pengantar falsafah

6
FALSAFAH AKHLAK SOCRATE Dialog Crito - huraian lengkap terhadap penghujahan Socrates dalam mencapai hakikat moral. Socrates mulanya memberikan beberapa perkara penting berkaitan pendekatan yang perlu diambil : Kita hendaklah jangan membiarkan keputusan kita ditentukan oleh emosi kita. Kita mestilah memeriksa persoalan dan mengikut hujah yang terbaik. Kita mesti cuba mendapatkan fakta yang benar dan memastikan minda kita jelas(dapat diselesaikan dengan menggunakan akal) Kita tidak boleh menjawab persoalan tersebut berdasarkan apa yang biasa difikirkan oleh orang ramai. Mereka mungkin tersilap. Kita mesti cuba berfikir sendiri. Kita sepatutnya tidak melakukan apa yang secara moralnya adalah salah. Persoalan yang kita perlu jawab ialah adakah sesuatu perbuatan itu baik atau salah, bukannya apa yang akan berlaku kepada kita, apa yang orang akan kata kepada kita, atau bagaimana kita rasa tentang apa yang telah berlaku. Socrates cuba untuk memberikan tiga rangkap penghujahan bagi menunjukkan bahawa beliau seharusnya tidak melanggar undang-undang dengan melarikan diri dari hukuman yang telah dikenakan ke atasnya. 1. Kita tidak boleh menyinggung sesiapa. Jika Socrates melarikan diri, maka ini akan menyinggung (menghina) negara kerana beliau melanggar undang-undang negara. 2. Apabila sesorang tinggal di sesebuah negara, maka dia mestilah bersedia untuk mematuhi undang-undang negara itu. Jika Socrates melarikan diri, maka beliau telah melanggar perjanjian sebagai rakyat negara Greek tersebut. 3. masyarakat dan negara itu umpama ibu bapa dan guru yang perlu dipatuhi. .

Upload: md-hasri

Post on 12-Aug-2015

75 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengantar Falsafah

FALSAFAH AKHLAK SOCRATE

Dialog Crito - huraian lengkap terhadap penghujahan Socrates dalam mencapai hakikat moral.

Socrates mulanya memberikan beberapa perkara penting berkaitan pendekatan yang perlu

diambil :

Kita hendaklah jangan membiarkan keputusan kita ditentukan oleh emosi kita.

Kita mestilah memeriksa persoalan dan mengikut hujah yang terbaik. Kita

mesti cuba mendapatkan fakta yang benar dan memastikan minda kita jelas(dapat

diselesaikan dengan menggunakan akal)

Kita tidak boleh menjawab persoalan tersebut berdasarkan apa yang biasa

difikirkan oleh orang ramai. Mereka mungkin tersilap. Kita mesti cuba berfikir

sendiri.

Kita sepatutnya tidak melakukan apa yang secara moralnya adalah salah.

Persoalan yang kita perlu jawab ialah adakah sesuatu perbuatan itu baik atau salah,

bukannya apa yang akan berlaku kepada kita, apa yang orang akan kata kepada kita,

atau bagaimana kita rasa tentang apa yang telah berlaku.

Socrates cuba untuk memberikan tiga rangkap penghujahan bagi menunjukkan bahawa beliau

seharusnya tidak melanggar undang-undang dengan melarikan diri dari hukuman yang telah

dikenakan ke atasnya.

1. Kita tidak boleh menyinggung sesiapa. Jika Socrates melarikan diri, maka ini akan

menyinggung (menghina) negara kerana beliau melanggar undang-undang negara.

2. Apabila sesorang tinggal di sesebuah negara, maka dia mestilah bersedia untuk

mematuhi undang-undang negara itu. Jika Socrates melarikan diri, maka beliau

telah melanggar perjanjian sebagai rakyat negara Greek tersebut.

3. masyarakat dan negara itu umpama ibu bapa dan guru yang perlu dipatuhi.

.

Bentuk penghujahan moral ini menentukan apa yang patut dilakukan oleh seseorang dalam

keadaan tertentu dengan merujuk kepada prinsip-prinsip umum atau undang-undang tertentu yang

diambil sebagai premis untuk dideduksikan kepada suatu kesimpulan melalui

kaedah qiyas atau syllogism.

Socrates telah bangun menentang dan mengkritik fahaman Sofis dengan berasaskan prinsip

kebenaran ilmu pengetahuan. Beliau cuba mengharmonikan antara akal (reason) dan perasaan dan

emosi manusia. Socrates tidak menafikan kepentingan budi atau kebajikan (virtue), tetapi beliau

memberika tafsiran yang lebih luas terhadapnya iaitu sebagai kemampuan untuk mencapai kepakaran

dalam pembangunan intelektual.

Page 2: Pengantar Falsafah

pengetahuan merupakan suatu yang penting.

budi pula bukannya suatu yang diturunkan dari Tuhan, tetapi ia merupakan suatu

pengetahuan semulajadi yang rasional tentang apa yang benar-benar baik, dan yang

membolehkan manusia hidup tanpa menindas orang lain dan melayan mereka dengan

adil, serta membolehkannya memberi khidmat kepada masyarakat dan bukan hanya

untuk dirinya sendiri. Tanpa budi, masyarakat itu tidak wujud.

Menurut Socrates, jiwa merupakan intipati manusia(wajib mengutamakan kebahagiaan

jiwanya (eudaimonia) lebih daripada kebahagiaan jasad atau tubuh badannya dan juga kebahagiaan

material). Ini kerana kehidupan tanpa kebahagiaan tidak ada ertinya.

Cara mdpt kbhgian:

kebaikan (virtue) dan keutamaan (arête). keutamaan itu adalah ilmu pengetahuan.

Kehidupan yang baik ialah mempraktikkan ilmu pengetahuan tentang kehidupan

yang baik. Baik dan jahat itu, kata Socrates disandarkan kepada ilmu pengetahuan,

bukannya dengan kemahuan manusia. Berdasarkan asas ini, tidak mungkin sesorang

itu dengan sengaja melakukan suatu kesalahan. Seseorang itu melakukan kesalahan

kerana dia keliru dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan.

kebaikan dan keutamaan adalah pengetahuan tentang perkara atau perbuatan yang

baik. Memiliki suatu kebaikan bermakna memiliki keseluruhan kebaikan. Orang

yang berani, sudah tentu ia juga adil dan jujur. Jika tidak, maka dia tidak memiliki

kebaikan yang sejati. Memiliki kebaikan bermakna memiliki kesempurnaan sebagai

manusia.

Page 3: Pengantar Falsafah

FALSAFAH AKHLAK PLATO(428-348 S.M.)

1. Plato dilahirkan dalam keluarga yang terkenal pada tahun 427SM. 2. Semasa mudanya beliau telah mendalami falsafah Socrates yang kemudiannya menjadi

mentor dan kawannya. 3. 399SM, Socrates telah dibicarakan atas tuduhan menentang kerajaan dan mengajar ajaran

salah. Beliau telah dijatuhkan hukuman bunuh dengan memakan racun hemlock. Pembunuhan Socrates ini menimbulkan rasa tidak puas hati Plato yang berpanjangan terhadap kerajaan demokrasi.

4. Plato meninggalkan Athens dan menghabiskan masa mengembara ke negara asing.5. 387SM, beliau kembali ke Athens dan mengasaskan Akademi di sana yang telah beroperasi

sehingga 900 tahun. Plato menulis lebih kurang 36 buah buku, kebanyakannya mengenai politik, etika, dan juga sebahagiannya mengenai metafizik dan teologi.

6. Plato mengembangkan idea-idea Socrates dengan lebih lengkap dan mengukuhkannya dengan konsep moraliti yang idealistik. Beliau membahaskan secara lebih mendalam kepada intipati moraliti walaupun cara pemikirannya lebih berbentuk metafizik.

Pandangan Plato boleh diformulasikan dengan bahawasanya prinsip-prinsip kebaikan dan keadilan terkandung di dalam tabii (nature) itu sendiri. Terdapat banyak kejahatan dan ketidakadilan di dalam kehidupan. Akan tetapi, kesemuanya pada hakikatnya bersandarkan kepada asas-asas kebaikan. Inilah elemen baik dan adil yang cuba disingkap oleh Plato dan yang menjadi prinsip dalam memandu kehidupan manusia 

Falsafah etika dan epistemologi Plato sangat berhubung kait. Hubungan antara kedua-duanya adalah jelas dalam pandangan beliau bahawa kejahatan itu berlaku kerana kurangnya ilmu pengetahuan. Bagi Plato, budi itu merupakan pengetahuan. Jika seseorang manusia mengetahui apakah tabii kehidupan yang baik, maka dia akan bersikap dan melakukan berdasarkan apa yang diketahuinya. Bilamana seseorang itu mengetahui mana yang baik, dia akan membuat perkara yang baik. Dengan melakukan kejahatan pula akan membuktikan kejahilannya.

teori form (bentuk) - menitikberatkan tabii hakikat unggul (ultimate reality) dan kemampuan untuk mencapai pengetahuan sejagat. Pengetahuan sejagat merujuk kepada pengetahuan yang melibatkan semua manusia, dalam semua tempat dan pada setiap masa. Ini secara khususnya berkait dengan pengetahuan moral.

nilai-nilai moral mempunyai hakikat yang objektif dan kedudukan yang mutlak. Asas utama yang perlu kita fahami ialah kenapa Plato berfikir bahawa pengetahuan itu mesti menjadi suatu form (bentuk) dan apakah yang dimaksudkannya dengan form itu.

Page 4: Pengantar Falsafah

Pengetahuan dan kepercayaan sangat dikagumi oleh Plato sebagaimana yang tercatat di dalam bukunya the Republic (475-480SM).

pengetahuan merupakan suatu yang tidak mungkin silap, manakala kepercayaan adalah suatu yang berkemungkinan silap. Plato menambah bahawa kemungkinan sesuatu kepercayaan itu silap adalah berdasarkan objek atau perkara yang dipercayai. Objek pengetahuan pula mestilah suatu kewujudan yang hakiki. Sesuatu yang tidak wujud pula merupakan objek kepada kejahilan.

 Dimaksudkan oleh Plato dengan wujud itu bukanlah sesuatu juzuk daripada kualiti, tetapi

kualiti itu sendiri. Sebagai contoh, sesuatu yang berwarna merah itu merangkumi peti surat, epal, darah dan sebagainya yang berwarna merah. Inilah yang Plato panggil sebagai form atau idea.Form inilah yang mendasari kewujudan sejati (pure existence) atau hakikat unggul (ultimate reality). Oleh yang demikian, form kualiti moral seharusnya bersifat objektif dan mutlak.  

Form mempunyai beberapa ciri utama iaitu mudah, tidak dapat dihasilkan, tidak dapat dimusnahkan, tidak dapat diubah, bersifat abadi, wujud yang tersendiri, dan tidak mempunyai ruang tempat.

Sebagai contoh, form atau idea tentang kecantikan dan keadilan adalah tidak berubah dan kekal selama-lamanya. Hakikat kecantikan dan keadilan itu sentiasa tetap dan bersifat mutlak. Plato menegaskan bahawa formkebaikan adalah merupakan sumber unggul terhadap nilai-nilai etika yang lain. Nilai mutlak inilah menjadi asas kepada nilai-nilai yang lain seperti kebenaran dan keadilan.

  Plato turut menghubungkan etika dengan asas teori epistemologi atau teori ilmu pengetahuan.

Plato menganggap dunia idea atau form sebagai suatu yang hakiki atau realiti. Walaupun dunia fizikal atau alam nyata ini dapat digarap dengan indera, ia tidak dapat mencapai kewujudan atau hakikat yang sempurna.

  Plato merumuskan bahawa budi itu adalah ilmu pengetahuan. Jika seseorang manusia

melakukan suatu kesalahan, maka ini adalah disebabkan kejahilannya terhadap pengetahuan tentang perkara yang baik dan perkara yang buruk. Seseorang yang berilmu pengetahuan mesti sentiasa melakukan apa yang baik dan betul.