esei wawasan 2020

22
1 PENDAHULUAN Malaysia ialah sebuah negara sedang membangun yang telah mencapai kejayaan besar dalam pelbagai bidang, dan kini sedang berusaha menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Untuk menjadi sebuah negara dan masyarakat yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang, Malaysia perlu bijak mengurus kejayaannya agar ia dapat diperkulruh dan dipertingkatkan. Transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi, tetapi juga kemajuan dalam pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani. Fokus terpenting bagi pembangunan sedemikian ialah peningkatan dan pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya masyarakat. Hanya dengan demikian, barulah kejayaan yang dicapai dapat dilestarikan, kesejahteraan rakyat dapat dipelihara dan ditingkatkan. Dengan cara itu juga prasarana Dunia Pertama yang sudah pun terdapat di Malaysia tidak disia-siakan atau disalahgunakan, manakala sikap dan mentaliti Dunia Ketiga dapat dikikis. Oleh itu, Wawasan 2020 merupakan garis panduan menjadikan Malaysia Negara industri yang maju berasaskan acuan sendiri Wawasan 2020 ialah satu konsep yang dibentangkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad di Majlis Perdagangan Malaysia pada 28.2.1991. Didalam ucapan tersebut

Upload: mr-oyiez

Post on 11-Jun-2015

3.604 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

1PENDAHULUAN Malaysia ialah sebuah negara sedang membangun yang telah mencapai kejayaan besar dalam pelbagai bidang, dan kini sedang berusaha menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Untuk menjadi sebuah negara dan masyarakat yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang, Malaysia perlu bijak mengurus kejayaannya agar ia dapat diperkulruh dan dipertingkatkan. Transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi,

TRANSCRIPT

Page 1: esei wawasan 2020

1

PENDAHULUAN

Malaysia ialah sebuah negara sedang membangun yang telah mencapai kejayaan besar dalam

pelbagai bidang, dan kini sedang berusaha menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri

menjelang tahun 2020. Untuk menjadi sebuah negara dan masyarakat yang lebih cemerlang,

gemilang dan terbilang, Malaysia perlu bijak mengurus kejayaannya agar ia dapat diperkulruh

dan dipertingkatkan.

Transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan

ekonomi dan teknologi, tetapi juga kemajuan dalam pembangunan sosial, budaya, intelek dan

rohani. Fokus terpenting bagi pembangunan sedemikian ialah peningkatan dan pemantapan etika

dan integriti yang perlu menjadi budaya masyarakat. Hanya dengan demikian, barulah kejayaan

yang dicapai dapat dilestarikan, kesejahteraan rakyat dapat dipelihara dan ditingkatkan. Dengan

cara itu juga prasarana Dunia Pertama yang sudah pun terdapat di Malaysia tidak disia-siakan

atau disalahgunakan, manakala sikap dan mentaliti Dunia Ketiga dapat dikikis. Oleh itu,

Wawasan 2020 merupakan garis panduan menjadikan Malaysia Negara industri yang maju

berasaskan acuan sendiri

Wawasan 2020 ialah satu konsep yang dibentangkan oleh bekas Perdana Menteri

Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad di Majlis Perdagangan Malaysia pada 28.2.1991.

Didalam ucapan tersebut beliau telah menegaskan bahawa Matlamat Pembangunan Negara ialah

untuk menjadikan Malaysia;

“………………Sebagai sebuah negara industri” dan “…….…….. pembentukan sebuah Negara

Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020….. menurut acuan kita sendiri”.

Wawasan 2020 bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara

perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan

sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial,

kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga

melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial

dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

Page 2: esei wawasan 2020

2

APA ITU WAWASAN 2020?

Satu wawasan strategik jangka panjang sebagai arah dasar yang luas meliputi pelbagai aspek

berkaitan pembangunan negara dalam hubungan dengan perkembangan ekonomi dunia

keseluruhannya.Ia memberi arah tujuan dan sasaran negara untuk mencapai satu tahap negara

maju sepenuhnya dengan nilai-nilai positif yang sendiri dengan menetapkan satu jangka masa 30

tahun sebagai panduan untuk mencapai matlamat diatas.

Selain itu, ia memberikan fokus Nasional agar setiap penduduk negara termasuk

pemerintah dan rakyat dapat memberi satu penumpuan yang padu ke arah mencapai satu-satu

matlamat. Dengan adanya wawasan yang jelas dan diterima umum, kita berupaya untuk bergerak

ke hadapan dengan tumpuan yang lebih jelas, yakin dan serentak. Dengan maksud lain, kita akan

berusaha dan bertindak untuk mempengaruhi keadaan dan bukan keadaan yang mempengaruhi

kita.Ia juga adalah untuk mendapat perjanjian Nasional ’Kamus Dewan 1989’ memberikan

maksud perjanjian sebagai persetujuan bersama, kesepakatan pendirian atau permuafakatan. Ini

kerana Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum dan keadaan geografinya berlainan, sedikit

sebanyak terdapat pandangan berbeza dan menimbulkan perselisihan mengenai masa depan

negara. Negara akan bergerak lebih cergas lagi sekiranya satu perjanjian dapat diwujudkan.

Menyediakan garis panduan bagi agenda Pembangunan Nasional sebagai satu pandangan

jauh kehadapan, jelaslah bahawa ia merupakan satu arah aliran yang menjadi pelan induk dasar

pembangunan negara bukan sahaja dalam kontek pembangunan nasional malah juga dalam

kontek global yang meliputi perkembangan dunia dari masa kesemasa. Ringkasnya, wawasan ini

merupakan garispanduan utama bagi menetapkan Arah tujuan, Matlamat, Strategi, Jangka Masa

dan Menetapkan Pencapaian.

Page 3: esei wawasan 2020

3

MENGAPA TAHUN 2020?

Pembangunan satu generasi dalam era dunia tanpa sempadan dan persaingan yang pesat. Dalam

masa 30 tahun satu generasi baru akan dapat dibentuk sekiranya ia bermula dari sekarang.

Sekiranya mereka dibangun dari sekarang melalui rancangan dan persekitaran yang baik, mereka

berupaya memberi satu sumbangan yang bermakna kepada pembangunan negara.

Ia juga sebagai satu era pemisah pembangunan perindustrian dunia. Jangka masa 30

tahun ialah satu jangka masa yang munasabah dan praktikal dan matlamat yang akan ditetapkan

terutama matlamat pembangunan eknonomi memang merupakan satu matlamat yang munasabah

dicapai berasaskan kemajuan dan pembangunan yang telah kita capai setakat ini. Selain itu,

mengikut “Mega-Trend” dunia, dalam masa beberapa dekad akan datang pembangunan sains,

teknologi dan komunikasi akan mementukan tahap kedudukan satu-satu negara. Justeru itu amat

perlu bagi negara Malaysia menetapkan satu wawasan yang “ambitius’ tetapi munasabah agar

tidak ketinggalan didalam perkembangan dan aras pembangunan dunia sejagat.

Jangka masa yang munasabah dan praktikal. Ramai ahli-ahli fikir berpendapat dalam

beberapa dekad akan datang ialah satu masa yang menjadi garis pemisah sama sebuah negara itu

akan berjaya dalam pembangunan perindustrian atau tidak. Justeru itu kita perlu berusaha supaya

kita tidak termasuk dalam negara yang terus ketinggalan.

MATLAMAT WAWASAN 2020

Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis

Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan

2020. Pertama mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi

bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum hidup

dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan disokong oleh satu bangsa Malaysia

yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

Page 4: esei wawasan 2020

4

Kedua mewujudkan sebuah negara yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan

keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada, dengan apa yang di capai, gagah

menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia yang mudah di kenali dari sikap ingin

mencapai kecemerlang, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa dan

menghormati oleh rakyat negara lain.

Ketiga mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik dan mengamalkan satu

bentuk persefahaman matang iaitu, demokrasi masyarakat Malaysia yang boleh menjadi contoh

kepada banyak negara membangun. Keempat mewujudkan masyarakat yang bermoral dan

beretika, kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi.

Kelima mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur, di mana masyarakat

pelbagai kaum di Malaysia bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama

mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu Negara. Keenam

mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan

tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga

penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Ketujuh mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyanyangi. Iaitu satu sistem

sosial yang mana kepentingan masyarakat adalah lebih utama daripada diri sendiri yang mana

kebajikan insan tidak akan berkisar kepada orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem

keluarga yang kukuh.

Kelapan memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat

yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, yang mana wujud

perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat

sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan

kemunduran ekonomi berdasarkan kaum. Terakhir atau kesembilan ialah mewujudkan

masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh bersaing, dinamik, giat dan berdaya

tahan.

Page 5: esei wawasan 2020

5

STRATEGI PENGUKUHAN NILAI DAN ETIKA SEKTOR AWAM DAN SWASTA.

Kerajaan Malaysia sangat komited kepada usaha pembangunan negara secara total.

Dasar-dasar negara yang mencakupi bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan sosial telah

diperkenal dan dilaksanakan secara menyeluruh dan teratur. Kemajuan Malaysia masa kini

adalah hasil daripada perancangan yang teliti oleh pihak Kerajaan dan agensi-agensinya, pihak

swasta, serta pelbagai sektor masyarakat secara bersepadu dan berterusan.

Dalam wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 mengandungi aspirasi negara

ini untuk menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri serta cabaran-cabaran yang perlu

ditanganinya dalam usaha merealisasikan aspirasi itu. Prinsip dan semangat Perlembagaan

Persekutuan, Rukun Negara dan Wawasan 2020 menjadi asas pelbagai dasar dan strategi yang

dilaksanakan di Malaysia sehingga ke hari ini.

Oleh itu, kerajaan menyedari bahawa sektor awam merupakan instrumen terpenting

dalam pengurusan dan pentadbiran, penyampaian perkhidmatan dan pembangunan negara.

Justeru, pembudayaan etika dan integriti mestilah pada setiap masa diterjemahkan dalam semua

aspek pelaksanaan tugas dan tanggungjawab sektor ini. Penerapan, penghayatan dan pengamalan

nilai-nilai murni serta bersih daripada gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa perlu

sentiasa diperkukuhkan dan menjadi amalan berterusan, Oleh itu, Kerajaan telah memperkenal

dan melancarkan pelbagai program bagi memantap dan mempertingkatkan nilai-nilai murni dan

integriti perkhidmatan awam sejak kemerdekaan lagi. Walau bagaimanapun, usaha yang lebih

terfokus dilaksanakan sejak tahuntahun 1980an. Tumpuan diberikan kepada penghayatan konsep

'Bersih, Cekap dan Amanah', 'Penerapan Nilai-Nilai Islam', 'Budaya Kerja Berkualiti', 'Kod Etika

Kerja', 'Piagam Pelanggan' dan 'ISO 9000'.

Sektor swasta adalah pemacu pembangunan dan penjana pertumbuhan ekonomi

Malaysia. Isu utama mengenai integriti sektor swasta yang dititikberatkan dewasa ini ialah tadbir

urus korporat. Sifat ekonomi Malaysia yang terbuka dan kemakmuran ekonomi selama beberapa

dekad ini memberi peluang bukan sahaja kepada sektor swasta luar negara untuk beroperasi di

Page 6: esei wawasan 2020

6

negara ini. tetapi juga untuk sektor swasta dalam negeri beroperasi di pasaran global. Walau

bagaimanapun. beberapa peristiwa yang berlaku di peringkat dunia dan di dalam negeri dalam

tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan betapa pentingnya tadbir urus terbaik dijadikan

prinsip yang menjiwai syarikat serta membimbing perlakuan para pegawainya. Prinsip ini

menggariskan bagaimana para pegawai tersebut harus bertingkah laku dan bertanggungjawab

terhadap para pelabur dan pihak berkepentingan yang lain. Pelbagai skandal dan penyelewengan

yang melibatkan syarikat-syarikat antarabangsa dan tempatan menunjukkan betapa pentingnya

isu tadbir urus terbaik dilaksanakan

Salah satu masalah yang menjejaskan integriti sektor swasta ialah penglibatannya dengan

gejala rasuah. Sektor swasta kerap dilihat sebagai pemberi rasuah manakala penjawat awam

dilihat sebagai penerima rasuah. Walau bagaimanapun, gejala rasuah sama ada dalam bentuk

memberi dan menerima juga berlaku dalam sektor swasta. Memandangkan betapa seriusnya

masalah ini, satu konvensyen antarabangsa, iaitu Organization for Economic Cooperation

Development (OECD) Anti-Bribery Convention telah ditandatangani oleh 35 buah negara pada

1999 untuk menangani dan mencegah amalan pemberian rasuah oleh syarikat multinasional dan

meningkatkan integriti mereka.

Dalam memastikan penguatkuasaan usaha pencegahan rasuah, penyelewengan dan

salahguna kuasa, Kerajaan melalui Parlimen telah meluluskan Akta Pencegah Rasuah, 1961, bagi

menggantikan The Prevention of Corruption Ordinance 1950. Dalam tahun 1967, Badan

Pencegah Rasuah (BPR) telah ditubuhkan bertujuan menghapuskan rasuah, penyelewengan dan

salahguna kuasa. Dengan mengambil kira perkembangan dalam negeri dan antarabangsa, Akta

ini kemudian disemak pada tahun 1971 dan seterusnya dimansuhkan serta digantikan dengan

Akta Pencegahan Rasuah 1997. Sejak penubuhannya sehingga kini, BPR telah memainkan

peranan penting dalam memerangi rasuah, memelihara integriti pentadbiran Kerajaan dan

meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya rasuah, penyelewengan dan salahguna

kuasa.

Page 7: esei wawasan 2020

7

Kerajaan juga telah menubuhkan Biro Pengaduan Awam (SPA) sebagai salah satu

mekanisme dan saluran bagi orang ramai mengemukakan aduan mengenai salah tadbir,

salahguna kuasa dan penyelewengan dalam perkhidmatan awam. Jabatan Audit Negara dibentuk

untuk mengaudit Penyata Akaun Awam bagi memastikan pengurusan perbelanjaan, hasil dan

aset Kerajaan dilaksanakan secara berhemah mengikut undangundang dan peraturan. Manakala

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) ditubuhkan, antara

lain, sebagai peneraju pembaharuan pentadbiran dalam mewujudkan perkhidmatan awam yang

moden, cekap dan berkesan.

Bagi memantapkan keutuhan pengurusan dan pentadbiran, Kerajaan telah membentuk

Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK), Dengan

meletakkan isu keutuhan atau integriti pengurusan Kerajaan sebagai fokus utamanya. Pada masa

ini Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri. Langkah di peringkat

Kerajaan Pusat ini telah disusuli dengan pembentukan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan

(JKP) di peringkat persekutuan, negeri dan daerah. Dengan demikian keutuhan pengurusan

bukan sahaja menangani isu integriti peringkat teratas, tetapi juga jentera pentadbiran pelbagai

peringkat sehingga ke peringkat akar umbi.

Terdapat lapan terma rujukan yang menjadi panduan JKP, iaitu Perundangan. Sistem dan

Prosedur Kerja, Nilai-nilai Murni dan Etika, Kod Etika, Pengiktirafan. Kawalan Dalaman,

Tindakan Pengesanan dan Punitif, serta Tindakan Pemulihan. JKP merupakan suatu mekanisme

yang berstruktur dengan pelaporan berkala bertujuan memantapkan lagi keutuhan sistem

pengurusan pentadbiran Kerajaan Malaysia secara dalaman, menyeluruh, sistematik dan

berterusan.

Sementara Jawatankuasa Keutuhan pengurusan (JKP) merupakan mekanisme sektor

awam untuk menangani isu etika dan integriti dalam perkhidmatan awam dan Kerajaan, sektor

swasta tidak mempunyai mekanisme yang sama. Namun, satu langkah positif telah diambil oleh

Kementerian Kewangan dengan menubuhkan Jawatankuasa Kewangan Tingkat Tinggi (High

Level Finance Committee) pada 1998 sejurus selepas krisis kewangan 1998.

Page 8: esei wawasan 2020

8

Selain itu, satu himpunan etika dalam bidang perniagaan yang dikenali sebagai

Rukuniaga Malaysia juga telah digubal dan diterima pakai oleh Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sejak tahun 2002. Rukuniaga Malaysia menggariskan

enam prinsip dalam urusan perniagaan iaitu: Berlaku benar dalam amalan perniagaan;

Bertanggungjawab kepada pelanggan, masyarakat dan persekitaran; Berperikemanusiaan kepada

semua insan; Kesederhanaan tingkah laku dalam perniagaan; Saksama terhadap pelanggan; dan

Kesungguhan menjayakan perniagaan. Sebilangan syarikat telah menerima Rukuniaga Malaysia

sebagai pedoman dalam urusan perniagaan mereka.

Oleh itu, dalam usaha menjadi sebuah negara maju sepenuhnya seperti terkandung dalam

Wawasan 2020, adalah perlu untuk memupuk semangat identiti bersama dan bangga terhadap

negara berasaskan warisan dan pencapaian yang lepas serta meningkat dan mengoptimumkan

potensi yang sedia ada. Semangat identiti bersama dan berkongsi tujuan sangat penting dalam

usaha pembangunan nusa bangsa. Pemupukan nilai positif dan kepercayaan terhadap nilai moral

dan tingkah laku beretika sebagai satu cara hidup di kalangan rakyat akan terus menjadi asas

kepada kejayaan negara.

DASAR AWAM

Dasar awam merupakan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang

makmur lagi bersatupadu berasaskan system demokrasi dalam suasana Pembangunan yang

aman dalam mencapai wawasan 2020. Selain itu, untuk kesejahteraan rakyat.Dasar ini digubal

sesuai dengan ciriciri dan keunikan negara kita Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan,

pelbagai fahaman dan agama dan pelbagai kebudayaan.

Dasar Awam Negara diwujudkan adalah untuk memberi gambaran mengenai matlamat

dan keutamaan kerajaan. Ia juga mengandungi strategi dan program kearah pencapaian sesuatu

objektif mengapa ia diwujudkan. Antara dasar-dasar utamanya adalah Dasar-dasar Ekonomi,

Dasar-dasar Etika Kerja dan Dasar-dasar Luar.

Page 9: esei wawasan 2020

9

Antaranya ialah Dasar Persyarikatan Malaysia atau Malaysia Incorporated ini telah

pertama kalinya diutarakan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Sri Dr.Mahathir Mohamed di

waktu pelancaran Forum INTAN pada 25hb. Februari, 1983. Semenjak itu dasar ini telah banyak

diperbincangkan bukan sahaja oleh media massa tetapi juga oleh ahli-ahli politik, ahli-ahli

perniagaan, pegawai kerajaan dan juga golongan intelektual.  

Dalam sesebuah negara seperti Malaysia ini terdapat dua sektor utama yang akan

menentukan maju dan mundurnya negara ini, iaitu sektor swasta dan sektor awam. Kedua-dua

sektor ini seharusnya boleh bekerjasama dalam semua bidang untuk mencapai dan meningkatkan

pembangunan dan imej negara ke tahap yang lebih baik. Dilihat sekali imbas sektor swasta

adalah menjadi pendokong kepada aktiviti perdagangan dan ekonomi, manakala sektor awam

akan menyediakan dasar-dasar utama dan menentukan arah serta menyediakan perkhidmatan

sokongan yang tertentu kepada pihak swasta. Dengan ini pihak kerajaan atau awam

lebih merupakan pemberi perkhidmatan kepada syarikat dan perusahaan.

Keperluan kepada dasar Persyarikatan Malaysia ini wujud hasil dari kesedaran bahawa

pada masa ini terdapat beberapa perkara dan persoalan-persoalan pokok yang

menjadi berasingan atau bertentangan seperti soal matlamat organisasi, perhubungan peranan

dan peraturan di antara pihak awam dan swasta. Persyarikatan Malaysia bertujuan menwujudkan

satu kerjasama yang erat, bermakna dan berkesan di antara pihak sektor awam dengan pihak

swasta dalam menjayakan pembangunan negara yang akan membuahkan munafaat yang akan

dikecapi oleh kedua-dua pihak. Y.A.B. Perdana Menteri sendiri menerangkan konsep

Persyarikatan Malaysia memerlukan kedua-dua sektor menghapuskan sikap permusuhan dan

sebaliknya bersama berkongsi maklumat, tanggungjawab, cabaran serta memahami polisi,

Objektif dan prosedur-prosedur dalam usaha-usaha mempertingkatkan pembangunan sosial,

pentadbiran dan ekonomi negara. Hubungan kerjasama yang erat ini sebenarnya akan

menguntungkan semua pihak di mana dasar-dasar awam akan mudah difahami, dilaksana dan

diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Keuntungan yang diperolehi oleh sektor swasta pula

akan dapat dikecapi bersama-sama melalui cukai dan penglibatan sosial secara bersungguh-

sungguh oleh pihak swasta.  

Page 10: esei wawasan 2020

10

Dasar Persyarikatan Malaysia sebenarnya memerlukan perubahan sikap oleh kedua-dua

sektor awam dan swasta untuk memupuk persefahaman dan kerjasama yang lebih erat agar

kesejahteraan rakyat Malaysia akan dapat dipertingkatkan. Ianya timbul atas kesedaran bahawa

kedua-dua pihak sebenarnya adalah sehaluan untuk menjadikan negara ini lebih maju.     

Sesungguhnya potensi bagi ekonomi Malaysia bertambah maju amatlah besar sekali

memandangkan negara ini kaya dengan sumber asli yang seharusnya digemblengkan. Dasar

Persyarikatan Malaysia ialah untuk menggemblengkan sumber-sumber ini melalui kerjasama

yang padu di antara sektor awam dan sektor swasta. Sesungguhnya pelaksanaan Dasar

Persyarikatan Malaysia yang berkesan akan dapat memberi sumbangan yang besar ke arah

kejayaan lain-lain dasar awam negara seperti Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian

Negara, Penswastaan dan lain-lain.

Pendekatan Good Governance

Secara umum semua yang dilakukan oleh kerajaan adalah sangat membantu dalam

merealisasikan wawasan 2020. Sebagai sebuah gagasan Wawasan 2020 tiada etika atau

perjanjian tertentu yang terdapat dalam perlembagaan mahupun akta kerajaan, akan tetapi semua

pendekatan, dasar, percaturan dan strategi kerajaan akan sentiasa bersifat menjurus ke arah

Wawasan 2020. Ini dapat dilihat dengan jelas kepada contoh-contoh yang telah diambil dalam

penerangan di atas.

Bagaimana dikatakan strategi kerajaan bersifat good governance?. Perkara ini akan

dijelaskan dengan memahami erti good governance itu sendiri dimana merupakan sebahagian

daripada proses pembangunan yang bersifat berpatisipasi, ketelusan (transparency) dan

kebertanggungjawaban (accaountability) dalam karekter-karekternya yang tersendiri di mana

proses dan struktur membimbing hubungan politik dan sosio-ekonomi dan suara orang minority

lebih di dengari. Kesan dari wujudnya, timbulnya pelbagai maklumat yang baru dan teknologi

baru telah mnyumbangkan kepasa proses pembentukan keputusan yang baik di pelbagai

peringkat. Ianya akan lebih difahami dengan merujuk lapan karekter utama iaitu patisipasi,

undang-undang (rule of law), ketelusan (transparency), tindak balas (responsiveness),

Page 11: esei wawasan 2020

11

persetujuan umum (consensus oriented), keadilan (equity and inclusiveness), keberkesanan dan

keefisyenan (effectiveness and efficiency) dan kebertanggungjawaban (accaountability).

Bertunjangkan sifat-sifat inilah yang menunjukan bahawa strategi Wawasan 2020 yang

telah dilakukan mahupun akan dilakukan boleh dilihat dalam aspek governans. Partisipasi boleh

hadir dari semua peringkat umur, jantina tahap pendidikan dan kesemua masyarakat. Iainya juga

boleh dating secara terus melalui institusi kerajaan atau wakil-wakil rakyat. Ini kerana gagasan

Wawasan 2020 bukanlah usaha yang perlu diperjuangkan oleh kerajaan semata-mata tetapi

memerlukan keterlibatan kesemua sektor, semua lapisan masyarakat dan masyarakal sivil supaya

wawasan ini dapat direalisasikan. Ini sejajar dengan cabaran satu hingga lima yang termaktub

dalam cabaran-cabaran Wawasan 2020.

Rule of law juga merupakan sifat yang boleh membawa ke arah good governance yang

dipraktikan dalam strategi Wawasan 2020. Ia memerlukan kesamaan dalam rangka kerjayang sah

yang mana didalamnya tidak mempunyai unsur-unsur yang bercorak paksaan. Ia mengandungi

perlindungan yang sepenuhnya dalam hak asasimanusia. Ianya juga turut mempertahankan

system perundangan, keadilan bebas dari unsure karupsi dan juga bebas dari tekanan pihak polis.

Contoh yang paling terbaik ialah Pelan Integriti Nasional (PIN)yang merupakan strategi kerajaan

dalam memperkasakan pentadbiran disamping memajukan masyarakat.

Ketelusan pula adalah merujuk kepada peranan yang dimainkan dalam proses pembuatan

keputusan. Setiap keputusan dan pelaksanaan dalam proses membuat keputusan adalah

berdasarkan kepada sekata dan peraturan yang telah ditetapkan. Di sini dilihat kewujudan

maklumat adalah bebas dan dapat dicapai secara terus kepada sesiapa yang terlinat dalam proses

terhadap keputusan-keputusan. Ini dapat dilihat dalam dasar pensyarikatan dan penswastaan

yang menjadi galakan dari kerajaan. Dengan adanya nilai dan etika yang disarankan oleh

kerajaan Dasar penswastaan dapat berkembang dengan baik tanpa dipengaruhi oleh unsure-unsur

negatif.

Page 12: esei wawasan 2020

12

Dalam proses membuat keputusan umum pula, persetujuan umum lebih diambil kira.

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza-beza dalam sesebuah organisasi masyarakat.

Maka, bagi sesebuah institusi masyarakat untuk mencapai ke tahap persetujuan yang bersifat

menyeluruh atau mendapat suara ramai dalam membincangkan hal yang berkaitan keseluruhan

komuniti dan cara bagaimana ia boleh dicapai adalah amat penting bagi menjaga hak-hak setiap

individu. Ini dapat dilihat dengan pergerakan pentadbiran kerajaan dalam membuat dasar dan

strategi yang berkaitan dengan Wawasan 2020 bukanlah dibuat dengan mengambil pandangan

satu pihak sahaja. Tetapi perkara ini telah diperdepatkan dalam parlimen tentang kewajarannya

sebagai matlamat negara dan bagaimana untuk merealisasikannya bersama.

Dalam pada itu, menerusi keadilan pula ianya dilihat sebagai bertujuan untuk memastikan

setiap ahli masyarakat merasakan bahawa mereka mempunyai satu pertaruhan di dalamnya.

Untuk itu, masyarakat perlu berpartisipasi dengan tujuan untuk tidak merasa terkeluar dari

matlamat utama. Maka, sebarang usaha juga perlu dilakukan oleh diri mereka sendiri dalam

memperkasa kekeluargaan dan ekonomi sekaligus memperkasakan peranan masyarakat sivil.

Dalam keberkesanan dan keefisyenan ini kita dapat lihat melalui kewujudan proses dan

institusinya. Proses dan institusi-institusi ini membawa kesan dari penghasilan keputusan-

keputusan yang dijalankan. Antara kesan tersebut antaranya ialah yang membawa kepada

kehendak masyarakat. Untuk itu mereka perlu menggunakan pendekatan dan penyelesaian yang

terbaik bagi masalah yang timbul tersebut. Atas faktor ini cabaran pertama hingga ke Sembilan

perlu dihadapi dengan membuat dasar-dasar yang boleh menggerakkan semua nadi institusi

kerajaan dan masyarakat.

Selain itu, kebertanggungjawaban pula boleh dilihat dengan peranan-peranan yang

dimainkan oleh pihak kerajaan, sektor swasta dan juga organisasi msyrakat sivil. Di sini, ia perlu

bertanggungjawab terhadap masyarakat dan institusi dilihat sebagai badan yang

bertanggungjawab terhadap apa yang telah dirancang dan memastikan semua strategi yang

dibuat berjalan mengikut masa yang ditetapkan. Walaupun tiadanya badan atau organisasi yang

menyelia secara terus Wawasan 2020, tetapi tanggungjawab ini dipikul berat oleh kerajaan

kerana mereka lah nadi utama penggerak untuk mencapai matlamat ini.

Page 13: esei wawasan 2020

13

Sememangnya elemen yang wujud dalam good governance boleh dikaitkan dengan

pergerakan strategi yang durancang oleh kerajaan dalam mencapai wawasan 2020. Ini keran

secara umum good governance adalah bertujuan meminimakan korupsi, ,memastikan pandangan

dari golongan minority diambil kira dan dalam proses membuat keputusan agar governance itu

menjadi lebih efisyen dengan sifat-sifat yang diserapkan

PENUTUP

Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi semata-mata

kerana ia mementingkan persoalan pembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi Negara

perindustrian, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih daripada itu. Ia juga menyentuh perkara-

perkara berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti pembentukan dan keperibadian

bangsa, moral dan etika, kebudayaan kebangsaan, pembangunan sumber manusia dan lain-lain.

Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi ia lebih merupakan

rangka kerja tindakan framework of action bagi setiap rakyat bukan sahaja bergantung kepada

kerajaan tetapi rakyat juga berperanan untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi

memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benar maju dan makmur. Dalam konteks ini

Wawasan tersebut memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya ialah kualiti tenaga kerja

yang dihasilkan oleh sistem pendidikan, perubahan sikap dan nilai, penekanan kepada sains dan

teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang lebih dinamik. Memang tidak dinafikan

strategi-strategi ini penting dalam merealisasikan wawasan 2020 dalam Dasar Pembangunan

Negara.

Sesungguhnya potensi bagi ekonomi Malaysia bertambah maju amatlah besar sekali

memandangkan negara ini kaya dengan sumber asli yang seharusnya digemblengkan. Dengan

merealisasikan Wawasan 2020 dapat menggemblengkan sumber-sumber ini melalui kerjasama

yang padu di antara sektor awam dan sektor swasta. Sesungguhnya pelaksanaan dalam Wawasan

2020 yang berkesan akan dapat memberi sumbangan yang besar ke arah kejayaan lain-lain dasar

awam negara seperti Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Penswastaan dan lain-

lain.

Page 14: esei wawasan 2020

14

RUJUKAN

Kamarudin Jaffar & Hazami Habib.1993. Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar.

Ahmad Sarji, Azwar Abd Rahman & Mohamad Abd Manaf.2003.Wawasan 2020 Malaysia

Memahami Konsep Dan Cabaran.Kuala Lumpur: Intitut Terjemahan Negara Malaysia

Berhad.

Abu Hassan Adam.1991.Menghala Wawasan 2020.Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd.

Hashim Makaruddin & Mokhtar Ahmad.2003.Pengurusan Ekonomi Malaysia: Ucapan Pilihan

Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia.Kuala Lumpur: Intitut Terjemahan

Negara Malaysia Berhad.

Micheal Yeoh.2003. Wawasan & Kepimpinan Nilai Dan Strategi Ke Arah Wawasan 2020.

Kuala Lumpur: Intitut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Hood Salleh, Kamaruddin M. Said, A. Hasmadi A. Mois.1991. Wawasan 2020 dan pembinaan

bangsa Malaysia.UKM, Bangi.