pengajian am pbs ikhwanfirdaus

10
TAJUK : PERMASALAHAN BAS SEKOLAH DI TELIPOT. SINOPSIS Kajian kertas kerja kursus Pengajian Am telah ditetapkan kepada semua calon STPM 2013 oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Kertas projek ini bertajuk ‘Permasalahan Bas Sekolah di Telipot’ sesuai dengan tema pengangkutan yang diberikan oleh MPM. Selain tajuk, kertas kerja kursus ini juga mengemukakan beberapa objektif kajian untuk menetapi kehendak tajuk. Lokasi kajian yang dipilih ialah di Telipot kerana kawasan ini sesuai untuk melakukan kajian dan memudahkan pengumpulan maklumat. Untuk mendapatkan maklumat,saya telah menggunakan beberapa kaedah yang sering digunakan oleh pengkaji seperti soal selidik, pemerhatian, dan soal jawab kepada orang yang dipanggil sebagai responden. Maklumat yang dikutip daripada 50 orang responden akan diproses untuk menjawab permasalahan bas sekolah di Telipot iaitu di pinggir bandar. Walaupun lokasi kajian yang dipilih adalah di Telipot, kerja kursus ini juga telah menyelitkan laporan peratusan pelajar yang menggunakan pengangkutan bas sekolah untuk ke sekolah. Akhir sekali tidak ketinggalan juga, kertas kajian ini telah mengemukakan rumusan dan kesimpulan kajian sebelum dihasilkan pada helaian akhir iaitu rujukan kajian berdasarkan kamus dewan.

Upload: muhd-syafiq

Post on 13-Aug-2015

1.979 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian Am Pbs Ikhwanfirdaus

TAJUK : PERMASALAHAN BAS SEKOLAH DI TELIPOT.

SINOPSIS

Kajian kertas kerja kursus Pengajian Am telah ditetapkan kepada semua calon STPM 2013 oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Kertas projek ini bertajuk ‘Permasalahan Bas Sekolah di Telipot’ sesuai dengan tema pengangkutan yang diberikan oleh MPM.

Selain tajuk, kertas kerja kursus ini juga mengemukakan beberapa objektif kajian untuk menetapi kehendak tajuk. Lokasi kajian yang dipilih ialah di Telipot kerana kawasan ini sesuai untuk melakukan kajian dan memudahkan pengumpulan maklumat.

Untuk mendapatkan maklumat,saya telah menggunakan beberapa kaedah yang sering digunakan oleh pengkaji seperti soal selidik, pemerhatian, dan soal jawab kepada orang yang dipanggil sebagai responden. Maklumat yang dikutip daripada 50 orang responden akan diproses untuk menjawab permasalahan bas sekolah di Telipot iaitu di pinggir bandar.

Walaupun lokasi kajian yang dipilih adalah di Telipot, kerja kursus ini juga telah menyelitkan laporan peratusan pelajar yang menggunakan pengangkutan bas sekolah untuk ke sekolah. Akhir sekali tidak ketinggalan juga, kertas kajian ini telah mengemukakan rumusan dan kesimpulan kajian sebelum dihasilkan pada helaian akhir iaitu rujukan kajian berdasarkan kamus dewan.

Page 2: Pengajian Am Pbs Ikhwanfirdaus

ISI KANDUNGAN

PERKARA

Sinopsis

Kandungan

Penghargaan

Pengenalan

Objektif Kajian

Lokasi Kajian

Kaedah Kajian

Dapatan Kajian

- Rujukan- Punca Masalah Pengangkutan- Kesan kelemahan Pengangkutan- Cadangan Penambahbaikan

Rumusan / Kesimpulan

Rujukan

Lampiran

Page 3: Pengajian Am Pbs Ikhwanfirdaus

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana telah diizinkan olehNya maka telah dapat

saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pengajian Am STPM dengan jayanya. Dengan

tugasan kerja kursus ini saya memperolehi banyak manfaat dari segi pengetahuan dan

pengalaman terutamanya dalam kajian luar yang saya lakukan.

Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan

kepada pihak sekolah terutamanya Puan Pengetua dan guru pembimbing saya yang tidak

jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat

kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak data,

laporan, membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu

Kamaruddin bin Mohamed dan Wan Barizan binti Wan Yussof yang turut membantu untuk

menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan

kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan

tenaga, buah fikiran dan wang ringgit.

Sekian,

terimakasih.

Page 4: Pengajian Am Pbs Ikhwanfirdaus

PENGENALAN

Menurut maklumat yang telah dimaklumkan dalam sinopsis, tugasan ini ditetapkan kepda semua calon STPM 2013 untuk membuat kerja kursus dan amat berguna kepada semua calon untuk mendapat kemahiran dan pengetahuan menulis bahan ilmiah semasa belajar di universiti nanti.

Dalam tema Pengangkutan, tema yang dipilih setelah mendapat bimbingan daripada guru Pengajian Am, ialah masalah-masalah dan kelemahan bas sekolah di Telipot. Daripada itu, maka timbul tajuk saya yang berbunyi, “Permasalahan Bas Sekolah di Telipot”. Sistem pengangkutan bas sekolah di Telipot sering kedengaran membawa masalah kepada para pelajar sekolah di kawasan Telipot sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati mereka.

Masalah dan Kelemahan pengangkutan bas sekolah di Telipot adalah masalah yang lapuk dan sehingga kini masih belum tamat masalahnya sedangkan pelajar selalu ingin menggunakan perkhidmatannya untuk ke sekolah. Permasalahan ini akan mengganggu dan menjejaskan aktiviti persekolahan para pelajar.

Objektif yang dipilih dapat difahami dengan jelas akan kewujudan masalah dan untuk membuktikan wujudnya masalah tersebut, beberapa responden telah dipilih untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Begitu juga dengan penggunaan kaedah kajian yang dipilih iaitu soal selidik dan pemerhatian selain soal jawab responden yang terpilih. Selebihnya kertas kursus ini memberi dan menjawab permasalahan sistem pengangkutan bas sekolah di Telipot secara terperinci.

Page 5: Pengajian Am Pbs Ikhwanfirdaus

OBJEKTIF KAJIAN

Bagi menjawab permasalahan pengangkutan bas sekolah di Telipot, beberapa objektif kajian telah ditentukan seperti berikut :

1- Mengumpul maklumat dengan berinteraksi sesama pihak lain bagi mendapatkan maklumat kajian yang sahih.

2- Merekod permasalahan bas sekolah yang sering menjadi masalah pelajar.

3- Mengkaji pemahaman tentang kemudahan bas sekolah dengan mengemukakan masalah, kelemahan, dan kesan kelemahan pengangkutan bas sekolah di Telipot.

4- Mengumpul laporan dan luahan perasaan pelajar tentang masalh bas sekolah tersebut.

Page 6: Pengajian Am Pbs Ikhwanfirdaus

LOKASI KAJIAN

Seperti yang telah dinyatakan, pilihan lokasi sesuai untuk kajian saya ialah di Telipot. Telipot merupakan kawasan pinggir bandar di Kota Bharu. Populasi penduduk terdiri daripada kaum Melayu, Cina, dan India serta bangsa Sikh, Siam, Bangladesh, Vietnam, Kemboja, dan Indonesia yang bekerja di kilang, pusat perniagaan, dan di kediaman.

Jumlah penduduk di Telipot mengikut kaum ialah Melayu seramai 80%, Cina 10%, India 5% dan selebihnya bangsa asing yang bekerja di kawasan Telipot. Telipot juga memperoleh pendapatan tahunan sebanyak RM 3 696 852.00 pada tahun 2010. Pada tahun 2011 pendapatan meningkat sebanyak RM147 258.00.

Oleh kerana kawasan Telipot mempunyai penduduk yang ramai, mudah bagi saya untuk mendapatkan maklumat daripada 25 orang responden di sekitar kawasan Telipot. Rata-rata responden memberikan kerjasama dan rspon yang baik.

Page 7: Pengajian Am Pbs Ikhwanfirdaus

KAEDAH KAJIAN

Beberapa kaedah telah dipilih untuk mendapatkan maklumat dan menulis kajian daripada maklumat yang diperoleh.

Jumlah penduduk mengikut kaum ialah Melayu seramai 80%, Cina 10%, India 5% dan selebihnya bangsa asing yang bekerja di Telipot. Seramai 25 orang responden telah dipilih untuk menyokong kajian. Maklumat yang diperoleh akan diproses dan dianalisis untuk membuktikan kebenaran objektif kajian.

1. Soal Jawab

Berlaku proses menyoal jawab responden yang terdiri daripada 10 orang pelajar Melayu, 10 orang pelajar Cina, dan 5 orang pelajar India yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah ini untuk pergi dan balik dari sekolah. Soalan yang dikemukakan bersifat lisan dan semua responden memahami soalan yang ditanya.

2. Pemerhatian

Selama 2 minggu saya telah berada di kawasan atau lokasi kajian dan saya mendapati gaya penumpang bas sekolah yang mempunyai berbagai-bagai gaya dan gelagat. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat,seramai 40% pelajar menggunakan perkhidmatan bas sekolah setiap hari, selebihnya menunggang motosikal atau berbasikal untuk kesekolah.

Page 8: Pengajian Am Pbs Ikhwanfirdaus

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan maksud pengangkutan bas sekolah ialah suatu bentuk perkhidmatan yang disediakan kepada para pelajar yang melibatkan kenderaan darat iaitu bas. Juga bermaksud suatu pengngkutankepada pelajar yang dikonfigurasikan untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tanpa tempahan.

Terdapat 3 buah syarikat bas sekolah yang masih beroperasi di Telipot dan dua daripadanya amat popular. Terdapat juga bas sekolah yang mengambil penupang awam. Setiap syarikat bas harus menjalankan tanggungjawab mereka untuk kemudahan pelajar. Walau bagimanapun kebanyakan syarikat tidak memberi kemudahan yang sepatutnya sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati pengguna.

Kelemahan yang sentiasa dan selalu wujud dalam pengurusan bas ialah tidak mengikut nadual selain bas selalu rosak dan tidak ada kemudahan pendingin hawa. Infrastruktur bas sekolah juga teruk seperti tingkap yang tidak boleh ddibuka selain kerusi yang rosak dan lapuk. Kajian memberi tumpuan kepada masalah dan kelemahan pengurusan perkhidmatan bas sekolah di Telipot.

Kajian ini akhirnya dapat membantu pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan ke atas syarikat yang gagal memberi atau menyediakan perkhidmatan yang baik dan mengenakan denda kepada penguasa syarikat nas sekolah yang hanya mengaut keuntungan sahaja.