pbs pengajian am semester 2

23
SINOPSIS Tajuk kajian saya ialah kepentingan dan kesan perniagaan pasar malam di Bandar Baru Beris Jaya kepada penduduk. Objektif yang digunakan ialah kepentingan perniagaan pasar malam Bandar Baru Beris Jaya kepada penduduk dan kesan yang timbul dari kegiatan tersebut kepada penduduk setempat. Kedua- dua objektif dipilih kerana untuk mengkaji dua aspek tersebut. Selain itu, kajian ini dijalankan di kawasan Bandar Baru Beris Jaya , 08200 Sik , Kedah. Tambahan lagi , kaedah yang digunakan untuk menyiapkan projek ini ialah melalui soal selidik kepada 30 orang responden iaitu 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan melalui pemerhatian , soal selidik dan rujukan. Dalam kajian ini ,saya telah mengenalpasti kepentingan pasar malam Bandar Baru Beris Jaya kepada penduduk sekitar. Dapatan menunjukkan pasar malam ini sangat penting sebagai pusat membeli barangan harian seperti ikan , sayur- sayuran , buah-buahan , pakaian dan sebagainya. Selain itu, dapat dikenal pasti juga kesan penubuhan pasar malam tersebut kepada penduduk seperti pencemaran bunyi , pencemaran sampah sarap dan masalah sosial di kalangan remaja. Secara konklusinya , daripada kerja kursus ini saya telah mengetahui perniagaan pasar malam Bandar Baru Beris Jaya sangat penting dan berguna kepada penduduk sekitar pekan ini.

Upload: eirul-muizz

Post on 17-Jul-2016

126 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Pengajian Am Semester 2

TRANSCRIPT

Page 1: PBS Pengajian Am Semester 2

SINOPSIS

Tajuk kajian saya ialah kepentingan dan kesan perniagaan pasar malam di Bandar

Baru Beris Jaya kepada penduduk. Objektif yang digunakan ialah kepentingan perniagaan

pasar malam Bandar Baru Beris Jaya kepada penduduk dan kesan yang timbul dari kegiatan

tersebut kepada penduduk setempat. Kedua-dua objektif dipilih kerana untuk mengkaji dua 

aspek tersebut. Selain itu, kajian ini dijalankan di kawasan Bandar Baru Beris Jaya , 08200

Sik , Kedah.  Tambahan lagi , kaedah yang digunakan untuk menyiapkan projek ini ialah

melalui soal selidik kepada 30 orang responden iaitu 15 orang lelaki dan 15 orang 

perempuan melalui pemerhatian ,  soal selidik dan  rujukan.  Dalam kajian ini ,saya telah

mengenalpasti kepentingan pasar malam Bandar Baru Beris Jaya kepada penduduk sekitar.

Dapatan menunjukkan pasar malam ini sangat penting sebagai pusat membeli barangan

harian seperti ikan , sayur-sayuran , buah-buahan , pakaian dan sebagainya.  Selain itu, dapat

dikenal pasti juga kesan penubuhan pasar malam tersebut kepada penduduk seperti

pencemaran bunyi , pencemaran sampah sarap dan masalah  sosial di kalangan remaja. 

Secara konklusinya , daripada kerja kursus ini  saya  telah mengetahui perniagaan pasar

malam Bandar Baru Beris Jaya sangat penting dan berguna kepada penduduk sekitar pekan

ini.

ISI KANDUNGAN

Bil                               Kandungan                                                 Halaman

1.                                 1.0       Perhargaaan                                         2

2.                                 2.0       Pengenalan                                          3                     

3.                                 3.0       Objektif kajian                                    4                     

4.                                 4.0       Lokasi kajian                                       5-7                  

5.                                 5.0       Kaedah kajian                                     8-9                  

6.                                 6.0       Dapatan kajian                                    10-21              

Page 2: PBS Pengajian Am Semester 2

7.                                 7.0       Rumusan/kesimpulan                          22-23                          

8.                                 8.0       Rujukan                                               24       

9.                                 9.0       Lampiran                                             25-32              

PENGHARGAANBismillahirahmanirahim,

Sebelum pena melakar kata , sebelum warkah menjadi tinta , terlebih dahulu bersyukur saya

ke hadrat ilahi kerana izin dan limpah kurnia-Nya dapatlah saya menyiapkan kerja kursus ini

dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan dikalungkan kepada pengetua Sekolah

Menengah Kebangsaan Tunku Sulong iaitu Tuan Haji Othman bin Said kerana telah memberi

kebenaran kepada saya ketika menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan

terima kasih kepada cikgu pengajian am iaitu Puan Norlida binti Mat Il dan Puan Zahriah

binti Mat Taha kerana telah banyak memberi dorongan  dan memberi tunjuk ajar kepada saya

untuk menyiapkan kerja kursus ini.  Tanpa tunjuk ajar dan dorongan beliau , sudah pasti

wujud kepincangan di dalam proses penyediaan kerja kursus ini. 

Penghargaan yang tidak terhingga juga diucapkan kepada kedua orang tua saya iaitu Senik

Bin Isa dan Asnah Binti Hj. Noordin yang tidak jemu membakar semangat saya untuk terus

menyiapkan kerja kursus ini.  Segala dorongan dan semangat mereka amatlah dihargai. 

Tidak dilupakan juga kakak dan abang saya yang turut membantu menyiapkan tugasan ini. 

Jasa kalian amat saya hargai.

Seterusnya  ucapan terima kasih  kepada 30 orang responden yang telah berbesar hati

memberi kerjasama dan membenarkan saya membuat kajian dengan  mengisi borang soal

selidik yang telah saya berikan.

Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabat saya iaitu Nur Atikah Binti Mohd Arif ,

Nurafahah Bt Azizan , Fatin Bt Mohd Sofian dan rakan-rakan saya yang lain kerana telah

banyak mambantu dan memberi komen ketika menyiapkan kerja kursus ini. Begitu juga

Page 3: PBS Pengajian Am Semester 2

dengan individu-individu yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Jasa

anda saya sentiasa kenang dan hargai.

PENGENALAN

Bagi melaksanakan tugasan yang diberikan saya telah memilih tema perniagaan.  Pemilihan

tema berdasarkan kepentingan dan kesan perniagaan pasar malam kepada penduduk Bandar

Baru Beris Jaya , 08200 Sik, Kedah.  Tajuk saya ialah kepentingan dan kesan perniagaan

pasar malam kepada penduduk Bandar Baru Beris Jaya ( BBBJ ).

Pasar malam merupakan satu bentuk aktiviti sampingan yang kian popular di kalangan

masyarakat hari ini.  Kewujudan pasar malam memang telah diketahui umum sejak

masyarakat telah mula mengenali aktiviti perdagangan di masa lampau.  Pasar malam juga

dapat didefinisikan sebagai kelompok gerai yang menjual barang-barang makanan keperluan

atau tempat orang berjual beli pada waktu malam.  Perniagaan pasar malam juga ditakrifkan

sebagai aktiviti penjajaan walaupun ianya semi-statik ataupun  bermusim.  Perkataan pasar

malam diambil kerana ianya dijalankan pada waktu sebelah malam.  

Pasar malam di Bandar Baru Beris Jaya beroperasi seawal jam 4.00 petang dan berakhir

hingga 12.00 malam.  Pasar malam hanya dibuka sekali dalam seminggu iaitu hanya pada

hari rabu kerana peniaga berpindah-randah ke kawasan berlainan setiap hari sepanjang

minggu. Ia telah menjadi satu rutin bagi penduduk untuk mendapatkan barangan keperluan

mereka.

Kewujudan pasar malam adalah disebabkan terdapatnya penawaran dan permintaan daripada

pihak peniaga pasar malam yang memberi peluang kepada mereka untuk menambah

pendapatan dan bagi pembeli  pula pasar malam dapat membantu mereka memperolehi

pelbagai keperluan harian dengan harga yang murah.

Antara barang keperluan ialah barangan dapur ( barang kering dan barang basah ) , pakaian ,

buah-buahan , makanan , minuman , dan beberapa barangan lain.  Barangan lain seperti

permainan , perkakasan , buku , baju , dan sebagainya ada dijual.  Ia menarik banyak orang

untuk mengunjunginya kerana harga barangan yang berpatutan.      

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertajuk kepentingan dan kesan perniagaan pasar malam kepada penduduk di

Bandar Baru Beris Jaya .  Untuk memulakan kajian ini beberapa objektif telah dimulakan

Page 4: PBS Pengajian Am Semester 2

terlebih dahulu. Objektif ini diwujudkan supaya pengkaji mempunyai garis panduan untuk

melaksanakan dan mencapai matlamat kajian di akhir kajian nanti. Dengan itu, pengkaji akan

memperoleh dapatan kajian berpandukan objektif yang telah disenaraikan. Berikut adalah

objektif kajian tersebut:   

1.      Mengenal pasti kepentingan pasar malam di Bandar Baru Beris Jaya kepada penduduk.

2.      Mengenal pasti kesan kewujudan pasar malam kepada penduduk.

LOKASI KAJIAN

Sebagai lokasi kajian , saya telah memilih kawasan Bandar Baru Beris Jaya ( BBBJ ) yang

terletak kira-kira 10 kilometer dari Pekan Sik dan 5 kilometer dari Pekan Jeniang.  Bandar

Baru Beris Jaya merupakan sebuah Bandar terancang yang telah didirikan pada sekitar tahun

2002.  Dengan kapasiti kira-kira 600 buah rumah tempat ini juga turut didirikan beberapa

kemudahan asas seperti sekolah , mini stadium , stesen bas , medan selera , klinik , balai polis

,  masjid dan lain-lain lagi .

Lokasi pasar malam mini terletak di tapak stesen bas yang bersebelahan dengan Sekolah

Bandar Baru Beris Jaya , Sik Kedah.  Pasar malam di Bandar Baru Beris Jaya dikunjungi oleh

penduduk Pekan Batu Lima , Sungai Pau , Teloi Tua , dan kebanyakan penduduk yang

tinggal di kampung bersebelahan.

Peta:         

Peta 1 : Peta Daerah Negeri Kedah

Sumber : Laman Portal Negeri Kedah

Page 5: PBS Pengajian Am Semester 2

       

Peta 2 : Kawasan Sik

Sumber : Google Map

       

Peta 4 : Kawasan Bandar Baru Beris Jaya

Sumber : Google Map

     

Peta 4 :  Tapak pasar malam Bandar Baru Beris Jaya

Page 6: PBS Pengajian Am Semester 2

Sumber : Google Map

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan

benar dikawasan kajian saya.  Antara kaedah yang digunakan ialah pemerhatian , soal selidik 

, dan rujukan .

         Pemerhatian

Menurut Kerlinger (1973),  terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori tingkah

laku, unit tingkah laku, pasar tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta

persampelam tingkah laku. Kategori-kategori tesebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku

yang perlu diperhati dan direkodkan.  Lokasi  kerja  kursus  kajian  saya  ialah  Pasar  Malam 

di  Bandar Baru Beris Jaya.  Melalui  pemerhatian  yang  saya  lakukan  adalah  saya  telah 

pergi  melawat   ke  tapak  pasar  malam  bagi  memantau  cara  perniagaan itu  dijalankan 

dan   memahami  aktiviti  perniagaan  runcit  pasar  malam.  Selain itu , saya  melihat dan

mengetahui cara  proses  pembelian berlaku diantara  penjual  dan  pembeli.  Menurut

pemerhatian saya , aktiviti  perniagaan  pasar  malam  ini  berlaku dengan  sistematik 

walaupun  tiada pengkhususan  kerja yang   dijalankan.  Hal ini terbukti  apabila  peniaga-

peniaga  akan membayar  sewa tapak. Ini  jelas  mengambar kan  walaupun  tiada 

pengkhusuhan kerja, para peniaga dapat mematuhi  prosuder  yang  ditetapkan  oleh  pihak

berkuasa.  Saya turut dapat melihat bagaimana  proses  jual beli  di antara  peniaga  dan 

pembeli.  Proses  jual beli  berlaku  seperti  biasa seperti  di kedai- kedai runcit  yang

Page 7: PBS Pengajian Am Semester 2

membezakannya  cuma  peniaga  pasar malam  tidak  menggunkan mesin  pengira wang dan 

resit  pembelian.  Saya telah menjalankan pemerhatian pada setiap hari rabu bermula 23

januari hingga 6 februari.  Saya telah membat pemerhatian pada jam 4.00 petang sehingga

12.00 malam.

         Soal selidik :

Selain itu , saya juga menggunakan kaedah soal selidik kepada penduduk Bandar Baru Beris

Jaya untuk mendapatkan maklumat.  Saya menyediakan soalan untuk diberikan kepada

penduduk yang pergi ke pasar malam bagi memudahkan saya untuk  mengumpul maklumat

dalam kajian ini.  Borang soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A,B dan

C.  Sampel  yang  dipilih  terdiri daripada  30 orang  pelanggan  pasar  malam. Pelbagai 

soalan  telah  diajukan  oleh  saya  melalui  borang  selidik  yang  telah  saya  berikan  untuk 

mendapatkan  responden  dari  pihak  mereka.  Oleh  itu,  mereka  adalah  responden dan 

informan  dalam penyelidikan  kerja kursus saya.  Saya  telah  mendapat  banyak  maklumat 

dari  kaedah  ini.

         Rujukan :

 Antara rujukan yang digunakan  ialah  daripada laman  sesawang , buku rujukan , majalah ,

orang  sumber dan  manual  pelajar  pengajian  am. Hasil daripada rujukan  saya melalui 

laman sesawang (internet) , saya  memperoleh  data-data  dan  maklumat  penting berkaitan 

dengan kerja  kursus  seperti  definisi  pasar  malam ,  sejarah  lokasi  dan mencari  peta

lokasi  kajian.  Melalui buku  ilmiah dan  dan  majalah , saya  memperolehi  serba sedikit

berkaitan  dengan  kajian. Manakala  orang sumber turut menjadi responden sebagai 

pemberi  maklumat. Saya turut  menggunakan  buku  manual  pelajar  pengajian  am untuk 

membantu  saya dalam melaksanakan  kerja  kursus ini  mengikut  prosedur  yang  jelas

dinyatakan. 

         Temu bual :

             

 Seterusnya, saya mengambil  peluang  menemubual  beberapa  orang  peniaga Pasar  Malam

Bandar Baru Baru Beris Jaya bagi mengetahui  proses  aktivti  perniagaan yang  mereka

Page 8: PBS Pengajian Am Semester 2

jalankan.  Terdapat  pelbagai jenis jualan  yang terdapat  disini. Antaranya ialah perniagaan

menjual pakaian , menjual makanan dan  minuman , menjual  aksesori  wanita  dan  lelaki ,

menjual  barangan  dapur  basah  dan  kering  serta  menjual  buah- buahan. Pertemuan  saya

bermula  dengan Mohd Noh  iaitu Jabatan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)

Bandar Baru Beris Jaya yang turut memanfaatkan pasar malam di Bandar Baru Beris Jaya

dengan menolong isterinya menjual makanan seperti laksa , bihun sup dan kuih-muih untuk

menambah pendapatan sampingan.  Ini membuktikan perniagaan pasar malam dapat menjana

pendapatan penduduk dengan cara meniaga di pasar malam

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kaijan dari soal selidik

Melalui kajian ini soal selidik telah diedarkan kepada para responden yang merupakan

pelanggan tetap pasar malam Bandar Baru Beris Jaya untuk mendapatkan maklum balas yang

boleh memenuhi objektif kajian..  Menurut Tuckman (1985), menerusi kaedah ini responden

mudah memberikan kerjasama. Pelbagai maklum balas yang baik diperolehi dari responden

kerana mereka dapat memberi pandangan dan penilaian smengikut kehendak  dari soalan soal

selidik. Melalui kajian ini.soal selidik merupakan insrtumen oleh penyelidik dimana kaijan

ini mempunyai beberapa item dari objektif kajian. Dalam borang selidik yang disediakan

terdapat bahagian A dan bahagian B. Pada bahagian A reponden dikehendaki menjawab

beberapa soalan berkaitan dengan demografi responden. Skala libert digunakan pada

bahagian B untuk memudahkan responden menandakan jawapan mereka tentang sesuatu

kenyataan.

Bahagian A

Dalam borang soal selidik, bahagian A mengandungi 7  soalan untuk dijawab oleh responden.

Penyelidik mengkaji demografi atau latar belakang  responden seperti jantina ,bangsa , status

pelanggan dari aspek penduduk atau peniaga dan pendapatan bulanan.

Bahagian B

Bahagian B mempunyai  15 soalan bagi mendapatkan dan mengenalpasti objektif kajian.

Pecahan item terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

a.       Kepentingan pasar malam Bandar Baru Beris Jaya kepada penduduk.

b.      Kesan kewujudan pasar malam Bandar Baru Beris Jaya kepada penduduk.

Page 9: PBS Pengajian Am Semester 2

Penyelidik menyediakan item-item soalan dengan menggunakan penyataan Ya/Tidak sebagai

pilihan jawapan  untuk memperoleh jawapan daripada responden.  Di bahagian B juga

penyelidik mengetahui sama ada responden adalah pelanggan tetap ataupun tidak.

6.1       Analisis Bahagian A

Dapatan kajian melalui soal selidik

        i.            Taburan penduduk berdasarkan jantina .

Jadual  1 menunjukkan taburan responden berdasarkan jantina. Penyelidik mendapati

bilangan responden perempuan adalalah sama dengan  responden lelaki. Responden

perempuan  sama banyak dengan  lelaki dengan bilangan sebanyak 15 orang daripada 30

orang responden iaitu sebanyak 50%. Manakala responden lelaki dengan bilangan 15

daripada 30 orang dengan nilai peratusan sebanyak 50%.

      ii.            Taburan penduduk berdasarkan bangsa.

Jadual 1 menunjukkan taburan responden berdasarkan bangsa.  Dalam analisis ini, penyelidik

mendapati bahawa bangsa Melayu merupakan bangsa yang tertinggi yang terdapat di

kawasan Bandar Baru Beris Jaya  iaitu seramai  30 daripada 30 orang responden dan

mewakili sebanyak 100%. Manakala bangsa cina dan siam mewakili sebanyak 0%.

    iii.            Taburan penduduk berdasarkan pendapatan bulanan.

Jadual 1 menunjukkan taburan responden berdasarkan pendapatan bulanan.  Dalam analisis

ini, penyelidik mendapati bahawa, seramai 18 daripada 30 orang iaitu 60% mempunyai

pendapatan bulanan kurang daripada RM600.  Manakala, seramai 7 daripada 30 orang

responden  iaitu sebanyak 23.33% mempunyai pendapatan bulanan diantara RM700 hingga

RM1000.  Seramai seorang daripada 30 orang responden pula mempunyai pendapatan

bulanan diantara RM1100 hingga RM1500  iaitu sebanyak 3.33%.  Seterusnya, pendapatan

bulanan  RM1600 hingga RM2000 pula adalah seramai 2 orang sahaja daripada 30 responden

iaitu sebanyak 6.66%.  Dan akhir sekali , pendapatan melebihi RM 2000 ialah seramai 2

orang daripada 30 orang iaitu sebanyak 6.66%.

Rajah 4: jumlah pendapatan responden mengikut peratus

Sumber : kerja lapangan 2013

6.2       Analisis Bahagian B

Page 10: PBS Pengajian Am Semester 2

Untuk mendapatkan maklumat mengenai kepentingan dan kesan  perniagaan  pasar malam di

Bandar Baru Beris Jaya kepada penduduk , penyelidik membahagikan item ini kepada dua

bahagian :

a.       Kepentingan pasar malam Bandar Baru Beris Jaya kepada penduduk.

b.      Kesan kewujudan pasar malam Bandar Baru Beris Jaya kepada penduduk.

Manakala bagi mendapatkan jawapan responden, penyelidik telah menyediakan pilihan

jawapan sama ada ya ataupun tidak.

6.2.1        KEPENTINGAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DI BANDAR BARU BERIS

JAYA

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap perniagaan pasar malam kepada 

penduduk Bandar Baru Beris Jaya terdapat pelbagai kepentingan daripada perniagaan pasar

malam tersebut.  Saya mendapati bahawa pembukaan pasar malam sangat penting kepada

penduduk Bandar Baru Beris Jaya.  Ini terbukti melalui borang soal selidik yang telah

diedarkan secara rawak kepada penduduk seramai 35 orang.  Hampir  orang daripada  orang

penduduk mengatakan bahawa pembukaan pasar malam ini penting kepada mereka dan

bersetuju dengan pembukaan pasar malam turut mendatangkan pelbagai kemudahan kepada

mereka.  Antara kepentingan perniagaan pasar malam ialah penduduk dapat membeli

barangan keperluan dengan harga yang murah tambahan pula  tapak perniagaan pasar malam

dekat dengan tempat kediaman mereka.  Selain itu pasar malam juga dapat menyediakan

peluang pekerjaan kepada penduduk dan  dapat menjimatkan kos penduduk.  Akhir sekali

perniagaan pasar malam ini penting kepada penduduk kerana ramai peniaga  menjual

barangan  segar dan berkualiti.

Jadual 2 : Jenis kepentingan perniagaan pasar malam

Kepentingan Setuju / Ya Peratusan

(%)

Tidak

Bersetuju /

Tidak

Peratusan

(%)

Page 11: PBS Pengajian Am Semester 2

Mudah membeli barang

keperluan

22 73.33 8 26.67

Menyediakan peluang

pekerjaan

19 63.33 11 36.67

Menjimatkan kos

penduduk

19 63.33 11 36.67

Sumber : Kerja lapangan 2013

6.2.2        Memudahkan penduduk membeli barangan segar dan berkualiti

Pasar malam yang diadakan dikawasan Bandar Baru Beris Jaya mendatangkan pelbagai

kebaikan kepada pendudukan yang merupakan pengguna barang pasar malam.  Di tempat

inilah penduduk membeli barang keperluan harian mereka.  Pelbagai jenis barang ada dijual

di pasar malam.  Dengan adanya pasar malam ini sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah

ketiadaan masa untuk ke pasar terutama bagi mereka yang bekerja dari siang sampailah ke

malam.  Di pasar malam penduduk setempat dapat membeli seperti ikan , sayur-sayuran , 

buah-buahan yang masih segar dan pelbagai jenis makanan.  Orang ramai berpeluang

membeli barangan yang baik dan bermutu. Penyelidik mendapati seramai 22 orang daripada

30 orang bersetuju iaitu sebanyak 73.33% manakala 8 orang lagi tidak bersetuju.   8 orang itu

mewakili sebanyak 26.67%. Kesimpulannya , pasar malam dapat memudahkan penduduk

untuk membeli barang keperluan harian mereka yang masih segar dan juga berkualiti.

6.2.3         Peluang pekerjaan

Perniagaan pasar malam ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniaga-peniaga

kecil disamping itu juga , ia dapat meningkatkan taraf hidup dan menambah punca

pendapatan penduduk.  Sebagai contohnya , berniaga menjual air dapat memberikan

pendapatan tambahan kepada peniaga.  Daripada temubual  yang saya lakukan seorang

penjual air minuman iaitu Nur Syafikah Binti Mohd Fadzil, beliau telah mengupah seorang

pekerja yang terdiri daripada keluarganya untuk membantu beliau menjalankan perniagaan

ini.  Beliau merupakan penduduk di Bandar Baru Beris Jaya yang turut mengambil peluang

untuk berniaga justeru menambah pendapatan beliau sekeluarga.  Pasar malam ini juga

Page 12: PBS Pengajian Am Semester 2

memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memasarkan barangan jualan mereka

seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.  Saya juga dapati terdapat beberapa penjual yang

menjual barangan keluaran mereka sendiri mee goreng , bihun goreng , nasi ayam , kuih-

muih dan lain-lain lagi. Daripada borang soal selidik yang diedarkan seramai 19 orang

daripada 30 orang bersetuju dengan kenyataan ini iaitu mewakili 63.33%.  Manakala seramai

11 orang lain iaitu sebanyak 36.67% tidak bersetuju. Ini dapat dibuktikan lagi dengan jumlah

bilangan gerai yang dibuka di pasar malam Bandar Baru Beris Jaya mengikut jenis jualan.

Jadual 3 : Bilangan Peniaga Pasar Malam mengikut jenis jualan

Jenis jualan Bilangan gerai

Barangan basah (ikan , ayam dan daging ) 9

Barangan kering ( ikan kering , udang

kering dan lain-lain )

4

Buah-buahan 10

Sayur-sayuran 7

Makanan siap dimasak 20

Pakaian 20

Aksesori 7

Kuih-muih 5

Kasut 6

Alat mainan 4

Lain-lain 15

Sumber: kerja lapangan 2013

6.2.4        Menjimatkan kos penduduk

Dari pemerhatian saya juga , saya  dapati pasar malam ini menyediakan pelbagai barangan

dan pembeli tidak perlu ke pasar raya besar yang terletak jauh dari tempat kediaman pembeli

seperti Econsave , Aneka dan Tesco.  Dengan adanya pasar malam ini sekurang-kurangnya

masa dan kos penduduk sekitar Bandar Baru Beris Jaya  dapat dijimatkan. Penduduk sekitar

juga boleh mendapatkan pelbagai barangan murah , segar , dan berkualiti daripada penjual

yang meniaga di pasar malam Bandar Baru Beris Jaya ini.  Dari pemerhatian saya juga , saya

Page 13: PBS Pengajian Am Semester 2

dapati pasar malam ini menjual barangan yang segar seperti ikan , sayur-sayuran kampung

yang sukar didapati di Bandar-bandar  besar.  Terdapat juga penjual ikan segar yang menjual

barangan segar terus daripada pembekal ikan di Kuala Kedah,Yan.  Melalui borang soal

selidik pula saya dapati barangan yang dijual seperti ikan , daging , makanan dan pakaian di

pasar malam ini dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga barangan yang

sama dipasar raya.  Oleh itu , kemudahan pasar malam ini telah dapat menjimatkan kos

pengguna dan meringankan beban kerana kos sara  hidup bandar sememangnya tinggi.  Data

yang diperoleh daripada borang soal selidik iaitu seramai 19 orang responden daripada 30

orang telah bersetuju dengan kenyataan ini. 19 orang ini mawakili 63.33%.  Selebihnya iaitu

seramai 11 orang  ataupun 36.67% tidak bersetuju dengan kenyataan ini.

6.3      KESAN PERNIAGAAN PASAR MALAM KEPADA PENDUDUK BANDAR BARU

BERIS JAYA

Untuk mengetahui kesan  yang dihadapi hasil daripada kewujudan pasar malam Bandar Baru

Beris Jaya kepada penduduk. Penyelidik membahagikan item jawapan kepada 2 bahagian

iaitu ya ataupun tidak.

Jadual 3 : Kesan Kewujudan Pasar Malam Bandar Baru Beris Jaya kepada penduduk.

Bil Kesan Kewujudan Pasar Malam Bandar

Baru Beris Jaya

Ya % Tidak %

1 Menyebabkan pencemaran bunyi 18 60 12 40

2 Menyebabkan pencemaran sampah-sarap 18 60 12 40

3 Menyebabkan  kesesakan lalu lintas. 19 63.33 11 36.67

4 Meningkatkan jumlah remaja melepak 18 60 12 40

Sumber : kajian lapangan 2013

Rajah 5: Kesan Aktiviti perniagaan pasar malam di Bandar Baru Beris Jaya

Sumber : Kerja Lapangan 2013

Page 14: PBS Pengajian Am Semester 2

6.3.1        Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi telah diakui satu masalah serius yang mengancam kualiti kehidupan

masyarakat dewasa ini.  Pencemaran bunyi juga boleh ditaksirkan sebagai apa-apa bunyi

yang mengganggu , tidak disenangi , dan tidak diingini oleh pendengar.  Sesetengah orang

tidak boleh menerima bunyi yang agak kuat , namun begitu ada juga yang boleh

menerimanya.  Terdapat pelbagai faktor  yang menyumbang kepada terjadinya pencemaran

bunyi bising.  Namun begitu , punca utama yang menyumbang kepada bunyi bising ialah

pengangkutan dan selebihnya adalah dari aktiviti manusia itu sendiri.  Perniagaan pasar

malam di Bandar Baru  Beris Jaya telah mendatangkan bunyi bising.  Seramai 18 orang telah

bersetuju pencemaran bunyi terjadi akibat dari kegiatan pasar malam yang diwujudkan. 

Penyataan ini dapat dibuktikan dari borang soal selidik yang diedarkan secara rawak kepada

penduduk.  Walaubagaipun bunyi bising yang terhasil daripada aktiviti perniagaan ini adalah

bersifat sementara.  Ini adalah kerana , aktiviti perniagaan ini hanya berlaku pada hari tertentu

sahaja.  Bunyi yang bising itu datang dari bunyi kenderaan , alat generator , alat pembesar

suara , kanak-kanak menangis , suara-suara penjual dan sebagainya.

6.3.2        Pencemaran sampah-sarap

Kebiasaannya selepas habis berniaga, persekitaran kawasan pasar malam ini akan dipenuhi

dengan sampah sarap.  Sampah sarap ini pula menyebabkan bau busuk ekoran dari

pembuangan sampah sarap tersebut. Dalam analisis ini penyelidik mendapati seramai 18

orang daripada 30 orang responden atau 60% sangat bersetuju manakala seramai 12 orang

daripada 30 orang respoden atau 40% kurang bersetuju dengan kenyataan ini.  Berdasarkan

temubual yang saya jalankan bersama Encik Mohd Noh pencemaran sampah sarap sering

berlaku selepas habis aktiviti perniagaan.  Sampah sarap yang ditinggalkan peniaga dan

pembeliadalah seperti sayur-sayuran yang telah busuk , plastik makanan , botol minuman ,

buah-buahan yang telah rosak dan sisa makanan yang tidak habis dijual.

6.3.3        Kesesakan lalu lintas

Masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana pengunjung suka meletakkan kenderaan

mereka sesuka hati terutamanya di bahu-bahu jalan yang mengganggu dan menyekat

Page 15: PBS Pengajian Am Semester 2

kenderaan lain.  Kebanyakan pengujung pasar malam datang dengan menaiki kereta ,

motosikal , van dan lori.  Hasil dari pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik mendapati

bahawa kesan kewujudan  perniagaan pasar malam ini telah mendatangkan masalah

kesesakan lalu lintas.  Seterusnya, dengan kewujudan pasar malam ini telah menyebabkan

kesesakan lalu lintas  yang amat teruk ekoran banyak kenderaan. Penyelidik mendapati

bahawa seramai 19 orang daripada 30 orang responden atau 63.33% sangat setuju manakala

seramai 11orang  daripada 30 orang responden atau 36.67%  tidak bersetuju bahawa pasar

malam ini menyebabkan kesesakan lalu lintas.

6.3.4        Masalah sosial

Masalah sosial kian menular dalam masyarakat sekarang terutama golongan remaja.  Masalah

sosial termasuklah melepak , lumba haram , dan ada sesetengah remaja melakukan kes

jenayah seperti mencuri.  Lepak merupakan satu aktiviti membuang masa secara mundar-

mandir dan bersiar-siar tanpa sebarang arah tuju.  Pada kebiasaannya ia berlaku dalam

kelompok  sekurang-kurangnya dua orang.  Waktu lepak tidak terikat dengan waktu , baik

siang atau malam.  Dari borang soal selidik yang diedarkan seramai 18 orang iaitu 60%

bersetuju dengan kenyataan tersebut. Manakala selebihnya kurang bersetuju.