itu dapat membina sikap yang baik seperti bertolak ansur, bekerjasama, berbudi bahasa dan mampu membina kestabilan emosi.

(e) Pembelajaran Melalui aktiviti rekreasi anda boleh mempelajari pelbagai perkara baru yang diperolehi sepanjang aktiviti dan ianya dapat membentuk memperkembangkan daya pemikirannya.

(f) Kebebasan Rekreasi memiliki ciri-ciri tiada wujud sebarang unsur paksaan atau tekanan ketika melakukan aktiviti rekreasi. Oleh yang demikian rekreasi dapat membantu anda menikmati kebebasan dan menentukan hala tuju aktiviti.

(g) Kesegaran Fizikal

Dengan melakukan berbagai bentuk aktiviti rekreasi anda akan memperoleh kesegaran fizikal yang membantu mewujudkan kesihatan jasmani dan mental yang baik.

(h) Interaksi Sosial Melalui aktiviti rekreasi peluang dan ruang untuk berinteraksi melalui rekreasi dapat membantu mewujudkan suasana hubungan sosial yang lebih baik harmoni.

Page 46: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

32 TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

SEMAK KENDIRI 2.1

1. Apakah yang anda faham mengenai rekreasi dan bincangkan ciri-cirinya?

2. Dari penglibatan dalam bidang rekreasi apakah hasil yang berpotensi untuk diperolehi?

KESENGGANGAN 2.2

Kesenggangan merupakan satu bentuk aktiviti yang telah digunakan oleh manusia untuk bermain, melepaskan tekanan atau keletihan daripada aktiviti kerja. Ianya tergolong di dalam konsep kesenggangan, istilah ini diterjemahkan dari perkataan Inggeris „leisure‰. Kehidupan masyarakat secara tradisi telah secara langsung mewujudkan satu institusi kesenggangan yang memainkan peranan memberikan ruang untuk beraktiviti. Dari segi istilah leisure itu berasal dari kata Latin licere, yang membawa maksud Âuntuk menjadi bebas'. Dari perkataan licere itu maka timbul pula istilah loisir dalam bahasa Perancis yang bermaksud Âmembenarkan', dan kata license (bermakna bebas untuk menyeleweng dari peraturan, amalan dan sebagainya) dalam bahasa Inggeris. Kesemua kata-kata ini adalah berkaitan, menyarankan kebebasan atau memberikan pilihan dan ketiadaan paksaan. Berdasarkan istilah Greek Tua leisure adalah „schole‰ yang bermakna aktiviti yang serius tanpa tekanan keperluan. Kata school dalam bahasa Inggeris adalah berasal dari kata Greek untuk leisure tersebut. Dengan itu is membawa implikasi bahawa ada hubungan yang rapat di antara leisure atau kesenggangan dengan pendidikan. Jean Mundy dan Linda Odum berpendapat ketika dalam aktiviti senggang, individu bebas memilih kesempatan yang memberikan suatu pengalaman yang boleh memenuhi kehendak individu pada ketika itu. Kehendak itu pula perlu mampu memenuhi keinginan dan keperluannya. Ini bermakna situasi ini dilihat memberikan ruang yang membenarkan. seseorang memilih untuk beraktiviti secara bebas tanpa halangan.

2.2.1 Konsep Kesenggangan

Kesenggangan merupakan satu bentuk aktiviti yang mempunyai perkaitan rapat di antara rekreasi dan konsep bermain (play). Ketiga-tiganya memiliki elemen

Page 47: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

33

dan ciri-ciri yang saling memerlukan di antara satu sama lain. Berdasarkan dari definisi Torkildsen (1992), Edington (1978) dan Murphy (1990) terdapat kesamaan dalam hujah mereka mengenai kesenggangan. Menurut mereka kesenggangan memiliki ciri-ciri seperti berikut:

(a) Berkait masa

(b) Masa terluang

(c) Sebagai satu aktiviti

(d) Satu aktiviti yang menyenangkan

(e) Memiliki konsep yang menyeluruh „holistic‰

(f) Sebagai satu cara hidup

(g) Simbol taraf sosial

SEMAK KENDIRI 2.2

1. Jelaskan apa yang faham mengenai kesenggangan dan konsepnya.

2. Apakah perbezaan yang boleh anda kaitkan di antara kesenggangandan rekreasi?

AKTIVITI REKREASI DAN KESENGGANGAN 2.3

Setelah anda memahami akan ciri-ciri dan konsep rekreasi dan kesenggangan, anda akan diperkenalkan dengan beberapa aktiviti yang popular dijalankan oleh komuniti aktiviti rekreasi dan kesenggangan di Malaysia

2.3.1 Aktiviti Rekreasi Luar

Definisi rekreasi luar ini mudah dijelaskan kerana aktiviti ini mengaitkan sebarang kegiatan yang dilaksanakan di luar atau berlatarbelakangkan alam sekitar. Dari aspek jenis aktiviti ianya merangkumi spektrum aktiviti yang amat luas.

Page 48: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

34 TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

(a) Berkhemah

Rajah 2.1: Berkhemah

Perkhemahan adalah salah satu komponen aktiviti dalam aktiviti rekreasi. Ianya merupakan satu aktiviti yang terancang yang disusun untuk mencapai matlamat yang dinginkan. Aktiviti ini memerlukan anda berada di persekitaran yang berbeza dari kehidupan biasa. Anda perlu meninggalkan keperluan yang biasa anda gunakan di rumah dan perlu menyesuaikan diri dengan keadaan aktiviti perkhemahan yang tidak memungkinkan anda membawa segala peralatan yang sama seperti di rumah. Anda akan berada dekat dengan alam sekitar dan ianya merupakan satu aktiviti yang menyegarkan.

(b) Berbasikal Bukit (Mountain Biking)

Rajah 2.2: Berbasikal bukit (mountain biking)

Berbasikal bukit ini merupakan satu aktiviti yang memerlukan kemahiran pengendalian basikal bukit yang berkesan dan cekap. Ianya tidak sama seperti perlumbaan atau aktiviti basikal lain kerana aktiviti basikal bukit ini melibatkan laluan-laluan semula jadi yang mencabar seperti berbukit-bukit,

Page 49: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

35

sempit, curam dan sebagainya. Basikal yang digunakan juga berbeza dari pada basikal biasa yang digunakan kerana sifat aktivitinya yang lasak.

(c) Kayak

Rajah 2.3: Kayak

Aktiviti kayak adalah satu aktiviti yang memerlukan anda mengemudi kayak di atas air dengan mengaplikasikan kaedah dan teknik yang paling mudah digunakan. Ianya memerlukan latihan dan kemahiran bagi mengemudi sebuah kayak.

(d) Mendaki Tembok Tiruan dan Semula Jadi

Rajah 2.4: Mendaki tembok tiruan dan semula jadi

Page 50: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

36 TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

Aktiviti mendaki tembok tiruan dan tembok semula jadi ini adalah merupakan salah satu aktiviti rekreasi yang popular masa kini. Aktiviti ini memerlukan kemahiran peserta untuk menggunakan kekuatan tangan dan teknik yang betul untuk sampai ke puncak. Aktiviti ini menggunakan tembok tiruan yang dilengkapi dengan tombol meletak tangan (hand hold) dan kaki (foot hold). Bagi permukaan tembok semula jadi pula ianya memerlukan peralatan khas yang digunakan sebagai „anchor‰ untuk meletak „Pitons‰ sejenis alat yang membantu melekatkan karabiner dari jenis „snap gate‰. Antara peralatan lain diperlukan adalah seperti harness, tali, karabiner, chalk bag dan kasut mendaki. Bagi tujuan pertandingan terdapat pelbagai tembok yang memiliki tahap kesukaran (difficulty) yang berbeza untuk menambahkan cabaran aktiviti ini. Aktiviti ini juga boleh dilakukan di luar dengan menggunakan tembok-tembok semula jadi seperti permukaan gunung batu kapur dan ianya lebih mencabar berbanding memanjat tembok tiruan.

(e) Mendaki Gunung (Mountaineering)

Rajah 2.5: Mendaki gunung (mountaineering)

Mendaki gunung merupakan satu aktiviti yang mampu memberikan cabaran dan kepuasan kepada penggiatnya. Ianya bukan hanya bertumpu kepada pendakian dan menikmati akan keindahan panorama dari kawasan tinggi tetapi ianya juga turut mencabar fizikal dan mental, berisiko dan memerlukan usaha yang gigih tanpa putus asa. Aktiviti ini memerlukan penggiatnya memiliki kemahiran asas dalam aktiviti rekreasi luar seperti berkhemah, penggunaan tali, navigasi, keselamatan, ikhtiar hidup, dan pertolongan cemas. Kemahiran ini akan menjadi pelengkap kepada aktiviti mendaki gunung sebagai contoh ada gunung yang memerlukan peserta

Page 51: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

37

bermalam di sepanjang laluan kemahiran berkhemah amat diperlukan manakala navigasi pula bagi membantu anda menyemak kedudukan dengan peta dan kompas.

(f) Kembara Hutan (Jungle Tracking)

Rajah 2.6: Trekking

Trekking adalah satu aktiviti yang dilakukan dengan melalui denai-denai dan jalan kecil di dalam hutan. Aktiviti ini memerlukan satu kawasan yang luas dan jarang di lalui oleh orang mahupun binatang. Trekking biasanya di lakukan di dalam hutan simpan atau hutan dara yang belum di terokai. Impak melalui aktiviti seperti selain mencabar kemampuan fizikal dan mental peserta ianya dapat merapatkan hubungan manusia dan alam sekitar.

(g) Paintball

Rajah 2.7: Paintball

Page 52: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

38 TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

Paintball satu sukan ekstrem baru dan sedang mendapat tempat di negara kita. Ia mulanya berasal daripada aktiviti mewarnakan pokok di hutan dan menandakan lembu untuk disembelih. Ketika itu ianya menggunakan Âspray gunÊ untuk menandakan lembu atau pokok. Disebabkan terlalu bosan, mereka mula menembak sesama sendiri dan akhirnya sukan paintball mula tercipta. Perang dalam sukan ini Paintball membabitkan dua kumpulan yang bertarung untuk menyelamatkan bendera mereka di tempat musuh. Ketika peperangan ini peluru paintball yang digunakan akan pecah menjadi warna setelah ditembak. Aktiviti paintball diadakan dengan tujuh peserta untuk setiap kumpulan. Misi utama dalam aktiviti ini ialah untuk mendapatkan bendera yang dicacakkan di tengah padang. Setiap kumpulan diberi peluang untuk berperang sebanyak tiga kali.

(h) ÂWhitewater RaftingÊ

Rajah 2.8: Whitewater rafting

White Water Rafting adalah satu aktiviti rekreasi yang amat mencabar fizikal dan mental para penggemarnya. Aktiviti ini memerlukan peserta memiliki kekuatan daya tahan yang maksimum. Aktiviti ini membawa peserta mengemudi bot getah menerusi sungai yang memiliki jeram yang dilabel mengikut tahap kesukaran. Lebih sukar tahap satu-satu jeram yang bakal dilalui maka bertambah mencabar dayungan dan kawalan ketika melaluinya.

Page 53: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

39

(i) Selam ÂScubaÊ

Rajah 2.9: Selam scuba

Scuba adalah ringkasan kepada Self Contained Underwater Breathing Apparatus (Peralatan Pernafasan Bawah Air Lengkap Diri). Aktiviti selaman scuba ini merupakan aktiviti yang dilakukan di bawah permukaan air. Ianya dilakukan dengan menggunakan bantuan alatan menyelam. Ianya menggunakan tangki udara yang membekalkan bekalan udara bagi membolehkan penyelam kekal lama bawah air untuk jangka masa yang agak lama. Aktiviti seperti melihat keindahan laut, spesies hidupan dan karangan laut merupakan aktiviti yang biasa dilaksanakan ketika selam scuba.

(j) ÂOrienteeringÊ

Rajah 2.10: Orienteering

Orienteering adalah satu aktiviti rekreasi yang memerlukan seseorang itu menggunakan peta dan kompas untuk menuju dari satu titik ke satu titik

Page 54: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

40 TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

kawalan yang lain. Aktiviti orienteering ini bukan hanya memerlukan seseorang itu memiliki kemahiran membaca peta dan kompas tetapi mereka juga perlu mantap dari segi kemampuan fizikal dan mental.

(k) Snorkeling

Rajah 2.11: Snorkeling

Snorkeling adalah aktiviti yang membolehkan anda melihat dan menghayati hidupan di dasar laut seperti terumbu karang dan spesies hidupan marin dengan menggunakan topeng muka dan bernafas dengan menggunakan Âsnorkel' .Aktiviti ini juga merupakan salah satu aktiviti rekreasi yang amat popular pada masa ini selain dari aktiviti yang lebih mencabar dan agak sofistikated seperti Âselam scuba‰. Aktiviti snorkeling ini dapat membantu seseorang individu menikmati pemandangan dalam laut dengan menggunakan beberapa peralatan ringan serta mudah dikendalikan. Peralatan yang gunakan agak ringkas dan ianya terdiri dari peralatan-peralatan asas seperti, topeng (mask), snorkel, dan fins.

SEMAK KENDIRI 2.3

1. Bincangkan apakah ciri-ciri yang terdapat dalam setiap aktiviti yangdiperkenalkan dalam rekreasi.

2. Kenal pasti apakah kepentingan aktiviti luar ini kepada pendidikandi sekolah.

Page 55: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

41

2.3.2 Aktiviti Rekreasi Dalaman

Aktiviti rekreasi dalaman pula banyak melibatkan aktiviti yang dilaksanakan secara dalaman seperti di dalam dewan, rumah, kelas dan sebagainya. Ianya tidak melibatkan aktiviti dan persekitaran luaran. Jenis-jenis aktivitinya juga disesuaikan untuk dilakukan dalam suasana dan persekitaran dalaman. (a) Sukan Siber (Cyber Sports)

Rajah 2.12:Sukan siber (cyber sports)

Rekreasi terbaru di abad ini ialah penggunaan aplikasi sukan secara elektronik dalam talian internet. Terdapat pelbagai jenis aplikasi sukan yang berbentuk maya dimainkan secara „online‰ di seluruh dunia. Permainan ini boleh dimainkan secara berpasukan dan juga secara individu. Pemain hanya perlu menghubungi pemain lain di mana saja mereka berada di dunia yang berada dalam system yang sama. Perhubungan ini boleh dilakukan melalui sistem „internet relay chat‰ yang biasa digunakan. Ianya mampu mewujudkan satu komuniti yang membentuk satu liga permainan siber. Setiap liga yang diwujudkan perlu mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

Antara liga „online‰ yang popular adalah seperti Cyber athlete Amateur League, Cyber Evolution, Clan Base, United Kingdom Electronic Sports Network dan Electronic Sports League. (b) Permainan Catur

Rajah 2.13: Bidak buah catur

Page 56: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

42 TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

Catur adalah permainan yang menggunakan kemahiran berfikir dan dimainkan oleh dua orang. Pecatur adalah orang yang memainkan catur. Sebelum sebarang permainan dimulakan pecatur memilih biji catur yang akan ia mainkan. Terdapat dua warna yang biasa bagi bidak catur iaitu hitam dan putih. Kebiasaannya permainan yang memiliki buah berwarna putih akan memulakan langkah pertamanya dan diikuti selanjutnya oleh pemain buah hitam secara bergantian sehingga tamat permainan.

2.3.3 Aktiviti Kesenggangan

Bagi aktiviti kesenggangan pula kebanyakan dari aktivitinya terdiri daripada aktiviti yang sama seperti aktiviti rekreasi. Manusia bebas memilih jenisnya tetapi apa yang perlu dilihat konsep dan ciri-ciri kesenggangan itu dilakukan untuk tujuan apa. Aktiviti kesenggangan melibatkan masa yang membantu manusia untuk melepaskan tekanan dari rutin kehidupan biasa seperti bekerja dengan menggantikan dengan aktiviti yang dipilih tanpa ada unsur paksaan dan memberikan kesan kepada mental dan fizikal pelaku.

SEMAK KENDIRI 2.4

1. Apakah perbezaan yang terdapat pada aktiviti rekreasi luar dandalaman?

2. Bagaimanakah aktiviti kesenggangan boleh memanfaatkankehidupan

2.3.4 Pengurusan Aktiviti Rekreasi dan Kesenggangan

Bagi setiap aktiviti rekreasi yang ingin dilaksanakan ianya perlu dirancang secara teliti dengan mengambil kira pelbagai aspek penting bagi setiap jenis aktiviti rekreasi ataupun kesenggangan. Perancangan ini bukan hanya diguna pakai untuk aktiviti rekreasi berkumpulan sahaja malah ianya juga melibatkan aktiviti rekreasi yang hendak dijalankan secara bersendirian. Dalam konteks ini perancangan yang menyeluruh perlu mengambil kira pelbagai perkara penting dalam aktiviti rekreasi baik dari segi peralatan hinggalah kepada keselamatan.

Page 57: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

43

PENGURUSAN AKTIVITI REKREASI 2.4

Rajah 2.14: Proses perancangan aktiviti rekreasi

Dalam merancang sebarang jenis aktiviti rekreasi anda perlu melalui proses perancangan yang mengambil kira pelbagai aspek penting yang perlu difikirkan bagi mendapat hasilan aktiviti yang dingini. Beberapa faktor yang perlu dititik beratkan dalam perancangan adalah seperti berikut:

(a) Maklumat aktiviti

(b) Objektif aktiviti

(c) Organisasi

(d) Persiapan

(e) Logistik

(f) Kewangan

(g) Pelaksanaan

(h) Keselamatan

2.4.1 Maklumat Aktiviti

Sebagai perancang aktiviti anda perlu tahu jenis aktiviti yang bakal anda pilih untuk dilaksanakan. Maklumat mengenai aktiviti tersebut perlu mengambil kira akan faktor latar belakang peserta yang sesuai mengikutinya dan juga tahap

Page 58: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

44 TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

kesukaran yang bakal dihadapi. Antara sumber-sumber maklumat yang boleh diperolehi adalah seperti laporan aktiviti, brochures, rencana akhbar, majalah, laman web, persatuan, agensi kerajaan dan juga syarikat swasta. Beberapa contoh maklumat yang perlu anda cari adalah seperti:

(a) Penerangan mengenai aktiviti.

(b) Bagaimana untuk terlibat dalam aktiviti ini.

(c) Jika ingin mendaki sebagai contoh anda perlu mendapatkan maklumat mengenai cuaca, jarak dan bentuk muka bumi kawasan pendakian.

(d) Potensi bahaya yang bakal dihadapi.

(e) Peralatan asas yang diperlukan untuk aktiviti.

(f) Kemudahan yang disediakan untuk pelbagai tujuan termasuk ketika berlaku kecemasan.

(g) Kadar harga yang akan dikenakan. Selain daripada itu juga sebagai perancang anda perlu juga menyemak jika sebarang aktiviti rekreasi itu perlu mendapat kebenaran bertulis dari pihak berwajib seperti Majlis kerajaan Tempatan, Jabatan Perhutanan, Polis dan sebaginya. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada melanggar sebaran peraturan atau syarat yang ada di keluar oleh pihak berwajib bagi tujuan mengawal dan memantau keselamatan para peserta.

2.4.2 Objektif Program

Berbalik kepada definisi rekreasi dan kesenggangan anda perlu mengklasifikasikan aktiviti anda. Anda perlu tahu apakah tujuan utama pelaksanaan aktiviti dan „output‰ yang anda inginkan. Ianya mungkin untuk tujuan berseronok ataupun untuk tujuan pembangunan kendiri dan anda perlu tentukan. Sesuatu objektif program itu perlu boleh diukur dengan membuat perbandingan berdasarkan objektif yang telah digariskan bagi satu-satu aktiviti atau dengan kata lain objektif perlu melambangkan sesuatu yang ingin dicapai.

2.4.3 Organisasi

Berikutnya setelah menetapkan jenis dan matlamat objektif aktiviti sudah sampai waktunya bagi melaksanakan aktiviti melalui penubuhan satu organisasi yang akan merealisasikan aktiviti yang telah dirancang. Melalui organisasi ini anda

Page 59: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

45

perlu memilih ahli jawatankuasa yang akan bertanggungjawab untuk melaksanakan tugasan yang telah dirancang. Sebagai contoh seperti penubuhan pelbagai jawatankuasa kecil seperti jawatankuasa keselamatan, logistik, aktiviti, ketering/makanan, kewangan dan sebaginya. Inilah dinamakan pengurusan di mana melalui pengorganisasian semua tugasan dilakukan melalui anggota yang anda bagi mencapai satu objektif yang diinginkan.

2.4.4 Persiapan

Rajah 2.15: Persiapan dan pemeriksaan peralatan aktiviti

Dalam fasa persiapan ini anda sebagai perancang perlu melihat aktiviti persiapan ini dari pelbagai sudut antaranya seperti menyediakan kenderaan peserta, insurans peserta, kelulusan aktiviti, bekalan makanan, kelengkapan dan peralatan aktiviti dan sebagainya. Bagaimana anda boleh memantau persiapan ini dilaksanakan dengan berkesan? Berikut adalah beberapa panduan yang anda boleh gunakan untuk memastikan persiapan telah berjalan seperti yang dirancang:

(a) Menyediakan carta aliran kerja yang boleh disemak dan diikuti oleh semua anggota jawatankuasa.

(b) Persiapan yang perlu dijalankan dan menetapkan bila tugasan tersebut perlu disediakan sebagai contoh kelulusan program perlu diperolehi dari pihak pengurusan atau proses pinjaman peralatan aktiviti.

(c) Pemantauan yang berterusan ketika persiapan perlu dilakukan oleh Ketua projek atau pengerusi jawatankuasa agar semua aktiviti persiapan menepati jadual dan perancangan yang telah ditetapkan.

Page 60: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

46 TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

(d) Menyediakan senarai semak yang boleh dijadikan panduan kepada anda bagi menentukan semua agenda persiapan telah dilakukan.

(e) Mesyuarat merupakan satu aktiviti yang perlu dilaksanakan secara berterusan bagi mendapatkan gambaran mengenai status persiapan, masalah yang dihadapi dan juga dalam masa yang sama meninjau prestasi persiapan aktiviti. Melalui mesyuarat juga anda boleh berkomunikasi secara terus dan berbincang untuk menyelesaikan masalah.

(f) Jika aktiviti yang ingin dilaksanakan itu perlu melibatkan latihan seperti aktiviti mendaki gunung misalnya, maka perancangan yang rapi untuk latihan mendaki perlu dititikberatkan. Antara latihan yang boleh dijalankan adalah seperti latihan kecergasan, latihan penyesuaian iklim, latihan menggunakan peralatan, latihan menyelamat dan sebagainya.

2.4.5 Logistik

Rajah 2.16: Kemudahan penginapan yang baik melicinkan perjalanan aktiviti

Bagi tujuan logistik anda perlu memastikan apakah kemudahan logistik yang perlu disediakan untuk menyokong aktiviti yang bakal anda laksanakan. Tanpa kemudahan logistik yang baik anda akan berhadapan dengan pelbagai kesukaran ketika aktiviti dilaksanakan. Antara contoh kemudahan logistik adalah seperti kemudahan:

(a) Peralatan aktiviti

(b) Bekalan makanan

(c) Pengangkutan darat atau air

Page 61: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

47

(d) Tempat penginapan dan sebagainya

2.4.6 Kewangan

Melalui maklumat-maklumat yang telah diperolehi dan apa yang telah anda rancang, anda sudah boleh mengenal pasti anggaran kewangan yang diperlukan bagi aktiviti. Anda perlu membuat anggaran perbelanjaan kewangan aktiviti ini berdasarkan keperluan yang amat diperlukan untuk memastikan aktiviti tersebut boleh dijalankan. Elakkan dari memasukkan perbelanjaan yang tidak penting bagi mengelakkan pembaziran. Melalui rancangan kewangan ini juga anda perlu memastikan bagaimana sumber kewangan boleh diperolehi dalam jangka masa yang telah ditetapkan antaranya seperti mendapatkan penajaan, mengumpul wang sumbangan ahli dan sebagainya.

2.4.7 Pelaksanaan

Seperti yang telah dirancang tibalah masanya untuk melaksanakan atau merealisasikan apa yang telah dirancang sekian lama. Ketika pelaksanaan aktiviti anda perlu mengambil kira semua keperluan aktiviti telah dilengkapkan untuk mengelak sebarang kekalutan ketika aktiviti bakal berjalan. Melalui penjadualan aktiviti yang tersusun dan mengambil kira semua aspek perancangan aktiviti juga akan menjadi penentu kepada kelicinan aktiviti.

2.4.8 Keselamatan

Rajah 2.17: Pemeriksaan keselamatan peralatan perlu dilakukan sebelum, semasa dan

selepas aktiviti dijalankan

Page 62: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

48 TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

Menitik berat dan mengutamakan keselamatan merupakan agenda yang perlu sentiasa ada kepada perancang aktiviti rekreasi. Keselamatan bukan hanya tertumpu kepada aspek tertentu sahaja tetapi ianya perlu mengambil kira pelbagai aspek. Sebagai contoh melaksanakan aktiviti ekspedisi berkayak, anda perlu memastikan keselamatan seperti:

(a) Peralatan peserta seperti kayak dan jaket keselamatan selamat digunakan

(b) Peserta membawa keperluan yang cukup ketika aktiviti seperti makanan yang cukup, air dan peralatan ikhtiar hidup

(c) Keadaan cuaca, arus kekuatan laut, pasang surut air dan kawasan yang berombak kuat dan berbahaya

(d) Memastikan kumpulan ekspedisi diiringi oleh bot keselamatan yang berkuasa tinggi untuk tujuan menyelamat ketika kecemasan

Anda juga perlu sentiasa memastikan kesemua peralatan aktiviti selamat digunakan dan perlu diperiksa sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan. Pemilihan tempat aktiviti juga perlu dipastikan selamat dengan mengadakan penilai potensi bahaya di persekitaran tempat. Anda juga perlu menyediakan satu pelan tindakan kecemasan sebagai iaitu ketika berlaku kecemasan berlaku apakah tindakan yang perlu dibuat seperti memiliki nombor agensi menyelamat, hospital, polis dan sebagainya.

PENILAIAN DAN MAKLUM BALAS AKTIVITI

2.5

Perlunya pada setiap kali selesainya sebarang aktiviti, satu penilaian yang menyeluruh perlu dijalankan bagi meninjau akan keberkesanan aktiviti. Penilaian boleh dilakukan melalui seisi maklum balas bersama peserta dan juga anggota pelaksana aktiviti. Apa yang ingin diperolehi dari aktiviti penilaian dan maklum balas ini bukanlah untuk mencari kesilapan tetapi ianya bertujuan untuk mengetahui pelbagai isu dan permasalahan yang berlaku sepanjang aktiviti dijalankan. Maklumat yang diperolehi ini boleh dijadikan panduan dan rujukan di masa akan datang bagi memperkemaskan lagi perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang sama di masa-masa akan datang.

Page 63: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

49

SEMAK KENDIRI 2.5

1. Senaraikan faktor-faktor penting yang perlu dititik beratkan dalamperancangan aktiviti rekreasi dan kesenggangan.

2. Apakah kepentingan menjalankan penilaian aktiviti?

• Rekreasi banyak berkait dengan penggunaan masa.

• Masa yang dimaksudkan dengan rekreasi ini boleh didefinisikan sebagai waktu lapang, iaitu waktu yang wujud untuk manusia bebas melakukan apa sahaja dengan kemahuan mereka sendiri.

• Kesenggangan merupakan satu bentuk aktiviti yang mempunyai perkaitan rapat di antara rekreasi dan konsep bermain (play).

• Kesenggangan merupakan satu bentuk aktiviti yang telah digunakan oleh manusia untuk bermain, melepaskan tekanan atau keletihan daripada aktiviti kerja. Ianya tergolong di dalam konsep kesenggangan, istilah ini diterjemahkan dari perkataan Inggeris „leisure‰. Kehidupan masyarakat secara tradisi telah secara langsung mewujudkan satu institusi kesenggangan yang memainkan peranan memberikan ruang untuk beraktiviti.

• Beberapa faktor yang perlu dititik beratkan dalam perancangan adalah seperti maklumat aktiviti, objektif, aktiviti, organisasi, persiapan, logistik, kewangan, pelaksanaan dan keselamatan.

• Maklumat yang diperolehi melalui penilaian aktiviti boleh dijadikan panduan dan rujukan di masa akan datang bagi memperkemaskan lagi perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang sama di masa-masa akan datang.

Darly Siedentop. (2001). Introduction to Physical Education, Fitness and Sports.

New York : Mc Graw Hill. Charles A. Bucher. (2002). Management of Physical Education and Sports. New

York: Mc Graw Hill.

Page 64: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

50 TOPIK 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

Covell et. al. (2003). Managing Sports Oragnization:Responsibilty for Performance. Canada:Thomsom South Western

Trevor Slack. (1997). Undertanding Organization: Aopplication of Organization

Theory. USA: Human Kinetic. Richard F. Mull et. al. (1997). Recreational Sports Management. Human Kinetics.

USA John R. Olson. (1997). Facility and Equipnment Management for Sports Directors.

Illinios : Human Kinetics. Ruben Acosta Hernandez. (2002). Managing Sports Organization. USA: Human

Kinetics. Judith E. Rink (2002). Teaching Physical education for Learning. New York: Mc

Graw Hill. Christoper R. Edinton. et. al. (2004). Leisure Programming. New York: Mc Graw

Hill. John C. Miles. et. al. (1990). Adventure Education. USA: Venture Publishing.

Page 65: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

Perancangan Organisasi dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan

PENGENALAN

Pengorganisasian adalah merupakan salah satu aktiviti penting dalam pengurusan. Organisasi bermaksud satu sistem atau kaedah yang tersusun dan memiliki tatacara peraturan yang telah diwujudkan. Pengorganisasian ini adalah aktiviti pengurusan yang mengkordinasikan kegiatan manusia di dalam organisasi dengan sumber yang dimiliki oleh organisasi. Ianya kemudian digabungjalinkan melalui kepimpinan dan aktiviti pengurusan yang berkesan

TTooppiikk

33

4. Mengenal pasti kelebihan dan kelemahan dalam struktur organisasi

3. Menjelaskan bagaimana prinsip asas dalam pengorganisasian dapat dipraktikkan

2. Menghuraikan kepentingan organisasi

1. Memahami konsep asas perancangan struktur organisasi dalam pengurusan pendidikan jasmani dan sukan

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

Page 66: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

52 TOPIK 3 PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

dan mantap. Proses pengurusan seperti ini merupakan sumbangan organisasi kepada masyarakat dan juga individu untuk memenuhi kehendak mereka yang berbagai.

KONSEP ORGANISASI 3.1

Untuk memudahkan anda memahami dengan lebih dekat lagi apa yang dimaksudkan dengan organisasi berikut adalah beberapa fakta penting mengenai konsep organisasi:

(a) Konsep organisasi bermaksud gagasan, ciri, sifat sesebuah badan.

(b) Penubuhan sesebuah organisasi adalah berasaskan falsafah, matlamat atau objektif tertentu yang disulami dengan peraturan.

(c) Ia merangkumi dasar asas dengan nilai yang tertentu, kefahaman atau kepercayaan, undang-undang atau peraturan, panduan pengurusan dan sebagainya.

(d) Peraturan dan tatacara menjadi pedoman untuk mengawal perjalanan organisasi.

(e) Apabila disebut organisasi, ia membayangkan satu gagasan yang tersusun dengan rangkaian-rangkaian tertentu baik dari segi dalaman ataupun perhubungan luar.

(f) Memiliki struktur organisasi dan struktur kepimpinannya yang tersendiri. Struktur ini menerangkan aliran kepimpinan dan pertalian antara satu jawatan dengan yang lain.

(g) Dalam sebuah organisasi wujud lapisan kepimpinan yang melibatkan pemimpin, pengurusan dan anggota biasa.

(h) Pemimpin membuat dasar kepimpinannya serta menggariskan hala tuju organisasi. Perancangan dibuat dengan mengatur program untuk melaksanakan dasar tersebut.

(i) Pengurusan membuat interpretasi dasar serta melaksanakan perancangan yang telah diputuskan. Ia mengatur program dan aktiviti untuk memenuhi matlamat tersebut.

(j) Anggota biasa dari masa ke semasa dilantik dalam pelbagai bidang pengurusan untuk membantu perlaksanaan aktiviti organisasi.

(k) Organisasi boleh diibaratkan seperti tubuh manusia:

Page 67: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 3 PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

53

Otak = Minda Merancang Pimpinan

Mata/Telinga = Deria Sumber

Maklumat/Analisis

Pengurusan

Hati Nilai/Pertimbanga

n Peraturan/

Perlembagaan

Anggota Pelaksana Kakitangan

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Bincangkan apakah konsep-konsep utama yang ada dalam organisasi.

2. Pilih satu organisasi sukan, melalui perbincangan cuba kenal pastikewujudan kesemua konsep ini dalam organisasi tersebut.

DEFINISI ORGANISASI 3.2

Organisasi merupakan satu sistem yang wujud dan memiliki perkaitan antara sumber yang ada dan juga persekitaran yang setiap satunya saling memiliki pertalian di antara satu sama lain. Berikut adalah beberapa definisi mengenai organisasi:

(a) Organisasi adalah merupakan agen penyelarasan yang dapat menyesuaikan pelbagai aktiviti manusia untuk diselaraskan bagi mencapai satu tujuan dan matlamat organisasi melalui pembahagian buruh, fungsi dan juga melalui hierarki berautoriti dan tanggungjawab.

(b) Organisasi adalah merupakan satu sistem aktiviti atau kuasa personal yang diselaraskan secara disedari dan mudah.

(c) Organisasi adalah merupakan satu entiti kumpulan manusia yang bekerja bersama dan diketuai oleh seorang ketua atau pemimpin bagi mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan.

(d) Organisasi adalah satu unit sosial yang sengaja dibentuk dan dibentuk semula untuk sesuatu matlamat.

Page 68: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

54 TOPIK 3 PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

MATLAMAT ORGANISASI 3.3

Organisasi kini bukan hanya memiliki satu matlamat tetapi ada yang memiliki lebih dari satu. Pencapaian sesebuah organisasi yang hanya memiliki satu matlamat sahaja agak mudah dicapai dan ianya mudah diukur sama ada akan berakhir dengan pencapaian cemerlang ataupun sebaliknya. Bagi organisasi yang memiliki lebih daripada satu matlamat, senarionya agak berbeza di mana ianya agak sukar untuk diukur pencapaian organisasi tersebut kerana masih ada matlamat yang masih belum dipenuhi. Matlamat bagi sesebuah organisasi adalah suatu usaha yang perlu dicapai oleh organisasi. Melalui matlamat yang telah ditetapkan kesemua aktiviti pengurusan organisasi akan tertumpu pada sumber yang sedia ada dan usaha-usaha yang terdapat dalam sebuah organisasi. Dengan kata lain sesuatu matlamat itu boleh diibaratkan sebagai destinasi atau cita cita sesebuah organisasi berdasarkan falsafah kewujudannya. Sebagai contoh, organisasi sukan di Malaysia ditubuhkan khusus untuk mengembangkan pelbagai disiplin sukan dan berperanan penting untuk memajukan sukan itu ke tahap yang diinginkan berdasarkan matlamat yang ingin dicapai. Dalam pada itu matlamat organisasi juga memiliki beberapa matlamat tambahan. Bagi organisasi sukan matlamat utama ialah untuk mendapatkan mengembangkan disiplin sukan hingga ke akar umbi, tetapi matlamat tambahan yang dimaksudkan ialah seperti berjaya menghasilkan atlet yang bertaraf antarabangsa. Contoh matlamat tambahan yang lain seperti meningkatkan imej organisasi, meningkatkan kecekapan pengurusan dan sebagainya. Matlamat bagi sesebuah organisasi amat penting kerana:

(a) Mampu menjadikan kewujudan organisasi tersebut sah dan tidak menyalahi undang undang.

(b) Matlamat akan bertindak sebagai satu aktiviti atau tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh organisasi.

(c) Matlamat organisasi bertindak sebagai satu titik permulaan bagi semua kegiatan organisasi.

(d) Matlamat juga bertindak sebagai satu desakan atau paksaan yang mesti dilakukan oleh sesebuah organisasi.

Page 69: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 3 PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

55

SEMAK KENDIRI 3.2

1. Berdasarkan definisi yang telah anda baca mengenai organisasibincangkan perkaitannya dalam konsep organisasi yang sebenar.

2. Apakah kepentingan dalam menetapkan matlamat bagi sesebuahorganisasi?

CIRI-CIRI SEBUAH ORGANISASI 3.4

Berikut adalah ciri-ciri yang ada kepada sebuah organisasi: (a) Organisasi Mempunyai Tujuan yang Jelas

Organisasi dibentuk berdasarkan tujuan yang ingin dicapai. Misalnya bagi setiap organisasi sukan utama di Malaysia setiap satunya memiliki tujuan penubuhan yang berfungsi untuk menaungi setiap jenis disiplin sukan di samping tugas utamanya mengembangkan jenis permainan tersebut hingga ke peringkat antarabangsa.

(b) Autoriti Berhierarki

Ini merupakan tahap kuasa yang bermula dari tahap tertinggi dan membawa kepada tahap yang paling rendah dalam sesebuah organisasi. Prinsip ini diamalkan untuk menghubungkan semua peringkat pekerja dalam organisasi dan mewujudkan keselarasan dalam setiap pengurusan kerja dapat dilakukan dengan berkesan.

Rajah 3.1: Contoh autoriti yang formal (Lembaga Pengurusan MSSM

Page 70: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

56 TOPIK 3 PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

(c) Pemusatan Perintah Seseorang individu dalam sesebuah organisasi hanya akan menerima perintah serta arahan daripada seorang pihak atasan saja.

(d) Delegasi Tugasan

Seorang pemimpin mempunyai kemampuan yang terbatas dalam menjalankan tugasnya dalam organisasi, maka dalam keadaan ini ia perlu dilaksanakan delegasi tugasan kepada orang bawahannya.

Dalam delegasi kerja kuasa yang diberikan meliputi aktiviti seperti membuat keputusan, hubungan luar dan mengambil sebarang tindakan perlu berlandaskan tatacara organisasi tanpa perlu merujuk orang atasan setiap masa.

(e) Kepertanggungjawaban

Dalam menjalankan tugasnya setiap pegawai harus bertanggungjawab sepenuhnya kepada pihak atasan.

(f) Pembahagian Tugas

Dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan sesebuah organisasi tidak akan sepi dari melakukan pelbagai aktiviti pengurusan. Untuk memastikan setiap aktiviti pengurusan itu dijalankan sebaik mungkin oleh setiap anggota kerja maka satu pembahagian tugas dilaksanakan.

Pelaksanaan ini dibuat berdasarkan kemampuan dan jawatan setiap anggota. Deskripsi dan bidang tugas yang jelas akan memudahkan urusan tugasan dan rasa tanggungjawab kepada setiap tugasan yang diberikan.

(g) Span of ManagementÊ

Ini bermaksud jumlah kakitangan yang harus dikendalikan oleh seseorang ketua perlu diatur dengan sempurna. Jumlah aturan kakitangan ini perlu disesuaikan dengan bentuk dan jenis organisasi, semakin besar organisasi dengan jumlah kakitangan dan pegawai yang ramai maka semakin rumit aturan tersebut. Ada dua jenis aturan iaitu ÂFlat structureÊ dan ÂTall StructureÊ seperti dalam rajah di bawah.

Page 71: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 3 PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

57

Rajah 3.2: Contoh Âspan of managementÊ

(h) Pemisahan Tanggungjawab

Setiap tanggungjawab dan beban tugas seseorang kakitangan tidak dapat dipindahkan tanggungjawabnya kepada orang lain sewenang-wenangnya. Ini berdasarkan pengkhususan dan tanggungjawab dari seorang kakitangan dan kakitangan lain adalah berbeza mengikut bidang tugas.

(i) Keseimbangan Keseimbangan antara struktur organisasi yang efektif dengan tujuan organisasi. Dalam perkara ini, penyusunan struktur organisasi harus di sesuai dengan matlamat sesebuah organisasi.

Matlamat sesebuah organisasi akan diwujudkan melalui aktiviti yang akan dilakukan. Organisasi sukan peringkat daerah misalnya, aktiviti sukan yang dianjurkan juga akan lebih sederhana dan bersesuaian dengan fungsinya berbanding organisasi sukan peringkat negeri ataupun kebangsaan.

Page 72: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

58 TOPIK 3 PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

(j) Fleksibiliti Organisasi harus senantiasa melakukan pertumbuhan dan perkembangan sesuai dengan dinamakan organisasi sendiri (internal factor) dan dengan kewujudan pengaruh di luar organisasi (external factor), sehingga organisasi mampu menjalankan fungsinya dalam mencapai tujuan yang ingin dicapai.

(k) Kepemimpinan Organisasi amat memerlukan kepemimpinan yang baik dan berkesan, atau dengan kata lain organisasi mampu menjalankan aktiviti pengurusan kerana adanya proses kepemimpinan yang digerakkan oleh pemimpin dalam organisasi tersebut.

SEMAK KENDIRI 3.3

1. Senaraikan apakah ciri-ciri utama yang ada dalam sesebuahorganisasi.

2. Melalui pengalaman dan pengetahuan anda mengenai organisasitidak kira besar atau sederhana cuba fikirkan kewujudan kesemuaciri-ciri ini dalam sesebuah organisasi

STRUKTUR ORGANISASI 3.5

Secara tradisionalnya sebuah organisasi yang formal boleh digambarkan sebagai satu kumpulan manusia yang bekerjasama untuk mencapai sesuatu objektif yang dikehendaki berdasarkan autoriti hariki yang jelas. Bagi mencapai matlamat yang diinginkan mewujudkan satu struktur organisasi yang baik dan berkesan adalah perlu. Berikut adalah beberapa contoh struktur organisasi yang sering diguna pakai:

Page 73: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 3 PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

59

(a) Struktur Fungsian (Functional Departmentation)

Rajah 3.3: Struktur fungsian

Struktur jenis ini merupakan struktur yang paling asas. Perkataan fungsian itu sendiri melambangkan satu aktiviti utama yang fokus. Kakitangan yang memiliki kemahiran yang sama disatukan di bawah satu jabatan. Ianya diketuai oleh seorang ketua yang mewakili setiap jabatan dan beliau akan bertanggungjawab memastikan kesemua matlamat jabatannya tercapai. Kebanyakan organisasi sukan yang sederhana distrukturkan secara fungsian.

Rajah 3.4: Contoh carta organisasi Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri

Page 74: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

60 TOPIK 3 PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Kelebihan struktur jenis ini:

(i) Kakitangan akan lebih mahir kerana sering melakukan tugasan yang sama

(ii) Tugasan seorang ketua akan lebih menjurus (narrow) dan kecil skopnya serta terhad kepada tanggungjawab di jabatannya sahaja

(iii) Pengagihan dan koordinasi kerja mudah dijalankan

(iv) Pencapaian satu matlamat yang ingin dicapai melalui struktur ini lebih mudah untuk diukur.

(b) Struktur Pelbagai Bahagian (Multidivisional)

Struktur ini digunakan oleh organisasi utama yang memiliki tanggungjawab yang pelbagai sebagai contoh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang membahagikan tugasan penting melalui struktur ini. Dalam struktur jenis ini setiap bahagian adalah terasing antara satu sama lain dan setiapnya memiliki fungsian sokongan masing-masing.

Page 75: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 3 PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

61

Rajah 3.5: Struktur organisasi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS)

Sumber: Laman web rasmi KBS

Page 76: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

62 TOPIK 3 PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Kelebihan struktur jenis ini:

(i) Meningkatkan keberkesanan organisasi

(ii) Meningkat kawalan

(iii) Mudah untuk mengukur pencapaian bagi setiap bahagian Kekurangan struktur jenis ini:

(i) Ada kalanya sukar untuk menguruskan perhubungan korporat atau

(ii) antara bahagian

(iii) Masalah Koordinasi antara bahagian

(iv) Birokrasi

(v) Masalah Komunikasi (c) Struktur Mengikut Geografi

Struktur jenis ini pula diwujudkan berdasarkan lokasi operasinya yang luas misalnya di serata dunia. Struktur jenis ini boleh diubahsuaikan serta mampu mengimbangi kemampuan utamanya dengan keperluan ahli di wilayah yang terlibat.

Page 77: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 3 PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

63

Rajah 3.6: Struktur organisasi Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH)

Sumber: Laman web rasmi FIH

Page 78: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

64 TOPIK 3 PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Struktur jenis ini membenarkan setiap wilayah memusatkan fungsiannya ke ibu pejabat FIH dan mendelegasikan tugas yang lain berdasarkan keperluan mengikut wilayah. Setiap wilayah yang ada akan membentuk struktur organisasinya yang tersendiri mengikut keperluan wilayah tempatnya beroperasi.

SEMAK KENDIRI 3.4

1. Bincangkan perbezaan yang terdapat kepada ketiga-tiga jenis struktur organisasi yang telah anda baca.

2. Melalui perbincangan dapatkan beberapa contoh struktur organisasisukan, banding dan kenal pasti bagaimana penstrukturan tersebut

KEPENTINGAN REKA ORGANISASI DAN STRUKTUR

3.6

Terdapat pelbagai sebab mengapa reka bentuk dan struktur organisasi merupakan tugas yang penting kepada para pengurus. Antara kepentingan reka bentuk dan struktur organisasi adalah: (a) Berdaya Saing

Reka bentuk dan struktur organisasi yang baik mampu mewujudkan kelebihan dalam aspek berdaya saing. Bagi sesebuah organisasi sukan kemampuan berdaya saing ini timbul dari kecekapan mengurus, pemilikan kemahiran dan kemampuannya membentuk nilai-nilai ke arah mencapai matlamatnya. Kebolehan dalam pelbagai aspek seperti kejurulatihan, pembangunan dan lain-lain membolehkan organisasi sukan ini dipandang sebagai sebuah organisasi yang mampu melangkau jauh dan tidak lesu dalam dunia sukan.

(b) Meningkatkan Kebolehan Organisasi Mengurus Kepelbagaian (Diversity)

Kepelbagaian dalam organisasi ini adalah merujuk kepada kewujudan perbezaan yang wujud dalam organisasi. Antara perbezaan tersebut adalah terdiri daripada aspek anggota kerja dari aspek jantina, latar belakang pendidikan dan sebagainya.

Page 79: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 3 PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

65

Kepelbagaian banyak mempengaruhi dalam proses membuat keputusan dan keberkesanan pengurusan organisasi. Melalui pembangunan reka bentuk organisasi yang mengutamakan kesesuaian dan mengambil kira faktor kepelbagaian ini akan membantu meningkatkan kualiti dalam proses membuat keputusan. Rentetan dari itu ianya secara tidak langsung akan membantu mempertingkatkan kemampuan pengurusan yang telah mengambil kira semua faktor perbezaan yang ada ketika membuat keputusan.

(c) Meningkatkan Kebolehan Organisasi yang Lebih Kreatif dan Berinovasi

Reka bentuk organisasi juga mampu memainkan peranan yang penting dalam mencipta inovasi. Reka bentuk organisasi yang bersesuaian dapat membantu organisasi meningkatkan kebolehannya menjadi lebih inovatif. Sebagai contoh, cara struktur organisasi menghubungkan individu dalam bidang dan kemahiran yang berbeza, seperti penyelidikan, pembangunan dan kejurulatihan akan menentukan seberapa cepat organisasi boleh mencapai matlamatnya.

(d) Memberi Organisasi Peluang Mengawal dan Menyesuaikan Organisasi

dalam Persekitarannya Reka bentuk organisasi juga mampu menentukan bagaimana berkesannya organisasi mengawal dan menyesuaikan organisasinya terhadap pelbagai faktor dalam persekitarannya dan mendapatkan sumber yang terhad. Sebagai contoh, kebolehan dan kemampuan organisasi sukan untuk mendapatkan jurulatih atau pemain yang berkualiti dan berkebolehan adalah satu kesan daripada reka bentuk dan struktur organisasi yang baik.

(e) Memberi Peluang kepada Organisasi untuk Menyelaras dan

Memotivasikan Anggota Kerja dengan Lebih Baik Reka bentuk bagi sesebuah organisasi secara am melibatkan pelbagai usaha dalam menemukan kaedah yang terbaik dan berterusan dalam menyelaras dan memotivasikan pekerja. Berdasarkan struktur organisasi yang berbeza ianya akan turut sama mencorakkan gelagat anggota kerja yang berbeza. Usaha-usaha yang tidak membeza-bezakan dan telus dalam setiap aspek aktiviti pengurusan organisasi termasuk penilaian terhadap anggota kerja akan mewujudkan suasana organisasi yang kondusif kepada pekerja. Elakkan pengamalan nepotisma dan kronisma dalam semua urusan.

Page 80: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

66 TOPIK 3 PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Reka bentuk dan amalan yang baik dalam sesebuah organisasi akan menghalang perkara nepotisma dan kronisma daripada berlaku. Anggota kerja dalam organisasi juga akan dapat menjangka masa hadapan mereka dengan lebih jelas melalui struktur organisasi yang telah dibentuk.

(f) Membantu Organisasi Membangunkan dan Melaksanakan Strategi

Bagi menentukan kejayaan bagi sesebuah organisasi apa yang menjadi kayu ukur kepada kejayaan dalam setiap pelaksanaan strategi organisasi ialah berdasarkan reka bentuk dan struktur organisasi yang baik dan berkesan. Ianya berperanan menjelaskan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu atau kumpulan di dalam organisasi dalam usaha mereka mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

KESAN REKA BENTUK DAN STRUKTUR ORGANISASI YANG LEMAH

3.7

Kegagalan yang dilakukan oleh pihak pengurusan dalam mengenal pasti dan memahami kesan reka bentuk organisasi akan memudaratkan prestasi sesebuah organisasi. Antara kesan yang dihadapi adalah:

(a) Berlakunya kepincangan akibat dari kelemahan dalam organisasi dan ini membawa kepada kemelesetan dalam perkembangan, pembangunan dan prestasi secara keseluruhan. Sebagi contoh jurulatih yang baik ataupun pemain yang berbakat serta berkebolehan mengambil keputusan untuk berhijrah ke pasukan atau organisasi lain dan seterusnya menyertai pesaing yang lebih mantap serta sedang meningkat.

(b) Berlakunya kesukaran untuk memperoleh sumber yang akhirnya menyebabkan keseluruhan proses penambahan nilai menjadi lembap.

(c) Berlakunya konflik dalaman di antara ahli organisasi yang akhirnya menyebabkan imej organisasi yang terjejas dan menyukarkan aktiviti pengurusan dalam organisasi.

Page 81: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 3 PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

67

BAGAIMANA UNTUK MEMAHAMI

SEBUAH ORGANISASI PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

3.8

Menurut Daft (1989) dan Robbins (1990) sesebuah organisasi sukan itu adalah ibarat sebuah institusi sosial yang terlibat dalam industri sukan ianya mengarah kepada matlamat yang ingin dicapai. Ianya memiliki struktur organisasi yang tersusun dan terarah bagi mencapai matlamat yang diinginkan. Berikut adalah beberapa elemen utama yang wujud dalam sebuah organisasi sukan dan yang berkaitan: (a) Sebuah Institusi Sosial

Kesemua organisasi sukan adalah terdiri daripada sekumpulan manusia yang berinteraksi antara satu sama lain dan setiap anggotanya memainkan peranannya yang tersendiri dalam pelbagai program dan aktiviti dalam organisasi tersebut

(b) Penglibatan dalam Secara Terus dalam Industri Sukan

Apa yang membezakan sebuah organisasi sukan dan organisasi yang lain seperti bank, kilang, perniagaan dan lain-lain ialah,penglibatannya secara terus (direct) dalam sukan antaranya seperti pengendalian latihan, penganjuran kejohanan dan sebagainya.

Kita juga tidak menidakkan penglibatan organisasi lain seperti bank dan perniagaan dalam sukan, penglibatan mereka bukan secara terus (indirect) sebagai contoh terlibat dalam memberikan penajaan dan sebagainya.

(c) Mempunyai Matlamat yang Ingin Dicapai

Semua organisasi sukan wujud berdasarkan matlamat yang ada. Antara contoh matlamat yang sering digariskan oleh organisasi sukan banyak berkisar seperti membangunkan aktiviti sukan dari pelbagai aspek seperti kejurulatihan, bakat ataupun melahirkan atlet yang bertaraf antarabangsa. Matlamat yang digariskan oleh kebanyakan organisasi sukan ini sebenarnya agak sukar untuk dicapai kerana beberapa halangan tertentu yang membataskan pencapaian prestasi. Mencapai matlamat yang dimaksudkan ini bukan hanya terletak kepada individu sahaja tetapi ianya adalah usaha yang diwujudkan secara kolektif.

(d) Mempunyai Struktur Organisasi dan Sistem Tersendiri

Setiap organisasi sukan memiliki struktur organisasi dan sistemnya yang tersendiri. Organisasinya bukan dibentuk secara sambil lewa tetapi ianya

Page 82: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

68 TOPIK 3 PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

merupakan usaha yang digembleng untuk memajukan sesuatu disiplin sukan atas dasar untuk memajukan sukan itu sendiri. Setiap fungsi utama organisasi sukan ini dipecahkan mengikut kepentingan utama dalam organisasi seperti mewujudkan bahagian-bahagian tertentu bagi menggerakkan aktiviti pengurusan dalam organisasi

Konsep organisasi bermaksud gagasan, ciri, sifat sesebuah badan

Penubuhan sesebuah organisasi adalah berasaskan falsafah, matlamat atau objektif tertentu yang disulami dengan peraturan

Organisasi adalah merupakan agen penyelarasan yang dapat menyesuaikan pelbagai aktiviti manusia untuk diselaraskan bagi mencapai satu tujuan dan matlamat organisasi melalui pembahagian buruh, fungsi dan juga melalui hierarki berautoriti dan tanggungjawab.

Matlamat bagi sesebuah organisasi adalah suatu usaha yang perlu dicapai oleh organisasi.

Melalui matlamat yang telah ditetapkan kesemua aktiviti pengurusan organisasi akan tertumpu pada sumber yang sedia ada dan usaha-usaha yang terdapat dalam sebuah organisasi

Ada sebelas ciri-ciri dalam sebuah organisasi antaranya ialah organisasi mempunyai tujuan yang jelas, autoriti berhierarki, pemusatan perintah, delegasi tugasan, ke pertanggungjawaban, pembahagian tugas, Âspan of managementÊ, pemisahan tanggungjawab, keseimbangan, fleksibiliti, dan kepemimpinan.

Terdapat tiga jenis struktur organisasi utama yang dibincangkan iaitu struktur fungsian, Struktur pelbagai bahagian (Multidivisional) dan struktur mengikut geografi.

Terdapat pelbagai sebab mengapa reka bentuk dan struktur organisasi merupakan tugas yang penting antaranya adalah kerana kemampuan dari segi daya saing, meningkatkan kebolehan organisasi mengurus kepelbagaian (diversity), meningkatkan kebolehan organisasi yang lebih kreatif dan berinovasi, memberi organisasi peluang mengawal dan menyesuaikan organisasi dalam persekitarannya, mengizinkan organisasi menyelaras dan memotivasikan anggota kerjanya dengan lebih baik dan membantu organisasi membangunkan dan melaksanakan strateginya.

Page 83: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 3 PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

69

Kesan akibat dari kelemahan reka bentuk dan struktur organisasi akan menyebabkan kepincangan akibat dari kelemahan dalam organisasi dan ini membawa kepada kemelesetan dalam perkembangan, pembangunan dan prestasi secara keseluruhan, kesukaran untuk memperoleh sumber yang akhirnya menyebabkan keseluruhan proses penambahan nilai menjadi lembap dan berlakunya konflik dalaman di antara ahli organisasi yang akhirnya menyebabkan imej organisasi yang terjejas dan menyukarkan aktiviti pengurusan dalam organisasi.

Bagi memudahkan untuk memahami sesebuah organisasi sukan beberapa elemen mengenainya perlu diketahui antaranya seperti sifatnya sebagai Sebuah Institusi sosial, terlibat secara terus dalam industri sukan, mempunyai matlamat yang ingin dicapai dan ianya distrukturkan serta memiliki sistem pengurusan tersendiri

Darly Siedentop. (2001). Introduction to Physical Education, Fitness and Sports.

New York : McGraw Hill. Charles A. Bucher. (2002). Management of Physical Education and Sports. New

York : McGraw Hill. Covell et. al. (2003) Managing Sports Organisation: Responsibility for

Performance. Canada: Thomsom South Western. Trevor Slack. (1997). Understanding Organization: Application of Organization

Theory. Human Kinetic. New York Richard F. Mull et. al. (1997). Recreational Sports Management. Human Kinetics.

USA John R. Olson. (1997). Facility and Equipment Management for Sports Directors.

Human Kinetics. Illinios Ruben Acosta Hernandez. (2002). Managing Sports Organization. Human

Kinetics. USA Judith E. Rink. (2002). Teaching Physical education for Learning. New York:

McGraw Hill.

Page 84: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

Agensi‐agensi Sukan Nasional dan Antarabangsa

PENGENALAN

Sukan di negara ini secara tradisinya telah diurus dan digerakkan oleh organisasi sukarelawan yang hampir kesemuanya bernaung dan diiktiraf Majlis Olimpik Malaysia. Peranan kerajaan kini banyak tertumpu kepada usaha-usaha pembangunan, pengembangan dan sokongan kepada kemajuan sukan di negara. Peranan yang dimainkan oleh Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia dan agensi lain di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah amat penting dalam memastikan objektif yang digariskan dalam dasar sukan negara tercapai.

TTooppiikk

44

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Memahami fungsi badan utama di negara yang bertanggungjawab kepada pembangunan sukan

2. Menghuraikan objektif penubuhan badan sukan utama dan persatuansukan di pelbagai peringkat

3. Menjelaskan peranan badan kerajaan dan persatuan sukan dalampembangunan sukan di pelbagai peringkat

4. Mengenal pasti badan sukan utama dunia bagi pelbagai disiplin sukan

5. Mencirikan tanggungjawab peranan badan sukan dunia dalampembangunan sukan serantau

HASIL PEMBELAJARAN

Page 85: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

71

AGENSI SUKAN NASIONAL 4.1

Agensi-agensi sukan di Malaysia merupakan organisasi yang bertanggungjawab merancang dan membangunkan aktiviti sukan negara. Kepentingan sukan kini bukan hanya sebagai aktiviti mengisi masa lapang tetapi sudah menjadi satu agenda negara yang penting dalam pembangunan. Ianya merupakan salah satu elemen penting bagi menghasilkan masyarakat yang sihat dan cergas. Berdasarkan atas kepentingan ini kerajaan telah mengirakan langkah dengan memperkemas dan mempertingkat kemampuan agensi-agensi sukan nasional agar seiring dengan inspirasi nasional. Bagi memudahkan anda memahami fungsi dan peranan utama agensi sukan nasional yang menjadi tulang belakang pembangunan sukan negara anda akan diperkenalkan dengan agensi-agensi utama yang bertanggungjawab kepada pembangunan sukan di Malaysia.

4.1.1 Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanahkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan. Sejarah penubuhan Kementerian ini bermula dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat dalam tahun 1953. Pada tahun 1964, Bahagian Kebudayaan dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dengan Pemindahan ini juga dua lagi bahagian telah diwujudkan iaitu Bahagian Sukan dan Bahagian Belia. Memandangkan betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh Bahagian Belia dan Bahagian Kebudayaan dalam konteks pembangunan, kerajaan telah menggabungkan tiga aspek penting iaitu Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk dikendalikan di bawah satu Kementerian yang dikenali sebagai Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 1972. Pada 20 Mei 1987, Kementerian ini sekali lagi berubah, di mana Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan pula di bawah portfolio Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan pemindahan ini, Kementerian kini dikenali sebagai Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Page 86: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

72 TOPIK 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

OBJEKTIF DAN FUNGSI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN Objektif utama Kementerian Belia dan Sukan adalah untuk: Membina satu masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang ekonomi dan sosial serta membina satu masyarakat yang sihat dan cergas ke arah perpaduan negara. Fungsi Kementerian Belia dan Sukan adalah:

Melengkapkan belia-belia dengan pelbagai latihan dan kemahiran vokasional serta sifat-sifat keusahawanan supaya mereka berdikari melalui kursus secara formal di Institut-institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).

Memberi penekanan kepada perubahan sikap bagi membentuk belia yang bertanggungjawab, dinamik, berdaya maju dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui berbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Menyemarakkan penyertaan rakyat mengamalkan cara hidup yang aktif dan sihat melalui konsep "Sukan Untuk Semua" dan pengenalan konsep "Malaysia Cergas"

Meningkatkan pencapaian sukan ke arah kecemerlangan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

Melahirkan tenaga kerja mahir dan berkualiti di dalam bidang-bidang berkenaan ke arah memenuhi sebahagian keperluan industri negara.

AKTIVITI 4.1

Untuk menambahkan kefahaman anda terhadap hala tuju sukan negara, anda digalakkan untuk memahami dasar sukan negara. Anda boleh aksessnya melalui laman web Kementerian Belia dan Sukan di www.kbs.gov.my

Page 87: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

73

4.1.2 Majlis Sukan Negara

Rajah 4.1: Logo rasmi Majlis Sukan Negara

Majlis Sukan Negara (MSN) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Majlis pelancaran MSN secara rasminya telah disempurnakan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972. Pada peringkat awal penubuhannya sukan prestasi tinggi diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha bersama telah dimulakan dengan melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanah air, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik. MSN mula disusun semula pada tahun 1981 bagi tujuan memperkemas dan mempertingkat fungsinya dengan objektif utama mengembang dan membangunkan sukan khusus bagi sukan berprestasi tinggi. Jika diteluskan matlamat utama penubuhan MSN adalah seiring dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di pertandingan di peringkat tertinggi.

Page 88: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

74 TOPIK 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

Antara objektif utama MSN adalah seperti berikut:

(a) Memaju dan mempertingkatkan prestasi atlet Negara daripada peringkat Tunas, Bakat, Pelapis dan Elit bagi menyertai pertandingan-pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

(b) Mempertingkatkan kualiti, pengetahuan dan kemahiran jurulatih, pegawai teknikal dan pegawai pentadbir sukan tempatan.

(c) Menyediakan peluang penyertaan yang lebih luas di bidang sukan peringkat negeri dan daerah.

(d) Menyediakan program-program perkhidmatan, khidmat nasihat, kepakaran, dokumentasi, perpustakaan, penyelidikan sains serta perubatan sukan.

(e) Memperuntukkan Skim Galakan dan ganjaran untuk atlet, jurulatih dan pentadbir sukan sebagai dorongan ke arah peningkatan prestasi yang tinggi.

(f) Membantu, memperbaiki dan memperkemaskan persatuan dan pertubuhan sukan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

(g) Membantu memperkemaskan jentera pentadbiran Majlis Sukan Negeri dan merancang bersama pelaksanaan program pembangunan sukan peringkat kebangsaan.

(h) Merancang dan menguruskan kemudahan sukan yang diletakkan di bawah tanggungjawab Majlis.

(i) Menyelaras pengelolaan Sukan Malaysia. PIAGAM MSN Berikut adalah piagam MSN:

1. Memastikan program pembangunan sukan kebangsaan berjaya melalui bantuan kewangan, guna tenaga, kepakaran dan kemudahan.

2. Memastikan atlet-atlet mendapat kemudahan dan khidmat kepakaran yang terbaik dalam menjalani latihan dan menyertai pertandingan.

3. Memastikan Majlis menjadi sumber rujukan semua pihak dalam aspek sukan berprestasi tinggi.

4. Memberi pengesahan secara terus di atas tempahan penggunaan stadium dan gelanggang.

5. Memberikan khidmat perubatan sukan yang berkualiti kepada atlet-atlet Negara.

Page 89: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

75

6. Membayar setiap tuntutan yang lengkap dari Persatuan Sukan Kebangsaan dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan.

7. Memberi layanan yang mesra, cepat dan saksama kepada semua pelanggan.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MSN MSN telah menggariskan beberapa peranan dan tanggungjawab utamanya dalam memastikan perancangan dan pembangunan sukan negara mencapai hasrat dan visi dan misinya, antaranya adalah:

1. Program Pembangunan Atlet

2. Khidmat Sains dan Perubatan Sukan

3. Pembangunan Kurikulum Dan Kejurulatihan

4. Pengurusan dan Kepegawaian Sukan

5. Kemudahan Sukan

6. Skim Penggalakan dan Anugerah Sukan

7. Bantuan Organisasi dan Khidmat Sokongan kepada Persatuan Sukan

4.1.3 Majlis Olimpik Malaysia

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah diasaskan penubuhan dan pendaftarannya pada tahun 1953 sebagai sebuah badan bukan kerajaan di bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966. Setelah wujudnya Akta Pembangunan Sukan 1997, pendaftaran MOM kini didaftarkan di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan di bawah pentadbiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. MOM adalah merupakan sebuah organisasi sukan yang diiktiraf penglibatan dan penyertaannya dalam Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Persekutuan Sukan Antarabangsa (IFS). Penglibatan MOM sejak 1954 melayakkannya menjadi badan utama di negara ini dalam penyertaan di sukan Olimpik. Selain daripada diiktiraf oleh IOC, MOM juga diterima baik sebagai ahli gabungan oleh beberapa badan sukan utama antarabangsa, antaranya seperti:

(a) Association of National Olympic Committee (ANOC)

(b) Olympic Council of Asia (OCA)

(c) Southeast Asian Games Federation (SEAGF)

Page 90: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

76 TOPIK 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

(d) Commonwealth Games Federation (CGF)

(e) International Assembly of National Confederation of Sports Penyertaan yang diwujudkan ini telah melayakkan MOM untuk menjadi badan utama negara yang membolehkan penyertaan dalam kejohanan sukan seperti Sukan Asia, Sukan SEA dan Sukan Komanwel. Ahli kepada MOM adalah terdiri dari Persatuan Sukan Kebangsaan yang juga merupakan persatuan sukan mewakili setiap jenis sukan di Malaysia dan diiktiraf Oleh IFS. Berikut adalah senarai persatuan sukan yang menjadi ahli kepada MOM.

4.1.4 Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia

MSSM ditubuhkan pada bulan Februari 1958 dengan nama Majlis Sukan Sekolah-sekolah Persekutuan Malaya. (KPM) Pada tahun 1968 ditukarkan nama kepada Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Ianya yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara objektif utama MSSM:

(a) Menggalakkan, memajukan, memelihara dan mengatur aktiviti-aktiviti sukan.

(b) Menganjurkan dan menjalankan semua aktiviti sukan sekolah sama ada di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

(c) Mengelola dan menjalankan kursus kejurulatihan dan kepegawaian sukan sekolah.

(d) Menyelaras segala kaedah dan undang-undang pertandingan sukan sekolah di peringkat kebangsaan dan negeri.

(e) Bekerjasama dengan mana-mana badan sukan lain atau pertubuhan-pertubuhan sukan jika perlu.

(f) Memaju dan meningkatkan prestasi sukan keseluruhannya di Malaysia.

(g) Membuat syor-syor kepada kerajaan mengenai cara, langkah dan dasar yang patut diambil bagi kemajuan sukan sekolah dan jika diluluskan oleh kerajaan, melaksanakan dan membantu dalam melaksanakan syor-syor itu.

MSSM memberikan peluang kepada pelajar sekolah di seluruh Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pelbagai disiplin sukan. Antara acara-acara wajib yang dipertandingkan di peringkat kejohanan MSSSM adalah seperti olahraga, badminton, renang, bola sepak, skuasy dan gimnastik.

Page 91: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

77

Acara yang diperkenalkan oleh MSSM melalui kejohanan yang dianjurkan, telah menjadi semakin popular di kalangan murid sekolah. Melalui program ini bakat-bakat yang berpotensi di peringkat MSSM dapat dikenal pasti dan diberi bimbingan secara khusus untuk menjadi atlet negara. MSSM juga sentiasa memberi penghargaan kepada atlet dengan memberikan pelbagai anugerah sebagai satu penghargaan kepada atletnya, antara anugerah-anugerah tersebut adalah seperti anugerah MSSM/MILO dan Junior Olympic Award. STRUKTUR ORGANISASI MSSM Organisasi MSSM diuruskan oleh sebuah lembaga yang dikenali sebagai Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. Lembaga Pengurusan MSSM boleh menubuhkan jawatankuasa atau jawatan tertentu bagi melicinkan fungsi MSSM sendiri. Antara jawatankuasa yang telah diwujudkan adalah seperti

(a) Jawatankuasa Kerja MSSM yang menjadi tunjang kepada kelancaran fungsi MSSM.

(b) Jawatankuasa Kewangan MSSM yang mentadbir kewangan MSSM.

(c) Sekretariat MSSM yang menjadi urus setia kepada MSSM dan Lembaga Pengurusan.

(d) Jawatankuasa MSSM Negeri yang menjalankan fungsi MSSM di peringkat negeri.

(e) Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan yang terdiri daripada pakar-pakar dalam setiap permainan atau acara yang dipertandingkan di peringkat MSSM.

Antara bidang kuasa MSSM ianya berperanan memberi nasihat kepada Menteri Pelajaran berhubung perkara-perkara pembangunan dan pengurusan sukan. MSSM juga mempunyai bidang kuasa mengeluarkan arahan berkaitan kepada Jawatankuasa MSS Negeri, Sekretariat Negeri dan mana-mana pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia atau institusi pendidikan mengenai pelbagai perkara yang berkaitan dengan hal ehwal sukan.

Page 92: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

78 TOPIK 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

Rajah 4.2: Carta organisasi Lembaga Pengurusan MSSM

PERSATUAN-PERSATUAN SUKAN DI MALAYSIA

4.2

Persatuan sukan di Malaysia secara tradisionalnya diurus dan ditadbir secara sukarela sejak sebelum merdeka lagi. Fungsi utama persatuan-persatuan sukan ini adalah bertindak sebagai badan utama bagi setiap disiplin sukan. Persatuan ini bertanggungjawab kepada pentadbiran dan pengembangan sukan ini ke pelbagai peringkat hingga ke akar umbi. Antara contoh tanggungjawab biasa yang dilaksanakan adalah seperti penguatkuasaan undang-undang rasmi permainan, penganjuran kejohanan dan pertandingan, aktiviti pengenalan dan pengembangan permainan dan sebagainya. Setiap persatuan sukan ini adalah diwajibkan untuk menjadi ahli gabungan kepada Majlis Olimpik Malaysia bagi melayakkan persatuan sukan untuk menghantar pasukan bertanding mewakili negara di pelbagai kejohanan di peringkat antarabangsa.

Page 93: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

79

Dengan wujudnya Dasar Sukan Negara (1988) dan Akta Pembangunan Sukan (1997) kini persatuan sukan di Malaysia telah diberikan perhatian dan sokongan yang serius oleh Kerajaan khususnya melalui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam memastikan perkembangan dan kemajuan setiap disiplin sukan di negara terjamin. Untuk menambahkan kefahaman anda, beberapa buah persatuan sukan diketengahkan kepada anda dalam topik ini. KONGRESS TENPIN BOWLING MALAYSIA (MTBC)

Rajah 4.3: Logo Kongress Tenpin Bowling Malaysia (MTBC)

Kongres Tenpin Boling Malaysia adalah merupakan persatuan sukan kebangsaan yang mewakili sukan boling di Malaysia. Persatuan ini mendapat pengiktirafan dari Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Olimpik Malaysia. Di samping itu juga persatuan ini juga diiktiraf dan diperakui penglibatannya di peringkat antarabangsa oleh Federasi Bowling Asia (ABF), Persatuan Tenpin Boling Dunia (WTBA) dan Federation International des Quilleurs (FIQ). Objektif utama persatuan ini adalah menggalak dan memperkembangkan sukan boling ke pelbagai peringkat di samping keutamaan cemerlang dalam setiap penyertaan dalam pelbagai peringkat pertandingan. Persatuan ini disokong oleh penglibatan dari pelbagai syarikat korporat yang menaja program. Melalui program „Partner in Sports‰ persatuan ini mendapat tajaan dari Sri Jentayu Sdn Bhd di samping bantuan penajaan lain dari seperti Nestle Products (Milo), Canon Marketing (M) Sdn Bhd, Sports Excel, Malaysia Airlines and Antioni Sdn Bhd. Keahlian dalam persatuan ini dianggotai oleh 14 persatuan tenpin boling peringkat negeri. Persatuan ini juga aktif menjalankan pelbagai program seperti kejohanan di pelbagai peringkat, program pembangunan dan penggalakan.

Page 94: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

80 TOPIK 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

PERSEKUTUAN KEBANGSAAN BERBASIKAL MALAYSIA

Rajah 4.4: Logo Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia

Sukan Lumba Basikal dipercayai mula diperkenalkan di Malaysia sebelum tahun 1938 oleh tentera British. Namun ianya mula dipertandingkan secara terancang mulai tahun 1938 di sekitar Lembah Kelang melalui acara lumba basikal jalan raya. Selangor menjadi Persatuan Negeri pertama yang ditubuhkan dan seterusnya diikuti oleh negeri lain iaitu Perak, Melaka dan Pulau Pinang. Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia ditubuhkan pada tahun 1953 oleh Mr. Gurchan Singh dan Kapten C.O. Jennings (seorang pegawai dari tentera New Zealand) dengan keahlian dari Negeri Selangor, Melaka, Perak and Pulau Pinang sebagai ahli gabungan dengan pendaftaran persatuan RSM 146/55. Pada 5 Mac 1960, persatuan telah diterima sebagai ahli gabungan kepada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (Union Cycliste Internationale UCI) dan pada masa yang sama diterima sebagai ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia. Sukan Lumba Basikal mula menerima bantuan dan sokongan sepenuhnya apabila sukan ini dipertandingkan di dalam Temasya Komanwel dan Temasya Sukan Asia 1998. Bantuan diterima melalui Program Jaya Ê98 untuk menyediakan atlet ke arah Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Pada masa yang sama, atlet yang menjalani latihan ini diserapkan dalam pasukan Negara menyertai Jelajah Le Tour de Langkawi yang mula dianjurkan pada tahun 1996.

Page 95: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

81

Program ini telah dimulakan sejak tahun 2002 bersama-sama dengan pelancaran Program Gemilang 2006. Ada sebahagian dari atlet yang dikumpulkan ini telah menyertai skuad pelapes negara sejak tahun 1999 iaitu ketika persiapan ke arah Sukan SEA 2001. Pendaftaran semula Pertubuhan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 di mana nombor pendaftarannya ialah 002/98 dan didaftarkan pada 8 Mei 1998. PERSATUAN BADMINTON MALAYSIA (BAM)

Rajah 4.5: Logo Persatuan Badminton Malaysia

Persatuan Badminton Malaysia merupakan badan induk yang utama kepada sukan badminton. Persatuan ini merupakan ahli gabungan kepada Konfederasi Badminton Antarabangsa (IBF), Konfederasi Badminton Asia dan juga dari Majlis Olimpik Malaysia. Persatuan ini telah didaftar dengan Pesuruhjaya sukan selari dengan kehendak Akta Pembangunan Sukan 1997. Antara objektif utama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) adalah:

(a) Menggalak, mempromosi dan bertanggungjawab kepada kemajuan sukan badminton di Malaysia.

(b) Mengurus dan mengawasi semua kejohanan dan pertandingan yang dianjurkan oleh BAM dan organisasi lain.

Page 96: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

82 TOPIK 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

(c) Memastikan pemantauan dan penguatkuasaan penggunaan kaedah dan undang-udang permainan yang telah ditetapkan dalam Peraturan yang dikeluarkan oleh BAM.

(d) Sedaya upaya menangani isu-isu yang bersangkutan dengan pertikaian di kalangan anggota gabungan ataupun berhadapan dengan isu-isu semasa.

SEMAK KENDIRI 4.2

1. Bincangkan persamaan objektif yang ada dalam setiap persatuan sukan.

2. Fikirkan apakah peranan yang digariskan ini dilaksanakan dengan

AGENSI SUKAN ANTARABANGSA 4.3

Agensi sukan di peringkat antarabangsa adalah merupakan badan induk utama yang menyelaraskan semua pentadbiran dan program pembangunan serantau. Agensi antarabangsa ini juga bertanggungjawab terhadap penyelarasan dan keseragaman permainan, undang-undang dan pengiktirafan kejohanan peringkat dunia. FIFA

Rajah 4.6: Logo rasmi Federation Internationale de Football Association (FIFA)

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau The Federation Internationale de Football Association (FIFA) telah diasaskan penubuhannya pada 21 Mei 1904 di Paris. Idea penubuhan badan antarabangsa ini diilhamkan berdasarkan dari penubuhan Football Association di England sejak tahun 1863. Ketika itu telah

Page 97: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

83

banyak kejohanan antarabangsa yang dipertandingkan dirantau yang sama. Idea tidak direalisasikan hinggalah usaha ini dimulakan semula oleh Robert Guerin Setiausaha Jabatan Bola Sepak Union Francaise de Sports Athletiques, dengan kesepakatan dari persatuan bola sepak dari pelbagai negara antaranya seperti

(a) France - Union des Societes Françaises de Sports Athletiques USFSA

(b) Belgium - Union Belge des Societes de Sports UBSSA

(c) Denmark - Dansk Boldspil Union DBU

(d) Netherlands - Nederlandsche Voetbal Bond NVB

(e) Spain - Madrid Football Club

(f) Sweden - Svenska Bollspells Förbundet SBF Pentadbiran FIFA diuruskan oleh sebuah sekretariat tetap yang beribu pejabat di Zurich, Switzerland. Kakitangan yang terlibat menguruskan sekretariat ini adalah seramai 280 orang. Sekretariat ini diketuai oleh Setiausaha Agung, beliau bertanggungjawab terhadap melaksana dan menyelaraskan semua keputusan yang dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif FIFA yang dianggotai oleh wakil dari zon kawasan seperti Asia, Amerika, Ocenia dan sebagainya. Setiausaha agung juga bertanggungjawab kepada urusan kewangan, hubungan antarabangsa dan semua kejohanan bola sepak anjuran FIFA.

Rajah 4.7: Presiden FIFA, Joseph S. Blatter, Switzerland, Sejak 1998

Presiden terkini FIFA adalah Joseph S. Blatter yang telah mula memegang jawatan sejak 8 Jun 1998. Beliau ketika itu mengambil alih jawatan dari Mantannya Joao Havelange dari Brazil. Joseph S. Blatter adalah seorang yang

Page 98: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

84 TOPIK 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

berpengalaman sebelum memegang jawatan presiden di mana beliau telah memegang pelbagai jawatan dalam FIFA selama 23 tahun. Jawatankuasa paling berpengaruh dan penting dalam FIFA ialah jawatankuasa Kongres yang dianggotai oleh wakil di peringkat antarabangsa, Jawatankuasa ini yang bersidang setiap tahun akan membincang dan menangani isu-isu antarabangsa dalam pembangunan bola sepak antarabangsa. Jawatankuasa Kongres ini merupakan jawatankuasa yang akan membuat keputusan dalam isu dan hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang dan kaedah pelaksanaan yang akan diguna pakai secara seragam di seluruh dunia. Selain daripada itu, ianya juga bertanggungjawab meluluskan laporan tahunan, meluluskan keanggotaan baru ke dalam FIFA dan pengundian dan pemilihan presiden. Pentadbiran FIFA kini disokong oleh 25 jawatankuasa kerja tetap dan 2 badan perundangan iaitu Jawatankuasa Disiplin dan Jawatankuasa Rayuan. Kesemua jawatankuasa ini memainkan peranan penting dalam membuat keputusan pentadbiran dalam pelbagai kejohanan dan pembangunan sukan bola sepak di peringkat dunia. Keputusan yang telah dicapai melalui pelbagai jawatankuasa ini secara rutinnya akan dirujuk kepada Jawatankuasa Eksekutif yang dianggotai ahli lembaga pengarah FIFA. Jawatankuasa Eksekutif ini dipengerusikan oleh presiden FIFA, 7 naib presiden, 6 ahli jawatankuasa dan seorang pemerhati dan turut disertai oleh Setiausaha Agung FIFA yang bertindak sebagai Ex-Officio dalam setiap mesyuarat jawatankuasa FIFA. Konfederasi dalam FIFA adalah organisasi payung kepada persatuan bola sepak nasional dari setiap zon kawasan. Antaranya seperti

(a) Konfederasi Bola sepak Asia (AFC) untuk negara sekitar zon Asia

(b) Football Confederation (CONCACAF) bagi negara Utara dan bahagian tengah Amerika dan Caribbean

(c) CAF bagi negara-negara Afrika

(d) CONMEBOL bagi Amerika Selatan

(e) UEFA bagi Negara Eropah

(f) OFC bagi negara-negara gabungan Ocenia Kesemua badan konfederasi ini bertindak memberikan bantuan dan sokongan serta memainkan peranan membantu FIFA dalam melaksanakan tugas sama seperti FIFA di peringkat zon kawasan. Konfederasi juga kini berfungsi mengembang dan membangunkan bola sepak dengan memberikan latihan dan juga menganjurkan kejohanan dalam peringkat zon kawasan.

Page 99: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

85

PERSEKUTUAN OLAHRAGA AMATUR ANTARABANGSA (IAAF)

Rajah 4.8: Logo rasmi Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF)

Persekutuan olahraga amatur antarabangsa atau International Amateur Athletic Federation (IAAF) adalah merupakan badan utama antarabangsa utama yang mengawal selia aktiviti sukan olahraga di peringkat antarabangsa. IAAF kini diketuai oleh presidennya Lamine Diack, beliau kini mengetuai kesemua 28 Jawatankuasa kerja yang terdapat dalam majlis IAAF. Setakat ini ahli gabungan IAAF telah mencecah sebanyak 212 ahli gabungan dari seluruh dunia yang terdiri dari Kesatuan Olahraga Nasional dari seluruh dunia. Persidangan bagi ahli gabungan dalam IAAF dilaksanakan setiap 2 tahun sekali dalam satu persidangan congress. Kongres ini merupakan badan utama yang membuat keputusan terhadap dasar dan kemajuan sukan olahraga di peringkat antarabangsa. Jawatankuasa Eksekutif pula dianggotai oleh ahli jawatankuasa yang dilantik oleh IAAF. AHLI PERSEKUTUAN IAAF PERINGKAT NASIONAL Bagi keahlian gabungan nasional terdiri daripada Kesatuan Olahraga Kebangsaan dari mana-mana negara yang diiktiraf. Hanya satu keanggotaan bagi sebuah negara dibenarkan dan perlu mematuhi kesemua undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh IAAF. Setakat ini keanggotaan dari pelbagai negara adalah sebanyak 212 dan angka ini meletakkan IAAF sebagai salah satu organisasi sukan yang terbesar di dunia. JAWATANKUASA IAAF Terdapat 5 buah jawatankuasa tetap dan ahli dilantik oleh Kongres IAAF. Kuasa pemberat yang dimiliki membolehkan jawatankuasa ini membantu dan menasihati Majlis IAAF dalam memberikan cadangan dan pandangan ke Kongres. Keahlian yang dibenarkan sehingga 4 tahun. Berikut adalah senarai jawatankuasa yang terlibat:

Page 100: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

86 TOPIK 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

(a) Jawatankuasa Merentas Desa dan Larian Jalan IAAF(Cross Country & Road Running Committee)

(b) Jawatankuasa IAAF Masters

(c) Jawatankuasa Jalan Kaki IAAF (Race Walking Committee)

(d) Jawatankuasa Teknikal IAAF (Technical Committee)

(e) Jawatankuasa Wanita IAAF (Women's Committee) SURUHANJAYA IAAF (COMMISSIONS) Suruhanjaya IAAF adalah terdiri dari suruhanjaya atlet, pembangunan, perubatan dan doping, kewangan, grandprix, pemasaran dan promosi, akhbar dan televisyen. Suruhanjaya ini dianggotai oleh anggota yang memiliki kepakaran dalam setiap cabang ini, Jawatankuasa ini bermesyuarat agak kerap dan sering bertindak memberi pandangan kepada Majlis IAAF. KONGRES Kongres ini dianggotai oleh ahli kehormat dan tidak boleh dianggotai lebih dari tiga orang dari Kesatuan Olahraga Nasional yang sama. Kongres ini bertemu dan berbincang setiap dua tahun sekali dan sering diadakan ketika Kejohanan Olahraga Dunia dilangsungkan. Melalui kongres ini pemilihan dilakukan bagi memilih Presiden, 4 Naib Presiden, Bendahari Kehormat dan ahli jawatankuasa. Kongres ini memiliki kuasa untuk mengubah dan menggubal undang-undang pertandingan dan memperkenalkan acara baru atau kejohanan.

SEMAK KENDIRI 4.3

1. Kenal pasti dan bincangkan konsep pentadbiran FIFA dan IAAF

2. Apakah perbezaan yang anda telah kenal pasti

.

Page 101: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

87

PERSEKUTUAN HOKI ANTARBANGSA (FIH )

Rajah 4.9: Logo rasmi Persekutuan Hoki Antarabangsa

Kejohanan Hoki Olimpik yang pertama telah dilangsungkan di London pada tahun 1908 yang disertai oleh England, Ireland dan Scotland dan ianya hanya bagi kategori lelaki. Selepas kemunculan antarabangsanya yang pertama sukan ini telah digugurkan pada 1908 di Stockholm dan membuat kemunculan semula di Antwerp pada tahun 1920 dan sekali lagi digugurkan di Paris dalam pada 1924. Alasan digugurkan sekali lagi pada 1924 adalah disebabkan hoki ketika itu tidak ada organisasi antarabangsa yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan penyelarasan sukan hoki. Penubuhan badan antarabangsa yang pertama untuk sukan hoki telah diinspirasikan penubuhannya oleh Persatuan Hoki England and Belgium pada tahun 1909 di mana kedua-dua negara mula bersetuju menerima pelaksanaan udang-undang yang seragam di peringkat antarabangsa. Langkah ini seterusnya diikuti oleh Perancis dan dianggap kurang berkesan. Langkah proaktif seterusnya digerakkan dengan penubuhan Federasi Hoki Antarabangsa atau International Hockey Federation (FIH) di Paris. Dengan penubuhan FIH ianya menjadi badan utama dunia kepada kemajuan sukan hoki di dunia. Usaha ini diinspirasikan oleh Paul Leautey dari Perancis yang juga kemudian menjadi Presiden pertama FIH. Perkembangan sukan ini juga telah menularkan kepada penglibatan wanita di serata negara di peringkat antarabangsa sehingga mencetuskan penubuhan Federasi Hoki Antarabangsa Wanita atau International Federation of Women's Hockey Associations (IFWHA) pada tahun 1927. Sejurus selepas sambutan Jubli Emas FIH pada 1974 dan IFWH pada 1980 akhirnya kedua-dua badan ini akhirnya bergabung membentuk hanya satu badan induk utama, FIH.

Page 102: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

88 TOPIK 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

Kini FIH dipengerusikan oleh seorang presiden, setiausaha agung dan bendahari yang juga bekerjasama dengan Lembaga Eksekutif, Majlis FIH dan pelbagai jawatankuasa kerja. ITF INTERNATIONAL TENNIS FEDERATION

Rajah 4.10: Logo rasmi Persekutuan Hoki Antarabangsa

ITF adalah merupakan sebuah badan dunia yang bertanggungjawab kepada pembangunan dan perkembangan sukan tenis di peringkat antarabangsa. ITF kini dianggotai oleh 203 persatuan tenis di seluruh dunia termasuk Malaysia. ITF di peringkat zon kawasan diwakili oleh enam badan iaitu:

(a) Federasi Tennis Asia

(b) Confederacion SudAmericana de Tenis (COSAT)

(c) Confederation of African Tennis (CAT)

(d) Oceania Tennis Federation (OTF)

(e) Tennis Europe

(f) COTECC IRB INTERNATIONAL RUGBY BOARD

Rajah 4.11: Logo rasmi International Rugby Board (IRB)

Page 103: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

89

Badan Ragbi Antarabangsa atau International Rugby Board (IRB) ini telah diasaskan penubuhannya pada tahun 1886. IRB beribu pejabat di Dublin, adalah sebuah badan dunia yang bertanggungjawab terhadap perkembangan dan pembangunan sukan ragbi di seluruh dunia. Keahlian dalam IRB dianggotai oleh 95 ahli penuh kesatuan ragbi. 20 keahlian bersekutu dan 6 keahlian dari peringkat zon kawasan. Jawatankuasa eksekutifnya dipengerusikan oleh Dr. Syd Millar. Jawatankuasa ini akan bertemu setiap 2 kali dalam setahun bagi membincangkan isu-isu dan perkembangan mengenai ragbi serantau dan dunia. Antara Negara yang memiliki keahlian dalam jawatankuasa ialah Scotland, Ireland, Wales, England, Australia, New Zealand, South Africa and France dan masing-masing memiliki dua kerusi manakala bagi Argentina, Kanada, Itali dan Jepun hanya satu kerusi. Sukan ragbi kini bukan sahaja dimainkan oleh lelaki malah di negara barat ianya dimainkan juga oleh golongan wanita. Dalam siri kejohanan ragbi di peringkat antarabangsa berikut kejohanan ragbi yang di bawah pengurusan dan pengawasan IRB:

(a) IRB Sevens

(b) Rugby World Cup Sevens

(c) Women's Rugby World Cup

(d) IRB U19 World Championship

(e) IRB U21 World Championship

(f) Super Powers Cup

(g) RWC Sevens

SEMAK KENDIRI 4.4

Bincangkan peranan dengan mendalam IRB, ITF dan FIH dan rujuk laman web organisasi ini.

• IRB: www.irb.com

• ITF: www.itftennis.com

• FIH: www.worldhockey.org/

Page 104: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

90 TOPIK 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanahkan untuk melaksanakan

dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan. Sejarah penubuhan Kementerian ini bermula dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat dalam tahun 1953.

Pada 20 Mei 1987, Kementerian ini sekali lagi berubah, di mana Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan pula di bawah portfolio Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan pemindahan ini, Kementerian kini dikenali sebagai Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Majlis Sukan Negara (MSN) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Majlis pelancaran MSN secara rasminya telah disempurnakan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah diasaskan penubuhan dan pendaftarannya pada tahun 1953 sebagai sebuah badan bukan kerajaan di bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966.

Kongress Tenpin Bowling Malaysia mendapat pengiktirafan dari Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Olimpik Malaysia. Kongres ini juga diiktiraf dan diperakui penglibatanya di peringkat antarabangsa oleh Persekutuan Bowling Asia (ABF), Persatuan Tenpin Bowling Dunia (WTBA) dan Federation International des Quilleurs (FIQ).

Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia ditubuhkan pada tahun 1953 oleh Mr. Gurchan Singh dan Kapten C.O. Jennings (seorang pegawai dari tentera New Zealand) dengan keahlian dari Negeri Selangor, Melaka, Perak and Pulau Pinang sebagai ahli gabungan.

Persatuan Badminton Malaysia merupakan badan induk yang utama kepada sukan badminton. Persatuan ini merupakan ahli gabungan kepada Konfederasi Badminton Antarabangsa (IBF), Konfederasi Badminton Asia dan juga dari Majlis Olimpik Malaysia. Persatuan ini telah didaftar dengan Pesuruhjaya sukan selari dengan kehendak Akta Pembangunan Sukan 1997.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau The Federation Internationale de Football Association (FIFA) telah diasaskan penubuhannya pada 21 May 1904 di Paris. Idea penubuhan badan antarabangsa ini diilhamkan berdasarkan dari penubuhan Football Association (FA) di England sejak tahun 1863.

Persekutuan olahraga amatur antarabangsa atau International Amateur Athletic Federation (IAAF) adalah merupakan badan utama antarabangsa

Page 105: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

91

utama yang mengawal selia aktiviti sukan olahraga di peringkat antarabangsa.

Penubuhan badan antarabangsa yang pertama untuk sukan hoki telah diinspirasikan penubuhannya oleh Persatuan Hoki England and Belgium pada tahun 1909 di mana kedua-dua negara mula bersetuju menerima pelaksanaan udang-undang yang seragam di peringkat antarabangsa.

ITF adalah merupakan sebuah badan dunia yang bertanggungjawab kepada pembangunan dan perkembangan sukan tenis di peringkat antarabangsa. ITF kini dianggotai oleh 203 persatuan tenis di seluruh dunia termasuk Malaysia. ITF di peringkat zon kawasan diwakili oleh enam badan utama.

Badan Ragbi Antarabangsa atau International Rugby Board (IRB) ini telah diasaskan penubuhannya pada tahun 1886. IRB beribu pejabat di Dublin, adalah sebuah badan dunia yang bertanggungjawab terhadap perkembangan dan pembangunan sukan ragbi di seluruh dunia. Keahlian dalam IRB dianggotai oleh 95 ahli penuh kesatuan ragbi. 20 keahlian bersekutu dan 6 keahlian dari peringkat zon kawasan.

Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia

Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby

Company Colfer, G.R., Hamilton, K.E. & Magill, R.A. (1986). Contemporary physical

education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher Laman Web Kementerian Belia dan Sukan Laman Web Majlis Sukan Negara Laman Web IAAF Laman International Rugby Board Laman web FIFA

Page 106: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

92 TOPIK 4 AGENSI-AGENSI SUKAN NASIONAL DAN ANTARABANGSA

Laman web ITF Laman web FIH Mohd Taib Harun dan Norlena Salamuddin. Modul Program Pendidikan

Rekreasi UKM : Satu kesinambungan. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1989).

Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Menengah. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Huraian sukatan pelajaran Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur. Teng Boon Tong (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala

Lumpur: Longman Malaysia. Teng Boon Tong (2001). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Kursus

Diploma Penguruan Malaysia. Selangor: Pearson Education. Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam:

Karisma Production Sdn. Bhd.

Page 107: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

PENGENALAN

Setiap organisasi sukan memerlukan sebuah organisasi yang baik dan memiliki hala tuju. Tanpa pengurusan yang baik ianya akan menyebabkan kepincangan dalam organisasi, antara seperti tidak terurus, keliru, kekecewaan, melakukan

TTooppiikk 

55

Proses dan Asas Pengurusan dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan

5. Mencirikan komponen asas pengurusan

4. Mengenal pasti masalah-masalah pengurusan melalui amalan pengurusan yang baik

3. Menjelaskan bagaimana prinsip asas dalam pengurusan dapatdipraktikkan

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Memahami konsep asas dalam pengurusan yang boleh diterapkandalam pengurusan pendidikan jasmani dan sukan

2. Menghuraikan komponen utama dalam pengurusan

HASIL PEMBELAJARAN

Page 108: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

94 TOPIK 5 PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

kerja yang bertindih dan berulang dan ada kala boleh menyebabkan huru-hara atau kekalutan dalam pengurusan.

DEFINISI PENGURUSAN 5.1

Pengurusan boleh di definisi dan di tafsir oleh pengamal dan ahli akademik dari pelbagai sudut yang berbeza. Berikut adalah beberapa definisi pengurusan yang boleh membantu anda memahami maksudnya:

(a) Pengurusan adalah merupakan satu proses integrasi sumber dan tugasan dan tanggungjawab ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi.

(b) Pengurusan adalah merupakan satu proses menetapkan objektif dan pengelolaan sumber ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan keberkesanannya akan dinilai bagi membantu pengamal mengambil langkah-langkah perlu di masa hadapan.

(c) Pengurusan adalah satu proses yang melibatkan pengarahan satu-satu kumpulan yang terlibat ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi.

(d) Pengurusan adalah satu proses yang melibatkan perancangan, pengelolaan, memotivasikan dan pengawalan dengan tujuan untuk menghasilkan satu hala tuju dan matlamat bagi sesebuah organisasi.

Pengurusan adalah satu proses perancangan, pengelolaan, memimpin dan pengawalan usaha-usaha anggota sesebuah organisasi serta menggembleng sumber-sumber yang ada dalam organisasi bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

KEPERLUAN MENGURUS 5.2

Bagi memastikan aspek pengurusan itu berfungsi dengan baik, tiga aspek penting yang berikut perlu dipenuhi, iaitu:

(a) Perlu wujudnya sebuah organisasi yang formal.

(b) Organisasi perlu jelas dan memiliki matlamat atas kewujudannya.

(c) Organisasi itu perlu memiliki struktur pengurusan yang di ketuai oleh seseorang yang diberi kepercayaan memimpin.

Page 109: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 5 PROSES DAN PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

95

PERANAN AKTIVITI PENGURUSAN 5.3

Dalam konteks ini peranan pengurusan boleh dilihat sebagai satu set jangkaan bagaimana seseorang itu bertindak dalam satu-satu situasi. Menurut Theory Mintzberg terdapat sepuluh peranan utama yang perlu dipikul sebagai seorang pengurus yang baik dan berkesan (Rajah 5.1).

Rajah 5.1: Peranan sebagai pengurus

AKTIVITI DALAM PENGURUSAN 5.4 Berikut adalah tugas yang sering dilakukan oleh seseorang pengurus: Merancang Mengambil pekerja Memecat Menilai Memulakan Mengawal Membuat keputusan Koordinasi Menyemak Mereka Selesai masalah

Mengurus masa Ke hadapan Melaksana Memulakan Menganggar Memperbaiki Berkomunikasi Memotivasikan Mengarah Membetulkan

Mengelola Mentafsir Mendisiplinkan Mengurus Kakitangan Memuji Menggalakkan Pencetus Mengetuai Menjadualkan Beri keutamaan

Page 110: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

96 TOPIK 5 PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

PROSES-PROSES DALAM PENGURUSAN 5.5

Rajah 5.2: Proses dalam pengurusan

Sumber: Management of Physical Education And Sports. (2002). Charles A. Bucher and March L. Krotee

Dalam konteks pengurusan masa kini fungsi utama pengurusan terdiri daripada komponen-komponen seperti berikut:

(a) Perancangan (Planning)

(b) Pengelolaan (Organising)

(c) Memimpin (Leading)

(d) Pengawalan (Control) Apabila anda terlibat dalam semua aktiviti ini anda dikatakan telah terlibat dalam proses paling asas dalam pengurusan atau dikenali sebagai „Basic Process of Management‰. (a) Perancangan (Planning)

Perancangan adalah merupakan salah satu komponen penting dalam aktiviti pengurusan. Ianya boleh dilihat sebagai satu aktiviti penetapan

Page 111: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 5 PROSES DAN PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

97

matlamat dan objektif yang dirangka secara tersusun dan sistematik. Kesemua aspek dalam perancangan dirangka secara terperinci dan ianya sering dikaitkan dengan masa. Perancangan yang baik dan berkesan adalah perancangan yang tidak bermasalah dan mudah untuk dilaksanakan.

Perancangan boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu:

(i) Perancangan Strategik Perancangan jenis ini dirangka bagi memenuhi objektif organisasi dalam konteks yang lebih luas. Ianya merangkumi kepada pelan tindakan dan aktiviti yang menjurus kepada kepentingan kewujudan organisasi tersebut. Ianya juga dikenali „Master plan‰.

(ii) Perancangan Operasi Perancangan ini dirangka secara terperinci dan digunakan untuk bagi melaksanakan plan strategik. Perancangan operasi boleh dibahagikan kepada dua aspek.

(iii) Perancangan Jangka panjang dan Jangka Pendek Perancangan ini diklasifikasikan sebagai rancangan yang melibatkan tempoh masa. Tempoh masa yang ditetapkan ditentukan oleh perancang berdasarkan objektif ingin yang dicapai. Tiada tempoh masa yang spesifik ianya boleh jadi satu tahun atau pun kurang. Jika perancangan itu ditetapkan untuk dicapai dalam tempoh kurang dari satu tahun ianya diklasifikasikan sebagai Perancangan jangka pendek dan begitulah sebaliknya bagi Perancangan Jangka Panjang.

(iv) Perancangan Berfungsi Perancangan jenis ini diklasifikasikan sebagai perancangan yang dibuat untuk mencapai sesuatu maksud dan tujuan untuk dicapai. Perancangan jenis bersifat bertindan dan ianya berkaitan antara rancangan-rancangan lain yang telah sedia ada.

Sebagai contoh perancangan jenis ini adalah seperti:

Perancangan sumber manusia

Perancangan kewangan

Perancangan program pembangunan atlet sekolah

Untuk perancangan program pembangunan atlet sekolah untuk memastikannya tercapai ianya memerlukan kewangan dan juga sumber manusia bagi menjayakan rancangan tersebut. Jadi setiap perancangan ini boleh dilihat mempunyai perkaitan di antara satu sama lain bagi tujuan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Page 112: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

98 TOPIK 5 PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Langkah-langkah dalam Melaksanakan Perancangan

Dalam merangka satu perancangan yang baik ianya memerlukan anda mengambil kira semua aspek yang berkaitan dan juga aspek luar jangka. Anda perlu memastikan perancangan yang anda buat ini dirangka dengan betul dan berkesan bagi memastikan prestasi dan masa depan organisasi tidak terjejas. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda gunakan dalam merangka sesuatu perancangan:

(a) Memikirkan idea yang baik

(b) Memilih idea yang terbaik

(c) Mengenal pasti sumber yang boleh menyumbangkan kepada idea anda

(d) Menjalankan kajian yang terperinci dan mengumpul maklumat penting

(e) Menyemak semula semua idea dan pelan alternatif yang ada dan boleh diguna pakai

(f) Mencari dan memilih kaedah yang terbaik untuk memulakan tindakan perancangan

(g) Menentukan tempoh masa yang perlu dicapai

(h) Kenal pasti masalah yang bakal dihadapi terlebih dahulu

(i) Menentukan struktur organisasi

(j) Menyediakan garis panduan yang boleh diguna pakai sebagai contoh ketika ingin membuat sebarang keputusan penting panduan ini boleh digunakan

(k) Memikirkan kaedah pemantauan dan pengawalan yang terbaik

(l) Memastikan rancangan ini bertulis (Blueprint) dan sebaiknya dibukukan untuk panduan mereka yang terlibat

(m) Melaksanakan rancangan ini

(n) Pastikan anda menilai akan keberkesanan setiap perancangan yang dibuat bagi membantu memberikan gambaran keberkesanan dan permasalahan yang dihadapi untuk tujuan pembaikan dan rujukan di masa hadapan

Page 113: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 5 PROSES DAN PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

99

Faedah Perancangan

Berikut adalah faedah diperolehi melalui perancangan yang baik:

(a) Membantu memberikan hala tuju kepada mereka yang terlibat

(b) Membantu organisasi menentukan masa hadapannya

(c) Membantu organisasi dalam pemantauan dan pengawalan

(d) Membantu menjadikan organisasi berjaya aspek pengurusannya

SEMAK KENDIRI 5.1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan perancangan?

2. Bagaimana jika perancangan tidak dilakukan dengan betul ketikamerancang sebarang kejohanan sukan sekolah?

(b) Pengelolaan (Organising)

Pengelolaan dalam organisasi zaman ini banyak merujuk kepada usaha-usaha dalam pengurusan yang berperanan menetapkan jenis tugas dan mengenal pasti sumber. Penetapan ini kemudian dikelolakan secara bersama dengan tersusun dan bersistematik dan disertai dengan usaha-usaha yang kolektif. Pengelolaan adalah merupakan salah satu fungsi utama dalam pengurusan dan ianya bukanya satu proses yang berasing. Pengelolaan juga boleh menjadi sebahagian dari perancangan atau digabungjalinkan dengan fungsi pengurusan yang lain. Secara kolektifnya anda perlu melihat proses dan fungsi pengurusan iaitu perancangan, pengelolaan, pelaksanaan, dan pengawalan sebagai satu aktiviti mengurus (managing). Anda perlu melihat pengelolaan ini sebagai satu usaha pengurusan yang bertujuan menetap keutamaan pelbagai tugasan yang perlu dijalankan bagi memenuhi objektif sesebuah organisasi. Ianya berperanan mengelak dari berlakunya kekalutan di dalam organisasi.

Page 114: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

100 TOPIK 5 PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Langkah-langkah dalam Melaksanakan Pengelolaan

Berikut adalah-adalah langkah yang anda boleh diikuti dalam aktiviti pengelolaan:

(i) Membahagikan Tugas Secara Spesifik Keberkesanan dalam pengelolaan banyak bertumpu kepada pembahagian tugasan secara spesifik kepada mereka yang dipertanggungjawab. Tanpa membahagikan tugas seseorang individu perlu melaksanakan pelbagai tugasan dalam satu masa. Ini merupakan satu petunjuk bahawa sesebuah organisasi itu tidak efisien dalam pengurusannya. Ada faedahnya jika amalan ini dilaksanakan, antaranya seperti individu yang menjalankan tugasan yang spesifik dan sama akan lebih mahir melakukan tugasnya kerana tugasan tersebut telah dilakukannya secara berulang. Ini memberikan manfaat dalam membantu mempertingkatkan kemahiran dan menjamin pencapaian matlamat yang diinginkan dalam perancangan.

(ii) Pembahagian Tugasan Berdasarkan Kumpulan atau Unit Kecil Langkah yang kedua ialah membahagikan tugasan mengikut kumpulan secara sistematik dan tersusun. Ini dapat membantu ketua memantau anggota di bawahnya berdasarkan kumpulan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh anda ditugaskan sebagai ketua unit kemudahan sukan dan latihan, tanggungjawab anda adalah untuk memenuhi objektif perancangan dan dalam masa yang sama bekerjasama dengan anggota lain serta memantau pelaksanaan tugas.

(iii) Memberikan Autoriti dan Tanggungjawab Setelah tugasan kepada kumpulan dan unit-unit kecil telah diberikan, seterusnya anda perlu memberikan autoriti dan tanggungjawab kepada kesemua ketua berdasarkan portfolio masing-masing. Ketua memiliki autoriti yang boleh dikaitkan dengan pemilikan kuasa yang dibenarkan. Autoriti ini merupakan kuasa yang wujud dari pihak atasan dan diturunkan dari satu tahap ke bawah dalam satu masa dan mengikut keperluan tugas. Tanggungjawab pula sering dikaitkan dengan pemilikan kuasa yang ada, ia datang secara bersama. Tanggungjawab ini merupakan satu bentuk akauntibiliti terhadap tugasan yang diterima.

(iv) Menentukan „Span of Management‰ „Span of Management‰ bermaksud jumlah anggota yang akan ditugaskan bagi satu-satu kumpulan atau unit. Jumlah anggota juga menentukan kejayaan sesuatu tugasan. Jika terlalu sedikit anggota

Page 115: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 5 PROSES DAN PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

101

yang diperlukan ianya akan mengurangkan keberkesanan kerja, manakala jika terlampau ramai sebagai ketua anda akan hilang kawalan terhadap anggota bawahan yang terlampau ramai.

(v) Mengkoordinasi Sumber Organisasi Langkah ini adalah yang terakhir dalam aktiviti pengelolaan, Mengkoordinasi sumber organisasi oleh semua anggota kumpulan adalah merupakan usaha kolektif yang dilakukan bagi memenuhi objektif organisasi. Ini dilakukan bagi memastikan sumber yang ada dalam organisasi dapat di manfaat dan digunakan dengan baik sepenuhnya. Koordinasi ini merujuk kepada satu kaedah penggabungan, integrasi dan keseragaman di antara kumpulan dan unit-unit lain.

Faedah Pengelolaan

Berikut adalah faedah diperolehi melalui pengelolaan yang tersusun dan sistematik:

(i) Tindakan yang diambil akan lebih berkesan

(ii) Menggunakan segala sumber yang anda dengan lebih efektif dan efisien

(iii) Membantu dan memudahkan proses meletak tugasan dan tanggungjawab kepada individu yang berkenaan

(iv) Membantu mewujudkan satu sistem pelaksanaan dan pengawalan yang berkesan

SEMAK KENDIRI 5.2

1. Apakah langkah yang terlibat dalam pengelolaan dan faedahnyakepada pengurusan?

2. Jika anda tidak memberikan perhatian yang khusus kepada aktivitipengelolaan dengan baik dan tidak menghiraukan langkah-langkahnya ketika melaksanakan suatu tugasan yang berat sepertimenganjurkan program sukan peringkat sekolah-sekolah daerah atau negeri apakah kemungkinan yang akan terjadi kepadapengelolaan.

(c) Memimpin (Leading)

Dalam aktiviti perancangan dan pengelolaan ketua akan bekerjasama dengan anggota di bawahnya dalam setiap tugasan yang ingin dicapai.

Page 116: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

102 TOPIK 5 PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Memimpin adalah satu proses mempengaruhi dan memujuk anggota bawahan untuk bekerja secara bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan. Dalam konteks ini sebagai seorang ketua, objektif ini bukan hanya disebut dari mulut sahaja, tetapi ianya menuntut seorang ketua memotivasikan anggotanya ke arah mencapai objektif. Tugasan ini tidak terhenti di situ sahaja sebagai ketua anda perlu memimpin anggota anda mencapainya. Sebagai seorang ketua yang efektif perlu mempunyai kekuatan dalam hubungan sesama manusia dan komunikasi.

Kuasa Memimpin dalam Organisasi

Untuk menjadikan organisasi anda efektif dari aspek pengurusan anda perlu memahami akan situasi bagaimana manusia memiliki dan menggunakan kuasa dalam memimpin sebuah organisasi. Kuasa sering dilihat sebagai satu bentuk keupayaan di mana seseorang itu boleh mengarah atau menyuruh orang lain melakukan sesuatu tugasan atau kerja dan juga bagaimana ia menggunakan kuasa untuk melakukan sesuatu tindakan untuk dirinya dan orang lain. Dengan perkataan yang lebih mudah kuasa itu merupakan keupayaan yang dimiliki untuk mempengaruhi tindakan-tindakan lain. Tanpa pemilikan kuasa, organisasi, pengurus dan juga pemimpin akan berhadapan dengan kesukaran untuk mencapai sebarang objektif yang telah ditetapkan.

Kepimpinan

Kepimpinan boleh dijelaskan melalui konsep-konsep berikut:

(i) Kepimpinan merupakan suatu kuasa yang menghubungkan pemimpin dengan pengikutnya dan mendorong pengikutnya supaya mengerah tenaga secara tersusun menuju objektif yang di rumus secara kolektif. Bekerja secara sedemikian akan memberi kepuasan kepada pemimpin dan pengikutnya.

(ii) Kepimpinan juga memberikan perwatakan dan menerima perwatakan daripada media, persekitaran dan iklim di tempat ia berfungsi. Kepimpinan tidak bekerja dalam ruang yang tidak mempunyai udara, tetapi bekerja dalam iklim yang diwujudkan oleh berbagai unsur. Interaksi pemimpin, ahli, masyarakat dan suasana sekitaran sentiasa berlaku.

(iii) Kepimpinan sentiasa aktif. Kepimpinan mungkin berubah-ubah mengikut peringkat, kekuatan, atau had tetapi ia tidak akan

Page 117: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 5 PROSES DAN PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

103

tenggelam dan timbul. Ini bermakna tiada pemimpin, tiada pengikut dan jika tiada anggota maka tiada kumpulan. Keadaannya sama ada dinamik atau tidak ada langsung.

(iv) Kepimpinan mengambil prinsip-prinsip, kaedah dan sistem mengikut kadar yang pasti dan tetap secara yang disengajakan. Prinsip-prinsip ini termaktub dalam undang-undang tubuh atau perlembagaan.

Kepimpinan dan Pengurusan Dari konsep yang diberikan, jelas menggambarkan bahawa kepimpinan dan pengurusan sering berkait rapat dari segi peranannya. Ianya merupakan aspek penting yang dilaksanakan secara bersama dalam mencapai sesuatu objektif dalam organisasi walau bagaimanapun ianya juga mempunyai sedikit perbezaan seperti berikut:

Rajah 5.3: Perbezaan kepimpinan dan pengurusan

(i) Pemimpin mementingkan kualiti kerja agar layanan yang diberi adalah saksama, mempunyai fokus jangka panjang, tumpuan lebih kepada perubahan dan memberi aspirasi serta memotivasikan orang lain untuk menyelesaikan masalah mereka

(ii) Pengurus pula mementingkan kepada melakukan sesuatu perkara dilakukan dengan betul, punyai fokus jangka pendek, mengekalkan status quo, bertindak menyelesaikan masalah orang lain.

Peranan Pemimpin

Berikut adalah peranan sebagai pemimpin dalam organisasi:

(i) Wujudkan kecenderungan terhadap kecepatan dan tindakan

(ii) Sedia berinovatif atau mengalami kepupusan

Page 118: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

104 TOPIK 5 PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

(iii) Runtuhkan segala halangan

(iv) Menggunakan semua sumber tenaga kerja anda, segala kemahiran mereka, segala masa yang mereka ada untuk keberkesanan organisasi.

(v) Wujudkan perspektif dan asas pengetahuan (Budaya ilmu)

(vi) Wujudkan Organisasi Pembelajaran yang berteraskan rohani dan jasmani

(vii) Bertindak Proaktif

(viii) Mengurus perubahan

(ix) Membuat tinjauan dan pemantauan berterusan

(x) Merujuk kepada mesyuarat atau perbincangan

SEMAK KENDIRI 5.3

Jelaskan konsep kepimpinan

(d) Pengawalan (Control)

Pengawalan adalah salah satu aktiviti penting dalam pengurusan dan ianya wujud hasil dari keperluan yang telah ditetapkan dalam setiap perancangan. Sebagai pengurus anda perlu memastikan semua tugasan yang telah diamanahkan telah dilaksanakan dengan baik. Sudah tentu sebagai pengurus anda menginginkan tahap atau kualiti kerja yang anda mahukan. Di sinilah letaknya peranan pengawalan di mana ianya berfungsi untuk memberikan maklumat kepada pengurus. Melalui maklumat yang diterima ini ianya nanti akan membantu pengurus dalam membuat keputusan. Antara peranan penting pengawalan ini adalah bertujuan untuk menyesuaikan cara kerja kepada sesuatu standard yang telah ditetapkan. Aktiviti pengawalan ini perlu dilihat sebagai usaha yang positif dan bukannya bermaksud untuk menghukum, mencari kesalahan ataupun sebaliknya tetapi aktiviti ini perlu dilihat sebagai satu pendekatan yang membina dan korektif bagi tujuan mencapai objektif sebuah organisasi.

Page 119: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 5 PROSES DAN PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

105

Proses dalam Pengawalan

Proses dalam pengawalan melibatkan tiga peringkat iaitu:

(i) Menetapkan Standard atau Piawai Standard atau sesuatu piawaian wujud dari proses perancangan pengurusan dan ianya ditetapkan berdasarkan matlamat dan objektif asal sesebuah organisasi. Standard ini merupakan satu garis panduan yang tetap dan perlu dipatuhi, sebagai contoh untuk kelayakan menghantar pasukan hoki ke sebarang kejohanan di peringkat negeri, pasukan yang dipilih perlu sekurang-kurangnya menjadi johan peringkat zon atau pun daerah. Untuk memberikan nilai kepada aktiviti pengawalan ianya perlu diterjemahkan kepada satu kaedah yang boleh diukur (measurable) dan mudah difahami oleh mereka yang terlibat dalam satu proses pengawalan.

Standard juga perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Memiliki objektif

Mudah diukur

Relevan kepada matlamat sesebuah organisasi

Pemantauan dan Pemeriksaan Dalam aktiviti ini pula dua peringkat pemantauan dan pemeriksaan perlu dilakukan iaitu:

Mengukur atau Menilai Prestasi Kaedah yang boleh digunakan mengukur prestasi terdiri dari kaedah

seperti kaedah kualitatif, kuantitatif ataupun gabungan kedua-kedua kaedah ini.

Mengukur jumlah perlawanan antarabangsa yang disertai dan menepati standard dikategorikan sebagai Kuantitatif manakala mengukur keupayaan pemain junior menyesuaikan diri dengan pasukan atau permainan dikategorikan sebagai kualitatif. Contoh bagi kaedah gabungan pula prestasi seorang pengurus diukur pula berdasarkan prestasinya menguruskan kewangan dengan berkesan dan tanduk-tanduknya dalam menaikkan prestasi atlet melalui pengurusan kewangannya yang berkesan.

Page 120: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

106 TOPIK 5 PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Membandingkan Prestasi dengan Standard yang Telah Ditetapkan Perbandingan yang dilakukan ini perlu memenuhi keperluan

standard yang telah ditetapkan adakah ianya gagal dipenuhi atau menjangkau lebih dari yang telah ditetapkan.

Tindakan Pembetulan Tindakan pembetulan ini hanya dijalankan jika standard yang diinginkan tidak tercapai. Sesuatu tindakan yang diambil perlu dianalisis di mana berlaku kepincangannya, mencari punca ataupun mungkin standard yang telah ditetapkan sukar dicapai atau tidak realistik.

Rajah 5.4: Proses pengawalan

Faedah Pengawalan Berikut adalah faedah diperolehi melalui pengawalan yang berkesan:

(i) Membantu untuk pencapaian objektif dalam tempoh masa yang telah ditetapkan secara efektif dan efisien.

(ii) Mengurangkan risiko berhadapan dengan masalah yang rumit.

(iii) Membantu bertindak jika berlaku sebarang kesilapan ataupun aktiviti pengurusan yang lembap.

Page 121: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 5 PROSES DAN PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

107

SEMAK KENDIRI 5.4

1. Apakah proses yang terlibat dalam pengawalan?

2. Apakah kepentingan proses ini kepada pengurusan secara

5.5.1 Proses dan Aktiviti Pengurusan Berkaitan

Pengurusan merangkum pelbagai aktiviti yang setiap satu fungsinya amat berkait rapat di antara satu sama lain. Berikut adalah beberapa lagi aktiviti penting pengurusan yang menyokong melengkapkan aktiviti utama dalam pengurusan selain perancangan, pengelolaan, memimpin dan pengawalan:

5.5.2 Pengurusan Sumber Manusia

Organisasi merupakan satu sistem yang mana sumber manusia merupakan salah satu fungsi yang menggerakkan sistem berkenaan. Pengurusan sumber manusia perlu memiliki hubungan selari dengan strategi-strategi organisasi yang telah dirancang. Ini bermakna dalam setiap pengurusan sumber manusia ianya perlu dilaksanakan secara terancang bagi membantu perlaksanaan strategi-strategi organisasi. Aktiviti yang dilaksanakan ini merupakan satu proses yang berterusan (ongoing) dan perlu melalui proses-proses, seperti menentukan keperluan sumber manusia dalam organisasi, mendapatkan calon yang berkelayakan, membangunkan pekerja dan mengekalkan pekerja yang berkelayakan.

Jadual 5.1: Proses Pengurusan Sumber manusia

Menentukan Keperluan Sumber manusia • Perancangan sumber manusia

Menarik minat calon berkelayakan • Pengrekrutan/Pengambilan

• Pemilihan

Pembangunan pekerja berkelayakan • Orientasi

• Latihan

• Penilaian Prestasi

Page 122: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

108 TOPIK 5 PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Mengekalkan pekerja berkelayakan • Ganjaran kewangan dan manfaat pekerjaan

• Pemisahan pekerja

Keperluan menentukan keperluan sumber manusia bagi sesebuah organisasi perlu dirancang secara teliti dan mengambil kira pelbagai faktor yang berkaitan dengan perancangan sesebuah organisasi. Jadual di atas menunjukkan bagi mendapatkan (pengambilan dan pemilihan), membangunkan (orientasi, latihan dan penilaian prestasi) dan mengekal atau memisahkan pekerja (pemberian ganjaran dan pemisahan) merupakan satu senario yang saling memerlukan antara satu sama lain. Situasi akan dapat diurus dengan baik jika adanya perancangan yang tersusun rapi dalam mengendalikan proses ini. Oleh yang demikian, keperluan kepada perancangan sumber manusia bagi organisasi pendidikan jasmani dan sukan amatlah diperlukan.

5.5.3 Motivasi

Motivasi juga perlu dilihat sebagai satu proses. Melalui proses ini bermula dari kehendak dan bertukar kepada motif yang mempengaruhi tingkah laku dan diakhirinya anda perlu menerima keadaan di mana, anda akan berasa berpuas hati atau sebaliknya. Sebagai contoh jika anda sedang dalam latihan bola sepak dan berasa sangat dahaga (kehendak) dan ketika latihan anda ingin untuk minum (motif). Anda kemudiannya dapat minum air yang anda inginkan (tingkah laku) dan akhirnya anda dapat memenuhi kehendak anda (keputusan) dan pastinya anda berasa cukup puas dengan minuman itu. Ini merupakan satu proses yang boleh anda kaitkan mengenai motivasi. Williams (2000), motivasi ialah kuasa-kuasa yang berupaya menggerakkan, mengarah dan membolehkan seseorang itu tekun dalam usaha mereka untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, seorang jurulatih bola sepak mungkin bermotivasi untuk bekerja dengan kuat bagi menghasilkan kemenangan setiap kali perlawanan manakala jurulatih bola sepak pasukan lain mungkin hanya bermotivasi hanya melaksanakan latihan sekadar yang dikehendaki oleh pengurus pasukan. Kehendak ialah keperluan secara fizikal dan psikologikal yang perlu dipenuhi bagi memastikan kewujudan dan kesejahteraan. Apabila kehendak tidak dipenuhi, seseorang itu akan mengalami ketegangan pada peringkat dalaman tetapi sebaik sahaja sesuatu kehendak tersebut dipenuhi, ia akan mendapat kepuasan dan merasakan diri mereka bermotivasi. Seterusnya keperluan yang

Page 123: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 5 PROSES DAN PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

109

telah dipenuhi tidak lagi dapat memotivasikan individu tersebut dan apabila keadaan ini berlaku, individu akan beralih kepada keperluan-keperluan lain yang belum dipenuhi.

5.5.4 Komunikasi

Komunikasi adalah merupakan salah satu aspek penting pengurusan dalam setiap organisasi. Peranan pengurus dalam bidang pendidikan jasmani dan sukan tidak banyak beza di antara pengurus di sektor lain. Kedua-duanya memiliki matlamat yang sama untuk melaksanakan sebarang perancangan yang telah dibuat dengan efektif dan efisien. Untuk memastikan kesemua perancangan itu diterjemahkan kepada pelaksanaan, idea dan hasrat sesuatu perancangan itu perlu disampaikan kepada anggota untuk mereka fahami dan hayati bersama. Medium penyampaian yang terbaik ialah melalui komunikasi. Berikut adalah beberapa definisi komunikasi:

(a) Proses menyampaikan maklumat atau pendapat kepada individu atau kumpulan yang melibatkan pertukaran mesej dengan tujuan mencapai maksud yang sama.

(b) Komunikasi melibatkan minimum dua individu, satu pihak yang menghantar mesej dari satu pihak lagi menjadi penerima mesej tersebut.

(c) Dalam komunikasi yang efektif, mesej tersebut perlu memberi makna yang sama kepada penghantar dan penerima.

Page 124: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

110 TOPIK 5 PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

5.5.5 Proses Komunikasi

Komunikasi boleh dilihat sebagai suatu proses yang melibatkan tujuh elemen penting seperti berikut:

Rajah 5.5: Proses komunikasi

(a) Penghantar atau Penyampai Merupakan Individu yang Memulakan Komunikasi Tersebut

(b) Menterjemah (Enkod) Sebelum mesej dihantar, penghantar akan menterjemah maksud kepada

perkataan dan gerak anggota adalah takluk kepada faktor kemahiran mengkod, penilaian kemahiran mengkod, penilaian kebolehan penerima untuk memahami simbol yang digunakan, dan judgment tentang kepatuhan simbol tersebut, pengalaman lepas, status, pendidikan dan keadaan emosi ketika komunikasi dimulakan.

(c) Mesej Mesej mempunyai simbol lisan dan bukan lisan yang digunakan untuk

menyampaikan maksud kepada penerima. Mesej boleh dihantar melalui pelbagai medium, yang pentingnya ialah pemilihan medium yang bersesuaian untuk tujuan komunikasi

Page 125: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 5 PROSES DAN PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

111

(d) Penerima. Individu yang Ditujukan Sesuatu Mesej

(e) Dekod Setelah menerima mesej, penerima akan mentafsir simbol yang digunakan

untuk memahami maksud penghantar mesej tersebut. Komunikasi efektif berlaku apabila penerima dan penghantar mesej mempunyai kefahaman yang sama daripada mesej. Perselisihan faham berlaku apabila maksud penghantar disalahtafsirkan oleh penerima.

(f) Gangguan Gangguan adalah sebarang faktor dalam proses komunikasi yang

mengganggu pertukaran mesej dan pencapaian maksud bersama. Gangguan berlaku di mana-mana dalam proses tersebut, contohnya gangguan semasa mengkod mesej, statik dalam talian telefon, keletihan, dan simbol yang digunakan.

(g) Maklum Balas Maklum balas ialah respon penerima terhadap mesej yang telah

ditafsirkan. la melibatkan pembalikan proses komunikasi di mana penerima menjadi penghantar dan menghantar mesej atau maklum balas kepada penghantar yang kini menjadi penerima. Maklum balas amat penting bagi membantu pengurus mentafsirkan keberkesanan komunikasi mereka.

SEMAK KENDIRI 5.5

1. Kenal pasti bagaimana proses komunikasi berlaku.

2. Apakah kepentingan proses ini kepada pengurusan secarakeseluruhan?

Pengurusan adalah merupakan satu proses integrasi sumber dan tugasan

dan tanggungjawab ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi.

Pengurusan adalah merupakan satu proses menetapkan objektif dan pengelolaan sumber ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan keberkesanannya akan dinilai bagi membantu pengamal mengambil langkah-langkah perlu di masa hadapan.

Page 126: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

112 TOPIK 5 PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Dalam konteks pengurusan masa kini fungsi utama pengurusan terdiri daripada komponen-komponen seperti Perancangan (Planning), Pengelolaan (Organising), Memimpin (Leading) dan Pengawalan (Control).

Perancangan adalah merupakan salah satu komponen penting dalam aktiviti pengurusan. Ianya boleh dilihat sebagai satu aktiviti penetapan matlamat dan objektif yang dirangka secara tersusun dan sistematik.

Pengelolaan adalah merupakan salah satu fungsi utama dalam pengurusan dan ianya bukanya satu proses yang berasing. Pengelolaan juga boleh menjadi sebahagian dari perancangan atau digabungjalinkan dengan fungsi pengurusan yang lain. Secara kolektifnya anda perlu melihat proses dan fungsi pengurusan iaitu perancangan, pengelolaan, pelaksanaan, dan pengawalan sebagai satu aktiviti mengurus (managing).

Memimpin adalah satu proses mempengaruhi dan memujuk anggota bawahan untuk bekerja secara bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan.

Pengawalan adalah salah satu aktiviti penting dalam pengurusan dan ianya wujud hasil dari keperluan yang telah ditetapkan dalam setiap perancangan. Sebagai pengurus anda perlu memastikan semua tugasan yang telah diamanahkan telah dilaksanakan dengan baik. Sudah tentu sebagai pengurus anda menginginkan tahap atau kualiti kerja yang anda mahukan.

Setiap pengurusan sumber manusia perlu dilaksanakan secara terancang bagi membantu perlaksanaan strategi-strategi organisasi. Aktiviti yang dilaksanakan ini merupakan satu proses yang berterusan (ongoing) perlu melalui proses-proses, seperti menentukan keperluan sumber manusia dalam organisasi, mendapatkan calon yang berkelayakan, membangunkan pekerja dan mengekalkan pekerja yang berkelayakan.

Motivasi ialah kuasa-kuasa yang berupaya menggerakkan, mengarah dan membolehkan seseorang itu tekun dalam usaha mereka untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Komunikasi adalah satu proses penyampaian maklumat atau pendapat kepada individu atau kumpulan yang melibatkan pertukaran mesej dengan tujuan mencapai maksud yang sama.

Darly Siedentop. (2001). Introduction to Physical Education, Fitness and Sports.

New York : McGraw Hill.

Page 127: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 5 PROSES DAN PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

113

Charles A. Bucher. (2002). Management of Physical Education and Sports. New

York : McGraw Hill. Covell et. al. (2003). Managing Sports Oragnisation:Responsibilty for

Performance. New York : Thomsom South Western. Trevor Slack. (1997). Undertanding Organization: Aopplication of Organisation

Theory. Human Kinetic. USA Richard F. Mull et. al. (1997). Recreational Sports Management. Human Kinetics.

USA John R.Olson. (1997). Facility and Equipnment Management for Sports Directors.

Human Kinetics. Illinios Ruben Acosta Hernandez. (2002). Managing Sports Organisation. Human

Kinetics. USA Judith E. Rink (2002). Teaching Physical education for Learning. New York : Mc

Graw Hill.

Page 128: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan (Sistem Pertandingan)

PENGENALAN

Sistem pertandingan adalah merupakan perkara yang wajib di fikirkan oleh pengelola pertandingan sebelum menganjurkan pertandingan. Terdapat pelbagai faktor yang perlu di fikirkan sebelum memilih sistem pertandingan. Antaranya ialah objektif pertandingan, masa yang di peruntukan untuk menghabiskan kejohanan, jumlah peserta yang mengambil bahagian dan lain-lain lagi.

TTooppiikk

66

1. Menyatakan dan mendefinisikan konsep sistem pertandingan

2. Mengkategorikan dan mencirikan sistem pertandingan

3. Menyatakan langkah-langkah yang di perlukan dalam mengelola sistem pertandingan

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

HASIL PEMBELAJARAN

Page 129: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

115

PERTANDINGAN 6.1

Tujuan Pertandingan Pertandingan merupakan satu pelan permainan yang dirancang bertujuan untuk memilih pemenang yang merupakan individu atau pasukan terbaik dalam permainan. Di samping itu pertandingan juga membolehkan individu atau pasukan menghayati semangat kesukanan. Terdapat berbagai cara untuk pertandingan dilaksanakan sama ada:

(a) Melawan pencapaian individu atau pasukan dari segi skor atau skor purata contohnya olahraga, menembak, terjun renang dan lain-lain

(b) Melawan individu atau pasukan secara terus contohnya badminton, bola sepak, bola tampar, tenis dan lain-lain

Setiap kejohanan atau pertandingan tidak semestinya di kelolakan dengan cara yang sama. Dalam mengelola kejohanan atau pertandingan terdapat pelbagai sistem pertandingan. Terdapat berbagai faktor yang di tentukan untuk memilih sistem pertandingan. Antara faktor yang perlu diberi perhatian ialah:

(a) Jenis pertandingan

(b) Masa yang diperlukan

(c) Alatan, gelanggang dan kemudahan yang ada

(d) Agihan perlawanan yang adil

(e) Jumlah pegawai dan petugas-petugas yang mencukupi

(f) Sumber kewangan

(g) Bilangan penyertaan undang-undang dan peraturan pertandingan

(h) Penentuan pemenang dan pemain yang sah

Page 130: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

116 TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

SISTEM PERTANDINGAN 6.2

Secara amnya sistem pertandingan boleh di kategorikan kepada empat kategori iaitu:

Jadual 6.1: Kategori Sistem Pertandingan

Kategori Jenis Pertandingan

Temasya Kejohanan

Pertandingan berlapis

Sekali

Sekali bersagu hati Liga

Dua kali

Ringkas

Kumpulan Kalah Mati

Lombard

Tangga

Piramid

Corong Cabar mencabar

serombong

6.2.1 Pertandingan Berbentuk Kejohanan

Pertandingan berbentuk kejohanan membenarkan peserta bertanding dalam beberapa acara yang berlainan berdasarkan kepada undang-undang permainan dan peraturan am. Pertandingan berbentuk kejohanan biasanya boleh dikelolakan selama sehari atau beberapa hari sahaja. Kejohanan akan melibatkan pengurusan dan perancangan yang kemas dan rapi. Atur cara yang lengkap disediakan lebih awal dengan menetapkan masa bagi sesuatu acara yang dipertandingkan. Pengelolaan pertandingan ini melibatkan dua jenis pertandingan. Temasya Dalam temasya, peserta-peserta yang mengambil bahagian akan bertanding serentak dalam acara yang berbeza. Contohnya dalam acara olahraga pertandingan bagi acara 800 meter serentak dengan pertandingan dalam acara

Page 131: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

117

lompat tinggi. Acara yang dipertandingkan merupakan acara akhir jika jumlah peserta tidak ramai. Sebaliknya sekiranya melibatkan jumlah yang ramai acara saringan terpaksa di laksanakan. Dalam temasya yang kecil peserta-peserta biasanya bertanding terus ke peringkat akhir. Manakala dalam temasya yang besar biasanya peserta terpaksa bertanding beberapa acara saringan sebelum ke peringkat akhir. Contohnya dalam kejohanan olahraga peringkat sekolah biasanya setiap rumah pasukan akan menghantar dua peserta oleh itu acara akhir balapan boleh di langsungkan tanpa saringan. Dalam kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah setiap sekolah menghantar wakil yang menyebabkan acara saringan terpaksa di lakukan sebelum acara akhir. Antara jenis sukan yang sesuai menggunakan jenis temasya ialah seperti olahraga, renang, menembak dan gimnastik. Selain daripada kemenangan individu, kemenangan atlet dari sesuatu pasukan akan menyumbang mata kepada pasukan yang diwakilinya. Pengiraan mata pasukan berdasarkan jumlah mata yang terkumpul dari hasil kemenangan atlet yang mengambil bahagian. Contoh mata yang di beri rujuk Jadual 6.2.

Jadual 6.2: Pembahagian Mata dalam Kejohanan Olahraga

Individu Pasukan

Tempat Mata Tempat Mata

Johan 5 Johan 7

Naib Johan 3 Naib Johan 5

Ketiga 2 Ketiga 3

Keempat 1 Keempat 1

Terdapat juga kejohanan yang menggunakan sistem pengiraan jumlah pungutan pingat sebagai mata bagi pasukan contohnya 8 emas 3 perak 3 gangsa lebih baik dari 8 emas 2 perak 10 gangsa. Pertandingan Berlapis Pertandingan ini berbentuk sistem kategori membezakan peserta berdasarkan umur, saiz, berat badan atau kedudukan. Contohnya dalam sukan anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) kategori pertandingan mengikut umur. Begitu juga dalam sukan tinju dan angkat berat contohnya peserta di kategorikan berdasarkan berat badan.

Page 132: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

118 TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

Rajah 6.1: Kejohanan MSSD olahraga merupakan satu contoh terbaik pertandingan

dalam bentuk berlapis Dalam pertandingan badminton berpasukan contohnya Piala Thomas kedudukan (rank) permain dalam pasukan masing-masing digunakan. Pemain perseorangan nombor satu dalam pasukan Malaysia contohnya akan bertanding dengan pemain perseorangan nombor satu dalam pasukan Indonesia. Sekiranya pemain perseorangan Malaysia menang maka pasukan Malaysia akan mendapat 1 mata. Dalam pertandingan seperti acara berpasukan tenis dan skuasy cara ini turut digunakan.

6.2.2 Sistem Liga

Pertandingan liga memberi ruang kepada permainan yang maksimum untuk setiap pasukan yang bertanding. Semua pasukan akan bertanding dengan setiap ahli dalam kumpulan pertandingan. Sistem liga di anggap lebih adil kepada pasukan yang bertanding dan dapat menghasilkan pasukan yang benar-benar baik bukan bernasib baik. Terdapat pasukan yang mempunyai prestasi Âlambat panasÊ contohnya pasukan bola sepak Italy dalam Piala Dunia 2006. Pasukan ini memerlukan pertandingan dalam bentuk sistem liga untuk menunjukkan prestasi yang sebenar. Sistem ini membolehkan pasukan seperti ini menunjukkan prestasi yang cemerlang. Sistem liga sesuai untuk pertandingan yang mempunyai bilangan peserta atau pasukan yang tidak begitu banyak. Sistem Liga Biasa Sistem liga biasa atau juga di kenali liga ringkas melibatkan pertandingan dalam satu kumpulan. Sistem liga biasa akan memberi peluang kepada pasukan yang

Page 133: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

119

bertanding untuk melawan setiap pasukan dalam kumpulannya. Sistem liga biasanya di gunakan dalam pertandingan bola sepak dan hoki Contohnya pertandingan sistem liga ialah Liga utama English, Liga Super Malaysia dan Liga Hoki kebangsaan. Bilangan perlawanan setiap pasukan yang menyertai pertandingan menentukan jenis liga. Contohnya jika pertandingan melibatkan perlawanan setiap lawannya sekali sahaja, pertandingan itu dikenali dengan liga satu pusingan. Jika pertandingan itu dalam setiap lawannya dua kali pertandingan liga dua pusingan. Liga Satu Pusingan

Jadual 6.3: Contoh Keputusan Liga Satu Pusingan

P M S K J Ke Mata

A 4 4 0 0 16 0 12

B 4 2 1 1 15 8 7

C 4 2 1 2 11 8 7

D 4 1 0 3 2 13 1

E 4 0 0 4 0 16 0

N = jumlah pasukan Mengira jumlah perlawanan satu pasukan menggunakan formula N-1 = 5 -1 = 4 Mengira jumlah semua perlawanan yang melibatkan perlawanan di atas (N(N-1))/2 = (5(5-1))/2 = 10

Page 134: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

120 TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

Mengira jumlah pusingan

Jadual 6.4: Formula Mengira Jumlah Pusingan

Untuk N = nombor genap Untuk N = nombor ganjil

Jumlah perlawanan suatu pusingan = N/2

Jumlah perlawanan suatu pusingan = (N-1)/2

Jumlah pusingan = N-1 Jumlah pusingan = N

Dari jadual di atas N = nombor ganjil Jumlah pusingan = N = 5 pusingan Jumlah perlawanan suatu pusingan = (N-1)/2 = (5-1)/2 = 2 perlawanan

Pusingan 1 Pusingan 2 Pusingan 3 Pusingan 4 Pusingan 5

A lwn B D lwn E A lwn C A lwn D C lwn D

C lwn E C lwn B B lwn D B lwn E A lwn E

Jika peserta atau pasukan menentang setiap lawannya sebanyak 2 kali, pertandingan itu dikenali dengan liga dua pusingan. Liga Dua pusingan

Jadual 6.5: Contoh Keputusan Liga Dua Pusingan

P M S K J Ke Mata

A 8 8 0 0 32 0 24

B 8 4 2 2 30 16 14

C 8 2 1 2 22 16 14

D 8 1 0 3 4 26 2

E 8 0 0 4 0 32 0

N = jumlah pasukan

Page 135: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

121

Mengira jumlah perlawanan satu pasukan menggunakan formula (N-1)x 2 = 2x(5-1) = 8 Mengira jumlah semua perlawanan yang melibatkan pelawan di atas (N(N-1)) = (5(5-1)) = 20 Mengira jumlah pusingan

Untuk N = nombor genap Untuk N = nombor ganjil

Jumlah perlawanan suatu pusingan = N/2

Jumlah perlawanan suatu pusingan = (N-1)/2

Jumlah pusingan = (N-1) x2 Jumlah pusingan = N x 2

Untuk jadual di atas N = nombor ganjil Jumlah pusingan = N x 2 = 10 pusingan Jumlah perlawanan suatu pusingan = (N-1)/2 = (5-1)/2 = 2 perlawanan

Pusingan 1 Pusingan 2 Pusingan 3 Pusingan 4 Pusingan 5

A lwn B D lwn E A lwn C A lwn D C lwn D

C lwn E C lwn B B lwn D B lwn E A lwn E

Pusingan 6 Pusingan 7 Pusingan 8 Pusingan 9 Pusingan 10

A lwn B D lwn E A lwn C A lwn D C lwn D

C lwn E C lwn B B lwn D B lwn E A lwn E

Page 136: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

122 TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

Rajah 6.2: English Premier League merupakan salah satu contoh pertandingan liga dua

pusingan Separa Liga Pertandingan separa liga melibatkan pertandingan sistem liga yang melibatkan kumpulan lebih dari satu di peringkat awal dan kemudian dikuti dengan sistem kalah mati. sistem Separa liga ini di gunakan dalam kejohanan Piala Dunia FIFA Separa Liga 4 Kumpulan Dalam liga separa 4 kumpulan kedudukan pasukan yang mengetuai kumpulan akan di tentukan melalui pilihan (seeded). Contohnya sekiranya Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam pertandingan tahun lalu mengambil bahagian pasukan itu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:-

Jadual 6.6: Contoh Empat Kumpulan Separa Liga

Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kumpulan 4

Johan Naib Johan Ketiga Keempat

Undi Undi Undi Undi

Undi Undi Undi Undi

Undi Undi Undi Undi

Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik hendaklah dipertimbangkan. Kedudukannya bagi memenuhi tempat yang kosong dalam kumpulan menggunakan sistem undian. Pusingan kedua (suku akhir) Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. Menetapkan pasukan dalam perlawanan kalah mati adalah seperti berikut:

Page 137: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

123

(a) Empat pasukan Johan kumpulan akan didahulukan untuk ditempatkan di Kedudukan 1(johan Kumpulan A), 3 (Johan Kumpulan C), 5 (johan Kumpulan B) dan 7 (Johan Kumpulan D). (Rujuk rajah 6.1)

(b) Pasukan Naib johan kumpulan harus ditempatkan di kedudukan yang tidak akan bertemu dengan pasukan johan dalam kumpulan yang sama pada suku akhir dan separuh akhir. Oleh itu kedudukan 2 (Naib Johan Kumpulan D), kedudukan 4 (Naib Johan Kumpulan B), kedudukan 6 (Naib Johan Kumpulan C) kedudukan 8 (Naib Johan Kumpulan A)

(c) Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki perlawanan akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat Ketiga dan Keempat.

Rajah 6.3: Peringkat kalah mati dalam separa liga

Page 138: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

124 TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

Piala Dunia Fifa (Separa Liga 8 Kumpulan) Sistem pertandingan dalam piala dunia bola sepak FIFA adalah sistem separa liga lapan kumpulan. Pada peringkat awal pasukan yang mengambil bahagian di bahagikan kepada lapan kumpulan. Juara dan naib juara bagi kumpulan menjadikan 16 pasukan akan memasuki pusingan kalah mati.

KUMPULAN A

Match Date Venue Teams Time/Score

1 9-Jun-2006 Munich GER:CRC 4:2 (2:1)

2 9-Jun-2006 Gelsenkirchen POL:ECU 0:2 (0:1)

17 14-Jun-2006 Dortmund GER:POL 1:0 (0:0)

18 15-Jun-2006 Hamburg ECU:CRC 3:0 (1:0)

33 20-Jun-2006 Berlin ECU:GER 0:3 (0:2)

34 20-Jun-2006 Hanover CRC:POL 1:2 (1:1)

KUMPULAN B

Match Date Venue Teams Time/Score

3 10-Jun-2006 Frankfurt ENG:PAR 1:0 (1:0)

4 10-Jun-2006 Dortmund TRI:SWE 0:0

19 15-Jun-2006 Nuremberg ENG:TRI 2:0 (0:0)

20 15-Jun-2006 Berlin SWE:PAR 1:0 (0:0)

35 20-Jun-2006 Cologne SWE:ENG 2:2 (0:1)

36 20-Jun-2006 Kaiserslautern PAR:TRI 2:0 (1:0)

KUMPULAN C

Match Date Venue Teams Time/Score

5 10-Jun-2006 Hamburg ARG:CIV 2:1 (2:0)

6 11-Jun-2006 Leipzig SCG:NED 0:1 (0:1)

21 16-Jun-2006 Gelsenkirchen ARG:SCG 6:0 (3:0)

22 16-Jun-2006 Stuttgart NED:CIV 2:1 (2:1)

37 21-Jun-2006 Frankfurt NED:ARG 0:0

38 21-Jun-2006 Munich CIV:SCG 3:2 (1:2)

Page 139: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

125

KUMPULAN D

Match Date Venue Teams Time/Score

7 11-Jun-2006 Nuremberg MEX:IRN 3:1 (1:1)

8 11-Jun-2006 Cologne ANG:POR 0:1 (0:1)

23 16-Jun-2006 Hanover MEX:ANG 0:0

24 17-Jun-2006 Frankfurt POR:IRN 2:0 (0:0)

39 21-Jun-2006 Gelsenkirchen POR:MEX 2:1 (2:1)

40 21-Jun-2006 Leipzig IRN:ANG 1:1 (0:0)

KUMPULAN E

Match Date Venue Teams Time/Score

9 12-Jun-2006 Hanover ITA:GHA 2:0 (1:0)

10 12-Jun-2006 Gelsenkirchen USA:CZE 0:3 (0:2)

25 17-Jun-2006 Kaiserslautern ITA:USA 1:1 (1:1)

26 17-Jun-2006 Cologne CZE:GHA 0:2 (0:1)

41 22-Jun-2006 Hamburg CZE:ITA 0:2 (0:1)

42 22-Jun-2006 Nuremberg GHA:USA 2:1 (2:1)

KUMPULAN F

Match Date Venue Teams Time/Score

11 13-Jun-2006 Berlin BRA:CRO 1:0 (1:0)

12 12-Jun-2006 Kaiserslautern AUS:JPN 3:1 (0:1)

27 18-Jun-2006 Munich BRA:AUS 2:0 (0:0)

28 18-Jun-2006 Nuremberg JPN:CRO 0:0

43 22-Jun-2006 Dortmund JPN:BRA 1:4 (1:1)

44 22-Jun-2006 Stuttgart CRO:AUS 2:2 (1:1)

KUMPULAN G

Match Date Venue Teams Time/Score

13 13-Jun-2006 Stuttgart FRA:SUI 0:0

14 13-Jun-2006 Frankfurt KOR:TOG 2:1 (0:1)

29 18-Jun-2006 Leipzig FRA:KOR 1:1 (1:0)

Page 140: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

126 TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

30 19-Jun-2006 Dortmund TOG:SUI 0:2 (0:1)

45 23-Jun-2006 Cologne TOG:FRA 0:2 (0:0)

46 23-Jun-2006 Hanover SUI:KOR 2:0 (1:0)

KUMPULAN H

Match Date Venue Teams Time/Score

15 14-Jun-2006 Leipzig ESP:UKR 4:0 (2:0)

16 14-Jun-2006 Munich TUN:KSA 2:2 (1:0)

31 19-Jun-2006 Stuttgart ESP:TUN 3:1 (0:1)

32 19-Jun-2006 Hamburg KSA:UKR 0:4 (0:2)

47 23-Jun-2006 Kaiserslautern KSA:ESP 0:1 (0:1)

48 23-Jun-2006 Berlin UKR:TUN 1:0 (0:0)

Piala Dunia FiFA juga menggunakan format pertandingan separa liga

Page 141: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

127

Liga Lombard Sistem ini sesuai di laksanakan jika kita diperuntukkan masa pertandingan yang terhad. Sistem liga Lombard ini amat sesuai di gunakan dalam pertandingan mini permainan. Sebagai contohnya pertandingan mini bola keranjang, mini bola baling dan lain-lain. Contoh Terdapat empat pasukan yang bertanding Bilangan Pusingan = N-1 = 3 Jumlah perlawanan satu pusingan = N/2 = 2 Masa yang di peruntukan 30 minit Masa permainan dalam satu pusingan = 30/ bil pusingan = 10 minit

Pusingan 1 Pusingan 2 Pusingan 3

5AX7B 3AX2C 5AX3D

6CX9D 4BX0D 3BX4C

Angka di hadapan menujukan jumlah gol yang di jaringkan Contoh pengiraan skor

Perlawanan A B

Gol jaring 5 7

Mata (5-7) = -2 (7-5) = +2

Keputusan pertandingan

Pusingan

Pasukan 1 2 3 Jum Skor Kedudukan

A -2 +1 +2 2 2

Page 142: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

128 TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

B +2 +4 -1 5 1

C -3 -1 +1 -3 4

D +3 -4 -2 -3 3 (gol banyak)

6.2.3 Pertandingan Kalah Mati

Sistem pertandingan ini menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah. Proses pertandingan kalah mati akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau satu peserta atau pasukan yang tinggal, peserta atau pasukan yang tinggal di isytihar sebagai pemenang. Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati iaitu kalah mati sekali dan kalah mati dua kali. Sistem ini biasa digunakan dalam keadaan:

(a) Masa yang di peruntukan untuk pertandingan pendek

(b) Peruntukan kewangan yang di sediakan untuk pertandingan adalah terhad

(c) Penyertaan adalah besar dan memakan masa untuk mengelolakannya

(d) Bilangan kemudahan yang digunakan adalah terhad

Rajah 6.4: Badminton selalu menggunakan sistem pertandingan kalah mati disebabkan

penyertaan individu atau pasukan yang banyak

Page 143: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

129

Kalah Mati Sekali Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta. Sistem Kalah Mati bagi Kes di atas 14 Pasukan yang Bertanding

Rajah 6.5: Susunan jadual sistem kalah mati bagi 14 pasukan yang bertanding

Page 144: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

130 TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

Bye Bilangan peserta yang mendapat bye boleh di kira dengan formula gandaan kuasa bagi angka 2 Bilangan penyertaan ialah 14 angka ganda dua yang terdekat ialah 2 = 16 Jadi bilangan bye = 16-14

= 2 Dua peserta yang mendapat bye akan di sebarkan kepada dua kumpulan atas dan kumpulan bawah. Sekiranya dua bye yang di peruntukan bye kan di beri kepada peserta pilihan pertama dan kedua Bilangan Pusingan Bilangan pusingan boleh di tentukan dengan melihat 2 = sama atau lebih dari nombor yang terdekat dengan bilangan penyertaan. X = bilangan pusingan Oleh kerana 2 = 16, 16 ialah nombor gandaan 2 yang terdekat dengan 14 Kesimpulan bilangan pusingan bagi pertandingan ini ialah 4. Bilangan Perlawanan Bilangan perlawanan yang dijalankan dapat dikira dengan cara menolak angka 1 daripada jumlah penyertaan Oleh itu bilangan perlawanan = N-1 = 13 Penentuan Tempat Peserta atau Pasukan dalam Jadual Penempatan pilihan atau ÂseededÊ Peserta-peserta pilihan hendaklah ditempatkan secara adil dengan sebaran yang menyeluruh. Panduan menempatkan peserta pilihan dalam pertandingan kalah mati adalah seperti berikut : Peserta pilihan sepatutnya ditempatkan secara simetrikal

Page 145: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

131

Jika terdapat 2 pilihan, satu ditempatkan di bawah sekali dan satu lagi di atas sekali

Rajah 6.6: Cara menyusun pilihan 1 dan 2 dalam pertandingan kalah mati

Jika terdapat 4 pilihan, aturan berikut perlu digunakan

(a) Pilihan pertama ditempatkan di atas sekali dalam kumpulan atas.

(b) Pilihan kedua ditempatkan di bawah sekali dalam kumpulan bawah.

(c) Pilihan 4 diletakkan di bawah dalam kumpulan atas dan

(d) Pilihan ke 3 diletakkan di atas dalam kumpulan bawah atas

Rajah 6.7: Cara menyusun pilihan 1 hingga 4 dalam pertandingan kalah mati

Page 146: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

132 TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

Kalah Mati Bersagu Hati Sistem kalah mati bersagu hati meliputi dua bahagian iaitu bahagian kumpulan yang menang dan bahagian kumpulan yang kalah. Tujuan pertandingan ini ialah untuk memberi peluang kepada pasukan yang kalah untuk memenangi kumpulan sagu hati. Pertandingan ini akan membangkitkan motivasi peserta. Walaupun kalah di peringkat awal tetapi peserta masih berpeluang memenangi pertandingan kumpulan sagu hati.

Rajah 6.8: Jadual pertandingan kalah mati sagu hati

Kalah Mati Dua Kali Sistem ini terbahagi kepada dua kumpulan yang kalah atau kumpulan yang menang. Sistem ini seperti sistem kalah mati sagu hati. Namun yang berlainan juara kumpulan kalah akan bertanding dengan juara bagi kumpulan yang menang bagi menentukan juara. Tujuan pertandingan ini ialah untuk memberi peluang kepada pasukan yang kalah untuk memenangi pertandingan. Sistem pertandingan ini akan membangkitkan motivasi peserta. Walaupun kalah di peringkat awal tetapi peserta masih berpeluang memenangi pertandingan. Johan kedua-dua kumpulan kiri atau kanan akan bertemu di dalam pertandingan akhir.

Page 147: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

133

Rajah 6.9: Jadual pertandingan kalah dua kali

Sekiranya pemenang pertandingan datang dari kumpulan yang telah kalah (juara kumpulan kalah,kiri) sekali, maka pasukan yang tewas (juara kumpulan menang, kanan) boleh meminta satu lagi perlawanan (untuk menentukan juara). Jika dalam pertandingan ini 2 yang memenangi pertandingan akhir, maka 2 akan menyandang JUARA/ JOHAN, tetapi jika 1 yang memenangi pertandingan akhir, maka 2 berhak memohon untuk bertanding semula bagi menentukan JOHAN. Sistem Mueller-Anderson Playback Tujuan Sistem Mueller-Anderson Playback adalah bagi menentukan kedudukan peserta atau pasukan dalam pertandingan. Sistem ini telah di cipta oleh Pat Mueller dan Bruce Anderson daripada Universiti Minnesota. Sistem Mueller-Anderson Playback serupa dengan sistem permainan sistem kalah mati sagu hati tetapi sistem ini memberi nombor seeded kepada setiap peserta (rujuk Rajah 6.7)

Page 148: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

134 TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

Rajah 6.10: Sistem Mueller-Anderson Playback

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Apalah tujuan pertandingan dalam sukan dan pertandingan?

2. Berikan empat kategori yang terdapat dalam sistem pertandingan.

3. Berikan ciri penting temasya dalam pertandingan.

4. Definisikan dan berikan contoh pertandingan separa liga.

5. Nyatakan keadaan yang sesuai menggunakan sistem Lombard.

6. Huraikan sistem dan ciri-ciri sistem kalah mati sagu hati.

6.2.4 Sistem Cabar Mencabar

Sistem pertandingan cabar mencabar biasa di jalankan tanpa jadual formal. Sistem cabar mencabar merupakan sistem pertandingan yang memakan masa yang lama. Dalam sistem cabar mencabar tiada peserta atau pasukan yang akan tersingkir. Sistem ini sesuai di gunakan untuk kelas pendidikan jasmani. Selain daripada itu sistem ini sesuai untuk sukan mempertahankan diri seperti tinju, silat dan lain-lain.

Page 149: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

135

Rajah 6.11: Sukan tinju menggunakan sistem pertandingan cabar mencabar

Sistem Tangga Dalam sistem ini peserta yang di bawah akan mencabar peserta yang berada di atasnya untuk memperbaiki kedudukannya. Peserta dalam sistem tangga ini di susun mengikut seeded terkini. Keistimewaan bentuk ini ialah setiap peserta ditempatkan mengikut kebolehan mereka di akhir pertandingan. Sistem ini digunakan dalam pertandingan tinju.

Peserta Kedudukan

Amirul 1

Haikal 2

Denis 3

Aiman 4

Arif 5

Atan 6

Ahmad 7

Abu 8

Hafis 9

Page 150: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

136 TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

Jika peserta yang mencabar peserta di atas menang, peserta mencabar akan mengambil alih kedudukan peserta yang dicabar. Peserta dicabar akan turun satu tangga ke bawah. Terdapat pelbagai sistem tangga:

(a) Sistem Satu Tangga Pemain dalam sistem ini hanya boleh mencabar pemain yang berada satu

tangga di atas. Contohnya jika kita rujuk jadual di atas Aiman boleh mencabar Denis tetapi tidak boleh mencabar Haikal. Sekiranya Aiman menang di akan mengambil tempat Denis dan Denis akan turun satu tangga.

(b) Sistem Dua Tangga Pemain dalam sistem ini hanya boleh mencabar pemain yang berada satu

tangga di atas. Contohnya jika kita rujuk jadual di atas Aiman boleh mencabar Haikal tetapi tidak boleh mencabar Amirul. Sekiranya Aiman menang di akan mengambil tempat Haikal dan Haikal dan Denis akan turun satu tangga.

(c) Sistem Tiga Tangga Pemain dalam sistem ini hanya boleh mencabar pemain yang berada tiga

tangga di atas.

(d) Sistem Alternatif Tangga Pemain dalam sistem ini akan cabar mencabar pemain yang dalam

kumpulan awal tangganya. Kemudian pasukan johan dan naib johan tangga awal ini akan masuk ke pusingan (Rajah 6.8).

Page 151: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

137

Rajah 6.12: Sistem tangga alternatif 3 kumpulan

Pertandingan Bentuk Piramid Konsep sistem ini sama seperti sistem tangga tetapi bezanya sistem ini mempunyai ramai peserta atau pasukan dalam satu aras. Semakin ke bawah piramid semakin banyak peserta atau pasukan dalam satu aras. Pertandingan bentuk ini boleh dijalankan dengan cara berlawan sesama sendiri mengikut tingkatnya pada peringkat awal. Peserta yang berjaya di kalangan mereka akan naik setingkat sehingga ke puncak piramid atau corong. Contohnya jika 2 ingin mencabar 1, pasukan 2 akan. Sistem piramid dibahagikan kepada dua artenatif

(a) Sistem Piramid Aternatif Pertama Dalam sistem ini pemain boleh mencabar di kiri dan kanan kemudian mencabar kiri dan kanan atasnya. Contohnya 8 hanya boleh mencabar 7 dan 9 sebagai rakan searas. Kemudian sekiranya menang ia boleh mencabar 4 dan 5.

Page 152: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

138 TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

Rajah 6.13: Sistem piramid aternatif pertama

(b) Sistem Piramid Aternatif Kedua Dalam sistem ini pemain boleh mencabar mana-mana sahaja pemain di aras yang sama kemudian mencabar mana pemain di atasnya. Contohnya 8 hanya boleh mencabar 7, 9 dan 10 sebagai rakan searas. Kemudian sekiranya menang ia boleh mencabar 4, 5 dan 6.

Rajah 6.14: Sistem piramid aternatif kedua

Pertandingan Bentuk Corong Pertandingan dalam bentuk corong merupakan gabungan tangga dan piramid. Pemain yang berada dalam kedudukan piramid akan mengikuti peraturan piramid dan peserta yang berkedudukan tangga akan mengikut peraturan

Page 153: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

139

tangga. Dalam bentuk corong peserta akan cuba menuju ke kedudukan paling rendah sekali. Contohnya Peserta pada kedudukan tempat ke 7 terpaksa mencabar 6 dan 8 sebelum mencabar pasukan di aras atas 4 atau 5 (sistem piramid). Peserta pada tempat ke 3 akan mencabar peserta pada tempat ke 2 untuk naik ke tempat ke 2 sekiranya menang (sistem tangga)

Rajah 6.15: Sistem bentuk corong

Pertandingan Bentuk Serombong Pertandingan juga di kenali sebagai sistem corong terbalik. Sama seperti sistem corong pertandingan ini merupakan gabungan tangga dan piramid. Pemain yang berada dalam kedudukan piramid akan mengikuti peraturan piramid dan peserta yang berkedudukan tangga akan mengikut peraturan tangga. Dalam bentuk corong peserta akan cuba menuju ke kedudukan paling rendah sekali.

Page 154: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

140 TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

Contohnya Peserta pada kedudukan tempat ke 7 terpaksa mencabar 6 dan 8 sebelum mencabar pasukan di aras atas 4 atau 5 (sistem piramid). Peserta pada tempat ke 3 akan mencabar peserta pada tempat ke 2 untuk naik ke tempat ke 2 sekiranya menang (sistem tangga)

Rajah 6.16: sistem pertandingan serombong

SEMAK KENDIRI 6.2

1. Definisikan dan huraikan sistem cabar mencabar dalam sistem pertandingan.

2. Bagaimana untuk melaksanakan peraturan sistem tangga?

3. Dalam sistem corong dan serombong terdapat dua sistem cabar mencabar terlibat. Nyatakan sistem tersebut.

Page 155: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

141

Pertandingan merupakan satu pelan permainan yang dirancang bertujuan

untuk memilih pemenang yang merupakan individu atau pasukan terbaik dalam permainan.

Pertandingan juga membolehkan individu atau pasukan menghayati semangat kesukanan.

Dalam mengelola kejohanan atau pertandingan terdapat pelbagai sistem pertandingan.

Pertandingan berbentuk kejohanan membenarkan peserta bertanding dalam beberapa acara yang berlainan berdasarkan kepada undang-undang permainan dan peraturan am.

Kejohanan akan melibatkan pengurusan dan perancangan yang kemas dan rapi.

Dalam temasya peserta-peserta yang mengambil bahagian akan bertanding serentak dalam acara yang berbeza.

Sebaliknya sekiranya melibatkan jumlah yang ramai acara saringan terpaksa di laksanakan.

Manakala dalam temasya yang besar biasanya peserta terpaksa bertanding beberapa acara saringan sebelum ke peringkat akhir.

Pertandingan ini berbentuk sistem kategori membezakan peserta berdasarkan umur, saiz, berat badan atau kedudukan.

Pertandingan liga memberi ruang kepada penyertaan yang maksimum untuk setiap pasukan yang bertanding.

Jika pertandingan melibatkan perlawanan setiap lawannya sekali sahaja, pertandingan itu dikenali dengan liga satu pusingan.

Jika peserta atau pasukan menentang setiap lawannya sebanyak 2 kali, pertandingan itu dikenali dengan liga dua pusingan.

Pertandingan separa liga melibatkan pertandingan sistem liga yang melibatkan kumpulan lebih dari satu di peringkat awal dan kemudian dikuti dengan sistem kalah mati

Dalam liga separa 4 kumpulan kedudukan pasukan yang mengetuai kumpulan akan di tentukan melalui pilihan (seeded).

Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik hendaklah dipertimbangkan.

Page 156: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

142 TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

Dalam separa liga kedudukan bagi memenuhi tempat yang kosong dalam kumpulan menggunakan sistem undian.

Sistem pertandingan ini menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah.

Proses pertandingan kalah mati akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau satu peserta atau pasukan yang tinggal, peserta atau pasukan yang tinggal di isytihar sebagai pemenang.

Pertandingan kalah mati ini paling mudah dan ringkas dikelolakan, pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir.

Penempatan pilihan atau ÂseededÊ Peserta-peserta pilihan hendaklah ditempatkan secara adil dengan sebarannya yang menyeluruh.

Sistem kalah mati bersagu hati meliputi dua bahagian iaitu bahagian kumpulan yang menang dan bahagian kumpulan yang kalah.

Sistem kalah mati dua kali juara kumpulan kalah akan bertanding dengan juara bagi kumpulan yang menang bagi menentukan juara.

Dalam sistem cabar mencabar tiada peserta atau pasukan yang akan tersingkir.

Dalam sistem ini peserta yang di bawah akan mencabar peserta yang berada di atasnya untuk memperbaiki kedudukannya.

Semakin ke bawah piramid semakin banyak peserta atau pasukan dalam satu aras.

Pertandingan dalam bentuk corong merupakan gabungan tangga dan piramid. Pemain yang berada dalam kedudukan piramid akan mengikuti peraturan piramid dan peserta yang berkedudukan tangga akan mengikut peraturan tangga.

Acara akhir

Acara saringan

Berdasarkan umur, saiz, berat badan atau kedudukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)

Bertanding serentak

Hasil kemenangan atlet

Pelan permainan

Pemain perseorangan nombor satu

Pengurusan dan perancangan

permainan yang maksimum

Pertandingan berbentuk kejohanan

pertandingan sistem liga

Page 157: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

143

Majlis sukan sekolah-sekolah daerah

Melawan individu atau pasukan

Melawan pencapaian individu

mendapat bye

menentang setiap lawannya

Menghayati semangat kesukanan

mengukur keupayaan

Pasukan yang diutamakan (seeded)

peserta atau pasukan yang kalah.

Piala Thomas

pilihan (seeded).

prestasi yang sebenar.

Sistem liga Lombard

Sistem pengiraan jumlah pungutan pingat

Temasya yang kecil

Temasya yang besar

Asiah Abu Samah (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan

Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia

Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company

Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher

Laman Web Kementerian Belia dan Sukan

Laman Web Majlis Sukan Negara

Mohd Taib Harun dan Norlena Salamuddin. Modul Program Pendidikan Rekreasi UKM: Satu kesinambungan.

Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1989). Rancangan kurikulum baru sekolah menengah. Kuala Lumpur.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur.

Teng Boon Tong (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur:

Longman Malaysia.

Teng Boon Tong (2001). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Kursus Diploma Penguruan Malaysia. Selangor: Pearson Education.

Page 158: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

144 TOPIK 6 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SISTEM PERTANDINGAN)

Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma Production Sdn. Bhd.

Page 159: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

PENGENALAN

Undang- undang adalah sesuatu yang penting dalam sesuatu kejohanan. Undang-undang berfungsi untuk mengawal berfungsi untuk menjadikan kejohanan atau pesta permainan di kendalikan dengan adil dan tersusun. Terdapat dua jenis undang-undang yang biasanya terdapat dalam sesuatu kejohanan iaitu undang-undang permainan dan peraturan am kejohanan. Kedua-dua jenis undang-undang ini saling lengkap melengkapi. Undang-undang permainan adalah piawai dan di guna pakai dalam setiap kejohanan naungan badan atau persatuan sukan antarabangsa. Sementara peraturan am di cipta oleh penganjur kejohanan bagi melicinkan lagi kejohanan atau pesta permainan dari segi pentadbiran.

TTooppiikk

77 Undang‐undang dan Peraturan Pertandingann

5. Mencirikan konsep aktiviti rekreasi dan kesenggangan

4. Mengenal pasti jenis aktiviti yang dijalankan dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan; dan

3. Menjelaskan perbezaan di antara aktiviti rekreasi dan kesenggangan;

1. Memahami makna rekreasi dan kesenggangan;

2. Menghuraikan hasil yang boleh diperolehi aktiviti rekreasi dan kesenggangan;

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

HASIL PEMBELAJARAN

Page 160: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

146 TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

7.1

Penganjuran sesuatu kejohanan perlu mempunyai set peraturan untuk menjadikan kejohanan lebih tersusun dari segi penganjuran. Set peraturan ini akan menjadi rujukan utama sekiranya terdapat masalah dalam sesuatu kejohanan atau pertandingan. Undang-undang dan peraturan am pertandingan berfungsi mengawal perjalanan perlawanan atau pertandingan. Undang-undang dan peraturan am pertandingan akan dijadikan panduan untuk keseluruhan pengelolaan dan pertandingan dalam sesuatu kejohanan. Kejohanan di anjurkan dengan jayanya sekiranya undang dan peraturan-peraturan di patuhi oleh semua. Secara amnya terdapat dua undang-undang yang terdapat dalam sesuatu kejohanan iaitu:

(a) Undang-undang permainan

(b) Peraturan am

7.1.1 Undang-undang Permainan

Undang-undang permainan bertujuan untuk mengawal peraturan teknikal pertandingan ketika dalam permainan atau gelanggang permainan. Undang-undang permainan merupakan peraturan permainan atau pertandingan. Undang-undang permainan di guna pakai oleh semua badan sukan yang menganggotai badan induk persatuan sukan antarabangsa. Setiap disiplin sukan mempunyai badan induk antarabangsanya sendiri. Dengan kata lain undang-undang permainan merupakan undang-undang piawai atau standard dan di guna pakai dalam setiap permainan yang dianjurkan oleh badan sukan yang menganggotai badan induk persatuan sukan antarabangsa. Contohnya Undang-undang permainan bola sepak telah pun ditetapkan oleh Federation International de Football (FIFA). Oleh itu setiap kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) yang merupakan persatuan sukan yang menganggotai FIFA perlu berlandaskan undang-undang yang telah di gariskan oleh badan teknikal FIFA. Undang dan peraturan permainan telah di bina oleh lembaga teknikal bagi setiap persatuan-persatuan sukan antarabangsa. Mereka yang menggubal undang-undang permainan merupakan pakar-pakar yang berpengalaman luas dalam sesuatu permainan. Undang-undang permainan di bina berlandaskan beberapa faktor utama. Secara amnya faktor utamanya ialah keselamatan, keadilan, keseronokan dan etika pertandingan.

Page 161: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

147

Undang-undang permainan biasanya diterbitkan dalam bentuk buku. Contohnya undang-undang permainan hoki terkandung dalam The Rules of The Game Of Hockey, guide for players and umpires yang di keluarkan oleh Lembaga Perundangan Persekutuan Hoki Antarabangsa (The Rules Board of Interational Hockey Federation). Penguat kuasa undang-undang permainan ialah pegawai pertandingan. Pegawai pertandingan akan di iktiraf sebagai pegawai yang bertauliah setelah mereka lulus peperiksaan kepengadilan atau kepegawaian yang di anjurkan oleh persatuan sukan antara bangsa atau badan gabungannya. Peringkat peperiksaan kepengadilan akan menentukan taraf kepengadil dan pegawai pertandingan. Tujuan Undang-undang Permainan

(a) Memastikan pertandingan dijalankan mengikut standard yang telah di tetapkan di mana-mana sahaja.

(b) Menjadi bahan rujuk kepada semua pihak sekiranya berlaku masalah teknikal dalam sesuatu pertandingan

(c) Menjadikan rujukan utama kepada pegawai yang menguatkuasakan undang-undang permainan

(d) Memastikan pertandingan dapat dijalankan dengan lancar dan selamat serta mencapai objektif

Page 162: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

148 TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

Rajah 7.1: Perkara yang biasa terdapat dalam undang-undang permainan

7.1.2 Peraturan Am

Peraturan am ialah undang-undang yang di bina oleh pihak penganjur bagi mengawal sistem pertandingan dalam sesuatu kejohanan. Sebelum ini kita lihat undang-undang permainan lebih menekankan pengelolaan pertandingan secara keseluruhan. Peraturan am pula lebih menekankan kepada pengelolaan sesuatu kejohanan. Secara terasnya peraturan am adalah saling lengkap melengkapi dengan undang-undang permainan. Sekiranya terdapat percanggahan antara peraturan am dan undang-undang permainan tentang perkara-perkara teknikal,

Page 163: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

149

biasanya undang-undang permainan akan diambil pakai. Pengecualian juga boleh di terima sekiranya terdapat perubahan dari segi jumlah pemain dan gantian atau lain-lain perkara yang telah mendapat persetujuan pengurus-pengurus pasukan. Peraturan bergantung kepada pihak penganjur dan tiada piawai yang tetap. Dalam merangka peraturan am kejohanan berbagai faktor yang diambil kira faktor utama yang diambil kira ialah faktor sekitaran. Oleh itu kita boleh dapati peraturan am kejohanan ini akan berbeza antara tempat yang berlainan. Sebelum mengendalikan kejohanan jawatankuasa teknikal dan induk akan menyediakan satu set peraturan kejohanan yang akan menjadi rujukan setiap pasukan yang menyertainya. Walaupun peraturan am adalah hak mutlak penganjur namun sebagai penganjur yang beretika kita perlu memastikan peraturan yang dirangka jelas dan tidak menguntungkan mana-mana pihak. Sebaliknya peraturan am yang kita rangka dan bina adalah bertujuan untuk mengawal perjalanan kejohanan dari segi pentadbiran. Pegawai yang terlibat dalam menguatkuasakan peraturan am pertandingan ialah jawatankuasa teknikal atau disiplin yang di lantik dalam sesuatu kejohanan. Peraturan am adalah saling lengkap melengkapi dengan undang-undan permainan. Peraturan am kejohanan juga seharusnya tidak membelakangi undang-undang permainan yang telah termaktub dalam undang-undang persatuan sukan dan badan teknikal sukan dunia. Sebagai contohnya dalam menganjurkan kejohanan olahraga undang-undang bagi setiap acara perlulah mengikut spesifikasi yang telah di tetapkan oleh KESATUAN OLAHRAGA AMATUR MALAYSIA (KOAM). Peraturan am kejohanan biasanya di edarkan bersama dengan borang penyertaan kepada pasukan yang mengambil bahagian bagi memudahkan segala urusan pendaftaran. Tujuan Peraturan Am

(a) Memberi panduan kepada semua yang terlibat mengenai perjalanan sesuatu kejohanan.

(b) Menjadi salah satu sumber rujukan utama sekiranya timbul sesuatu masalah dalam mengendalikan sesuatu kejohanan.

(c) Menjadi salah satu rujukan utama sekiranya terdapat bantahan terhadap mana pihak tertentu dalam mengendalikan kejohanan.

(d) Membolehkan kejohanan di uruskan dengan licin dan lancar.

Page 164: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

150 TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

Rajah 8.1: Perkara biasa yang terdapat dalam peraturan am

Page 165: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

151

Aspek Undang-undang Permainan Peraturan Am

Tujuan Mengawal perjalanan permainan Mengawal perjalanan kejohanan

Kepiawaian peraturan

Merupakan peraturan yang standard dan digunakan pakai di mana-mana saja kejohanan anjuran badan gabungan

Bera antara satu kejohanan dengan satu kejohanan di pengaruhi oleh faktor sekitaran.

Penggubal Persatuan sukan antarabangsa Jawatankuasa teknikal pengelola pertandingan

Agen penguat kuasa

Pengadil atau referi Jawatankuasa teknikal dan pengadil atau referi

7.1.3 Contoh Undang-undang Permainan

Undang-undang permainan bola sepak telah di piawaikan oleh Federation International de Football Association (FIFA). Undang yang di keluarkan ini piawai di seluruh dunia dan berkuat kuasa dalam semua pertandingan yang melibatkan bola sepak padang dalam kejohanan yang dianjurkan oleh badan-badan dan persatuan-persatuan gabungan FIFA. Secara amnya terdapat tujuh belas undang-undang asas mengawasi permainan bola sepak di padang. Undang-undang 1 Padang Permainan Undang-undang 1 menyatakan bentuk gelang permainan dalam bola sepak:

(a) Bentuk padang bola sepak dalam bentuk segi empat tepat.

(b) Ukuran piawai

(i) Panjang Maksimum:110 m dan Minimum 100 m

(ii) Lebar Maksimum: 75 m dan Minimum 64 m

(c) Kawasan padang perlu di tanda oleh garisan-garisan yang terang tidak melebihi 12.7cm lebar.

(d) kawasan-kawasan tertentu padang seperti (Rajah 7.1):

(i) kawasan penalti

(ii) kawasan gol

(iii) Kawasan sudut

(iv) Lingkaran tengah

Page 166: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

152 TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

Rajah 7.1: Gelanggang bola sepak

Tiang Gol Tiang gol bola sepak terdiri daripada dua tiang tegak yang sama jarak dengan tiang bendera penjuru dan di cantum di bahagian atas dengan padang melintang. Tiang gol hendaklah berwarna putih dan mempunyai saiz 2.4 meter tinggi dan 7.3 meter lebar di letakkan pada hujung padang di atas tengah-tengah. Tiang gol dan palang gol mempunyai ketebalan dan lebar yang sama iaitu tidak melebihi 12 cm (5 inci). Tiang perlulah kukuh dalam bentuk tetap atau boleh ubah. Undang-undang 2 Bola

Bola sepak berbentuk sfera dan dibuat daripada kulit atau bahan-bahan lain yang dibenarkan. Bola rasmi yang dibenarkan oleh FIFA mempunyai lilitan 68 cm hingga 70 cm dan mempunyai berat antara 450 g dan 410 g pada permulaan

Page 167: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

153

permainan. Tekanan udara antara 0.6 1.1 atmosfera pada paras laut 8.5 paun/in hingga 15.6 paun/in . Bola untuk perlawanan pertandingan FIFA dan perlawanan yang di anjurkan oleh konfederasi hanya bola yang mempunyai lambang FIFA APPROVED, FIFA INSPECTED atau INTERNATIONAL MATCHBALL STANDARD digunakan.

FIFA APPROVED

FIFA INSPECTION

INTERNATIONAL MATCHBALL STANDARD Undang-undang 3 Bilangan Permain Dalam satu perlawanan bola sepak dua pasukan terlibat, setiap pasukan mengandungi tidak lebih sebelas pemain di atas padang. Seorang dari satu pasukan bertindak sebagai penjaga gol. Jika salah satu daripada pasukan itu mengandungi kurang dari tujuh orang pelawan tidak boleh di mulakan.

Page 168: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

154 TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

Maksimum tiga pengganti boleh di gunakan di dalam mana-mana perlawanan yang di anjurkan di bawah naungan FIFA, konfederasi atau persatuan kebangsaan. Setiap pasukan perlu menyenaraikan bilangan pengganti yang boleh di namakan dari tiga hingga maksimum tujuh orang sebelum pertandingan. Undang-undang 4 Alatan pemain Pakaian yang diperlukan untuk permainan bola sepak ialah jersi, seluar pendek jika seluar pendek ÂthermalÊ digunakan warnanya perlulah sama dengan warna seluar pendek, stokin, sarung kaki, pelapik (shinguard), alas kaki dan kasut. Shinguard perlulah diliputi oleh stokin dan di buat dari bahan yang sesuai seperti getah, plastik dan bahan yang sama standard. Setiap penjaga gol hendaklah memakai warna jersi yang berbeza dengan pemain lain, pengadil dan penolong pengadil. Penjaga gol biasanya memakai jersi dan seluar pendek yang mempunyai pelapik pada siku dan pinggul. Pemain dilarang memakai peralatan yang bahaya pada pandangan pengadil. Contohnya jam tangan, rantai atau barang-barang kemas. Pengadil akan memeriksa pemain sebelum membenarkan pemain masuk ke gelanggang. Undang-undang 5 Pengadil Dalam satu perlawanan bola sepak seorang pengadil akan di lantik. Pengadil merupakan pegawai permainan yang berkuasa penuh sebagai penguat kuasa undang-undang permainan yang berkaitan dengan perlawanan. Keputusan yang berkaitan dengan fakta yang berkaitan dengan permainan adalah muktamad. Pengadil boleh menukar sesuatu keputusan apabila menyedari kesilapan atau atas nasihat penolong-penolong pengadil dengan syarat permainan belum dimulakan. Kuasa pengadil

(a) Menguatkuasakan undang-undang permainan

(b) Mengawal perlawanan dengan kerjasama penolong-penolong pengadil

(c) Memastikan bola dan peralatan pemain menepati spesifikasi

(d) Menjaga masa perlawanan dan membuat catatan perlawanan

(e) Memberhentikan, menangguhkan dan menamatkan perlawanan atas alasan tertentu

(f) Memberi advantage ke atas pasukan yang mana kesalahan di lakukan ke atasnya sekiranya advantage itu boleh menguntungkan

Page 169: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

155

(g) Menghukum pemain yang melakukan kesalahan secara memberi amaran

lisan, kad kuning dan kad merah

(h) Mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai pasukan yang berkelakuan kurang sopan atau menyalakan etika

(i) Bertindak mengikut nasihat penolong-penolong pengadil terhadap insiden yang tidak dilihatnya

(j) Memulakan pertandingan setelah di berhentikan Undang-undang 6 Penolong Pengadil Dalam satu perlawanan terdapat dua penolong pengadil yang di lantik. Penolong pengadil akan membantu pengadil mengawal perlawanan mengikut undang-undang. Jika berlaku gangguan yang tidak wajar pengadil boleh melucutkan penolong pengadil itu dari tugasnya dan membuat laporan. Antara tugas penolong pengadil ialah:

(a) Member isyarat apabila bola telah keluar sepenuhnya dari padang permainan

(b) Membantu pengadil menentukan pasukan yang berhak mendapat sepakan penjuru, sepakan gol atau lontaran ke dalam

(c) Membantu pengadil membuat keputusan sama ada permain yang melakukan offside atau tidak

(d) Memberi isyarat jika terdapat pengantaian pemain

(e) Member isyarat jika terdapat kesalahan di luar penglihatan pengadil

(f) Memastikan penjaga gol tidak bergerak ke hadapan sebelum bola di sepak

(g) Memastikan bola telah melintasi gol atau tidak Undang-undang 7 Jangka Masa Permainan Perlawanan bola sepak hendaklah mengandungi dua bahagian iaitu 45 minit satu bahagian. Pemain berhak mendapat rehat antara dua bahagian iaitu tidak lebih daripada 15 minit. Peruntukan masa terbuang hendaklah di buat pada setiap separuh masa untuk jumlah masa terbuang melalui:

(a) Penggantian

(b) Kecederaan pemain

(c) Mengeluarkan permain yang tercedera

(d) Membuang masa

Page 170: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

156 TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

(e) Sebab-bab lain Jika sepakan penalti di buat jangka masa pemain bagi setiap separuh bahagian adalah di lanjutkan sehingga sepakan penalti disempurnakan. Undang-undang 8 Memulakan Permainan Dalam permainan bola sepak sebelum memulakan permainan, ketua pasukan akan mengundi dengan lentingan syiling pasukan yang menang lentingan syiling akan memilih bahagian gol yang hendak di serang. Pasukan lawan akan membuat sepak mula atau gelanggang. Sepak mula juga dilakukan dalam keadaan:

• Pada permulaan perlawanan

• Selepas gol di jaringkan

• Pada permulaan separuh masa kedua

• Pada permulaan setiap separuh masa dalam masa tambahan Semua pemain perlu berada dalam kawasan masing-masing pasukan lawan akan berada sekurang-kurangnya 10 ela daripada bola pada posisi masing-masing. Bola perlu diletakan dalam keadaan tidak bergerak ketika memulakan pertandingan. Bola hanya dikira dalam permainan apabila bola telah masuk ke dalam kawasan lawan sejauh jarak satu lilitan bola itu sendiri. Penyepak tidak boleh memainkan bola ini kali kedua Permainan dimulakan semula setiap kali gol dijaringkan atau apabila masuk babak kedua perlawanan. Jatuhan bola adalah cara memulakan semula permainan selepas pemberhentian sementara di perlukan, semasa bola dalam permainan, untuk apa juga sebab yang tidak di sebut dalam undang-undang permainan Undang-undang 9 di Luar Permainan Bola dikira keluar daripada permainan apabila melintasi garisan tepi atau garisan gol, sama ada meleret di tanah atau melambung di udara. Bola juga dikira di luar permainan apabila pengadil menghentikan permainan. Sekiranya pengadil atau penjaga garisan tidak pasti siapa yang paling akhir menyentuh bola sebelum bola keluar, bola akan dimulakan dengan menjatuhkan bola di hadapan dua pemain dari pasukan bertentangan.

Page 171: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

157

Undang-undang 10 Jaringan Gol dijaringkan apabila bola melepasi garisan gol sepenuhnya di antara dua tiang gol dan di bawah palang lintang. Setiap gol yang masuk dikira satu mata. Pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dalam suatu permainan dikira sebagai pemenang. Permainan digelar seri apabila jumlah jaringan kedua-dua pasukan adalah sama banyak setelah permainan ditamatkan. Undang-undang 11 Offside Pemain dikira offside jika dia berada berhampiran dengan garisan gol lawan daripada berhampiran dengan bola semasa bola dimainkan kecuali

(a) pemain itu berada dalam kawasan separuh padangnya sendiri.

(b) terdapat dua atau lebih pemain lawan yang lebih hampir dengan garisan gol daripada pemain itu sendiri.

(c) bola untuk kali terakhirnya disentuh oleh pemain lawan atau oleh pemain itu sendiri.

(d) Pemain itu menerima bola terus daripada tendangan gol, lontaran masuk, atau bola yang dijatuhkan oleh pengadil.

Bagi kesalahan offside Hukuman untuk kesalahan ini ialah sepakan percuma tidak langsung yang diberikan kepada pasukan lawan. Tendangan diambil di tempat kesalahan dilakukan. Undang-undang 12 Kesalahan dan Kelakuan Tidak Sopan Kesalahan dan kelakuan tidak sopan pada amnya dikategorikan sebagai langsung atau tidak langsung. Pemain yang sengaja melakukan kesalahan-kesalahan berikut akan dihukum dengan memberikan tendangan percuma langsung pada pasukan lawan.

(a) Menendang pemain lawan

(b) Menjatuhkan pemain lawan

(c) Melompat ke atas pemain lawan

(d) Menyerbu pemain lawan dalam keadaan ganas dan berbahaya

(e) Menyerbu pemain lawan daripada belakang kecuali pemain lawan yang menghalang pemain itu daripada bola

(f) Menumbuk pemain lawan

(g) Memegang pemain lawan

Page 172: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

158 TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

(h) Menolak pemain lawan

(i) Membawa,menumbuk atau mengawal bola dengan tangan atau lengan (kesalahan ini tidak dikenakan kepada penjaga gol dalam kawasan penaltinya)

Jika pemain daripada pasukan bertahan melakukan salah satu daripada sembilan kesalahan di atas dengan sengaja dalam kawasan penaltinya, pasukan lawan akan diberikan sepakan penalti. Tendangan percuma tidak langsung akan dikenakan sekiranya kesalahan-kesalahan berikut dilakukan: Penjaga gol

• Mengawal bola dengan tangan lebih daripada enam saat

• Memegang bola dengan tangan sebelum bola disentuh oleh pemain lain

• Menyentuh bola dengan tangan setelah bola sengaja di sepak oleh rakan kepadanya

• Memegang bola dengan tangan setelah menerima lontaran ke dalam terus kepadanya oleh rakan

Tendangan percuma tidak langsung akan dikenakan sekiranya kesalahan-kesalahan berikut dilakukan oleh seorang pemain:

(a) Bermain dalam keadaan berbahaya kepada diri sendiri atau pemain lawan pada pandangan pengadil

(b) Menyerbu pemain lawan dengan bahu apabila bola tidak berada dalam jarak permainan yang terlibat (menyerbu dengan bahu adalah sah dalam usaha merebut bola)

(c) Sengaja menghalang pemain lawan apabila bukan hendak mendapatkan bola

(d) Menyerbu penjaga gol kecuali apabila penjaga gol mengawal bola di luar kawasan gol

(e) Apabila penjaga gol mengambil lebih daripada empat langkah memegang bola tanpa melepaskannya

(f) Melakukan kesalahan offside Pengadil di beri amaran dan di beri kad kuning jika melakukan kesalahan berikut

Page 173: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

159

(a) Bersalah kerana tidak menujukan semangat kesukanan

(b) Membantah dengan perbuatan atau perkataan

(c) sentiasa melanggar undang-undang permainan

(d) melambat-lambatkan permulaan semula permainan

(e) gagal beredar ke jarak yang di kehendaki apabila permainan di mulakan

(f) masuk atau masuk padang tanpa kebenaran pengadil

(g) dengan sengaja meninggalkan padang permainan tanpa kebenaran pengadil

Permain di perintah keluar padang sekiranya melakukan salah satu dari kesalahan berikut.

(a) Bermain dengan amat kasar

(b) Berkelakuan ganas

(c) Meludah pemain lawan atau orang lain

(d) Menanggalkan jaringan gol pihak lawan dengan sengaja memegang bola

(e) Menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan dan menghina dan kata-kata kesat

(f) Menerima amaran kedua di dalam perlawanan yang sama Pemain yang dibuang padang tidak boleh digantikan dengan pemain lain. Teguran Pengadil berhak menegur pemain yang melakukan kesalahan berulang kali. Pengadil secara rasminya memberi amaran kepada pemain dengan menunjukkan kad kuning. Kad kuning memberitahu kepada pemain sekiranya dia mengulangi melakukan kesalahan, dia akan di buang padang Undang-undang 13 Tendangan Percuma Terdapat dua tendangan percuma.

(a) Langsung Gol boleh dijaringkan terus melalui tendangan percuma langsung.

(b) Tidak Langsung Bagi tendangan percuma tidak langsung, bola mestilah disentuh atau ditendang untuk kali kedua oleh pemain lain sebelum tendangan ke arah pintu gol dibuat.

Page 174: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

160 TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

Pemain pasukan lawan perlu berada sekurang-kurangnya 10 meter daripada bola apabila seseorang pemain itu mengambil tendangan percuma langsung atau tidak langsung. Situasi pemain yang mengizinkan pemain pasukan bertahan untuk berada kurang daripada 10 ela ialah apabila pasukan penyerang telah diberi tendangan percuma tidak langsung dalam lingkungan 10 ela daripada pintu gol pasukan bertahan .Pada keadaan ini pemain pasukan bertahan boleh berdiri di atas garisan gol di antara dua tiang gol dalam usaha untuk mengadang bola daripada masuk. Undang-undang 14 Sepakan Penalti Hukuman yang berat untuk faul terus, selain daripada hukuman buang padang ialah sepakan penalti. Sepakan penalti berkeputusan daripada tindakan pemain melakukan kesalahan terus dalam kawasan penaltinya. Tendangan dibuat dari tanda penalti. Semua pemain, kecuali pemain yang akan mengambil sepakan dan penjaga gol, mesti menempatkan diri mereka di luar kawasan penalti pada jarak sekurang-kurangnya 16 meter daripada tanda penalti. Penjaga gol mesti berdiri di atas garisan gol di antara kedua-dua tiang gol, dan tidak dibenarkan menggerakkan kaki sehingga bola disepak. Penendang mesti menyepak bola itu ke hadapan dan tidak dibenarkan menyentuh untuk kali kedua sebelum disentuh oleh pemain lain. Bola dikira dalam permainan sebaik saja bergerak sejauh satu lilitan bola. Gol boleh dijaringkan terus daripada sepakan penalti. Masa ditambah jika perlu pada separuh masa atau pada penghujung masa permainan rasmi untuk membolehkan sepakan penalti diambil. Undang-undang 15 Lontaran ke dalam Apabila bola keluar melalui garisan tepi, bola akan dimasukkan semula dengan lontaran ke dalam di tempat bola itu keluar tadi oleh pemain pasukan lawan yang menyebabkan atau menyentuh bola terakhir sebelum keluar. Pelontar mestilah menghadap kawasan permainan dengan kedua-dua kakinya berada di permukaan padang di luar atau di atas garisan tepi semasa bola di lontar. Pelontar mestilah melontar bola dengan kedua-dua tangan dan bola berada di belakang kepala. Bola di kira dalam permainan sebaik sahaja lontaran dilakukan. Lontaran ke dalam akan diberikan kepada pasukan lawan sekiranya lontaran yang dilakukan dengan tidak betul.

Page 175: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

161

Undang-undang 16 Sepakan Gol Tendangan gol akan diberikan apabila bola kali terakhir disentuh oleh pasukan lawan yang menyepak bola melepasi garisan gol (tetapi tidak gol). Tendangan dibuat di dalam kawasan gol di bahagian berhampiran di mana bola tadi keluar. Semua pemain lawan berada di luar kawasan penalti sehingga bola berada dalam permainan. Penyepak tidak memainkan bola kali kedua sehingga di sentuh oleh pemain lain. Bola di kira dalam permainan sebaik saja di sepak terus melepasi kawasan penalti. Undang-undang 17 Sepakan Sudut Bola yang terakhirnya disentuh oleh pasukan yang bertahan lalu keluar melepasi garisan gol, dikembalikan ke dalam permainan melalui tendangan sudut. Tendangan sudut diambil di kawasan suku bulatan di penjuru padang berhampiran dengan tempat bola itu keluar. Gol boleh di jaringkan terus dari sepakan penjuru.

7.1.4 Contoh Peraturan Am

Berikut adalah contoh peraturan am:

(a) Nama

(i) Kejohanan ini dinamakan 'SUKAN MALAYSIA XI, KEDAH 2006'.

(b) Pengelolaan

(i) SUKAN MALAYSIA ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis-Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Polis Di Raja Malaysia, Majlis Olimpik Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan dan Pertubuhan Sukan yang tertentu termasuk pihak swasta.

(ii) Bagi maksud pengelolaan, Menteri Belia dan Sukan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Tertinggi yang bertanggungjawab berkenaan dengan perkara-perkara dasar, sebuah Jawatankuasa Pengelola yang membuat perancangan dan mengelolakan semua program dan aktiviti SUKAN MALAYSIA dan seterusnya Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil dengan tugas-tugas khas yang bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Pengelola. Majlis Sukan Negara Malaysia adalah Urus Setia SUKAN MALAYSIA di peringkat pusat dan bertanggungjawab memastikan segala dasar dan keputusan Jawatankuasa Tertinggi dilaksanakan dengan kerjasama

Page 176: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

162 TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

Jawatankuasa Pengelola serta Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil yang ditubuhkan.

(c) Jenis Sukan

Bil Jenis Sukan Kelayakan Umur

Tarikh Kelahiran Taraf

Akuatik (L/W) Renang B-21 thn 1985 dan selepasnya 3.1 Terjun B-21 thn 1985 dan selepasnya

Wajib

3.2 Badminton (L/W) B-21 thn 1985 dan selepasnya Wajib 3.3 Bolasepak (L) B-19 thn 1987 dan selepasnya Wajib

Gimnastik Gim. Artistik (L) B-16 thn Lahir antara thn 1990-1997 Gim. Artistik (W) B-15 thn Lahir antara thn 1991-1997

3.4

Gimrama (W) B-15 thn 1991 dan selepasnya

Wajib

3.5 Hoki (L/W) B-21 thn 1985 dan selepasnya Wajib 3.6 Olahraga (L/W) B-21 thn 1985 dan selepasnya Wajib 3.7 Skuasy (L/W) B-18 thn 1988 dan selepasnya Wajib

3.8 Tenpin Boling

(L/W) B-21 thn 1985 dan selepasnya Wajib

3.9 Angkat Berat (L/W) B-21 thn 1985 dan selepasnya Wajib 3.10 Berbasikal (L/W) B-21 thn 1985 dan selepasnya Wajib

Karate (L/W)

Karate (Kumite) B-21 thn Lahir antara thn 1985 April

1989 3.11

Karate (Kata) B-21 thn Lahir antara thn 1985 April

1990

Wajib

3.12 Lawn Bowls (L/W) B-21 thn 1985 dan selepasnya Wajib 3.13 Memanah (L/W) B-21 thn 1985 dan selepasnya Wajib 3.14 Menembak (L/W) B-21 thn 1985 dan selepasnya Wajib

Perahu Layar (L/W)

Optimist B-15 thn 1991 dan selepasnya 3.15

Laser Radial B-21 thn 1985 dan selepasnya

Wajib

3.16 Pencak Silat (L/W) B-21 thn Lahir antara thn 1985 April

1989 Wajib

3.17 Sepak Takraw (L) B-21 thn 1985 dan selepasnya Wajib

3.18 Taekwondo (L/W) B-21 thn Lahir antara thn 1985 - April

1990 Wajib

Page 177: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

163

3.19 Wushu (L/W) B-21 thn 1985 dan selepasnya Wajib 3.20 Bola Jaring (W) B-21 thn 1985 dan selepasnya Pilihan

3.21 Bola Keranjang

(L/W) B-21 thn 1985 dan selepasnya Pilihan

3.22 Golf (L/W) B-21 thn 1985 dan selepasnya Pilihan

3.23 Lawan Pedang

(L/W) B-21 thn 1985 dan selepasnya Pilihan

3.24 Ping Pong (L/W) B-21 thn 1985 dan selepasnya Pilihan 3.25 Ragbi (L) B-21 thn 1985 dan selepasnya Pilihan

3.26 Tinju (L) B-21 thn Lahir antara thn 1985 - April

1990 Pilihan

(d) Penyertaan

(i) Hanya Warganegara Malaysia sahaja yang layak menyertai SUKAN MALAYSIA kecuali dipersetujui oleh Jawatankuasa Tertinggi sebagai peserta / pasukan jemputan.

(ii) SUKAN MALAYSIA ini terbuka kepada pasukan negeri-negeri, Polis Di Raja Malaysia dan Negara Brunei Darussalam sebagai kontinjen jemputan.

(iii) Syarat umur peserta adalah seperti di Para 3.

(iv) Tiap-tiap jenis sukan atau disiplin yang ditetapkan hanya akan dipertandingkan apabila disertai oleh sekurang-kurangnya 8 kontinjen.

(v) Setiap acara dalam satu jenis sukan tidak akan dipertandingkan jika disertai oleh kurang dari 8 kontinjen. Bagaimanapun bagi acara sukan yang mempunyai kategori atau kelas mengikut beratan penyertaan minima 6 negeri dibenarkan untuk dipertandingkan bagi 2 acara beratan yang tertinggi.

(vi) Semua atlet kebangsaan yang pernah mewakili negara di pertandingan antarabangsa tidak dibenarkan mengambil bahagian. Atlet kebangsaan adalah ditakrifkan sebagai atlet yang telah mewakili Negara Malaysia di Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik serta kejohanan-kejohanan sukan individu di peringkat Asia, Komanwel, Dunia dan kejohanan-kejohanan rasmi yang diiktiraf oleh Persatuan Sukan Kebangsaan masing-masing.

(vii) Tiap-tiap negeri atau kontinjen dikehendaki mengemukakan borang penyertaan mengikut jenis sukan kepada pihak pengelola tidak lewat daripada 1 Disember 2005. Borang penyertaan hendaklah disertakan dengan WANG CENGKERAM sebanyak RM 300.00 bagi tiap-tiap

Page 178: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

164 TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

jenis sukan atau tiap-tiap pasukan. Penyertaan yang tidak disertakan dengan wang cengkeram adalah tidak sah dan tidak akan didaftarkan sebagai peserta.

(viii) Jawatankuasa Pengelola memaklumkan kepada semua kontinjen negeri jumlah bilangan pasukan, jenis sukan dan disiplin yang akan dipertandingkan 4secara terperinci setelah menyemak senarai pendaftaran selewat-lewatnya 1 Januari 2006.

(ix) Borang-borang penyertaan yang lengkap dengan nama peserta dan lain-lain maklumat yang diperlukan hendaklah dikemukakan oleh negeri atau kontingen kepada pihak pengelola tidak lewat daripada 15 April 2006. Pertukaran peserta boleh dibuat semasa Mesyuarat Pengurus-pengurus Pasukan sebelum sukan bermula.

(e) Bilangan Pegawai/Peserta

(i) Bilangan pegawai dan peserta mengikut jenis-jenis sukan ialah seperti berikut:

Bil Sukan Pengurus

Sukan Jurulatih Atlet Jumlah

Akuatik -Renang (L) 1 1 10 12 -Renang (W) - 1 10 11 -Terjun (L) 1 1 8 10

1

-Terjun (W) - 1 8 9 Badminton (P) 1 1 8 10

2 Badminton (W) - 1 8 9

3 Bolasepak (L) 1 2 18 21 Gimnastik

-Gim. Artistik (L) 1 1 6 8 -Gim. Artistik (W) - 1 6 7

4

-Gimrama (W) 1 1 4 6 Hoki (L) 1 1 16 18

5 Hoki (W) 1 1 16 18

Olahraga (L) 1 2 40 43 6

Olahraga (W) - 1 40 42 Skuasy (L) 1 1 4 6

7 Skuasy (W) - 1 4 5

Tenpin Boling (L) 1 1 4 6 8

Tenpin Boling (W) - 1 4 5 Angkat Berat (L) 1 2 18 21

9 Angkat Berat (W) - - 14 14

Page 179: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

165

Berbasikal (L) 1 2 (1 Mekanik) 12 15 10 Berbasikal (W) - 1 12 13 Karate-Do (L) 1 1 10 12

11 Karate-Do (W) - 1 7 8

Lawn Bowls (L) 1 1 6 8 12

Lawn Bowls (W) - 1 6 7 13 Memanah (L) 1 1 4 6 Memanah (W) - 1 4 5

Menembak (L) 1 1 21 24 14

Menembak (W) - 2 15 17 Perahu Layar

-Optimist (L/W) 1 1 5 7 15 -Laser Radial (L/W) - 1 2 3

Pencak Silat (L) 1 2 17 20 16

Pencak Silat (W) - 1 12 13 17 Sepak Takraw (L) 1 1 15 17

Taekwondo (L) 1 1 8 10 18

Taekwondo (W) - 1 8 9 Wushu (L) 1 1 6 8

19 Wushu (W) - 1 6 7

20 Bola Jaring (W) 1 1 10 12 Bola Keranjang (L) 1 1 12 14

21 Bola Keranjang (W) 1 1 12 14

Golf (L) 1 1 4 6 22

Golf (W) - 1 3 4 Lawan Pedang (L) 1 1 9 11

23 Lawan Pedang (W) - 1 9 10

Ping Pong (L) 1 1 5 7 24

Ping Pong (W) - 1 5 6 25 Ragbi (L) 1 1 12 14 26 Tinju (L) 1 2 9 12 27 Urus Setia Kontinjen 5 - - 5 28 Ketua Kontinjen 1 - - 1 Jumlah Keseluruhan 36 58 512 606

(ii) Bagi jenis sukan yang mempunyai acara lelaki dan wanita dan di mana kontinjen tidak menamakan jurulatih atau pengurus pasukan wanita, kontinjen berkenaan bolehlah mendaftarkan seorang Cheperon. Walau bagaimanapun segala perbelanjaan makan dan penginapan Cheperon berkenaan hendaklah ditanggung oleh negeri / kontinjen masing-masing.

Page 180: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

166 TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

(iii) Sekiranya pertandingan untuk satu jenis sukan diadakan di tempat yang berasingan, pasukan dibenarkan untuk membawa seorang jurulatih tambahan dan kedudukannya adalah setaraf dengan anggota kontinjen yang lain.

(f) Pendaftaran

(i) Setiap kontinjen hendaklah mendaftarkan nama-nama pegawai dan peserta masing-masing kepada Jawatankuasa Pengelola melalui Majlis Sukan Negeri dan Majlis Sukan Polis Di Raja Malaysia.

(ii) Setiap peserta yang didaftarkan untuk menyertai SUKAN MALAYSIA ini dikenakan bayaran RM 20.00 seorang dan pembayaran hendaklah dibuat semasa pendaftaran.

(g) Kawalan Perubatan

(i) Semua peserta dalam sesuatu jenis sukan sekiranya diwajibkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan/ Antarabangsa adalah dikehendaki menjalani ujian perubatan. Para peserta hendaklah mengemukakan Sijil atau Surat Pengakuan Doktor kepada Jawatankuasa Pertandingan. Pemeriksaan hendaklah dibuat di tempat masing-masing sebelum datang ke pertandingan.

(ii) Ujian doping akan dijalankan secara rambang ke atas atlet setiap kali SUKAN MALAYSIA dikelolakan.

(iii) Jika seseorang peserta itu mewakili pasukan/ mengambil bahagian dalam acara individu dan didapati positif ujian doping, pasukan / penyertaan individu tersebut dengan sendirinya akan terbatal. Sekiranya pasukan / individu yang dibatalkan turut memenangi pingat, kemenangan tersebut akan juga turut terbatal dan pingat-pingat yang dimenangi akan ditarik balik. Pingat-pingat dan mata akan dianugerahkan kepada peserta-peserta terbaik berikutnya.

(h) Kawalan Kewanitaan

(i) Semua peserta wanita jika diwajibkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan maka hendaklah disahkan kewanitaan mereka oleh Doktor Perubatan masing-masing di Borang Penyertaan mereka.

(i) Peraturan Teknik/Corak Pertandingan

Page 181: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

167

(i) Majlis Sukan Negara Malaysia melalui perundingan dengan

Persatuan Sukan Kebangsaan berkenaan akan menetapkan corak pertandingan bagi tiap-tiap jenis sukan yang akan dipertandingkan dalam SUKAN MALAYSIA ini.

(ii) Semua jenis sukan / acara akan dikelolakan selaras dengan Peraturan Badan Kawalan Sukan Antarabangsa yang berkenaan. Jika terdapat percanggahan dari segi pentafsiran, maka pengertian sahih akan dirujuk kepada peraturan dalam Bahasa Inggeris.

(iii) Semua pertandingan bagi tiap-tiap jenis sukan hendaklah selesai dipertandingkan mengikut tempoh SUKAN MALAYSIA seperti yang ditetapkan Perkara 10.1 atau pada tempoh yang dipersetujui oleh pihak Jawatankuasa Pengelola.

(iv) Penetapan bilangan kumpulan bagi tiap-tiap jenis sukan akan dibuat mengikut amalan Persatuan Sukan Kebangsaan atau Persekutuan Sukan Antarabangsa masing-masing.

(v) Bagi jenis sukan yang mengandungi acara berpasukan dan perseorangan, hanya dua (2) orang pemain terbaik sahaja didaftarkan mengambil bahagian dalam pertandingan perseorangan. Bagaimanapun bagi jenis-jenis sukan tertentu yang mengambil kira kombinasi mata/skor individu bagi menentu kedudukan pasukan boleh didaftarkan mengikut jumlah yang ditetapkan di dalam peraturan pertandingan sukan masing-masing.

(vi) Bagaimanapun corak pertandingan masih boleh diubahsuai untuk setiap jenis sukan berdasarkan kepada keadaan-keadaan tertentu dan ini adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Tetap SUKAN MALAYSIA.

(j) Tempoh Pengelolaan/Jadual Perlawanan

(i) SUKAN MALAYSIA XI akan diadakan pada 26 Mei hingga 4 Jun 2006. Tempoh rasmi pengelolaan untuk SUKAN MALAYSIA XI ialah 10 hari. Walau bagaimanapun atas sebab-sebab tertentu Jawatankuasa Pengelola boleh memulakan pertandingan bagi jenis-jenis sukan tertentu beberapa hari sebelum hari perasmian SUKAN MALAYSIA.

(ii) Semua jadual perlawanan bagi semua jenis sukan termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.

(k) Penangguhan

Page 182: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

168 TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

(i) Tarikh, masa dan tempat perlawanan yang telah ditetapkan / jadualkan sama sekali tidak boleh diminta tangguh atau diubah oleh pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

(ii) Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa mutlak untuk menangguhkan atau mengubah jadual sesuatu perlawanan dengan diberitahu terlebih dahulu atau diputuskan dengan serta merta.

(iii) Mana-mana perlawanan yang ditangguhkan menurut Para 11.2 di atas, maka Jawatankuasa Teknikal bagi sukan berkenaan hendaklah menetapkan semula perlawanan yang ditangguhkan itu.

(l) Kemudahan

(i) Jawatankuasa Pengelola akan bertanggungjawab untuk menyediakan semua kemudahan yang berkaitan dengan pelaksanaan SUKAN MALAYSIA seperti penginapan, makan minum, peralatan pertandingan dan pengangkutan.

(ii) Pakaian seragam dan peralatan peserta seperti jersi, kasut, reket, basikal dan sebagainya adalah menjadi tanggungjawab kontinjen masing-masing.

(iii) Jawatankuasa Pengelola hendaklah mengemukakan senarai kemudahan/tempat pertandingan dan senarai peralatan sukan yang akan digunakan untuk tujuan pertandingan kepada Majlis Sukan Negara untuk mendapat pengesahan daripada Persatuan Sukan Kebangsaan masing-masing.

(m) Ganti rugi

(i) Majlis Sukan Negara Malaysia, Jawatankuasa Tertinggi, Jawatankuasa Pengelola, Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil dan pegawai-pegawai yang dilantik tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada mana-mana peserta dan pegawai semasa SUKAN MALAYSIA ini berlangsung termasuk ketika dalam perjalanan dari rumah/tempat pertandingan/rumah.

(n) Pengurus Pertandingan dan Delegat Teknikal

(i) Persatuan Sukan Kebangsaan bagi tiap-tiap jenis sukan yang dipertandingkan hendaklah melantik dengan rasminya seorang Pengurus Pertandingan daripada Persatuan Sukan Negeri yang menjadi tuan rumah. Pengurus Pertandingan adalah bertanggungjawab untuk menentukan segala persiapan teknikal dan

Page 183: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

169

pertandingan di sedia dan dilaksanakan mengikut Peraturan Tetap dan Peraturan Am serta panduan-panduan yang ditetapkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan masing-masing dengan kerjasama Jawatankuasa Pengelola.

(ii) Majlis Sukan Negara akan melantik Ketua Delegat Teknikal, Delegat-delegat Teknikal dan Pegawai-pegawai Teknikal setelah berunding dengan Persatuan Sukan Kebangsaan bagi tiap-tiap jenis sukan. Tanggungjawab Ketua Delegat Teknikal ialah seperti berikut:

Mencadangkan kepada Majlis Sukan Negara pegawai-pegawai teknikal dan pengadil/hakim bertauliah yang akan bertugas sepanjang kejohanan berlangsung.

Melawat dan mengesahkan tempat-tempat pertandingan supaya sesuai digunakan untuk Pertandingan SUKAN MALAYSIA.

Menyemak dan mengesahkan jadual-jadual pertandingan yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola setelah berbincang dengan Persatuan Sukan Kebangsaan masing-masing.

Menentukan semua pertandingan dijalankan mengikut peraturan/jadual pertandingan yang telah ditetapkan.

Menentukan giliran tugasan pegawai-pegawai teknikal seperti pengadil/hakim yang dilantik di bawah para 14.2 (i).

(iii) Ketua Delegat Teknikal hendaklah mengemukakan laporan bersama-sama dengan laporan pengadil atau hakim mengenai peserta atau pegawai pasukan yang telah digantung daripada menyertai satu atau kesemua pertandingan bagi sukan berkenaan semasa SUKAN MALAYSIA dijalankan kepada Persatuan Sukan Kebangsaan masing-masing untuk tindakan selanjutnya.

(o) Juri Rayuan Tertinggi

(i) Semasa Sukan Malaysia berlangsung, tugas-tugas Jawatankuasa Tertinggi akan dilaksanakan oleh sebuah Juri Rayuan Tertinggi yang dilantik oleh YB Menteri Belia dan Sukan. Anggota-anggota Juri Rayuan Tertinggi terdiri daripada tidak kurang daripada 5 orang dan tidak lebih dari 7 orang ahli iaitu seperti berikut:

Page 184: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

170 TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

Pengerusi Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara

Ahli-Ahli - Pengerusi Jawatankuasa Pengelola

- Ketua Pengarah Operasi

- Dua (2) Orang Pengarah Majlis Sukan Negeri

- Tidak lebih Daripada Dua (2) orang yang difikirkan sesuai oleh pengerusi.

(ii) Juri Rayuan Tertinggi akan membuat keputusan muktamad berkenaan dengan semua hal berhubung dengan pengelolaan SUKAN MALAYSIA. Ketua kontinjen atau wakilnya boleh mengemukakan soalan-soalan kepada juri ini. Selain daripada itu, juri ini boleh mencampuri dalam semua perkara termasuk hal-hal yang berkaitan dengan teknikal.

(iii) Jawatankuasa Pengelola hendaklah melantik Juri Rayuan bagi tiap-tiap jenis sukan yang dipertandingkan.

(p) Rayuan/Bantahan

(i) Sebarang rayuan atau bantahan mengenai sesuatu perkara boleh dibuat oleh Ketua Kontinjen/Pengurus Pasukan secara bertulis kepada Juri Rayuan dalam tempoh tidak lebih dari dua jam selepas tamat sesuatu perlawanan dengan disertakan wang tunai sebanyak RM 200.00 sebagai wang pendahuluan.

(ii) Sekiranya rayuan atau bantahan itu munasabah dan diterima oleh Juri Rayuan, maka wang pertaruhan itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat berhubung dengan rayuan dan bantahan itu.

(iii) Wang pertaruhan itu akan hilang dan menjadi pendapatan kepada SUKAN MALAYSIA sekiranya rayuan atau bantahan itu didapati tidak munasabah.

(q) Disiplin

(i) Setiap Persatuan Sukan Kebangsaan yang terlibat hendaklah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Disiplin bagi mengendalikan kes-kes disiplin di kalangan pegawai dan peserta.

(ii) Di samping itu, Jawatankuasa Tertinggi akan melantik sebuah Lembaga Disiplin bagi mengendalikan segala kes disiplin dan salah laku yang membabitkan para pegawai serta atlet yang tidak dapat diselesaikan di peringkat persatuan masing-masing. Lembaga ini juga

Page 185: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

171

bertanggungjawab terhadap disiplin semua pegawai kontinjen yang berdaftar dengan Urus Setia SUKAN MALAYSIA. Keahlian Lembaga Disiplin ialah seperti berikut:-

Pengerusi Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara

Ahli-Ahli - 5 orang Ketua Kontinjen atau wakilnya

- Seorang wakil daripada persatuan yang terlibat

(iii) Pihak Lembaga Disiplin berhak untuk memanggil mana-mana individu yang difikirkan sesuai dan dapat membantu memberikan maklumat yang berkaitan.

(r) Hadiah-hadiah

(i) Hadiah-hadiah untuk SUKAN MALAYSIA akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola seperti berikut:

(ii) Pingat-pingat emas, perak dan gangsa untuk pemenang-pemenang pertama, kedua dan ketiga. Butir-butir lengkap adalah seperti di dalam Para 14.3 Peraturan Tetap SUKAN MALAYSIA.

(s) Kewangan

(i) Kewangan SUKAN MALAYSIA XI kecuali perbelanjaan yang ditanggung oleh Majlis Sukan Negara akan ditadbir oleh Jawatankuasa Pengelola. Penyata akaun hendaklah disiapkan tidak lewat daripada 6 bulan selepas tarikh akhir sukan tersebut untuk diperiksa dan diluluskan oleh Jawatankuasa Tertinggi SUKAN MALAYSIA.

(t) Tambang

(i) Setiap Majlis Sukan yang terlibat bertanggungjawab menanggung semua kos tambang pegawai/atlet masing-masing. Bagaimanapun, Majlis Sukan Negara akan memberikan subsidi tambang penerbangan peserta/pegawai kontinjen negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 50% daripada kos sebenar.

(u) Perkara Am

(i) Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Tetap berkuasa mengambil sesuatu keputusan kepada sebarang perkara yang berbangkit yang tidak tercatat dalam Peraturan Am.

Page 186: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

172 TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

(ii) Segala keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Pengelola atau Jawatankuasa Tetap adalah muktamad.

(iii) Sebarang keputusan yang dibuat semasa Mesyuarat Pengurus-pengurus Pasukan bagi setiap jenis sukan adalah muktamad dan tidak boleh di bantah asalkan ia tidak bercanggah dengan Peraturan Tetap dan Peraturan Am SUKAN MALAYSIA serta keputusan Jawatankuasa Tertinggi.

(iv) Segala bantahan mengenai kesahihan status peserta tidak boleh dibuat oleh mana-mana pihak setelah diterima dan disahkan oleh Jawatankuasa Tetap ataupun selepas diputuskan di dalam Mesyuarat Pengurus-pengurus Pasukan. Pendaftaran peserta semasa tarikh akhir pendaftaran seperti yang ditetapkan di dalam Peraturan Am Perkara 4.9 akan menjadi penentu kepada negeri yang akan diwakili seseorang atlet sekiranya tidak didaftarkan oleh mana-mana kontinjen lain.

(v) Wang Cengkeram tidak akan dikembalikan sekiranya pasukan yang telah didaftarkan terlebih dahulu menarik diri dari mengambil bahagian.

(vi) Jawatankuasa Pengelola juga mempunyai kuasa mutlak memeriksa kelayakan peserta-peserta yang didaftarkan pada bila-bila masa. Sekiranya terdapat peserta yang tidak layak menyertai sukan ini, seperti yang tercatat di dalam Peraturan Am ini dan Peraturan Pertandingan tindakan berikut akan diambil:-

Pembatalan dari sukan itu. Jika peserta itu mewakili pasukan, pasukan itu akan dibatalkan dan jika peserta itu mengambil bahagian di dalam acara individu, beliau akan dibatalkan. Jika pasukan/individu yang dibatalkan memenangi pingat, kemenangan tersebut akan dibatalkan.

Pembatalan menurut Perkara 21.6 (i) di atas akan menyebabkan segala perbelanjaan pasukan / individu ditarik balik dengan serta merta dan jika perbelanjaan telah dikenakan kepada pasukan/individu itu, Majlis Sukan berkenaan dikehendaki membuat pembayaran balik jumlah tersebut kepada Jawatankuasa Pengelola.

(vii) Atlet-atlet yang berkhidmat dengan PDRM tidak boleh mewakili mana-mana kontinjen/ egeri kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Majlis Sukan PDRM.

(viii) Bagi kontinjen negeri yang ingin mendaftarkan pelajar-pelajar Sekolah Sukan, kontinjen-kontinjen negeri berkenaan perlulah

Page 187: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

173

memohon dari pihak pentadbiran Sekolah Sukan berkenaan tidak lewat dari empat (4) bulan sebelum Sukan Malaysia berlangsung. Sebuah Jawatankuasa yang terdiri daripada Pengetua kedua-dua buah Sekolah Sukan serta wakil daripada Majlis Sukan Negara akan membuat ketetapan mengenai penyertaan atlet-atlet ini berdasarkan kepada beberapa aspek seperti negeri asal, bantuan yang diberikan oleh negeri berkenaan dan lain-lain aspek yang berkaitan dengan kemajuan atlet berkenaan.

(ix) Atlet-atlet yang hendak mewakili negeri lain dikenakan syarat bermastautin sekurang-kurangnya dua (2) tahun sebelum layak mewakili negeri berkenaan. Atlet-atlet yang ingin mewakili negeri lain disebabkan perpindahan ibu bapa, perpindahan tempat kerja atas arahan majikan ataupun mendapat tawaran kerja (perlu mengemukakan dokumen sokongan) dikenakan syarat bermastautin sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum layak mewakili negeri berkenaan. Taraf bermastautin adalah berdasarkan kepada perwakilan atlet-atlet menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan, Persatuan Sukan Negeri masing-masing ataupun Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia.

(x) Sekiranya ada mana-mana negeri ingin menggunakan khidmat atlet dari negeri lain, Pengarah Majlis Sukan Negeri tersebut perlu memohon pelepasan daripada Pengarah Majlis Sukan Negeri asal atlet terbabit. Sekiranya permohonan diluluskan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri, atlet tersebut bolehlah mewakili negeri berkenaan. Syarat-syarat dan peraturan yang lain berhubung dengan kelayakan peserta tidak terpakai dalam konteks ini.

(xi) Semua Persatuan Sukan Kebangsaan yang sukannya dipertandingkan di Sukan Malaysia dikehendaki menandatangani surat akujanji untuk bekerjasama mengelola serta memastikan mereka bertanggungjawab untuk menubuhkan atau memajukan persatuan di peringkat negeri yang menjadi tuan rumah. Bagi 19 jenis sukan wajib, surat akujanji ini mengehendaki Persatuan Sukan Kebangsaan terus mempopularkan kegiatan sukan masing-masing di negeri-negeri seluruh Malaysia pada masa yang akan datang. Sekiranya setelah tiga kali temasya (6 tahun) tidak ada kemajuan yang ditunjukkan oleh sukan berkenaan, maka acara tersebut akan digugurkan dari Sukan Malaysia.

Page 188: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

174 TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN AMALI PENGELOLAAN 7.2

Penganjur sesuatu kejohanan besar biasanya akan menganjurkan amali kejohanan dalam bentuk mini kejohanan, perlawanan persahabatan atau latihan. Contohnya dalam kejohanan berprestij seperti piala dunia FIFA sebelum kejohanan pihak penganjur akan mengadakan piala konfederasi bola sepak. Dalam keadaan tertentu terdapat juga penganjur yang kurang berkemampuan untuk membuat mini kejohanan sebagai amali pengelolaan. Mini kejohanan boleh digantikan dalam bentuk perlawanan persahabatan, latihan pertandingan atau simulasi pertandingan. Amali kejohanan biasanya diadakan di gelanggang yang di gunakan untuk kejohanan sebenar bagi melihat dan menilai keupayaan gelanggang yang di gunakan. Pertandingan mini kejohanan juga akan memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah dan pasukan yang bertanding. Ini adalah kerana pasukan yang bertanding akan mendapat peluang untuk membiasakan diri dengan gelanggang dan alatan yang digunakan untuk kejohanan. Sistem pertandingan mini kejohanan biasanya dalam bentuk sistem liga ringkas, sistem liga membolehkan pertandingan diadakan dalam jumlah yang maksimum. Dengan pertandingan yang banyak pihak penganjur akan lebih berpeluang untuk menguji semua kemudahan seperti gelanggang dan alatan bagi memastikan keadaan teknikal padang, gelanggang dan alatan berada dalam keadaan bersedia. Tujuan amali kejohanan ialah: (a) Undang-undang Amali pengelolaan di lakukan untuk menguji corak kepegawaian dan

perlaksanaan undang-undang sebelum mengelola satu kejohanan yang besar. Amali kejohanan juga digunakan oleh pengelola pertandingan dalam memastikan pegawai-pegawai yang di lantik dapat melaksanakan tugas sebagai penguat kuasa undang-undang dengan berkesan. Amali kejohanan atau mini kejohanan juga boleh menjadi tempat latihan bagi pegawai mempraktikkan undang-undang baru yang di perkenalkan.

(b) Kepegawaian dan Jawatan kuasa Amali kejohanan juga perlu bagi memastikan pegawai-pegawai kejohanan

dan jawatan kuasa telah cukup bersedia menghadapi kejohanan yang sebenar. Dengan kata lain mini kejohanan merupakan medan warm up kepada pegawai-pegawai kejohanan.

(c) Persediaan Pasukan Pihak tuan rumah juga boleh mengambil kesempatan mini kejohanan

sebagai medan persediaan menghadapi kejohanan. Selain daripada itu

Page 189: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

175

pasukan tuan rumah boleh membiasakan pasukan dengan gelanggang pertandingan.

(d) Infrastruktur Amali kejohanan juga menjadi tempat untuk menguji infrastruktur seperti

gelanggang dan alatan, dalam keadaan bersedia sebelum kejohanan bermula.

SEMAK KENDIRI 7.1

1. Sejauh manakah amali kejohanan dapat membantu pasukan danpegawai teknikal dalam sesuatu kejohanan?

2. Apakah faktor yang utama harus kita fikirkan dalam membinaperaturan am sebagai penganjur yang beretika?

3. Nyatakan tujuan utama peraturan am yang kita rangka?

4. Huraikan butiran yang biasanya terdapat dalam sesuatu peraturanam yang di rangka

5. Cirikan tujuan di adakan amali kejohanan sebelum sesuatukejohanan yang besar di lakukan?

6. Butirkan kandungan yang biasanya terdapat dalam satu-satu undang-undang permainan

Undang-undang dan peraturan pertandingan mengawal perjalanan

perlawanan.

Undang-undang dan peraturan diadakan sebagai panduan untuk keseluruhan pengelolaan dan pertandingan dalam sesuatu kejohanan.

Secara amnya terdapat dua undang-undang yang terdapat dalam sesuatu kejohanan iaitu:

- Undang-undang permainan

- Peraturan am

Undang-undang permainan bertujuan untuk mengawal peraturan teknikal pertandingan ketika dalam permainan atau gelanggang permainan

Undang dan peraturan permainan telah di bina oleh lembaga teknikal bagi setiap persatuan-persatuan sukan antarabangsa.

Page 190: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

176 TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

Mereka yang menggubal undang-undang permainan merupakan pakar-pakar yang berpengalaman luas dalam sesuatu permainan

Undang-undang permainan biasanya diterbitkan dalam bentuk buku. Contohnya undang-undang permainan hoki terkandung dalam The Rules of The Game Of Hockey, guide for players and umpires yang di keluarkan oleh Lembaga Perundangan Persekutuan Hoki Antarabangsa (The Rules Board of International Hockey Federation)

Penguat kuasa undang-undang permainan ialah pegawai pertandingan.

Pegawai pertandingan akan di iktiraf sebagai pegawai yang bertauliah setelah mereka lulus peperiksaan kepengadilan atau kepegawaian yang di anjurkan oleh persatuan sukan antara bangsa atau badan gabungannya

Sebelum mengendalikan kejohanan jawatankuasa teknikal dan induk akan menyediakan satu set peraturan kejohanan yang akan menjadi rujukan setiap pasukan yang menyertainya.

Peraturan am yang kita rangka dan bina bertujuan mengawal perjalanan kejohanan dari segi pentadbiran.

Pegawai yang terlibat dalam menguatkuasakan peraturan am pertandingan ialah jawatankuasa teknikal atau disiplin yang di lantik dalam sesuatu kejohanan.

Peraturan am kejohanan biasanya diedarkan bersama dengan borang penyertaan kepada pasukan yang mengambil bahagian bagi memudahkan segala urusan pendaftaran.

Penganjur sesuatu kejohanan besar biasanya akan menganjurkan amali kejohanan dalam bentuk mini kejohanan, perlawanan persahabatan atau latihan

Amali kejohanan biasanya yang diadakan di gelanggang yang digunakan untuk kejohanan sebenar bagi melihat dan menilai keupayaan gelanggang yang di gunakan.

Sistem pertandingan mini kejohanan adalah merupakan sistem liga ringkas, sistem liga akan melibatkan pertandingan yang maksimum.

Page 191: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

177

Badan induk persatuan

Bahan rujuk kepada semua

Bentuk mini kejohanan

Disiplin sukan

Faktor sekitaran

Jumlah yang maksimum

Lembaga teknikal

Licin dan lancar

Mengawal perjalanan perlawanan

Pengelolaan pertandingan Pengelolaan sesuatu kejohanan

Penguat kuasa undang-undang permainan

Peperiksaan kepengadilan

Peraturan am

Peraturan teknikal pertandingan

Set peraturan

Simulasi pertandingan

Sistem liga ringkas

Sistem pertandingan mini kejohanan

Sumber rujukan utama

Teknikal padang, gelanggang dan alatan

Undang-undang permainan

Asiah Abu Samah (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby

Company Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical

education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher Laman Web Kementerian Belia dan Sukan Laman Web Majlis Sukan Negara Mohd Taib Harun dan Norlena Salamuddin. Modul Program Pendidikan

Rekreasi UKM : Satu kesinambungan.

Page 192: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

178 TOPIK 7 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1989). Rancangan kurikulum baru sekolah menengah. Kuala Lumpur.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur. Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala

Lumpur: Longman Malaysia. Teng Boon Tong. (2001). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Kursus

Diploma Penguruan Malaysia. Selangor: Pearson Education. Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam:

Karisma Production Sdn. Bhd.

Page 193: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

PENGENALAN

Ahli sukan perlu di bentuk seawal usia, pelajar pra sekolah atau sekolah rendah perlu dedahkan dengan disiplin sukan dalam mata pelajaran atau aktiviti pendidikan jasmani atau aktiviti pertandingan sukan. Namun terdapat berbagai kekangan yang terpaksa kita hadapi untuk memperkenalkan pertandingan tersebut. Oleh itu satu pertandingan dalam bentuk sukan mini perlu dirancang dan dilaksanakan. Sukan tradisional merupakan permainan yang diwarisi dari generasi terdahulu. Permainan ini diturunkan daripada satu generasi ke generasi yang lain. Sukan tradisional berkaitan dengan adat resam dan kebudayaan sesuatu bangsa. Tujuan sukan tradisional adalah untuk mengisi masa lapang, merayakan sesuatu pesta atau perayaan dan meningkatkan ukhuwah antara peserta. Sukan tradisional dapat meningkatkan kemahiran psikomotor dan kecergasan di kalangan peserta. Tiada undang-undang dan sistem pertandingan yang standard dalam pertandingan sukan tradisional. Undang-undang dan sistem pertandingan yang di guna pakai bergantung kepada keadaan dan tempat pertandingan.

TTooppiikk

88 Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan 

(Sukan Mini)

3. Menyatakan langkah-langkah pengelolaan dan pentadbiran sukan ragam serta contoh-contoh pertandingan.

1. Menyatakan dan mendefinisikan konsep sukan ragam

2. Menyatakan prinsip pengurusan dan pengelolaan sukan ragam dan faedah sukan ragam

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

HASIL PEMBELAJARAN

Page 194: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

180 TOPIK 8 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

KONSEP DAN DEFINISI SUKAN MINI 8.1

Ahli sukan perlu di bentuk seawal usia, pelajar pra sekolah atau sekolah rendah perlu dedahkan dengan disiplin sukan dalam mata pelajaran atau aktiviti pendidikan jasmani atau aktiviti pertandingan sukan. Namun terdapat berbagai kekangan yang terpaksa kita hadapi untuk memperkenalkan pertandingan tersebut. Antara kekangan tersebut ialah keupayaan pelajar kita, contohnya pelajar kita yang berumur 5-9 tahun tidak sesuai lagi dari segi fizikal untuk bermain bola sepak menggunakan ukuran padang piawai seperti orang dewasa begitu juga dengan acara sukan lain. infrastruktur yang terdapat di sekolah juga merupakan kekangan utama contohnya gelanggang, alatan dan lain-lain lagi. Undang-undang permainan yang sukar di kuasai dan ditafsirkan oleh guru pendidikan jasmani juga turut menjadi masalah. Dari kekangan ini satu pertandingan dalam bentuk sukan mini dirancang dan dilaksanakan. Sukan mini adalah pesta permainan yang dirangka sama seperti permainan yang sebenar tetapi diubah suai berdasarkan kepada keupayaan pemain, infrastruktur dan lain-lain. Sukan mini lebih bersifat permainan dalam bentuk sukan dengan melibatkan satu atau lebih kemahiran asas. Dalam satu pertandingan sukan mini peraturan, prosedur berpasukan dan gelanggang permainan yang diubah suai mengikut kesesuaian. Sukan mini juga berkonsepkan ansur maju dengan memperkenalkan kemahiran yang mudah dan beransur-ansur kepada kemahiran sukar. Namun kebanyakan dari kita melakukan permainan tanpa menitik beratkan pembelajaran kemahiran asas yang sepatutnya menjadi tunjang utama dalam sukan mini. Ada di antara kita telah melakukan konsep yang salah dengan lebih menitik beratkan kepada permainan yang lebih mirip pada pesta permainan tanpa menekankan kemahiran asas. Sebelum membuat pengubahsuaian dalam sukan mini guru perlulah memikirkan dengan teliti faktor-faktor tertentu. Antara perkara yang perlu difikirkan ialah:

(a) Keupayaan pelajar

(b) kemudahan peralatan sukan

(c) Masa yang di peruntukan

(d) Undang-undang yang sukar

Page 195: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 8 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

181

Ciri-ciri Penting Sukan Mini Terdapat beberapa ciri penting yang terdapat dalam mini sukan antaranya ialah:

(a) Aktiviti dalam satu sukan mini perlulah hanya terdiri daripada kemahiran-kemahiran asas

(b) Sukan mini perlulah mempunyai undang-undang permainan dan pertandingan yang mengandungi peraturan-peraturan yang minimum dan senang difahami dan di tafsir

(c) Sukan mini seharusnya menggunakan peralatan yang mempunyai spesifikasi minimum bagi mengelak kekangan alatan yang hendak di gunakan.

(d) Sukan mini perlu dimainkan dalam julat masa yang pendek bagi mengimbang masa yang diperuntukan dalam pendidikan jasmani

(e) Sukan mini menggunakan ruang dan kawasan permainan yang mempunyai keluasan yang sederhana atau kecil.

(f) Sukan mini seharusnya dalam bentuk mudah di ubahsuai perjalanan pertandingan

(g) Sukan mini juga perlulah senang di anjurkan dan di jalankan. Prinsip-prinsip Pemilihan dan Penggunaan Sukan Mini Dalam memilih pertandingan sukan mini beberapa prinsip yang perlu diambil kira antaranya ialah:

(a) Permainan perlu mengikut prinsip ansur maju iaitu dari senang ke susah atau dari sedikit ke banyak

(b) Permainan yang di bina untuk melengkapkan latih tubi dan bukan sebagai pengganti latih tubi

(c) Permainan ini mestilah memberi ruang dan peluang kepada semua tanpa terkecuali, penggunaan kemahiran, ruang dan masa perlulah di putuskan dengan teliti bagi memenuhi matlamat ini.

(d) Sukan mini akan mengasah bakat dan seterusnya membentuk kemahiran yang kukuh bagi menyediakan permain ke peringkat yang lebih tinggi

(e) Pelajar perlu di beri peluang dan ruang untuk mencuba di pelbagai posisi yang berlainan.

Page 196: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

182 TOPIK 8 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

Objektif Utama Sukan Mini Objektif utama sukan mini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu

(a) Objektif Pembangunan Kemahiran Motor

(b) Objektif Pembangunan Kognatif

(c) Objektif Pembangunan Afektif

Objektif Pembangunan Kemahiran Motor

• Meningkatkan:

• Kemahiran lokomotor

• Kemahiran bukan lokomotor

• Kemahiran manupulasi alat

Objektif Pembangunan Kognatif

• Mematuhi arahan

• Mentafsir dan memahami peraturan

• Membentuk daya kreativiti dan imaginasi

• Menambahkan perbendahara kata

Objektif Pembangunan Afektif

• Meningkatkan hubungan sosial

• Membangunkan semangat kesukanan yang baik

• Meningkatkan kualiti kepimpinan

• Membangunkan semangat kerjasama

• Menanamkan nilai-nilai murni melalui aktiviti fizikal

Tujuan Pertandingan Sukan Mini Kebanyakan permainan tidak mengambil kira tahap kemahiran kanak-kanak dan lebih memberi perhatian kepada kemahiran dan pertandingan peringkat tinggi. Dengan itu tidak ramai kanak-kanak berpeluang untuk mengambil bahagian dalam sesuatu permainan. Sukan mini mengambil kira kekangan yang ada pada pemain yang mengambil bahagian dengan mempermudahkan permainan agar golongan kanak-kanak dapat mengambil bahagian. Selain daripada itu bagi mengatasi perbezaan kebolehan di kalangan pelajar, sukan mini boleh di perbagai dan di susun mengikut kebolehan pelajar.

Page 197: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 8 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

183

Dengan kata lain sukan mini bertujuan untuk memperkenalkan permainan kepada pelajar-pelajar sejak di peringkat awal persekolahan. Sifat kanak-kanak yang sukakan kepada bermain dilihat sebagai senjata penting dalam memperkenalkan permainan kepada mereka. Selain daripada membentuk kecergasan fizikal yang tinggi, sukan mini direka bertujuan mendedahkan pelajar awal persekolahan dalam situasi permainan sebenar. Biasanya dalam sukan mini undang-undang yang digunakan lebih mudah dari undang-undang permainan sebenar. Sukan mini juga membolehkan pelajar melihat pertalian kemahiran dalam satu permainan sukan secara keseluruhan. Sukan mini merupakan gabungan antara permainan dengan latih tubi. Gabungan ini akan memberi proses pembelajaran yang lebih bermakna di kalangan pelajar. Sukan mini dilihat membantu pelajar membina gambaran keseluruhan serta kegunaan dan apa yang hendak di pelajari. Skema kognatif akan terbentuk di dalam fikiran pelajar, dengan ini secara tidak langsung kemahiran yang dipelajari oleh pelajar lebih bermakna. Ringkasnya proses ini akan membolehkan akan memudahkan proses pemahaman pelajar serta memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar. Kesimpulannya sukan mini dapat merangsang mereka untuk lebih giat mempelajari kemahiran setelah melihat kepentingan kemahiran dalam pertandingan. Masalah yang selalu berlaku kepada guru pendidikan jasmani ialah pelajarnya tidak berminat untuk mengikuti kelas kemahiran. Sukan mini dilihat sebagai cara yang terbaik mengajar komponen kemahiran asas kepada pelajar. Kemahiran yang diajar melalui permainan akan membentuk minat yang tinggi di kalangan pelajar. Minat yang tinggi di kalangan kanak-kanak perlu dipupuk dan dikekalkan kerana minat merupakan pendorong proses pembelajaran. Sifat sukan mini yang boleh diubah suai mengikut kebolehan pelajar dan seterusnya ditingkatkan sedikit demi sedikit ke peringkat yang lebih tinggi. Prinsip ini membolehkan sukan mini mengamalkan konsep ansur maju yang merupakan konsep yang penting dalam pengajaran pendidikan jasmani. Konsep ansur maju ini menjadikan pelajar dapat memahami dan melakukan pergerakan motor dengan lebih berkesan. Bermain dalam satu pasukan adalah kemahiran yang perlu diserapkan dalam pendidikan jasmani bagi mencapai objektif afektif- sosial. Oleh kerana peluang untuk menyertai pasukan rumah atau pasukan sekolah terhad dan di peruntukan kepada mereka yang berbakat sahaja maka sukan mini dapat memberi peluang kepada pelajar kita untuk bermain berpasukan. Dengan itu pelajar akan merasai peluang merasai kejayaan dan seterusnya memberi

Page 198: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

184 TOPIK 8 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

sumbangan kepada pasukan. Dengan kata lain sukan mini akan memberi peluang kepada kanak-kanak menimba pengalaman bertindak sebagai ahli pasukan dan merasa diterima dan terharga sebagai ahli pasukan. Prinsip pertandingan dalam sukan mini bukan bertujuan untuk bersaing atau mencari pemenang tetapi lebih kepada kemajuan pembelajaran kemahiran asas. Oleh itu sukan mini perlu melibatkan kesemua pelajar bagi membolehkan kesemua pelajar merasai pengalaman bertanding. Sukan mini juga mendukung pencapaian kandungan sukatan pendidikan jasmani Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (tunjang kemahiran). Aktiviti sukan mini membolehkan pelajar menguasai kemahiran asas dalam permainan (bola sepak, sepak takraw, hoki, bola baling, ping pong, badminton, bola baling dan bola keranjang). Sukan mini di perlukan untuk mengajar kanak-kanak kemahiran asas sukan secara ansur maju dan diselitkan dengan unsur permainan supaya mereka tidak merasa bosan mempelajari kemahiran-kemahiran secara berasingan. Contoh Perlaksanaan Sukan Mini Tenis Dalam usaha memperkenalkan tenis kepada kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun International Tennis Federation (ITF) begitu serius untuk memperkenalkan mini tenis. Malah Persatuan lawan tenis Malaysia sering menganjurkan kursus jurulatih mini tenis yang dil kendalikan secara percuma oleh jurulatih yang bertauliah oleh badan gabungan tenis antarabangsa. Maklumat terkini tentang mini tenis boleh didapati dari badan gabungan sukan tenis di seluruh dunia. Persatuan Lawan Tenis Malaysia juga membekalkan peralatan percuma di bekalkan oleh badan gabungan sukan tenis kepada sekolah yang mengendalikan program mini tenis. RASIONAL MINI TENIS International Tennis Federation (ITF) ialah memperkenalkan mini tenis berdasarkan kepada fakta berikut: Memperkenalkan Permainan Tenis kepada Pelajar Hasrat ITF ialah untuk memperkenalkan dan meningkatkan minat terhadap permainan tenis di kalangan pelajar yang berumur 6 hingga 12 tahun melalui mini tenis. Dengan ini secara langsung jumlah penduduk dunia yang bermain tenis meningkat. Sasaran utama badan tenis ini ialah memperkenalkan permainan tenis kepada lebih daripada 350 000 kanak-kanak setiap tahun. Mini

Page 199: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 8 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

185

tenis dilihat sebagai jalan utama memperkenalkan sukan tenis di peringkat akar umbi Cara yang paling efektif untuk memperkenalkan permainan tenis kepada pelajar sekolah rendah ialah dengan memperkenalkan sukan mini kepada pelajar. Perlu diingat pelajar sekolah rendah (6 hingga 12 tahun) mempunyai kekurangan dari segi fizikal tetapi mempunyai naluri untuk menyertai permainan dan pertandingan, oleh itu sukan mini tenis merupakan jalan terbaik untuk memperkenalkan pelajar dengan permainan tenis. Dengan kata lain mini tenis adalah cara yang terbaik untuk memperkenalkan permainan tenis kepada pelajar sekolah rendah. Mini tenis akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar sekolah rendah mengenali permain tenis dan seterusnya menjadikan tenis sebagai permainan yang di minati sepanjang usia. Mini tenis dapat memberi keseronokan serta menarik minat pelajar terhadap permainan tenis melalui mini tenis Dengan memperkenalkan mini tenis kepada pelajar sekolah rendah (6 hingga 12 tahun) di lihat dapat berupaya meningkatkan jumlah permain tenis dunia. Usaha ini dilihat akan dapat memperkenalkan permainan tenis kepada insan di dunia semenjak dari usia muda lagi dan seterusnya menjadikan tenis sebagai permainan atau sukan yang digemari. Tenis Dianggap sebagai Sukan Elit Selama ini kita sering menganggap sebagai sukan elit, oleh itu hanya golongan atasan saja yang bermain tenis. Namun ITF ingin menyingkirkan pendapat permainan tenis dianggap sebagai sukan elit dan menjadikan permainan tenis untuk semua golongan. Dengan memperkenalkan permainan mini tenis ITF berharap permainan ini bukan lagi di mainkan oleh golongan elit yang dewasa malah pelajar sekolah rendah dapat bermain permainan ini. Malah sukan tenis boleh di perkenalkan seawal usia kanak-kanak lagi untuk membina kemahiran yang lebih hebat dari bintang tenis sekarang. Permainan Tenis untuk Semua Menjadikan ITF mengharapkan permainan tenis untuk dimainkan oleh semua golongan tanpa mengira gender, profesional dan usia. Sejarah bintang tenis ketika ini biasanya bermula bermain tenis dengan menggunakan gelanggang awam yang biasanya di peruntukan untuk golongan dewasa dan atasan. Dengan memperkenalkan mini tenis yang mengubah suai teknikal undang-undang pertandingan yang terlalu sukar menjadikan mudah serta gelanggang permainan

Page 200: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

186 TOPIK 8 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

yang mudah di bina di mana-mana kemudahan dan alatan pertandingan yang tidak terlalu mahal. Kesemua ini akan dapat memberi pelung kepada setiap insan di dunia ini untuk bermain tenis dan seterusnya menjadikan tenis sebagai permainan sepanjang usia. Motivasi kepada Pelajar Mini tenis akan menjadikan pelajar mencintai permainan tenis seterusnya membina keyakinan diri. Dengan kata lain permainan mini tenis dilihat dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk bermain tenis tanpa persepsi yang negatif. Mini tenis yang mengandungi unsur pertandingan dilihat dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk mempelajari kemahiran asas tenis. Mini tenis juga akan menggalakkan dan memudahkan guru mengajar kemahiran tenis dengan menggunakan unsur persaingan yang bermotivasi di kalangan pelajar. Melahirkan Bintang Sukan mini tenis akan memperkenalkan kemahiran asas kepada pelajar dan seterusnya boleh membentuk kemahiran asas yang kukuh di kalangan pelajar. Kemahiran asas yang kukuh dilihat akan membentuk pemain tenis yang hebat di masa akan datang. Mini tenis dilihat berkeupayaan mencungkil bakat pelajar dari usia muda dalam sukan tenis untuk di gilap bagi menjadi pelajar yang berbakat dan seterusnya bergelar bintang. Memudahkan Permainan Tenis Kekurangan kemudahan dan kawasan gelanggang dan alatan selalu membantutkan usaha untuk memperkenalkan tenis kepada kanak-kanak. Oleh kerana mini tenis menggunakan alatan yang di ubah suai dan di mainkan di mana-mana gelanggang rata. Masalah ketiadaan gelanggang dan alatan dapat diatasi dengan memperkenalkan mini tenis kepada pelajar kerana Mini tenis boleh di laksanakan di mana-mana kawasan dengan tidak memerlukan gelang khas serta alatan yang tidak mahal. Bagi mengatasi masalah tafsiran undang-undang teknikal yang terlalu sukar mini tenis menggunakan undang-undang yang mudah dan teknik asas yang ringkas untuk dilaksanakan. Mini Tenis di Sekolah Mini tenis adalah diubahsuai daripada permainan tenis yang sebenar disesuaikan berdasarkan masalah yang berlaku di sekolah. Dewasa ini sekolah mempunyai kawasan lapang yang terhad disebabkan kebanyakan tanah lapang telah digunakan untuk membina bangunan. Oleh itu untuk membina

Page 201: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 8 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

187

gelanggang tenis di sekolah adalah satu perkara yang mustahil. Masalah ini dapat diatasi dengan memperkenalkan mini tenis yang tidak memerlukan kawasan yang luas. Alatan tenis agak mahal oleh itu bagi sekolah yang mempunyai peruntukan yang kecil adalah mustahil untuk membeli alatan tenis yang mahal. Mini tenis hanya perlu menggunakan reket kayu atau plastik dan bola getah yang harganya tidak mahal dengan ini setiap mampu membeli peralatan. Undang-undang permainan tenis kadang-kadang terlalu teknikal ini menyebabkan guru yang tidak dapat menguasai undang-undang tenis dengan baik. Sukan mini tenis yang mempunyai undang-undang yang mudah difahami oleh guru akan membolehkan guru mengajar permainan ini tanpa pengetahuan yang terlalu banyak. Contoh Perlaksanaan Sukan Mini Tenis Sukan mini tenis mempunyai gelanggang 44 kaki panjang dan 20 kaki lebar sama dengan gelanggang badminton. Namun dalam permainan tenis ruang antara gelanggang dan dinding juga harus diambil kira minimum garis belakang ke dinding 8 kaki 6 inci jarak minimum antara bahagian sisi 7 kaki dan jarak antara dua gelanggang 9 kaki. Sementara tinggi gelanggang 17 kaki. Ketinggian net di bahagian tepi 2 kaki 7 inci dan di tengah 2 kaki 9 inci.

Kiraan Mata Mata penservis akan tersebut terlebih dahulu. 0,15 (mata pertama yang dimenangi oleh mana-mana pemain), 30 (mata kedua), 40 (mata ketiga), dan game (mata keempat). Sekiranya pemain terikat pada 3 atau lebih mata semasa permainan, mata digelar dius. Apabila penservis mendahului dengan 1 mata

Page 202: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

188 TOPIK 8 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

selepas mata dius, mata ialah ad in atau advantej penservis; sekiranya penerima yang mendahului, mata digelar ad out. Seseorang pemain mestilah memenangi 2 mata berterusan selepas mata dius untuk memenangi game itu. Jika tidak, mata akan berbalik kepada dius. Kelebihan Mini Tenis

(a) Meningkatkan pembentukan motor dan kordinasi badan pelajar melalui permainan mini tenis.

(b) Menjadikan kelas pendidikan jasmani sebagai kelas yang diminati dengan menyediakan permainan yang diminati dan dinantikan oleh pelajar.

(c) Memperkenalkan permainan tenis yang menggunakan kos yang rendah

(d) Menjadikan sukan tenis sebagai sukan yang diminati oleh pelajar sepanjang zaman

(e) Membangunkan koordinasi motor di kalangan pelajar

(f) Menjadikan alat kepada pelajar meningkatkan kecergasan fizikal dan kardiovaskular. AKTIVITI 1.5

(g) Meningkatkan jumlah pemain tenis yang berbakat serta jumlah penyertaan pemain tenis

Sistem Pertandingan Oleh kerana sistem pertandingan mini tenis dalam bentuk individu atau dua pasukan, pasukan yang terbentuk dalam jumlah yang banyak serta masa yang terhad. Keadaan ini sesuai jika kita menggunakan sistem kalah mati.

AKTIVITI 8.1

Huraikan dan nyatakan ciri-ciri penting yang biasanya terdapat dalamsatu sukan mini?

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERMAINAN TRADISIONAL

8.2

Sukan tradisional merupakan permainan yang diwarisi dari generasi terdahulu. Permainan ini diturunkan daripada satu generasi ke generasi yang lain.

Page 203: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 8 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

189

Biasanya adalah sukar bagi kita hendak menjawab persoalan yang berkaitan dengan sejarah sukan tradisional seperti dari mana asal sukan tradisional, siapa pelopor sukan ini, di manakah sukan ini mula diperkenalkan dan berbagai lagi. Ini disebabkan sukan tradisional disebar dari mulut ke mulut dan tiada dokumen rujukan khas yang boleh kita rujuk. Kebanyakan sukan tradisional dicetuskan dari pengalaman kehidupan sesuatu bangsa seperti berdasarkan pekerjaan, sumber ekonomi dan kehidupan sosial sesuatu bangsa atau keturunan. Bahan atau sumber yang digunakan dalam sukan tradisional biasanya berada di sekitaran atau alam sekeliling. Kebanyakan sukan tradisional di Malaysia tidak memerlukan alat yang khusus. Biasanya alatan yang digunakan dalam sukan ini mudah diperolehi sama ada dalam bentuk bahan tempatan yang mudah dan murah diperolehi atau bahan kitar semula. Pengenalan Sukan tradisional adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti rekreasi. Sukan tradisional merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela tanpa paksaan atau tekanan. Sukan tradisional dimainkan oleh pemain bagi mendapat keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Dalam aktiviti sukan tradisional biasanya tiada peraturan tertentu yang piawai digunakan. Peraturan sukan tradisional bergantung kepada persetujuan pemain. Oleh itu peraturannya berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain, begitu juga dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Sukan tradisional juga boleh dijalankan dan diberhentikan bila-bila masa dan dalam bentuk sejagat, dalam erti kata lain ia tidak mempunyai masa yang piawai. Sukan tradisional adalah kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani emosi dan rohani dan intelektual. Tujuan Pertandingan Sukan Tradisional

(a) Sukan tradisional merupakan aktiviti yang dirancang bagi memenuhi masa lapang.

(b) Sukan tradisional seperti permainan dam dan congkak adalah permainan yang meminta pemainnya berfikir. Oleh itu mendorong pemainnya menggunakan fikiran dalam menyelesaikan masalah.

(c) Sukan tradisional seperti permainan wau membolehkan pemainnya menggunakan kreativiti dalam membina wau.

Page 204: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

190 TOPIK 8 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

(d) Sukan tradisional yang menggunakan fizikal dapat membantu kita membina kecergasan berasaskan kesihatan dan kemahiran seperti:

(i) kekuatan kardiovaskular

(ii) Sukan tradisional juga membentuk kelenturan

(iii) Daya tahan otot

(iv) Kekuatan otot

(v) Ketangkasan

(vi) Imbangan

(vii) Koordinasi

(viii) Kuasa

(e) Masa tindak balas

(f) Kelajuan Kebaikan Sukan Tradisional Sukan tradisional atau permainan tradisional bukanlah sesuatu pertandingan ke arah permainan profesional, sebaliknya konsep sukan tradisional adalah untuk berlipur dan memenuhi masa lapang pemainnya. Dari sini dapatlah dirumuskan sukan tradisional lebih bersifat permainan dari pertandingan. Oleh kerana sifat sukan tradisional ini, permainan dilihat berupaya menangani masalah tekanan hidup harian dengan tenang. Oleh itu sukan tradisional dilihat berupaya membina kesihatan emosi yang baik. Sifat pertandingan ini menjadikan sukan tradisional sebagai medan yang baik untuk membentuk komunikasi yang berkesan antara permain sepasukan dan pemain lawan yang seterusnya akan merangsang ukhuwah. Sosiologi atau pemasyarakatan merupakan satu proses sepanjang hayat yang perlu dilalui oleh seseorang individu untuk menjadi anggota sat kelompok dengan mempelajari kebudayaan kelompok itu. Individu perlu bagaimana berkelakuan sebagai anggota masyarakat iaitu tentang nilai, sikap dan peranan yang sesuai yang dapat di terima oleh kelompok atau masyarakat. Oleh kerana sifat sukan tradisional yang lebih menekankan persahabatan dan kebudayaan boleh dikatakan sukan tradisional merupakan alat yang baik dalam proses sosiologi.

Page 205: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 8 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

191

Seperti sukan yang lain sukan tradisional juga dilihat dapat membentuk kecergasan fizikal dan mental buat pemainnya. Sukan tradisional dapat membentuk kemahiran motor yang berguna dan bermakna kepada pengamalnya. Dengan kata lain permainan sukan tradisional memberi peluang yang terbaik kepada pengamalnya untuk membina dan mengekalkan tahap kesihatan fizikal yang bersesuaian dengan minat dan keperluannya. Sukan tradisional dalam yang melibatkan aktiviti fizikal dilihat dapat membentuk kecekapan dalam menguruskan badan Pengurusan badan merujuk kepada kebolehan mengawal anggota dalam pelbagai situasi pergerakan dan konteks persekitaran yang pelbagai. Pengurus badan merangkumi:

(a) Penjagaan postur yang betul

(b) Pengawalan dan perimbangan tubuh dalam satu situasi

(c) Pengaruh ritma dalam pendalian pergerakan badan

(d) Kordinasi pergerakan yang cekap

(e) Pergerakan merentasi lantai

(f) ruang Jenis Sukan Tradisional Oleh kerana sukan tradisional lahir daripada budaya dan sosiologi masyarakat, sukan tradisional wujud dalam variasi pertandingan yang banyak. Sukan tradisional dipertandingkan dalam dua jenis sama ada dalam bentuk individu (dipertandingkan antara individu dengan individu yang lain) dan kumpulan (di pertandingan lebih dari seorang sekumpulan).

Individu Kumpulan

• Congkak

• Dam

• Wau

• Gasing

• Laga Ayam

• Usung balak

• Galah panjang

• Tating lawi

• Sorong kereta

• Sepak raga bulatan

Kategori Pertandingan

Sukan tradisional terbahagi kepada dua iaitu pertandingan anjung dan pertandingan laman

Page 206: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

192 TOPIK 8 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

Permainan Anjung Permainan Berpasukan

• Kawasan permainan di dalam ruangan rumah contohnya di anjung rumah

• Tempat permainan dileparan simen atau lantai kayu

• Tempat permainan melibatkan kawasan yang tidak luas

• Melibatkan bilangan permain yang tidak ramai

• Kawasan permainan di luar rumah atau di kawasan lapang contohnya di padang

• Tempat permainan di ruang tanah, rumput atau simen

• Tempat permainan melibatkan kawasan permainan yang luas

• Melibatkan permain yang ramai dan biasanya dalam bentuk kumpulan.

Sistem Pertandingan Oleh kerana sukan tradisional tidak mempunyai peraturan khas yang termaktub sebagai undang-undang piawai. Sistem pertandingan sukan tradisional juga bergantung kepada peserta yang mengambil bahagian. Namun dewasa ini sukan tradisional telah mula mendapat perhatian dari kementerian belia dan sukan dan kementerian kebudayaan dan warisan oleh itu sistem pertandingan sukan tradisional mula di piawaikan tetapi mengikut keadaan pertandingan. Sukan tradisional biasanya dipertandingkan dalam bentuk individu, berpasangan atau berkumpulan. Bagi pertandingan sukan tradisional yang mempunyai penyertaan individu yang ramai contohnya pertandingan gasing sistem yang dipertandingkan dalam bentuk kalah mati. Namun bagi pertandingan yang terdiri dari kumpulan yang kurang daripada 10 penyertaan adalah di cadangkan sistem pertandingan secara liga. Contoh-contoh Permainan Tradisional Terdapat berbagai jenis sukan tradisional atau permainan tradisional di Malaysia antara permainan tradisional ialah: (a) ACI Sorok

Permainan ini di kenali sebagai main sorok-sorok, permainan ini amat digemari oleh kanak-kanak. Jumlah pemain yang untuk permainan ini tidak terhad dan amat mudah. Aci sorok merupakan jenis permainan luar rumah dan memerlukan kawasan permainan yang luas, persekitaran rumah merupakan kawasan yang sesuai untuk dijadikan gelanggang permainan. Biasanya sebatang pokok atau tiang akan dijadikan ibu atau

Page 207: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 8 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

193

rumah iaitu induk untuk pemain yang akan mencari rakan mereka yang menyorok. Teknik Bermain

Sebelum permainan dijalankan, seorang pemain dipilih sebagai pencari dengan undian. Undian lai lai li tam plong selalu dilakukan bagi memilih pemain ini. Setelah undian dilakukan, pencari hendaklah berdiri dengan menutup matanya di rumah induk. Kiraan akan dibuat 1 hingga 100 atau kurang bilangannya secara kuat. Setelah selesai kiraan dibuat, pencari akan mula mencari rakan pemain lain yang menyorok di sekitar kawasan yang telah ditetapkan. Pemain yang menyorok di luar kawasan yang telah ditetapkan ia dikira jadi dan akan mengambil peranan sebagi pencari pula. Sekiranya pencari telah menjumpai salah seorang dari mereka, hendaklah disebut dengan kuat namanya dan dituruti dengan sebutan ibu. Dalam masa yang sama pencari hendaklah berlari ke rumah induk serta mencuit induk, dengan tujuan mematikan pemain yang ditemui agar pemain itu tidak boleh mencuit induk pula. Pencarian ini akan dilakukan berterusan hingga kesemua pemain yang menyorok ditemui. Setelah kesemua pemain yang menyorok ditemui dan tiada seorang pun yang dapat membantu membatalkan cuitan pencari ke rumah induk, maka pemain yang mula-mula ditemui itu akan jadi pencari pula. Seandainya pemain yang ditemui itu sempat mencuit terlebih dahulu dari pencari ke rumah induk, maka pencari ini akan jadi semula sebagai pencari dan permainan dimulakan semula.

(b) Congkak

Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Permainan ini juga dikenali Jongkok di utara semenanjung. Permainan congkak telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Namun asal usul permainan congkak tidak di pasti dengan jelas. Pemain congkak dimainkan di dalam rumah iaitu dari jenis permainan anjung. Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu bersaiz besar dan diukir seperti perahu atau

Page 208: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

194 TOPIK 8 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

pun menggunakan lubang digali di atas tanah, dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah. Hujung papan congkak yang dibuat dari kayu biasanya diukir dalam bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala di bahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak. Teknik Bermain Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan ini diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong sama ada di kawasan sendiri atau lawan. Sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri, permainan perlulah dihentikan. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Selepas itu pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

(c) Galah Panjang

Permainan ini antara permainan tradisional yang agak terkenal. Galah panjang biasanya di jadikan pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa. Permainan tradisional adalah permainan yang dimainkan di luar rumah.

Page 209: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 8 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

195

Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, sama ada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimen dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, anggaran luas gelanggang antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan. Penanda garisan, biasanya menggunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simen. Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.

Teknik Bermain Permainan ini tidak dimainkan secara kumpulan terdapat dua kumpulan dalam satu permainan satu kumpulan akan bertindak sebagai kumpulan penyerang dan satu kumpulan bertindak sebagai kumpulan bertahan. Setiap kumpulan akan mempunyai pemain tidak kurang d empat orang dan biasannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja. Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, sama ada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain. Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak. Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, sama ada secara individu atau beramai-ramai. Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Pasukan bertahan adalah cuba menghalang (mencuit atau menangkap) setiap penyerang di sepanjang garisan permulaan, garisan jagaannya Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.

Page 210: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

196 TOPIK 8 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

Peraturan Permainan Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dihalang oleh pemain pasukan bertahan. Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur ke belakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan. Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang. Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula. Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawanan tersebut.

(d) Konda Kondi

Konda-kondi yang juga dikenali sebagai Perik Mata di kawasan-kawasan tertentu memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang. Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang. Undian secara 'wan to som' dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu. Permainan Pertama Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal

Page 211: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 8 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

197

menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang. Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata. Permainan Kedua Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau keduanya tidak kuat. Untuk mematikan pasukan penyerang pemain lawan akan cuba menyambut kayu tadi. Jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampuri dengan mata daripada langkah pertama tadi. Permainan Ketiga Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.

(e) Bulu Ayam

Permainan ini dikenali juga sebagai sepak bulu ayam, sebuyam atau chapteh bergantung kepada tempat. Bulu ayam dimainkan di luar rumah oleh kanak-kanak lelaki yang melibatkan seramai dua atau lebih pemain. Jika terdapat ramai yang bermain, beberapa kumpulan yang terdiri beberapa orang boleh dibentuk. Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga.

Page 212: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

198 TOPIK 8 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

Membuat Bola Beberapa bahan asas diperlukan bagi membuat bola bulu ayam ini. Beberapa helai bulu ayam yang terdapat pada ekor atau kepak ayam (tidak kurang dari tiga helai). Sebatang paku sederhana besar, kepingan tiub tayar yang telah dibentuk bulat berukuran antara 4sm. Garis pusat dan getah skrap atau getah gelang sebagai pengikat. Beberapa keping getah tiub yang telah dibentuk bulat hendaklah dicucuk paku menembusi ditengah-tengahnya. Lima helai bulu ayam sama panjang dilekatkan di sekeliling paku tadi dan diikat dengan getah sekrap atau getah gelang dengan kemas. Jika untuk mendapatkan kekemasan bola tersebut sejenis gam yang kuat boleh digunakan sebelum ikatan dibuat. Teknik Bermain Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan terlebih dahulu bagi menentukan giliran. Undian yang biasa dilakukan ialah secara lai lai li tam plong untuk semua pemain bagi menentukan siapa yang perlu memulakan terlebih dahulu permainan serta mengikut gilirannya. Penentuan mata sama ada jumlah timbangan terbanyak atau penetapan jumlah mata tertentu juga harus dipersetujui oleh pemain terlebih dahulu sebelum permainan bermula. Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki (tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga dengan lutut. Sepakan tidak dibenarkan, jika sepakan dilakukan oleh pemain giliran dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ke tanah. Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti atau mati dengan seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan. Pemain yang mendapat mata terendah jumlah timbangan dikira kalah, dan ia akan dikenakan denda. Pemain yang kalah dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang, dan pemenang pula mestilah menimbang bola sebanyak tiga kali, sekiranya pemenang gagal berbuat demikian maka denda terhadap pemain yang kalah akan dikira tamat. Pusingan seterusnya boleh dilakukan beberapa kali, pemain yang memenangi di setiap pusingan atau jumlah kemenangan banyak kali dan melebihi dari yang lainnya dikira juara.

Page 213: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 8 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

199

(f) Cari Cucu Permainan Mencari Cucu merupakan permainan tradisional yang biasa dimainkan oleh kanak-kanak di luar rumah. Permainan ini boleh dimainkan oleh jumlah pemain yang ramai. Halaman rumah atau tempat lapang merupakan gelanggang yang sering digunakan dalam permainan ini. Peralatan yang digunakan dalam permainan ini ialah sehelai sapu tangan atau kain untuk menutup mata dan sebatang kayu tongkat diperlukan sebagai alat. Terdapat dua buah lagu khas yang didendangkan dalam permainan ini. Menentukan Nenek Sebelum permainan dimulakan seorang dari mereka haruslah menjadi nenek. Bagi menentukan nenek maka undian secara lai lai li tam plong perlu dijalankan. Siapa di kalangan mereka yang kalah dalam undian tersebut maka akan ditutup matanya dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan nenek. Sebatang tongkat diberikan untuk dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua yang buta. Permainan Cari Cucu Pada peringkat permulaan kesemua pemain membuat satu bulatan mengelilingi nenek dengan berpegangan tangan di antara satu sama lain. Sebuah dendangan dinyanyikan oleh cucu secara beramai-ramai. Nyanyian Cucu Nenek, nenek, si bongkok tiga. Siang mengantuk, malam berjaga. Mencari cucu di mana berada. Nenek kahwin dengan anak raja. Ketika cucu bernyanyi berpusing-pusing mengelilingi nenek, maka pelakon nenek seperti orang buta terbongkok-bongkok dengan menggunakan tongkat mencari jalan. Setelah cucu tamat mendendangkan nyanyian, maka nenek pula mengambil giliran mendendangkan nyanyiannya.

Page 214: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

200 TOPIK 8 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

Nyanyian Nenek Cucu, cucu tak dapat lari. Nenek tua banyak sakti. Sekarang nenek nak cari ganti. Siapa yang kena, dia menjadi. Setelah selesai dendangan nenek semua cucu duduk mencangkung dengan mendiamkan diri dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka. Dengan menggunakan tongkat nenek mencari-cari cucu yang mendiamkan diri di sekelilingnya. Setelah berjaya menangkap seorang cucu nenek perlu meneka nama pemain tersebut dengan betul. Sekiranya tekaan nenek itu betul maka pemain tersebut akan menjadi nenek menggantikan tempatnya. Seandainya tekaan itu tidak tepat maka watak nenek masih menjadi miliknya dan permainan diteruskan.

(g) Gasing

Gasing adalah permainan yang popular di semenanjung terutama di Kelantan. Ada berbagai jenis gasing yang terdapat di Malaysia antaranya ialah gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Membuat Gasing Gasing perlu dibuat dari kayu yang tahan kepada hentakan mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih contohnya dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing. Kayu yang hendak di buat gasing akan dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik.

Page 215: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 8 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

201

Setelah gasing disiapkan kerja-kerja seperti melilitkan timah pada kepak gasing bagi menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan melindung gasing dari serpih. Bagi menambahkan keindahan rupa paras gasing maka tanduk kerbau dipasangkan di bahagian kepala gasing selepas itu dikilatkan dengan varnis. Ciri Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja. Teknik Bermain Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan cara kita melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri pula dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak kerana gasing ini mudah di bina. Gasing pinang di buat dari buah pinang muda yang dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing pinang boleh di main secara dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut. Pertandingan Gasing Pertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri lebih bersifat individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan. Gasing Uri Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri seorang memegang cokok dan seorang lagi memegang lopok. Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang telah dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam.

Page 216: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

202 TOPIK 8 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

Cokok diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat daripada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat, bergaris pusat kira-kira 3.25 meter, dan dibuat di atas tanah yang keras. Gasing Pangkah Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka ke tengah-tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing mereka. Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing. Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas lopok, seperti dalam pertandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula.

(h) Sepak Raga

Permainan sepak raga telah wujud sejak 600 tahun lalu. Permainan sepak raga telah di mainkan oleh golongan bangsawan sehingga ke rakyat jelata pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sejarah Melayu juga ada menceritakan tentang permainan sepak raga, Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

Page 217: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 8 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

203

Teknik Bermain Untuk memulakan permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan. Menimang Bola Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang.

(i) Wau

Bentuk teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, wau juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Permainan wau merupakan permainan bagi memenuhi masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Wau telah di mainkan oleh orang Melayu sejak sekitar kurun kelima belas. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit. Jenis Wau Wau dicipta bergantung kepada kreativiti pembinanya oleh itu terdapat pelbagai jenis nama dan bentuk wau. Contohnya wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Wau juga biasanya di hiasi oleh corak yang bermotifkan awan larat yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain

Page 218: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

204 TOPIK 8 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraf tangan dan hiasan dinding. Membuat Wau Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, bermula dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau. Masa yang diambil untuk membuat wau biasanya mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk siap. Teknik Bermain Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni. Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu namun dewasa ini. Kebanyakan pertunjukan wau dan layang-layang sentiasa mendapat tempat di Malaysia. Wau biasanya di mainkan untuk pertunjukan terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

Dalam topik ini kita telah membaca dan memahami mengenai sukan mini dan sukan tradisional. Setelah mengakhiri bacaan dalam bab ini kita akan dapat memahami, mendefinisikan sukan mini dan tujuan pertandingan sukan mini. Selain daripada itu kita dapat menciri dan menyatakan ciri-ciri sukan mini, prinsip pemilihan serta objektif sukan mini. Dalam topik ini juga anda akan di dedahkan mengenai definisi, kategori, tujuan pertandingan sukan tradisional. Untuk memudahkan pemahaman pembaca topik ini juga ada memasukkan contoh-contoh sukan tradisional yang terkenal di Malaysia.

Page 219: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 8 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

205

AKTIVITI 8.2

Nyatakan dan huraikan tujuan pertandingan sukan tradisional?

1. Sebelum membuat pengubahsuaian dalam sukan mini guru perlulah

memikirkan dengan teliti faktor-faktor tertentu. Nyatakan perkara tersebut?

2. Huraikan kebaikan pengelolaan dan pertandingan sukan tradisional?

3. Objektif utama sukan mini boleh dibahagikan kepada tiga nyatakan dan huraikan objektif tersebut?

1. Nyatakan kategori pertandingan sukan tradisional dan cirikan

perbezaannya?

2. Dalam memilih pertandingan sukan mini beberapa prinsip yang perlu diambil kira Nyatakan prinsip tersebut?

3. Huraikan secara terperinci tujuan pertandingan sukan mini?

Pengelolaan

Pentadbiran

Pendidikan Jasmani

Rekreasi

Sukan

Page 220: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

206 TOPIK 8 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia

Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby

Company Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical

education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher Laman Web Kementerian Belia dan Sukan Laman Web Majlis Sukan Negara Laman Web perpustakaan negara Laman web Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1989).

Rancangan kurikulum baru sekolah menengah. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Huraian sukatan pelajaran Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur. Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala

Lumpur: Longman Malaysia. Teng Boon Tong. (2001). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Kursus

Diploma Penguruan Malaysia. Selangor: Pearson Education. Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam:

Karisma Production Sdn. Bhd.

Page 221: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Permainan Tradisional

PENGENALAN

Permainan tradisional merupakan permainan yang diwarisi dari generasi terdahulu. Permainan ini diturunkan daripada satu generasi ke generasi yang lain. Permainan tradisional berkaitan dengan adat resam dan kebudayaan sesuatu bangsa. Tujuan permainan tradisional adalah untuk mengisi masa lapang, merayakan sesuatu pesta atau perayaan dan meningkatkan ukhuwah antara peserta. Permainan tradisional dapat meningkatkan kemahiran psikomotor dan kecergasan di kalangan peserta. Tiada undang-undang dan sistem pertandingan yang piawai dalam pertandingan permainan tradisional. Undang-undang dan

TTooppiikk 

99

3. Menyatakan langkah-langkah pengelolaan dan pentadbiran permainan tradisional serta contoh-contoh pertandingan.

2. Menyatakan prinsip pengurusan dan pengelolaan permainan tradisionalserta faedah permainan tradisional

1. Menyatakan dan mendefinisikan konsep permainan tradisional

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

HASIL PEMBELAJARAN

Page 222: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

208 TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

sistem pertandingan yang di guna pakai bergantung kepada keadaan dan tempat pertandingan.

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERMAINAN TRADISIONAL

9.1

Permainan tradisional atau sukan tradisional adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti rekreasi. Permainan tradisional merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela tanpa paksaan atau tekanan. Permainan tradisional dimainkan bertujuan bagi mendapat keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Dalam aktiviti permainan tradisional biasanya tiada peraturan tertentu yang piawai digunakan. Peraturan permainan tradisional bergantung kepada persetujuan pemain. Oleh itu peraturannya berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain, begitu juga dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Permainan tradisional juga boleh dijalankan dan diberhentikan pada bila-bila masa serta wujud dalam bentuk sejagat. Dalam erti kata lain permainan tradisional tidak mempunyai masa yang piawai. Permainan tradisional adalah kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani emosi dan rohani dan intelektual. Permainan tradisional merupakan permainan yang di warisi dari generasi terdahulu. Permainan ini diturunkan daripada satu generasi ke generasi yang lain. Biasanya adalah sukar bagi kita hendak menjawab persoalan yang berkaitan dengan sejarah permainan tradisional seperti dari mana asal permainan tradisional, siapa pelopor permainan ini, di manakah permainan ini mula diperkenalkan dan berbagai lagi. Ini disebabkan permainan tradisional disebar dari mulut ke mulut dan tiada dokumen atau rujukan khas yang boleh kita rujuk. Kebanyakan permainan tradisional dicetuskan dari pengalaman kehidupan sesuatu bangsa seperti berdasarkan pekerjaan, sumber ekonomi dan kehidupan sosial sesuatu bangsa atau keturunan. Bahan atau sumber yang digunakan dalam permainan tradisional biasanya berada di sekitaran atau alam sekeliling. Kebanyakan permainan tradisional di Malaysia tidak memerlukan alat yang khusus. Biasanya alatan yang digunakan dalam permainan ini mudah di peroleh sama ada dalam bentuk bahan tempatan yang mudah dan murah diperolehi atau bahan kitar semula.

Page 223: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

209

Tujuan Pertandingan Permainan Tradisional Terdapat pelbagai tujuan permainan tradisional antaranya ialah:

(a) Permainan tradisional merupakan aktiviti yang dirancang bagi memenuhi masa lapang.

(b) Permainan tradisional seperti permainan dam dan congkak adalah permainan yang meminta pemainnya berfikir. Oleh itu mendorong pemainnya menggunakan fikiran dalam menyelesaikan masalah.

(c) Permainan tradisional seperti permainan wau membolehkan pemainnya menggunakan kreativiti dalam membina wau.

(d) Permainan tradisional yang menggunakan fizikal dapat membantu kita membina kecergasan berasaskan kesihatan dan kemahiran seperti:

(i) kekuatan kardiovaskular

(ii) kelenturan

(iii) Daya tahan otot

(iv) Kekuatan otot

(v) Ketangkasan

(vi) Imbangan

(vii) Koordinasi

(viii) Kuasa

(ix) Masa tindak balas

(x) Kelajuan Kebaikan Permainan Tradisional Permainan tradisional bukanlah sesuatu merupakan pertandingan ke arah permainan profesional, sebaliknya konsep permainan tradisional adalah untuk berlipur dan memenuhi masa lapang pemainnya. Dari sini dapatlah dirumuskan permainan tradisional lebih bersifat permainan dari pertandingan. Oleh kerana sifat permainan tradisional ini sebagai permainan untuk beriadah. Ia dilihat berupaya menangani masalah tekanan hidup harian pengamalnya dan membentuk kehidupan yang bermotivasi. Oleh itu permainan tradisional dilihat berupaya membentuk kesihatan emosi yang baik.

Page 224: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

210 TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

Permainan tradisional sebagai medan yang baik untuk membentuk komunikasi yang berkesan antara permain sepasukan dan pemain lawan yang seterusnya akan merangsang ukhuwah. Sosiologi atau pemasyarakatan merupakan satu proses sepanjang hayat yang perlu dilalui oleh seseorang individu. Permainan tradisional dapat akan memudahkan individu untuk menerapkan kebudayaan, nilai, sikap dan sahsiah sesuatu bangsa atau masyarakat. Oleh kerana sifat permainan tradisional yang lebih menekankan persahabatan dan kebudayaan permainan tradisional merupakan alat yang baik dalam proses sosiologi. Seperti permainan yang lain, permainan tradisional juga dilihat dapat membentuk kecergasan fizikal dan mental buat pemainnya. Permainan tradisional dapat membentuk kemahiran motor yang berguna dan bermakna kepada pengamalnya. Dengan kata lain permainan tradisional memberi peluang yang terbaik kepada pengamalnya untuk membina dan mengekalkan tahap kesihatan fizikal. Permainan tradisional yang melibatkan aktiviti fizikal dilihat dapat membentuk kecekapan dalam menguruskan badan Pengurusan badan merujuk kepada kebolehan mengawal anggota dalam pelbagai situasi pergerakan dan konteks persekitaran yang pelbagai. Pengurus badan merangkumi:

Penjagaan postur yang betul

Pengawalan dan perimbangan tubuh dalam satu situasi

Pengaruh ritma dalam pendalian pergerakan badan

Koordinasi pergerakan yang cekap

Pergerakan merentasi lantai

ruang Jenis Permainan tradisional Oleh kerana permainan tradisional lahir daripada budaya dan sosiologi masyarakat, permainan tradisional wujud dalam variasi pertandingan yang banyak. Permainan tradisional dipertandingkan dalam dua jenis sama ada dalam bentuk individu (dipertandingkan antara individu dengan individu yang lain) dan kumpulan (di pertandingan lebih dari seorang sekumpulan).

Page 225: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

211

Jadual 9.1: Jenis Permainan Tradisional

Individu Kumpulan

Congkak Dam Wau

Gasing Laga Ayam

Usung balak Galah panjang

Tating lawi Sorong kereta

Sepak raga bulatan

Kategori Pertandingan Permainan tradisional terbahagi kepada dua iaitu pertandingan anjung dan pertandingan laman.

Jadual 9.2: Ciri-ciri Kategori Permainan Tradisional

Permainan Anjung Permainan Berpasukan

Kawasan permainan di dalam ruangan rumah contohnya di anjung rumah Tempat permainan dileparan simen atau lantai kayu Tempat permainan melibatkan kawasan yang tidak luas Melibatkan bilangan permain yang tidak ramai

Kawasan permainan di luar rumah atau di kawasan lapang contohnya di padang Tempat permainan di ruang tanah, rumput atau simen Tempat permainan melibatkan kawasan permainan yang luas Melibatkan permain yang ramai dan biasanya dalam bentuk kumpulan.

Sistem Pertandingan Oleh kerana permainan tradisional tidak mempunyai peraturan khas yang termaktub sebagai undang-undang piawai. Sistem pertandingan permainan tradisional bergantung kepada peserta yang mengambil bahagian. Namun dewasa ini permainan tradisional telah mula mendapat perhatian dari Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Kebudayaan Dan Warisan. Sistem pertandingan permainan tradisional mula di piawaikan tetapi mengikut keadaan pertandingan. Permainan tradisional biasanya dipertandingkan dalam bentuk individu, berpasangan atau berkumpulan. Bagi pertandingan permainan tradisional yang mempunyai penyertaan individu yang ramai contohnya pertandingan gasing sistem yang dipertandingkan sesuai dalam bentuk kalah mati. Namun bagi pertandingan yang terdiri dari kumpulan yang kurang daripada 10 penyertaan adalah di cadangkan sistem pertandingan secara liga.

Page 226: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

212 TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

SEMAK KENDIRI 9.1

1. Huraikan kebaikan pengelolaan dan pertandingan permainantradisional?

2. Nyatakan kategori pertandingan permainan tradisional dan cirikan perbezaannya?

3. Nyatakan dan huraikan tujuan pertandingan permainan tradisional?

SISTEM UNDIAN DALAM PERMAINAN TRADISIONAL

9.2

Sebelum memulakan permainan tradisional biasanya undian dilakukan bagi menentukan bagaimana untuk menentukan atau memulakan pertandingan. Undian dilakukan adalah bagi membolehkan permainan menjadi lancar tanpa bantahan serta memberi keadilan kepada pemain. Tujuan undian dilakukan dalam permainan tradisional ialah:

(a) Memilih ahli kumpulan atau pasangan

(b) Memilih ketua kumpulan atau memilih peranan yang di mainkan oleh pemain

(c) Menentukan giliran bermain dengan menentukan pasukan dan pemain mana yang akan mulakan pertandingan

(d) Menentukan tempat permainan Terdapat pelbagai cara undian yang dilakukan dalam permainan tradisional antaranya ialah: Tepuk Daun Undian tepuk daun biasanya digunakan bagi menentukan kumpulan atau pemain yang memulakan pertandingan. Undian ini melibatkan dua orang, alat yang digunakan dalam permainan ini ialah sehelai daun. Pemain akan memilih bahagian daun yang di kehendaki. Contohnya A akan memilih belakang daun dan B akan memilih hadapan daun. Cara membuat undian ini ialah:

(a) Pemain perlu meletakan daun di tapak tangan

Page 227: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

213

(b) Pemain perlu duduk berhadapan dengan sebelah tangan pemain diangkat

separas bahu atau lebih.

(c) Aras kedudukan tangan perlulah sama tinggi

(d) Salah seorang daripada pemain melekatkan daun pada tapak tangan.

(e) Secara serentak kedua-dua pemain hendaklah menepuk tangan.

(f) Daun akan di biarkan jatuh ke tanah Jika bahagian daun tengadah ke atas maka pemain B memenangi undian itu begitu juga sebaliknya. Berbisik Undian ini biasanya dilakukan bagi menentukan ahli kumpulan, berbisik dilakukan secara berpasangan. Sebelum proses ini dilakukan ketua kumpulan akan di lantik. Biasanya pemain yang hendak berbisik akan memilih pasangan yang sama padan dari segi saiz dan umur. Cara membuat undian ini

(a) Ketua kumpulan akan mengambil kata putus bagi menentukan perkara yang hendak di bisikan contohnya kapal terbang ke kapal laut

(b) Pemain bersama pasangan mereka akan melaksanakan proses berbisik

(c) Pasangan yang berbisik biasanya akan mengelak daripada di dengari oleh ketua kumpulan katakan hasil bisikan A memilih kapal terbang B memilih kapal laut

(d) Selesai mengambil keputusan A dan B akan berjumpa dengan ketua kumpulan. Katakan ketua kumpulan harimau memilih kapal laut maka B adalah ahli kumpulan harimau. A akan masuk dalam kumpulan yang lain.

(e) Ketua kumpulan akan memilih secara bergilir-gilir Kaedah berbisik ini di lakukan bagi memberi keadilan kepada kumpulan dalam memilih ahli kumpulan. Cabut Bilah lidi Undian cabut bilah lidi dilakukan bertujuan untuk menentukan kumpulan atau pemain yang memulakan permainan, memulakan giliran bermain atau membahagi kumpulan. Alat undian yang digunakan boleh terdiri daripada lidi penyapu, ranting kayu kecil atau lalang.

Page 228: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

214 TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

Cara membuat undian

(a) Undian di lakukan dengan cara salah seorang pemain menggenggam alat tersebut.

(b) Setiap alat undian mempunyai panjang yang berlainan

(c) Bahagian atas alat undian perlulah sama dan dapat dilihat bagi memudahkan pemain mencabut.

(d) Bahagian bawah hendaklah di lindungi

(e) Tujuan

(i) Bagi Menentukan Kumpulan yang Memulakan Permainan Ketua kumpulan akan mencabut bilah lidi salah satu dari dua bilah

lidi. Sekiranya bilah lidi pendek di cabut maka kumpulan yang diwakilinya akan memulakan permainan (bergantung persetujuan awal).

(ii) Bagi Menentukan Pemain yang Memulakan Permainan Semua pemain dikehendaki mencabut lidi, setelah cabutan dilakukan

semua pemain akan mengukur panjang atau pendek lidi yang di cabut. Pemain yang mendapat lidi terpanjang atau terpendek (bergantung persetujuan awal) akan memulakan pertandingan.

(iii) Bagi Menentukan Kumpulan Terdapat dua bentuk lidi sahaja yang di sediakan sama ada lidi

panjang atau pendek. Semua pemain dikehendaki mencabut lidi, setelah cabutan dilakukan semua pemain akan mengukur panjang atau pendek lidi yang di cabut. Pemain yang mendapat lidi panjang berada dalam satu kumpulan dan yang pendek satu kumpulan.

Ram-ram Rip Undian ini biasanya dilakukan untuk memilih Âtukang jadiÊ atau memilih pemain yang memulakan permainan. Selain daripada cara undian ram-ram rip juga merupakan sejenis permainan, ram-ram rip merupakan sejenis undian yang menggunakan anggota tangan. Cara membuat undian

(a) Seorang ketua dilantik sebagai ketua untuk membuat pengundian ini

(b) Ketua akan menghulurkan tangan ke hadapan

(c) Kesemua pemain akan membuat bulatan kecil mengelilingi tangan yang dihulur

Page 229: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

215

(d) Pemain akan meletakkan jari telunjuk pada tapak tangan ketua

(e) Ketua akan menyebut ram-ram rip dan dengan serentak ketua akan menggenggam tapak tangannya pemain lain akan cuba menarik jarinya sesiapa yang tertangkap pemain tersebut akan menjadi tukang jadi.

(f) Dalam keadaan terdapat lebih satu jari tertangkap undian seterusnya dilakukan kepada hanya pemain yang jarinya tertangkap sahaja

(g) Undian akan dilakukan sekiranya semua pemain berjaya melepaskan jarinya daripada ditangkap

Melambung Benda atau Alatan Benda atau Alatan Permainan

Undian ini biasanya di lakukan untuk menentukan giliran pemain dalam satu permainan. Antara permainan tradisional yang menggunakan permainan ini ialah guli, tuju getah, gelek para dan lambung getah bulat. Cara membuat undian

(a) Untuk memulakan pengundian terdapat dua garis perlu dibina satu garis melambung dan satu garis sasaran

(b) Pemain di kehendaki berdiri dan melambungkan benda atau alatan permainan di garis melambung ke garis sasaran.

(c) Alatan atau benda yang jatuh akan di ukur jaraknya dari garisan sasaran

(d) Giliran pemain dalam satu permainan bergantung kepada jarak alatan yang di lambung dengan garis sasaran. Jarak yang paling dekat akan memulakan pertandingan

Meneka Benda dalam Genggaman Undian ini biasanya di lakukan bagi menentukan pasukan mana yang memulakan permainan. Permainan ini melibatkan seorang yang berkecuali. Cara membuat undian

(a) Orang yang berkecuali akan menggenggam objek yang di pilih, proses ini dilakukan secara bersembunyi dan tidak diketahui oleh kedua-dua pemain.

(b) Setiap ketua pasukan akan meneka tangan yang menggenggam objek tersebut sama ada tangan kiri atau kanan. (Sekiranya ketua pasukan A memilih kanan ketua pasukan B akan memilih kiri pilihan tidak boleh sama)

(c) Wakil pasukan yang membuat tekaan yang betul akan memulakan pertandingan

Page 230: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

216 TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

Lambung Duit Undian ini juga biasanya digunakan untuk menentukan pasukan yang akan memulakan pertandingan. Alat undian yang di gunakan ialah duit syiling Cara membuat undian

(a) Wakil pasukan akan memilih permukaan duit syiling

(b) Lambungan dalam bentuk pusingan ke atas akan dilakukan oleh orang yang berkecuali atau pengadil

(c) Bila duit jatuh wakil pasukan dan pengadil akan melihat hasil lambang duit syiling yang tengadah ke atas

(d) Pemain yang membuat tekaan pada duit syiling yang tengadah ke atas dikira sebagai pemenang undian

Mencabut Nombor atau Perkataan Undian ini biasanya dilakukan bagi menentukan kumpulan atau giliran pemain. Cara membuat undian

(a) Kepingan kertas di potong berdasarkan bilangan pemain

(b) Jika undian ini di lakukan bagi menentukan ahli kumpulan, nombor ditulis adalah mengikut kumpulan.

(c) Tetapi sekiranya undian dilakukan untuk menentukan giliran, nombor ditulis dalam sistem menaik mengikut jumlah ahli

(d) Kepingan kertas yang di tulis nombor akan di gulung dengan kemas dan di isi ke dalam kotak serta di kocak

(e) Setiap pemain boleh mengambil satu gulungan kertas sahaja

(f) Nombor yang tercatat akan menentukan giliran atau kumpulan pemain Wan Tu Zum Undian ini dilakukan bagi menentukan pasukan mana yang akan memulakan permainan. Cara membuat undian

(a) Dua orang wakil kumpulan akan menujukan lambang-lambang yang telah ditetapkan secara serentak dengan tangan

Page 231: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

217

(b) Terdapat tiga lambang tradisi yang boleh dibentuk iaitu air, gelas dan batu.

(c) Air di lambangkan dengan tapak tangan menghala ke atas, gelas dilambangkan dengan kelima-lima jari di kucup menghala ke atas dan batu dilambangkan dengan pemain mengepal kelima-lima jarinya.

(d) Bagi memulakan undian pemain duduk atau berdiri berhadapan. Kedua pemain akan menyembunyikan tangan ke belakang untuk membentuk lambang.

(e) Wakil kumpulan akan menyebut wan tu zum secara serentak dan akan menghulur tangan yang di lambangkan ke hadapan.

(f) Kemenangan di tentukan melalui tafsiran di bawah:

(i) Air dan gelas - Gelas akan menang kerana gelas mencedok air

(ii) Air dengan batu - Air akan menang sebab air boleh menenggelamkan batu

(iii) Gelas dengan batu - Batu akan menang serba ia boleh menenggelamkan batu

(iv) Undian wan tu zum boleh dilakukan lebih dari sekali bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak

Lai Lai Li Tham Plom Undian ini biasanya di gunakan untuk mencari Âtukang jadiÊ atau menentukan giliran pemain. Dalam undian ini pemain akan menggunakan tapak tangan dan bahagian belakang tangan Cara membuat undian

(a) Pemain membentuk satu bulatan dalam keadaan berdiri dan menghadap antara satu sama lain

(b) Pemain akan bersama menyanyi lagu Lai lai li tham Plom

(c) Pemain menyembunyikan tangan di belakang sambil menyanyi dan menghulurkan tangan serentak apabila menyebut perkataan plom.

(d) Selain daripada itu terdapat juga pemain menyanyi sambil menterbalikkan tapak tangan dan berhenti apabila menyebut perkataan plom

(e) Pemain yang melambangkan tangannya berlainan dengan pemain-pemain lain akan menjadi Âtukang jadiÊ

Page 232: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

218 TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI) CONTOH-CONTOH PERMAINAN

TRADISIONAL 9.3

Terdapat berbagai jenis permainan tradisional atau sukan tradisional di Malaysia antara permainan tradisional ialah: (a) ACI Sorok

Permainan ini juga di kenali sebagai main sorok-sorok, permainan ini amat digemari oleh kanak-kanak. Jumlah pemain yang mengambil bahagian dalam permainan ini tidak terhad. Permainan ini juga amat mudah di mainkan dan tidak mempunyai undang-undang yang sukar. Aci sorok merupakan sejenis permainan luar rumah dan memerlukan kawasan permainan yang luas. Persekitaran rumah merupakan kawasan yang sesuai untuk dijadikan gelanggang permainan. Biasanya sebatang pokok atau tiang akan dijadikan ibu atau rumah iaitu induk untuk pemain yang akan mencari rakan mereka yang menyorok.

Cara Bermain Sebelum permainan dijalankan, seorang pemain dipilih sebagai pencari dengan undian. Undian jenis lai lai li tam plong selalu dilakukan bagi memilih pemain ini. Setelah undian dilakukan, pencari hendaklah berdiri dengan menutup matanya di rumah induk. Kiraan akan dibuat 1 hingga 100 atau kurang bilangannya secara kuat di lakukan oleh pencari. Setelah selesai kiraan dibuat, pencari akan mula mencari rakan pemain lain yang menyorok di sekitar kawasan yang telah ditetapkan. Sekiranya terdapat pemain yang menyorok di luar kawasan yang telah ditetapkan ia dikira jadi dan akan mengambil peranan sebagi pencari. Sekiranya pencari telah menjumpai salah seorang dari pemain, pencari hendaklah menyebut dengan kuat nama pemain tersebut dan dituruti dengan sebutan ibu. Dalam masa yang sama pencari hendaklah berlari ke rumah induk serta mencuit induk, dengan tujuan mematikan pemain yang ditemui agar pemain itu tidak boleh mencuit induk pula. Pencarian ini akan dilakukan berterusan hingga kesemua pemain yang menyorok ditemui. Setelah kesemua pemain yang menyorok ditemui dan tiada seorang pun yang dapat membantu membatalkan cuitan pencari ke rumah induk, maka pemain yang mula-mula ditemui itu akan jadi pencari pula. Seandainya pemain yang ditemui itu sempat mencuit terlebih dahulu rumah induk,

Page 233: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

219

maka pencari ini akan jadi semula sebagai pencari dan permainan dimulakan semula.

(b) Congkak Permainan ini juga dikenali Jongkok di utara semenanjung. Permainan congkak telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Namun asal usul permainan congkak tidak di pasti dengan jelas. Pemain congkak dimainkan di dalam rumah iaitu dari jenis permainan anjung.

Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu bersaiz besar dan diukir seperti perahu atau pun menggunakan lubang digali di atas tanah, dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah. Hujung papan congkak yang dibuat dari kayu biasanya diukir dalam bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala di bahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Buah congkak terdiri daripada biji congkak, biji getah dan biji guli.

Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak.

Cara Bermain Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan ini diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong sama ada di kawasan sendiri atau lawan. Sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri, permainan perlulah dihentikan. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.

Selepas itu pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah

Page 234: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

220 TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi buah apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

(c) Galah Panjang

Permainan ini antara permainan tradisional yang agak terkenal. Galah panjang biasanya di jadikan pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa. Permainan tradisional ini dimainkan di luar rumah. Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, sama ada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimen dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, anggaran luas gelanggang antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan. Penanda garisan, biasanya menggunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Sekiranya gelanggang simen digunakan cat biasanya digunakan. Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan melorek garisan tersebut di atas tanah sahaja.

Cara Bermain

Permainan ini dimainkan secara berkumpulan terdapat dua kumpulan dalam satu permainan satu kumpulan akan bertindak sebagai kumpulan penyerang dan satu kumpulan bertindak sebagai kumpulan bertahan. Setiap kumpulan akan mempunyai pemain tidak kurang dari empat orang dan biasanya terdiri dari sepuluh pemain sahaja. Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu zum dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan mematikan pasukan sama ada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain akan ditentukan terlebih dahulu. Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak. Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, sama ada secara individu atau beramai-ramai.

Page 235: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

221

Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit atau dicuit oleh pasukan bertahan. Pasukan bertahan adalah cuba menghalang (mencuit atau menangkap) setiap penyerang di sepanjang garisan permulaan dan garisan jagaannya Jika salah seorang pasukan penyerang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.

Peraturan Permainan

Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dihalang oleh pemain pasukan bertahan. Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur ke belakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati jika melakukan demikian. Pasukan penyerang juga dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang. Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula. Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawanan tersebut.

(d) Konda Kondi

Konda-kondi yang juga dikenali sebagai Perik Mata di kawasan-kawasan tertentu memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain. Pemain perlu memikirkan arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang. Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang. Undian secara 'wan to zum' dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu. Permainan Pertama Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang. Kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek untuk melambungkannya ke udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang. Sementara itu, ahli pasukan lawan akan cuba

Page 236: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

222 TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati dengan itu permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan. Jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli pasukan lawan hendaklah membaling kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang. Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata. Permainan Kedua Pemain penyerang akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukulnya kuat dengan kayu panjang. Pemain ini akan diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau keduanya tidak kuat. Untuk mematikan pasukan penyerang pemain lawan akan cuba menyambut kayu tadi. Jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata, mata yang diperoleh akan di campur dengan mata daripada permainan pertama tadi.

Permainan Ketiga Seterusnya, pemain beralih kepada permainan ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.

(e) Bulu Ayam

Permainan ini dikenali juga sebagai sepak bulu ayam, sebuyam atau chapteh bergantung kepada tempat. Bulu ayam dimainkan di luar rumah oleh kanak-kanak lelaki yang melibatkan seramai dua atau lebih pemain. Jika terdapat ramai yang bermain, beberapa kumpulan yang terdiri beberapa orang boleh dibentuk. Permainan ini adalah seperti permainan

Page 237: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

223

sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga.

Membuat Bola Beberapa bahan asas diperlukan bagi membuat bola bulu ayam ini. Beberapa helai bulu ayam yang terdapat pada ekor atau kepak ayam (tidak kurang dari tiga helai). Sebatang paku sederhana besar, kepingan tiub tayar yang telah dibentuk bulat berukuran antara 4sm garis pusat dan getah skrap atau getah gelang sebagai pengikat. Beberapa keping getah tiub yang telah dibentuk bulat hendaklah dicucuk paku menembusi di tengah-tengahnya. Lima helai bulu ayam sama panjang dilekatkan di sekeliling paku tadi dan diikat dengan getah skrap atau getah gelang dengan kemas. Untuk kekemasan bola tersebut sejenis gam yang kuat boleh digunakan sebelum ikatan dibuat.

Cara Bermain Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan terlebih dahulu bagi menentukan giliran. Undian yang biasa dilakukan ialah secara lai lai li tam plong untuk semua pemain bagi menentukan siapa yang perlu memulakan terlebih dahulu permainan serta mengikut gilirannya. Penentuan mata sama ada jumlah timbangan terbanyak atau penetapan jumlah mata tertentu juga harus dipersetujui oleh pemain terlebih dahulu sebelum permainan bermula. Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki (tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga dengan lutut. Sepakan tidak dibenarkan, jika sepakan dilakukan oleh pemain giliran dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ke tanah. Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti atau mati dengan seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan. Pemain yang mendapat mata terendah jumlah timbangan dikira kalah, dan ia akan dikenakan denda. Pemain yang kalah dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang, dan pemenang pula mestilah menimbang bola sebanyak tiga kali, sekiranya pemenang gagal berbuat demikian maka denda terhadap pemain yang kalah akan dikira tamat. Pusingan seterusnya boleh dilakukan beberapa kali, pemain yang memenangi di setiap pusingan atau jumlah kemenangan banyak kali dan melebihi dari yang lainnya dikira juara.

Page 238: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

224 TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

(f) Cari Cucu Permainan Mencari Cucu merupakan permainan tradisional yang biasa

dimainkan oleh kanak-kanak di luar rumah. Permainan ini boleh dimainkan dalam jumlah pemain yang ramai. Halaman rumah atau tempat lapang merupakan gelanggang yang sering digunakan dalam permainan ini. Peralatan yang digunakan dalam permainan ini ialah sehelai sapu tangan atau kain untuk menutup mata dan sebatang kayu tongkat diperlukan sebagai alat. Terdapat dua buah lagu khas yang didendangkan dalam permainan ini.

Menentukan Nenek Sebelum permainan dimulakan seorang dari mereka haruslah menjadi

nenek. Bagi menentukan nenek maka undian secara lai lai li tam plong perlu dijalankan. Siapa di kalangan mereka yang kalah dalam undian tersebut maka akan ditutup matanya dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan nenek. Sebatang tongkat diberikan untuk dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua yang buta.

Permainan Cari Cucu Pada peringkat permulaan kesemua pemain membuat satu bulatan

mengelilingi nenek dengan berpegangan tangan diantara satu sama lain. Sebuah dendangan dinyanyikan oleh cucu secara beramai-ramai.

Nyanyian Cucu

Nenek, nenek, si bongkok tiga. Siang mengantuk, malam berjaga. Mencari cucu di mana berada. Nenek kahwin dengan anak raja. Ketika cucu bernyanyi berpusing-pusing mengelilingi nenek, maka pelakon nenek seperti orang buta terbongkok-bongkok dengan menggunakan tongkat mencari jalan. Setelah cucu tamat mendendangkan nyanyian, maka nenek pula mengambil giliran mendendangkan nyanyiannya.

Page 239: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

225

Nyanyian Nenek Cucu, cucu tak dapat lari. Nenek tua banyak sakti. Sekarang nenek nak cari ganti. Siapa yang kena, dia menjadi. Setelah selesai dendangan nenek semua cucu duduk mencangkung dengan mendiamkan diri dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka. Dengan menggunakan tongkat nenek mencari-cari cucu yang mendiamkan diri di sekelilingnya. Setelah berjaya menangkap seorang cucu, nenek perlu meneka nama cucu tersebut dengan betul. Sekiranya tekaan nenek itu betul maka pemain tersebut akan menjadi nenek menggantikan tempatnya. Seandainya tekaan itu tidak tepat maka watak nenek masih menjadi miliknya dan permainan diteruskan.

(g) Gasing

Gasing adalah permainan yang popular di semenanjung terutama di Kelantan. Ada berbagai jenis gasing yang terdapat di Malaysia antaranya ialah gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Membuat Gasing Gasing perlu dibuat dari kayu yang tahan kepada hentakan mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih, contohnya dari spesies merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing. Kayu yang hendak di buat gasing akan dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut. Setelah gasing disiapkan kerja-kerja seperti melilitkan timah pada kepak gasing bagi menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan melindung gasing dari serpih. Bagi menambahkan keindahan rupa paras gasing maka tanduk kerbau dipasangkan di bahagian kepala gasing

Page 240: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

226 TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

selepas itu dikilatkan dengan varnis. Ciri Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja. Cara Bermain Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan cara kita melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri pula dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambulnya direnggut. Pertandingan Gasing Pertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri lebih bersifat individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan. Gasing Uri Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri seorang memegang cokok dan seorang lagi memegang lopok. Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang telah dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam. Cokok diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat daripada kayu berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat, bergaris pusat kira-kira 3.25 meter, dan dibuat di atas tanah yang keras. Gasing Pangkah Gasing jenis ini dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

Page 241: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

227

Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka ke tengah-tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing mereka. Tiap-tiap gasing, pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing. Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai cokok. Selesai pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas lopok, seperti dalam pertandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula.

(h) Sepak Raga

Permainan sepak raga telah wujud sejak 600 tahun lalu. Permainan sepak raga telah di mainkan oleh golongan bangsawan sehingga ke rakyat jelata pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sejarah Melayu juga ada menceritakan tentang permainan sepak raga, Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Cara Bermain Untuk memulakan permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan. Menimang Bola Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa

Page 242: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

228 TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang.

(i) Wau

Bentuk teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, wau juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Permainan wau merupakan permainan bagi memenuhi masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Wau telah di mainkan oleh orang Melayu sejak sekitar kurun kelima belas. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit. Jenis Wau Wau dicipta bergantung kepada kreativiti pembinanya, oleh itu terdapat pelbagai jenis nama dan bentuk wau. Contohnya wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Wau juga biasanya di hiasi oleh corak yang bermotifkan awan larat yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga di jadikan sebagai hasil kraf tangan dan hiasan dinding. Membuat Wau Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, bermula dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau. Masa yang diambil untuk membuat wau biasanya mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk siap. Cara Bermain Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Page 243: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

229

Permainan tradisional atau sukan tradisional adalah merupakan sebahagian

daripada aktiviti rekreasi.

Permainan tradisional merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela tanpa paksaan atau tekanan.

Permainan tradisional dimainkan bertujuan bagi mendapat keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan

Permainan tradisional adalah kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani emosi dan rohani dan intelektual.

Permainan tradisional merupakan permainan yang diwarisi dari generasi terdahulu. Permainan ini diturunkan daripada satu generasi ke generasi yang lain.

Kebanyakan permainan tradisional dicetuskan dari pengalaman kehidupan sesuatu bangsa seperti berdasarkan pekerjaan, sumber ekonomi dan kehidupan sosial sesuatu bangsa atau keturunan.

Biasanya alatan yang digunakan dalam permainan ini mudah diperolehi sama ada dalam bentuk bahan tempatan yang mudah dan murah diperolehi atau bahan kitar semula.

Permainan tradisional bukanlah sesuatu merupakan pertandingan ke arah permainan profesional, sebaliknya konsep permainan tradisional adalah untuk berlipur dan memenuhi masa lapang pemainnya.

Permainan tradisional dapat akan memudahkan individu untuk menerapkan kebudayaan, nilai, sikap dan sahsiah sesuatu bangsa atau masyarakat.

Permainan tradisional yang melibatkan aktiviti fizikal dilihat dapat membentuk kecekapan dalam menguruskan badan

Sistem pertandingan permainan tradisional bergantung kepada peserta yang mengambil bahagian.

Sebelum memulakan permainan tradisional biasanya undian dilakukan bagi menentukan bagaimana untuk menentukan atau memulakan pertandingan.

Page 244: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

230 TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

aspek jasmani emosi dan rohani dan intelektual

bahan kitar semula

budaya dan sosiologi masyarakat,

di warisi dari generasi terdahulu

kecekapan dalam menguruskan badan

kehidupan yang bermotivasi.

lebih bersifat permainan dari pertandingan

masa yang piawai

menggunakan kreativiti

mulut ke mulut

pelopor permainan ini

peraturan khas

Peraturan permainan tradisional

perimbangan tubuh dalam satu situasi

persahabatan dan kebudayaan

postur yang betul

proses sosiologi

satu generasi ke generasi yang lain

sumber ekonomi dan kehidupan sosial

Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia

Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby

Company Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical

education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher Laman Web Kementerian Belia dan Permainan Laman Web Majlis Permainan Negara Laman Web perpustakaan negara Laman web Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1989).

Rancangan kurikulum baru sekolah menengah. Kuala Lumpur.

Page 245: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

231

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur. Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala

Lumpur: Longman Malaysia. Teng Boon Tong. (2001). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Kursus

Diploma Penguruan Malaysia. Selangor: Pearson Education. Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam:

Karisma Production Sdn. Bhd.

Page 246: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan Ragam

PENGENALAN

Pengalaman lepas Sukan ragam merupakan aktiviti-aktiviti permainan yang melibatkan kemahiran asas, kemahiran yang di pertandingan dalam sukan ragam terdiri daripada kemahiran yang telah diajar oleh guru. Contohnya dalam permainan bola sepak kemahiran menghantar, menahan, menyepak dan mengelecek yang dipertandingkan dalam bentuk sukan setelah guru mengajar kemahiran asas. Dalam sukan ragam skor bagi setiap acara diberikan kepada kebolehan dan keupayaan ahli pasukan berdasarkan kriteria yang telah di tetapkan. Dengan kata lain markah akan di berikan berdasarkan prestasi peserta dalam sesuatu kemahiran. Pelajar akan di bahagikan kepada kumpulan. Setiap peserta akan menyumbangkan mata untuk kumpulan masing-masing berdasarkan prestasinya. Pasukan yang mengumpul mata tertinggi di pilih sebagai pemenang.

TTooppiikk

1100

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mendefinisikan konsep sukan ragam

2. Menyatakan prinsip pengurusan dan pengelolaan sukan ragam dan faedah sukan ragam

3. Menggunakan langkah-langkah pengelolaan dan pentadbiran sukan ragam serta contoh-contoh pertandingan.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 247: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 10 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

233

KONSEP DAN DEFINISI SUKAN RAGAM 10.1

Sukan bermaksud kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau tenaga yang dilakukan secara pertandingan untuk merehatkan badan. Ragam bermaksud pelbagai bentuk atau kemahiran. Oleh itu sukan ragam bermaksud kemahiran asas yang pelbagai dalam satu atau lebih disiplin sukan dipertandingkan antara kumpulan untuk mencari pemenang. Pasukan yang mempunyai ahli yang dapat menguasai gabungan kemahiran dengan baik akan memungut mata yang tinggi dan di isytihar sebagai pemenang. Dalam erti kata lain sukan ragam ialah kegiatan atau aktiviti kemahiran asas sukan yang mempertandingkan. Sukan ragam bukanlah sesuatu perkara baru dalam mata pelajaran pendidikan jasmani, sukan ragam telah di perkenalkan dalam sukatan pendidikan jasmani sejak awal tahun 1960an lagi. Oleh kurang kesedaran dan pendedahan di kalangan guru pendidikan jasmani terhadap sukan ragam, sukan ini gagal mendapat tempat dalam mata pelajaran pendidikan jasmani. Mungkin juga terdapat guru pendidikan jasmani merasakan mengelolakan sukan ragam adalah perkara yang agak rumit. Namun hakikat yang sebenarnya sukan ragam bukanlah rumit sekiranya kita mengetahui cara pengendalian yang sebenar. Guru-guru pendidikan jasmani seharusnya di dedahkan dengan cara pengendalian sukan ragam yang sebenar Sukan ragam lebih membawa kebaikan kepada pelajar-pelajar kita, jika kita melaksanakan dengan baik. Sukan ragam yang dibina dalam keadaan pertandingan dilihat dapat membina keseronokan, kepuasan, pengalaman dan kemahiran di kalangan pelajar kita. Menyedari hakikat ini sebagai guru pendidikan jasmani kita perlu memperuntukkan sekurang-kurang satu waktu dalam setiap penggal persekolahan untuk acara sukan ragam. Objektif sukan ragam ialah:

1. Sukan ragam akan memberi peluang kepada pelajar untuk merasa seronok dan puas ketika menjalankan aktiviti pertandingan.

2. Sukan ragam berkonsep mempelbagaikan aktiviti pendidikan jasmani dengan cara ini pelajar tidak akan merasa bosan mempelajari satu kemahiran tanpa pertandingan

3. Sukan ragam akan memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri di dalam pertandingan tanpa mengira kebolehan yang di miliki oleh pelajar dengan itu pelajar tidak akan merasa terasing

4. Sukan ragam merupakan alat pengukuhan setelah mempelajari kemahiran-kemahiran asas dalam kelas pendidikan jasmani.

Page 248: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

234 TOPIK 10 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

5. Sukan ragam membolehkan pelajar mempraktikkan kemahiran-kemahiran asas yang telah di pelajari di dalam kelas

6. Sukan ragam akan memberi peluang kepada pelajar merasa kepentingan diri sebagai ahli kumpulan. Pelajar akan mencuba sedaya upaya untuk menyumbangkan mata kepada kumpulan masing-masing

7. Sukan ragam dapat memupuk semangat kerjasama sepasukan

8. Sukan ragam berupaya memupuk bakat dan kreativiti guru dalam melaksanakan aktiviti pertandingan

Sukan ragam adalah pertandingan atau permainan yang berkonsepkan kepada kemahiran asas. Sukan ragam melibatkan aktiviti-aktiviti permainan dan pertandingan yang melibatkan kemahiran asas, Sebagai contohnya dalam sukan ragam bertema kemahiran asas permainan hoki, kemahiran yang dipertandingkan dalam sukan ragam ialah memukul, menolak, menguis, mencedok, mengelecek dan lain-lain. Sukan ragam akan membolehkan kita menilai keupayaan pelajar dalam menguasai kemahiran asas di samping memotivasikan pelajar untuk bersungguh-sungguh menguasai kemahiran asas. Dalam pengelolaan pelajar sukan ragam pelajar akan di bahagikan kepada kumpulan dan setiap peserta perlu menyumbangkan mata untuk kumpulan masing-masing. Skor bagi setiap acara diberikan kepada kebolehan dan keupayaan peserta. Markah akan di berikan berdasarkan prestasi peserta dalam sesuatu kemahiran. Pemenang di pilih daripada pasukan yang mengumpul mata tertinggi.

AKTIVITI 10.1

Apakah beza sukan ragam dengan sukaneka?

Faedah Sukan Ragam Sukan ragam dalam pendidikan jasmani membawa banyak faedah kepada pelajar antaranya ialah:

(a) Sukan ragam akan melibatkan sepenuhnya komitmen pelajar dalam mengambil bahagian.

(b) Sukan ragam mampu melibatkan semua aktiviti kemahiran asas pendidikan jasmani

Page 249: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 10 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

235

(c) Sukan ragam akan memberikan peluang kepada pelajar mengambil

bahagian secara aktif dengan menyumbang mata kepada kumpulan.

(d) Sukan ragam membolehkan setiap pelajar merasa terharga kerana segala aktiviti yang dilakukan pelajar akan menyumbangkan markah

(e) Sukan ragam terbina daripada pelbagai kemahiran yang dipertandingkan, ini akan membuatkan pelajar merasa seronok dan terharga dalam menjalankan aktiviti ini

(f) Sukan ragam memberi mata berdasarkan kebolehan pelajar, keadaan ini akan merangsang setiap pelajar untuk memperoleh mata bagi pasukannya.

(g) Sukan ragam dilihat dapat menanamkan semangat berpasukan, kesukanan dan kepimpinan di kalangan pelajar

(h) Sukan ragam dapat mengelakkan rasa kebosanan di kalangan pelajar dalam mempelajari kemahiran.

(i) Sukan ragam tidak memerlukan peralatan khas yang mahal dan biasanya menggunakan alatan yang di gunakan dalam aktiviti pendidikan jasmani

(j) Sukan ragam tidak memerlukan ruang, gelanggang atau padang yang luas untuk menjalankan aktiviti.

(k) Sukan ragam membolehkan guru membuat penilaian dan mengukur pencapaian pelajar dalam kemahiran tertentu

(l) Sukan ragam boleh bertindak sebagai maklum balas kepada pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru.

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN SUKAN RAGAM

10.2

SEMAK KENDIRI 10.1

2. Huraikan sejauh mana sukan ragam memberi faedah kepada matapelajaran pendidikan jasmani?

3. Huraikan objektif sukan ragam dalam kelas pendidikan jasmani.

1. Sila definisikan secara ringkas sukan ragam

Sukan ragam seperti juga aktiviti pertandingan lain perlu di urus dan di kelolakan dengan perancangan yang rapi dan pengetahuan. Sebelum melaksanakan sukan ragam terdapat pelbagai perkara perlu kita sebagai guru

Page 250: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

236 TOPIK 10 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

pendidikan jasmani fikir dan putuskan. Sebelum melaksanakan sukan ragam kita perlu mengetahui apakah prinsip-prinsip pengelolaan sukan ragam, langkah-langkah pengelolaan sukan ragam dan amali pengelolaan kejohanan. Prinsip-prinsip Pengelolaan Sukan Ragam

(a) Sukan ragam perlu di kendalikan secara berpasukan selaras dengan objektif am yang di gariskan dalam mata pelajaran pendidikan jasmani.

(b) Guru perlu mengelakkan keputusan yang berat sebelah contohnya dari segi pembahagian pelajar ke dalam kumpulan. Guru perlu membahagikan pelajar secara seimbang dari segi kebolehan dan keupayaan pelajar dalam kelas pendidikan jasmani.

(c) Ketua pasukan perlulah di lantik bagi membantu guru mengendalikan dan memimpin pasukan.

(d) Pencatat serta pegawai pertandingan perlulah dilantik dari kalangan pelajar yang tidak boleh mengambil bahagian kerana sesuatu sebab

(e) Bilangan ahli dalam sesuatu kumpulan dalam sebaiknya perlulah sama supaya pertandingan berjalan dengan licin dan adil.

(f) Keupayaan sesuatu acara perlulah berdasarkan keupayaan murid. Oleh itu guru perlu mengetahui keupayaan murid sebenarnya sebelum menentukan kriteria pembahagian markah.

(g) Pembahagian markah minimum perlulah berdasarkan keupayaan minimum pelajar supaya murid merasa lebih bermotivasi untuk menyertai sukan ini.

(h) Sistem pemberian markah serta arahan perlulah mudah difahami oleh peserta dan pegawai kejohanan

(i) Peraturan yang di bina bagi setiap acara perlulah ringkas dan mudah difahami

(j) Acara dalam sukan ragam perlulah pelbagai supaya kita dapat menguji keupayaan pelajar yang berbeza-beza

(k) Pilih tema sukan ragam, sekiranya tema sukan ragam bertemakan sesuatu permainan, guru pendidikan jasmani perlu memilih acara dari permainan yang menjadi tema

(l) Ketika mengatur stesen bagi setiap acara selang selitkan acara yang mudah dan sukar

(m) Semua acara perlu berjalan dengan serentak dengan itu guru perlu merancang supaya acara di tamatkan dalam masa yang hampir sama

Page 251: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 10 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

237

(n) Dalam merancang sukan ragam guru juga perlu memikirkan peralatan

yang tersedia di sekolah. Langkah-langkah Pengelolaan Sukan Ragam Seperti juga dalam mengendalikan pertandingan atau sukan lain terdapat tiga fasa pengelolaan sukan ragam iaitu:

(a) Peringkat pra pertandingan

(b) Peringkat semasa pertandingan

(c) Peringkat pos pertandingan Peringkat Pra Pertandingan Dalam peringkat pra pertandingan antara langkah yang perlu diambil ialah:

(a) Guru perlu memilih dan menetap tarikh yang sesuai untuk mengendalikan sukan ragam

(b) Guru perlu merancang dan memilih acara untuk pertandingan sukan ragam. Kegiatan yang dipilih perlulah mempunyai jaminan keselamatan yang tinggi, menarik dan bersesuaian dengan keupayaan pelajar

(c) Menetapkan sempadan kegiatan sukan ragam dengan meletakan tanda atau garis tertentu

(d) Memastikan peralatan yang digunakan dalam sukan ragam mencukupi dan dalam keadaan baik

(e) Guru pendidikan jasmani perlulah menyediakan borang pertandingan yang akan memudahkan pegawai pertandingan

(f) Maklumkan kepada pelajar mengenai peraturan serta sistem pemberian markah dalam sukan ragam ini

(g) Gunakan kedah tunjuk cara ketika memberi arahan pertandingan Peringkat Semasa Pertandingan Dalam peringkat pra pertandingan antara langkah yang perlu diambil ialah:

(a) Pelajar dibahagikan kepada pasukan tertentu mengikut keupayaan

(b) Setiap pasukan dibahagikan mengikut stesen permulaan yang berlainan.

(c) Setiap stesen diduduki oleh satu pasukan

(d) Pertukaran stesen perlu bersistem contohnya mengikut arah jam, melawan arah jam atau mengikut nombor

Page 252: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

238 TOPIK 10 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

(e) Pelajar mengambil bahagian mengikut giliran dalam kumpulan giliran boleh susun mengikut barisan atau melalui undian

(f) Ketua pasukan akan membantu guru menjaga disiplin ahli kumpulannya

(g) Arahan acara yang dipertandingkan perlu diberikan semasa pertandingan bentuk penyampaian bergantung kepada keadaan contohnya guru memberi arahan secara ringkas dan jelas ataupun di catat dalam kad dan diserahkan kepada ketua pasukan

(h) Sekiranya terdapat pilihan percubaan lebih daripada satu, pencatat perlu mencatat semua percubaan yang dilakukan tetapi memilih skor yang terbaik sahaja.

Peringkat Pos Pertandingan

(a) Menyusun balik peralatan yang digunakan disusun dengan rapi di stor sukan

(b) Guru dan pencatat akan mengira markah yang diperolehi bagi setiap kumpulan

(c) Dalam keadaan kumpulan yang mempunyai ahli yang tidak sama jumlahnya pemenang dikira pada purata pungutan markah

(d) Guru mengumumkan keputusan serta analisis yang diperolehi oleh setiap kumpulan

(e) Prestasi pelajar direkodkan di dalam buku rekod sebagai rujukan

(f) Post mortem dilakukan terhadap acara yang dipertandingkan

1. Untuk mengendalikan sukan ragam seorang guru pendidikanjasmani perlu mengetahui prinsip-prinsip pengelolaan sukan ragam, nyatakan prinsip tersebut.

2. Terdapat 3 fasa dalam mengelolakan sukan ragam huraikan ketiga-tiga fasa tersebut.

3. Huraikan konsep sukan ragam dalam pendidikan jasmani?

4. Nyatakan 3 fasa dalam mengelolakan sukan ragam.

SEMAK KENDIRI 10.2

Page 253: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 10 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

239

CONTOH PENGELOLAAN KEJOHANAN / PERTANDINGAN SUKAN RAGAM Contoh 1 TEMA: KEMAHIRAN MANUPULATIF ALAT Tahun 3 Stesen Terdapat 3 stesen disediakan untuk sukan ragam ini iaitu:

1. Meleretkan bola kecil ke atas tin minuman

2. Menendang bola ke sasaran

3. Memukul bola ke dalam lubang

Stesen Pengelolaan Catatan

Meleretkan bola kecil ke atas tin minuman

Arahan Stesen 1

Terdapat 11 tin disusun secara piramid

Tin perlu dibaling dari jarak 3 meter (kawasan yang X di tanda)

Pelajar diberi peluang untuk membaling bola ke arah tin sebanyak 3 kali

Markah akan di beri berdasarkan jatuhan tin

Pelajar akan dapat menjatuhkan tin melalui satu percubaan sahaja akan diberi tambahan bonus sebanyak 10 markah.

Pelajar menggunakan kemahiran meleret bola (manipulatif alat) X

Susunan tin

Page 254: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

240 TOPIK 10 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

Nama Kumpulan Saujana 1

Jumlah Ahli = 5

MARKAH Bil Nama Cubaan 1 Cubaan 2 Cubaan 3 Jumlah 1 Aiman 2 Ariff 3 Albab 4 Muharam 5 Syawal

Jumlah Markah Purata * tambahan 10 markah kepada peserta yang boleh menjatuhkan 10 tin dengan sekali percubaan.

Stesen Pengelolaan Catatan

Menendang bola ke sasaran

Arahan Stesen 2 Minta pelajar menendang bola ke arah gol hoki Tendangan dalam keadaan statik dari kawasan x yang telah di bina oleh guru Setiap peserta akan di beri tiga kali percubaan untuk menendang bola Mata akan dikira berdasarkan kawasan di mana bola di tendang masuk A = 6 Markah B = 10 markah C = 6 markah

Letak tiang bendera bagi memisahkan sempadan A, B dan C. Minta pelajar menendang bola ke sasaran Gunakan bendera gol bahagikan kepada tiga kawasan (A,B dan C)

Page 255: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 10 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

241

Borang Markah Nama Kumpulan Saujana

Jumlah Ahli = 5

MARKAH Bil Nama Cubaan 1 Cubaan 2 Cubaan 3 Jumlah 1 Aiman 2 Ariff 3 Albab 4 Muharam 5 Syawal Jumlah Markah

Purata * A dan C = 6 m, B = 10m

Stesen Pengelolaan Catatan

Memukul bola ke dalam lubang

Arahan Stesen 3

Minta pelajar memukul bola hoki dengan menggunakan kayu hoki ke dalam lubang

Pukul bola dari kawasan A yang telah di tanda oleh guru

Setiap peserta akan di beri tiga kali percubaan untuk memukul bola

Mata akan dikira berdasarkan lubang di mana bola di pukul masuk

1 = 3 Markah

2 = 6 markah

3 = 10 markah

Buat 3 lubang iaitu 1, 2 dan 3. Minta pelajar memukul bola ke dalam lubang (rajah)

3 A

2

1

Page 256: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

242 TOPIK 10 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

Borang Markah Nama Kumpulan Saujana

Jumlah Ahli = 5

MARKAH Bil Nama Cubaan 1 Cubaan 2 Cubaan 3 Jumlah 1 Aiman 2 Ariff 3 Albab 4 Muharam 5 Syawal Jumlah Markah

Purata * A dan C = 6 m, B = 10m

Contoh Kawasan Pengelolaan

Rajah 9.1: Contoh kawasan pengelolaan sukan ragam di padang hoki

SUKAN RAGAM TEMA: KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI Tahun 4 Stesen Terdapat 4 stesen disediakan untuk sukan ragam ini iaitu:

(a) Memukul ke arah sasaran

(b) Menguis ke arah sasaran

(c) Menguji jarak jauh mencedok

(d) Menguji ketepatan mencedok

Page 257: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 10 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

243

Memukul ke arah sasaran

Stesen 1

Terdapat 3 tin atau botol susun botol atau tin minuman dalam bentuk susunan pin bowling

Pukul perlu dilakukan pada jarak 3 meter (kawasan yang di tanda A)

Pelajar diberi peluang untuk memukul bola ke arah tin sebanyak 3 kali

Markah akan di beri berdasarkan jatuhan tin

Pelajar akan dapat menjatuhkan tin melalui satu percubaan sahaja akan diberi tambahan bonus sebanyak 3 markah.

A X Sasaran

Pelajar di minta memukul ke arah sasaran (X) dari kawasan A.

Aktiviti pertandingan dalam kumpulan akan memberi motivasi kepada belajar untuk mencapai kemenangan dan melakukan yang terbaik

Borang Markah Nama Kumpulan Saujana

1 Jumlah Ahli = 5

MARKAH Bil Nama Cubaan 1 Cubaan 2 Cubaan 3 Jumlah 1 Aiman 2 Ariff 3 Albab 4 Muharam 5 Syawal

Jumlah Markah Purata * tambahan 3 markah kepada peserta yang boleh menjatuhkan 3 tin dengan sekali percubaan.

Page 258: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

244 TOPIK 10 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

Menguis ke sasaran

Arahan Stesen 2 Minta pelajar menguis bola ke arah gol hoki Kuisan dalam keadaan statik dari kawasan x (yang telah di bina oleh guru) Setiap peserta akan di beri tiga kali percubaan untuk menguis bola Mata akan dikira berdasarkan kawasan di mana bola di kuis masuk A = 6 Markah B = 10 markah C = 6 markah

Letak tiang bendera bagi memisahkan sempadan A, B dan C. Minta pelajar menguis bola ke sasaran Gunakan bendera gol bahagikan kepada tiga kawasan (A,B dan C)

Menguji jauh jarak mencedok

Arahan Stesen 3 Minta pelajar mencedok bola ke arah kawasan Kuisan dalam keadaan statik dari kawasan x (yang telah di bina oleh guru) Setiap peserta akan di beri tiga kali percubaan untuk mencedok bola Mata akan dikira berdasarkan kawasan jatuhan pertama bola di ceduk masuk Kawasan jatuhan di beri mengikut grid yang telah ditetapkan

Guru mesti memastikan aspek keselamatan pelajar ketika aktiviti ini

Page 259: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 10 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

245

Borang Markah Nama Kumpulan

Saujana Jumlah Ahli = 5

MARKAH Bil Nama Cubaan 1 Cubaan 2 Cubaan 3 Jumlah 1 Aiman 2 Ariff 3 Albab 4 Muharam 5 Syawal

Jumlah Markah Purata

Menguji ketepatan mencedok

Arahan Stesen 4

Minta pelajar mencedok bola ke arah sasaran

Kuisan dalam keadaan statik dari kawasan x (yang telah di tanda oleh guru)

Setiap peserta akan di beri tiga kali percubaan untuk mencedok bola

Mata akan dikira berdasarkan ketepatan pelajar mencedok bola ke dalam bekas

Setiap bekas mempunyai markah tersendiri yang telah ditetapkan

Guru mesti memastikan aspek keselamatan pelajar ketika aktiviti ini

Page 260: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

246 TOPIK 10 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

Borang Markah

Nama Kumpulan SaujanaaJumlah Ahli = 5

MARKAH Bil Nama Cubaan 1 Cubaan 2 Cubaan 3 Jumlah 1 Aiman 2 Ariff 3 Albab 4 Muharam 5 Syawal

Jumlah Markah Purata

Gabungan gelecek longar, rapat dan india

Arahan Stesen 5 Minta pelajar melengkapkan gabungan gelecek bola Seorang pelajar saja perlu berada dalam litar Masa pelajar berada di dalam litar diambil kira( masa permulaan di ambil ketika pelajar mula menyentuh bola dan tamat ketika telah menyempurnakan pusingan) Mata akan dikira berdasarkan masa yang diambil oleh pelajar. Setiap masa yang diambil akan mempunyai markah yang telah ditetapkan

Variasi ini membantu mempelbagaikan cara gelecek ketika pertandingan.

Page 261: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 10 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

247

Borang Markah Nama Kumpulan

Saujana Jumlah Ahli = 5

MARKAH Bil Nama Cubaan 1 Cubaan 2 Cubaan 3 Jumlah 1 Aiman 2 Ariff 3 Albab 4 Muharam 5 Syawal

Jumlah Markah Purata

SUKAN RAGAM TEMA: KEMAHIRAN ASAS OLAHRAGA Tahun 6 Stesen Terdapat 3 stesen disediakan untuk sukan ragam ini iaitu:

(a) Lari Pecut 10 saat

(b) Menendang bola ke arah gol

(c) meleret bola ke arah botol plastik

Page 262: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

248 TOPIK 10 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

Lari Pecut 10 saat

Stesen 1 Pelajar diminta berlari pecut Selepas 10 saat wisel akan dibunyikan pelajar diminta berhenti Pelajar di minta berhenti berlari serta merta selepas wisel dibunyikan. Setiap seorang pelajar diberi dua kali percubaan Mata adalah berdasarkan kepada jarak larian dalam 10 saat

Borang Markah Nama Kumpulan Mawar

Berduri Jumlah Ahli = 5

MARKAH Bil Nama Cubaan 1 Cubaan 2 Cubaan 3 Jumlah 1 Aiman 2 Ariff 3 Albab 4 Muharam 5 Syawal

Jumlah Markah Purata * tambahan 10 markah kepada peserta yang boleh menjatuhkan 10 tin dengan sekali percubaan.

Page 263: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 10 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

249

Lari melangkah batang rotan 5 saat

Stesen 2 Pelajar diminta berlari melangkah rotan yang ditinggikan sebagai penghalang Selepas 5 saat wisel akan dibunyikan pelajar diminta berhenti Pelajar di minta berhenti berlari serta merta selepas wisel dibunyikan. Setiap seorang pelajar diberi dua kali percubaan Mata dikira berdasarkan jumlah batang rotan yang dilangkah oleh pelajar

Borang Markah Nama Kumpulan

Mawar Berduri Jumlah Ahli = 5

MARKAH Bil Nama Cubaan 1 Cubaan 2 Cubaan 3 Jumlah 1 Aiman 2 Ariff 3 Albab 4 Muharam 5 Syawal

Jumlah Markah Purata

Page 264: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

250 TOPIK 10 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

Lari berganti-ganti mengelilingi skital

Stesen 2 Pelajar diminta berada dalam kumpulan Peserta pertama akan berlari membawa baton mengelilingi skital Baton akan di beri kepada peserta kedua dan mengulangi larian mengelilingi skital Baton akan di beri kepada peserta kedua dan mengulangi larian mengelilingi skital Mata dikira berdasarkan masa yang diambil oleh pasukan dalam menamatkan perlumbaan

Borang Markah Nama Kumpulan Saujana

Jumlah Ahli = 5

MARKAH Bil Nama Cubaan 1 Cubaan 2 Cubaan 3 Jumlah 1 Aiman 2 Ariff 3 Albab 4 Muharam 5 Syawal

Jumlah Markah Purata

Page 265: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

TOPIK 10 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

251

Lari berganti-ganti 30 meter

Stesen 2 Pelajar diminta berada dalam formasi di bawah Peserta pertama akan berlari membawa baton kemudian diberikan kepada peserta kedua dan seterusnya ketiga dan keempat Mata dikira berdasarkan masa yang diambil oleh pasukan dalam menamatkan perlumbaan

Borang Markah

Nama Kumpulan Mawar Berduri Jumlah Ahli = 5

MARKAH Bil Nama Cubaan 1 Cubaan 2 Cubaan 3 Jumlah 1 Aiman 2 Ariff 3 Albab 4 Muharam 5 Syawal

Jumlah Markah Purata * tambahan 10 markah kepada peserta yang boleh menjatuhkan 10 tin dengan sekali percubaan.

Sukan ragam bermaksud kemahiran asas yang pelbagai dalam satu atau

lebih disiplin sukan dipertandingkan antara kumpulan untuk mencari pemenang.

Sukan ragam telah di perkenalkan dalam sukatan pendidikan jasmani sejak awal tahun 1960an lagi.

Page 266: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

252 TOPIK 10 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

Sukan ragam lebih membawa kebaikan kepada pelajar-pelajar kita jika kita melaksanakan dengan baik.

Sukan ragam yang dibina dalam keadaan pertandingan dilihat dapat membina keseronokan, kepuasan, pengalaman dan kemahiran di kalangan pelajar kita.

Sukan ragam berkonsep mempelbagaikan aktiviti pendidikan jasmani dengan cara ini pelajar tidak akan merasa bosan mempelajari satu kemahiran tanpa pertandingan.

Sukan ragam berupaya memupuk bakat dan kreativiti guru dalam melaksanakan aktiviti pertandingan.

Sukan ragam adalah pertandingan atau permainan yang berkonsepkan kepada kemahiran asas.

Dalam pengelolaan pelajar sukan ragam pelajar akan di bahagikan kepada kumpulan dan setiap peserta perlu menyumbangkan mata untuk kumpulan masing-masing.

Sebelum melaksanakan sukan ragam kita perlu mengetahui apakah prinsip-prinsip pengelolaan sukan ragam, langkah-langkah pengelolaan sukan ragam dan amali pengelolaan kejohanan.

Amali pengelolaan kejohanan

Keadaan pertandingan

Kemahiran asas yang pelbagai

Kepentingan diri sebagai ahli kumpulan

Langkah-langkah pengelolaan

Memberi peluang kepada semua pelajar

Mempraktikkan kemahiran-kemahiran asas

Menanamkan semangat berpasukan

Pasukan yang mengumpul mata tertinggi.

Pelajar merasa terharga

Penilaian dan mengukur pencapaian pelajar

Peringkat pos pertandingan

Peringkat pra pertandingan

Peringkat semasa pertandingan

Prestasi peserta dalam sesuatu kemahiran

Prinsip-prinsip pengelolaan

Satu waktu dalam setiap penggal persekolahan

Semangat kerjasama sepasukan

Sukatan pendidikan jasmani

Page 267: HBPE3403 Pengurusan Sukan Dalam Pend Jasmani (v May10)

MODULE FEEDBACK MAKLUM BALAS MODUL

Should you have any comment or feedback, you are welcomed to:

1. E-mail your comment or feedback to [email protected]

OR

2. Download and fill up the feedback questionnaire from

URL: http://lms.oum.edu.my/ via myLMS

and

e-mail to [email protected] Thank you. Centre for Instructional Design and Technology (Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi)

Tel No.: 03-27732273

Fax No.: 03-26978702