pengenalan (esei)

Upload: joan-ng

Post on 10-Mar-2016

244 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Proposal

TRANSCRIPT

1.0 TAJUK KAJIAN (SEBAB-SEBAB PENENTANGAN PEJUANG TERHADAP KUASA ASING DI NEGERI KEDAH)1.1 LATAR BELAKANG KAJIANTanah Melayu merupakan kawasan yang strategik yang berada di tengah-tengah jalan perdagangan antara timur dan barat. Sumber alam semulajadinya yang melimpah luah seperti rempah, bijih timah dan hasil-hasil hutan menarik minat kuasa asing dari Eropah untuk menguasainya. Sebagai contohnya, Negara Portugis, Belanda, British dan Jepun adalah kuasa-kuasa asing yang telah menjajah Tanah Melayu dan mengaut hasil bumi Tanah Melayu untuk kepentingan mereka. British merupakan salah satu negara penjajah yang paling banyak meninggalkan kesan ke atas sosio budaya di Tanah Melayu. Penentangan yang berlaku sepanjang abad ke-19 hingga abad ke-20 memperlihatkan bentuk bantahan terhadap penguasaan kuasa asing disebabkan kehiangan kuasa pentadbiran dan politik serta ancaman terhadap ajaran Islam dan adat istiadat tempatan. Negeri-negeri yang telah dijajah adalah Kedah, Perak, Selangor, Pahang dan lain-lain. Negeri-negeri ini kebanyakan ditipu oleh British dan dikena rampas kuasa mutlak mereka dalam pentadbiran. Salah satu negeri yang dijajah oleh British disebabkan pertelingkahan antara saudara tentang kuasa ialah Negeri Kedah. Negeri Kedah yang dikenali sebagai Kedah Darul Aman yang kedudukan ilmu alamnya yang begitu strategik di rantau ini. Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km2 (lihat peta). Tanah besar mempunyai rupa bumi yang agak rata, yang digunakan untuk menanam padi.

2.0 PERMASALAHAN KAJIANKajian ini dibuat berdasarkan sumber-sumber yang berbentuk dokumentasi, gambar, dan temu bual. Masalah yang dihadapi semasa membuat kajian ini adalah ketepatan sumber yang dicari dan dijumpai. Hal ini kerana sumber-sumber yang didapati bukan semuanya terdapat bukti atau bahan sokongan yang dapat menyokong ketepatan sumber tersebut. Sebagai contohnya, temu bual dengan orang yang berkaitan tentang peristiwa pejuang terhadap kuasa asing boleh dikatakan sumber yang kurang tepat. Hal ini kerana ingatan orang sumber tersebut mungkin akan mengundur atau kabur mengikut sepanjang masa yang lalu. Oleh itu, ia akan merumitkan proses kajian ini dijalankan. Jadi, penyelidik kajian haruslah mencari bukti untuk menyokong sumber yang didapati dengan teliti, supaya ia dapat memberi satu pengetahuan tentang sejarah yang berlaku di negara kepada generasi akan datang.

3.0 TINJAUAN KAJIAN LEPASDalam buku History of Bidayuh in Kuching Division, Chang Pat Foh (2002) telah memberi sedikit penerangan tentang penentang pejuang di Tanah Melayu . Pada abad ke-19 hingga ke-20, masyarakat tempatan telah bangun menentang kuasa asing di negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak[footnoteRef:1]. Penentangan yang berlaku sepanjang abad ke-19 hingga abad ke-20 dapat dilihatkan dalam bentuk bantahan terhadap penguasaan kuasa asing disebabkan kehilangan kuasa pentadbiran dan politik serta ancaman terhadap ajaran Islam dan adat istiadat tempatan[footnoteRef:2]. [1: Chang Pat Foh (2002), History of Bidayuh in Kuching Division] [2: http://mohammadia5193.blogspot.my/2015/07/2_8.html]

Selain itu, dalam jurnal Perjanjian 1888 : Suatu Harapan dan Kekecewaan yang ditulis oleh Ismail Bin Haji Awang Nordin, Di negeri Kedah juga menghadapi masalah yang sama seperti negeri lain. Kuasa pemerintahan Sultan dirampas oleh kuasa asing dan hanya meninggalkan kuasa untuk agama Islam. Dalam aspek politik ini, golongan pembesar merupakan orang kanan raja atau sultan bagi setiap negeri Melayu[footnoteRef:3]. Biasanya sultan akan melantik pembesar untuk menjalankan tugas pentadbiran. Golongan pembesar menduduki hieraki kedua dalam struktur pentadbiran negeri Melayu dan mereka akan menjadi penasihat kepada raja dalam hal pemerintahan negeri[footnoteRef:4]. [3: Ismail Bin Haji Awang Nordin, Perjanjian 1888 : Suatu Harapan dan Kekecewaan] [4: http://minitcurai.blogspot.my/search?updated-min=2011-01-01T00:00:00-08:00&updated- max=2012-01-01T00:00:00-08:00&max-results=8]

Pembesar mempunyai tugas untuk menasihati sultan berkaitan dengan penghakiman terhadap kesalahan-kesalahan jenayah dan sivil. Pembesar akan melaporkan kepada sultan berkaitan dengan semua perkara yang berlaku di daerah jajahannya, malah segala amanat daripada sultan akan disampaikan oleh pembesar kepada anak-anak buahnya dalam daerah jajahannya. Tetapi perubahan pemerintahan sultan dikurang telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pembesar. Sebagai contohnya, Kedah di bawah pimpinan Sultan Ahmad Tajuddin menentang penjajahan Siam ini dengan hebat. Perang pembebasan Kedah ini melibatkan Tunku Abdullah, Tunku Kudin, Tunku Long dan Tunku Muhammad Saad. Di negeri Kedah, kegiatan pertanian dan perlombongan adalah kegiatan ekonomi utama dalam kalangan rakyat. Sebagai contonhya, kegiatan ekonomi sepereti pertanian, perikanan dan pembuatan kraf tangan dijalakanka secara kecil-kecilan ataupun sara diri. Terdapat juga pelbagai jenis hasil pertanian akan berkumpul di lembah sungai. Kawasan untuk tanaman pertanian lebih bertumpu di kawasan delta sungai, di Kedah dan Kelantan. Hal ini kerana tanah di sekelilingnya subur dan terdapat sumber air.Selain daripada pertanian, perlombongan juga salah satu kegiatan ekonomi untuk dijalankan sebagai satu kegiatan ekonomi untuk keluarga yang berhidup sederhana. Mereka juga menggunakan kaedah mendulang atau melampan untuk melombong. Disebabkan kedua-dua kegiatan ini, ia dapat membantu ekonomi negeri Kedah meningkat dengan cepat. Ia juga membawa kelemahan kepada negeri, kerana ia menarik perhatian pendatang-pendatang kuasa asing seperti British, Jepun, Portugis dan lain-lain berebut untuk menguasai ekonomi dengan sepenuhnya[footnoteRef:5]. [5: http://www.slideshare.net/booluckmie/bab-3-sebab-dan-bentuk-penentangan]

Penentangan penduduk terhadap penjajah terdapat bahagi kepada beberapa peringkat iaitu peringkat awal penentangan bersenjata dan peringkat keseluruhan yang mengakibatkan isu dan media tertentu. Pada peringkat awal, rakyat negeri Kedah mencetuskan peperangan dengan penjajah untuk bercadang menghalaukan mereka keluar dari negeri Kedah. Tetapi akhirnya gagal, kerana pihak British telah menggunakan cara tertentu dapat menewaskan rancangan pemberontakan rakyat negeri Kedah[footnoteRef:6]. [6: http://journalarticle.ukm.my/515/1/1.pdf]

Dari segi agama, kuasa asing seperti British menyebarkan agama Kristian untuk menarik lebih banyak penduduk menganut agama Kristian. Kuasa barat juga mempunyai keyakinan yang sama dengan menggunakan ungkapan tugas untuk menyebarkan dan mengembangkan Agama Kristian di Asia Tenggara dan hasilnya ramai penduduk di tanah jajahan menganut agama ini, berdasarkan 3G iaitu Gold, Gosper, and Glory. Di samping itu, campur tangan dalam adat istiadat orang Melayu juga menambahkan kemarahan kepada pembesar Melayu[footnoteRef:7]. [7: http://www.slideshare.net/fussymessy/perjuangan-mendaulatkan-kedah]

4.0 OBJEKTIF KAJIAN1. Mengenalpasti sebab-sebab penentangan pejuang terhadap kuasa asing di negeri Kedah. 2. Meneliti sebab-sebab penentangan pejuang terhadap kuasa asing di negeri Kedah berdasarkan faktor politik, ekonomi dan sosial.3. Mengkaji cara-cara penentangan pejuang terhadap kuasa asing di negeri kedah.

5.0 Persoalan Kajian1. Apakah sebab-sebab penentangan pejuang terhadap kuasa asing dari segi latar belakang negeri Kedah?2. Sejauhmanakah faktor politik, ekonomi dan sosial dapat menarik kedatangan kuasa asing ke negeri Kedah?3. Bagaimanakah cara pejuang-pejuang menentang kuasa asing di negeri Kedah?

6.0 Skop dan Batasan KajianDalam penyelidikan kajian sejarah, penyelidik haruslah menetapkan satu skop dan batasan tentang tajuk penyelidikan kajian. Sebagai contoh, penyelidik boleh mengkaji tentang sebab-sebab penentangan pejuang terhadap kuasa asing dari segi politik. Berdasarkan skop yang ditetapkan, penyelidik boleh mencari maklumat atau sumber yang berkaitan dengan skop tersebut.Skop kajian yang ditentukan oleh penyelidik, penyelidik hendaklah jelas dengan batasan kajian tersebut supaya tidak mewujudkan persoalan yang tidak berkaitan dengan skop yang ditentukan.

7.0 Metodologi KajianMetodologi kajian termasuklah perpustakaan, internet, jurnal, maklumat dari Arkib dan buku sejarah.

8.0 Kepentingan KajianHasil kajian ini diwujudkan supaya dapat memberikan maklumat yang tepat mengenai sejarah penentangan di Kedah dapat memberi satu pengingatan kepada generasi seterusnya untuk mengelakkan peristiwa sejarah berlaku semula.Pada abad ke-19 hingga abad ke-20, masyarakat tempatan telah bangun menentang kuasa asing di negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak. Penentangan yang berlaku sepanjang abad ke-19 hingga abad ke-20 memperlihatkan bentuk bantahan terhadap penguasaan kuasa asing disebabkan kehilangan kuasa pentadbiran dan politik serta ancaman terhadap ajaran Islam dan adat istiadat tempatan. Berdasarkan pernyataan di atas, penyelidik boleh mencari sumber-sumber yang menunjukkan sebab-sebab pemerintah yang kehilangan kuasa pentadbiran dan politik seperti perjanjian-perjanjian yang ditandatangani oleh pemerintah atau sultan.Penyelidik bolehlah menguji sumber dengan menggunkan sumber-sumber sejarah yang dinyatakan di atas untuk mengesahkan kebenaran tentang kajian yang dibuatnya. Selain itu, kita boleh menggunakan cara interpretasi untuk mengenalpasti dengan kesahan sumber yang terdapat dan menafsirkan maklumat yang kita dapati tersebut sebelum menulis dalam buku.

9.0 Pembahagian Bab

Bab 2 Mengisahkan peristiwa yang berlaku sepanjang penjajahan kuasa asing di negeri Kedah.Bab 3 Mengkaji Sebab-sebab penentangan pejuang terhadap kuasa asing di negeri kedah.Bab 4 Menerangkan cara-cara pejuang menentang penjajah sepanjang penjajahan kuasa asing di negeri Kedah.Bab 5 Menerangkan nasionalisme yang dilakukan oleh rakyat-rakyat negeri Kedah dan menjadikannya sebagai pengajaran.

PenutupSecara keseluruhannya, zaman penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu khususnya British mendapat tentangan yang hebat daripada penduduk tempatan. Segala pembaharuan yang dilakukan oleh British telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan penduduk tempatan. Oleh yang demikian, hal ini menimbulkan satu kesedaran dan semangat nasionalisme di kalangan rakyat untuk membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman kuasa asing. Walaubagamanapun penentangan yang dilakukan oleh penduduk tempatan tidak dapat menandingi kekuatan pihak British. Tetapi rakyat tempatan tidak berputus asa untuk menghalau British dengan pelbagai usaha khususnya dalam meningkatkan kesedaran dan semangat nasionalisme di kalangan penduduk Tanah Melayu sehinggalah akhirnya Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.Berdasarkan pernyataan di atas, kita haruslah mengingat pengajaran ini buat selama-lamanya. Sebagai penyelidik sejarah, kita perlulah menggunakan cara-cara tertentu untuk meneroka tentang peristiwa sejarah yang tepat dan benar. Tujuannya adalah untuk memberitahu kepada generasi seterusnya mengenai betapa susahnya pemimpin kita untuk menghalau penjajah dari negara kita.