contoh kerja kursus pbs pengajian am stpm

41
950403-11-5726 AKTIVITI PERMAINAN BOLA SEPAK MEMPENGARUHI INTEGRASI DALAM KALANGAN BELIA DI KAMPUNG JEKAPANG SINOPSIS Tujuan kajian dijalankan untuk mengenal pasti kewujudan semangat perpaduan dalam kalangan belia di Kampung Jelapang. Kajian ini mengemukakan dua objektif kajian. Objektif kajian pertama untuk mengenal pasti faktor penglibatan belia dalam permainan bola sepak mempengaruhi integrasi di Kampung Jelapang. Objektif kedua untuk mengkaji kesan permainan bola sepak dalam mempengaruhi semangat integrasi dalam golongan belia di Kampung Jelapang. Kajian ini dijalankan di padang bola sepak Sekolah Kebangsaan Jelapang. Kaedah kajian yang digunakan ialah pemerhatian, soal selidik dan rujukan. Data dikumpul melalui kajian soal selidik yang melibatkan 30 orang responden yang melibatkan pemain bola sepak di Kampung Jelapang. Responden dikehendaki menjawab satu set soal selidik yang berkaitan faktor penglibatan belia dalam permainan bola sepak mempengaruhi integrasi di Kampung Jelapang dan kesan permainan bola sepak mempengaruhi integrasi dalam golongan belia di Kampung Jelapang. Sebelum hasil dapatan awal, responden tidak menunjukkan semangat bekerjasama dan sikap tolong menolong semasa bermain bola sepak. Hasil dapatan akhir pula mendapati hubungan antara pemain bola sepak di Kampung Jelapang lebih rapat dan melahirkan sikap tolong menolong dalam diri mereka kerana mereka sanggup menolong rakan- rakan mereka yang terjatuh dan mengalami kecederaan semasa permainan bola sepak berlangsung. Sikap tolong-menolong ini dapat melahirkan semangat kerjasama dan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan belia di Kampung Jelapang. Secara kesimpulan kecil adalah, permainan bola sepak ini sangat penting untuk mewujudkan semangat integrasi. Ketua kampung perlu member galakan kepada penduduk Kampung Jelapang khususnya dalam kalangan belia untuk mewujudkan semangat integrasi dalam permainan bola sepak ini. 1

Upload: yenchuxx

Post on 23-Jun-2015

84.085 views

Category:

Education


59 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

AKTIVITI PERMAINAN BOLA SEPAK MEMPENGARUHI INTEGRASI DALAM KALANGAN BELIA DI KAMPUNG JEKAPANG

SINOPSIS

Tujuan kajian dijalankan untuk mengenal pasti kewujudan semangat perpaduan dalam kalangan belia di Kampung Jelapang. Kajian ini mengemukakan dua objektif kajian. Objektif kajian pertama untuk mengenal pasti faktor penglibatan belia dalam permainan bola sepak mempengaruhi integrasi di Kampung Jelapang. Objektif kedua untuk mengkaji kesan permainan bola sepak dalam mempengaruhi semangat integrasi dalam golongan belia di Kampung Jelapang. Kajian ini dijalankan di padang bola sepak Sekolah Kebangsaan Jelapang. Kaedah kajian yang digunakan ialah pemerhatian, soal selidik dan rujukan. Data dikumpul melalui kajian soal selidik yang melibatkan 30 orang responden yang melibatkan pemain bola sepak di Kampung Jelapang. Responden dikehendaki menjawab satu set soal selidik yang berkaitan faktor penglibatan belia dalam permainan bola sepak mempengaruhi integrasi di Kampung Jelapang dan kesan permainan bola sepak mempengaruhi integrasi dalam golongan belia di Kampung Jelapang. Sebelum hasil dapatan awal, responden tidak menunjukkan semangat bekerjasama dan sikap tolong menolong semasa bermain bola sepak. Hasil dapatan akhir pula mendapati hubungan antara pemain bola sepak di Kampung Jelapang lebih rapat dan melahirkan sikap tolong menolong dalam diri mereka kerana mereka sanggup menolong rakan-rakan mereka yang terjatuh dan mengalami kecederaan semasa permainan bola sepak berlangsung. Sikap tolong-menolong ini dapat melahirkan semangat kerjasama dan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan belia di Kampung Jelapang. Secara kesimpulan kecil adalah, permainan bola sepak ini sangat penting untuk mewujudkan semangat integrasi. Ketua kampung perlu member galakan kepada penduduk Kampung Jelapang khususnya dalam kalangan belia untuk mewujudkan semangat integrasi dalam permainan bola sepak ini.

1

Page 2: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

SENARAI ISI KANDUNGAN

Tajuk Halaman

Sinopsis 1

Senarai isi kandungan 2

Penghargaan 3

1.0 Pengenalan 4-5

2.0 Objektif kajian 6

3.0 Lokasi kajian

3.1 Peta 7-8

4.0 Kaedah kajian

4.1 Pemerhatian 10

4.2 Kaedah soal selidik 11

5.0 Dapatan kajian

5.1 Demograsi responden 12-13

5.2 Mengenal pasti faktor penglibatan kalangan belia dalam 14-17

permainan bola sepak mempengaruhi integrasi di Kampung

Jelapang.

5.3 Mengkaji kesan permainan bola sepak mempengaruhi 18-21

semangat perpaduan dalam golongan belia di Kampung Jelapang.

6.0 Rumusan dan Kesimpulan 22

Rujukan 23

Lampiran 24-29

2

Page 3: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

PENGHARGAAN

Assalamulaikum w.b.t, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi ke atas limpah kurniaNya, dapat juga saya menyiapkan kerja kursus Pengajian Am kertas 4 (900/4) penggal 2 tahun 2014 yang bertajuk “Aktiviti Permainan Bola Sepak Mempengaruhi Integrasi Dalam Kalangan Belia Di Kampung Jelapang” dalam masa yang telah ditetapkan oleh guru pembimbing iaitu Puan Rosmani Binti Ismail yang merupakan guru Pengajian Am di sekolah.

Terlebih dahulu ingin saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Hajah Che Dayang Binti Che Sulaiman yang merupakan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok (Model Khas) kerana telah member keizinan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan teratur.

Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Pengajian Am saya iaitu Puan Rosmani Binti Ismail kerana telah banyak meluangkan masa, memberikan tunjuk ajar serta nasihat untuk membantu saya menyiapkan kajian ini, selain memberikan semangat kepada saya untuk menjalankan tugasan ini dengan sebaik-baiknya.

Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya iaitu Abdul Raof bin Mohamed serta Salmah binti Ghazali yang telah banyak berkorban untuk saya dari segi tenaga, dorongan serta dari segi kewangan untuk memastikan kerja kursus ini supaya berjalan dengan lancar.

Akhir sekali,di sini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus Pengajian Am ini.

Semasa saya menjalankan kerja kursus Pengajian Am ini, saya telah menghadapi banyak kesukaran dan cabaran dalam menyiapkan kajian, akan tetapi dengan berkat kesabaran dan doa yang tidak putus ke hadrat Ilahi, dapat juga saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.

3

Page 4: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

1.0 PENGENALAN

Bola sepak adalah olahraga menggunakan bola yang dimainkan oleh dua pasukan yang

masing-masing beranggoatakan 11 orang.Pada abad ke-12,olahraga ini telah dimainkan lebih

dari 250 juta orang di 200 negara yang menjadikannya olahraga paling popular di dunia.Bola

sepak dimainkan di padang permainan bola sepak dan diatas rumput atau rumput sintetis.

Syarat-syarat permainan bola sepak ialah hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan

menyentuh bola dengan menggunakan tangan di dalam wilayah golnya.Manakala,10 pemain lain

hanya di izin untuk menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan, biasanya dengan

kaki untuk menendang,dada untuk mengawal, dan kepala umtuk menanduk bola.Pasukan yang

menjaringkan gol lebih banyak pada akhir perlawanan maka pasukan tersebut dijadikan

pemenang.Jika sehingga masa terakhir masih seri,maka boleh dilakukan undian,pembaharuan

masa ataupun tendangan penalti.Ianya bergantung kepada format penganjuran kejohanan.

Sejarah bola sepak di Malaysia bermula dengan penubuhan Persatuan Bola Sepak

Malaysia atau Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1920

dengan pimpinan Andrew Caldecott, gabenor Hong Kong 1935-1937. Sejak ketika itu,

permainan bola sepak semakin kerap digerakkan oleh FAM dan semakin banyak rakyat yang

gemar bermain bola sepak di dataran tempat Piala HMS Malaya (kini Piala Malaysia)

dianjurkan. Sebagai bentuk sokongan terhadap kebangkitan "Bola Sepak Kebangsaan", maka

Stadium Nasional Bukit Jalil akhirnya dibangun pada tahun 1993 sehingga 1998 dan dibuka pada

tahun 1998 sempena Sukan Komanwel 1998 yang rupa-rupanya memperhaibatkan dunia bola

sepak di Malaysia.Selepas Andrew Caldecott meninggal dunia pada 1951, dua puluh tahun

selepas itu, banyak pemain-pemain pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia yang mewakili

Malaysia dalam kejohanan antarabangsa.

Menurut Kamus Dewan, definisi golongan belia ialah golongan muda mudi. Seterus nya golongan belia juga membawa maksud golongan remaja yang umurnya dalam lingkungan 10 hingga 26 tahun. Golongan belia adalah golongan paling aktif bersenam ataupun melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh untuk menyihatkan badan.

4

Page 5: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

Makna integrasi ialah perpaduan, kerjasama atau penyatuan. Dalam era globalisasi kini, integrasi menjadi semakin penting. Integrasi ini dapat dilihat dalam pelbagai situasi dan keadaan yang membolehkan sesuatu perkara dapat dintegrasikan. Dari segi seni, integrasi ialah suatu aktiviti yang memastikan bidang seni dalam sesuatu aktiviti mahupun kegiatan yang telah digabungkan dalam satu. Ini akan membuatkan satu integrasi dapat dilihat dan difahami dengan menyatupadukan sesuatu diantara satu sama lain untuk melahirkan keserasian.

Permainan merupakan satu aktiviti rekreasi sama ada untuk mendapat keseronokan,

mengisi masa lapang ataupun bersenam. ia boleh dilakukan berseorangan ataupun secara

berkumpulan.Permainan biasanya mempunyai peraturan yang perlu diikuti semua orang. Adat

bermain, ada yang menang dan ada yang kalah. Boleh juga seri. Permainan yang melibatkan

aktivit fizikal dan mental.

Setiap pemain haruslah menyemaikan semangat integrasi dalam diri supaya permainan

yang tersebut dapat dimainkan dengan penuh semangat.Maksud integrasi ialah perpaduan,

bekerjasama dan penyatuan. Dalam era globalisasi ini, integrasi menjadi semakin

penting.Integrasi ini dapat dilihat dalam pelbagai situasi dan keadaan yang membolehkan sesuatu

perkara itu dapat dintegrasikan. Manakala menurut Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,

(2007), integrasi bermaksud penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum menjadi

satu kesatuan, penyatuan.

Dengan adanya semangat integrasi,pemain tersebut dapat bermain dengan penuh

semangat dan masalah pergaduhan tidak berlaku semasa perlawanan berlangsung dan permainan

dapat dimainkan dengan penuh gembira. Melalui semangat integrasi kita akan dapat

mengeratkan hubungan sesama rakan menjadi lebih baik. Dengan adanya semangat integrasi

pemain juga dapat berkomunikasi dengan baik sesama pemain yang lain. Permainan juga dapat

berjalan dengan lebih berkesan.

Rasional yang dipilih adalah permainan bola sepak di Kampung Jelapang sentiasa

berlangsung pada setiap petang. Rasional ini dipilih kerana dapat memudahkan untuk membuat

pemerhatian dan soal selidik. Rasional ini memudahkan untuk membuat pemerhatian yang lebih

berkesan kerana permainan bola sepak sentiasa berlangsung pada setiap petang. Permainan bola

sepak dapat dimainkan dengan lebih selesa kerana waktu yang dimainkan tidak terlalu panas.

5

Page 6: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:

1. Mengenalpasti faktor penglibatan belia dalam permainan bola sepak mempengaruhi integrasi dalam golongan belia di Kampung Jelapang.

2. Mengkaji kesan permainan bola sepak mempengaruhi semangat perpaduan dalam golongan belia di Kampung Jelapang.

6

Page 7: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 Peta

Peta 1: Peta Negeri Terengganu

Sumber:Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Negeri Terengganu

7

Page 8: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

Peta 2: Peta Daerah Setiu Ke Kampung Jelapang

Sumber : Kajian Lapangan 2014

8

Page 9: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

3.2 Lokasi kajian

Foto 1: Lokasi kajian yang dijalankan

Sumber : Kajian Lapangan 2014

Lokasi tersebut ialah tempat permainan bola sepak yang berlangsung setiap petang.

Lokasi kajian tersebut terletak di Kampung Jelapang. Kampung Jelapang berdekatan dengan

Kampung Bukit Layat dan Kampung Mat Jintan. Antara kemudahan yang terdapat di Kampung

Jelapang adalah masjid, jalan raya, balai raya, sekolah, telefon awam serta tasik. Manakala

pekerjaan penduduk pula, kebanyakannya merupakan penoreh getah serta petani. Selain itu juga,

kebanyakan pemain bola sepak tidak bekerja. Padang bola sepak tersebut dimainkan oleh

golongan belia. Tempat tersebut telah dijadikan lokasi kajian. Padang bola sepak tersebut

terletak bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Jelapang. Jarak Sekolah Kebangsaan

Jelapang tersebut dari Kuala Terengganu ialah 44 km dan 19 km dari Bandar Permaisuri.

Padang bola sepak tersebut ialah milik Sekolah Kebangsaan Jelapang. Padang tersebut dijadikan

kajian kerana ia dapat memudahkan untuk membuat kajian. Selain itu, padang tersebut terletak

berdekatan dengan rumah. Dengan ini ia dapat membantu untuk memperoleh maklumat dengan

lebih mudah serta tidak menimbulkan masalah untuk menjalankan kajian ini.

Alamat sekolah : Sekolah Kebangsaan Jelapang, 21450, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu Darul Iman.

9

Page 10: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

4.0 KAEDAH KAJIAN

Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam kajian ini.Pelbagai kaedah ini digunakan untuk memastikan maklumat yang diperolehi adalah betul dan tepat.Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan gabungan kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatifdijalankan dengan membuat pemerhatian, rujukan serta fotografi bagi mendapatkan suasana yang sebenar berkaitan kajian itu.Selain itu, melalui kaedah kuantitatif iaitu dengan menyediakan borang soal selidik dapat mengumpul data serta menganalisis maklumat dengan lebih jelas dengan menggunakan kaedah gundalan dan peratusan bagi mengira bilangan responden yang disoal selidik.

4.1 Kaedah Pemerhatian :

Melalui kaedah pemerhatian yang telah dijalankan dengan menggunakan kamera untuk mengambil gambar sebagai bahan bukti umtuk menggambarkan persekitaran permainan bola sepak di Kampung Jelapang. Kaedah ini digunapakai bagi mendapatkan reaksi daripada pemain bola sepak di padang selama tiga hari berturut-turut.

Pada hari pertama, seawal jam 5.30 petang pada hari Khamis bertarikh 6 Februari 2014. Didapati beberapa orang golongan belia telah sampai di padang bola sepak yang terletak di atas bukit iaitu di Sekolah Kebangsaan Jelapang. Seramai 15 orang belia berada di padang sedang bersedia untuk bermain permainan bola sepak.

Pada hari kedua pula, iaitu pada jam 5.40 petang padahari Jumaat bertarikh 7 Februari 2014. Didapati bahawa golongan belia yang berada di tempat kejadian bertambah dari 15 orang kepada 30 orang. Hal ini didapati bahawa, golongan belia pada hujung minggu lebih ramai ke padang bola sepak. Ini kerana pada hujung mingu, golongan belia mempunyai masa lapang dan tidak mempunyai urusan lain untuk diuruskan kerana hari Jumaat merupakan hari hujung minggu. Selain ingin bersenam untuk menyihatkan tubuh badan dan menjaga kecergasan minda.

Pada hari Sabtu, iaitu pada hari ketiga, tepat jam 5.20 petang, bersamaan dengan 8 Februari 2014. Bilangan pengujung tetap sama iaitu seramai 30 orang. Dari segi pemerhatian, didapati bahawa golongan belia sangat akrab dan sering keluar bermain permainan bola sepak bersama-sama pada sebelah petang. Golongan belia juga didapati saling bertanyakan khabar diantara satu sama lain serta saling tolong-menolong ketik arakan sepasukan terjatuh ataupun terluka. Ini yang dikatakan semangat integrasi yang perlu dipupuk dalam golongan belia pada hari ini.

10

Page 11: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

4.2 Kaedah Soal Selidik

Kaedah soal selidik dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi kajian yang hendak dijalankan. Soalan dibentuk sebagai borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang dikaji dan dapat memenuhi objektif kajian. Borang itu hendaklah diedarkan secara rawak kepada 30 orang responden di kawasan kajian, iaitu di padang bola sepak Sekolah Kebangsaan Jelapang di Kampung Jelapang.

Sebanyak 30 borang soal selidik telah diedarkan berdasarkan dua objektif yang telah dilakukan. Kesemua soalan hendaklah ditandakan betul pada soalan yang berkenaan sahaja. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 30 orang responden yang mewakili pemain permainan bola sepak. Kesemua responden telah memberikan kerjasama yang baik dalam menyempurnakan urusan borang soal selidik.

BIL. PERKARA Sangat

setuju

(5)

Setuju

(4)

Tidak pasti

(3)

Kurang setuju

(2)

Sangat tidak setuju

(1)

Borang soal selidik ini dianalisa menggunakan bilangan dan peratus untuk memudahkan

proses kajian. Data yang diambil daripada jadual akan dipersembahkan dalam dapatan kajian

menggunakan jadual, min dan carta pai.

11

Page 12: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

5.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden terhadap faktor penglibatan belia dalam permainan bola sepak mempengaruhi integrasi dan mengkaji kesan permainan bola sepak mempengaruhi semangat perpaduan dalam golongan belia di Kampung Jelapang. Dapatan kajian yang diperolehi melalui kajian ini adalah bilangan responden melalui persampelan responden yang terdiri daripada pemain bola sepak dalam golongan belia di Kampung Jelapang yang diambil secara rawak.Hal ini bertujuan bagi mendapatkan perbezaan pendapat responden yang berlainan peringkat umur yang bermain permainan bola sepak ini.

5.1 Demograsi Responden

Dapatan kajian yang diperolehi melalui kajian ini adalah bilangan responden melalui

persampelan responden yang terdiri golongan belia yang berumur diantara 10-15, 16-21 dan 22-

26 yang dipilih secara rawak.

Jadual di bawah menunjukan bilangan responden mengikut umur golongan belia yang bermain

permainan bola sepak.

Peringkat umur Bilangan responden (orang) Peratus (%)

10-15 tahun 7 23.3

16-21 tahun 7 23.3

22-26 tahun 16 53.4

Jumlah keseluruhan 30 100

Jadual 1: Umur responden

Sumber: Kajian Lapangan 2014

12

Page 13: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

Rajah di bawah menunjukan peratus demografi responden mengikut umur.

Rajah 1: Peratus Demografi Responden Mengikut Umur

Sumber: Kajian Lapangan 2014

Peratusan bagi kajian tentang faktor penglibatan belia dalam permainan bola sepak

mempengaruhi integrasi di Kampung Jelapang mengikut skala likert sepertimana yang terdapat

pada borang soal selidik Daripada 30 orang responden yang telah di soal selidik, seramai 7

orang responden berumur antara 10-15 tahun bersamaan perempuan adalah seramai 17 orang

responden bersamaan 56%. Manakala seramai 7 orang responden juga yang berumur antara 16-

21 tahun bersamaan 23.3% seterusnya seramai 16 orang responden berumur antara 22-26 tahun

bersamaan 53.4%.

13

101-15 16-21 22-260

2

4

6

8

10

12

14

16

18

Peringkat Umur

Peringkat Umur

Pera

tus (

%)

PERATUS MENGIKUT UMUR RESPONDEN

Page 14: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

5.2 Mengenal pasti faktor penglibatan kalangan belia dalam permainan bola sepak

mempengaruhi integrasi di Kampung Jelapang.

Bil Soalan Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju

Sangat Tidak Setuju Min

Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

1

Adakah anda merupakan seorang peminat bola sepak? 15 50 10 33.33 3 10 2 6.67 0 0 4.27

2

Anda dan rakan-rakan sering bermain permainan bola sepak ini disebabkan oleh minat?

5 16.67 25 83.33 0 0 0 0 0 0 4.17

3

Adakah anda dan rakan-rakan menglibatkan diri dalam permainan bola sepak ini atas dorongan keluarga?

8 26.66 10 33.33 10 33.33 2 6.67 0 0 3.8

4

Adakah rakan-rakan mempengaruhi anda untuk menyertai permainan bola sepak?

5 16.67 15 50 10 33.33 0 0 0 0 3.83

5

Adakah anda bermain permainan bola sepak ini hanya untuk mengisi masa lapang bersama rakan-rakan?

620 20 66.67 4 13.33 0 0 0

0 4.06

6

Melalui aktiviti ini,adakah anda dan rakan-rakan merupakan pemain bola sepak mewakili kampung?

1033.33 15 50

516.67 0 0

0 0 4.17

7

Anda dan rakan-rakan bermain permainan bola sepak ini untuk menjaga kecergasan badan dan mengamalkan gaya hidup sihat?

10 33.33 10 33.33 7 23.33 3 10 0 03.9

14

Page 15: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

Jadual 2: Mengenal pasti faktor penglibatan mempengaruhi integrasi

Sumber : Kajian lapangan 2014

Rajah di bawah menunjukan peratus faktor penglibatan kalangan belia dalam permainan bola

sepak mempengaruhi integrasi di Kampung Jelapang

4.27%

4.17%

4.17%

4.06%

3.80%

Faktor penglibatan kalangan belia dalam permainan bola sepak mempengaruhi in-

tegrasi di Kampung Jelapang

Merupakan peminat bola sepak

Bermain bola sepak disebabkan minat

Merupakan pemain bola sepak mewakili kampung

Mengisi masa lapang dengan kawan-kawan

Bermain bola sepak atas dorongan keluarga

Rajah 2 : Peratusan tentang faktor penglibatan kalangan belia dalam mempengaruhi integrasi di

Kampung Jelapang

Sumber : Kajian lapangan 2014

15

Page 16: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

16

Page 17: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

Berdasarkan jadual 2, bagi faktor pertama, faktor peminat bola sepak adalah seramai 15 orang

(50%) memilih sangat setuju dan seramai 10 orang (33.33% ) yang memilih setuju mengenai

faktor tersebut. Walau bagaimanapun, seramai 3 orang (10%) tidak pasti dengan soalan yang

dijawab dan seramai 2 orang (6.67%) kurang setuju. Tiada respondan yang memilih sangat tidak

setuju untuk soalan ini. Oleh itu, min kesemuanya ialah 4.27 yang menunjukkan kebanyakan

respondan sangat setuju pada faktor ini.

Faktor kedua adalah responden dan rakan-rakan merupakan peminat bola sepak. Seramai 5 orang

(16.67% ) memilih sangat setuju dan seramai 25 orang bersamaan 83.33% memilih setuju. Tiada

respondan yang memilih sangat tidak setuju dan sangat tidak setuju untuk soalan ini. Oleh itu,

min kesemuanya ialah 4.17 yang menunjukkan kebanyakan respondan setuju pada faktor ini.

Seterusnya, untuk faktor ketiga seramai 8 orang bersamaan dengan 26.66% sangat setuju dengan

penyataan faktor menglibatkan diri dalam permainan bola sepak ini atas dorongan keluarga. Bagi

soalan ini juga seramai 10 orang (33.33%) setuju. Bagi tidak setuju pula, seramai 2 orang

(6.67%) Manakala, tiada responden yang memilih sangat tidak setuju untuk soalan ini. Oleh itu,

min kesemuanya ialah 3.8 yang menunjukkan kebanyakan respondan setuju dan tidak pasti

pada faktor ini.

Bagi faktor keempat, iaitu melakukan aktiviti ini kerana dipengaruhi oleh rakan-rakan seramai 5

orang (16.67%) sangat setuju dengan pernyataan faktor dan seramai 15 orang (50%) setuju. 10

orang pula iaitu bersamaan dengan 33.33% tidak pasti. Manakala, tiada responden yang memilih

tidak setuju dan sangat tidak setuju Oleh itu, min bagi faktor ini adalah 3.83 hampir dengan skala

4 yang menunjukkan kebanyakan responden setuju dengan faktor ini.

17

Page 18: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

Bagi faktor yang kelima pula, seramai 6 orang (20%) memilih sangat setuju menegenai faktor

mengisi masa lapang bersama rakan-rakan. Bagi soalan ini juga, seramai 20 orang (66.67%)

memilih setuju. Seramai 4 orang responden bersamaan 13.33% tidak pasti mengenai pernyataan

faktor ini. Manakala tiada respondan memilih tidak setuju dan sangat tidak setuju. Bagi faktor

ini, min yang dikumpul adalah 4.06 hampir dengan skala 4 menyatakan bahawa kebanyakan

responden memilih setuju dengan faktor ini.

Bagi faktor keenam adalah responden dan rakan-rakan merupakan pemain bola sepak mewakili

kampung. Seramai 10 orang (33.33%) memilih sangat setuju, manakala seramai 15 orang (50%)

setuju. Selain itu seramai 5 orang (16.67) memilih tidak puas hati. Manakala tiada responden

memilih tidak setuju dan sangat tidak setuju untuk penyataan ini. Seterusnya, bagi faktor ini, min

yang dikumpul adalah 4.17 yang menunjukkan bahawa kebanyakan responden setuju dengan

penyataan faktor ini.

Bagi faktor ketujuh iaitu faktor yang terakhir adalah responden serta rakan-rakan bermain

permainan bola sepak ini untuk menjaga kecergasan badan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Seramai 10 orang (33.33%) mewakili sangat setuju dan setuju. Selain itu seramai 7 orang

(23.33%) mewakili tidak pasti. Seramai 3 orang (10%) pula mewakili tidak setuju. Manakala

tiada responden memilih sangat tidak setuju bagi penyataan ini. Oleh itu, min bagi faktor ini

adalah 3.9 yang menunjukkan kebanyakan responden sangat setuju dan setuju dengan penyataan

faktor yang ketujuh ini.

18

Page 19: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

5.3. Mengkaji kesan permainan bola sepak mempengaruhi semangat perpaduan dalam golongan belia di Kampung Jelapang

BIL SOALAN Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

Min

Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

1Anda dan rakan-

rakan sering bermain permainan

bola sepak?

11 36.67 11 36.67 8 26.67 0 0 0 0

4.1

2Melalui aktiviti permainan bola

sepak ini, adakah anda dan rakan-rakan mendapat

ramai rakan baru?

3.7611 36.67 6 20 8 26.67 5 16.67 0 0

3Melalui aktiviti bola sepak ini, anda dapat

mengenali rakan-rakan anda dengan

lebih dekat.

3.969 30 11 36.67 10 33.33 0 0 0 0

4Permainan bola

sepak dapat mengeratkan lagi

hubungan silaturrahim antara

anda dan rakan-rakan anda.

6 20 15 50 9 30 0 0 0 0

3.9

5Melalui aktiviti permainan bola

sepak ini, anda dan rakan-rakan dapat

berkongsi pengalaman tentang

permainan bola sepak ini.

12 40 8 26.67 5 16.67 5 16.67 0 0

3.9

6Adakah anda dan rakan-rakan saling tolong-menolong diantara satu sama

lain?

11 36.67 9 30 10 33.33 0 0 0 0

4.0

7Anda dapat

menerapkan nilai

19

Page 20: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

bekerjasama antara rakan sepasukan dalam permainan

bola sepak.

4.1615 50 5 16.67 10 33.33 0 0 0 0

Jadual 3: Mengkaji kesan permainan mempengaruhi semangat perpaduan

Sumber : Kajian lapangan 2014

Rajah di bawah menunjukan peratusan tentang kesan permainan bola sepak dalam

mempengaruhi semangat integrasi dalam golongan belia di Kampung Jelapang

4.16%

4.10%

4.00%

3.96%

3.76%

Kesan permainan bola sepak dalam mem-pengaruhi semangat integrasi dalam go-

longan belia di Kampung Jelapang

Dapat menerapkan nilai beker-jasama

Sering bermain bola sepak bersama-sama

Saling tolong-menolong diantara satu sama lain

Dapat mengenali rakan-rakan lebih dekat

Mendapat ramai rakan baru ketika bermain permainan bola sepak

Rajah 3 : Peratusan tentang kesan permainan bola sepak dalam mempengaruhi semangat

integrasi dalam golongan belia di Kampung Jelapang

Sumber : Kajian lapangan 2014

20

Page 21: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

21

Page 22: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

Berdasarkan jadual, kesan pertama adalah responden dan rakan-rakan sering bermain permainan bola sepak. Seramai 11 orang (36.67%) telah memilih sangat setuju dan setuju. Manakala, sebanyak 8 orang (26.67%) telah memilih tidak pasti. Manakala, tiada responden yang memilih tidak setuju dan sangat tidak setuju. Oleh itu, min adalah 4.1 yang menunjukkan bahawa kebanyakan respondan sangat setuju dan setuju.

Kesan kedua adalah , responden dan rakan-rakan mendapat rakan baru. Seramai 11 orang

(36.67%) telah memilih sangat setuju dengan kesan ini. Bilangan bagi yang memilih setuju

adalah 6 orang iaitu sebanyak 20% . Manakala, 8 orang (26.67%) telah memilih tidak pasti dan

sebanyak 5 orang responden (16.67%) telah memilih tidak setuju. Tidak ada responden memilih

sangat tidak setuju. Skala min pula sebanyak 3.76 iaitu hampir dengan skala 4 menunjukkan

bahawa kebanyakan responden setuju.

Seterusnya, kesan yang ketiga adalah responden dapat mengenali rakan-rakan dengan lebih

dekat. Seramai 9 orang (30%) responden sangat setuju dan bilangan responden yang setuju

seramai 11 orang dimana bilangan yang paling tinggi dengan 36.67%. 10 orang responden

(33.33%) telah memilih tidak pasti dengan kesan yang dikaji. Manakala, tiada responden yang

memilih tidak setuju dan sangat tidak setuju. Oleh itu, min adalah 3.96 iaitu hampir dengan skala

4 yang menunjukkan bahawa kebanyakan respondan adalah setuju.

Bagi kesan yang keempat pula adalah bola sepak dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim

antara responden dan rakan-rakan. Seramai 6 orang (20%) telah memilih sangat setuju. Seramai

15 orang responden (50%) pula telah memilih setuju. Selain itu, seramai 9 orang iaitu dengan

30% telah memilih tidak pasti. Manakala, tiada responden yang dicatatkan memilih tidak setuju

dan sangat tidak setuju. Oleh itu, min adalah 3.9 iaitu hampir dengan skala 4 yang menunjukan

bahawa rata-rata responden setuju dengan kesan ini.

Kesan yang kelima pula adalah responden dan rakan-rakan dapat berkongsi pengalaman tentang

permainan bola sepak ini. Seramai 12 orang (40%) telah memilih sangat setuju. Selain itu,

seramai 8 orang iaitu (26.67%) telah memilih setuju. Seterusnya.seramai 5 orang (16.67%) telah

memilih tidak pasti dan tidak setuju. Manakala, tiada responden memilih sangat tidak setuju.

22

Page 23: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

Oleh itu, min adalah sebanyak 3.9 yang menunjukkan kebanyakan responden memilih sangat

setuju untuk kesan yang kelima ini.

Bagi kesan yang keenam pula, kesan responden dan rakan-rakan saling tolong-menolong

diantara satu sama lain. Seramai 11 orang responden (36.67%) telah memilih sangat setuju.

Selain itu, seramai 9 orang (30%) memilih setuju. Bagi tidak pasti pula, seramai 10 orang

mempersetujui kesan ini dengan membawa peratusan sebanyak 33.33%. Manakala tiada

responden dicatatkan dalam kolum tidak setuju dan sangat tidak setuju. Olen itu, min bagi kesan

yang keenan ini adalah 4.0 yang menunjukkan rata-rata responden memilih sangat setuju.

Bagi kesan yang terakhir pula, iaitu responden dapat menerapkan nilai bekerjasama dalam

permainan bola sepak. Seramai 15 orang responden (50%) telah memilih sangat setuju. Selain

itu, seramai 5 orang ( 16.67%) telah setuju dengan kesan ini. Seterusnya, seramai 10 orang

responden (33.33% ) tidak pasti dengan penyataan kesan ini. Manakala , tiada responden bagi

tidak setuju dan sangat tidak setuju dicatatkan dalam kesan ini. Oleh demikian, min adalah 4.16

iaitu hampir dengan skala 4 yang menunjukkan bahawa kebanyakan responden adalah sangat

setuju dengan penyataan kesan ini.

23

Page 24: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Secara umunnya, aktiviti permainan bola sepak ini ternyata mempengaruhi integrasi

dalam kalangan belia di Kampung Jelapang. Golongan belia di Kampung Jelapang akan keluar

bermain permainan bola sepak pada sebelah petang jika mempunyai masa lapang. Hal ini boleh

dibanggakan kerana golongan belia tidak menghabiskan masa dengan melakukan aktiiti yang

tidak mendatangkan faedah. Melalui kajian ini juga, didapati terdapat beberapa faktor yang

menyebabkan penglibatan golongan belia bermain permainan bola sepak di Kampung Jelapang

dapat dikenalpasti. Selain itu, kesan permainan bola sepak terhadap golongan belia di Kampung

Jelapang juga dapat dikenalapsti. Dapatan kajian menunjukan bahawa kebanyakan pemain yang

bermain di Kampung Jelapang adalah daripada peringkat umur 22-26 tahun. Kebanyakannya

mereka selalu bermain bola pada setiap petang untuk mengisi masa lapang. Kajian ini dapat

mengenalpasti faktor penglibatan belia dalam golongan belia dalam permainan bola sepak serta

kesan permainan bola sepak dalam kalangan belia di Kampung Jelapang.

24

Page 25: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

7.0 RUJUKAN

Kaedah ini dijalankan dengan cara merujuk kepada bahan-bahan dari internet dan kamus dewan

untuk mendapatkan maklumat tambahan. Antara bahan yang dirujuk ialah bahan dari internet,

kamus dan ensiklopedia untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang permainan bola

sepak. Segala bahan dicatat serta data diperoleh untuk mengukuhkan hujah.

1. Bahan internet Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

a) www.artikata.om/arti-330868-integrasi b) www.slideshare.net/suriatiroman/integrasi-nasional , September 4, 2012c) www.kickstory.net/integrasi d) www.kbs.gov.my , Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Maksud

Golongan Beliae) www.prpm.dbp.gov.my , Khidmat Nasihat, Pusat Rujukan Persuratan

Melayu@DBP, Maksud Golongan Belia

2. Kamus Dan EnsaiklopediaMaklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

a) Maksud Integrasi, Kamus Dewan Edisi Ketiga 1997, halaman 1244 – 45

b) Definisi Integrasi, Kamus Dewan Edisi Keempat,2007

f)

25

Page 26: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

LAMPIRAN

Foto 1 : Keadaan Padang Bola Sepak di Kampung Jelapang

Sumber : Kajian Lapangan 2014

Foto 2 : Beberapa orang golongan belia bermain bola sepak

Sumber : Kajian Lapangan 2014

26

Page 27: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

Foto 4 : Kelihatan para pemain sedang bermain bola sepak dengan bersungguh-sungguh

Sumber : Kajian Lapangan 2014

Foto 5 : Golongan belia bermain bola sepak di Kampung Jelapang

Sumber : Kajian Lapangan 2014

27

Page 28: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

Foto 6 : Contoh pelan padang bola sepak

28

Page 29: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

29

Page 30: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

30

Page 31: Contoh Kerja Kursus PBS Pengajian Am STPM

950403-11-5726

31