pendidikan moral

50
PENDIDIKAN MORAL MDM SITI HAJJAR A. HAMID OLYMPIA COLLEGE 2014

Upload: yitta

Post on 22-Feb-2016

151 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

PENDIDIKAN MORAL. MDM SITI HAJJAR A. HAMID OLYMPIA COLLEGE 2014. Week 2. Teori Etika Teori & Objektif Utilitarianism Konsep-konsep yg di tengahkan Implikasi konsep-konsep terhadap komuniti Teori & Objektif Deontologikal Konsep-konsep yg di tengahkan - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: PENDIDIKAN MORAL

PENDIDIKAN MORAL

MDM SITI HAJJAR A. HAMIDOLYMPIA COLLEGE

2014

Page 2: PENDIDIKAN MORAL

• Teori Etika

• Teori & Objektif Utilitarianism

• Konsep-konsep yg di tengahkan

• Implikasi konsep-konsep terhadap komuniti

• Teori & Objektif Deontologikal

• Konsep-konsep yg di tengahkan

• Implikasi konsep-konsep terhadap komuniti

Week 2

Page 4: PENDIDIKAN MORAL

Teori Utilitarianisme• Definisi:

Utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai. Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah kesenorokan (sesuatu yang bukan bersifat moral).

• Teori ini merupakan suatu aliran atau dimensi di bawah teori etika Teologikal yang juga dikenali sebagai consequentialism.

• Ia adalah doktrin moral yang mengkehendaki manusia supaya bertindak untuk menghasilkan kebaikan secara maksimum.

• Kebaikan ini termasuklah kegembiraan atau keseronokan kepada semua pihak.

• Tindakan dikatakan sebagai bermoral jika ia menghasilkan kegembiraan yang maksimum.

Page 5: PENDIDIKAN MORAL

Pengasas-pengasas

Teori Utilitaria

nisme

Jeremy Bentham (1748-1832

John Stuart Mill (1806-1873)

Page 6: PENDIDIKAN MORAL

• Jeremy Bentham (1748-1832) merupakan pengasas bagi teori ini dan seterusnya dikembangkan oleh John Stuart Mill (1806-1873).

• Jeremy Bentham, mengatakan bahawa manusia dikuasai dan dipengaruhi kesenorokan serta kesakitan, manakala kemoralan ialah usaha mencari kebahagiaan, iaitu kesenorokan.

• Bentham mengenalpasti 7 elemen yang perlu dipertimbangkan untuk mengukur keseronokan mencipta kalkulus Hedonistik Bentham yang memberi

skala antara –10 hingga +10.

• Elemen yang dimaksudkan oleh Bentham ialah:intensiti, jangka masa, kepastian, kesegeraan, kesedaran, keberkesanan dan had atau batasan.

Page 7: PENDIDIKAN MORAL

i) Bentham

7 elemen yang mesti dipertimbangkan;1. kedalaman (intensity) 2. kelamaan (duration)3. kepastian (certainty)4. kesegeraan (propinguity) 5. kesedaran (fecundity)6. keberkesanan (purity)7. had (extent)

Page 8: PENDIDIKAN MORAL

1. Kedalaman (Intensity)

Berapa dalamkah kesan pengalaman terhadap setiap orang.

Contoh: Kena rompak adalah satu pengalaman yang tidak menyenangkan. Katakan 10 markah bagi menggambarkan perasaan mangsa anda. Menetapkan markah agak sukar kerana ia melibatkan perasaan yang pelbagai.

Page 9: PENDIDIKAN MORAL

2. Kelamaan (Duration)

Berapa lama keseronokan atau kesengsaraan akan berakhir?

Kena rompak merupakan pengalaman yang pahit dan sukar untuk dilupakan. Keseronokan anda juga tidak lama sehingga anda memerlukan wang lagi. Anda juga akan merasa bersalah di atas kesalahan yang telah anda lakukan dan kadang kala memakan masa agak lama.

Page 10: PENDIDIKAN MORAL

3. Kepastian (Certainty)

Berapa pasti keseronokan dan kesengsaraan yang timbul daripada tindakan merompak tersebut?

Kena rompak pasti akan sengsara. Kepastian anda bercampur – aduk. Anda mesti pastikan anda tidak akan ditangkap terlebih dahulu sebelum anda boleh merasa perasaan yang lain.

Page 11: PENDIDIKAN MORAL

4. Kesegeraan (propinquity)

Berapa cepat?

Mangsa anda akan terus merasa kesengsaraan sebaik sahaja kena rompak. Anda akan mengambil seketika untuk seronok.

Page 12: PENDIDIKAN MORAL

5. Kesedaran (Fecundity)

Bagaimanakah kemungkinan perasaan seronok di masa hadapan?

Perempuan tua agak susah hati, tetapi mungkin setelah dipujuk oleh kaum keluarganya, lama-kelamaan dia akan merasa seronok.

Page 13: PENDIDIKAN MORAL

6. Keberkesanan (Purity)

Bagaimanakah kemungkinan perasaan sengsara di masa hadapan?

Bagi mangsa kenangan ini akan membuatkan dia merasa takut dan risau. Anda akan rasa bersalah dan gusar sekiranya ditangkap tetapi tidaklah seteruk perempuan tua tadi.

Page 14: PENDIDIKAN MORAL

7. Had (extent)

Berapa banyak kesengsaraan dan keseronokan dihasilkan dalam kehidupan orang lain?

Keluarga perempuan tersebut akan terkejut dengan kejadian tersebut.

Page 15: PENDIDIKAN MORAL

ii) Mill

• Beliau membezakan antara keseronokan dengan memasukkan aspek kualiti. Mill mengukur kualiti dan kuantiti sekaligus. Menurut Mill, petunjuk kualiti keseronokan adalah seperti tinggi/rendah, baik/buruk, baru/lama objektif/subjektif.

• Faktor yang boleh mempengaruhi keseronokan pula ialah kecerdikan, pendidikan, sensitiviti, bermoral dalam tindakan dan kesihatan yang baik.

• Beliau memperihalkan utilitarianisme seperti berikut: Prinsip Kebahagiaan Terbanyak yang menekankan bahawa sesuatu perlakuan itu benar atau baik mengikut kadar atau perimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh perlakuan itu.

• Kesenorokan (bebas daripada kesakitan) sebagai natijah atau hasil yang benar, baik dan yang diidamkan.

Page 16: PENDIDIKAN MORAL

Jenis dan Ciri-ciri Utilitarianisme• Utilitarianisme menggangap bahawa sesuatu perbuatan baik atau jahat

bolehnya disukat. Pada peringkat paling rendah dipanggil ‘act utilitarinisme’. Kita harus bertanya kepada diri sendiri mengenai kesan akibat sesuatu tindakan dalam keadaan tertentu ke atas pihak-pihak yang terlibat sebelum sebarang tindakan diambil. Sekiranya tindakan tersebut menghasilkan kebaikan maka ia dianggap betul.

Act utilitarianism

Hedonistic utilitarianism

Ciri-ciri Utilitarianisme

Page 17: PENDIDIKAN MORAL

• Jenis-jenis Utilitarianism:

Act utilitarianism:• Ciri yang pertama adalah merekodkan akibat sesuatu perbuatan sama ada bermoral atau

sebaliknya berdasarkan kajian kes. Ciri ini dipanggil act utilitarianism. Misalnya aktiviti riadah dengan menonton televisyen mungkin dianggap tidak bermoral kerana masa tersebut sepatutnya digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang bermanfaat seperti kerja kebajikan.

Hedonistic utilitarianism:• Ciri yang kedua pula ialah mengambil kira kegembiraan, kesan daripada suatu tindakan

dianggap bermoral. Ini kerana Bentham berpendapat, untuk menentukan benar atau salah (moraliti) tingkah laku individu, ianya perlu mengambil kira kesan dan akibatnya. Misalnya tindakan atau perbuatan yang boleh meningkatkan ciri kesetiaan dan persahabatan, sehingga mencetuskan ciri kegembiraan. Memutuskan persahabatan tetapi membahagiakan kedua-dua pihak yang terlibat adalah suatu yang dianggap bermoral.

• Istilah yang selalunya dikaitkan dengan Teori Utilitarianisme adalah seperti berikut:

(a.) Istilah kebaikan: Pengalaman kesenorokan mestilah dikaitkan dengan kebaikan dan pengalaman kesakitan dikaitan dengan kejahatan.

(b.) Istilah kebahagiaan: Menyamakan kesenorokan dengan kebahagiaan.

Page 18: PENDIDIKAN MORAL

Act Utilitarianisme

6 fakta berkaitan utilitarianisme;1. jumlah bersih yang besar & tinggi digunakan2. kesan yang berbeza kepada individu yang lain3. perbuatan dibenarkan di sisi moral di waktu kecemasan.4. untuk keperluan jangka pendek & panjang5. bertindak berdasarkan jangkaan kebahagiaan yang mungkin dihasilkan.6. memilih tindakan perlu melihat kesannya ke

atas diri kita.

Page 19: PENDIDIKAN MORAL

Contoh yang berkaitan

(a.) Pandangan peperangan dalam konsep Utilitarianisme

Dalam memutuskan kemoralan melancarkan peperangan tertentu, seseorang itu mesti menimbangkan kemudaratan

dan kebaikan yang mungkin terhasil. Peperangan dianggap wajar dari segi moral jika hasilnya membawa kebahagiaan

dan kelebihan yang melebihi kesengsaraan dan penderitaan. Contohnya, utilitarianisme menyokong tindakan

mengebom bandar Hiroshima (walaupun banyak yang tidak berdosa berkoban) untuk menamatkan perang dunia

kedua. Hal ini kerana jika pihak Jepun menang, dunia ini akan hilang sifat kemanusiaan dan kezaliman yang berleluasa.

(b.) Pandangan tentang peraturan yang bermoral

Sesuatu peraturan yang ditentukan mesti memaksimunkan keseronokan bagi semua yang terlibat.

Misalnya, peraturan memakai seluar pendek di dalam kampus perguruan.

(c.) Tindakan mencuri

Contohnya kalau seseorang itu mencuri wang daripada seseorang yang kaya dan kedekut dan kemudian di

agihkan kepada si miskin di anggap baik, kerana bilangan orang yang beruntung adalah melebihi daripada

seseorang kaya yang kena curi.

Page 20: PENDIDIKAN MORAL

Hedonisme

• Adalah keyakinan klasik bahwa kenikmatan, kebahagiaan atau kesenangan adalah kebaikan tertinggi dalam kehidupan.

• Istilah Hedonisme sendiri berasal dari kata Yunani yang bermakna kesenangan.

• Epicurus, tokoh utama Hedonisme percaya bahwa manusia seharusnya mencari berbagai kesenangan, kebahagiaan dan kenikmatan fikiran serta keseimbangan tubuh.

• Katanya, orang bijak harus menghindari kesenangan2 yang akhirnya akan berujung pada penderitaan.

Page 21: PENDIDIKAN MORAL

Kelemahan-kelemahan teori iniPrinsip utilitarianisme Hujah

1. Menyamakan keseronokan dengan kebahagiaan

Keseronokan melibatkan perasaan yang agak khusus dan tidak mendalam sedangkan kebahagian kepuasan jangka panjang dan mendalam

2. Mengukur perasaan manusia menggunakan kalkulus hendonistik

Tiada manusia boleh memberikan jumlah perasaan dengan tepat – sukar untuk disukat

Page 22: PENDIDIKAN MORAL

3. memaksimumkan keseronokan dan meminimumkan kesakitan

Dalam situasi tertentu membenarkan tindakan yang kejam atau tidak baik- bertentangan dengan prinsip keadilan

4. Manusia mesti mengejar keseronokan dan mengelak kesakitan

Kesakitan adalah sesuatu yang wujud secara semula jadi – kesakitan tidak perlu dielakkan tetapi mesti diatasi

Page 23: PENDIDIKAN MORAL

Teori Egoisme

• Definisi:

Teori Egoisme (Egoism) ini merujuk kepada sebarang perbuatan yang dilakukan oleh seseorang itu semata-mata untuk memanfaatkan diri sendiri. Seseorang itu tidak akan mempedulikan perasaan orang lain tidak kira orang itu dilayan dengan buruk ataupun baik. Matlamat yang terutama ialah untuk memberikan faedah kepada diri sendiri.

Page 24: PENDIDIKAN MORAL

Pengasas

• Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844 – 1900), ialah seorang ahli falsafah yang mengkritik utilitarianisme. Bagaimanapun, beliau lebih kuat menentang kemoralan sosial iaitu yang berasaskan tradisi dan peraturan masyarakat.

Page 25: PENDIDIKAN MORAL

• Nietzche mengenal pasti dua kumpulan besar manusia iaitu kumpulan rakyat jelata yang miskin dan kumpulan bangsawan yang kaya. Kumpulan rakyat jelata adalah ramai dan lemah. Manakala golongan bangsawan ini minoriti tetapi kuat. Oleh itu, rakyat jelata ini selalunya menyimpan perasaan benci dan dendam terhadap gologan bangsawan ini.

• Hal ini telah menyebabkan kaum bangsawan melihat diri mereka sebagai durjana dan jahat. Mereka melihat nilai asal mereka (individualisme atau egoisme) sebagai salah. Usaha rakyat memperkenalkan peraturan moral ini mengandungi konsep seperti pengorbanan diri, rasa bersalah, suara batin, kepercayaan agama dan lain-lain. Bagi Nietzsche, mencipta tuhan atau menyedarkan wujudnya tuhan dan agama yang melindungi golongan rakyat ini adalah hasil daripada pemberontakan. Jadi, rakyat berjaya menjadikan etika dan kemoralan yang salah itu menjadi benar yang berpunca daripada perundangan tuhan.

• Jadi, sesuatu tindakan itu mesti menguntungkan diri. Nietzsche ialah seorang egois yang mahu melihat kaum bangsawan untuk berkembang dan menjadi tuan kepada kod etika, peraturan dan undang-undang moral.

Page 26: PENDIDIKAN MORAL

Mengapakah beliau berpendapat sebegitu?

• Beliau merupakan seorang ahli falsafah yang mengkritik kuat terhadap teori Utilitarianisme. Ini adalah kerana asas pemikiran utilitarianisme sangatlah mementingkan kesan sesuatu perbuatan terhadap majoriti masyarakat.

• Nietsche lebih mementingkan individu.

• Beliau juga kuat menentang teori kemoralan sosial dan menyifatkannya sebagai kemoralan hamba abdi kerana individu-individu telah disekat hak kebebasan mereka.

• Dalam teori kemoralan sosial, setiap individu diwajibkan untuk menurut segala perintah yang wujud dalam masyarakat.

Page 27: PENDIDIKAN MORAL

Jenis dan ciri-ciri• Egoisme boleh dibahagikan kepada Egoisme Psikologi

atau Egoisme Etika.Egoisme Psikologi Egoisme Etika

satu teori deskriptif mengatakan bagaimana orang melakukan tindakan.

Memberitahu (pescribe) bagaimana mereka perlu bertindak.

Berpendapat bahawa semua orang adalah selfish.

Berpendapat bahawa semua orang perlu selfish.

Page 28: PENDIDIKAN MORAL

Contoh yang berkaitana) Tindakan membantu orang lainContohnya, dalam kemalangan kebakaran, kita tidak sepatutnya menyelamatkan mangsakerana dikhuatiri akan membahayakan nyawa diri. Bagi contoh lain, Seseorang itu dianggap tidak beretika apabila tindakannya menolong orang buta melintasi jalan raya, tetapi berkesudahan dengan kecelakaan. b) Tindakan peperanganKajian kes British menakluki negeri-negeri Melayu sebelum Malaysia merdeka, tindakan British mengeksploitasi bahan mentah di negeri-negeri melayu untuk tujuan kepentingan diri. Dalam situasi ini, British dianggap golongan bangsawan yang kuat. Manakala orang tempatan dianggap lemah dan selalunya memberontak mengunakan prinsip ketuhanan (hak mereka sebagai pemilik) untuk mempertahankan diri. Jadi, peperangan British untuk menakluki tanah melayu adalah bermoral.

c) Tindakan kegiatan pertubuhanKegiatan pertubuhan yang wujud adalah tidak bermoral kerana ianya dianggap sebagai suatu fahaman baru untuk mempengaruhi orang lain. Contohnya, pertubuhan parti-parti politik.

Page 29: PENDIDIKAN MORAL

Kelemahan-kelemahan egoisme• Egois biasanya mementingkan diri sendiri sahaja dan tidak mengambil kira kepentingan orang

lain, sebaliknya menindas dan mengeksploitasi orang lain.

• Egois tiada iltizam untuk berbakti kepada masyarakat dan menjalankan kerja sukarela. Mereka ini

benci kepada pertubuhan atau organisasi.

• Nietzsche memperakui nilai sesuatu sistem peraturan tetapi beliau menentang peraturan mutlak.

Peraturan mestilah bersifat individualistik.

• Tahap egoisme adalah berlainan mengikut pandangan individu masing-masing. Tetapi, matlamat

masih sama, iaitu, mementingkan diri sendiri untuk mendapatkan manfaat dan tidak

menghiraukan perasaan orang lain.

Page 30: PENDIDIKAN MORAL

• Egois biasanya mementingkan diri sendiri sahaja dan tidak mengambil kira kepentingan orang lain, sebaliknya menindas dan mengeksploitasi orang lain.

• Egois tiada iltizam untuk berbakti kepada masyarakat dan menjalankan kerja sukarela. Mereka ini benci kepada pertubuhan atau organisasi.

• Nietzsche memperakui nilai sesuatu sistem peraturan tetapi beliau menentang peraturan mutlak. Peraturan mestilah bersifat individualistik.

• Tahap egoisme adalah berlainan mengikut pandangan individu masing-masing. Tetapi, matlamat masih sama, iaitu, mementingkan diri sendiri untuk mendapatkan manfaat dan tidak menghiraukan perasaan orang lain.

Page 31: PENDIDIKAN MORAL

Kesimpulan

• Oleh itu, jangan sesekali mengamalkan teori ini kerana keinginan untuk mempermainkan orang lain. Berfikir secara kritis dahulu untuk apa jua keadaan.

Page 32: PENDIDIKAN MORAL

Pengenalan Teori Deontologi: Prinsip Kewajipan dan Eksistensialisme

• Deontologi berasal dari perkataan Yunani "deon" yang bermaksud "yang diharuskan atau diwajibkan". Teori deontologi terdiri daripada pelbagai jenis pandangan yang berbeza.

• Teori deontologi menafikan atau menolak apa yang diperakui teori telelogi. Teori deontologi menegaskan bahawa ada pertimbangan dan fakta yang lain bernilai intrinsik yang menyebabkan seseuatu perlakuan atau peraturan itu patut, baik, benar dan diwajibkan.

• Teori deontologi mementingkan sifat perlakuan atau ciri peraturan itu sendiri. Seperti Teori Teleologikal, terdapat beberapa jenis teori deontologi iatu teori deontologi-lakuan (eksistensialisme) dan teori deontolofi-peraturan (prinsip kewajiban).

Page 33: PENDIDIKAN MORAL

Deontologi

Deontologi Tindak (Act) -

Eksistensialisme (Etika Situasi)

Deontologi Peraturan (Rule) - Prinsip

Kewajipan.

GOOD WILL

CATEGORICAL IMPERATIVE

Page 34: PENDIDIKAN MORAL

Pengasas Teori

• Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant, seorang ahli flasafah German (1724-1804) yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia.

• Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan kita.

• Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di bawah kawalan kita dan, oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk membuat kebaikan atau keburukan.

Page 35: PENDIDIKAN MORAL

Prinsip Kewajipan• Definisi:

Menegaskan “duty for the sake of duty”, iaitu tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab.

Immanuel Kant

Page 36: PENDIDIKAN MORAL

Ciri-ciri:

a) Konsep tekad baik (Goodwill)

Sesuatu tindakan yang datang daripada kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab akan melahirkan perbuatan yang benar dari segi moral.Kant menyatakan perkara-perkara yang baik ialah membuat sesuatu bakat minda seperti kebijaksanaan dan kecerdasan pemikiran, keberanian dan kesederhanaan pemikiran.

Dalam konteks ini, Kant tidak mahu menganggap sesuatu tekad itu baik atas sebab apa yang telah atau ingin atau boleh dicapai dan dihasilkan oleh tekad itu. Motif tunggal tekad baik hanya berlaku apabila menganggap ia sebagai mengamalkan kewajipan.

Ini kerana untuk mengamalkan kewajipan, sesuatu tekad itu baik kerana batinnya atau semangat dalamannya. Dengan kata lain, yang baik dan patut diberi pujian moral ialah mengamalkan kewajipan itu semata-mata kerana amalannya ialah suatu kewajipan.

Kant juga menjelaskan bahawa mengamalkan kewajipan sedemikian adalah serupa dengan bertingkah laku wajar kerana memuliakan atau menghormati undang-undang.

Page 37: PENDIDIKAN MORAL

Contoh yang berkaitan

a) GOOD WILL

• Seseorang yang menyambung pelajaran selepas mendapat keputusan SPM atas kesedaran diri sendiri kerana memikirkan ianya satu tanggungjawab adalah satu perbuatan yang beretika, manakala belajar kerana terpaksa boleh dianggap tidak beretika.

• Seseorang pelajar belajar bersungguh-sungguh atau tekun untuk mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaaan atas kesedaran diri sendiri kerana dia memikirkannya ialah satu tanggungjawab. Dengan ini, ia merupakan satu perbuatan yang beretika.

Page 38: PENDIDIKAN MORAL

b) Perintah Mutlak Tanpa Syarat (Categorical Imperative)

Apabila sesuatu peraturan dibentuk, setiap orang mesti mematuhinya setiap masa tanpa sebarang pengecualian dan persoalan. Kant menjelaskan bahawa individu yang baik dari segi moral dengan tekad baik yang mutlak ialah individu yang sentiasa berkelakuan atau bertindak atas dasar kewajipan atau kerana menghormati undang-undang.

Individu ini akan memilih kewajipan dan kepatuhan kepada undang-undang dan tidak akan memilih kecenderungan tertentu jika dia terpaksa membuat sesuatu pilihan.

Kewajipan atau undang-undang mutlak ini dikenali, diperihalkan, diperaku dan digambarkan oleh Kant sebagai satu set prinsip moral (yang lebih dikenali sebagai categorical imperative atau perintah mutlak atau tanpa syarat). Prinsip moral yang ditetapkan oleh individu untuk dirinya sendiri (seperti tidak cakap bohong) mesti dipatuhi oleh orang lain.

Dengan kata lain, individu itu mesti bertindak sebagaimana dia inginkan orang lain bertindak. Secara rumusnya, prinsip moral individu itu sewajarnya melambangkan undang-undang yang objektif dan sejagat. Dengan ini menjelaskan bahawa Kant meletakkan konsep pematuhan kepada prinsip sendiri sebagai suatu undang-undang sejagat adalah formula asas prinsip kemoralan.

Page 39: PENDIDIKAN MORAL

Contoh yang berkaitanb) CATEGORICAL IMPERATIVE

• Menipu dalam peperiksaan adalah satu kesalahan kerana rasionalnya adalah walaupun menipu boleh membantu anda mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan, ia tetap dihina orang kerana ia adalah satu tindakan yang tidak adil.

• Mencuri merupakan satu kesalahan tidak kira bahan yang dicuri itu besar atau kecil, mahal atau murah dan sebagainya. Walapun mencuri boleh membantu kita mendapatkan bahan yang diinginkan atau wang, tetapi kita akan dihina oleh orang lain atau disalahkan di sisi undang-undang.

• Membohong merupakan satu amalan atau tingkah laku yang salah secara rasionalnya. Ia adalah satu kesalahan kerana ia mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang yang kita bohong dan kehilangan kepercayaan orang lain terhadap kita. Oleh itu, sejak kecil lagi kita dididik supaya tidak cakap bohong

Page 40: PENDIDIKAN MORAL

Kritikan terhadap Prinsip Kewajipan• Walaupun telah ditegaskan dari awal bahawa tanggungjawab dilaksanakan

semata-mata kerana amalan itu ialah tanggungjawab tetapi apabila timbul keadaan di mana dua kewajipan berkonflik, sukar untuk memilih mana yang perlu diutamakan. Ini merupakan satu kelemahan dalam Prinsip Kewajipan.

Kekuatan KelemahanMelahirkan insan yang patuh dan taat kepada kewajipan, peraturan, undang-undang dan agama

Bolehkah kita mengetepikan langsung akibat suatu tindakan di dalam menentukan satu sistem moral yang berkesan?

Mewujudkan individu yang bertanggungjawab terhadap dirinya

Apakah faedah sesuatu sistem moral itu kalau tidak membawa akibat baik terhadap diri kita sendiri, orang lain dan kedua-duanya?

Sifat ikhlas adalah dasar utama teori ini. Tanpa kerelaan dan keikhlasan sesuatu tindakan tiada nilainya.

Apa gunanya mengamalkan sistem moral yang begitu rigid sedangkan ia tidak semestinya boleh membawa kebaikan pada masa-masa tertentu?

Page 41: PENDIDIKAN MORAL

Dalam situasi di atas, pelajar tersebut mempunyai dua kewajipan iaitu sebagai pelajar dia perlu menyiapkan tugasnya dan sebagai anak, dia perlu membantu ibu dengan kerja rumah kerana ibunya tidak sihat. Apabila terdapat konflik di antara dua tanggungjawab, Prinsip Kewajipan kurang jelas dan tanggungjawab diutamakan mengikut prinsip etika yang lain

Page 42: PENDIDIKAN MORAL

Teori Eksistensialisme:

• Definisi:

Menegaskan bahawa nilai buruk mesti berasaskan pilihan individu secara bebas. Sebaliknya, pilihan individu menjadi nilai buruk jika kerana dipaksa. Eksistensialisme boleh ditakrifkan dengan senang, tetapi apa yang menjadikannya sukar difahami ialah terdapat dua aliran eksistensialisme yang berlainan pandangan iaitu:

a) Eksistensialisme yang beragama kristian, termaksuk Karl Jaspers dan Gabriel Marcell, kedua-duanya katolik;

b) Eksistensialisme ateistik (ateis ialah orang yang tidak percaya kewujudan Tuhan), termasuk Martin Heidegger dan beberapa orang eksistensialis Perancis serta Sarte sendiri.

Page 43: PENDIDIKAN MORAL

Pelopor

• Jean-Paul Sartre (1905-1980)

Menurut Sarte, manusia tidak mempunyai penciptanya dan fungsi manusia sudah ditentukan. Bagaimana manusia itu menjadi bermoral atau tidak bermoral bergantung kepada pilihan yang dibuatnya dalam pelbagai peringat kehidapannya.

Page 44: PENDIDIKAN MORAL

Ciri-ciri:• Eksistensialisme melemahkan peraturan tradisional dan mutlak yang berfungsi

sebagai panduan moral. Bagi eksistensialisme, kemoralan berasaskan andaian "kebebasan". Menurut Satre, jika individu mematuhi peraturan masyarakat secara buta tuli, dia mempunyai pandangan "mitologi" yang menjejaskan kebebasannya. Mitos ini mesti dihapuskan dari alam kemoralan.

• Tidak dapat dinafikan bahawa individu tidak dapat membuat apa-apa terhadap hakikat bahawa dia telah lahir, bagaimana dia lahir, dalam abad berapa dia lahir, ibu bapanya dan lain-lain, tetapi dia boleh menentukan bagaimana dia hendak hidup.Individu mesti bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri.

• Aspek ini sama dengan pandangan Heideggar yang memperkenalkan konsep "kewujudan sah". Kewujudan ini merujuk kepada individu membuat pilihan dan keputusan moral yang tulen dan tidak membenarkan dirinya dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan orang lain dalam membuat pilihan dan keputusan moral. Apabila individu itu membenarkan orang lain membuat pilihan moral untuk dirnya, dia dianggap berada dalam kewujudan yang tidak sah.

Page 45: PENDIDIKAN MORAL

• Golongan eksistensialisme menitikberatkan kebebasan memilih (freedom of choice) dalam situasi yang mereka berada.

• Terdapat tiga bentuk kebebasan:• Kebebasan jasmani• Kebebasan kehendakKebebasan moral• Kebebasan moral bermaksud kebebasan bertindak tanpa amanah, paksaan dan

larangan.

• Mengikut eksistensialisme, seseorang itu merasakan kewajipannya bukan suatu yang dipaksa dari luar, tetapi sesuatu yang dikehendaki olehnya sendiri.

• Dengan menjauhi semua prinsip dan peraturan moral, individu mesti menggunakan kebebasannya untuk mendapat fakta yang betul berhubung dengan situasi yang dihadapinya, iaitu menilai secar teliti situasi berkenaan, kemudian membuat pilihan dan keputusan moralnya sendiri. Eksistensialisme menekankan pilihan terus daripada sumber asal (first hand choice).

Page 46: PENDIDIKAN MORAL

Contoh yang berkaitan

1. Menderma kepada institusi agama adalah nilai baik jika dilakukan kerana pilihan sendiri tetapi menjadi nilai buruk jika kerana terpaksa.

2. Seseorang tidak dilahirkan sebagai seorang guru. Sebaliknya, dia memilih untuk menjadi guru. Ia adalah nilai baik jika dilakukan kerana pilihan sendiri tetapi menjadi nilai buruk jika kerana terpaksa. Oleh itu, setiap individu bebas memilih atau menentukan apa yang disukainya.

3. Menjalankan khidmat sosial di rumah-rumah orang yatim atau orang tua adalah nilai baik jika ia dilakukan atas pilihan sendiri. Ia akan menjadi nilai buruk jika ia dilakukan atas paksaan.

Page 47: PENDIDIKAN MORAL

Kritikan terhadap Prinsip Kewajipan

• Oleh kerana Prinsip Eksistensialisme memegang pada prinsip bahawa nilai baik atau nilai buruk mesti berasaskan kepada pilihan individu secara bebas, isu tentang relativisme akan timbul.

• Menurut Satre, peraturan dan prinsip adalah terlalu abstrak dan tidak ada peraturan yang boleh digunakan oleh manusia untuk menentukan apa tindakan yang akan diambil atau apa yang betul. Dalam keadaan ini, relativisme individu dianggap sebagai mutlak.

Page 48: PENDIDIKAN MORAL

Dalam situasi di atas, Jaysha telah membuat keputusan berasaskan keadaan persekitaran dan ingin memilih keputusan hendak menjadi GRO yang pada anggapannya meringankan beban kewangan ibu bapa dan pada masa yang sama memberinya pendapatan yang lumayan. Tetapi keputusan ini mungkin tidak baik dari segi moral sebab ibu bapa Jaysha dan masyarakat setempat mungkin mempunyai standard moral yang berbeza dengan Jaysha.

Page 49: PENDIDIKAN MORAL

Kesimpulan

• Prinsip kewajipan menegaskan bahawa tanggungjawab yang kita dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab.

• Manakala Eksistensialisme menyatakan pilihan seseorang individu adalah penting dan untuk menentukan sama ada nilai tersebut adalah baik atau buruk.

• Oleh itu, kita haruslah bijaksana dalam membuat keputusan atau pilihan dalam kehidupan seharian.

Page 50: PENDIDIKAN MORAL

Sekian Terima Kasih

End of week 3