pengajian islam islam agama yang terakhir

25
1 PENGAJIAN ISLAM ISLAM AGAMA YANG TERAKHIR

Upload: kylar

Post on 24-Feb-2016

186 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PENGAJIAN ISLAM Islam agama yang terakhir. TOPIK MINGGU KE 4. Islam agama yang terakhir Islam itu agama rahmat Tiada lagi kerasulan selepas Nabi Muhammad SAW Keuntungan menjadi ummat Nabi Muhammad SAW. Islam Agama Rahmat. Firman Allah SWT yang bermaksud : - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: PENGAJIAN ISLAM Islam agama yang  terakhir

1

PENGAJIAN ISLAM

ISLAM AGAMA YANG TERAKHIR

Page 2: PENGAJIAN ISLAM Islam agama yang  terakhir

2

TOPIK MINGGU KE 4

Islam agama yang terakhir

- Islam itu agama rahmat

- Tiada lagi kerasulan selepas Nabi Muhammad SAW

- Keuntungan menjadi ummat Nabi Muhammad SAW

Page 3: PENGAJIAN ISLAM Islam agama yang  terakhir

3

Islam Agama Rahmat

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“ Sesungguhnya agama yang diredhai Allah ialah Islam…”

(al-imran:19)

Sesungguhnya, islam adalah anugerah yang tak terhingga. Selain itu, Allah SWT memberikan nikmat terbesar dalam kehidupan manusia iaitu nikmat iman dan islam.

Nikmat islam merupakan kunci syurga Allah yang didalamnya terdapat banyak sekali kenikmatan abadi yang tiada habisnya, di mana setiap muslim dijamin oleh Allah akan dimasukkan kedalam Jannah-Nya

Page 4: PENGAJIAN ISLAM Islam agama yang  terakhir

4

Firman Allah SWT:

“ hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara kaffah (keseluruhan) dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”.

(al-Baqarah:208)

Page 5: PENGAJIAN ISLAM Islam agama yang  terakhir

5

Islam memiliki sifat-sifat dasar iaitu kesempurnaan, penuh nikmat, diredhai dan sesuai dengan fitrah. Sebagai agama, sifat-sifat ini dapat dipertanggungjawabkan dan menjadikan pengikutnya dan penganutnya tenang selamat dan bahagia dalam menjalani hidup.

Seorang muslim akan menjadi selamat kerana Islam diciptakan sebagai Ad Din yang sempurna. Ketenangan yang dirasakan seorang muslim kerana Allah memberikan segenap rasa nikmat kepada penganut Islam kemudian kepada mereka yang mengamalkan Islam kerana ianya sesuai dengan fitrahnya.

Page 6: PENGAJIAN ISLAM Islam agama yang  terakhir

6

Islam adalah sistem yang menyeluruh, mencakupi seluruh isi kehidupan. Ia adalah negara dan tanah air, pemerintah dan umat, akhlak dan kekuatan, kasih sayang dan keadilan, peradaban dan undang-undang, ilmu dan keadilan, kekayaan alam, penghasilan dan kekayaan, jihad dan dakwah dan pemikiran. Ia adalah aqidah yang lurus dan merupakan ibadah yang benar.

Syumul merupakan salah satu karakter Islam yang sangat istimewa jika dibandingkan dengan syariah dan undang-undang buatan manusia, baik komunisme, kapitalisme, demokrasi dan lain-lain.

Page 7: PENGAJIAN ISLAM Islam agama yang  terakhir

7

Ulama besar Mesir, Hasan Al Banna berkata:

“Risalah islam mempunyai jangkauan yang sangat lebar sehingga meliputi seluruh umat dan jangkauan yang sangat mendalam sehingga mencakupi seluruh urusan dunia dan akhirat”.

Kesempurnaan islam ini dilengkapi dengan : Syumuliyatuz zaman (sepanjang masa) Syumuliyatul minhaj (mencakupi semuanya)

dan, Syumuliyatul makan (semua tempat)

Page 8: PENGAJIAN ISLAM Islam agama yang  terakhir

8

Islam adalah agama masa lalu, hari ini dan sampai akhir zaman nanti. Sebagaimana Islam merupakan agama yang pernah Allah sampaikan kepada para Nabi terdahulu,

“. Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taaghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah pertunjuk oleh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya”.

(an Nahl:36)

Islam sebagai syumuliyatuz zaman (sepanjang masa)

Page 9: PENGAJIAN ISLAM Islam agama yang  terakhir

9

Kemudian disempurnakan oleh Allah melalui risalah Nabi Muhammad SAW sebagai kesatuan risalah dan nabi penutup.

Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW dilakasanakan sepanjang masa untuk seluruh umat manusia hingga hari kiamat.

“Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).

(Saba’ : 28)

Page 10: PENGAJIAN ISLAM Islam agama yang  terakhir

10

Islam sebagai syumuliyatuz minhaj (mencakupi semuanya)

Islam melingkupi beberapa aspek, misalnya jihad dan dakwah (sebagai penyokong/penguat islam), akhlak dan ibadah (sebagai bangunan islam) dan aqidah (sebagai asas islam).

Aspek-aspek ini menggambarkan kelengkapan Islam sebagai satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam”.(al imran:19)

Page 11: PENGAJIAN ISLAM Islam agama yang  terakhir

11

Islam sebagai syumuliyatul makan (semua tempat)

Allah menciptakan manusia dan alam semesta ini sebagai satu kesatuan. Pencipta alam ini hanya Allah sahaja. Ini kerana kita berasal dari satu pencipta, maka semua perlu mengikut aturan dan ketentuan dari Nya.

Firman Allah SWT sebagai satu-satunya Tuhan dan pencipta alam semesta:

“Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

(al-Baqarah:163-164)

Page 12: PENGAJIAN ISLAM Islam agama yang  terakhir

12

Kelengkapan Ajaran Islam Di Bidang Aqidah

Aqidah islam adalah aqidah yang lengkap dari sudut manapun. Islam mampu menjelaskan persoalan-persoalan besar kehidupan ini. Aqidah islam mampu dengan jelas menerangkan tentang Tuhan, manusia, alam maya, kenabian, dan bahkan perjalanan akhir manusia itu sendiri.

Islam tidak hanya ditetapkan berdasarkan instinct/perasaan atau logik semata tetapi aqidah islam diyakini berdasarkan wahyu yang dibenarkan oleh perasaan dan logik.

Iman yang baik adalah iman yang muncul dari akal yang bersinar dan hati yang bercahaya. Dengan demikian, aqidah Islam akan kuat dalam diri seorang muslim. Meyakini secara benar dan bahwa tiada Tuhan selain Allah dengan meyakini dalam hati, mengucapkan secara lisan dan dibuktikan dengan mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan Allah.

Page 13: PENGAJIAN ISLAM Islam agama yang  terakhir

13

Kelengkapan Ajaran Islam Di Bidang Ibadah

Ibadah dalam islam menjangkau keseluruhan jiwa dan raga seorang muslim. Seorang Muslim beribadah kepada Allah dengan lisan, fizikal, hati dan akal.

Lisannya mampu berzikir, berdoa, tilawah, amar makruf nahi munkar.

Fizikal mengiringi dengan berdiri, rukuk, sujud, puasa, berbuka, berjihad, bersukan, dan membantu mereka yang memerlukan.

Hatinya beribadah dengan rasa takut (khauf), berharap (raja’), cinta (mahabbah) dan bertawakkal kepada Allah. Sama-sama berbahagia atas kebahagiaan orang lain dan membela mereka yang diuji dengan musibah.

Page 14: PENGAJIAN ISLAM Islam agama yang  terakhir

14

Kelengkapan Ajaran Islam Di Bidang Ibadah

Akalnya beribadah dengan berfikir dan merenungkan kebesaran dan ciptaan Allah. Hartanya diinfakkan untuk perbelanjaan yang dicintai dan diperintahkan Allah serta membawa kemaslahatan bersama.

Kita perlu mencontohi Rasullulah SAW dan para sahabat yang selalu berlumba-lumba dalam kebaikan (ibadah) kerana mereka yakin bahawa Allah akan membalasnya dengan limpahan pahala dan sesuatu yang jauh lebih baik di dunia mahupun di akhirat.

Page 15: PENGAJIAN ISLAM Islam agama yang  terakhir

15

Kelengkapan Ajaran Islam Di Bidang Akhlak

Akhlak Islam memberikan sentuhan kepada seluruh sendi kehidupan manusia dengan optimal. Akhlak Islam menjangkau ruhiyah, fizikal, duniawi, logik, perasaan, wujud sebagai individu, atau wujudnya sebagai elemen komunal (masyarakat)

Akhlak Islam meliputi hal-hal berkaitan peribadi, seperti kewajiban memenuhi keperluan fizikal dengan makan dan minum yang halal serta menjaga kesihatan, seruan agar manusia mempergunakan akalnya untuk berfikir akan keberadaan dan kekuasaan Allah, seruan agar manusia membersihkan jiwanya, sepertimana Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (as-syams: 9-10)

Page 16: PENGAJIAN ISLAM Islam agama yang  terakhir

16

Hal-hal yang berkaitan dengan keluarga, seperti hubungan suami isteri dengan baik, hubungan anak dan orang tua, hubungan dengan keluarga dan sanak saudara. Semuanya diajarkan dalam Islam untuk saling berkasih sayang dalam mewujudkan keluarga yang sakinah, mawaddah, warahmah.

Hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat, seperti seruan untuk memuliakan tamu dan etika bertemu, mengajarkan bahawa tetangga merupakan keluarga dekat, hubungan muamalah yang baik dengan saling menghormati, seruan untuk berjual beli dengan adil, ini menjadikan umat manusia dapat hidup berdampingan dengan damai dan harmonis.

Page 17: PENGAJIAN ISLAM Islam agama yang  terakhir

17

Kesempurnaan Islam juga mengatur pada akhlak Islam yang berkaitan dengan alam, sebagai objek untuk berfikir, merenung dan belajar,

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal’. (al imran:190)

Sebagai balasan atas semua nikmat, akhlak muslim kepada Allah SWT, Pencipta dan Pemberi nikmat, dengan bertahmid, bersyukur, berharap (raja’) dan takut (khauf)jika dipinggirkan apatah dijatuhi hukuman, baik di dunia mahupun di akhirat.

Page 18: PENGAJIAN ISLAM Islam agama yang  terakhir

18

Kelengkapan Ajaran Islam Di Bidang Hukum /Syariah

Syariah islam meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Ada aturan ibadah, yang mengatur hubungan manusia dengan Allah. Ada halal dan haram yang mengatur manusia dengan dirinya sendiri. Ada hukum keluarga, nikah talak, nafkah,persusuan, warisan dan pewalian. Ada aturan bermasyarakat seperti jual beli, hutang piutang, pengalihan hak, kafalah dan lain-lain.

Dalam urusan negara ada aturan hubungan negara terhadap rakyatnya, setia pada ulil amri (pemerintah) yang adil dan bijaksana, bugho (pemberontakan), hubungan antara negara, pernyataan damai atau perang dan lain-lain.

Page 19: PENGAJIAN ISLAM Islam agama yang  terakhir

19

Kelengkapan Ajaran Islam Dalam Seluruh Aspek Kehidupan

Islam sendiri memiliki syariat/ peraturan hukum yang sangat sempurna kerana memiliki beberapa keunikan, diantaranya:1. Bersifat manusiawi.

2. Bercirikan moral

3. Bercirikan universal Syariah islam juga memiliki beberapa karakteristik tersendiri

antaranya:

1. Islam sebagai agama terakhir yang sempurna

2. Berwatak harmonis dan seimbang

3. Dinamis

Page 20: PENGAJIAN ISLAM Islam agama yang  terakhir

20

Tiada Lagi Kerasulan Selepas Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad SAW adalah rasul yang diutuskan kepada sekalian umat manusia termasuk golongan jin. Baginda adalah Nabi dan Rasul terakhir. Tiada lagi selepasnya.

Sabda Rasullulah SAW:

Pertalianku dengan para Nabi boleh difahami dengan perumpamaan sebuah istana iaitu istana yang paling indah. Segala yang ada didalamnya adalah lengkap kecuali tempat untuk meletakkan sekeping batu ubin ditinggalkan kosong. Aku telah memenuhi tempat itu dan kini binaan istana itu telah sempurna. (HR Bukhari dan Muslim)

Selepas kenabian baginda, tiada lagi nabi akan lahir. Pewaris nabi adalah para alim dan ulama.

Page 21: PENGAJIAN ISLAM Islam agama yang  terakhir

21

Nabi banyak diutuskan kepada Bani Israil

Bangsa dan kaum paling banyak menerima Nabi dan Rasul adalah Bani Israil.

Dan mereka sangat berbangga dengan rekod tersebut. Namun, hakikatnya, ia menunjukkan bahawa kelemahan

kaum mereka sendiri yang mudah alpa dan lalai. Bani Israil juga terkenal dengan penentangan terhadap

para nabi dan rasul mereka. Sesungguhnya bangsa yang sering dilaknat oleh Allah SWT

ini adalah bangsa yang cukup hina, angkuh lagi sombong.

Page 22: PENGAJIAN ISLAM Islam agama yang  terakhir

22

Sebab tiada lagi kerasulan selepas Nabi Muhammad SAW

Agama islam telah lengkap dan tidak perlu diperindahkan lagi.

Tidak seperti sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, ajaran yang dibawa oleh para Nabi sebelumnya terhad kepada waktu tersebut dan kaum tersebut sahaja.

Page 23: PENGAJIAN ISLAM Islam agama yang  terakhir

23

Keuntungan Umat Muhammad SAW

Sebagai Umat Akhir Zaman

1. Tiada umat lain yang akan dijadikan Allah SWT selepas kita. Walaupun begitu, Allah akan menyusun umat manusia dari zaman Nabi Adam hinggalah zaman Nabi Muhammad SAW mengikut saf-saf dan Allah telah memilih umat Nabi Muhammad SAW untuk berbaris di saf pertama.

Pahala Berlipat Kali Ganda

1. 1 amalan dibalas dengan 10 kebaikan.

2. 1 kejahatan dibalas dengan 1 dosa Syafa’at Nabi Muhammad SAW

1. Baginda adalah satu-satunya nabi yang dapat memberi syafaat kepada umatnya di akhirat kelak.

Page 24: PENGAJIAN ISLAM Islam agama yang  terakhir

24

Penangguhan Siksaan di Dunia

1. Umat Nabi Muhammad SAW tidak akan disiksa oleh Allah hingga tiba hari akhirat kelak.

2. Supaya umat baginda dapat dan sempat bertaubat kepada Allah SWT.

Malam Lailatul Qadr

1. Satu-satunya umat yang diberikan oleh Allah satu malam yang menyamai 1000 bulan iaitu malam lailatul qadr.

Page 25: PENGAJIAN ISLAM Islam agama yang  terakhir

25

Terima Kasih