pendidikan moral

25
Pengenalan Keganasan beerti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan, dan penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak. Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh pertentangan ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah. Keganasan tidak membawa sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran. Kesan – kesan 1. Keselamatan negara tidak terjamin akibat keganasan. Ø pergolakan politik akan menyebabkan rakyat melakukan keganasan. Ucapan yang berapi-api oleh pemimpin akan membakar perasaan penyokongnya. Pemimpin mungkin menghasut penyokongnya melakukan keganasan. Sebagai akibatnya, mereka yang menyertai tunjuk perasaan akan bertindak liar seperti merosakkan harta benda dan melakukan pembunuhan. Keadaan ini mengancam keselamatan rakyat dan negara. 2. Ekonomi negara akan runtuh akibat keganasan. Ø sebagai contoh, keganasan mencetuskan pembunuhan yang kejam di Indonesia. Keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan pelabur tidak berani melabur di sana, malah ada pelabur yang terpaksa menarik pelaburan mereka keluar dari Indonesia. Akibatnya, ekonomi Indonesia terjejas dengan teruk. Keganasan yang berlaku

Upload: vandettaesque90

Post on 19-Dec-2015

26 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Isi-isi Penting

TRANSCRIPT

Pengenalan

Keganasan beerti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan, dan penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak. Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh pertentangan ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah. Keganasan tidak membawa sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran.

Kesan kesan

1. Keselamatan negara tidak terjamin akibat keganasan. pergolakan politik akan menyebabkan rakyat melakukan keganasan. Ucapan yang berapi-api oleh pemimpin akan membakar perasaan penyokongnya. Pemimpin mungkin menghasut penyokongnya melakukan keganasan. Sebagai akibatnya, mereka yang menyertai tunjuk perasaan akan bertindak liar seperti merosakkan harta benda dan melakukan pembunuhan. Keadaan ini mengancam keselamatan rakyat dan negara.

2. Ekonomi negara akan runtuh akibat keganasan. sebagai contoh, keganasan mencetuskan pembunuhan yang kejam di Indonesia. Keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan pelabur tidak berani melabur di sana, malah ada pelabur yang terpaksa menarik pelaburan mereka keluar dari Indonesia. Akibatnya, ekonomi Indonesia terjejas dengan teruk. Keganasan yang berlaku di sebuah negara juga akan menjejaskan ekonomi dunia. Sebagai contoh, serangan pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat menyebabkan harga saham seluruh dunia jatuh. Hal ini menjejaskan ekonomi banyak negara.

3. Industri pelancongan juga terjejas akibat keganasan. perbuatan merampas kapal terbang akan mengebom bangunan oleh pengganas menyebabkan banyak orang tidak berani melancong ke luar negara. Mereka juga tidak akan melancong ke negara-negara yang dilanda pergolakan politik yang rakyatnya sentiasa mengadakan tunjuk perasaan berbentuk ganas. Sebagai akibatnya, bilangan pelancong yang melancong ke luar negara berkurang. Ekonomi negara-negara yang bergantung pada pelancongan teruk terjejas. Penerbangan antarabangsa juga terjejas dan hal ini menyebabkan banyak syarikat penerbangan mengalami kerugian besar atau terpaksa gulung tikar.

4. Mangsa perang kehilangan kebebasan dan keselamatan diri. mangsa perang sentiasa dibayangi maut. Mereka mungkin dibunuh oleh askar-askar pihak lawan. Untuk mengelakkan serangan bom, penduduk terpaksa bersembunyi di tempat perlindungan yang dibina khas jika ada. Jika tidak, rakyat terpaksa melarikan diri ke kawasan yang selamat dengan berjalan kaki beratus-ratus kilometer jauhnya. Mangsa yang tidak berdosa akan kehilangan tempat tinggal. Mereka juga kehilangan orang yang tersayang kerana terkorban dalam peperangan. Dalam keadaan sedemikian, tidak ada hak kebebasan diri lagi. Tidak ada pihak yang dapat menjamin keselamatan seseorang.

Langkah langkah/cara mengatasi

1. Penguatkuasaan undang-undang penting untuk mengatasi keganasan. pihak polis dan tentera harus bertindak dengan cepat terhadap keganasan. Keganasan yang kecil juga harus dibanteras. Hal ini demikian kerana tanpa tindakan awal, keganasan akan merebak sehingga hilang kawalan. Mereka yang mencetuskan rusuhan dan tunjuk persaan mesti dikenakan hukuman berat. Negara-negara harus menggubal undang-undang khas untuk membolehkan tindakan segera diambil terhadap pengganas. Sebagai contoh, Malaysia mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan segara terhadap mana-mana pihak yang mengancam keselamatan negara. Dengan cara inilah keselamatan dan keamanan negara dapat dikekalkan.

2. Sikap bertolak ansur dan kesederhanaan. pihak pembangkang dan rakyat sesebuah negara tidak harus menuntut sesuatu yang keterlaluan daripada kerajaan. Semua pihak juga harus bertolak ansur dalam mengatasi masalah. Segala hal hendaklah diselesaikan dengan cara rundingan. Perbuatan mengadakan tunjuk perasaan, merusuh, atau melakukan keganasan untuk mencapai sesuatu tujuan tidak akan dapat mendatangkan kebaikan kepada mana-mana pihak. Perbuatan seperti ini hanya akan mengucar-kacirkan negara dan meruntuhkan sistem politik dan ekonomi negara.

3. Kerjasama antarabangsa juga penting untuk mengatasi keganasan. semua negara perlu bekerjasama untuk membanteras keganasan yang ada rangkaian antarabangsa. Jabatan perisikan negara-negara perlu bertukar-tukar maklumat tentang kegiatan keganasan yang diperoleh. Negara-negara yang terlibat harus menggiatkan latihan bersama antara pihak polis dan pihak tentera. Negara-negara di dunia juga boleh menyekat aliran wang kumpulan pengganas.

Faktor faktor

1. Terlalu mengikut perasaan marah yang bermaharajalela dalam diri. Perasaan marah yang sememangnya dibekalkan oleh Allah dalam diri setiap manusia, sekiranya tidak dikawal bahkan menguasai diri, akan membawa kepada kebinasaan sama ada kepada individu yang sedang marah itu, atau kepada orang lain dan benda-benda lain yang ada disekelilingnya. Kemarahan yang tidak dikawal, memberi impak yang cukup besar dalam kehidupan seharian seseorang itu. Sekiranya kemarahan menguasai kelompok atau jumlah individu yang ramai, maka kemusnahan yang akan terjadi jauh lebih besar skalanya. Ia menyebabkan peperangan sehingga berupaya memusnahkan sebuah Bandar, bahkan sesebuah Negara dan sebuah tamadun.

2. Sikap tamak yang menguasai diri.Sikap tamak dalam diri seseorang menyebabkan timbul rasa untuk menguasai sesuatu. Maka dari situlah timbul niat untuk memerangi seseorang ataupun sesebuah Negara untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya itu. Secara tidak langsung, keganasan juga akan berlaku dalam masa tersebut demi untuk mencapai matlamatnya. Sikap tamak terhadap kuasa dan kekayaan membuta mata seseorang sehinggakan tidak dapat membezakan antara yang baik mahupun yang buruk. Mereka tidak lagi peduli akan kesan daripada keganasan yang akan berlaku itu nanti.

3. Lambang kemegahan.Penaklukan sesebuah Negara membawa maksud yang besar kepada seseorang yang pentingkan diri sendiri. Itu membawa lambang kemegahan kepada diri mereka dan mereka sanggup membuat apa saja untuk menakluk sesebuah Negara tersebut. Sebagai contoh, Amerika Syarikat yang memerangi Iraq demi untuk membalas dendam. Dengan itu, AS akan mendapat kembali namanya yang telah tercemar akibat peristiwa 11 September dahulu. Kesan daripada peperangan tersebut, AS berasa megah dan meletakkan Negara mereka sebagai Negara yang paling kuat di dunia ini.

PENDAHULUAN

Sejak zaman nabi Adam, dunia telah mengalami pelbagai peristiwa keganasan dan kekejaman manusia. Kisah Habil dengan Qabil yang berbunuhan demi seorang perempuan cukup mashyur untuk kita menjadikan satu iktibar ketika kita merentasi zaman depan yang belum tentu gelap atau cerah. Selepas perang dunia, zaman orde baru telah muncul dimana Amerika Syarikat telah menjadi kekuatan adiperkasa yang menguasai ekonomi, politik dan sosial dunia. Berakhirnya perang dingin di antara Soviet Union dengan Amerika Syarikat dan blok Barat, China dan Islam dianggap musuh utama dunia. Maka muncul negara musuh baru dunia seperti Cuba, Iran, Syria, Libya, Sudan dan Iraq.

Episod kedajalan ini bertambah teruk apabila berlakunya peristiwa pengeboman bangunan World Trade Centre (WTC) pada 11 September 2001. Bermula keganasan global tanpa institusi konkrit seperti negara dan pertubuhan berdaftar. Yang ada adalah al Qaeda dan Osama yang penuh misteri dan kabur dalam kabus kekeliruan. Semua fakta boleh diragui telah dijadikan alasan untuk membalas keganasan dan kekerasan dengan kekerasan. Inilah fasa baru keganasan global yang akan menggugat kedamaian dunia.

KEKERASAN DALAM SEJARAH: PERKEMBANGAN TEORI

Peperangan dan keganasan dalam sejarah boleh dirangkumi dalam beberapa teori contoh, teori kepincangan oleh Charles Tilly. Teori ini mendakwa bahawa rakyat merusuh (tertindas) apabila mereka mengalami sesuatu kepincangan atau perubahan besar dan mendadak dalam kehidupan mereka. G. Rude menyatakan pencetusan Revolusi Perancis akibat keperitan pihak yang ditindas semakin bertambah. Dalam fahaman Marxis, pihak berkuasa memang dianggap dianggap alat pemerasan atau penindasan golongan yang berkuasa ke atas rakyat biasa.

Kekuasaan pihak kuat ke atas pihak yang lemah menyebabkan rasa dendam yang membara di kalangan yang ditindas. Ia akan mewujudkan satu gerakan protes. Menurut Tilly, gerakan protes adalah satu tindakan bagi menyaingi kuasa pihak yang lebih berkuasa. D. G. H. Cole dan R. Postgate juga memberi contoh peristiwa rusuhan di England sebagai jawapan daripada orang-orang yang sudah ditiadakan cara-cara lain untuk melawan. Rusuhan atau unsur kekerasan terpaksa digunakan kerana alternatif yang bersifat aman dan harmonis telah ditiadakan oleh pihak yang lebih berkuasa.

Para revolusioner yang berpandukan sesuatu fahaman politik mungkin menganggap kekerasan yang mereka gunakan sebagai hasil daripada tuntutan ideologi yang mereka anuti. Pejuang agama sebagai contoh menggunakan alasan agama untuk mengiyakan tindakan ekstrem mereka. Jika dunia selalu diulit dengan mitos bahawa hanya Islam mengalakkan keganasan global tetapi dunia harus juga melihat tindakan ganas gerakan IRA di Ireland Utara dan pejuang Tamil Ealam di Utara Sri Lanka.

Kekerasan atau keganasan selalu dianggap sebagai pelunjuran politik dengan cara lain, kita mengandaikan bahawa mereka yang melaksanakan kekerasan itu telah membuat perhitungan secara rasional. Mereka telah bosan menggunakan pendekatan yang tertakluk dengan perundangan tetapi gagal memperolehi sesuatu, maka langkah terakhir mereka adalah menggunakan kekerasan. Bicara Anwar Ibrahim jangan bicara tentang perjuangan jika takut mengambil risiko ada betulnya. Risiko inilah yang ditanggung oleh pejuang yang komited dengan janji perjuangan tetapi dipersendakan oleh pihak yang lain. Pertimbangan rasional ini menyebabkan mereka redha mengambil risiko walaupun tindakan itu di luar lingkaran sifat kemanusiaan.

Tindakan kekerasan di luar lingkaran rasional ini dianggap adil oleh pendukungnya. Mereka tidak bersedia melihat keadaan sekarang lebih buruk daripada sekarang. Mereka juga mengharapkan sasaran keganasan atau persepsi masyarakat berubah ke arah memahami kerasionalan tindakan mereka. Dengan itu, maka agak wajarlah mereka juga mengharapkan sesuatu reaksi positif daripada kaca mata mereka.

Malangnya, rasional tindakan keganasan atau kekerasan tidak dapat diterima oleh pihak lain. Rasional tersebut dipersoalkan dengan penegasan tindakan mereka adalah tidak bertanggungjawab. Pendeknya, adakah mungkin orang yang tidak rasional melakukan sesuatu yang rasional?. Sebab itulah perusuh makanan pada kurun ke 18 di England digelar pemabuk, sampah masyarakat dan penjenayah. C. Hibbert menyatakan golongan perusuh telah bangkit memprotes tidak tentu arah, tidak bersedia dan tidak menyuarakan kehendak mereka, malah mereka yakin tentang apa yang mereka mahu atau matlamat mereka.

Untuk mengatakan pihak perusuh dipimpin oleh orang tidak berpendidikan atau gila kuasa, kita telah tersilap. Mereka adalah ahli masyarakat yang dihormati dalam masyarakat. Gambaran semacam ini dianggap character assasination yakni satu tohmah yang bertujuan menjejaskan peribadi orang. Walaupun imej orang yang dianiayai berjaya dipulihkan, pembelaan in tidak semestinya diterima oleh semua orang. Jadi kita melihat semestinya golongan yang dihormati ini mempunyai alasan konkrit untuk melakukan tindakan keganasan dan kekerasan.

Manakala Max Beloff kesal dengan sikap kepimpinan perusuh, nampaknya tidak pun menerima pandangan bahawa kemudaratan mereka hampir keseluruhannya adalah akibat daripada kelemahan moral mereka sendiri. Bagi Beloff, mereka tidak layak dibela kerana mereka adalah orang yang mempunyai pemikiran berlegar di atas landasan usang.

Masalah rasional tindakan kekerasan atau keganasan sangat kompleks. Sukar untuk mencari kebenarannya. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika seseorang itu menerokai sebanyak mungkin persoalan di sebalik pencetusan kekerasan daripada hanya mengkesampingkan femonena tersebut sebagai penghasilan tidak rasional oleh mereka yang tidak rasional. Kajian terperinci harus dilakukan bagi mengetahui punca terjadi gejala ini dan penilaian yang adil perlu dilakukan. Adakah tindakan kekerasan dan keganasan yang dilakukan oleh perusuh (golongan ditindas) merupakan tindakan bermoral atau sebaliknya?.

PUNCA KEBANGKITAN RADIKALISME DALAM MASYARAKAT DUNIA

Setiap sesuatu yang berlaku sewajar ada indikatornya. Indikator terjadinya keradikalan di dunia akan dibicarakan dalam subtopik ini. Sebelum itu, kita harus mengetahui makna radikal. Radikal berasal daripada perkataan radix iaitu akar. Akar yang menguatkan pokoknya. Dalam kamus dewan edisi ketiga, radikal bermaksud menyeluruh manakala radikalisme ialah fahaman radikal dalam politik; fahaman yang menginginkan perubahan mendadak dalam arena politik dan sosial. Menurut Shahnon Ahmad, radikalisme adalah satu gerakan perubahan yang baik untuk masyarakat dan harus dibedakan dengan surealisme yang bersifat destruktif. Oleh sebab itu radikalisme harus difahami dan dihadami falsafahnya. Walau bagaimanapun, dalam konteks perbincangan ini radikalisme mungkin dipandang negatif di kalangan penelaah.

Sekarang kita akan membicarakan tentang punca kebangkitan radikalisme seantero dunia. Antara punca kebangkitan radikalisme:

a. Politik

Politik adalah sumber utama kepada kekacauan dunia. Jika bicara tentang politik, ia selalunya melibatkan percubaan kuasa dan gila kuasa sehingga berlaku keganasan. Perkara ini telah terjadi apabila gerakan Islam seperti Barisan Penyelamat Islam (FIS) telah memenangi pilihanraya Algeria telah dinafikan kemenangannya apabila pihak tentera membatalkan keputusan pilihanraya. Natijahnya, FIS bangkit menentang secara bersenjata dan pengemboman. Di Chechenya, Rusia telah menyerang kerajaan Chechenya di bawah pimpinan Dzokhtar Dudayev untuk telah menuntut kemerdekaan. Sekali lagi trajedi berdarah berlaku. Tindakan keras pemerintah atau penjajah menyebabkan kebangkitan radikalisme di kalangan rakyat lokal. Akibat kurang sifat demokratik dan toleransi, rakyat telah mengambil tindakan drastik dengan melakukan aktiviti keganasan.

b. Agama

Agama juga menjadi sumber aspirasi kepada tindakan kekerasan. Sebenarnya, semua agama mengajar erti kedamaian bergantung kepada persepsi masing-masing. Tindakan kekerasan terjadi apabila agama digunakan sebagai sumber kekuatan menentang musuh. Sebagai contoh, agama Buddha digunakan oleh Dalai Lama untuk menentang Kerajaan Komunis China di Tibet dan gerila IRA Katolik menentang kerajaan Britain Anglican Protestan di Ireland Utara. Persoalan yang timbul, Islam telah dikambing hitamkan oleh Amerika Syarikat sebagai agama penganjur keganasan.

AS pasca 11 September telah melancarkan new crusade ke atas umat Islam. Penentangan Barat terhadap Islam bermula secara aktif sejak zaman Perang Salib lagi. Akibat pembantaian dan diskriminasi inilah lahirlah Osama Ben Ladin yang mengetuai al Qaeda yang di dakwa melakukan keganasan global. Di peringkat Asia Tenggara, Jamaah Islamiah telah didakwa mendalangi pengeboman di Jakarta dan Bali. Menariknya, pengeboman ini didakwa dirancang oleh Dr.Azahari Husin dan Nordin Mohamed Top, profesional dari Malaysia. Terfikirkah kita kenapa golongan profesional yang mempunyai gaji tinggi dan kehidupan selesa sanggup menyertai aktiviti keganasan?. Bahkan Osama sendiri seorang jutawan.

Semangat keagamaan didorong oleh kezaliman rejim Barat dan sejarah lampau yang mengakibatkan bara dendam senantiasa ada. Barat selalu mencipta musuh, pada mulanya komunisme dan selepas itu Islam. Semangat jihad dalam agama Islam selalu didefinisikan sebagai galakan agama islam terhadap umatnya untuk melakukan keganasan. Dengan semangat jihad inilah Taliban ditubuhkan oleh ejen CIA dan perisikan Pakistan untuk menentang Mujahidin Afghanistan. Bantuan Amerika telah melahirkan Osama yang memainkan semangat jihad melawan balik Amerika. Eksplotasi jihad secara silap oleh gerakan Islam yang mudah terperangkap dengan muslihat musuh menyebabkan jihad disilap tafsir.

c. Ideologi.

Ideologi telah terbukti antara sumber keganasan gobal. Komunisme telah dimulakan dengan ganas semasa Revolusi Rusia oleh Lenin. Komunisme telah mencipta pemerintahan baru di China di bawah pimpinan Mao Zedong. Ideologi ini telah diimport ke negara dunia ketiga. Malaysia juga tidak terlepas daripada pengaruh komunisme sehingga kerajaan mengisytihar darurat. Komunisisme yang dipelopori oleh Parti Komunis Malaya (PKM) telah menggunakan keganasan bagi menubuhkan Republik Soviet Tanah Malaya. Keganasan fahaman komunis juga di lakukan oleh pendokong komunis di Filipina dan Thailand. Ideologi Fasis juga mengalakkan keganasan seperti pemerintahan Hitler di Jerman. Selepas Perang Dunia Kedua, timbul golongan Neo Nazi yang mendukungi fahaman Fasis yang mengagungkan nasionalisme lokal. Golongan ini juga melakukan keganasan dan bersifat perkauman.

d. Ekonomi dan Sosial

Dasar ekonomi dan sosial antara punca kemunculan radikalisme dalam masyarakat dunia. Kebiasaanya dasar ekonomi dan sosial yang tidak adil menyebabkan sifat perkauman semakin menebal dan api dendam mula membara. Perkara ini bertambah hangat apabila digauli dengan faktor agama dan politik. Keganasan di Thailand Selatan disebabkan oleh dasar ekonomi dan sosial Kerajaan Thailand. Kerajaan Thai selalu menganggap penduduk Islam di Selatan Thailand sebagai warganegara kelas dua. Kekayaan ekonomi selalunya diagihkan di kawasan utara negara tersebut. Kemudahan sosial rakyat yang tidak terbela dan dilatari sejarah permusuhan Melayu-Islam dengan Thai-Buddha menyebabkan keadaan semakin tidak terkawal. Akibatnya berlaku demonstrasi berdarah di Tak Bai dan pengeboman di Sungai Golok.

KESAN KEGANASAN GLOBAL

a. Politik

Keganasan dan tindakan kekerasan mengakibatkan pemulihan sistem dan struktur politik sesebuah negara akan terbantut. Lihatlah sistem politik Afghanistan kucar-kacir akibat tiada pemerintahan berpusat selepas kejatuhan Kerajaan pro-Rusia pimpinan Najibullah. Afghanistan dibahagi-bahagikan dan ditadbir oleh panglima perang. Begitu di Somalia dan Iraq. Tindakan kekerasan oleh pejuang terutamanya pengeboman berani mati dan peperangan gerila bandar telah menggugat pilihanraya dan kerajaan baru Iraq.

b. Ekonomi dan Sosial

Ketidakadilan ekonomi dan sosial menyebabkan permusuhan antara kaum akan berlaku secara berpanjangan. Tuntutan Gerakan Aceh Merdeka, Barisan Pembebasan Mindanao dan Pertubuhan Pembebasan Rakyat Patani juga menyatakan hak-hak sosial dan ekonomi ke atas wilayah tuntutan mereka. Tuntutan sukar diterima oleh pihak pemerintah menyebabkan peperangan terus berlaku. Walaubagaimanapun, kes Timor-Timur atau Timor Leste antara contoh kejayaan pihak pemberontak dengan bantuan kuasa asing menuntut hak mereka daripada Indonesia.

c. Agama Islam

Agama Islam menghadapi kesan paling teruk dikala keganasan global semakin membiak pesat. Islam melalui seruan jihadnya dianggap punca radikalisme. Media massa Barat selalu menuding setiap keganasan didalangi oleh pejuang Islam. Perkara ini menjejaskan kredibiliti agama Islam di mata dunia.

LANGKAH MENGATASI

Secara realitinya, amat sukar mengatasi masalah keganasan global hatta dengan penangkapan Osama sendiri. Walau bagaimanapun, satu plan alternatif perlu dipapar sekurang-kurangnya membendung kejadian keganasan dan tindakan kekerasan dalam jangka masa pendek dan panjang.

a. Dialog Peradaban

Secara mudahnya, dialog peradaban ialah satu proses pemahaman di antara tamadun yang berlainan bagi memahami dan menjalin ukhwah dengan semangat toleransi. Dalam dialog ini, titik kesepakatan dicari dalam suasana muhibbah dengan bersikap inklusif. Seperti bicara Iman Hasan al Banna kita boleh bersama dengan perkara yang kita sepakati dan menghormati jika perkara berlainan. Dialog Peradaban dapat merapat jurang dan membuka peluang untuk mengenali sesuatu bangsa dan agama.

b. Autonomi.

Sebenarnya sukar untuk memperolehi autonomi daripada pihak berkuasa kerana keegoan mereka yang tidak mahu tunduk kepada pihak yang lemah. Autonomi disini bermaksud memberi ruang kepada pihak bertentangan menikmati kemerdekaan dalam politik ekonomi dan sosial di bawah pemerintahan sesebuah negara. Contoh, wilayah autonomi Serb di Bosnia, Kosovo di Serbia dan wilayah Aceh di Indonesia. Sedikit kekuasaan jika dikongsi bersama lebih berharga daripada peperangan.

c. Perkongsian Pintar

Perkongsian pintar adalah satu proses pemuafakatan bagi mewujudkan suasana menang-menang di antara yang pihak berinteraksi. Pihak yang mempunyai kekuatan membantu pihak yang lemah begitulah sebaliknya. Perkongsian pintar mewujudkan sifat saling percaya mempercayai dan mengeratkan ukhwah dengan pengurangan persaingan. Contoh, Amerika Syarikat oleh membantu negara miskin daripada segi ekonomi dan sosial.

d. Sukan

Sukan adalah wahana untuk meningkat perpaduan antara sesebuah negara dengan negara lain. Sukan Olimpik sebagai contoh membawa pertemuan antara negara musuh seperti perlawanan bola sepak antara Iran dengan Amerika Syarikat. Perlawanan ini boleh mengeratkan perhubungan positif dengan negara yang bermusuhan.

Pendekatan Fraenkel

Pendekatan Fraenkel diasaskan oleh Fraenkel J.R., Dalam pendekatan ini kita akan mengkaji fakta-fakta yang relevan dalam menyelesaikan permasalahan. Kita juga meneliti pro dan kontra atas setiap tindakan yang diambil. Model ini menekankan cara menangani konflik secara analitikal dengan mengesan unsur-unsur nilai dan konflik terlebih dahulu. Bagi mengalakkan penyelesaian konflik, model ini haruslah dilaksanakan. Jika diamalkan oleh pihak yang bertentangan, mereka akan memikir secara logik dan terbuka. Semangat muhibbah akan dapat disemai dalam setiap permasalahan. Nilai moral yang murni harus diterapkan dalam pemikiran, tingkah laku dan emosi manusia agar tiada lagi tindakan kekerasan yang menyebabkan berlakunya lebih banyak tindakan kekerasan dan keganasan daripada pihak yang bertentangan. Semua pihak harus menerima setiap fakta sebagai jalan penyelesaian bukannya berlagak dengan sifat ego masing-masing. Sifat kenapa dan mengapa mereka melakukan keganasan haruslah diselongkar agar setiap penilaian dapat dibuat dengan adil.

KESIMPULAN

Keganasan global adalah isu paling hangat pada ketika ini. Apa yang menjadi persoalan adakah bermoral jika pihak tertindas mengunakan pendekatan kekerasan dan keganasan dalam tindakan mereka?. Adakah bermoral kelakuan ini?. Secara umunnya, kita menganggap tindakan kekerasan adalah tidak relevan dan di luar lingkaran sifat kemanusiaan. Walau bagaimanapun, pihak tertindas menganggap tindakan mereka adalah bermoral kerana mereka tidak dipernah diberi ruang atau alternatif secara aman dan selalu dikotak-katik dan dikhianati. Bahkan pihak pendokong keamanan, keadilan dan demokrasi sendiri yang dikatakan terlalu sakral itu sendiri dilihat tidak bermoral seperti menyerang Iraq dan melakukan pembunuhan pelarian Palestin di Shatila dan Sabra, Lebonan. Penilaian tindakan moral tentang kekerasan dan keganasan terlalu subjektif dan bergantung kepada persepsi seseorang yang menilai.Kesan psikologi keganasan

Serangan pengganas ke atas Mumbai, India menambahkan lagi episod serangan keganasan di dunia yang dilihat sebagai satu tempat yang semakin tidak selamat untuk didiami. Atas alasan apa sekalipun, keganasan sememangnya akan memberi impak yang besar kepada kehidupan manusia. Lihat sahaja kesan serangan 11 September dan pengeboman Bali ke atas rasa tidak selamat manusia.

Walaupun istilah 'serangan keganasan' itu mungkin membawa makna dan sifat yang berbeza kepada pelbagai pihak, apa yang nyata keganasan adalah fenomena yang kompleks dan pelbagai sifatnya.

Oleh itu, dalam membincangkan isu serangan keganasan, ia perlu dilakukan dengan melihatnya dari pelbagai sudut, bukan setakat mencari satu teori untuk menerangkan mengenai keganasan dan tingkah laku penyerangnya.

Tidak ada satu penjelasan atau teori yang dapat menerangkan kesemuanya mengenai serangan keganasan dan penyerangnya. Begitu juga dalam melihat pola pembuat keputusan yang dilihat berbeza daripada satu kumpulan kepada kumpulan pengganas yang lain.

Walaupun elemen psikologi memainkan peranan penting dalam memahami mengapa serangan keganasan berlaku, memahami fenomena kompleks ini memerlukan pendekatan yang bersifat interdisiplin yang dapat mengintegrasi pengetahuan mengenai keganasan daripada sudut sejarah, budaya, ekonomi, ideologi dan keagamaan.

Dengan perkataan lain, adalah amat penting untuk memahami serangan keganasan dari sudut konteks politik, sejarah dan budaya sesuatu kumpulan pengganas itu. Ini kerana keganasan adalah produk di mana tempat dan masa sesuatu kumpulan pengganas itu wujud atau dibentuk.

Penerangan dari sudut psikologi individu sahaja tidak mencukupi dalam memahami mengapa serangan keganasan berlaku. Pengganas bukanlah terdiri daripada orang yang mengalami kemurungan atau menghadapi gangguan emosi.

Malah, kemasukan ke dalam kumpulan pengganas akan menyaring keluar mereka yang menghadapi masalah psikologi kerana ia melibatkan risiko keselamatan yang perlu ditanggung.

Justeru, terdapat motivasi individu yang pelbagai dalam menyertai kumpulan pengganas. Ada yang menganggap menyertai sesuatu kumpulan pengganas sebagai memberi kuasa terhadap orang yang tidak berdaya. Membalas dendam dilihat sebagai motivasi utama. Bagi kumpulan yang lain, keganasan bertujuan untuk mendapat perhatian pihak luar.

Ada juga yang menganggap menganggotai kumpulan pengganas adalah perjuangan suci yang perlu dilakukan (untuk tujuan tertentu). Jelas, bagi setiap kumpulan pengganas terdapat perbezaan dari segi motivasi mengapa keganasan dilakukan.

Satu yang nyata ialah serangan keganasan bukan bersifat psikologi individu, tetapi lebih kepada sifat berkumpulan atau berorganisasi dan bercirikan sosial psikologi. Ia memerlukan satu penerangan analitikal untuk memahami fenomena keganasan yang bersifat kompleks ini.

Pengganas telah meletakkan identiti individu ke dalam identiti kumpulan dengan tujuan mereka dapat berkhidmat kepada kumpulan, organisasi atau jaringan mereka. Itulah keutamaan bagi mereka.

Bagi sesetengah kumpulan pengganas, terutama kumpulan pemisah, identiti kolektif ini dibentuk di peringkat awal lagi. Perasaan seperti kebencian ditanamkan dalam sanubari yang kemudiannya menjadi seolah-olah satu cara hidup mereka. Mereka sanggup mati kerananya.

Serangan keganasan menghakis perasaan keselamatan dan jaminan di peringkat individu dan komuniti. Ia boleh mencabar keperluan manusia di seluruh dunia untuk menjadi sebuah dunia yang selamat, teratur dan dikawal (Lerenr, 1980).

Kajian menunjukkan keganasan yang disengajakan menghasilkan kesan kesihatan mental yang lebih panjang daripada bencana alam semula jadi atau kemalangan.

Serangan keganasan adalah kejadian yang menyumbang kepada kesan menyeluruh seperti kepada mangsa dan keluarganya, rakan, pekerja penyelamat serta saksi kejadian. Malah, kesannya kepada keselamatan psikologi kepada sesuatu negara, bangsa dan dunia juga amat signifikan.

Kesan serangan keganasan kepada individu dan komuniti adalah berpanjangan. Mangsa-mangsa yang selamat sering kali merasa ketidakadilan telah dilakukan terhadap mereka. Peristiwa ini boleh membawa kepada perasaan kemarahan, kekecewaan, ketakutan, rasa tidak berdaya dan keinginan untuk membalas dendam.

Kajian juga mendapati bahawa bertindak balas ke atas perasaan kemarahan ini dan keperluan untuk membalas dendam boleh meningkatkan lagi rasa marah dan bersalah mangsa. Ia bukan lagi mengurangkan tekanan perasaan mereka.

Bagaimanapun, mekanisme mangsa untuk pulih kembali daripada peristiwa traumatik serangan keganasan adalah kuat. Ramai pakar trauma bersetuju bahawa kesan psikologi kepada komuniti ialah mereka menjadi lebih kuat bukannya bersifat psikopatologi.

Perasan takut, kebimbangan dan mengalami semula, keinginan untuk mengelak dan simptom hiperarousal jika wujud akan semakin berkurangan dari semasa ke semasa.

Bukti telah menunjukkan bahawa individu yang paling berisiko kepada kesan traumatik stres seperti posttraumatic stress disorder (PTSD) ialah mereka yang mengalami pendedahan yang paling tinggi kepada peristiwa tersebut seperti mangsa dan keluarga mangsa.

Pekerja penyelamat yang mempunyai hubungan langsung atau tidak dengan mereka yang hilang atau terbunuh juga akan merasa kesannya. Satu tugas yang sukar kepada pekerja penyelamat adalah untuk membuang/menghilang kesan-kesan kematian (seperti membuang mayat) dan aspek-aspek pengenalpastian mangsa yang terbukti dikaitkan dengan PTSD yang tinggi.

Satu contoh kesan psikologi serangan keganasan ialah pengeboman Oklahoma City. Hampir separuh daripada mangsa yang hidup terdedah secara langsung kepada pengeboman dilaporkan menghidap masalah kebimbangan, kemurungan dan ketagihan alkohol.

Lebih daripada satu pertiga melaporkan kecelaruan stres traumatik. Lebih setahun selepas pengeboman, peningkatan ketagihan alkohol, merokok, stres dan simptom-simptom PTSD meningkat dibandingkan dengan perkara-perkara yang sama di bandar-bandar lain.

Serangan keganasan dalam apa jua bentuk akan menyumbang kepada kesan sama ada psikologi, fizikal, sosial, ekonomi, politik dan hubungan antarabangsa. Serangan pengganas menjadikan seolah-olah dunia dilihat sebagai satu tempat yang semakin tidak selamat untuk didiami.

Oleh itu, atas alasan apa sekalipun, serangan keganasan bukanlah satu bentuk perjuangan yang dilihat wajar diamalkan.