pengajian islam (mpw 2143)

21
Pengajian Islam (MPW 2143) Tajuk : Kesan Sekularisme terhadap umat Islam di Malaysia. Disediakan oleh : Harniati Binti Alimin Kasmiyati Binti Andreas Nor Erma Binti Abdullah Mumin Nama Pensyarah : Ustazah Rafidah Binti Dollah Hamdani

Upload: kasmiyati-andreas

Post on 05-Dec-2014

3.637 views

Category:

Education


8 download

DESCRIPTION

Pengajian Islam .

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian islam (mpw 2143)

Pengajian Islam (MPW 2143)

Tajuk : Kesan Sekularisme terhadap umat Islam di Malaysia.

Disediakan oleh : Harniati Binti Alimin

Kasmiyati Binti AndreasNor Erma Binti Abdullah Mumin

Nama Pensyarah : Ustazah Rafidah Binti Dollah Hamdani

Page 2: Pengajian islam (mpw 2143)

PENGENALAN

Maksud Sekularisme ( Mengikut Pandangan Umum)Berasal daripada perkataan Latin ‘saeculum’ yang bermaksud masa iaitu kini dan zaman ini.Dengan itu maksud sekularisme ialah fahaman falsafah atau sistem yang memisahkan urusan dunia samada urusan pemerintahan, pendidikan dan lain-lain urusan pentadbiran daripada urusan-urusan agama. Sekularisme ini menolak peranan agama dan Tuhan daripada segala urusan manusia. 

Page 3: Pengajian islam (mpw 2143)

Maksud Sekularisme (Mengikut Pandangan Islam) Sekularisme bukan wujud seratus atau dua ratus tahun dahulu tetapi ia telah wujud sejak zaman Rasulullah lagi. Hanya istilahnya sahaja yang baru. Sekularisme sebenarnya telah diperkatakan oleh Rasulullah SAW di masa hidupnya. Cuma kita tidak perasan dan kita tidak sedar. Sebab dalam ajaran Islam banyak perkara yang tersirat. Istilah sekular datang dari Barat. Oleh kerana umat Islam sudah tidak faham Islam, maka mereka merasakan seolah-olah dalam Islam tidak ada cerita tentang sekularisme. Sementara itu, istilah sekular tidak ada dalam Quran atau Hadis.

Page 4: Pengajian islam (mpw 2143)

Ciri-ciri Sekularisme

Bersifat terasing daripada aspek keagamaan.Sekularisme melatih para pendokongnya agar mengenepikan hal-hal akhirat dan secara tidak langsung supaya mencari kehidupan di dunia semata-mata. Sekularisme juga memperjuangkan ciri-ciri yang bersifat kebebasan, kebahagiaan dan kebebasan yang tiada bersempadan. Sekularisme juga menampilkan cirinya yang tidak tetap dan tidak mutlak.

Page 5: Pengajian islam (mpw 2143)

Golongan Sekular

Golongan yang berfahaman sekular sejati. Golongan yang berfahaman sekular sesat. Golongan sekular disebabkan zalim. Golongan sekular yang tertukar nawaitu. Golongan sekular yang mementingkan dunia.

Page 6: Pengajian islam (mpw 2143)

Sejarah Pertubuhan Sekularisme di Dunia Islam

Sekularisme lahir daripada pergolakan yang berlaku dalam agama Kristian pada abad pertengahan. kemunculannya adalah berikutan tindak balas penganut agama tersebut terhadap kongkongan dan penguasaan gereja ke atas masyarakat. Peperangan Salib telah membuka mata orang Kristian Eropah terhadap perubahan, termasuk menuntut kebebasan daripada semua bentuk kongkongan gereja yang selama ini hanya membenarkan ilmu-ilmu yang tidak bercanggah dengan kepentingannya. 

Page 7: Pengajian islam (mpw 2143)

Sekularisme merebak ke dunia Islam melalui pertembungan dengan barat. Menjelang pertengahan abad ke-19, sebahagian besar wilayah Islam dijajah oleh barat. Ini termasuklah penjajahan Inggeris di Tanah Melayu (1874), Perancis di Tunisia (1881), Inggeris di Mesir (1882) dan Rusia di Merv (1883).Penerimaan unsur-unsur barat turut membawa idea dan nilai barat ke dalam masyarakat Turki. Kemasukan unsur-unsur ini merupakan permulaan kepada usaha-usaha ke arah memisahkan peranan agama dalam pemerintahan.

Page 8: Pengajian islam (mpw 2143)

usaha-usaha ini dijuarai oleh pergerakan Turki Muda yang kemudiannya berjaya menjatuhkan pemerintahan Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1909. Pemerintahan Turki Muda selama lebih kurang satu dekad menyaksikan Daulah Uthmaniyah hancur dan turki kemudiannya muncul sebagai sebuah negara sekular. 

Page 9: Pengajian islam (mpw 2143)

Amalan Sekular

Golongan agama dipinggirkan daripada memberi pandangan dan pendapat mengenai hal-hal berkaitan pentadbiran Negara. Segala macam simbol dan institusi agama yang sebelum ini diterima masyarakat telah hilang pengaruh dan kedaulatannya. Sistem perundangan dibentuk melalui pemikiran atau akal sahaja tanpa berlandaskan wahyu dan ajaran agama Islam.

Page 10: Pengajian islam (mpw 2143)

Kesan Sekularisme Terhadap Umat Islam di Malaysia dari segi :

SOSIAL Sekularisme telah banyak mengakibatkan berlakunya kepincangan dalam kehidupan masyarakat islam hari ini.Kesan yang paling nyata dari pemikiran sekularisme ialah perubahan dalam perwatakan individu. Perubahan perwatakan ini bermaksud, seseorang itu tidak lagi mementingkan kehidupan beragama tetapi lebih kepada menurut hawa nafsu yang mana ia seterusnya mengakibatkan berlakunya kekosongan jiwa.

Page 11: Pengajian islam (mpw 2143)

Impak daripda kekosongan jiwa itu pula telah mengakibatkan moral dan akhlak para remaja khusus dalam masyarakat Islam hari ini kian runtuh. Ini mengakibatkan banyak perkara negative dan berbagai ragam krisis akhlak dan moral terus menular, dan merebak daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan ke dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol,sumbang mahram, ketagihan dadah, mat rempit dan lain-lain.

Page 12: Pengajian islam (mpw 2143)

POLITIK Aspek politik adalah yang paling utama menerima kesan dari sekularisme. Perlembagaan Malaysia adalah bukti yang paling jelas dalam hal ini. Ia menafikan kekuasaan Allah, Rasulnya dan AlQuran. Politik dan agama menjadi terpisah.

Page 13: Pengajian islam (mpw 2143)

Teras kepada sekularisme ialah politik yang berasaskan kepada perkauman atau pun kebangsaan, atau apa yang kita panggil nasionalisma. Manakala ekonominya pula berasaskan laissez faire dan falsafah individualisma.Ia kemudiannya merebak ke dalam masyarakat dan menjadi sebahagian dari gaya hidup mereka yang merupakan pemujaan kepada modenisma, materialisma dan pemujaan hawa nafsu.

Page 14: Pengajian islam (mpw 2143)

Tujuan utama politik yang didasari oleh sekularisme hanyalah untuk mendapatkan kekayaan dan juga kemegahan di sisi manusia sejagat,ini dapat dilihat kerana daripada sekularlah lahirnya kapitalisme yang mana tujuan utama kapitalisme ialah untuk mengaut sebanyak mana kekayaan yang ada di muka bumi ini.Hal ini adalah sangat bertentangan dengan politik yang dianjurkan oleh agama Islam yang mana tujuan utama politik adalah untuk menjaga kemaslahatan manusia dan Islam memandang jawatan sebagi seorang pemimpin itu adalah amanah daripada Allah dan juga merupakan tugas seorang khalifah Allah.

Page 15: Pengajian islam (mpw 2143)

EKONOMI Dalam aspek ekonomi pula, dengan wujudnya sekularisme, terdapat dua sistem ekonomi baru iaitu ekonomi kapitalis dan juga ekonomi sosialis yang mana tujuannya adalah bermatlamat untuk mendapatkan kekayaan semata-mata ataupun materialistik.Alasan mereka adalah untuk menyediakan tempat-tempat khas untuk mengadakan kegiatan maksiat.

Page 16: Pengajian islam (mpw 2143)

Antara sistem yang digubal dalam sekular ialah konsep riba. Riba bukanlah suatu yang baru. Ianya sudah lama dipraktikkan sejak dahulu lagi. Sebenarnya riba inilah yang membantut pertumbuhan ekonomi manusia. Ianya diibaratkan sebagai lintah yang menghisap darah manusia di mana akhirnya sisa-sisa hidup peminjam hutang secara riba terpaksa dihambakan kepada tuanpunya harta tersebut yang semakin lama semakinbertambah hutangnya apabila bayaran gagal diselesaikan dalam tempohnya.

Page 17: Pengajian islam (mpw 2143)

PENDIDIKAN Berbagai-bagai kepalsuan seperti penyelewengan fakta-fakta sejarah islam, mengagungkan-agungkan sainstis barat, menabur para pelajar dengan cerita-cerita berkenaan dengan kehebatan yang dimiliki oleh musuh-musuh islam dari segi teknologi, persenjataan dan sebagainya ternyata berjaya mempengaruhi pemikiran manusia khususnya masyarakat islam sekaligus tertanam dalam jiwa mereka dengan kehebatan material yang sememangnya palsu dari penyerahan secara menyeluruh kepada Allah.

Page 18: Pengajian islam (mpw 2143)

PERUNDANGAN Menunjukkan pemikiran sekular dalam perundangan adalah amat bercanggah dengan syariat islam.Selain itu Undang-undang Sivil juga seterusnya turut memperuntukkan hak yang sama rata di antara lelaki dan perempuan dalam pewarisan harta dan perkahwinan.Amalan poligami diharamkan dan kaum wanita diberikan hak dalam urusan perceraian.Perkhwinan pula perlu didaftarkan mengikut undang-undang dan amalan tradisi mengikut ajaran islam,iaitu upacara majlis akad nikah hanya dijadikan sebagai pilihan.

Page 19: Pengajian islam (mpw 2143)

Tetapi dalam hal ini, sekularisme telah memberi banyak memberi kesan buruk kepada akidah orang Islam serta terpesong dari landasan Falsafah Pendidikan Islam. Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Zakaria Stapa berkata, tiada kajian empirikal menunjukkan umat Islam tidak memberi perhatian terhadap agama mereka. Bagaimanapun setelah dilihat secara umum, memang terdapat ramai umat Islam yang berkelakuan bertentangan dengan agama.

Page 20: Pengajian islam (mpw 2143)

KESIMPULAN Kesimpulan yang mudah difahami

ialah sekularisme dan Islam saling bertentangan kerana ia menafikan syariat Allah s.w.t sebagai syumul, lengkap dan sesuai sepanjang masa di sebarang tempat. Di dalam Islam, tiada pemisahan antara dunia dan akhirat kerana manusia dicipta oleh Allah s.w.t di dunia untuk mencari bekalan di akhirat kelak. Dalam dunia pendidikan terutamanya Pendidikan Islam, sekularisme telah menghalang Pendidikan Islam dalam mencapai matlamatnya.  

Page 21: Pengajian islam (mpw 2143)

Tamat , SEKIAN TERIMA KASIH