pendidikan moral tingkatan 1 -...

6
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1

Upload: vanmien

Post on 06-Feb-2018

242 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN MORAL

TINGKATAN 1

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1

2

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL

Pendidikan Moral di sekolah menengah adalah untuk membentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan Negara serta masyarakat global.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL

Objektif mata pelajaran Pendidikan Moral adalah untuk membolehkan murid:

OM1 Memahami dan menghayati nilai-nilai yang diperlukan untuk berakhlak mulia;

OM2 Menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar serta berusaha ke arah

mengekalkannya;

OM3 Meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam negara

Malaysia yang demokratik;

OM4 Mengembangkan pemikiran dan perasaan moral dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah; dan

OM5 Mempunyai iltizam untuk mengamalkan tingkah laku yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai

murni masyarakat Malaysia.

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1

3

BAND PERNYATAAN STANDARD

1

Mempunyai pengetahuan asas moral dan penerapan nilai-nilai untuk berakhlak mulia.

2

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman moral serta penerapan nilai-nilai untuk berakhlak mulia.

3

Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral serta mempraktikkan nilai-nilai untuk berakhlak

mulia.

4

Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral dengan betul serta mempraktikkan nilai-nilai untuk

berakhlak mulia secara tertib, iaitu berlandaskan peraturan dan undang-undang.

5

Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral dengan betul dan tepat serta mengamalkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia secara tertib dalam pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat.

6

Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral dengan betul dan tepat serta mengamalkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia secara tertib, tekal dan berterusan dalam pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat.

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1

4

ASPEK/DOMAIN BAND DESKRIPTOR

KOGNITIF

1 Menyatakan nilai-nilai untuk berakhlak mulia dalam bidang perkembangan diri dan kekeluargaan dengan betul.

2 Menghuraikan nilai-nilai untuk berakhlak mulia dalam bidang perkembangan diri,

kekeluargaan dan alam sekitar dengan betul dan tepat.

3 Mengaplikasi nilai-nilai untuk berakhlak mulia.dalam bidang perkembangan diri,

kekeluargaan, alam sekitar dan patriotisme dalam situasi berkaitan dengan betul.

4

Menganalisis nilai-nilai untuk berakhlak mulia.dalam bidang perkembangan diri,

alam sekitar dan patriotisme dalam situasi berkaitan dengan betul dan tepat.

5 Mempertimbang dan memberi respons berdasarkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia bagi bidang perkembangan diri, hak asasi manusia dan demokrasi dalam pelbagai situasi dengan betul dan berkesan.

6

Mempertimbang dan memberi respons berdasarkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia bagi bidang perkembangan diri, hak asasi manusia serta keamanan dan keharmonian dalam pelbagai situasi dengan betul dan berkesan secara tekal dan berterusan.

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1

5

ASPEK/DOMAIN BAND DESKRIPTOR

PENGHAYATAN / PENGAMALAN NILAI

1

Menerima dan menunjukkan persetujuan bagi nilai berikut dengan baik:

Amanah

Harga diri

Bertanggungjawab

Hemah tinggi

Berdikari

Mematuhi peraturan dan undang-undang

2

Menyempurnakan kerja / memberi respons bagi nilai berikut dengan jelas dan baik:

Bertanggungjawab

Hemah tinggi

Toleransi

Kerajinan

Rasional

Kesederhanaan

Mematuhi peraturan dan undang-undang

3

Boleh menunjukkan perlakuan bagi nilai berikut dengan baik apabila disuruh:

Hemah tinggi

Berdikari

Kerajinan

Kesederhanaan

Mematuhi peraturan dan undang-undang

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1

6

4

Boleh menunjukkan perlakuan bagi nilai berikut dengan rela hati dan tertib:

Harga diri

Bertanggungjawab

Hemah tinggi

Berdikari

Kerajinan

Rasional

Kesederhanaan

Mematuhi peraturan dan undang-undang

5

Boleh mengamalkan nilai berikut dengan rela hati dan tertib dalam pelbagai situasi:

Harga diri

Bertanggungjawab

Hemah tinggi

Berdikari

Kerajinan

Mematuhi peraturan dan undang-undang

6

Boleh mengamalkan nilai berikut secara tekal dan berterusan dalam pelbagai situasi:

Harga diri

Bertanggungjawab

Hemah tinggi

Berdikari

Kerajinan

Rasional

Kesederhanaan

Mematuhi peraturan dan undang-undang