tugasan esei ilmiah
DESCRIPTION
PRINSIP PENGAJARAN PENULISANTRANSCRIPT
-
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015
KRB 3013: PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
TAJUK ESEI ILMIAH
DISEDIAKAN OLEH
NAMA
NO. MATRIK
NOORLIES BINTI SUKUR
D20112054887
KUMPULAN: UPSI30 (A141PJJ)
NAMA TUTOR E-LEARNING: PUAN NOREHA BINTI MOHD YUSOF
TARIKH SERAH: 16 NOVEMBER 2014
JELASKAN PERINGKAT PENGAJARAN
PEMARKAHAN
-
KRB3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
2
BIL
ISI KANDUNGAN
HALAMAN
1.0
PENGENALAN
3
2.0
TEORI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK
PENGAJARAN PENULISAN
4 - 12
3.0
PERINGKAT PENGAJARAN PENULISAN
13 - 16
4.0
PENGAJARAN PENULISAN BERDASARKAN GAMBAR
17 21
5.0
KESIMPULAN
22
6.0
RUJUKAN
23
7.0
LAMPIRAN
-
KRB3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
3
1.0 PENGENALAN
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996,
Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa
Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat di Malaysia.
Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang
mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada
semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu
wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk dimartabatkan dan diperluas
ke peringkat antarabangsa menerusi teknologi maklumat dan komunikasi.
Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid menguasai
kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara
betul dan tepat. Murid mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau
mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah merangkumi kemahiran
bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran
Menulis. Penumpuan pada kemahiran-kemahiran ini membolehkan murid menggunakan
bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk
pembelajaran seumur hidup. Pendidikan Bahasa Melayu juga memberikan pertimbangan
terhadap pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza antara satu sama
lain di kalangan murid dengan menekankan pembelajaran masteri dan penerapan kemahiran
bernilai tambah.
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat
dalam mengeluarkan idea dalam pelbagai jenis penulisan sama ada berkaitan dengan
pengetahuan dan pengalaman kreatif atau bukan kreatif. Penggunaan ayat yang gramatis,
tanda baca dan predikat yang betul di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas serta
ejaan yang betul.
-
KRB3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
4
2.0 TEORI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
PENULISAN
2.1 DEFINISI DAN TEORI PENGAJARAN PENULISAN
Menulis adalah proses merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea,
pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan. Ia dilakukan untuk
membolehkan kita berhubung dengan orang lain atau dengan diri sendiri. Tulisan adalah
bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semula ia
dikatakan bahasa.
Menulis adalah proses memberikan simbol-simbol grafik kepada lambang-lambang bahasa
dengan menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang
mengikut peraturan-peraturan tertentu. Ia akan mewujudkan satu wacana yang dapat
menzahirkan satu pelahiran idea yang jelas dan tersusun.
Walshe, R.D. (1981) pula menyebut:
Writing is the process of selecting, combining, arranging and developing ideas in effective
sentences, paragraphs, and often, longer units of discourse.
Menulis merupakan proses penghasilan pertuturan simbol-simbol grafik yang disusun
berdasarkan sistem yang membentuk perkataan yang seterusnya disusun menjadi ayat-ayat.
Ayat-ayat yang disusun itu ada kalanya panjang dan ada kalanya pendek berdasarkan
beberapa urutan bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan bahan-bahan bercetak.
Menulis adalah satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat
dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentuk
grafik. Ia adalah penglahiran perasaan, fikiran dan idea yang disusun hingga melambangkan
bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.
Don Bryne (1979:1) menyatakan bahawa menggunakan simbol-simbol grafik semasa
menulis, iaitu penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan
lambang-lambang bunyi yang kita ucapkan semasa kita bercakap,
When we write, we use graphic symbols, that is letter or combination of letters which
relate to the sounds we make when we speak.
Konsep menulis ialah di mana kemahiran murid berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah
idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid perlu menguasai struktur
karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.
Menurut Kamus Dewan (2007), pendekatan dapat didefinisikan sebagaisatu kaedah atau cara,
-
KRB3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
5
langkah-langkah yang boleh diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas. Kamarudin
Hj. Husin (1988), mendefinisikan pendekatan sebagai satu kumpulan andaian yang saling
berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa.
Edward M. Anthony (1963), berpendapat bahawa pendekatan ialah satu set andaian yang
saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur
aksiomatik.
2.2 PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENULISAN
2.2.1 DEFINISI PENDEKATAN PENGAJARAN
Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau
memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa
mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Menurut Parera (1986), mengatakan bahawa
pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama
yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan
menjadi asas kepada sesuatu huraian). Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya
berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih
biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.
Mok Soon Sang (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata
pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu matapelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi
ia merupakan satu set teori yang sistematik.
2.2.2 DEFINISI KAEDAH PENGAJARAN
Kaedah bermaksud cara atau peraturan membuat sesuatu . Ada dua perkataan yang hampir-
hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia memang tergolong dalam kaedah juga, iaitu
teknik dan pendekatan. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan
mencapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek.
Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah
penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992).
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke
arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.
-
KRB3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
6
Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan
untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada
murid bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Melihat kepada contoh-
contoh yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok Soon Seng (1992),
Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin
(1987), nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah,
demonstrasi, Socrates, simulasi, inkuiri penemuan, Forebel dan sebagainya.
Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang
mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula
mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah
tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai
objektif pengajaran.
Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu
sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tiandakan dan
aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada murid bagi mencapai objektif
pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas,
seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain.
Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata
pelajaran bagi semua murid dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan
masa, tempat dan murid. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik,
yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan murid.
An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan
yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman murid yang diajar, malah yang memberi
kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan murid. Dengan cara ini murid akan memberi
tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih
lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan
teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih
dan menarik.
-
KRB3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
7
Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang
tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak
dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting
dalam setiap aktiviti pengajaran.
2.2.3 DEFINISI TEKNIK PENGAJARAN
Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam
sesuatu kaedah. Teknik ialah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-
mengarang dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi ketiga). Edward M. Anthony (1963),
mendefinisikan teknik sebagai satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh
guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian
bahasa tertentu. Beliau juga mengatakan bahawa teknik ialah kemahiran guru yang digunakan
untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolaan dan
pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru
mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa,
maka itu satu teknik. Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz
Al-Qur`an dengan mendengar bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik.Kamarudin
Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1988), berpendapat bahawa teknik pengajaran ialah
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah dimana ia
digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai
teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu
akan tidak berhasil.
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-
bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah
sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
Kesimpulannya, pendekatan adalah bersifat aksiomatik dan menggambarkan hakikat bahasa
dan proses belajar bahasa yang dijadikan landasan untuk menyusun kaedah mengajar. Kaedah
pula adalah bersifat prosedur dan teknik merupakan perlaksanaan kaedah dalam kelas.
Hubungkait di antara tiga aspek ini memastikan kejayaan dan keberkesanan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang.
-
KRB3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
8
2.3 PENDEKATAN PENGAJARAN PENULISAN RAIMES
Pelbagai pendekatan, kaedah, dan teknik dapat digunakan dalam pengajaran aspek-aspek
bahasa. Tidak ada satu pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan di dalam
bilik darjah, melainkan masing-masing perlu disesuaikan dengan topik penulisan yang
hendak diajar. Ini bergantung kepada kebijaksanaan guru kerana yang penting ialah pelajar
dapat turut serta dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah.
Pengajaran dan pembelajaran mestilah berpusatkan pelajar. Pelajar perlu berperanan
sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru hendaklah bertindak sebagai
pemudah cara dalam membantu pelajar mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk
yang akan diajar.
Menurut Raimes, terdapat empat pendekatan yang boleh digunakan untuk pengajaran
penulisan wacana. Pendekatan-pendekatan tersebut ialah pendekatan terkawal, pendekatan
bebas, pendekatan pola perenggan dan pendekatan komunikatif. (dalam Juriah Long dan
rakan-rakan, 1990:214).
a) Pendekatan Terkawal.
Melalui pendekatan ini, guru dapat memandu dan mengawal pelajar daripada melakukan
kesalahan. Pada peringkat awal, guru mengawal secara menyeluruh. Namun begitu, pelajar
masih diberikan kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka
sendiri. Melalui pendekatan ini, murid-murid dielakkan daripada menlakukan kesalahan.
Sebagai contoh, bentuk-bentuk kawalan yang diberikan oleh guru adalah dengan
menyediakan sebuah penulisan yang menghendaki pelajar mengisi tempat-tempat kosong
dengan perkataan yang sesuai; guru memberikan senarai frasa yang berkaitan dengan sesuatu
topik dan pelajar perlu membina ayat untuk melengkapkan frasa; guru mengambil satu
petikan yang menggambarkan sesuatu kejadian atau peristiwa kemudian pelajar disuruh
menggambarkan semula keseluruhan pengalaman berdasarkan kejadian itu.
b) Pendekatan Bebas
Pendekatan ini memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat mereka
tentang sesuatu topik penulisan. Walau bagaimanapun, pendekatan ini hanya sesuai
digunakan bagi pelajar yang sudah dapat menguasai bahasa dengan baik.
Contohnya dalam pengajaran penulisan wacana yang ada hubung kait dengan masalah
-
KRB3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
9
pencemaran alam sekitar, guru boleh keratan-keratan akhbar dan majalah untuk ditunjukkan
kepada pelajar.Aktiviti perbincangan dan sumbang saran boleh dijalankan dimana murid
dapat memberikan pendapat melalui aktiviti tersebut. Dengan cara ini pelajar akan lebih
berminat, aktif dan dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan diri.
c) Pendekatan Komunikatif
Dell Hymes yang merupakan pengasas pendekatan ini antara lain menyatakan bahawa
kecekapan komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara naluri yang dimiliki oleh
seseorang pelajar, iaitu keupayaan pelajar mengguna dan memahami bahasa secara wajar
dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain dan jalinannya dengan
konteks sosial.
Pendekatan ini menegaskan tentang seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan tentang
struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang gramatis. Ini tidak bermakna dia
sudah dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan memandangkan kecekapan berbahasa
dan berkomunikasi itu juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya,
seperti aspek-aspek sosiolinguistik dan psikolinguistik.
Sebagai contoh, penulisan tentang kemajuan teknologi perubatan mestilah memasukkan kata
atau frasa yang ada hubung kait dengan teknologi tersebut, iaitu laras bahasa perubatan. Oleh
itu, pendekatan ini membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang sesuai untuk tujuan
berkomunikasi termasuk dalam penulisan.
Berdasarkan pendekatan ini, dapat dikatakan bahawa pelajar menulis adalah untuk dibaca
oleh orang lain atau masyarakat. Justeru, guru perlu memastikan dan menggalakkan pelajar
menulis sama seperti dalam situasi kehidupan seharian mereka. Dalam hal ini, guru harus
menyatakan kepada pelajar bahawa penulisan yang dihasilkan adalah untuk dinikmati oleh
pembaca termasuk penulisan pelajar lain di dalam bilik darjah.
d) Pendekatan Pola-perenggan.
Pendekatan ini mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik. Ini dapat melatih
pelajar supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dalam perenggan dengan kemas
dan teratur. Selain itu,pendekatan ini juga dapat membantu pelajar mengetahui cara-cara
-
KRB3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
10
meringkaskan penulisan dengan baik. Pendekatan ini sesuai digunakan untuk murid yang
sudah dapat menguasai kemahiran bahasa.
Antara latihan yang dapat diaplikasikan seperti latihan mengkaji contoh-contoh
perenggan yang baik, menyusun ayat-ayat yang disediakan guru dalam satu perenggan yang
kemas, pelajar mengenal pasti, memilih dan meninggalkan isi-isi untuk dimasukkan dalam
satu perenggan dan pelajar mencari isi penting dan isi bantu dalam sesuatu perenggan.
2.3.1 Kesesuaian Pendekatan Pengajaran Penulisan Raimes
Kaedah dan teknik pengajaran dalam bilik darjah amat penting untuk memastikan pelajar
dapat memahami dan mengaplikasi hasil daripada pengajaran yang dilaksanakan. Penulisan
wacana juga mempunyai banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan bagi memastikan
pelajar dapat menulis dengan baik. Namun, pendapat mengatakan bahawa tidak ada satu pun
pendekatan, kaedah, atau teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah kecuali
setiap pendekatan, kaedah dan teknik tersebut disesuaikan dengan tajuk penulisan yang
hendak diajar.
Setelah membuat pembacaan dan penelitian tentang pendekatan-pendekatan yang
telah diberikan oleh Raimes. Pendekatan-pendekatan tersebut ialah pendekatan terkawal,
pendekatan bebas, pendekatan komunikatif dan pendekatan pola-perenggan. Pendekatan-
pendekatan ini sesuai untuk digunakan dalam pengajaran penulisan. Kepelbagaian
pendekatan ini adalah untuk merangsang minat dan kebolehan murid. Ini kerana tidak ada
satu pun pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah
kerana setiap guru mempunyai pendekatan yang berbeza untuk menyampaikan sesuatu
pelajaran. Faktor pelajar juga mendorong seseorang guru untuk memilih dan menggunakan
pendekatan yang berlainan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat
diperhatikan kerana terdapat pelbagai tahap dan kemampuan serta pencapaian murid dalam
sesuatu kemahiran berbahasa. Ini kerana murid yang berbezatahap penguasaannya
memerlukan pendekatan yang berbeza.
Kemahiran menulis boleh diajar secara berperingkat-peringkat. Pada pendapat saya,
pendekatan terkawal dan pendekatan bebas amat sesuai digunakan oleh seseorang guru dalam
mengajar tentang aspek penulisan. Berdasarkan pendekatan Raimes, saya bersetuju dengan
pendekatan terkawal untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini
kerana pendekatan ini boleh membantu golongan pelajar yang agak lemah dan masih belum
-
KRB3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
11
menguasai kemahiran menulis karangan. Pendekatan terkawal merupakan satu pendekatan
yang digunakan bagi membantu murid-murid menimba pengalaman mengarang supaya
mereka biasa dengan struktur karangan. Menerusi pendekatan ini juga, guru memandu dan
mengawal pelajar daripada melakukan kesalahan. Selain itu, pendekatan ini dapat
mengelakkan murid-murid daripada melakukan kesalahan. Contohnya, murid-murid menulis
karangan dengan berpandukan sepenuhnya kepada bahan yang disediakan oleh guru iaitu
mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah disediakan
terlebih dahulu. Murid akan melengkapkan tempat-tempat kosong dengan menggunakan
jawapan yang telah disediakan. Melalui pendekatan terkawal, karangan disediakan oleh guru.
Penggunaan bahasa dan isi yang terdapat dalam Karangan Terkawal ditentukan oleh guru,
bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan. Karangan ini dapat membantu
murid mengeluarkan idea tanpa diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa.
Karangan jenis ini membantu murid memahami seterusnya menggalakkan murid supaya
bermotivasi untuk menulis sesebuah karangan. Contoh aktiviti-aktiviti bagi pendekatan
terkawal ialah menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayat sehingga
membentuk sebuah karangan yang lengkap, menyusun bahagian pendahuluan, bahagian isi
dan bahagian penutup untuk membentuk sebuah karangan yang lengkap berstruktur.
Pendekatan terkawal ini banyak membantu golongan pelajar yang agak lemah untuk
menguasai kemahiran-kemahiran menulis. Ini kerana urutan proses menulis karangan iaitu
daripada mudah kepada susah.Proses ini akan menggalakkan dan merangsang mereka untuk
belajar. Seterusnya mereka akan terus bermotivasi untuk terus belajar kerana aktiviti yang
dijalankan adalah bersesuaian dengan kebolehan mereka. Kesesuaian aktiviti pengajaran dan
pembelajaran kebolehan murid-murid akan merangsang minat dan semangat mereka untuk
terus belajar. Oleh yang demikian, seseorang guru berperanan untuk memberi bimbingan
kepada para pelajar supaya akan merasa gembira,berminat dan tidak mudah berasa jemu
dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang telah diamanahkan oleh guru mereka.
Melalui pendekatan ini juga, seseorang guru dapat menambahkan keyakinan diri murid-
muridnya, di mana mereka akan diberi peluang dan kebebasan untuk memilih perbendaharan
kata atau menggunakan struktur ayat mereka sendiri. Hal ini wujud selepas murid sudah
dapat menguasai kemahiran menulis. Contohnya, guru mengambil satu petikan yang
menggambarkan suatu kejadian atau peristiwa kemudian murid disuruh menggambarkan
-
KRB3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
12
semula keseluruhan pengalaman berdasarkan kejadian itu. Fenomena inia akan mencetuskan
percambahan idea dan merangsang minat murid untuk menulis.
Pendekatan ini juga sesuai digunakan untuk mengajar murid-murid yang menguasai
kemahiran bahasa dengan baik di mana mereka diberi kebebasan untuk mengemukakan idea
atau pendapat tentang isu-isu atau tajuk yang dibincangkan dengan menggunakan perkataan
sendiri. Ianya kurang sesuai digunakan untuk mengajar murid yang agak lemah dalam
kemahiran berbahasa. Pelajar juga akan dapat menggunakan pengetahuan sedia ada mereka
untuk mengemukakan pendapat yang bernas atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
Melalui pendekatan ini daya imaginasi dan pemikiran murid dapat ditingkatkan.Mereka boleh
menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kemampuan pelajar mencari dan
menyelesaikan masalah akan dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi para pelajar.
Situasi ini akan menggalakkan murid-murid supaya rajin membaca dan berusaha untuk
mencari maklumat melalui sumber-sumber yang ada, contohnya mendapatkan maklumat
daripada internet. Murid bebas untuk mendapatkan pelbagai maklumat daripada pelbagai
sumber.
Berdasarkan pendekatan bebas, murid-murid memainkan peranan yang penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kemahiran berbahasa. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator
untuk membimbing murid dalam mendapatkan maklumat. Murid bertindak aktif untuk
mendapatkan seberapa banyak maklumat berdasarkan topik yang akan diajar oleh guru
mereka pada hari tersebut. Contohnya, guru akan memberikan satu tajuk tentang
Pencemaran Alam Sekitar. Murid akan membentuk kumpulan dan mengadakan
sumbangsaran untuk mendapatkan maklumat-naklumat yang berkaitan dengan tajuk tersebut.
Setiap ahli kumpulan bebas untuk menyatakan idea dan pendapat masing-masing. Melalui
teknik perbincangan ini, percambahan idea dapat dijana dengan sebaik mungkin di mana
setiap ahli kumpulan berperanan mendapatkan sumber-sumber dengan menggunakan
majalah-majalah, surat khabar atau pun dengan menggunakan komputer untuk melayari
internet. Hasil perbincangan di dalam kumpulan kemudiannya di bentangkan kepada kelas.
Proses ini dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan diri seseorang murid untuk bercakap
di khalayak ramai.
-
KRB3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
13
3.0 PERINGKAT PENGAJARAN PENULISAN
Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat
danmengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang
gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Murid
juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan imaginatif.
Pengajaran-pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu:
(a) Peringkat pramenulis
(b) Peringkat mekanis
(c) Peringkat pelahiran
Peringkat Pramenulis
Peringkat pra menulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti
menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh ini
latihan otot otot tangan, jari dan mata serta koordinasi mata dan tangan diberi. Ia bertujuan
untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang
kemas dan jelas. Pelajaran tulisan haruslah dirancang secara sistematik dan bermula dengan
peringkat pra menulis. Ia melibatkan beberapa latihan:
a) Tangan
Mengenggam dan membuka tangan dilakukan beberapa kali
Menggengam dan meronyokkan kertas
Memegang benda-benda seperti pensel atau pembaris
Melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau tanah
Melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat.
Memasang butang atau mengikat tali kasut.
b) Latihan pergerakan mata
Menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka dan menyebut benda yang
ditunjuk oleh guru.
Melihat benda yang dipegang oleh guru dan dibawa ke kiri, ke kanan dan ke kiri.
Menyebut nama-nama benda kecil yang dipegang oleh guru.
-
KRB3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
14
c) Latihan koordinasi mata dan tangan
Menyusun benda mengikut golongan, bentuk warna dan ukuran
Mencantum bahagian-bahagian gambar yang terpotong
Mencantum titik
Mencantum arah jalan, memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa.
Mencari benda yang tersembunyi
Membentuk lukisan zig zag
Membentuk asas huruf dan nombor.
Membentuk bulatan di udara, di atas meja pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis.
Membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas.
Seterusnya, dalam peringkat mendirikan asas pula murid-murid sepatutnya telah faham
serta tahu cara memegang pensel, membentuk lambang dan sebagainya seperti yang
diajar dalam kemahiran pra menulis. Pada peringkat awal, dicadangkan murid
membentuk huruf di kertas kosong yang tidak mempunyai garisan. Setelah didapati
memuaskan barulah dilatih membentuk huruf pada halaman bergaris. Apabila murid
membentuk huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan. Ia harus bermula
daripada garisan yang lebar hingga kepada lembaran satu garis. Contohnya adalah dengan
melakukan aktiviti seperti:
(a) Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal
(b) Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua
(c) Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu
(d) Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara dengan cara yang betul untuk
mendapat keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam dan mudah
dibaca.
Peringkat Mekanis
Kemahiran menulis secara mekanis haruslah dikuasai pada peringkat awal supaya murid-
murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Aktiviti-aktiviti tulisn
seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf dan sebagainya adalah penting
kerana ia bertujuan memberi latihan dan pengalaman asas yang diperlukan supaya dapat
membantu murid-murid menguasai kemahiran menulis selanjutnya seperti kemahiran menulis
-
KRB3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
15
suku kata, perkataan, ayat dan sebagainya. Justeru, latihan-latihan mekanikal yang boleh
dijalankan untuk mendapatkan kemahiran tersebut ialah di antaranya melalui:
(a) Latihan pergerakan tangan, otot, jari dan membentuk atau membuat garisan-garisan,
bulatan, segi-segi, bentuk-bentuk awan larat dan sebagainya.
(b) Tunjukkan cara pergerakan tangan, tulisan di awangan, di pasir, papan tulis dan
sebagainya.
(c) Bermain, menyusun dan berlatih membentuk huruf dengan benda-benda seperti
plastisin.
(d) Melatih atau menunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat.
(e) Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong, jarak dan
kekemasan, kebersihan, dan lain-lain.
(f) Melatih menulis cepat, senang dan mudah dibaca.
(g) Melatih menulis dengan cantik.
Peringkat Pelahiran
Akhir sekali setelah menguasai peringkat mekanis, murid-murid patut digalakkan
melahirkan fikiran mereka secara bertulis. Cara-cara yang dicadangkan ialah bermula
daripada yang terkawal iaitu berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tempat
kosong, melengkapkan ayat-ayat dan perenggan sehingga murid-murid itu boleh
menghasilkan tulisan tanpa panduan. Di antara aktiviti-aktiviti menulis yang boleh
dijalankan ialah:
(a) Mengisi silang-kata
(b) Mengisi tempat kosong dalam ayat
(c) Melengkapkan ayat dengan menambah rangkai kata yang sesuai
(d) Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi
(e) Memanjangkan ayat dengan menambah rangkai kata yang sesuai
(f) Membentuk ayat bagi memudahkan cerita
(g) Menulis ayat berdasarkan gambar yang disediakan
(h) Menulis jawapan-jawapan kefahaman
(i) Menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan
(j) Menulis karangan daripada tajuk yang disediakan dan sebagainya dengan merujuk
sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.
-
KRB3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
16
Kemahiran penulisan untuk pelahiran pula biasanya dikuasai setelah kanak-kanak mendapat
kemahiran mekanis. Kemahiran ini banyak melibatkan mental. Latihan-latihan mental yang
boleh dijalankan untuk mendapat kemahiran ini ialah seperti:
(a) Latihan penyataan fikiran atau pendapat.
(b) Latihan penyataan perasaan.
(c) Latihan mengeluarkan pendapat yang tulen atau asli.
-
KRB3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
17
4.0 PENGAJARAN PENULISAN BERDASARKAN GAMBAR/VIDEO
Dalam merancang dan membentuk model pengajaran, terdapat kaedah dan teknik-teknik
yang boleh digunakan untuk memastikan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang. Kaedah pengajaran penulisan adalah cara atau langkah tentang kaedah bagi
seseorang guru menyampaikan isi pengajarannya berasaskan kemampuan dan pencapaian
murid-muridnya, dengan ini objektif pengajaran dapat dicapai.
Terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang dapat digunakan untuk mengajar penulisan.Teknik
ialah cara yang khusus yang dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran dan menjayakan
kaedah pengajaran. Antara teknik yang biasa digunakan dalam pengajaran ialah
penggabungjalinan teknik-teknik. Contohnya ialah teknik bercerita, perbincangan,soal jawab,
sumbang saran dan teknik menggunakan gambar.
4.1 Model Pengajaran Penulisan Kaedah Bergambar
Penggunaan kaedah ini bermaksud penulisan yang dihasilkan adalah berasaskan gambar iaitu
gambar bersiri, gambar tunggal atau video yang dilihat dan ditunjukkan. Kebiasaannya,
gambar bersiri akan digunakan sebagai bahan bantu mengajar dan peristiwa yang terdapat
dalam gambar-gambar itu akan dijadikan bahan penulisan. Murid dapat menggunakan
gambar-gambar tersebut untuk mendapatkan isi-isi tentang sesuatu tajuk karangan. Namun
begitu, kaedah ini juga dapat dilaksanakan menerusi teknik penyampaian dengan
menggunakan slaid atau paparan video di layar skrin.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dapat dijalankan di mana teknik slaid dan tayangan
video lebih menarik dan dapat menimbulkan minat pelajar. Ini kerana penggunaan slaid dan
tayangan video dapat merangsang minat murid. Kelainan yang ditunjukkan oleh guru akan
menceriakan dan menyeronokkan murid apatah lagi jika ditambah lagi dengan iringan irama
muzik yang bersesuaian, umpamanya tayangan video tentang Kesan-Kesan Buruk
Permainan Video Kepada Pelajar Sekolah. Namun, teknik slaid dan tayangan video
memerlukan peralatan yang tertentu. Jika menggunakan teknik ini, pelajar mesti mempunyai
daya ingatan yang kuat untuk mengingati gambar-gambar slaid atau video yang telah
ditonton.
-
KRB3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
18
Dalam menggunakan kaedah bergambar, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti
dalam menyampaikan pengajaran, iaitu:
Gambar yang digunakan mestilah sesuai sebagai bahan bantu mengajar dan tahap
peringkat pelajar, disamping tidak mengenepikan aspek kualiti gambar;
Guru mengarahkan pelajar meneliti gambar yang disediakan dan memikirkan perkara-
perkara yang dapat diperkatakan mengenainya;
Pelajar disuruh mencatat idea atau isi penting yang hendak diperkatakan berdasarkan
gambar yang dilihat;
Aktiviti sumbang saran dapat dijalankan, iaitu pelajar diberikan peluang menyuarakan
pendapat dan idea mereka secara lisan dan kemudian guru menulisnya pada papan tulis,
sambil menyemak kegramatisan ayat-ayat yang diutarakan. Guru mengadakan sesi
perbincangan dengan pelajar tentang isi-isi yang diberikan dan membuat rumusan tentang
penyusunan isi-isi penting dan pelajar menulis dengan berlandaskan perbincangan yang telah
dilakukan.
Teknik carta aliran agak bersistematik mengikut kronologi peristiwa. Teknik ini ada
persamaan dengan teknik gambar bersiri, bahawasanya setiap proses itu digantikan dengan
frasa-frasa yang menceritakan secara ringkas apa-apa yang berlaku pada setiap peringkat
yang dipaparkan.
Prosedur-prosedur atau peringkat-peringkat itu boleh ditunjukkan dengan menggunakan
penanda anak panah atau berbentuk paparan carta. Contohnya, carta aliran yang
memperlihatkan proses membuat produk makanan.
4.2 Cara Melaksanakan Model Pengajaran Penulisan Kaedah Bergambar/Video
Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, saya telah memilih dan membuat satu model
pengajaran penulisan yang menggunakan kaedah bergambar iaitu video. Pendekatan yang
saya gunakan ialah pendekatan bebas. Perincian model pengajaran tersebut adalah seperti
berikut :
-
KRB3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
19
Tajuk: Kesan-kesan Negatif Permainan Video Kepada Pelajar Sekolah.
Bahan Bantu Mengajar : Video Set Induksi
Langkah-langkah Pengajaran
Langkah 1 ( Penentuan Tajuk)
Guru memaparkan tayangan video di skrin. Gambar-gambar tersebut ialah terdiri daripada
gambar peralatan permainan video yang terdapat dipasaran, permainan video yang popular
pada masa kini dan impak daripada permainan video terhadap pelajar. Murid diminta meneliti
gambar dan menyatakan pendapat tentang gambar-gambar tersebut. Aktiviti perbincangan
dapat dijalankan untuk merangsang murid supaya menyuarakan pandangan masing-masing.
Guru mencatatkan kesan-kesan permainan video kepada pelajar sekolah yang disebutkan oleh
murid. Guru mengaitkan hasil perbincangan dengan tajuk yang akan diajar pada hari tersebut.
Langkah 2
Aktiviti dijalankan secara berkumpulan dimana murid-murid dibahagikan kepada beberapa
kumpulan kecil. Setiap kumpulan telah diberikan tajuk yang khusus untuk dibincangkan.
Contohnya Kumpulan A dan B akan membincangkan tentang jenis-jenis peralatan permainan
video yang terdapat di pasaran , Kumpulan C dan D membincangkan tentang permainan
video popular dalam kalangan pelajar sekolah dan kumpulan E dan F pula membincangkan
tentang kesan-kesan buruk permainan video kepada pelajar sekolah. Setiap kumpulan diminta
melantik seorang ketua dan seorang pencatat. Semua ahli dalam kumpulan diminta
memainkan peranan yang aktif semasa sesi perbincangan dijalankan. Setiap kumpulan
dibekalkan dengan peralatan menulis contohnya kertas mahjung dan pen marker. Mereka
diminta memberikan pendapat masing-masing. Murid perlu menyenaraikan kesan-kesan
buruk permainan video kepada pelajar sekolah dan langkah yang perlu diambil untuk
mengatasi masalah tersebut. Guru bertindak sebagai fasilitator semasa proses perbincangan
dijalankan dimana guru akan membantu kumpulan-kumpulan yang menghadapi masalah.
Guru akan mengingatkan tentang peruntukan masa supaya murid menumpukan perhatian dan
tidak membazirkan masa.
Langkah 3
Sesi pembentangan dijalankan. Setiap ketua kumpulan akan membentangkan hasil
perbincangan kumpulan mereka di hadapan kelas. Murid-murid yang lain diminta supaya
-
KRB3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
20
memberikan tumpuan dan mencatat isi-isi penting tersebut di dalam lembaran yang
diberikan.Setiap kumpulan diminta mencatat isi-isi yang diberikan oleh kumpulan yang lain
supaya tidak berlaku pertindihan idea dengan kumpulan mereka. Idea-idea yang diberikan
oleh kumpulan lain boleh digunakan untuk menambahkan isi-isi penting bagi kumpulan
mereka. Guru bertindak sebagai fasilitator dan memantau sesi pembentangan yang
dijalankan.
Langkah 4
Berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan, pemilihan fakta iaitu isi-isi penting yang berkaitan
dengan setiap kesan-kesan buruk permainan video dilakarkan dalam satu peta minda yang
menarik. Peta minda ini untuk dijadikan garis panduan semasa aktiviti menulis yang akan
dijalankan.
Langkah 5
Guru menerangkan tentang format penulisan yang baik. Di dalam penulisan yang baik,
penyusunan atau turutan pengolahan isi akan memastikan kesinambungan dan perkaitan
antara isi-isi dan idea-idea.Guru mengedarkan borang pengurusan grafik tentang format
penulisan yang baik. Contoh borang pengurusan grafik adalah seperti yang dilampirkan.
Langkah 6
Guru membimbing murid menulis rangka mengikut format penulisan rencana yang betul.
Guru menerangkan tentang aspek penulisan dan pembahagian markah dimana setiap isi atau
hujah perlu dihuraikan dan disertakan dengan contoh untuk mendapatkan markah yang baik.
Murid dibimbing untuk membuat rumusan tentang penyusunan isi-isi penting semasa menulis
karangan. Secara tidak langsung, guru boleh menerangkan tentang sistem bahasa contohnya,
penggunaan penanda wacana, penggunaan imbuhan, kata tugas dan lain-lain untuk
menghasilkan sesuatu penulisan yang baik.
Langkah 7
Murid diminta supaya menulis satu karangan yang bertajuk Kesan-kesan Negatif Permainan
Video Kepada Pelajar Sekolah. Isi-isi penting yang diperolehi hasil daripada aktiviti
perbincangan dikembangkan menjadi satu penulisan rencana. Murid diminta
mengembangkan isi-isi tersebut mengikut susunan. Guru mengingatkan murid supaya tidak
-
KRB3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
21
melakukan kesalahan-kesalahan semasa menulis contohnya penggunaan wacana yang tidak
bersesuaian dengan konteks, penggunaan tanda bacaan dan sebagainya.
Setelah siap, murid diminta melakukan penyemakan untuk memastikan semua isi-isi penting
yang terdapat dalam peta minda telah ditulis, menyemak kesalahan-kesalahan yang biasa
dilakukan, contohnya penggunaan huruf besar, penggunaan tanda bacaan dan sebagainya.
Langkah 8
Beberapa orang murid diminta membacakan karangan masing-masing. Murid-murid yang
lain diminta untuk mendengar dengan teliti dan mengenalpasti kesalahan-kesalahan yang
terdapat dalam karangan rakan-rakan mereka. Contohnya penggunaan penanda wacana,
imbuhan dan sebagainya. Guru akan membetulkan kesilapan tersebut dan menerangkan
penggunaan sesuatu perkataan atau ayat yang sepatutnya digunakan. Penulisan yang telah
siap dan telah disemak secara lisan akan dihantar kepada guru.
Langkah 9
Penulisan yang dihasilkan oleh murid akan disemak oleh guru dan akan diberikan semula
kepada murid. Murid dapat melihat kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam penulisan
mereka dan membuat pembetulan semula.
-
KRB3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
22
5.0 KESIMPULAN
Setelah membincangkan mengenai pendekatan, teori, kaedah, model dan teknik, dapatlah
dirumuskan bahawa pengetahuan secara holistik merupakan satu keperluan yang mendesak di
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran penulisan. Sememangnya, tiada pendekatan, kaedah
atau teknik khusus di dalam menghasilkan kualiti dan kuantiti cemerlang di dalam pengajaran
penulisan tetapi guru-guru mempunyai seleksi yang luas dengan kepelbagaian pendekatan
dan konsep yang telah dibincangkan di atas. Keutamaan adalah memastikan objektif
pengajaran berkesan mencapai matlamatnya.
Di antara ciri pengajaran berkesan ialah kepelbagaian penyampaian dan kejelasan
penyampaian oleh guru. Di antara objektif penulisan ialah memperkembangkan imaginasi
dan pemikiran kritis murid-murid di samping menyediakan murid-murid yang
berpengetahuan menyampaikan maksud melalui penulisan yang betul. Di samping
menitikberatkan proses penulisan yang sesuai, tidak ketinggalan juga ialah pemuliharaan
hukum bahasa baku yang melibatkan tatabahasa, ejaan, kosa kata serta sebutan yang betul di
dalam aktiviti menulis dan membaca.
Sebagai kesimpulannya, terhadap pelbagai kaedah yang perlu disesuaikan oleh guru-
guru di dalam proses pengjaran dan pembelajaran menulis karangan dan usaha mendapatkan
karangan yang cemerlang. Guru-guru harus jelas dengan objektif dan keupayaan murid-
murid ketika merangka sesuatu sekuen latihan yang hendak digunakan. Terdapat kaedah
yang mungkin sesuai untuk sesebuah sekolah berdasarkan latar belakang dan lokasi murid-
murid serta beberapa aspek lain yang perlu diambil kira.
-
KRB3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
23
6.0 RUJUKAN
Dr.Ali Mahmood (2009), HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu. Selangor:
Open University Malaysia.
Juriah Long, Raminah Hj. Sabran dan Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan mengajar Bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Kamarudin Hj. Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (2001). Sukatan Pelajaran Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Modul KRB 3023 Prinsip Pengajaran Penulisan Unit 1- Unit 5.
Raminah Hj. Sabran. (1993). Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Raminah Sabran & Rahim Syam. (1985). Kaedah pengajaran bahasa Malaysia. Petaling Jaya:
Fajar Bakti.
http://monazman.blogspot.com/2014/01/pengajaran-penulisan-efektif-di-sekolah.html#
http://retibasa.blogspot.com/2010/04/pengajaran-penulisan-berdasarkan-gambar.html
http://wajip.blogspot.com/2012/08/kemahiran-berbahasa-kemahiran-menulis.html
-
LAMPIRAN 1
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( BAHASA MALAYSIA TAHUN 5)
Tarikh : 02 April 2012
Hari : Isnin
Masa : 6.50 7.50 (60 Minit)
Kelas :Tahun 5 Arif
Bil Murid : 40 Orang
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tema : Teknologi Maklumat
Topik/ Tajuk : Kesan-kesan Negatif Permainan Video Kepada Pelajar Sekolah Penulisan Fakta/pendapat
Hasil Pembelajaran :1.2 Aras 2 (i) Mengemukakan soalan yang .relevan tentang topik yang
berkaitan
8.1 Aras 1(i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.
8.2 Aras 3 (i) Menulis fakta berdasarkan sesuatu tajuk dengan
menggunakan pelbagai jenis ayat.
9.3 Aras 1 (ii) Menyusun atur maklumat mengikut mengikut
keutamaan.
-
KRB3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
2
Objektif : Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat:
a. Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima isi penting berdasarkan tajuk yang diberi
b. Menulis karangan dengan format yang betul
c. Menghasilkan penulisan yang baik dari segi isi, struktur ayat, tatabahasa, ejaan, tanda
baca dan penggunaan hurup besar ditempat yang sesuai.
Pengetahuan sedia ada : Murid biasa bermain alat permainan video samada di
rumah mahupun di pusat-pusat siber.
Sistem bahasa : Tatabahasa kata nama, kata hubung,ayat majmuk,ayat penyata,tanda baca
Kosa kata - menyeramkan, menyeronokkan, kegilaan, popular
Pengisian Kurikulum : Ilmu PKJR/ Pendidikan Sivk dan Kewarganegaraan/ Kajian Tempatan/ Pendidikan Moral/ Pendidikan Agama
Nilai Berjimat cermat, menghargai masa, bijak membuat pilihan.
KBT- Kontekstual mengalipakasi, menghubungkait
Media Pengajaran : Kad Manila, Pentel Pen, Pelekat, Laptop, Skrin, Pembesar Suara
Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan
pembelajaran)
-
KRB3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
3
Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Aktiviti Guru Aktiviti Guru
Set Induksi
5 Minit
1.Bacaan doa
2.Mencungkil pengetahuan sedia ada
Murid diminta untuk membaca doa
penerang hati
Guru bersoaljawab dengan murid
tentang cara mereka menghabiskan
masa lapang.
Guru bertanya kepada murid tentang
perkara yang paling mereka gemari
semasa waktu lapang
Murid membaca doa penerang hati
secara serentak
Murid dijangka menjawab:
-bermain permainan video
-melayari internet
-bermain permainan computer
-berbasikal
-bermain bola
Murid bercerita tentang apa yang
mereka gemar lakukan apabila ada
masa lapang.(individu)
Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Langkah 1
(10 Minit)
1.Tayangan video kesan negatif
permainan video kepada pelajar
sekolah.
2.Mempelihatkan beberapa paparan
gambar.
Guru menayangkan video yang
memaparkan tentang permainan
video.
Guru mengajukan soalan:
1. Apa yang telah kamu lihat melalui
tayangan video yang dipertontonkan
sebentar tadi?
2.Apakah jenis-jenis permainan
video yang kamu lihat?
3.Apakah nama permainan video
yang paling digemari?
4.Yang mana satukah permainan
video yang paling kamu gemari?
5.Di manakah tempat yang
Murid menonton klip video
kemalangan jalan raya.
Murid-murid akan member reaksi
keatas soalan-soalan yang
diajukan.
Beberapa orang murid secara
individu diberi peluang untuk
menyatakan menjawab atau
menyatakan pendapat.
-
KRB3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
4
dikunjungi untuk bermain permainan
video?
6.Apakah kesan negatif permainan
video?
7. Patutkah permainan video
dijadikan sebagai hobi?Kenapa?
8. Kalau tidak setuju?Kenapa?
Langkah 2
(15 Minit)
Gambar rangsangan
(Permainan video)
Merangka karangan bertajuk:
Kesan Negatif Permainan Video Kepada Pelajar Sekolah
Guru memperlihatkan rakaman
video.
Guru Membahagikan murid kepada 6
kumpulan.
Kad Manila dan pentel pen diberi
kepada setiap kumpulan
Murid diarah menyenaraikan
isi/rangka karangan (Kumpulan)
1.Pendahuluan
-jenis alat permainan
2.Isi karangan
- nama permainan video
- permainan yang popular masa
kini.
3.Penutup
-kesan dan akibat bermain
permainan video
Murid memerhati dan memberi
reaksi
Murid bersedia menurut arahan
Setiap kumpulan bersedia dan
memulakan perbincangan dan
menyiapkan tugasan dalam tempoh
masa yang dinyatakan
-
KRB3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
5
Langkah 4
(10 Minit)
Melapor hasil kerja kumpulan
Seorang wakil kumpulan yang
dilantik dalam kumpulan akan
melaporkan hasil kerja mereka.
Pujian diberikan selepas selesai
pembentangan.
Wakil kumpulan dengan diiringi oleh
ahlinya melaporkan hasil
kerja masing-masing.
Rakan-rakan sekelas akan memberi
komen dan tepukan atas usaha kerja
sama dari kumpulan kerana berjaya
menyiapkan tugasan yang diberikan
dengan baik.
Langkah 5
(15 Minit)
Menulis karangan yang panjangnya
tidak kurang daripada 80 patah
perkataan.
Murid diminta menulis karangan
berdasarkan kerengka karangan yang
telah dihasilkan oleh kumpulan
masing-masing.
Guru membimbing murid terutama
yang berkaitan dengan kesalahan
perenggan,tatabahasa, ejaan, struktur
ayat, tanda baca dan penggunaan
tanda baca.
Catatan:
Murid yang lambat diberi peluang
untuk menyiapkan karangan di
rumah.(Kerja rumah)
Murid menulis karangan. (Individu)
Murid membuat pembetulan akan
kesilapan yang dilakukan.
Murid berhenti menulis. Murid yang
telah selesai mengarang
akan menghantar hasil kerja mereka
untuk penilaian guru.
Penutup
(5 Minit)
Menyanyi lagu permainan video
yang mereka gemari.
Lagu Dragon Ball Z Kai
Merumus isi pelajaran
Murid di minta berdiri dan menyanyi
lagu Dragon Ball Z Kai
Guru merumus isi pelajaran sebagai
penutup.
Murid menyanyi dengan penuh
bersemangat.
Murid memberi perhatian
-
KRB3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
6
Refleksi:
-
KRB3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
7
LAMPIRAN 2
VIDEO SET INDUKSI KESAN-KESAN NEGATIF PERMAINAN VIDEO KEPADA PELAJAR SEKOLAH
-Video ini dibangunkan sendiri oleh guru. Hyperlink boleh diklik melalui URL ini :
https://drive.google.com/file/d/0B-E2CTvDip3jZHcwN3JnTzFiY3c/view?usp=sharing