pendidikan moral

23
PENGENALAN Etika bermula pada zaman purba Greek apabila ahli-ahli falsafah hanya memberikan tumpuan kepada kebaikan moral.Socrates(469-399B.C.) menggunakan pendekatan yang mencabar dan menggalakkan rakan-rakannya untuk berfikir tentang kebaikan dan kesihatan roh .Idea utama Socrates tentang etika adalah berhubung dengan menyakinkan orang lain agar berakhlak mulia.Socrates mengatakan bahawa kebahagian adalah mustahil diperolehi tanpa memiliki moral kebaikan dan tindakan yang tidak beretika akan menggangu orang lain malah beliau menganggap orang yang tidak beretika sebagai orang yang lemah dan mempunyai psikologi yang tidak sihat. Etika berasal daripada perkataan ‘ethics’ yang diambil daripada perkataan ‘ethos’. Ethos bermaksud sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan.Etika boleh dibahagikan kepada dua iaitu normatik dan metaethik. Normatik merujuk kepada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang baik dan jahat.Metaethik pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu analitik dan kritikal. Analitik yang berkaitan dengan menganalisis semua peraturan yang berkaitan tingkah laku baik dan jahat manakala kritikal pula berkaitan dengan mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis.Dengan lain perkataan,etika dapat didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral. Buchnolz (1989) menyatakan etika sebagai: "…is a systematical attempt,through the use of reason,to make sense of our individual and social moral experience in such a way as to determined the rules that ought to governed human conduct and the values worth pursuing in life". 1

Upload: lleesaylan-lan

Post on 14-Dec-2015

52 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tugasan moral

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan Moral

PENGENALAN

Etika bermula pada zaman purba Greek apabila ahli-ahli falsafah hanya memberikan

tumpuan kepada kebaikan moral.Socrates(469-399B.C.) menggunakan pendekatan yang

mencabar dan menggalakkan rakan-rakannya untuk berfikir tentang kebaikan dan kesihatan

roh .Idea utama Socrates tentang etika adalah berhubung dengan menyakinkan orang lain

agar berakhlak mulia.Socrates mengatakan bahawa kebahagian adalah mustahil diperolehi

tanpa memiliki moral kebaikan dan tindakan yang tidak beretika akan menggangu orang lain

malah beliau menganggap orang yang tidak beretika sebagai orang yang lemah dan

mempunyai psikologi yang tidak sihat.

Etika berasal daripada perkataan ‘ethics’ yang diambil daripada perkataan ‘ethos’.

Ethos bermaksud sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan.Etika

boleh dibahagikan kepada dua iaitu normatik dan metaethik. Normatik merujuk kepada

panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang baik dan jahat.Metaethik

pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu analitik dan kritikal. Analitik yang berkaitan dengan

menganalisis semua peraturan yang berkaitan tingkah laku baik dan jahat manakala kritikal

pula berkaitan dengan mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis.Dengan lain

perkataan,etika dapat didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral.

Buchnolz (1989) menyatakan etika sebagai: "…is a systematical attempt,through the

use of reason,to make sense of our individual and social moral experience in such a way as

to determined the rules that ought to governed human conduct and the values worth

pursuing in life".

Bagi memberi makna kepada perjalanan moral sosial dan individu,perlu ada satu

sistem yang boleh menggunakan alasan-alasan dan bertindak sebagai satu panduan yang

boleh memberi kebaikan kepada tingkah laku manusia dan seterusnya menjadi kehidupan

itu lebih bermakna.

Mengikut White (1993) pula etika adalah cabang falsafah yang berkaitan dengan

kebaikan moral(virtue moral) dan menilai tindakan manusia.Falsafah etika adalah berbeza

daripada undang-undang,keagamaan,budaya dan pendekatan secara peribadi kepada etika

adalah menerusi kajian tingkah laku tentang moraliti melalui rasional yang dilihat kepada

kehidupan manusia.

Menurut French dan Granrose (1995) etika bermaksud : "A set of normative

guidelines directed towards resolving conflicts of interest,so as to enhance societal well-

1

Page 2: Pendidikan Moral

being". Untuk membentuk etika yang baik,tingkah laku seseorang itu adalah amat penting.

Seseorang itu perlu ada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku untuk

mengawal dirinya dalam setiap tindakan yang dilakukan.Berasaskan kepada etika yang ada,

maka konflik terhadap keinginan boleh diselesaikan dan seterusnya meningkatkan fungsi

sosial seseorang itu.

1.0 TEORI-TEORI ETIKA

Teori-teori etika boleh dibahagikan kepada berikut;

1.1 Teori Teleologikal

Teleologikal berasal daripada perkataan Yunani "telos" yang bermaksud "tujuan"

atau "matlamat". Seseorang ahli teleologis akan menentukan sama ada bercakap bohong

adalah betul atau salah melalui kesan atau akibatnya. Teori teleologikal menganggap

tindakan atau perbuatan yang membawa kebaikan itu adalah bermoral manakala yang

mendatangkan keburukan pula adalah tidak bermoral. Kalau akibatnya baik, maka wajib

dilakukan dan kalau sebaliknya, perbuatan itu tidak harus dilakukan. Ini bermakna kalau

berbohong demi menyelamatkan nyawa seseorang, maka mengikut ahli teleologis,

perbuatan berbohong itu adalah betul dan wajib dilakukan. Akibat yang baik boleh

ditafsirkan sebagai suatu tindakkan yang boleh membuatkan orang lain bahagia serta

menguntungkan diri sendiri.

Teori teleologi mengatakan bahawa nilai “betul” atau “salah” bergantung kepada

kesan sesuatu perbuatan yang dikenali sebagai “konsekuensialisme (consequentalism).

2

TEORI-TEORI ETIKA

Teori Teleologikal

Teori Deontologikal

Teori Keperibadian Mulia

Teori Kemahiran Sosial

Page 3: Pendidikan Moral

Jadi, kriteria dan piawai asas tentang sesuatu (tindakan atau peraturan) yang baik, benar,

salah, jahat dan sebagainya ialah penghasilan nilai bukan moral yang dianggap baik. Bagi

teori ini, kebaikan atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai instrumentalnya. Seterusnya,

sesuatu tindakan atau peraturan dianggap bermoral jika jumlah kebaikan yang dihasilkan

melebihi kejahatan. Namun, pandangan ahli teleologi yang berbeza tentang apa yang

dikatakan baik dan jahat telah menyebabkan wujudnya dua jenis teori teleologi yang

berbeza iaitu Utilitarianisme dan Egoisme.

1.1.1 Teori Utilitarianisme:

Utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya

melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada

setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling

ramai. Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah kesenorokan (sesuatu yang bukan bersifat

moral).

Pengasas Dan Pandangan

Jeremy Bentham (1748-1832) merupakan pengasas bagi teori ini dan seterusnya

dikembangkan oleh anaknya, John Stuart Mill (1806-1873). Jeremy Bentham, mengatakan

bahawa manusia dikuasai dan dipengaruhi kesenorokan serta kesakitan, manakala

kemoralan ialah usaha mencari kebahagiaan, iaitu kesenorokan.

Bagi John Stuart Mill (1806-1873) pula, beliau membezakan antara keseronokan

dengan memasukkan aspek kualiti. Mill mengukur kualiti dan kuantiti sekaligus. Menurut

Mill, petunjuk kualiti keseronokan adalah seperti tinggi/rendah, baik/buruk, baru/lama

objektif/subjektif, dan. Faktor yang boleh mempengaruhi keseronokan pula ialah kecerdikan,

pendidikan, sensitiviti, bermoral dalam tindakan dan kesihatan yang baik.

Beliau memperihalkan utilitarianisme seperti berikut: Prinsip Kebahagiaan Terbanyak

yang menekankan bahawa sesuatu perlakuan itu benar atau baik mengikut kadar atau

perimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh perlakuan itu. Kesenorokan

(bebas daripada kesakitan) sebagai natijah atau hasil yang benar, baik dan yang

diidamkan.Utilitarianisme menggangap bahawa sesuatu perbuatan baik atau jahat bolehnya

disukat. Pada peringkat paling rendah dipanggil ‘act utilitarinisme’. Kita harus bertanya

kepada diri sendiri mengenai kesan akibat sesuatu tindakan dalam keadaan tertentu ke atas

pihak-pihak yang terlibat sebelum sebarang tindakan diambil. Sekiranya tindakan tersebut

menghasilkan kebaikan maka ia dianggap betul.

Jenis-jenis Utilitarianism:

Act utilitarianism:

Ciri yang pertama adalah merekodkan akibat sesuatu perbuatan sama ada

bermoral atau sebaliknya berdasarkan kajian kes. Ciri ini dipanggil act utilitarianism.

3

Page 4: Pendidikan Moral

Misalnya aktiviti riadah dengan menonton televisyen mungkin dianggap tidak bermoral

kerana masa tersebut sepatutnya digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang bermanfaat

seperti kerja kebajikan.

Hedonistic utilitarianism:

Ciri yang kedua pula ialah mengambil kira kegembiraan, kesan daripada suatu

tindakan dianggap bermoral. Ini kerana Bentham berpendapat, untuk menentukan benar

atau salah tingkah laku individu, ianya perlu mengambil kira kesan dan akibatnya.

Misalnya tindakan atau perbuatan yang boleh meningkatkan ciri kesetiaan dan

persahabatan, sehingga mencetuskan ciri kegembiraan. Memutuskan persahabatan tetapi

membahagiakan kedua-dua pihak yang terlibat adalah suatu yang dianggap bermoral.

Istilah yang selalunya dikaitkan dengan Teori Utilitarianisme adalah seperti berikut:

(a.) Istilah kebaikan: Pengalaman kesenorokan mestilah dikaitkan dengan kebaikan dan

pengalaman kesakitan dikaitan dengan kejahatan.

(b.) Istilah kebahagiaan: Menyamakan kesenorokan dengan kebahagian

Contoh yang berkaitan:

(i) Pandangan peperangan dalam konsep Utilitarianisme

Dalam memutuskan kemoralan melancarkan peperangan tertentu, seseorang itu

mesti menimbangkan kemudaratan dan kebaikan yang mungkin terhasil. Peperangan

dianggap wajar dari segi moral jika hasilnya membawa kebahagiaan dan kelebihan yang

melebihi kesengsaraan dan penderitaan. Contohnya, utilitarianisme menyokong tindakan

mengebom bandar Hiroshima (walaupun banyak yang tidak berdosa berkoban) untuk

menamatkan perang dunia kedua. Hal ini kerana jika pihak jepun menang, dunia ini akan

hilang sifat kemanusiaan dan kezaliman yang berleluasa.

(ii) Pandangan tentang peraturan yang bermoral

Peraturan yang ditentukan mesti mengutamakan keseronokan bagi semua

yang terlibat. Misalnya, peraturan mewajibkan pelajar-pelajar lelaki memakai tali leher

semasa menghadiri kuliah di dalam kampus perguruan.

(iii) Tindakan mencuri

Kalau seseorang itu mencuri wang daripada seseorang yang kaya dan

kedekut seterusnya diagihkan kepada si miskin dianggap baik, kerana bilangan

orang yang beruntung adalah melebihi daripada seseorang kaya yang kena curi.

4

Page 5: Pendidikan Moral

Kelemahan-kelemahan teori ini:

1. Intensiti keseronokan atau kesakitan adalah sesuatu perkara yang subjektif dan

sukar untuk diukur. Intensiti ini adalah subjektif kerana perasaan setiap individu

adalah berbeza-beza.

2. Kualiti keseronokan atau kesakitan yang dialami oleh seseorang individu adalah

tidak sama dengan orang lain.

1.1.2 Teori Egoisme

Egoisme ditakrifkan sebagai teori yang menggangap nilai itu baik jika

menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk jika sesuatu itu merugikan diri sendiri.

Teori ini telah dipelopori oleh Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844 – 1900).Beliau ialah

seorang ahli falsafah yang mengkritik utilitarianisme. Bagaimanapun, beliau lebih kuat

menentang kemoralan sosial iaitu yang berasaskan tradisi dan peraturan masyarakat.

Nietzche mengenal pasti dua kumpulan besar manusia iaitu kumpulan rakyat jelata

yang miskin dan kumpulan bangsawan yang kaya. Kumpulan rakyat jelata adalah ramai dan

lemah. Kumpulan bangsawan pula terdiri kumpulan kecil tetapi kuat. Oleh itu, rakyat jelata

selalunya menyimpan perasaan benci dan dendam terhadap gologan bangsawan ini.

Hal ini telah menyebabkan kaum bangsawan melihat diri mereka sebagai durjana

dan jahat. Mereka melihat nilai asal mereka (individualisme atau egoisme) sebagai salah.

Usaha rakyat memperkenalkan peraturan moral ini mengandungi konsep seperti

pengorbanan diri, rasa bersalah, suara batin, kepercayaan agama dan lain-lain. Menurut

Nietzsche, mencipta tuhan atau menyedarkan wujudnya tuhan dan agama yang melindungi

golongan rakyat ini adalah hasil daripada pemberontakan. Jadi, rakyat berjaya menjadikan

etika dan kemoralan yang salah itu menjadi benar yang berpunca daripada perundangan

tuhan.

Jadi, sesuatu tindakan itu mesti menguntungkan diri. Nietzsche ialah seorang egois

yang mahu melihat kaum bangsawan untuk berkembang dan menjadi tuan kepada kod

etika, peraturan dan undang-undang moral.

5

Page 6: Pendidikan Moral

Jenis dan ciri-ciri egosme:

Egois biasanya mementingkan diri sendiri dan tanpa mengambil kira kepentingan

orang lain, sebaliknya menindas dan mengeksploitasi orang lain. Egois bersifat tiada iltizam

untuk berbakti kepada masyarakat dan menjalankan kerja sukarela. Mereka benci kepada

pertubuhan atau organisasi. Nietzsche memperakui nilai sesuatu sistem peraturan tetapi

beliau menentang peraturan mutlak. Peraturan mestilah bersifat individualistik.

Contoh yang berkaitan:

i )      Tindakan kegiatan pertubuhan

Kegiatan pertubuhan yang wujud adalah tidak bermoral kerana ianya dianggap sebagai

suatu fahaman baru untuk mempengaruhi orang lain. Contohnya, pertubuhan parti-parti

politik.

ii )      Tindakan peperangan

Kajian kes British menakluki negeri-negeri Melayu sebelum Malaysia merdeka, tindakan

British mengeksploitasi bahan mentah di negeri-negeri Melayu untuk tujuan kepentingan diri.

Dalam keadaan ini, British dianggap golongan bangsawan yang kuat. Manakala orang-orang

tempatan dianggap lemah dan selalunya memberontak menggunakan prinsip ketuhanan

untuk mempertahankan diri. Maka, British memerangi Tanah Melayu untuk menaklukinya

adalah suatu tundakan yang bermoral.

6

Egosme

Egosme Psikologi

satu teori deskriptif mengatakan bagaimana orang

melakukan tindakan.

Berpendapat bahawa semua orang adalah selfish.

Egosme Etika

Memberitahu (pescribe) bagaimana mereka perlu

bertindak.

Berpendapat bahawa semua orang perlu selfish.

Page 7: Pendidikan Moral

iii )      Tindakan membantu orang lain

Dalam kejadian bot karam, kita tidak sepatutnya menyelamatkan mangsa kerana dikhuatiri

akan membahayakan nyawa diri. Bagi contoh lain, seseorang itu dianggap tidak beretika

apabila tindakannya menolong orang tua melintasi jalan raya, tetapi berkesudahan dengan

kecelakaan.

Kelemahan-kelemahan Egosme:

1.  Egoisme tidak mengutamakan kemuliaan hati kerana mengutamakan kepentingan diri

sendiri berbanding dengan orang lain.

2.  Dalam egosme, peraturannya bersifat individualistik. Ini menyebabkan tiada satu

piawaian atau ukuran untuk menghakimi sesutau tindakan yang dilakukan.

Kesimpulan:

Prinsip Utilitarianisme yang dikemukakan mendukung bahawa kita seharusnya

mengutamakan kesejahteraan sebaliknya meminimunkan kesengsaraan. Dalam

pengajaran Egoisme pula ia menyokong etika individualisme. Oleh itu, dalam kehidupan

seharian, kita mestilah berfikiran matang serta mampu membuat tapisan yang tepat dan

berwaspada dalam menerima fahaman atau pendapat daripada pihak luar.

1.2.0 Teori Deontologikal

Pengenalan

Deontologi berasal dari perkataan Yunani "deon" yang bermaksud "yang diharuskan

atau diwajibkan". Teori deontologi terdiri daripada pelbagai jenis pandangan yang berbeza.

Teori deontologi menolak apa yang diperakui teori telelogi. Teori deontologi menegaskan

bahawa ada pertimbangan dan fakta yang lain bernilai intrinsik yang menyebabkan seseuatu

perlakuan atau peraturan itu patut, baik, benar dan diwajibkan. Teori deontologi

mementingkan sifat perlakuan atau ciri peraturan itu sendiri. Teori deontologi boleh

dibahagikan kepada dua pecahan iaitu;

i. Teori deontologi-lakuan (eksistensialisme) dan

ii. Teori deontolofi-peraturan (prinsip kewajiban).

Immanuel Kant merupakan seorang ahli flasafah German (1724-1804) yang sering

kali dikaitkan dengan deontologi.Beliau pernah mengajar di University of Konigsberg di

bahagian barat Rusia. Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu

tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah

kawalan kita. Akan tetapi motif tindakan kita adalah di bawah kawalan kita. Oleh itu, kita

harus bertanggungjawab secara moral ke atas motif kita untuk membuat kebaikan atau

keburukan.

7

Page 8: Pendidikan Moral

1.2.1 Eksistensialisme:

Menurut eksistensialisme nilai buruk mesti berasaskan pilihan individu secara

bebas. Sebaliknya, pilihan individu menjadi nilai buruk jika kerana dipaksa. Eksistensialisme

boleh ditakrifkan dengan senang, tetapi aliran eksistensialisme yang berlainan pandangan

telah menyulitkan pentakrifan dilakukan iaitu;

a)      Eksistensialisme yang beragama kristian, termaksuk Karl Jaspers dan Gabriel

Marcell, kedua-duanya katolik;

b)      Eksistensialisme ateistik (ateis ialah orang yang tidak percaya kewujudan Tuhan),

termasuk Martin Heidegger dan beberapa oranga eksistensialis Perancis serta Sarte sendiri.

Jean-Paul Sartre (1905-1980) merupakan orang yang mempelopori teori eksistensialisme.

Menurut Sarte, manusia tidak mempunyai penciptanya dan fungsi manusia sudah

ditentukan. Bagaimana manusia itu menjadi bermoral atau tidak bermoral bergantung

kepada pilihan yang dibuatnya dalam pelbagai peringat kehidapannya.

Ciri-ciri Eksistensialisme

Eksistensialisme melemahkan peraturan tradisional dan mutlak yang berfungsi

sebagai panduan moral. Bagi eksistensialisme, kemoralan berasaskan andaian

"kebebasan". Menurut Satre, jika individu mematuhi peraturan masyarakat secara buta tuli,

dia mempunyai pandangan "mitologi" yang menjejaskan kebebasannya. Mitos ini mesti

dihapuskan dari alam kemoralan.

Tidak dapat dinafikan bahawa individu tidak dapat membuat apa-apa terhadap

hakikat bahawa dia telah lahir, bagaimana dia lahir, dalam abad berapa dia lahir, ibu

bapanya dan lain-lain, tetapi dia boleh menentukan bagaimana dia hendak hidup. Individu

mesti bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri. Aspek

ini sama dengan pandangan Heideggar yang memperkenalkan konsep "kewujudan sah".

Kewujudan ini merujuk kepada individu membuat pilihan dan keputusan moral yang tulen

dan tidak membenarkan dirinya dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan orang lain dalam

membuat pilihan dan keputusan moral.

Golongan eksistensialisme mementingkan kebebasan memilih dalam situasi mereka

berada. Terdapat tiga bentuk kebebasan;

Kebebasan jasmani

Kebebasan kehendak kebebasan moral

Kebebasan moral bermaksud kebebasan bertindak tanpa amanah, paksaan dan

larangan.

8

Page 9: Pendidikan Moral

Mengikut eksistensialisme, seseorang itu merasakan kewajipannya bukan suatu

yang dipaksa dari luar, tetapi sesuatu yang dikehendaki oleh dirinya sendiri. Dengan

menjauhi semua prinsip dan peraturan moral, individu mesti menggunakan kebebasannya

untuk mendapatkan fakta yang betul berhubung dengan situasi yang dihadapinya, iaitu

menilai secara teliti situasi berkenaan, seterusnya membuat pilihan dan keputusan moralnya

sendiri. Eksistensialisme menekankan pilihan terus daripada sumber asal.

Contoh yang berkaitan:

1.  Seseorang tidak dilahirkan sebagai seorang doktor. Sebaliknya, dia memilih untuk

menjadi doktor. Ia adalah nilai baik jika dilakukan kerana pilihan sendiri tetapi menjadi nilai

buruk jika kerana terpaksa. Oleh itu, setiap individu bebas memilih atau menentukan apa

yang disukainya.

2. Menderma kepada mangsa bencana adalah nilai baik jika dilakukan kerana pilihan sendiri

tetapi menjadi nilai buruk jika kerana terpaksa.

3.  Menjalankan khidmat sosial di rumah-rumah orang yatim atau orang tua adalah nilai baik

jika ia dilakukan atas pilihan sendiri. Ia akan menjadi nilai buruk jika ia dilakukan atas

paksaan.

Kesimpulan Prinsip Kewajipan

Oleh kerana Prinsip Eksistensialisme memegang pada prinsip bahawa nilai baik atau

nilai buruk mesti berasaskan kepada pilihan individu secara bebas, isu tentang relativisme

akan timbul. Menurut Satre, peraturan dan prinsip adalah terlalu abstrak dan tidak ada

peraturan yang boleh digunakan oleh manusia untuk menentukan apa tindakan yang akan

diambil atau apa yang betul. Dalam keadaan ini, relativisme individu dianggap sebagai

mutlak.

Prinsip Kewajipan:

Prinsip kewajipan telah diasaskan oleh Immanuel Kant (1724 - 1804).Prinsip Kewajipan

menegaskan “duty for the sake of duty”, iaitu tanggungjawab dilaksanakan semata-mata

kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab.

  Ciri-ciri Prinsip Kewajipan;

a)      Perintah Mutlak Tanpa Syarat (Categorical Imperative)

Apabila sesuatu peraturan dibentuk, setiap orang mesti mematuhinya setiap masa

tanpa sebarang pengecualian dan persoalan. Kant menjelaskan bahawa individu yang baik

dari segi moral dengan tekad baik yang mutlak ialah individu yang sentiasa berkelakuan

atau bertindak atas dasar kewajipan atau kerana menghormati undang-undang. Individu ini

akan memilih kewajipan dan kepatuhan kepada undang-undang dan tidak akan memilih

kecenderungan tertentu jika dia terpaksa membuat sesuatu pilihan.

9

Page 10: Pendidikan Moral

Kewajipan atau undang-undang mutlak ini dikenali, diperihalkan, diperaku

dan digambarkan oleh Kant sebagai satu set prinsip moral. Prinsip moral yang ditetapkan

oleh individu untuk dirinya sendiri misalnya tidak menipu mesti dipatuhi oleh orang lain.

Dengan kata lain, individu itu mesti bertindak sebagaimana dia inginkan orang lain

bertindak. Sebagai kesimpulannya , prinsip moral individu itu sewajarnya melambangkan

undang-undang yang objektif dan sejagat. Dengan ini menjelaskan bahawa Kant

meletakkan konsep pematuhan kepada prinsip sendiri sebagai suatu undang-undang

sejagat adalah formula asas prinsip kemoralan.

b)      Konsep tekad baik (Goodwill)

Sesuatu tindakan yang datang daripada kesedaran untuk menunaikan

tanggungjawab akan melahirkan perbuatan yang benar dari segi moral.Kant menyatakan

perkara-perkara yang baik ialah membuat sesuatu bakat minda seperti kebijaksanaan dan

kecerdasan pemikiran, keberanian dan kesederhanaan pemikiran. Dalam konteks ini, Kant

tidak mahu menganggap sesuatu tekad itu baik atas sebab apa yang telah atau ingin atau

boleh dicapai dan dihasilkan oleh tekad itu. Motif tunggal tekad baik hanya berlaku apabila

menganggap ia sebagai mengamalkan kewajipan. Ini kerana untuk mengamalkan

kewajipan, sesuatu tekad itu baik kerana batinnya atau semangat dalamannya. Dengan kata

lain, yang baik dan patut diberi pujian moral ialah mengamalkan kewajipan itu semata-mata

kerana amalannya ialah suatu kewajipan. Kant juga menjelaskan bahawa mengamalkan

kewajipan sedemikian adalah serupa dengan bertingkah laku wajar kerana memuliakan atau

menghormati undang-undang.

  Contoh yang berkaitan:

a)      Good Will

         Seseorang yang menyambung pelajaran selepas mendapat keputusan STPM

atas kesedaran diri sendiri kerana memikirkan ianya satu tanggungjawab adalah satu

perbuatan yang beretika, manakala belajar kerana terpaksa boleh dianggap tidak beretika.

         Seseorang pelajar belajar bersungguh-sungguh tekun untuk mendapatkan

markah yang baik dalam peperiksaaan atas kesedaran diri sendiri kerana dia

memikirkannya ialah satu tanggungjawab. Dengan ini, ia merupakan satu perbuatan yang

beretika.

b)        Categorical Imperative

       Secara rasionalnya, berbohong merupakan satu amalan atau tingkah laku yang tidak

baik. Ia adalah satu kesalahan kerana ia mungkin akan menimbulkan masalah kepada

orang yang kita bohongi dan kehilangan kepercayaan orang lain terhadap diri kita. Justeru,

sejak kecil kita dididik supaya tidak membohongi orang lain.

10

Page 11: Pendidikan Moral

Perbuatan meniru atau menipu semasa peperiksaan merupakan satu kesalahan

kerana walaupun menipu boleh membantu mendapat markah yang tinggi dalam

peperiksaan tetapi tetap dihina orang kerana ia adalah satu tindakan yang tidak adil.

     Mencuri merupakan satu kesalahan tidak kira bahan yang dicuri itu besar atau kecil,

mahal atau murah dan sebagainya. Walapun mencuri boleh membantu kita mendapatkan

bahan yang diinginkan atau wang, tetapi kita akan dihina oleh orang lain serta salah di sisi

undang-undang. Tindakan yang sewajarnya akan dikenakan kepada sesiapa yang bersalah.

      Kelemahan Prinsip Kewajipan

Sesuatu tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu ialah

tanggungjawab tetapi apabila timbul keadaan dua kewajipan berkonflik,adalah amat sukar

untuk memilih yang mana perlu diutamakan. Ini telah menjadikan satu kelemahan kepada

Prinsip Kewajipan.

Kesimpulan:

Prinsip kewajipan menegaskan bahawa tanggungjawab yang kita dilaksanakan semata-mata

kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab. Manakala Eksistensialisme menyatakan

pilihan seseorang individu adalah penting dan untuk menentukan sama ada nilai tersebut

adalah baik atau buruk. Oleh itu, kita haruslah bijaksana dalam membuat keputusan atau

pilihan dalam kehidupan seharian demi kesejahteraan hidup.

Berdasarkan pemahaman saya, Teori Deontologikal ini, dapat saya ulaskan bahawa

setiap tindakan yang dilakukan diletakkan atas niat, tujuan dan motif, bukan pada apa yang

dilakukannya atau kesan dan akibat hasil daripada tindakannya. Setiap tindakan yang

diambil akan mempunyai nilai moral yang baik jika dilakukan atas kerelaan hati dan motif

tindakannya ialah satu tanggungjawab kepada masyarakat bukan kerana paksaan atau

desakan. Sekiranya disebabkan desakan atau paksaan, tindakan tersebut mempunyai nilai

moral yang buruk. Selain itu, setiap tindakan yang dianggap betul dari segi moral tidak

dianggap memadai jika dilakukan semata-mata untuk kepentingan diri. Contohnya seperti

menderma, menderma merupakan satu tindakan yang baik dan setiap individu digalakkan

untuk menderma. Menderma juga dikatakan salah satu tindakan yang bermoral dan

mempunyai nilai yang baik jika dilakukan dengan penuh keikhlasan serta kerelaan hati

penderma. Namun, menderma masih menjadi tindakan bermoral tetapi mempunyai nilai yang

buruk jika berlaku desakan yang memaksa penderma untuk menderma.

1.3 Teori Kemoralan Sosial

11

Page 12: Pendidikan Moral

Teori Kemoralan Sosial cenderung mengaitkan peraturan masyarakat dengan konsep

etika. Teori Kemoralan Sosial juga dikenali juga sebagai kemoralan konvensional dan

tradisionalisme atau konservatisme dalam kemoralan Ia merujuk kepada standard atau

ukuran moral yang merangkumi nilai-nilai yang mementingkan masyarakat. Individu bukan

sebagai matlamat kemoralan. Nilai atau peraturan ini adalah ukuran dan persetujuan

masyarakat .

Teori kemoralan sosial menerangkan bahawa manusia hidup berkelompok, justeru

soal kemoralan sosial menjadi perkara utama dalam kehidupan. Moral sekular menekankan

perlunya kemoralan sosial dalam menentukan kehidupan seseorang terus berada dalam

keadaan harmoni dan sejahtera.

Manusia terpaksa hidup bermasyarakat untuk memenuhi berbagai-bagai keperluan

serta keinginan bagi menjamin kelangsungan hidup. Kemoralan sosial berkait rapat dengan

peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum, tatasusila atau tatatertib masyarakat.

Peraturan masyarakat biasanya menyerupai tradisi, norma, kebiasaan atau adat,

kod, nilai dan pantang larang. Kesemua ini menjaga kerukunan sosial. Setiap kaum di

negara ini mempunyai adat resam dan pantang larang bagi menjamin keutuhan dan

keharmonian sesebuah masyarakat. Ahli-ahli sosiologi moral berpendapat , adalah menjadi

tanggungjawab setiap individu untuk mematuhi pemerintah sebagai autoriti moral.

Berpandukan maklumat-maklumat di atas , teori kemoralan sosial melihat moral itu

adalah sesuatu yang telah ditentukan oleh masyarakat. Oleh itu, kemoralan atau etika

merupakan sesuatu yang berkaitan dengan peraturan masyarakat.

Teori ini juga sering dikaitkan dengan pantang-larang dan adat sesuatu masyarkat.

Sebenarnya, teori ini juga wujud di dalam ajaran Islam yang melihat moral melalui kaca mata

masyarkat dan kehidupannya selagi tidak bertentangan dengan kehendak shara’.

Ini bermakna moral atau undang-undang warisan sesebuah masyarakat secara

automatik akan tertolak jika bertentangan dengan Shari’ah. Dengan kata lain, Shari’ah

berperanan untuk memberi had kepada masyarakat supaya sebarang kod etika atau

kepercayaan yang wujud tidak dogmatik dan undang-undang yang digubal tidak menindas

pihak lain. Dalam perbincangan ilmu usul fiqh juga, adat dan pandangan setempat

merupakan salah satu sumber hukum yang diiktiraf oleh shara’.

Kritikan terhadap Teori Kemoralan Sosial

Teori kemoralan sosial merupakan etika yang keterlaluan berlandaskan peraturan

12

Page 13: Pendidikan Moral

masyarakat dianggap dogmatik dan authoritarian. Teori ini melemahkan autonomi serta

menyekat pertimbangan bebas dan pilihan sukarela.Semua masyarakat mempunyai

peraturan moral masing-masing; nilai, tradisi, undang-undang, adat serta kepercayaan. Ini

bermakna terdapat pertentangan peratutan moral dengan masyarakat lain. Hal ini secara

tidak langsung boleh bawa ketegangan dan konflik.

Bull (1969) pula menyatakan bahawa Teori Kemoralan Sosial membentuk satu

sekatan atau isbat berasaskan apa yang diizinkan atau ditegah oleh autoriti dalam

masyarakat. Walaubagaimanapun,boleh hilang kuasanya jika seseorang itu didapati

menyembunyikan perbuatan buruk yang melanggar peraturan masyarakat. Misalnya di

negara kita berzina satu kesalahan, tetapi terdapat orang bersekedudukan yang tidak segan

silu apabila berada di luar negara yang longgar peraturannya.

Kesimpulan Teori Kemoralan Sosial

            Berdasarkan pernyataan-pernyataan di atas, dapat saya simpulkan bahawa Teori

kemoralan sosial ialah satu teori yang memberikan maksud tingkah laku yang perlu ada

dalam menjamin manusia terus hidup dalam keadaan aman, harmoni dan sejahtera. Teori

ini merupakan satu teori yang amat penting dan perlu dikaji secara mendalam terutamanya

bagi negara yang mempunyai kaum yang berbilang bangsa dan agama khasnya seperti

Malaysia. Teori ini banyak berkait rapat dengan amalan masyarakat, undang-undang negara

dan amalan sejagat dengan konsep etika.

            Teori ini mementingkan nilai yang wujud dalam masyarakat dan bukan individu

dalam mencapai matlamat moral. Mengikut teori ini, peraturan moral dijadikan sebagai satu

kewajipan dan dikuatkuasakan oleh pemerintah supaya wajib diketahui dan dipatuhi.

Peraturan ini tidak membenarkan sesiapa menilai dan mengkritik peraturan moral ynag telah

ditetapkan oleh masyarakatnya.

            Timbul kelemahan yang ketara daripada teori ini antaranya adalah menyekat

kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan yang dibuat oleh masyarakat.

Selain itu juga, banyak berlaku salah faham dan konflik kerana setiap masyarakat

mempunyai pandangan yang berbeza-beza. Seterusnya, teori ini juga memberikan kesulitan

kepada masyarakat baru untuk menyesuaikan diri dengan moral yang sentiasa berubah-

ubah mengikut perkembangan masa dan waktu.

            Tambahan pula, teori ini mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti walaupun

perkara itu bertentangan dengan kehendak hati mereka. Perkara yang paling penting sekali,

ialah tidak semua peraturan yang dibuat oleh masyarakat adalah baik dan bagus. Terdapat

juga peraturan yang dibuat oleh masyarakat bersifat negatif dan akan membawa keburukan.

Ini bermaksud, jika peraturan itu dibuat dengan keadaan yang akan memberikan kesan yang

13

Page 14: Pendidikan Moral

positif, maka masyarakat akan banyak menerima. Walau bagaimana pun, perkara seperti itu

adalah sukar untuk berlaku.

            Sebagai contoh, undang-undang yang digunakan di dalam kawasan sekolah yang

tidak membenarkan para pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Sedangkan

penggunaan telefon bimbit menjadi suatu keperluan kepada para pelajar terutamanya

semasa berlaku kecemasan. Contohnya, apabila berlaku kebakaran pada waktu malam di

asrama atau kes buli. Maka perkara ini dapat dilaporkan dengan segera seta tindakan dapat

dilakukan secara serta merta.

1.4 Teori Keperibadian Mulia

Merujuk kepada sifat peribadi mulia yang membuat seseorang individu menjadi agen moral dan

diterima dalam masayarakat setempat dan global.Teori Keperibadian Mulia mengutamakan sifat peribadi

terhadap suatu kehidupan yang bermoral. Fokus Teori Keperibadian Mulia ialah terhadap sifat peribadi mulia

yang patut ada pada setiap individu.Untuk mengenal pasti sifat peribadi mulia ini, objektif atau matlamat

dalam kehidupan perlu dianalisa.

Konsep keperibadian mulia bermula dengan masyarakat Yunani pada abad ke-4

SM. Teori keperibadian mulia ini telah dipelopori oleh Aristotle iaitu seorang ahli falsafah Greek.

Keperibadian mulia didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa . Keperibadian mulia

boleh dibahagikan kepada dua iaitu keperibadian mulia intelektual dan keperibadian mulia

moral.

Aristotle juga berpendapat bahawa keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam seseorang

individu secara semula jadi. Ini bermakna seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik

dan jahat sejak ia dilahirkan. Mengikut Aristotle, keperibadian mulia mewajibkan kita

bertingkah laku baik. Sifat-sfat ini tidak dipelajari melalui ajaran seorang guru tetapi

menerusi latih tubi. Tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi satu kebiasaan,

menyenangkan serta menyeronokkan.

Oleh itu seseorang dianggap mempunyai keperibadian mulia sekiranya mempunyai ciri-ciri

berikut:

14

Page 15: Pendidikan Moral

I. Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan mengelakkan

keburukan

II. Berpegang kepada prinsip

III. Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan

IV. Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan

kesengsaraan

V. Memahami dan menyedari bahawa moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh

dipersoalkan

VI. Mempunyai keikhlasan serta kejujuran dari segi nilai.

Teori yang dianjurkan oleh Aristotle (384 BC – 322 BC) ini telah meletakkan moral

sebagai sesuatu yang sederhana. Ini bermakna sesuatu yang bermoral adalah sesuatu yang

tidak keterlaluan dan mengambil jalan tengah.

Bagi pandangan Aristotle, melakukan sesuatu dengan berlebihan atau berkurangan

adalah jahat dan tercela. Islam dalam pada masa yang sama juga telah menegaskan

bahawa umat Islam yang baik adalah umat Islam yang sederhana. Seperti firman Allah:

Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu

melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas.

(al-Baqarah: 190).

Selain itu, firmanNya lagi:

Dan demikianlah (seperti mana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus),

Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat pertengahan (pilihan lagi adil),

supaya kamu layak menjadi saksi kepada umat manusia (tentang benar dan salah) dan

Rasul itu (Muhammad) pula akan menjadi saksi ke atas kamu. (al-Baqarah: 143).

Dalam isu-isu berkaitan dengan akal dan wahyu, dunia dan akhirat, material dan

spiritual atau individu dan masyarakat, Islam telah menggariskan sesuatu yang sederhana

dan hikmah.

Walau bagaimanapun, Islam tetap menyokong kritikan terhadap teori ini yang

menyatakan bahawa kadar sederhana itu tidak boleh diaplikasikan dalam semua keadaan

terutama sekali bagi kelakuan yang memang jelas tidak baik dan tercela.

2.0 Rumusan dan Perbandingan Keempat-empat Teori

15

Page 16: Pendidikan Moral

Teori Teleologikal Teori Deontologi Teori Keperibadian

Mulia

Teori Kemoralan

Sosial

Menjelaskan sesuatu

nilai sama ada betul

atau salah adalah

bergantung kepada

keputusan akhir

sesuatu tindakan.

Teori ini lebih

mementingkan sifat

perlakuan atau ciri-

ciri peraturan itu

dalam menentukan

sama ada nilai itu

adalah betul atau

salah, akibat/kesan

sesuatu perlakuan

adalah tidak

dititikberatkan dalam

teori ini.

Menyatakan bahawa

setiap keperibadian

yang mulia

merupakan jalan

tengah, iaitu sesuatu

nilai yang diamalkan

itu adalah tidak

berlebihan dan tidak

juga terlalu kurang.

Mengaitkan

peraturan

masyarakat dengan

konsep etika.

Standard atau

ukuran moral

merangkumi nilai-

nilai yang

mementingkan

masyarakat dan

individu bukan

sebagai matlamat

kemoralan.

3.0 Perbandingan Teori Perkembangan Moral Kanak-kanak Oleh Piaget, Bandura

dan Carl Rogers

Piaget Bandura Carl Rogers

16

Page 17: Pendidikan Moral

1. Kanak-kanak membina

maklumat secara aktif

semasa meneroka

sekeliling. Mereka akan

mengadaptasikan

pemikiran dengan

memasukkan idea baru

meningkatkan

pemahaman tentang

sesuatu perkara.

2. Terdapat 3 tahap

perkembangan moral

kanak-kanak iaitu tahap

deria motor, tahap

praoperasi, tahap operasi

konkrit dan tahap operasi

formal.

i. Tahap praoperasi

Kanak-kanak hanya

berminat terhadap diri

sendiri dan

mengutamakan

pandangan orang lain.

ii. Tahap operasi konkrit

Kanak-kanak lebih

berhati-hati dan berminat

pada orang lain.

Perasaan hormat kepada

pihak berkuasa dan

berupaya menerima

peraturan. Mereka juga

telah berupaya membuat

pertimbangan moral.

iii. Tahap operasi formal

Kanak-kanak mengambil

berat tentang kebajikan

1. Kanak-kanak belajar

tentang sesuatu perkara

melalui proses

pemerhatian dan

peniruan.

2. Pelajar meniru sesuatu

kemahiran daripada

kecekapan demonstrasi

guru sebagai model.

3. Tingkah laku model boleh

dipelajari melalui bahasa,

misalan dan teladan.

4. Pelajar memperoleh

kemahiran jika

memperoleh kepuasan

dan peneguhan yang

berpatutan.

5. Proses pembelajaran

meliputi pemerhatian,

peringatan, peniruan

dengan tingkah laku yang

sesuai serta diakhiri

dengan peneguhan

positif.

1. Pembentukan moral

yang baik adalah melalui

model yang boleh

dicontohi dan

berpengalaman seperti

ibu bapa, rakan sebaya,

orang dewasa dan

dirinya sendiri.

2. Alam sekitar memainkan

peranan yang penting

dalam menentukan

perkembangan moral

khasnya sebar am,

budaya dan penilaian

masyarakat terhadap

sesuatu tingkah laku.

3. Penilaian individu

terhadap keperluan

asasnya seperti

keselamatan, fizikal,

kasih saying dan

penghormatan diri akan

mempengaruhi

penaakulan moral.

17

Page 18: Pendidikan Moral

dan minat masing-

masing. Perasaan hormat

kepada orang lain mula

dititik beratkan. Mereka

beranggapan peraturan

boleh berubah-ubah

berdasarkan kerjasama

dan rasa hormat kepada

orang lain.

Keputusan moral tidak lagi

pada kehendak undang-

undang authoritarian tetapi

segala aspek boleh diambil

kira.

Rumusan

Tanggungjawab dan prinsip moral dan kebaikan bermoral atau ciri-ciri tret bukanlah

suatu yang bertentangan antaranya untuk dibuat pilihan tetapi merupakan perkaitan dalam

aspek bermoral.Biarpun apa bentuk falsafah yang dipegang etika dan kebaikan moral

merupakan dua perkarai yang mempunyai perkaitan yang rapat dan saling bertimbal-

balik.Memiliki ciri-ciri kebaikan yang berlandaskan kepada panduan dan peraturan etika

membolehkan seseorang itu untuk membentuk dirinya mencapai peringkat berakhlak mulia

dan seterusnya dapat bertindak ke arah kebaikan menerusi alasan-alasan dan berdasarkan

persekitaran yang wujud.Orang-orang yang berakhlak mulia dan beretika pastinya menjadi

sanjungan dan dihormati sepanjang masa.

18