pengajian islam manusia dan kepercayaan

25
1 PENGAJIAN ISLAM MANUSIA DAN KEPERCAYAAN

Upload: bruis

Post on 24-Feb-2016

81 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PENGAJIAN ISLAM Manusia dan kepercayaan. TOPIK MINGGU KE 3. Manusia dan Kepercayaan Pengertian Iman Kepada Manusia Pengertian Iman Rukun Iman. PENGERTIAN IMAN. Secara harafiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: PENGAJIAN ISLAM Manusia dan kepercayaan

1

PENGAJIAN ISLAM

MANUSIA DAN KEPERCAYAAN

Page 2: PENGAJIAN ISLAM Manusia dan kepercayaan

2

TOPIK MINGGU KE 3

Manusia dan Kepercayaan

- Pengertian Iman Kepada Manusia

- Pengertian Iman

- Rukun Iman

Page 3: PENGAJIAN ISLAM Manusia dan kepercayaan

3

PENGERTIAN IMAN

Secara harafiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah

Dengan itu, orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang percaya (Mukmin).

Diambil dari kata kerja ‘aamana’ dan ‘yukminu’ yang membawa maksud ‘percaya’ dan ‘membenarkan’.

Perkataan iman yang membawa makna ‘membenarkan’ itu ada disebutkan didalam al-Quran.

Page 4: PENGAJIAN ISLAM Manusia dan kepercayaan

4

Antaranya, surah Taubah ayat 62 yang bermaksud:

“ Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada para orang yang beriman”.

Page 5: PENGAJIAN ISLAM Manusia dan kepercayaan

5

Iman menurut istilah ialah seperti yang diucapkan oleh Ali Bin Abi Talib r.a. yang bermaksud “ iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota”.

Aishah r.a. pula berkata, “ iman kepada Allah SWT itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota”.

Imam al-Ghazali : Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota).

Page 6: PENGAJIAN ISLAM Manusia dan kepercayaan

6

Iman

Melakukan

dengan anggota badan

Menyatakan dengan lisan

Membenarkan dengan hati

Page 7: PENGAJIAN ISLAM Manusia dan kepercayaan

7

Percaya Kepada Allah

Percaya Kepada

Malaikat

Percaya Kepada Nabi

& Rasul

Percaya Kepada Kitab

Percaya kepada Hari

Akhirat

Percaya kepada Qada

dan Qadr

Rukun Iman

Page 8: PENGAJIAN ISLAM Manusia dan kepercayaan

8

Konsep yang paling asas ialah percaya bahawa tuhan itu satu (tauhid). Konsep keesaan Allah ini adalah mutlak dan tidak relatif kepada apa-apa jua yang wujud di dunia ini.

Dalam surah al-Ikhlas ayat 1-4,

“ Katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Allah itu tunggal. Allah tempat meminta. Tidak Dia beranak dan tidak juga Dia diperanakkan. Dan tiada yang serupa denganNya, Dialah Tuhan yang Esa”.

Percaya Kepada Allah SWT

Page 9: PENGAJIAN ISLAM Manusia dan kepercayaan

9

Dalam bahasa melayu, perkataan Allah sememangnya dikhaskan untuk merujuk Tuhan dalam Islam. Walaubagaimanapun, perkataan arab Allah boleh diterjemahkan juga kepada perkataan tuhan kerana Allah bukanlah nama khas untukNya.

Ini berbeza dengan Yahudi kerana nama Yahweh adalah nama khas tuhan mereka. Walaupun tiada imej visual tuhan atau gambaran mengenaiNya (disebabkan larangan dalam memuja sesuatu), muslim mendefinasi Tuhan melalui sifat-sifatnya yang dikenali sebagai 99 Nama Allah.

Page 10: PENGAJIAN ISLAM Manusia dan kepercayaan

10

Wajib bagi orang islam lelaki dan perempuan yang telah baligh dan berakal untuk mengetahui sifat-sifat wajib bagi Allah, sifat-sifat mustahil dan sifat-sifat harusnya.

Sifat-sifat wajib bagi Allah ada 20, sifat-sifat mustahil juga ada 20 dan sifat harusNya ada 1.

Allah ialah nama bagi tuhan yang sebenar. Allah yang mencipta seluruh alam dan isinya. Allah yang mengatur dan menjaganya. Allah tidak boleh dilihat, tetapi bukti-bukti sangat banyak untuk menunjukkan pada akal yang waras dan adil bahawa Allah itu wajib ada.

Untuk mempercayai Allah dan menyembah Nya, wajib bagi kita untuk mengenal Allah dengan betul. Untuk mengenali Allah dengan betul, manusia hendaklah mencari dan mengkaji dalil-dalil dari al-Quran, Hadis dan Akal.

Page 11: PENGAJIAN ISLAM Manusia dan kepercayaan

11

Sifat-sifat Allah

WAJIB

HARUSMUSTAHIL

Page 12: PENGAJIAN ISLAM Manusia dan kepercayaan

12

SIFAT SIFAT WAJIB DAN MUSTAHIL BAGI ALLAH

Page 13: PENGAJIAN ISLAM Manusia dan kepercayaan

13

Sifat yang harus bagi Allah hanya satu iaitu harus Allah melakukan atau meninggalkannya. Ertinya Allah itu harus melakukan sesuatu mengikut kehendak dan kudratNya, tidak dipengaruhi oelh sesiapapun, Allah bebas melakukan atau menjadikan sesuatu tanpa diikut oleh sesuatu peraturan atau tidak melakukannya.

SIFAT HARUS BAGI ALLAH

Page 14: PENGAJIAN ISLAM Manusia dan kepercayaan

14

Setiap individu islam wajib mempercayai kewujudan malaikat.

Malaikat juga adalah makhluk Allah yang diciptakan dari cahaya. Zat malaikat adalah halus dan tidak dapat dilihat dari mata kasar manusia biasa tetapi mampu dilihat oleh para Nabi dan Rasul.

Rupa malaikat yang sebenar hanya Allah sahaja yang tahu. Namun berdasarkan hadis, malaikat mampu menjelma dalam pelbagai rupa manusia dan bentuk mahkluk yang lain.

Ia berakal, boleh berkata-kata dan boleh bergerak ke suatu jarak yang jauh dalam masa yang singkat. Keadaan malaikat semata-mata adalah untuk taat dan menjalankan titah perintah Allah

Malaikat itu tidak makan dan minum, tidak juga mengantuk dan tidak tidur, tidak juga ia berasa penat dan letih.

PERCAYA KEPADA MALAIKAT

Page 15: PENGAJIAN ISLAM Manusia dan kepercayaan

15

JIBRIL •Membawa wahyu dari Allah SWT kepada para Nabi dan Rasul.

MIKAIL•Meniup sangkalala.

RIDWAN•Menjaga syurga

MALIK•Menjaga Neraka

MUNKAR•Menyoal di dalam kubur

10 MALAIKAT YANG WAJIB DIKETAHUI

Page 16: PENGAJIAN ISLAM Manusia dan kepercayaan

16

NAKIR •Menyoal di dalam kubur

RAKIB •Mencatat amalan baik

ATID •Mencatat amalan buruk

IZRAIL •Mencabut nyawa

ISRAFIL •Menurunkan hujan (rezeki)

Page 17: PENGAJIAN ISLAM Manusia dan kepercayaan

17

Firman Allah SWT dalam surah at-Tahrim ayat 66:

“Malaikat itu tidak menderhakan kepada Allah mengenai apa yang Dia perintah kepada mereka dan mereka

membuat apa jua perintah oleh Nya”.

Malaikat dijadikan Allah untuk menjalankan tugas-tugas yang tertentu dan berlainan. Setiap tugasan yang diberikan Allah kepada Malaikat akan dilakukan Malaikat tanpa kompromi.

Page 18: PENGAJIAN ISLAM Manusia dan kepercayaan

18

Beriman kepada nabi dan rasul ialah meyakini bahawa nabi dan rasul itu benar-benar diangkat oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan hidup yang baik yang diredhai Allah.

Islam mengajar umatnya bahawa Allah menyampaikan wahyu Nya melalui malaikat kepada Nabi dan Rasul.

Nabi ialah seorang lelaki yang dipilih Allah untuk menerima wahyu untuk kegunaan dirinya dan tidak wajib untuk menyebarkannya.

Rasul ialah lelaki yang dipilih Allah untuk menerima wahyu dan wajib menyebarkan kepada orang lain

PERCAYA KEPADA NABI DAN RASUL

Page 19: PENGAJIAN ISLAM Manusia dan kepercayaan

19

Rasul dan Nabi adalah manusia biasa. Islam menghendaki penganutnya untuk mempercayai setiap Nabi dan Rasul ini dan tidak membezakan antara satu sama lain.

Terdapat 313 rasul, 124,000 Nabi (termasuk Rasul) . Tetapi yang wajib diketahui hanyalah 25 orang rasul.

Nabi Muhammad SAW adalah rasul terakhir dan tiada lagi nabi dan rasul selepas baginda.

Secara umumnya, tugas nabi dan rasul adalah membawa kebenaran, memberikan khabar gembira dan buruk.

Page 20: PENGAJIAN ISLAM Manusia dan kepercayaan

20

Sifat-sifat Wajib Nabi dan Rasul

Amanah Siddiq (Benar)

Tabligh (Menyampai

kan)

Fatanah (Bijaksana)

Page 21: PENGAJIAN ISLAM Manusia dan kepercayaan

21

Sifat-sifat Mustahil Nabi dan Rasul

Kizzib (Dusta)

Khianat

Jahlun (Bebal)Kitman

(Menyembunyikan)

Page 22: PENGAJIAN ISLAM Manusia dan kepercayaan

22

Sifat Harus bagi Rasul dan Nabi

• Bersifat seperti manusia biasa. Makan, minum, nafsu dll.

Aradhul Basyariyah

Page 23: PENGAJIAN ISLAM Manusia dan kepercayaan

23

Kita wajib percaya akan datangnya Hari akhirat sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam al-Quran.

Akan datang pada satu hari dimana semua mahkluk yang ada akan menjadi rosak dan binasa, dimusnahkan dan akan dibangunkan semula. Kerana itu, hari akhirat juga mendapat julukan hari kiamat dan kebangkitan.

Siapa yang amalannya penuh dengan kebaikan akan mendapat keuntungan dan sesiapa yang penuh dengan kejahatan, maka rugi la dia.

PERCAYA KEPADA HARI AKHIRAT

Page 24: PENGAJIAN ISLAM Manusia dan kepercayaan

24

Segalanya yang berlaku dan akan berlaku semuanya menurut apa yang ditentukan dan ditetapkan oleh tuhan Allah, sejak sebelumnya (zaman azali). Jadi segala sesuatu itu (nasib baik dan buruk) sudah diatur dengan rencana-rencana tertulis atau batasan-batasan yang tertentu.

Tetapi kita tidak dapat mengetahuinya sebelum terjadi. Qada’ bermaksud keputusan perbuatan ( pelaksanaan) dan Qadar bermaksud takdir atau ketetapan.

PERCAYA KEPADA QADA’ DAN QADAR

Page 25: PENGAJIAN ISLAM Manusia dan kepercayaan

25

Terima Kasih