bab 1 pengenalan 1.1 · pdf filebidang pendidikan jasmani dan sains sukan. 1.2 latar belakang...

58
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menekankan bahawa pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan dalam melahirkan seseorang individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sahsiah. Pendidikan merupakan proses asas dan utama dalam pembinaan seseorang individu yang seimbang dan baik serta boleh menjayakan hasrat serta hala tuju Negara. Konsep asas yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah mengenai nilai ilmu dan peranan ilmu dalam membangunkan insan dan masyarakat secara am nya. Nilai ilmu bukan sahaja menerangkan kepada manusia mengenai sesuatu perkara, malah hal yang lebih penting adalah bagaimana ilmu tersebut boleh mempengaruhi, mengubah dan membentuk seseorang individu dan masyarakat. Nilai sesuatu ilmu adalah tinggi apabila ia boleh mengubah diri serta masyarakat dan proses ini adalah proses sepanjang hayat. Ini adalah selaras dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang menginginkan pembangunan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran

Upload: truongkhanh

Post on 31-Jan-2018

249 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menekankan bahawa pendidikan

adalah suatu usaha yang berterusan dalam melahirkan seseorang individu yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sahsiah. Pendidikan

merupakan proses asas dan utama dalam pembinaan seseorang individu yang

seimbang dan baik serta boleh menjayakan hasrat serta hala tuju Negara.

Konsep asas yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah

mengenai nilai ilmu dan peranan ilmu dalam membangunkan insan dan masyarakat

secara am nya. Nilai ilmu bukan sahaja menerangkan kepada manusia mengenai

sesuatu perkara, malah hal yang lebih penting adalah bagaimana ilmu tersebut boleh

mempengaruhi, mengubah dan membentuk seseorang individu dan masyarakat.

Nilai sesuatu ilmu adalah tinggi apabila ia boleh mengubah diri serta masyarakat dan

proses ini adalah proses sepanjang hayat.

Ini adalah selaras dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

(PIPP) yang menginginkan pembangunan modal insan yang mempunyai jati diri

yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran

Page 2: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

2

tinggi bagi merealisasikan wawasan 2020 melalui aktiviti pendidikan. Modal insan

yang ingin dihasilkan juga mestilah mampu berfikir secara kritis, kreatif,

menyelesaikan masalah serta mampu mencipta peluang-peluang baru seseuai dengan

persekitaran global yang sering berubah-ubah (Zulfahmi, 2008).

Pendidikan Jasmani melibatkan pemilikan dan penghalusan kemahiran motor

yang diperolehi daripada suatu proses yang yang bertujuan meningkatkan prestasi

manusia melalui aktiviti fizikal. Kementerian Pendidikan Malaysia telah

menetapkan pendidikan jasmani sebagai matapelajaran teras di sekolah menengah

dan sekolah rendah.Menurut Wee Eng Hoe (1994), matapelajaran Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan merupakan mata pelajaran teras dan ianya wajib diajar sama

ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Mata pelajaran ini digubal

berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia dirancang untuk

meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan

tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dan

keperluan negara.

Guru memainkan peranan yang amat penting agar proses pengajaran dan

pembelajaran dapat dilaksanakan dengan tiada masalah yang timbul. Oleh itu,

golongan pendidik perlulah sentiasa memotivasikan diri untuk menghadapi segala

cabaran yang akan mereka tempuhi. Selain itu, guru juga perlu meningkatkan ilmu

pengetahuan serta kemahiran dalam bidang pendidikan agar mereka dapat

menyesuaikan diri dengan persekitaran kelas yang semakin mencabar. Menurut

Abd. Rahman Yusoff (1997), guru atau pendidikPendidikan Jasmani hendaklah dapat

menggalakkan pelajar menguasai kemahiran berfikir supaya setiap tugasan pelajaran

dapat difahami dan dinilai untuk dilaksanakan. Schwager dan Labate (1993) pula

turut mengakui pendapat ini dengan mengatakan bahawa galakan untuk berfikir

secara kritikal dapat membantu pelajar lebih memahami sesuatu tugasan belajar dan

turut membantu sesuatu pengajaran mencapai objektifnya.

Selain guru yang telah lama berkhidmat dalam bidang pendidikan, bakal guru

atau dikenali juga sebagai guru pelatih yang akan meneruskan perjuangan dalam

Page 3: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

3

bidang ini juga tidak terkecuali dalam memastikan pelaksanaan pembangunan

Negara dapat diteruskan dengan jayanya. Sebelum bergelar sebagai guru yang

bertauliah, guru pelatih perlu menghadapi dan menempuhi program latihan mengajar

selama beberapa minggu. Semasa menjalani latihan mengajar, guru pelatih perlu

bersedia menghadapinya dan dapat menjalankan proses pengajaran mereka dengan

baik. Proses pengajaran mereka perlu dilaksanakan dengan penuh berkesan.

Keberkesanan pengajaran guru pelatih semasa latihan mengajar adalah

dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah faktor persediaan, faktor

persekitaran, faktor teknik pengajaran dan faktor penggunaan alat bantu mengajar

serta bahan bantu mengajar.Dalam kajian ini, ia memfokus kepada isu keberkesanan

pengajaran Pendidikan Jasmani di kalangan pelajar sekolah menengah

yangdilaksanakan oleh guru-guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia dalam

bidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan.

1.2 Latar Belakang Kajian

Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana

seseorang itu mengajar akan tetapi mereka turut bersetuju mengenai kemahiran serta

kebolehan pelajar boleh dilatih. Kebolehan mengajar tidak boleh diaggap sebagai

suatu bakat semulajadi dan guru perlu dilatih kerana proses pengajaran yang

berkesan bukanlah suatu proses yang mudah (Norhayati, 2009).

Proses pengajaran yang berkesan memerlukan suatu bentuk latihan dari aspek

teori dan praktikal. Oleh itu program latihan mengajar merupakan komponen yang

penting dalam bidang perguruan. Melalui program latihan mengajar, guru akan

didedahkan dengan pengalaman sebenar mengenai bagaimana menguruskan proses

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui teori-teori yang telah mereka

pelajari.

Page 4: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

4

Kajian awal telah mendapati bahawa terdapat beberapa faktor yang boleh

mempengaruhi kecemerlangan pelajar di dalam proses pengajarandan pembelajaran.

Salah satu faktor adalah interaksi pelajar dengan guru.Pembelajaran yang aktif

adalah pembelajaran yang melibatkan interaksi pelajar dan guru dan bukan

melibatkan guru semata-mata (Khairun Nadwa, 2007). Guru hendaklah memberi

peluang kepada pelajar agar mereka lebih seronok dan lebih menimbulkan minat

dalam diri pelajar serta menjadikan proses pengajaran lebih berkesan.

Gaya pembelajaran guru yang biasanya menggunakan kaedah penerangan

biasanya akan menyukarkan proses pembelajaran pelajar. Oleh itu, guru seharusnya

menggunakan kaedah alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran kerana ia amat membantu pelajar dalam memahami maklumat tersebut

dengan lebih mendalam.

Penyelidik juga ingin mengkaji persepsi pelajar terhadap tahap keberkesanan

guru pelatih Pendidikan Jasmani disekolah menengah semasa sesi pengajaran

Pendidikan Jasmani.Di samping itu, penyelidik juga akan merakam sesi pengajaran

dan pembelajaran guru pelatih Pendidikan Jasmani di sekolah dengan menggunakan

perakam video untuk dianalisis.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini mengenai keberkesanan pengajaran guru pelatih yang baru

menimba pengalaman untuk mengajar ketika mengajar Pendidikan Jasmani di

Sekolah Menengah. Proses pengajaran melibatkan penyusunan dan manipulasi

sesuatu keadaan di mana terdapat rintangan dan halangan yang perlu diatasi oleh

individu (Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 1997). Sesuatu pengajaran perlu

mempunyai objektif pengajaran yang nyata, jelas dan sesuai pada tempatnya. Adalah

lebih baik jika sesuatu proses pengajaran itu dilakukan melibatkan interaksi antara

guru pelatih dan pelajar supaya pelajar akan memahami apa yang hendak dipelajari.

Page 5: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

5

Kebanyakan pelajar dilihat tidak memberi tumpuan serta banyak melakukan

perkara tidak mengikut arahan daripada mengikuti pengajaran oleh guru pelatih.

Sekalipun pelbagai cadangan dan kaedah dilaksanakan namun ia masih tidak

menunjukkan kesan yang positif. Dengan itu, adalah penting masalah ini diselidik

dengan lebih teliti khususnya terhadap pelajar di sekolah berkenaan persepsi mereka

terhadap guru pelatih ini.

1.4 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji

persepsi pelajar terhadap keberkesanan pengajaran guru pelatih wanita Pendidikan

Jasmani dari aspek berikut.

1.4.1 Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru pelatih

Pendidikan Jasmani wanita dari aspek pengetahuan guru

dalammenyampaikan isi pelajaran.

1.4.2 Menilaikeberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru pelatih

Pendidikan Jasmani wanita dari aspek kemahiran guru dalam menyampaikan

isi pelajaran.

1.4.3 Menilaikeberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru pelatih

Pendidikan Jasmani wanita dari aspek sikap guru dalam menyampaikan isi

pelajaran.

Page 6: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

6

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru

pelatih Pendidikan Jasmani wanita dari aspek pengetahuan gurudalam

menyampaikan isi pelajaran?

1.5.2 Apakah tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru

pelatih Pendidikan Jasmani wanita dari aspek kemahiran guru dalam

menyampaikan isi pelajaran?

1.5.3 Apakah tahapkeberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru

pelatih Pendidikan Jasmani wanita dari aspek sikap guru dalam

menyampaikan isi pelajaran?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dapat memberikan maklumat mengenai bagaimana pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran oleh guru pelatih wanita di sekolah. Selain itu juga,

kajian ini secara tidak langsung dapat menggambarkan persepsi pelajar terhadap

Pendidikan Jasmani di sekolah mereka. Bagi pihak pengurusan, hasil kajian ini

diharap dapat memberikan satu garis panduan mengenai corak pengajaran

Pendidikan Jasmani di sekolah selaras dengan gaya pelajar semasa.

1.7 Skop Kajian

Skop kajian ini adalah terdiri daripada para pelajar di 4 buah sekolah di

daerah Johor Bahru.

Page 7: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

7

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini hanya dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Impian Emas 2,

Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Skudai, Sekolah Menengah Kebangsaan

Taman Perling dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sutera Utama. Selain itu,

responden kajian hanya tertumpu kepada para pelajar sekolah menengah iaitu pelajar

tingkatan empat sahaja.

1.9 Definisi Operasi

Berikut merupakan definisi istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini:

1.9.1 Persepsi

Kamus Dewan (2008), mentakrifkan persepsi sebagai tanggapan atau

penerapan yang bermaksud gambaran yang terkandung di dalam pemikiran individu

atau kelompok terhadap sesuatu keadaan atau situasi.

Dalam kajian ini, perkataan persepsi bermaksud tanggapan,pandangan atau

penilaian yang dapat dinyatakan oleh pelajar sekolah menengah terhadap pengajaran

yang dilakukan oleh guru.Biasanya persepsi ini dipengaruhi melalui penglihatan,

pendengaran, pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada.

1.9.2 Pelajar

Menurut Kamus Dewan (2002), pelajar bermaksud orang yang belajar atau

orang yang mengaji. Dalam kajian ini pelajar yang dimaksudkan adalah pelajar-

pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah terpilih yang berdekatan dengan

universiti di Johor Bahru.

Page 8: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

8

1.9.3 Keberkesanan

Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga (2002), keberkesanan merupakan

sesuatu tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang diperolehi sesudahnya.Dalam

kajian ini, pengajaran guru pelatih itu dapat menghasilkan pembelajaran pelajarnya

yang berkesan apabila pengajaran guru pelatih dapat difahami dengan jelas oleh

pelajar-pelajarnya.

1.9.4 Guru Pelatih

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), guru pelatih adalah seorang

yang sedang menerima latihan dan menjalani latihan praktikal serta orang yang

mendidik dan mengajar pelajar-pelajar di sekolah.

Guru pelatih telah dijelaskan sebagai seseorang yang mengajar di mana dia

berada dalam status diuji kebolehan serta kepandaian atau sedang diuji sesuatu

(berbanding dengan kekuatan, kelemahan dan lain-lain).

Dalam konteks kajian ini, guru pelatih wanita ditujukan kepada pelajar tahun

3 SPS yang menjalani latihan mengajar di dalam tahun ketiga pengajian.

1.9.5 Pendidikan Jasmani

Pendidikan Jasmani adalah merujuk kepada sebahagian daripada mata

pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang diajar di sekolah.Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan bertujuan menjadikan pelajar sihat, cergas dan produktif

dengan pemupukan nilai, sikap,pergerakan dan amalan kesihatan dan kecergasan

dalam kehidupan seharian.

Page 9: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

9

1.9.6 Latihan Mengajar

Latihan mengajar adalah suatu program di mana guru pelatih berada dalam

situasi pengajaran dan pembelajaran yang sebenar.Guru pelatih berinteraksi dengan

situasi pengajaran dan pembelajaran di samping berpeluang memupuk kecekapan

mengajar, meluaskan pengalaman serta mendapatkan wawasan dalam teori dan amali

pengajaran dan pembelajaran (Kamaruddin Hj Husin, 1988).Latihan mengajar

membolehkan guru pelatih menguasai dan mengamalkan segala konsep, prinsip,

kemahiran dan nilai yang diperlukan oleh seseorang insan guru yang

profesional.Latihan mengajar juga membantu perkembangan potensi guru pelatih

supaya mempunyai daya ketahanan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran di

sekolah.

1.10 Penutup

Guru memainkan peranan penting dalam menjadikan pengajaran dan

pembelajaran berkesan. Pengajaran dan pembelajaran yang aktif boleh menjadikan

pengajaran menjadi lebih berkesan.Oleh itu, guru mestilah mempraktikkan teori yang

telah dipelajari sebelum ini untuk menjadikan proses pengajaran menjadi lebih

berkesan.

Oleh itu, kajian ini akan dijalakan untuk melihat bagaimana guru pelatih

menggunakan kemahiran yang telah dipelajari untuk diterapkan dalam situasi

sebenar semasa mereka menjalani latihan mengajar.

Page 10: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

10

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan

Dalam bab ini akan akan menjelaskan maklumat asas mengenai Pendidikan

Jasmani. Dalam pada itu, bab ini turut menerangkan mengenai teknik-teknik

pengajaran yang ada dalam Pendidikan Jasmani. Selain itu juga, bab ini menjelaskan

penulisan yang telah yang telah dijalankan oleh beberapa pengkaji berkaitan dengan

persepsi pelajar terhadap keberkesanan pengajaran guru di sekolah secara amnya.

Selain itu juga, bab ini juga akan membincangkan mengenai pengajaran berkesan

yang perlu diadapatasikan dalam pendidikan di sekolah amnya dan Pendidikan

Jasmani secara khususnya.

Pendidikan Jasmani merupakan suatu bidang pendidikan yang melibatkan

komponen kecergasan dan ia telah berubah mengikut perkembangan masyarakat

yang berkembang maju. Menurut pandangan Asiah Abu Samah (1983), Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan penting untuk memberi peluang kepada pelajar

mengembangkan kecenderungan mereka dalam bidang sukan dan permainan.

Pendidikan Jasmani ini juga merupakan pembelajaran yang bertujuan untuk

meningkatkan prestasi melalui aktiviti fizikal bagi mencapai keputusan yang

dikehendaki (Ahmad Rodzli, 2009).Ia juga melibatkan proses pengajaran yang

menyeluruh dari segi psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi.

Secara amnya Pendidikan Jasmani terdiri daripada tiga aspek iaitu

psikomotor, kognitif dan afektif. Aspek psikomotor adalah mengenai kemahiran

Page 11: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

11

yang diajar, manakala aspek kognitif adalah mengenai pengetahuan yang akan

disampaikan. Aspek afektif adalah melibatkan emosi dan sikap yang diterapkan oleh

guru kepada pelajar. Menurut Capel dan Piotrowaki (2000), Pendidikan Jasmani

adalah suatu proses pembelajaran yang bertujuan untuk membangunkan pengetahuan

tertentu, kemahiran dan kefahaman serta menggalakkan kecekapan fizikal. Oleh itu,

menurut pandangan Capel ini juga, Pendidikan Jasmani menuntut kepada

perkembangan ketiga-tiga aspek asas dalam Pendidikan Jasmani iaitu psikomotor,

kognitif dan afektif.

Pid Song (2006) berpendapat Pendidikan Jasmani bukan sekadar satu aktiviti

pembelajaran yang menyeronokkan dan menyihatkan tubuh badan, malah ia mampu

melatih pelajar menjadi lebih berdisiplin. Kajian yang dijalankan oleh Husaini Mohri

(2002) mengkaji mengenai persepsi guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,

maklumbalas serta kefahaman guru terhadap matapelajaran Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan, serta perlaksanaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah rendah.

Beliau mendapati persepsi guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan menyokong

perlaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta mempunyai

kefahaman tentang pentingnya mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

kepada murid-murid sekolah rendah. Kesimpulan yang dapat dibuat adalah

matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tidak harus diabaikan dan

seharusnya diberi tumpuan seperti matapelajaran lain.

Dalam meneliti proses pendidikan yang berkesan, guru mestilah memahami

objektif dalam pengajaran Pendidikan Jasmani. Matlamat utama dalam Pendidikan

Jasmani adalah untuk membantu pelajar menjadi cergas melaui aktiviti fizikal. Oleh

itu, beberapa objektif telah digariskan selari dengan matlamat yang telah dikenal

pasti.

Antara objektif yang ingin dicapai dalam pengajaran Pendidikan Jasmani

adalah untuk meningkatkan dan mengekalkan kecergasan murid berdasarkan

kesihatan dan perlakuan motor. Dengan ini, murid akan sentiasa dalam keadaan

cergas dan bertenaga akan tetapi tahap nya adalah berbeza untuk setiap murid.

Page 12: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

12

Murid perlulah menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan

mengikut kemampuan diri. Walaupun seseorang pelajar tidak mampu menguasai

sepenuhnya teknik-teknik atau pergerakan sesuatu permainan, melalui Pendidikan

Jasmani ini, diharap pelajar dapat mengetahui tentang asas pergerakan bagi sesuatu

permainan selari dengan bidang yang mereka telah ceburi.

Selain itu juga, murid dapat melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai

rutin harian. Walaupun akiviti Pendidikan Jasmani tidak dilakukan pada setiap hari,

akan tetapi dengan adanya pengajaran mengenai Pendidikan Jasmani ini, pelajar

mampu untuk menjadikan ia nya sebagai aktiviti rutin selari dengan seruan untuk

melahirkan pelajar yang cergas.

Dalam Pendidikan Jasmani, pelajar juga akan didedahkan dengan

pengetahuan mengenai kesihatan dan keselamatan semasa menyertai kegiatan fizikal.

Melalui pendedahan ini, pelajar akan mampu untuk mengaplikasikan apa yang telah

dipelajari apabila meraka berhadapan dengan situasi sebenar.

Seperti yang telah sedia ketahui, Pendidikan Jasmani adalah berkait rapat

dengan sukan dan permainan. Dalam kegiatan sukan dan permainan, sikap serta

sahsiah diri pelajar mudah dibentuk kerana sukan memerlukan pelajar untuk sentiasa

dalam keadaan berdisiplin bagi memastikan meraka akan sentiasa maju dalam sukan.

Oleh itu, secara tidak langsung, Pendidikan Jasmani ini dapat membentuk peribadi

serta sahsiah murid yang mulia selari dengan apa yang terkandung dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

2.2 Pengajaran Berkesan

Menurut Medley (1982), keberkesanan pengajaran seseorang guru boleh

dilihat dari pelakuan muridnya dan bukan gurunya. Oleh itu, prestasi seseorang guru

boleh dirujuk kepada peri lakunya semasa proses pengajarannya dalam kelas. Ini

Page 13: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

13

menjadikan keberkesanan pengajaran guru akan meningkatkan pemahaman pelajar

terhadap pelajaran.

Menurut Borich (1996) pula, pengajaran yang berkesan melibatkan perlakuan

untuk melakukan sesuatu dan penyatuan beberapa elemen yang menolong ke arah

mencapai matlamat yang spesifik. Ini menunjukkan guru adalah pemudahcara dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan

penting dalam menentukan medium pengajaran yang perlu digunakan agar

bersesuaian dengan keadaan pelajar dan supaya pelajar dapat menerima maklumat

yang hendak disampaikan dengan berkesan. Selain pemilihan medium, teknik

pengajaran juga memainkan peranan penting dalam penyampaian maklumat. Ini

juga dapat memastikan pelajar dapat menerima maklumat dengan tepat.

Menurut Abdullah Hassan (1989), untuk mencapai keberkesanan dalam

pengajaran, guru perlu memiliki sifat keperibadian unggul, berpengetahuan,

ketokohan dan perwatakan yang sempurna. Para guru seharusnya memiliki ilmu

pengetahuan yang mendalam terutamanya untuk mata pelajaran yang diajar dan juga

mahir dalam mata pelajaran yang lain. Ini supaya para guru tersebut akan lebih

dihormati berbanding guru yang hanya memfokuskan kepada satu mata pelajaran

sahaja. Apabila mereka dihormati oleh pelajar, maka pelajar akan lebih memberi

perhatian dan memberikan persepsi yang positif terhadap pengajaran guru tersebut.

2.2.1 Model Pengajaran Berkesan

Model awal tentang pengajaran berkesan telah dikemukakan oleh Caroll,

(1963) yang menyatakan bahawa pengajaran berkesan boleh dipengaruhi oleh lima

faktor. Kelima-lima faktor tersebut adalah sikap, kebolehan untuk mempengaruhi

pengajaran, ketekunan, peluang dan pengajaran yang berkualiti. Apa yang boleh

disimpulkan mengenai model yang telah dikemukakan oleh Carol ini adalah model

Page 14: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

14

ini melibatkan guru dan pelajar secara tersendirinya. Apabila pelajar mempunyai

sikap yang baik serta ketekunan yang tinggi, maka pengajaran akan menjadi

berkesan. Apabila guru pula mempunyai pengajaran yang berkualiti, maka

pengajaran akan menjadi berkesan.

Menurut Shahril (2005), model Caroll ini mempunyai kelemahannya.

Menurut beliau, aspek seperti ketekunan, sikap dan kebolehan adalah dibawah kuasa

pelajar. Manakala aspek pengajaran yang berkualiti adalah dibawah kuasa guru.

Oleh itu, menurut beliau, aspek dibawah kuasa pelajar dan guru perlu seiring untuk

menghasilkan pengajaran yang berkesan.

Oleh yang demikian, Slavin (1994) telah membina model pengajaran yang

berkesan yang hanya menekankan aspek pada guru sahaja. Slavin telah

menggariskan empat aspek dalam pengajaran berkesan iaitu kualiti pengajaran,

kesesuaian tahap pengajaran, insentif dan peruntukan masa untuk pengajaran.

Kualiti pengajaran adalah keupayaan seseorang guru dalam menyampaikan

pengajaran atau konsep yang mudah difahami dan menyeronokkan pelajar (Caroll,

1989). Oleh itu guru perlulah menyampaikan isi kandungan yang terdapat dalam

pengajaran secara tersusun dan sistematik (Kallison, 1986), menggunakan bahasa

yang jelas dan mudah (Land, 1987), penekanan kepada isi-isi penting dan

mengaitkan pengetahuan dengan pengalaman sedia ada pelajar (King & Menke,

1992) dan menggunakan alat bantu belajar bagi membantu dalam menerangkan

sesuatu konsep (Hiebert, 1991). Selain itu, objektif pelajaran hendaklah jelas dan

khusus, isi kandungan adalah mencukupi dan pada akhir sesuatu pelajaran, guru

perlu mengadakan penilaian atau peperiksaan.

Aras pengajaran yang sesuai adalah pengajaran yang bersesuaian dengan

kebolehan dan keupayaan pelajar (Sharil, 2005). Jika aras pengajaran guru adalah tinggi

berbanding pelajar yang akan menerima maklumat tersebut, maka pengajaran tidak akan

menjadi berkesan. Begitu juga keadaannya, jika pelajar yang lebih pandai, manakala

pengajaran yang diberikan lebih rendah berbanding tahap pendidikan mereka, maka

Page 15: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

15

pembelajaran tidak akan berlaku. Apabila perkara ini berlaku, akan terjadi kerugian

masa dalam pengajaran sebagaimana model yang telah diperkenalkan oleh Slavin (1994)

yang menyatakan bahawa peruntukan masa adalah salah satu aspek dalam pengajaran

yang berkesan. Dalam permasalahan ini, pihak sekolah sentiasa mengalami masalah ini

kerana terpaksa mengumpulkan pelajar yang pintar dan yang lemah kepada kumpulan

masing-masing dan menyebabkan pelajar lemah merasakan mereka tersisih. Langkah

yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini adalah dengan mengaplikasikan

pembelajaran secara kumpulan iaitu cooperative learnning. Melalui pembelajaran

secara kumpulan ini, pelajar pintar dapat membimbing pelajar lemah disamping guru

dapat meneruskan pengajaran seperti biasa.

Inisiatif bermaksud keupayaan guru untuk memberi motivasi kepada pelajar

untuk terus belajar dan menyiapkan kerja-kerja yang diberi oleh guru. Terdapat dua

cara untuk guru memberikan motivasi kepada pelajar supaya terus belajar (Slavin,

1994). Pertama, guru perlu menyediakan pengajaran yang boleh menarik minat dan

menyeronokkan pelajar dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pelbagai

alat bantu mengajar. Kedua, guru boleh memberi insentif kepada pelajar dengan cara

memberikan ganjaran atau pujian kepada pelajar yang dapat menguasai sesuatu

kemahiran atau memberi denda kepada pelajar yang tidak dapat menguasai sesuatu

kemahiran.

Menurut Nor Azreen (2002), pengajaran yang dibuat oleh guru mestilah jelas

dan selaras dengan keperluan pelajar. Soalan yang ingin dikemukakan kepada

pelajar hendaklah merangkumi pelbagai aras dan melibatkan semua pelajar di dalam

kelas. Guru juga seharusnya mendengar dan menghormati idea pelajar disamping

menggalakkan para pelajar memberikan idea masing-masing. Selain itu juga, guru

perlu bijak dalam menggunakan nada dan intonasi suara serta menggunakan bahasa

yang jelas dan mudah difahami supaya pelajar dapat mendengar dengan jelas dan

dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dalam

pada itu, guru boleh menggunakan kaedah pembelajaran secara berkumpulan yang

melibatkan kumpulan-kumpulan kecil seramai empat hingga lima orang dan guru

akan bertindak sebagai fasilitator. Dengan cara ini, para pelajar akan dapat

Page 16: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

16

menyuarakan pendapat mereka dan guru akan lebih fokus kerana kelompok kelas

menjadi lebih kecil.

Menurut Abu Hassan dan Meor Ibrahim (1997), perhubungan murid-murid

adalah berdasarkan kemesraan dan saling menghormati. Malahan suasana bilik

darjah yang sesuai dapat membantu pembentukan sikap positif dikalangan pelajar

dan memudahkan mereka utnuk melakukan aktiviti.

2.2.2 Pengajaran Berkesan Berdasarkan Pengetahuan Guru

Guru adalah medium utama dalam proses pengajaran. Guru sebagai satu alat

pandang dengar (Farrant, 1994) yang muncul dalam setiap proses pengajaran dan

pembelajaran kerana mereka sentiasa dikaitkan dengan beberapa pengalaman emosi.

Oleh itu, mereka perlulah mengaplikasikan pengetahuan pengajaran lepas ke dalam

pengajaran akan datang mereka supaya pengajaran berkesan dapat disampaikan.

Namun yang demikian seseorang guru itu perlu melengkapkan diri mereka

dengan ilmu yang berkaitan untuk disampaikan kepada pelajar mereka. Menurut

Farrant (1994), seseorang guru yang tidak pasti dengan apa yang hendak diajar atau

setelah pelajaran bermula, baru hendak mengumpul alat-alat untuk proses

pengajaran, tidak boleh mengharapkan murid-muridnya berkembang dengan cara

pengajaran yang sedemikian rupa. Ini membawa erti bahawa setiap guru perlu

menyediakan perancangan yang rapi sebelum memulakan tugas nya untuk mengajar

kelas tersebut. Oleh yang demikian, kesediaan seseorang guru adalah penting bagi

memastikan objektif pengajaran dapat dicapai dan pengajaran berkesan dapat

dijalankan.

Selain itu juga, guru tidak harus mempunyai sikap berasa cukup dengan apa

yang ada. Mereka perlu sentiasa berusaha menambahkan pengetahuan yang sedia

ada dan mencari perkara-perkara baru yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran

mereka. Apabila guru benar-benar menguasai pelajaran yang diajar tersebut, pelajar

Page 17: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

17

akan menjadi lebih yakin dan tidak akan timbul sebarang keraguan dalam proses

pengajaran mereka.

2.2.3 Pengajaran Berkesan Berdasarkan Sikap Guru

Sikap guru memainkan peranan penting bagi mewujudkan keberkesanan

pengajaran. Diantara sikap guru yang perlu ada adalah seperti minat dan kebolehan.

Minat boleh dikatakan sebagai pendorong seseorang supaya memberi perhatian

kepada sesuatu perkara. Apabila seseorang guru itu mempunyai minat dalam

pengajaran, maka guru tersebut akan memberikan segala perhatiannya kepada

pengajarannya.

Menurut Ahmad Atory (1986), minat memainkan peranan penting dalam

keberkesanan dan kejayaan dalam proses pembelajaran. Menurut Salleh (1992) pula,

seseorang itu memerlukan minat yang mendalam dalam sesuatu pekerjaan yang

diceburinya barulah lahir semangat berdedikasi dalam menjalankan tugas, rajin,

berdisiplin dan bersedia untuk berkorban. Oleh itu, minat seseorang guru terhadap

bidang pengajaran adalah penting dalam mewujudkan pengajaran yang bekesan.

2.3 Implikasi Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran

Setiap guru ada kelemahan dalam pengajaran terutama bagi guru pelatih atau

guru baru. Namun sikap guru berkasar, garang dan menyindir tidak dapat diterima

oleh pelajar sebagai satu cara yang berkesan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Para guru yang bersikap demikian sebenarnya akan mengundang

lebih banyak masalah berbanding menyelesaikan masalah. Jelas di sini bahawa

perspektif yang diberikan ialah berbeza bergantung kepada beberapa faktor seperti

kematangan, tahap pendidikan dan usia pelajar. Andrew (2002) menyatakan bahawa

Page 18: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

18

sikap dan latar belakang pelajar sememangnya memberi impak terhadap proses

pengajaran yang berkesan.

2.4 Persediaan Mengajar

Latihan mengajar merupakan aspek penting dalam pendidikan perguruan. Ini

kerana latihan mengajar memberi peluang kepada guru pelatih untuk

mengaplikasikan segala pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan dalam situasi

sebenar didalam kelas. Abdul Raof dan Subahan (1991) turut menjelaskan bahawa

sewaktu menjalani latihan mengajar, guru pelatih mengajar dengan menggunakan

segala teori dan prinsip pendidikan dalam situasi pengajaran sebenar di dalam bilik

darjah. Ringkasnya, latihan mengajar merupakan suatu komponen penting dalam

pendidikan perguruan. Guru pelatih harus dapat menyerap segala ilmu berkaitan

proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menjadi seorang guru yang

cemerlang apabila mengajar di sekolah kelak.

2.6 Penutup

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran boleh ditingkatkan sekiranya

guru dapat memahami sikap pelajar terhadap mata pelajaran diajarinya. Maklumat

yang diperolehi itu boleh digunakan oleh guru untuk merancangkan strategi

pengajaran yang bersesuaian demi mengubah sikap pelajar dan seterusnya membawa

kepada pencapaian yang cemerlang.

Page 19: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

19

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk

menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab

permasalahan kajian. Bagi melaksanakan kajian ini dengan lebih efektif, metodologi

yang dirangka adalah melibatkan pembentukan hipotesis, pemilihan reka bentuk,

kaedah pengumpulan data, penentukan populasi dan pemilihan sampel, ujian rintis

dan kaedah penganalisisan data. Bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan-

persoalan kajian tersebut, kaedah yang betul perlu digunakan. Bab ini akan

membincangkan mengenai langkah-langkah yang diambil bagi menjawab semua

persoalan-persoalan kajian yang telah ditetapkan. Dalam bab ini turut akan

membincangkan mengenai kaedah yang digunakan bagi mendapatkan maklumat

yang diperlukan dan bagaimana data ini diproses bagi mendapatkan jawapan kepada

kajian ini. Menurut Mohd Najib (1999), kegagalan menggunakan kaedah

pengumpulan data yang berkesan akan menghasilkan maklumat yang tidak tepat,

kabur dan boleh menyebabkan beban maklumat.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini adalah kajian berbentuk deskriptif dan bertujuan untuk

menganalisis Persepsi Pelajar Terhadap Guru Pelatih Pendidikan Jasmani Wanita di

Page 20: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

20

sekolah. Dalam menjalankan kajian, pelbagai kaedah boleh digunakan seperti

kaedah temu bual, pemerhatian dan soal selidik.

Dalam kajian ini, kaedah yang digunakan adalah kaedah soal selidik dan

pemerhatian melalui rakaman video. Antara kelebihan kaedah ini adalah responden

boleh menjawab mengikut masa mereka. Selain itu, kedah ini mudah dijalankan

kerana responden boleh memilih jawapan yang sesuai berdasarkan jawapan yang

telah disediakan. Ini dapat memudahkan analisis data yang akan dijalankan

kemudian.

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian

Kajian ini melibatkan 2 kumpulan sampel iaitu guru pelatih Pendidikan

Jasmani wanita di sekolah negeri Johor yang akan direkod sesi pengajarannya dan

kumpulan pelajar yang terlibat dalam sesi pengajaran guru tersebut yang dikehendaki

menjawab soal selidik yang diedarkan. Seramai empat orang guru pelatih

Pendidikan Jasmani wanita yang mengajar di sekolah sekitar Johor Bahru akan

dipilih secara rawak. Seorang sahaja guru pelatih bagi setiap satu sekolah akan

dipilih sebagai sampel kajian. Responden kajian melibatkan pelajar kelas berkenaan.

3.4 Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik. Oleh itu, instrumen soal selidik

ini telah dibina bagi menjawab persoalan-persoalan kajian. Soalan-soalan yang

dibina adalah berdasarkan kajian lepas oleh Nor’ani, 2010 yang bertajuk Persepsi

Pelajar Terhadap Keberkesanan Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

Sekolah Menengah, Universiti Teknologi Malaysia dan diubahsuai mengikut

kesesuaian kajian ini. Selain ituinstrumen soal selidik ini juga ditambah mengikut

kesesuaian kajian yangdijalankan oleh penyelidik. Instrumen ini mengandungi satu

Page 21: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

21

set soalan yang terbahagi kepada dua bahagian yang perlu di isi oleh pelajar sekolah

tersebut.

Jadual 3.1 : Pembahagian Item Bahagian A Mengikut Maklumat dan Latar Belakang

Responden

Item Latar Belakang

1 Nama Sekolah

2 Jantina

3 Bangsa

4 Tingkatan

Dalam bahagian B terdapat 36 item yang akan dijawab oleh pelajar bagi

menguji keberkesanan pengajaran guru. Item ini mengandungi tiga aspek untuk

menguji keberkesanan pengajaran guru dari segi pengetahuan guru, kemahiran guru

dan sikap guru. Item-item tersebut di susun secara rawak di dalam soal selidik

tersebut mengikut jadual di bawah.

Jadual 3.2 : Susunan Nombor Item Bahagian B bagi 3 Aspek Keberkesanan

Pengajaran

No Aspek Nombor Item Jumlah Item

1 Pengetahuan Guru 2, 5, 7, 13, 20, 22, 24, 27, 30, 32, 34 10

2 Kemahiran Guru 1,6,9,10,12,14,15,17,18,21,23,26,36 14

3 Sikap Guru 3,4,8,11,16,19,25,28,29,31,33,35 12

Respon yang diberikan adalah berbentuk Skala empat mata. Responden akan

diberi pilihan jawapan sama ada sangat tidak setuju, tidak setuju, setuju dan sangat

setuju.

Page 22: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

22

Jadual 3.3 : Skala empat mata yang digunakan di dalam instrumen.

Pernyataan Markat

Sangat Setuju 4

Setuju 3

Tidak Setuju 2

Sangat Tidak Setuju 1

Selain itu juga, pengajaran guru ketika di padang turut dirakam dengan

menggunakan alat perakam video. Kaedah ini dijadikan sebagai penambahan kepada

instrumen sedia ada. Soal selidik yang disediakan diedar dan dijawab oleh murid

selepas proses pengajaran. Manakala, video yang dirakam akan dianalisis sendiri

bagi melihat keadaan sebenar semasa proses pengajaran bagi menjawab persoalan-

persoalan kajian.

Setelah kesemua data-data yang dikehendaki telah terkumpul, maka analisis

dijalankan dengan menggunakan perisian SPSS versi 15.0.

3.5 Kesahan Dan Kebolehpercayaan

Secara amnya, apabila memeriksa instrumen yang akan digunakan di dalam

kajian, beberapa aspek perlu diambil kira. Pertama adalah mengenai kesahan dan

kebolehpercayaan instrumen tersebut. Apabila kesahan dan keboleh percayaan ini

diperolehi, kita akan lebih mengetahui tentang ketepatan alat yang digunakan dan

sama ada boleh digunakan dalam membentuk kesimpulan awal mengenai sampel dan

populasi kajian.

Page 23: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

23

3.6 Kajian Rintis

Sebelum melakukan kajian, instrumen kajian tersebut perlulah diuji dengan

melaui proses kajian rintis. Dalam kajian rintis, aspek yang akan diuji adalah kesahan

dan kebolehpercayaan.

Kajian rintis ini dilakukan dengan mengedarkan instrumen kajian di SMK

Taman Universiti 1 kepada 20 orang pelajar wanita dan 20 orang pelajar lelaki yang

menghadiri kelas Pendidikan Jasmani. Kesemua soal selidik yang diperolehi

dikumpulkan dan dianalisis menggunakan SPSS.

Hasil dapatan daripada ujian rintis menunjukan nilai ‘internal consistency

correlation coefficient’ mengikut prosedur Cronbach Alpha adalah = 0.97. Mengikut

Kubiszyn dan Borich (2000) dalam Ghazali Darusalam (2003) menyatakan nilai =

.80 - .90 adalah nilai ‘alpha reliability coefficients’ yang diterima seperti juga

pendapat Borg &Gall (1979) yang menyatakan nilai alpha antara = .80 - .90 adalah

‘customary coefficients’. Keputusan kajian rintis yang diperolehi ini jelas

menunjukkan bahawa kebolehpercayaan alat ukuran ini adalah tinggi dan boleh

diterima pakai.

3.7 Prosedur Kajian

Setelah instrumen kajian selesai dibina, kajian rintis perlu dilakukan bagi

menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen ini. Setelah instrumen ini

melalui peringkat kajian rintis, analisis data yang diperoleh hendaklah dijalankan

bagi menentukan sama ada soal selidik ini boleh digunakan atau tidak.

Beberapa prosedur perlu dilalui sebelum kajian ini dapat dijalankan di

sekolah. Borang permohonan untuk menjalankan kajian di sekolah perlu diisi dan

Page 24: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

24

perlu disahkan oleh Dekan Fakulti Pendidikan yang disertakan bersama proposal

kajian. Setelah borang tersebut disahkan, ia kemudiannya dihantar ke Kementerian

Pelajaran Malaysia berserta proposal kajian. Setelah itu, pihak Kementerian

Pelajaran Malaysia akan mengeluarkan surat kebenaran untuk menjalankan kajian di

sekolah. Surat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia akan dihantar

kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor atau Pejabat Pendidikan Daerah Negeri

Johor bagi mendapatkan kebenaran untuk memasuki ke sekolah negeri Johor bagi

menjalankan kajian. Pada masa yang sama pihak UTM akan mengeluarkan surat

kebenaran mendapatkan maklumat di sekolah untuk di hantar ke Jabatan Pendidikan

Negeri atau Pebajat Pendidikan Daerah yang disertakan bersama surat pengesahan

daripada pihak kementerian.

Setelah mendapatkan pengesahan ini, langkah seterusnya adalah

mendapatkan guru-guru pelatih sebagai sampel kajian. Seramai empat orang guru

pelatih Pendidikan Jasmani akan dipilih sebagai sampel kepada uji kaji ini. Setiap

guru akan mewakili sebuah sekolah di dalam daerah Johor Bharu. Guru berkenaan

akan mengajar pelajar tingkatan empat seperti biasa. Selepas proses pengajaran

berlaku, pelajar akan diberikan alat kajian iaitu soal selidik untuk diisi oleh mereka.

Mereka akan diberikan masa sehingga tamat waktu persekolahan dan soal selidik

tersebut akan diserahkan oleh pelajar kepada guru Pendidikan Jasmani mereka.

Masa yang dipilih untuk menjalankan kajian ini adalah pada minggu keempat latihan

mengajar. Ini bagi membolehkan guru pelatih berada dalam keadaan yang lebih

sedia jika dibandingkan pada minggu awal latihan mengajar.

Bilangan responden akan ditentukan mengikut bilangan pelajar di dalam kelas

yang melalui proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang diajar

oleh guru pelatih. Ini bermaksud, kesemua pelajar yang terlibat pada hari

pengedaran soal selidik dilakukan akan terlibat secara langsung dalam menjawab

soal selidik tersebut.

Bagi sesi rakaman video pula, dua sela masa telah dipilih bagi meneliti

perkembangan tahap pengajaran mereka. Rakaman pertama dilakukakan pada

Page 25: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

25

minggu kedua. Ia dilakukan bagi melihat bagaimana kesediaan guru pelatih pada

peringkat awal latihan mengajar. Rakaman yang kedua dilakukan pada minggu ke

enam latihan mengajar. Pada peringkat ini, guru pelatih seharusnya dapat

menyesuaikan diri dengan pelajar dan tahap kesediaan mereka seharusnya berada

pada tahap yang tinggi.

3.8 Analisis Data

Setelah data diperolehi daripada soal selidik yang telah diedarkan, data-data

tersebut diproses dan dianalisis bagi menjawab persoalan mengenai persepsi pelajar

terhadap keberkesanan pengajaran guru pelatih wanita ini.

Data-data yang dikumpulkan dimasukkan ke dalam perisian SPSS.

Seterusnya analisis nilai min akan dilakukan. Item-item dikumpulkan terlebih

dahulu mengikut aspek yang berkenaan iaitu aspek pengetahuan, kemahiran dan

sikap. Kemudiannya nilai min akan ditentukan mengikut aspek berkenaan.

Analisis yang seterusnya adalah menentukan nilai min keempat-empat guru

pelatih berkenaan mengikut aspek pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai min

keseluruhan mengikut ketiga-tiga aspek tersebut. Berdasarkan nilai min keseluruhan

mengikut ketiga-tiga aspek tersebut, tahap keberkesanan guru pelatih tersebut dapat

ditentukan.

Tahap keberkesanan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu sangat

berkesan, sederhana berkesan dan tidak berkesan. Nilai min yang diperolehi dapat

menentukan tahap keberkesanan pengajaran guru dengan menggunakan formula

yang digunakan berdasarkan kajian lepas oleh Loh Hueh Yong, 2010 yang bertajuk

Konsepsi Pembelajaran Pelajar Tahun Satu dan Tahun Empat di Fakulti Kejuruteraan

dan Sains Geoinformasi dan Mohd Wildan, 2011 yang bertajuk Konsepsi

Page 26: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

26

Pembelajaran di Kalangan Pelajar Fakulti Sains. Formula ini berdasarkan kajian

lepas yang menggunakan skala likert 5 mata kemudian diubah suai mengikut

kesesuaian kajian ini yang menggunakan skala 4 mata.

4 ( Peringkat Skala ) – 1 = 1.00

3 (Tahap )

Oleh sebab tahap persepsi pelajar terhadap keberkesanan guru dibahagikan

kepada tiga, maka pengiraan adalah seperti di atas. Tiga tahap yang dimaksudkan

ialah sangat berkesan, sederhana berkesan dan tidak berkesan. Nilai min bagi tiap-

tiap tahap adalah seperti di bawah:

Jadual 3.4 : Taburan markat bagi tahap keberkesanan pengajaran.

Persepi pelajar terhadapa keberkesanan guru Markat

Sangat Berkesan 3.01 – 4.00

Sederhana Berkesan 2.01 – 3.00

Tidak Berkesan 1.00 – 2.00

Seterusnya, nilai min akan ditentukan dengan mengambil kira nilai

keseluruhan yang merangkumi keempat-empat guru berkenaan. Akhir sekali adalah

analisis video keempat-empat guru tersebut. Analisis video itu juga akan mengambil

kira aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap.

3.9 Penutup

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar terhadap keberkesanan

pengajaran guru pelatih Pendidikan Jasmani wanita. Responden yang terlibat dalam

Page 27: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

27

kajian ini adalah dari kalangan pelajar guru terbabit. Pengajaran guru pelatih boleh

dikategorikan kepada sangat berkesan, berkesan dan tidak berkesan bergantung

kepada min yang diperolehi daripada soal selidik tersebut.

Analisis data yang berikutnya dilakukan bagi menjawab kepada objektif

kajian yang telah ditetapkan.

Page 28: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

28

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan

Dalam bab ini, akan membincangkan hasil dapatan kajian. Analisis kajian ini

berdasarkan kesemua soal selidik yang telah dikumpulkan setelah diedarkan kepada

empat buah sekolah yang melibatkan empat orang guru pelatih di dalam daerah Johor

Bharu. Seterusnya, analisis terhadap rakaman video juga dilakukan bagi melihat

situasi sebenar sesi pengajaran guru pelatih tersebut.

Analisis soal selidik secara amnya meliputi bahagian A dan bahagian B.

Secara khususnya, analisis soal selidik ini akan menumpukan kepada bahagian B

sahaja. Ia bagi menjawab persoalan kajian yang telah ditetapkan dalam bab 1 iaitu:

1. Apakah tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru

pelatih Pendidikan Jasmani wanita dari aspek pengetahuan guru dalam

menyampaikan isi pelajaran?

2. Apakah tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru

pelatih Pendidikan Jasmani wanita dari aspek kemahiran guru dalam

menyampaikan isi pelajaran?

Page 29: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

29

3. Apakah tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru

pelatih Pendidikan Jasmani wanita dari aspek sikap guru dalam

menyampaikan isi pelajaran?

4.2 Dapatan Kajian

Dapatan kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan B.

4.2.1 Bahagian A

Dalam kajian ini, sebanyak empat buah sekolah di daerah Johor Bharu telah

di pilih.

Jadual 4.1 : Taburan respondan berdasarkan nama sekolah.

Nama sekolah

Bil Nama Sekolah

Bilangan

Subjek

Peratus

(%)

Jumlah

Peratus (%)

1. SMK A 29 36.3 36.3

2. SMK B 19 23.8 60.0

3. SMK C 22 27.5 87.5

4. SMK D 10 12.5 100.0

Jumlah 80 100.0

Bilangan pelajar-pelajar yang terlibat dalam menjawab item soal selidik

adalah tidak sama jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang lain. Ini kerana,

diantara guru yang terlibat dalam kajian ini perlu mengajar sama ada pelajar lelaki

ataupun pelajar perempuan. SMK A yang mempunyai pelajar yang paling ramai

Page 30: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

30

disebabkan guru terbabit perlu mengajar dua kelas gabung yang terdiri daripada

pelajar lelaki sahaja dalam kelas Pendidikan Jasmani tersebut. Manakala pelajar

yang paling sedikit ialah pelajar di sekolah SMK D yang terdiri daripada 10 pelajar

perempuan sahaja.

Jadual 4.2 : Taburan respondan berdasarkan jantina.

Jantina

Jantina

Bilangan

subjek

Peratus

(%)

Jumlah

Peratus (%)

Lelaki 43 53.8 53.8

Perempuan 37 46.3 100.0

Jumlah 80 100.0

Dalam kajian ini, bilangan pelajar lelaki melebihi pelajar perempuan dengan

pelajar lelaki seramai 43 orang dan pelajar perempuan seramai 37 orang sahaja.

Jadual 4.3 : Taburan respondan berdasarkan bangsa.

Bangsa

Bil Bangsa

Bilangan

Subjek

Peratus

(%)

Jumlah

Peratus (%)

1. Melayu 46 57.5 57.5

2. Cina 27 33.8 91.3

3. India 6 7.5 98.8

4. lain-

lain 1 1.3 100.0

Jumlah 80 100.0

Page 31: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

31

Berdasarkan data yang diperolehi, pelajar Melayu mempunyai peratusan yang

tertinggi manakala lain-lain bangsa adalah terendah.

4.2.2 Bahagian B

Dalam bahagian B pula, analisis adalah berdasarkan persoalan kajian yang

telah ditetapkan pada bab yang pertama. Analisis yang terlibat adalah analisis

mengenai aspek pengetahuan, sikap dan kemahiran guru secara keseluruhan.

4.2.2.1 Analisis Keberkesanan Pengajaran Guru Berdasarkan Aspek

Pengetahuan Guru Secara Keseluruhan.

Persoalan pertama dalam kajian ini adalah tahap keberkesanan pengajaran

guru dari aspek pengetahuan guru. Dalam analisis ini, bilangan item yang terlibat

dalam menjawab persolan ini merangkumi 11 item iaitu melibatkan item ke

2,5,7,13,20,22,24,27,30,32, dan 34. Oleh itu di sini perlu dilihat apakah nilai min

bagi item-item yang terlibat ini.

Jadual 4.4 : Nilai min bagi aspek pengetahuan guru secara keseluruhan.

Item2 Item5 Item7 Item13 Item20 Item22

N Valid 80 80 80 80 80 80

Missin

g 0 0 0 0 0 0

Mean 3.50 3.49 3.51 3.38 3.43 3.48

Item24 Item30 Item32 Item34

N Valid 80 80 80 80

Missin

g 0 0 0 0

Mean 3.54 3.36 3.64 3.48

Page 32: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

32

Analisis data di atas ialah taburan purata bagi item yang terlibat dengan tahap

keberkesanan pengajaran guru dari aspek pengetahuan. Jika dilihat secara satu

persatu, nilai min bagi item tersebut adalah diantara 3.3 hingga 3.6. Jika dikira

secara keseluruhan, nilai purata min adalah 3.48 iaitu pada tahap sangat berkesan.

Ini menunjukkan bahawa majoriti responden bersetuju bahawa guru mempunyai

pengetahuan yang mencukupi semasa proses pengajaran berlaku.

4.2.2.2 Analisis Keberkesanan Pengajaran Guru Berdasarkan Aspek

Kemahiran Guru Secara Keseluruhan.

Persoalan kajian kedua ini adalah berdasarkan aspek kemahiran guru. Aspek

ini dapat dilihat dalam item 1,6,9,10,12,14,15,17,18,21,23,26, dan 36.

Jadual 4.5 : Nilai min bagi aspek kemahiran guru secara keseluruhan.

Item1 Item6 Item9 Item10 Item12 Item14 Item15

N Valid 80 80 80 80 80 80 80

Missin

g 0 0 0 0 0 0 0

Mean 3.56 3.79 3.53 3.53 3.38 3.51 3.61

Item17 Item18 Item21 Item23 Item26 Item27 Item36

N Valid 80 80 80 80 80 80 80

Missin

g 0 0 0 0 0 0 0

Mean 3.54 3.43 3.53 3.55 3.58 3.55 3.55

Analisis yang dilakukan bagi menilai tahap keberkesanan pengajaran dari

segi aspek kemahiran guru pula tidak mempunyai perbezaan yang ketara. Nilai-nilai

min yang diperolehi adalah diantara 3.5 hingga 3.6.

Page 33: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

33

Secara keseluruhan, nilai min yang diperolehi adalah 3.55 iaitu pada tahap

sangat berkesan. Secara purata, responen bersetuju bahawa guru mempunyai

kemahiran semasa proses pengajaran berlaku.

4.2.2.3 Analisis Keberkesanan Pengajaran Guru Berdasarkan Aspek Sikap

Guru Secara Keseluruhan.

Persoalan terakhir dalam kajian ini adalah tahap keberkesanan guru

berdasarkan aspek sikap guru tersebut. Aspek sikap ini terdapat dalam item

3,4,8,11,16,19,25,28,29,31, 33 dan 35.

Jadual 4.6 : Nilai min bagi aspek sikap guru secara keseluruhan.

Item3 Item4 Item8 Item11 Item16

N Valid 80 80 80 80 80

Missin

g 0 0 0 0 0

Mean 3.58 3.75 3.55 3.50 3.66

Item19 Item25 Item28 Item29 Item31 Item33 Item35

N Valid 80 80 80 80 80 80 80

Missin

g 0 0 0 0 0 0 0

Mean 3.58 3.53 3.53 3.58 3.59 3.49 3.55

Secara keseluruhannya, nilai min yang diperolehi adalah diantara 3.4 hingga

3.7. Nilai purata yang diperolehi bagi persoalan kajian yang terakhir ini ialah 3.57

iaitu pada tahap sangat berkesan. Dengan yang demikian, responden bersertuju

bahawa guru mempunyai sikap yang baik sepanjang proses pengajaran berlaku.

Page 34: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

34

4.2.2.4 Analisis Keberkesanan Pengajaran Guru Secara Keseluruhan.

Jadual 4.7 : Nilai min pengajaran guru secara keseluruhan aspek

Item1 Item2 Item3 Item4 Item5 Item6

N Valid 80 80 80 80 80 80

Missin

g 0 0 0 0 0 0

Mean 3.56 3.50 3.58 3.75 3.49 3.79

Item7 Item8 Item9 Item10 Item11 Item12

N Valid 80 80 80 80 80 80

Missin

g 0 0 0 0 0 0

Mean 3.51 3.55 3.53 3.53 3.50 3.38

Item13 Item14 Item15 Item16 Item17 Item18

N Valid 80 80 80 80 80 80

Missin

g 0 0 0 0 0 0

Mean 3.38 3.51 3.61 3.66 3.54 3.43

Item19 Item20 Item21 Item22 Item23 Item24

N Valid 80 80 80 80 80 80

Missin

g 0 0 0 0 0 0

Mean 3.58 3.43 3.53 3.48 3.55 3.54

Page 35: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

35

Item25 Item26 Item27 Item28 Item29 Item30

N Valid 80 80 80 80 80 80

Missin

g 0 0 0 0 0 0

Mean 3.53 3.58 3.55 3.53 3.58 3.36

Item31 Item32 Item33 Item34 Item35 Item36

N Valid 80 80 80 80 80 80

Missin

g 0 0 0 0 0 0

Mean 3.59 3.64 3.49 3.48 3.55 3.55

Secara keseluruhannya, nilai min yang diperolehi ialah 3.53. Ini

menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa tahap keberkesanan pengajaran

guru pada tahap sangat berkesan dari segi ketiga-tiga aspek dalam soal selidik

tersebut.

4.2.2.5 Analisis Keberkesanan Pengajaran Guru Berdasarkan Aspek

Pengetahuan Guru bagi Setiap Pelatih.

4.2.2.5.1 Pelatih A : Aspek Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Guru.

Jadual 4.8 : Nilai min bagi aspek pengetahuan, kemahiran, sikap guru dan nilai min

keseluruhan bagi ketiga-tiga aspek tersebut bagi guru pelatih A.

Nama Sekolah Kemahiran Pengetahuan Sikap Keseluruhan

SekolahSMK A Mean 3.60 3.56 3.62 3.59

N 29 29 29 29

Analisis menunjukkan bahawa nilai min bagi aspek pengetahuan guru ialah

3.56, nilai min bagi aspek kemahiran ialah 3.60 dan nilai min bagi aspek sikap guru

Page 36: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

36

ialah 3.62. Secara keseluruhannya nilai min berdasarkan ketiga-tiga aspek tersebut

ialah 3.59 iaitu menunjukkan tahap keberkesanan pengajaran guru pelatih A pada

tahap sangat berkesan mengikut skala 4 mata.

4.2.2.5.2 Pelatih B Aspek Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Guru.

Jadual 4.9 : Nilai min bagi aspek pengetahuan, kemahiran, sikap guru dan nilai min

keseluruhan bagi ketiga-tiga aspek tersebut bagi guru pelatih B.

Nama Sekolah Pengetahuan Kemahiran Sikap Keseluruhan

Sekolah SMK B Mean 3.36 3.44 3.43 3.41

N 19 19 19 19

Analisis menunjukkan bahawa nilai min bagi aspek pengetahuan guru ialah

3.36, nilai min bagi aspek kemahiran ialah 3.44 dan nilai min bagi aspek sikap guru

ialah 3.43. Secara keseluruhannya nilai min berdasarkan ketiga-tiga aspek tersebut

ialah 3.41 iaitu menunjukkan tahap keberkesanan pengajaran guru pelatih B pada

tahap sangat berkesan mengikut skala 4 mata.

4.2.2.5.3 Pelatih C Aspek Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Guru.

Jadual 4.10 : Nilai min bagi aspek pengetahuan, kemahiran, sikap guru dan nilai min

keseluruhan bagi ketiga-tiga aspek tersebut bagi guru pelatih C.

Nama Sekolah Pengetahuan Kemahiran Sikap Keseluruhan

Sekolah SMK C Mean 3.66 3.65 3.70 3.67

N 22 22 22 22

Analisis menunjukkan bahawa nilai min bagi aspek pengetahuan guru ialah

3.66, nilai min bagi aspek kemahiran ialah 3.65 dan nilai min bagi aspek sikap guru

ialah 3.70. Secara keseluruhannya nilai min berdasarkan ketiga-tiga aspek tersebut

Page 37: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

37

ialah 3.67 iaitu menunjukkan tahap keberkesanan pengajaran guru pelatih C pada

tahap sangat berkesan mengikut skala 4 mata.

4.2.2.5.4 Pelatih D Aspek Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Guru.

Jadual 4.9 : Nilai min bagi aspek pengetahuan, kemahiran, sikap guru dan nilai min

keseluruhan bagi ketiga-tiga aspek tersebut bagi guru pelatih D.

Nama Sekolah Pengetahuan Kemahiran Sikap Keseluruhan

Sekolah SMK D Mean 3.12 3.34 3.45 3.31

N 10 10 10 10

Analisis menunjukkan bahawa nilai min bagi aspek pengetahuan guru ialah

3.12, nilai min bagi aspek kemahiran ialah 3.34 dan nilai min bagi aspek sikap guru

ialah 3.45. Secara keseluruhannya nilai min berdasarkan ketiga-tiga aspek tersebut

ialah 3.31 iaitu menunjukkan tahap keberkesanan pengajaran guru pelatih D pada

tahap sangat berkesan mengikut skala 4 mata.

4.2.3 Analisis Video

Analisis seterusnya melibatkan rakaman video yang telah diambil semasa

proses pengajaran. Analisis ini dilakukan bagi meneliti proses pengajaran yang

diterapkan kepada murid semasa proses pengajaran terbabit. Rakaman tersebut

dilakukan sebanyak dua kali. Ia dilakukan sebanyak dua kali bagi melihat perubahan

semasa pengajaran pertama berbanding pengajaran kedua. Seharusnya guru pelatih

akan melihatkan perkembangan iaitu pengajaran kedua lebih baik daripada

pengajaran yang pertama.

Page 38: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

38

4.2.3.1 Analisis Rakaman Video Guru Pelatih A

i. Rakaman Pertama Guru Pelatih A

Berdasarkan analisis rakaman yang diperolehi, persediaan mengajar yang

disediakan oleh guru pelatih A adalah baik. Selain itu juga, perancangan

penggunaan alat bantu mengajar adalah bersesuaiandengan aktiviti pengajaran.

Pelaksanaan semasa proses pengajaran pula dilihat tiada set induksi dilakukan

oleh guru pelatih ini. Selain itu, interaksi diantara guru dan murid pula dilihat

baik. Penggunaan alatan sukan perlulah dioptimumkan penggunaanya dan

definisi pengajaran disampaikan dengan jelas.

Jika dilihat dari segi personaliti guru pula, guru pelatih perlu lebih bersuara

lantang dan perlu lebih kreatif dalam merancang aktiviti pengajaran. Selain itu

juga, pakaian yang dipakai oleh guru perlu lebih sesuai dengan aktiviti yang

dilakukan.

ii. Rakaman Kedua Guru Pelatih A

Rakaman kedua bagi guru pelatih ini lebih baik dengan penyampaian objektif

yang lebih jelas. Selain itu juga, penggunaan alat bantu mengajar disediakan

dan dimanfaatkan penggunaanya.

Dalam pelakasanaan proses pengajaran, interaksi dua hala turut berlaku

apabila guru bertanyakan soalan kepada murid dan murid memberi respon

kepada soalan tersebut. Dalam rakaman kali kedua ini, guru membuat set

induksi berbanding tiada set induksi semasa rakaman kali pertama. Pengajaran

kali kedua ini, guru membuat kesimpulan pengajaran kepada murid.

Penggunaan alatan sukan lebih baik dan telahdimaksimakan. Aktiviti

pengajaran juga lebih baik dan tersusun berbanding rakaman pertama.

Page 39: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

39

Dari segi personaliti guru pula, guru ini berpotensi untuk menjadi guru yang

cemerlang jika latihan dijalankan secara berterusan dan pengajaran guru adalah

meningkat jika dibandingkan dengan pengajaran yang pertama.

4.2.3.2 Analisis Rakaman Video Guru Pelatih B

i. Rakaman Pertama Guru Pelatih B

Dalam rakaman pertama guru pelatih B, proses pengajaran dilihat tidak

dirancang dengan rapi. Guru sepatutnya menerangkan objektif pengajaran

kepada pelajar dan bukan menerangkan jenis permainan yang akan diajar dalam

sesi pengajaran tersebut.

Dalam sesi pengajaran tersebut, guru tidak menerangkan kemahiran yang

akan dipelajari. Guru dilihat hanya membiarkan pelajar bermain tanpa

mengetahui kemahiran yang akan dipelajari. Pada akhir sesi pengajaran, guru

dilihat mengajar kemahiran menendang bola, tetapi guru tidak menunujukkan

cara-cara menendang bola dengan betul.

Dari segi profesioanlisme seorang guru, guru perlu mengetahui asas-asas

dalam permainan sebelum sesi pengajaran. Sesi pengajaran perlu diatur supaya

sesi pembelajaran dapat berlaku dengan lebih tersusun dan objektif lebih

tercapai.

ii. Rakaman Kedua Guru Pelatih B

Dalam rakaman sesi kedua, pengajaran guru dilihat lebih menarik dan

tersusun. Pelajar juga dilihat lebih berminat dan lebih memberi kerjasama.

Page 40: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

40

Diawal sesi pengajaran, guru telah menarik minat murid dengan set induksi

yang menarik. Guru menunjukkan kemahiran yang perlu diajar dan turut

menguasai kemahiran asas permainan tersebut. Guru berjaya melibatkan

kesemua pelajar dengan aktiviti kelas. Sesi pengajaran juga dilihat berjalan

dengan lancar dan tersusun berbanding pengajaran yang pertama. Penggunaan

masa yang baik telah ditunjukkan oleh guru pelatih ini dan komunikasi dua hala

wujud dalam sesi pengajaran ini.

Dalam sesi kedua ini, guru dilihat lebih berkeyakinan dan menunjukkan

ketegasan dalam pengajaran. Selain itu juga, guru telah menunjukkan

peningkatan dari segi kualiti pengajaran.

4.2.3.3 Analisis Rakaman Video Guru Pelatih C

i. Rakaman Pertama Guru Pelatih C

Pada peringkat awal sesi pengajaran, kawalan kelas agak sedikit kurang

kerana pelajar dilihat masih tidak dapat memahami objektif pengajaran. Pada

akhir sesi pengajaran pula, pelajar dilihat lebih memberikan kerjasama dan

kawalan kelas dilihat lebih baik.

Persiapan guru dalam menyediakan alatan dan aktiviti adalah baik. Guru

mengambil masa terlalu lama untuk menjalankan set induksi. Dalam hal ini,

guru perlu lebih kreatif jika melibatkan pelajar yang ramai dalam kelas tersebut.

Guru berkeyakinan dalam menerangkan kemahiran yang akan diajar dalam kelas

tersebut. Guru berjaya mengawal kelas semasa aktiviti dijalankan dan pelajar

lebih memberikan kerjasama. Selain itu juga, guru menunjukkan kemahiran

menggunakan masa dengan baik.

Dari aspek lain, guru seharusnya berada pada kedudukan yang sesuai semasa

memberikan penerangan supaya dapat dilihat oleh pelajar. Selain itu juga,

Page 41: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

41

ketegasan semasa di dalam kelas adalah penting supaya semua pelajar akan lebih

memberikan perhatian semasa guru memberikan penerangan.

ii. Rakaman Kedua Guru Pelatih C

Dalam rakaman yang kedua, jika dilihat secara kasar terdapat sedikit sahaja

peningkatan pengajaran berbanding rakaman yang pertama. Kawalan kelas

perlu ditingkatkan lagi.

Pada permulaan sesi, guru seharusnya memastikan kehadiran dan kesediaan

murid sebelum memulakan sesi. Disebabkan oleh suara guru yang kurang

lantang, guru perlu memastikan jarak di antara guru dan pelajar tidak terlalu

jauh. Guru berjaya menerangkan objektif pengajaran kepada pelajar dan

melibatkan kesemua pelajar dalam aktiviti pengajaran. Guru seharusnya

mengguanakan wisel berbanding suara dalam memulakan dan menamatkan

aktiviti.

Proses pengajaran dilihat lebih teratur berbanding rakaman yang pertama.

Dari aspek kemahiran mengawal kelas, guru telah memperlihatkan sedikit

peningkatan berbanding rakaman yang pertama.

4.2.3.4 Analisis Rakaman Video Guru Pelatih D

i. Rakaman Pertama Guru Pelatih D

Bagi rakaman pertama guru pelatih D, secara keseluruhannya guru dapat

mengawal kelas dengan baik. Pelajar memberikan kerjasama dan sesi

pengajaran berjalan dengan lancar.

Page 42: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

42

Pada awal sesi pengajaran guru memulakan dengan senaman pemanasan

badan yang menarik, ini menunjukkan bahawa kemahiran asas dalam sukan

sudah sedia maklum bagi guru. Akan tetapi, guru tidak menerangkan mengenai

objektif pengajaran semasa memulakan pengajaran. Tiada set induksi

ditunjukkan diawal sesi walaupun ia merupakan perkara yang penting dalam

proses pengajaran. Kemudiannya, kelas berjalan seperti biasa iaitu guru

mengajar kemahiran dan kesemua pelajar terlibat dalam aktiviti tersebut dan

pelajar memberikan kerjasama. Kesemua aktiviti berjalan dengan lancar.

Guru perlu memberikan kesimpulan diakhir sesi pengajaran. Selain itu juga,

pengisian seperti soal jawab perlu diisi supaya guru mengetahui tahap objektif

pengajaran yang dicapai.

ii. Rakaman Kedua Guru Pelatih D

Dalam rakaman yang kedua, tidak banyak perbezaan dapat diperhatikan.

Keadaan kelas dapat dikawal dan pengajaran dapat berjalan dengan lancar tanpa

sebarang gangguan.

Jika dilihat, guru masih memulakan kelas dengan senaman memanaskan

badan dan ia perlu diteruskan. Akan tetapi, set induksi masih belum diterapkan

dalam memulakan kelas. Guru seharusnya menerangkan mengenai objektif

pengajaran sebelum mengajarkan teknik dan kemahiran. Guru memulakan kelas

dengan senaman dan seterusnya mengajar teknik dan kemahiran. Seterusnya

guru membuat permainan kecil sebelum menamatkan sesi pengajaran.

Guru masih menggunakan kaedah yang sama dalam proses pengajaran

rakaman yang pertama kedalam rakaman yang kedua. Guru perlu lebih

mementingkan hasil pengajaran berbanding mengajar teknik dan kemahiran.

Komunikasi dua hala perlu dalam memastikan pelajar memahami objektif

pengajaran yang ingin disampaikan.

Page 43: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

43

4.3 Kesimpulan

Analisis yang telah dijalankan bagi menjawab tiga persoalan kajian ini iaitu

mengetahui tahap keberkesanan pengajaran dari aspek pengetahuan guru, kemahiran

guru dan sikap guru. Dari segi keseluruhan pengetahuan guru, nilai min yang

diperolehi ialah 3.49. Nilai min yang diperolehi dari keseluruhan aspek kemahiran

guru pula ialah 3.54. Manakala yang terakhir, mengenai keseluruhan sikap guru

pula, nilai min yang diperolehi ialah 3.57. Oleh itu, nilai min secara keseluruhan

ialah 3.53.

Nilai-nilai min yang diperolehi adalah berada antara 3.00 hingga 4.00. Ini

membawa erti bahawa pelajar bersetuju pengajaran guru mereka adalah pada tahap

sangat berkesan dari aspek pengetahuan guru, kemahiran guru dan sikap guru itu

sendiri dan secara keseluruhannya pula, pengajaran guru pada tahap sangat berkesan.

Analisis bagi setiap guru pelatih mengikut aspek pengetahuan guru,

kemahiran guru dan sikap guru telah dibuat. Bagi guru pelatih A nilai min bagi

aspek pengetahuan guru ialah 3.56,nilai min bagi aspek kemahiran guru ialah 3.60

dan nilai minbagi aspek sikap guru ialah 3.62. Nilai min secara keseluruhan bagi

guru pelatih A ialah 3.59. Manakala bagi guru pelatih B nilai min bagi aspek

pengetahuan ialah 3.36, nilai min bagi aspek kemahiran ialah 3.44 dan nilai min bagi

aspek sikap guru ialah 3.43. Secara keseluruhannya nilai min guru pelatih B ialah

3.41. Bagi guru pelatih C pula nilai min bagi aspek pengetahuan guru ialah 3.66,

nilai min bagi aspek kemahiran guru ialah 3.65 dan nilai min bagi aspek sikap guru

ialah 3.70. Secara keseluruhannya nilai min guru pelatih C ialah 3.67. Manakala

bagi pelatih D pula nilai min bagi aspek pengetahuan guru ialah 3.12, nilai min bagi

aspek kemahiran guru ialah 3.34 dan nilai min bagi aspek sikap guru ialah 3.45.

Secara keseluruhannya nilai min bagi guru pelatih D ialah 3.31.

Nilai-nilai min yang diperolehi mengikut setiap guru adalah berada antara

3.00 hingga 4.00. Ini membawa erti bahawa pelajar bersetuju pengajaran guru

Page 44: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

44

mereka pada tahap sangat berkesan dari aspek pengetahuan guru, kemahiran gurudan

sikap guru itu sendiri. Secara keseluruhannya pula, pengajaran setiap guru adalah

pada tahap sangat berkesan.

Bagi analisis video pula, guru pelatih A, B, C, dan D masing-masing

menunjukkan peningkatan pengajaran pada video pengajaran yang kedua berbanding

video pengajaran yang pertama. Kesemua guru pelatih mengalami pembelajaran

pengajaran secara berterusan.

Page 45: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

45

BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Dalam bahagian terakhir ini, beberapa perkara akan dirumuskan. Seterusnya,

perbincangan serta kesimpulan kajian akan dibuat. Di bahagian yang terakhir pula,

beberapa cadangan mengenai kajian ini untuk tindakan lanjutan dan kajian lanjutan

akan dibincangkan.

5.2 Rumusan Dapatan Kajian

Kajian ini membincangkan mengenai persepsi pelajar terhadap tahap

keberkesanan guru pelatih wanita di sekitar Johor Bahru. Kajian ini melibatkan

guru-guru pelatih bagi subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dari Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai. Seramai empat orang guru pelatih wanita yang terlibat

secara langsung dalam kajian ini.

Guru-guru yang terlibat mewakili sebuah sekolah di sekitar Johor Bahru dan

telah dipilih secara rawak. Pelajar-pelajar dari kelas guru yang terlibat akan

bertindak sebagai responden yang telah menjawab soal selidik yang telah diedar dan

dianalisis.

Page 46: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

46

Bagi menjawab persoalan kajian ini, instrumen yang digunakan bagi

menjawab persoalan kajian ini adalah soal selidik dan rakaman video. Instrumen

soal selidik ini digunakan bertujuan untuk mengkaji tahap keberkesanan guru dari

aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dari aspek persepsi pelajar. Soal

selidik tersebut diedarkan kepada pelajar-pelajar guru yang terlibat di akhir sesi

pengajaran. Bagi rakaman video pula, dua sela masa dipilih bagi merakam sesi

pengajaran guru yang terlibat dari awal sesi hingga akhir sesi pengajaran. Rakaman

video ini kemudiannya dianalisis bagi melihat tahap perkembangan pengajaran dan

keberkesanan pengajaran guru yang terlibat.

Sebanyak 80 soal selidik telah diedarkan mewakili 80 orang pelajar dari

kalangan empat orang guru yang terlibat. Kemudiannya, soal selidik yang diperolehi

dikumpulkan dan data-data yang diperolehi dimasukkan ke dalam perisisan SPSS

versi 16.0. Beberapa analisis dijalankan bagi menilai persepsi pelajar terhadap

keberkesanan pengajaran guru tersebut.

Analisis yang paling tepat bagi mengukur tahap keberkesanan pengajaran

guru adalah analisis terhadap nilai min. Oleh sebab soal selidik tersebut mewakili

tiga aspek iaitu aspek kemahiran, pengetahuan dan sikap, maka item yang mewakili

aspek yang terlibat dikelaskan mengikut aspek berkenaan. Setelah kesemua item-

item dikelaskan mengikut item yang terlibat, maka nilai min bagi aspek tersebut

dapat ditentukan.

Dapatan kajian daripada soal selidik ini pula boleh dikelaskan kepada dua

bahagian iaitu secara keseluruhan dan secara individu mengikut guru pelatih. Guru

pelatih pula telah dikelaskan kepada empat kelas iaitu guru pelatih A hingga guru

pelatih D.

Bagi guru pelatih A,nilai min bagi aspek kemahiran adalah 3.60. Bagi aspek

pengetahuan pula, nilai min adalah 3.56 manakala bagi aspek sikap pula adalah 3.62.

Secara keseluruhannya, nilai min bagi guru pelatih A ialah 3.59. Ini menunjukkan

Page 47: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

47

responden bersetuju bahawa tahap keberkesanan pengajaran guru pelatih A adalah

sangat berkesan iaitu melebihi 3.00.

Jika diperhatikan melalui analisis video yang telah dirakam, secara

keseluruhannya, terdapat peningkatan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap

guru. Dari segi aspek kemahiran, guru menunjukkan peningkatan dalam aspek

penyediaan alat bantu mengajar, dapat membuat kesimpulan akhir, dan peningkatan

dari segi aktiviti pengajaran pada rakaman kedua. Guru dilihat lebih bersedia dengan

aspek kemahiran tersebut apabila telah menguasai aspek pengetahuan. Dari segi

aspek pengetahuan pula berlaku peningkatan apabila guru telah membuat set induksi

berbanding tiada set induksi pada rakaman pertama dan dapat menyampaikan isi

pelajaran dengan lebih tersusun. Manakala aspek sikap pula, guru telah

menunjukkan daya kesungguhan dan ketegasan semasa sesi pengajaran.

Bagi guru pelatih B pula, nilai min bagi aspek kemahiran adalah 3.44,

manakala bagi aspek pengetahuan pula adalah 3.36. bagi aspek sikap pula, nilai min

adalah 3.43 dan secara keseluruhannya nilai min adalah 3.41. Kesemua nilai min

yang diperolehi adalah melebihi 3.00. Responden juga bersetuju bahawa tahap

keberkesanan guru pelatih B juga adalah sangat berkesan.

Analisis rakaman video bagi guru pelatih B pula, secara keseluruhannya,

berlaku peningkatan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap guru. Dari aspek

pengetahuan, guru dilihat lebih menunjukkan pengetahuan yang lebih mendalam

pada rakaman kedua. Guru seharusnya mempunyai pengetahuan setidak-tidak nya

asas dalam permainan sebelum mengajarnya kepada pelajar pada rakaman pertama.

Pada sesi rakaman kedua, pengetahuan guru mengenai permainan lebih baik dan

tersusun dan ini menunjukkan bahawa guru telah bersedia sebelum memulakan sesi

pengajaran. Dari aspek yang lain pula seperti aspek kemahiran, penggunaan alat

bantu mengajar lebih baik dan kemahiran mengawal kelas juga lebih baik pada

rakaman kedua. Dari aspek sikap pula, guru telah menunjukkan sikap yang

bersungguh-sungguh dan menjadikan pelajar lebih bersemangat. Selain itu,

Page 48: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

48

ketegasan yang ditunjukkan membolehkan pelajar lebih mendengar arahan dan

kawalan kelas berada dalam keadaan baik.

Seterusnya, bagi guru pelatih C pula, nilai min bagi aspek kemahiran adalah

3.65, bagi aspek pengetahuan pula adalah 3.66 dan bagi aspek sikap pula adalah

3.70. Oleh itu, nilai min secara keseluruhan adalah 3.67. Kesemua nilai min yang

diperolehi oleh guru pelatih C adalah tinggi iaitu melebihi 3.50. Oleh itu, responden

bersetuju bahawa tahap keberkesanan pengajaran guru pelatih C ini adalah sangat

berkesan.

Jika diperhatikan pada rakaman video untuk guru pelatih C ini pula,

kemahiran kawalan kelas meningkat sedikit dan masih boleh diperbaiki. Ini

disebabkan oleh guru mengambil masa yang agak lama semasa set induksi.

Walaupun yang demikian, guru pelatih C telah meningkatkan mutu pengajaran

tersebut pada rakaman kedua dengan memperkenalkan set induksi dengan cara yang

lebih kreatif disebabkan bilangan pelajar yang lebih ramai. Dari aspek pengetahuan

dan kemahiran, guru telah berjaya menerapkan kepada pelajar dan kesemua pelajar

telah melibatkan diri secara aktif pada sesi pengajaran berkenaan. Mengenai sikap

guru pula, guru dilihat bergerak secara aktif bagi memastikan aktiviti dapat berjalan

dengan lancar.

Bagi yang terakhir iaitu guru pelatih D pula, nilai min bagi aspek kemahiran

adalah 3.34. Nilai min bagi aspek pengetahuan pula adalah 3.12 dan bagi aspek

sikap pula, nilai min yang diperolehi adalah 3.45. Oleh itu, secara keseluruhannya,

nilai min yang diperolehi adalah 3.31. Walaupun nilai min yang diperolehi adalah

melebihi 3.00, nilai min ini adalah yang paling rendah jika dibandingkan dengan

guru pelatih yang lain. Walau bagaimapun, respendon juga bersetuju bahawa tahap

pengajaran guru pelatih D juga adalah sangat berkesan.

Seterusnya rakaman video guru pelatih yang terakhir ini, di awal sesi

pengajaran, guru dilihat menunjukkan kemahiran memanaskan badan sebelum

memulakan aktiviti. Selain itu, guru ini dilihat tidak mempunyai kemahiran dalam

Page 49: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

49

mencipta set induksi bagi menarik perhatian pelajar di awal sesi pengajaran.

Seterusnya, guru juga telah menerapkan aspek pengetahuan semasa mengajar

kemahiran kepada pelajar. Aspek yang terakhir iaitu aspek sikap guru yang

ditunjukkan oleh guru pelatih D. Guru pelatih ini dilihat perlu lebih serius supaya

pelajar tidak bermain-main semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Perkara yang terakhir adalah nilai min keseluruhan secara purata bagi

keempat-empat orang guru yang terlibat. Dari aspek ;pengetahuan, nilai purata min

adalah 3.48. Bagi aspek kemahiran pula, nilai min adalah 3.55 dan manakala bagi

aspek sikap pula, nilai min adalah 3.57. Oleh yang demikian, nilai purata min bagi

keseluruhan guru dan secara keseluruhan bagi kesemua aspak adalah 3.53.

5.3 Perbincangan dan Kesimpulan Dapatan Kajian

Instrumen yang digunakan bagi menjawab persoalan kajian ini adalah soal

selidik dan rakaman video. Menurut Medley (1982), keberkesanan pengajaran

seseorang guru boleh dilihat dari pelakuan muridnya dan bukan gurunya. Oleh itu

instrumen soal selidik ini digunakan bertujuan untuk mengkaji tahap keberkesanan

guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dari aspek persepsi pelajar.

Menurut Borich (1996) pula, pengajaran yang berkesan melibatkan perlakuan untuk

melakukan sesuatu dan penyatuan beberapa elemen yang menolong ke arah

mencapai matlamat yang spesifik. Oleh itu rakaman video dibuat dan di analisis bagi

melihat tahap perkembangan pengajaran dan keberkesanan pengajaran guru yang

terlibat.

Secara keseluruhannya, responden telah memberikan maklum balas yang

positif terhadap keberkesanan pengajaran guru mereka. Kesemua nilai min yang

diperolehi oleh setiap guru dan juga nilai min secara purata bagi keempat-empat guru

yang terlibat bagi setiap aspek adalah melebihi nilai 3.00. Ini menunjukkan bahawa

respondan bersetuju keberkesanan pengajaran guru mereka pada tahap sangat

Page 50: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

50

berkesan. Nilai purata min bagi keseluruhan guru dan secara keseluruhan bagi

kesemua aspak adalah 3.53 iaitu pada tahap sangat berkesan dan guru telah berjaya

menerapkan segala teori dan prinsip pendidikan dalam pengajaranya yang sebenar

iaitu mengaplikasikan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap keguruan dalam

pengajarannya Hal ini disokong oleh Abdul Raof dan Subahan (1991) menjelaskan

bahawa sewaktu menjalani latihan mengajar, guru pelatih mengajar dengan

menggunakan segala teori dan prinsip pendidikan dalam situasi pengajaran sebenar

di dalam bilik darjah.

Purata keseluruhan bagi keempat-empat guru yang terlibat telah

menunjukkanaspek sikap guru mempunyai nilai purata paling tinggi iaitu 3.58

berbanding dengan aspek pengetahuan guruiaitu 3.48 dan aspek kemahiran guru iaitu

3.55. Perkara tersebut menunjukkan bahawa semua guru pelatih mempuyai sikap

dan minat yang bersungguh-sungguh dalam pengajaran dan mempunyai sikap yang

baik sepanjang proses pengajarannya yang mewujudkan pengajaran yang bekesan.

Hal ini disokong oleh Ahmad Atory (1986), minat memainkan peranan penting

dalam keberkesanan dan kejayaan dalam proses pembelajaran dan juga disokong

oleh Salleh (1992), seseorang itu memerlukan minat yang mendalam dalam sesuatu

pekerjaan yang diceburinya barulah lahir semangat berdedikasi dalam menjalankan

tugas, rajin, berdisiplin dan bersedia untuk berkorban.

Menurut Shahril (2005), pengajaran berkesan berlaku apabila guru berupaya

mempelbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan alat bantu mengajar dan

mendalami isi kandungan yang hendak diajar. Menurutnya juga, guru juga perlu

mengetahui kebolehan pelajar, memotivasikan pelajar agar mereka dapat belajar

dengan bersungguh-sungguh dan mengawal kelakuan pelajar. Oleh yang demikian,

pengajaran yang berkesan terletak pada guru itu sendiri dan kebolehan

memotivasikan pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan perkara ini

dapat dilihat melalui video rakaman pelatih B yang telah memperbaiki proses

pengajarannya dari segi menyediakan alat bantu mengajar, pembaiki kaedah

pengajaran dan memahami dan bersedia dengan isi kandungan pengajaran yang

hendak di ajar pada pengajaran seterusnya.

Page 51: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

51

Walaupun terdapat banyak lagi penyelidik lain yang mencadangkan model

pengajaran seperti model yang diterapkan oleh Caroll (1963), yang telah

memperkenalkan lima faktor yang mempengaruhi pengajaran berkesan, model yang

digunakan dalam kajian ini adalah merupakan perkara asas yang perlu diterapkan

dalam pengajaran Pendidikan Jasmani. Lima faktor tersebut adalah sikap, kebolehan

untuk mempengaruhi pengajaran, ketekunan, peluang dan pengajaran yang

berkualiti. Kesemua aspek ini dapat dilihat berdasarkan video rakaman kesemua

guru yang telah berusaha membaiki kelemahan yang terlihat dalam video awal

pengajaran dan telah membaikinya mengikut lima faktor tersebut dalam pengajaran

yang seterusnya.

Kesediaan guru adalah penting keranamenurut Farrant (1994), seseorang guru

yang tidak pastidengan apa yang hendak diajaratau setelah pelajaran bermula, baru

hendak mengumpul alat-alat untuk proses pengajaran, tidak boleh mengharapkan

murid-muridnya berkembang dengan cara pengajaran yang sedemikian rupa.Ini dapat

menerangkan bahawa semua guru perlu lebih bersedia dengan aspek pengetahuan

supaya pelajar akan berkembang dengan pengetahuan yang akan dicurahkan kepada

pelajar. Hal ini dapat dilihat pada rakaman kedua semua guru yang menunjukkan

perubahan pengajaran yang lebih positif iaitu guru lebih bersedia dalam pengajaran

berbanding rakaman awal pengajarannya.

Dari aspek perkembangan dan peningkatan kualiti pengajaran pula, kesemua

guru dilihat telah menunjukkan peningkatan. Seharusnya guru perlu meningkatkan

tahap pengajaran dari ketiga-tiga aspek supaya objektif pembelajaran dapat dicapai

dengan mudah.

5.4 Cadangan

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan ini, beberapa perkara perlu diambil

kira dan dibaik pulih. Ini perlu untuk meneliti lebih dalam lagi akan kelemahan yang

Page 52: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

52

berlaku dalam proses pengajaran Pendidikan Jasmani serta meningkatkan mutu

Pendidikan Jasmani yang berada pada tahap yang rendah pada ketika ini.

5.4.1 Cadangan Tindakan

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar terhadap keberkesanan

guru pelatih wanita yang terdiri daripada tiga aspek iaitu aspek pengetahuan,

kemahiran dan sikap. Beberapa tindakan perlu diambil bagi meningkatkan lagi mutu

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan selepas kajian ini dijalankan. Antara cadangan

tindakan yang boleh dilakukan adalah seperti di bawah:

1. Guru pelatith perlu lebih peka mengenai prestasi mereka sekarang.

Berdasarkan aspek-aspek yang telah disenaraikan, mereka perlu

meneliti aspek yang perlu diasah sebelum memulakan sesi pengajaran

supaya proses pengajaran lebih berkesan lagi.

2. Hasil dapatan kajian ini amat berguna kepada para pensyarah yang

berkaitan dalam meningkatkan aspek yang dilihat masih berada di

bawah tahap yang sederhana pada awal pengajaran guru pelatih.

3. Dengan rakaman video yang telah dilakukan, guru pelatih sendiri

perlu mencerminkan diri dengan menonton sendiri rakaman tersebut

dan menilai sendiri kelemahan yang perlu diperbaiki dan kekuatan

yang perlu diberi penekanan sambil dibantu oleh guru pembimbing

masing-masing.

4. Instrumen soal selidik berdasarkan aspek kemahiran iaitu item 6,

ketika perlaksanaan matapelajaran Pendidikan Jasmani, gura saya

sentiasa berpakaian sukan dan juga item 14 ketika perlaksanaan

matapelajaran Pendidikan Jasmani, gura saya mempunyai gaya

personaliti yang dapat menarik minat saya untuk terus mengikuti

pengajarannya perlu di beri penambahbaikan supaya bersesuaian

dengan objektif yang berdasarkan aspek kemahiran guru.

Page 53: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

53

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan

Selain daripada cadangan tindakan, cadangan kepada kajian lanjutan adalah

bertujuan untuk membaik pulih metodologi kajian yang sedia ada dan yang telah

digunakan atau mengolah tajuk supaya dapat melihat permasalahan yang wujud

mengenai dunia Pendidikan Jasmani dari sudut yang lain pula.

Jika diperhatikan kepada hasil kajian, kesemua responden telah memberikan

respons yang positif iaitu pelajar telah meletakkan tahap keberkesanan pengajaran

guru pada tahap yang tinggi. Apabila dilihat dari sudut yang lain pula, kehadiran dan

penyertaan pelajar dalam pengajaran Pendidikan Jasmani masih belum dapat

melahirkan pelajar aktif dan sihat. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan oleh

persepsi pembelajaran pelajar mengenai Pendidikan Jasmani adalah berbeza dengan

persepsi pembelajaran yang sepatutnya.

Oleh itu, menjadi satu keperluan kepada pengkaji-pengkaji untuk menilai

kembali apakah konsespsi pembelajaran pelajar terhadap Pendidikan Jasmani.

Apabila konsepsi pembelajaran sebenar pelajar dapat diketahui, maka dapatlah

diketahui sama ada konsepsi pembelajaran yang dipegang oleh pelajar adalah tinggi

atau tidak.

Cadangan lain yang boleh ditambah bagi membaik pulih kajian yang akan

datang adalah dengan mengenal pasti adakah wujud perbezaan konsespi

pembelajaran jika dibandingkan dengan pelajar yang lebih senior.

Selain itu juga, skala yang digunakan dalam soal selidik yang sedia ada iaitu

skala empat mata perlu ditambah. Ini memberikan ruang mata yang lebih luas dan

penilaian yang dilakukan akan menjadi lebih tepat berbanding empat mata yang

digunakan dalam kajian ini.

Page 54: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

54

5.5 Kesimpulan

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap

keberkesanan guru pelatih Pendidikan Jasmani wanita di sekolah sekitar Johor

Bharu. Responden diberi peluang untuk memberikan skala tahap keberkesanan

bermula dari sangat setuju hingga sangat tidak setuju.

Berdasarkan dapatan kajian dan analisis yang telah dilakukan, nilai min yang

diperolehi berdasarkan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap adalah melebihi

3.00 iaitu tahap tinggi. Oleh itu, responden bersetuju bahawa tahap pengajaran guru

pelatih secara keseluruhannya adalah tinggi.

Jika dilihat kepada analisis video pula, guru dilihat menekankan ketiga-tiga

aspek yang diuji dalam soal selidik. Oleh itu, pengajaran guru adalah berkesan.

Page 55: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

55

RUJUKAN

Abd Rahman Yusoff (1997), Pelaksanaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di

sekolah-sekolah menengah Daerah Tanah Merah Kelantan. Tesis Sarjana

Sains Pembangunan Manusia. UNIMAS Sarawak.

Abdul Raof Dalip, T. Subahan Mohd. Meerah (1991). Isu-Isu Latihan Mengajar.

Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan (1989), Isu-isu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia .

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Hassan dan Meor Ibrahim Kamaruddin (1997). Modul 1:Siri Program

Perguruan Latihan Mengajar: Apakah Persediaan Guru Pelatih. Universiti

Teknologi Malaysia.

Ahmad Atory Hussain. 1986. Tingkah laku organisasi dalam pengurusan moden.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asiah Abu Samah (1983). Buku Panduan Khas Pendidikan Jasmani Tahun

2:Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Andrew (2002), Faktor-Faktor Dalaman dan Luaran Organisani Pendidikan dan

Hubunganya Dengan Tekanan Kerja : Satu Tinjauan Di Sekolah Menengah.

Tesis Sarjana, Universiti Utara Malaysia.

Ahmad Rodzli (2004), www.slideshare.net/rodzli/pengenalan-pendidikanjasmani.

Borich G. D (1996), Effective teaching methods, (esp. ch 8, Questioning Strategies),

Prentice Hall.

Page 56: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

56

Capel, S., Piotrowski, S.(2000)..Issues in Physical Education (Issues in Education

series), Oxford University Press.

Carroll, J. (1963). A model of school learning. Teacher College Record, 64,723-73.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2002). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur :

Dawara Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2008). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur :

Dawara Sdn. Bhd.

Farrant, J.S. (1994). Principle and practice of education. Singapore. Longman.

Ghazali Bin Darusalam (2000), Kesahan dan Kebolehpercayaan dalam Kajian

Kualitatif dan Kuantitatif.Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Maktab

Perguruan Islam, Bangi. Tesis Ph.D. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Heibert, J et al (1991). Fourth graders gradual constructions of decimal fractions

during instruction using different representation. Elementary School Journal,

97, 301-341.

Husairi Mohri (2002), Tinjauan Menegenai Perlaksanaan Matapelajaran

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Empat Buah Sekolah Kebangsaan

Felda Dalam Daerah Hulu Perak. Laporan Ijazah Sarjana Muda, Universiti

Teknologi Malaysia.

Kamaruddin Hj Husin (1988), Pedagogi Bahasa, Longman Malaysia, Kuala Lumpur

Kallison (1986), Effect of lesson organization achievement. American Education

Research Journal, 23, 337-347.

Khairun Nadwa (2007), Kesan Pembelajaran Melalui Inkuiri (PBI) Melalui Web

Terhadap Prestasi dan Persepsi Pelajar Dalam Mata Pelajaran Fizik

Peringkat Universiti. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Sains

Malaysia.

Page 57: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

57

King , D & Menke, J (1992). Providing the instructors note: An effective additional

to student note taking. Educational Psychologist, 20, 33-39.

Kubiszyn, T., and Borich, G., (2000), Educational Testing and Measurement

:Classroom Application and Practice. Sixth Edition. New York : John Wiley

&Sons, Inc.

Land, M.L (1987), Vagueness and clarity. Dalam Dunkin Ed International

encyclopedia of teaching and teacher education. N.Y : Pergamon.

Loh Hueh Yong (2010), Konsepsi Pembelajaran Pelajar Tahun Satu Dan Tahun

Empat Di Fakulti Kejuruteraan Dan Sains Geoinformasi. Laporan Projek

Ijazah Sarjana Muda Fakulti Pendidikan, UTM.

Medley.D (1982), Teacher Effectiveness. In HE Mitzel (Ed) Encyclopedia of

Educational Research (pp. 1345-1352). New York. Free Press.

Mohd Najib Abd. Ghafar, (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit

Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Wildan Azmi (2011), Konsepsi Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Fakulti

Sains. Laporan Projek Ijazah Sarjana Muda, Fakulti Pendidikan, UTM.

Noor Azreen (2002). Keberkesanan Pengajaran Guru Sains Dari Perspektif Pelajar

Tingkatan Empat Di Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulai. Laporan

Projek Ijazah Sarjana Muda Fakulti Pendidikan, UTM.

Norhayati binti Abdul Rahman (2009). Keberkesanan Pengajaran Mikro Dalam

Latihan Mengajar Guru Pelatih Matematik. Laporan Projek Ijazah Sarjana

Muda Fakulti Pendidikan, UTM.

Nor’ani Saidun (2009), Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Pengajaran Mata

Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Menengah. Laporan Projek Ijazah

Sarjana Muda Fakulti Pendidikan, UTM.

Page 58: BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu

58

Pid Song (2006). Displin Pelajar Melalui Pendidikan Jasmani. Diakses pada 12

Februari, 2009, dari http://www.idesa.net.my/.

Salleh Long (1922), Guru dan Martabatnya, Pendidik. Widad Publicatian, K.L

Shahril @ Charil Bin Hj Marzuki (2005),Amalan Pengajaran Guru Yang Berkesan:

Kajian Di Beberapa Sekolah Menengah Di Malaysia. Tesis Sarjana

Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Schwager, S & C. Labate (1993). Teaching For Critical Thinking On Physical

Education.Journal of Physical Education, Recreation and Dance.pp24-26.

Slavin R.E (1994), Quality, Appropriateness, Incentive And Time: A Model Of

Instructional Effectiveness. International Journal of Educational Research,

21, 141-157.

Walter R. Borg & Meredith Damien Gall (1979), Educational Research ; An

Introduction. 3rd Edition, New. York : Longman.

Wee Eng Hoe. (1994). Organisasi Dan Pentadbiran Sukan Dan Pendidikan

Jasmani.Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Zulfahmi Md Hanafiah (2008). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan

Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Menghadapi Latihan Mengajar.

Laporan Projek Ijazah Sarjana Muda, Fakulti Pendidikan, UTM.