pengajian islam

16
FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL DIPLOMA PENDIDIKAN PENGAJIAN PRASEKOLAH (MPW 1143) Pengajian Islam Tugasan Kumpulan Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam Disediakan Oleh; Noor Adilah Bt Said (3131000411) Nur Fazilah Bt Hashim (3131002281) Nur Halisa Bt Mohd Basri(3131002231) Nur Qurratulaini Bt Nazli (3131000891) Nor Aina Bt Mansor (3131003131) Suraya Bt Saiful Anuar (3131001581)

Upload: adilah-said

Post on 04-Dec-2014

209 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian islam

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIALDIPLOMA PENDIDIKAN PENGAJIAN PRASEKOLAH

 

(MPW 1143)Pengajian Islam

 Tugasan Kumpulan

Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam

Disediakan Oleh;

Noor Adilah Bt Said (3131000411) Nur Fazilah Bt Hashim (3131002281)

Nur Halisa Bt Mohd Basri(3131002231) Nur Qurratulaini Bt Nazli (3131000891)

Nor Aina Bt Mansor (3131003131) Suraya Bt Saiful Anuar (3131001581)

Page 2: Pengajian islam

PENDAHULUAN

KONSEP

PRINSIP

PERANAN RASULULLAH

STRATEGI RASULULLAH

KEPIMPINAN RASULULLAH

SYURA

HISBAH

PIAGAM MADINAH

Page 3: Pengajian islam

PENDAHULUAN• Kepimpinan Rasulullah merupakan model

pemerintahan kurun terbaik dalam sejarah Islam dan mengandungi ‘qudwah hasanah’.

“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik” (al Ahzab: 21)

• Rasulullah SAW selain sebagai seorang Rasul yang membawa risalah Allah SWT, baginda juga seorang pemimpin negara yang berkuasa dan memerintah dengan menerapkan hukum-hukum Allah SWT yang diwahyukan kepada baginda.

Page 4: Pengajian islam

KONSEP PENTADBIRAN & PEMERINTAHAN ISLAM

• Islam adalah ‘al-din’ iaitu agama yang merangkumi bukan sahaja ibadah khusus, tetapi ia juga suatu sistem hidup yang merangkumi bidang-bidang lain seperti muamalat, sistem sosial dan sistem politik.

• Pemerintahan dan pentadbiran Islam berasaskan: > Akidah > Syariah > Akhlak

• Syariah Islam wajib dilaksanakan dalam pemerintahan dan pentadbiran Islam.

Page 5: Pengajian islam

PRINSIP-PRINSIP PENTADBIRAN & PEMERINTAHAN ISLAM

keadilan

Mendapat keredhaan Allah

Menegakkan yang amar makruf nahi

mungkar

Tunduk kepada perintah Allah

Page 6: Pengajian islam

Peranan Rasulullah SAW sebagai pemimpin

1. Rasulullah adalah pemimpin agung umat Islam.

2. Baginda merupakan pemimpin pertama yang menegakkan negara Islam di Madinah.

3. Baginda juga pemimpin dalam masyarakat, pemimpin dalam solat, pemerintah tentera dan panglima dalam peperangan.

Page 7: Pengajian islam

4. Antaranya tugas dan tanggungjawab yang dilakukan oleh Baginda bagi memantapkan kepimpinannya ialah:

a) Membina Masjid b) Mengukuhkan Persaudaraanc) Mempersaudarakan antara Muhajirin &Ansar

d) Membuat perjanjian dengan orang bukan Islam

e) Membentuk Dasarf) Meletakkan Sistem Masyarakatg) Menubuhkan Stuktur Pemerintahan

h) Menubuhkan Institusi Percukaiani) Mengembangkan Islamj) Menunjuk contoh yang baik

Page 8: Pengajian islam

Strategi Rasulullah S.A.W

i. Rasulullah S.A.W memberikan motivasi kepada kaum Quraisy

ii. Hijrah ke Habasyahiii. Persaudaraaniv. Meminta bantuan dari kabilahv. Rasulullah S.A.W pergi berhijrah

Page 9: Pengajian islam

Kepimpinan di era Rasulullah

• Kepimpinan di bawah Rasulullah SAW kerana mendapat wahyu dari Allah SWT.

• Rakyat dicorakkan melalui tauhid

• Kekuasaan Rasulullah SAW sebagai Ketua Negara. Baginda juga Ketua Hakim dan Ketua Panglima Perang.

Page 10: Pengajian islam

Syura

Dari segi bahasa :

Mengemukakan sesuatu Perundingan atau yang difahami dengan permesyuaratan percakapan

shawwara

istisyarah

Page 11: Pengajian islam

• Pelaksanaan Syura oleh pemerintahan negara Islam menjadi fardhu yang telahsabit secara jelas oleh al-Quran, al-Sunnah serta disepakati oleh para ulama.

• Syura dianggap suatu keperluan kerana semua manusia memerlukanperbincangan bahkan ianya boleh disifatkan suatu kemestian kerana wujudnya perbezaan pendapat, pandangan dan pengalaman antara satu dengan yang lainnya.

• Perbincangan mampu melahirkan suatu keputusan yang terbaik berbanding pendapat individual.

Page 12: Pengajian islam

KONSEP HISBAH

1. Hisbah dari segi bahasa bermaksud mengira,menimbang,ataupun menilai.

2. Dari segi istilah syarak hisbah itu menggalakkan perlakuan kebaikan apabila ternyata perlakuan ini diabaikan dan mencegah daripada kemungakaran apabila perbuatan ini dilakukan dengan ketara.

3. Hisbah juga sebagai sebuah institusi merujuk kepada sebuah badan yang menjalankan fungsi pengawasan bagi menggalakkan kebaikan dan menghapuskan kemungkaran.

4. Bidang tugas hisbah termasuk ke dalam tugas keagamaan contohnya yang dikaitkan dengan kewajipan amar makruf nahi mungkar.

Page 13: Pengajian islam

Prinsip-prinsip Hisbah• Dalam pentadbiran dan pengurusan sistem

pemerintahan,perlu ada hisbah atau penilaian dan hisbah ini hendaklah dilakukan untuk: -mengesan pelaksanaan -meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan yang diberikan.

• Mengenal pasti segala kelemahan dan kesulitan yang menyebabkan timbulnya masalah atau kegagalan dan berusaha menyusun strategi baharu bagi mencapai kejayaan.

• Mengesan kesilapan serta membuat pembetulan,kemudian mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengelak supaya kesilapan yang sama tidak berulang pada masa akan datang.

• Mengambil tindakan perlu untuk membendung segala amalan yang tidak sihat serta perbuatan salah laku yang menjejaskan pengurusan dan pentadbiran negara.

Page 14: Pengajian islam

PIAGAM MADINAHa) Terdapat dua golongan penduduk terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi.

b) Orang Arab Islam, terdiri dari suku kaum Aus dan Khzaraj digelar sebagai Ansar ( Golongan Penolong ) dan orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah pula digelar Muhajirin ( golongan Pendatang ).c) Orang-orang Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan.Antaranya ialah bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir.

d) Orang-orang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj sentiasa berselisih faham sesama mereka sejak zaman berzaman lagi.

e) Orang-orang Yahudi sentiasa bersikap permusuhan dan sentiasa menghasut dan mengkhianati Rasullah s.a.w dan pengikutnya.

f) Disamping itu pula orang-orang Musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa membuat pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam.

g) Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah s.a.w membuat perjanjian dengan seluruh Penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam negara Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah.

Page 15: Pengajian islam

ASPEK UTAMA PIAGAM MADINAH i) Pengakuan terhadap Rasullah S.A.W sebagai Ketua Negara madinah yang wajib dipatuhi dan dihormati.

ii) Apa -apa masalah besar antara penduduk Islam dengan penduduk bukan Islam mestilah dirujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan.

iii) Wahyu sebagai sumber piagam termasuk tradisi.

iv) Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing – masing, dan tiada gangguan dan paksaan dalam hal keagamaan.

v) Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi perlembagaan tersebut.

Page 16: Pengajian islam

KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH • Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak

bertentangan dengan Islam di samping pengubahsuaian sebahagian darinya mengikut hukum-hukum Islam.

• Piagam Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku bangsa Arab di Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini.

• Madinah telah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islam ecara beransur-ansur telah menguasai ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya.

• Melalui piagam ini, orang-orang Yahudi secara tidak langsungmengiktiraf kewujudan Islam sebagai satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah yang sebenar. Sebelum ini, ketiga-tiga perkara ini ditolah oleh orang-orang Yahudi.

• Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di dunia di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang memerintah dunia selama tujuh abad.Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana-mana piagam Islam yang baru, terutama sekali kepada sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.