pengajian perniagaan kertas 1 (bab 2)

Upload: vincent-chong

Post on 08-Apr-2018

281 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Pengajian Perniagaan Kertas 1 (bab 2)

    1/2

    Pengajian Perniagaan Kertas 1

    Bab 2 : Fungsi Pengurusan

    A) Definisi

    - Proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber manusia dan sumber bukan manusia

    bagi mencapai matlamat organisasi

    B) Fungsi Pengurusan

    Perancangan Proses penentuan matlamat dan itndakan di semua peringkat organisasi untuk mencapai

    matlamat organisasi

    Pengorganisasian Proses mengatur sumber dan kegiatan organisasi untuk melaksanakan sesuatu rancangan

    demi mencapai matlamat organisasi

    Kepimpinan Proses mempengaruhi staf untuk berusaha demi mencapai matlamat organisasi

    Pengawalan Proses memantau operasi organisasi, merekod hasil operasi sebenar, membandingkan

    hasil operasi sebenar dengan standard yang ditetapkan supaya tindakan pembetukan

    dapat diambil dengan segera apabila diperlukan

    Penstafan Proses mendapatkan dan mengekalkan tenaga kerja dalam bentuj kuantiti dan kualiti yang

    diperlukan

    C) Peranan Pengurus (Henry Mintzberg)

    Komunikator 1. Sebagai pemantau untuk meneliti perubahan persekitaran demi mencari maklumat

    penting untuk kegunaan organisasi

    2. Sebagai perantara untuk menyampaikan matlamat dan arahan daripada pihak atasan

    kepada pekerja bawahan

    3. Sebagai jurucakap bagi pihak organisasi untuk menyampaikan matlumat organisasi

    kepada pihak luar

    Pendorong 1. Memberi galakan kepada pekerja bawahan untuk menyempurnakan tugas mereka

    2. Memimpin pekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi

    3. Membimbing pekerja mengenai hal-hal kerja dan bukan kerja

    Penyelesai

    masalah

    1. Sebagai perunding konflik dalam menyelesaikan masalah hubungan antara pekerja atau

    masalah dalam kerja

    2. Membuat keputusan tentang alternatif terbaik untuk menyelesaikan masalah

    3. Mengagihkan sumber dengan cekap bagi mengelakkan berlakunya masalah kekurangan

    sumber dan pembaziran sumber organisasi

  • 8/7/2019 Pengajian Perniagaan Kertas 1 (bab 2)

    2/2

    Usahawan 1. Menjana idea baru untuk membawa pembahatruan kepada perniagaan

    2. Mengembleng faktor pengeluaran supaya faktor digunakan dengan cekap

    3. Bijak mengambil peluang dalam persekitaran untuk perkembangan perniagaan

    D) Pendekatan dan Evolusi Pengurusan

    1. Pendekatan Klasikal

    Pendekatan Pengurusan Saintifik

    - Frederick W. Taylor- Henry Gantt- Frank dan Lilian Gilbreth

    Pendekatan Organisasi Klasik

    - Max Weber- Henri Fayol- James D. Money- Chester I. Barnard

    2. Pendekatan Gelagat

    Pergerakan Perhubungan Manusia

    - Hawthorne (Elton Mayo)- Mary parker Follet

    Pergerakan Perlakuan / Tingkah laku

    - Abraham Maslow- Douglas McGregor3. Pendekatan Kuantitatif

    Teori sains pengurusan

    Teori pengurusan operasi

    Teori sistem pengurusan maklumat

    4. Pendekatan Sistem

    5. Pendekatan Kontigensi / situasi