pendidikan moral

19
A: Tajuk Aktiviti Contoh: Sambutan hari kemerdekaan di sekolah saya Kerja amal di Pusat Perlindungan Haiwan SPCA Ampang Gotong royong membersihkan bilik darjah Lawatan ke Rumah Anak Yatim Wawasan, Ampang Nyatakan tujuan utama diadakan aktiviti tersebut. Pelajar disarankan menyediakan sekurang-kurangnya 2 matlamat C: Objektif Nyatakan objektif yang hendak dicapai daripada kerja amal tersebut D: Tarikh dan masa Nyatakan tarikh dan masa kerja amal itu dilaksanakan E: Peserta Nyatakan orang lain yang terlibat dalam kerja amal tersebut. Contoh Guru rakan ibu/bapa/ahli keluarga yang lain pengurus pusat perlindungan penyelia rumah kebajikan F: Peranan anda Ceritakan semua kerja yang anda lakukan dari mula hingga tamat aktiviti tersebut G: Kesan Pelajar mesti nyatakan kesan kerja amal tersebut terhadap dirinya setelah menyelesaikan kerja amal tersebut dengan menggunakan mana-mana satu perkataan

Upload: ana-farhana

Post on 30-Nov-2015

294 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

soalan tingkatan 4

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan Moral

A: Tajuk Aktiviti

Contoh:

Sambutan hari kemerdekaan di sekolah saya

Kerja amal di Pusat Perlindungan Haiwan SPCA Ampang

Gotong royong membersihkan bilik darjah

Lawatan ke Rumah Anak Yatim Wawasan, Ampang

Nyatakan tujuan utama diadakan aktiviti tersebut. Pelajar disarankan menyediakan sekurang-kurangnya 2 matlamat

C: ObjektifNyatakan objektif yang hendak dicapai daripada kerja amal tersebut

D: Tarikh dan masaNyatakan tarikh dan masa kerja amal itu dilaksanakan

E: PesertaNyatakan orang lain yang terlibat dalam kerja amal tersebut.

Contoh Guru

rakan

ibu/bapa/ahli keluarga yang lain

pengurus pusat perlindungan

penyelia rumah kebajikan

F: Peranan andaCeritakan semua kerja yang anda lakukan dari mula hingga tamat aktiviti tersebut

G: KesanPelajar mesti nyatakan kesan kerja amal tersebut terhadap dirinya setelah menyelesaikan kerja amal tersebut dengan menggunakan mana-mana satu perkataan di bawah.

sedar/kesedaran

insaf

Page 2: Pendidikan Moral

iktibar

perubahan sikap

BAHAGIAN B

Cadangan kerja amal

Bidang Perkembangan Diri  (pelajar hanya perlu jalankan 1 aktiviti sahaja)Pelajar boleh buat kerja amal ini di mana-mana sahaja yang berkenaan

Nilai kerajinan:

Semua jenis kerja amal, tak kira di mana.. Asal sahaja pelajar buat kerja amal, ini bermakna pelajar telah jalankan kerja amal berkaitan nilai kerajinan

Nilai kasih sayang

Apa sahaja kerja amal yang berkaitan membantu ahli keluarga

Apa sahaja kerja amal yang berkaitan membantu haiwan (beri makan, mandikan, grooming, selamatkan, bersihkan tempat tinggal

Nilai bertanggungjawab/berdikari Membersihkan bilik sendiri

Membasuh pakaian, kasut, stokin sendiri

Mengemas buku, peralatan sekolah sendiri

Nilai kepercayaan kepada Tuhan Membuat apa sahaja kerja amal di rumah ibadat (aktiviti bersembahyang tidak dikira

sebagai kerja amal)

Bidang Kekeluargaan  (pelajar hanya perlu jalankan 1 aktiviti sahaja)Pelajar boleh buat kerja amal ini di rumah ahli keluarga dan di tempat-tempat yang berkenaan 

Kasih sayang terhadap keluarga

beri adik/ahli keluarga yang uzu makan

mandikan adik/ahli keluarga yang uzukeluarga

pakaikan adik/ahli keluarga yang uzur pakaian

rawat ahli keluarga yang sakit

bimbing adik/ahli keluarga belajar/buat kerja sekolah

mengendalikan sambutan hari istimewa ahli keluarga

Tanggungjawab terhadap keluarga

Page 3: Pendidikan Moral

bantu ahli keluarga buat kerja-kerja di rumah

bantu ahli keluarga membuat persiapan sambutan hari istimewa keluarga (aktiviti sambutan hari istimewa tidak dikira sebagai kerja amal)

bantu ibu bapa (cuci kereta, kemas rumah, memasak, membasuh, menyapu dll)

bantu ibu bapa bawa barang ketika membeli barang keperluan/membeli belah

Bidang Alam Sekitar  (pelajar perlu jalankan 2 aktiviti)Pelajar boleh buat kerja amal ini di rumah, sekolah, rumah anak yatim, rumah orang tua, zoo, rumah ibadat dll.

Apa sahaja kerja amal membersihkan 

menyapu (bilik darjah, rumah, halaman, kawasan rumah, kawasan luar rumah)

membersihkan (bilik darjah, rumah, sungai, pantai, kawasan rekreasi)

menanam pokok

Page 4: Pendidikan Moral

MENULIS TUGASAN HARIAN

Laporan Tugasan Harian perlu dibuat dalam bentuk karangan yang ditulis sendirioleh pelajar. Panjang laporan anda mestilah tidak kurang daripada 250 patah perkataan. Laporan perlu ditulis di atas kertas A4. Ingat ye....pelajar dilarang melukis garisan di atas kertas A4 tersebut. Untuk laporan Tugasan Harian, pelajar tidak perlu sertakan gambar (bukti) ataupun lampiran. Pelajar juga perlu gunakan kedua-dua belah muka surat kertas A4.

Bilangan Laporan

Pelajar semua mestilah menyiapkan sekurang-kurangnya 8 laporan. Tidak seperti laporan Kerja Amal, pelajar bebas untuk menyentuh mana-mana nilai yang terdapat di dalam sukatan pelajaran. Ingat ye, calon hanya perlu menyentuh satu nilai sahaja bagi setiap laporan.

Penyediaan laporan

Bagi setiap laporan, pelajar semua perlulah menulis butiran-butiran seperti di bawah:

Nama penuh :Nombor kad pengenalan :Angka giliran :Tajuk :

Untuk memastikan markah yang baik pula, pelajar perlulah mengambil kira perkara-perkara di bawah:

kekemasanmematuhi ketepatan masakebersihan laporankekemasan tulisankekemasan penyusunan kesemua Tugasan Harian

Kesan (mesti dinyatakan di dalam laporan)

Adalah sangat penting untuk pelajar menyatakan kesan positif laporan terhadap diri calon. Calon perlu menggunakan perkataan-perkataan di bawah:

Kesedaran/sedar

Page 5: Pendidikan Moral

InsafIktibarPerubahan sikap

Panduan Menulis Kata Kesan

Kesedaran (mengetahui dan memahami keadaan yang sebenar) 

Contoh: Setelah selesai membaca laporan mengenai aktiviti rakan-rakan saya menyediakan makanan untuk anak-anak yatim tersebut, saya sedar bahawa setiap manusia memerlukan perhatian dan kasih sayang.

Insaf (mamahami sesuatu perkara sehingga menimbulkan kesedaran dalam diri sendiri) 

Contoh: Setelah selesai membantu menyediakan makanan untuk anak-anak yatim tersebut, saya insaf bahawa bukanlah senang untuk ibu saya menyediakan makanan untuk kami sekeluarga, dan saya akan cuba untuk membantu ibu saya memasak.

Iktibar ( pengajaran atau teladan yang pelajar perolehi selepas menjalankan kerja amal) 

Contoh: Setelah selesai membantu menyediakan makanan untuk anak-anak yatim tersebut, saya mendapat iktibar bahawa saya perlu bersyukur kerana masih mempunyai ibu dan bapa.

Perubahan sikap (perubahan sikap yang dialami pelajar selepas menjalankan aktiviti) 

Contoh: Setelah selesai menjalankan aktiviti kerja amal di rumah anak-anak yatim tersebut, saya merasai perubahan sikap dalam diri saya. Saya mulai prihatin terhadap nasib orang-orang yang kehilangan anggota keluarga. 

CONTOH TUGASAN HARIAN

Pelajar semua jangan terkejut atau pun tertekan dengan hasil tugasan harian pelajar-pelajar cikgu. Cikgu tidak mahu menyekat kreativiti pelajar-pelajar cikgu. Apa yang penting kegembiraan dan kepuasan

mereka.

Tidak salah kalau pelajar semua sekadar menghasilkan tugasan harian tanpa hiasan seperti yang dilakukan oleh pelajar-pelajar cikgu.

Page 6: Pendidikan Moral

SENARAI NILAI MORALBIDANG 1 - PERKEMBANGAN DIRI

1.1 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara

1.2 AMANAH

Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain

1.3 HARGA DIRIKeupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan

1.4 BERTANGGUNGJAWABKesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

1.5 HEMAH TINGGIBeradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

1.6 TOLERANSIKesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup

1.7 BERDIKARIKebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain

1.8 KERAJINANUsaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara

1.9 KASIH SAYANGKepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas

1.10 KEADILANTindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah

1.11 RASIONAL

Page 7: Pendidikan Moral

Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar

1.12 KESEDERHANAANBersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain

BIDANG 2 - KEKELUARGAAN

2.1 KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGAPerasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga

2.2 HORMAT DAN TAAT KEPADA ANGGOTA KELUARGAMemuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni

2.3 MENGEKALKAN TRADISI KEKELUARGAANMenerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga

2.4 TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGAKewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga meruah keluarga

BIDANG 3 - ALAM SEKITAR

3.1 MENYAYANGI DAN MENGHARGAI ALAM SEKITARKesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem

3.2 KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALAM SEKITARKeadaan saling memerlukan hubungan harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara

3.3 KEMAPANAN ALAM SEKITARPengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup

3.4 PEKA TERHADAP ISU-ISU ALAM SEKITARPrihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya

Page 8: Pendidikan Moral

BIDANG 4 - PATRIOTISME

4.1 CINTA AKAN NEGARAPerasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri

4.2 TAAT SETIA PADA RAJA DAN NEGARAKepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara

4.3 SANGGUP BERKORBAN UNTUK NEGARAKerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara

BIDANG 5 - HAK ASASI

5.1 MELINDUNGI HAK KANAK-KANAKMembela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna

5.2 MENGHORMATI HAK WANITAMelindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara

5.3 MELINDUNGI HAK PEKERJAMenghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan Negara 

5.4 MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG BERUPAYAMemberi layanan yang bersopan kepada golonga kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan

5.5 MELINDUNGI HAK PENGGUNAMembela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi

Page 9: Pendidikan Moral

BIDANG 6 - DEMOKRASI

6.1 MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANGMenerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada

6.2 KEBEBASAN BERSUARA

Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman

6.3 KEBEBASAN BERAGAMAKebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia

6.4 PENGLIBATAN DIRI DALAM PEMBANGUNAN NEGARAKebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan memetuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia

6.5 SIKAP KETERBUKAANBersedia memberi dan menerima pendangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia

BIDANG 7 - KEAMANAN DAN KEHARMONIAN 

7.1 HIDUP BERSAMA SECARA AMAN

Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya

7.2 SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMAUsaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat

7.3 SALING MENGHORMATI ANTARA NEGARA

Page 10: Pendidikan Moral

Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat

PERINGATAN: 

HATI-HATI. PELAJAR PERLU FAHAMKAN KEMAHUAN SOALAN SEBELUM MEMILIH NILAI. SOALAN BERLAINAN MUNGKIN MEMERLUKAN NILAI YANG BERLAINAN

AKTA (TINGKATAN 4)

1. AKTA PERLINDUNGAN KANAK-KANAKCadangan NilaiAmanahBertanggungjawabKasih sayangKasih sayang terhadap keluargaTamggungjawab terjadap keluargaMelindungi hak kanak-kanakMematuhi peraturan dan undang-undang

Page 11: Pendidikan Moral

2. AKTA PENCEGAHAN RASUAHCadangan NilaiAmanahHarga DiriBertanggungjawabKeadilanMematuhi Peraturan dan Undang-undang

3. AKTA SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA, MALAYSIA, 1999Cadangan NilaiBertanggungjawabKeadilanMematuhi Peraturan dan Undang-undang

4. AKTA PERHUTANAN NEGARA 1984 (PINDAAN 1993)Cadangan NilaiMenyayangi dan menghargai alam sekitarKeharmonian antara manusia dengan alam sekitarKemapanan alam sekitarPeka terhadap isu-isu alam sekitarMematuhi peraturan dan undang-undangBertanggungjawabRasional

5. AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 (PINDAAN 1985, 1996)Cadangan NilaiMenyayangi dan menghargai alam sekitarKeharmonian antara manusia dengan alam sekitarKemapanan alam sekitarPeka terhadap isu-isu alam sekitarMematuhi peraturan dan undang-undangBertanggungjawabRasional

6. AKTA ZON EKONOMI EKSKLUSIF 1984Cadangan NilaiMenyayangi dan menghargai alam sekitarKeharmonian antara manusia dengan alam sekitarKemapanan alam sekitarPeka terhadap isu-isu alam sekitarMematuhi peraturan dan undang-undangBertanggungjawabRasional

7. AKTA PERUSAHAAN 1967Cadangan NilaiMelindungi hak pekerjaBertanggungjawabKeadilan

Page 12: Pendidikan Moral

RasionalMematuhi Peraturan dan Undang-undang

8. AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI 1960 (ISA)Cadangan NilaiAmanahHarga diriBertanggungjawabKeadilanRasionalMematuhi Peraturan dan Undang-undang

 9. AKTA DADAH BERBAHAYA (1952)Cadangan nilaiAmanahHarga diriBertanggungjawabKeadilanRasionalMematuhi Peraturan dan Undang-undang

10. AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1984Cadangan Nilai

AmanahHarga diriBertanggungjawabKeadilanRasionalMematuhi Peraturan dan Undang-undang

11. AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTAN HARTA) 1988Cadangan Nilai

AmanahHarga diriBertanggungjawabKeadilanRasionalMematuhi Peraturan dan Undang-undang

12. AKTA MAHKAMAH JUVANA 1947Cadangan nilaiHarga diriHemah tinggiAmanahBertanggungjawabKeadilanRasional

Page 13: Pendidikan Moral

KesederhanaanMematuhi Peraturan dan Undang-undang

13. AKTA CUKAI PENDAPATANCadangan nilaiBertanggungjawabMematuhi Peraturan dan Undang-undang

14. AKTA HASUTAN 1948 (PINDAAN 1970)Cadangan nilaiHarga diriHemah tinggiKeadilanRasionalKesederhanaanMematuhi Peraturan dan Undang-undang

TINGKATAN 5

1. AKTA RAHSIA RASMI 1972Cadangan nilaiHarga diriHemah tinggiAmanahBertanggungjawabKeadilanRasionalKesederhanaanMematuhi Peraturan dan Undang-undang

2. AKTA KERJA 1955Cadangan nilaiHarga diriHemah tinggiAmanahBertanggungjawabKeadilanRasionalKesederhanaanMematuhi Peraturan dan Undang-undang

3. AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999Cadangan nilaiHarga diriHemah tinggi

Page 14: Pendidikan Moral

AmanahBertanggungjawabKeadilanRasionalKesederhanaanMematuhi Peraturan dan Undang-undangMelindungi hak pengguna

4. AKTA KAWALAN HARGA 1946Cadangan nilaiAmanahBertanggungjawabKeadilanRasionalKesederhanaanMematuhi Peraturan dan Undang-undang

5. AKTA KAWALAN BEKALAN 1961Cadangan nilaiAmanahBertanggungjawabKeadilanRasionalKesederhanaanMematuhi Peraturan dan Undang-undang

6. AKTA TIMBANG DAN SUKAT 1972Cadangan nilaiAmanahBertanggungjawabKeadilanRasionalKesederhanaanMematuhi Peraturan dan Undang-undang

7. AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972Cadangan nilaiAmanahBertanggungjawabKeadilanRasionalKesederhanaanMematuhi Peraturan dan Undang-undang

8. AKTA SEWA BELI 1967Cadangan nilaiAmanahBertanggungjawabKeadilan

Page 15: Pendidikan Moral

RasionalKesederhanaanMematuhi Peraturan dan Undang-undang

9. AKTA HAKCIPTA 1987Cadangan nilaiAmanahBertanggungjawabKeadilanRasionalKesederhanaanMematuhi Peraturan dan Undang-undang

10. AKTA JUALAN LANGSUNG 1993Cadangan nilaiAmanahBertanggungjawabKeadilanRasionalKesederhanaanMematuhi Peraturan dan Undang-undang

11. AKTA PENCEGAHAN PENYELUDUPANCadangan nilaiAmanahBertanggungjawabKeadilanRasionalKesederhanaanMematuhi Peraturan dan Undang-undang

12. AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997Cadangan nilaiAmanahBertanggungjawabKeadilanRasionalKesederhanaanMematuhi Peraturan dan Undang-undang

13. AKTA JENAYAH KOMPUTER 1997Cadangan nilaiAmanahBertanggungjawabKeadilanRasionalKesederhanaanMematuhi Peraturan dan Undang-undang

Page 16: Pendidikan Moral

14. AKTA TELEPERUBATAN 1997Cadangan nilaiAmanahBertanggungjawabKeadilanRasionalKesederhanaanMematuhi Peraturan dan Undang-undang

15. AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998Cadangan nilaiAmanahBertanggungjawabKeadilanRasionalKesederhanaanMematuhi Peraturan dan Undang-undang

16. AKTA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998Cadangan nilaiAmanahBertanggungjawabKeadilanRasionalKesederhanaanMematuhi Peraturan dan Undang-undang

DASAR  (TINGKATAN 4)1. BERSIH CEKAP DAN AMANAH (BAC)2. DASAR HUTAN KEBANGSAAN3. DASAR WANITA NEGARA (DWN)4. DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL5. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN6. DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN7. DASAR BAHASA KEBANGSAAN8. WAWASAN 20209. DASAR BERKECUALI

TINGKATAN 51. DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL 19912. DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN3. DASAR EKONOMI BARU 4. DASAR PENGGUNA NEGARA (DPN) 2002