pengenalan - maruwiahacis.files.wordpress.com · kemunculan seni kreatif seperti epik, ... nilai...

13
CTU551 ACIS, UiTM Maruwiah Ahmat 1 CTU 551 – TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA Maruwiah Ahmat 1 HASIL PEMBELAJARAN • Menjelaskan konsep ketamadunan dan tamadun Islam serta sumbangannya. Menghuraikan faktor kelahiran dan keruntuhan • Menjelaskan persamaan dan perbezaan antara tamadun. 2 KANDUNGAN 1. PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN 1.1 Konsep Tamadun 1.2 Kelahiran dan Perkembangan Tamadun 1.3 Faktor Kelemahan dan Kejatuhan Tamadun 1.4 Interaksi antara Tamadun 1.5 Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun PENGENALAN 3 KONSEP TAMADUN ISTILAH TAMADUN CIRI-CIRI ASAS TAMADUN HUBUNGAN ANTARA TAMADUN PENGENALAN TERMINOLOGI TAMADUN 4 ISTILAH TAMADUN Umran Hadharah Madaniyah Tamadun Civilization Peradaban Istilah yang pertama diperkenalkan - Diperkenalkan oleh Ibn Khaldun pada abad ke-14 M. Bermaksud : Membangun atau memakmurkan bandar (hadharah – urbanization) Kawasan tanah yang didiami oleh sekumpulan masyarakat tinggal menetap di suatu tempat itu dalam keadaan yang berkembang subur lagi makmur. Bandar mesti mempunyai perancangan yang baik agar tamadun bertahan lama. Kehidupan cara bandar ialah Kehidupan yang terancang, tersusun dan teratur Wujudnya kemudahan infrastruktur Terletaknya pusat pentadbiran Mempunyai pelbagai kemudahan lain 5 Umran TERMINOLOGI TAMADUN TERMINOLOGI TAMADUN 6 Diperkenalkan oleh Ibn Khaldun Bermaksud : Suatu wilayah, daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan Wujudnya kehidupan menetap Urbanisasi Lawan - al-badawah dan al-badiyah (liar dan pedalaman). Menurut Malek ben Nabi - berada di tahap maju Hadharah

Upload: ngothuan

Post on 01-Sep-2018

368 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN - maruwiahacis.files.wordpress.com · Kemunculan seni kreatif seperti epik, ... nilai estetika yang tersendiri. Kreativiti . CTU551 ACIS, ... –Tamadun China- Sg. Kuning,

CTU551 ACIS, UiTM

Maruwiah Ahmat 1

CTU 551 – TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Maruwiah Ahmat

1

HASIL PEMBELAJARAN

• Menjelaskan konsep ketamadunan dan tamadun Islam serta sumbangannya.

• Menghuraikan faktor kelahiran dan keruntuhan

• Menjelaskan persamaan dan perbezaan antara tamadun.

2

KANDUNGAN

1. PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN 1.1 Konsep Tamadun 1.2 Kelahiran dan Perkembangan Tamadun 1.3 Faktor Kelemahan dan Kejatuhan Tamadun 1.4 Interaksi antara Tamadun 1.5 Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun

PENGENALAN

3

KONSEP TAMADUN

ISTILAH TAMADUN

CIRI-CIRI ASAS

TAMADUN

HUBUNGAN ANTARA

TAMADUN

PENGENALAN TERMINOLOGI TAMADUN

4

ISTILAH TAMADUN

Umran

Hadharah

Madaniyah

Tamadun

Civilization

Peradaban

• Istilah yang pertama diperkenalkan - Diperkenalkan oleh Ibn Khaldun pada abad ke-14 M.

• Bermaksud : – Membangun atau memakmurkan bandar (hadharah – urbanization) – Kawasan tanah yang didiami oleh sekumpulan masyarakat tinggal

menetap di suatu tempat itu dalam keadaan yang berkembang subur lagi makmur.

• Bandar mesti mempunyai perancangan yang baik agar tamadun bertahan lama.

• Kehidupan cara bandar ialah – Kehidupan yang terancang, tersusun dan teratur – Wujudnya kemudahan infrastruktur – Terletaknya pusat pentadbiran – Mempunyai pelbagai kemudahan lain

5

Umran

TERMINOLOGI TAMADUN TERMINOLOGI TAMADUN

6

Diperkenalkan oleh Ibn Khaldun

Bermaksud : Suatu wilayah, daerah, kota, bandar, kampung atau

tanah yang diusahakan

Wujudnya kehidupan menetap

Urbanisasi

Lawan - al-badawah dan al-badiyah (liar dan pedalaman).

Menurut Malek ben Nabi - berada di tahap maju

Hadharah

Page 2: PENGENALAN - maruwiahacis.files.wordpress.com · Kemunculan seni kreatif seperti epik, ... nilai estetika yang tersendiri. Kreativiti . CTU551 ACIS, ... –Tamadun China- Sg. Kuning,

CTU551 ACIS, UiTM

Maruwiah Ahmat 2

TERMINOLOGI TAMADUN

• Diambil dari madinah – kota (city) sebagai pusat peradaban.

• Bermaksud: – Bandar – Kehidupan cara bandar

• Suatu peringkat yang tinggi dalam kehidupan kebendaan sesebuah masyarakat yang jelas kelihatan dalam aspek pembangunan, peran-cangan dan penyusunan bandar serta penye-diaan kemudahan infrustruktur.

• Muhammad Farid Wajdi & Sheikh Muhammad Abduh menggunakan istilah ini bagi maksud tamadun.

7

Madaniyah

TERMINOLOGI TAMADUN

8

• Istilah ini diperkenalkan oleh Jurji Zaidan.

• Maksudnya tahap perkembangan yang tinggi bercirikan bentuk negara dengan pentadbiran yang tersusun rapi, kehidupan bandar, sains, teknologi dan pendidikan yang mencapai perkembangan, arkitektur yang membina monumen dan bangunan besar dan aktiviti kesenian yang berkesan.

• Dalam tamadun Islam semua ciri ini berasaskan agama.

Tamadun

TERMINOLOGI TAMADUN

9

Istilah bahasa Inggeris yang digunakan secara meluas dengan maksud tamadun.

Diambil merujuk kepada:

Civitas (Latin) atau city yang bermaksud kota (kota sebagai pusat tamadun)

Civil society – masyarakat beradab.

Merangkumi keseluruhan pencapaian dalam kehidupan iaitu:

Pengetahuan - Kepercayaan

Kesenian - Moral

Undang-undang

Civilization

TERMINOLOGI TAMADUN

• Muhammad Uthman El-Muhammadi:

– Pencapaian semua aspek pemikiran, moral, sosial dan kebendaan dalam kehidupan sesuatu masyarakat.

• Kamus Dewan:

– Suatu keadaan masyarakat manusia yang bercirikan atau

– Didasari pada taraf kemajuan kebendaan serta

– Perkembangan pemikiran, sosial, budaya, politik dan yang tinggi peradabannya.

• Walaupun wujud beberapa perkataan diperkenalkan, istilah yang digunapakai dalam Bahasa Melayu yang merujuk kepada masyarakat bertamadun ialah: Tamadun dan Peradaban.

10

Peradaban

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

11

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

Penempatan Kekal

Kehidupan Berkualiti

Stratifikasi Sosial

Bahasa & Tulisan

Organisasi Politik & Pemerintahan

Teknologi & Rekacipta

Kreativiti

Kehidupan Beragama

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

12

Tidak nomad tetapi menetap di kawasan yang boleh membekalkan makanan.

Ciri-ciri geografi tertentu penting. Lazimnya kawasan lembah sungai dipilih.

Kewujudan kota atau bandar.

Penempatan kekal

Bandingkan dua keadaan.

Page 3: PENGENALAN - maruwiahacis.files.wordpress.com · Kemunculan seni kreatif seperti epik, ... nilai estetika yang tersendiri. Kreativiti . CTU551 ACIS, ... –Tamadun China- Sg. Kuning,

CTU551 ACIS, UiTM

Maruwiah Ahmat 3

• Petempatan Kekal

13

A B

Bandingkan dua keadaan.

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

• Wujud Revolusi Pertanian.

• Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih sempurna.

• Hasil pertanian dan perternakan meningkat dan melampaui tahap sara diri.

• Penciptaan peralatan lebih baik untuk meningkatkan produktiviti makanan.

14

Kehidupan Berkualiti

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

• Peningkatan kualiti hidup yang lebih sempurna

15

A B

Bandingkan dua keadaan.

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

16

Wujud sistem pengelasan dalam masyarakat berdasarkan kelas dan status.

Sistem pengelasan masyarakat awal berkait rapat dengan pemilikan kekayaan.

Status pula mempunyai kaitan dengan kriteria prestij tertentu dalam masyarakat seperti gelaran, panggilan, peraturan atau adat.

Stratifikasi sosial

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

• Wujud organisasi dan institusi sosial

17

Perdana Menteri

Menteri

Adun

Penghulu

Ketua Kampung/Iman

Orang Banyak

Kelab – NGO - Parti Pertubuhan - Syarikat

A B

Bandingkan dua keadaan.

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

18

Berfungsi sebagai perantaraan komunikasi, perakam, penyampaian dan pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu.

Kesannya:

Berlaku perkembangan ilmu

Muncul kelas terpelajar

Kemunculan seni kreatif seperti epik, puisi dan cerita rakyat

Bahasa dan sistem tulisan

Page 4: PENGENALAN - maruwiahacis.files.wordpress.com · Kemunculan seni kreatif seperti epik, ... nilai estetika yang tersendiri. Kreativiti . CTU551 ACIS, ... –Tamadun China- Sg. Kuning,

CTU551 ACIS, UiTM

Maruwiah Ahmat 4

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

19

Wujud sistem perundangan dan sistem nilai yang lebih teratur.

Kesatuan politik atau budaya dapat menyatukan masyarakat dalam menentang orang luar.

Sistem politik dan pentadbiran menjadi lebih kompleks bila tamadun berkembang.

Contoh sistem politik: beraja atau monarki, demokrasi dan oligarki.

Organisasi pemerintahan

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

Kehidupan bertamadun mempunyai sistem pemerintahan yang khusus dan wujudnya hubungan dipomatik.

20

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

21

Perkembangan pelbagai aktiviti ekonomi - pengkhususan kerja

Perubahan struktur sosial - pencapaian tahap kecekapan yang tinggi

Peningkatan daya reka cipta (teknologi baharu)

Inovasi teknologi – alat pengangkutan → penciptaan roda, sampan dan kapal besar.

Teknologi rekacipta

22

Pengkhususan kerja dan inovasi teknologi

A B

Bandingkan dua keadaan.

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

• Berkembangnya sistem teknologi maklumat

23

A B

Bandingkan dua keadaan.

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

24

Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai estetika yang tersendiri.

Kreativiti

Page 5: PENGENALAN - maruwiahacis.files.wordpress.com · Kemunculan seni kreatif seperti epik, ... nilai estetika yang tersendiri. Kreativiti . CTU551 ACIS, ... –Tamadun China- Sg. Kuning,

CTU551 ACIS, UiTM

Maruwiah Ahmat 5

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

• Lazimnya bandar-bandar awal muncul di sekitar pusat upacara agama seperti kuil.

• Kepercayaan agama memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun.

• Golongan agama menjadi kelas tertinggi kerana dianggap perantara manusia dengan kuasa-kuasa supernatural.

• Unsur spiritual penting dalam tamadun kerana ia memberi kesan pada tingkah laku dan pembinaan bangunan.

25

Kehidupan beragama

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

• Kehidupan beragama

26 Tuhan-tuhan pelbagai tamadun.

HUBUNGAN ANTARA TAMADUN

27

Hubungan Antara Tamadun

Hubungan Dengan Agama

Hubungan Dengan Budaya

Hubungan Dengan Bangsa

Hubungan Antara Tamadun Dengan Agama, Budaya dan Bangsa

HUBUNGAN ANTARA TAMADUN

28

Hubungan antara tamadun dengan agama

• Kebanyakan tamadun berteraskan agama. • Masyarakat bertamadun memiliki budi pekerti yang mulia dan

moral yang tinggi dan ia datang dari ajaran agama dan budaya.

• Kemunculan tamadun silam merupakan manifestasi kepada kehidupan beragama.

HUBUNGAN ANTARA TAMADUN

• Budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun.

• Masyarakat berbudaya tinggi mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang juga merupakan ciri kehidupan bertamadun.

29

Hubungan antara tamadun dengan budaya

HUBUNGAN ANTARA TAMADUN

30

Hubungan keduanya tidak begitu ketara walaupun terdapat tamadun yang sering dikaitkan dengan sesebuah bangsa seperti tamadun Cina dan tamadun India.

Hubungan antara tamadun dengan bangsa

Page 6: PENGENALAN - maruwiahacis.files.wordpress.com · Kemunculan seni kreatif seperti epik, ... nilai estetika yang tersendiri. Kreativiti . CTU551 ACIS, ... –Tamadun China- Sg. Kuning,

CTU551 ACIS, UiTM

Maruwiah Ahmat 6

Lokasi Strategik

Ransangan Keagamaan

Kestabilan pemerintahan

Kemantapan Ekonomi

Keteguhan Sosial

Toleransi terhadap Tamadun Lain

Penghijrahan

FAKTOR PERKEMBANGAN TAMADUN

31

• LOKASI STRATEGIK

– Lokasi yang memungkinkan penempatan masyarakat mendapat sumber-sumber semula jadi untuk kelangsungan kehidupan.

– Merujuk kepada faktor geografi.

32

Lokasi Strategik

FAKTOR PERKEMBANGAN TAMADUN

FAKTOR PERKEMBANGAN TAMADUN

33 Tamadun bertapak mula di persekitaran sungai dan pinggir laut.

FAKTOR PERKEMBANGAN TAMADUN

– Ajaran agama dan amalan rohani mendorong penghayatan nilai murni dan suci seterusnya kehidupan bertamadun.

– Masyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan berusaha untuk menuju kepada kesempurnaan kemanusiaan dan ketinggian budaya.

– Penghayatan tinggi terhadap moral dan nilai terpuji melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu dan nilai murni

34

Ransangan Keagamaan dan Kerohanian

FAKTOR PERKEMBANGAN TAMADUN

35

Ransangan

keagamaan

FAKTOR PERKEMBANGAN TAMADUN

Kuil di Burma

26/02/2014 36

Angkor City

Page 7: PENGENALAN - maruwiahacis.files.wordpress.com · Kemunculan seni kreatif seperti epik, ... nilai estetika yang tersendiri. Kreativiti . CTU551 ACIS, ... –Tamadun China- Sg. Kuning,

CTU551 ACIS, UiTM

Maruwiah Ahmat 7

FAKTOR PERKEMBANGAN TAMADUN

– Pemerintahan yang stabil, sistem pentadbiran yang tersusun dan sistematik serta kedudukan strategik

– Tamadun Melayu (Melaka) - Pemerintahan tradisional yang teratur:

• Perluasan jajahan.

• Hukum Kanun Melaka atau Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.

37

Kestabilan Pemerintahan

Sultan

Bendahara

Temenggung

Penghulu Bendahari

Laksamana

Pembesar Berlapan

Pembesar Enam Belas

Pembesar Tiga Puluh Dua

FAKTOR PERKEMBANGAN TAMADUN

– Berkembang di kawasan lembah sungai. Wujud revolusi pertanian dan aktiviti perikanan serta perdagangan.

– Tamadun China- Sg. Kuning, capai tamadun dari segi pentadbiran, ekonomi dan sosial.

– Tamadun Melayu – Melaka, kedudukan strategik, pelabuhan terlindung - aktiviti perdagangan pesat.

38

Kemantapan Ekonomi

FAKTOR PERKEMBANGAN TAMADUN

39

Masyarakat yang mempunyai nilai positif seperti:

Kecintaan kepada ilmu.

Kreativiti, ketekunan dan kerajinan.

merupakan faktor yang meneguhkan sesebuah tamadun

Keteguhan Sosial

FAKTOR PERKEMBANGAN TAMADUN

40

Toleransi Terhadap Tamadun Lain

Namakan tamadun-tamadun asal yang diadaptasi oleh Islam untuk barang/perkara di atas.

Toleransi terhadap tamadun lain mewujudkan interaksi yang merangsang pemupukan nilai kehidupan bertamadun.

Sikap terbuka untuk menerima tamadun yang baik → bentuk tamadun baharu.

Sikap pemimpin memainkan peranan penting.

FAKTOR PERKEMBANGAN TAMADUN

41

Penghijrahan bertujuan membina tamadun:

Mencari ilmu

Meningkatkan kualiti kehidupan

Membina strategi

Dengan berlakunya penghijrahan ini, akan melengkapkan manusia bertamadun.

Penghijrahan

Ketidak-stabilan politik

Keruntuhan moral dan

nilai

Ketidakadilan sistem

ekonomi

Berlakunya sikap

tertutup

Berlakunya mala petaka sprt bencana

alam

42

FAKTOR KERUNTUHAN TAMADUN

Page 8: PENGENALAN - maruwiahacis.files.wordpress.com · Kemunculan seni kreatif seperti epik, ... nilai estetika yang tersendiri. Kreativiti . CTU551 ACIS, ... –Tamadun China- Sg. Kuning,

CTU551 ACIS, UiTM

Maruwiah Ahmat 8

FAKTOR KERUNTUHAN TAMADUN

43

Ketidakstabilan politik

• Pergolakan dalaman • Kelemahan pentadbiran • Pergolakan dalam institusi pemerintahan • Berlaku pemberontakan • Berlakunya penindasan dan kezaliman • Berlakunya peperangan

• Peperangan yang berlaku boleh membawa keruntuhan tamadun

• Serangan yang dilakukan ke atas Jepun telah menyebabkan tamadun Jepun mengalami keruntuhan

FAKTOR KERUNTUHAN TAMADUN

44

Ketidakadilan sistem ekonomi

• Mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara kaya dan miskin.

• Orang miskin akan tertindas dan golongan kaya semakin kaya. • Menimbulkan konflik antara masyarakat.

FAKTOR KERUNTUHAN TAMADUN

45

Keruntuhan moral dan sistem nilai

• Berlakunya kejahilan – tidak suka menuntut ilmu • Banyak berlaku rasuah dan diiktiraf • Keruntuhan istitusi keluarga

FAKTOR KERUNTUHAN TAMADUN

46

Sikap tertutup

• Tidak mahu menerima perubahan • Berada dalam keadaan jumud • Sebagai contoh, semasa zaman

Uthmaniyah, bermula dengan pemerintahan Sultan Salim III terdapat usaha-usaha untuk memodenkan sistem-sistem di Turki.

• Banyak reformasi yang dilakukan oleh pemerintah dihalang oleh golongan-golongan konservatif dalam Turki Uthmaniyyah sendiri sama ada oleh golongan keagamaan atau oleh golongan Janissari yang pada masa ini telah menjadi rasuah.

FAKTOR KERUNTUHAN TAMADUN

• Berlakunya bencana alam seperti gempa bumi, banjir besar, tsunami dan letusan gunung berapi boleh menyebabkan keruntuhan tamadun.

• Keruntuhan Tamadun Indus antaranya puncanya disebabkan kemarau berpanjangan dan sejuk yang melampau.

[email protected] 47

Letupan Gunung Berapi di Greek

Tsunami di Acheh

Berlakunya mala petaka

Terkeluar dari landasan

tauhid

Keruntuhan akhlak

Pemerintahan yang lemah

Kegiatan ilmu yang jumud

FAKTOR KERUNTUHAN TAMADUN DARI PERSPEKTIF ISLAM

48

Page 9: PENGENALAN - maruwiahacis.files.wordpress.com · Kemunculan seni kreatif seperti epik, ... nilai estetika yang tersendiri. Kreativiti . CTU551 ACIS, ... –Tamadun China- Sg. Kuning,

CTU551 ACIS, UiTM

Maruwiah Ahmat 9

FAKTOR KERUNTUHAN TAMADUN DARI PERSPEKTIF ISLAM

49

• Islam datang membawa manusia keluar daripada jahiliyah

• Lari daripada keimanan kepada Allah sebabkan tamadun tidak sempurna dan runtuh

Terkeluar daripada landasan agama tauhid

• Banyak berlaku kerosakan akhlak

• Pemimpin dan masyarakat yang rosak akhlak Keruntuhan akhlak

• Pimpinan yang lemah dan tidak berwibawa

• Pemimpin yang tidak mempunyai kelayakan untuk memimpin

• Pemimpin yang jahil

Pemerintahan yang lemah

• Tidak berlaku pengembangan ilmu

• Kelemahan dalam penguasaan ilmu dan teknologi semasa

Kegiatan keilmuan yang jumud

FAKTOR KERUNTUHAN TAMADUN DARI PERSPEKTIF ISLAM

50

Contoh: Akbar Agung .. Baginda telah membuka kedai arak berdekatan dengan istana ... Para pelacur yang diambil dari kedai tidak mungkin dapat dibilang, bilangan mereka sungguh ramai ... Penari-penari perempuan sentiasa dibawa pulang oleh orang istana. Jika ada orang istana yang dikenali ingin mengambil seorang dara, dia terpaksa meminta kebenaran terlebih dahulu daripada Akbar. Sambil itu, lelaki juga turut melacurkan diri mereka, dan kemabukan dan akhirnya membawa kepada pertumpahan darah ... Baginda sendiri memanggil sebahagian daripada pelacur untuk mengetahui sama ada mereka masih mengekalkan dara mereka. (Ain-i-Akbari, Abdul Fazal) Memperkenalkan agama baharu iaitu Din Ilahi yang menyatukan Hindu, Islam, Jainisme dan Kristian – menyatukan penduduk. Berkahwin dengan puteri Hindu untuk mengukuhkan politik.

Lari daripada Landasan Tauhid

FAKTOR KERUNTUHAN TAMADUN DARI PERSPEKTIF ISLAM

Contoh: Kerajaan Uthmaniyah. • Bermula kurun ke 17 M, Sultan-sultan yang menaiki takhta

mempunyai keperibadian yang lemah dan hanya mementingkan kemewahan.

• Sultan Uthman ke II yang menaiki takhta -13 tahun hanyalah boneka, dan kuasa pemerintah - golongan elit Turki. Sepanjang pemerintahannya selama 1.4 tahun penggantian Perdana Menteri - 7 kali.

• Sultan Murad V telah dinaikkan oleh golongan Freemason dan hanya sempat memerintah selama 93 hari kerana penyakit gila -terlalu takut dengan kematian Sultan Abdul Aziz - mati dibunuh.

• Seringkali berlaku perebutan kuasa antara keluarga diraja menyebabkan politik menjadi tidak stabil dan tegang.

51

Pemerintahan yang lemah

FAKTOR KERUNTUHAN TAMADUN DARI PERSPEKTIF ISLAM

• Semasa zaman-zaman akhir kerajaan Uthmaniyah, kegiatan keilmuan didapati dalam keadaan lembab dan kebaratan.

• Sistem pendidikan sekular telah berlaku.

• Masyarakat Turki hidup dalam kemewahan dan leka dengan aktiviti harian dan kebaratan.

• Muncul ulama yang cuba membangkitkan reformasi seperti Badiuzzaman Said Nursi (1873-1960).

52

Kegiatan Keilmuan yang Jumud

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

• Interaksi merupakan hubungan aktif yang saling bertindak balas atau saling mempengaruhi antara satu sama lain.

53

Interaksi fizikal.

Interaksi teologi atau

agama.

Interaksi sains dan teknologi.

Interaksi budaya.

Kepimpinan

Agamawan

Geografi

Perkahwinan

Perdagangan

Misi Politik

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

54

Page 10: PENGENALAN - maruwiahacis.files.wordpress.com · Kemunculan seni kreatif seperti epik, ... nilai estetika yang tersendiri. Kreativiti . CTU551 ACIS, ... –Tamadun China- Sg. Kuning,

CTU551 ACIS, UiTM

Maruwiah Ahmat 10

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

KEPIMPINAN

• Peranan pemimpin melalui pelaksanaan visi dan misi untuk memajukan bangsa dengan aktiviti interaksi

55

AGAMAWAN

Golongan agama memainkan peranan penting dalam interaksi

Melalui motivasi agama dan dakwah.

PERKAHWINAN

Antara pasangan yang berlainan etnik, bangsa dan budaya menyebabkan berlaku interaksi.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

56

PERDAGANGAN

Melalui proses hubungan dagang dua hala antara negara-negara yang berdagang menyebabkan berlakunya interaksi

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

MISI POLITIK

• Melalui pelbagai pendekatan sama ada penaklukan, penjajahan atau kerjasama antara pelbagai negara

57

Khalifah Harun al-Rasyid menerima delegasi Charlemange di mahkamah.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

58

JEN

IS IN

TER

AK

SI Budaya sama

Hubungan budaya dalam rumpun kaum yang sama seperti budaya masyarakat Melayu dan Cina yang

terdiri daripada pelbagai suku

Budaya berbeza

Kaum yang berlainan budaya dan kepercayaan saling berinteraksi seperti interaksi antara

masyarakat Islam dan Hindu Buddha di Asia Tenggara

Kuat dengan lemah

Interaksi antara kelompok yang lemah dengan yang kuat seperti mana interaksi antara kaum Yahudi

dan Islam, Kristian dan Islam pada zaman kegemilangan tamadun Islam di Semenanjung

Tanah Arab dan Andalus.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

59

KESAN POSITIF

Perpindahan teknologi

•Teknologi dari Tamadun China ke India seperti teknologi membuat kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas.

•Kemahiran dari Tamadun India diperkembangkan ke negara China seperti astronomi, teknologi membuat gula dari tebu

Perpindahan ilmu

• Penambahan kosa kata •Pengaruh bahasa sanskrit dalam bahasa melayu

•Pengaruh bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu

Peningkatan hasil kesenian

•Pengaruh seni bina Islam ke dalam senibina Cina terutama seni bina masjid.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

Masjid yang mempunyai pengaruh India dan China di Melaka. 60

Page 11: PENGENALAN - maruwiahacis.files.wordpress.com · Kemunculan seni kreatif seperti epik, ... nilai estetika yang tersendiri. Kreativiti . CTU551 ACIS, ... –Tamadun China- Sg. Kuning,

CTU551 ACIS, UiTM

Maruwiah Ahmat 11

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

61

KESAN NEGATIF

Wujudnya jurang perkauman

Wujudnya jurang ekonomi

Permusuhan dan peperangan

•Buddha dan Konfucius •Penganut Islam dan

Hindu •Peperangan Salib

antara Islam dan Kristian

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

62

Perpindahan teknologi

•Teknologi dari Tamadun China ke India seperti teknologi membuat kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas.

•Kemahiran dari Tamadun India diperkembangkan ke negara China seperti astronomi, teknologi membuat gula dari tebu

Perpindahan ilmu

•Penambahan kosa kata

•Pengaruh bahasa sanskrit dalam bahasa Melayu

•Pengaruh bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu.

Peningkatan hasil kesenian

•Pengaruh seni bina Islam ke dalam seni bina Cina terutama seni bina masjid.

KESAN POSITIF

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

63

Antara negara

• Malaysia dan Indonesia

Antara bangsa

• Cina dan Melayu

Antara agama

• Kristian dan Islam

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

64

INTE

RA

KSI

DI M

ALA

YSIA

INDIA

Pemerintahan

Bahasa

Kesenian

Kesusasteraan

CHINA

Bahasa

Kebudayaan

Kesenian

ARAB

Bahasa

Kesusasteraan

Budaya

Pendidikan

Seni Bina

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

65

• Institusi beraja.

• Konsep dewaraja.

• Istana dibina atas tanah tinggi.

• Pembinaan candi.

• Upacara pertabalan.

• Penggunaan bilangan pembesar dan hulubalang 4, 16, 32.

• Penggunaan gelaran seperti :

• Duli Yang Maha Mulia

• Seri Paduka Baginda

• Seri Nara Diraja – bertugas mengisytiharkan perlantikan Raja.

• Bendahara – sebagai menteri

• Laksamana – sebagai ketua tentera

PEMERINTAHAN

Interaksi dengan India

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

66

Interaksi dengan India

• Percampuran bahasa Sanskrit dan Tamil dalam bahasa Melayu seperti:

• Bhumi-bumi

• Bheda-Beda/beza

• Bhasa-bahasa

• Arthah- harta

• Bhakti-bakti

• Bhudi-budi

• Arghah-harga

BAHASA

Page 12: PENGENALAN - maruwiahacis.files.wordpress.com · Kemunculan seni kreatif seperti epik, ... nilai estetika yang tersendiri. Kreativiti . CTU551 ACIS, ... –Tamadun China- Sg. Kuning,

CTU551 ACIS, UiTM

Maruwiah Ahmat 12

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

• Senitari

• Seni binaan – seperti masjid India, semua kubah ke atas merujuk kepada tuhan yang Esa.

KESENIAN

• Wayang kulit

• Cerita – Hikayat Seri Rama, Pendawa Lima dsb.

KESUSASTERAAN

67

Interaksi dengan India

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

Antara bidang kesenian di Malaysia menerima pengaruh Hindu. 68

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

• Makanan dan pakaian:

• Bakmi, me, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang kaki), tauhu, kincam, lai, laici, teh, behoon & samsu.

• Pakaian dan barang dagangan:

• Tocang, kekwa, koyok, cat, gimpai, gincu, tahil, koyan, angklong & candu.

• Manusia dan ehwalnya:

• Apek, loki, nyonya, taukeh, kongsi, cincau, ampau, gua, lu, sengse, samsing, lancau, suwe, toa pekong, tokong, tekong, banci & cuak.

• Rumah dan peralatan:

• Loteng, pangkin, bangsal, tongkang, jong, sampan, beca, lanca, pongkis, sempua, sia, tanglong, tangsi, cawan, tekoh, uncoi,& dacing.

• Permainan

• Pakau, congkak, cukai & mahjong.

SOSIAL DAN BUDAYA

69

Interaksi dengan China

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

70

• Budaya Baba-Nyonya

• 1613 iaitu awal kurun ke 17 - komuniti China menetap di Melaka dan berkahwin dengan wanita tempatan.

• Lahirlah satu budaya kacukan yang dipanggil Baba dan Nyonya.

• Ciri-ciri masyarakat Baba dan Nyonya:

• Memanggil diri mereka Baba atau Peranakan.

• Bertutur dalam bahasa Melayu dengan gayanya yang tersendiri.

• Masakan Baba banyak dipengaruhi oleh masakan Melayu. Kebiasaannya makan menggunakan tangan seperti orang Melayu.

• Generasi yang lebih tua (Nyonya) masih menggunakan kain sarung dan kebaya sebagai pakaian seharian.

MASYARAKAT PLURALITI BAHARU

Interaksi dengan China

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

71

• Cina Peranakan/ Cina Kampung seperti Cina Peranakan di Kelantan

• Hubungan China dengan negeri di Pantai Timur sejak sebelum zaman Srivijaya lagi.

• Terdapat di tebing sungai Kelantan dan Kuala Kerai di hulu sehingga ke Tumpat di muaranya.

• Kesan:

• Penyerapan ciri-ciri budaya Melayu kecuali agama.

• Penggunaan dialek Kelantan yang fasih dan jenis pakaian.

• Saling menghormati dan lahir citarasa yang sama seperti kegemaran kepada wayang kulit, permainan mahjong & menora.

ASIMILASI MELAYU-CINA

Interaksi dengan China

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

• Seni bina Cina dalam pembinaan masjid seperti masjid Tanjung Kling & Masjid Tengkera (seperti binaan pagoda)

• Seni kaligrafi, lukisan cat minyak dll

KESENIAN

72

Interaksi dengan China

Page 13: PENGENALAN - maruwiahacis.files.wordpress.com · Kemunculan seni kreatif seperti epik, ... nilai estetika yang tersendiri. Kreativiti . CTU551 ACIS, ... –Tamadun China- Sg. Kuning,

CTU551 ACIS, UiTM

Maruwiah Ahmat 13

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

• Penambahan kosa kata Arab ke dalam bahasa Melayu:

• Sabar

• Syukur

BAHASA

• Cerita sastera Arab mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu

• Kisah Seribu Satu Malam

• Hikayat Pahlawan Islam

KESUSASTERAAN

73

Interaksi dengan Arab

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

• Pengaturan masa mengikut waktu solat

• Cara berpakaian

• Jubah

BUDAYA

• Wujudnya sekolah agama dan Arab

• Kurikulum pendidikan

• Pendidikan Islam

• Bahasa Arab

PENDIDIKAN

• Seni bina masjid

• Seni khat

SENI BINA

74

Interaksi dengan Arab

PERSAMAAN ANTARA TAMADUN

75

Nilai Etika

Keagamaan

Keilmuan Kepimpinan

PERSAMAAN ANTARA TAMADUN

76

Keagamaan

• Semua tamadun berasaskan kepada ketuhanan dan kerohanian

• Peninggalan bangunan keagamaan

Nilai Etika

• Semua tamadun menekankan etika dalam kehidupan

• Etika kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dll

Kepimpinan

• Pemimpin yang adil dan bijaksana menjadi teras dalam semua tamadun

Nilai keilmuan

• Semua tamadun menunjukkan wujud ketinggian ilmu

• Wujudnya teknologi, hasil kreativiti dan inovasi yang ditinggalkan

PERSAMAAN ANTARA TAMADUN

Keagamaan

• Perbezaan wujud dalam aspek praktis keagamaan

• Dasar pegangan dan kepercayaan, contohnya dalam agama Islam dan Hindu

• Rujukan kitab agama juga berbeza antara tamadun

Nilai Etika

• Nilai etika dalam Islam dirujuk kepada sumber yang diwahyukan

• Nilai etika tamadun lain mengikut agama atau adat budaya masing-masing

77

KESIMPULAN

78

Ilmu ketamadunan hari ini penting kerana ia boleh membantu ke arah pembinaan dan kejayaan sesebuah

masyarakat dan negara di samping itu ia membuka ruang kepada manusia untuk berinteraksi secara positif

ke arah kehidupan yang lebih saksama. Pembangunan material semata-mata bukanlah jaminan kepada keutuhan dan kecemerlangan

sesebuah tamadun.