pengajian am 2

21
1 Pengajian am 2 10 Artikel dalam laras sastera Tajuk 1:Pembuangan Bayi Tajuk 2:Filem Melayu Tajuk 3:Isu Buruh Asing Tajuk 4:Kegawatan Ekonomi Tajuk 5:Jenayah Pelajar Tajuk 6:Kemusnahan Hutan Tajuk 7:Sekolah wawasan Tajuk 8:Sekolah Bestari Tajuk 9:Globalisasi Tajuk 10:Setinggan 10 ARTIKEL DALAM LARAS SAINS Tajuk 1:Sisa Toksik Tajuk 2:Pemanasan Global Tajuk 3:Hujan asid Tajuk 4:Teleperubatan Tajuk 5:Dasar Sains & Teknologi Negara Tajuk 6:Teknologi Genetik Tajuk 7:Teknologi Satelit Tajuk 8:Pengurusan Sisa Industri Pengajian Am 2

Upload: frenchea-therine

Post on 05-Jul-2015

1.907 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian Am 2

1

Pengajian am 210 Artikel dalam laras sastera

Tajuk 1:Pembuangan Bayi

Tajuk 2:Filem Melayu

Tajuk 3:Isu Buruh Asing

Tajuk 4:Kegawatan Ekonomi

Tajuk 5:Jenayah Pelajar

Tajuk 6:Kemusnahan Hutan

Tajuk 7:Sekolah wawasan

Tajuk 8:Sekolah Bestari

Tajuk 9:Globalisasi

Tajuk 10:Setinggan

10 ARTIKEL DALAM LARAS SAINSTajuk 1:Sisa Toksik

Tajuk 2:Pemanasan Global

Tajuk 3:Hujan asid

Tajuk 4:Teleperubatan

Tajuk 5:Dasar Sains & Teknologi Negara

Tajuk 6:Teknologi Genetik

Tajuk 7:Teknologi Satelit

Tajuk 8:Pengurusan Sisa Industri

Tajuk 9:Jerebu

Tajuk 10:Pertanian Hidroponik

10 ARTIKEL LARAS SASTERAPengajian Am 2

Page 2: Pengajian Am 2

2

TAJUK 1:Pembuangan BayiSinopsis:

Pembuangan bayi merupakan satu fenomena sosial yang membimbangkan. Sejak kebelangan ini , sering digemparkan dengan kejadian pembuangan bayi. Sehingga kini terdapat 457 kes pembuangan bayi sejak tahun 1988 dan jumlah ini walaupun tidak meningkat tetapi masih membimbangkan.

Bayi-bayi dibuang merata tempat antaranya di dalam semak, tempat pelupusan sampah, berhampiran rumah orang, sekitaran perhentian bas, kawasan rumah ibadat dan tandas awam.Menurut bekas Multi Selangor, Datuk Ishak Baharom gejala pembuangan bayi dianggap sebagai gejala “gejala moden” yang sangat kejam dan lebih ganas dari haiwan.

Berdasarkan data yang diberikan , dapat disimpulkan bahawa masalah pembuangan bayi semakin kronik dalam masyarakat Malaysia dan amalan itu begitu ketara sehingga tidak ada keseduhannya.

TAJUK 2: Filem Melayu SiNopSis

Dalam mengharungi abad ke-21,filem-filem Melayu umumnya masih tidak mampu dimartabatkan sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Malah filem-filem

Melayu jauh tertinggal berbanding filem-filem Hong Kong dan Jepun walaupun taraf mereka pada tahun 60-an dan 70-an dahulu tidaklah sampai kemana. Walaupun terdapat

beberapa filem melayu mendapat pengiktirafan antara bangsa seperti filem ‘Jogho’, namun filem tersebut gagal meraih minat tempatan untuk menontonnya.

Bidang perfileman adalah ejen rasmi seni budaya yang mampu meningkatkan imej Negara dan martabat bangsa. Melalui filem,budaya bangsa diperkenalkan di

peringkat antarabangsa.

Pengajian Am 2

Page 3: Pengajian Am 2

3

TAJUK 3:Isu Buruh Asing

Sinopsis:

Buruh asing terbahagi kepada buruh yang datang dengan izin, iaitu dengan menggunakan dokumen yang sah dan buruh asing yang datang ke Negara ini tanpa izin iaitu tanpa dokumen yang sah.

Kedatangan buruh asing semakin ketara pada tahun 1990-an. Kebanjiran buruh asing sama ada secara sah atau pun haram memberikan impak kepada pembangunan sosioekonomi Negara.

BAB 4:Kegawatan Ekonomi

Sinopsis:

Kegawatan ekonomi berlaku di Negara kita kerana kegiatan import yang berlebihan . Kebanyakan rakyat sukakan barangan import. Keadaan ini menyebabkan import melebihi eksport dan menyebabkan pengaliran wang keluar dan mengurangkan simpanan mata wang asing Negara.

Selain itu, kegawatan ekonomi juga akibat kemasukan buruh asing . Buruh asing yang bekerja di Negara ini terlalu ramai. Pendapatan yang mereka perolehi, keluar dari edaran dalam Negara kerana dikirimkan ke Negara asal mereka. Keadaan ini menyebabkan pengaliran wang Negara dan menjatuhkan nilai ringgit.

TAJUK 5:Jenayah pelajar

Pengajian Am 2

Page 4: Pengajian Am 2

4

Sinopsis:

Masalah disiplin ini terlalu sukar untuk dihuraikan dengan lebih lanjut. Pelbagai langkah, rotan hinggalah kini peranan guru diketengahkan untuk menangani masalah disiplin ini. Namun apakah perkara yang timbul dalam masalah disiplin ini? Ini bergantung kepada , sikap pelajar itu sendiri atau peranan guru yang boleh dianggap sambil lewa menunaikan tanggungjawab mereka sebagai penduduk.

Antara punca lain yang dapat dikesan ialah kurangnya keperihatinan di kalangan ibu bapa .Terdapat sesetengah golongan ibu bapa yang tidak menghiraukan anak-anak mereka. Segala aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka sama ada di sekolah atau di luar sekolah tidak diketahui oleh ibu bapa.

TAJUK 6:Kemusnahan Hutan

Sinopsis:

Kemusnahan hutan di Negara kita akibat daripada aktiviti pembalakan yang berlaku. Selain itu, factor kedua dalam kemusnahan hutan kerana sector perindustrian yang turut berlaku. Kawasan perindustrian yang melibatkan pembersihan hutan juga menyumbang kepada kemusnahan hutan.

Selain itu, kemusnahan hutan berlaku kerana aktiviti pembakaran hutan secara terbuka. Kebakaran hutan boleh berlaku secara semula jadi ataupun disebabkan oleh tindakan manusia. Kebakaran hutan juga menjadi salah satu punca utama kemusnahan hutan.

Tajuk 7: Sekolah Wawasan

Pengajian Am 2

Page 5: Pengajian Am 2

5

Sinopsis:

Selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang memberi penekanan serius terhadap aspek perpaduan masyarakat berbilang kaum di Negara kita, maka sekolah wawasan diperkenalkan oleh kerajaan. Hal ini berkait rapat dengan peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, iaitu berlakunya rusuhan kaum.

Selain itu, sekolah wawasan ialah sekolah yang menempatkan tiga buah sekolah berlainan aliran dalam satu kampus utama dengan berkongsi kemudahan asas tetapi mempunyai pentadbiran yang berlaianan. Konsep sekolah wawasan yang kini dipraktikkan, dipandang sebagai salah satu usaha pemimpin Negara untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang bersifat cintakan Negara.

TAJUK 8 : Sekolah Bestari

Sinopsis

Sekolah Bestari bertujuan mewujudkan generasi Malaysia yang lebih kreatif dan berinovasi dalam berfikir dan bersedia menyesuaikan diri dengan teknologi baru dan bersedia pula untuk menerima dan menguruskan ledakan maklumat dalam dekat teknologi maklumat.

Di Malaysia , Sekolah Bestari merujuk kepada sekolah yang memberikan peluang teknologi maklumat interaktif untuk memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sekolah Bestari di Malaysia memfokuskan usaha melahirkan “kanak-kanak bestari” iaitu mereka yang kreatif dan menjana maklumat baru supaya mereka boleh dianggap sebagai pemikir dan bukan individu yang semata-mata mengeluarkan semula pengetahuan.

TAJUK 9 : Pengurusan Sisa Industri

Pengajian Am 2

Page 6: Pengajian Am 2

6

Sinopsis

Dalam mencapai matlamat status Negara perindustrian pada tahun 2020 , beban kepada persekitaran di Malaysia telah bertambah hasil perkembangan industri dan pembangunan Negara.

Seterusnya , peralihan pergantungan ekonomi daripada industri berasaskan pertanian dan komoditi utama kepada industri pembuatan menyebabkan penubuhan pelbagai industri dan bersamanya menjanakan pelbagai jenis sisa industri. Pengurusan sisa yang sesuai amat penting supaya tidak berlaku kerosakan kepada persekitara

Tajuk 10 : Setinggan

Sinopsis

Urbanisasi ialah proses pembentukan Bandar. Selain itu, urbanisasi akan melibatkan perkembangan dari segi infrastruktur pertumbuhan penduduk dan taraf hidup. Sesebuah Negara yang maju akan mempunyai perkembangan urbanisasi yang sangat memberansangkan .Urbanisasi akn memberi kesan sama ada dari segi politik, sosial dan ekonomi. Menurut Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 1999, bilangan Bandar di Malaysia adalah lebih kurang 130 buah.

Pengajian Am 2

Page 7: Pengajian Am 2

7

Pengajian Am 2

10 ARTIKEL

LARA

Pengajian Am 2

Page 8: Pengajian Am 2

8

Tajuk 1 : Sisa ToksikSinopsis

Masalah pengurusan sisa toksik merupakan isu yang sering diperdebatkan bukan sahaja di peringkat Negara malah malah di peringkat antarabangsa , secara umumnya , sisa toksik didefinisikan sebagai sisa dalam bentuk pepejal ,cecair, atau gas (selain daripada sisa radioaktif dan sisa berjangkit ) yang menunjukkan ciri-ciri ketoksian yang membahayakan kesihatan manusia dan alam sekeliling sama ada secara tersendiri atau bergabung dengan jenis-jenis sisa yang lain. Di Malaysia, sisa toksik didefinisikan sebagai sisa yang tersenarai dalam Jadual Pertama Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu sisa daripada sumber spesifik dan sisa toksik daripada sumber yang tidak spesifik. Contoh, sisa toksik bukan organik ialah plumbum, merkuri, arsenic, asbertos, kuprum, cadmium. Sisa toksik organik pula ialah hidrokarbon, dioksins, furan,komponen, fonolik, PCB, racun serangga pesticides dan amines.

Punca-Punca Pencemaran Barangan industri

Sisa perumahan

Larian pertanian

Bahan api

Pengajian Am 2

Page 9: Pengajian Am 2

9

Tajuk 2: Pemanasan Global

Sinopsis

Pemanasan global berlaku akibat perkembangan industri yang menghasilkan pepejal terampai di atmosfera seperti nitrogen oksida, sulfur, plumbum, dan hidrokarbon. Bahan pepejal terampai ini akan meningkatkan kadar karbon dioksida global atmosfera. Selain itu, pemanasan global turut berlaku akibat daripada pemusnahan hutan. Sebelum zaman pertanian, dunia diliputi tumbuh-tumbuhan semula jadi seluas kira-kira 6.2 billion hektar. Selepas kemajuan manusia, kawasan hutan diteroka dan hanya sebanyak 42 billion hektar yang masih belum diteroka.

Dalam pada itu, pemanasan global turut berlaku akibat daripada budaya kehidupan moden. Penggunaan alat-alat moden seperti peti sejuk, alat penghawa dingin,plastik, bahan pecuci, dan sebagainya meningkatkan gas-gas rumah hijau.Gas-gas rumah hijau seperti gas metana, nitrus oksida, gas karbon dioksida, CFC, dan lain-lain meningkatkan suhu bumi.

Kesan –kesan pemanasan global

i. Kenaikan aras lautii. Perubahan iklim sejagat

iii. Pertanian dan perikananiv. Penipisan lapisan ozonv. Pulau haba Bandar

Pengajian Am 2

Page 10: Pengajian Am 2

10

Tajuk 3 : Hujan asid

Sinopsis

Hujan asid terjadi apabila sulfur dioksida dan nitrogen oksida yang beredar di udara bertindak balas dengan wap air. Wap air ini membentuk titisan asid sulfurik dan asid nitral. Hujan asid boleh dibahagikan kepada dua jenis , iaitu yang kering dan yang basah. Enapan kering terjadi apabila gas bersama partikel pejal dari sulfat dan nitrat di udara ditiup oleh angin dan jatuh ke bumi.

Sementara , enapan basah terjadi apabila bahan-bahan yang tercemar tinggal di udara dan bertindakbalas dengan wap air. Menurut kajian , hujan yang turun di beberapa bahagian Amerika Utara dan Eropah Barat sekurang-kurangnya 100 kali lebih berasid berbanding hujan biasa.

Punca – punca kejadian hujan asid

a) Kilangb) Kenderaanc) Stesen janakuasa

Kesan – kesan kejadian hujan asid

a. Kemusnahan hutanb. Pertumbuhan pokok terbatut dan malic. Hidupan air matid. Kesihatan manusiae. Menyebabkan logam toksik melarut

Tajuk 4 : Teleperubatan

SinopsisPengajian Am 2

Page 11: Pengajian Am 2

11

Teleperubatan merujuk kepada perkhidmatan kesihatan merentasi jarak jauh dengan menggunakan teknologi telekomunikasi yang canggih seperti maklumat menerusi jaringan komputer, pertukaran gambar seperti gambar radiograf, scan CAI, MRI dan lain-lain. Sebenarnya teleperubatan ini berhasrat menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengambil kira kedudukan geografi atau taraf sosioekonomi .

Selain itu, khidmat nasihat pakar perubatan selalunya tidak dapat disediakan di seluruh Negara. Kawasan Bandar sahaja menjadi tumpuan utama kemudahan kesihatan yang terkini . Selalunya kes perubatan yang rumit dan serius di kawasan luar Bandar akan dirujuk kepada pakar perubatan di Bandar. Dengan teknologi komunikasi yang canggih, pakar runding di Bandar dapat memberi nasihat dan membantu doktor menghadapi situasi genting merawat pesakitdi kawasan pendalaman.

Sebab kemunculan teleperubatan

a) Jarak tidak menjadi penghalang dalam menyediakan perkhidmatan perubatan yang baik.

b) Kaedah konvesional menyusahkan pesakitc) Pakar perubatan dapat dirujuk dengan bantuan teleperubatan

Tajuk 5: Dasar Sains dan Teknologi Negara

Sinopsis

Pengajian Am 2

Page 12: Pengajian Am 2

12

Dasar sains dan Teknologi Negara bertujuan menggalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai satu alat untukr penbangunan ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat dan untuk melindungi kedaulatan Negara . tumpuan dasar adalah ke arah meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi melalui penciptaan sains dan membaiki bidang saintifik , pelajaran dan lain-lain.

Langkah – langkah menjayakan dasar

1. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan sains dan teknologi2. Mempertingkatkan bidang Penyelidikan dan Pembangunan3. Menambah bilangan kursus berkaitan dengan sains dan pengambilan

pelajar di peringkat pengajian tinggi4. Menyuburkan budaya sains dan teknologi melalui media massa.5. Mengintegrasikan rancangan pembangunan sains dan teknologi dengan

penggunaan secara praktis.6. Pembangunan sumber tenaga manusia7. Menyerap teknologi asing8. Menggiatkan bidang-bidang penyelidikan dan pembangunan

Tajuk 6 : Teknologi Genetik (KLON )

Sinopsis

Pengajian Am 2

Page 13: Pengajian Am 2

13

Penemuan struktur heliks berganda molekul asid deoksiribonukleik (DNA) oleh Profesor James Watson dan Francis Crick telah membuka lembaran baru kepada dunia genetik. Kepakaran yang sebelum ini digunakan untuk mengklon tumbuh –tumbuhan yang bermutu tinggi kini dicuba pula untuk mengklonkan manusia . Hal ini menjadi perdebatan isu etika sejak Dr. Lan Wilmut dan rakan –rakanya dari institut Roslin Scotland menapilkan biri – biri bernama Dolly yang berusia tujuh bulan hasil proses pengklonan.

Menurut pakar genetik daripada Universiti Sains Malaysia , iaitu profesor Madya Dr. Mohd. Nizam Isa, kaedah mengklon manusia tiada beza dengan kaedah mengklon tumbuh – tumbuhan atau haiwan. Proses ini memerlukan nukleus telur yang disenyawakan . Hasilnya, klon yang dihasilkan mampu mewarisi sehingga 90 peratus ciri organisma asal .

Kebaikan teknologi Genetik

I. Penghasilan organ manusiaII. Mewujudkan bakat yang lebih baik

III. Dapat mengurangkan pembelanjaan

Keburukan penggunaan teknologi Genetik

1. Memusnahkan institusi kekeluargaan2. Tiada nilai kasih sayang ibu bapa3. Mengakibatkan kecacatan genetik

Tajuk 7 : Teknologi Satelit

Sinopsis

Pengajian Am 2

Page 14: Pengajian Am 2

14

Teknologi satelit penting bagi pembangunan Negara terutamanya balam teknologi maklumat . Pada 10 Januari 1996 MEASAT-1 (Malaysian East Asian Satelit) telah dilancarkan di Ariane Space Kouru.

Satelit pertama Malaysia itu mempunyai berat 14 tan dan diletakkan pada orbit geosynchronos , 36 000 km di atas garisan khatulistiwa bumi dengan slot orbitnya 91.50 timur. Satelit ini menggunakan 5 transponder ku-band untuk Dtu-tv menggunakan tiub gelombang bergerak 110 w dan 12 transponder c-band. MEASAT – 1 akan dikawal di SCF Langkawi yang dijangka akan berupaya melancarkan lebih 20 siaran satelit televisyen televisyen kepada rakyat Malaysia .

Kepentingan teknologi Satelit

a) Perhubungan ekonomi antarabangsab) Teknologi maklumat

Tajuk 8: Pengurusan sisa Industri

Sinopsis

Pengajian Am 2

Page 15: Pengajian Am 2

15

Dalam usaha mencapai status Negara perindustrian pada tahun 2020 , beban kepada persekitaran di Malaysia telah bertambah hasil perkembangan industry dan pembangunan Bandar .

Peralihan pergantungan ekonomi daripada industry berasaskan pertanian dan komoditi utama kepada industri perbuatan menyebabkan penubuhan pelbagai industry dan bersamanya menjanakan pelbagai jenis sisa industri. Pengurusan sisa yang sesuai amat penting supaya tidak berlaku kerosakan pada persekitaran.

Punca – punca pencemaran

I. Pencemaran sisa melalui airII. Pencemaran udara

III. Pencemaran organikIV. Kitar semulaV. Pengurusan sisa yang baik

Langkah – langkah mengatasi masalah

I. Menggubal undang-undangII. Mengetatkan piawaian

III. Sitem rawatan canggih

Tajuk 9 : Jerebu

Sinopsis

Pengajian Am 2

Page 16: Pengajian Am 2

16

Mengikut Jabatan Alam Sekitar (JAS) , keadaan dikatakan berjerebu apabila paras zarah terampai melebihi dua kali ganda berbanding keadaan normal manakala jarak penglihatan kurang daripada satu kilometer dan kelembapan udara kurang 95 peratus. Jerebu disebabkan oleh zarah terampai dalam atmosfera pada kepekatan yang tinggi. Zarah bergerak dan menyerap cahaya lalu menyebabkan jarak pandangan mengurang. Zarah terampai ini terhasil daripada pelbagai sumber sama ada semula jadi (lautan, hutan dan permukaan bumi)atau buatan manusia ( antropogen) .

Factor-faktor berlakunya Jerebu

1. Pelepasan asap kilang dan kenderaan2. Pembakaran hutan3. Pembukaan tanah4. Cuaca kering

Tajuk 10 : pertanian Hidroponik

Sinopsis

Di Malaysia , teknologi pertanian hidroponik telah dicetuskan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sera Dr. Mahathir Mohammad sekembalinya dari lawatan dari Jepun pada tahun 1993. Beliau memberi saranan supaya Malaysia mempelajari teknologi pertanian hidroponik dan Jepun untuk menambahkan lagi kemajuan pertanian.

Pengajian Am 2

Page 17: Pengajian Am 2

17

Kaedah sistem hidroponik dalam pertanian adalah sitem pertanian moden yang tidak memerlukan kawasan tanah yang luas. Tanaman yang ditanam melalui kaedah ini ditanam di atas rak-rak manakala sumber tumbesarannya dibekalkan oleh cecair yang diadun secara khas dan terperinci dengan menggunakan teknik yang moden. Kaedah hidroponik, ini sesuai untuk menanam sayur-sayuran yang hanya memerlukan bekas takungan khas yang lengkap dengan baja larutan, benih sayuran, medium pencambahan dan bakul pemegang biji benih atau tanaman.

Kebaikan pertanian hidroponik

1. Memberikan hasil yang tinggi2. Mengurangkan import dan menjimatkan kos perbelanjaan harian3. Menjimatkan ruang dan tanah pertanian serta memelihara ekologi

Hutan.

Pengajian Am 2