sejarah kemasyarakatan mas

41
1.0 PENDAHULUAN Kemunculan gerakan sosial dan politik di Malaysia bermula pada akhir abad ke-19. Di mana pada mulanya ia bersifat sosial, kebudayaan, kebajikan dan pada ketika itu, belum wujud lagi minat ke arah politik atau semangat kebangsaan. Persatuan, kesatuan dan kelab memainkan peranan yang penting dalam usaha menxapai sesuatu tujuan bersama. Gerakan sosial di Tanah Melayu menunjukkan kematangannya apabila ia mulai bergerak ke arah politik yang mula memperjuangkan hak-hak serta kepentingan sesuatu kaum . Selepas Perang Dunia Kedua, gerakan politik di Tanah melayu mencapai tahap kemuncaknya. Semangat nasionalisme penduduk Tanah Melayu meluap-luap dan orang Cina dan India yang sebelum ini lebih berkiblatkan negara China dan India mulai memberi perhatian kepada perkembangan politik di Tanah Melayu. Mankala orang Melayu pula, dilihat semakin lantang dalam mempertahankan hak serta kepentingan mereka. Kerjasama politik mulai terjalin antara ketiga-tiga kaum utama di Tanah Melayu dan semangat kekitaan inilah yang membawa ke arah kemerdekaan Tanah melayu oada 31 Ogos 1957. 2.0 KELAHIRAN GERAKAN ORANG MELAYU 1

Upload: siew-chang-yee

Post on 12-Jun-2015

2.050 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

kehadiran imigran cina dan india ke Tanah Melayu selepas abad ke-18 telah membawa kepada perubahan demografi di negara kita.

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Kemasyarakatan MAS

1.0 PENDAHULUAN

Kemunculan gerakan sosial dan politik di Malaysia bermula pada akhir abad ke-19. Di

mana pada mulanya ia bersifat sosial, kebudayaan, kebajikan dan pada ketika itu, belum

wujud lagi minat ke arah politik atau semangat kebangsaan. Persatuan, kesatuan dan

kelab memainkan peranan yang penting dalam usaha menxapai sesuatu tujuan bersama.

Gerakan sosial di Tanah Melayu menunjukkan kematangannya apabila ia mulai bergerak

ke arah politik yang mula memperjuangkan hak-hak serta kepentingan sesuatu kaum .

Selepas Perang Dunia Kedua, gerakan politik di Tanah melayu mencapai tahap

kemuncaknya. Semangat nasionalisme penduduk Tanah Melayu meluap-luap dan orang

Cina dan India yang sebelum ini lebih berkiblatkan negara China dan India mulai

memberi perhatian kepada perkembangan politik di Tanah Melayu. Mankala orang

Melayu pula, dilihat semakin lantang dalam mempertahankan hak serta kepentingan

mereka. Kerjasama politik mulai terjalin antara ketiga-tiga kaum utama di Tanah Melayu

dan semangat kekitaan inilah yang membawa ke arah kemerdekaan Tanah melayu oada

31 Ogos 1957.

2.0 KELAHIRAN GERAKAN ORANG MELAYU

Perubahan-perubahan sosial dan ekonomi akibat daripada perluasan kuasa British pada

abad ke-19 dan awal abad ke 20 telah mempengaruhi perkembangan gerakan sosial dan

politik orang Melayu di Tanah Melayu. Perkembngan ini berlaku secara berperingkat dan

ia melalui empat tahap iaitu tahap keagamaan ( 1906-1926 ), tahap sosio ekonomi ( 1926-

1938 ), tahap kesedaran politik ( 1938-1945 ) dan tahap selepas Perang Dunia Kedua

( 1945-1950 ).

Pada dasarnya terdapat beberapa faktor yang dikaitkan dengan bermulanya

gerakan sosial dan politik di kalangan orang Melayu. Peranan golongan agama

merupakan di antara faktor pendorong kepada perkembangan awal pergerakan di Tanah

Melayu. Golongan ini menggerakkan beberapa pembaharuan. Mereka pula dipengaruhi

1

Page 2: Sejarah Kemasyarakatan MAS

oleh gerakan reformis Timur Tengah yang diketuai oleh Muhammad Abduh. Golongan

ini merupakan pelopor kepada ke arah tertubuhnya pergerakan sosial dan politik di Tanah

Melayu. Mereka mendirikan madrasah-madrasah sebagai tempat menyampaikan segala

penyebaran mereka di samping menggunakan pengaruh media. Mereka juga menjadikan

pendidikan agama sebagai teras dalam mencapai matlamat dan tujuan mereka.

Bidang kewartawanan dan akhbar turut memainkan peranan dalam mendorong

kepada perkembangan pertubuhan pergerakan politik dan sosial. Ianya menyaksikan

penubuhan syarikat-syarikat akhbar dalam menyebarkan apa jua matlamat dan tujuan

yang ingin disampaikan. Di antara syarikat akhbar yang ditubuhkan ialah seperti Jawi

Standard dan Cahaya Pulau Pinang di Pulau Pinang, Warta Melayu di Singapura, Seri

Perak di Perak dan sebagainya lagi. Dilihat juga kewujudan akhbar dan majalah sekitar

awal abad ke-20 seperti Majlis, Majalah Guru, Al-Imam, Warta Malaya, Al-Ikhwan dan

sebagainya lagi. Tulisan yang digunakan ialah tulisan jawi kecuali akhbar Bintang Timor

yang menggunakan tulisan rumi. Peranan akhbar dan majalah dilihat penting dalam

percubaan awal melapor dan mengulas keadaan yang berlaku masa kini. Ia juga sebagai

penyebar maklumat dengan memuatkan berita dalam dan luar negara, menolong

memajukan pelajaran anak negeri dengan menjadi alat pengajaran dan pembelajaran

kerana ketiadaan buku ketika itu. Namun, sumbangan dan peranan akhbar dan majalah

yang paling penting ialah sebagai alat propaganda dan pencetus minda yang lahir dari

rasa ketidak puasan hati.

Perkembangan sisem pendidikan juga turut memberi sumbangan kepada

penubuhan pergerakan sosial dan politik ini. Sistem pendidikan telah melahirkan tokoh-

tokoh pejuang yang berlatarkan belakangkan agama, sosial dan politik. Antaranya seperti

Raja Chulan, Sheikh Tahir Jalaluddin, Dato Onn Jaafar, Ibrahim Yaacob dan ramai lagi.

Tokoh-tokoh ini merupakan penyalur idea pembaharuan dan bertanggung jawab

mengenengahkan masyarakat Melayu kepada yang lebih peka kepada sensitiviti kaum

lain dan layanan Inggeris. Selain daripada itu sukatan dan dasar pendidikan yang tidak

selaras yang diperkenalkan oleh Inggeris telah membangkitkan rasa tidak puas hati orang

Melayu.

2

Page 3: Sejarah Kemasyarakatan MAS

Pengaruh luar turut memainkan peranan dalam mendorong penubuhan

pergerakan-pergerakan sosial dan politik di Tanah Melayu ketika itu. Di antaranya seperti

kemenangan Jepun terhadap Russia 1905, kemenangan Jepun mengalahkan British dalam

perang dunia ke-2, perjuangan Mahatma Ghandi, Sukarno dan Hatta dalam membebaskan

diri dari penjajahan. Ini telah mencetuskan kesedaran bahawa bangsa Eropah bukanlah

kebal sebaliknya boleh dikalahkan. Pengaruh gerakan reformis Timur Tengah pula

menggalakkan pelajar berkiblatkan ke Timur Tengah serta menggunakan agama dalam

perjuangan mereka membebaskan diri daripada penjajahan.

2.1 GERAKAN KEAGAMAAN

Peringkat keagamaan telah dimulakan oleh penuntut-penuntut di Timur Tengah. Mereka

yang dipanggil Kaum Muda ini merupakan pencetus kepada kesedaran awal politik

masyarakat Melayu sekali gus pengasas kepada bermulanya gerakan-gerakan politik di

Tanah Melayu.1 Keadaan pendidikan di Tanah Melayu ketika itu ialah menggunakan

Sistem Sekolah-sekolah Pondok. Apabila tamat pengajian ramai yang telah meneruskan

pengajian ke Timur Tengah samaada ke Mekah ataupun Mesir. Iaitu tempat

berkumpulnya ulama-ulama terkenal seperti Sheikh Ahmad Khatib, Abdul Malik

Abdullah, Muhammad Arshad Al-Banjari, Daud Al-Fatani dan lain-lain lagi. Ulama-

ulama inilah yang membentuk pemikiran pelajar-pelajar ini dengan idea-idea kearah

semangat kesedaran. 2

Selain daripada itu Kaum Muda juga turut dipengaruhi oleh beberapa gerakan di

dunia seperti gerakan pembaharuan di Mesir oleh Sayyid Jamaluddin al-Afghani, gerakan

Wahabi oleh Muhammad Abdul Wahab di Mekah, pengaruh ajaran Waliullah di India

dan gerakan Turki Muda.3 Apabila pulang ke Tanah Air, Kaum Muda kemudiannya

1 Mohammad Redzuan Othman, Pengaruh Timur Tengah dakan perkembangan awal kesedaran politik Melayu (Jendela masa:Kumpulan esei sempena persaraan Dato’ Khoo Kay Kim), 2001, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm. 248.

2 Ibid., hlm. 245.3 Mohd Isa Othman, Gerakan protes dalam perspektif sejarah Malaysia pada abad ke-19 dan

awal abad ke-20, 1999, Utusan Publications Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, hlm. 197-198.

3

Page 4: Sejarah Kemasyarakatan MAS

berperanan menyebarkan pemikiran baru mereka melalui penubuhan institusi-institusi

agama atau dipanggil madrasah dan juga melalui suara-suara media seperti melalui

majalah Al Imam, Neracha, Tunas Melayu, Seruan Azhar dan banyak lagi. Melalui

majalah-majalah dan madrasah ini diseru agar umat Islam terutama orang-orang Melayu

bangkit dari lena, lalai dan sesat. Antara yang diseru dan ditekankan ialah agar umat

Islam mementingkan ilmu agar tidak mudah dikuasai oleh orang lain, menyeru

masyarakat Melayu meningkatkan diri dengan mendalami ilmu dalam bidang teknologi

agar dapat meninggikan maruah bangsa terutama apabila bersaing dengan bangsa lain.4

Kritikan-kritikan juga ditujukan kepada pemerintah-pemerintah, para pembesar

dan raja-raja agar tidak lalai dengan tanggung jawab mereka. Terdapat juga artikel-artikel

yang menyentuh soal-soal penjajahan dan bagaimana masyarakat Melayu harus

membebaskan diri dan negara mereka dari belenggu “penjajah yang rakus” yang hanya

tahu mengeksploitasi hasil negara ini dan meninggalkan masyarakat Melayu ketinggalan

terutama dalam bidang ekonomi berbanding dengan bangsa lain.5

Namun kehadiran dan pemikiran Kaum Muda ini ternyata tidak disenangi oleh

Kaum Tua yang terdiri daripada golongan ulama konservatif. Mereka menganggap

Kaum Muda menyeleweng dari ajaran Islam, berfikiran kritis dan demokratik yang

dikatakan berasal dari barat.6 Walaupun gerakan kaum muda ini bukanlah merupakan

kemuncak kepada kesedaran gerakan politik di Tanah Melayu, namun ia berjaya

membentuk satu tenaga penggerak baru dalam masyarakat Melayu. Idea-idea

pembaharuan mereka bukan sahaja meliputi bidang agama tetapi juga hal ehwal

masyarakat, ekonomi dan politik yang kemudiannya menjadi pemangkin kepada gerakan-

gerakan politik di Tanah Melayu.7

4 Mohammad Redzuan Othman, Pengaruh Timur Tengah dalam perkembangan awal kesedaran politik Melayu……, hlm. 248.

5 Ibid., hlm. 249.6 ? Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Fajar Bakti, Shah Alam hlm. 366-367.

7 Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), Utusan Publications, Kuala Lumpur, 2002, hlm. 232.

4

Page 5: Sejarah Kemasyarakatan MAS

2.2 TAHAP SOSIOEKONOMI 1926-1938

Di sekitar 1926, gerakan sosial orang Melayu telah menjadi lebih secular dan tumpuan

diberikan kepada kedudukan sosioekonomi orang Melayu. Tekanan ekonomi dari kaum-

kaum pendatang khususnya Cina dilihat mengancam kedudukan sosioekonomi orang

Melayu.

Justeru itu, pada tahun 1926, lahir satu gerakan sosio-politik Melayu yang dilihat

lebih tersusun organisasinya8. Sebilangan orang Melayu yang berpendidikan Inggeris

telah menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura ( KMS ) pada 14 Mei 1926 di Singapura.

Ia diasaskan atas kesedaran betapa terancamnya nasib orang Melayu di Singapura

berbanding bangsa-bangsa lain9. Di antara yang diperjuangkan oleh KMS ialah

memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu Singapura, menggalakkan orang

Melayu Singapura melibatkan diri dalam lapangan politik, pentadbiran dan urusan

umum, menuntut ilmu ke peringkat tinggi, saling bekerjasama dan sebagainya lagi.

Kejayaan besar KMS ialah menuntut daripada British agar diperuntukan sebidang tanah

khas untuk orang Melayu Singapura. Dalam banyak hal KMS merupakan juru cakap

orang Melayu Singapura dan selalu berhubung dengan pemerintah British.

Lantaran itu, pembukaan KMS dilihat sebagai perintis kepada beberapa kesatuan-

kesatuan di negeri-negeri di Tanah Melayu. Antaranya ialah Kesatuan Melayu Melaka

( (1937 ), Kesatuan Melayu Perak ( 1937 ), Kesatuan Melayu Pahang ( 1938 ) dan

Kesatuan Melayu Negeri Sembilan (1938). Walau pun ada di antara persatuan Melayu ini

mempunyai pendekatan politik dan sosial namun semuanya masih mempunyai satu

tujuan dan satu matlamat iaitu memberi tumpuan kepada nasib orang Melayu terutama

dalam bidang sosial dan ekonomi, agar bangsa Melayu tidak menjadi satu bangsa yang

akan ketinggalan berbanding kaum lain selain memastikan bangsa Melayu tidak

diperkecilkan kebolehannya. Antara yang diperjuangkan oleh mereka ialah meninggikan

taraf pendidikan iaitu agar pembelajaran di peringkat menengah dapat diperluaskan lagi

8 Yusoff Iskandar dan Khalil Yusoff, Diskusi Sejarah, Teks Publishing, Kuala Lumpur, 1984, hlm.15.

9 Ibid.

5

Page 6: Sejarah Kemasyarakatan MAS

supaya orang Melayu dapat meningkat diri mereka terutama dalam bidang ekonomi.

Mereka juga mendesak pihak British agar orang Melayu diberi peluang dalam soal-soal

pentadbiran.

Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM) adalah satu lagi pertubuhan sosial yang

wujud di Tanah Melayu. PASPAM diasaskan oleh majalah saudara pada 7 April 1934.

Namun PASPAM lebih dikenali sebagai pertubuhan kesusasteraan Melayu. Melalui

PASPAM kepentingan bahasa ditekankan di kalangan orang Melayu. Perjuangan

PASPAM adalah sama seperti persatuan Melayu, Cuma PASPAM menyalurkan segala

idea dan kehendaknya melalui akhbar iaitu majalah saudara. Banyak diadakan

persidangan-persidangan di Singapura, Pulau Pinang Ipoh dan Seremban untuk

membincangkan masalah dan strategi-strategi untuk meningkatkan sosio-skonomi orang

Melayu.10

2.3 TAHAP KESEDARAN POLITIK 1938-1945

Perjuangan politik orang Melayu mulai jelas pada tahun 1930-an dengan terbentuknya

Kesatuan Melayu Muda ( KMM ) di Kuala Lumpur pada Mei 193711. Ia merupakan parti

politik Melayu radikal yang pertama di Tanah Melayu. KMM diasaskan oleh Ibrahim bin

Haji Yaakub seorang bekas penuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris ( MPSI ) dan

pembentukkan KMM dilihat sebagai aspirasi sekumpulan bekas penuntut MPSI dalam

menyedarkan orang Melayu tentang pentingnya mempertahankan hak serta kepentingan

mereka.

Sebagai sebuah parti yang radikal, KMM mengamalkan prinsip anti British dan

tidak mengakui taat setia kepada sultan yang dianggap gagal mempertahankan hak orang

Melayu dan merupakan punca kepada kemunduran orang Melayu. KMM turut

mempunyai perasasn anti bangsa lain yang dianggap memonopoli ekonomi serta

menindas orang Melayu di Tanah Melayu. Lantaran itu, KMM memperjuangkan

kemerdekaan Tanah Melayu untuk orang Melayu sahaja dan bercadang untuk

10 Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia,., hlm. 379.11 Ibid.

6

Page 7: Sejarah Kemasyarakatan MAS

menggabungkan semua orang Melayu dalam usaha mempertahankan, melindungi dan

meperjuangkan kepentingan bangsa Melayu agar ia tidak mudah diperkotak-katik oleh

bangsa lain. Kmm juga bergabung dan Indonesia untuk mewujudkan Indonesia Raya dan Melayu Raya

di Asia Tenggara. KMM pimpinan Ibrahim Yaakob dan Ishak Haji Muhammad ini tersebar

luas dan berjaya dikembangkan ke negeri-negeri lain. Namun KMM tidak begitu

mendapat sambutan daripada orang Melayu kerana ia diangggap terlalu radikal dan gagal

mendapat sokongan dari golongan birokrat yang menguasai pemikiran umum ketika itu.

Menjelang Perang Dunia Kedua, pemimpin-pemimpin KMM telah ditahan British dan

mengakibatkan pergerakkan terhenti seketika. Sehingga Perang Dunia Kedua, KMM

masih tidak menunjukkan sebarang bentuk kegiatan yang aktif.12

Namun begitu, kejayaan Jepun menawan Tanah Melayu dan Singapura telah

membolehkan KMM dihidupkan semula setelah para pemimpin yang ditahan dibebaskan.

KMM yang bekerjasama dengan Jepun menyedari harapan bagi memerdekakan Tanah

Melayu adalah tipis dan ia telah mengadakan hubungan dengan PKM melalui MPAJA13.

Kegiatan KMM ini telah dikesan oleh Jepun lalu KMM diharamkan dan satu organisasi

tentera yang bergelat Pembela Tanahair ( PETA ) dan diketuai oleh Ibrahim Yaakob

sebagai Leftenan Kolonel14. Tujuan utamanya ialah untuk mengumpul sukarelawan yang

akan diberi latihan ketenteraan sebagai persiapan menentang British sekiranya mereka

datang semula ke Tanah Melayu15.

Menjelang kekalahan Jepun, Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjang ( KRIS )

ditubuhkan pada Julai 1945. Ia merupakan satu langkah persediaan bagi penggabungan

Tanah Melayu dengan Indonesia bagi pembentukkan Melayu Raya16. Malangnya usaha

itu tidak kesampaian apabila Jepun menyerah kalah secara mengejut setelah Hiroshima

dan Nagasaki dibom.

2.4 SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

12 Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm. 381-383.13 Yusoff Iskandar dan Khalil Yusoff, Diskusi Sejarah, hlm.26. 14 Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm.383. 15 Ibid. 16 Ibid, hlm.384.

7

Page 8: Sejarah Kemasyarakatan MAS

Selepas Perang Dunia Kedua, kesedaran baru dan semangat kebangsaan merebak dengan

begitu cepat. Hasil dari pertubuhan yang sebelum ini telah mempengaruhi pertubuhan

parti politik yang baru. Semuanya mempunyai tujuan yang sama iaitu menyingkirkan

pemerintahan British dan mendirikan sebuah negara yang merdeka.

Pada peringkat awal wujud semangat kebangsaan dikalangan pelajar-pelajar

Melayu lalu menubuhkan kesatuan mereka sendiri seperti Persatuan Penuntut Melayu

Selangor, Pelajar Melayu Insaf, Persatuan Pelajar Islam dan Gabungan Pelajar Melayu

Semenanjung. Namun kegiatan mereka hanyalah setakat melaung-laungkan semangat

kemerdekaan.17

Dalam masa yang sama terdapat parti-parti politik sayap kiri dan berfahaman

sosialis. Di antaranya ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang telah

ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di bawah pimpinan Mokhtaruddin Lasso yang

berfaham komunis dan Ahmad Boestamam yang berfahaman kebangsaan. Mereka

mempunyai matlamat yang sama iaitu membebaskan negara dari cengkaman penjajahan

dan menubuhkan sebuah negara yang merdeka. Di antara tujuan PKMM ialah ingin

menyatupadukan bangsa Melayu, mencapai hak kemerdekaan, memajukan penghidupan

sosio-ekonomi orang Melayu, memberi kebebasan kepada orang Melayu untuk

memperbaiki hidup mereka, bergabung dengan Indonesia mewujudkan Melayu Raya dan

sebagainya lagi. PKMM pernah bergabung dengan UMNO dan AMCJA pada 1949

namun terdapat perselisihan antara mereka. Usaha PKMM menanam fahaman komunis

di kalangan orang Melayu tidak berjaya. PKMM akhirnya semakin lemah dan ramai

pemimpinnya telah di tangkap.18

Terdapat dua lagi parti politik berfahaman kiri lanjutan dari PKMM iaitu Angkatan

Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS). API dan AWAS seperti

PKMM inginkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu dan menyingkirkan penjajah dengan

17 Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm. 387.18 Ibid., hlm. 388.

8

Page 9: Sejarah Kemasyarakatan MAS

segera, Namun perjuangan mereka yang terlalu radikal menyebabkan kedua parti ini

diharamkan pada tahun 194819.

UMNO atau United Malays National Organization merupakan parti untuk orang

Melayu yang ditubuhkan dan kekal hingga kini. UMNO ditubuhkan pada bulan 12 Mei

1946. UMNO pada asalnya ditubuhkan untuk menentang gagasan Malayan Union yang

diperkenalkan oleh British. Di antara matlamat utama penubuhan UMNO ialah ingin

menyatupadukan orang Melayu, memelihara kepentingan orang Melayu, memperbaiki

taraf hidup mereka dan sebagainya. UMNO terus- menerus mengadakan rapat umum di

seluruh negara untuk menentang Malayan Union. UMNO ternyata mendapat banyak

sokongan. Keahliannya semakin bertambah dari sultan hinggalah kepada golongan

petani. Menjelang 1947 UMNO melahirkan benderanya sendiri dan menukar slogannya

dari Hidup Melayu kepada Merdeka. UMNO juga telah melahirkan pergerakan Wanita

UMNO. UMNO terus mendapat sambutan dari masa ke semasa. Keahliannya telah

meningkat seramai 100, 375 orang dan telah mempunyai 39 bahagian di akhir 1950.

UMNO telah muncul sebagai sebuah parti politik berhaluan kanan terbesar yang

memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.20

3.0 ORANG CINA DI TANAH MELAYU

Sejarah kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu telah bermula sebelum Zaman

Kesultanan Melaka lagi. Di mana pada abad ke 6, ada catatan yang menyatakan bahawa

orang Cina yang terdiri daripada golongan pedagang telah sampai ke Kerajaan Tun Sun

( Johor ) tetapi bilangannya adalah kecil21. Pada awal abad ke 15, hubungan perdagangan

dan diplomasi yang baik antara Kerajaan China dan Kesultanan Melaka telah membawa

kepada pembukaan penempatan orang Cina di Tanah Melayu. Nanum begitu,

penempatan ini hanya terhad di Melaka sahaja. Kewujudan penempatan-penempatan ini

19 Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia., hlm 388-38920 Ibid., hlm. 391-392.21 Lim Beng Lee, Sejarah Perkembangan Politik Komuniti Cian Di Ipoh ( 1948-1990 ), Tesis

Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1990, hlm.1 dalam buku The History of Chinese In Malaysia, Lim Chooi Kwa dan Loh Cheng Sun, Taiwan University Press, Selangor, 1997.

9

Page 10: Sejarah Kemasyarakatan MAS

telah menyaksikan kelahiran golongan Baba Melaka atau Cina Peranakan yang

majoritinya berasal dari wilayah Fukien, China22. Sebagai antara imigran Cina yang

terawal, golongan Cina Peranakan mendominasi perniagaan di Tanah Melayu

khususunya di Negeri-Negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.

Misalnya pada tahun 1819, pembukaan Singapura menyaksikan saudagar-saudagar Baba

yang kaya telah berpindah ke Singapura dan menguasai perniagaan lada hitam dan

gambir di Singapura dan Johor.

Pembukaan Pulau Pinang pada 1 Oktober 1786 dan Singapura pada 1819

merupakan titik tolak kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu dengan lebih ramai

lagi. Ia semakin jelas menjelang tahun 1820 di mana pada tahun 1820, terdapat 83000

orang Cina di Pulau Pinang manakala pada tahun 1822 terdapat 1150 orang Cina di

Singapura dan menjelang 1824, pupulasi orang Cina di Singapura berjumlah 31% ( 3,317

orang ) dan ia terus meningkat kepada 46% pada tahun 1860 iaitu berjumlah kira-kira

28,018 orang23. Mulai pertengahan abad ke-19, orang Cina telah berhijrah secara

beramai-ramai ke Tanah Melayu akibat daripada pembukaan lombong bijih timah.

Mereka bertumpu di kawasan-kawasan yang kaya dengan hasil timah seperti Larut, Kinta

dan Selangor. Pada tahun 1850, hanya terdapat tiga orang Cina di Larut dan menjelang

tahun 1872, ia meningkat kepada 40,000 orang dalam tahun 1901. Manakala di Kinta

pula, pada tahun 1882, hanya terdapat kira-kira 4,000 orang Cina sahaja tetapi menjelang

tahun 1888 ia menjangkau 38,000 dan pada 1889 orang Cina telah mendominasi Daerah

Kinta dengan seramai 44,790 orang berbanding hanya 10,291 oarng Melayu, 69 orang

Eropah dan 847 lain-lain bangsa24. Menjelang tahun 1901, orang Cina membentuk 46%

daripada populasi di Perak dan 65% populasi di Selangor25.

Kebanjiran imigran Cina di Tanah Melayu dipengaruhi oleh sistem pentadbiran

British yang memperkenalkan pembangunan ekonomi kapitalis yang menggalakkan

22 Heng Pek Koon, Chinese Politics In Malaysia: A History Of The Malaysia Chinese Association, Oxford, Singapore, 1988, hlm.9.

23 Ibid, hlm. 11. 24 Desmond Tate dan Chai Hon Chan, A Town That Grew Between two Rivers, dalam Ipoh: The

Town That Tin Built, L.H.C Jennings, The Straits Times Press, Malaya, 1962, hlm.15.25 Gordon P. Means, Malaysia Politics, University Of London Press, London, 1970, hlm.26.

10

Page 11: Sejarah Kemasyarakatan MAS

pertumbuhan penduduk dan buruh26. Menjelang tahun 1875, pihak British berjaya

memulihkan keamanan di Peark, Selangor dan Sungai Ujong yang kaya dengan bijih

timah. Pemerintahan Inggeris telah memberi jaminan keselamatan harta dan nyawa. Ini

mendorong orang Cina berhijrah ke Negeri Melayu tersebut. Di samping itu,

kesengsaraan sosial dan ekonomi turut memaksa para petani Cina untuk berhijrah keluar

untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Pertambahan penduduk yang tidak dapat

diseimbangi dengan tambahan kawasan pertanian mengakibatkan kemiskinan dan ia

diperburukkan lagi dengan bencana alam yang melanda27. Di samping itu, keadaan

politik yang tidak stabil pada abad kesembilan belas menyaksika tercetusnya beberapa

pemberontakan menentang Dinasti Manchu. Ia mengancam nyawa dan harta benda

penduduk yang terpaksa berhijrah. Lantaran itu, boleh disimpulkan bahawa dasar

Inggeris , pembukaan lombong bijih timah dan beberapa masalah dalaman Negara China

telah mendorong penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu.

Dalam memperlihatkan trend kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu sebelum

Perang Dunia kedua, boleh dikatakan bahawa tujuan mereka hanyalah semata-mata untuk

mencari rezeki dan tidak berhasrat untuk menetap dalam tempoh masa yang lama.

Malahan polisi Inggeris ketika itu turut mempunyai tanggapan yang sama, di mana

imigran Cina dianggap sebagai penduduk asing dan tidak mempunyai hak atau

keistimewaan seperti yang dinikmati masyarakat tempatan28.

3.1 PERKEMBANGAN GERAKAN SOSIAL

Kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu telah membawa bersama-sama mereka

warisan kebudayaan dan tradisi yang berbeza dengan masyarakat tempatan. Mereka lebih

bersikap menyendiri dan tidak menjalin hubungan yang rapat dengan masyarakat

tempatan. Imigran Cina juga dilihat agak keberatan untuk memberi kesetiaan kepada

26 Khoo Kay Kim, Latarbelakang Sejarah Masharakat India dan China di Tanah Melayu, di dalam Jurnal Persatuan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Jabatan Sejarah UKM, Kuala Lumpur, 1971/72, hlm.19.

27 Negara Kita: Sejarah Pentadbiran Dan Dasar-Dasar Pembangunan, INTAN, Kuala Lumpur, 1982, hlm.2.

28 Gordon P. Means, Malaysian Politics, hlm.27.

11

Page 12: Sejarah Kemasyarakatan MAS

institusi - institusi tempatan sebaliknya memperkuatkan ikatan dengan negara asal

mereka29. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi masalah kepada Inggeris dan

masyarakat tempatan. Ketiadaan polisi pemerintahan yang berkesan bagi mengawal

aktiviti dan kebajikan sosial golongan imigran ini telah membawa kepada kewujudan

persatuan-persatuan untuk menjaga kebajikan dan menyelaras kehidupan masyarakat

Cina yang rata-rata datang ke Tanah Melayu sehelai sepinggang tanpa kenalan mahupun

saudara. Dalam persekitaran yang asing ini, mereka berada dalam satu ‘kejutan budaya’

yang amat memerlukan mereka menyertai pertubuhan atau persatuan yang berfungsi

dalam membantu, melindungi serta mempertahankan kepentingan bersama.

Pada peringkat awal, konsep persatuan yang dibentuk bertujuan untuk menjaga

kebajikan anggotanya dan ia lebih menumpukan kepada usaha-usaha untuk memperbaiki

taraf sosial dan ekonomi ahlinya. Persatuan-persatuan ini kemudianya membentuk

kelompok-kelompok tertentu dan ia bergiat dalam bidang politik dan terus merosot

menjaga kumpulan yang cenderung ke arah jenayah seperti merompak, menganjurkan

pemogokan dan rusuhan30.

Sistem Kapitan Cina diperkenalkan oleh Portugis setelah menawan Melaka pada

151131. Kapitan Cina merupakan ketua masyarakat Cina yang dilantik bagi mengawal

aktiviti serta kepentingan masyarakat Cina. Mereka dilihat sebagai perantaraan di antara

kerajaan dengan orang Cina. Sistem ini diteruskan selepas pengambil alihan Melaka oleh

Belanda pada tahun 1940. Manakala Inggeris pula terus menggunakan sistem Kapitan

Cina di Negeri-negeri Selat sehingga tahun 182632. Ia diperlukan bagi menghadapi

perkembangan imigran Cina yang semakin pesat menjelang pertengahan abad yang ke

19. Di samping Negeri-negeri Selat, sistem Kapitan Cina turut digunakan di Negeri-

negeri Melayu yang masih dibawah kekuasaan Sultan Melayu. Di mana Kapitan Cina

akan dilantik oleh sultan bagi mengawal kegiatan, penempatan serta menyelesaikan

pertelingkahan antara imigran Cina dan ia berterusan sehingga tahun 190133. Antara

29 Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm.362. 30 Ibid. 31 Heng Pek Koon, Chinese Politics In Malaysia, hlm,15. 32 Ibid, hlm.14. 33 Heng Peck Koon, Chinese Politics In Malaysia, hlm. 14..

12

Page 13: Sejarah Kemasyarakatan MAS

Kapitan Cina yang terkenal dalam sejarah Tanah Melayu ialah Yap Ah Loy yang muncul

sebagai Kapitan Cina di Kuala Lumpur pada tahun 1868.

Kongsi gelap merupakan satu aspek sosial orang Cina. Ia adalah warisan daripada

perkembangan di China. Kongsi-kongsi gelap telah ditubuhkan untuk mengguling Dinasti

Manchu dan menghidupkan semula Dinasti Ming. Menurut V. Purcell, kongsi gelap di

Tanah Melayu berasal dari Tian Ti Hui yang digelar Triad Society34. Di Tanah Melayu

orang Cina telah menubuhkan kongsi-kongsi gelap selepas British menduduki Pulau

Pinang ( 1786 ) dan Singapura (1819). Sejak tahun 1799 lagi, kongsi-kongsi gelap Cina

telah mula menentang pentadbiran British di Pulau Pinang35. Kegiatan kongsi-kongsi

gelap ini dikatakan berusaha membentuk ‘empayar dalam empayar’ yang ingin

menikmati faedah pemerintahan British dan dalam masa yang sama, mengabaikan

undang-undang yang didapati tidak sesuai dengan mereka36. Menjelang 1875, terdapat 4

kongsi gelap di Tanah Melayu, iaitu kumpulan Ghee Hin , Ho Seng, Hai San dan Wah

Sang37.

L.A Mills dalam British Malaya !824-1867, menganggap kongsi-kogsi gelap di

Negeri-negeri Selat sebagai the Pirates and Robbers Co-operative Association38. Ini

kerana sebahagian besar anggota kongsi gelap terdiri daripada penjenayah yang terlibat

dalam rusuhan, pergaduhan, kegiatan perjudian, rompakan dan pelacuran. Mereka dilihat

sentiasa bermusuhan antara satu sama lain dan sering bersaing dalam menguasai sesuatu

kawasan khususnya kawasan bijih timah. Di Larut misalnya, pertelingkahan anatara Ghee

Hin dan Hai San telah mencetuskan Perang Larut sebanyak tiga kali iaitu Perang Larut I

( 1861 ), Perang Larut II ( 1865 ) dan Perang Larut III ( 1872 ).

Kajian-kajian yang dijalankan mendapati bahawa penubuhan kongsi-kongsi gelap

di Tanah Melayu khususnya di Negeri-negeri Selat diakibatkan oleh beberapa faktor.

Antaranya ialah kewujudan kegiatan kongsi gelap di China Selatan yang bertujuan untuk

menggulingkan Dinasti Manchu. Apabila imigran Cina yang terdiri daripada bekas

34 Victor Purcell, The Chinese In Malaya, Oxford University Press, 1967, hlm. 155-157. 35 Ibid, hlm. 156. 36 Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm.362. 37 V. Purcell, The Chinese In Malaya, hlm.155-157. 38 L.A. Mills, British Malaya 1824-1867, Oxford University Press, London, 1966, hlm.209.

13

Page 14: Sejarah Kemasyarakatan MAS

anggota kongsi gelap berhijrah ke Tanah Melayu, mereka telah membawa bersama

budaya tersebut ke sini. Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu berasal dari

wilayah-wilayah yang berlainan dan terdiri daripada pelbagai suku yang berbeza dan

mewarisi bahasa serta budaya yang tidak sama. Faktor ini ditambah dengan persekitaran

yang baru menyebabkan golongan imigran ini menyertai kongsi-kongsi gelap yang

seketurunan bagi tujuan perlindungan dan bantuan bersama. Ia penting memandangkan

kegiatan kongsi gelap bukan sahaja terhad kepada aktiviti jenayah sahaja malah mereka

juga dilihat sebagai persatuan kebajikan dan sosial yang membantu ahli-ahlinya yang

berada dalam kesusahan, menguruskan pengkebumian ahli keluarga anggotanya dan turut

,membantu dalam mencari pekerjaan kepada ahlinya yang baru tiba dari Negara China.

Memandangkan masalah serta kekacauan yang sering ditimbulkan olah kongsi-

kongsi gelap, British mulai mengambil tindakan tegas dalam mengawal kegiatan tersebut

menjelang tahun 1867. Di mana Akta Pendaftaran Pertubuhan 1867 dikuatkuasakan yang

mewajibkan semua pertubuhan menyenaraikan semua nama anggotanya yang memegang

jawatan dalam pertubuhan tersebut dan menyatakan tujuan persatuan mereka beroperasi.

Ia telah diperkukuhkan lagi dengan Ordinan Pertubuhan 1889 yang dikuatkuasakan pada

tahun 1890 yang mengharamkan semua kongsi-kongsi gelap Cina39. Ia mewajbkan semua

persatuan Cina menbuat pendaftaran sebelum menjalankan kegiatan mereka dan ia dilihat

berkesan dalam mengawal kegiatan kongsi gelap dan yang terpaksa meneruskan kegiatan

mereka secara rahsia dan budaya tersebut dilihat masih wujud hingga ke hari ini.

Hua Tuan atau persatuan Cina telah mengambil alih peranan dan kepimpinan

kongsi gelap selepas tahun 186740. Ia dilihat berperanan dalam menjaga kepentingan

sosial dan rekreasi ahli-ahlinya. Antara aktiviti-aktiviti yang sering dianjurkan oleh Hua

Tuan adalah upacara penyembahan nenek moyang, penyelarasan kawasam perkuburan,

menyelesaikan pertelingkahan yang melibatkan komuniti Cina dan membantu ahlinya

yang ditimpa bencana. Hua Tuan yang terawal adalah berasaskan dialek dan wilayah, ia

39 Sia Keng Yek, Hua Tuan dan Perkembangan Politik Malaysia: Satu Kajian Tentang Asal Usul Perkembangan Gagasan sistem Dua Barisan, Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1997, hlm. 6.

40 Ibid.

14

Page 15: Sejarah Kemasyarakatan MAS

terbentuk di Negeri-negeri Selat seawall 1810 dan Negeri-negeri Melayu yang lain

disekitar 185041.

Persatuan dialek dan keluarga merupakan Hua Tuan yang paling popular. Di

mana wujudnya persatuan yang ditubuhkan khas untuk orang Cina daripada wilayah yang

sama dan mempunyai bahasa serta kebudayaan yang homogen. Misalnya Persatuan

Kwangtung yang dianggotai oleh orang Cina yang berasal dari wilayah Kwangtung dan

bertutur dialek Kantonis manakala Persatuan Hokien pula dianggotai oleh ahli dari

wilayah tersebut dan berkomunikasi dalam dialek Hokien42. Manakala Hua Tuan yang

berlandaskan nama keluarga ( surname ) hanya disertai oleh mereka yang mewarisi nama

keluarga yang sama seperti Kongsi Tan, Kongsi Lim dan Kongsi Wong43. Ia dipercayai

mereka yang mempunyai nama keluarga yang sama itu, mempunyai ikatan kekeluargaan.

Selain daripada itu, wujud juga persatuan-persatuan agama, kebajikan, pendidikan dan

hiburan yang terbuka kepada semua orang Cina tanpa mengira suku kaum, keturunan

mahupun status individu berkenaan.

Saudagar-saudagar Cina pula, membentuk Chinese Chambers Of Commerce

( CCC ) yang bertujuan untuk memperjuangkan serta menjaga kepentingan ekonomi

ahlinya. Ia diperkenalkan oleh para pegawai Manchu untuk mempromosikan dagangan

serta semangat nasionalisme di kalangan Orang Cina Seberang Laut yang dikenali

sebagai ‘ hua chiao’44. Pada tahun 1906, CCC Singapura terbentuk dan ia disusuli dengan

pembentukan CCC di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Ipoh dan Serembann45.

Antara CCC yang paling menonjol dan wujud sehingga ke hari ini ialah Dewan

Perniagaan Cina Selangor dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia.

Secara kesimpulannya Hua Tuan dilihat memainkan peranan penting dalam

memperjuangkan hak serta mempertahankan kepentingan masyarakat Cina dalam aspek

41 Sia Keng Yek, Hua Tuan dan Perkembangan Politik Malaysia, hlm. 7.42 Khoo Kay Kim, Latar Belakang Masharakat India dan China di Tanah Melayu, hlm.21. 43 Ibid. 44 Heng Pek Koon, Chinese Politics In Malaysia, hlm. 19. 45 Ibid.

15

Page 16: Sejarah Kemasyarakatan MAS

politik, ekonomi, sosial, bahasa, kebudayaan dan pendidikan masyarakat Cina di Tanah

Melayu.

3.2 PERKEMBANGAN GERAKAN POLITIK

Sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, semangat nasionalisme yang mempunyai

pengaruh yang kuat di Tanah Melayu hadir daripada masyarakat Cina. Di mana terdapat

golongan saudagar yang telah menyumbang kepada revolusi 1911 di China. Lantaran itu,

kesedaran politik di Tanah Melayu dipelopori oleh komuniti Cina. Mereka juga dikatakan

terawal dalam pembentukan parti politik di Tanah Melayu46.

Secara umumnya perkembangan politik orang Cina di Tanah Melayu boleh

dibahagikan kepada tiga tahap yang utama iaitu perkembangan awal dari 1900-1941,

semasa Perang Dunia Kedua dari 1942-1945 dan era tamatnya Perang Dunia Kedua dari

1945-1950. Ia telah memperlihatkan perubahan drastik dalam matlamat perjuangan parti-

parti politik komuniti Cina di Tanah Melayu.

3.2.1 PERKEMBANGAN AWAL 1900-1941

Secara umumnya sebelum Perang Dunia Kedua, kesedaran politik orang Cina di Tanah

Melayu tertumpu kepada pergolakan politik di Negara China. Di mana majoriti daripada

mereka masih menganggap China sebagai tanah air mereka. Kedatangan mereka ke

Tanah Melayu adalah bermotifkan ekonomi semata-mata dan mereka tidak bercadang

untuk menetap di sini untuk selama-lamanya.

Namun begitu, terdapat satu golongan yang tidak tertarik dengan perkembangan

di China iaitu orang Cina Peranakan. Mereka merupakan golongan Cina yang dilahirkan

di Negeri-negeri Selat yang melibatkan Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Golongan

ini yang menjadi rakyat British telah melibatkan diri dalam perkembangan politik

tempatan. Mereka telah menubuhkan Straits Born Chinese British Association ( SCBA )

46 Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm. 398.

16

Page 17: Sejarah Kemasyarakatan MAS

di Singapura dan Melaka pada tahun 1900 dan dipimpin oleh Tan Jiak Kim, lim Boon

Keng, Song Ong Siang dan Seah Ling Seah47. Tujuan SCBA ialah untuk

memperkukuhkan kebudayaan Cina dan mengekalkan identiti Baba Peranakan. Antara

tokoh-tokoh SCBA yang berkaliber adalah seperti Tan Cheng Lok, Dr. Lim Boon Keng,

Song Ong Siang, Han Hoe Lim dan Lim Chong Ean yang telah dilantik oleh British bagi

berkhidmat di dalm Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat. Kesempatan ini telah

digunakan oleh tokoh-tokoh berkenaan dalam memperjuangkan hak politik dan

mendesak perubahan dalam sisitem pendidikan Cina48. Di samping itu, Tan Cheng Lok,

pemimpin SCBA Melaka turut memainkan peranan penting dalam penubuhan MCA dan

telah menerajui dari tahun 1949-195849. Namun begitu, pengaruh SCBA ke atas

masyarakat Cina agak terbatas di mana pada tahun 1931 ia hanya mempunyai keahlian

seramai 1,060 orang sahaja50.

Kekalahan Negara China dalam Perang China-Jepun 1894-1895 telah

menimbulkan perasaan marah orang Cina di Seberang Laut. Masyarakat Cina berasa

malu dan terhina lantaran daripada kekalahan itu. Di mana China terpaksa

menandatangani Perjanjian Shimonoseki pada tahun 1895 yang menyaksikan penyerahan

Farmosa kepada Jepun51. Kekalahan kepada Jepun yang sebelum ini dianggap ‘wojen’

(kerdil) menyedarkan masyarakat Cina tentang perlunya usaha-usaha bagi

menyelamatkan kegemilangan Negara China52. Pada tahun 1897, seramai lapan belas

orang Cina Melaka telah berkumpul di Johor dan menubuhkan Persatuan Lapan Belas

Kawan dan ia dipimpin Sim Hong Pak, seorang pedagang kaya dari Melaka53.

Perkembangan politik awal masyarakat Cina banyak dipengaruhi oleh Gerakan

Pembaharuan di China. Gerakan ini dipimpin oleh Kang Yu Wei telah memperkenalkan

Rancangan Pembaharuan 100 hari dengan persetujuan Maharaja Kuang-hsu54. Ia

47 Heng Peck Koon, Chinese Politics In Malaysia, hlm.26. 48 Ibid. 49 Ibid. 50 Ibid. 51 Oong Hak Ching, Chinese Politics In Malaya 1942-1955: The Dynamics Of British Policy,

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2000, hlm.26. 52 Ibid. 53 Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm. 398. 54 Oong Hak Ching, Chinese Politics In Malaya 1942-1955, hlm.26.

17

Page 18: Sejarah Kemasyarakatan MAS

menemui kegagalan dan berakhir apabila Maharaja Kuang-hsu mangkat pada 190855.

Pada abad kedua puluh, gerakan revolusioner di China turut mempengaruhi kegiatan

politik orang Cina di Tanah Melayu. Di mana pemimpinnya Sun Yat Sen, telah melihat

potensi orang Cina Seberang Laut sebagai pengerak kepada revolusi di China. Pada tahun

1905, Sun Yat Sen menubuhkan Tung Meng Hui yang merupakan gabungan Hsing

Chung Hui dengan golongan anti Manchu yang lain56. Sun Yat Sen telah melawat

Singapura pada tahun 1906 dan menubuhkan cawangan Tung Meng Hui di sana dan

cawangan-cawangan yang lain telah ditubuhkan di Kuala Lumpur, Seremban, Melaka,

Kampar, Kuantan, Taiping dan Ipoh57. Kaum Cina di Tanah Melayu telah memberi

sokongan kepada penubuhan itu dengan terlibat dalam penyediaan bantuan material,

kewangan dan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang bersifat propaganda untuk

memberansangkan semangat nasionalisme orang Cina di Tanah Melayu.

Selepas pembentukan Republik China, Tung Meng Hui telah disusun semula

sebagai Parti Kuomintang ( KMT ) pada tahun 1912. Ia bertujuan untuk menyatukan

Negara China dan mengukuhkannya melalui perindustrian dan modenisasi. Orang Cina

Seberang Laut dilihat sebagai sumber kewangan utama dalam memodenisasikan China.

Oleh itu, cawangan-cawangan Kuomintang telah ditubuhkan di Tanah Melayu dan juga

Singapura. Pihak British yang menganggap parti ini bersifat sederhana telah bersetuju

untuk membenarkannya bergerak secara sah di Tanah Melayu58. Menjelang tahun 1913

sebanyak 30 cawangan ditubuhkan di Tanah Melayu dan ia dilihat membantu dalam

menggerakkan semangat nasionalisme di kalangan masyarakat Cina di Tanah Melayu.

Melalui Kuomintang, ia cuba memperjuangkan nasib masyarakat Cina melalui

pendidikan, di mana pada tahun 1920, sebuah sekolah Cina telah menggunakan bahasa

Mandarin sebagai bahasa penghantar bagi menggantikan penggunaan dialek di sekolah59.

Ia selaras dengan perkembangan di Negara China yang menjadikan bahasa Mandarin

sebagai bahasa rasmi negara. Penggunaan satu bahasa yang standard di kalangan

55 Ibid. 56 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia ( 1800-1963), Utusan Publication, Kuala Lumpur, 2002,

hlm.238. 57 Ibid. 58 Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm.399. 59 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963, hlm. 239.

18

Page 19: Sejarah Kemasyarakatan MAS

masyarakat Cina bukan sahaja mampu menyatukan padukan suku-suku Cina yang

berbeza tetapi juga berjaya melahirkan semangat kekitaan masyarakat Cian di Tanah

Melayu. Ini secara tidak langsung membantu dalam perkembangan semangat

nasionalisme orang Cina.

Pada tahun 1923, Sun Yat Sen telah menerima kemasukkan ahli-ahli komunis

China ( CCP ) sebagai ahli perseorangan dalam KMT sebagai syarat untuk mendapat

bantuan Soviet bagi menyatukan China yang berpecah-belah60. Mulai dari ketika itu,

ramai ahli-ahli komunis China telah menyertai KMT sebagai ahli perseorangan dan

mewujudkan golongan haluan kiri dalam KMT. Mereka yang ‘bertopengkan’ KMT telah

bergerak secara rahsia di dalam KMT Tanah Melayu. Pihak komunis China dalam KMT

telah melancarkan permogokan dan kegiatan anti British di Tanah Melayu. Lantaran itu,

KMT telah diharamkan pada tahun 1925. Pembubaran Perikatan KMT-PKC pada tahun

1927 mengakibatkan PKC bergerak bersendirian dalam kegiatan-kegiatan subversifnya.

Parti Komunis Nanyang telah ditubuhkan pada tahun 1928 namun ia gagal melaksanakan

misinya di Tanah Melayu. Akhirnya tugas Parti Komunis Nanyang dalam penyebaran

idelogi komunis telah diambil alih oleh Parti Komunis Malaya yang ditubuhkan pada

April 193061.

Parti Komunis Malaya ( PKM ) ditubuhkan pada 1930 dianggap sebagai

bermulanya kegiatan politik berparti di Semenanjung Malaysia. Ia berhasrat untuk

mengguling kerajaan British dan menubuhkan Republik Komunis Malaya. Fahaman

komunis telah menyusup ke dalam pertubuhan-pertubuhan buruh, kesatuan sekerja dan

sekolah malam.

PKM telah melancarkan mogok dan kegiatan anti British dalam usahanya

melumpuhkan kegiatan ekonomi Tanah Melayu. Pada tahun 1937-1938, mogok secara

berleluasa tercetus di negeri-negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, dan

Johor62. Peristiwa pemogokan yang paling hebat berlaku di Batu Arang, Selangor yang

60 Heng Peck Koon, Chinese Politics In Malaysia, hlm 21. 61 Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm. 399. 62 Fuzah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm.400.

19

Page 20: Sejarah Kemasyarakatan MAS

melibatkan 6000 pekerja lombong. Peristiwa itu mengakibatkan ramai pemimpin

kesatuan dan komunis ditangkap dan dihantar balik ke China.

Serangan Jepun ke atas China pada 1937 telah meningkatkan lagi perasaan anti

Jepun di kalangan orang Cina di Tanah Melayu. PKM telah mengambil kesempatan ini

untuk memperkuatkan dirinya dengan meniup semangat kecinaan. Ia telah mengumpul

wang bagi membiayai peperangan di China di samping bekerjasama dengan British63.

Taktik PKM ternyata berjaya mendapat minat serta sokongan orang Cina dan menjelang

tahun 1939, PKM mempunyai keahlian seramai 37,000 di Singapura dan Tanah Melayu.

3.2.2 PERANG DUNIA KEDUA 1942-1945

Era kegemilangan PKM muncul disekitar tahun 1942-1945, di mana ia bekerjasama

dengan Inggeris bagi menentang Jepun. Kerajaan British telah menyediakan latihan yang

berbentuk gerila di samping membekalkan PKM dengan bantuan senjata, makanan,

perubatan serta kewangan.

PKM telah berundur ke hutan dan membentuk MPAJA bagi menentang Jepun

secara gerila. Melalui propandaganda yang berasaskan nasionalisme Cina, PKM berjaya

mendapat sokongan daripada masyarakat Cina yang menderita di bawah pemerintahan

Jepun. Ia merupakan satu kemenangan psikologi bagi perjuangan PKM.

3.2.3 SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

Pengorbanan PKM semasa Perang Dunia Kedua, dilihat berhasil apabila ia diiktiraf

sebagai parti yang sah oleh kerajaan Inggeris pada tahun 1945. Pada peringkat awal,

PKM cuba mengambil alih kuasa melalui perlembagaan dengan membentuk perikatan

63 Ibid.

20

Page 21: Sejarah Kemasyarakatan MAS

dengan parti-parti politik yang berhaluan kiri. Di samping menyusup ke dalam persatuan

sekerja dan menguatkan cengkamannya ke atas sekolah persendirian64. Pada tahun 1947,

PKM telah melancarkan kira-kira 300 pemogokan untuk melumpuhkan ekonomi Tanah

Melayu dan Inggeris telah mengenalkan undang-undang baru bagi mengawal kegiatan

kesatuan sekerja bagi menangani ancaman PKM. Tindakan ini menyekat pergerakan

kegiatan PKM dan pertukaran pucuk pimpinan daripada Lai Teck ke Chin Peng pada

Mac 1946, telah mengubah taktik perjuangan PKM yang melancarkan pemberontakan

bersenjata pada Jun 194865. Tindakan itu akhirnya membawa kepada pengharaman PKM

dan darurat diisytiharkan pada 18 Jun 1948 di seluruh Tanah Melayu.

Parti Malayan Chinese Association ( MCA ) diasaskan pada 27 Februari 194966.

Ia ditubuhkan bagi menghadapi ancaman komunis dan British mengalu-alukan

penubuhan MCA kerana ia dilihat mampu membantu British menentang PKM dengan

lebih berkesan lagi. MCA diasaskan oleh beberapa tokoh masyarakat Cina termasuklah

H.S. Lee, Leong Yew Koh, Yong Shook Lim, Khoo Teik Ee dan Tan Siew Sin67.

Manakala presiden pertama MCA ialah Tan Cheng Lock yang menerajui parti tersebut

dari 1949-1958.

Objektif perjuangan MCA jelas iaitu melindungi kepentingan politik kaum Cina

di Tanah Melayu dan bekerjasama dengan British bagi menentang ancaman komunis.

Selain itu, MCA juga lantang dalam memperjuangkan taraf kerakyatan bagi orang Cina

di Tanah Melayu. Menjelang akhir tahun 1949, bilangan ahli MCA telah meningkat

kepada 100,000 ahli dan 180,000 ahli pada akhir tahun 195168.

MCA merupakan sebuah parti orang Cina yang berhaluan kanan dan bersedia

untuk bekerjasama dengan parti kaum lain bagi mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu.

Ia terbukti pada 3 Februari 1953, di mana Parti Perikatan UMNO-MCA terbentuk bagi

menghadapi pilihanraya umum yang pertama pada tahun 1955.

64 Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm.401. 65 Heng Peck Koon, Chinese Politics In Malaysia, hlm.50. 66 Ibid, hlm.54. 67 Ibid. 68 Fuzaih Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm.402.

21

Page 22: Sejarah Kemasyarakatan MAS

3.0 IMIGRAN INDIA DI TANAH MELAYU

Kehadiran imigran India ke Tanah Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat.

Peringkat pertama berlaku disekitar awal tahun masihi, di mana hubungan negeri Kedah

dan India yang akrab menyaksikan kedatangan pedagang dan tukang dari India69.

Manakala peringkat kedua bermula pada abad 13 dan 14 apabila para pedagang India

yang beragama Islam khususunya dari Bengal, Coromandel dan Gujerat datang

berdagang menyebarkan ajaran Islam70.

Trend kemasukkan orang India berubah pada peringkat ketiga iaitu mulai abad ke

19. Ini kerana kedatangan orang India ketika itu, tidak lagi tertumpu kepada golongan

pedagang, tukang, brahim atau ulama sahaja. Ia merangkumi pelbagai lapisan masyarakat

India di mana pengunduran Inggeris dari Sumatera pada tahun 1820 telah mengakibatkan

kebanjiran tawanan India di Negeri-negeri Selat. Mereka telah digunakan untuk kerja-

kerja pembinaan bangunan dan jalan raya71. Menjelang 1840-1880, pembukaan ladang

tebu di Province Wellesley dan ladang getah menyaksikan kedatangan orang India secara

besar-besaran72. Menjelang tahun 1910-1921, bilangan kedatang orang India ke Tanah

Melayu adalah seramai 100,000 orang setiap tahun73.

3.1 GERAKAN SOSIAL

Sejak tahun 1800 lagi, orang India telah pun menubuhkan beberapa organisasi yang

bercorak sosial bagi tujuan menjaga kepentingan orang India di Tanah Melayu. Ia tidak

bersifat politik kerana kedatangan mereka dilihat semata-mata untuk mencari nafkah dan

kurang memberi perhatian kepada aspek nasionalisme.

69 Khoo Kay Kim, Latarbelakang Sejarah Masharakat India dan Cina di Tanah Melayu, hlm.14. 70 Ibid. 71 Ibid. 72 Ibid, hlm.14-15. 73 Ibid, hlm. 15.

22

Page 23: Sejarah Kemasyarakatan MAS

Persatuan India yang bercorak sosial telah ditubuhkan di Tanah Melayu pada

1906 dengan munculnya Persatuan India Taiping dan kemudian diikuti oleh Persatuan

India Selangor pada tahun 190774. Kedua-dua ini telah menjadi pencetus kepada

tertubuhnya beberapa persatuan India yang lain seperti Persatuan India Kinta, persatuan

India Melaka dan Persatuan India Negeri Sembilan75. Persatuan-persatuan ini didokong

oleh saugagar-saudagar, golongan profesional, dan kakitangan kerajaan yang ‘celik’ dan

menetap di kawasan bandar. Melalui persatuan-persatuan ini, beberapa isu orang India

telah diperjuangkan dan ia termasuk masalah imigrasi, upah buruh, tempat kediaman dan

minuman todi.

3.2 GERAKAN POLITIK

Kesedaran politik di kalangan orang India di Tanah Melayu berkembang agak perlahan.

Ini memandangkan kebanyakkan imigran yang datang terdiri daripada golongan yang

buta huruf dan bekerja sebagai buruh dan pekerja estet.

Pengaruh kepada gerakan politik di kalangan masyarakat India Tanah Melayu

boleh dilihat daripada 2 sudut. Pertama melalui pengaruh dari agen kerajaan India yang

dilantik pada 1923 bagi tujuan menjaga kebajikan pekerja India di Tanah Melayu76.

Agen yang berkhidmat di bawah Jabatan Buruh Malaya ini, diberi kuasa untuk melawat

estet-estet untuk mengetahui keadaan tempat kerja, kemudahan yang disediakan dan

mendengar rungutan masalah-masalah yang dihadapi orang India di estet. Secara tidak

langsung, agen ini bertindak sebagai wakil kerajaan India dan memperjuangkan nasib

para pekerja estet yang majoritinya orang India. Peranannya sebagai pembela kepada

orang India secara tidak langsung menabur semangat nasionalisme di kalangan orang

India estet.

Penerbitan akhbar India di sekitar tahun 1952 telah membantu dalam penyebaran

semangat nasionalisme di kalangan masyarakat India. Ia memaparkan perkembangan

74 Yusoff Iskandar dan Khalil Yusoff, Diskusi Sejarah, hlm.21. 75 Ibid. 76 William L. Holland, Asian Nationalism and The West, Octagon, New York, 1973, hlm.287.

23

Page 24: Sejarah Kemasyarakatan MAS

politik di India dan sedikit sebanyak menimbulkan minat orang India terhadap

perkembangan politik di India dan menyemai perasaan nasionalisme di kalanagan

masyarakat India di Tanah Melayu77.

3.2.1 SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA

Manifestasi kegiatan politik orang India sebelum akhir tahun 1920 dan 1930 adalah

melalui pergerakan Gadhar dan Kalifhat78. Gadhar merupakan satu gerakan politik di

kalangan orang Sikh dan ia bermula di Washington pada tahun 1913 dan mendapat

sambutan di India dan Tanah Melayu khususnya di Perlis dan Kedah79. Manakala gerakan

Kalifhat pula dipimpin oleh Mohammed dan Shaukat Ali dilihat sebagai gerakan anti

British80. Perasaan anti British ini telah membawa kepada tercetusnya Dahagi di

Singapura pada 1915 dan melibatkan askar India yang beragama Islam81.

Lawatan Nehru ke Tanah melayu pada 1937 membawa kepada pembentukan

Central India Association Of Malaya ( CIAM )82. Ia merupakan satu-satu parti politik

India di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dan CIAM dianggotai oleh 12

persatuan negeri, 4 dewan perniagaan India83. Ia dilihat sebagai titik tolak kepada gerakan

politik orang India di Tanah Melayu dan telah giat memperjuangkan nasib golongan

buruh untuk perbaiki taraf hidup dan ekonomi orang India di Tanah melayu.

3.2.2 SEMASA PERANG DUNIA KEDUA

Semasa pendudukan Jepun, perjuangan kebangsaan Orang India tertumpu kepada negara

India. Pihak Jepun memberi semangat kepada orang India di Tanah Melayu untuk bersatu

dalam memperjuangkan kemerdekaan India dari Inggeris84.

77 William L. Holand, Asian Nationalism and The West, hlm.287. 78 Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm. 395. 79 Khoo Kay Kim, Latarbelakang masharakat India dan Cina di Tanah Melayu, hlm.17,80 Ibid. 81 Ibid. 82 Yusoff Iskandar dan Khalil Yusoff, Dikusi Sejarah, hlm.21. 83 Ibid. 84 Zainal Abidin b. Abdul Wahid, Khoo Kay Kim, Muhd Yusuf Ibrahin, Nik Hassan Suhaimi b.

Nik Abdul Rahman dan Mohd Amin b. Hassan, Malaysia: Warisan dan Perkembangan, Dewan Bahasa

24

Page 25: Sejarah Kemasyarakatan MAS

Ia menyaksikan penubuhan Liga kemerdekaan India ( IIL ) pada tahun 1934 manakala

Pasukan Tentera Nasional India ( INA ) pula ditubuhkan dengan kerjasama Jepun dan

Kolonel Mohan Singh dan ia mempunyai kekuatan 16,000 tentera menjelang akhit tahun

194285. Selain itu, Chandra Bose, seorang pelarian politik telah menubuhkan kerajaan

Azad ( India Bebas ) di Singapura pada Oktober 194386. Ia telah memberi nafas baru

kepada kemerdekaan India dan slogan ‘Chalo Delhi’ yang bermakna ‘ Mara ke Delhi’

digunakan bagi meniup semangat nasionalisme di kalangan orang India di Tanah Melayu

ke arah pembentukan negara India yang merdeka87.

Perang Dunia Kedua memperlihatkan semangat nasionalisme oaring India Tanah

Melayu yang tinggi. Kegiatan Liga Kemerdekaan India, Tentera Kebangsaan India dan

kerajaan Azad Hind berjaya menarik minat orang India Tanah Melayu terhadap

perkembangan politik yang berkiblatkan negara India.

3.2.3 SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

Perjuangan orang India Tanah Melayu mulai berorentasikan Tanah Melayu dengan

tertubuhnya Malayan Indian Congress ( MIC ). Ia ditubuhkan pada 8 Ogos 1946 dan

presiden pertamanya ialah John Thivy88. Tujuan utama MIC ialah memupuk dan

memelihara kepentingan politik, sosial dan ekonomi kaum India di Tanah Melayu89. Ia

turut memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama kaum yang lain di Tanah Melayu.

MIC mulai memperlihatkan kematangan dalam politik pada tahun 1946 apabila ia

menyertai AMCJA bagi memperjuangkan sebuah negara yang merdeka. Pada tahun 1954

pula, ia menyertai Parti Perikatan UMNO-MCA dan telah bertanding dalam pilihanraya

1955 atas tiket Perikatan. Hari ini MIC, merupakan parti politik orang India yang utama

dan berjaya memelihara kepentingan masyarakat India di Tanah Melayu.

Pustaka, Kuala Lumpur, 1992, hlm.183. 85 Ibid, hlm. 184. 86 Ibid. 87 Ibid. 88 Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm. 397. 89 Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm. 397.

25

Page 26: Sejarah Kemasyarakatan MAS

KESIMPULAN

Kemunculan kuasa Barat khususnya British telah menyaksikan perubahan demografi di

Tanah Melayu. Ia menyaksikan kebanjiran imigran dari China dan India yang seterusnya

membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. Namun begitu, ia telah

memperlihatkan tahap serta senario perkembangan di kalangan tiga kaum utama iaitu

Melayu, Cina dan India yang agak berbeza.

Kehadiran imigran Cina dan India telah dilihat sebagai ancaman kepada

kesinambungan masyarakat Melayu. Ini seterusnya membawa kepada gerakan

nasionalisme di kalangan orang Melayu. Ia bermula dengan gerakan sosial dan bertujuan

untuk melindungi kepentingan ekonomi orang Melayu di samping memupuk kesedaran

tentang perlunya pendidikan untuk memajukan bangsa. Perang Dunia Kedua yang

tercetus disekitar tahun 1940an telah menyaksikan kemunculan gerakan politik Melayu

seperti KRIS, Kesatuan Melayu Muda serta PETA yang berusaha untuk membawa orang

Melayu keluar dari kongkongan penjajah. Ia sememangnya satu pengalaman yang begitu

bernilai bagi orang Melayu dan ia terbukti dalam perjuangan masyarakat tersebut dalam

menentang Malayan Union serta perjuangan ke arah kemerdekaan Tanah Melayu.

Masyarakat Cina dan India yang berhijrah ke Tanah Melayu atas faktor ekonomi

pula dilihat kurang mengambil tahu perkembangan Tanah Melayu. Kehadiran mereka

untuk mencari nafkah dan masih setia kepada negara masing-masing dilihat sebagai

punca gerakan nasionalime di kalangan orang cina dan India yang agak perlahan

berbanding orang Melayu. Masyarakat pendatang berkenaan dilihat lebih berminat

dengan perkembangan di negara asal dan gerakan-gerakan awal dilihat lebih bersifat

sosial dan ekonomi semata-mata. Namun demikian, ia mula perlihatkan perbezaan yang

ketara selepas Perang Dunia Kedua, masyarakat Cina dan India mula memberi tumpuan

terhadap perkembangan di Tanah Melayu. Mereka turut terlibat dalam gerakan yang

26

Page 27: Sejarah Kemasyarakatan MAS

bermotifkan politik lokal dalam usaha melindungi kepentingan masayarakat masing-

masing.

Perkembangan tersebut telah memulakan satu lembaran baru dalam sejarah

negara. Di mana telah memperlihatkan kerjasama antara kaum dalam usaha mendapatkan

kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Walaupun ia berjaya membuahkan hasil namun proses

ke arah itu bukanlah sesuatu yang mudah. Ia banyak melibatkan pengorbanan, tolak ansur

serta keyakinan yang tidak berbelah bagi antara kaum.

27