pbs pengajian am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di melaka sentral

35
940212-14-6328 0 | Page Tajuk Kajian KAJIAN TERHADAP POTENSI PERNIAGAAN ALAT TELEKOMUNIKASI DI MELAKA SENTRAL,MELAKA. Syarifah Sakinah bt Syed Abdullah Thani NO. KP :940212-14-6328 SM1108 / 1003 Sekolah Menengah Teknik Melaka Bukit Piatu 75150 MELAKA

Upload: syarifah-sakinah

Post on 14-Jul-2015

1.736 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

0 | P a g e

Tajuk Kajian

KAJIAN TERHADAP POTENSI PERNIAGAAN ALAT

TELEKOMUNIKASI DI MELAKA SENTRAL,MELAKA.

Syarifah Sakinah bt Syed Abdullah Thani

NO. KP :940212-14-6328

SM1108 / 1003

Sekolah Menengah Teknik Melaka

Bukit Piatu

75150 MELAKA

Page 2: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

1 | P a g e

1.0SINOPSIS

Pada amnya kajian yang bertajuk – Potensi perniagaan alat telekomunikasi di

Melaka Sentralini bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh

peniaga alat telekomunikasi di Melaka Sentral serta faktor-faktor yang

mempengaruhi kecenderungan orang ramai terhadap penggunaan alat

telekomunikasi.Di dalam kajian ini, sebanyak 10 buah kedai alat telekomunikasi di

Melaka Sentral serta 10 orang responden dipilih sebagai sampel kajianuntuk

mewakili populasi penduduk yang tinggal di berhampiran dengan Melaka Sentral

dankawasan sekitarnya. Kawasan kajian ini dipilih kerana ia terletak di tengah

kawasan Bandar Melaka dan merupakan sebuah kawasan tumpuan orang ramai.

Kajian ini menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen kajian yang

mengandungi dua bahagian iaitu BahagianA mengenai demografi responden dan

Bahagian B mengenai respon responden terhadap aspek persoalan kajian. Terdapat

beberapa persoalan kajian khusus kepada pengguna yang diutarakan dalam kajian ini

antaranya ialah faktor kesedaran kepada keperluan hidup masa kini, faktor tabiat

setia kepada jenama, faktor Rekreasi, kesedaran kepada fesyen terkini,

kesempurnaan kualiti, kesedaran kepada harga dan kemudahan.Persoalan kajian

yang khusus diajukan kepada peniaga alat telekomunikasi pula adalah berdasarkan

latar belakang mengenai masalah dalam industri alat telekomunikasi antaranya

adalah faktor birokrasi serta kerenah pelanggan yang sukar diramal. Data yang

diperolehi dianalisis dan dinyatakan dalam bentukperatusan. Dapatan kajian

mendapati faktor diri sendiri paling mempengaruhi responden cenderung untuk

membeli alat telekomunikasi diikuti dengan faktor kemampuan dari segi ekonomi

yang stabil serta pengaruh rakan sebaya danfaktor persekitaran.

Page 3: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

2 | P a g e

2.0KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

Penghargaan 3

Pengenalan 4 - 5

Objektif Kajian 6

Lokasi Kajian 7

Kaedah Kajian 8 - 11

Dapatan Kajian dan Perbincangan 12 - 27

Kesimpulan 28

Rujukan 29

Lampiran 30 - 33

Page 4: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

3 | P a g e

3.0 PENGHARGAAN

Alhamdulillah

Dengan Izin dan Rahmat-Nya, saya berjaya menyiapkan Kerja Projek ini dengan

jayanya.

Terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Guru Mata Pelajaran

Pengajian Am ( STPM 900 ) saya, Encik Daud bin Mijanyang telah banyak

menghulurkan bantuandalam menjayakan kajian kami. Beliau tidak putus-putus

memberi cadangan dan idea untuksaya menghasilkan kajian ini; Pengetua Sekolah

Menengah Teknik Melaka, Encik Zainudin bin Samad; Guru Penolong Kanan

Prauniversiti, Encik Saad bin Ishak serta semua staf sekolah ini dan juga rakan-rakan

seperjuangan.

Kepada ibu dan ayah tercintaterima kasih diucapkan kerana telah banyak

membantudari segi kewangan.Tanpa bantuan kalian, agak sukar untuk saya

melakukan kajian ini.

Akhir kata, terima kasih juga untuk semua ahli yang terlibat dalam menjayakan

kajian ini.Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan menyumbangkan tenaga

semasa kajian ini dijalankan.

Syarifah Sakinah bt Syed Abdullah Thani

Sekolah Menengah Teknik Melaka

Bukit Piatu

75150 MELAKA

Page 5: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

4 | P a g e

4.0 PENGENALAN

Bidang teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini tidak dapat dinafikan

akankewujudannya.Ia sudah menjadi komponen utama dalam kehidupan harian dan

akanbertambah penting pada masa akan datang.Lebih-lebih lagi pihak kerajaan

telah mengambil inisiatif untuk menjadikan ekonomi digital sebagai tulang

belakang ekonominegara serta untuk menjadi pendahulu era digital dan

maklumat.Cabaran yang menanti kita kelaktentulah cabaran dalam usaha menjadikan

teknologi maklumat sebagai budaya khalayakyang sekaligus mencerminkan ciri

penerimaannya secara menyeluruh sebagai sebahagian daripadaresam kehidupan

seharian masyarakat serta dapat membendung isu darjat dan kelas kehidupan.

Telefon bimbit mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Pada mulanya, Alexander

Graham Bell Berjaya mencipta telefon pada tahun 1876 sekaligus membolehkan

masyarakat seluruh dunia berhubungan antara satu sama lain walaupun

berjauhan (Graham Bell, 1992), Walaupun sejak kematiannya pada tahun 1922,

teknologi telekomunikasi masih mengalami perubahan mendadak dan

berkembang begitu pesat, inovasinya diperbaharui oleh generasi kemudian

hingga membolehkan manusia di bumi berhubungan dengan manusia lain

sekalipun berada di bulan tanpa bantuan kabel.

Di Malaysia, sistem telekomunikasi tidak berwayar analog (ETACS) mula

diperkenalkan pada tahun 1989.Sejak diperkenalkan, Malaysia menjadi antara

penggunasistem mudah alih berasaskan ETACS terbesar dunia di mana ruang

liputannya melebihi 90% kawasan penduduknya (A. Khalid, 2005). Telekom

Malaysia ™ memperkenalkan perkhidmatan telefon bergerak Atur 450 pada

Mei 1985.(Fuad Ayob, 2004). Telefon bimbit sudah menjalani evolusi yang

begitu pantas dari segi teknologi dan reka bentuknya. Dua sistem digital yang

pertama bermula beroperasi pada 1992 iaitu GSM (Global System for Mobile

Communications) dan di Eropah D-AMPS (Digital Advanced Mobile Phone

Service) di Amerika Utara.

Page 6: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

5 | P a g e

Sebanyak 9.5 bilion SMS dengan purata RM5 billion di hantar oleh

pengguna telefon bimbit di Malaysia sepanjang 2004. 3.4 bilion pula

direkodkan sehingga suku pertama tahun 2005. Statistik terkini menunjukkan

lebih kurang 9.5 juta pengguna kad prabayar di Malaysia. Ini bermakna

hamper RM 500 juta dibelanjakan oleh rakyat Malaysia untuk membeli kad

prepaid mereka. Manakala untuk pengguna SMS pula kira-kira RM 2 juta di

belanjakan oleh rakyat Malaysia dalam sehari (Suzana, 2006).

Page 7: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

6 | P a g e

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

PERNYATAAN MASALAH

Dalam era globalisasi yang berteknologi maklumat ini, alat rangkaian

telekomunikasi sosial merupakan satu kaedah yang digunakan untuk membina satu

komuniti dalam talian dimana individu dapat berkongsi hobi, aktiviti, gambar dan

sebagainya. Adakah alat telekomunikasi digunakan untuk tujuan sosial,

peribadi,pekerjaan atau tujuan pendidikan? Persoalannya sejauhmanakahpenggunaan

alat telekomunikasi ini digunakan. Alat telekomunikasi telah mula mendapat

perhatian yang meluas dalam segala bidang. Oleh itu, kajian ini cuba mengenalpasti

apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan orang ramai terhadap

penggunaan alat telekomunikasi. Kajian ini juga akan menyelidik apakah masalah

yang dihadapi oleh peniaga alat telekomunikasi apabila terdapat jumlah permintaan

yang banyak oleh orang ramai pada masa kini.Berpandukan kepada apa yang telah

dikaji , kajian ini akan melihatapakah persepsi orang ramai di sekitar kawasan

Melaka Sentral terhadap penggunaan alat rangkaian telekomunikasi daripada sudut

pendidikan, tujuan sosial ataupun sebagai alat bantu untuk pengajaran dan

pembelajaran. Mengikut laporan Boyd dan Ellison (2007), penggunaan rangkaian

telekomunikasi semakin mendapat perhatiandan digunakan oleh kaum remaja dan

dewasa. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh (Boyd &Ellison, 2007)

kebanyakan menjurus kepada tapak rangkaian sosial dimana terdapat banyak tapak

yang telah dibangunkan untuk pengguna membina satu rangkaian untuk

berkomunikasi dan berinteraktif dengan komuniti dalam talian yang lain. Kajian ini

penting memandangkan semakin ramai penggunaterutamanya peringkat pelajar yang

semakin giat berkomunikasi dan menggunakan talian Internet. Kajian ini

akanmelihat adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara penggunaan alat

rangkaian telekomunikasi dalam kalangan orang ramai dan adakah ia dapat

membantu orang ramai dalam menjalani kehidupan harian.

Objektif kajian ini ialah:

1. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan orang

ramai terhadap penggunaan alat telekomunikasi.

2. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh peniaga alat telekomnikasi.

Page 8: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

7 | P a g e

6.0 LOKASI KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Melaka Sentral dan di kawasan sekitar yang berhampiran

dengannya .( Sila rujuk peta dan fotograf yang dilampirkan )

Alamat :

Pejabat Pengurusan Melaka Sentral Sdn. Bhd. Jalan Tun Abdul Razak, Peringgit,

75300 Melaka.

Tel: 06-2881323 Fax: 06-2881322

Page 9: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

8 | P a g e

7.0 KAEDAH KAJIAN (Metod)

7.1 Reka Bentuk Kajian

Kaedah Soal Selidik dan Kaedah Rujukan

Saya telahmengaplikasikan teknik soal selidik untuk mendapatkan data.

Kemudian data yang terkumpul hasil daripada teknik soal selidik akan

dianalisis dengan sistematik bagi mendapatkan jawapan terhadap teknik

soal selidik akan dianalisis dengan sistematik bagi mendapatkan jawapan

terhadap persoalan dan permasalahan kajian yang dikaji. Oleh itu, kajian

ini bercorak kuantitatif dan amat sesuai digunakan untuk menerangkan

beberapa fenomena yang sedang berlaku pada masa kini.(Mohd Majid bin

Ting). Bagi melengkapkan lagi kajian saya, saya telah membuat rujukan

dengan pelbagai kaedah antaranya adalah saya menggunakan internet.Kajian-

kajian yang telah dilakukan oleh pelajar di universiti tempatan juga dijadikan

bahan rujukan untuk melaksanakan kajian ini.Kebanyakan info yang saya

dapati terdapat di dalam blog.Ini dapat memudahkan lagi kerja saya untuk

menyiapkan kerja kursus ini dalam waktu yang telah ditetapkan oleh guru.Saya

juga telah menggunakan Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga untuk mencari

definisi perkataan yang sering saya gunakan di dalam kajian ini.Di samping itu,

buku-buku pelajaran serta majalah berilmu dijadikan rujukan tambahan untuk

melengkapkan lagi hasil kajian saya.

7.2 Skop Kajian

Skop kajian inimemfokuskan kepada orang awam yang terdapat di Melaka

Sentral dengan bertanyakan soalan-soalan yang berlandaskan faktor-faktor yang

mempengaruhi kecenderungan orang ramai terhadap penggunaan alat

telekomunikasi serta masalah yang dihadapi oleh peniaga alat telekomunikasi di

Melaka Sentral.

7.3 Populasi dan sampel kajian

Populasi dalam kajian ini merupakan jumlah responden yang terdapat di Melaka

Sentral iaitu seramai 20 orang responden. Maka, jumlah sampel yang digunakan

dalam kajian ini adalah sebanyak 20 responden.

Page 10: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

9 | P a g e

7.4 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan soal selidik sebagai

instrumen kajian yang merangkumi beberapa item berdasarkan objektif

kajian. Soal selidik yang disediakan oleh pengkaji terbahagi kepada dua

bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Pada bahagian A, responden

dikehendaki menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan demografi

responden. Skala empat mata pula digunakan pada bahagian B di mana responden

dikehendaki menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan.

Skala Likert

Menurut Mohamad Abdullah (1996), dalam bukunya bertajuk Memahami

Statistik sebagai Asas Pengurusan dan Perdagangan : Pendekatan Kalkulator

Saintifik telah menyatakan bahawa skala likert mudah digunakan oleh

responden. Ia merupakan kelebihan yang ada pada skala likert. Petunjuk

yang digunakan untuk menerangkan Skala Likert umumnya mudah difahami

dan berkesan kepada para responden.

Bahagian A :

Mengenai demografi responden seperti jantina, umur, tahap pendidikan, pendapatan

bulanan, status pekerjaan responden, status perkahwinan, bangsa, jenama telefon

bimbit yang sedang dimiliki masa kini, bilangan alat telekomunikasi yang digunakan,

jenis system yang diminati, syarikat telekomunikasi yang digunakan(TELCO) serta

jenis perkhidmatan yang digunakan oleh responden khusus kepada pengguna

manakala responden kepada peniaga seperti nama kedai, nama responden dan purata

keuntungan bulanan bagi kedai masing-masing.

Bahagian B :

Bahagian ini mempunyai 20 soalan untuk pengguna dan 27 soalan untuk peniaga

digunakan bagi mendapatkan dan mengenal pasti objektif kajian. Pecahan item untuk

pengguna terbahagi kepada enam bahagian manakala untuk pengguna terbahagi

kepada satu secara khususnya iaitu:

Page 11: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

10 | P a g e

PELANGGAN

i. Faktor kesedaran kepadakeperluan hidup masa kini.

ii. Faktor tabiat setia kepada jenama.

iii. Faktor Rekreasi

iv. Kesedaran kepada fesyen terkini.

v. Kesempurnaan kualiti.

vi. Kesedaran kepada harga dan kemudahan.

PENIAGA

i. faktor birokrasi serta kerenah pelanggan yang sukar diramal.

Penyelidik menyediakan item-item soalan dengan menggunakan skala

empat mata untuk memperoleh jawapan daripada responden. Skala empat mata ini

terdiri daripada pemberat yang berlainan iaitu sangat setuju, setuju, tidak setuju

dan sangat tidak setuju. Ianya diringkaskan seperti mana yang ditunjukkan pada

Jadual 1.

Page 12: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

11 | P a g e

Prosedur Pengumpulan Data :

Rajah 1 : Carta Alir Proses Penyelidikan

Berdasarkan Rajah 1, kajian yang dilaksanakan adalah berlandaskan prosedur

kajian yang telah ditetapkan supaya objektif kajian dapat dicapai. Prosedur kajian

dimulakan dengan perbincangan bersama guru mengenai masalah yang ingin

dikaji.Perbincangan melibatkan perkara-perkara seperti mengenal pasti masalah,

tajuk dan objektif kajian.Selain itu, perbincangan jugapengumpulan

maklumat berkaitan masalah yang telah dibincangkan, mengenal pasti responden dan

kaedah yang digunakan untuk menganalisis data.

Membina item soalan kajian

Mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah

Mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan hotel

Mengedar borang soal selidik kepada responden

Menganalisis data

Mentafsir data

Membuat rumusan kajian

Page 13: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

12 | P a g e

Penyelidik menyerahkan borang selidik kepada responden dan menerangkan

cara-cara untuk menjawab. Setelah borang selesai dijawab, penyelidik membuat

penganalisisan data bagi mendapatkan dapatan kajian dan kesimpulan.

Kaedah tambahan :

Untuk mendapatkan maklumat tambahan, penyelidik juga melakukan pelbagai

rujukan ilmiah di dalam buku dan internet.

8.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

1. Analisis Bahagian A (Pelanggan)

i. Taburan Responden Berdasarkan Umur

Jadual 3 menunjukkan taburan responden berdasarkan umur. Didapati responden

yang berumur 17-21 tahun merupakan majoriti dalam kajian ini dengan

bilangannya seramai 6 orang remaja (60%) diikuti responden yang berumur 22-30

tahun seramai 2 orang (20%) dan responden yang berumur 31-40 dan 41 tahun keatas

masing-masing seramai 1 orang responden (10%).

Jadual 3 Taburan Responden Berdasarkan Umur

Umur Frekuensi Peratusan(%)

17-21 6 60

22-30 2 20

31-40 1 10

40> 1 10

Jumlah 10 100.0

ii. Taburan Responden Berdasarkan Status Pekerjaan

Jadual 4 menunjukkan taburan responden berdasarkan status pekerjaan. Analisis

menunjukkan sebilangan besar responden dalam kajian ini terdiri daripada remaja

yang masih menuntut seramai 6 orang responden (60%) manakala responden yang

menganggur dan tidak bekarja adalah seramai 1 orang (10%).Responden yang

Page 14: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

13 | P a g e

bekerja sepenuh masa adalah seramai 1 orang (10%).Walaubagaimanapun, terdapat 2

orang responden yang menuntut sambil bekerja separuh masa iaitu seramai 2 orang

(20%).

Jadual 4 Taburan Responden Berdasarkan Status Pekerjaan

Status pekerjaan Frekuensi Peratusan(%)

Masih menuntut 6 60

Menganggur 1 10

Menuntut sambil belajar 2 20

Bekerja sepenuh masa 1 10

Jumlah 10 100.0

iii. Taburan Berdasarkan Pendapatan

Jadual 5 menerangkan tentang taburan responden berdasarkan pendapatan responden.

Hasil kajian menunjukkan sebilangan besar responden tiada pendapatan yang

tetapkerana sebilangan responden masih menuntut.Respoden mungkin mendapat

kewangan untuk membeli alat telekomunikasi beradasarkan pendapatan ibu bapa

masing-masing ataupun dengan menggunakan wang pinjaman pendidikan mereka

dan ada juga sebilangan penuntut yang menggunakan wang daripada hasil bekerja

separuh masa. Berdasarkan kajian purata jumlah responden yang berpendapatan RM

3000 dan ke bawah adalah seramai 4 orang (40%) dan hanya seorang responden yang

mempunyai pendapatan RM 5000 dan keatas (10%). Selebihnya adalah responden

yang tiada pendapatan yang tetap.

Jadual 5 Taburan Responden Berdasarkan Pendapatan

Jumlah Pendapatan Frekuensi Peratusan (%)

< RM 3000 4 40

RM 3001-RM 5000 0 0

RM 5000 > 1 10

Tidak berpendapatan 5 50

Jumlah 10 100.0

Page 15: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

14 | P a g e

iv. Status perkahwinan

Jadual 6 menerangkan tentang taburan responden berdasarkan status perkahwinan

responden. Hasil kajian menunjukkan sebilangan besar responden belum

berkahwin dan berstatus bujang iaitu seramai 8 orang daripada 10 orang responden

(80%). Manakala yang selebihnya seramai 2 orang (20%) sudah berkahwin.

Jadual 6 Taburan Responden Berdasarkan Status Perkahwinan

Status Frekuensi Peratusan (%)

Berkahwin 2 20

Bujang 8 80

2. Analisis Bahagian A (Peniaga)

i. Purata Keuntungan bulanan

Jadual 7 menunjukkan taburan responden berdasarkan purata keuntungan

bulanan bagi responden iaitu peniaga. Berdasarkan kajian terdapat 1 (10%) buah

kedai yang purata keuntungan bulanannya kurang daripada RM 1000. Diikuti

dengan Jumlah keuntungan yang paling tinggi iaitu sebanyak dua buah kedai

mencapai purata keuntungan berjumlah RM 10 001 hingga RM 30 000. Manakala

Jumlah peratusan bagi tiga buah kedai yang purata keuntungan bulanannya

berjumlah RM 1001 hingga RM 3000 menunjukkan peratusan yang sama dengan 3

buah kedai yang purata keunungan bulanannya berjumlah RM 3001 hingga RM

5000 iaitu 30 peratus. Tambahan pula , hanya terdapat 1 buah kedai sahaja yang

mencapai purata keuntungan yang berjumlah RM 5001 hingga 10 000 iaitu

peratusannya berjumlah 10 %.

Page 16: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

15 | P a g e

Jadual 7 Taburan Responden Berdasarkan Purata Keuntungan Bulanan

Purata keuntungan Frekuensi Peratusan (%)

< RM 1000 1 10

1001-3000 3 30

3001-5000 3 30

5001-10 000 1 10

10 001-30 000 2 20

Jumlah 10 100.0

3. Analisis Bahagian B ( Pelanggan)

Untuk mengetahui maklumat mengenai faktor yang mempengaruhi

kecenderungan orang ramai terhadap penggunaan alat telekomunikasi, penyelidik

membahagikan empat tahap persetujuan bagi setiap item kepada dua bahagian

iaitu setuju dan tidak setuju. Bahagian setuju merangkumi mereka yang setuju (S)

dan sangat setuju (SS) dengan kenyataan yang dikemukakan. Manakala, bahagian

tidak setuju pula merangkumi mereka yang tidak setuju (TS) dan sangat tidak

setuju (STS) dengan kenyataan yang diutarakan.

i. Faktor kesedaran kepadakeperluan hidup masa kini.

Berdasarkan dapatan kajian.Didapati bahawa separuh daripada bilangan responden

iaitu sebanyak 50 peratus responden bersetuju bahawa responden menggunakan

telefon bimbit sekadar memenuhi tuntutan kerja manakala 50 peratus lagi responden

tidak bersetuju. Sebanyak 50 peratus responden juga mengatakan bahawa mereka

menggunakan alat telekomunikasi adalah untuk membantu mereka dalam proses

pembelajaran manakala yang selebihnya tidak bersetuju dan mungkin tujuan

kegunaan telefon bimbit kepada mereka hanyalah sekadar untuk mengisi masa

lapang. Sebanyak 30 peratus responden tidak bersetuju mengatakan bahawa telefon

bimbit adalah suatu keperluan namun sebilangan besar daripada responden iaitu

sebanyak 70 peratus responden bersetuju mengatakan telefon bimbit adalah suatu

kemestian serta suatu keperluan pada masa kini kerana dunia sekarang memerlukan

suatu teknologi yang pantas untuk bergerak dan bersaing samada dengan individu

tertentu mahupun Negara. (Rujuk jadual 8)

Page 17: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

16 | P a g e

Jadual 8 Taburan Frekuensi dan peratusan bagi Faktor Kesedaran Kepada Keperluan Hidup

Bil Item-item soal selidik Jawapan

TIDAK SETUJU (TS) SETUJU(S)

1 (STS) 2 (TS) 3 (S) 4 (SS)

ƒ % ƒ % ƒ % ƒ %

1. Saya mengunakan telefon bimbit sekadar

memenuhi tuntutan kerja.

0 0.0 5 50 3 30 2 20

50% 50%

2. Saya menggunakan alat telekomunikasi

untuk membantu saya dalam proses

pembelajaran.

1 10 4 50 3 30 2 20

50% 50%

3. Saya merasakan telefon bimbit adalah suatu

keperluan pada masa kini.

1 10 2 20 1 10 6 60

30% 70%

ii. Faktor tabiat setia kepada jenama.

Didapati bahawa sebanyak 40 peratus responden tidak bersetuju mengatakan bahawa

mereka kerap menukar telefon bimbit manakala sebanyak 60 peratus lagi bersetuju

mengatakan bahawa mereka sering menukar telefon bimbit mungkin kerana ingin

mencuba teknologi jenama telefon bimbit yang lain. (Rujuk jadual 9)

Jadual 9 Taburan Frekuensi dan peratusan bagi Faktor Tabiat Setia Kepada Jenama

Bil Item-item soal selidik

Jawapan

TIDAK SETUJU (TS) SETUJU(S)

1 (STS) 2 (TS) 3 (S) 4 (SS)

ƒ % ƒ % ƒ % ƒ %

1. Saya kerap menukar telefon bimbit 0 0.0 4 40 5 50 1 10

40% 60%

iii. Faktor Rekreasi

Didapati bahawa sejumlah 40 peratus responden tidak bersetuju mengatakan bahawa

mereka menggunakan alat telekomunikasi untuk tujuan bersosial tetapi berlainan

dengan selebihnya yang bersetuju mengatakan bahawa mereka menggunakan alat

telekomunikasi untuk tujuan bersosial.Melalui kajian juga didapati bahawa separuh

Page 18: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

17 | P a g e

daripada jumlah responden bersetuju mengatakan mereka menggunakan telefon

bimbit hanya untuk mengisi masa lapang manakala ynag selebihnya tidak bersetuju.

Selain itu , respon daripada responden menunjukkan 50 peratus daripada responden

menggunakan telefon bimbit untuk mendengar muzik manakala yang selebihnya

tidak bersetuju. Sebanyak 60 peratus responden menyatakan tidak bersetuju bahawa

mereka menggunakan alat telekomunikasi untuk mendengar muzik namun segelintir

daripadanya iaitu sebanyak 40 peratus yang lain bersetuju. Tambahan pula, jumlah

yang besar menunjukkan bahawa responden sering menggunakan alat

telekomunikasi untuk melayari internet iaitu sebanyak 80 peratus dan yang

selebihnya tidak bersetuju.(Rujuk jadual 10)

Jadual 10 Taburan Frekuensi dan Peratusan bagi Faktor Rekreasi

Bil Item-item soal selidik Jawapan

TIDAK SETUJU (TS) SETUJU(S)

1 (STS) 2 (TS) 3 (S) 4 (SS)

ƒ % ƒ % ƒ % ƒ %

1. Saya menggunakan alat telekomunikasi

untuk tujuan bersosial

1 10 3 30 3 30 3 30

40% 60%

2. Saya menggunakan telefon bimbit sekadar

untuk mengisi masa lapang.

1 10 4 40 4 40 1 10

50% 50%

3. Kerana minat yang mendalam terhadap

bidang muzik, saya menggunakan telefon

bimbit untuk mendengar muzik.

1 10 4 40 4 40 1 10

50% 50%

4. Saya banyak menggunakan alat

telekomunikasi untuk bermain game.

2 20 4 40 3 30 1 10

60% 40%

5. Saya sering menggunakan alat

telekomunikasi untuk melayari internet.

0 0.0 2 20 5 50 3 30

20% 80%

iv. Kesedaran kepada fesyen terkini.

Berdasarkan kajian, didapati bahawa separuh daripada jumlah responden iaitu 50

peratus menggunakan alat telekomunikasi kerana mengikut trend. Selain itu,

peratusan bagi faktor pengaruh rakan sebaya menunjukkan peratusan yang rendah

Page 19: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

18 | P a g e

berbanding trend iaitu sebanyak 40% responden bersetju mengatakan bahawa mereka

membeli alat telekomunikasi kerana faktor pengaruh rakan-rakan. Malahan, ada juga

responden yang tertarik dengan pembelian alat telekomunikasi kerana tertarik dengan

pengaruh media iaitu sebanyak 40 peratus responden bersetuju.Tambahan pula,

peratusan yang tinggi jugaiaitu sebanyak 60 peratus responden bersetuju menyatakan

bahawa mereka sering menukar telefon bimbit kerana minat yang mendalam

terhadap produk-produk terbaru dalam pasaran.Ini membantu menjana ekonomi

Negara secara tidak langsung.sebanyak 40 peratus responden bersetuju menyatakan

bahawa mereka suka membeli alat telekomunikasi atau gajet terpakai mungkin

kerana lebih murah harganya berbanding gajet keluaran terbaru manakala jumlah

yang selebihnya tidak bersetuju.(Rujuk Jadual 11)

Jadual 11 Taburan Frekuensi dan Peratusan Berdasarkan Faktor Kesedaran kepada fesyen terkini.

Bil Item-item soal selidik Jawapan

TIDAK SETUJU (TS) SETUJU(S)

1 (STS) 2 (TS) 3 (S) 4 (SS)

ƒ % ƒ % ƒ % ƒ %

1. Saya membeli alat telekomunikasi kerana

sering mengikut trend masa kini

1 10 4 40 3 30 2 20

50% 50%

2. Saya membeli alat telekomunikasi kerana

pengaruh rakan-rakan saya

3 30 3 30 3 30 1 10

60% 40%

3. Saya menggunakan alat telekomunikasi

kerana tertarik dengan iklan yang

ditawarkan samada melalui media cetak dan

media elektronik.

2 20 4 40 1 10 3 30

60% 40%

4. Saya sering bertukar alat telekomunikasi

kerana minat yang mendalam terhadap

produk –produk terbaru.

1 10 3 30 5 50 1 10

40% 60%

5. Saya suka membeli alat

telekomunikasi/gajet terpakai.

3 30 3 30 3 30 1 10

60% 40%

Page 20: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

19 | P a g e

v. Kesempurnaan kualiti.

Berdasarkan kajian, didapati bahawa frekuensi menunjukkan peratusan yang tinggi

iaitu sebanyak 70 peratus responden bersetuju membeli produk asli jaminan kilang

walaupun harganya lebih mahal manakala yang selebihnya tidak bersetuju.Selain itu,

separuh daripada responden mementingkan kualiti selepas pembelian dengan

sebanyak 50 peratus daripada responden menerima perkhidmatan sokongan selepas

pembelian manakala yang separuh lagi tidak bersetuju. (Rujuk Jadual 12)

Jadual 12 Taburan Frekuensi dan Peratusan Bagi Faktor Kesempurnaan Kualiti

Bil Item-item soal selidik jawapan

TIDAK SETUJU (TS) SETUJU(S)

1 (STS) 2 (TS) 3 (S) 4 (SS)

ƒ % ƒ % ƒ % ƒ %

1. Saya lebih suka membeli produk asli

dengan jaminan kilang walaupun harganya

lebih mahal.

3 30 0 0.0 2 20 5 50

30% 70%

2. Saya menerima perkhidmatan sokongan

daripada penjual selepas pembelian.

1 10 4 40 5 50 0 0.0

50% 50%

vi. Kesedaran kepada harga dan kemudahan.

Berdasarkan kajian, didapati bahawa lebih ramai responden lebih suka membeli alat

telekomunikasi dengan cara ansuran kerana melalui maklumat responden didapati

sebanyak 80 peratus responden tidak bersetuju bahawa mereka membeli dengan cara

tunai sebanyak 20 peratus sahaja yang bersetuju.Berbeza dengan pembelian secara

ansuran.Didapati bahawa 80 peratus responden bersetuju bahawa pembelian secara

ansuran adalah lebih berbaloi berbanding pembelian secara tunai dan 20 peratus

responden tidak bersetuju.Selain itu , bagi memudahkan pelanggan beberapa saluran

yang mudah boleh diikuti untuk pembelian alat telekomunikasi antaranya ialah

pembelian secara online tetapi melalui kajian, sebanyak 60 peratus tidak bersetuju

dengan cara ini mungkin kerana pembeli takut untuk menanggung risiko jika

Page 21: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

20 | P a g e

membeli dengan cara maya dibimbangi barang yang diterima mengalami kerosakan

atau kecacatan dan merugikan pengguna. (Rujuk jadual 13)

Jadual 13 Taburan Frekuensi dan Peratusan bagi Faktor Kesedaran kepada Harga

Bil Item-item soal selidik jawapan

TIDAK SETUJU (TS) SETUJU(S)

1 (STS) 2 (TS) 3 (S) 4 (SS)

ƒ % Ƒ % ƒ % ƒ %

1. Saya membeli alat telekomunikasi dengan

cara tunai.

5 50 3 30 2 20 0 0.0

80% 20%

2. Saya membeli alat telekomunikasi dengan

cara ansuran.

0 0.0 2 20 2 20 6 60

20% 80%

3. Saya membeli alat telekomunikasi secara

online.

5 50 1 10 2 20 2 20

60% 40%

4. Saya melanggan perkhidmatan broadband

secara prabayar.

3 30 1 10 5 50 1 10

40% 60%

3. Analisis Bahagian B(peniaga)

i. Faktor masalahyang dihadapi oleh peniaga alat

telekomunikasi.

Jadual 14 Frekuensi dan Peratusan bagi Faktor msalah yang dihadapi oleh peniaga alat telekomunikasi.

Bil Item-item soal selidik jawapan

TIDAK SETUJU (TS) SETUJU(S)

1 (STS) 2 (TS) 3 (S) 4 (SS)

ƒ % Ƒ % ƒ % ƒ %

1. Saya membuka perniagaan di tempat yang

strategik.

0 0.0 0 0.0 7 70 3 30

0.0% 100%

2. Saya menghadapi masalah kerenah pekerja 1 10 2 20 7 70 0 0.0

Page 22: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

21 | P a g e

yang tinggi. 30% 70%

3. Saya menghadapi masalah bagi

mendapatkan kelulusan untuk membuka

perniagaan alat telekomunikasi.

0 0.0 3 30 5 50 2 20

30% 70%

4. Saya menghadapi masalah pelanggan yang

terlampau cerewet.

0 0.0 3 30 3 30 4 40

30% 70%

5. Saya menghadapi masalah kekurangan

pekerja.

1 10 3 30 3 30 3 30

40% 60%

6. Saya sukar untuk mendapatkan pekerja yang

mahir dan berpengalaman seperti kemahiran

membetulkan kerosakan telefon bimbit.

1 10 4 40 3 30 2 20

50% 50%

7. Telefon bimbit yang diperolehi daripada

pembekal adalah tiruan.

3 30 5 50 1 10 1 10

80% 20%

8 Saya menghadapi masalah persaingan dengan

peniaga alat telekomunikasi berhampiran

0 0.0 0 0.0 5 50 5 50

0.0% 100%

9. Saya menghadapi masalah hutang yang tinggi. 1 10 8 80 0 0.0 1 10

90% 10%

10. Saya menghadapi masalah untuk melayani

kerenah birokrasi.

2 20 6 60 2 20 0 0.0

80% 20%

11. Kadar keuntungan saya mencapai sasaran yang

diingini.

0 0.0 3 30 4 40 3 30

30% 70%

12. Saya menghadapi masalah kekurangan

pelanggan pada hari-hari biasa.

0 0.0 3 30 3 30 4 40

30% 70%

13. Pelanggan hanya ramai pada hari cuti umum

sahaja.

0 0.0 2 20 3 30 5 50

20% 80%

14. Kes penipuan pelanggan tinggi. 0 0.0 7 70 3 30 0 0.0

70% 30%

15. Saya menghadapi masalah untuk berkomunikasi

dengan pelancong asing.

1 10 7 70 2 20 0 0.0

80% 20%

16. Sewa tapak perniagaan berpatutan. 1 10 2 20 5 50 2 20

30% 70%

17. Kadar keuntungan mencapai sasaran yang

diingini.

0 0.0 3 30 5 50 2 20

30% 70%

18. Harga telefon bimbit mengalami penurunan 0 0.0 4 40 5 50 1 10

Page 23: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

22 | P a g e

yang drastik. 40% 60%

19. Penurunan harga alat telekomunikasi

menjejaskan perniagaan saya.

1 10 5 50 3 30 1 10

60% 40%

20. Kepelbagaian pilihan telefon bimbit dapat

menarik minat pelanggan untuk datang ke kedai

saya.

0 0.0 2 20 6 60 2 20

20% 80%

21. Saya mempunyai pelanggan tetap yang ramai. 0 0.0 2 20 5 50 3 30

20% 80%

22. Saya tidak menyediakan perkhidmatan

tambahan kepada pelanggan secara percuma.

1 10 3 30 5 50 1 10

40% 60%

23. Pelanggan saya hanya terdiri daripada golongan

orang asing.

2 20 6 60 2 20 0 0.0

80% 20%

24. Saya menghadapi masalah kesukaran untuk

mendapatkan pembekal bagi perniagaan saya.

1 10 7 70 2 20 0 0.0

80% 20%

25. Modal untuk membuka perniagaan ini amat

besar.

1 10 2 20 4 40 3 30

30% 70%

26. Saya sukar untuk mendapatkan pinjaman bank

bagi membuka perniagaan ini.

3 30 3 30 4 40 0 0.0

60% 40%

27. Saya sering mendapat bekalan telefon bimbit

yang rosak.

2 20 6 60 2 20 0 0.0

80% 20%

Berdasarkan kajian yang telah dibuat, didapati bahawa peniaga tidak mempunyai

masalah dari segi lokasi perniagaan mereka kerana dari hasil kajian didapati 100%

responden telah bersetuju mengatakan bahawa mereka membuka perniagaan mereka

di tempat yang strategic. Mungkin kerana Melaka Sentral dalah tempat tumpuan

orang ramai maka tidak menjadi masalah untuk mereka berniaga di Melaka Sentral.

Namun, yang menjadi masalah ialah apabila perniagaan alat telekomunikasi di

Melaka Sentral mengalami persaingan yang tinggi antara peniaga-peniaga alat

telekomunikasi yang lain kerana melalui kajian, didapati 100% responden

mengalami persaingan yang kuat antara peniaga-peniaga telefon bimbit berhampiran

kerana melalui tinjauan saya ke kawasan kajian, didapati populasi kedai alat

telekomunikasi adalah terlalu banyak sehinggakan peniaga terpaksa bersaing harga

untuk mendapatkan pelanggan.

Page 24: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

23 | P a g e

Malahan, peniaga mendapati bahawa sewa tapak perniagaan mereka adalah di tahap

yang berpatutan.Ini menyebabkan peniaga merasa tidak terbeban jika mereka

berniaga di kawasan kajian kerana sewa yang dikenakan adalah berpatutan

bertepatan dengan infrastruktur yang diterima. Berdasarkan kajian, didapati sebanyak

70% peniaga bersetuju mengatakan sewa tapak yang mereka terima adalh pada tahap

yang berpatutan manakala yang selebihnya iaitu 30% tidak bersetuju mungkin kerana

mereka mempunyai faktor-faktor yang lain yang menyebabkan sewa tapak mereka

mahal mungkin kerana lokasi kedai yang mereka pilih ataupun kerana faktor

kemudahan yang mereka terima.

Tambahan pula, sebanyak 80% peniaga bersetuju mengatakan mereka tidak

mempunyai masalah untuk melayani kerenah birokrasi.Ini menyebabkan peniaga

merasa bebas untuk menjalankan aktiviti perniagaan di tapak yang telah mereka

sewa.Namun , terdapat sebilangan peniaga yang menghadapi masalah kerenah

birokrasi yang tinggi iaitu sebanyak 20%. Ini kerana mereka tidak menepati syarat-

syarat yang telah termaktub sewaktu perjanjian yang telah ditetapkan oleh pihak

birokrasi.

Melalui kajian juga, didapati bahawa peniaga-peniaga alat telekomunikasi di

kawasan kajian mencapai keuntungan yang disasarkan iaitu sejumlah 70% peniaga

bersetuju mengatakan mereka telah mencapai sasaran keuntungan yang diingini.Ini

menunjukkan perniagaan alat telekomunikasi di kawasan kajian adalah suatu

perniagaan yang menguntungkan. Namun, terdapat 30% peniaga yang tidak bersetuju

dengan kenyataan ini kerana sasaran keuntungan yang mereka inginkan tidak

mencapai target adalah disebabkan lokasi premis mereka berada di kawasan yang

tersorok dan sukar untuk pelanggan tuju.

Selain itu, keuntungan boleh dikumpul melalui kehadiran pelanggan di sesuatu

kedai.Melalui hasil kajian yang dikumpul, didapati bahawa 70% peniaga menghadapi

masalah kekurangan pelanggan pada hari-hari biasa. Ini menyebabkan peniaga

mengalami sedikit kerugian berniaga pada hari-hari biasa.Namun, pada hari cuti

umum, keuntungan melimpah kerana 80% peniaga menyatakan bahawa pada hari

cuti umum jumlah pelanggan adalah tinggi. Ini secara tidak langsung menampung

kerugian yang dihadapi oleh peniaga sewaktu mereka berniaga pada hari-hari biasa.

Dalam kerancakan kehadiran pelanggan ke kawasan kajian, didapati pelancong-

pelancong asing juga turut menjadi pelanggan alat telekomunikasi. Berdasarkan

kajian didapati sebanyak 80% peniaga tidak mempunyai masalah untuk

berkomunikasi dengan pelancong kerana majoriti peniaga mempunyai kemahiran

bertutur didalam bahasa lain seperti pertuturan bahasa inggeris. Namun, yang

menjadi masalah komunikasi mungkin terganggu jika sebilangan peniaga yang

berjumlah 20% yang tidak mempunyai kemahiran dalam berkomunikasi dengan

pelancong asing. Ini menyebabkan perniagaan antara peniaga yang tidak tahu

berkomunikasi menggunakan bahasa lain menjejaskan perniagaan mereka sekaligus

mereka kehilangan pelanggan.

Page 25: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

24 | P a g e

70% Peniaga menyatakan bahawa modal dalam pembukaan perniagaan alat

telekomunikasi pada masa kini adalah amat besar.Ini menyebabkan 70% peniaga

sukar untuk mendapatkan kelulusan untuk membuka perniagaan ini ditambah pula

dengan 70% menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman bank bagi

membuka perniagaan ini. Ini menyebabkan peniaga terpaksa mengambil risiko yang

besar untuk membuka perniagaan ini kerana cabaran dalam membuka perniagaan

alat telekomunikasi pada masa ini amatlah tinggi.

sebanyak 60% peniaga menyatakan bahawa harga telefon bimbit mengalami

penurunan yang drastik pada masa kini. Ini menyebabkan peniaga-peniaga terpaksa

bersaing untuk mendapatkan pelanggan yang ramai bagi menampung penurunan

harga telefon bimbit pada masa kini.Walaupun peniaga-peniaga mengalami

penurunan harga yang drastik, peniaga tidak terlalu risau kerana penurunan harga

alat telekomunikasi tidak menjejaskan perniagaan mereka kerana hanya 40% peniaga

yang terjejas perniagaannya apabila telefon bimbit mengalami penurunan harga yang

drastik.

Sebanyak 70% peniaga menyatakan bahawa mereka mempunyai masalah untuk

menghadapi pelanggan yang cerewet mungkin kerana pelanggan terlalu kalkulatif

untuk memilih alat telekomunikasi yang betul-betul mengikut kehendak pelanggan.

Ada juga pelanggan yang menginginkan perkhidmatan tambahan selepas pembelian.

Melalui kajian, didapati bahawa hanya 40% sahaja peniaga yang menyediakan

perkhidmatan selepas pembelian secara percuma. Ini mungkin menimbulkan

pelanggan tidak berminat untuk membeli alat telekomunikasi di kedai meraka.

Namun, kepelbagaian pilihan telefon bimbit di kebanyakan kedai alat

telekomunikasi mengaburi pandangan pelanggan dan mereka sanggup mengabaikan

khidmat selepas pembelian asalkan memenuhi kehendak si pembeli.Sebanyak 80%

peniaga bersetuju mengatakan bahawa kepelbagaian telefn bimbit di kedai mereka

dapat menarik pelanggan untuk datang ke kedai mereka. Secara tidak langsung dapat

menarik pelanggan untuk menjadi pelanggan tetap di kedai mereka.

PERBINCANGAN

Apakah faktor yang mempengaruhi kecenderungan orang ramai terhadap

penggunaan alat telekomunikasi?

Berdasarkan analisis yang telah dibuat dalam kajian ini, didapati faktor utama

yang mempengaruhi kecenderungan responden terhadap penggunaan alat

telekomunikasi adalahdisebabkan kesedaran kepada keperluan hidup masa

kini.Analisis menunjukkan aspek ini mempunyai peratusan yang agak tinggi

.Penyelidik berpendapat, zaman sudah menjangkau kemodenan yang

Page 26: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

25 | P a g e

canggih.Pengguna mulai sedar bahawa pemikiran harus menjangkau seluas-luasnya

untuk memajukan diri sekaligus mejukan Negara.Boleh dikatakan kebanyakan

Negara-negara maju adalah Negara yang telah mengalami kemodenan dari segi

komunikasi.

Kerajaan Malaysia berusaha untuk mentransformasikan ekonomi berasaskan

pertanian ke berasaskan industry dan sejak kebelakangan ini kearah inovasi menjurus

kepada ekonomi. Kerajaan Malaysia juga telah berusaha untuk mengejar

perkembangan pembangunan dunia dengan membina rangka kerja yang sah dan yang

paling penting mempromosikan penggunaan alat telekomunikasi dalam kalangan

populasi penduduk Malaysia.Sebahagian pelajar-pelajar di Malaysia sudah mula

menggunakan internet sebagai sumber maklumat yang penting ( Mohd Koharuddin

Mohd Balwi, 2004). Oleh itu, usaha dapat dipertingkatkan untuk mempromosikan

penggunaan alat telekomunikasi dalam kalangan rakyat.

Faktor yang kedua yang mempengaruhi kecenderungan orang responden terhadap

penggunaan alat telekomunikasi adalah disebabkanrekreasi semata-mata.

Berdasarkan analisis didapati bahawa kebanyakan responden menggunakan alat

telekomunikasi untuk tujuan bersosial dan untuk mengisi masa lapang. Tidak dapat

disangkal lagi masyarakat pada masa kini lebih gemar menggunakan alat

telekomunikasi sebagai medium untuk merehatkan minda tambahan pada masa kini

masyarakat terlalu tertumpu kepada pekerjaan yang memenatkan minda. Dengan

adanya teknologi telekomunikasi pada masa kini, manusia boleh menggunakan

peluang yang ada untuk bersosial bertujuan merehatkan minda. Selain itu , terdapat

juga responden yang menggunakan alat telekomunikasi sebagai medium untuk

berhibur kerana kebanyakan daripada responden menunjukkan minat terhadap

penggunaan telefon bimbit untuk mendengar muzik sebagai hiburan santai.

Tambahan pula, jumlah yang besar menunjukkan bahawa responden sering

menggunakan alat telekomunikasi untuk melayari internet kerana manusia perlu

menghargai sumber yang sedia ada untuk mencari maklumat sebanyak yang boleh.

Tambahan pula, kesedaran kepada fesyen terkini juga menjadi faktor kepada

kecenderungan orang ramai dalam penggunaan alat telekomunikasi pada masa

kini.Zaman yang serba canggih ini menyebabkan pelbagai gajet-gajet yang

berteknologi canggih semakin banyak menembusi pasaran Malaysia.Alat

Page 27: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

26 | P a g e

telekomunikasi merupakan barangan yang terlaris jika dijual di Malaysia kerana Alat

Telekomunikasi seperti telefon bimbit merupakan suatu keperluan dan kemestian

pada masa kini. Berdasarkan kajian, orang ramai banyak membeli alat

telekomunikasi adalah disebabkan terpengaruh dengan fesyen-fesyen terkini yang

melambangkan identiti yang canggih .

Selain itu, kesempurnaan kualiti juga menjadi faktor kecenderungan penggunaan alat

telekomunikasi di Malaysia.Pengguna lebih gemar menunjukkan kecanggihan gajet

masing-masing untuk menunjukkan yang diri mereka sealiran dengan teknologi masa

kini.Oleh itu, kebanyakan pembelian alat telekomunikasi adalah teknologi yang

Nampak sempurna di mata mereka yang mempunyai pelbagai kemudahan dan kualiti

yang canggih.Berdasarkan kajian, didapati pengguna lebih mementingkan kualiti

daripada harga dan mereka sanggupp membeli alat telekomunikasi yang asli

berbanding tiruan. Mereka berbuat demikian adalah untuk kegunaan yang lama agar

mereka tidak kerugian .

Tambahan pula, kesedaran kepada hargadan kemudahan juga menjadi faktor kepada

kecenderungan responden mengguna alat telekomunikasi.Berdasarkan kajian,

didapati bahawa responden lebih berhati-hati dalam membuat keputusan untuk

membeli alat- alat telekomunikasi seperti telefon bimbit. Hal ini,kerana jika diamati

pada masa kini, harga telefon bimbit di pasaran ada yang tidak setaraf. Oleh itu,

pengguna lebih berhati-hati dalam membandingkan harga sewaktu membuat

keputusan untuk membeli telefon bimbit.Selain itu, ada juga pengguna yang tidak

terlalu kisah tentang harga asalkan kualiti yang diterima memuaskan.Pengguna pada

masa kini sudah bijak dalam membuat keputusan.

Apakah masalah yang dihadapi oleh peniaga alat telekomunikasi?

Berdasarkan kajian, didapati bahawa masalah yang paling ketara dihadapi oleh

peniaga adalah masalah persaingan yang kuat antara peniaga-peniaga alat

telekomunikasi yang berhampiran. Ini menunjukkan peniaga-peniaga terpaksa

bersaing secara sihat bagi membolehkan sasaran keuntungan perniagaan alat

telekomunikasi mereka mencapai target yang diingini.

Berdasarkan tinjauan juga mendapati peniaga menghadapi masalah untuk

mendapatkan pelanggan pada hari-hari biasa.Namun, kebanjiran orang awam pada

Page 28: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

27 | P a g e

hari cuti umum membuatkan masalah untuk mendapatkan pelanggan dapat diatasi

kerana kerugian yang mereka lalui pada hari-hari biasa telah ditampung oleh

keuntungan yang mereka peroleh pada hari-hari cuti umum.

Selain itu, masalah lain yang dihadapi oleh segelintir peniaga adalah masalah

untuk berkomunikasi dengan pelancong asing. Melaka merupakan tempat tumpuan

pelancong asing yang dating bertandang ke Malaysia kerana Melaka merupakan

suatu tempat bersejarah. Jika masih terdapat peniaga-peniaga yang kurang fasih

menuturkan bahasa lain, ekonomi perniagaan mereka mungkin terganggu kerana

mereka telah kehilangan beberapa orang pelanggan.

Tambahan pula, terdapat peniaga yang menghadapi masalah pelanggan yang terlalu

cerewet.Dalam hal ini, pelanggan tidak boleh disalahkan kerana pelanggan

mempunyai hak untuk membuat keputusan pembelian.Mahu atau tidak peniaga harus

akur dan layan segala permintaan dan kehendak pelanggan.

Selain itu, terdapat juga peniaga yang merasakan bahawa mereka menghadapi

masalh kerenah birokrasi yang tinggi serta menghadapi masalah sebelum memulaan

perniagaan alat telekomunikasi ini kerana modal untuk membuka perniagaan ini

amatlah sukar kerana mereka memerlukan modal yang amat besar .Cabaran dalam

pembukaan kedai alat telekomunikasi ini juga dapat dilihat apabila mereka sukar

untuk mendapatkan modal seperti bantuan pinjaman darpada pihak

bank.Walaubagaimanapun, mereka peniaga harus berani menghadapi risiko dalam

memulakan perniagaan alat telekomunikasi ini.

Namun, dikatakan bahawa untuk memulakan perniagaan alat telekomunikasi

ini agak sukar, tetapi keuntungan yang akan diperoleh selepas perniagaan ini berjalan

amatlah lumayan. Peniaga yang ingin menceburi bidang perniagaan alat ini

seharusnya adalah seorang yang berani untuk menghadapi risiko.

Page 29: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

28 | P a g e

9.0 KESIMPULAN

Oleh itu, jelaslah bahawa perniagaan alat telekomunikasi pada masa kini adalah

suatu perniagaan yang menguntungkan dan secara keseluruhannya, kajian ini telah

mencapai kesemua objektif disamping menjawab persoalan kajian. Penggunaan alat

telekomunikasi merupakan permintaan yang tinggi dalam kalangan penduduk rakyat

di Malaysia.Oleh itu, alat rangkaian sosial ini berpotensi tinggi dijadikan suatu

keperluan harian di masa akan dating. Menurut kajian yang dijalankan oleh Lin dan

Hooft(2008), penggunaan alat telekomunikasi dalam pembelajaran mempunyai tahap

interaktiviti yang positif. Maka ia boleh dijadikan satu landasan untuk berkongsi

maklumat secara dalam talian dan ini membolehkan pelajar dapat berhubung antara

satu sama lain.

Page 30: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

29 | P a g e

10.0 RUJUKAN

A. Khalid, (2005).Imej Korporat Telekom Malaysia Berhad.

.Fuad Ayob, (2004). Imej Korporat Telekom Malaysia Berhad.

(Suzana, 2006).Imej Korporat Telekom Malaysia Berhad.

Kamus Dewan Edisi Ketiga(2002), kuala lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Abdullah (1996), Memahami Statistik sebagai Asas Pengurusan dan

Perdagangan : Pendekatan Kalkulator Saintifik

11.0 LAMPIRAN

Page 31: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

30 | P a g e

Page 32: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

31 | P a g e

Page 33: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

32 | P a g e

Page 34: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

33 | P a g e

Page 35: PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral

940212-14-6328

34 | P a g e

Peta lokasi kajian.