pendidikan moral hbme3103

Upload: rafidah-ahmad

Post on 06-Jul-2015

180 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

FALKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN

HBME 3103PENDIDIKAN MORAL: TAHUN 4SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SMP)

NAMA: RAFIDAH BINTI AHMAD NO MATRIK: 710719025150002 NO.TELEFON: 019-4926768 E-MAIL: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN: KEDAH LEARNING CENTRE SEMESTER MEI 2011

1

ISI KANDUNGAN PERKARA1.0

MUKA SURAT2

Pendahuluan Personaliti Guru Pendidikan Moral 2.1 Latar Belakang Guru Pendidikan Moral yang di kaji 2.1.1 2.1.2 2.2 2.3 Puan Zamiza binti Saad Puan Aniza binti Azmi Ciri-ciri Personaliti Guru Pemerhatian terhadap sesi pengajaran

2.0

4

4 5 6 7 10

3.0 4.0

Pendidikan Moral Sama Penting Dengan Mata pelajaran Lain Tugas Guru Pendidikan Moral dalam meningkatkan kualiti Pendidikan Moral

12 14 15

5.0

Penutup

Rujukan

2

1.0

Pendahuluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menyatakan hasrat untuk melahirkan

modal insan yang berketerampilan sebagai pewaris generasi akan datang. Hasrat ini hanya boleh dicapai melalui system nilai yang perlu dikuasai dan difahami guru dan pembimbing pelajar. Sistem nilai ini perlu dicerna dan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam dan di luar kelas. Oleh itu, nilai ini perlu dibincang dan diperincikan sebagai proses pembugaran semula supaya kita sentiasa jelas mengenai tujuan pendidikan di sekolah. Guru memainkan peranan penting dalam menyampaikan bahan pengajaran kepada pelajar supaya perlu mempunyai kekuatan tersendiri supaya maklumat yang disampaikan jelas, padat, tepat dan mudah difahami. Selaras dengan kemajuan yang dikecapi dunia pendidikan kini, pelbagai strategi boleh diaplikasikan oleh guru dalam proses P&P bagi menyuntik dan merangsang minat dalam kalangan pelajar. Setiap guru berperanan dalam P&P di kelas bagi membentuk pelajar ke arah akhlak terpuji dan jiwa perkasa. Peranan ini boleh dilakukan ketika pengajaran atau selepas pengajaran. Bimbingan akhlak mulia dan jiwa perkasa akan membentuk pelajar menjadi pemimpin pada masa depan. Bagi meningkatkan kualiti pendidikan, peranan guru amat dititik beratkan. Oleh itu, peningkatan etika dan nilai professionalisme guru adalah aspek penting yang dapat membantu ke arah kecemerlangan pendidikan. Guru yang berkualiti dapat mendidik pelajar dengan berkesan serta mengembangkan potensi mereka ke tahap yang optimum bagi mempersiapkan mereka menjadi modal insan yang yang berperanan dalam pembinaan Malaysia menjadi negara maju.

3

Apakah cabaran yang dihadapi guru dalam membina etika kerjayanya dan bagaimanakah etika yang tinggi dapat meningkatkan kualiti guru?. Dipercayai bahawa penampilan yang baik dan guru yang beretika dapat membentuk sahsiah pelajar yang positif . Oleh yang demikian, menjadi cabaran kepada guru supaya beretika tinggi dan seterusnya meningkatkan tanggungjawab dan akauntabiliti untuk mendidik pelajar mereka bagi mencapai idealisme yang ditetapkan. Dalam memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti pembelajaran, proses merancang, mengurus, mengarah dan menilai. Dalam membentuk insan berakhlak mulia, guru disarankan mempunyai ciri peribadi berikut: Mempunyai intergriti intelektual Mempunyai intergriti vokasional Kekuatan moral Sifat pemurah Sentiasa bersikap adil dan saksama Menghargai hak asasi manusia Mudah mesra Bersikap sabar dan menghormati orang lain Bekerja secara berpasukan Bertanggungjawab dan akauntabiliti Bertindak sebagai penyubur aspirasi dan jiwa pelajar.

4

2.0

Personaliti Guru Pendidikan Moral 2.1 2.1.1 Latar Belakang Guru Pendidikan Moral yang di kaji Puan Zamiza binti Saad

Zamiza binti Saad dilahirkan pada 25 Jun 1968 di Hospital Kuala Lumpur . Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tunjang. Setelah tamat pengajian sekolah rendah, beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Jitra, Kedah selama lima tahun iaitu dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Seterusnya beliau menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam di Sekolah Menengah PulauNyior selama dua tahun iaitu di tingkatan enam rendah dan tingkatan enam atas. Selepas Pengajian Sijil Tinggi Pelajaran, beliau memohon dengan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengikuti kursus perguruan. Beliau ditawarkan mengikuti kursus Sijil Perguruan di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur selama tiga tahun. Setelah tamat kursus, beliau memulakan perkhidmatan sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut, Terengganu. Setelah lima tahun mengajar di sekolah berkenaan, beliau berkahwin dan memohon pertukaran ke negeri Kedah. Sekarang beliau berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat sebagai guru Pendidikan Moral bagi tahun empat dan lima. Beliau telah menerima anugerah guru cemerlang pada tahun 2006 bagi membuktikan bahawa beliau pakar dalam bidang Pendidikan Moral. Selain itu, beliau merupakan ketua Panitia matapelajaran Pendidikan Moral. Beliau merupakan guru yang rajin dan bertanggungjawab, beliau sering kali melibatkan diri dalam mesyuarat, seminar, bengkel dan kursus yang melibatkan matapelajaran Pendidikan Moral sama ada anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar atau anjuran Jabatan Pelajaran Negeri.

5

2.1.2

Puan Aniza binti Azmi

Puan Aniza binti Azmi dilahirkan di Melaka pada 16 Mac 1970. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin dan kemudian menerima latihan perguruan dari tahun 1980 hingga 1983 di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Tanjong Malim Perak. Setelah tamat latihan perguruan, beliau telah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Tampin pada tahun 1984. Beliau telah berkhidmat di beberapa buah sekolah di Negeri Sembilan sehinggalah beliau berkahwin dan bertukar ke negeri Kedah kerana mengikuti suami. Sehingga kini beliau berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Jitra 3 sebagai Guru Mata pelajaran Pendidikan Moral. Pengajiannya di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) bukan sahaja menyediakan dirinya dalam menjadi guru terlatih malahan telah menggilap bakat kepimpinannya. Kepayahan hidupnya sering menjadi pengalaman yang berharga, beliau telah dilantik sebagai pemimpin persatuan Murid di MPSI dimana beliau memegang jawatan sebagai Biro Kebajikan. Pengalaman ini lah yang digunakan oleh beliau untuk mendidik anak-anak muridnya dalam Ilmu Pendidikan Moral. Beliau banyak memperkenalkan pendekatan menyeluruh bagi menerapkan nilai kemahiran hidup dan pembangunan karekter ke dalam pengajaran subjek Pendidikan Moral. Dengan itu, beliau tidak berasa rumit atau susah dalam menerapkan nilai dalam penyampaian ilmu kepada pelajar beliau. Pada beliau guru perlu proaktif dan bertanggungjawab agar dapat memotivasikan pelajar bagi mencapai Falsafah Pendidikan Negara.

6

2.2

Ciri-ciri Personaliti Guru

Penampilan imej diri adalah perkara yang penting dan perlu diberi tumpuan oleh guru apabila mendampingi pelajar. Guru yang sentiasa kelihatan bersih, kemas, segak dan terurus dapat mempengaruhi minda pelajar untuk mencontohi guru berkenaan. Proses pembelajaran pelajar melalui pemerhatian terhadap tingkah laku guru dapat menyumbang kepada penggarapan nilai positif yang ditunjukkan guru melalui personaliti mereka dan menterjemahkannya semula berdasarkan tingkahlaku yang diingini. Pada pandangan mata saya Puan Zamiza dan Puan Aniza mempunyai imej personaliti seperti diatas yang menarik minat saya untuk membuat pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka dalam Pendidikan Moral di sekolah. Kesantunan bahasa yang digunakan mereka dalam pertuturan semasa proses P&P dan juga komunikasi dengan pelajar memberi impak yang besar ke atas personaliti seseorang guru. Bahasa membentuk disiplin dalam perucapan melalui aturan tutur kata. Sebagai seorang pendidik, penggunaan bahasa secara kemas, sopan dan halus semasa berinteraksi dengan pelajar dapat memberi rangsangan positif. selain menggarapkan penghormatan yang tinggi terhadap status guru. Interaksi sosial yang berkesan antara Puan Zamiza dan Puan Aniza terhadap pelajar-pelajar juga menarik minat saya untuk mendekati dan meneroka sejauh mana pendekatan ini dapat menerapkan nilai murni dalam proses P&P mereka agar memperkukuhkan hubungan silaturrahim dan mewujudkan keakraban guru dan pelajar. Interaksi yang terhasil antara guru dan pelajar tanpa mengambil kira batasan ras dan etnik adalah platform yang terbaik dalam membentuk hubungan etnik di kalangan pelajar. Tingkahlaku guru membentuk sosialisasi yang baik dengan pelajar pelbagai etnik ini dapat memberi gambaran positif ke arah pembentukan pelajar berteraskan perpaduan. Merujuk di ruangan Motivasi (Kenali Diri Bina Identiti), Majalah Pendidik Januari 2011. Menurut Puan Sakinah Salleh, Pakar Perunding Motivasi, Penggarapan tingkahlaku oleh 7 Penggunaan bahasa komunikasi yang sopan, halus dan tersusun juga dapat meningkatkan personaliti guru

pelajar membolehkan pelajar mengamalkan dan mengaplikasikan nilai kemesraan, bertolak ansur, persefahaman dan pemuafakatan yang kuat dalam perhubungan seharian dengan orang lain. Sikap kedua-dua guru ini yang banyak membaca pada waktu lapang mereka ketika di sekolah juga merupakan satu daya tarikan kepada saya. Mereka sering mencari maklumat terbaru dan menggunakan input daripada pembacaan itu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tingkahlaku guru-guru ini dalam menguatkan pemahaman dan ilmu daripada bahan bacaan dapat menjadi perangsang kepada pelajar untuk mengamalkan budaya membaca dan mengamalkan informasi yang diperolehi dalam proses pembelajaran.

2.3

Pemerhatian terhadap sesi pengajaran

Guru memainkan peranan penting dalam menyampaikan bahan pengajaran dengan berkesan kepada pelajar. Sehubungan itu, strategi untuk menyampaikan bahan pengajaran kepada pelajar perlu mempunyai kekuatan tersendiri supaya maklumat yang disampaikan jelas, padat, tepat dan mudah difahami dan dipraktikan. Selaras dengan kemajuan yang dikecapi dunia pendidikan kini, pelbagai strategi boleh diaplikasikan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi menyuntik dan merangsang minat dalam kalangan pelajar. Melalui pemerhatian saya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran keduadua orang guru ini tidak jauh beza pendekatan yang diambil. Apa yang saya dapati disini, bagi menghadapi kekangan pembaziran masa mereka mengambil inisatif dalam menyampaikan maklumat menggunakan ICT. Dimana penggunaan alat bantu mengajar seperti komputer dan LCD ini adalah antara cara yang terbaik untuk menghidupkan suasana P&P di kelas pada masa kini. Dimana guru dapat memberi maklumat tambahan yang didapati dari internet, tidak sahaja bergantung kepada buku teks sepenuhnya. 8

Dengan cara ini guru dapat memberi penerangan lanjut dan mengupas idea dengan lebih baik. Strategi ini juga dapat menjimatkan masa dimana guru tidak perlu menulis di papan putih dan murid tidak perlu menyalin nota. Sebaliknya guru hanya perlu menyediakan bahan diluar waktu P&P dan nota boleh dicetak. Dan bahan yang sama juga guru boleh gunakan untuk kelas yang berlainan. Kedua-dua guru ini juga sentiasa membina hubungan guru dan pelajar. Sewajarnya guru berusaha sedaya upaya untuk berinteraksi dengan setiap pelajar sepanjang tempoh proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tujuannya sematamata bagi mengelak pelajar dari terasa terpinggir atau guru dilabelkan sebagai guru yang pilih kasih. Pada kedua-dua guru ini subjek Pendidikan Moral ini adalah peluang yang baik untuk mereka merangsangkan motivasi dalam diri murid supaya ianya memberikan impak yang besar dalam proses membina nilai murni dan jati diri pelajar. Kedua-dua guru ini sentiasa memberi peluang kepada pelajar untuk meluahkan pandangan dengan mengadakan sesi perbincangan. Pada mereka dalam situasi dunia menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan, sudah semestinya mereka tidak pernah bersikap negatif dan sedia menerima pendapat pelajar supaya sikap professional guru yang berbudi luhur akan menjadi teladan kepada pelajar sepanjang hayat mereka. Dari apa yang saya lihat, guru-guru ini mempunyai nilai kesejawatan yang tinggi dimana mereka sentiasa membantu rakan sejawat untuk mencapai tahap profesionalime yang tinggi. Mereka berkongsi kepakaran yang ada pada mereka untuk mendidik pelajar mereka yang berlainan tahap kebolehan. Dimana segala nota atau powerpoint yang di buat dikongsi bersama antara guru-guru yang mengajar subjek yang sama, agar pelajar antara satu kelas dengan kelas yang lain mendapat informasi yang sama dan tidak ketinggalan. Menurut Alimuddin Mohd Dom, Dalam Pendidik Febuari 2011, Guru hendaklah menghormati kepakaran dan sumbangan rakan sejawat serta turut menjalin hubungan kerjasama demi untuk kebaikan pelajar.

9

Apa yang saya perhatikan, Puan Zamiza sentiasa membuka sesi soal jawab kepada pelajar selepas merumuskan topik yang diajar, sesi soal jawab memberi ruang kepada pelajar mendalami perkara yang tidak difahami dan juga membuka peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan dan idea mengenai sesuatu isu berdasarkan topik pengajaran guru. Sesi soal jawab tidak semestinya memberangsangkan pada setiap sesi sebaliknya guru boleh mengemukakan soalan kepada pelajar jika mendapati sesi itu tiada sambutan. Melalui sesi ini guru dapat mengenal pasti pemahaman pelajar terhadap topik yang diajar serta membabitkan pelajar secara aktif dan interaktif dalam bilik darjah. Puan Aniza menggunakan teknik permainan dalam pengajaran beliau, kata beliau tujuannya adalah untuk membantu pelajar menyesuaikan taraf sosial mereka agar lebih tinggi tahap pergaulan mereka. Menurut beliau lagi tingkalaku sosial pelajar dibentuk melalui pengaruh kebudayaan dan cara bagaimana mereka dibesarkan. Dalam proses bermain ini dapat membentuk sikap persahabatan dan pergaulan secara tidak sedar. Semasa aktiviti ini berjalan, mereka akan memperolehi pengalaman yang aktif, iaitu saling bantu-membantu, bertukar fikiran, persefahaman dan bertoleransi. Paling penting dalam aktiviti ini mereka dapat mengubahsuaikan hasrat mereka untuk kebaikan kumpulan dan dapat menerima persefahaman kumpulan sebagai perkara semulajadi. Daripada kajian yang saya lakukan, saya mendapati Puan Aniza dan Puan Zamiza menggunakan pengaruh media dalam sesi pengajaran mereka.. Iaitu mereka menggunakan media cetak dan juga media elektronik dalam proses pemyampaian ilmu Pendidikan Moral meraka. Memandangkan zaman sekarang masyarakat sentiasa terpengaruh dengan media ini, mereka mengambil inisatif dengan menggunakan akhbar dan majalah sebagai bahan sumber dalam proses menyampaikan ilmu dan juga media elektronik digunakan iaitu dengan menayangkan rancangan televisyen pendidikan daripada Astro.

10

3.0

Pendidikan Moral Sama Penting Dengan Mata pelajaran Lain Seorang guru bukan sahaja merupakan pendidik di dalam kelas, tetapi

pembimbing ke arah membentuk peribadi yang luhur dan unggul. Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi sebagai pendidik peribadi mulia pelajar ke arah keperibadian mulia. Guru membentuk sahsiah nilai budaya dan nilai murni pelajar. Guru yang bersahsiah tinggi bukan sahaja dapat menyampaikan pelajaran dengan berkesan bahkan dapat menawan hati pelajarnya ke arah kebaikan. Menurut tokoh Islam Gamal (2003), al- Qobisi berpendapat guru perlu meletakkan diri mereka pada kedudukan yang lebih baik dan terhormat dikalangan pelajar bagi menimbulkan rasa hormat mereka terhadap guru dalam suasana yang penuh kasih sayang. Kedua-dua guru yang di perhatikan telah menggunakan kata-kata nasihat pada awal dan akhir pengajaran dan pembelajaran mereka. Kata-kata nasihat yang digunakan ialah mengenai akhlak dan memperkasakan jiwa, antaranya ialah melalui nasihat yang baik, cerita, kata hikmat, petikan hadis, kata-kata tokoh Negara dan tokoh Agama. Katakata seumpama itu akan memberi rangsangan dan dorongan kepada kebaikan kepada pelajar. Kata-kata seumpama ini boleh ditulis di papan tanda di sekitar sekolah bagi memberi kesedaran kepada murid. Profesor Doktor Hamka pernah berkata: Guru melatih jiwa pelajar supaya berjiwa besar dan berfaedah sangat besar setelah besar. Sebagai panitia Pendidikan Moral, guru-guru ini menjadikan Pendidikan Moral sebagai satu kepentingan dalam mendidik jati diri pelajar dengan memfokuskan ucapan mengenai nilai moral setiap waktu perhimpunan pagi. Dalam ucapan ini, pelajar dijelaskan bagaimana membentuk akhlak yang baik melalui tulisan, ucapan, perlakuan dan komunikasi dengan kawan, guru dan juga masyarakat tidak kira agama atau pun bangsa. Selain dari itu, mereka memberikan contoh dan teladan yang berkesan bagi membentuk jiwa pelajar kearah bersemangat, tidak mudah putus asa, sentiasa berusaha gigih menghadapi peperiksaan dan perjuangan dalam hidup.

11

Guru-guru ini sentiasa menggubal soalan peperiksaan yang berkualiti mengikut tahap murid. Kerana kadangkala ada pihak yang tidak mengambil berat tentang kualiti soalan Pendidikan Moral ini. Kerana pada anggapan mereka Pendidikan Moral merupakan subjek yang tidak wajib diambil semasa Peperiksaan Awam. Tetapi tidak bagi Puan Zamiza dan Puan Aniza, kualiti soalan yang digubal amat diambil perhatian. Pada mereka setiap info yang mereka beri perlu diuji sejauh mana keberkesananya dan adakah info yang disampaikan diserap terus ke dalam diri pelajar. Pendidikan Moral ini merupakan satu penerapan nilai kedalam diri pelajar. Amat sukar untuk mengenal pasti sejauh mana pelajar dapat menguasai pengajaran guru, sebab itu lah perlu adanya peperiksaan dengan soalan yang barkualiti. Kehidupan remaja terlalu luas dan berhadapan dengan dugaan. Jika tiada perancangan yang teliti daripada ibubapa dan guru dengan nilai murni dan akhlak serta semangat waja, mereka akan menyesal sepanjang hayatnya. Akhlak dan jiwa remaja pelajar mestilah diisi dengan keimanan yang kental dan semangat berjiwa besar. Pengisian nilai murni ini, merupakan pembentukan akhlak dan jiwa remaja yang kuat boleh dilakukan pada akhir tahun iaitu selepas peperiksaan akhir tahun. Pada waktu ini pelajar akan terasa kosong jiwanya. Pihak sekolah boleh mengadakan kem motivasi dengan pelbagai ceramah, bimbingan, lawatan, bengkel dan bicara daripada tokoh berwibawa. Bagi mencari kualiti, kurikulum pendidikan Negara mesti berubah. Ia amat bergantung kepada proses pembelajaran. Yang bermaksud pelajar memperkembangkan ilmu pengetahuan dengan kejadian yang berlaku di sekitar mereka. Menurut General Teaching Council for England, yang memperkenalkan Code of Professional Values and Practices. Beliau berkata Guru yang memesuki bidang perguruan dilatih untuk mencapai standard profesionalisme bagi menghadapi cabaran dan realiti sebenar di bilik darjah. Mereka hendaklah memahami bahawa meningkatkan kepakaran, pengetahuan dan kebolehan adalah aspek penting bagi mencapai kejayaan.

12

4.0 Moral.

Tugas Guru Pendidikan Moral dalam meningkatkan kualiti Pendidikan

Pendidikan Moral ialah pendidikan yang secara langsung atau tidak langsung menjadikan persoalan Moral sebagai satu pegangan dalam hidup. Ianya tidak semestinya didikan formal tetapi ianya adalah satu subjek yang amat penting setanding dengan subjek-subjek lain. Daripada subjek ini akan menerapkan nilai-nilai murni yang tidak terhingga kedalam diri dan jiwa pelajar. Seterusnya saya ingin mengemukakan beberapa aspek baru dalam pendidikan moral ini untuk di ambil kira. Kebanyakan aspek-aspek yang disentuh akan merupakan konsep yang rasanya perlu diguna pakai dalam pendidikan formal atau tidak formal. Konsep ini membawa kepada pendekatanpendekatan yang berkesan. 4.1 Rakan sebaya sebagai ejen sosialisasi Menurut teori sosial, rakan sebaya merupakan ejen sosialisasi yang penting dan berkesan. Rakan sebaya boleh berfungsi sebagai model sosial. Pelajar dapat belajar samada tingkah laku positif atau negatif melalui rakan sebaya. Pelajar perlu di digalakkan berkomunikasi sesama rakan sebaya untuk perkembangan diri tetapi perlulah berada dibawah kawalan, kerana perkembangan personaliti diri mereka berada pada kriteria yang cemerlang dan positif. 4.2 Kesenian yang kreatif Setiap negara mempunyai warisan dan kebudayaan yang tersendiri. Contohnya muzik, tarian dan hasil kebudayaan. Para pelajar harus didedahkan dengan warisan kesenian dan kebudayaannya sendiri. Contohnya negara Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum,kebudayaan dan kesenian. Daripada pendekatan ini, pelajar dapat menyesuaikan diri mereka disamping menghormati berbagai-bagai kebudayaan dan kesenian yang terdapat dinegara kita.

13

4.3 Penubuhan Konsep Kendiri Program ini bertujuan menanam konsep kendiri yang lebih positif untuk individu. Program ini adalah merupakan satu proses sepanjang hayat, dimana konsep ini ditanam dalam diri pelajar, contohnya: abcPelajar harus ditanam kesedaran semangat identiti nasional yang tepat, seperti kenali diri sendiri sebelum mengenali diri orang lain. Menanam konsep kendiri yang positif, dimana mereka dididik supaya menerima sesuatu perkara secara positif. Membantu pelajar mengembangkan tahap persefahaman yang lebih tinggi, agar mereka mempunyai tahap kefahaman yang mendalam mengenai Negara, komposisi, kebudayaan serta falsafah rukunegara. Persefahaman seperti ini dapat membantu individu berfungsi dengan berkesan dalam kehidupan mereka. 4.5 Individualisme Individualisme merupakan satu teori sosial yang mengutamakan kebebasan bertindak dan kebebasan beragama untuk setiap individu. Bagi negara kita yang mengamalkan sistem demokrasi, tahap individualisme ini haruslah dicapai sejak dari kanak-kanak lagi supaya perkembangan peribadi dan sosialis mereka berkembang ke arah positif. Untuk pendekatan ini, tugas ibubapa, guru dan masyarakat amat perlu dalam menerapkan nilai keikhlasan dan kejujuran semulajadi dalam diri pelajar. 4.6 Pembentukan sikap, kepercayaan dan nilai sosial. Pembentukan sikap dapat dibentuk melalui proses asuhan dan pengalaman serta berkembang melalui interaksi dan tindakbalas dengan orang lain dalam proses sosialisasi. Kefahaman agama merupakan satu faktor yang penting dan memainkan peranan yang utama dalam pembentukan asas kerohanian pelajar. Bagi memperkukuhkan keperibadian pelajar, pendidikan agama hendaklah diberikan kepada mereka sejak dari awal lagi. 14

Bagi Negara Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, penjelasan nilai-nilai sosial hendaklah meliputi unsur-unsur yang menggalakkan penerimaan perbezaan kaum, menjelaskan alternatif individu yang berlainan dan memperkenalkan konflik di antara keunggulan (ideal) dan kenyataan (reality). 4.7 Membuat keputusan. Sebagai guru, peranan yang dimainkan disini adalah untuk mencuba kebolehan membuat keputusan dan kemahiran tindakan sosial bagi masalah harian dan juga masalah yang mempengaruhi masyarakat. Dengan ini, pendekatan ini dapat memberi sumbangan yang lebih berkesan dalam pembentukan warganegara yang bertanggungjawab. 5.0 Rumusan Demi kesejahteraan bangsa dan masa depan Negara yang memerlukan barisan pemimpin yang profesional dan berakhlak mulia bagi mengembeling barisan atasan kearah amalan-amalan yang positif maka peranan guru merupakan barisan utama dalam dunia pendidikan samada secara formal ataupun tidak harus di perkuatkan. Maka dengan demikian, para guru dan pendidik harus mencari jalan untuk membaiki cara mengajar dan mengubah suai pendekatan sedia ada agar memberi inovasi baru pada pelajar agar menarik minat mereka ke arah pembelajaran yang positif. Guru dan para pendidik perlu menggunakan pendekatan bersepadu dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Dimana dalam bidang apa sekali pun samada sains sosial, kemanusiaan, teknologi atau agama maka secara langsung atau tidak langsung, pendekatan Pendidikan Moral perlu dikaitkan. Walaubagaimana pun, dalam beberapa situasi guru menghadapi banyak cabaran dalam memainkan peranan sebagai pendidik cemerlang. Guru perlu berfikiran dan bersikap positif dan sentiasalah bersedia menerima pendapat pelajar supaya bersikap positif agar sikap professional guru akan menjadi teladan kepada pelajar sepanjang hayat mereka. 15

Rujukan: Raja Ahmad Shalaby, Siti Zaleha Ibrahim, Mohd Zuber Zain (2009). Tokoh-tokoh Guru Nusantara. Penerbit UPSI, Tanjong Malim Kamarudin Jaffar dan Hazami Habib (1992), Isu-isu Dalam pendidikan Sivik: Kearah kecermelangan. Institut Kajian Dasar, Kuala Lumpur Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1999), Komunikasi untuk Guru, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur Mohd Fuad Razali ( Mac 2011), Pendidik,Widad Publication Sdn Bhd, Selangor Mohd Fuad Razali ( Febuari 2010), Pendidik,Widad Publication Sdn Bhd, Selangor

16