pengenalan kesusasteraan

16

Click here to load reader

Upload: yusli-mahmood

Post on 24-Jun-2015

920 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Kesusasteraan

Pengenalan Kesusasteraan

Pengenalan

1.1 Definisi

(i) Umum tentang kesusasteraan MelayuKesusasteraan berasal daripada kata akar “susastera” (Sanskrit)Su - indah, baik, lebih berfaedahSastera - huruf atau bukuKe-susastera-an - kumpulan buku-buku yang indah bahasa dan baik isinya.

Kesuasasteraan : Ciptaan seni yang dinyatakan dengan bahasa yang indah dan mengandungi isi yang baik yang baik lagi berfaedah.

Kesusasteraan Melayu : hasil ciptaan yang ditulis melalui perantaraan Bahasa Melayu dan lahir sebagai hasil daripada keistimewaan sifat masyarakat Melayu. Kandungannya haruslah mencerminkan persoalan tentang masyarakat bangsa Melayu sama ada pada zaman silam mahupun pada zamanmodenhari ini.

Kesusasteraan Melayu Tradisional (SMT) :Konsep SMT pada orang Melayu zaman dahulu sangat bercampur aduk dan tidak terbatas kepada hasil seni semata-mata. Oleh itu semua hasil penulisan sebelum abad ke-19 dianggap sebagai hasil sastera yang termasuk di dalamnya karya sejarah seperti Sejarah Melayu, karya-karya ketatanegaraan seperti Tajus Salatin, Bustan as-Salatin, Sastera Kitab/Agama dan juga undang-undang Melayu lama.

Kesusasteraan Melayu mengandungi 4 unsur utama :

a. Unsur Intelek : Karya sastera haruslah menimbulkan satu-satu fikiran tertentu yang bernilai dan menarik. Sastera ditulis dengan tujuan tertentu seperti soal-soal masyarakat, moral, ekonomi, politik dan sebagainya. Karya sastera sebagai bahan untuk pembaca mendapat panduan dan pengetahuan.

b. Unsur Emosi : Membezakan karya sastera dengan bukan sastera. Berkait dengan perasaan manusia iaitu perasaan pengarang dan pembaca seperti perasaan sedih, gembira dan sebagainya.

c. Unsur Imaginasi : Ketajaman daya penglihatan dan gaya pengamatan (daya khayalan) pengarang terhadap sesuatu benda atau peristiwa yang dilukisnya melalui perantaraan bahasa.

d. Unsur teknik : Soal bagaimana pengarang menyusun peristiwa dalam cerita, memilih kata-kata, menyusun adegan dan sebagainya.

Kesimpulan tentang Kesusasteraan Melayu :

1. Ciptaan seni yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai alat penyampaian

Page 2: Pengenalan Kesusasteraan

2. Satu cabang kegiatan seni masyarakat Melayuyang terawal dan terpenting3. Kesusasteraan lahir bersama kelahiran masyarakat sebagai alat untuk menyatakan perasaan, keazaman, keinginan, pengalaman dan pengalaman masyarakat.4. Kesusasteraan Melayu adalah kesusasteraan yang berfungsi iaitu mengajar dan menghibur5. Tercipta dalam sepanjang masa, mengalami proses perkembangan dan perubahan, dibahagikan Sastera Melayu Tradisional dan sastera Melayu Moden

Antara Realiti Dengan Realisme Dalam Sastera Melayu(Berita Minggu, 9.4.1989)

~ T. Ahmad Mohamed___________________________________________________________________

Realiti boleh didefinasikan secara longgar sebagai sesuatu yang benar dan bukan khayalan atau rekaan. Dalam bidang penulisan sastera, aliran yang mengemukakan gambaran masyarakat berdasar kejadian yang sebenar dikenali sebagai realisme.

Aliran realisme ini telah mula tumbuh dalam abad 19 di Eropah sebagai suatu penolakan terhadap aliran romantisme yang berlalu berisi angan-angan kosong dan perasaan cinta-kasih yang berlebih-lebihan.

Dalam kesusasteraan Melayu, konsep realisme mula bertapak dalam tahun 50-an dengan diasaskan oleh ASAS '50 (Angkatan Sasterawan '50). Sasterawan-sasterawan ASAS '50 'terpaksa' memilih aliran realisme ketika itu untuk melaksanakan cita-cita mereka memperjuangkan keadilah, kemakmuran dan kemajuan masyarakatnya yang dalam belenggu penjajahan itu.

Menurut konsep realisme ASAS '50, karya sastera harus mendorong masyarakat/pembaca ke arah

Page 3: Pengenalan Kesusasteraan

mengubah dan memperbaiki nasib manusia. Kerana itulah mereka melaungkan slogan 'Seni Untuk Masyarakat'.

Sehingga ke hari ini, realisme telah menjadi begitu ampuh dalam penulisan sastera Melayu sehingga seolah-olah itulah satu-satunya aliran sastera yang dikenali oleh sasterawan-sasterawan kita. Bahkan penulis-penulis baru/muda kita yang baru terjun ke dalam bidang sastera juga seolah-olah terperangkap dalam 'round-about' ini, tanpa arah dan tujuan nan pasti. Kalau ini berterusan sudah barang tentu mengongkong dayacipta dan imaginasi sasterawan Melayu kita dalam suatu 'viscious circle'.

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa aliran realisme telah berjaya membawa pemodenan ke dalam kesusasteraan Melayu serta melepaskannya daripada belenggu aliran romantisme. Tetapi sejauh manakah aliran realisme ini masih relevan dengan tuntutan masa kini?

Aliran dalam sastera boleh diibaratkan sebagai teknologi penulisan. Dengan perubahan masa, nilai-nilai dan tuntutan, teknologi penulisan juga perlu mengalami perubahan. Sesuatu aliran sastera yang dianggap unggul pada sesuatu masa tidak semestinya terus unggul dan sesuai pada masa lain pula.

Penekanan yang terlalu lebih kepada aspek realiti dewasa ini telah menjadikan karya-karya beraliran realisme kontemporari menjadi kaku, lemah dan hambar. Ini disebabkan oleh kecenderungan ke arah sesuatu yang disebut sebagai 'stereotyped writing on assigned topic' ditambah pula dengan 'creation after set models' (meminjam istilah yang dikemukakan oleh sasterawan dari negara China, Liu Zaifu).

Suatu hakikat yang perlu dijelaskan, sasterawan sebagai manusia tidak terkecuali daripada menghadapi persoalan realiti. Realiti adalah sebahagian daripada hakikat kehidupan.Tetapi kalau kita menganggap sastera itu sebagai salah satu cabang kesenian, ia haruslah juga mendukung nilai seni.

Nilai-nilai didaktik dan realiti haruslah berdiri di bawah nilai-nilai seni itu dan tercetus secara spontan dan bukan dipaksa-paksa. Jika tidak manakah letaknya kejujuran dalam bersastera kalau karya sastera itu berdiri bawah 'telunjuk' propaganda.

Sebagai sasterawan, sekaligus seniman, apakah cukup hanya dengan bahan-bahan realiti semata untuk dipersembahkan dalam kerja-kerja seninya. Apakah dengan persembahan-persembahan yang berdasarkan realiti tanpa nilai-nilai yang mencakup intelektualisme, kerohanian dan kreativiti, dapat mendewasakan pemikiran masyarakat/pembaca?

Apakah cukup memadai menggambarkan tuntutan realiti sosial dalam pengertian yang kecil dan sempit, melalui pencernaan yang 'simple' dan tidak 'ingenious'?

Dalam konteks ini, di manakah hubungannya dengan laungan 'mendorong masyarakat/pembaca ke arah mengubah dan memperbaiki nasib manusia', sekiranya karya-karya sastera itu sendiri tidak begitu

Page 4: Pengenalan Kesusasteraan

kuat dan 'berkesan' dalam melahirkan suatu 'stimulus' yang sewajarnya dalam jiwa masyarakat/pembaca?

Unsur-unsur mengajar, mengajak (secara paksa-paksaan) dan mengarah (secara laung-laungan) dalam karya-karya yang beraliran realisme sudah tidak ada tempat lagi dalam sastera moden.

Kaedah begini sudah tidak meyakinkan lagi kepada masyarakat/pembaca moden yang tertentunya lebih tinggi daya intuisinya. Aliran realisme yang begitu berjaya mendekati masyarakat/pembaca di masa-masa yang lalu telah tiba kini diberi penilaian semula.

Masyarakat/pembaca moden tentunya tidak gemar dikhutbah-khutbahkan melalui karya sastera yang bersifat didaktik itu. Mereka lebih senang 'dijemput' berfikir, berkreatif, merasa dan merumus sendiri sesuatu permasalahan yang dihidangkan dalam sesebuah karya sastera yang lebih 'sophistikated' alirannya seperti surealisme, futurisme, simbolisme atau bahkan absurdisme misalnya.

Apapun tanggapan anda, sasterawan kita tidak boleh berpuas hati dengan cuma berpegang kepada aliran realisme sahaja. Kita perlu mengkaji dan meneroka aliran dan bentuk-bentuk lain dalam proses meningkatkan taraf kesusasteraan Melayu di samping memenuhi tuntutan sosial - mendewasakan pemikiran masyarakat/pembaca.

Karya-karya sasterawan Barat yang cenderung kepada aliran yang bukan-realisme, seperti yang pernah dihasilkan oleh Jean Paul Sartre, Albert Camus, Samuel Beckett dan Lobert Lowell misalannya, perlu diberi semacam pendekatan dan bukanlah penolakan secara 'total'.

Bukan disarankan agar sasterawan kita harus meniru kerja-kerja seni mereka yang disebut ini, tetapi bukan juga suatu kesalahan mempelajari daripada orang lain untuk penyesuaian atau sebagai pengasasan dalam mewujudkan identiti sendiri.

Seperkara lagi, saya juga tidak sekali-kali menyarankan agar sasterawan kita membuang terus nilai-nilai yang telah sedia ada atau berhenti terus daripada menulis tentang hal realiti. Tetapi, aspek kesenian atau estetika dalam penulisan sastera perlu diberi perhatian yang sama berat dengan aspek 'tanggungjawab terhadap masyarakat' (social responsibility).

Kedua-dua aspek ini perlu berseimbangan dalam suatu 'equilibrium' yang unik. Inilah realiti sastera yang perlu dimengertikan. Tugas ini bukanlah semudah seperti menyebut atau menyarankan. Kita akan berhadapan dengan dua soalan yang utama - Apakah corak dan aliran sastera yang perlu kita wujudkan? Bagaimanakah mengimbangi aspek kesenian (estetika) dan aspek tuntutan sosial (social responsibility) dalam bentuk atau aliran yang telah kita pilih itu?

Apabila hakikat ini telah kita mengertikan, barulah kita sedari betapa payahnya tugas sasterawan sebagai ahli seni dan ahli sosial. Kita juga tidak akan semudah-mudahnya melemparkan sangkaan buruk kepada penulis-penulis baru/muda yang cuba menyimpang daripada aliran realisme.

Page 5: Pengenalan Kesusasteraan

Sesungguhnya usaha-usaha mereka ini tidak wajar dianggap tidak memberi manfaat dan tidak bertanggungjawab terhadap masyarakat/pembaca, semata-mata kerana nilai dan bentuk realisme telah lama dan kuat menapak dalam tradisi penulisan sastera Melayu. Siapakah sasterwan, baik veteran mahupun yang baru/muda, yang tidak tahu tanggungjawab atau sengaja ingin menodai kesusasteraan bangsanya?

Walau bagaimana sukar, asing dan anehnya sesuatu karya yang bukan-realisme, karya itu tetap lahir daripada lingkungan masyarakat dan untuk masyarakatlah jua ditujukan. Fikirlah sejenak dengan lebih mendalam.

Soalnya, kalau benar kita menganggap bahawa para sasterawan dan seniman itu adalah peneroka dan pembentuk tamadun masyarakatnya, kita haruslah menanam kepercayaan dan penggalakan yang sewajarnya kepada mereka dalam melaksanakan kerja-kerja seninya.

Bagi sasterawan pula, mereka perlu lebih menginsafi akan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai ahli sosial dan ahli seni. Mereka haruslah dapat mengungkap makna di sebalik gambaran realiti dan bukan sekadar merakam terus permasalahan realiti. Penglibatan diri dengan permasalahan sosial, nasional dan introspektif diri adalah amat penting dalam penciptaan karya-karya yang bermutu tinggi.

Adalah diharapkan dengan sikap dan pendekatan yang lebih dewasa serta pragmatik ini akan dapat meningkatkan lagi taraf kesusasteraan Melayu (khususnya di Singapura) di mata dunia.

Kita sentiasa menanti karya-karya sastera hasil sasterawan Singapura yang lebih daripada karya-karya realisme, seperti yang pernah sesekali dikemukakan oleh Sapiee Ahmad Razaly dan Nor Azuan (dalam karya puisi), Nadiputra dan Lut Ali (dalam manuskrip drama-teater) dan Jamal Ismail (dalam cerpen dan novelnya).

Karya-karya seperti cerpen 'Di Sebalik Fatamorgana' - Jamal Ismail, novel 'Songsang' - Jamal Ismail dan skrip drama 'Terlalu Ramai Orang Di Sini' - Sapiee Ahmad Razaly, bolehlah dijadikan sebagai model ke arah penciptaan karya-karya yang beraliran bukan-realisme.

http://kbakti.multiply.com/journal/item/333

KESUSASTERAAN MELAYU MODEN

PENGENALAN

Kesusasteraan dalam pendekatan moden ditakrifkan sebagai hasil karya individu yang

Page 6: Pengenalan Kesusasteraan

mengumpul segala bentuk pengalaman, perasaan dan pemikiran, yang secara intelektual menggabungkan estetik, imaginasi dan ilusi pengarang sebagai teks diri dan ideologi, budaya sejarah dan moraliti zaman sebagai teks sosial yang secara modifikasi meresap masuk ke dalam karya sastera. Teks sastera dikatakan merentasi pelbagai cabang isian ilmu, termasuk sains sosia, ekonomi, matematik, politik, agama dan sebagainya.

JENIS KESUSASTERAAN MELAYU MODEN

Kesusasteraan Melayu moden adalah karya-karya yang dianggap mempunyai ciri-ciri sastera mengikut ukuran barat dan universal. Pada peringkat awal memanglah pengarang-pengarang tidak menyedari atau memahami hakikat sastera. Akan tetapi apabila masyarakat bertambah maju muncullah pengarang-pengarang yang mengambil berat mutu-mutu karya mereka.

Novel, sajak, cerpen dan drama adalah genre sastera yang bermodelkan genre-genre sastera barat. Muhammad Affendi Hassan menyebut bahawa karya-karya sastera melayu moden adalah karya-karya tiruan. Walaupun pendapat Muhammad Affendi itu ada benarnya, ini tidak bermakna karya-karya Melayu moden itu tidak asli. Yang ditiru adalah bentuk secara keseluruhan. Sastera Melayu moden tetap asli dilihat dari aspek gaya, isi dan aneka teknik yang dikemukakan oleh penulis.

Kesusasteraan Melayu moden, sama ada di Malaysia atau Indonesia bermula dengan Abdullah Munsyi (1796-1854). Pada tahun 1838 terbitlah Kisah Pelayaran Abdullah karyanya dalam beberapa hal telah membawa pembaharuan serta begitu menyumbang daripada tradisi sastera sebelumnya. Zubir Usman dalam bukunya Kesusasteraan Melayu Indonesia menyebut, Abdullah Munsyi sebagai pengarang melayu pertama keluar daripada kebiasaan yang melanggar dan mematahkan tradisi yang sudah turun temurun memalingkan penanya daripada menceritakan kisah-kisah ghaib atau khayalan. Kesusasteraan melayu moden terbahagi kepada novel, cerpen, drama, sajak, biografi dan kritikan sastera.

NovelMerupakan jenis sastera yang disampaikan dalam bentuk prosa yang dikenali sebagai cereka. Jenis lain yang mengambil bentuk ini ialah cerpen. Novel dan cerpen mempunyai unsur-unsur sastera yang perlu dikongsi. Misalnya sesebuah novel tidak berlaku dalam kekosongan melainkan mempunyai ruang dan waktu-waktu yang tertentu. Setiap novel mempunyai pelaku untuk menggerakkan cerita. Pelaku dalam novel dinamai watak. Unsur ketiga dalam novel ialah plot atau jalan cerita. Plot terlihat peristiwa yang melibatkan watak-watak dalam perspektif ruang dan waktu yang tersendiri. Novel dihasilkan bukan sekadar menyampaikan cerita tetapi turut menyampaikan pesanan atau amanat yang menjadi pokok persoalan yang dinamai tema.

Unsur-unsur ini tidak akan wujud jika bahasa yang menjadi media untuk diketengahkan tidak disampaikan dalam karya tersebut. Oleh itu pengarang perlu mempunyai satu gaya tertentu bagi menyampaikan cerita hingga wujud unsur-unsur dalam kesatuan bagi sesebuah cerita dalam kesepaduan.

Page 7: Pengenalan Kesusasteraan

Menurut Rahman Shaari, novel ialah karya fiksyen yang panjang, didalamnya terdapat watak-watak, latar, plot dan unsur-unsur fiksyen lain. Ceritanya mengandungi konflik, percubaan menyelesaikan konflik dan denoument (penyelesaian)

ASPEK-ASPEK PENTING DALAM NOVEL

Sebagai suatu karya sudah tentu ianya mempunyai struktur. Komponen atau bahagian struktur yang membina sesebuah karya itu ialah tema,persoalan, plot, teknik, sudut pandangan, perwatakan serta gaya bahasa. Komponen-komponen ini dipanggil sebagai unsur dalaman (intrinsik).

Unsur-unsur seperti latar belakang cerita dan pengarang, pergolakan masa, politik, sosio-ekonomi, pelajaran, agama dan di mana novel ini bersandar dinamakan unsur luaran (ekstrinsik)

UNSUR-UNSUR LUARAN (EKSTRINSIK)Pengkajian dan penghayatan ekstrinsik dalam novel meliputi pengkajian biografi pengarang, riwayat hidup pengarang dengan penekanan kepada latar, sumbangan serta kepentingan, gambaran masyarakat meliputi pandangan hidup, kemasyarakatan serta kemanusiaan yang dikaitkan dengan zaman kelahiran karya tersebut. Begitu juga fungsi karya terhadap khalayak seperti memberi pendidikan, pengajaran, kepuasan estetik, sosial serta moral.

Pewarnaan setempat yang terdapat dalam novel berkaitan dengan latar belakang penghasilan karya serta latar masyarakat juga perlu dikaji. Pengkajian unsur-unsur luaran sesebuah novel juga perlu dilihat daripada aspek hubungan karya sastera dengan pengetahuan lain yang dikaitkan dengan agama, sejarah, kemanusiaan, kemasyarakatan serta mempunyai nilai murni dan unsur-unsur negatif serta positif.

UNSUR-UNSUR DALAMAN ( INTRINSIK )

TemaMenurut Harry Shaw, tema ialah “the central and dominating idea in litery work”. Manakala makna yang sering digunakan dalam pembicaraan sastera ialah persoalan pokok yang cuba diketengahkan oleh pengarang. Daripada persoalan pokok itu akan terbit persoalan sampingan yang lain.

Tema

1-PS2-PS4-PS5-PS3-PS6-PS

Page 8: Pengenalan Kesusasteraan

7-PS8-PS9-PS10 -PS

Terdapat 10 persoalan sampingan. Kesemua persoalan ini adalah pecahan daripada satu persoalan pokok yang dinamakan tema. Tema yang diungkap secara langsung dikenali sebagai tema eksplisit dan tema yang diungkapkan secara tidak langsung iaitu tema implisit.

PlotMenurut E.M.Forster, plot ialah rentetan peristiwa yang berdasarkan sebab dan akibat.

Eksposisi – permulaan cerita / pendedahan watak-watakKonflik – ketegangan / permasalahan yang berlaku dalam ceritaKlimaks – kemuncak sesebuah ceritaPeleraian – penyelesaian masalah / pengakhiran cerita.

Sudut PandanganDikenali juga sebagai jurus pandangan yang digunakan oleh pengarang meletakkan kedudukan dirinya ketika mengembangkan plot sesebuah novel. Sudut pandangan terbahagi kepada 4 iaitu:

Sudut pandangan orang pertamaCara ini sangat mudah dikesan oleh pembaca. Pengarang memasukkan watak “aku” atau “saya” dalam cerita yang merujuk kepada diri pengarang sendiri. Perkara yang dilakukan, difikirkan serta dirasakan oleh watak “aku” atau “saya” pernah dilalui oleh pengarang. Ianya sangat berkesan.

Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas/serba tahuPengarang berada diluar lingkungan cerita. Pengarang bertindak sebagai penggerak watak. Pengarang kenal setiap watak dengan terperinci seperti isi hati, perasaan dan segala-galanya tentang watak yang digerakkan.

Sudut pandangan orang ketiga terbatasPengarang berada di luar lingkungan cerita. Pengetahuan pengarang mengenai watak-watak adalah terbatas. Pengarang mungkin mengenali Salleh dari segi fizikal sahaja. Watak Omar cuma kelakuannya sahaja. Biasanya watak terhad kepada pergerakkan mereka atau watak sampingan.

Sudut pandangan objektif atau dramatikPengarang lebih bersifat pelopor. Pengarang hanya melaporkan apa yang dilihat seperti bentuk fizikal atau aksi pelaku-pelaku. Pengarang tidak mengetahui perasaan serta konflik yang ditanggung oleh watak. Sudut pandangan ini membawa maksud kesinambungan peristiwa yang dipaparkan secara dramatik, menggusarkan dan mencemaskan.

Watak dan PerwatakanWatak adalah pelaku yang menggerakkan sesebuah cerita. Ianya bukan sahaja terdiri daripada

Page 9: Pengenalan Kesusasteraan

manusia tetapi turut melibatkan haiwan dan sebagainya serta boleh diwakili oleh sesiapa sahaja bagi mengembangkan cerita dengan lebih jelas.

Perwatakan pula bermaksud penjelasan, penggambaran dan pendedahan perlakuan, sifat, dan percakapan watak-watak dalam sesebuah cerita. Perwatakan mungkin digambarkan secara langsung atau secara mendedahkannya melalui perlakuan watak. Kadangkala ia turut disampaikan secara tidak langsung melalui fikiran atau perasaan. Biasanya watak terbahagi kepada 3 iaitu:

Watak bulat (round character)Watak yang aktif. Ada perubahan pemikiran, aksi atau perwatakan dari semasa ke semasa. Mungkin berlaku perubahan terhadap watak iaitu dari seorang yang jahat berubah menjadi seorang yang baik dan lain-lain.

Watak pipih (flat character)Watak statik iaitu tiada perubahan. Watak akan kekal sebagaimana perwatakan dalam cerita dari mula hingga akhir. Watak pipih tidak akan mengejutkan pembaca. Teknik ini banyak diterapkan dalam novel Empangan.

Watak dinamikWatak yang bergerak bukan sahaja dari segi fizikal malah juga pemikiran. Menurut Rahman Shaari, watak dinamik dalam novel adalah watak yang mengalami perubahan mengikut perkembangan cerita.

Teknik PenceritaanMerupakan cara isi disampaikan dalam sesebuah karya sastera. Terdapat 2 teknik penceritaan dalam novel sama ada secara langsung atau tidak langsung. Secara langsung melibatkan teknik pemerian manakala tidak langsung melalui teknik flashforward, suspens, flashback, interior monolog, dialog dan sebagainya.

FlashforwardDikenali sebagai imbas muka / sorot muka. Merupakan gambaran peristiwa di masa depan yang benar-benar terjadi. Pembaca dapat berkira-kira tentang apa yang bakal berlakudalam perkembangan plot cerita.

SuspensMerupakan ketegangan yang membuatkan pembaca tertanya-tanya apa yang akan terjadi selanjutnya. Pembaca akan berada dalam keadaan bimbang, resah serta tidak tenteram.

PemerianMerupakan pemaparan yang jelas, terperinci dan hidup tentang suasana latar dan peristiwa yang dialamai oleh watak. Ditampilkan dengan tujuan mencetuskan gambaran supaya suatu perkara itu benar-benar hidup dan munasabah kepada pembaca dasn berupaya menimbulkan daya imaginasi pembaca.

Page 10: Pengenalan Kesusasteraan

DenoumentMerupakan peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas klimaks dan berkembang sebelum penyelesaian terakhir. Pengarang akan memuat resolusi dibahagian peleraian. Bahagianini juga disebut sebagai anti-klimaks. Terdapat terarahnya penentuan cerita dan nasib watak-watak.

MotifTujuan atau corak sesebuah karya sastera dihasilkan. Pengarang perlu mempunyai motif cerita yang kuat untuk disampaikan kepada khalayak.

LiemotifMerupakan pengulangan suatu aspek khusus yang terungkap dalam karya cereka. Mungkin menggunakan pengulangan frasa, perkataan atau persoalan.

IroniMerupakan kata-kata yang membawa maksud lain daripada lain daripada yang sebenar atau lebih mudah disebut bahasa terbalik. Dalam ironi terselit sindiran halus atau kata-katanya yang maksudnya bertentangan dengan maksul literalnya. Contohnya kata-kata berikut memperlihat 1 ironi iaitu, “kita kian dekat apabila berjauhan”.

Ironi dramatikPeranan watak yang kurang jelas / kabur tetapi dapat ditafsirkan oleh audiens melalui tindak-tanduk watak. Contohnya watak yang kabur peranannya pada awal dan pertengahan hanya dapat dikesan pada akhir cerita.

Ironi situasiWujudnya percanggahan antara sesuatu yang diharapkan dengan proses penciptaan. Atau dengan kata lain wujud pertentangan antara keadaan yang ada dengan keadaan yang sebenar yang berlaku.

ParadoksPeristiwa yang berlaku dalam sesebuah novel dianggap mustahil tetapi sebenarnya memang berlaku dalam reality masyarakat. Contohnya, “pernah tersebut kata-kata pendita, tangan yang menghayun buaian dapat memerintah dunia! Tangan ini penuh hikmat”.

LambangPerkataan atau frasa yang digunakan melambangkan maksud lain daripada yang lain yang tersurat. Contohnya, “kumbang” melambangkan teruna dan “bunga” melambangkan gadis.

Gaya bahasaMerupakan teknik yang paling penting dalam penghasilan karya novel. Gaya bahasa disebut juga sebagai style. Pengarang perlu mengambil perhatian dalam menentukan gaya bahasa yang sesuai. Contoh gaya bahasa ialah:

PersonifikasiMemberikan sifat manusia kepada benda, keadaan atau suasana. Contohnya, “angin waktu

Page 11: Pengenalan Kesusasteraan

menyapa jendela”.

MetaforaMembandingkan sesuatu dengan keadaan yang. Mempunyai dua perkataan. Salah satu daripadanya adalah konkrit dan satu lagi adalah abstrak iaitu tidak nyata atau menjadi pembanding. Contohnya, “pohon-pohon menghijau embun bergantung dihujung daun”.

SimileMembandingkan sesuatu dengan jelas. Menggunakan perkataan seperti, bagai, umpama, ibarat, bak dan laksana. Contohnya “ibarat si kera mendapat bunga”.

ParadoksMelibatkan pertentangan yang dapat memberikan kebaikan. Contohnya, “aku mati dalam hidup”.HiperbolaMembawa kepada pernyataan yang berlebih-lebihan. Untuk menekankan suatu pandangan, pemikiran sera perasaan. Contohnya, “telinganya tajam, kecil, warna batu besi, tompok-tompok putih berbunga di perut, dahi talamnya menerima jalur”

InversiBahasa terbalik sehingga menyimpang daripada tatabahasa. Contohnya, “yang mengajar makna berani katanya”. Sepatutnya diungkapkan sebagai “yang mengajar katanya makna berani”.

MetonimiKata-kata melambangkan status atau pangkat seperti “mahkota” melambangkan kedaulatan raja dan “tiga calit” bermaksud sarjan.copyright : nekyam08...opsss...jiran sebelah rumah

http://adaakukesah.blogspot.com/2008/06/pengenalan-kesusasteraan-melayu-moden.html