pengajian am: biodiversiti

28
SELAMAT DATANG

Upload: syahirah-sharum

Post on 30-Oct-2014

166 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Pembentangan slaid pengajian am mengenai biodiversiti. Apa pun, terima kasih kepada #Farhana Said #Jela Janela #Medelina #Rahimah Zainudin kerana membenarkan saya 'upload' pembentangannya untuk dikongsi sebagai rujukan. Semoga pembentangan ini membantu anda di luar sana. ^__^

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian Am: Biodiversiti

SELAMAT DATANG

Page 2: Pengajian Am: Biodiversiti

BIODIVERSITI

DEFINISI

Kepelbagaian biologi atau biodiversiti didefinisikan sebagai keanekaan antara

organisma hidup daripada pelbagai sumber tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma

yang saling berinteraksi.

KEKAYAAN SPESIS HIDUPAN

Keseluruhan variabiliti hidupan daripada semua sumber ekosistem daratan, akuatik

dan kekompleksan ekologi.

3 ARAS KOMPOSISI BIODIVERSITI

–Diversiti ekosistem

–Diversiti spesis

–Diversiti genetik

Page 3: Pengajian Am: Biodiversiti

DIVERSITI EKOSISTEM

BIOM ( BIOME)

BIOKAWASAN (BIOREGION)

LANSKAP

EKOSISTEM

HABITAT

NIC (NICHE)

POPULASI

Page 4: Pengajian Am: Biodiversiti

DIVERSITI EKOSISTEM

EKOSISTEM LUAS (JUTA BATU PERSEGI)

% DARIPADA KESELURUHAN LUAS TANAH

Hutan 18.2 31.7

Padang rumput & Savana 11.6 20.2

Kawasan tanaman 6.2 10.7

Tanah Lembap 2.0 3.5

Gurun & Tundra 19.6 34.0

Jumlah Keluasan Daratan 57.6

Laut tepi pantai 8.4

Terumbu Karang 0.2

Laut lepas 164

Jumlah keluasan samudera

172.6

Page 5: Pengajian Am: Biodiversiti

DIVERSITI GENETIK

POPULASI

INDIVIDU

KROMOSOM

GEN

NUKLEOTID

Page 6: Pengajian Am: Biodiversiti

DIVERSITI GENETIK

•Variasi dalam dan antara populasi Spesies.

•Diukur dalam bentuk variasi antara gen atau DNA atau Jujukan Asid Amino.

Page 7: Pengajian Am: Biodiversiti

DIVERSITI SPESIS

KINGDOM

PHYLA

FAMIILI

GENUS

SPESIS

SUBSPESIS

POPULASI

INDIVIDU

Page 8: Pengajian Am: Biodiversiti

DIVERSITI SPESIS

•Variasi spesies dan subspesies.

Page 9: Pengajian Am: Biodiversiti

KEPENTINGANA.KEPADA ALAM

1.PENGEKALAN KITAR HIDROLOGI Hidupan semula jadi berfungsi sebagai penyerapan air dari tanah dan membebaskannya melalui proses transpirasi. Hutan, padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikit apabila air bertakung. Hal ini dapat mengawal banjir.

2.MODIFIKASI IKLIMBiodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim. Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu. Kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini.

Page 10: Pengajian Am: Biodiversiti

KEPENTINGAN

3.KAWAL HAKISAN TANAH

Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan. Ini sekaligus menghalang tanah menjadi pecah. Selain itu, akar berfungsi ‘mengikat tanah’ dan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi. Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada pembentukan tanah. Di kawasan yang berombak, paya bakau berfungsi mengurangkan kesan pukulan ketika rebut. Hal ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa.

Page 11: Pengajian Am: Biodiversiti

KEPENTINGAN

4.SELENGGARA KITAR OKSIGEN DAN NITROGEN

Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan. Manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah. Kepelbagaian biodiversiti juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur ammonium dan nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah.

Page 12: Pengajian Am: Biodiversiti

KEPENTINGAN

B.KEPADA MANUSIA

1.NILAI INSTRUMENBerguna kepada manusia, kini sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenalpasti berfungsi sebagai anti-kanser. Dijangkakan sumbangan kekayaan kepelbagaian biodiversiti ini menyumbangkan US$8 BILION setahun untuk menghasilkan ubat bagi syarikat yang mengendalikan bidang ini. Ini jelas bahawa kekayaan kepelbagaian spesis biodiversiti ini mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia.contohnya, anthroposentrik-digunakan dalam memajukan bank genetik, khasnya untuk memajukan sektor pertanian ,perhutanan, akuakultur dan penternakan. Ia juga boleh digunakan sebagai sumber perubatan yang menyumgang jutaan ringgit setahun kepada ekonomi negara.

Page 13: Pengajian Am: Biodiversiti

KEPENTINGAN

Sumber Ubatan1.  Vinkristin & Vinblastin (Rosy Periwinkle)

berasal Dari Pulau Madagascar

A.  Leukemia Kanak-Kanak (Acute Leukemia)-         Bilangan Sel Darah Putih Meningkat-         Punca -         Radiasi (Bom Atom)-         Keturunan-         Virus.-         Simptom – Anaemia (Kekurangan Darah Merah), Demam, Pendarahan Dan Pembengkakan Nodus Limfa.  -         Bunuh 90% Pesakit Dalam Masa 6 Bulan.

B.  Penyakit Hodgkin·        Barah Sistem Limfa (Lymphatic System)·        Petanda Awal – Bengkak Nodus Limfa (Lymph Nodes), Limpa (Spleen), Hati (Liver) Dan Organ Laino       Demam, Kehilangan Berat Badan, Lemah.  ·        Punca Tidak Ketahuio       Mungkin Bakteria, Protozoa Dan Virus.

Page 14: Pengajian Am: Biodiversiti

KEPENTINGAN

2.  Dadah Capoten•Mengawal tekanan darah tinggi•racun ular (Pit Viper)

3.  Dadah Taxol•Barah payu dara dan rahim.•Ekstrak dari kulit pokok yew•Kini, 3,000 spesies tumbuhan anti kanser.•25% ubatan di USS mengandungi bahan dari tumbuhan tempatan.•Membaiki Tahap Kesihatan masyarakat •Tingkat Jangka Hayat

Page 15: Pengajian Am: Biodiversiti

KEPENTINGAN

Dadah Modern Daripada Ubatan Tradisional

Dadah Kegunaan Ubatan Sumber

1 Aspirin Kurang Sakit,  Radang (Inflammation)

Filipendula ulmaria

2 Kodein Kurang Sakit, Ubat Batuk Papaver somniferum

3 Ipecac Galak Muntah Psychotria ipecacuanha

4 Pilokarpin Kurang Tekanan Di Mata Pilocarpus jaborandi

5 Pseudoefedrin Kurang Hidup Tersumbat Ephedra sinica

6 Kuinin Ubat Malaria Cinchona officinalis

7 Reserpin Ubat Penenang, Rendah Tekanan Darah

Rauwolfia serpentina

8 Tropan Sedatif, Analgesik Datura stramonium, Datura metel

9 Theofilin Buka Saluran Penafasan Camellia sinensis

10 Vinblastine Ubati Penyakit Hodgkin’s Catbaranthus roseus

11 Kokain Ubat Bius Erythroxylum coca

Page 16: Pengajian Am: Biodiversiti

KEPENTINGAN

POTENSI TUMBUHAN ASLI MALAYSIA

Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia)

•Potensi Untuk Ubat Antimalaria

Page 17: Pengajian Am: Biodiversiti

KEPENTINGAN

Bintangor (Calophyllum lanigerum)

•Ubat Virus HIV

Page 18: Pengajian Am: Biodiversiti

KEPENTINGAN

Kepentingan Komersial

•Tangkap Ikan Komersial.

•Balak.

•Perniagaan Haiwan Peliharaan (Pet) Eksotik    Ikan, Reptilia, Mammal, tumbuhan.

•Barang-Barang Sukan & Rekreasi Alat Pancing, Renang, Sampan.

• Ekopelancongan    Lawat Kawasan Ekologi Unik    Hasil Pendapatan    Pelancong & Penginapan • Sumber Makanan    Rusa, Pelanduk, Seladang, petai dan dsb.

Page 19: Pengajian Am: Biodiversiti

KEPENTINGAN

Kepentingan Rekreasi, Estetik Dan Penyelidikan Sains        •Pancing, Buru, Kembara, Khemah,

•Perhati Burung, Fotografi.

•Kepuasan Estetik

•Kajian Sains     Ilmu & Kefahaman         • Evolusi & Ekologi     Kajian Hidupan Liar & Ekosistem -    Dokumentari Ikan Paus·    Kepuasan Estetik·    Tidak Pernah Lihat Sendiri·    Nilai Rekreasi Dan Estetik Sumbang Kewangan Untuk Sokong Spesies Liar.

Page 20: Pengajian Am: Biodiversiti

KEPENTINGAN

DIVERSITI HIDUPAN

SPESIES BILANGAN SPESIES

YANG DIKETAHUI

ANGGARAN SPESIES

KETEPATAN

Virus 4,000 400,000 Sangat Rendah

Bakteria 4,000 1,000,000 Sangat Rendah

Fungi 72,000 1,500,000 Sederhana

Protozoa 40,000 200,000 Sangat Rendah

Alga 40,000 400,000 Sangat Rendah

Tumbuhan 270,000 320,000 Baik

Nematod 25,000 400,000 Rendah

Krustasea 40,000 150,000 Sederhana

Arachnid 75,000 750,000 Sederhana

Serangga 950,000 8,000,000 Sederhana

Moluska 70,000 200,000 Sederhana

Kordat 45,000 50,000 Baik

Others 115,000 250,000 Sederhana

1,750,000 13,620,000 Sangat Rendah

Page 21: Pengajian Am: Biodiversiti

KAWASAN MEGA DIVERSITI MALAYSIA

KUMPULAN BILANGAN SPESIES

BILANGAN SPESIES ENDEMIK

FAUNA Mamalia 286 27

Burung 736 11

Reptilia 268 69

Amfibia 158 27

Ikan Marin 4,000

Ikan Air Tawar 449

Invertebrata 150,000

Flora Tumbuhan Berbunga

15,000

Palma 213 84

Anggerik 2,500 350

Paku-Pakis 1,159

Kulat 400

Lumut 432

Page 22: Pengajian Am: Biodiversiti

MASALAH

1.KEGIATAN MANUSIA YANG MENGUBAH DAN MENGHAPUSKAN TEMPAT KEDIAMAN MEREKA.

Banyak aktiviti yang menyebabkan terjejasnya biodiversiti. Akibatnya, banyak spesis yang belum lagi dikenalpasti telah pupus. Ada di antara spesis ini telah disenaraikan dalam kategori spesis terancam. Jika tidak ditangani awal dari sekarang, biodiversiti yang ada sekarang akan terjejas teruk dan mungkin hilang buat selamanya.

Page 23: Pengajian Am: Biodiversiti

MASALAH

2.PENGEKSPLOITASI HUTAN TROPIKA OLEH NEGARA MEMBANGUN YANG KAYA DENGAN BIODIVERSITI BAGI TUJUAN UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN.

Contohnya kemunculan pelancong berasaskan alam semulajadi atau pelancongan eko adalah satu aktiviti penting yang boleh mendatangkan hasil kepada negara membangun. Namun andainya pelancongan eko tidak dilaksanakan dengan teratur hal ini boleh menyebabkan kerosakan biodiversiti. Kemusnahan habitat akibat penukaran tanah untuk pertanian,perlombongan, penempatan, pembinaan dan sebagainya untuk tujuan pembangunan juga bakal memusnahkan kekayaan biodiversiti dunia.

Page 24: Pengajian Am: Biodiversiti

MASALAH

3.PERUBAHAN IKLIM DAN BENCANA ALAM

seperti tanah runtuh, banjir, kemarau, tsunami (2004) dan sebagainya menyebabkan kemusnahan kepada kepelbagaian biologi daratan dan akuatik dunia.

4.PENGGUNAAN SUMBER BIOLOGI SECARA TIDAK LESTARI DAN BERLEBIHAN

seperti aktiviti pembalakan dan pemburuan yang tidak terkawal menjadi satu agenda kepada kepupusan kepelbagaian biologi.

Page 25: Pengajian Am: Biodiversiti

LANGKAH MENGATASI

1. MENGADAKAN BENGKEL MENGENAI PENGURUSAN BIODIVERSITI.ISU DASAR DAN CABARAN KEPADA MALAYSIA

Dilangsungkan pada 17 Ogos 1999 dianjurkan bersama oleh Institut Kajian Pembangunan (SABAH),Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia(MIER) dan Queen’s University, Kingston,Canada. Bengkel tersebut dibiayai oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Kanada (CIDA), NGO’s dan badan-badan swasta. Antara isu yang disentuh adalah mengenai biodiversiti, bioprospek, pengurusan dan pengawasan pelancongan eko dan perlindungan spesis terancam.

Page 26: Pengajian Am: Biodiversiti

LANGKAH MENGATASI

2.MENGGALAKKAN DAN MEMPERBANYAKKAN PENUBUHAN PUSAT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

Contohnya Taman Teknologi Malaysia(TPM) sedang giat menjalankan kajian terhadap potensi-potensi yang boleh digunakan daripada hasil khazanah alam negara. Pusat-Pusat penyelidikan seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja-kerja kajian farmakologi sampel, pemprosesan dan penghasilan benih.

Page 27: Pengajian Am: Biodiversiti

LANGKAH MENGATASI

3.MENGETATKAN KAWALAN DAN MENJALANKAN PEMANTAUAN YANG LEBIH TELUS.

Antara teknologi konservasi biodiversiti yang paling praktikal dan digunakan secara meluas pada masa kini adalah secara penentuan dan pemantauan menerusi satelit. Aktiviti pembalakan dan pemburuan haram misalnya perlu dikawal lebih ketat. Begitu juga dengan biodiversiti akuatik. Malaysia yang mempunyai nilai yang tinggi,pengawalan terhadap hidupannya termasuk terumbu karang perlulah dilakukan dengan lebih mantap supaya tidak merugikan negara.

Page 28: Pengajian Am: Biodiversiti

Sekian terima kasih

‘berusahalah untuk mencapai’ kejayaan

kerana tiada kejayaan tanpa usaha

Pembentang :Rahimah, madelina, farhana, jela janela. .