pentadbiran undang-undang harta pusaka di · pdf filepentadbiran undang-undang harta pusaka...

31
PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen 1 PENGENALAN Tulisan ini menjelaskan mengenai pembahagian harta pusaka orang Islam di Mahkamah Syariah Negeri Sabah. Beberapa aspek seperti sejarah dan perkembangan pembahagian harta orang Islam di Sabah turut dikupas melalui 4 fasa bermula sebelum dan selepas Sabah mencapai kemerdekaannya pada tahun 1963. Selain menjelaskan undang-undang yang digunakan sebagai asas untuk mendengar dan memutuskan kes pusaka orang Islam di negeri ini, kes-kes berkaitan yang telah diputuskan di Mahkamah Awam, Mahkamah Anak Negeri dan Mahkamah Syariah turut dibincangkan bagi memantapkan lagi perbincangan. Turut dibincangkan adalah prosedur permohonan pembahagian harta pusaka dan pentadbir (wali harta) di Mahkamah Syariah Sabah yang diguna pakai ketika ini. Tulisan ini diharapkan dapat menyumbang kepada perkembangan undang-undang Islam di negara ini ke arah lebih positif dan progresif sesuai dengan perkembangan semasa yang semakin kompleks dan mencabar, khususnya dalam konteks pengurusan dan pembahagian harta pusaka orang-orang Islam. SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH Dari aspek sejarah, perkembangan undang-undang dan pentadbiran harta pusaka orang Islam di Sabah dibahagikan kepada 4 fasa iaitu: (a) 1881 hingga 1977 (b) 1978 hingga 1995 (c) 1996 hingga 2004 (d) 2005 hingga kini 1 Penulis merupakan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah sejak 6 Jun 2013. Pernah memegang jawatan Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah dari 16 Januari 2012 hingga 6 Jun 2013. Mula bertugas sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah semenjak 1 Oktober 1996 di Pantai Barat Kota Kinabalu. Sebelum bertugas di Mahkamah Syariah, Penulis pernah beramal sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi (Sabah & Sarawak) pada tahun 1996. Tulisan ini dibentangkan dalam sesi Lawatan Penandaarasan Ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah Bagi Mendapatkan Taklimat Berkaitan Harta Pusaka oleh MAMPU bersama pegawai-pegawai dari Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Peguam Negara di Bilik Madani, Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah pada 19 Mac 2015. Tulisan ini juga telah dibentangkan dengan beberapa penambahbaikan dalam Seminar Perundangan Islam anjuran Mahkamah Syariah Tawau, Sabah dengan kerjasama Persatuan Peguam-Peguam Muslim Sabah (AMAL) dan Persatuan Peguam-Peguam Wanita Muslim Sabah (SALWA) Cawangan Tawau di Dewan Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Syariah Tawau, Sabah pada 17 April 2015.

Upload: trinhkhanh

Post on 06-Mar-2018

321 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI

MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH

Oleh: Ahadin bin Arinen1

PENGENALAN

Tulisan ini menjelaskan mengenai pembahagian harta pusaka orang Islam di Mahkamah

Syariah Negeri Sabah. Beberapa aspek seperti sejarah dan perkembangan pembahagian harta

orang Islam di Sabah turut dikupas melalui 4 fasa bermula sebelum dan selepas Sabah

mencapai kemerdekaannya pada tahun 1963. Selain menjelaskan undang-undang yang

digunakan sebagai asas untuk mendengar dan memutuskan kes pusaka orang Islam di negeri

ini, kes-kes berkaitan yang telah diputuskan di Mahkamah Awam, Mahkamah Anak Negeri

dan Mahkamah Syariah turut dibincangkan bagi memantapkan lagi perbincangan. Turut

dibincangkan adalah prosedur permohonan pembahagian harta pusaka dan pentadbir (wali

harta) di Mahkamah Syariah Sabah yang diguna pakai ketika ini. Tulisan ini diharapkan dapat

menyumbang kepada perkembangan undang-undang Islam di negara ini ke arah lebih positif

dan progresif sesuai dengan perkembangan semasa yang semakin kompleks dan mencabar,

khususnya dalam konteks pengurusan dan pembahagian harta pusaka orang-orang Islam.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA DI

MAHKAMAH SYARIAH

Dari aspek sejarah, perkembangan undang-undang dan pentadbiran harta pusaka orang Islam

di Sabah dibahagikan kepada 4 fasa iaitu:

(a) 1881 hingga 1977

(b) 1978 hingga 1995

(c) 1996 hingga 2004

(d) 2005 hingga kini

1 Penulis merupakan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah sejak 6 Jun 2013. Pernah memegang

jawatan Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah dari 16 Januari 2012 hingga 6 Jun 2013.

Mula bertugas sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah semenjak 1 Oktober 1996 di Pantai Barat Kota

Kinabalu. Sebelum bertugas di Mahkamah Syariah, Penulis pernah beramal sebagai Peguambela dan

Peguamcara Mahkamah Tinggi (Sabah & Sarawak) pada tahun 1996. Tulisan ini dibentangkan dalam sesi

Lawatan Penandaarasan Ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah Bagi Mendapatkan Taklimat Berkaitan

Harta Pusaka oleh MAMPU bersama pegawai-pegawai dari Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU),

Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Peguam Negara di Bilik Madani,

Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah pada 19 Mac 2015. Tulisan ini juga telah dibentangkan dengan beberapa

penambahbaikan dalam Seminar Perundangan Islam anjuran Mahkamah Syariah Tawau, Sabah dengan

kerjasama Persatuan Peguam-Peguam Muslim Sabah (AMAL) dan Persatuan Peguam-Peguam Wanita Muslim

Sabah (SALWA) Cawangan Tawau di Dewan Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Syariah Tawau, Sabah

pada 17 April 2015.

Page 2: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

Perbincangan bagi kesemua 4 fasa ini adalah meliputi zaman sebelum dan selepas

kemerdekaan Sabah pada tahun 1963. Pemahaman sejarah dan latar belakang tersebut penting

untuk memberi gambaran sebenar bagaimana pada akhirnya pentadbiran pusaka orang Islam

di negeri ini dilihat unik dan menarik berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Keunikan tersebut terserlah apabila Sabah merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang

mengeluarkan perintah pentadbir dan pembahagian harta pusaka orang-orang Islam melalui

Mahkamah Syariah.

FASA PERTAMA

(1881-1977)

Perkembangan undang-undang Islam dan penubuhan Mahkamah Syariah di Sabah berkait

rapat dengan kewujudan Mahkamah Anak Negeri di negeri ini. Penubuhan Mahkamah Anak

Negeri secara tidak rasmi dikatakan telahpun berlaku sejak tahun 1881 oleh pihak Syarikat

Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB). Institusi mahkamah adat ini semakin

diperkukuhkan pada penghujung 1800-an apabila SBBUB mula memperkenalkan undang-

undang bertulis yang dinamakan sebagai Village Administration Proclamation 1891 bagi

melicinkan pentadbiran keadilan ketika itu. Institusi Mahkamah Anak Negeri terus

berkembang dan melakar sejarahnya apabila buat pertama kalinya Mahkamah Anak Negeri

didirikan di setiap daerah pada tahun 1913 apabila Village Administration Ordinance 1913

diperkenalkan. Mahkamah ini berfungsi untuk membicara dan memutuskan perkara-perkara

yang diberikan oleh undang-undang, adat dalam daerah atau kampung berkenaan.2

Undang-undang yang dilaksanakan ketika itu adalah menurut undang-undang diri pribumi.

Jika kes berkenaan melibatkan orang Islam, pengadil atau perunding yang dilantik adalah dari

kalangan orang Islam yang mahir dalam undang-undang adat dan undang-undang Islam.3

Mereka dikenali sebagai Ketua Anak Negeri (KAN). Termasuk termasuk perkara yang

dibicara dan diputuskan oleh Ketua-Ketua Anak Negeri ini yang ada kaitan dengan undang-

undang Islam ketika itu adalah pembahagian harta pusaka orang-orang Islam.

Melalui undang-undang tersebut, KAN diserapkan dalam pentadbiran kerajaan bagi

membantu Majistret mengendalikan pentadbiran undang-undang dan kehakiman.4

Menariknya, majoriti KAN yang dilantik oleh pihak SBBUB sepanjang tempoh

pentadbirannya dari 1881 sehingga 1941 adalah dari kalangan orang-orang Islam. Pada tahun

2 Lihat Seksyen 10(i) Village Administration Ordinance 1913; Lihat juga Stephen Foo Kiat Shin, “A Review of the

Native Courts Enactment 1992” dalam Native Court and customary law of Sabah (with cases and decisions), Jabatan Cetak Kerajaan, Sabah, 1993, hal. 101. 3 Lihat juga Jasri @ Nasip B. Matjakir, Qadi: Perlantikan, Bidangkuasa dan Permasalahan, Satu Kajian di Sabah,

Kertas Projek Diploma Pentadbiran Undang-Undang dan Kahakiman Islam (DAIJ), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya, 1993, hal. 43-44. 4 Sharifah Zaleha bt. Syed Hassan, “Native Courts and the Construction of Modern Legal Thinking in Sabah: A

case Study” dalam Native Court and customary law of Sabah (with cases and decisions), Jabatan Cetak Kerajaan, Sabah, 1993, hal. 156.

Page 3: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

1915 sebagai contohnya, 8 dari 9 orang ahli Majlis Penasihat Ketua Anak Negeri adalah

beragama Islam.5

Semenjak tahun 1881 sehingga Sabah merdeka pada tahun 1963, undang-undang Islam terus

berjalan dan berkembang selari dengan perkembangan undang-undang adat. Antara undang-

undang bertulis yang diperkenalkan oleh SBBUB dan kerajaan selepasnya yang ada kaitan

dengan undang-undang Islam sepanjang tempoh berkenaan selain The Village Administration

Proclamation 1891 adalah Muhammadan Custom Proclamation of 1902, Village

Administration Ordinance 19036, Village Administration Ordinance 1913, Mohammadan

Customs Ordinance 1914, The Native Administration Ordinance 1937, Native Court

Ordinance (Labuan) 19507, Muslims Ordinance 1953 dan Native Courts Ordinance 1953.

8

Dalam hal ehwal kekeluargaan Islam, pihak SBBUB memberi kuasa kepada para Imam untuk

merekod dan mendaftarkan perkahwinan dan perceraian di kalangan orang-orang Islam. Para

Imam dalam melaksanakan tugas tersebut hendaklah mengeluarkan sijil perkahwinan dan

juga perceraian kepada pasangan berkenaan. Perkara ini termaktub dalam Mohammadan

Customs Ordinance 19149. Dalam hal ehwal pembahagian harta pusaka pula, peranan secara

langsung Mahkamah Sivil dalam mendengar dan memutuskan perlantikan pentadbir dan juga

pembahagian harta pusaka orang dalam kes tertentu ketika itu jelas kelihatan. Satu contoh kes

harta pusaka yang relevan adalah kes melibatkan tanah Karambunai di Sabah.

5 Ismail Yusoff, Politik dan agama di Sabah, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2004, pp. 39-41.

Antara Ketua Anak Negeri di kalangan orang Islam yang terkenal ketika itu adalah Panglima Undang, Pangeran Hj. Omar, Pangeran Mohd Abbas, Orang Kaya Mohd. Arshad and Haji Pati. Pangeran Mohd Abbas dan Pangeran Hj. Omar dikenali mempunyai pengetahuan yang baik mengenai undang-undang adat dan undang-undang Islam. 6 Village Administration Ordinance 1903 adalah memansuhkan dan menggantikan Village Administration

Proclamation 1891. Village Administration Ordinance 1903 pula kemudiannya dimansuh dan digantikan oleh Village Administration Ordinance 1913. Akhirnya, pada tahun 1937, Village Administration Ordinance 1913 ini dimansuh dan digantikan oleh undang-undang baru yang yang lebih lengkap yang dinamakan Native Administration Ordinance 1937. Lihat dalam M.B. Hooker, “Native Law in Sabah and Sarawak” dalam Native Court and customary law of Sabah (with cases and decisions), Jabatan Cetak Kerajaan, Sabah, 1993, hal. 12; Lihat juga Stephen Foo Kiat Shin, “A Review of the Native Courts Enactment 1992” dalam Native Court and customary law of Sabah (with cases and decisions), Jabatan Cetak Kerajaan, Sabah, 1993, hal. 101. 7 Native Court Ordinance (Labuan) 1950 telah diperkenalkan pada tahun 1950 dan dikhususkan pemakaiannya

untuk Labuan sahaja. Bagaimanapun, bagi memperkemaskan lagi undang-undang untuk anak negeri, kedua-dua undang-undang iaitu Native Administration Ordinance 1937 dan Native Court Ordinance (Labuan) 1950 ini kemudiannya digabungkan dan satu undang-undang baru diperkenalkan menggantikan kedua-duanya yang terpakai untuk tanah besar (Sabah) dan Labuan yang dikenali sebagai Native Court Ordinance 1953. 8 M.B. Hooker, “Native Law in Sabah and Sarawak” dalam Native Court and customary law of Sabah (with cases

and decisions), Jabatan Cetak Kerajaan, Sabah, 1993, hal. 8-9; Lihat juga Jasri @ Nasip B. Matjakir, Qadi: Perlantikan, Bidangkuasa dan Permasalahan, Satu Kajian di Sabah, Kertas Projek Diploma Pentadbiran Undang-Undang dan Kahakiman Islam (DAIJ), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya, 1993, hal. 43-50. Native Court Ordinance 1953 telah dipinda sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1958 dan 1959. 9 Tugas dan kuasa-kuasa Imam ini dinyatakan dalam Seksyen 4 dan 5 dalam Mohammadan Customs Ordinance

1914. Perkataan Kathi or Imam dalam Mohammadan Customs Ordinance 1914 ini sebagaimana disebutkan dalam Seksyen 4 dan 5 telah diubah pada tahun 1936 apabila arahan dikeluarkan oleh Chief Justice, Sandakan bertarikh 21 April 1936. Dengan arah tersebut, maka perkataan “Kathi” dibuang dan perkataan dan hanya perkataan “Imam” dikekalkan.

Page 4: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

Dalam kes ini, Mahkamah Sesyen di bawah pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara

British (SBBUB) telah mengeluarkan perintah pada tahun 1913 yang melantik Pg. Siti

Fatimah sebagai pentadbir harta pusaka iaitu sebidang tanah WCCL 228 seluas 2500 milik Pg

Mohd. Jalaluddin bin Pg. Abdul Rauf yang kini dikenali sebagai tanah Karambunai, Sabah.

Pada 8 Ogos 1935, tanah tersebut menjadi milik sepenuhnya Pg Siti Fatimah melalui perintah

pembahagian harta pusaka oleh Mahkamah Sesyen.10

Fakta ini jelas menunjukkan bahawa walaupun Mahkamah Anak Negeri diberi peranan untuk

mendengar dan memutuskan urusan pembahagian harta pusaka orang Islam, namun dalam

masa yang sama Mahkamah Awam juga mendengar dan memutuskan hal ehwal pusaka orang

Islam. Ini lazimnya dilakukan bagi harta yang besar dan tinggi nilainya. Hal ini wajar

memandangkan sebarang bentuk perintah mengenai harta berkenaan itu akan memberi impak

yang tinggi kepada pihak pemerintah dan juga waris-waris. Pada tahun 1913 umpamanya,

Mahkamah Anak Negeri baharu saja ditubuhkan di setiap daerah apabila Village

Administration Ordinance 1913 diperkenalkan. Perlu difahami bahawa ketika undang-undang

bertulis berkenaan diluluskan, Mahkamah Anak Negeri belum dapat ditubuhkan sepenuhnya

di setiap daerah. Ini kerana, penubuhan mahkamah berkenaan sudah tentunya memerlukan

masa dari segi perlantikan pegawai dan kakitangan yang perlu. Justeru, boleh diterima

bahawa memang sewajarnya kes pembahagian harta pusaka tanah Karambunai yang

melibatkan ribuan ekar itu didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Sivil iaitu Mahkamah

Sesyen pada ketika itu. Manakala bagi Mahkamah Syariah pula, tidak timbul sama sekali kes

berkenaan perlu didengar di Mahkamah Syariah kerana Mahkamah berkenaan belum lagi

wujud ketika itu. Kewujudannya hanya berlaku secara rasmi pada tahun 1978 setelah EPHS

1977 diperkenalkan di Sabah.

Dalam konteks penyelesaian pembahagian harta pusaka orang-orang Islam, bidang kuasa

mendengar dan memutuskan perkara tersebut telah diberi secara bertulis oleh undang-undang

melalui Administration of Native and Small Estate 1941 (pindaan 1961). Undang-undang ini

secara spesifiknya menyebutkan tafsiran Native Estate sebagai berikut:

“Native estate” means the estate in the Colony of a deceased native or a deceased

Muslim subject to the jurisdiction of a Native Court under paragraph ( c ) of

subsection (1) of the section 5 of the Native Court Ordinance irrespective of the

value thereof.11

Di bawah Ordinance ini, urusan pembahagian harta pusaka melibatkan simati yang beragama

Islam adalah diletakkan di bawah bidang kuasa Mahkamah Anak Negeri. Ordinance ini juga

menetapkan bahawa pembahagian harta pusaka yang nilainya tidak melebihi RM5,000.00

10

Lihat penghakiman Yang Arif Jasri bin Matjakir dalam kes No. T-A17-1 DAN T-A17-Tahun 1996 antara S. Osman B. S. Karim & Awangku Tajuddin B. Pg. Idris (Plaintif-Plaintif) lwn AK Othman Shah B. Pg. Mohd Yussof & AK Ahmad Shah B. Pg. Mohd Yussof (Defendan-Defendan), hal. 2-3. 11

Lihat Seksyen 2 Administration of Native and Small Estates 1941 (Amendment 1961).

Page 5: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

adalah didengar dan diputuskan oleh Pemungut Hasil tanah atau Penolong Pemungut Hasil

Tanah di daerah di mana semua atau sebahagian harta tersebut berada12

. Bagi harta pusaka

yang ditinggalkan oleh simati yang berstatus Anak Negeri atau orang Islam, Pegawai

Pemungut Hasil Tanah tersebut hendaklah merujukkan permohonan pembahagian harta

tersebut kepada Mahkamah Anak Negeri untuk didengar dan diputuskan.

Ada juga keadaan di mana, jika setelah meneliti permohonan melibatkan harta peninggalan

simati yang berstatus anak negeri atau Muslim tersebut, Pemungut Hasil Tanah berkenaan

berpendapat bahawa harta pusaka tersebut adalah tertakluk kepada Probate and

Administration Ordinance (Cap 109), Pemungut Hasil Tanah tersebut hendaklah menghantar

rekod permohonan bersama dengan dapatannya mengenai kes itu kepada Mahkamah Tinggi13

.

Mahkamah Tinggilah yang akan membuat keputusan pembahagian harta pusaka tersebut

selepas itu.

Ini bermakna, permohonan bagi pembahagian harta pusaka peninggalan orang Islam adalah

didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Anak Negeri. Bagaimanapun, ada juga keadaan

tertentu di mana permohonan pembahagian harta pusaka orang Islam diputuskan terus oleh

Mahkamah Tinggi iaitu bagi kes yang patut diputuskan di bawah Probate and Administration

Ordinance (Cap 109). Bagi kes yang diputuskan oleh Mahkamah Anak Negeri, keputusan

pembahagian harta berkenaan hendaklah mengambil kira wasiat mengikut undang-undang

adat dan juga undang-undang Islam yang dibuat oleh seorang Anak Negeri atau orang Islam14

.

Keputusan Mahkamah Anak Negeri masih boleh dirayu atau disemak di Mahkamah Tinggi

sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah tersebut.

Berdasarkan kepada scenario di atas, dapat disimpulkan bahawa terdapat terdapat 3 pihak

yang mendengar dan membuat keputusan pembahagian harta pusaka di Sabah sebelum negeri

ini mencapai kemerdekaannya pada tahun 1963 iaitu:

1. Pemungut Hasil Tanah atau Penolong Pemungut Hasil Tanah;15

2. Mahkamah Anak Negeri;16

dan

3. Mahkamah Tinggi.17

Menariknya, undang-undang mengenai pembahagian harta pusaka seperti Wills Ordinance

1953 dan Intestate Succession Ordinance 1960 mengambil kira undang-undang adat negeri

dan undang-undang Islam. Will Ordinance 1953 umpamanya menyebutkan dengan jelas

bahawa tidak ada apa-apa peruntukan dalam Ordinance ini yang boleh menjejaskan kesahihan

12

Lihat Seksyen 2 Administration of Native and Small Estates 1941 (Amendment 1961). 13

Lihat Seksyen 20 Administration of Native and Small Estates 1941 (Amendment 1961). 14

Lihat Seksyen 21 Administration of native and Small Estate 1941(Amendment 1961). 15

Pemungut Hasil Tanah mendengar dan memutuskan permohonan pembahagian harta pusaka simati yang bukan anak negeri dan orang Islam yang mana nilainya adalah kurang dari RM5,000. 16

Mahkamah Anak Negeri mendengar dan memutuskan permohonan pembahagian harta pusaka simati yang berstatus anak negeri atau orang Islam. 17

Mahkamah Tinggi mendengar permohonan pembahagian harta selain dari situasi di atas. Termasuk yang didengar dan diputuskan adalah kes tertentu yang dikemukakan oleh Pemungut Hasil Tanah bagi harta tinggalan simati berstatus anak negeri atau orang Islam yang ada kaitan dengan pemakaian Probate and Administration Ordinance (Cap 109). Mahkamah Tinggi juga mendengar rayuan bagi kes yang diputuskan oleh Mahkamah Anak Negeri yang melibatkan harta pusaka anak negeri atau harta pusaka orang Islam.

Page 6: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

wasiat yang dibuat oleh seorang anak negeri menurut undang-undang adat mahupun wasiat

yang dibuat oleh orang Islam menurut undang-undang Islam.18

Intestate Ordinance 1960 pula

menyebutkan bahawa undang-undang adat negeri atau orang Islam yang berkaitan dengan

pembahagian harta pusaka tidak akan terjejas sama sekali dengan Ordinance ini.19

Kewujudan

peruntukan undang-undang tersebut merupakan satu pengiktirafan pihak kerajaan terhadap

institusi adat anak negeri serta undang-undang Islam walaupun Mahkamah Syariah belum

wujud ketika itu. Ini juga bermakna bahawa, mana-mana Mahkamah samada Mahkamah

Anak Negeri atau Mahkamah Tinggi yang membuat keputusan mengenai pembahagian harta

pusaka orang-orang Islam ketika itu mestilah mengambi kira undang-undang Islam berkaitan

harta pusaka orang Islam.

Mengimbas kembali suasana semasa Perang Dunia ke-2 meletus, pentadbiran hal ehwal Islam

tetap berjalan di Sabah walaupun negeri ini ketika itu berada di bawah penguasaan tentera

Jepun antara tahun 1941 hingga tahun 1945. Menariknya, dalam keadaan genting dan tidak

menentu, KAN yang majoritinya terdiri dari kalangan orang-orang Islam telah diambil dan

dilantik oleh pentadbiran tentera Jepun untuk menjadi Majistret di bawah pengawasan tentera

Jepun. Pengalaman berkhidmat dalam kerajaan walaupun singkat di bawah pentadbiran

tentera Jepun sedikit sebanyak memberi pengalaman dan pengetahuan tambahan dalam

pengurusan pentadbiran keadilan di kalangan mereka yang dilantik.20

Bagaimanapun, tidak

ada rekod ditemui mengenai keputusan-keputusan Mahkamah Anak Negeri mahupun

Mahkamah Awam yang memutuskan perintah pembahagian harta pusaka orang-orang Islam

pada zaman pendudukan Jepun di Sabah. Dapat difahami bahawa dalam suasana perang dunia

ke-2 itu yang tidak menentu, tidak banyak urusan masyarakat setempat yang dapat dirujukkan

kepada pihak pentadbiran kerajaan termasuklah urusan pembahagian harta pusaka.

Perkembangan pentadbiran undang-undang pusaka Islam selepas merdeka 1963

Sehingga Sabah mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia pada tahun 1963,

undang-undang yang ada kaitan dengan pentadbiran keadilan orang-orang Islam sebelum dan

selepas pendudukan Jepun masih digunakan dengan beberapa pindaan yang dibuat. Salah satu

undang-undang tersebut adalah Muslim Ordinance 1953.21

Ordinance ini bagaimanapun tidak

memasukkan sebarang peruntukan mengenai penubuhan Mahkamah Syariah. Tidak

18

Lihat Seksyen 2, Wills Ordinance 1953. 19

Lihat Seksyen 2, Intestate Succession Ordinance 1960 (Sabah No. 1 of 1960). 20

Sabihah Osman, “Perkembangan politik di Sabah” dalam Hairi Abdullah, Abdul Samad Hadi & Zulkifly Haji Mustapha (eds), Sabah: Perubahan dalam pembangunan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1986, hal. 75; Semasa pendudukan Jepun di Sabah, Tun Datu Mustapha bin Datu Harun telah dilantik sebagai KAN bagi menggantikan bapanya yang telah meninggal dunia di Kudat pada tahun 1942. Untuk lebih lanjut, lihat dalam Sabihah Osman, Ismail Ali & Baszley Bee B. Basrah Bee, Tun Datu Hj. Mustapha bin Datu Harun: Jasabaktinya dalam pembangunan sosial Sabah, Universiti Malaysia Sabah, 2006, hal. 4; Abdul Hadi Harman Shah, Junaenah Sulehan, Mohamed Yusoff Ismail, Nor Azizan Idris & Zahra Yaacob, Tun Mustapha dan pembangunan Sabah, Yayasan Sabah, Edisi Pertama, Sabah, 2003, hal. 11-13. 21

Jasri @ Nasip B. Matjakir, Qadi: Perlantikan, Bidangkuasa dan Permasalahan, Satu Kajian di Sabah, Kertas Projek Diploma Pentadbiran Undang-Undang dan Kahakiman Islam (DAIJ), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya, 1993, hal. 47.

Page 7: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

sepertimana berlaku di negeri-negeri lain, penubuhan sebuah Majlis Agama Islam yang

berfungsi sebagai nadi pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam yang meliputi aspek

perundangan Islam juga tidak diperuntukkan dalam Ordinan tersebut. Dengan kata yang lain,

semua kes berkaitan undang-undang Islam dibicara dan diputuskan oleh KAN di Mahkamah

Anak Negeri termasuk pembahagian harta pusaka orang Islam. Hanya apabila berlaku

ketidakpuasan hati mengenai keputusan MAN, baharulah rayuan keputusan berkenaan dibawa

ke Mahkamah Awam.

Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sabah 1971

Enakmen bagi mengatur dan mentadbir hal ehwal orang-orang Islam Sabah yang pertama

diluluskan selepas merdeka adalah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sabah

1971.22

Antara tujuan utama Enakmen ini adalah bagi membolehkan kerajaan menubuhkan

sebuah badan berkanun Islam yang akan bertanggungjawap sepenuhnya terhadap pentadbiran

dan perkembangan Islam di Sabah yang dinamakan sebagai Majlis Ugama Islam Sabah

(MUIS).23

Rentetan wujudnya Enakmen ini, akhirnya kerajaan telah menubuhkan Majlis

Ugama Islam Sabah secara rasmi pada 25 April 1971.24

Majlis ini diperlukan untuk mengkaji

keperluan bagi penubuhan Mahkamah yang khusus untuk orang-orang Islam di Sabah. Di

samping itu, bagi mencapai matlamat ini, satu enakmen baru bagi membolehkan penubuhan

sebuah mahkamah khas bagi orang-orang Islam yang dinamakan Mahkamah Syariah perlu

diwujudkan. Selain memperuntukkan penubuhan MUIS, Enakmen ini juga memperuntukkan

perlantikan Mufti bagi Negeri Sabah untuk membuat dan mengeluarkan fatwa berkaitan

hukum hakam bagi kepentingan umat Islam negeri ini.

Enakmen 1971 yang mengandungi 55 seksyen ini tidak mengandungi peruntukan bagi

membolehkan penubuhan Mahkamah Syariah untuk orang Islam. Perlantikan hakim atau qadi

juga tidak diperuntukkan dalam enakmen ini. Ini bermakna, kedudukan asal sebagaimana

amalan pentadbiran undang-undang Islam di zaman sebelum merdeka masih kekal melainkan

penubuhan sebuah Majlis Ugama Islam. Enakmen ini juga memperuntukkan keahlian

jawatankuasa undang-undang Majlis yang dipengerusikan oleh Mufti dan juga perlantikan

imam-iman. Walaupun imam-imam diberi kuasa untuk menguruskan hal ehwal nikah, cerai

dan rujuk, namun kuasa mereka amat terhad.

Di bawah Enakmen ini, Imam sesuatu Kariah diberi kuasa untuk mengeluarkan perintah

pembayaran nafkah semasa Isteri, nafkah semasa anak dan nafkah eddah isteri ke atas

suami.25

Bagaimanapun, sekiranya berlaku pertikaian, tuntutan nafkah berkenaan hanya dapat

22

Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak atau Administration of Muslim Law Enactment 1971 (Sabah No. 15 of 1971) ini memansuhkan Muslim Ordinance 1953 sebagaimana disebutkan dalam Seksyen 54. Enakmen ini mengandungi 55 seksyen. 23

Lihat Seksyen 3 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1971. Fungsi utama MUIS pula dinyatakan dalam Seksyen 4(1) Enakmen berkenaan. 24

Jasri @ Nasip B. Matjakir, Qadi: Perlantikan, Bidangkuasa dan Permasalahan, Satu Kajian di Sabah, Kertas Projek Diploma Pentadbiran Undang-Undang dan Kahakiman Islam (DAIJ), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya, 1993, hal. 50. 25

Lihat Seksyen 38 dan 39 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1971.

Page 8: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

dibicarakan di Mahkamah Anak Negeri memandangkan tiada hakim atau qadi yang dilantik di

bawah enakmen tersebut. Beberapa kesalahan jenayah syariah antaranya gagal membayar

nafkah, gagal membayar zakat atau fitrah, gagal mendaftarkan perkahwinan dan lain-lain

kesalahan yang diperuntukkan dalam Bahagian IX Enakmen ini adalah dibicara dan

diputuskan oleh Mahkamah Anak Negeri dengan dibantu oleh 2 orang yang beragama

Islam.26

Jelasnya, tidak ada mana-mana peruntukan dalam Enakmen ini yang memberi kuasa

kepada para Imam, Mufti mahupun Majlis untuk mengeluarkan perintah pembahagian harta

pusaka bagi orang-orang Islam di Sabah.

Kekurangan ketara dalam Enakmen tersebut mendorong kerajaan untuk meneruskan usaha

menambahbaik dan meningkatkan kelicinan pentadbiran undang-undang Islam di Sabah

dengan memperkenalkan undang-undang yang lebih lengkap dan tersusun selepasnya.

Buktinya, Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1977 telah diperkenalkan bagi menggantikan

Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1971. Ketiadaan peruntukan bagi penubuhan

Mahkamah Syariah untuk mengendalikan urusan pentadbiran kehakiman orang Islam di

bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1971 sekaligus mengekalkan peranan MAN

untuk mendengar dan memutuskan kes-kes melibatkan permohonan pembahagian harta

pusaka orang Islam di Sabah.

FASA KEDUA

(1978-1995)

Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sabah No. 15 Tahun 1977

23hb. Disember 1977 menjadi tarikh keramat dalam perkembangan undang-undang Islam di

Sabah apabila Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan Enakmen Pentadbiran Hukum

Syarak 1977. Enakmen ini memansuhkan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1971 yang

ternyata masih banyak kekurangannya.27

Enakmen yang mengandungi 109 seksyen ini lebih

lengkap berbanding Enakmen terdahulu di mana beberapa peruntukan penting dan bersejarah

telah dimuatkan. Antara peruntukan yang besar impaknya terhadap perkembangan

pentadbiran undang-undang Islam di Sabah ialah adanya peruntukan yang memberi kuasa

kepada Yang Dipertua Negeri Sabah untuk menubuhkan Mahkamah Syariah.28

Di bawah Enakmen yang baru ini, terdapat 3 peringkat Mahkamah Syariah iaitu Mahkamah

Rayuan Syariah, Mahkamah Qadi Besar dan Mahkamah Qadi. Buat pertama kalinya dalam

sejarah apabila Mahkamah Syariah mula beroperasi di Sabah seiring dengan perlantikan Qadi-

Qadi Mahkamah pada 1hb. Febuari 1978.

26

Lihat Seksyen 50 (1) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1971; Untuk lebih lanjut, lihat Jasri @ Nasip B. Matjakir, Qadi: Perlantikan, Bidangkuasa dan Permasalahan, Satu Kajian di Sabah, Kertas Projek Diploma Pentadbiran Undang-Undang dan Kahakiman Islam (DAIJ), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya, 1993, hal. 50-52. 27

Lihat Seksyen 108, Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1977. 28

Lihat Seksyen 46(1)(2)(3), Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1977.

Page 9: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

Antara impak besar dalam Enakmen yang baru ini adalah bermulanya era perpindahan secara

beransur-ansur peranan Mahkamah Anak Negeri yang berlangsung hampir 100 tahun lamanya

untuk mendengar dan memutuskan permohonan pembahagian harta pusaka orang Islam di

Sabah ke Mahkamah Syariah. Dengan versi yang lebih lengkap dan luas berbanding Enakmen

terdahulu, Mahkamah Syariah diberi kuasa mendengar dan memutuskan urusan pembahagian

harta pusaka orang Islam dalam konteks menentukan waris-waris yang berhak kepada harta

pusaka yang ditinggalkan simati yang beragama Islam. Bidangkuasa sivil Mahkamah Syariah

diperuntukkan dalam Seksyen 47(3)(b) bagi mendengar dan memutuskan semua tindakan dan

perbicaraan yang semua pihak di dalamnya menganuti ugama Islam berkaitan termasuk

pembahagian harta pusaka orang-orang Islam adalah:

(i) Pertunangan, nikah, perceraian, pemansuhan perkahwinan, atau farak dengan

perintah Mahkamah;

(ii) Apa-apa pelepasan, atau tuntutan atas harta berbangkit dari apa-apa perkara yang

dinyatakan dalam perenggan kecil (i) perenggan ini;

(iii) Nafkah orang-orang tanggungan, sah taraf anak, penjagaan dan pemilikan bayi;

(iv) Pembahagian, atau tuntutan atas harta sepencarian;

(v) Penentuan orang-orang yang berhak mendapat bahagian harta pusaka seseorang

yang mati yang menganuti ugama Islam, atau bahagian-bahagian yang orang-

orang itu masing-masing berhak;

(vi) Surat-surat wasiat atau pemberian akhir hayat seseorang Allahyarham yang

menganuti ugama Islam.

Berdasarkan kepada peruntukan dalam Seksyen 47(3)(b)(v) di atas, jelaslah bahawa urusan

pentadbiran undang-undang mengenai pembahagian harta pusaka orang Islam telah mula

diletakkan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Peralihan pentabdiran pembahagian harta pusaka dari Mahkamah Anak Negeri ke

Mahkamah Syariah Sabah

Dari segi kuasa, ternyata kuasa mendengar dan memutuskan waris-waris yang berhak dan

kadar bahagian pusaka orang Islam telahpun diberikan kepada Mahkamah Syariah di bawah

Enakmen ini. Namun, pada hakikatnya Mahkamah Anak Negeri masih lagi mendengar dan

memutuskan permohonan pembahagian harta pusaka mahupun tuntutan lain seperti harta

sepencarian, ganti rugi perkahwinan dan pelbagai lagi yang melibatkan orang Islam walaupun

Enakmen yang baru itu jelas memberikan kuasa itu kepada Mahkamah Syariah. Dalam

perkara urusan pembahagian harta pusaka orang Islam, Mahkamah Anak Negeri mengguna

pakai Small Estate and Administration Ordinance 1941.

Ketiadaan peruntukan dalam undang-undang yang menegah dan menghalang Mahkamah

Anak Negeri dari mendengar dan memutuskan urusan pembahagian harta pusaka orang-orang

Page 10: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

Islam walaupun Mahkamah Syariah telah wujud dan diberi kuasa mendengar dan

memutuskan urusan mengenai pembahagian harta orang Islam dilihat antara penyumbang

kepada penerusan amalan Mahkamah Anak Negeri untuk terus mendengar kes-kes pusaka

orang Islam. Walaupun Mahkamah Syariah telah ditubuhkan, orang-orang Islam masih lagi

membuat permohonan mendapatkan surat kuasa tadbir dan perintah pembahagian harta

pusaka di Mahkamah Anak Negeri.

Peranan yang dimainkan oleh Mahkamah Anak Negeri hampir 100 tahun dalam

mengendalikan kes harta pusaka orang Islam dilihat meninggalkan kesan yang mendalam

dalam minda masyarakat Islam di Sabah bahawa orang Islam dan Mahkamah Anak Negeri

sudah sebati dan sukar dipisahkan. Dalam masa yang sama, Mahkamah Syariah pula hanya

mengeluarkan perakuan waris dan sijil faraid bagi waris-waris jika ada permohonan diterima

dari orang Islam. Mahkamah Anak Negeri lazimnya menangguhkan keputusan pembahagian

harta pusaka orang-orang Islam sementara menunggu sijil faraid yang dikeluarkan oleh

Mahkamah Syariah. Setelah mendapatkan keputusan bagi penentuan waris dan sijil faraid dari

Mahkamah Syariah, pihak-pihak tersebut mengemukakan kepada Mahkamah Anak Negeri

bagi mendapatkan perintah pembahagian harta pusaka. Dalam masa yang sama, sijil faraid

tersebut hanyalah merupakan panduan kepada Mahkamah Anak Negeri dalam membuat

keputusan.29

Ini kerana, di kalangan Hakim-Hakim Mahkamah Anak Negeri sendiri ada yang

bukan beragama Islam.

Dalam tuntutan harta pusaka Sutan Rivai bin Sutan Kalibu, Mahkamah Syariah telah

mengeluarkan pengesahan waris simati dan bahagian ahli waris menurut faraid berbentuk

surat rasmi kepada Biro Bantuan Guaman, Cawangan Sabah pada 26 Ogos 1980.30

Dalam kes MAN/KK/N. 66/94 yang melibatkan permohonan orang Islam untuk mendapatkan

perintah pembahagian harta pusaka di Mahkamah Anak Negeri, Mahkamah telah

menangguhkan sementara kes berkenaan bagi menunggu sijil faraid dari Mahkamah

Syariah.31

Oleh kerana peranan Mahkamah Anak Negeri bagi mengurus pembahagian harta

pusaka orang Islam telah berjalan sekian lama, agensi-agensi kerajaan mahupun swasta masih

lagi meminta perintah melalui Jadual Tiga daripada Mahkamah Anak Negeri. Dengan kata

lain, keperluan mendapatkan perintah pembahagian harta pusaka dari Mahkamah Syariah

tidak timbul sama sekali.

Salah satu contoh kes yang berkaitan adalah kes MAN/KK/No. 71/94. Dalam kes ini, Pemohon

mengemukakan permohonan bagi mendapatkan perintah pembahagian harta pusaka di

Mahkamah Anak Negeri setelah perintah pembahagian dan sijil faraid dari Mahkamah

29

Lihat Anita Nasirin, Konflik Bidang Kuasa Mahkamah Anak Negeri dan Mahkamah Syariah Sabah, Disertasi Ijazah Sarjana Syariah Bahagian II (Secara Kursus dan Disertasi), Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2007, hal. 105-106. 30

Lihat Shaiffuddin Daud, MUIS: Penubuhan dan Kegiatannya Sehingga Tahun 1981, Disertasi Ijazah Sarjana Muda, Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Islam (UKM), Bangi, Selangor, 1983/1984, hal. 120-121. 31

Lihat Anita Nasirin, Konflik Bidang Kuasa Mahkamah Anak Negeri dan Mahkamah Syariah Sabah, Disertasi Ijazah Sarjana Syariah Bahagian II (Secara Kursus dan Disertasi), Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2007, hal. 106.

Page 11: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

Syariah tidak diterima oleh pihak Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham

Bumiputera (ASB). Perkara yang sama juga berlaku dalam kes MAN/KK/No. 109/93 di mana

Pemohon membuat permohonan untuk mendapatkan perintah pembahagian harta pusaka

anaknya di Mahkamah Anak Negeri menggunakan Jadual Tiga apabila kehendaki berbuat

demikian oleh Jabatan Alam Sekitar, khususnya bagi mendapatkan wang insuran kakitangan

kerajaan di Jabatan berkenaan.32

Walaupun kes-kes bagi mendapatkan perintah pentadbir dan pembahagian harta pusaka

orang-orang Islam dalam fasa kedua ini memperlihatkan bahawa orang-orang Islam masih

lagi merujuk dan membuat permohonan di Mahkamah Anak Negeri, namun tidak dinafikan

bahawa telah muncul usaha dan keberanian Hakim Mahkamah Syariah di penghujung fasa ini

untuk mendengar dan memutuskan terus permohonan pembahagian harta pusaka orang Islam

tanpa merujukkan kes berkenaan kepada Mahkamah Anak Negeri. Dalam kes Maimunah binti

Tambi, Kes No: MST (T): 01/95/(54),33

Mahkamah Qadi Bahagian Tawau telah membuat

keputusan untuk membahagikan harta pusaka simati iaitu 2 bidang tanah kepada penama-

penama yang dinamakan dalam wasiat simati. Keputusan tersebut dibuat pada 14 September

1995 iaitu hanya lebih kurang 3 bulan sahaja sebelum Enakmen Mahkamah Syariah 1992

dikuatkuasakan pada 1 Januari 1996. Menariknya, keputusan Mahkamah Syariah tersebut

telah berjaya dipatuhi dan dilaksanakan oleh Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah apabila

penama-penama yang diputuskan sebagai penerima harta-harta berkenaan telah didaftarkan

sebagai pemilik dalam geran tanah pada 18 Ogos 1997. Tindakan Jabatan Tanah dan Ukur

Negeri Sabah menerima dan melaksanakan perintah pembahagian harta pusaka dari

Mahkamah Syariah ini merupakan satu indikasi yang jelas bahawa peranan Mahkamah

Syariah dalam hal ehwal pewarisan orang Islam mula diiktiraf oleh agensi kerajaan. Dalam

masa yang sama pula, orang Islam mula beralih ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan

perintah pentadbir dan pembahagian harta pusaka walaupun pada masa yang sama,

Mahkamah Anak Negeri masih lagi menerima permohonan bagi pembahagian harta pusaka

orang Islam.

Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992 dan Seksyen 9

Penambahbaikan undang-undang bertulis di Malaysia dan khususnya di Sabah terus berlaku.

Pada tahun 1988, telah berlaku sejarah penting bagi negara apabila Parlimen meluluskan

pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.

Pindaan pada perkara 121(1A) Perlembagaan telah menyingkirkan sebarang tindakan

Mahkamah Awam untuk mendengar dan memutuskan kes yang mana jelas jatuh di bawah

32

Bagi kedua-dua kes MAN/KK/No. 71/94 dan MAN/KK/No. 109/93, Lihat Anita Nasirin, Konflik Bidang Kuasa Mahkamah Anak Negeri dan Mahkamah Syariah Sabah, Disertasi Ijazah Sarjana Syariah Bahagian II (Secara Kursus dan Disertasi), Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2007, hal. 106-107. 33

Kes MST (T): 01/95/(54) ini telah didengar dan diputuskan oleh AF Tuan Sakaria Samela pada 14 September 1995. Beliau merupakan Qadi di Mahkamah Qadi Bahagian Tawau ketika itu. Beliau mula menjawat jawatan sebagai Ketua Pendakwa Syarie Negeri Sabah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) sejak 1996 sehingga kini.

Page 12: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

bidangkuasa Mahkamah Syariah. Bidangkuasa Mahkamah Syariah secara amnya dapat dilihat

pada Senarai 2, Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan.

Dalam konteks Mahkamah Anak Negeri, perkara yang sama juga berlaku 4 tahun kemudian.

Pada tahun 1992, Badan Perundangan Negeri Sabah telah meluluskan satu undang-undang

khas bagi Mahkamah Anak Negeri yang dinamakan sebagai Enakmen Mahkamah Anak

Negeri, 1992. Enakmen yang diwartakan pada 7 Mei 1992 ini menggantikan Native Court

Ordinance 1953. Selaras dengan roh dan semangat Perkara 121(1A) Perlembagaan

Persekutuan di atas, Enakmen ini turut memasukkan satu peruntukan penting bagi mengelak

terjadinya konflik pertindihan bidangkuasa antara Mahkamah Anak Negeri dengan

Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Seksyen 9 EMAN 1992 menyebut seperti berikut:

Mahkamah Anak Negeri tidak boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan

apa-apa kuasa atau perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah atau

Mahkamah Sivil.

Dapat difahami bahawa Mahkamah Anak Negeri tidak berbidangkuasa ke atas perkara atau

kuasa yang jatuh di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil.

Sungguhpun seksyen 9 tersebut jelas menyingkirkan bidang kuasa Mahkamah Anak Negeri

untuk mendengar dan memutuskan perkara-perkara yang berada dalam bidang kuasa

Mahkamah Syariah, ianya tidak berjaya menghentikan amalan sedia ada mahkamah

berkenaan untuk terus mendengar dan mengeluarkan surat pentadbir dan pembahagian harta

pusaka orang-orang Islam.

Pada tahun yang sama di mana Enakmen Mahkamah Anak Negeri ini diluluskan oleh Badan

Perundangan Negeri, salah satu Enakmen yang memperincikan bidang kuasa Mahkamah

Syariah Sabah telah digubal iaitu Enakmen Mahkamah Syariah 1992. Bagaimanapun,

enakmen ini tidak diwartakan pada tahun yang sama dengan pewartaan Enakmen Mahkamah

Anak Negeri 1992. Sebaliknya Enakmen Mahkamah Syariah tersebut hanya diwartakan dan

mula kuatkuasa pada 1 Januari 1996. Kelewatan pewartaan Enakmen Pentadbiran ini dilihat

salah satu faktor mengapa Mahkamah Anak Negeri masih terus mendengar dan mengeluarkan

surat kuasa mentadbir dan pembahagian harta pusaka orang-orang Islam. Perlu diingat

bahawa dalam Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1977, Mahkamah Syariah hanya diberi

kuasa untuk menentukan ahli waris dan bahagian ahli waris menurut hukum syarak.

Dengan kata lain, dalam fasa kedua ini iaitu antara tahun 1978 hingga 1995, peranan

Mahkamah Anak Negeri dalam mengeluarkan surat kuasa tadbir dan perintah pembahagian

harta pusaka orang Islam begitu terserlah. Sepanjang tempoh itu pula, peranan Mahkamah

Syariah hanya mengeluarkan sijil faraid sahaja.34

34

Perkara ini diakui oleh Tuan Ahmad bin Lakim kepada Penulis pada 17 Mac 2015 dalam pertemuan Penulis dengannya di Putrajaya. Tuan Ahmad bin Lakim yang memulakan tugas sebagai Qadi di Mahkamah Syariah Kota Kinabalu pada tahun 1986 mengakui bahawa beliau hanya mendengar kes pemohonan untuk mendapatkan pengesahan waris dan perakuan bahagian faraid waris-waris simati yang beragama Islam. Tidak ada perintah pembahagian harta pusaka dipohon. Menurut beliau, perintah Mahkamah Syariah berkenaan kemudiannya dikemukakan oleh ahli waris ke Mahkamah Anak Negeri bagi mendapatkan perintah pembahagian harta pusaka simati. Tuan Beliau kini menyandang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Latihan di

Page 13: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

FASA KETIGA

(1996-2004)

Pengukuhan Peranan Mahkamah Syariah dalam Pentadbiran Harta Pusaka

Perkembangan undang-undang Islam di Sabah terus subur apabila satu Jawatakuasa Teknikal

Negeri Sabah dibentuk pada tahun 1989. Jawatankuasa ini bertanggungjawap untuk

menyemak deraf beberapa enakmen yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal Pusat

yang telah dipengerusikan oleh Almarhum Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim di peringkat

kebangsaan. Ekoran dari usaha Jawatankuasa Teknikal Negeri Sabah, akhirnya satu lagi

sejarah indah dan amat penting bagi perundangan Islam di Sabah apabila Badan Perundangan

Negeri Sabah meluluskan 9 Enakmen Hukum Syarak sepanjang tahun 1991 hingga tahun

1995. Undang-Undang tersebut adalah:

1. Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam No. 7 Tahun 1991

2. Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam No. 13 Tahun 1992.

3. Enakmen Mahkamah Syariah No. 14 Tahun 1992.

4. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam No. 15 Tahun 1992.

5. Enakmen Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah No. 16 Tahun 1992.

6. Enakmen Undang-Undang Zakat Fitrah No. 06 Tahun 1993.

7. Enakmen Prosedur Mal Syariah No. 09 Tahun 1993.

8. Enakmen Prosedur Jenayah Syariah No. 10 Tahun 1993.

9. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah No. 03 Tahun 1995.

Kewujudan dan pewartaan Enakmen-Enakmen tersebut telah merubah landskap pentadbiran

Islam dan undang-undang Islam di Sabah pada skala yang begitu berbeza berbanding tahun-

tahun sebelumnya. Beberapa institusi atau agensi baru telah ditubuhkan oleh kerajaan bagi

mentadbir hukum syarak. Berkuatkuasa 1hb. Disember 1995, Jabatan Hal Ehwal Agama

Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS) telah

ditubuhkan. Kelahiran JKSNS telah mengambil alih tugas mentadbir mahkamah-mahkamah

syariah dari Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sepenuhnya bermula 1hb. Januari 1996.

Kedua-dua jabatan ini diletakkan di bawah kawalan Jabatan Ketua Menteri (JKM). Bagi

JKSNS, Jabatan ini diketuai oleh Ketua Hakim Syarie Negeri.35

Dalam konteks undang-

undang yang baru diperkenalkan di atas, kuatkuasanya melalui pewartaan hanya bermula pada

1 Januari 1996 walaupun telah diluluskan seawal 1991. Pewartaan tersebut terlalu lewat

berbanding dengan Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992 yang telah diwartakan

kuatkuasanya pada tahun yang sama.

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Putrajaya; Penulis juga berterimakasih kepada Yang Arif Ahmad Din OKK Othman atas maklumat ini pada 18 Mac 2015 di Kota Kinabalu, Sabah. Beliau memulakan tugas sebagai Qadi di Mahkamah Syariah Sabah pada tahun 1988. Kini, beliau bertugas sebagai Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Sabah di Kota Kinabalu. 35

Ketua Hakim Syarie yang pertama bagi Negeri Sabah adalah Datuk Hj. Mohd Noor Wahab. Beliau bersara dari perkhidmatan kehakiman pada tahun 1999 dan digantikan oleh Datuk Hj. Aidi Mokthar, anak kelahiran Daerah Papar, Sabah.

Page 14: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

Bidang kuasa Mahkamah telah diperkemas dan diperkukuhkan dengan adanya Enakmen

Mahkamah Syariah 1992. Dalam konteks pentadbiran harta pusaka orang-orang Islam, jika

dahulunya Mahkamah Syariah hanya diberi kuasa untuk menentukan waris dan bahagian

menurut hukum syarak di bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1977, keadaan telah

bertambah kukuh dengan kemunculan Enakmen Mahkamah Syariah 1992. Bidang kuasa Mal

Mahkamah Syariah yang memperlihatkan adanya pengukuhan dan pemantapan kuasa

Mahkamah Syariah dalam konteks pentadbiran harta pusaka orang Islam sebagaimana

dinyatakan dalam Seksyen 10(b) Enakmen ini adalah mendengar dan memutuskan semua

tindakan dan prosiding melibatkan orang Islam dalam perkara-perkara seperti berikut:

(i) pertunangan, perkahwinan, perceraian, fasakh, atau faraq;

(ii) apa-apa pelupusan, atau tuntutan kepada harta yang berbangkit daripada mana-

mana perkara yang dinyatakan dalam subperenggan (i) perenggan ini;

(iii) nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan

(hadanah) anak-anak;

(iv) pembahagian atau tuntutan kepada harta sepencarian;

(v) wasiat atau pemberian semasa maradal-maut seseorang si mati Islam;

(vi) pemberian intervivos (hibah), atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan wang

atau nilaian yang memadai oleh seseorang Islam;

(vii) wakaf atau nazar;

(viii) pembahagian dan pewarisan harta, berwasiat atau tak berwasiat;

(ix) hal menentukan seseorang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si

mati Islam atau bahagian-bahagian yang orang-orang itu masing-masing berhak;

atau

(x) perkara-perkara lain yang berkenaan di mana bidang kuasa diberi oleh mana-mana

undang-undang bertulis.

Dalam seksyen 10 di atas, jelas bahawa bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam konteks

pentadbiran harta pusaka orang Islam telah diperkukuhkan bukan setakat menentukan waris

yang berhak dan bahagian waris-waris, malah termasuk juga dalam hal memutuskan

pembahagian dan pewarisan harta samada terdapat wasiat yang dibuat oleh simati atau tidak

tiada wasiat.

Sebaik bermulanya penguatkuasaan Enakmen Mahkamah Syariah 1992 ini pada 1 Januari

1996, Mahkamah Syariah Sabah mula menerima, mendengar dan memutuskan permohonan

untuk mendapatkan perintah pembahagian harta pusaka orang-orang Islam. Mahkamah juga

mula mendengar dan memutuskan perintah bagi pentadbir harta pusaka. Keadaan ini pada

mulanya mendatangkan keadaan yang tidak kondusif dalam konteks pentadbiran harta pusaka

orang-orang Islam. Ini kerana, sementara Mahkamah Anak Negeri masih lagi mendengar dan

memutuskan perlantikan pentadbir dan pembahagian harta pusaka orang Islam, Mahkamah

Syariah dalam masa yang sama juga mula melaksanakan perkara yang sama.

Page 15: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

Pejabat Tanah yang lazimnya menerima perintah pembahagian harta pusaka dan pentadbir

bagi harta tak alih seperti tanah dari Mahkamah Anak Negeri, kini menerima perintah yang

serupa dari Mahkamah Syariah. Perkara ini sudah tentu menimbulkan keadaan yang tidak

sihat dalam konteks perlaksaan perintah dari kedua-dua Mahkamah ini. Justeru, bagi

mengelak konflik dan pertembungan bidang kuasa ini, akhirnya Jabatan Tanah dan Ukur

Sabah telah mengeluarkan keputusan bahawa dalam urusan pentadbiran harta pusaka

melibatkan tanah orang Islam, hanya perintah pentadbir dan pembahagian harta pusaka yang

dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Sabah yang diterima pakai oleh Jabatan tanah.36

Keputusan dan perintah Mahkamah Anak Negeri yang menggunakan Jadual Tiga tidak lagi

diterima oleh Pejabat Tanah di seluruh Negeri Sabah. Bagi memperkemaskan lagi pentadbiran

tanah pusaka orang Islam, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah telah menetapkan bahawa Perintah

Pentadbir perlu dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah kepada mana-mana ahli waris untuk

menandatangan dan mengeluarkan geran tanah yang telah diluluskan dalam bentuk geran

deraf.

Keputusan yang diambil oleh Jabatan Tanah dan Ukur untuk tidak lagi menerima perintah

pentadbir dan pembahagian harta pusaka bagi orang Islam dari Mahkamah Anak Negeri

adalah berasaskan kepada Seksyen 9 Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992. Seksyen 9

tersebut jelas menyingkirkan bidang kuasa Mahkamah Anak Negeri untuk mendengar dan

memutuskan perkara yang berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah mahupun

Mahkamah Sivil. Bagi tujuan penguatkuasaan, Jabatan Tanah dan Ukur seterusnya telah

mengeluarkan surat pekeliling kepada semua Penolong Pemungut Hasil Tanah di seluruh

Negeri Sabah agar tidak memproses apa-apa perintah dari Mahkamah Anak Negeri

melibatkan tanah simati yang beragama Islam yang lazimnya dibuat berdasarkan

Administration of Native and Small Estate Ordinance 1941. Sejak daripada itu, perintah

pentadbir mahupun pembahagian harta pusaka yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah

telah diguna dan diiktiraf sepenuhnya di peringkat Pejabat Tanah.

Bermula dari tahun 1996 itu juga, Mahkamah Syariah juga mengeluarkan perintah perlantikan

pentadbir dan pembahagian harta pusaka bagi harta-harta pusaka lain tinggalan simati

melibatkan harta alih seperti wang dalam institusi kewangan, kenderaan, saham dan lain-lain.

Agensi-agensi kerajaan dan swasta yang pada mulanya menggunapakai perintah dari

Mahkamah Anak Negeri kini telah menerima perintah pentadbir dan pembahagian harta

pusaka dari Mahkamah Syariah. Keadaan ini telah menjadi biasa dan kini tidak lagi

menghadapi masalah pengiktirafan sebagaimana yang berlaku pada fasa pertama dan kedua

yang dibincangkan sebelum ini.37

36

Lihat Anita Nasirin, Konflik Bidang Kuasa Mahkamah Anak Negeri dan Mahkamah Syariah Sabah, Disertasi Ijazah Sarjana Syariah Bahagian II (Secara Kursus dan Disertasi), Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2007, hal. 98; Penulis berterimakasih atas maklumat ini oleh Yang Arif Ahmad Din OKK Othman, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu kepada Penulis pada 18 Mac 2015; Maklumat ini juga turut diperakui oleh Tuan Ahmad bin Lakim, Pengarah Bahagian Latihan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia kepada Penulis pada 18 Mac 2015. Beliau mula menjalankan tugas sebagai Qadi di Kota Kinabalu Sabah pada tahun 1986. 37

Ibid; Penulis yang memulakan tugas sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah sejak 1 Oktober 1996 melihat sendiri situasi ini. Penulis ketika ini adalah Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Tawau sejak 1 Febuari 2014.

Page 16: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

FASA KEEMPAT

(2005-KINI)

Perluasan Bidang Kuasa Mengenai Harta Pusaka Orang Islam Di Sabah

Usaha berterusan Badan Perundangan Negeri untuk memperkemaskan undang-undang

bertulis yang terpakai bagi Mahkamah Syariah di Sabah dapat dilihat apabila adanya

penambahbaikan dalam seksyen 11(b)(viii) dan (ix) Enakmen Mahkamah Syariah 2004

berkenaan bidang kuasa Mahkamah Syariah Sabah berkenaan pentadbiran pembahagian harta

pusaka orang Islam. Seksyen 11 menyebutkan seperti berikut:

(b) Dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding

jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam. Perkara dalam

tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan:

(viii) pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat atau Pelantikan

Wasi dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya;

(ix) penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si

mati yang beragama Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing

orang itu berhak dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya;

(xii) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-

mana undang-undang bertulis.

Apa yang membezakan peruntukan mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam hal

pentadbiran harta pusaka dengan Mahkamah Syariah negeri lain adalah mengenai perkataan

“perlantikan wasi dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya”. Perkataan tersebut tidak

wujud dalam senarai bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah di negeri-negeri lain. Dengan

kata lain, hanya Mahkamah Syariah Negeri Sabah sahaja yang mempunyai peruntukan

tersebut. Hal ini merupakan satu kelebihan tersendiri kepada Mahkamah Syariah Sabah untuk

mengeluarkan perintah pembahagian harta pusaka dan juga perlantikan wasi atau wali harta

atau pentadbir.

Tafsiran Wasi

Walaupun perkataan wasi dimasukkan dalam senarai bidang kuasa yang diberi kepada

Mahkamah Tinggi Syariah Sabah, namun perkataan tersebut tidak pula diberikan sebarang

tafsiran dalam Enakmen Mahkamah Syariah 2004 mahupun di mana-mana undang-undang

bertulis yang terpakai bagi Mahkamah Syariah di Sabah. Hal ini berbeza dengan undang-

undang mengenai wasiat yang ada di Selangor yang jelas memasukkan tafsiran khas kepada

perkataan wasi. Seksyen 2(1) Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 (Enakmen no.4

tahun 1999) memperuntukkan bahawa perkataan “wasi” ertinya seseorang yang kepadanya

Page 17: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

diamanahkan perlaksanaan sesuatu dan meliputi seseorang yang disifatkan sebagai dilantik

menjadi wasi oleh mahkamah.

Tafsiran perkataan “wasi” juga diberikan oleh seksyen 2 Akta Undang-undang Sivil 1956.

Seksyen berkenaan memperuntukkan bahawa perkataan “wasi” ertinya wasi atau pentadbir si

mati (administrator of a deceased person) dan termasuk, berhubung dengan mana-mana

obligasi, mana-mana orang yang mengambil milikan atau mencampuri hal harta si mati”.

Penulis berpendapat bahawa peruntukan mengenai tafsiran perkataan “wasi” wajar

dimasukkan dalam Enakmen Mahkamah Syariah 2004 pada masa hadapan dengan mengambil

kira tafsiran yang diberikan oleh Akta Undang-Undang Sivil 1956 yang menyebutkan bahawa

tafsiran “wasi’ adalah juga termasuk pentadbir si mati.

Dapat disimpulkan bahawa perkataan wasi membawa maksud yang sama dengan pentadbir

mahupun wali harta. Ketika ini, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu umpamanya menggunakan

perkataan wasi harta bagi menggantikan perkataan pentadbir bagi menyesuaikan perkataan

wasi dalam Enakmen Mahkamah Syariah 2004. Sesungguhnya perintah melibatkan

perlantikan pentadbir mahupun pembahagian harta pusaka orang-orang Islam yang

dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah begitu unik dan menarik. Ini kerana, hanya Mahkamah

Syariah Sabah sahaja yang mengeluarkan perintah berkenaan pada ketika ini berbanding

dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Dengan kata lain, peranan Mahkamah Anak Negeri bagi mengeluarkan perintah pentadbir dan

pembahagian harta pusaka orang-orang Islam selama hampir 100 tahun lamanya kini telah

beralih sepenuhnya ke Mahkamah Syariah. Bolehlah dihujahkan bahawa kewujudan Seksyen

9 Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992 yang menegah Mahkamah Anak Negeri dari

memutuskan apa-apa perkara yang terletak dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah mahupun

Mahkamah Sivil merupakan faktor terpenting mengapa Mahkamah Anak Negeri tidak lagi

mendengar dan memutuskan apa saja perkara yang telah berada dalam bidang kuasa

Mahkamah Syariah termasuklah perkara pewarisan harta pusaka orang-orang Islam.

PENGIKTIRAFAN BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH DALAM

PENTADBIRAN HARTA PUSAKA

Dalam konteks bidangkuasa umpamanya, Mahkamah Syariah Sabah tidak menghadapi

masalah untuk menguatkuasakan perintah pembahagian harta pusaka termasuklah perintah

perlantikan wasi atau pentadbir bagi harta pusaka simati yang beragama Islam. Sementara

Mahkamah Syariah di negeri-negeri lain hanya mengeluarkan Sijil Perakuan Faraid, keadaan

sebaliknya berlaku di Sabah. Seksyen 11(3)(b)(vii) Enakmen Mahkamah Syariah 2004

membuka ruang kepada Mahkamah Syariah untuk mendengar dan memutuskan hal

pembahagian harta pusaka termasuk perlantikan wasi atau pentadbir.

Page 18: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

Pengiktirafan Mahkamah Rayuan Syariah

Tidak sepertimana di negeri-negeri lain di Semenanjung dan Sarawak, keputusan Mahkamah

Rayuan Syariah Negeri Sabah terhadap kes-kes melibatkan harta pusaka orang-orang Islam di

Sabah jelas menunjukkan pengiktirafan Mahkamah berkenaan terhadap bidang kuasa

Mahkamah Syariah berhubung perlantikan pentadbir dan pembahagian harta pusaka.

Keputusan Mahkamah Rayuan Syariah tersebut dibuat melalui semakan dan rayuan terhadap

perintah pembahagian harta pusaka mahupun pentadbir harta pusaka yang dibuat oleh

Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah.

Dalam kes Amanah Raya Berhad lwn Ag Damit bin Ag Tengah & 3 Yang lain,38

Pemohon

memohon kepada Mahkamah untuk membuat semakan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi

Syariah Kota Kinabalu berhubung pembahagian harta pusaka dan mengenepikan keputusan

Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Sabah berkaitan kes tersebut. Menurut Pemohon,

berlaku salah aturan dan penyalah gunaan proses Mahkamah dalam permohonan

pembahagian harta pusaka di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah dalam kes No. 12100-040-

0067-2008. Setelah meneliti dan menghalusi permohonan, Mahkmah memutuskan seperti

berikut:

1. Menerima permohonan semakan Pemohon kerana telah berlaku salah aturan semasa

perjalanan prosiding kes Mal No: 12100-040-0067-2008;

2. Perintah YA Hakim mahkamah Tinggi Syariah Kota Kinabalu Sabah dalam kes Mal

No: 12100-040-0067-2008 bertarikh 6 March 2008 adalah diketepikan dan dibatalkan;

3. Perintahkan kes tersebut dibicarakan semla dengan menamakan Pemohon, Responden

2, Responden 3, Responden 4 atau mana-mana pihak lain yang dapat dikesan yang

mempunyai kepentingan ke atas hartanah tersebut (jika ada) sebagai Responden-

Responden. Apa-apa juga isu berkenaan prosiding tersebut, boleh dikemukakan

kepada Hakim Bicara semasa prosiding didengar semula di hadapan Hakim yang lain;

4. Mana-mana prosiding atau perintah lanjuran daripada perintah Mahkamah Tinggi

Syariah melalui kes Mal No: 12100-040-0067-2008 bertarikh 6 Mac 2008 adalah

terbatal.

Dalam kes tersebut, tidak timbul sama sekali perihal Mahkamah Rayuan Syariah untuk

menyemak keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Kinabalu berhubung dengan perakuan

waris atau penentuan bahagian faraid waris-waris simati. Apa yang jelas ialah, semakan

tersebut adalah semata-mata merujuk kepada perintah pembahagian harta pusaka simati yang

dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Kinabalu. Mahkamah Rayuan Syariah

yang menerima permohonan semakan tersebut secara jelas telah mengenepikan dan

membatalkan perintah pembahagian harta tersebut. Mahkamah Rayuan Syariah seterusnya

memutuskan agar kes tersebut dibicara semula di hadapan hakim yang lain.

38

Amanah Raya Berhad lwn Ag Damit Ag Tengah, A.K Ahmad Shah bin Pg. Mohd Yusof, A.K Othman Shah bin Pg Mohd Yussof & Karambunai Resort Sdn Bhd [Semakan No: 12000-003-003-2009].

Page 19: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

Dengan keputusan tersebut, dapat difahami secara jelas bahawa Mahkamah Rayuan Syariah

yang dipengerusikan oleh YAA Tan Sri Dr. Ibrahim Lembut dan merupakan mahkamah yang

tertinggi dalam susunan Mahkamah Syariah di negara maklum dan menyedari bahawa

semakan itu adalah semata-mata merujuk kepada perintah pembahagian harta pusaka dan

bukannya merujuk kepada perintah perakuan waris atau sijil faraid mahkamah. Perlu

ditekankan bahawa Mahkamah Rayuan Syariah telah memerintahkan permohonan

pembahagian harta pusaka tersebut dibicara semula di Mahkamah Tinggi Syariah di hadapan

hakim yang lain. Tidak ada perintah mahupun arahan Mahkamah Rayuan untuk mengecilkan

skop dan isu perbicaraan kepada perakuan waris atau perakuan bahagian faraid semata-mata

dalam kes tersebut. Di samping itu, tidak ada apa-apa keputusan mahupun perintah

Mahkamah yang tertinggi itu untuk meminta pihak-pihak supaya mendapatkan terlebih

dahulu Surat Kuasa Tadbir (Letter of Administration) dari Mahkamah Tinggi Awam

sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Syariah dalam kes Jumaaton.

Keputusan Mahkamah Rayuan Syariah tersebut sekaligus merupakan satu pengiktirafan yang

nyata mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan memutuskan kes

berhubung pembahagian harta pusaka di Sabah.

Situasi yang serupa juga berlaku dalam Jafri bin Abdul Jaafar & 2 Yang Lain lwn Latifah Bte

Jaafar @ Abdul Jaafar.39

Pemohon-Pemohon dalam kes ini memohon kepada Mahkamah

Rayuan Syariah Negeri Sabah untuk membuat semakan terhadap keputusan dan perintah

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Tawau dalam kes Permohonan No: 12400-040-0093-2008.

Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan adalah meliputi penyata faraid dan

pembahagian harta pusaka kepada waris-waris simati melibatkan 3 bidang tanah. Pemohon-

Pemohon mendakwa bahawa:

1. Permohonan Responden sama ada dalam pliding atau keterangan lisan di hadapan

Mahkamah tidak menyenaraikan sepenuhnya ahli-ahli waris Simati yang masih hidup;

2. Pemohon 1, 2 dan 3 merupakan anak kandung Simati dan dengan itu berhak ke atas

harta pusaka Simati.

Responden-Responden yang tidak mempertikaikan permohonan semakan ini telah bersetuju

agar kes ini didengar semula di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Atas persetujuan

tersebut, Mahkamah Rayuan Syariah memutuskan bahawa:

1. Penyata faraid, perintah-perintah pembahagian harta pusaka bagi simati dan keputusan

kes No: 12400-040-0093-2008 dibatalkan;

2. Kes No: 12400-040-0093-2014 hendaklah dibicara semula dengan memberi peluang

Pemohon menfailkan Affidavit Jawapan bagi memasukkan ahli-ahli waris Simati.

39

Jafri bin Abdul Jaafar (Pemohon 1), Salmah binti Jaafar (Pemohon 2) & Salmiah bte Jaafar (Pemohon 3) lwn Latifah bte Ja’afar @ Abdul Jaafar (Responden 1), Julkifli bin Ja’afar @ Abdul Jaafar(Responden 2) & Mohamad Sadam bin Ja’afar (Responden 3), Kes No: 12000-003-0003-2012.

Page 20: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

Keputusan Mahkamah Rayuan Syariah dalam kes ini jelas tidak menyentuh langsung

mengenai bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah dalam membuat keputusan berhubung

pembahagian harta pusaka Simati. Sebagaimana yang berlaku dalam kes Amanah Raya

Berhad lwn Ag Damit bin Ag Tengah & 3 Yang lain,40

hal yang sama juga berlaku dalam kes

Jafri bin Abdul Jaafar & 2 Yang Lain lwn Latifah Bte Jaafar @ Abdul Jaafar ini. Keputusan-

keputusan oleh Mahkamah Rayuan Syariah ini sekaligus memberi pengiktirafan terhadap

kuasa dan peranan Mahkamah Syariah di Sabah untuk mendengar dan memutuskan

pembahagian harta pusaka termasuk perintah pentadbir harta pusaka.

Pengiktirafan oleh Mahkamah Sivil

Menariknya, Mahkamah Awam juga memberi pengiktirafan terhadap perintah pembahagian

harta pusaka dan surat pentadbir harta pusaka yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah

Sabah. Dalam kes Noh bin Abdul Aziz & Anor lwn Director of Lands and Surveys, Kota

Kinabalu & Anor (1999),41

Responden 1 telah mempertikaikan Perintah Pembahagian Harta

Pusaka yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Sandakan. Menurut Responden,

Pemohon dalam kes ini tidak mempunyai locus standi menfailkan kes di Mahkamah Tinggi

Awam memandangkan tidak mempunyai Surat Kuasa Pentadbir yang dikeluarkan oleh

Mahkamah Tinggi Awam. Ketika menolak bantahan ini, Yang Arif Richard Malanjun dengan

tegas memutuskan seperti berikut:

Dua perintah telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dan Responden Pertama

telah gagal untuk menunjukkan bahawa Mahkamah tersebut tidak mempunyai

bidang kuasa untuk mengeluarkan perintah-perintah tersebut. Sememangnya

Responden Pertama tidak boleh berbuat demikian kerana jelas di bawah Seksyen

11(2) Enakmen Mahkamah Syariah No. 14 Tahun 1992, bahawa Mahkamah

Rendah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan

perkara berhubung dengan pembahagian dan pewarisan harta, berwasiat atau tak

berwasiat. Selanjutnya Mahkamah sepatutnya berhak bergantung kepada Seksyen

114(e) Akta Keterangan 1950 apabila menerima kesahan perintah-perintah itu.

Lebih-lebih lagi adalah tidak salah bagi pemohon-pemohon untuk menghadap

Mahkamah Syariah untuk perintah-perintah itu walaupun ia adalah juga di dalam

bidang kuasa Mahkamah Sivil. Oleh demikian, tiada merit di dalam bantahan

Responden Pertama mengenai locus standi pemohon-pemohon.

Dari segi amalan, pendekatan yang diambil oleh Mahkamah Tinggi Awam Sabah ketika

menerima petisyen dari orang Islam untuk mendapatkan Surat Kuasa Pentadbir harta pusaka

orang Islam di Mahkamah Awam adalah dengan menerima dan mendaftarkan petisyen

tersebut jika lengkap dan teratur. Surat Kuasa Pentadbir juga masih dikeluarkan oleh

40

Amanah Raya Berhad lwn Ag Damit Ag Tengah, A.K Ahmad Shah bin Pg. Mohd Yusof, A.K Othman Shah bin Pg Mohd Yussof & Karambunai Resort Sdn Bhd [Semakan No: 12000-003-003-2009]. 41

Noh bin Abdul Aziz & Anor v Director of Lands & Surveys, Kota Kinabalu & Anor, High Court Tawau Originiting Motion No. T(25)-01 of 1999; Untuk lebih lanjut, rujuk laporan kes ini dalam The Writ: Sabah Law Journal, Volume 14, Kota Kinabalu, 1998-1999, hal. 18-28.

Page 21: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

Mahkamah Tinggi bagi harta pusaka orang Islam. Bagaimanapun, ketika pendengaran

petisyen berkenaan, Mahkamah lazimnya bertanya kepada pemohon mengapa petisyen

berkenaan difailkan di Mahkamah Awam dan bukannya di Mahkamah Syariah.42

Dalam hal

ini, Mahkamah Awam berpandangan bahawa Mahkamah Syariah adalah forum yang lebih

sesuai dan wajar untuk mendapatkan perintah perlantikan pentadbir dan pembahagian harta

pusaka orang Islam berbanding Mahkamah Sivil.

Perlu difahami bahawa Probate and Administration Ordinance (CAP 109) yang digunakan

oleh Mahkamah Tinggi Sivil bagi mendengar dan memutuskan permohonan mendapatkan

surat kuasa mentadbir dan seterusnya perintah pembahagian harta pusaka di Sabah tidak ada

menyebutkan bahawa pemakaian undang-undang ini hanyalah untuk orang bukan Islam.

Dengan kata lain, aplikasinya juga terbuka untuk harta pusaka orang-orang Islam pada

pandangan Mahkamah Awam. Pendekatan Mahkamah Sivil lebih tegas apabila menerima

permohonan bagi mendapatkan probate bagi simati yang beragama Islam yang mana simati

meninggalkan wasiat terhadap hartanya. Mahkamah Sivil tidak menerima permohonan

tersebut sebaliknya meminta pemohon mendapatkan perintah berkaitan di Mahkamah

Syariah.43

Perkembangan terbaru juga menunjukkan bahawa terdapat kecenderungan para peguam syarie

untuk mendapatkan perintah perlantikan pentadbir bagi waris simati yang beragama Islam di

Mahkamah Syariah. Perlantikan sebagai pentadbir diperlukan untuk membolehkan

pentadbiran berkenaan mempunyai locus standi membuat tindakan perundangan di

Mahkamah Sivil. Sekurang-kurangnya terdapat 8 kes di Mahkamah Tinggi Syariah Tawau

yang membabitkan permohonan mendapatkan perintah perlantikan pentadbir dari Mahkamah

Tinggi Syariah telah diluluskan. Perintah tersebut diperlukan sebagai asas atau locus standi

bagi pihak pentadbir untuk mendapatkan hak perundangan di Mahkamah Sivil.44

Dalam kes

No. 12400-071-0026-2014, Pemohon bernama Zakariah bin Hj Kapar melalui Peguamnya

menfailkan permohonan perlantikan pentadbir bagi harta pusaka bapa kandungnya yang mati

pada tahun 1979. Surat Kuasa Mentadbir Pusaka diperlukan oleh Pemohon-Pemohon bagi

membolehkan P ada locus standi bagi tujuan membuat permohonan membuka kaveat ke atas

tanah berkenaan di Mahkamah Tinggi Awam. Permohonan tersebut diluluskan oleh

Mahkamah Tinggi Syariah.

42

Penulis berterimakasih atas maklumat yang diberikan oleh Puan Siti Hafsah binti Adenan, Peguambela dan Peguamcara, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak kepada Penulis pada 13 Mac 2015. Menurut beliau, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mempersoalkan kepada peguam berkenaan mengapa petisyen bagi mendapatkan surat kuasa Pentadbir orang Islam perlu difailkan di Mahkamah Tinggi dan bukannya di Mahkamah Syariah. 43

Penulis berterimakasih atas maklumat yang diberikan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, Tuan Amir Shah bin Amir Hassan kepada Penulis di Pejabat Mahkamah Tinggi Tawau pada 12 Mac 2015. Menurutnya, antara tugas beliau di Mahkamah Tinggi adalah mendengar dan memutuskan petisyen bagi mendapatkan perintah Surat Pentadbir. 44

Kes-kes tersebut adalah 12400-071-0177-2014 (Pemohon: Asmah binti Sulai), 12400-071-0107-2014 (Pemohon: Abdul Rahu bin Abu Bakar), 12400-071-0030-2014 (Pemohon: Abdul Rahun bin Abu Bakar), 12400-071-0027-2014 (Pemohon: Kassan bin Balika), 12400-071-0024-2014 (Pemohon: Kassan bin Balika), 12400-071-0091-2014 (Pemohon: Zainun binti Tee), 12400-071-0031-2014 (Pemohon: Mohammad bin Loi), 12400-071-0032-2014 (Pemohon: Wak @ Rohana binti Ahmad) dan 12400-071-0026-2014 (Pemohon: Zakariah bin Hj. Kapar).

Page 22: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

Dalam kes No. 12400-071-0031-2014, Pemohon bernama Mohammad bin Loi melalui

Peguamnya menfailkan permohonnan pentadbir bagi harta pusaka iaitu tanah bapanya Loi

yang mati tahun 2006. Permohonan diperlukan bagi membolehkan P ada locus standi bagi

tujuan membuat permohonan membuka kaveat ke atas tanah berkenaan di Mahkamah Tinggi

Awam. Permohonan tersebut telah diluluskan. Sehingga tulisan ini dibuat, belum ada apa-apa

laporan atau berita menunjukkan bahawa perintah-perintah perlantikan pentadbir harta yang

dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah berkenaan dipertikaikan oleh mana-mana pihak di

Mahkamah Awam.

Satu lagi contoh kes di Mahkamah Tinggi Awam yang ada menyentuh mengenai pentadbiran

harta pusaka orang Islam di Sabah adalah dalam kes Chua Chin Sing lwn Jaya J.B.Tan.45

Secara ringkasnya dalam kes ini, Defendan (Jaya J.B.Tan) di bawah Kaedah 18 Peraturan 19

Rules of the High Court memohon perintah Mahkamah untuk membuang kes (to strike out)

saman Plaintif (Chua Chin Sing) terhadap Defendan. Dalam samannya, Chua Chin Sing

antara antara lainnya memohon deklarasi bahawa Surat Kuasa Tadbir (LA) yang diberikan

oleh Mahkamah Tinggi kepada Jaya J.B.Tan melalui Petition No. K31-105-2004 adalah batal

dan tidak sah. Chua Chin Sing juga memohon satu deklarasi bahawa Perjanjian Jual Beli

(S&P) bertarikh 15 Mac 2006 yang dibuat antara Chua Chin Sing dan Jaya J.B.Tan adalah

batal dan tidak sah. Alasan utama yang digunakan oleh Chua Chin Sing bagi mendapatkan

deklarasi-deklarasi tersebut ialah bahawa sebagai seorang yang bukan beragama Islam, Jaya

J.B.Tan tidak boleh menjadi pemegang Surat Kuasa Tadbir (LA) ke atas harta pusaka simati

yang beragama Islam.

Dalam penghakimannya, Yang Arif Tuan Ravinthran Paramaguru telah memutuskan bahawa

Chua Chin Sing tidak ada locus standi dalam tindakan ini kerana beliau adalah orang yang

asing (total stranger) kepada simati yang mana beliau sama sekali tidak ada kaitan saudara

atau keluarga dengan simati. Yang Arif Hakim bicara juga memutuskan bahawa tindakan

saman Chua Chin Sing dalam kes ini adalah terhalang oleh doktrin Res Judicata. Hakim telah

merujuk kepada kes terdahulu di Mahkamah Tinggi yang telah menyentuh kesahihan

pemberian Surat Kuasa Tadbir oleh Mahkamah kepada orang bukan Islam untuk mentadbir

harta pusaka orang Islam melibatkan pihak-pihak yang sama di hadapan Hakim Bicara yang

lain khususnya dalam Kes No. K22-29-2010.

Dalam kes Jaya J.B.Tan lwn Chua Chin Sing, No. K22-29-2010, secara ringkasnya, Chua

Chin Sing membangkitkan pembelaan iaitu:

(i) Sebagai seorang bukan Islam, Plaintif (Jaya J.B.Tan) tidak boleh dilantik sebagai

pentadbir harta pusaka kepada Mohamed Ali S Tan;

(ii) Bahawa hanya orang Islam sahaja yang boleh dilantik sebagai pentadbir ke atas

harta pusaka orang Islam;

(iii) Bahawa harta pusaka orang Islam adalah diletakkan di bawah bidang kuasa

Mahkamah Syariah;

45

Kes No. BKI-22NCvC-24/11-2013 di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Page 23: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

(iv) Memandangkan Plaintif tidak boleh menjadi pentadbir kepada harta pusaka

Mohamed Ali S T Tan, maka Perjanjian Jual Beli bertarikh 15 Mac 2006 adalah

menjadi batal dari awal.

Yang Arif Tuan Stephen Chung dalam dalam kes ini memutuskan bahawa pemberian Surat

Kuasa Tadbir tersebut adalah sah. Mahkamah menegaskan bahawa memandangkan Surat

Kuasa Mentadbir itu tidak pernah diketepikan oleh sesiapa, maka ia hendaklah terima dan

berkuat kuasa. Peguam yang mewakili Chua Chin Sing ketika proses rundingan bagi

memuktamadkan perjanjian jual beli tahun 2006 tidak pernah mempertikaikan kesahihan

Surat Kuasa Menatdbir. Yang Arif Hakim seterusnya membuat penegasan dalam

keputusannya seperti berikut:

The Probate and Administration Ordinance (Sabah Cap 109) was specifically

enacted to deal with matters relating to the probate and the administration of

estates ini Sabah. This Ordinance os general application. It does not have any

provision limiting its application to non-Muslims only. Therefore itu can apply to

the estates of Muslims and non-Muslims alike.

Chua Chin Sing yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini telah mengemukakan rayuan di

Mahkamah Rayuan. Bagaimanpun, rayuan ini kemudiannya ditarik balik oleh Chua Chin

Sing. Dengan penarikan balik rayuan tersebut, keputusan Mahkamah Tinggi yang

memutuskan bahawa Surat Kuasa Mentadbir yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi kepada

Jaya J.B Tan untuk mentadbir harta peninggalan orang Islam adalah masih sah dan berkuat

kuasa. Keputusan menarik balik rayuan dan pengekalan perintah terdahulu merupakan

halangan di atas doktrin jes judicata kepada Chua Chin Sing dalam tindakannya dalam kes

kemudiannya sebagaimana dalam kes No: BKI-22NCvC-24/11-2013.

Dalam Kes No: BKI-22NCvC-24/11-2013, tidak timbul sama sekali isu mempertikaikan

bidangkuasa mahkamah syariah untuk mengeluarkan perintah pentadbir dan pembahagian

harta pusaka orang-orang Islam. Sementara Mahkamah Tinggi tidak menyentuh sama sekali

bidangkuasa mahkamah syariah bagi mendengar dan mengeluarkan surat kuasa tadbir dan

pembahagian harta pusaka, Mahkamah sebaliknya menegaskan bahawa Probate and

Administration Ordinance (CAP 109) itu tidak menghalang Mahkamah Sivil untuk

mengeluarkan surat kuasa tadbir melibatkan harta pusaka orang-orang Islam. Dengan kata

lain, disebabkan tidak ada peruntukan dalam undang-undang berkenaan yang menghadkan

aplikasinya kepada orang bukan Islam sahaja, maka undang-undang tersebut dengan itu boleh

digunakan kepada kedua-dua orang Islam dan bukan Islam.

Berdasarkan kepada senario dalam kes di atas, bolehlah dicadangkan bahawa pindaan perlu

dibuat pada Probate and Administration Ordinance (CAP 109) dengan memasukkan

peruntukan baru bahawa bahawa Ordinance ini tidaklah terpakai untuk orang Islam. Selain

itu, perlulah diwujudkan satu enakmen khas bagi Pentadbiran Harta Pusaka Orang Islam

untuk memastikan bahawa pentadbiran harta pusaka orang-orang Islam lebih kemas dan

teratur sebagaimana di Mahkamah Sivil.

Page 24: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

Pengiktirafan oleh agensi-agensi lain.

Perintah berbentuk perlantikan pentadbir harta pusaka dan pembahagian harta pusaka dari

Mahkamah Syariah Sabah turut mendapat pengiktirafan dari agesni dan institusi-institusi

kewangan seperti Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Amanah

Saham Nasional Berhad (ASNB) oleh Permodalan nasioan Berhad (PNB). Saban hari,

Mahkamah Syariah Negeri Sabah menerima permohonan dari ahli waris kepada pendeposit

atau ahli yang telah meninggal dunia dari agensi atau institusi kewangan tersebut.

Dalam konteks Tabung Haji, waris simati dikehendaki untuk mendapatkan Surat

Pembahagian Pusaka mengikut Hukum Syarak yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah

sekiranya nilai wang simati melebihi RM1,000.00.46

Keperluan mendapatkan surat

pembahagian pusaka atau lebih dikenali sebagai perintah pembahagian harta pusaka tersebut

berlaku apabila simati yang merupakan pendeposit tidak membuat penamaan dari kalangan

warisnya untuk menerima wang deposit simati sebagaimana menurut Peraturan 9, Peraturan-

Peraturan Lembaga tabung Haji (Deposit dan Pengeluaran) Pindaan 2003.47

Permohonan untuk mendapatkan perintah pembahagian harta pusaka atau pentadbir di

Mahkamah Syariah Sabah juga sering kali diterima dari kalangan waris simati bagi tujuan

tuntutan wang simpanan simati dalam KWSP. Perintah ini diperlukan apabila simati tidak ada

membuat penamaan untuk menerima simpanan simati apabila berlaku kematiannya. Ini

kerana menurut Seksyen 25 Akta KWSP 1991, wang simpanan ahli yang telah meninggal

dunia tanpa membuat penamaan hanya boleh dikeluarkan dengan adanya Surat Kuasa

Mentadbir, Surat Probet, Surat Perintah Pembahagian atau Sijil faraid kepada KWSP.48

Dalam konteks Sabah, waris simati yang beragama Islam lazimnya diminta mendapatkan

perintah pembahagian harta pusaka dari Mahkamah Syariah.

Selain agensi di atas, Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Sabah

juga diberi pengiktirafan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi tujuan pembahagian

harta pusaka simati ke atas wang pelaburan simati yang beragama Islam. Surat Kuasa

berkenaan diperlukan apabila nilai pelaburan simati adalah melebihi RM5,000 ke atas.49

46

Selain mendapatkan Surat Pembahagian Harta Pusaka dari Mahkamah Syariah, Tabung Haji juga menerima pakai Surat Kuasa dari pihak lain seperti Surat Bicara Kecil-Surat Pembahagian Harta Pusaka yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah/Daerah, Surat Pentadbiran Pusaka dari Pejabat Pentadbiran Pusaka Negeri atau Amanah Raya Berhad dan Surat Kuasa dari Mahkamah Tinggi. Lihat Muhamad Rani Saidali, “Kaedah Penamaan Simpanan Tabung haji: Penyelesaian Masalah-Masalah Pewarisan” dalam Konvensyen Pewarisan Harta Islam 2007, Cetakan Kedua, Amanah Raya Berhad, Kuala Lumpur, 2007, hal: 114. 47

Lihat Muhamad Rani Saidali, “Kaedah Penamaan Simpanan Tabung haji: Penyelesaian Masalah-Masalah Pewarisan” dalam Konvensyen Pewarisan Harta Islam 2007, Cetakan Kedua, Amanah Raya Berhad, Kuala Lumpur, 2007, hal: 111-114. 48

Lihat Rosminah Osman, “Perancangan Pewarisan Yang Efektif Terhadap Simpanan Orang Islam di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja” dalam Konvensyen Pewarisan Harta Islam 2007, Cetakan Kedua, Amanah Raya Berhad, Kuala Lumpur, 2007, hal: 122. 49

Lihat Idris Kechut, “Pewarisan Pelaburan Saham Amanah di Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)” dalam dalam Konvensyen Pewarisan Harta Islam 2007, Cetakan Kedua, Amanah Raya Berhad, Kuala Lumpur, 2007, hal: 132. Selain Mahkamah Syariah, Surat Mentadbir Harta Pusaka yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah dan Mahkamah Tinggi juga diterima oleh PNB untuk tujuan pembahagian harta pusaka simati dalam ASNB.

Page 25: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

Dengan kata lain, perintah berupa Surat Mentadbir Harta Pusaka dan juga pembahagian harta

pusaka simati yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah di Sabah diterima pakai dan diiktiraf

oleh agensi-agensi tersebut. Agensi berkenaan hanyalah sebahagian daripada banyak lagi

agensi kerajaan mahupun swasta yang menerima dan mengiktiraf perintah berupa pentadbir

dan pembahagian harta pusaka di Mahkamah Syariah Sabah ketika ini.

Pengiktirafan Sarjana Perundangan

Pengiktirafan terhadap bidangkuasa Mahkamah Syariah Negeri Sabah untuk mengeluarkan

perintah pembahagian harta pusaka termasuk Surat Pentadbir harta pusaka turut dikongsi oleh

seorang pakar perundangan Islam, Prof Mohd Ridzuan Awang. Beliau memberikan

pandangannya seperti berikut:

Berdasarkan keputusan di atas, jelaslah bahawa Mahkamah-Mahkamah Syariah di

Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan surat kuasa wasiat (probet)

dan surat kuasa mentadbir bagi harta orang Islam, kerana undang-undang yang

berkaitan dengan probet dan surat kuasa tidak ada di negeri-negeri. Undang-

undang yang dipakai ialah Akta Probet dan Pentadbiran 1959, kecuali Mahkamah

Tinggi Syariah negeri Sabah diberi kuasa di bawah undang-undang negeri bagi

membolehkan Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan surat kuasa tadbir atau

wasi bagi harta pusaka orang Islam di negeri ini. Pihak bertanggungjawap

sepatutnya memikirkan untuk memperkenalkan undang-undang tersebut atau

menyeragamkan peruntukan bidangkuasa mal Mahkamah Tinggi Syariah negeri-

negeri dan dalam masa yang sama mengecualikan pemakaian Akta Probet dan

Pentadbiran 1959 terhadap orang-orang Islam.50

Jelas sekali bahawa Mahkamah Syariah Negeri Sabah telah mendahului Mahkamah Syariah di

negeri-negeri lain dalam isu pembahagian harta pusaka orang Islam. Amalan ini telahpun

dilaksanakan dari awal penubuhan Mahkamah Syariah di negeri ini tanpa menghadapi

masalah yang rumit.

DERAF KAEDAH (GARIS PANDUAN) PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Bagi melicinkan pergurusan dan pentadbiran pembahagian harta pusaka orang-orang Islam di

Sabah, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah telah menyediakan satu Deraf Kaedah

Pembahagian Harta Pusaka (DKPHP). Deraf berkenaan telah diluluskan dalam Mesyuarat

Pengurusan Jabatan Kali ke-18, Bil. 2 Tahun 2007 di Kudat untuk digunapakai sebagai

panduan kepada kakitangan dan pegawai Mahkamah Syariah di Sabah bagi tujuan

penyelarasan dalam penyediaan dan pengurusan prosiding kes pembahagian harta pusaka,

perlantikan wali harta (pentadbir) dan perakuan pewarisan. Ini kerana, bilangan kes

50

Mohd Ridzuan Awang, Isu-Isu Semasa Dalam Pentadbiran Harta Pusaka Orang Islam di Malaysia dalam Isu Syariah dan Undang-Undang disunting Mohammad Zaini, Abdul Basir Mohamad, Mohd. Nasran Mohamad dan Mohd Zamro Muda, Siri 16, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2007, hal. 166.

Page 26: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

melibatkan permohonan pembahagian harta pusaka di Sabah saban tahun makin bertambah.

DKPHP ini antara lainnya menyediakan format borang-borang dan dokumen yang digunakan

bagi tujuan penyelarasan di semua Mahkamah Syariah dalam Negeri Sabah. Deraf kaedah ini

telah digunapakai oleh Mahkamah Syariah Sabah sejak tahun 2007 sehingga kini walaupun

belum diwartakan.

Deraf Kaedah ini pernah dibentangkan di peringkat kebangsaan semasa Konvensyen Peguam

Syarie Malaysia Kali ke-3 di Hotel UNITEN, Bangi, Selangor pada 18 April 2014.51

Konvensyen yang telah dihadiri ramai pengamal undang-undang dari seluruh negara ini

merupakan satu medan terbaik untuk menzahirkan kepada masyarakat di negara ini mengenai

amalan yang dilaksanakan di Mahkamah Syariah Sabah dalam mengurus dan mentadbir

undang-undang pembahagian harta pusaka orang-orang Islam. Amalan mengeluarkan perintah

pembahagian harta pusaka dan perlantikan wali harta (pentadbir) di Mahkamah Syariah ini

dilihat unik dan menarik oleh pelbagai pihak di Malaysia. Ini kerana, sementara Mahkamah

Syariah di negeri-negeri lain hanya mengeluarkan perintah perakuan waris dan penyata faraid,

Mahkamah Syariah Sabah sebaliknya melaksanakan apa yang diamalkan di Mahkamah

Tinggi Awam.52

Mahkamah Syariah Sabah bukan sahaja mengeluarkan perakuan waris dan penyata faraid,

tetapi juga mengeluarkan perintah pembahagian harta pusaka dan juga perlantikan wali harta

(pentadbir) bagi harta pusaka orang Islam. Dalam rangka menubuhkan Pusat Daftar Setempat

Wasiat, Aset dan Liabiliti Malaysia (PDSWALM), Jabatan Perdana Menteri telah

mengarahkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengursan Malaysia (MAMPU)

untuk melaksanakan kajian mengenai penubuhan pusat tersebut.

Salah satu usaha yang dijalankan adalah mendapatkan taklimat kepada pasukan kajian yang

terdiri dari pegawai-pegawai daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU),

Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Peguam Negara

(AGC) dan MAMPU sendiri dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah mengenai proses

dan prosedur kerja pentadbiran harta pusaka di Mahkamah Syariah Sabah pada 19 Mac 2015.

Negeri Sabah dipilih bagi mendapatkan taklimat berkenaan setelah pasukan kajian tersebut

mendapati bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa mengeluarkan surat perintah

51

Deraf Kaedah Pembahagian Harta Pusaka bagi Mahkamah Syariah Negeri Sabah telah dibentangkan oleh Tuan Ahmad bin Lakim semasa Konvensyen Peguam Syarie Malaysia Kali ke-3 di Hotel UNITEN, Bangi Selangor pada 18 April 2014. Konvensyen tersebut bertemakan “Perluasan Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Terhadap Pentadbiran Harta Orang Islam”. Konvensyen berkenaan adalah anjuran bersama Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Tuan Ahmad bin Lakim merupakan Pengarah Bahagian Latihan JKSM. Mula ditugaskan sebagai Pengarah Bahagian Latihan JKSM semenjak 6 Jun 2011 sehingga kini. Beliau pernah menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah selama 9 tahun bermula tahun 2001 sehingga Tahun 2010. Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Deraf Kaedah Pembahagian Harta Pusaka tersebut. 52

Lihat kenyataan Musa bin Awang, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dalam http://web6.bernama .com/bernama/v3/bm/news lite.php?id=1027567 (dilihat pada 15 Mac 2015).

Page 27: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

pembahagian harta pusaka yang ternyata lebih cekap dan mudah. Amalan ini juga didapati

berbeza dengan Mahkamah Syariah di Semenanjung Malaysia.53

PROSEDUR PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH

SABAH

Proses permohonan bagi mendapatkan perintah pembahagian harta pusaka di Mahkamah

Syariah adalah mudah. Ia perlu dimulakan dengan Notis Permohonan yang disokong oleh

Affidavit yang diikrarkan oleh Pemohon di hadapan Pendaftar atau Hakim Syarie.

Permohonan pula mestilah disertakan bersama dengan salinan dokumen yang disahkan asal

seperti kad pengenalan pemohon dan waris-waris simati yang dinyatakan dalam Affidavit,

sijil kematian simati, penyata terkini akaun di institusi kewangan, geran tanah dan lain-lain

harta samada harta alih atau tak alih yang disenaraikan dalam Affidavit sokongan

permohonan.

Dokumen yang telah lengkap akan didaftarkan secara secara online yang dikenali sebagai

Sistem Pendaftaran Kes Mahkamah Syariah (SPKMS). Bagi permohonan pembahagian harta

pusaka, nombor kod kes yang digunakan adalah 040. Jika sekiranya nilai harta tersebut adalah

RM100,000 ke bawah, maka kes berkenaan akan didaftarkan di Mahkamah Rendah Syariah.

Kes yang nilainya melebihi RM100,000 ke atas akan didaftarkan di Mahkamah Tinggi

Syariah. Kes berkenaan pula ditetapkan terus jadual bagi sebutan atau pendengaran pertama di

hadapan Pendaftar atau Hakim dalam tempoh 21 hari dari tarikh pendaftaran. Lazimnya, kes

berkenaan dapat disebut atau didengar dalam tempoh 2 minggu.

Semasa sebutan atau pendengaran pertama kes, khususnya di Mahkamah Rendah Syariah, jika

didapati bahawa nilai tuntutan harta pusaka adalah melebihi dari RM5,000.00, maka Pemohon

akan diarahkan untuk mengiklankan Notis Permohonan berkenaan di surat khabar tempatan.

Tarikh pendengaran yang akan datang biasanya ditetapkan lebih kurang dalam tempoh 2

minggu atau 4 minggu dari tarikh sebutan kali pertama.

Bagi kes yang nilai tuntutan harta pusaka kurang daripada RM5,000.00, maka kes berkenaan

tidak memerlukan Pemohon untuk membuat pengiklanan di surat khabar. Pada sebutan atau

pendengaran pertama, kes berkenaan ada ketikanya didengar dan diputuskan pada hari yang

sama. Hal ini boleh berlaku apabila Mahkamah berpuashati dengan keterangan Pemohon dan

berpendapat bahawa tidak ada keperluan untuk membuat penangguhan pendengaran pada

masa hadapan. Keputusan lazimnya boleh dibuat pada hari yang sama apabila semua waris

hadir dan memberi persetujuan mengenai cara pembahagian yang dipohon. Keputusan pada

hari yang sama juga boleh diberikan sekiranya Pemohon memohon bahawa harta pusaka

simati dibahagikan secara faraid.

53

Lihat surat Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri kepada Jabatan Kehakiman Syarian Negeri Sabah bertarikh 2 Mac 2015 dengan rujukan MAMPU. 600- 2/2/24(35).

Page 28: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

Bagi kes yang ditangguhkan untuk pengiklanan dan pendengaran pada masa hadapan, kes

berkenaan dapat diputuskan pada hari pendengaran yang kedua jika sekiranya mahkamah

berpuashati dengan keterangan pemohon dan waris-waris yang hadir. Pemohon sentiasa diberi

ingatan dan galakan di peringkat awal pendaftaran kes agar membawa bersama semua waris

simati semasa pendengaran kes di hadapan Hakim. Kehadiran semua ahli waris sesungguhnya

mempermudahkan urusan pendengaran kes kerana persetujuan mengenai cara pembahagian

harta simati dapat dicapai pada hari yang sama. Ada ketikanya waris-waris bersetuju bahawa

harta pusaka berkenaan dibahagi mengikut faraid. Ada juga keadaan di mana waris-waris

sebulat suara bersetuju menyerahkan harta tersebut kepada salah seorang ahli waris simati

keseluruhannya. Selain itu, ada juga situasi di mana ahli waris bersetuju agar harta tersebut

dibahagi secara sama rata di kalangan semua ahli waris.

Lazimnya, Mahkamah akan memaklumkan bahagian faraid untuk semua ahli waris sebelum

meminta Pemohon dan waris-waris memaklumkan bentuk pembahagian. Hal ini perlu bagi

mengingatkan waris-waris hak syarie mereka dalam harta pusaka tersebut. Bagi waris yang

masih di bawah umur (bawah 18 tahun), Mahkamah akan melantik salah seorang ahli waris

yang dipersetujui untuk menjadi pentadbir dan juga pemegang amanah bahagian faraid waris

berkenaan sehinggalah waris berkenaan mencapai umur 18 tahun. Perlantikan sebagai

pentadbir dan pemegang amanah kepada bahagian faraid juga dibuat jika melibatkan mana-

mana ahli waris yang kurang upaya seperti telah tua atau mempunyai sakit mental. Ini kerana

mereka tidak berupaya untuk memberikan persetujuan mengenai bentuk perintah

pembahagian harta pusaka simati.

Bagi kes di mana waris-waris lain sukar hadir pada hari pendengaran kes berkenaan di

Mahkamah, lazimnya mahkamah akan menetapkan satu tarikh khusus yang lain untuk

memberi ruang waris-waris berkenaan menyempurnakan persetujuan bertulis menggunakan

borang yang telah disediakan oleh Mahkamah. Tandatangan persetujuan lazimnya dibuat di

mana-mana Mahkamah Syariah di daerah atau negeri di mana waris-waris berkenaan

bermastautin. Mahkamah akan menyediakan surat iringan bersama borang persetujuan

tersebut kepada pemohon bagi memudahkan waris berkenaan menyempurnakan tandatangan

di hadapan mahkamah yang lain. Penyata faraid waris-waris juga dikepilkan bersama dengan

surat iringan tersebut bagi memudahkan urusan persetujuan.

Jika permohonan berkenaan mendapat bantahan dari mana-mana pihak yang berkepentingan,

Mahkamah akan memberi peluang kepada pihak berkenaan untuk menfailkan affidavit

bantahan. Pihak berkenaan akan menjadi pihak Responden dalam kes tersebut. Pihak-pihak

lazimnya dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat peguam syarie bagi memudahkan

perjalanan prosiding kes di Mahkamah. Setelah dokumen (pliding) telah dilengkapkan,

perbicaraan akan ditetapkan dalam kamar hakim. Bagaimanapun, perbicaraan akan dijalankan

dalam Mahkamah terbuka sekiranya keadaan lebih sesuai untuk berbuat demikian. Di

penghujung kes, Mahkamah akan membuat keputusan kes berkenaan.

Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah boleh membuat

rayuan di Mahkamah yang lebih tinggi. Sekiranya kes berkenaan diputuskan di Mahkamah

Rendah Syariah, maka rayuan hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah. Begitu juga

Page 29: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

jika sekiranya keputusan itu datang dari Mahkamah Tinggi Syariah, maka rayuan hendaklah

dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan Syariah. Rayuan boleh dibuat dengan menfailkan

Notis Rayuan di mahkamah di mana kes itu bermula dalam tempoh 14 hari dari tarikh

keputusan kes.

Perintah pembahagian harta pusaka lazimnya disediakan oleh Mahkamah Syariah sendiri

berdasarkan format perintah yang telah disediakan oleh pihak Mahkamah. Deraf perintah

lazimnya disediakan oleh Pembantu Syariah dan akan disemak oleh Pendaftar Mahkamah.

Semakan perintah yang terakhir adalah oleh Hakim Syarie yang membicarakan kes berkenaan

sebelum perintah diindos dan diserahkan kepada Pemohon.

Proses yang sama juga berlaku dalam permohonan bagi mendapatkan Surat Mentadbir harta

pusaka dan juga pengesahan waris-waris. Masa yang diambil untuk menyelesaikan kes

permohonan pembahagian harta pusaka adalah 1 hingga 5 bulan dari tarikh didaftarkan

sekiranya tidak ada bantahan dari mana-mana pihak terhadap permohonan berkenaan.

CADANGAN PEMANTAPAN PENTADBIRAN HARTA PUSAKA ISLAM

Penulis berpendapat bahawa keputusan dalam kes Jumaaton dan Raja Delia lwn. Raja

Hizaruddin (1998) 6 MLJ 55 yang merujuk kepada Akta Probate dan Administrasi 1959

adalah terpakai bagi semenanjung saja. Ia tidak membawa apa-apa kesan terhadap perjalanan

pentadbiran harta pusaka di Mahkamah Syariah Sabah sebagaimana yang berlaku dalam kes

Amanah Raya Berhad lwn Ag Damit bin Ag Tengah & 3 Yang lain.54

Ini kerana, akta

berkenaan tidak terpakai bagi Sabah. Tambahan lagi, tidak ada unit khusus sebagaimana di

negeri-negeri di Semenanjung Malaysia yang mengeluarkan perintah pembahagian harta

pusaka seperti Unit Pembahagian Pusaka Kecil, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian di

Sabah. Yang ada di Sabah hanyalah Amanah Raya Berhad (ARB) yang sememangnya diberi

kuasa di bawah Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akta 532). Bagaimanapun, amalan

ketika ini ialah ARB masih perlu mendapatkan perintah perlantikan sebagai pentadbir,

pemegang amanah (trustee), perakuan atau pengesahan waris dan penyata faraid daripada

Mahkamah Syariah.55

Kaedah Pembahagian Harta Pusaka (Mahkamah Syariah) Sabah perlu diwujudkan. Usaha

terdahulu oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah membuat Deraf Kaedah yang telah

dijadikan sebagai garis panduan ketika ini perlu diwartakan dengan membuat beberapa

penambah baikan sesuai dengan keadaan semasa. Bagi memperkemaskan pentadbiran harta

pusaka orang-orang Islam, satu undang-undang khas yang dinamakan Enakmen Probate dan

Pentadbiran Harta Pusaka Islam di Sabah diwujudkan.

54

Amanah Raya Berhad lwn Ag Damit Ag Tengah, A.K Ahmad Shah bin Pg. Mohd Yusof, A.K Othman Shah bin Pg Mohd Yussof & Karambunai Resort Sdn Bhd [Semakan No: 12000-003-003-2009]. 55

Penulis berterimakasih atas maklumat yang diberikan Usman bin Hamid, Pengarah Amanah Raya Berhad Sabah kepada Penulis pada 18 Mac 2015 di Kota Kinabalu.

Page 30: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN

Selain daripada itu, perlulah diwujudkan peruntukan pada Probate and Administration

Ordinance 1948 (CAP 109) tersebut bagi menyingkirkan pemakaian Ordinance berkenaan ke

atas orang Islam. Hal ini akan lebih selari dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan

sebagaimana dalam Perkara 121(1A) pada tahun 1988 yang jelas menyingkirkan bidangkuasa

Mahkamah Sivil untuk mendengar dan memutuskan apa-apa perkara yang berada di bawah

bidang kuasa Mahkamah Syariah. Hal ini juga selari dengan kewujudan Seksyen 9 Enakmen

Mahkamah Anak Negeri 1992 yang begi jelas menghalang Mahkamah Anak Negeri dari

mendengar dan memutuskan apa-apa perkara yang berada dalam bidang kuasa Mahkamah

Syariah dan Mahkamah Sivil.

Selain itu, peruntukan berkenaan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah perlu

diperkemaskan lagi dengan memasukkan terus perkataan “pentadbir” dalam Seksyen 11

Enakmen Mahkamah Syariah 2004. Perkataan Wasi pula perlu diberikan tafsiran khas dalam

Seksyen 2 Enakmen berkenaan sebagaimana yang terdapat dalam Enakmen Wasiat Orang

Islam Selangor dan Akta Undang-Undang Sivil 1956 bagi mengelak pelbagai tafsiran yang

mengelirukan.

PENUTUP

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa pentadbiran harta pusaka orang Islam dalam satu institusi

seperti Mahkamah Syariah memberi manfaat yang besar kepada orang Islam. Di samping

memperlihatkan peranan dan wibawa yang setanding dengan Mahkamah Sivil, keadaan ini

juga sebenarnya seimbang dengan usaha kerajaan bagi mengujudkan 5 peringkat Mahkamah

Syariah ketika ini. Dengan fungsi dan kes-kes yang tentunya akan bertambah banyak apabila

pengurusan pentadbiran harta pusaka orang Islam diserahkan sepenuhnya kepada Mahkamah

Syariah, kewujudan dua lagi peringkat Mahkamah Syariah pada masa hadapan dilihat mampu

menangani penyelesaian kes yang tentunya mempunyai pelbagai isu fakta dan perundangan.

Semoga tulisan ini membuka ruang yang lebih luas kepada penulisan perkembangan

pentadbiran undang-undang Islam di Sabah khususnya dalam konteks pewarisan harta pusaka

orang-orang Islam. Hanya kepada Allah diserahkan segala urusan. Wallahu a’lam.

Page 31: PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI  · PDF filePENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH Oleh: Ahadin bin Arinen1 PENGENALAN