pbs pengajian am stpm 2015

Upload: lebron-james

Post on 14-Jan-2016

172 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pantang larang perayaan tahun baru cina

TRANSCRIPT

PANTANG LARANG DALAM PERAYAAN SAMBUTAN TAHUN BARU CINA OLEH MASYARAKAT CINA DI SIPITANG

ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tentang pantang larang dalam kepercayaan sambutan Tahun Baru Cina oleh masyarakat Cina di Sipitang. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti bentuk-bentuk kepercayaan dalam perayaan Tahun Baru Cina dan mengkaji pantang larang dalam kepercayaan dalam kepercayaan Sambutan Tahun Baru Cina . Daerah Sipitang dipilih sebagai lokasi kajian kerana masyarakat Cina telah lama mendiami kawasan ini dan bilangan penduduk juga semakin ramai. Kaedah soal selidik, Temubual, Pemerhatian dan Rujukan media telah digunakan sebagai instrument utama dalam mengkaji bentuk-bentuk kepercayaan dan pantang larang dalam perayaan Tahun Baru Cina. Data telah dinalisis menggunakan laedah statistik deskriptif untuk mendapatkan peratusan. Keputusan analisis menunjukkan bahawa masyarakat Cina masih lagi mengamalkan dan patuh dengan pantang larang yang terdapat ketika meraikan Sambutan Tahun Baru Cina. Terutamanya Tarian Singa , pemberian Limau dan pemberian Angpao masih dikekalkan dan diteruskan sebagai warisan bangsa Cina itu sendiri.

KANDUNGANISI KANDUNGAN HALAMANABSTRAK 5KANDUNGAN 6-7SENARAI PETA 8SENARAI RAJAH 8PENGHARGAAN 91.0 PENGENALAN 10-112.0 OBJEKTIF KAJIAN 123.0 LOKASI KAJIAN 133.1 Daerah Sipitang 144.0 KAEDAH KAJIAN 154.1 Persempelan 164.2 Pengumpulan Data 174.3 Teknik Penganalisasian Data 1 5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 175.1 Demografi Responden 17 5.1.1 Jantina 19 5.1.2 Umur 205.1.3 Pekerjaan 215.1.4 Bangsa 22

5.2 Analisis bentuk-bentuk kepercayaan dalam sambutan 23 Tahun Baru Cina di Pekan Sipitang 5.2.1 Adat-adat menyambut Tahun Baru Cina 24-265.2.2 Pantang Larang Yamg Diamalkan Semasa 26-28 Menyambut Tahun Baru Cina.6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN 29-30RUJUKAN 31LAMPIRAN 32Borang Soal Selidik 33-36Temubual 37Pemerhatian 38

SENARAI PETA

No. Peta Halaman 1 14

SENARAI RAJAH

No. Rajah Halaman 1 18 2 19 3 20 4 21 5 22 6 25

PENGHARGAAN

Pertama sekali , saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua , Tuan Haji Mahammad bin Haji Abdullah kerana membenarkan saya untuk menjalankan kerja kursus ini . Seterusnya , jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada Guru Mata Pelajaran Pengajian Am ( STPM 900 ) saya Puan Suana kerana telah banyak membantu serta membimbing kami sepanjang proses kami melakukan kejian sehinggalah kami berjaya menyiapkan projek ini . Terima kasih juga kepada semua guru-guru tingkatan 6 yang banyak membantu serta memberi kerjasama. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang banyak membantu saya dari segi kewangan serta memberi sokongan yang padu kepada saya . Selain itu , terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu sepanjang proses kajian. Di samping itu , terima kasih juga saya ucapkan kepada semua responden yang telah memberi kerjasama kepada saya . Akhir sekali , saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat tidak kira secara langsung atau tidak langsung.

1.0 PENGENALAN Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama Nian membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam. Selepas makan malam, kira-kira pukul 12.00 malam semua ahli keluarga akan bersembahyang di tokong atau rumah masing-masing untuk ucapan selamat kepada Tuhan . Sembahyang juga dilakukan pada waktu pagi hari. Bagi yang beragama Buddha atau Taoist akan melakukan sembahyang pada malam sebelum tahun baru bagi mengundang Dewa Kekayaan. Kemudian pada hari kedua tahun baru Cina, upacara sembahyang perlu dilakukan sekali lagi, bagi menandakan pembukaan tahun baru. Walaupun kehidupan kini yang serba moden, adat resam ini masih dikekalkan dan tetap diamalkan sehingga kini. Malah, kebanyakan remaja Cina masih mempercayai dan mengamalkan adat berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman. Antara yang masih dipertahankan ialah pantang larang ketika sambutan perayaan terbabit iaitu tidak boleh menyapu rumah pada hari pertama sambutan kerana menganggap ia boleh membuang segala keuntungan yang ada. Loi Bee Theng, 23, berkata, sama seperti masyarakat lain, kaum Cina juga menyambut kedatangan tahun baru dengan meriah yang diyakini dapat memberikan lebih kemakmuran dan kekayaan kepada mereka. Katanya, mereka akan pastikan tidak akan melakukan perkara yang boleh merosakkan pembawaan keuntungan dalam kehidupan untuk satu tahun mendatang. Menurutnya, walau sesibuk manapun individu terbabit dengan pelajaran, kerjaya, perniagaan ataupun urusan seharian mereka, sambutan acara ini tidak boleh dilepaskan."Kita perlu pulang ke kampung berjumpa sanak-saudara memandangkan sesetengah orang mungkin hanya dapat berjumpa keluarga mereka setahun sekali."Ia adalah perkara wajib yang perlu dilakukan bagi menunjukkan tanda terima kasih kepada keluarga seluruhnya," katanya. Cindy Lee Ker Sinpula menjelaskan kewujudan pantang-larang adalah untuk membimbing perlakuan supaya tidak termasuk dalam kategori

10

sesuatu yang tidak boleh diterima pakai tetapi bagi mereka yang mengamalkannya, ia membantu dalam menjadikan kehidupan lebih bermakna.Baginya sendiri, perayaan, adat resam dan pantang-larang yang diperturunkan tidak boleh dipandang ringan kerana ia menjadikan siapa diri seseorang itu hari ini. Malaysia sebuah Negara majmuk, penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan budaya, bahasa dan agama yang berlainan. Oleh itu, wujudlah perayaan yang disambut oleh penduduk Malaysia pada sepanjang tahun. Baru-baru ini, Tahun Baru Cina yang dikatakan sebagai perayaan utama bagi kaum Cina telahdisambut dengan meriah sekali/ secara umumnya, corak sambutan Tahun Baru Cina setiap tahun mungkin sama. Ada perarakan , pembakaran dan tarian singa. Tujuan pengkaji memilih isu di lokasi Pekan Sipitang kerana masih wujud amalan-amalan adat resam dan pantang larang dalam masyarakat setempat. Pada peringkat awal, pengkaji mendapati bahawa wujud ketidakfahaman tentang amalan dan pantang larang tersebut. Selain itu , pengamalan pantang larang akan berterusan jika mengetahui kesannya. Pantang larang ini melibatkan tatacara yang merumitkan. Hal ini kerana wujud banyak pantang larang yang tidak harus dilakukan seperti percakapan, ibu bapa akan melarang anak mereka bercakap kata-kata yang tidak baik semasa Tahun Baru Cina. Lebih-lebih lagi jika ada barang yang pecah, mereka mesti mengucapkan sui sui ping an supaya dapat mengelakkan berlakunya perkara yang tidak baik sepanjang tahun. Walaupun zaman berubah, perayaan Tahun Baru Cina akan terus disambut selama-lamanya. Ini kerana perayaan ini adalah paling penting dan menggembirakan bagi kaum cina.Selain itu , ini adalah peluang bagi ahli keluarga berkumpul dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat 3 objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah berdasarkan kepada objektif yang telah ditetapkan , iaitu

1. Mengenalpasti bentuk-bentuk kepercayaan dalam sambutan Perayaan Tahun Baru Cina oleh masyarakat Cina Sipitang

2. Mengkaji pantang larang dalam kepercayaan sambutan Tahun Baru Cina oleh masyarakat Cina Sipitang

LOKASI KAJIAN

Dalam menbuat kajian , lokasi merupakan salah satu elemen penting yang perlu ada bagi setiap kajian. Kawasan kajian ini berfocus kepada daerah Sipitang, Sabah. Kawasan ini dipilih berdasarkan penduduk di sekitar daerah Sipitang mempunyai ramai yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina. 2.1 Daerah Sipitang Daerah Sipitang terletak di selatan Negeri Sabah, bersempadanan dengan Negeri Sarawak(Lawas) dan Negara Indonesia(Kalimantan). Daerah ini terletak kira-kira 144 kilometer dari ibu kota Sabah, Kota Kinabalu. Sipitang juga merupakan laluan utama dari Negara Brunei, melalui jalan darat dan laut serta laluan ke Wilayah Persekutuan Labuan. Sipitang terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu, Sindumin, Mesapol dan Melaman.Daerah Sipitang merupakan kawasan parlimen yang terletak di bahagian pedalaman, Sabah, Malaysia. Jumlah penduduk di daerah Sipitang dianggarkan seramai 12,076 pada tahun 1980, 24,349 pada tahun 1991 dan dijangka akan meningkat kepada 60,000 pada tahun 2015. Sipitang adalah pecan negeri Sabah yang paling dekat dengan sempadan Sabah-Sawarak. Sejarah sebelum tahun 1884, Sipitang adalah dibawah naungan kesultanan Brunei. Pada 5 November 1884, Sultan Brunei menyerahkan kawasan jajahannya dari Sipitang ke Kuala Penyu kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara(SBBU). Penyerahan ini berikutan daripada sogokan yang diberikan oleh gabenor SBBU, Treacher, kepada pihak sultan. Pada 7 September 1901 pula, Sultan Brunei menyerahkan kawasan Sipitang dari Sungai Sipitang sehingga ke Sungai Trusan kepada SBBU. Sehubungan dengan itu,SBBU memperoleh kawasan Megalong dan Merimtaman di Sipitang pada 12 September 1901. Pemberian ini diperoleh daripada geran yang diberikan oleh Panglima Tengah Damit ibni al-Marhum Pangiran Anak Bongsu. Kawasan-kawasan tersebut diperoleh secara berasingan kerana kawasan sebegitu adalah hak milik persendirian pangiran-pangiran(putera-puteri) melalui hak tulin mereka, maka tidak terletak di bawah kuasa Sultan. Sungai Sipitang menandakan sempadan British Borneo Utara dan kesultanan Brunei sehingga tahun 1900. Pada

tahun 1901, iaitu setelah SBBU memperoleh tanah dari Sungai Sipitang ke Sungai Trusan, pejabat pentadbiran ditubuhkan di Sipitang dan kawasan tersebut di letakkan di bawah nama Province Clarke. Daerah ini dinamakan sempadan Sir Andrew Clarke. Matlamat penubuhan pejabat adalah untuk mengembangkan kawasan jajahan SBBU. Walau bagaimanapun, keadaan politik pada tahun-tahun berikutnya menyebabkan SBBU menjual kembali beberapa kawasan berdekatan dengan Sungai Trusan, dan sempadan Borneo utara menyusut ke Megalong (Sindumin). Pada masa ini, daerah Sipitang barada di bawah pentadbiran negeri Sabah iaitu, salah satu negeri yang terdapat di Malaysia selepas penyertaan negeri Sabah dalam Persekutuan Tanah Melayu pada 16 September 1963. Kini, Sipitang telah berkembang pesat lantaran pelbagai aktiviti telah Berjaya dilaksanakan di daerah ini.

Peta 1 : Peta Daerah Sipitang

3.0 KAEDAH KAJIANAntara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah menghubungkaitkan persoalan atau objektif kajian dengan hasil kajian. Rekan bentuk kajian dalam penyelidikan ini adalah menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kaedah persampelan digunakan kerana proses untuk mendapatkan maklummat adalah tepat dan mudah serta relevan dengan objektif yang telah ditetapkan. Kaedah ini menggunakan instrument borong soal selidik kerana lebih mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada responden ( Marson et.al 1998 )

4.1 PERSAMPELANKajian ini menggunakan persemoelan bukan probabiliti iaitu teknik persempelan yang bertujuan untuk menjawap objektif yang diutara oleh pengkaji . Seramai 25 orang responden telah dipilih untuk menjawap borang soal selidik ini yang terdiri daripada penduduk tempatan . Saiz sampel ini dikatakan releven menurut Bailey ( 1984 ) , iaitu lebih kurang 30 kes merupakan saiz minimum bagi kajian yang memerlukan analisis data perangkaan. Pemilihan responden adalah berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk menjawap boring soal selidik . Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan responden adalah , mereka seharusnya merupakan penduduk tempatan yang tinggal dalam kawasan kajian. Hal ini demikian kerana, kajian adalah berfocus kepada penduduk yang menyambut Perayaan Tahun Baru Cina di kawasan tersebut. 4.2 PENGUMPULAN DATAPengumpulan data yang digunakan adalah menggunakan borang soal selidik , temu bual dan pemerhatian. Soalan kaji selidik telah dibentuk untuk mendapat bentuk-bentuk kepercayaan dan pantang larang dalam sambutan Tahun Baru Cina di Pekan Sipitang .4.2.1 Data Sekunder Data sekunder diperoleh dari Perpustakaan Negeri Sabah cawagan Sipitang . Data-data penting termasuk buku , majalah , keratin akhbar jurnal-jurnal dan bahan ilmiah yang lain . Selain itu , peta dan gambar-gambar diperolehi daripada internet melalui laman web Pejabat Daerah Sipitang , laman web google dan sebagainya.

4.2.2 Data Primer Kaedah soal selidik dan temubual bersemuka dilakukan dengan penduduk tempatan. Selain itu, kaedah pemerhatian turut digunakan untuk meninjau keadaan kawasan kajian iaitu Pekan Sipitang A) Pemerhatian Kaedah pemerhatian merupakan suatu alternative dalam pengumpulan data dan maklumat. Pemerhatian memerlukan pengkaji memerhati sendiri keadaan di kawasan kajian supaya pengkaji lebih memahami situasi sebenar yang berlaku di kawasan tersebut. Pemerhatian merupakan salah satu kaedah yang telah saya gunakan dalam melakukan kajian tentang bentuk-bentuk kepercayaan dalam sambutan Tahun Baru Cina di Pekan Sipitang. Pemerhatian telah saya jalankan pada 19 haribulan 2 , 20 haribulan 2 dan 5 haribulan 3. Pemerhatian saya bermula pada pukul 7 pagi dan berakhir pada 12 malam . Pemerhatian yang telah jalankan meliputi semua adat resam dan pantang larang yang berlaku di kawasan Pekan Sipitang. Melalui kaedah ini saya dapat perhatikan bahawa penduduk setempat tidak melanggar pantang larang itu . Selain itu , pantang larang ini juga dilanggar oleh sebilangan penduduk kerana secara tidak sengaja . Di samping itu , saya juga membuat pemerhatian yang berkaitan dengan penduduk tempatan terhadap percakapan mereka pada hari perayaan tersebut. Malahan, penduduk tempatan mengamalkan adat resam iaitu memberi limau dan angpao kepada kanak-kanak dan remaja . a) Temu Bual Temu bual merupakan sesuatu kaedah yang berkesan untuk mendapatkan maklumat yang lebih teliti dan tepat daripada responden kerana penyelidik boleh menerangkan secara terperinci kepada responden tentang maksud perkataan-perkataan dan soalan-soalan yang dikemukakan. Dalam melakukan kajian saya telah menemubual beberapa orang penduduk tempatan yang tinggal di sekitar Pekan Sipitang. Kebanyakan penduduk yang telah saya temubual menyatakan sangat menyukakan aktiviti semasa perayaan Tahun Baru Cina. Saya telah gunakan perakam suara sebagai instrument dalam kaedah temu bual yang saya jalankan. Hal ini bagi memastikan temu bual yang saya jalankan lebih berkesan dan proses komunikasi berjalan dengan lancar.

b) Soal SelidikKaedah soal selidik merupakan kaedah utama kerana pengumpulan data berdasarkan soal selidik membolehkan saya untuk mengumpulkan data dengan lebih tepat. Saya telah mengedarkan boring soal selidik kepada penduduk sekitar Pekan Sipitang. Mereka telah memberikan kerjasama yang sebaiknya dalam usaha untuk menjalankan kajian ini. Borang selidik saya diberikan secara rawak kepada responden yang terdiri daripada penduduk Pekan Sipitang. Responden saya terdiri daripada pelajar sekolah , pekerja kerajaan, swasta , suri rumah dan pesara. Borang ini telah saya edarkan kepada responden kepada responden yang mempunyai masa lapang dan sudi untuk bekerjasama.

4.3 TEKNIK PENGANALISAAN DATA Data telah dianalisis menggunakan kaedah deskriptif iaitu dalam bentuk peratusan, min dan kekerapan. Analisis dapat dilakukan berdasarkan soal selidik yang telah diedarkan kepada beberapa orang responden. Data yang telah dianalisis dipersembahkan dalam bentuk jadual dan juga graf.

4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGANBahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil dapatan kajian yang telah dilakukan daripada boring soal selidik yang telah diisi oleh responden. Data yang telah diperoleh diproses dan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf untuk mendapatkan peratusan dan purata.

4.1 Demografi RespondenSeramai 25 orang responden yang terdiri daripada penduduk Pekan Sipitang telah diberikan borang soal selidik untuk diisi. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek umur, jantina, pekerjaan dan bangsa

4.1.1 Jantina

Rajah 1 : Jantina Responden

Sumber : Lapangan Kajian, 2015

Dapatan kajian menunjukkan daripada 25 orang responden, seramai 12 orang terdiri daripada lelaki iaitu sebanyak 48 peratus, manakala bakinya seramai13orang iaitu sebanyak 52 peratus merupakan responden perempuan. Tidak dapat perbezakan jurang yang besar dalam pemilihan jantina responden. Hal ini dapat ditunjunkkan berdasarkan rajah 1.

4.1.2 Umur

Rajah 2 : Umur respondenSumber : Lapangan Kajian, 2015

Berdasarkan hasil kajian, daripada 25 responden, seramai 11 orang merupakan responden yang berumur 13 hingga 19 tahun iaitu sebanyak 44 peratus. Responden yang berumur 20 hingga 29 tahun pula seramai 8 orang iaitu sebanyak 32 peratus, manakala responden yang berumur 30 hingga 39 dan 40 hingga 49 pula seramai 2 orang iaitu sebanyak 8 peratus. Akhir sekali, responden yang berumur 50 hingga 59 dan 60 hingga 69 hanya seramai 1 orang iaitu sebanyak 4 peratus. Peringkat yang berbeza umur membolehkan saya mendapatkan pendapat dan pandangan yang berbeza untuk kajian ini.

5.1.3 Pekerjaan

Rajah 3 : PekerjaanSumber : Lapangan kajian, 2015

Kebanyakan responden terdiri daripada pelajar iaitu seramai 12 orang ( 48% ) daripada 25 orang responden. Bagi responden yang bekerja sendiri adalah seramai 7 orang iaitu sebanyak 28 peratus. Selain itu ,tidak menpunyai responden yang pencen iaitu 0 peratus. Selebihnya merupakan responden yang bekerja kerajaan , swasta dan suri rumah terdiri daripada 2 orang iaitu 8 peratus. Data ini ditunjukkan dalam rajah 3.

5.1.4 Bangsa

Rajah 4 : BangsaSumber : Lapangan kajian, 2015

Berdasarkan hasil kajian menunjukkan responden yang paling ramai iaitu sebanyak 17 orang bangsa Cina iaitu 68 peratus . Selain itu , diikuti oleh responden yang berbangsa Melayu pula seramai 6 orang iaitu sebanyak 24 peratus. Manakala tidak mempunyai responden yang bangsa India. Akhir sekali , responden yang bangsa lain-lain iaitu Sino-native dan Bajau terdiri daripada 2 orang sebanyak 8 peratus.

5.2 ANALISI BENTUK-BENTUK KEPERCAYAAN DALAM SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA DI PEKAN SIPITANGKajian yang telah saya jalankan adalah berfocus kepada bentuk-bentuk kepercayaan di Pekan Sipitang. Melalui kajian yang telah saya lakukan saya telah mendapat beberapa hasil kajian dan analisis mengenai adat resam dan pantang larang serta kesannya. Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan , sambutan Tahun Baru Cina dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu adat-adat menyambut Tahun Baru Cina dan pantang larang.5.2.1 Adat-adat menyambut Tahun Baru Cina Adat-adat menyambut Tahun Baru Cina sangat penting semasa perayaan diraiikan kepada semua orang yang menyambutnya. Hal ini kerana, Perayaan Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang terbesar bagi orang cina dan mengetahui tentang adat-adat Tahun Baru Cina.ADAT-ADATSetujuTidak SetujuJumlah

Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang sangat menyoronokkan25025

Membeli baju baru adalah tradisi perayaan Tahun Baru Cina101525

Tarian singa dan naga merupakan tarian yang wajib 21425

Pemberian limau Mandarin23225

Kuih bakul bukanlah kemestian121325

Remaja harus memakai baju tradisional sahaja12425

Jamuan petemuan semula keluarga 25025

Ikan dan ayam merupakan makanan kegemaran 101525

Memberi angpao kepada golongan kanak-kanak dan remaja bukanlah satu kewajiban131225

Rajah 5 : Adat-adat menyambut Tahun Baru CinaSumber : Lapangan Kajian, 2015

Perayaan Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang menyoronokkan dapat meriahkan suasana semasa sambutan perayaan. Perayaan meriah dapat dikunjung oleh orang ramai tanpa mengira bangsa dan agama. Melalui aktiviti ini kita boleh memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat seperti mana sarnan perdana menteri kita untuk bersama-sama menyokong gagasan 1 Malaysia. Berdasar rajah 5, sebanyak 100 peratus iaitu seramai 25 orang responden bersetuju bahawa perayaan Tahun Baru Cina di Pekan Sipitang sangat menyoronokkan. Mereka menyatakan bahawa aktiviti yang paling menyoronokkan ialah dapat berjumpa dengan kawan dan saudara mara. Selain itu, membeli baju baharu adalah tradisi perayaan Tahun Baru Cina kerana masyarakat cina percaya bahawa pada permulaan tahun baru perlu membeli baju baru yang berwarna merah sahaja. Seramai 10 orang responden bersamaan 40 peratus menyatakan setuju dengan membeli baju baru berwarna merah. . Bagi yang menyatakan tidak setuju seramai 15 orang responden bersamaan 60 peratus. Kajian ini menunjukkan bahawa baju baru yang dibeli tidak semestinya berwarna merah sahaja tetapi tidak boleh berwarna gelap seperti itam. Di samping itu, tarian singa dan naga merupakan tarian yang dapat disaksikan pada hari Tahun Baru Cina. Tarian singa dan naga perlu diamalkan agar generasi akan datang dapat menyaksikan Tarian ini dapat dikekalkan dari turun temurun. Berdasarkan hasil kajian,seramai 21 orang responden berpendapatan bahawa tarian singa dan naga merupakan tarian yang wajib semasa perayaan. Nilai ini menyumbang sebanyak 84 peratus .Walaubagaimanapun , terdapat sebilangan responden berpendapatan bahawa tidak setuju dengan tarian singa dan naga bukanlah kewajipan bagi mereka iaitu 4 orang responden bersamaan 16 peratus. Dengan pada itu, sebanyak 92 peratus iaitu 23 orang responden bersetuju dengan member limau Mandarin yang berbunyi dalam bahasa Mandarin sama dengan Emas. Ini bermakna memberi limau kepada orang bermaksud menghadiahkan emas kepada orang yang menerima. Namum begitu, terdapat juga sebilangan responden yang tidak setuju dengan pemberian limau Mandarin kepada orang lain iaitu sebanyak 0.8 peratus yang bersamaan 2 orang responden. Hal ini menunjukkan bahawa pemberian limau Mandarin tidak semestinya diberikan kepada orang .

Malahan, kuih bakul bukanlah kemestian semasa perayaan Tahun Baru Cina. Kuih bakul digunakan semasa penyembahan kepada dewa-dewa . maka kuih bakul menjadi kemestian kerana ia menanfakan semakin tinggi sama ada akan naik pangkat, tambah pendapat dan sebagainya. Responden yang menyatakan setuju dengan kuih bakul bukan satu kemestian sebanyak 12 orang resonden bersamaan 48 peratus. Selebihnya, iaitu seramai 13 orang responden bersamaan 52 peratus tidak setuju bahawa kuih bakul bukan satu kemestian semasa perayaan Tahun Baru Cina. Hal ini demikian kerana sebilangan yang beragama Buddha menggunakan kuih bakul untuk menyembah tuhan mereka. Remaja harus memakai baju tradisional sahaja hanya 1 orang responden yang menyatakan setuju iaitu 4 peratus. Selain itu , responden yang berpendapatan remaja tidak semestinya hanya boleh memakai baju tradisional seramai 24 orang responden bersamaan 96 peratus.Sungguhpun kini kebanyakan remaja tidak lagi memakai pakaian tradisional seperti dulu , ini tidak bermakna segala tradisi turut dilupakan. Pakaian mereka masih mengenakan pakaian warna merah dan mengelakkan baju warna itam kerana beranggapan ketika mennyambut sesuatu perayaan, kita perlu kelihatan ceria. Warna hitam akan membawa buruk bagi orang cina. Jamuan pertemuan semula keluarga ( tuanyuan fan ) diadakan pada malam sebelum menjelang Tahun Baru Cina adalah wajib. Ini kerana hanya setahun sekali akan makan bersama-sama ahli keluarga. Semua responden setuju dengan jamuan pertemuan semula keluar iaitu sebanyak 25 orang responden bersamaan dengan 100 peratus. Ini disebabkan dengan ahli keluarga yang bekerja di luar Negara sukar untuk kembali ke Negara sendiri kerana tidak mempunyai masa maka melalui perayaan seperti perayaan Tahun Baru Cina mereka dapat bertemu semula. Tambahan lagi, ikan dan ayam merupakan makanan kegemaran samasa meraihkan Tahun Baru Cina . Ikan dalam bahasa cina bermaksud nian nian you yu iaitu setiap tahun mempunyai lebihan. Penyataan setuju sebanyak 10 orang respoonden iaitu 40 peratus. Bagi yang menyatakan tidak setuju sebanyak 15 orang responden iaitu 60 peratus. Melalui kajian saya , mununjukkan ramai orang yang lebih sukan makan ikan berbanding ayam. Akhir sekali , memberi angpao kepada golongan kanak-kanak dan remaja bukanlah satu kewajiban. angpao ialah satu bukusan yang berwarna merah dan isinya mempunyai duit tanpa mengira jumlahnya. Pemberian angpao bermaksud memberi tuah baik kepada kanak-kanak dan remaja. Terdapat beberapa orang yang menyatakan bahawa pemberian

angpao bukan satu kewajiban iaitu 13 orang responden bersamaan 52 peratus. Sebanyak 48 peratus menyatakan tidak setuju dengan tidak memberi angpao kepada kanak-kanak dan remaja iaitu seramai 12 orang responden. 5.2.2 Pantang Larang Yamg Diamalkan Semasa Menyambut Tahun Baru Cina. Semasa menyambut Tahun Baru Cina , pantang larang sangat penting kerana jika tidak mengetahui pantang larang sama ada baik atau buruk akan membawa kesan kepada mereka yang menyambutnya. Kewujudan patang larang boleh dikatakan adalah untuk membimbing perlakuan supaya tidak termasuk dalam kategori masyarakat tidak beradab. Pantang-larangSetujuTidak SetujuJumlah

Mencuci rambut17825

Membuka tingkap dan pintu22325

Memecahkan barang kacaan20525

Menyapu lantai23225

Mencuci baju111425

Menjalankan upacara shou sui141125

Meminjam duit02525

Memangil orang yang masih tidur52025

Rajah 6 : Pantang larang Sumber : Lapangan Kajian, 2015

Rajah 6 : Pantang LarangSumber: Soal selidik

Antara pantang larang ialah mencuci rambut bermaksud mencuci keluar kekayaan. Berdasarkan rajah, sebanyak 68 peratus iaitu seramai 17 orang responden bersetuju bahawa jika mencuci rambut semasa perayaan maka kekayaan akan keluar juga. Sebanyak 32 peratus daripada 25 orang responden tidak bersetuju bahawa jika mencuci rambut akan mencuci keluar kekayaan. Selain itu, membuka pintu dan tingkap pada hari sambutan perayaan Tahun Baru Cina adalah untuk menjemput masuk tuah atau Tuhan Kekayaan. Sebanyak 22 orang responden bersamaan 88 peratus. Mereka menyatakan bahawa jika menutup pintu dan 26tingkap maka Tuhan Kekayaan tidak dapat masuk. Malah, sebilangan responden tidak bersetuju sebanyak 3 orang bersamaan 12 peratus. Mereka berpendapatan bahawa tuah akan datang sendiri walaupun pintu dan tingkap ditutup. Di samping itu, memecahkan barangan kacaan seperti pingan dan gelas akanakan menyebabkan bencana berlakudan rezeki keluarga tidak stabil. Tetapi jika barang kacaan pecah tetapi masih juga dapat mengubah nasib iaitu berkata-kata baik contohnya sui sui ping an bermaksud aman damai setiap taahun .Sebanyak 20 responden iaitu 80 peratus setuju dengan tidak boleh memecahkan barang kacaan. Hanya seramai 5 orang responden, iaitu sebanyak 20 peratus yang mengatakan tidak setuju dengan memecahkan barang kacaan akan membawa tuah buruk. Berdasarkan temubual yang dijalankan , sesetengah orang secara tidak sengaja akan memecahkan barang meskipun bukan pada hari perayaan. Malahan , menyapu lantai adalah padahari pertama akan menyebabkan kehilangan kekayaan dan tuah baik sepanjang tahun kerana penyapu dalam bahasa mandarin ialah Shao Zhou yang membawa maksud kekayaan keluarga akan disapu keluar. Bagi yang menyatakan setuju berjumlah 23 orang responden bersamaan 92 peratus. Bilangan yang tidak setuju seramai 2 orang responden bersamaan 8 peratus. Meraka menyatakan lantai sangat kotor jika tidak disapu dan tidak sopan kepada kawan-kawan yang dijemput ke rumah. Seterusnya, memcuci baju pada hari perayaan Tahun Baru Cina adalah mencuci keluar kekayaan. Memcuci baju pada hari Tahun Baru Cina maksudnya sama dengan menyapu lantai iaitu akan menyebabkan kehilangan kekayaan dan tuah baik sepanjang tahun. Bilangan penyataan yang setuju ialah 11 orang responden bersamaan 44 peratus. Bagi penyataan tidak setuju ialah 14 orang responden bersamaan 56 peratus. Tambahan lagi, upacara shou sui atau berjaga malamberlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada malam selepas makan malam dan mengenangkan tahun yang telah berlaku sementara menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou sui akan memanjangkan usia ibu bapa. Sebanyak 14 orang responden setuju dengan upacara shou sui iaitu 56 peratus. Selain itu, sebanyak 11 orang responden tidak setuju iaitu bersamaan 44 peratus. Berdasarkan kajian saya , ramai responden mengatakan mereka tidak dapat tidur lewat sampai hari pagi esok.

Dalam pada itu, meminjam duit daripada orang lain dapat menambah kekayaan . bilangan yang setuju tidak diketahui iaitu 0 peratus. Bilangan yang tidak setuju pula iaitu 100 peratus sebanyak 25 orang responden . Mereka mangatakan bahawa tidak setuju kerana meminjam duit daripada orang lain semasa hari perayaan Tahun Baru Cina akan menyebabkan orang yang meminjamkan duit mereka menjadi sikit. Ini bermaksud mereka akan kekurangan duit pada hari Tahun Baru Cina dan kekayaan berkurangan. Akhir sekali, tidak boleh memangil orang yang masih tidur untuk menyambut Perayaan Tahun Baru Cina. Orang yang masih tidur tidak boleh memangil namanya kerana mereka yang masih tidur akan menjadi malas sepanjang tahun. Mereka akan disuruh untuk melakukan sesuatu perkara. Sebanyak 5 orang responden setuju dengan penyataan tersebut bersamaan 20 peratus. Selebihnya 20 orang responden tidak setuju dengan penyataan tersebut bersamaan 80 peratus. Mereka tidak bersetuju kerana mereka yang menyambut Tahun Baru Cina akan lambat bangun dan kebanyakan remaja kini lewat tidur dan lambat bangun. Jika tidak memangil mereka , mereka mungkin akan tidur sampai jam 11 pagi atau lebih.

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULANKajian bertujuan mengenalpasti bentuk-bentuk kepercayaan dalam sambutan Tahun Baru Cina di kawasan Pekan Sipitang, serta mengkaji pantang larang dan kesannya dalam kepercayaan sambutan Tahun Baru Cina. Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut oleh penduduk di Pekan Sipitang .Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Perayaan Tahun Baru Cina mempunyai daya tarikannya tersendiri contohnya tarian singa dan naga. Pengkaji telah menjalakan kajian ke atas 25 orang responden berbeza jantina, umur, bangsa dan pekerjaan. Data mentah telah diperolehi daripada kajian ini dinalisa oleh pengkaji sendiri. Analisa kajian ini dilakukan secara deskriptif dengan mengambil kira kekerapan dan peratusan. Dapatan hasil kajian mendapati bahawa tahap keseronokkan perayaan Tahun Baru Cina di daerah Sipitang ini berada dalam keadaan yang memuaskan. Hal ini demikian kerana, bangsa lain akan dijemput untuk bersama-sama menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Mereka akan mengetahui keseronokkan semasa perayaan kerana boleh mendapat

menyaksikan tarian singa, tarian naga , mendapat buah limau Mandarin dan mendapat angpau. Namun bagi sesetengah golongan seperti golongan remaja dan kanak-kanak mereka berasa seronok ketika dapat menyambut perayaan Tahun Baru Cina bersama-sama rakan dan saudara mara. Malah, mereka akan mendapat angpau dari saudara maranya dan keluarga kawan mereka. Bagi pantang larang semasa perayaan Tahun Baru Cina di kawasan ini, percakapan , pergerakan dan permakanan menjadi titikberat daripada penduduk. Kebanyakan penduduk berasa pada hari perayaan Tahun Baru Cina tidak boleh mencuci rambut dan mencuci baju agak musnasabah. Hal ini demikian kerana, kebersihan tubuh badan sangat penting bagi mereka. Begitu juga dengan pakaian yang berbau busuk. Menyapu lantai pada hari pertama perayaan Tahun Baru Cina tidak dibantah oleh penduduk kerana mereka takut menyapu keluar tuah baik atau kekayaan mereka. untuk menjemput masuk tuah atau Dewa Kekayaan. Mereka berpendapatan bahawa tuah akan datang sendiri walaupun pintu dan tingkap ditutup. Malahan, memecahkan barangan kacaan seperti pingan dan gelas akan menyebabkan bencana berlakudan rezeki keluarga tidak stabil. Tetapi jika barang kacaan pecah tetapi masih juga dapat mengubah nasib iaitu berkata-kata baik contohnya sui sui ping an Selain itu,upacara shou sui atau berjaga malam berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada malam selepas makan malam dan mengenangkan tahun yang telah berlaku sementara menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou sui akan memanjangkan usia ibu bapa. Di daerah Sipitang, remaja dan kanak-kanak akan tidur sebelum jam 11 malam. Maka mereka agak susah untuk menjalankan upacara Shou sui. tidak boleh memangil orang yang masih tidur untuk menyambut Perayaan Tahun Baru Cina. Orang yang masih tidur tidak boleh memangil namanya kerana mereka yang masih tidur akan menjadi malas sepanjang tahun dan mereka akan disuruh membuat sesuatu perkara malah tidak pandai bertindak sendiri. Kesimpulannya, sekiranya amalan adat-adat dan pantang larang di kawasan ini dapat dikekalkan ,bukan sahaja golongan remaja dan kanak-kanak mendapat manfaat, malah juga golongan orang tua dapat layanan yang baik dari anak-anak dan cucu mereka. Hal ini demikian kerana, golongan remaja dan kanak-kanak mengetahui kewujudan adat dan pantang larang semasa perayaan Tahun Baru Cina. Hal ini sekali gus dapat memupuk nilai-nilai murni dalam minda mereka dan tidak melakukan kesalahan yang tidak patut dilakukan.

RUJUKAN1. Karya PenulisOleh seorang penulis Ann Wan Seng, 1996, Perayaan Orang Cina, Shah Alam, Penerbit Fajar Bakti

Ann Wan Seng, 1994, Adat dan Pantang Larang Orang Cina, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti

2. Bahan Internet

Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Sipitanghttp://www.sabah.gov.my Laman Facebook Sipitanghttp://www.facebook.com/Sipitang Adat resam dan pantang larang Tahun Baru Cinawww.astroawani.com ( Jan 31, 2014 ) Anizyn.blogspots.com

3. Kamus dan Ensaiklopedia

Maksud adat , Kamus Dwibahasa , halaman 616

4. Wawancara Bahan rakaman Wawancara secara rakaman antara penduduk tempatan , pada jam 2 petang , 20 February 2015

LAMPIRAN

Pemberian Angpao Limau Mandarin Tarian SingaSumber : Kajian Lapangan , 2015

BORANG SOAL SELIDIKBAHAGIAN A : MAKLUMAT DIRI RESPONDEN1. UMUR : 13 - 19 tahun 40 - 49 tahun 20 - 29 tahun 50 - 59 tahun 30 - 39 tahun 60 - 69 tahun 2. Jantina : Lelaki Perempuan

3. Pekerjaan : Berkerja sendiri Suri rumah Kerajaan Pencen Swasta Pelajar 4. Bangsa : Melayu Cina India Lain-lain __________________ ( sila nyatakan )

Bahagian B : Adat-adat menyambut Tahun Baru Cina Dalam Kalangan Masyarakat di Pekan Sipitang.

Sila tanda ( / ) dalam petak berkenaanNo.PerkaraSetujuTidak setuju

1.Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang sangat menyeronokkan dan mempunyai makna tersendiri?

2.Pembelian baju baru adalah tradisi perayaan Tahun Baru Cina kerana masyarakat Cina percaya, pada permulaan tahun perlu membeli baju baru berwarna merah sahaja.

3.Pada hari sambutan perayaan Tahun Baru Cina haruslah membuka pintu dan tingkap untuk menjemput masuk tuah.

4.Pemberian limau Mandarin yang bunyinya dalam bahasa Mandarin sama dengan emas.

5.Adakah memecahkan barang contohnya pingan atau gelas atau kacaan membawa tuah buruk ?

6.Kuih bakul bukanlah kemestian semasa perayaan Tahun Baru Cina.

7.Remaja haruslah memakai baju tradisional sahaja.

8.Jamuan pertemuan semula keluarga (tunyun fn) diadakan pada malam sebelum menjelang Tahun Baru Cina adalah wajib

9.Ikan dan ayam merupakan makanan kegemaran anda semasa menyambut Tahun Baru

10.Pemberian ang pao kepada golongan kanak-kanak dan remaja bukanlah satu kewajipan.

Bahagian C : Pantang Larang Yamg Diamalkan Semasa Menyambut Tahun Baru Cina. Bagi setiap item, sila bulatkan dalam petak berkenaan.1. Pantang larang ini merumitkan ?=Ya / Tidak

2. Tarian singa dan naga merupakan amalan yang wajib ?=Ya / Tidak

3. Sayur Shan Choy boleh dimakan walaupun tidak ia segar ?=Ya / Tidak

4. Kuih bakul ( nian gao ) wajib diberi ketika melawat keluarga dan sahabat rapat ?=Ya / Tidak

5. Apabila pecahkan barang seperti cawan haruslah berkata-kata baik?=Ya / Tidak

6. Adakah menyapu pada hari sambutan Tahun Baru Cina menbuang tuah ?=Ya / Tidak

7. Semua ahli akan berjaga malam dan menjalankan upacara Shou sui selepas makan malam .=Ya / Tidak

8. Adakah meminjam duit daripada orang lain dapat menambah kekayaan ?=Ya / Tidak

9. Pada hari sambutan perayaan Tahun Baru Cina haruslah membuka pintu dan tingkap untuk menjemput masuk tuah=Ya / Tidak

Bagi Soalan 10 sila nyatakan pendapat anda.10. Pada pendapat anda , apakah aktiviti yang anda suka ketika menyambut Tahun Baru Cina?

BAHAN TEMUBUAL

1. Apakah kesan buruk jika tidak mengikut pantang larang tersebut?Kekayaan atau tuah baik akan hilang

2. Kenapa pantang larang ini harus diikuti ?Supaya dapat mengelakkan daripada nasib buruk sepanjang tahun.

3. Mengapakah anda tidak berasa pantang larang ini tidak amalkan ?Kerana kebanyakan orang cina percaya kepada apa yang berlaku pada hari pertama akan menyebabkan nasib sepanjang tahun tersebut.

4. Apakah kesan baik sekiranya mengikut pantang larang tersebut?Kekayaan atau tuah baik akan datang sepanjang tahun.

5. Bagaimanakah adat ini dapat diamalkan oleh generasi akan datang? Melalui ajaran agama dan didikan ibu bapa.

PEMERHATIANTAJUK : AMALAN ADAT RESAM DI PEKAN SIPITANGObjektif : Mengenalpasti bentuk-bentuk kepercayaan dalam sambutan Tahun Baru CinaLokasi : Pekan SipitangTarikh : 19 / 3 / 2015Masa : Pukul 7 pagi hingga 12 malamObjektif Kajian : Mengkaji adat resam dan pantang larang yang berlaku di kawasan Pekan Sipitang.