modul pengajian islam

135
BAB 1 ISLAM SEBAGAI AL-DEEN A) PENDAHULUAN Islam adalah sebuah agama yang lengkap, sempurna dan syumul meliputi segala aspek kehidupan. Syari’atnya dijadikan panduan dan rujukan dalam mengharungi kehidupan untuk menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup. Menjadikan Islam sebagai ad-Deen bererti menjadikan Islam sebagai cara hidup dalam semua sudut. Bagi merealisasikan perkara ini, setiap muslim haruslah mengetahui ajaran agama Islam secara menyeluruh meliputi maksud Islam itu sendiri, ayat al-Quran dan hadith berkaitan Islam, ciri-ciri keistimewaan Islam, asas-asas Islam, dasar-dasar Islam (maqasid al-Syari’ah) dan sebagainya. B) PENGERTIAN ISLAM Dari sudut bahasa – Asal perkataan ‘salam’; bermaksud Sejahtera, tidak tercela, tidak cacat ; Ia mengandungi 3 makna: i) Sejahtera, tidak tercela @ cacat zahir & batin ii) Damai, aman dan sejahtera. iii) Taat, penyerahan diri, tunduk, patuh kepada peraturan- peraturan dan undang-undang Allah SWT. iv) Dari perkataan bahasa Arab : Salima= Selamat Salmi= Damai Istaslama’ = Tunduk dan patuh serta taat Dari sudut istilah – Menyerah diri sepenuhnya kepada Allah dengan mentauhidkanNya, taat, tunduk dan patuh, keikhlasan yang lahir dalam diri secara menyeluruh serta beriman kepada ajaranNya yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Menurut pendapat Sarjana Islam – Ulama merumuskan beberapa takrif, antaranya: i. Agama Islam ialah peraturan-peraturan dari Allah SWT untuk manusia yang berakal, untuk memberi keyakinan 1

Upload: syahmiroar

Post on 22-Nov-2015

194 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

Pengajian Islam

TRANSCRIPT

Bab 1 ISLAM SEBAGAI AL-DeeN

BAB 1

ISLAM SEBAGAI AL-DEENA) PENDAHULUANIslam adalah sebuah agama yang lengkap, sempurna dan syumul meliputi segala aspek kehidupan. Syariatnya dijadikan panduan dan rujukan dalam mengharungi kehidupan untuk menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup. Menjadikan Islam sebagai ad-Deen bererti menjadikan Islam sebagai cara hidup dalam semua sudut. Bagi merealisasikan perkara ini, setiap muslim haruslah mengetahui ajaran agama Islam secara menyeluruh meliputi maksud Islam itu sendiri, ayat al-Quran dan hadith berkaitan Islam, ciri-ciri keistimewaan Islam, asas-asas Islam, dasar-dasar Islam (maqasid al-Syariah) dan sebagainya.B) PENGERTIAN ISLAMDari sudut bahasa

Asal perkataan salam; bermaksud Sejahtera, tidak tercela, tidak cacat ;Ia mengandungi 3 makna:i) Sejahtera, tidak tercela @ cacat zahir & batinii) Damai, aman dan sejahtera.

iii) Taat, penyerahan diri, tunduk, patuh kepada peraturan-peraturan dan undang-undang Allah SWT.iv) Dari perkataan bahasa Arab :Salima= Selamat

Salmi = DamaiIstaslama = Tunduk dan patuh serta taat

Dari sudut istilah Menyerah diri sepenuhnya kepada Allah dengan mentauhidkanNya, taat, tunduk dan patuh, keikhlasan yang lahir dalam diri secara menyeluruh serta beriman kepada ajaranNya yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Menurut pendapat Sarjana Islam

Ulama merumuskan beberapa takrif, antaranya:

i. Agama Islam ialah peraturan-peraturan dari Allah SWT untuk manusia yang berakal, untuk memberi keyakinan mencapai jalan yang bahagia lahir dan batin, dunia dan akhirat bersandar kepada wahyu Ilahi yang terhimpun dalam al-Quran yang diterima oleh Rasulullah SAW.

ii. Agama Islam ialah kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Esa dan tata hukumNya berasaskan wahyu Ilahi kepada Nabi/Rasul-Nya, untuk mengatur hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan Allah SWT.Islam sebagai peraturan hidup (Ad-Deen)Ad-Deen memberi maksud Agama, satu cara hidup.

Menjadikan Islam sebagai suatu cara hidup dimana agama adalah suatu sistem yang mengandungi peraturan yang menyeluruh, undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia untuk mereka menerima dan mengamalkannya secara total dengan cara :

i- Mentaati dan mematuhi segala perintahNya (suruhan dan larangan)

ii- Memahami bahawa peraturan yang ditentukan oleh Islam bersesuaian dengan fitrah manusiaiii- Menerima dan mengamalkan secara total segala perintah dan peraturan Islam dalam kehidupaniv- Menjadikan Islam sebagai undang-undang dan peraturan yang lengkap dalam semua urusan kehidupan

Kesempurnaan seseorang muslim bergantung kepada sejauhmana kepatuhannya kepada perintah dan peraturan yang ditetapkan oleh Islam. Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 208 : Maksudnya:Wahai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) seluruh hukum-hukumnya. Jangan kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.C) ISLAM DALAM AL-QURAN DAN AL-HADITHi) Al-Quran :Terdapat banyak ayat dalam al-Quran yang menyebut Islam sebagai ad-Deen. Antaranya :a) Firman Allah dalam surah al-Maidah, ayat 3 :Maksudnya:

Hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu dan telah sempurnakan kepadamu nikmatKu dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kamu

b) Surah Ali Imran ayat 19 yang bermaksud:

Maksudnya:

Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam.. c) Firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 85 :Maksudnya:

Barangsiapa yang memilih agama selain Islam, Allah tidak sekali-kali menerimanya dan di akhirat mereka termasuk orang-orang yang rugi

ii) Al-Hadith :

Antara hadith yang menyebut Islam sebagai ad-Deen ialah hadith yang menerangkan tentang Islam, Iman dan Ihsan.

D) CIRI-CIRI KESEMPURNAAN ISLAM 1- Ciptaan dari Allah s.w.t Penamaan daripada Allah

Sesuai dengan nama dan sifatnya

2- Berasaskan wahyu Sumber utama iaitu al-Quran dan al-Hadith3- Lengkap dan menyeluruh Mengandungi asas-asas Islam seperti akidah, syariah, akhlak Mempunyai undang-undang dan peraturan lengkap seperti ibadah, muamalah, jenayah, munakahat, faraid

Merangkumi urusan dunia dan akhirat

4- Bersifat universal Tidak terhad kepada bangsa, keturunan, warna kulit, kedudukan,iklim, geografi Mementingkan keadilan di mana Islam untuk semua.

5- Sesuai sepanjang zaman Ajarannya tidak terhad kepada had masa tertentu

Sesuai sehingga hari kiamat

6- Mendidik jiwa manusia Ajarannya mendidik manusia menjadi insan kamil, taat, bertaqwa, menerapkan sifat mahmudah, menghindari sifat mazmumah

7- Memperuntukkan ganjaran Setiap amalan dalam Islam dikira ibadah berasaskan syarat Ibadan

Memperuntukkan pahala dan dosa, syurga dan neraka8- Tetap dan tidak berubah Ajaran dalam Islam sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w sehinggalah hari kiamat Ajarannya terpelihara tidak boleh diubah

9- Memudahkan dan tidak membebankan Kemudahan kepada mereka yang musafir, sakit, uzur melakukan ibadah. Contoh solat, puasa, haj

Memberi peluang tempoh masa yang panjang dalam melakukan ibadah

10- Dilaksanakan secara beransur-ansur @ berperingkat-peringkat E) ASAS-ASAS ISLAM

1- AKIDAH

i- Pengertian Akidah :Dari sudut bahasa akidah bermaksud ikatan, simpulan, kepercayaan, keyakinan.

Manakala dari sudut istilah pula akidah memberi makna kepercayaan yang tersimpul kukuh dan teguh dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan terhurai atau terputus walau oleh apa jua keadaan dan suasana. (Mohd. Sulaiman Hj. Yasin: 1988)

ii- Pengertian Tauhid :Tauhid dari sudut bahasa diambil dari perkataan wahhada yang bermaksud mengesakan.Dari sudut istilah tauhid bermaksud mengesakan Allah tanpa melakukan syirik. Mengiktikad keesaan Allah SWT pada zat, sifat dan perbuatanNya berdasarkan dalil-dalil yang benar.

Ilmu Tauhid:Memperkatakan tentang keEsaan Allah SWT, serta membahaskan

soal-soal yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah SWT.

Ilmu Usuluddin:Memperkatakan pokok-pokok agama (usul agama),

terutama mengenai ketuhanan.

Ilmu Kalam:Memperdebatkan tentang kalam Allah SWT (al-Quran).

Contoh: al-Quran itu qadim (lama) atau hadis (baharu).

Firman Allah dalam surah al-Anbia ayat 25 : Maksudnya :

Dan kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan aku, Maka sembahlah olehmu sekalian akan aku".

Surah al-Bayyinah, ayat 5 :Maksudnya :

Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian Itulah agama yang lurus. Ilmu Tauhid adalah suatu ilmu yang membincangkan tentang penetapan pegangan kepercayaan kepada Allah dan kepada Rasul-rasulNya dengan dalil-dalil yang benar.

Dengan Ilmu Tauhid manusia dapat membezakan antara akidah yang benar dengan yang menyeleweng.

Hukum mempelajarinya adalah wajib fardhu ain ke atas setiap mukallaf bagi mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t. sama ada secara ijmali (ringkas) atau secara tafsili (terperinci) berserta dalil ijmali .

Manakala hukum mempelajarinya melalui dalil tafsili adalah wajib fardhu kifayah .

Mengetahui sifat-sifat Allah secara Ijmali (ringkas) iaitu beriktikad bahawa wajib bagi Allah bersifat dengan segala sifat-sifat kesempurnaan serta mustahil bagi Allah bersifat dengan sifat-sifat kekurangan. Mengetahui sifat-sifat Allah secara tafsili (terperinci) iaitu beriktikad dengan dalil-dalil akli (akal) dan dalil naqli (wahyu) bahawa wajib bagi Allah bersifat dengan segala sifat-sifat kesempurnaan dan mustahil bagi Allah bersifat dengan sifat-sifat kekurangan.

Akidah yang benar dengan beriktikad bahawa Allah sebagai pencipta, pemilik, pentadbir alam dan isi keseluruhannya dengan menyerah diri sepenuhnya kepada Allah, memohon sesuatu pertolongan dan melakukan puji-pujian hanya kepada Allah serta meyakini 20 sifat-sifat yang wajib bagi Allah, 20 sifat-sifat yang mustahil dan 1 sifat yang harus.

iii- Antara Perkara Yang Merosakkan Akidah :a) Mengingkari Allah sebagai pencipta

b) Mendakwa alam ini bukan makhluk

c) Mendakwa alam ini bukan di bawah pentadbiran Allah

d) Mendakwa diri berkuasa

e) Menyembah dan melakukan ibadah bukan kerana Allah

f) Memohon perlindungan bukan dengan Allahg) Mencintai makhluk lebih daripada mencintai Allahh) Mempermain atau mempersenda hukum Allahi) Menolak hukum Allahj) Menyamakan sifat Allah dengan sifat makhluk

k) Membayang atau membentuk zat Allahl) Menyandarkan sifat Allah dengan sifat makhluk

iv- Keistimewaan Akidah : a) Bersifat menyeluruh

Mengakui kekuasaan Allah secara jasmani dan rohani

Mengakui adanya penerusan kehidupan dunia dan kehidupan akhirat

b) Kekal dan tidak berubah

Berteraskan asas-asas yang kekal iaitu keimanan kepada Allah dan RasulNya

Berasaskan dalil-dalil yang benar

Tidak tergoncang dan berubah disebabkan perubahan keadaan dan suasana

c) Sesuai sepanjang zaman

Kepercayaannya sesuai dengan fitrah semulajadi manusia

Tidak bercanggah dengan fitrah semulajadi manusia

Tidak bertentangan dengan sebab perubahan masa dan kedudukan

d) Pembentuk akhlak

Menghasilkan kesan positif terhadap akhlak

Mendorong melakukan amal kebajikan dan menolak kejahatan

Manusia mengetahui setiap gerak perbuatannya akan dinilai, dikira dan dibalas

e) Bersifat praktikal

Dapat diterima akliah (akal)

Bersifat nafsiah (kejiwaan)

Bersifat amaliah (praktikal)

Melahirkan rasa takut dan gerun terhadap kekuasaan Allah

Manusia takut untuk melakukan kejahatan

f) Penyelamat umat Islam

Manusia sama di sisi Allah

Membebaskan diri daripada kezaliman dan penindasan

Membebaskan dari tuntutan nafsu syahwat

Membebaskan dari sifat taasub kerana taasub menyebabkan pertelingkahan antara manusiag) Positif dan Produktif

Mendidik manusia taat kepada perintah Allah

Melaksanakan tuntutan manusia sebagai khalifah Allah

Melahirkan tamadun manusia berbagai bidang yang mempunyai keimanan yang teguh

h) Penyusun nilai hidup manusia

Membina tamadun manusia atas dasar ketaqwaan dan keimanan

Memusatkan alam semesta dan kehidupan manusia di atas nilai keimanan kepada Allah

v- Kehidupan Bertunjangkan Tauhid :a) Menjadikan Islam sebagai ad-Deen dalam semua urusan kehidupan

b) Menghayati dan mengamalkan cara hidup Islam

c) Mentaati segala perintah Allah merangkumi suruhan dan larangan

d) Sentiasa berzikir, bertahmid, bertasbih dengan mengingati, memuji, mengagungkan Allah

e) Menjauhi cara hidup dan amalan yang bertentangan dengan Islamvi- Rukun Iman Hadith Nabi SAW yang bermaksud:

Jibril bertanya Nabi s.a.w, beritahu aku tentang Iman? Nabi s.a.w menjawab: Iman itu ialah kamu beriman dengan Allah dan MalaikatNya dan Kitab2Nya dan Rasul2Nya dan Hari Akhirat dan beriman dengan ketetapan baik dan buruk (qadha dan qadar)

a) Pengertian Rukun Iman:

Iman berasal daripada perkataan amana bermaksud aman, tenteram.

Dari segi istilah membenar dan menyakini sesuatu di dalam hati, menyatakan dengan lidah dan mengamalkan dengan perbuatan ke semua rukun-rukun iman.

b) Falsafah Rukun Iman : Iaitu suatu rukun yang mengandungi kepercayaan, pegangan, iktikad dan keyakinan manusia terhadap semua rukun iman.

Sifatnya sentiasa bertambah dan berkurang bergantung kepada tahap keimanan seseorang.

c) Huraian Rukun Iman :1) Beriman kepada Allah SWT Percaya bahawa Allah wujud, esa, wajib disembah, berkuasa mencipta dan mentiadakan sesuatu (makhluk), pencipta alam dan isinya serta bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan.

meyakini bukti kekuasaanNya dapat dilihat daripada fenomena alam dan pernyataan di dalam al-Quran.

Firman Allah dalam surah al-Fatihah, ayat 1 hingga 3 : Maksudnya :

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai di hari Pembalasan.

Surah al-Ikhlas, ayat 1 hingga 4 :

Maksudnya :

Katakanlah: "Dia-lah Allah, yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia."

Surah al-Anam, ayat 102 : Maksudnya :

(yang memiliki sifat-sifat yang) demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan selain Dia; Pencipta segala sesuatu, Maka sembahlah Dia; dan dia adalah pemelihara segala sesuatu. Surah Ali Imran, ayat 27 : Maksudnya :

Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. dan Engkau beri rezki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas)".

Surah al-Baqarah, ayat 255 :Maksudnya :

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi[161] Allah meliputi langit dan bumi. dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha besar.

Surah al-mulk, ayat 2 :((Maksudnya :

Maka apakah orang yang berjalan terjungkal di atas mukanya itu lebih banyak mendapatkan petunjuk ataukah orang yang berjalan tegap di atas jalan yang lurus?

2) Beriman kepada Malaikat

Percaya kewujudan malaikat yang tidak dapat dikesan dengan penyelidikan dan pemikiran.

Antara tugas malaikat ialah sebagai perantara Allah dengan manusia untuk manusia menerima segala perintahNya. Manusia akan berhadapan dengan malaikat ketika saat kematian dan menghadapi persoalan di dalam kubur. Firman Allah dalam surah al-Tahrim, ayat 6 : ((((((((((( ((((((((( (((((((((( (((((( ((((((((((( ((((((((((((( (((((( (((((((((( (((((((( ((((((((((((((( ((((((((( (((((((((((( (((((( ((((((( (( ((((((((( (((( (((( (((((((((( ((((((((((((( ((( ((((((((((( (((Maksudnya :

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

Surah al-ahzab, ayat 56 :(((( (((( ((((((((((((((((( ((((((((( ((((( (((((((((( ( ((((((((((( ((((((((( (((((((((( ((((((( (((((((( (((((((((((( (((((((((( ((((Maksudnya :

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.3) Beriman kepada Kitab

Percaya kitab sebagai peraturan dan undang-undang Allah yang disampaikan kepada para rasul melalui malaikat Jibril.

Menjadi sumber rujukan dan panduan hidup. Mengandungi kisah-kisah benar ; antaranya perkara-perkara ghaib, kisah-kisah Nabi, kisah-kisah umat terdahulu, peristiwa yang telah dan akan berlaku.

Al-Quran merupakan rumusan dan kesimpulan kitab-kitab sebelumnya. Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 2, :((((((( ((((((((((( (( (((((( ( ((((( ( ((((( (((((((((((((( (((Maksudnya :

Kitab (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa,

Surah Ali Imran, ayat 3 :(((((( (((((((( ((((((((((( ((((((((((( (((((((((( (((((( (((((( (((((((( ((((((((( (((((((((((( (((((((((((( (((Maksudnya :

Dia menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepadamu dengan Sebenarnya; membenarkan Kitab yang Telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil,

4) Beriman kepada Rasul

Percaya adanya rasul yang terdiri daripada lelaki.

Sebagai pembimbing dan penerang segala peraturan dan undang-undang Allah melalui kitab-kitab Allah yang diturunkan kepadanya.

Menyampaikan berita baik dan buruk kepada manusia. Setiap rasul membenarkan ajaran yang disampaikan oleh para rasul sebelumnya.

Rasul dikurniakan pelbagai kelebihan; mukjizat, wahyu, bersifat maksum bagi membuktikan kerasulannya.

Firman Allah dalam surah al-Fath, ayat 28 :(((( (((((((( (((((((( (((((((((( (((((((((((( ((((((( ((((((((( ((((((((((((( ((((( ((((((((( (((((((( ( (((((((( (((((( (((((((( ((((Maksudnya :

Dia-lah yang mengutus rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. dan cukuplah Allah sebagai saksi.

Surah an-Nahl, ayat 36 :(((((((( ((((((((( ((( ((((( (((((( ((((((( (((( ((((((((((( (((( ((((((((((((((( ((((((((((( ( ((((((((( (((( ((((( (((( ((((((((( (((( (((((( (((((((( (((((((((((( ( (((((((((( ((( (((((((( (((((((((((( (((((( ((((( ((((((((( (((((((((((((((( ((((Maksudnya :

Dan sungguhnya kami Telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang Telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).

Surah al-Anbia', ayat 107 :(((((( ((((((((((((( (((( (((((((( ((((((((((((((( (((((Maksudnya :

Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.

Surah al-Anam, ayat 48 : ((((( (((((((( ((((((((((((((( (((( (((((((((((( (((((((((((( ( (((((( ((((((( (((((((((( (((( (((((( (((((((((( (((( (((( ((((((((((( ((((Maksudnya :

Dan tidaklah kami mengutus para Rasul itu melainkan untuk memberikan kabar gembira dan memberi peringatan. barangsiapa yang beriman dan mengadakan perbaikan[474], Maka tak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Surah al-Nisa', ayat 59 :((((((((((( ((((((((( ((((((((((( (((((((((( (((( (((((((((((( (((((((((( ((((((((( (((((((( ((((((( ( ((((( ((((((((((((( ((( (((((( ((((((((( ((((( (((( (((((((((((( ((( ((((((( ((((((((((( (((((( (((((((((((( (((((((( ( ((((((( (((((( (((((((((( ((((((((( ((((Maksudnya :

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

Surah Saba', ayat 28 :(((((( ((((((((((((( (((( (((((((( ((((((((( (((((((( (((((((((( ((((((((( (((((((( (((((((( (( ((((((((((( Maksudnya :

Dan kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada Mengetahui.

5) Beriman kepada Hari Qiyamat

Percaya adanya hari kebangkitan atau pembalasan di mana seluruh manusia akan dibangkitkan semula untuk menerima balasan sama baik atau buruk.

Dalam al-Quran, percaya kepada hari kiamat seringkali dicantumkan dengan percaya kepada Allah.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 62 : (((( ((((((((( (((((((((( ((((((((((( (((((((( (((((((((((((( ((((((((((((((( (((( ((((((( (((((( (((((((((((( (((((((( (((((((( (((((((( (((((((( (((((((((( ((((( ((((((((( (((( (((((( (((((((((( (((( (((( ((((((((((( ((((Maksudnya :

Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari akhirat dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Surah al-Mujadalah, ayat 22 :(( (((((( ((((((( ((((((((((( (((((( (((((((((((( (((((((( ((((((((((( (((( (((((( (((( (((((((((((( (((((( ((((((((( ((((((((((((( (((( (((((((((((((( (((( ((((((((((((( (((( ((((((((((((( ( (((((((((((( (((((( ((( ((((((((((( (((((((((( ((((((((((( ((((((( ((((((( (Maksudnya :

Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau Saudara-saudara ataupun keluarga mereka. meraka Itulah orang-orang yang Telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya.

Surah an-Nisa, ayat 162 :((((((( ((((((((((((( ((( (((((((((( (((((((( ((((((((((((((((( ((((((((((( (((((( ((((((( (((((((( (((((( ((((((( ((( (((((((( ( (((((((((((((((( ((((((((((( ( ((((((((((((((( ((((((((((( ((((((((((((((((( (((((( (((((((((((( (((((((( (((((((((((( ((((((((((((( ((((((( (((((((( (((((Maksudnya :

Tetapi orang-orang yang mendalam ilmunya di antara mereka dan orang-orang mukmin, mereka beriman kepada apa yang Telah diturunkan kepadamu (Al Quran), dan apa yang telah diturunkan sebelummu dan orang-orang yang mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Orang-orang itulah yang akan kami berikan kepada mereka pahala yang besar.

Percaya kepada hari kiamat termasuklah: Alam Barzakh, soal dalam kubur, Qiamat, manusia dibangkitkan, Padang Mahsyar, syafaat nabi, kiraan amal (Hisab), Mizan, Sirat al-Mustakim, pahala dan dosa, Syurga dan Neraka.

Proses pengadilan; dibangkitkan di Padang Mahsyar, Mizan (timbang amalan), Titian Sirat, Syurga dan Neraka.

Firman Allah dalam surah al-Haj, ayat 7 :(((((( (((((((((( ((((((((( (( (((((( (((((( (((((( (((( (((((((( ((( ((( ((((((((((( (((Maksudnya :

Dan Sesungguhnya hari kiamat itu Pastilah datang, tak ada keraguan padanya; dan bahwasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur.

6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Qadha ialah perlaksanaan ketetapan Allah sejak azali terhadap makhluk. Qadar adalah penetapan.

Qadha terbahagi dua; Qadha Mubram (tidak berubah) & Qadha Muallaq (boleh merubah mengikut keizinan Allah).

Percaya bahawa manusia ditetapkan rezeki, hidup di dunia, umur, kubur, jodoh sejak kejadiannya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Tidak ditolak sesuatu qadha' (perlaksanaan) kecuali dengan doa.

d) Syarat Iman :i) Mengakui dalam hati bahawa Islam itu benar.

ii) Menyatakan dengan lidah bahawa Islam itu agama yang benar.iii) Mengamalkan semua ajaran yang terkandung dalam agama Islam.e) Peringkat Iman :i) Iman taqlid ikut-ikutan tanpa penilaian.

ii) Iman ilmu beriman semata-mata kerana berilmu dan berasaskan fikiran tetapi tidak sampai ke dalam hati.

iii) Iman ayan beriman semata-mata kerana berilmu, berasaskan fikiran dan sampai ke dalam hati.

iv) Iman hak Iman sebenar yang bebas daripada hawa nafsu.

v) Iman hakikat tingkat iman para nabi dan rasul (paling tinggi).

f) Kesan Penghayatan Rukun Iman : Menjadikan Allah tempat berlindung dan memohon sesuatu.

Sentiasa memelihara akhlak kerana semuanya dilihat, dicatat, dinilai dan dibalas.

Melahirkan manusia yang yakin kepada segala ketetapan Allah, tidak mudah berputus asa, redha dalam menghadapi ujian, berusaha mencapai segala kejayaan di dunia dan akhirat

Percaya bahawa Allah berkuasa menjadikan sesuatu yang dikehendaki.

Sentiasa menghayati dan mengamalkan sifat-sifat wajib bagi rasul.

Percaya semua perbuatan makhluk (jasmani dan rohani) tertakluk kepada peraturan dan undang-undang Allah (Sunnatullah).

2- SYARIAH

i- Pengertian Syariah :Dari sudut bahasa bermaksud Jalan yang lurus.

Manakala maksud syariah dari sudut istilah ialah Setiap yang diperundangkan oleh Allah dalam urusan keagamaan melalui wahyuNya sama ada al-Quran atau al-Sunnah.

Asas atau matlamat manusia dijadikan adalah untuk beribadah kepada Allah. Firman Allah dalam surah al-Zariat, ayat 56 :((((( (((((((( (((((((( ((((((((( (((( ((((((((((((( ((((Maksudnya :

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (beribadat) kepada-Ku.

Syariah Islam merupakan sistem yang mengatur cara hidup Islam (the way of life). Syariah Islam juga bersifat lengkap dalam mengatur segala urusan kehidupan manusia. Ia merangkumi semua aspek kehidupan termasuklah ibadah, muamalat, munakahat, jenayah, faraid, akhlak, politik, pentadbiran dan sebagainya.

ii- Konsep Ibadah :Pengertian Ibadah dari sudut bahasa : Tunduk, patuh, merendah diri, taat.

Manakala dari sudut istilah pula bermaksud : Mengandungi makna yang luas; perbuatan dan amalan yang dilakukan sebagai bakti kerana Allah SWT, menunaikan suruhan agama. (Kamus Dewan : 2001) Melakukan sesuatu perkara dengan penuh ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT sehingga lahir rasa cinta kepadaNya. (Dr. Yusoff al-Qardhawi : 1993)iii- Pembahagian Ibadah :a. Ibadah Khusus: Amalan atau Ibadah yang menghubungkan manusia dengan Allah SWT.

Dikenali sebagai amalan Fardhu Ain.

Terkandung dalam rukun Islam dan seumpamanya.

Contoh: solat, zakat, haji, tilawah al-Quran dll.b. Ibadah Umum: Amalan atau ibadah yang menghubungkan manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk lain.

Dikenali sebagai amalan Fardhu Kifayah.

Meliputi semua aktiviti dalam kehidupan.

Contoh: menuntut ilmu, hubungan dengan jiran, makan, tidur dll.

iv- Syarat Amalan Sebagai Ibadah :a) Niat yang baik kerana Allah SWT.

b) Amalan itu hendaklah diakui dan bersesuaian dengan Islam(matlamat tidak menghalalkan cara).

c) Tidak bercanggah dengan hukum-hukum syarak.(tidak bercampur antara halal dan haram).

d) Dilakukan dengan bersungguh-sungguh.Maksud sabda Rasulullah SAW:

Bahawa Allah suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja dengan memperelokkan kerjanya. (Riwayat Muslim)e) Sentiasa menurut hukum-hukum syarak dan ketentuan batasnya.(contohnya peraturan solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya).

f) Tidak lalai dan cuai dalam menjalankan ibadah khusus terutamanya ibadah solat.Firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 37:((((((( (( ((((((((((( ((((((((( (((( (((((( ((( (((((( (((( ((((((((( ((((((((((( ((((((((((( ((((((((((( ( (((((((((( ((((((( (((((((((( ((((( ((((((((((( ((((((((((((( ((((Maksudnya :

Lelaki-lelaki yang tidak melalaikan mereka oleh perniagaan atau jualbeli dari mengingati Allah, mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (dihari itu) hati dan penglibatan menjadi goncangv- Kesan Ibadah Dalam Kehidupan : Berusaha meningkatkan kualiti hidup sebagai satu tuntutan agama.

Mendorong dan memotovasikan diri dalam melakukan amalan.

Meningkatkant prestasi amalan seharian secara kreatif dan proaktif.

Sentiasa berdisiplin tinggi, pengurusan masa, pemuafakatan, kerja secara kolektif, berpasukan dan sebagainya melalui penghayatan ibadat khusus dan umum.

vi- Rukun Islam

Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

...Jibril bertanya Nabi s.a.w. : Beritahu aku tentang Islam? Nabi s.a.w. menjawab: Islam itu ialah kamu bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan kamu bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan ramadhan dan mengerjakan haji bagi yang mampu...

a) Pengertian Rukun Islam:

Perlakuan amali dalam ibadah dan muamalat serta perkara-perkara yang ditekankan kepada aspek jasmani bagi membentuk kekuatan rohani.

b) Falsafah Rukun Islam:

Perlakuan amali yang membentuk keperibadian manusia yang sentiasa taat dan patuh kepada perintah Allah sesuai dengan kejadian, peranan dan tanggungjawab.

c)Huraian Rukun Islam:

1) Mengucap dua kalimah syahadah

Kalimah syahadah disebut juga sebagai kalimah tauhid.

Iaitu suatu ucapan berbentuk pengakuan, iqrar, perjanjian taat setia, kesaksian kepada Allah.

Mengandungi dua unsur penting iaitu pengakuan bahawa Allah sebagai tuhan yang wajib disembah dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pesuruhNya.

Ucapan yang menjadikan ia muslim dan difardhukan ke atasnya segala hukum Islam.

Pengakuan syahadah hendaklah disusuli dengan meyakini bahawa Allah s.w.t adalah Tuhan yang mentadbir sekalian alam.

Meyakini bukti kekuasaan Allah melalui fenomena alam dan pernyataan di dalam al-Quran. Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 164 :(((( ((( (((((( ((((((((((((( (((((((((( ((((((((((((( (((((((( (((((((((((( (((((((((((( ((((((( ((((((( ((( (((((((((( ((((( ((((((( (((((((( (((((( ((((((( (((( (((( ((((((((((( ((( (((((( ((((((((( (((( (((((((( (((((( ((((((((( (((((( (((((( ((( ((((( (((((((( ((((((((((( ((((((((((( (((((((((((( (((((((((((( (((((( ((((((((((( (((((((((( ((((((( ((((((((( ((((((((((( (((((Maksudnya: Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia. Dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (keringnya). Dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, angin yang bertiup dan awan yang dikendalikan di antara langit dan bumi; sesungguhnya terdapat tanda-tanda kebesaran Allah, bagi kaum yang berfikir.

2) Mendirikan solat lima waktu

Solat dari sudut bahasa bermaksud doa.

Dari sudut istilah iaitu suatu perbuatan dan perkataan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam.

Solat merupakan Ibadah yang mula-mula dihisab di hari kiamat.

Solat merupakan tiang agama. Maksud hadith: Solat itu tiang agama.. Kejayaan seseorang mukmin itu berasaskan kesempurnaan solat. Firman Allah dalam surah al-Muminun, ayat 1 hingga 2 :

(((( (((((((( ((((((((((((((( ((( ((((((((( (((( ((( (((((((((( (((((((((( (((Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang mumin yang khusyu hatinya dalam solatnya

Surah al-Maun, ayat 4 hingga 5 :

(((((((( ((((((((((((((( ((( ((((((((( (((( ((( (((((((((( (((((((( (((Maksudnya:

Maka Neraka Wail akan diberikan Allah kepada mereka yang lalai daripada solatnya itu3) Berpuasa di bulan Ramadhan

Puasa dari sudut bahasa bermaksud menahan diri daripada melakukan sesuatu secara mutlak.

Dari sudut istilah iaitu menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkannya bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari disertai niat.

Puasa melahirkan sifat takwa dan merupakan tanda ketaatan

Ianya terbukti dari aspek kesihatan fizikal dan kesihatan mental.

4) Mengeluarkan zakat

Zakat dari sudut bahasa bermaksud bersih, suci.

Manakala dari sudut istilah iaitu mengeluarkan sebahagian daripada harta tertentu dan menyerahkannya kepada golongan yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat tertentu.

Zakat juga merupakan ibadah yang membersih dan menyucikan harta daripada sumber-sumber yang diragui.

5) Menunaikan haji

Haji iaitu mengunjungi Baitullah pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

Mengambil pengajaran terhadap kisah pengorbanan nabi Ibrahim a.s dan nabi Ismail a.s.

Perhimpunan umat Islam dari seluruh dunia.

Mendidik manusia dalam aspek perpaduan dan persamaan taraf di sisi Allah s.w.t.

d) Matlamat mempercayai Rukun Iman : Membentuk keperibadian dan ketaqwaan.

Melahirkan manusia yang taat perintah Allah. Mencegah perbuatan keji dan mungkar. Membuang amalan mengumpul harta dan menjadikannya matlamat dalam kehidupan.

Melahirkan masyarakat penyayang, peka terhadap kesusahan orang lain.

Mendidik manusia sentiasa berpandangan jauh.

Melahirkan manusia yang sanggup berkorban untuk mencapai matlamat hidup.

e) Kesan Penghayatan Rukun Iman: Sentiasa memelihara perbuatan dan tingkahlaku kerana semuanya dilihat, dinilai, dikira dan dibalas.

Menjadikan Muslim yang sentiasa patuh dan taat, merendah diri terhadap segala kekuasaan Allah. Mengukuhkan hubungan dengan Allah, sesama manusia dan makhluk.

Mempunyai perasaan belas kasihan terhadap kesusahan yang dialami oleh orang lain. Sanggup melakukan pengorbanan harta dan nyawa untuk melaksanakan rukun Islam. Menjaga kesihatan tubuh badan bagi memudahkan beribadah.3- AKHLAK

i- Pengertian Akhlak :Dari sudut bahasa akhlak berasal dari kalimah Arab Khuluq bererti budi pekerti, perangai, tingkahlaku dan tabiat. (Kamus Dewan)Manakala dari sudut istilah pula bermaksud :

Suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan atau tingkahlaku secara mudah tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. (Imam al-Ghazali) Akhlak ialah keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian. (Ibnu Miskawah) Akhlak dalam Islam ialah suatu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkahlaku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t

Firman Allah dalam surah al-Qalam, ayat 4 :(((((((( (((((((( (((((( ((((((( (((Maksudnya :Dan Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksudnya :

Sesungguhnya aku (Muhammad) diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

ii- Pembahagian Akhlak :Al-Ghazali membahagikan akhlak kepada dua:

i) Akhlak mulia - apabila perbuatan yang dilakukan baik dan terpuji menurut syarak dan akal.

ii) Akhlak buruk - apabila perbuatan yang dilakukan buruk menurut syarak dan akal.

Bidang akhlak meliputi perilaku perbuatan dan tindakan manusia dalam keadaan berikut:

Dilakukan dengan niat

Keadaan sedar

Dengan ikhtiar sendiri

Dengan sengaja

iii- Ciri-ciri akhlak Islam : Ketentuan baik dan buruk oleh Allah SWT.

Bersifat mutlak dan menyeluruh.

Melengkap dan menyempurnakan tuntutan.

Bersifat sederhana dan seimbang. Mencakupi suruhan dan larangan.

Bersih dalam perlaksanaan - Ertinya untuk mencapai suatu matlamat, Islam tidak menerima falsafah: Matlamat menghalalkan cara.

iv- Cara membentuk akhlak mulia : Berilmu (menghayati akhlak Rasulullah SAW dan para sahabat).

Menyedari kepentingan akhlak yang diamalkan. Mempunyai keazaman tinggi. Bergaul dengan orang yang baik akhlak. Membiasakan diri dengan kebaikan. Sentiasa berlapang dada untuk menerima nasihat.

Doa.

v- Sifat Mahmudah : Sabar

Syukur Khauf

Raja Benar Jujur

Pemaaf Pemalu Tawaddhu

Tawakkal

vi- Sifat Mazmumah : Tergesa-gesa Riya Dengki

Takabbur Ujub Bakhil

Buruk sangka Tamak Pemarah

Sumah

vii- Penghayatan Akhlak Dalam Kehidupan : Allah s.w.t

Diri sendiri.

Ibubapa dan Keluarga

Masyarakat

Alam sekitar

viii- Hubungan Akhlak dengan Akidah : Akhlak dan Akidah mempunyai hubungan yang rapat.

Akhlak dan Akidah saling sempurna menyempunakan.Maksud sabda Rasululllah SAW:

Yang paling sempuna orang mukmin dari segi keimanannya ialah yang paling baik akhlaknya.

Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia kasihkan saudaranya seperti mana ia kasih kepada dirinya sendiri.

Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah ia menyakiti jirannya.ix- Hubungan Akhlak dengan Syariah :Akhlak dan Syariah mempunyai hubungan yang rapat. Ia juga saling lengkap melengkapkan.

Maksud Firman Allah SWT;

Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar.

Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka (menjadi) sedekah (supaya) dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan mensucikan mereka (daripada akhlak yang buruk).

x- Ihsan

Hadith Nabi SAW yang bermaksud:

....Jibril bertanya Nabi s.a.w, beritahu aku tentang ihsan? Nabi s.a.w menjawab: Ihsan itu ialah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya, jika sekiranya kamu tidak dapat melihatNya maka sesungguhnya Dia melihat kamu....

a) Pengertian Ihsan :

Ihsan dari asal perkataan ahsanu iaitu membuat baik, perbuatan baik.

Dari sudut bahasa iaitu memberi nikmat dan kelebihan.

Manakala dari sudut istilah iaitu melakukan sesuatu secara ikhlas, bersungguh-sungguh, istiqamah dan cemerlang (excellent).

Firman Allah dalam surah Al-Qasas, ayat 77 :(((((((((( ((((((( (((((((( (((( (((((((( (((((((((( ( (((( ((((( ((((((((( (((( (((((((((( ( ((((((((( (((((( (((((((( (((( (((((((( ( (((( (((((( ((((((((((( ((( (((((((( ( (((( (((( (( (((((( ((((((((((((((( ((((Maksudnya:

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagian) negeri akhirat, dan jangan kamu melupakan bahagianmu dari kenikmatan dunia dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan jangan kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan

b) Falsafah Ihsan: Suatu konsep yang mendidik jiwa untuk melahirkan budaya kerja (amalan) secara berterusan (istiqamah), bersungguh-sungguh (itqan) untuk mencapai kecemerlangan (al-falah) di dunia dan akhirat.

c) Untuk mencapai tahap Ihsan : Melakukan sesuatu berasaskan ilmu.

Mempunyai kefahaman yang benar.

Mendidik jiwa sentiasa ikhlas.

Mengikut peraturan ketetapan syarak.

Melakukan sesuatu seolah-olah kita melihat Allah, sekiranya tidak berupaya, yakinlah Allah melihat perbuatan kita.

d) Penghayatan Ihsan dalam kehidupan:

1. Ihsan dalam Ibadat

Iaitu melakukan ibadat dengan ikhlas, bersungguh-sungguh, istiqamah, khusyuk, tawaduk dan yang terbaik.

2. Ihsan dalam pekerjaan

Iaitu melakukan pekerjaan dengan ikhlas, bersungguh-sungguh, jujur, amanah, tekun, sabar, cekal, sempurna, responsibilti dan berkualiti.

3. Ihsan terhadap diri sendiri

- Iaitu menyempurnakan hak diri dengan perkara yang membawa kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

- Tidak menzalimi diri dengan mendedahkannya kepada segala punca dan bentuk kebinasaan.

4. Ihsan terhadap keluarga, masyarakat dan negara

- Iaitu sentiasa melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran, memberikan khidmat bakti, hormat-menghormati, tolong-menolong, bersikap adil, belas kasihan dan berperikemanusiaan.

5. Ihsan terhadap haiwan

- Iaitu memelihara dengan baik atau melepaskannya hidup bebas.

- Sekiranya melakukan sembelihan hendaklah dengan cara yang terbaik.

6. Ihsan terhadap alam sekitar

- Iaitu memelihara dan memulihara alam sekitar supaya bersih dari segala bentuk pencemaran dan kerosakan.

- Berusaha menjadikan alam tempat yang selesa dan indah untuk dinikmati dan didiami.

F) MAQASID AL-SYARIAH (Dasar-dasar Islam)

a- Pengertian :

Iaitu dasar yang ditetapkan Islam dalam memelihara kesucian agama, menjamin kemuliaan, keharmonian dan kesejahteraan hidup manusia, di samping mengelak dan menghindarkan segala bentuk kemudaratan hidup secara integral dan global.

b- Pembahagian Maqasid al-Syariah :

i Memelihara perkara Dharuriyyat :Iaitu perkara yang diperlukan oleh setiap manusia untuk memenuhi tuntutan agama dan kehidupan dunia. Sekiranya tidak dipenuhi, pincanglah kehidupan manusia di dunia dan mendapat siksaan di akhirat.

Memelihara perkara Dharuriyyah adalah wajib dan perlu dipertahankan pada setiap masa dan keadaan. Firman Allah dalam surah al-Isra, ayat 70 :

( (((((((( ((((((((( (((((( ((((((( ((((((((((((((( ((( ((((((((( (((((((((((( (((((((((((((( ((((( ((((((((((((( ((((((((((((((( (((((( ((((((( ((((((( ((((((((( ((((((((( ((((

Maksudnya :Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam dan Kami angkat mereka di daratan dan di lautan dan Kami beri mereka dengan rezeki yang baik-baik.

Perkara Dharuriyyat terdiri daripada lima perkara :

a. Memelihara Agama

b. Memelihara Nyawa

c. Memelihara Akal

d. Memelihara Harta

e. Memelihara Keturunan

f. Memelihara Maruah & Kehormatan Diri (menurut sebahagian ulama)

Islam memelihara perkara Dharuriyyah dalam dua sudut:

a. Mewujudkan

b. Mengekalkan

Contohnya:

Mewujudkan agama, diwajibkan melaksanakan semua rukun Islam.

Mengekalkannya, diwajibkan jihad, diharamkan murtad.

Mewujudkan nyawa, disyariatkan perkahwinan.

Mengekalkannya, diwajibkan makan dan minum, diharamkan pembunuhan kecuali yang dibenarkan .

Mewujudkan akal, diwajibkan menuntut ilmu.

Mengekalkannya, diharamkan semua perkara yang boleh merosakkan akal.

Mewujudkan harta, diwajibkan mencari rezeki halal.

Mengekalkannya, diharamkan mencuri, merompak.

Mewujudkan keturunan, disyariatkan perkahwinan.

Mengekalkannya, diharamkan zina dan perbuatan yang mendorong kepada perbuatan tersebut.

Mewujudkan Maruah & Kehormatan Diri, diwajibkan memelihara maruah & kehormatan diri.

Mengekalkannya, diharamkan daripada perbuatan mendedahkan aurat dan mendedahkan kehormatan diri, diwajibkan menjaga perhiasan, pergaulan.

ii Memelihara perkara Hajiyat :Iaitu perkara yang diperlukan manusia untuk memberi keselesaan dan menolak kesulitan dalam kehidupan dan ibadah. Ketiadaan perkara Hajiyah tidak akan membawa kepada kepincangan hidup seperti perkara dharuriyyah.

Contohnya, diharuskan rukhsah dalam melakukan ibadat. Rukhsah solat bagi mereka yang musafir iaitu secara qasar dan jamak.iii Memelihara perkara tahsiniyat :Iaitu perkara yang diperlukan manusia bagi menambah keselesaan hidup. Ketiadaan perkara ini tidak membawa kepada kepincangan hidup seperti perkara Dharuriyyah atau kesulitan seperti perkara Hajiyah tetapi ia membawa kepada kehidupan yang keji pada pandangan agama dan manusia. Contohnya, bersuci setiap kali bersolat.c- Tujuan / Kepentingan Syariah Islam : Memelihara kesucian Islam.

Menjaga kemaslahatan dan kesejahteraan individu serta masyarakat umum.

Membendung dan mencegah bentuk-bentuk kemudaratan secara integral dan global.

Memelihara keharmonian dan kemaslahatan hidup.

Melaksanakan cara hidup Islam.

Menjadikan umat Islam sebagai umat contoh.

BAB 2

SUMBER RUJUKAN DALAM ISLAM

A) SUMBER-SUMBER YANG DISEPAKATI ULAMA

Terbahagi kepada empat sumber iaitu al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak dan Qiyas

1. Al-Quran

a- Definisi al-Quran :Al-Quran ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr, ayat 9 :((((( (((((( ((((((((( (((((((((( ((((((( ((((( (((((((((((( (((Maksudnya :"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-Dzikr (Al-Quran), dan kamilah yang akan menjaganya"Al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-Qiyamah, ayat 17 hingga 18 :(((( ((((((((( ((((((((( (((((((((((((( (((( ((((((( ((((((((((( (((((((((( (((((((((((( ((((Maksudnya :

Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;

Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab dengan keterangan dan makna yang tepat, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Naas. Ia mengandungi semua perkara yang menyentuh seluruh aspek kehidupan manusia (akidah, syariah dan akhlak).Al-Quran hendaklah dibaca, diteliti, dikaji, difahami dan dihayati isi kandungannya. Ia merupakan sumber rujukan yang tunggal sebagai pencetus kecemerlangan Tamadun Islam.

b- Nama-nama al-Quran : al-Kitaab () bermaksud sebuah kitab atau buku (panduan) berdasarkan firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 1 hingga 2 : ((((( ((( ((((((( ((((((((((( (( (((((( ( ((((( ( ((((( (((((((((((((( (((

Maksudnya :Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa; al-Furqaan () bermaksud pemisah hak dan batil sebagaimana firman Allah dalam surah al-Furqan, ayat 25 : ((((((((( ((((((( (((((( ((((((((((((( (((((( ((((((((( ((((((((( (((((((((((((( (((((((( (((Maksudnya :Maha berkat Tuhan Yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.

adz-Dzikr () bermaksud peringatan berdasarkan firman Allah dalam surah al-Hijr, ayat 9 : ((((( (((((( ((((((((( (((((((((( ((((((( ((((( (((((((((((( (((Maksudnya :Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya.

at-Tanzil () bermaksud penurunan. Nama ini diambil sempena firman Allah dalam surah Al-Syuara, ayat 192 : ((((((((( (((((((((( ((((( (((((((((((((( (((((Maksudnya :Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah Yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. c- Sifat al-Quran :i) an-Nuur bermaksud cahaya yang menerangi kegelapan. Al-Quran disifatkan sebagai nur (cahaya) kerana ia memberikan cahaya keimanan kepada orang yang berada di dalam kegelapan serta kekufuran. Selain itu, al-Quran juga menjadi cahaya yang menerangi jiwa orang yang selalu membacanya dan menghayati isi kandungannya. Firman Allah dalam surah an-Nisa, ayat 175 :((((((((((( (((((((( (((( ((((((((( ((((((((( (((( ((((((((( ((((((((((((( (((((((((( (((((( (((((((( (((((Maksudnya :Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak).

ii) al-Mubiin bermaksud menerangkan sesuatu. Al-Quran disifatkan sebagai penerang kerana ia menghuraikan ajaran Islam kepada seluruh umat. Firman Allah dalam surah al-Maidah, ayat 15 : (((((((((( ((((((((((( (((( (((((((((( (((((((((( ((((((((( (((((( (((((((( (((((( ((((((( ((((((((( (((( ((((((((((( ((((((((((( ((( ((((((( ( (((( ((((((((( ((((( (((( ((((( ((((((((( ((((((( ((((Maksudnya :Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan dan hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya.

iii) al-Huda bermaksud petunjuk. Al-Quran disifatkan sebagai petunjuk kerana ia menunjukkan jalan yang lurus kepada umat manusia. Firman Allah dalam surah Yunus, ayat 57 : ((((((((((( (((((((( (((( ((((((((((( (((((((((( (((( ((((((((( (((((((((( (((((( ((( (((((((((( ((((((( (((((((((( (((((((((((((((( ((((Maksudnya :Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman.

iv) ar-Rahmah bermaksud kerahmatan. Allah menyifatkan al-Quran sebagai rahmat kerana ia membawa rahmat kepada orang Mukmin yang sentiasa membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya. (Firman Allah dalam surah Yunus, ayat 57)

d- Keistimewaan al-Quran :a) Al-Quran merupakan Kalam Allah. Firman Allah dalam surah az-Zumar, ayat 1 :(((((((( ((((((((((( (((( (((( ((((((((((( ((((((((((( (((Maksudnya :Kitab (Al-Qur'an ini) diturunkan oleh Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

b) Menggunakan bahasaArab. Firman Allah dalam surah al-Zukhruf, ayat 3 :((((( ((((((((((( (((((((((( ((((((((( (((((((((( ((((((((((( (((Maksudnya :Sesungguhnya Kami menjadikan Al-Qur'an dalam bahasa Arab supaya kamu memahami(nya).

c) Manqul bitawatird) Peringatan dan petunjuk bagi seluruh alam. Firman Allah dalam surah Yaasin, ayat 36 :((((((((( ((((((( (((( ((((((( ((((((((((((( (((((( (((((((((( (((Maksudnya :agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena mereka lalai.

e) Kitab yang benar. Firman Allah dalam surah al-Maidah, ayat 48 :((((((((((((( (((((((( ((((((((((( ((((((((((( (((((((((( (((((( (((((( (((((((( (((( ((((((((((( ((((((((((((( (((((((( ( (( ((((Maksudnya :Dan Kami telah turunkan kepadamu Al-Qur'an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu;

f) Al-Quran pembimbing kepada kehidupan yang bercahaya. Firman Allah dalam surah an-Nisa, ayat 174 :((((((((((( (((((((( (((( ((((((((( ((((((((( (((( ((((((((( ((((((((((((( (((((((((( (((((( (((((((( (((((Maksudnya :Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu (Muhammad dengan mukjizatnya). Dan telah kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al-Qur'an).

e- Asas hukum dalam al-Quran :1- Tidak menyulitkan

2- Tidak membebankan

3- Beransur-ansur dalam penetapan hukum

2.Al-Hadith (al-Sunnah)

a- Definisi al-Hadith :Sunnah atau hadith merupakan perkara-perkara yang berkaitan dengan kata-kata dan perbuatan bagi nabi Muhammad s.a.w. sama ada berupa perkataan, perbuatan dan pengakuan. Ia adalah sumber kedua selepas al-Quran. Hadith dijadikan sumber hukum dalam Islam selain al-Quran, Ijma dan Qiyas.

Hadith meliputi perkara-perkara berikut :

a) Perkataan:

Meliputi semua perkara yang datang dari Rasulullah s.a.w dalam bentuk kata-kata tentang sesuatu perkara atau keadaan.

b) Perbuatan:

Merangkumi semua perbuatan Rasulullah s.a.w yang menjelaskan syariat atau undang-undang.

c) Perakuan:Perakuan Rasulullah s.a.w terhadap perbuatan yang dilakukan atau perkataan para sahabat di hadapan baginda dengan cara mendiamkan diri (tidak melarang).

Terdapat ramai ulama periwayat hadith, namun yang sering digunakan dalam fiqh Islam adalah tujuh imam iaitu Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tirmidzi, Imam Ahmad, Imam Nasa'i dan Imam Ibnu Majah. Kitab mereka ini dikenali sebagai Sahih al Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, Sunan al Tirmizi, Musnad Imam Ahmad, Sunan al Nasa'ie dan Sunan Ibnu Majah.

b- Kedudukan hadith dalam Islam :Kedudukan hadith dalam Islam adalah sesuatu yang tidak dapat diragukan kerana terdapat penegasan yang banyak di dalam al Quran tentang hadith. Malahan dalam banyak tempat, hadith disebutkan selari dengan al Kitab ataupun al Quran. Di dalam al Quran juga disebutkan dengan ketaatan terhadap Rasulullah saw yang disebutkan bersama dengan ketaataan kepada Allah. Ini sebagaimana yang ditegaskan di dalam al Quran di dalam firman Allah salam surah al-Anfal, ayat 1 :(((((((((((( (((( ((((((((((((( ((( (((((( ((((((((((( (((Maksudnya:Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman

Dalam surah al-Ahzab, ayat 36 :((((( ((((( (((((((((( (((( (((((((((( ((((( ((((( (((( ((((((((((((( ((((((( ((( ((((((( (((((( (((((((((((( (((( (((((((((( ( ((((( (((((( (((( (((((((((((( (((((( (((( ((((((( (((((((( ((((Maksudnya:Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain bagi urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata.

Dalam surah al-Hasyr, ayat 7 :

( (((((( (((((((((( (((((((((( ((((((((( ((((( ((((((((( (((((( (((((((((((( ( (((Maksudnya:Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah

Dengan penegasan al Quran di atas, jelaslah bahawa hadith tidak dapat dipisahkan penggunaannya di dalam segala hal yang berkaitan dengan Islam selari dengan al Quran.

c- Fungsi al-Hadith :1. Penguat dan penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat di dalam al Quran seperti dalam perkara pengsyariatan solat, puasa dan haji.

2. Penghurai dan pentafsir bagi ayat-ayat al Quran yang umum seperti memperjelaskan mengenai cara perlaksanaan solat, kaedah jual beli, menunaikan zakat dan haji dan sebagainya yang mana perkara-perkara tersebut hanya disebutkan secara umum oleh al Quran.

3. Menjadi keterangan tasyri iaitu menentukan sesuatu hukum yang tiada di dalam al Quran seperti dalam hal memakan haiwan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih seperti anjing yang mana buruan tersebut terdapat kesan dimakan oleh haiwan pemburu terlatih tadi dan kesan tersebut menunjukkan haiwan pemburu tadi menangkap buruan untuk dirinya sendiri. di dalam al Quran hanya dibenarkan memakan buruan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih. Maka dalam hal ini, hadith menerangkan bahawa buruan yang mempunyai kesan dimakan oleh haiwan pemburu adalah haram dimakan.

4. Menasakhkan hukum yang terdapat di dalam al Quran.Sesetengah ahl al Ray berpandangan bahawa hadith yang dapat menasakhkan hukum al Quran itu mestilah sekurang-kurangnya bertaraf Mutawatr, Masyhr ataupun Mustafhdh.

5. Menerangkan mengenai ayat yang telah dinasakh dan ayat mana yang telah dimansukhkan.

Dalam menentukan fungsi-fungsi bagi hadith ini, para ulama bersepakat dalam menentukan fungsi pertama dan kedua tetapi mereka masih berselisih dalam menentukan fungsi ketiga, keempat dan kelima. Menurut ulama Hanafiyyah, hadith-hadith Mutawatr dan Masyhr boleh menasakhkan hukum al Quran manakala Imam Syafie sendiri menolak penasakhan itu.

Di dalam bidang ibadat, hadith memainkan peranannya dalam menghuraikan maksud ayat-ayat al Quran mengenai pengsyariatan sesuatu bentuk ibadat dengan lebih jelas. Tambahan pula, hadith juga memperincikan lagi masalah-masalah yang berhubung dengan pelaksanaan sesuatu ibadat sama ada wajib, sunat, harus, makruh atau haram.

Dalam bidang hukum atau undang-undang, hadith memperincikan hukuman-hukuman dan undang-undang yang terdapat di dalam al Quran seperti hukuman terhadap penzina. Hadith juga berbicara meliputi soal-soal yang berhubung dengan keadilan sosial, ekonomi dan politik. Hadith juga menerangkan mengenai hal-hal mengenai masalah-masalah perseorangan dan kekeluargaan seperti soal nikah, cerai dan talak. Begitu juga kita tidak menemui secara khusus tentang larangan al Quran terhadap amalan rasuah dan menyorok barang dagangan dan perkara-perkara ini diterangkan di dalam hadith.

d- Kategori al-Hadith :1. Hadis Mutawatir : hadis yang dirawikan oleh banyak sekali rawi yang berkualiti, sehingga tidak mungkin salahnya.

2. Hadis shahih (sihat, benar): hadis yang memiliki matan dan sanad yang terpercaya, berkualiti dan kuat.

3. Hadis dhaif (lemah): hadis yang memiliki kelemahan baik pada matan dan/atau sanad

4. Hadis maudhu' (palsu) : hadis yang merupakan buatan orang semata.

3.Ijma

a- Definisi Ijma :Ijma menurut ulama usul ialah Ittifaq (persetujuan) seluruh mujtahidin (tokoh-tokoh ijtihad) dari umat Muhammad s.a.w, selepas kewafatan baginda s.a.w, pada sesuatu zaman, terhadap sesuatu hukum syarak.

Ijma tidak akan berlaku melainkan setelah seluruh para ulama mujtahid (tokoh-tokoh ijtihad) pada sesuatu zaman, bersepakat dalam menentukan hukum bagi sesuatu masalah. Tidak terkecuali seorang pun. Ertinya jika seorang sahaja yang membangkang, maka tidak dianggap ijmak.

Sebagai contoh ialah setelah Rasulullah SAW wafat diperlukan perlantikan seorang pengganti beliau yang dinamakan khalifah. Maka kaum muslimin yang ada pada waktu itu sepakat untuk melantik seorang khalifah dan atas kesepakatan bersama maka terlantiklah Abu Bakar RA sebagai khalifah pertama. Walaupun pada permulaannya perlantikan ini kurang dipersetujui, namun setelah itu semua kaum muslimin menpersetujuinya. Kesepakatan yang seperti ini dapat dikatakan sebagai ijma'.

b- Rukun Ijma :Dari definisi ijma' di atas, maka ulama usul fiqh menetapkan rukun-rukun ijma' sebagai berikut:

i) Harus ada beberapa orang mujtahid sewaktu terjadinya peristiwa dan para mujtahid itulah yang melakukan kesepakatan

ii) Yang melakukan kesepakatan itu hendaklah seluruh mujtahid yang ada dalam dunia Islam. Jika kesepakatan itu hanya dilakukan oleh para mujtahid yang ada pada suatu negara saja, maka kesepakatan yang demikian belum dapat dikatakan suatu ijma'.

iii) Kesepakatan itu harus dinyatakan secara tegas oleh setiap mujtahid bahawa ia sependapat dengan mujtahid-mujtahid yang lain tentang hukum (syara') dari suatu peristiwa yang terjadi pada masa itu.

iv) Kesepakatan itu hendaklah merupakan kesepakatan yang penuh dari seluruh mujtahid. Seandainya terjadi suatu kesepakatan oleh sebahagian besar mujtahid yang ada, maka keputusan yang demikian belum pasti ke taraf ijma'. Ijma' yang demikian belum dapat dijadikan sebagai hujjah syari'ah.Maksud Ijtihad :

Perbuatan atau usaha dalam mengeluarkan hukum terhadap sesuatu perkara yang tidak dinyatakan dalam al-Quran dan al-sunnah.

Mujtahid:

Ulamak yang mengeluarkan hukum tersebut. Antara contoh Jihad : Solat dalam kapal terbang.Syarat-syarat Mujtahid :

a) Mempunyai ilmu yang luas dalam bidang al-Quran, al-Sunnah dan ilmu-ilmu berkaitan ijma.

b) Mempunyai ilmu yang luas dalam bidang usul Fiqh.

c) Mahir dengan ilmu bahasa Arab

4.Al-Qiyas

a- Pengertian :Membandingkan perkara yang tidak dinyatakan hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah dengan perkara yang ada dinyatakan hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah kerana ada persamaan pada illah (sebab hukum tersebut).

Contoh: Membandingkan dadah atau ecstacy yang tidak dinyatakan hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah sama ada halal atau haram dengan arak yang ada dinyatakan hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah iaitu haram

Kerana ada persamaan illah (sebab hukum tersbut) iaitu memabukkan dan menghilangkan akal. Oleh kerana arak diharamkan kerana ia memabukkan dan menghilangkan akal, maka dadah dan ecstacy juga haram kerana ia juga memabukkan dan menghilangkan akal dengan membandingkkanya dengan arak.

b- Rukun Qiyas :Terdapat empat rukun Qiyas iaitu :

i) Sesuatu yang tertentu (asal)

ii) Hukum sesuatu yang telah tertentu.

iii) 'Illah

iv) Sesuatu yang lain (far')

c- Dalil Qiyas :Diantara dalil-dalil mengenai sumber ini ialah firman Allah dalam surah al-Hasyr, ayat 2 : ((((((((((((((( ((((((((((( ((((((((((( (((Maksudnya :"Maka ambillah (kejadian itu) untuk pelajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan"

d- Bahagian Qiyas : Terdapat dua bahagian Qiyas, iaitu :

i) Qiyas Jaliy (yang amat ketara)

ii) Qiyas Khafiy (yang tersembunyi) e- Jenis-jenis Qiyas :Qiyas mempunyai tiga jenis iaitu:

i) Qiyas Aula (utama)

ii) Qiyas Musawi ( yang amat ketara)

iii) Qiyas Adna (rendah)

B) SUMBER-SUMBER YANG TIDAK DISEPAKATI ULAMA

1- Masalih al-Mursalah (Maslahah)

Iaitu memutuskan sesuatu berasaskan prinsip kebaikan am perkara yang tidak terdapat dalam nas al-Quran dan al-Sunnah yang jelas.

2- Istihsan

Iaitu mengenepikan sesuatu hukum yang mempunyai dalil atas suatu perkara dengan mengambil hukum lain yang lebih kukuh dan lebih kuat daripada hukum pertama, berasaskan dalil syara yang membolehkan tindakan sedemikian.

3- Istishab

Iaitu kepada pengekalan hukum yang terdahulu selagi belum terdapat dalil yang mengubah hukum tersebut.

4- Sad al-Zariah

Iaitu pendekatan untuk menyekat perkara yang boleh membawa seseorang terjebak dalam perkara yang diharamkan

5- Urf

Iaitu kebiasaan yang diamalkan oleh sebahagian besar sesuatu masyarakat samaada dalam bentuk perbuatan atau percakapan dan diterima pakai sebagai asas hukum selama ia tidak bercanggah dengan syarak.

6- Maqasid Syariyyah

Iaitu ilmu yang membicarakan hukum yang berhubungkait dengan dasar dan pendekatan yang diambil dalam menyusun struktur pentadbiran negara dan urusan rakyat selaras dengan roh syariah meliputi soal pemerintahan pusat dan wilayah, ekonomi, kehakiman, hubungan antarabangsa dan lain-lain.

7- Tawil

Iaitu usaha menerangkan kehendak syariah daripada lafaz tanpa terikat kepada pengertian zahir lafaz tersebut. Sebaliknya maksud lain yang tersirat akan diterima pakai jika disokong kuat oleh dalil lain yang menjelaskan bahawa syariah menghendaki maksud tersebut. Ia penting kerana kadangkala sesuatu dalil bukan menghendaki makna zahirnya.

8- Istiqra

Iaitu penelitian menyeluruh terhadap sesuatu perkara sebelum memberikan kesimpulan hukum terhadap perkara tersebut dengan meneliti aplikasi am atas hukum cabang yang berkaitan dan mengeluarkan beberapa pengecualian jika ada.

9- Talfiq

Iaitu mengemukakan sesuatu pendekatan yang tidak pernah diperkatakan oleh mujtahid silam dengan menggabungkan dua pandangan mazhab atau lebih dan menghasilkan pendapat lain yang berbeza.

BAB 3

PENGAJIAN ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH

A) ILMU DALAM PEMAHAMAN AL-QURAN

Pendahuluan

Kitab suci yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada RasulNya Muhammad s.a.w adalah merupakan sebuah kitab yang terkandung di dalamnya wahyu dan pengajaran daripada Allah untuk memandu hidup manusia di dunia dan akhirat. Sebagai nabi dan rasul yang terakhir Nabi Muhammad s.a.w juga menerima wahyu yang terakhir dan kitab al-Quran adalah kitab yang terakhir diturunkan oleh Allah kepada manusia. Perkataan Quran berasal daripada akar kata bahasa Arab qaraa yang bermaksud baca dan Quran membawa maksud (bahan) yang dibaca. Bagaimanapun apabila disebut al-Quran ianya bukan merujuk kepada sebarang bahan yang boleh dibaca tetapi kepada sebuah kitab yang terkandung di dalamnya Kalam Allah yang diwahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui Jibril a.s dalam bentuk makna dan perkataan serta disampaikan kepada manusia dalam bentuk mutawatir secara sebutan dan tulisan, tidak boleh sama sekali ditiru dan terjaga akan kemurniaannya oleh Allah s.w.t hingga hari kiamat. Terdapat nama-nama lain yang dirujuk bagi kitab ini seperti al-Furqan (pembeza), al-tanzil (yang diturunkan), al-zikr (pemberi peringatan) dan al-kitab (satu kitab). Gelaran-gelaran lain yang diberi kepada al-Quran adalah seperti nur (cahaya), huda (petunjuk), rahmah (memberi kerahmatan), majid (agung), mubarak (yang diberkati), bashir (pemberi berita gembira), nazir (pemberi peringatan) dan lain-lain lagi. Kitab al-Quran mengandungi 114 surah yang kebiasaannya dirujuk sama ada sebagai surah Makkiyah ataupun Madaniyyah iaitu berdasarkan tempat atau waktu penurunannya. Daripada sejumlah 114 surah tersebut dibahagikan kepada 30 juzuk.

Pertumbuhan Ilmu-ilmu (ulum) al-Quran :Generasi terawal umat Islam yang terdiri daripada sahabat-sahabat Nabi s.a.w adalah merupakan orang yang paling mengetahui dan menguasai uslub-uslub atau gaya bahasa Al-Quran. Ditambah lagi dengan peluang sepenuhnya yang mereka perolehi untuk mendapat nasihat dan pengajaran terus daripada Nabi s.a.w dalam hal ehwal berkaitan al-Quran maka mereka tidak memerlukan satu rupa bentuk ilmu khas bagi memahami ayat-ayat al-Quran. Contoh yang terbaik ialah bagaimana mereka bertanya Nabi s.a.w berkaitan makna sebenar perkataan zalim dalam ayat 82 surah al-Anam yang menyebut,((((((((( (((((((((( (((((( (((((((((((( ((((((((((( (((((((( (((((((((((( (((((( (((((((( ((((( ((((((((((( ((((Maksudnya:

Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka Itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.

Kebanyakan daripada para sahabat tidak memahami makna sebenar perkataan zalim di dalam ayat ini dan mereka menganggap bahawa makna perkataan tersebut adalah zalim dalam erti kata melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya kepada diri sendiri yang mana menurut mereka perbuatan seumpama ini sentiasa dilakukan oleh manusia setiap hari dalam hidupnya. Bagaimanapun baginda Nabi s.a.w menjelaskan bahawa makna sebenar perkataan zalim ini adalah syirik dan ini sesuai berdasarkan ayat 13 surah Luqman yang menyebut tentang kezaliman yang paling besar iaitu syirik kepada Allah. Begitulah mudahnya para sahabat menemui penyelesaian bagi masalah mereka berkaitan kefahaman kepada ayat al-Quran khususnya dengan adanya Nabi s.a.w di hadapan mereka. Dengan itu juga adalah tidak menjadi satu keperluan kepada mereka untuk menyusun ilmu-ilmu khusus bagi memahami al-Quran.

Hal ini bagaimanapun berubah selepas kewafatan Nabi s.a.w khususnya selepas pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Suasana selepas pemerintahan Umar sehinggalah kepada Khalifah Uthman, Ali, Bani Umayyah dan Abbasiyyah amatlah berbeza dari sudut perkembangan Islam khususnya dari segi geografi dan kepelbagaian bangsa dan budaya umat yang lebih kemudian menerima Islam. Bermula daripada usaha pembukuan al-Quran maka muncullah keperluan untuk menyusun pendekatan-pendekatan pengkajian al-Quran. Daripada sinilah mula terasasnya beberapa ilmu berkaitan al-Quran sehingga berkembang menjadi ratusan bentuk ilmu. Ilm al-Rasm al-Quran atau Ilm al-Rasm al-Uthmani adalah antara ilmu pertama yang lahir iaitu ilmu yang terasas hasil daripada usaha secara sistematik membukukan al-Quran dan menyelaraskan secara sistematik sistem tulisan dan sebutannya. Manakala hasil usaha Ali r.a yang meminta Abu al-Aswad al-Duwali membina beberapa kaedah bagi memelihara keaslian bahasa Arab menjadi batu asas kepada ilmu Irab al-Quran.

Terdapat beberapa orang tokoh terawal pada abad pertama hijrah yang menjadi pelopor kepada ilmu-ilmu al-Quran. Antaranya mereka ialah;

1. Dalam kalangan sahabat Nabi s.a.w; Khulafa al-Rasyidin yang empat (Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali), Ibnu Abbas, Ibnu Masud, Zaid bin Thabit, Ubay bin Kaab, Abu Musa al-Asyari dan Abdullah Ibn Zubair.

2. Dalam kalangan tabiin; Mujahid, Ata Ibn Jasar, Ikrimah, Qatadah, Hassan al-Basri, Said bin Jubair dan Zaid bin Aslam

3. Dalam kalangan tabi tabiin; Malik bin Anas.

Tokoh-tokoh inilah yang meletakkan batu asas bagi kelahiran ilmu-ilmu Tafsir, ilmu Asbab al-Nuzul, ilmu Makki wal Madani, ilmu Nasikh wal Mansukh dan ilmu Gharib al-Quran pada abad-abad seterus. Ilmu tafsir adalah ilmu yang menjadi keutamaan kepada kebanyakan ulama dalam abad pertama hijrah dan seterusnya. Bagaimana ilmu-ilmu penting yang lain berkaitan al-Quran juga berkembang secara selari. Ilmu-ilmu Asbab al-Nuzul, Makki wal Madani dan Nasikh wal Mansukh muncul dalam abad ketiga hijrah. Manakala ilmu Gharib al-Quran mula muncul pada abad keempat hijrah. Ilmu Qiraat mula muncul dan berkembang pada abad kelima hijrah. Abad keenam, ketujuh hijrah dan seterusnya menyaksikan kemunculan begitu banyak ilmu-ilmu berkaitan pengkajian al-Quran antaranya ilmu Badaiul Quran yang membincangkan pelbagai jenis keindahan makna dan perumpamaan di dalam ayat-ayat al-Quran, ilmu Hujajil Quran yang membincangkan tentang hujah-hujah dan dalil-dalil yang digunakan di dalam ayat-ayat Al-Quran dan ilmu Aqsam al-Quran yang membincangkan tentang kata-kata sumpah yang digunakan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran. Kemunculan begitu banyak jenis ilmu berkaitan pengkajian al-Quran ini menjadikan bidang kajiannya semakin meluas seolah-olah tidak akan wujud sempadan yang jelas. Begitulah hebatnya al-Quran! Para ulama kemudiannya lebih mudah merujuk kepada ilmu-ilmu dalam bidang pengkajian al-Quran ini sebagai Ulum al-Quran atau Ilmu-ilmu al-Quran. Kemunculan kitab al-Burhan fi Ulum al-Quran yang dikarang oleh Ali Ibn Ibrahim Ibn Saad al-Hufy (wafat pada tahun 430 Hijrah) dikatakan menjadi antara titik awal munculnya istilah Ulum al-Quran. Para ulama tidak memberikan jumlah sebenar bagi jenis-jenis ilmu yang berkaitan dengan pengkajian al-Quran. Ada ulama yang mengatakan bahawa ilmu-ilmu yang berkaitan pengkajian al-Quran berjumlah lebih daripada 800 jenis. Bagaimanapun terdapat juga ulama yang membuat perkiraan secara matematik tentang kemungkinan sekiranya al-Quran dikaji secara teliti akan wujud 77,450 jenis ilmu berdasarkan pendaraban semua kalimah dalam ayat al-Quran dengan 4 iaitu dikira bahawa setiap kalimah mempunyai empat aspek; zahir, batin, maknanya yang sebenar dan kata terbitannya.

Sejarah Pembukuan Al-Quran :Sebaik-baik sahaja baginda Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu daripada Allah baginda memerintahkan para penulis-penulis wahyu menulis sama ada di atas pelepah tamar, kulit binatang, tulang-tulang dan batu secara tersusun mengikut susunan ia diturunkan. Ia belum lagi dihimpunkan di dalam satu mashaf. Terdapat juga sebahagian daripada sahabat menulis beberapa juzuk dan surah yang tertentu mengikut apa yang mereka hafal daripada Rasulallah s.a.w.

Selepas kewafatan Nabi s.a.w khususnya semasa berlakunya peperangan Yamamah pada tahun 633 Masihi, ramai para sahabat yang menghafaz al-Quran telah terbunuh. Timbul kebimbangan akan kehilangan lebih ramai penghafaz al-Quran dalam kalangan para sahabat. Lantaran daripada itu Saidina Umar r.a telah berbincang dengan Khalifah Abu Bakar dan mencadangkan agar ayat-ayat al-Quran dikumpulkan di dalam satu mashaf bagi kegunaan umat Islam. Tugas ini telah diberikan kepada Zaid bin Thabit dan beliau telah melaksanakan tugas ini dengan baik sehingga berjaya mengumpulkan semua tulisan penulis-penulis wahyu Rasulallah s.a.w ke dalam satu mashaf. Mashaf ini kemudiannya diserahkan kepada Saidina Umar r.a dan diletakkan di bawah jagaan Hafsah anak beliau selepas beliau meninggal dunia. Mashaf inilah yang kemudiannya dijadikan sebagai asas untuk menulis kembali ke dalam satu mashaf yang standard dan seragam dinamakan Mashaf Uthmani.

Mashaf Uthmani disalin daripada naskhah yang terdapat pada Hafsah bt Umar. Di dalam pembukuan ini Khalifah Uthman memelihara perbezaan bacaan yang berlaku ketika itu dan beliau mempertanggungjawabkan Zaid bin Thabit, Abdullah bin Zubair, Saad bin al-As dan Abd Rahman bin al-Haris bin Hisham bagi menjayakan usaha mulia ini. Pada ketika itu belum lagi dimasukkan titik dan dibariskan hurufnya. Sayidina Uthman bin Affan menyimpan senaskhah daripadanya dan bakinya dihantar ke seluruh pelosok dunia Islam.

Ayat-ayat al-Quran pada awalnya tidak ditulis bersama dengan titik dan baris. Ini adalah kerana mengikut kebiasaan teknik menulis bahasa Arab pada masa turunnya al-Quran dan beberapa tahun selepasnya iaitu tidak meletakkan tanda titik dan baris pada huruf. Namun begitu apabila lebih ramai bangsa yang bukan Arab menerima Islam, kehendak untuk meletakkan titik dan baris meningkat. Terdapat beberapa peringkat kemudiannya kitab al-Quran diletakkan tanda titik dan baris bagi memudahkan umat Islam khususnya yang bukan berbangsa dan berbahasa Arab membaca dan memahaminya. Antara peringkat tersebut ialah;

1. Tanda titik mula diletakkan pada zaman Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan yang telah memerintahkan Abu Aswad al-Duwali di dalam menguruskan tugas tersebut demi untuk memelihara daripada berlakunya kesalahan di dalam bacaan Al-Quran.

2. Titik diletakkan untuk membezakan huruf antara satu sama lain di zaman pemerintahan Abdul Malik bin Marwan yang telah memerintahkan al-Hajjaj bin Yusof al-Thaqafi untuk menguruskannya. Maka al-Hajjaj telah memerintahkan Nasir bin Asim dan Yahya bin Yamar untuk melaksanakan tugas tersebut.

3. Al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi telah meletakkan tanda baru iaitu huruf wau kecil di atas tanda baris hadapan, huruf alif kecil untuk tanda baris atas, huruf ya kecil untuk tanda baris bawah, huruf ha untuk tanda sukun dan kepala ain untuk hamzah.

Pengajaran Utama Dalam Al-Quran :Konsep ketauhidan Allah adalah antara tema utama di dalam kitab Al-Quran. Sepanjang pengajaran yang diperjelaskan di dalam Al-Quran konsep tauhid dipertekankan dan diperjelaskan tentang kepentingan memperakui ketauhidan Allah dan menolak kesyirikan. Al-Quran menjelaskan tentang konsep ketuhanan bahawa Allah s.w.t yang disembah oleh umat Islam adalah juga Tuhan kepada orang-orang Yahudi, Nasrani dan semua manusia di dunia. Sifat Allah sebagaimana yang diperjelaskan oleh al-Quran adalah Maha Suci dengan maksud tidak yang serupa denganNya dan Esa dalam semua sifat dan perbuatannya. Walaupun al-Quran memberikan garis pemisah yang amat jelas antara manusia dan Allah, ia juga menjelaskan bahawa Allah tetap berada dekat dengan manusia, lebih dekat daripada urat nadi dilehernya seperti yang disebut di dalam ayat 16 surah,

Maksudnya:

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.

Melalui wahyu yang terkandung di dalam al-Quran, Allah memberikan petunjuk dan hidayah serta akan memberi balasan sama ada baik atau buruk mengikut amalan masing-masing di akhirat nanti. Al-Quran di samping menjelaskan dan memberi penekanan kepada kehebatan siksaan Allah bagi yang melakukan kejahatan juga menjelaskan dan memberi penekanan terhadap sifat Maha Pengasih dan Maha Pemurah Allah. Pengajaran yang terpenting juga selepas tauhid adalah berkaitan tanggungjawab atau akhlak manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Al-Quran menggambarkan sifat manusia sebagai mulia melebihi semua makhluk yang lain termasuk para malaikat kerana dilantik menjadi khalifah, manakala sikap sebahagian manusia digambarkan sebagai jahil dan zalim kerana suka menumpahkan darah. Ini adalah sifat semulajadi manusia yang dijadikan istimewa dengan berpotensi untuk melakukan kebaikan jika ia memilih untuk melakukan dan boleh juga terdedah kepada melakukan keburukan apabila nafsunya tidak dikawal dan kata hatinya mengikut bisikan iblis dan syaitan.

Al-Quran juga amat jelas dalam menyenaraikan prinsip-prinsip moral bagi dijadikan panduan dalam kehidupan manusia. Al-Quran menghendaki manusia perama-tamanya tunduk dan patuh kepada Allah khususnya melalui ketaatan kepada hukum-hukum dan peraturan (shariah) yang termaktub di dalamnya. Hasil daripada ketaatan yang dilakukan oleh manusia maka Al-Quran bukan sahaja menceritakan tentang balasan baik yang akan diterima di dunia bahkan juga dijanjikan dengan syurga di akhirat. Manakala bagi perbuatan yang buruk dijanjikan dengan balasan siksaan di neraka dan kutukan di dunia dan akhirat. Al-Quran pada asasnya adalah sumber hukum shariah yang utama kepada umat Islam.

Keistimewaan Al-Quran :Kitab Al-Quran yang menjadi dasar ilmu, hidayah dan panduan kehidupan kepada umat Islam bukanlah sebuah kitab bagi sesuatu bidang ilmu dan perbincangan. Lebih daripada itu ianya merupakan panduan dalam semua aspek kehidupan manusia di dunia dan di akhirat. Walau bagaimanapun di antara isi kandungan Al-Quran ada yang menyentuh aspek berbagai-bagai jenis ilmu termasuk sains dan kehidupan secara menyeluruh. Secara umumnya kitab Al-Quran adalah menjadi sumber kepada berbagai jenis pengkajian sama ada saintifik mahupun tidak. Inilah titik awal keistimewaan kitab Al-Quran berbanding kitab-kitab dalam agama lain. Encyclopedia Americana (1985, jilid 15: 494) menyebut, "There is no other book in history, including the Bible, that has been so much studied or commented upon. Studies that deal with its various aspects fill entire libraries and have been composed in all the important languages of the Islamic world". James A Mechener dalam Reader`s Digest (1955) pula menulis, "The Koran is probably the most often read book in the world, surely the most often memorised and possibly the most often influential in daily life of the people who believe in it". Orientalis-orientalis barat seperti Philip K Hitti, George Bernard Shaw, J.G Goethe, Margoliouth dan Devenport yang mengkaji Islam mengakui bahawa kitab Al-Quran merupakan sebagai kitab yang paling bermakna dalam pengkajian termasuklah dalam pengkajian sains dan kehidupan. Maurice Bucaille seorang pakar bedah Perancis dalam bukunya The Bible, The Qur`an and Science (1978; 120) pula menulis, "Whereas monumental errors are to be found in the Bible, I could not find a single error in the Qur`an". Sulaiman Nordin (1995: 2) yang mencatatkan hasil pengkajian sarjana-sarjana tentang jumlah rujukan berkaitan ilmu dalam Al-Quran adalah kira-kira 750 rujukan. Kepentingan ilmu yang ditegaskan oleh Al-Quran adalah melebihi mana-mana agama dan juga kebudayaan.

Beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada para rasulNya adalah salah satu daripada rukun iman. Dalam kitab-kitab terkandung wahyu Allah kepada manusia yang menjadi pengajaran untuk kehidupan mereka didunia dan akhirat. Orang Islam wajib percaya kepada semua kitab-kitab yang telah diturunkan kepada rasul yang terdahulu sehinggalah kepada kitab Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Kitab-kitab yang terdahulu telah diubah oleh pemimpin-pemimpin agama mereka. Oleh itu untuk mempercayai kitab-kitab tersebut umat Islam perlu mempercayai kitab Al-Quran kerana kitab Al-Quran telah membawa intisari semua kitab-kitab tersebut (Ketauhidan Allah). Firman Allah s.w.t dalam surah Ali Imran, ayat 3 :(((((( (((((((( ((((((((((( ((((((((((( (((((((((( (((((( (((((( (((((((( ((((((((( (((((((((((( (((((((((((( (((Maksudnya : Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.Al-Quran adalah salah satu daripadanya dan ianya adalah sumber rujukan dan panduan hidup yang meliputi peraturan dan undang-undang Allah yang disampaikan kepada para rasul melalui malaikat Jibril a.s. Ia mengandungi kisah benar, antaranya perkara-perkara ghaib, kisah-kisah Nabi, kisah-kisah umat terdahulu, peristiwa yang telah dan yang akan berlaku. al-Quran merupakan rumusan dan kesimpulan kitab-kitab sebelumnya yang diturunkan oleh Allah. Al-Quran juga adalah merupakan satu sumber pengetahuan, kepercayaan dan amalan yang benar bagi manusia. Kitab Al-Quran terjaga dan dijamin oleh Tuhan akan penjagaannya sepertimana firman Allah dalam surah al-Hijr, ayat 9 : ((((( (((((( ((((((((( (((((((((( ((((((( ((((( (((((((((((( (((Maksudnya : Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.

Telah lebih 1,400 tahun ia diturunkan, tidak ada satu kalimah pun yang telah berubah. Inilah yang dikatakan mukjizat atau keajaiban Al-Quran yang masih wujud sehingga kini dan akan datang. Al-Quran adalah mukjizat berbentuk maknawi. Dalam Al-Quran mengandungi semua panduan untuk kehidupan manusia yang dibawakan secara umum. Dengan mengikuti semua panduan dalam Al-Quran umat Islam akan dapat mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah, ayat 2 :

((((((( ((((((((((( (( (((((( ( ((((( ( ((((( (((((((((((((( (((Maksudnya : Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;..

Membaca al-Quran adalah merupakan satu ibadah yang penting bagi seseorang Muslim. Amalan pembacaannya akan dapat memberikan berbagai faedah yang berbentuk kerohanian mahupun intelektual. Dengan itu kitab Al-Quran sentiasa menjadi inspirasi kepada seluruh umat Islam yang memahami dan menghayatinya. Pengajaran-pengajaran yang terkandung di dalamnya menjadi asas kepada pembinaan tamadun dan menjadi pemandu arah bagi kehidupan manusia seluruhnya. Al-Quran Dan Sains :Merujuk kepada perkembangan sains khususnya sains moden zaman ini, kitab Al-Quran meletakkan sikap yang sangat positif terhadapnya. Kitab Al-Quran menyeru manusia mendalami pengkajian sains dan pengkajian ini nantinya akan menunjukkan bahawa setiap apa yang ada di alam ini adalah bukti kewujudan dan kemahakuasaan Allah. Malahan tidak terhenti setakat itu Al-Quran juga membawakan fakta-fakta sains yang telah terbukti benar oleh sains moden hari ini. Al-Quran mencabar manusia mengkaji dan membandingkannya dengan kenyataan Al-Quran. Firman Allah s.w.t dalam surah Fusilat, ayat 53 :((((((((((( ((((((((((( ((( ((((((((( (((((( ((((((((((( (((((( (((((((((( (((((( (((((( (((((((( (

Maksudnya :"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru alam dan pada diri mereka sendiri sehingga jelaslah bagi mereka Al-Quran itu adalah benar..."

Selanjutnya Al-Quran juga menjelaskan bahawa di dalamnya tidak ada pertentangan. Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisa, ayat 82 :

(((((( ((((((((((((( ((((((((((((( ( (((((( ((((( (((( ((((( (((((( (((( ((((((((((( ((((( (((((((((((( (((((((( ((((

Maksudnya : Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran? Kalau kiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah tentulah mereka mendapati pertentangan yang banyak di dalamnya

Di sini kita tidak akan membincangkan secara panjang lebar tentang saintifiknya Al-Quran. Bagaimanapun kita akan membawakan beberapa pernyataan Al-Quran yang telah dibuktikan benar oleh kajian dan fakta sains hari ini. Penemuan ini amatlah ajaib kerana kitab Al-Quran ini telah diturunkan lebih 1,400 tahun dahulu dan hanya kira-kira 100 tahun kebelakangan ini kenyataannya baru dapat digapai oleh pemikiran manusia saintifik. Lebih menarik lagi Nabi Muhammad s.a.w yang menerima wahyu Al-Quran daripada Allah bukanlah seorang ahli sains, malahan baginda s.a.w tidak tahu membaca dan juga menulis sepanjang waktu sebelum diturunkan wahyu kepada baginda. Antara pernyataan Al-Quran yang telah menjadi fakta sains hari ini ialah :1. Cap Jari Tangan Manusia Sebagai Alamat PengenalanFirman Allah s.w.t di dalam surah al-Qiyamah, ayat 3 hingga 4 :(((((((((( (((((((((( ((((( (((((((( (((((((((( ((( (((((( (((((((((( (((((( ((( ((((((((( (((((((((( (((Maksudnya :"Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya ? Bukan demikian, bahkan Kami berkuasa menyusun (kembali) hujung jari jemarinya dengan sempurna".

Ayat ini menjelaskan tentang sikap orang kafir yang mengingkari wujudnya kehidupan selepas mati. Mereka mempersoalkan bahawa bagaimana tulang belulang dan tubuh badan kita akan dikumpulkan menjadi seperti kita yang dahulu apabila kita sudah mati dan reput. Lalu Allah menjawab bahawa Ia (Allah) akan mengumpul kembali bukan setakat sifat tubuh badan yang mudah berubah seperti wajah kulit dan sebagainya malahan sifat yang tidak berubah dari kecil hingga dewasa dan berbeza antara satu sama lain juga akan dikumpulkan iaitu cap jari tangan manusia. Ketika ayat ini diturunkan manusia tidak mengetahui apakah sifat yang boleh membezakan antara semua manusia dan yang tidak berubah dengan berubahnya bentuk tubuh badan. Hanya pada tahun 1902 barulah Scotland Yard menemui kaedah untuk membezakan antara pengenalan manusia. Sebelum itu mereka memakai kaedah atau sistem Bertillon yang memerlukan gambar muka, ukuran panjang dan lebar kepala, panjang kaki kiri, panjang lengan kiri dan panjang jari kecil kiri. Sistem Bertillon ini menghadapi masalah apabila dua individu yang mempunyai nama yang hampir sama di Amerika Syarikat pada tahun 1903 mempunyai semua ciri-ciri yang sama dalam kaedah pengenalan sistem Bertillon.

2. Ciptaan Planet, Bumi dan LangitFirman Allah s.w.t di dalam surah al-Anbiya, ayat 30 :(((((((( (((( ((((((((( (((((((((( (((( ((((((((((((( (((((((((( (((((((( ((((((( (((((((((((((((( ( ((((((((((( (((( (((((((((( (((( (((((( ((((( ( (((((( ((((((((((( ((((

Maksudnya :"Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup, maka mengapakah mereka tiada juga beriman ?

Firman Nya lagi di dalam surah al-Anbiya, ayat 104 :(((((( ((((((( ((((((((((( ((((((( ((((((((((( (((((((((( ( ((((( (((((((((( (((((( (((((( (((((((((( ( ((((((( (((((((((( ( ((((( ((((( (((((((((( (((((

Maksudnya :"(Ingatlah) hari Kami menggulungkan langit seperti menggulung lembaran surat catatan sepertimana Kami telah memulakan penciptaan yang pertama, maka begitulah Kami akan mengulanginya, itulah janji yang pasti Kami tepati, sesungguhnya Kamilah yang melaksanakannya, Ayat yang pertama adalah berkaitan dengan teori The Big Bang iaitu teori kejadian alam manakala ayat yang kedua berkaitan dengan teori The Black Hole iaitu teori kemusnahan alam.

3. Bentuk Bumi dan Perjalanannya di Atas Paksi

Ptolemy (2 masihi) dalam bukunya Almagest menganggap bahawa bumi ini bulat tetapi tidak bergerak. Ahli falak Islam telah mengukur lilitan bumi dan hasilnya dengan teknologi yang serba kekurangan mereka hanya berbeza 0.46% daripada ukuran yang menggunakan alat canggih masa kini. Ahli falak Islam zaman Al-Makmun yang diketuai oleh Abu Musa bin Syaki telah mendapat kiraan 40,253.4 kilometer. Sedangkan ukur lilit dengan teknologi kini mencatatkan 40,068 kilometer iaitu perbezaan 185.4 kilometer. Pada zaman Renaissance Eropah (abad ke 14m -17m) , pihak Gereja Eropah masih dalam kekeliruan dan menganggap bahawa planet bumi adalah pusat alam semesta. Galile Galileo (1564 - 1642M) yang terpengaruh dengan Copernicus berpendapat bahawa bumi mengelilingi matahari. Akibatnya dia dihukum penjara seumur hidup dan terselamat apabila beliau menarik balik pendapatnya itu. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Hijr, ayat 19 :(((((((((( (((((((((((( ((((((((((((( (((((( ((((((((( ((((((((((((( (((((( ((( ((((( (((((( ((((((((( ((((

Maksudnya :"Dan bumi ini Kami bentangkan dan menjadikan padanya gunung-ganang dan Kami tumbuhkan padanya segela sesuatu menurut ukuran (yang amat tepat)" Jika bumi ini terhampar ia mungkin berbentuk bulat, empat segi atau bentuk yang lain. Tetapi maksud perkataan "bentangkan" ialah di mana sahaja kita pergi di atas muka bumi ini kita dapati ianya terbentang di hadapan kita. Jika kita ke kutub Utara (Artik) dan Kutub Selatan (Antartik) kita akan menyaksikan bahawa planet bumi ini sentiasa terbentang. Fenomena ini tidak boleh terjadi demikian melainkan jika planet bumi ini berbentuk bulat (Sulaiman Nordin, 1995: 11). Firman Allah s.w.t seterusnya di dalam surah az-Zumar, ayat 5 :(((((( ((((((((((((( (((((((((( ((((((((((( ( ((((((((( (((((((( ((((( (((((((((( ((((((((((( (((((((((( ((((( (((((((( ( (((((((( ((((((((( (((((((((((( ( (((( ((((((( (((((( ((((((( ( (((( (((( ((((((((((( ((((((((((( (((

Maksudnya :"Ia (Allah) menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar, Dia menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya) dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditetapkan, ingatlah Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun"

Perkataan "memutar" atau "melingkar" digunakan dengan begitu tepat bagi menggambarkan bentuk bumi yang bulat. Dalam bahasa Arab "Yukawwir" adalah seperti kita mengambil secebis kain dan dibalutkan pada sebiji bola yang bulat. Malam dan siang berada pada masa yang sama pada bumi yang bulat. Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah menjadikan keduanya berada pada kitaran bulatan bumi kita pada masa yang sama. Firman Nya lagi dalam surah Yaasin, ayat 40 :

(( ((((((((( ((((((((( (((((( ((( (((((((( (((((((((( (((( (((((((( ((((((( (((((((((( ( (((((( ((( (((((( ((((((((((( ((((Maksudnya :"Tidaklah mungkin bagi matahari mendahului bulan dan malam pula tidak dapat mendahului siang, masing-masing beredar di atas paksi peredarannya". Daripada pandangan mata kasar boleh dikatakan siang mendahului malam atau malam mendahului siang tetapi Al-Quran menyatakan bahawa siang bukan mendahului malam dan malam juga tidak mendahului siang. Firman Allah s.w.t lagi dalam surah an-Naml, ayat 88 : ((((((( ((((((((((( ((((((((((( ((((((((( (((((( (((((( (((( (((((((((( ( (((((( (((( (((((((( (((((((( (((( (((((( ( ((((((( ((((((( ((((( ((((((((((( ((((Maksudnya :

"Dan engkau melihat gunung-ganang itu engkau menyangka tetap membeku, pada hal ianya bergerak cepat seperti bergeraknya awan. Begitulah perbuatan Allah yang menjadikan tiap-tiap sesuatu dengan kukuh, sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui terhadap apa yang kamu kerjakan".

Ayat ini menjelaskan bahawa bumi ini berputar dan bergerak di atas paksinya mengelilingi matahari. Tak mungkin Nabi Muhammad s.a.w mengetahui hal yang begitu saintifik ini jika bukan diberitakan oleh Tuhan Yang Maha Agung.

4. Penciptaan Semua Makhluk BerpasanganFirman Allah s.w.t dalam surah Yaasin, ayat 36 :((((((((( ((((((( (((((( ((((((((((( ((((((( ((((( (((((((( (((((((( (((((( ((((((((((( ((((((( (( ((((((((((( ((((Maksudnya :"Maha Suci Allah yang telah mencipta pasangan-pasangan semuanya baik dari apa-apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang mereka belum ketahui".

Sains moden mendapati bahawa semua unsur-unsur dan makhluk-makhluk yang besar sehingga yang terkecil sekali dan amat seni mempunyai