pengajian islam: jenayah dari perspektif islam

24
Jenayah Dua istilah yang digunakan oleh para fuquha’ dalam penulisan- penulisan para ulama’ untuk menjelaskan kesalahan-kesalahan dalam konsep yang di maksudkan. 1 Dalam penggunaan biasa perkataan jarimah dan jinayah mengertikan “kesalahan” secara umum tidak kira sama ada ia melibatkan soal moral atau fizikal, dan sama ada ia melibatkan tubuh badan, harta benda atau kepentingan-kepentingan lain. 2 Hudud Dalam bahasa Arab, hudud atau kata mufradnya hadd, bererti pembatasan atau pencegahan. 3 Dari sudut istilah pula ia bermaksud: pembalasan yan telah ditetapkan (jenis dan kadarnya) dan di wajibkan sebagai memenuhi hak Allah S.W.T. Ungkapan pembalasan yang telah ditetapkan bermaksud jenis dan kadarnya telah ditetapkan oleh syarak. Ini bermakna tidak ada sesiapa pun yabg di benarkan untuk menentu serta menetapkan jenis dan kadarnya. 4 Para fuquha mendefinisikan sebagai keseksaan yang bentuk dan kadarnya telah ditetapkan oleh syara’ untuk dilaksanakan bagi menjaga hak Allah S.W.T. 5 Enam kesalahan yang umumnya di akui sebagai kesalahan hudud ialah meminum arak, mencuri, merompak, berzina, memfitnah berzina dan murtad. 6 Menurut ulama’ Mazhab Hanafi, kesalahan-kesalahan 1 Mahmood Zuhdi Ab. Majid (2001), Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah di Malaysia. Ampang, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.hal.2. 2 Ibid.hal.2. 3 Ibid.hal.2. 4 Prof. Madya Dr. Mat Saad Abd. Rahman(1996),Tinjauan Kepada Perundangan Islam : Uqubah di Dalam Jenayah Hudud dan Pelaksanaannya Dalam Masyarakat Majmuk . Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). hal.257. 5 Mahmood Zuhdi Ab.Majid, op. cit, hal.5. 6 Mohamed S. El-Awa (1999).Hukuman Dalam Undang-Undang Islam. (terj.Dewan Bahasa dan Pustaka). Ampang, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.hal. 2. 1

Upload: mohd-firdaus-zakaria

Post on 20-Jan-2015

16.891 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

Berkaitan hudud, qisas dan ta'zir... Mendepani isu semasa.

TRANSCRIPT

Jenayah

Dua istilah yang digunakan oleh para fuquha’ dalam penulisan-penulisan para ulama’ untuk menjelaskan kesalahan-kesalahan dalam konsep yang di maksudkan.1

Dalam penggunaan biasa perkataan jarimah dan jinayah mengertikan “kesalahan” secara umum tidak kira sama ada ia melibatkan soal moral atau fizikal, dan sama ada ia melibatkan tubuh badan, harta benda atau kepentingan-kepentingan lain.2

Hudud

Dalam bahasa Arab, hudud atau kata mufradnya hadd, bererti pembatasan atau pencegahan.3 Dari sudut istilah pula ia bermaksud: pembalasan yan telah ditetapkan (jenis dan kadarnya) dan di wajibkan sebagai memenuhi hak Allah S.W.T. Ungkapan pembalasan yang telah ditetapkan bermaksud jenis dan kadarnya telah ditetapkan oleh syarak. Ini bermakna tidak ada sesiapa pun yabg di benarkan untuk menentu serta menetapkan jenis dan kadarnya. 4 Para fuquha mendefinisikan sebagai keseksaan yang bentuk dan kadarnya telah ditetapkan oleh syara’ untuk dilaksanakan bagi menjaga hak Allah S.W.T.5

Enam kesalahan yang umumnya di akui sebagai kesalahan hudud ialah meminum arak, mencuri, merompak, berzina, memfitnah berzina dan murtad.6 Menurut ulama’ Mazhab Hanafi, kesalahan-kesalahan di dalam jenayah hudud itu hanya terbahagi kepada lima jenis sahaja, iaitu kesalahan zina, tuduhan zina (qadhf), minum arak, curi dan merompak.7

Qisas

Dari segi bahasa qisas bermaksud memotong. Manakala dari segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Al-Quran dan Hadis-hadis Nabi S.A.W kerana kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak individu. Para fuquha menghuraikan qisas sebagai keseksaan dan bentuk dan kadarnya telah ditetapkan oleh syara’, dan dilaksanakan sebagai hak persendirian.8

1 Mahmood Zuhdi Ab. Majid (2001), Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah di Malaysia. Ampang, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.hal.2.2 Ibid.hal.2.3 Ibid.hal.2.4 Prof. Madya Dr. Mat Saad Abd. Rahman(1996),Tinjauan Kepada Perundangan Islam : Uqubah di Dalam Jenayah Hudud dan Pelaksanaannya Dalam Masyarakat Majmuk. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). hal.257.5 Mahmood Zuhdi Ab.Majid, op. cit, hal.5.6 Mohamed S. El-Awa (1999).Hukuman Dalam Undang-Undang Islam. (terj.Dewan Bahasa dan Pustaka). Ampang, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.hal. 2.7 Prof. Madya Dr. Mat Saad Abd Rahman, op. cit, hal.260.8 Mahmood Zuhdi Ab. Majid, op. cit, hlm. 6.

1

Jenayah qisas mengandungi kesalahan-kesalahan membunuh, mencedera dan menggugurkan janin.9

Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga.10

Diat

Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas. Hukuman ini sebagai satu altenatif bagi hukuman qisas apabila ia tidak dapat di laksanakan oleh sebab-sebab tertentu, seperti apabila jenayah itu sendiri berlaku dengan secara separuh sengaja atau tidak sengaja. Begitu juga apabila hukuman qisas tidak dapat di laksanakan oleh sebab-sebab fizikal, seperti ketiadaan anggota yang sama pada pesalah berkenaan, atau semata-mata kerana pihak mangsa bersetuju tidak mahu melaksanakan qisas, sebaliknya mengambil diyat dan beberapa sebab lain lagi.11

Ta’zir

Dari segi bahasa, perkataan ta’zir berasal dari kata kerja ‘azara, yang membawa maksud mencegah, menghormati, serta memulih. Dalam penulisan perundangan Islam, perkataan ta’zir menandakan suatu hukuman yang bermatlamat, pertama mencegah penjenayah daripada terus melakukan jenayah, dan kedua memulihkannya.12

Para fuqaha mendefinisikan ta’zir sebagai keseksaan yang sifat dan kadarnya tidak di tentukan secara rigid dan terperinci oleh syara’. Ia di laksanakan bagi menjamin hak-hak Allah S.W.T atau hak-hak perseorangan dalam kes-kes kesalahan yang tidak diperuntukkan hukuman hudud, qisas, dan diyat dan tidak dikenakan kiffarah. Ini bererti, ta’zir ialah kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman berkenaan.13

9 Dr. Hj. Mat Saad Abd. Rahman (2008). Isu-isu Dalam Masyarakat Islam Malaysia. Rawang, Selangor: iBook Publication Sdn. Bhd.hal. 271.10 http://man999.tripod.com/jenayah_Islam.htm (5 Februari 2010)11 Mahmood Zuhdi Ab. Majid, op. cit. hal. 8.12 Mohamad S. El-Awa, op. cit,. hal.143.13 Mahmood Zuhdi Ab. Majid, op. cit, hal 10.

2

Arak

“11 ditahan minum arak”14 ,“JAIJ tahan 18 suspek minum arak”15 kedua-dua tajuk ini terpampang di helaian akhbar arus nasional negara di kala pasca tahun baru 2010. Majoriti mereka yang di tangkap oleh penguatkuasa adalah mereka yang berumur di antara 20-an hingga 40-an yang mana di kategorikan sebagai belia negara. Budaya meminum arak “alcoholic” sudah menjadi suatu kebiasaan anak muda mudi berseronok di bandar-bandar besar. Arak (alcohol) mempunyai lebih banyak keburukkan daripada kebaikannya.

Menurut statistik rasmi di United Kingdom, jenayah berkaitan arak ‘Alcohol-related crime’ mengundang masalah antaranya hampir 45 peratus hingga 46 peratus kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh arak (alkohol), 39 peratus keganasan dalam rumahtangga melibatkan arak (alcohol), dan hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007 hingga 2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk.16

Manakala di Russia pula, sekitar 72 peratus kes pembunuhan adalah berkait dengan arak (alcohol), 42 peratus kes mati bunuh diri berkait dengan arak (alcohol). Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 orang ke 750,000 orang akibat arak (alcohol). Menurut kajian Biro Keadilan Mangsa Jenayah Kebangsaan (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat) pada tahun 1996 sahaja, purata 2,713 kes rogol berlaku setiap hari. Statistik ini menunjukkan bahawa kebanyakkan perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut.

Penghambaan diri pada arak (alcohol) membawa kemudharatan kepada peminumnya. Dari aspek sosial, akan menimbulkan kebencian dan permusuhan di antara manusia, memporak perandakan rumah tangga, keluarga, masyarakat dan juga negara. Manakala dari aspek kesihatan, meminum arak dengan konsisten akan mengganggu kesihatan antaranya, tekanan darah tidak menentu, rosaknya urat saraf, menyebabkan hepatitis, kerosakkan jantung, buah pinggang, kanser, angin ahmar, lumpuh, keracunan dan gila. Kesan panjang arak (alcohol) akan membawa perubahan metabolisma kepada akal fikiran, organ hati dan menyekat peranan otak dari berfungsi dengan baik.

Daripada perspektif Islam, arak (alcohol) sama sekali di haramkan oleh Allah S.W.T. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

14 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0202&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm&arc=hive (6 Februari 2010)15 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0103&pub=utusan_malaysia&sec=Johor&pg=wj_05.htm&arc=hive (6 Februari 2010)16 British Crime Survey 2007/08

3

"Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan bertenung nasib dengan anak-anak panah, adalah perkara keji yang

termasuk perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya".17

Pengharaman ini adalah untuk menjaga kewarasan manusia daripada bertindak di dalam keadaan luar sedar. Selain itu, ia juga adalah suatu ketetapan yang di tetapkan oleh ALLAH S.W.T ke atas hamba-hambanya yang bertaqwa.

Dari segi hukuman, undang-undang Islam menganggap meminum arak sebagai suatu kesalahan yang mesti dihukum dengan hukuman hadd 18. Pesalah akan di hukum dengan hukuman sebat, berdasarkan kepada nas Hadis. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“sesiapa yang meminum khamr maka hendaklah kamu sebatnya,kemudian jika dia meminumnya lagi maka hendaklah kamu sebatntya,kemudian jika dia

meminumnya lagi maka hendaklah kamu sebatnya, kemudian jika dia meminumnya lagi pada kali keempatnya maka hendaklah kamu

membunuhnya.”19

Menurut pendapat kebanyakkan ulama’, hukum bunuh yang tersebut menerusi hadis di atas sudah di mansuhkan. Tetapi menurut sebahagian ulama’ yang lain hukum itu masih kekal dan harus dilaksanakan oleh pemerintah kerana ia di perlukan sebagai pembalasan.20

Pegangan al-Syafie dan ulama mazhabnya adalah, hukuman sebat yang sebenar adalah hanya 40 kali sebat, mereka menganggap sebat yang lebih daripada kadar itu sebagai ta’zir yang harus dilakukan oleh pemerintah atas dasar sesuatu kepentingan yang di pandang perlu.21

Perlaksanaan hukuman sebat di Malaysia bagi jenayah minum arak wujud di dalam peruntukkan enakmen Mahkamah Syariah (mengikut peruntukan enakmen Mahkamah Syariah negeri), tetapi pengaplikasiannya masih tidak di laksanakan. Hukuman sebat bergantung mengikut kaedah yang di putuskan oleh Mahkamah Syariah negeri masing-masing (rujuk lampiran 1).

Kesimpulannya, pengharaman arak oleh agama Islam bukanlah pengharaman secara membabi buta. Tetapi pengharaman arak adalah untuk menjaga kehormatan manusia itu sendiri. Kesan daripada penggunaan arak akan menyebabkan kerosakkan

17 Surah Al-Maidah, 5:90.18 Mohamed S. El-Awa, op. cit, hal.64.19 Riwayat al-Tarmidhi, 4:722,723 dan Abu Daud, 12:185, 188. Lihat al-Muttaqi al-Hindi, 5:13728,13733.20 Dr. ‘Abd al-Karim Zaidan, Majmu’ at Buhuth Fighiyyah, hal. 401-402.21 ‘Abd Khaliq al-Nawawi, al-Tashri’ al-Jina’I, hal. 177.

4

sistem sosial di dalam masyarakat itu sendiri. Bermula daripada individu hinggalah memberi kesan negatif kepada negara. Kualiti sumber manusianya tidak mencapai “piawaian” yang di tetapkan oleh Allah S.W.T.

5

Jenayah membunuh

Statistik Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa terdapat 152 kes

bunuh yang berlaku dalam suku tahun pertama 2006. Secara purata, pada setiap 14 jam

13 minit berlaku satu kes pembunuhan. Jadi, tidak hairanlah kalau setiap hari kita

mendengar dan menyaksikan berita pembunuhan samada di kaca televisyen ataupun di

dada-dada akhbar. Jadi, tidak hairanlah kalau setiap hari kita mendengar dan

menyaksikan berita pembunuhan samada di kaca televisyen ataupun di akhbar-akhbar.

“Empat sekeluarga dibunuh kejam”22. Begitulah tajuk utama di dada-dada

akhbar awal januari lalu. Kisah tragis ini, menimbulkan persoalan kenapa seorang anak

sanggup membunuh ahli keluarganya sendiri?.

Jenayah membunuh mencetuskan suasana tidak selamat di dalam masyarakat.

Sehinggakan di dalam rumah sendiri pun akan wujud suasana tidak selamat. Keadaan ini

akan mempengaruhi perkembangan budaya hidup masyarakat.

Jenayah membunuh di sebabkan oleh beberapa faktor antaranya, pertelingkahan

di antara dua pihak, dendam, iri hati, cemburu, masalah hidup dan lain-lain.

Kualiti masyarakat hari ini sudah mencapai pada tahap yang rendah. Manusia

saling berbunuh-bunuhan untuk memuaskan kehendak mereka.

Di dalam Islam, Allah benar-benar menjaga nyawa manusia dari sebarang

pembunuhan tanpa hak. Terdapat banyak nas-nas Al-Qur’an dan Al-Hadis dalam perkara

ini. Jika terjadi pembunuhan tanpa hak, maka pelakunya wajib dihukum mengikut hukum

Islam, samada diqisas, diyat atau diampunkan (oleh waris si mati). Allah berfirman

maksudnya:

“Wahai orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu hukum qisas dalam pembunuhan iaitu

orang merdeka dengan merdeka, hamba dengan hamba dan perempuan dengan

perempuan. Sesiapa yang mendapat kemaafan daripada saudaranya (magsa) dengan

22 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0106&pub=utusan_malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm&arc=hive (6 Februari 2010)

6

pembayaran yang sesuai maka hendaklah ia mengikutnya secara baik dan membayar

(diyat) kepadanya dengan cara yang baik. Demikian itu suatu keringanan dan rahmat

daripada Tuhan kamu. Sesiapa yang melampau batas sesudah itu maka baginya azab

yang sangat pedih. Hukuman qisas menjamin kehidupan untuk kamu, wahai orang yang

berakal, semoga kamu bertaqwa.”23

Dalam ayat di bawah di tetapkan hukuman bagi pembunuhan yang di sengajakan.

“Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang

lain, kecuali dengan tidak sengaja dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan

tidak sengaja, maka (wajiblah dia membayar kafarah) dengan memerdekakan seorang

hamba yang beriman serta membayar "diat" (denda ganti nyawa) yang diserahkan

kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya).

Tetapi jika dia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi

kamu, sedang dia sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kafarah

sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba yang beriman dan jika dia (orang yang

terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di

antara kamu dengan mereka, maka wajiblah membayar "diat" (denda ganti nyawa)

kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam pada itu,

sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah

dia berpuasa dua bulan berturut-turut; (hukum yang tersebut) datangnya dari Allah

untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu) dan (ingatlah) Allah Maha

Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”24

Perlaksanaan hukum qisas adalah untuk memastikan nyawa manusia lain terjaga

kerana hakikatnya jika orang yang berakal mengetahui bahawa apabila ia membunuh, ia

akan dibunuh, maka ia tidak akan melakukan pembunuhan.

23 Al-Baqarah, 2:178-179.24 An-Nisa’, 4:92.

7

Jenayah Ragut

“ 5 Mei 2009 - wanita mengandung dua bulan, Jamilah Selamat, 31, meninggal

dunia selepas koma tiga hari akibat terjatuh daripada motosikal, diragut dua lelaki, 70

meter dari rumahnya di Johor Bahru.” 25

“ 29 April 2009 - pelajar Tingkatan Dua, Lee Chee Wai, 14, hampir

kehilangan dua jari tangan kiri selepas dilibas pisau peragut di Subang Jaya kerana mahu

merampas kembali alat permainannya.” 26

“ 21 Februari 2009 – wanita warga Singapura cedera di lutut dan rugi kira-

kira S$5,300 (RM13,000) selepas beg tangannya diragut dua lelaki di Kuantan.” 27

Sejak akhir-akhir ini jenayah ragut semakin berleluasa dan menimbulkan

kebimbangan banyak pihak. Banyak kes yang dilaporkan sering melibatkan kematian di

kalangan mangsa ragut. Baru-baru ini kita digemparkan dengan kematian dua wanita

yang telah menjadi mangsa ragut manusia yang tidak bertanggungjawab. Lebih

menyedihkan, kedua-dua wanita tersebut sedang berbadan dua.

Ini hanya sebahagian kes yang mendapat liputan meluas media. Banyak lagi kes

ragut yang tidak dilaporkan kerana sikap masyarakat kita yang masih memandang remeh

terhadap kes tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa jenayah ragut perlu ditangani segera

dan tugas ini bukan hanya terletak di bahu pihak berkuasa sahaja, bahkan ia menjadi

tanggungjawab bersama.

Ekoran itu, semua rakyat negara ini juga perlu saling bekerjasama antara satu

sama lain dalam usaha mencegah, membendung dan mengurangkan jenayah ragut iaitu

dengan memberi sokongan terhadap aktiviti komuniti yang dilakukan oleh pihak

berkuasa di kawasan setempat.

Kebiasaannya, peragut akan mencari mangsa yang berjalan atau menunggang

motosikal secara berseorangan di kawasan sunyi dan gelap. Ini kerana situasi sebegini

memudahkan peragut menjalankan aktiviti mereka dengan mudah tanpa dilihat oleh

25 Akhbar Berita Harian, 7 Mei 200926 Ibid.27 Ibid.

8

orang lain. Ciri-ciri mangsa ragut selalunya ialah wanita yang memakai mini skirt, kain

ketat dan berkasut tinggi selain berseorangan. Peragut akan bertindak meragut wanita

yang berpakaian sebegini kerana wanita tersebut dilihat sukar untuk bertindak balas

terhadap mereka. Oleh itu, kaum wanita perlu memikirkan perkara ini sebelum memilih

untuk berpakaian sebegitu apabila keluar berseorangan.

Di samping itu, kebanyakan wanita gemar membawa beg tangan dengan

memegangnya di tangan sahaja dan tidak kurang juga dengan mengepit beg duit di celah

ketiak apabila keluar bekerja mahupun bersiar-siar atau kemana jua. Seterusnya, mangsa

juga terdiri daripada penunggang atau pembonceng yang menggalas beg tangan semasa

menunggang atau membonceng motosikal. Keadaan ini boleh memberi peluang yang

mudah untuk peragut melaksanakan misi mereka.

Dalam hal ini, orang ramai perlu diberi tip tertentu untuk mengelak mereka

menjadi mangsa ragut seperti tidak membawa beg tangan yang disandang di bahu

sebaliknya hanya membawa dompet wang yang disimpan di dalam poket seluar. Mereka

juga digalakkan membawa bersama cecair penyembur berlada untuk memancitkan ke

mata penjenayah. Yang lebih penting orang ramai diminta mengingat nombor

pendaftaran kenderaan penjenayah dan jenis kenderaan sebelum memaklumkan kepada

pihak polis.

Keadaan ekonomi yang agak suram dengan peningkatan bilangan mereka yang

diberhentikan kerja termasuk dikalangan warga asing juga harus diberi perhatian.

Bilangan pekerja asing di negara ini bukanlah sedikit malah dalam angka jutaan. Di

Malaysia sahaja sudah terdapat kira-kira 400,000 pekerja Bangladesh. Ini boleh menjadi

kadar faktor jenayah ragut meningkat.

Justeru itu, hasrat kerajaan untuk mengambil lebih ramai anggota polis hingga

mencapai 150,000 orang menjelang 2011 adalah wajar untuk mengurangkan kadar

jenayah dan mengekalkan keamanan negara. Hukuman keatas mereka yang terlibat

dengan perbuatan ragut dan samun perlu dikaji semula dengan hukuman yang lebih berat.

9

Rogol

Definisi Rogol:

Rogol (atau pencabulan) adalah serangan seksual yang dianggap oleh kebanyakan

orang sebagai jenayah yang sangat serius. Definasi teknikal untuk "rogol" merangkumi

sebarang serangan serius dan yang merosakkan terhadap seseorang atau sekumpulan

orang, tetapi dalam penggunaan sehari-harian, istilah tersebut adalah mengenai serangan

seksual

Statistik Rogol:

Statistik kes rogol pada tahun 2008 yang lalu yang membabitkan pelajar di

negeri ini agak membimbangkan apabila sebanyak 226 kes direkodkan daripada

keseluruhan 309 jenayah tersebut.

“Daripada 226 kes rogol yang membabitkan pelajar itu, sebanyak 210 kes adalah

pelajar berusia 12 tahun hingga 18 tahun. Jumlah tersebut mencatatkan 74.12 peratus

daripada keseluruhan kes rogol sepanjang tahun lalu.

“Secara keseluruhannya statistik menunjukan sebanyak 187 kes

membabitkan pelajar berusia 12 hingga 16 tahun, manakala 39 kes lagi membabitkan

pelajar berusia 17 hingga 18 tahun.

Punca Rogol:

Punca kepada rogol ialah kehadiran ubat rangsangan seks yang mudah didapati di

pasaran kerana penjualan ubat ini turut menyumbang kepada jenayah rogol.

Cara Mengatasi:

Ibu bapa perlu memainkan perana penting dan tanggungjawab yang sepenuhnya

terhadap aktiviti dan perlakuan anak-anak mereka.

Sesetengah ibu bapa langsung tidak mengambil tahu perihal anak gadis mereka

sehingga ia menyumbang kepada peningkatan kes rogol dalam kalangan remaja

terbabit,.” Didikan awal di rumah dapat membentuk jiwa kanak-kanak dan ahli keluarga

10

supaya menghormati wanita.Membetulkan cara didikan kanak-kanak.Masyarakat diajak

untuk memberi ruang kepada mangsa dan keluarga bagi melupakan tragedi hitam dengan

cara memberi sokongan emosi dan fizikal.Mempercepatkan pendakwaan kepada pesalah

rogol.

Pertubuhan bukan kerajaan diberi akses yang lebih luas kepada penubuhan pusat

perlindungan seperti bantuan geran, khidmat kaunselor dan kursus peningkatan

pengurusan tempat perlindungan supaya mangsa rogol berasa yakin dan dapat menerima

kehidupan baru.

Tapisan keselamatan ke atas semua pekerja yang akan diambil bertugas tanpa

mengira sektor.Mewujudkan Majlis Perundingan Keluarga Negara (MPKN) supaya

program dan aktiviti pembangunan keluarga dapat disusun dari peringkat kampung,

taman perumahan, daerah dan negeri. Penglibatannya pula diperluaskan.

Menggerakkan peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung

(JKKK) dan persatuan penduduk melalui aktiviti pemantauan dan pencegahan secara

berterusan. Kempen memperhebatkan talian hotline Polis Diraja Malaysia iaitu 03-

26226555 bagi memudahkan orang ramai membuat aduan.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) wajar mengambil tanggungjawab memastikan

persekitaran kawasan perumahan khususnya jalan atau lorong gelap. Kawasan seperti ini

berpotensi menjadi tempat penjenayah rogol mencari mangsa mereka. Contoh kes ialah

Audrey Melisa yang dirogol ketika ke sekolah di laluan awam kerana ketiadaan lampu

jalan.

11

Murtad

Definisi Murtad

Murtad bermaksud meninggalkan ("keluar") dari sesuatu agama28. Orang murtad

boleh beralih kepada agama yang lain atau memilih untuk kekal tanpa agama (ateisme).

Terdapat juga orang yang murtad tetapi masih mengaku kekal dalam agama yang

sama. Ini terjadi apabila seseorang itu menolak sebahagian asas kepada agama mereka

tersebut tetapi patuh kepada asas yang lain. Dalam Islam, mereka yang mengaku kekal

dalam Islam tetapi melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam,

dianggap sebagai musyrik.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohamed Khusrin

Munawi berkata sebanyak 109 kes murtad dilaporkan di negeri itu sejak tahun 2007

hingga 2009.

Pada tahun 2007 terdapat 27 kes, 2008 42 kes, 2009 ia mencatatkan penurunan

dengan 40 kes dilaporkan dan setakat bulan Januari 2010, telah ada 3 kes.

Kebanyakan agama menganggap murtad sebagai satu dosa.

Faktor berlakunya gejala murtad di Malaysia

1. Lemah pegangan agama.

2. Jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam.

3. Terpengaruh dengan tawaran kebendaan.

4. Faktor perkahwinan.

28 http://ms.wikipedia.org/wiki/Murtad

12

Dalam menangani masalah murtad

Unit Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) turut menjalin

kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Cina Muslim

Malaysia (MACMA) dan

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan mengadakan sesi kaunseling dan

penerangan kepada orang ramai.

isu keluar Islam melibatkan akidah dan pendirian agama seseorang itu sukar

untuk diubah dan ia mengambil masa yang panjang.

Statistik permohonan murtad bagi tahun 2000 hingga 2006. Statistik permohonan

murtad yang didapati di JAKIM hasil daripada kajian fail menunjukkan peningkatan yang

tinggi pada tahun 2004 hingga 2006.

Sejumlah 46 kes pada tahun 2004 dan 2005 manakala 41 kes pada tahun 2006

berbanding pada tahun-tahun sebelumnya. Ia seperti yang termaktub dalam jadual di

bawah:

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan),

Rasulullah SAW berpesan “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana

akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya

seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”.

Sahabat bertanya “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?” “Fitnah itu adalah

kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang

kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.” Sahabat bertanya lagi. “Mengapa begitu ya

Rasullullah?”, Rasullullah SAW menjawab, “Sebab dia jual agamanya dengan nilai

dunia”.

13

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, “Akan datang fitnah murtad ini

dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.” Mana nampak?

Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

14

Bibliografi

Al-Qur’an dan Terjemahan, Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman.

Mahmood Zuhdi Ab. Majid (2001), Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah di Malaysia. Ampang, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Khatib Al-Syarbaini (2006). Mugni Al-Muhtaj (Fikih Jenayah).(Tim Manar Azhar). Johor Bahru, Johor Darul Takzim: Perniagaan Jahabersa.

Mohamed S. El-Awa (1999).Hukuman Dalam Undang-Undang Islam. (Dewan Bahasa dan Pustaka). Ampang, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr. Hj. Mat Saad Abd. Rahman (2008). Isu-isu Dalam Masyarakat Islam Malaysia. Rawang, Selangor: iBook Publication Sdn. Bhd.

Akhbar Kosmo,15 Julai 2009.

Akhbar Berita Harian, 7 Mei 2009.

15

Lampiran

16

Hukuman sebat Mahkamah Syariah

Pesalah perempuan disebat dalam keadaan duduk manakala lelaki dalam keadaan berdiri.

Sebatan dilakukan dalam kadar sederhana, tangan tukang sebat tidak melebihi kepala.

Alat sebatan diperbuat daripada rotan atau ranting kecil yang tiada ruas dan buku. Panjang rotan tidak melebihi 1.22 meter dan ukur lilit tidak melebihi 0.0125

meter. Hukuman hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang Pegawai Perubatan

Kerajaan di mana-mana tempat sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah atau di suatu tempat yang di tetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Orang yang di lantik untuk melaksankan hukuman itu hendaklah seorang yang adil dan matang.

Orang itu hendaklah menggunakan alat sebat dengan kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepalanya supaya tidak melukakan kulit pesalah.

Selepas mengenakan sebat, dia hendaklah mengangkat alat sebat itu ke atas dan tidak menariknya.

Sebat boleh dikenakan di seluruh bahagian tubuh kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian-bahagian sulit.

Pesalah hendaklah memakai pakaian mengikut hukum syara’.

(Sumber: Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 Negeri Pahang, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2003 Negeri Selangor.)

17

Lampiran 1