pengenalan kepada undang-undang di mas

12
http://zanalatif.blogspot.com/2012/12/pengenalan-definisi-undang- undang.html 1.0 Pengenalan Tentang Undang-Undang di Malaysia 1.1 Definisi Undang-Undang Secara amnya tiada satu definisi khusus yang diterima umum berkenaan dengan definisi undang-undang. Walau bagaimanapun, perkataan undang-ndang didefinisikan oleh Webster’s Dictionary sebagai semua peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang dibentuk dengan autoriti atau adat sesuatu kaum. Menurut Yaqin (1996), kesemua pihak bersetuju jika dikatakan bahawa undang- undang adalah satu set peraturan yang mentadbir tingkah laku dalam masyarakat. Namun begitu, terdapat pelbagai definisi undang-undang oleh ahli falsafah terkenal. Contohnya, Austin mendefinisikan undang –undang sebagai “perintah yang dikeluarkan oleh satu badan yang berkuasa untuk orang- ornag biasa dan dikuatkuasakan melalui hukuman”. Salmond pula menyatakan “satu badan yang mengandungi prinsip-prinsip yang diperakui dan digunakan oleh sesebuah negara dalam pentadbiran keadilannya atau dengan kata lain undang-undang adalah peraturan yang diperakui dan dikuatkuasakan oleh mahkamah”. Manakala Hobbes pula berpendapat “undang-undang adalah kaedah perlakuan (roles of conduct) yang obligatori iaitu yang patut dipatuhi yang bersifat mendesak atau memaksa. Kamus Black menyebut “undang-undang adalah yang diperturunkan, diperintah atau dinyatakan. Satu peraturan atau metode yang mana fenomena atau

Upload: mai

Post on 11-Feb-2016

61 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

undang undang adalah sangat penting dalam kehidupan dan mampu menjadikan sesebuah perkara berjalan dengan teratur

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Kepada Undang-undang Di Mas

http://zanalatif.blogspot.com/2012/12/pengenalan-definisi-undang-undang.html

1.0 Pengenalan Tentang Undang-Undang di Malaysia1.1 Definisi Undang-Undang

Secara amnya tiada satu definisi khusus yang diterima umum berkenaan

dengan definisi undang-undang. Walau bagaimanapun, perkataan undang-

ndang didefinisikan oleh Webster’s Dictionary sebagai semua peraturan

yang berkaitan dengan tingkah laku yang dibentuk dengan autoriti atau

adat sesuatu kaum. Menurut Yaqin (1996), kesemua pihak bersetuju jika

dikatakan bahawa undang-undang adalah satu set peraturan yang

mentadbir tingkah laku dalam masyarakat.

Namun begitu, terdapat pelbagai definisi undang-undang oleh ahli falsafah

terkenal. Contohnya, Austin mendefinisikan undang –undang sebagai

“perintah yang dikeluarkan oleh satu badan yang berkuasa untuk orang-

ornag biasa dan dikuatkuasakan melalui hukuman”. Salmond pula

menyatakan “satu badan yang mengandungi prinsip-prinsip yang diperakui

dan digunakan oleh sesebuah negara dalam pentadbiran keadilannya atau

dengan kata lain undang-undang adalah peraturan yang diperakui dan

dikuatkuasakan oleh mahkamah”. Manakala Hobbes pula berpendapat

“undang-undang adalah kaedah perlakuan (roles of conduct) yang

obligatori iaitu yang patut dipatuhi yang bersifat mendesak atau memaksa.

Kamus Black menyebut “undang-undang adalah yang diperturunkan,

diperintah atau dinyatakan. Satu peraturan atau metode yang mana

fenomena atau perbuatannya saling bergandingan antara satu sama lain

yang perlu dipatuhi atau diikuti oleh rakyat tertakluk kepada hukuman atau

kesan-kesanya.

Berdasarkan kenyataan di atas, undang-undang bukan sesuatu yang

mudah untuk ditakrifkan. Apa yang pasti setiap hari dalam kehidupan kita,

kita pasti bertembung dengan undang-undang. Namun begitu undang-

undang bukanlah hanya sesuatu senarai atau peraturan yang perlu

dipatuhi. Ia juga dilihat sebagai alat pengawalan sosial dan boleh

dimanipulasikan untuk kepentingan kumpulan tertentu

1.2 Jenis Pembahagian Undang-Undang di Malaysia.

Page 2: Pengenalan Kepada Undang-undang Di Mas

1.2.1 Undang-Undang Awam1.2.2 Undang-Undang Persendirian

2.0 Sumber Undang-Undang di MalaysiaUndang-undang yang dipraktikkan di Malaysia terbahagi kepada dua

jenis..antaranya adalah sumber bertulis dan sumber tidak bertulis.

2.1 Sumber BertulisSumber bertulis merupakan sumber utama undang-undang Malaysia. Ia

merujuk kepada undang-undang yang telah digubal oleh badan

perundangan. Undang-undang ini dikenali sebagai undang-undang bertulis

kerana ia bertulis, spesifik, dan distatutorikan melalui Parlimen atau Dewan

Undangan Negeri.

Antara sumber bertulis yang terdapat di Malaysia adalah :

(a) Perlembangaan persekutuanPerlembangan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi dan

apa-apa undang-undang yang dibuat serta bertentangan adalah

terbatal dan tidak sah sama sekali.

Sekiranya terdapat percanggahan dalam peruntukan undang-undang

lain dengan peruntukkan yang terdapat dalam Perlembangan

Persekutuan, peruntukan yang terdapat dalam Perlembangan

Persekutuan, peruntukan undang-undang lain dianggap batal dan tidak

boleh dikuatkuasakan.

(b) Perlembagaan NegeriSetiap negeri di Malaysia mempunyai Perlembangaan Negeri masing-

masing yang ditadbirkan oleh Dewan Undangan Negeri. Terdapat 13

Perlembangaan Negeri yang diperuntukkan menurut apa yang

dinyatakan dalam Jadual Kelapan Perlembangaan Persekutuan.

Antara peruntukan tetap yang mesti dimasukkan dalam Perlembagaan

Negeri ialah peruntukan berkenaan :

i. Kewangan

Raja hendaklah bertindak atas nasihat Majlis Mesyuarat

Kerajaan dalam menjalankan tugasnya.

Page 3: Pengenalan Kepada Undang-undang Di Mas

Raja boleh bertindak menurut budi bicaranya pada beberapa

perkara seperti melantik Menteri Besar.

(c) Undang-Undang PersekutuanUndang-undang Persekutuan adalah undang-undang yang dibuat dan

diluluskan di Parlimen. Undang-undang yang telah digubal selepas

Merdeka dipanggil Akta dan sebelum Merdeka dikenali sebagai

Ordinan. Undang-undang persekutuan diterapkan di seluruh Malaysia.

(d) Undang-undang NegeriUndang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh Dewan Undangan

Negeri. Undang-undang yang telah digubal dipanggil Enakmen.

(e) Undang-undang SubsidiariUndang-undang ini dibuat dan diluluskan oleh pihak-pihak dan badan-

badan tertentu seperti Menteri-Menteri dan pihak berkuasa tempatan

dibawah kuasa yang diberikan padanya oleh Akta Parlimen dan

Enakmen. Undang-undang ini wujud di peringkat persekutuan dan

negeri. Adakalanya dikenali sebagai Perundangan Kecil atau

Perundangan Perwakilan.

2.2 Sumber Tidak BertulisSumber tidak bertulis terbahagi kepada tiga, antaranya adalah :

a) Prinsip Undang-undang Inggeri

Penerimaan undang-undang Inggeris di Malaysia berkuatkuasa

dengan adanya Seksyen 3 dan Seksyen 5 Akta Undang-undang

Sivil 1956. Prinsip undang-undang inggeris merujuk kepada

‘common law’ dan ekuiti seperti yang ditadbir di England pada :

i. 7 April 1956 bagi Malaysia Barat

ii. 1 Disember 1951 bagi Sabah

iii. 12 Disember 1949 bagi Sarawak

Pemakaian undang-undang Inggeris di Malaysia adalah tertakluk

kepada 2 perkara iaitu ketiadaan status tempatan dan bersesuaian

untuk kegunaan tempatan.

Page 4: Pengenalan Kepada Undang-undang Di Mas

b) Keputusan Mahkamah

Keputusan mahkamah yang diterima sebagai undang-undang di

Malaysia mestilah keputusan yang dibuat oleh hakim mahkamah

Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Keputusan-keputusan mahkamah ini biasanya akan dibukukan

dalam bentuk Jurnal dan menjadi sumber rujukan kepada hakim,

pengamal undang-undang dan orang awam.

Para hakim dalam menentukan suatu keputusan akan merujuk

kepada prinsip undang-undang terdahulu. Prinsip ini dikenali

sebagai Doktrin Duluan Mengikat atau Doktrin Stare Decisis atau

Doktrin Kehakiman Mengikat. Sekiranya tidak terdapat peruntukkan

undang-undang bertulis mengenai sesuatu perkara, mahkamah

hendaklah memakai keputusan mahkamah yang lebih tinggi

kedudukannya.

c) Undang-undang Adat

Adat resam penduduk tempatan yang telah diterima sebagai

undang-undang oleh statut dan keputusan kehakiman.

3.0 Jenis-Jenis Mahkamah di Malaysia3.1 Mahkamah Persekutuan

Mengikut Perkara 121(2) Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah

Persekutuan mempunyai bidang kuasa :

i. Untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah

Rayuan, Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya.

ii. Asal atau runding sebagaimana yang ditentukan mengikut Perkara

128 dan 130

iii. Lain-lain seperti yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang

persekutuan.

Rayuan Jenayah Mahkamah Persekutuan boleh, menurut seksyen 87 Akta

Mahkamah Kehakiman 1964, mendengar dan menentukan rayuan

terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes-kes jenayah yang

diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di dalam bidang kuasa asalnya.

Page 5: Pengenalan Kepada Undang-undang Di Mas

a. Rayuan SivilSeksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memperuntukkan bahawa

rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan boleh dibuat ke

Mahkamah Persekutuan dengan kebenaran Mahkamah Persekutuan.

Kebenaran itu boleh diberi jika :

i. Keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah mengenai apa-apa kuasa

atau perkara sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di dalam

menjalankan bidangkuasa asalnya dan ianya melibatkan persoalan

prinsip umum yang diputuskan bagi kali pertama atau sesuatu

persoalan penting yang memerlukan penghujahan lanjut dan

keputusan Mahkamah Persekutuan di atasnya akan memberi

manafaat awam

ii. Keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah mengenai kesan mana-

mana peruntukan Perlembagaan termasuklah kesahihan mana-

mana undang-undang bertulis berhubung peruntukan

Perlembagaan itu. (sesyen 96 (a) dan (b) Akta Mahkamah

Kehakiman 1964).

Hanya Mahkamah Persekutuan sahaja mempunyai bidangkuasa eksklusif

untuk memutuskan :

i. Apa-apa persoalan samada sesuatu undang-undang yang dibuat

oleh Parlimen atau Dewan Negeri itu adalah tidak sah atas alasan

bahawa badan itu membuat peruntukan berhubung sesuatu

perkara yang mana Parlimen ataupun Dewan Negeri mengikut

mana-mana yang berkenaan tidak ada kuasa untuk membuat

undang-undang.

ii. Pertikaian atas apa-apa persoalan lain antara Negeri dengan

Negeri atau antara Persekutuan dengan mana-mana Negeri.

(Perkara 128(1) Perlembagaan Persekutuan). Rujukan Perkara

128(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan – “Tanpa

menjejaskan apa-apa bidangkuasa rayuan Mahkamah

Persekutuan, jika dalam mana-mana prosiding di hadapan suatu

mahkamah lain suatu soal berbangkit tentang kesan mana-mana

peruntukan Perlembagaan ini, Mahkamah Persekutuan mempunyai

bidangkuasa (tertakluk kepada mana-mana kaedah Pegawai dan

Page 6: Pengenalan Kepada Undang-undang Di Mas

kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan

mahkamah yang mengawalselia penjalanan bidang kuasa itu)

untuk memutuskan soal itu dan menghantar balik kes itu kepada

mahkamah yang satu lagi untuk dibereskan mengikut keputusan

itu”.

3.2 Mahkamah RayuanMahkamah Rayuan telah ditubuhkan pada tahun 1994. Penubuhannya

bertujuan untuk mewujudkan saluran tambahan bagi mendengar kes-kes

rayuan daripada Mahkamah Tinggi dan juga bertujuan untuk

mengurangkan beban Mahkamah Persekutuan untuk mendengar kes-kes

rayuan yang dibawa di hadapannya.

Mengikut Perkara Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Rayuan

mempunyai bidang kuasa :

i. Bidang kuasa untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan

Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya (kecuali keputusan

Mahkamah Tinggi yang diberikan oleh pendaftar atau pegawai lain

Mahkamah itu dan yang boleh dirayukan kepada seorang hakim

Mahkamah itu di bawah undang-undang persekutuan)

ii. Apa-apa bidang kuasa lain yang diberikan oleh atau di bawah

undang-undang persekutuan. (Perkara 121(1B) Perlembagaan

Persekutuan)

Dalam kes Dalip Bhagwan Singh (supra), mahkamah telah memutuskan

bahawa Mahkamah Rayuan di Malaysia secara umumnya terikat dengan

semua keputusannya sendiri melainkan jika terdapat pengecualian

tertentu seperti yang diperuntukan dalam kes Young v Bristol Aeroplane

(1994) yang membenarkan Mahkamah Rayuan di Malaysia untuk

menyimpang daripada keputusan sendiri yang terdahulu.

Mulai daripada 1 Oktober 2006 bilangan Hakim Mahkamah Rayuan telah

bertambah kepada 22 orang melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong

(Perkara 122A(1) Perlembagaan Persekutuan) Pindaan P.U.(A) 385/2006.

3.3 Mahkamah TinggiMahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa :

Page 7: Pengenalan Kepada Undang-undang Di Mas

Penyeliaan dan pengubahan keputusan semua Mahkamah Bawahan,

serta juga bidang kuasa untuk membicarakan semua rayuan daripada

Mahkamah Bawahan, baik kes sivil mahupun kes jenayah.

Mahkamah Tinggi juga mempunyai bidang kuasa sivil yang tidak terhad,

dan umumnya membicarakan kes-kes yang tuntutannya melebihi RM1000,

selain daripada kes-kes yang melibatkan kemalangan kenderaan

bermotor, penderitaan, dan pertikaian antara tuan rumah dan penyewa.

Mahkamah ini juga membicarakan kes-kes yang berkait dengan:

i. Kesahan atau pembubaran perkahwinan (perceraian) dan perkara-

perkara suami isteri.

ii. Kemuflisan dan perkara-perkara berkait dengan penggulungan

syarikat

iii. Penjagaan kanak-kanak.

iv. Pemberian kenyataan sah wasiat, wasiat, dan surat kuasa

mentadbir estet.

v. Injunksi, pelaksanaan tertentu (specific performance), atau

pembatalan kontrak.

vi. Kesalahan individu.

Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad terhadap

semua kes jenayah selain daripada perkara-perkara yang melibatkan

undang-undang Islam.

Kes-kes dibicarakan oleh seorang hakim yang tunggal di dalam

Mahkamah Tinggi, atau oleh seorang pesuruhjaya kehakiman. Sedangkan

hakim-hakim Mahkamah Tinggi diberikan perlindungan jawatan, para

pesuruhjaya kehakiman dilantik untuk penggal dua tahun dan tidak

menerima perlindungan yang sama di bawah Perlembagaan.

3.4 Mahkamah SesyenMahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa :

i. Membicarakan kes-kes kemalangan kenderaan bermotor, tuan

rumah dan penyewa (landlord and tenant), distress; dan

ii. Bidang kuasa sivil bagi amaun yang tidak melebihi RM250,000-00.

iii. Bidang kuasa jenayah bagi membicarakan serta memutuskan

kesalahan-kesalahan yang lain daripada kesalahan yang boleh

dihukum dengan hukuman mati[2].

Page 8: Pengenalan Kepada Undang-undang Di Mas

iv. Meminta rekod apa-apa prosiding yang dijalankan di hadapan

Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu.

3.5 Mahkamah MajistretAkta Mahkamah Rendah 1948[4] juga menggariskan bidangkuasa yang

diperuntukkan kepada Mahkamah Majistret dalam menjalankan kuasanya.

Mahkamah Majistret mempunyai bidang kuasa :

a. Bidang kuasa Majistret Kelas Pertama

Antara tindakan guaman yang boleh dibicarakan serta diputuskan oleh

Majistret Kelas Pertama adalah :

i. Segala tindakan guaman sivil yang amaun dalam

pertikaiannya adalah tidak melebihi RM25,000-00.

ii. Membicarakan serta memutuskan hukuman bagi

kesalahan-kesalahan jenayah yang penghukumannya

adalah tidak melebihi lima tahun penjara atau denda

sebanyak RM10,000-00 atau sebat sehingga 12 kali[5] atau

gabungan mana-mana hukuman yang disebutkan tersebut

atau kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman

penjara maksimum 10 tahun atau denda sahaja[6] atau

kesalahan-kesalahan di bawah seksyen-seksyen 392 dan

457 Kanun Keseksaan[7].

b. Bidangn kuasa Majistret Kelas Kedua

Ianya termaktub dalam Akta[8] yang sama antaranya :

i. Guaman asal tuntutan sivil yang tidak melebihi RM3,000-00

samada beserta faedah atau sebaliknya[9],

ii. Kesalahan-kesalahan jenayah yang melibatkan

penghukuman yang tempoh penjara maksimumnya tidak

melebihi 12 bulan penjara atau denda sahaja[10].

iii. Tempoh penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak

melebihi RM1,000-00 atau gabungan kedua-dua hukuman

tersebut[11].

3.6 Hiraki Mahkamah di Malaysia4.0 Doktrin Duluan Mengikat