pengenalan kepada pengurusan pendidikan jasmani dan sukan-topik 1

Upload: zon-darknour

Post on 16-Oct-2015

138 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN-TOPIK 1.Diharap perkongisan ini dapat memberi manfaat bersama.

TRANSCRIPT

  • 1OUM

    BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

    HASIL PEMBELAJARAN:

    Setelah mengikuti bab ini, anda akan dapat:

    x Menyatakan dan membezakan konsep pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani, sukan dan rekreasi

    x Menyatakan falsafah pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani, sukan dan rekreasi

    x Menyatakan kepentingan pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani, sukan dan rekreasi

    BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

    RINGKASAN BAB

    1.0 Pengenalan

    1.1 Konsep dan Definisi Pengelolaan dan Pentadbiran

    1.2 Pengelolaan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Sukan dan Rekreasi

    1.0 PENGENALAN

    Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dengan sukan adalah bidang yang berlainan sama sekali. Pengelolaan pendidikan jasmani mengutamakan unsur pendidikan. Aktiviti pendidikan jasmani merupakan subjek akademik disekolah-sekolah dan mempunyai kurikulum yang terancang dan teratur.

    Aktiviti sukan pula tertumpu kepada segala aspek dari mengelola, menyertai pertandingan dan permainan serta mengelola dan melatih pasukan untuk pertandingan yang lebih formal.

    Bab 1 : Pengenalan kepada Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan

    Bab 2 : Rekreasi dan Kesenggangan Bab 3 : Perancangan Organisasi dalam

    Pendidikan Jasmani dan SukanBab 4 : Agensi-agensi Sukan Nasional

    dan Antarabangsa Bab 5 : Proses Pengurusan dalam

    Pendidikan Jasmani Bab 6 : Pengurusan dan Pengelolaan

    Pertandingan SukanBab 7 : Undang-undang dan Peraturan

    Pertandingan Bab 8 : Pengurusan dan Pengelolaan

    Pertandingan Sukan Mini Bab 9 : Pengurusan dan Pengelolaan

    Pertandingan Permainan Tradisional

    Bab 10 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan Ragam

  • 2OUM

    BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN

    JASMANI DAN SUKAN

    1.1 KONSEP DAN DEFINISI PENGURUSAN

    Menurut kamus dewan pengurusan didefinisikan sebagai pengarahan dan pengawalan,

    pengelolaan, penyelenggaraan. Dengan kata lain pengurusan sukan, pendidikan jasmani

    boleh di definisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan

    pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet,

    kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan berkaitan dengan sukan dan

    pendidikan jasmani.

    Di antara fungsi pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan ialah

    (a) Merancang

    (b) Menyediakan bajet

    (c) Mengawal

    (d) Mengarah

    (e) Mengelola

    (f) Menyediakan jadual pertandingan

    (g) Membuat keputusan

    (h) Menilai

    Untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah pentadbiran dan pengelolaan pendidikan

    jasmani dan sukan. Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian iaitu:-

    (a) Persediaan profesional

    (b) Sikap profesional

    (c) Perkembangan profesional

    Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh individu, persatuan dan badan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan. Kemajuan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan akan Memperolehi kecemerlangan dan kegemilangan.

    1.1.1 Pengurusan Pendidikan Jasmani

    Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk mempertingkatkan

    kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu melalui pendekatan aktiviti fizikal.

    Pendidikan jasmani (PJ) juga merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh

    yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial, dan

    emosi. Melalui Pendidikan jasmani (PJ) pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan

    mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. Secara ringkasnya

    Pendidikan jasmani (PJ) adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik dan

    berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan

    kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986)

    Oleh yang demikian pendidikan jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yang

    menumpukan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran insani melalui

    aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial,

    pembentukan nilai dan emosi. Pendidikan jasmani juga bertujuan untuk menjadikan

  • 3OUM

    BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

    pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan dan nilai, sikap, pengetahuan

    dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

    Pengelolaan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani adalah bagaimana kita mentadbir dan menguruskan mata pelajaran pendidikan jasmani supaya mata pelajaran ini dapat dilaksanakan atau di ajar dengan berkesan serta mencapai objektif yang di harapkan.

    (a) Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia

    Pendidikan jasmani merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia.

    Mata pelajaran pendidikan jasmani diajar selama 11 tahun dalam sistem

    persekolahan di Malaysia. Kurikulum pendidikan jasmani merangkumi aspek-aspek

    kemahiran sukan, rekreasi, pendidikan sukan serta kesihatan.

    Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.

    Bagi membentuk penghayatan yang tinggi terhadap mata pelajaran pendidikan jasmani, pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pendidikan jasmani ke arah membentuk masyarakat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum.

    (b) Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani Objektif utama kurikulum pendidikan jasmani ialah:

    (i) Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan

    perlakuan motor

    (ii) Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan

    diri

    (iii) Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian

    (iv) Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai

    pelbagai kegiatan fizikal

    (v) Membentuk sahsiah dan disiplin diri dan

    (vi) Membuat keputusan bijak dalam kehidupan

    (Sukatan Pelajaran, Pendidikan Jasmani, 1999)

    Aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti

    yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi

    membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan.

    Oleh yang demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama pendidikan

    jasmani iaitu:

    Pendidikan jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui

    pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan

    (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999)

  • 4OUM

    BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN

    JASMANI DAN SUKAN

    Berdasarkan objektif pendidikan jasmani yang bertujuan untuk mencapai tahap

    kecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Objektif boleh tercapai dengan

    memberi tumpuan khusus kepada hubungan antara amalan kesihatan dengan

    kecergasan fizikal dan kemahiran motor. Kaedah ini dilihat mampu untuk mengawal

    penyakit dalam kehidupan seharian.

    Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat untuk

    menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan

    sosial maka melalui pendidikan jasmani kesemua aspek ini boleh dicapai. Ini adalah

    berdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan di dalam Buku Panduan

    Guru PJK (1988).

    (c) Organisasi Pendidikan jasmani merupakan disiplin pendidikan oleh itu di sekolah pendidikan jasmani mempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru penolong kanan akademik (Rajah 1.1)

    Rajah 1.1: Organisasi panitia pendidikan jasmani di sekolah

    (d) Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani

    (i) Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah

    (ii) Mempengerusi mesyuarat panitia pendidikan jasmani

    (iii) Memastikan rancangan tahunan pendidikan jasmani tersedia untuk

    digunakan

    (iv) Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan jasmani

    (v) Menyediakan perancangan tahunan panitia

    (vi) Memantau pengajaran pendidikan jasmani

    (vii) Memeriksa buku latihan pelajar

    (viii) Merancang pembelian alatan untuk panitia

    Penolong Kanan (Akademik

    Ketua Panitia

    Setiausaha

    Ahli-ahli(Guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani)

    Pengetua/Guru Besar

  • 5OUM

    BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

    (ix) Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia

    (x) Merancang latihan dalaman

    (e) Perancangan Belanjawan

    Perancangan belanjawan ialah pelan dan sistem perbelanjaan yang sistematik.

    Ketua panitia pendidikan jasmani perlu menyediakan perancangan belanjawan

    tahunan. Ketua panitia perlu menyenaraikan atau menyusun item mengikut

    kepentingan. Perancangan belanjawan bergantung kepada peruntukan kewangan

    pendidikan jasmani.

    Peruntukan Kewangan pendidikan jasmani bergantung kepada jumlah pelajar seperti

    berikut:

    Jadual 1.1: Peruntukan Kewangan Pendidikan Jasmani

    Bil Murid Peruntukan

    Kurang daripada 100 Orang RM 300.00

    101-250 Orang RM 300.00(minimum)Rm2.80/seorang (selepas 100 0rang)

    251-500 Orang RM 720.00(minimum)Rm2.60/seorang (selepas 250 0rang)

    501-750 Orang RM 1370.00(minimum)Rm2.40/seorang (selepas 500 0rang)

    751-1000 Orang RM 1970.00(minimum)Rm1.80/seorang (selepas 100 0rang)

    1001 Orang atau lebih RM 2420.00(minimum)Rm1.00/seorang (selepas 100 0rang)

    (f) Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani

    Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-

    barang pendidikan jasmani. Stor yang di susun kemas dan teratur akan

    menyenangkan guru pendidikan jasmani untuk menyimpan dan mengeluarkan

    peralatan pendidikan jasmani. Barangan pendidikan jasmani kerap digunakan atau

    dikeluarkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Oleh

    itu Penyelenggaraan sebuah stor pendidikan jasmani memerlukan kerjasama dari

    semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru dan murid-murid.

    Ciri-ciri stor pengurusan stor pendidikan jasmani

    (i) Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor pendidikan

    jasmani.

    (ii) Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi

    alatan stor dengan kemas kini.

    (iii) Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru

    (iv) Buku catatan barang keluar masuk perlu di sediakan bagi merekodkan

    pergerakan alatan.

  • 6OUM

    BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN

    JASMANI DAN SUKAN

    (v) Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurang-

    kurangnya sekali setahun.

    (vi) Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan.

    Keperluan Bilik Stor Pendidikan Jasmani

    (i) Ruang

    Ruang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh menampung

    keperluan alatan di samping tidak merosakkan alatan. Saiz yang sesuai untuk

    stor pendidikan jasmani ialah lebih kurang 300 kaki persegi. Saiz stor

    pendidikan jasmani bergantung kepada tiga perkara jenis dan jumlah alatan

    yang disimpan jenis sekolah dan saiz sekolah.

    (ii) Rak

    Bagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak perlulah dibina di stor

    pendidikan jasmani. Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang

    yang hendak di susun. Barang yang disusun hendaklah dalam kedudukan

    teratur dan senang di capai. Ini bertujuan untuk menyenangkan proses

    menyimpan dan mengambil barang.

    (iii) Lokasi

    Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan yang

    berhampiran dengan padang. Ini bertujuan bagi mengelakkan masa terbuang

    dalam proses menyimpan dan mengambi barang. Kita juga perlu memastikan

    lokasi stor sukan tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri memecah

    masuk stor pendidikan jasmani.

    (iv) Tingkap

    Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari

    masuk. Keadaan yang panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain

    yang di tenun, alat-alat kulit dan alat-alat yang tahan panas akan rosak.

    (v) Siling

    Siling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki, ketinggian siling

    bergantung kepada alatan yang hendak kita simpan. Sekiranya kita hendak

    menyimpan galah panjang, tinggi stor perlulah mempunyai ketinggian yang

    sesuai.

    (vi) Peredaran Udara

    Peredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan lama dan

    mengelak bau yang tidak menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani.

    Tingkat kecil atau ruang udara perlu di sediakan di bilik stor pendidikan jasmani

    bagi membenarkan pengaliran udara.

    (vii) Keselamatan

    Berbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi menjamin keselamatan

    alatan dan pengguna. Antara yang harus kita fikir dan pastikan ialah:

    x Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak di cerobohi.

  • 7OUM

    BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

    x Susun alat berdasarkan keselamatan contohnya alat yang berat perlulah di susun di bahagian bawah rak simpanan.

    x Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian yang tajam menghala ke bawah.

    x Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan lain-lain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak karat.

    x Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan kita terpijak yang boleh menyebabkan kecederaan kepada kita.

    x Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil dan memulangkan alatan. Gunakan sistem membenarkan pelajar tertentu

    sahaja yang mengambil barang dan pelajar yang lain tunggu di luar.

    x Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu hoki dan lain-lain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak reput.

    x Peraturan mengambil barang dan memulangkan barang perlulah di perkenalkan dan di kuat kuasa.

    x Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur x Menyediakan alatan seperti kereta sorong bagi memudahkan

    pemindahan barang secara pukal.

    (viii) Pintu

    Saiz pintu stor sukan bergantung jenis barang yang hendak disimpan.

    Contohnya jika kita ingin menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti tilam

    lompat tinggi, pintu stor pendidikan jasmani perlulah lebar dan tinggi. Pintu

    yang tidak sesuai mungkin menyebabkan kerosakan kepada alat-alat dan juga

    boleh mencederakan murid. Pintu perlu di lengkapi dengan alatan keselamatan

    dan dibina dengan kukuh supaya barang pendidikan jasmani boleh di kawal

    dan mengelak stor dari di cerobohi dengan mudah.

    (g) Penjagaan Peralatan Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan pendidikan jasmani mudah rosak. Memandang keadaan di sekolah sekarang kurang guru pendidikan jasmani, kebanyakan guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani bukan lulusan pendidikan jasmani.

    Sebagai ketua panitia kita perlu memberi penerangan tentang penyalah gunaan alatan oleh pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani rosak. Antara penyalahgunaan tersebut ialah:

    (i) Duduk di atas bola

    (ii) Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola tampar, bola jaring dan lain-lain

    (iii) Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan lain-lain

    (iv) Mengheret barang-barang yang di buat dari kanvas atau kain atau material yang lembut contohnya tilam lompat tinggi dan lain-lain.

  • 8OUM

    BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN

    JASMANI DAN SUKAN

    Semak Kendiri 1.1

    1. Guru-guru seharusnya diberi penerangan tentang tingkah laku pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani rosak. Nyatakan tingkah laku tersebut

    2. Nyatakan fungsi pengurusan sukan dan pendidikan jasmani?

    3. Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian. Untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah pengurusan jasmani dan rekreasi. Nyatakan?

    4. Senaraikan tugas Ketua Panitia Pendidikan jasmani

    5. Nyatakan objektif utama kurikulum pendidikan jasmani mengikut Sukatan Pelajaran, Pendidikan Jasmani, 1999.

    6. Huraikan Keperluan Bilik Stor Pendidikan Jasmani.

    1.1.2 Pengurusan Sukan

    Sukan juga bermaksud aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan undang-

    undang yang telah ditetapkan oleh satu badan persekutuan sukan antarabangsa.

    Ringkasnya sukan merupakan bentuk permainan yang di kelolakan dengan teratur dan

    mempunyai unsur pertandingan. Sukan perlu mempunyai unsur pertandingan, tanpa

    pertandingan aktiviti fizikal itu lebih dikenali sebagai permainan atau rekreasi. Sukan

    melibatkan perancangan, kemahiran motor dan strategi.

    Dari aspek psikologi sukan juga boleh disamakan dengan sesuatu aktiviti yang

    menyeronokkan dan dewasa ini merupakan sebahagian kerjaya profesional yang

    melibatkan keupayaan fizikal dan mental yang tinggi. Dengan kata lain sukan merupakan

    suatu aktiviti yang boleh memberi keseronokan, kemewahan dan kebanggaan kepada

    setiap individu yang menceburkan diri ke dalamnya. Selain daripada meraih keuntungan

    dari aktiviti sukan.

    Dari aspek afektif sukan yang beretika akan memberi ruang kepada masyarakat untuk

    berinteraksi dan bergembira. Bersukan dapat mengerat perhubungan sosial,

    membanteras kegiatan-kegiatan kurang sihat dan membina masyarakat yang cergas.

    Memandangkan kepentingan sukan kepada masyarakat dan negara, di Malaysia sukan

    sentiasa berkembang selaras dengan pembangunan negara dan sentiasa di pandang

    serius oleh pemimpin masyarakat.

    Di Malaysia sukan biasanya ditadbir oleh badanbadan amatur dan profesional.

    Kementerian yang bertanggungjawab mengelola dan mentadbirkan persatuan sukan ialah

    Kementerian Belia Dan Sukan. Sementara Majlis Sukan Negara adalah badan yang

    bertanggungjawab menyelaras badan-badan sukan di bawah naungannya. Dasar Sukan

    Negara yang di perkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 20 Januari

    1988, membuktikan pengiktirafan kerajaan terhadap kemajuan sukan negara. Dasar

    sukan digubal dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang sihat dan cergas.

  • 9OUM

    BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

    (a) Dasar Sukan Negara

    Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang sentiasa menjadi rujukan ke arah

    perkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara. Dasar sukan digubal

    hasil kerjasama dan perbincangan yang melibatkan beberapa pihak seperti agensi-

    agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan rekreasi dan

    kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela

    dan orang perseorangan yang mempunyai kepakaran dan kepentingan dalam

    bidang sukan.

    (b) Rasional Dasar Sukan Negara

    Rasional Dasar Sukan Negara ialah ke arah menjadikan sukan sebagai alat untuk

    menerapkan nilai moral dan membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani.

    Manfaat Dasar Sukan Negara boleh dilihat dari aspek sumbangan sukan kepada

    individu, masyarakat dan negara.

    (c) Peringkat Individu

    (i) Membentuk sahsiah, memberi kesedaran dalam diri individu dan membangkitkan semangat pertandingan yang sihat.

    (ii) Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal diri.

    (iii) Dapat menggunakan masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat

    (iv) Dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan hidup.

    (v) Interaksi sosial yang baik.

    (vi) Mengasah kemahiran-kemahiran asas.

    (d) Peringkat Masyarakat

    (i) Merangsang pembinaan masyarakat yang mempunyai kualiti kesihatan fizikal dan moral yang baik bersesuaian dengan aspirasi nasional.

    (ii) Mewujudkan suasana yang kondusif untuk memupuk perhubungan komuniti yang lebih baik dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara.

    (iii) Meningkatkan tahap kesihatan masyarakat dan seterusnya merangsang peningkatan produktiviti negara.

    (iv) Mengurangkan kadar jenayah dengan merangsang masyarakat memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti berguna.

    (e) Peringkat Antarabangsa

    (i) Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi.

    (ii) Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan antarabangsa.

    (iii) Memupuk persahabatan.

    (iv) Menjadikan sukan sebagai satu industri yang mempunyai nilai-nilai komersial yang tinggi.

  • 10OUM

    BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN

    JASMANI DAN SUKAN

    Objektif Dasar Sukan Negara

    Antara objektif dasar sukan negara ialah:

    (a) Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan

    yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat

    masyarakat.

    (b) Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi

    keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi individu melalui sukan.

    (c) Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan

    kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang di kalangan orang awam.

    (d) Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan

    peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negara

    dapat dipertingkatkan.

    Strategi dan Pelaksanaan Dasar

    Objektif-objektif dasar ini dapat dicapai dengan memberi penekanan pada aspek-aspek

    yang berikut :

    (a) Perancangan

    Pertubuhan-pertubuhan sukan perlulah merancang program-program jangka

    panjang dan mempunyai struktur yang baik untuk pembangunan ahli sukan, jurulatih,

    pentadbir dan pegawai sukan. Dalam merancang program-program jangka panjang

    untuk sukan prestasi tinggi, perkara-perkara yang berikut perlu dipertimbangkan:

    Jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan dan penyertaan sedia ada.

    Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakat Malaysia.

    (b) Organisasi

    Hasil daripada kerjasama antara pelbagai badan sukan dengan kerajaan dilihat akan

    membuahkan satu program yang bersepadu ke arah kemajuan sukan di negara ini.

    Satu jawatankuasa ditubuhkan bertujuan mengarahkan hubungan yang lebih rapat di

    kalangan organisasi-organisasi sukan, swasta dengan kerajaan. Majlis Sukan

    Negara (MSN) bertugas menyediakan jentera ini bagi sukan berprestasi tinggi.

    Kementerian Belia dan Sukan perlu mewujudkan mekanisme ini untuk

    menyelaraskan program Sukan Untuk Semua (Sukan Massa). Mekanisme ini perlu

    menggalakkan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang

    berlandaskan konsep MALAYSIA CERGAS di kalangan rakyat Malaysia.

    MALAYSIA CERGAS merupakan satu program yang berdasarkan kepada konsep

    sukan untuk semua. Melalui program ini masyarakat mengamalkan gaya hidup yang

    aktif melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi fizikal. Tema ini

    menekankan kecergasan fizikal dan kesihatan mental ke arah peningkatan

    produktiviti dan mengukuhkan perhubungan sosial dan perhubungan antara

    kumpulan etnik.

    Kementerian Pendidikan Malaysia pula memainkan peranan dengan

    memperuntukkan masa yang cukup untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan

    kokurikulum di sekolah. Selain itu, Bahagian Pendidikan Guru

    dipertanggungjawabkan melatih guru-guru yang berkebolehan mengajar mata

    pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah. Di institusi pengajian tinggi,

  • 11OUM

    BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

    aktiviti-aktiviti sukan juga digalakkan di kalangan siswa. Majlis Kebajikan dan Sukan

    Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) berperanan menggalak dan menyelaraskan

    semua aktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan awam. Majlis Olimpik Malaysia

    (MOM) merupakan badan induk kepada semua persatuan sukan kebangsaan.

    Tanggungjawab utama ialah menggalakkan sukan di kalangan rakyat untuk

    pergerakan Olimpik. MOM bekerja rapat dengan MSN dalam hal pemilihan dan

    latihan atlet untuk pertandingan peringkat antarabangsa.

    (c) Personel

    Badan-badan sukan di semua peringkat hendaklah melantik personel bertauliah dan

    berpengalaman bagi merancang, melaksana dan menilai program sukan. Keperluan

    mempunyai jurulatih telah merangsang Majlis Sukan Negara mewujudkan skim

    persijilan kejurulatihan sukan kebangsaan.

    (d) Kewangan

    Yayasan sukan kebangsaan membiayai kegiatan-kegiatan sukan berprestasi tinggi

    dan sukan massa. Sumber kewangan yayasan sukan diperolehi daripada kerajaan

    persekutuan, kerajaan negeri, sektor korporat dan individu. Dalam usaha

    menggalakkan sumbangan kewangan dan material dari sektor swasta dan individu,

    kerajaan telah membuat keputusan segala sumbangan dikecualikan dari cukai.

    Persatuan-persatuan juga perlu mempertingkatkan usaha dan strategi pemasaran

    aktiviti mereka untuk mendapat sumbangan bagi membiayai kegiatan persatuan.

    (e) Insentif

    Pegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang mewakili negara dan

    mengharumkan nama negara perlu diberi pengiktirafan dan insentif . Insentif boleh

    diberi dalam berbagai berbentuk contohnya peluang memasuki IPTA, biasiswa,

    penganugerahan, cuti, elaun sara hidup, perlindungan insurans, perbelanjaan untuk

    latihan dan yuran pendidikan.

    (f) Kemudahan

    Kementerian Belia dan Sukan bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan

    bagi sukan massa, sukan berprestasi tinggi dan sukan untuk golongan istimewa.

    Persatuan sukan bertanggungjawab menyelaras perancangan dan agihan

    kemudahan sukan. Di peringkat negeri, kerajaan negeri menyediakan kemudahan

    sukan untuk negeri masing-masing. Sektor-sektor korporat dan badan sukarela juga

    di galakan memainkan peranan dengan aktif bagi melengkapi usaha kerajaan dalam

    pembinaan kemudahan-kemudahan sukan.

    (g) Am

    Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh ke arah membentuk

    budaya sukan kepada rakyat Malaysia. Di antara usaha yang dirintis oleh kerajaan

    ialah mengurangkan cukai-cukai dan eksais ke atas peralatan sukan supaya lebih

    ramai orang mampu membeli alatan sukan pada harga yang murah. Galakkan ini

    secara tidak langsung merangsang lebih ramai penduduk negara ini melibatkan diri

    dalam sukan. Pengusaha-pengusaha tempatan juga perlu diberi galakan untuk

    menghasilkan peralatan-peralatan sukan yang berkualiti dan diterima di peringkat

    antarabangsa.

    Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina beberapa buah sekolah khas

    sebagai pusat kecemerlangan untuk menggalakkan pembangunan beberapa jenis

  • 12OUM

    BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN

    JASMANI DAN SUKAN

    sukan tertentu seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar

    Penawar serta pusat tunas cemerlang di setiap negeri. Institut Sukan Negara

    memainkan peranan dalam penyelidikan dan pembangunan sukan di negara ini.

    Kerjasama daripada media massa dan pelbagai organisasi diperlukan untuk

    menyebarkan dapatan penyelidikan dan mempromosikan sukan.

    7

    Dasar Sukan Negara yang telah digubal dan di perkenalkan pada 20 Januari 1988

    merupakan satu dasar sukan untuk semua bentuk rakyat Malaysia. Dasar ini

    merangkumi dua komponen iaitu:

    sukan untuk semua dan

    sukan prestasi tinggi

    kedua-dua bidang ini perlulah dibangunkan serentak.

    (a) Sukan untuk Semua (Sukan Massa)

    Sukan untuk semua bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap

    kesihatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia. Sukan Massa adalah merujuk

    kepada aktiviti-aktiviti sukan yang berlaku secara menyeluruh atau diuruskan dengan

    tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas dan bukan semata-mata

    untuk pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

    Apakah itu Pergerakan Sukan untuk Semua?

    Pergerakan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah satu kempen sosial secara

    sistematik dan menyeluruh untuk memelihara, mengubah atau memperbaiki

    kekurangan-kekurangan dalam sesuatu sistem sosial. Sukan Massa merupakan

    usaha untuk melibatkan masyarakat dalam sukan secara sukarela dan

    memanjangkan kepada semua lapisan dalam masyarakat. Sukan Massa juga

    bertujuan menyedarkan masyarakat terhadap faedah-faedah sukan kepada

    pembangunan kesihatan, sosial, psikologi, pendidikan dan kebudayaan.

    Oleh itu Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah satu usaha menggalakkan

    penglibatan sukan dan aktiviti fizikal kepada rakyat Malaysia. Sukan Untuk Semua

    (Sukan Massa) bertujuan membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dengan

    mengamalkan nilai-nilai sukan tradisional dan moden. Dengan kata lain Sukan Untuk

    Semua (Sukan Massa) adalah untuk membentuk satu masyarakat Malaysia yang

    sihat secara menyeluruh dan membina satu masyarakat bersatu-padu,

    persahabatan, aman dan sejahtera untuk semua manusia di dunia.

    Konsep

    Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) merupakan satu idea untuk memasyarakatkan

    sukan. Dengan kata lain Sukan Massa mengajak seluruh lapisan masyarakat

    mengambil bahagian di dalam kegiatan sukan, rekreasi dan kecergasan. Penyertaan

    ini juga perlu dilakukan secara berterusan sepanjang hayat hingga menjadikannya

    suatu gaya hidup.

    Aktiviti-aktiviti Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) terdiri daripada berbagai aktiviti

    contohnya sukan, (bola sepak, badminton, sepak takraw dan lain-lain), kecergasan,

    (jogging, berjalan kaki, taichi dan lain-lain), outdoor (mendaki, berkeno, berkhemah

    dan mengembara).

  • 13OUM

    BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

    Kegiatan sukan boleh merangsang pembinaan suatu masyarakat yang cergas dan

    proaktif di samping merupakan suatu alat yang berkesan ke arah perpaduan dan

    semangat cintakan negara. Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) menyokong kepada

    prinsip-prinsip am pendidikan sepanjang hayat.

    Matlamat

    Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) melalui konsep Malaysia Cergas adalah

    bermatlamat untuk menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia

    tentang pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk melalui kegiatan fizikal dan

    rekreasi. Kesedaran ini akan menimbulkan minat dan akan terus dipupuk melalui

    pendidikan sukan. Langkah ini akan merangsang lagi penyertaan dalam kegiatan

    sukan, rekreasi dan kecergasan. Pergerakan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa)

    juga ingin membentuk satu imej Nasional yang akan menjadikan masyarakat

    Malaysia sebagai suatu bangsa 'peserta' dan bukannya 'penonton'.

    Malaysia Cergas

    MALAYSIA CERGAS adalah satu idea dan konsep yang lahir untuk memberi

    penekanan ke arah meluaskan kegiatan sukan dan rekreasi fizikal kepada

    penglibatan seberapa ramai rakyat Malaysia. Ia merupakan satu usaha mewujudkan

    kecergasan Nasional yang berteraskan kepada penyertaan aktif, kecergasan yang

    berterusan dan sikap positif dalam hidup.

    Dengan kata lain MALAYSIA CERGAS adalah:

    (i) Satu seruan ke arah membentuk gaya hidup yang lebih aktif, lebih selesa dan

    lebih tinggi mutunya.

    (ii) Satu idea yang dilihat dapat mengurangkan masalah sosial.

    (iii) Satu tema, satu slogan dan satu lambang kepada kehidupan yang sihat.

    (iv) Satu dinamisme dalam kepimpinan.

    (v) Satu proses pendidikan seumur hidup.

    (vi) Satu keperluan yang disokong oleh kenyataan dan logik.

    Matlamat

    MALAYSIA CERGAS bermatlamat menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat

    Malaysia - akan betapa pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk melalui kegiatan

    fizikal dan rekreasi. Kesedaran akan menimbulkan minat untuk mengetahui tentang

    jenis-jenis sukan dan kegiatan yang hendak disertai, supaya penyertaan menjadi

    lebih teratur dan berkekalan.

    MALAYSIA CERGAS juga bertujuan mendidik masyarakat mengenai sebab-sebab:

    (i) Mustahaknya bersukan

    (ii) Di mana dan bagaimana melakukan sesuatu kegiatan fizikal

    (iii) Apa aktiviti yang perlu dilakukan

    (iv) Batasan aktiviti bagi setengah golongan umur

    (v) Kesesuaian aktiviti.

  • 14OUM

    BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN

    JASMANI DAN SUKAN

    Lebih penting lagi, MALAYSIA CERGAS, menyeru mengajak setiap lapisan

    masyarakat supaya memberi tindak balas positif dengan menyertai kegiatan fizikal

    dan rekreasi. Penyertaan ini perlu dikekalkan dan dilakukan secara berterusan untuk

    menikmati kebaikan dan kebahagiaan melibatkan diri dalam kegiatan fizikal.

    MALAYSIA CERGAS berkonsep mengajak rakyat Malaysia keluar rumah ke

    padang, ke taman, ke gelanggang, ke pusat sukan untuk mengambil bahagian.

    MALAYSIA CERGAS menyeru setiap rakyat Malaysia tua dan muda, lelaki dan

    perempuan supaya merancang masa lapangnya untuk cergas menyertai sebarang

    kegiatan fizikal. Ini perlu dilakukan secara sukarela supaya kepuasan yang diperolehi

    akan lebih bermakna.

    Antara Kegiatan yang Boleh Disertai oleh Rakyat Malaysia

    Bidang SUKAN seperti Tenis, Bola jaring, Pingpong, Bola Tampar, Squash,

    Badminton, Menembak, Bola sepak, Golf, Taekwando, Karate, Hoki, Boling, Ragbi,

    Skating, Bola Tangan, Sofbol, Bola Keranjang, Judo, Sepak Takraw, Kriket, Tinju,

    Gusti, Memanah

    Membuat senaman dan latihan kecergasan seperti Joging berjalan, berbasikal,

    membuat senamrobik, latihan conditioning' melompat, angkat berat, bersilat, yoga

    atau tai chi, bina badan, gimnastik, bersenam, menyedut udara.

    Rekreasi fizikal luar seperti berkhemah, berkelah, mendaki bukit dan gunung,

    mengembara, berenang, meluncur layar, surfing', belayar, mendayung perahu,

    selam skuba, berkeno'orienteering', bermain wau atau gasing.

    Kecergasan, mengikut definisi bermaksud: mempunyai tenaga untuk membuat

    kerja-kerja harian tanpa merasa penat yang berlebihan; tenaga untuk mengambil

    bahagian dalam aktiviti-aktiviti rekreasi dan seterusnya masih mempunyai tenaga

    untuk menghadapi apa-apa kecemasan yang

    (b) Sukan Prestasi Tinggi

    Penubuhan Program Pembangunan Sukan Teras Prestasi Tinggi adalah

    berdasarkan kepada mesyuarat jemaah menteri pada 15 September 2004 yang

    menyatakan supaya tumpuan diberikan kepada acara-acara sukan yang tidak

    memerlukan Body Contact seperti sukan menembak, boling, gimnastik dan lain-lain

    lagi.

    Dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan pada 25

    September 2004, satu persetujuan telah dibuat untuk menubuhkan satu

    Jawatankuasa Pemandu bagi memantau pelaksanaan Pembangunan Sukan Teras

    ini khususnya di peringkat akar umbi. Dalam mesyuarat ini Jawatankuasa telah

    menamakan lapan (8) jenis sukan sebagai sukan teras yang perlu dibangunkan di

    semua peringkat khususnya peringkat akar umbi.

    Pada 14 Februari 2005, satu sesi pembentangan kertas kerja pertama telah dibuat

    mengenai konsep dan hala tuju Program Pembangunan Sukan Teras ini. Seterusnya

    pada 31 Mac 2005, satu Blueprint telah disediakan oleh Jawatankuasa Pemandu

    bagi mengemukakan Kertas Permohonan Peruntukan Program kepada

    Jawatankuasa Kabinet.

  • 15OUM

    BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

    Program ini mula dilaksanakan sepenuhnya di bawah Jawatankuasa Pemandu

    Sukan Teras Prestasi Tinggi bermula pada 3 Jun 2005 melalui perjanjian

    persefahaman (MOU) yang telah ditandatangani Persatuan Sukan Kebangsaan

    bersama Majlis Sukan Negara.

    Pada 16 November 2005, satu Majlis Pelancaran Logo Sukan Teras Prestasi Tinggi

    telah diadakan di Menara KBS, Putrajaya bagi memperkenalkan Program

    Pembangunan Sukan Teras Prestasi Tinggi ini kepada masyarakat umum.

    Pelancaran ini bertujuan untuk mendapat sambutan dan menarik lebih ramai

    penyertaan dalam kategori sukan ini dari seluruh masyarakat Malaysia

    Sukan prestasi tinggi bertujuan meningkatkan prestasi atlet ke peringkat tertinggi.

    Atlet akan di beri peluang untuk bertanding pada kejohanan peringkat kebangsaan

    dan antarabangsa. Antara usaha untuk mencapai hasrat ini ialah:

    (i) Menubuhkan sekolah-sekolah sukan

    (ii) Meningkatkan infrastruktur sukan ke taraf antarabangsa

    (iii) Memastikan jurulatih berpotensi dalam setiap sukan mempunyai sijil

    kejurulatihan

    (iv) Menghantar jurulatih berkursus keluar negeri untuk meningkatkan profesional

    mereka

    (v) Mendapat khidmat jurulatih luar negara

    (vi) Menghantar atlet berlatih ke luar negara

    Pertubuhan-pertubuhan sukan akan merancang dan membangunkan program-

    program jangka panjang untuk kecemerlangan sukan. Dalam merancang program-

    program jangka panjang untuk sukan prestasi tinggi, perkara-perkara yang berikut

    perlu dipertimbangkan oleh majlis sukan negara:

    (i) Jenis sukan yang mempunyai kemudahan dan di kenali oleh masyarakat

    Malaysia.

    (ii) Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakat Malaysia.

    Objektif Sukan Berprestasi Tinggi

    Membuka peluang kepada individu yang berminat untuk melibatkan diri dalam

    aktiviti-aktiviti sukan-sukan di bawah Program Sukan Teras.

    Memanifestasikan Dasar Sukan Negara ke arah mencapai matlamat perpaduan

    nasional, serta pembinaan bangsa yang harmoni dengan penglibatan pelbagai

    bangsa dan suku kaum.

    Tujuan Program Sukan Berprestasi Tinggi

    (i) Mengenal Pasti Bakat

    Atlet-atlet yang dipilih untuk mengikuti program ini seharusnya melalui ujian-

    ujian tertentu yang berteraskan sains sukan. Melalui cara ini, atlet-atlet

    berbakat dapat dikenal pasti kemampuan dan kemahiran mereka dan

    seterusnya dilatih secara sistematik dan berpanjangan.

  • 16OUM

    BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN

    JASMANI DAN SUKAN

    (ii) Penambahan Bilangan Atlet Berbakat

    Bagi memastikan negara tidak ketandusan atlet-atlet berbakat, maka usaha

    perlu ditumpukan bagi mencari lebih ramai atlet berbakat dalam lapan jenis

    sukan yang telah dinamakan di bawah program ini. Melalui program Mengenal

    pasti Bakat (TID) yang berterusan, Talent Scouting yang menyeluruh adalah

    diharapkan lebih ramai atlet dikenal pasti dan diberi latihan yang sewajarnya di

    semua peringkat.

    (iii) Penambahan Pusat Latihan Negeri dan Daerah

    Penambahan bilangan atlet mestilah seiring dengan penambahan pusat-pusat

    latihan di peringkat negeri dan daerah. Melalui cara ini, pelbagai program

    pembangunan yang lebih menyeluruh dapat dilaksanakan di semua peringkat.

    Persatuan sukan kebangsaan digalakkan untuk membuka lebih banyak pusat-

    pusat latihan di seluruh negara.

    (iv) Penambahan Bilangan Pegawai Teknikal

    Lebih ramai pegawai-pegawai teknikal diperlukan bagi mengendalikan

    pertandingan-pertandingan yang akan diadakan di bawah program. Pihak

    persatuan sukan kebangsaan akan diminta untuk menganjurkan lebih banyak

    kursus-kursus bagi melatih lebih ramai pegawai-pegawai teknikal baru.

    (v) Memperbanyakkan Peluang Pertandingan

    Melalui program ini, tumpuan akan diberikan untuk memperbanyakkan peluang

    bertanding kepada semua peringkat umur atlet yang terlibat dalam program ini.

    Para atlet akan diberi peluang untuk mengukur prestasi mereka di samping

    menilai keberkesanan program latihan yang diikuti.

    (vi) Memperkukuhkan Pengurusan Persatuan

    Dalam perkara ini, kemampuan persatuan-persatuan sukan kebangsaan dan

    ahli-ahli gabungannya akan diberi perhatian sewajarnya. Tanpa persatuan

    sukan yang kukuh di akar umbi, pemilihan sukan tersebut sebagai sukan teras

    tidak akan bermakna.

    (vii) Penambahan Bilangan Jurulatih

    Program ini akan melahirkan lebih ramai jurulatih tempatan yang bertaraf

    dunia. Melalui cara ini, kebergantungan kepada jurulatih luar negara akan

    dapat dikurangkan. Kursus-kursus jurulatih akan diadakan bagi memberi

    peluang kepada jurulatih-jurulatih baru yang berminat untuk turut bersama

    dalam program.

    Semak Kendiri 1.2

    1. Huraikan strategi dan pelaksanaan Dasar Sukan Negara.

    2. Sukan prestasi tinggi bertujuan meningkatkan prestasi atlet ke peringkat tertinggi. Atlet akan di beri peluang untuk bertanding pada kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Nyatakan usaha yang dilakukan untuk mencapai hasrat ini?

    3. Nyatakan Rasional Dasar Sukan Negara?

    4. Berikan matlamat Sukan Untuk Semua (Sukan Massa)

  • 17OUM

    BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

    1.2 PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

    Dalam subtajuk ini kita akan membincangkan falsafah serta kepentingan pengelolaan dan

    pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan.

    1.2.1 Falsafah dan Kepentingan Pengurusan Pendidikan Jasmani, dan Sukan

    Bucher (1979) menyatakan bahawa falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari objektif

    yang mampu memberikan kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran terhadap sesuatu

    prinsip dan konsep. Contohnya falsafah yang menepati kehendak pembelajaran akan

    berupaya membantu guru memahami semua tugasan secara menyeluruh bukannya

    secara berasing-asing.

    Ini bermakna melalui falsafah secara tidak langsung akan berupaya membantu guru

    supaya memahami peranannya serta bertindak merancang pengajaran yang bertumpu

    kepada objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Dengan kata lain juga falsafah juga

    boleh diibaratkan sebagai petunjuk arah dan mampu membantu guru menghasilkan

    rumusan serta mampu membentuk matlamat secara tersusun dan berterusan. Falsafah

    dapat membantu guru memahami dan menghayati tanggungjawab pengajarannya dengan

    lebih menyeluruh. Ini dapat membantu menimbulkan kesedaran kepada guru untuk

    menumpukan peranannya melalui perancangan yang berlandaskan kepada objektif

    pengajaran yang sepatutnya.

    Falsafah pengurusan pendidikan jasmani ialah satu aktiviti mentadbir dan mengelola

    dalam pendidikan jasmani bertujuan untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi

    rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial. Aktiviti pendidikan jasmani adalah berdasarkan

    aktiviti fizikal yang mempunyai 3 domain iaitu afektif, kognitif dan psikomotor. Pendidikan

    jasmani merupakan aktiviti pendidikan yang dirancang dan terancang dengan kemas dan

    sistematik.

    Falsafah pengurusan sukan ialah mentadbir dan menguruskan sukan sebagai alat

    membawa kebaikan kepada manusia sejagat, menjalinkan persahabatan serta memupuk

    semangat toleransi kerjasama persefahaman dan perpaduan. Dalam menceburi diri atau

    menjalankan aktiviti dalam sukan perlu berpegang kepada etika sukan.

    Secara amnya falsafah pengurusan pendidikan jasmani dan sukan bertujuan

    menguruskan aktiviti fizikal ke arah pembentukan masyarakat yang sihat, cergas dan

    mengutamakan gaya hidup sihat. Falsafah pengelolaan dan pentadbiran sukan juga

    mengutamakan individu yang cemerlang dalam bidang sukan di pentas antara bangsa

    dengan program sukan berprestasi tinggi.

    1.2.2 Prinsip Pengurusan Pendidikan Jasmani

    Pengurusan pendidikan jasmani bertujuan membentuk masyarakat yang mengamalkan

    cara hidup yang sihat berasaskan falsafah pendidikan negara. dengan menggunakan tiga

    domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor dalam aktiviti pendidikan jasmani.

    Berdasarkan kepada prinsip:

  • 18OUM

    BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN

    JASMANI DAN SUKAN

    (a) Pendidikan jasmani akan dapat mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan

    berasaskan kesihatan dan perlakuan motor berasaskan domain kognitif dan afektif.

    (b) Pendidikan jasmani adalah melahirkan masyarakat yang akan menjadikan senaman

    dan aktiviti fizikal sebagai budaya atau rutin harian serta dilaksanakan secara

    berterusan

    (c) Pendidikan jasmani membolehkan pelajar menguasai kemahiran asas pergerakan

    dan permainan mengikut kemampuan diri berdasarkan ketiga-tiga tunjang

    pembelajaran iaitu:

    (i) Kecergasan

    (ii) Kemahiran

    (iii) Kesukanan

    (d) Pendidikan jasmani adalah dapat melahirkan masyarakat yang dapat

    mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai

    pelbagai kegiatan fizikal

    (e) Pendidikan jasmani dilihat akan dapat membentuk masyarakat yang mengamalkan

    nilai murni, sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma-norma masyarakat

    1.2.3 Prinsip Pengurusan Sukan

    Pengurusan sukan ialah membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh

    dari segi fizikal dan mental - bersemangat dan berpendirian positif dalam hidup, berdisiplin

    dan berdikari melalui penyertaan semua lapisan masyarakat secara aktif dan sukarela

    dalam semua aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan fizikal. Berdasarkan kepada prinsip:

    (a) Sukan merupakan satu aktiviti yang paling berkesan membentuk kecergasan dan

    kesihatan dari segi fizikal dan mental. Sukan dilihat membolehkan seseorang itu

    memperoleh sebanyak-banyak keseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai

    nilai terpuji hidup (quality of life) dan keperluan asas manusia.

    (b) Sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan

    beramai-ramai sama ada ahli keluarga, sahabat handai, masyarakat setempat dan

    masyarakat asing - semuanya menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan

    mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak

    mengasingkan diri.

    (c) Keperluan asas manusia merangkumi berbagai-bagai faktor daripada keperluan

    fiziologi kepada kepuasan mutlak diri.

    Semak Kendiri 1.3

    1. Nyatakan secara ringkas Falsafah pengurusan pendidikan jasmani.

    2. Nyatakan secara ringkas kepentingan pengelolaan dan pentadbiran sukan.

  • 19OUM

    BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

    RUMUSAN

    x Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk mempertingkatkan kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu melalui

    pendekatan aktiviti fizikal.

    x Melalui Pendidikan jasmani (PJ) pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya.

    x Pengurusan sukan, pendidikan jasmani boleh di definisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan,

    pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan

    penilaian dalam kontek perkhidmatan berkaitan dengan sukan dan pendidikan

    jasmani.

    x Pendidikan jasmani merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia. Mata pelajaran pendidikan jasmani diajar selama 11 tahun dalam sistem

    persekolahan di Malaysia.

    x Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan.

    x Aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi

    membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan.

    x Pendidikan jasmani merupakan disiplin pendidikan oleh itu di sekolah pendidikan jasmani mempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru penolong kanan

    akademik

    x Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-barang pendidikan jasmani.

    x Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan pendidikan jasmani mudah rosak .

    x Sukan juga bermaksud aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh satu badan persekutuan sukan

    antarabangsa.

    x Sukan perlu mempunyai unsur pertandingan, tanpa pertandingan aktiviti fizikal itu lebih dikenali sebagai permainan atau rekreasi.

    x Dari aspek psikologi sukan juga boleh disamakan dengan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan dan dewasa ini merupakan sebahagian kerjaya profesional yang

    melibatkan keupayaan fizikal dan mental yang tinggi

    x Bersukan dapat mengerat perhubungan sosial, membanteras kegiatan-kegiatan kurang sihat dan membina masyarakat yang cergas.

    x Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang sentiasa menjadi rujukan ke arah perkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara.

    x Rasional Dasar Sukan Negara ialah ke arah menjadikan sukan sebagai alat untuk menerapkan nilai moral dan membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani.

    x MALAYSIA CERGAS merupakan satu program yang berdasarkan kepada konsep sukan untuk semua.

  • 20OUM

    BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN

    JASMANI DAN SUKAN

    x Sukan prestasi tinggi bertujuan meningkatkan prestasi atlet ke peringkat tertinggi. x falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari objektif yang mampu memberikan

    kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran terhadap sesuatu prinsip dan konsep.

    x Falsafah pengurusan sukan ialah mentadbir dan menguruskan sukan sebagai alat membawa kebaikan kepada manusia sejagat, menjalinkan persahabatan serta

    memupuk semangat toleransi kerjasama persefahaman dan perpaduan.

    x Falsafah pengurusan pendidikan jasmani ialah satu aktiviti mentadbir dan mengelola dalam pendidikan jasmani bertujuan untuk menghasilkan insan yang seimbang dari

    segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial.

    PERKATAAN PENTING

    RUJUKAN

    Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

    Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia

    Bucher, C.A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company

    Colfer, G.R., Hamilton, K.E. & Magill, R.A. (1986). Contemporary physical education. Iowa:

    Wm. C. Brown Publisher

    Laman Web Kementerian Belia dan Sukan

    Laman Web Majlis Sukan Negara

    x Psikomotor, x Kognitif, x Afektif, x Sosial x Emosi. x Kurikulum Pendidikan Jasmani x Organisasi x Mesyuarat kurikulum sekolah x Mesyuarat panitia pendidikan

    jasmani

    x Rancangan tahunan pendidikan jasmani

    x Perancangan belanjawan x Peruntukan Kewangan pendidikan

    jasmani

    x Stor Pendidikan Jasmani

    x Kerjaya profesional x Badan-badan amatur x Profesional. x Dasar Sukan Negara x Kementerian Belia dan Sukan x Majlis Sukan Negara x MALAYSIA CERGAS x Sukan Untuk Semua (Sukan

    Massa)

    x Majlis Olimpik Malaysia (MOM) x Sukan Prestasi Tinggi x Mengenal pasti Bakat x Pusat Latihan Negeri dan

    Daerah

    x Falsafah pengurusan Pendidikan Jasmani

    x Falsafah pengurusan sukan

  • 21OUM

    BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

    Mohd Taib Harun dan Norlena Salamuddin. Modul Program Pendidikan Rekreasi UKM :

    Satu kesinambungan.

    Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1989). Rancangan

    kurikulum baru sekolah menengah. Kuala Lumpur.

    Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani

    dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur.

    Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur:

    Longman Malaysia.

    Teng Boon Tong. (2001). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Kursus Diploma

    Penguruan Malaysia. Selangor: Pearson Education.

    Wee Eng Hoe. (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma

    Production Sdn. Bhd.