pengenalan makmal sains

3
PENGENALAN Sekolah Kebangsaan Pauh mula ditubuhkan pada 1 Mei 1963 sebagai penyatuan dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Padang Siding dan Sekolah Kebangsaan Guring. Jaraknya 16 kilometer dari bandar Kangar dan lima kilometer dari bandar Arau, Perlis. Sekolah ini berkeluasan 6 ekar. Sekolah Kebangsaan Pauh mempunyai bilangan murid seramai 707 orang dan bilangan guru seramai 62 orang. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Terdapat 7 blok yang telah dikhaskan sebagai bilik darjah serta bilik khas. 12 kelas diperuntukkan untuk Tahap 1, sementara 12 kelas untuk Tahap 2. Di samping itu 3 kelas dikhaskan untuk kelas Pra Sekolah. 4 kelas disediakan untuk Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran PPKIBP. Sekolah Kebangsaan Pauh mempunyai sebuah makmal sains. Makmal sains ini diberi nama Alamanda sempena nama sejenis bunga. Untuk makluman, makmal ini adalah sebuah makmal baharu yang dibina di blok baru Sekolah Kebangsaan Pauh. Telah beroperasi lebih kurang empat tahun. Makmal sains ini dibekalkan dengan keperluan asas sebuah makmal seperti papan tulis, meja dan kerusi yang mencukupi, rak/tempat menyimpan alat dan radas yang selamat, mempunyai sinki dan paip, dan sebuah bilik yang dijadikan stor.

Upload: noor-azliana-hanim

Post on 25-Nov-2015

53 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sce3112

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Pauh mula ditubuhkan pada 1 Mei 1963 sebagai penyatuan dua buah sekolah iaitu SekolahKebangsaan Padang Siding dan Sekolah Kebangsaan Guring.Jaraknya 16 kilometer dari bandar Kangar dan lima kilometer dari bandar Arau, Perlis. Sekolah ini berkeluasan 6 ekar.Sekolah Kebangsaan Pauh mempunyai bilangan murid seramai 707 orang dan bilangan guru seramai 62 orang. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Terdapat 7 blok yang telah dikhaskan sebagai bilik darjah serta bilik khas. 12 kelas diperuntukkan untuk Tahap 1, sementara 12 kelas untuk Tahap 2. Di samping itu 3 kelas dikhaskan untuk kelas Pra Sekolah. 4 kelasdisediakan untuk Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran PPKIBP.Sekolah Kebangsaan Pauh mempunyai sebuah makmal sains. Makmal sains ini diberi nama Alamanda sempena nama sejenis bunga. Untuk makluman, makmal ini adalah sebuah makmal baharu yang dibina di blok baru Sekolah Kebangsaan Pauh. Telah beroperasi lebih kurang empat tahun. Makmal sains ini dibekalkan dengan keperluan asas sebuah makmal seperti papan tulis, meja dan kerusi yang mencukupi, rak/tempat menyimpan alat dan radas yang selamat, mempunyai sinki dan paip, dan sebuah bilik yang dijadikan stor.

Gambar : Pandangan di dalam makmal sains Sekolah Kebangsaan PauhAntara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di makmal ini ialah seperti berikut : Proses Pengajaran dan PembelajaranMakmal sains adalah sebuah bilik darjah di mana pengajaran dan pembelajaran Sains dijalankan. Bilik ini mempunyai kemudahan asas untuk menjalankan aktiviti PdP Sains seperti eksperimen, demonstrasi dan kerja projek. Guru-guru diwajibkan membawa murid ke makmal pada masa pengajaran selama 1 jam. Penggunaan makmal adalah berdasarkan jadual waktu penggunaan makmal yang telah ditetapkan. Keutamaan diberi kepada murid Tahap 2.

Aktiviti Kelab dan Persatuan Sains Setiap hari Rabu, aktiviti persatuan Sains dijalankan di makmal kerana di sini terdapat banyak peralatan atau bahan yang boleh digunakan sepanjang aktiviti dijalankan. Antara aktivitinya ialah seperti bijak sains, ujikaji ringkas, menghasilkan buku skrap, kuiz dan lain- lain.

Kelas Tambahan Tahun 6Kelas tambahan Sains untuk murid Tahun 6 turut diadakan setiap petang Selasa di makmal sains sekolah.